1. PING-PONG
1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-Undang permainan hendaklah mengikut undang-undang yang
berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Undang-Undang Rasmi
Persekutuan Ping-Pong Antarabangsa (ITTF) yang berkuatkuasa dari masa
ke semasa.
2.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej Komuniti
yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.
3.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Ping-pong Individu (2 single lelaki dan 2 single wanita)
* Bergantung kepada pengelola kejohanan dan Jawatankuasa Eksekutif
MASKOM.
4.0 PENDAFTARAN PEMAIN
4.1 Rujuk Peraturan Am 5 Peraturan Am 6.
4.2 Bilangan peserta adalah seramai 4 orang ; iaitu 2 (DUA) pemain lelaki dan
2 (DUA) orang pemain wanita
5.0 PAKAIAN
5.1 Rujuk Peraturan Am 10.
5.2 Pakaian yang berwarna putih dan oren adalah tidak dibenarkan sama
sekali.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Rujuk Peraturan Am 23 dan Rujuk Peraturan AM 24.
6.2 Perlawanan dalam pusingan pertama akan dijalankan secara liga 4
kumpulan (3,4).
2. 6.2.1 Pusingan Awal
Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan
dijalankan secara liga untuk menentukan Johan dan Naib
Johan setiap kumpulan (Best of 3 Sets).
6.2.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir
Johan dan Naib Johan kumpulan A akan bertemu secara
menyilang dengan Johan dan Naib Johan kumpulan B, manakala
Johan dan Naib Johan kumpulan C akan bertemu secara dengan
Johan dan Naib Johan kumpulan D dalam perlawanan separuh
akhir bagi menentukan pasukan mana yang bertanding dalam
perlawanan akhir. Perlawanan separuh akhir dijalankan secara
kalah mati (Best of 5 Sets).
6.3 Setiap permainan pusingan awal set dimainkan dengan kiraan mata 11
(Best of 5 Sets). Manakala permainan peringkat separuh akhir dan akhir
boleh dimainkan dengan kiraan mata 11 (Best of 7 Sets).
7.0 CARA PENENTUAN KEMENANGAN
7.1 Pemberian Mata
7.1.1 Pemberian mata : Menang – 3 mata
Kalah - 1 mata
Kalah Tanpa Tanding – 0 mata
7.1.2 Jika dua (2) pasukan mendapat jumlah mata yang sama,maka
pasukan yang mengalahkan lawannya dikira menang.
7.2 Jika dua pasukan atau lebih mendapat jumlah mata yang sama,maka
keputusan akan ditentukan seperti berikut:
7.2.1 Pasukan yang memenangi perlawanan terbanyak dikira
menang.
7.2.2 Jika masih seri,pasukan yang memenangi bilangan permainan
(set) terbanyak dikira menang.
7.2.3. Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan permainan
terbanyak dikira menang.
3. 7.2.4. Jika masih seri juga,pasukan yang mendapat jumlah mata
permainan yang terbanyak dikira menang.
7.2.5. Jika masih seri juga,pasukan yang telah mengalahkan lawannya
dikira menang.
8.0 TEMPAT/GELANGGANG DAN ALATAN
Rujuk Peraturan Am 11.
9.0 KELEWATAN
Hanya 15 minit sahaja diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu
pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan mata 11-0, 11-0,
11-0,11-0,11-0.
10.0 BANTAHAN / RAYUAN
Rujuk Peraturan Am 17.
11.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Rujuk Peraturan Am 20.