SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 8
Pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan:
1) Klien
Pihak klien adalah pihak yang juga dikenali sebagai pemilik atau pemunya. Ia
bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan atau bajet. Pihak klien ini boleh
terdiri daripada pihak kerajaan atau swasta. Pihak klien ini mempunyai objektif
utama iaitu mana-mana projek yang dijalankan hendaklah disiapkan dalam masa
ditetapkan dan tanpa ada kelewatan serta pertambahan kos. Selain itu kualiti kerja
yang diperolehi mestilah dalam keadaan yang sempurna.
2) Pihak Arkitek
Pihak arkitek adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan
rekabentuk bangunan berdasarkan peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh
klien. Pihak Arkitek adalah merupakan prosesional yang bertanggungjawabuntuk
merekabentuk bangunan secara keseluruhan dengan dibantu oleh pihak Jurutera.
Pihak arkitek akan menyediakan rekabentuk kawalan, rekabentuk sekim dan
rekabentuk terperinci. Pihak arkitek bertanggungjawab untuk merekabentuk
bangunan dengan mengikut kehendak atau memuaskan hati majikan.
Didalam proses pembinaan lukisan dan pelan pembinaan adalah merupakan
perkara yang penting bagi tujuan melakukan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu pihak
Arkitek juga perlulah mengeluarkan lukisan atau pelan pembinaan kepada pihak
kontaktor bagi tujuan pembinaan. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa projek
dapat berjalan dengan lancar. Jika pihak Arkitek gagal memberikan segala pelan ini
dalam jangka masa yang ditetapkan maka ia berkemungkinan akan menyebabkan
kelewatan kerja kerana pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja kerana
kelewatan menerima lukisan dan pelan pembinaan.
Arkitek adalah bertanggungjawab didalam mengawasi perjalananprojek
supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan yang bolehmenyebabkan
kelewatan didalam proses penyiapannya. Pihak Arkitek jugaadalah
bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu bagi memastikan
perjalanan projek adalah teratur dan ia juga akan bertindak mengawasi perlaksanaan
projek daripada tarikh milik tapak sehingga berakhirnya tempoh kecacatan kerja
(DLP).
3) Kontraktor
Kontraktor merupakan orang perseorangan atau syarikat yang
bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan. Mereka bertanggungjawab
terhadap kerja-kerja di tapak bina. Ini bermakna kontraktor akan merialisasikan /
menganalisa apa yang direka bentuk oleh arkitek pada pelan. Mereka perlu
memahami segala peraturan yang terkandung dalam surat perjanjian pembinaan
yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.Mereka juga hendaklah melakukan kerjakerja dengan teratur dan cekap untuk memudahkan kerja yang telah diarahkan oleh
pihak yang terlibat mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya kontraktor
tidak mengikut arahan daripada pihak berkuasa, maka kontraktor akan menerima
hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
Kontraktor perlu merujuk kepada arkitek sekiranya ingin melakukan sesuatu
perubahan pada bangunan. Jika berlaku kekeliruan dalam mentafsir pelan, hendaklah
dirujuk kepada arkitek bagi mendapat maklumat yang tepat dan baik.
Perbezaan antara kontraktor utama dan kontraktor kecil
(a) Kontraktor utama
Merupakan kontraktor yang mempunyai para pekerja sendiri dan mempunyai
kemudahan serta bahan-bahan sendiri. Mereka memiliki satu syarikat yang
mempunyai klien melalui pemindahan tender. Kontrakator ini bertanggungjawab
menjalankan kerja-kerja binaan dari mula hingga bangunan siap. Mereka ini biasanya
dipilih oleh pelanggan / pemilik atas nasihat perunding melalui tawaran.
(b) Kontraktor kecil
I.

Kontraktor dinamakan ( Nominated sub Contractor )
Dipilih dan dilantik oleh klien melalui ikatan kontrak. Menerusi ikatan
ini, klien mengharapkan supaya kerja-kerja tertentu dilaksanakan oleh mereka
yang benar-benar berkelayakan dan berkeupayaan melaksanakannya menurut
kehendak penentuan.Mereka diperlukan bagi memudahkan segala urusan
pembinaan.
Kehadiran mereka dapat memberi hasil kerja yang berkualiti. Mereka
terdiri dari pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu
mengikut pengkhususan dan kemahiran tersendiri.
Kerja-kerja biasa diberikan ialah :Kerja cerucuk
Pemasangan elektrik
Sistem penyaman
Tangga gerak dan lif
Sistem pencegah kebakaran

II.

Kontraktor kecil domestik / biasa ( No-nominated Sub Contractor )
Dipilih sendiri oleh kontraktor. Mereka ini tiada ikatan kontraktor
secara rasmi. Mereka membantu mempercepatkan hasil kerja dan membuat
kerja-kerja sampingan.Seseorang kontraktor memerlukan kontraktor kecil
domestik tertentu supaya bilangan pekarja tetap dapat dikurangkan di
samping menjimatkan kos bagi kerja tersebut.
Antara kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah :Memasang jubin lantai dan dinding
Melepa dinding dan siling
Kerja-kerja luar ( membuat jalan raya, pagar dan perpaipan )

4) Pengurus projek
Merupakan ketua kepada organisasi pembinaan bagi pihak kontraktor.
Mereka berkuasa terhadap pekerja-pekerja bawahannya.
Tugas pengurus projek adalah seperti :Memastikan perjalanan projek berjalan lancar mengikut syarat yang telah
ditetapkan.
Mentadbir kerja-kerja di tapak pembinaan
Merangka tenaga kerja, peralatan, jentera dan bahan binaan yang diperlukan.
Mengurus segala yang berkaitan dengan pentadbiran, keselamatan, kebajikan
dan sebagainya.
Bertindak sebagai orang tengah antara pekerja dengan kontraktor.

5) Penolong pengurus projek
Merupakan pembantu kepada pengurus projek. Mereka adalah orang yang
terlibat secara langsung di tapak bina bagi memastikan perjalanan projek berjalan
dengan lancar mengikut jangka masa yang ditetapkan dan memastikan hasil kerja
yang memuaskan.

6) Pegawai tadbir
Merupakan pegawai yang bekerja di tapak bina. Tugas mereka
adalahmenguruskan semua kerja-kerja pentadbiran dan perkeranian di tapak
bina.Mereka juga menguruskan pembayaran bil-bil dan juga masalah
yangbersangkutan seperti bil elektrik, bil air dan bil telefon.

7) Jurutera Awam.
Jurutera Awam juga adalah merupakan profesional yang tidak kurang
pentingnya dengan kemahiran yang dimilikinya. Oleh itu, kepakarannya didalam
bidangnya mestilah diambil kira untuk menjayakan projek pembinaan. Jurutera
Awam ini juga boleh dibahagikan kepada 3 bahagianutama iaitu:
Jurutera Awam (struktur)
Jurutera Awam (Bekalan Air)
Jurutera Awam (Jalan)
Oleh kerana kepakaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain namun ianya
adalah berhubung kait dengan kerja-kerja yang akan dilakukan didalam sesuatu
projek pembinaan.
Kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu proses rekabentuk Jurutera Awam
akan membuat penyiasatan tapak di tapak bina yang dicadangkan itu. Antara aktiviti
yang dijalankan semasa penyiasatan tapak ialah mengkaji sifat-sifat tanah seperti
kelembapan tanah, kekuatan tanahdan jenis tanah. Dengan adanya proses
penyiasatan tapak ini maka kaedah pembinaan bagi projek ini dapat ditentukan.
Selain itu juga dengan adanya maklumat mengenai tapak bina berkenaan maka ianya
akan membantu Jurutera Awam dalam membuat proses rekabentuk.
Jurutera Awam akan membuat rekabentuk struktur bagi bangunan yang akan
dibina. Diperingkat ini Jurutera Awam perlulah memastikan yang rekabentuk yang
dibuat adalah benar-benar selamat kepada pengguna bangunan tersebut.
Rekabentuk yang digunakankan juga hendaklah ekonomi dan mempunyai tahap
keselamatan yang baik. Selain itu juga adalah menjadi tanggungjawab pihak Jurutera
Awam untuk memastikan bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor
adalah seperti yang telah dinyatakan didalam lukisan kontrak. Jika Jurutera Awam
mendapati pihak kontaktor gagal untuk melakukan kerja tersebut seperti yang
dinyatakan didalam lukisan kontrak maka pihak Arkitek berhak untuk mengeluarkan
arahan untuk melakukan ujian terhadap kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor.
Selain melakukan rekabentuk bagi kerja-kerja struktur bangunan, jurutera
awam juga berperanan dalam merekabentuk sistem bekalan air yang akan digunakan
bagi bangunan yang akan dibina. Rekabentuk tersebut juga mestilah bersesuaian
dengan fungsi serta jumlah penghuni yang akan mengunakan bangunan itu. Dengan
itu juga jurutera awam perlulah merekabentuk sistem bekalan air ini dengan
mengutamakan faktor keselesaan kepada penguna bangunan tersebut.
Jika berlakunya kerja-kerja perubahan didalam kerja-kerja yang berkaitan
dengan jurutera awam maka pihaknya akan membuat satu rekabentuk yang baru
bagi tujuan perubahan kerja tersebut. Sebagai contoh kebanyakan ujian beban yang
dilakukan oleh pihak kontraktor kepada cerucuk telah didapati gagal. Dengan itu
pihak Jurutera Awam telah mengambil keputusan untuk membesarkan saiz tukup
curucuk (pile cap)tersebut. Dengan itu penukaran saiz punukup cerucuk (Pile cap)
tersebut adalah dianggap sebagai perubahan kerja.
Didalam proses pembangunan projek terdapat pelbagai ujian yang perlu
dilakukan oleh pihak kontraktor tentang bahan binaan dan mutu kerja yang
dihasilkan. Oleh itu untuk mengelakkan daripada ketidak jujuran kontraktordalam
melakukan ujian tersebut pihak Jurutera Awam akan mengawasi segala ujian yang
akan dilakukan oleh pihak kontraktor dari masa kesemasa. Melalui cara ini ianya
bukan sahaja akan memberikan keadilan kepada kedua-dua belah bahkan akan
memastikan segala keputusan ujian yang dilakukan adalah tepat.
8) Jurutera Mekanikal
Didalam proses pembinaan, jurutera mekanikal adalah bertanggungjawab
didalam kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak sub-kontraktor dinamakan.
Antara kerja-kerja pakar yang berada dibawahpengawasan Jurutera Mekanikal
adalah seperti berikut:
Pemasangan sistem pendingin hawa.
Pemasangan alat pencegah kebakaran
.Pemasangan lift.
Pemasangan eskelator.
Sistem pengudaraan bangunan.
Oleh itu tanggungjawab Jurutera Mekanikal didalam prosespembangunan projek
adalah seperti menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan
mekanikal. Selain itu juga Jurutera Mekanikal juga perlu memastikan bahawa sistem
yang dipilih adalahbersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut. Setelah selesai
kerja-kerja penyediaan rekabentuk maka pihak Jurutera Mekanikal adalah dengan ini
bertanggungjawab untuk menyediakansenarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang
akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan ini ianya akan dapat memberikan
jumlah sebenar bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan. Selain itu juga pihak
JuruteraMekanikal juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen
kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan mekanikal.
Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja mekanikal seperti ingin
penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak
jurutera mekanikal akan megeluarkan satu rekabenntuk yang baru untuk kerja
perubahan tersebut. Selain itu juga pihak jurutera mekanikal juga perlulah
meyerahkan rekabentuk perubahan kerja itu didalam jangkamasa yang telah
ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan
kelewatan kerja.

9) Jurutera Elektrikal
Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik seperti kerja pemasangan
pendawaian bangunan adalah menjadi tanggungjawab pihak jurutera elektrik untuk
menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja tersebut. Dengan kepakaran yang ada,
jurutera elektrik akan menyediakan saturekabentuk yang bersesuaian dengan
kegunaan bangunan seperti mana yang dilakukan oleh pihak jurutera mekanikal.
Selain menyediakan rekabentuk, pihak jurutera elektrik juga
bertanggungjawab bagi penyediaan senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan
dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan adanya senarai kuantiti ini jumlah kos
kerja-kerja pakar akan diperolehi. Selain itu juga pihak jurutera elektrik juga adalah
bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang
bersangkutan dengan elektrik.
Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, pihak jurutera
elektrik akan mengawasi segala ujian keatas kerja yang telah dilakukan oleh pihak
sub-kontraktor. Jurutera elektrik bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian
yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan. Dengan ujian yang
diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan tahap keselamatan bagi
sesuatu kerja yang telah dilakukan.
Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja elektrik seperti ingin
penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak
jurutera elektrik juga adalah dengan ini akan mengeluarkan satu rekabentuk yang
baru bagi kerja perubahan tersebut. Selain itu penyerahan rekabentuk perubahan
kerja itu hendaklahdilakukan didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya
tidakmenjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.

10) Juruukur Bahan
Juruukur bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos
projek tidak melebihi bajet yang ditetapkanoleh pihak majikan. Pihak Juruukur bahan
akanterlibat dari awal hinggalah keperingkat akaun muktamad. Oleh itu maklumatdan
objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kosyang
dianggarkan oleh pihak juruukur bahan ini adalah didalam lingkungan bajet yang
ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumatyang tepat maka anggaran
kos yang akan dilakukan oleh pihak juruukur bahan ini mungkin tidak setepat yang
dikehendaki.
Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuaidengan
lokasinya maka pihak juruukur bahan adalahbertanggungjawab untuk menyediakan satu
kajian kemungkinan untuk projek terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga
pihak majikan akanmengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil
daripadaprojek terbabit.
Untuk memilih kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk sesuatu projek
maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan
dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti dimana ketepatan
dalam melakukan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya
masalah apabila proses pembinaan bermula kelak. Diperingkat ini juga pihak juruukur
bahan bertanggungjawab untuk menjualkan dokumen kontrak serta menyatakan tarikh
tutup bagi tender yang berkenaan. Pihak juruukur bahan juga hendaklah mengeluarkan
tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan.
Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam
tender tersebut maka pihak juruukur bahan akan menyediakan dokumen kontrak
sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara
majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak juruukur bahan akan menyediakan
dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak spesifikasi dan
lain-lain lagi.

11) Pembekal
Pembekal merupakan salah satu pihak yang terpenting di dalamindustri binaan.
Pembekal berperanan untuk membekalkan bahan-bahanbinaan dan juga peralatan
untuk bagi pembinaan di tapak bina. Secaraamnya, pembekal boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu:
I.

Pembekal (Domestic Supplier)
Pembekal jenis ini merupakan pembekal biasa yang membekalkanbahan
binaan ke tapak bina. Di peringkat ini, kontraktor utama bebasmemilih
pembekal mereka bagi membekalkan bahan binaan seperti simen,blok bata,
kayu dan sebagainya. Ini bergantung kepada kelebihan-kelebihanyang ada
pada pembekal tersebut.

II.

Pembekal Dinamakan (Nominated Supplier)
Pembekal dinamakan ini merupakan pembekal yang telah dicalonkanuntuk
dipilih oleh kontraktor utama. Pembekal dinamakan ialah individu
atauperniagaan perkongsian, firma atau syarikat yang tendernya hanyalah
untukmembekal dan menyerahhantar bahan-bahan atau peralatan yang
telahdisetujuterima semasa berurusan dengan pihak kontraktor.

12) Buruh
I.

Buruh mahir
Merupakan buruh yang mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentudalam
sesuatu kerja, contohnya kerja kayu, kerja besi, kerja konkrit dansebagainya.
Selalunya, upah yang diterima adalah lebih mahal berbandingdengan upah yang
diterima oleh buruh-buruh yang lain.

II.

Buruh separa mahir
Buruh yang juga mempunyai kemahiran dan kepakaran dalamsesuatu kerja
tertentu, tetapi kepakarannya tidak melebihi atau tidak dapatmenandingi
kepakaran yang dimiliki oleh buruh mahir. Dengan kata lain,kedudukan buruh
separa mahir terletak di antara buruh mahir dan buruhtidak mahir.
III.

Buruh tidak mahir
Peringkat kemahiran atau kepakaran terendah berbanding dengan buruhburuh di peringkat lain. Selalunya, buruh di peringkat ini adalah dari kalangan
mereka yang baru mula bekerja dan yang masih kurang pengalaman bekerja di
tapak bina. Kerja-kerja yang biasa dilakukan adalah yang tidak memerlukan
kemahiran yang tinggi, contohnya kerja mengikat bata, kerja-kerja penggalian
dan sebagainya. Upah yang diterima juga adalah lebih murah berbanding dengan
buruh-buruh di peringkat lain.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraanBab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraanNor Ayuzi Deraman
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaananis
 
SISTEM BEKALAN AIR SEJUK
SISTEM BEKALAN AIR SEJUKSISTEM BEKALAN AIR SEJUK
SISTEM BEKALAN AIR SEJUKfaizsyafieza
 
punca / kadar kemerosotan bangunan
punca / kadar kemerosotan bangunanpunca / kadar kemerosotan bangunan
punca / kadar kemerosotan bangunanAcik Fai Rusz
 
Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Mara
 
Taking Off Report Latihan Industri
Taking Off Report Latihan IndustriTaking Off Report Latihan Industri
Taking Off Report Latihan Industricik Ena
 
Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Mara
 
2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraanZurainah MS
 
Garis Panduan Tender
Garis Panduan TenderGaris Panduan Tender
Garis Panduan Tenderno suhaila
 
Construction Contract in Malaysia
Construction Contract in MalaysiaConstruction Contract in Malaysia
Construction Contract in MalaysiaDayat Mohamad
 
Kontrak ‘turnkey’
Kontrak ‘turnkey’Kontrak ‘turnkey’
Kontrak ‘turnkey’muhd noor
 
Topik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftTopik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftpnnazz
 
Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor UTHM
 
Dokumen Tender
Dokumen Tender Dokumen Tender
Dokumen Tender no suhaila
 

Was ist angesagt? (20)

Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraanBab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
Bab pengenalan pengurusan_penyelenggaraan
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaan
 
SISTEM BEKALAN AIR SEJUK
SISTEM BEKALAN AIR SEJUKSISTEM BEKALAN AIR SEJUK
SISTEM BEKALAN AIR SEJUK
 
punca / kadar kemerosotan bangunan
punca / kadar kemerosotan bangunanpunca / kadar kemerosotan bangunan
punca / kadar kemerosotan bangunan
 
Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1
 
SPK JKR Malaysia: Terminologi
SPK JKR Malaysia: TerminologiSPK JKR Malaysia: Terminologi
SPK JKR Malaysia: Terminologi
 
Lukisan bangunan
Lukisan bangunanLukisan bangunan
Lukisan bangunan
 
Taking Off Report Latihan Industri
Taking Off Report Latihan IndustriTaking Off Report Latihan Industri
Taking Off Report Latihan Industri
 
Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2
 
2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan
 
Garis Panduan Tender
Garis Panduan TenderGaris Panduan Tender
Garis Panduan Tender
 
Construction Contract in Malaysia
Construction Contract in MalaysiaConstruction Contract in Malaysia
Construction Contract in Malaysia
 
Kontrak ‘turnkey’
Kontrak ‘turnkey’Kontrak ‘turnkey’
Kontrak ‘turnkey’
 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
AUTOCAD
 
Topik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftTopik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan lift
 
Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor
 
Pengurusan Projek
Pengurusan ProjekPengurusan Projek
Pengurusan Projek
 
Dokumen Tender
Dokumen Tender Dokumen Tender
Dokumen Tender
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Pintu dan tingkap
Pintu dan tingkapPintu dan tingkap
Pintu dan tingkap
 

Ähnlich wie pihak yang terlibat dalam projek pembinaan

pihak yang terlibat dalam pembinaan
 pihak yang terlibat dalam pembinaan pihak yang terlibat dalam pembinaan
pihak yang terlibat dalam pembinaanNorhamnah Mohamad
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONMara
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionMara
 
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management System
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management SystemPengurusan_Pasukan_Projek - Project Management System
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management SystemNeehandraMohdTahir
 
2.2 resources of project management
2.2 resources of project management2.2 resources of project management
2.2 resources of project managementNatalie Ulza
 
1.1.4 interpret project manager
1.1.4 interpret  project manager1.1.4 interpret  project manager
1.1.4 interpret project managerNatalie Ulza
 
Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Zam Scar
 
Kemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanKemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanAcik Fai Rusz
 
ALAT PERANCANGAN
ALAT PERANCANGANALAT PERANCANGAN
ALAT PERANCANGANCkg Nizam
 
Agreement Freelance Designer.pdf
Agreement Freelance Designer.pdfAgreement Freelance Designer.pdf
Agreement Freelance Designer.pdfIzzuwanIsmail
 
Installation and commissioning
Installation and commissioningInstallation and commissioning
Installation and commissioningJius Musz
 
Kompetensi 3 lengkap
Kompetensi 3 lengkapKompetensi 3 lengkap
Kompetensi 3 lengkapzul_leos
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapZul Hilmi
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapAnne Belle
 
undang undang bangunan
undang undang bangunanundang undang bangunan
undang undang bangunanrezuil
 
Penilaian bagi Piping Project
Penilaian bagi Piping ProjectPenilaian bagi Piping Project
Penilaian bagi Piping ProjectJTM
 
Bab 2 pengurusan projek.pdf
Bab 2 pengurusan projek.pdfBab 2 pengurusan projek.pdf
Bab 2 pengurusan projek.pdfamalia551497
 

Ähnlich wie pihak yang terlibat dalam projek pembinaan (20)

pihak yang terlibat dalam pembinaan
 pihak yang terlibat dalam pembinaan pihak yang terlibat dalam pembinaan
pihak yang terlibat dalam pembinaan
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to construction
 
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management System
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management SystemPengurusan_Pasukan_Projek - Project Management System
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management System
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
 
Azlanmohdnorf
AzlanmohdnorfAzlanmohdnorf
Azlanmohdnorf
 
2.2 resources of project management
2.2 resources of project management2.2 resources of project management
2.2 resources of project management
 
1.1.4 interpret project manager
1.1.4 interpret  project manager1.1.4 interpret  project manager
1.1.4 interpret project manager
 
Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906
 
Kemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanKemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohan
 
ALAT PERANCANGAN
ALAT PERANCANGANALAT PERANCANGAN
ALAT PERANCANGAN
 
Agreement Freelance Designer.pdf
Agreement Freelance Designer.pdfAgreement Freelance Designer.pdf
Agreement Freelance Designer.pdf
 
Installation and commissioning
Installation and commissioningInstallation and commissioning
Installation and commissioning
 
Cikgu nad
Cikgu nadCikgu nad
Cikgu nad
 
Kompetensi 3 lengkap
Kompetensi 3 lengkapKompetensi 3 lengkap
Kompetensi 3 lengkap
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkap
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkap
 
undang undang bangunan
undang undang bangunanundang undang bangunan
undang undang bangunan
 
Penilaian bagi Piping Project
Penilaian bagi Piping ProjectPenilaian bagi Piping Project
Penilaian bagi Piping Project
 
Bab 2 pengurusan projek.pdf
Bab 2 pengurusan projek.pdfBab 2 pengurusan projek.pdf
Bab 2 pengurusan projek.pdf
 

pihak yang terlibat dalam projek pembinaan

  • 1. Pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan: 1) Klien Pihak klien adalah pihak yang juga dikenali sebagai pemilik atau pemunya. Ia bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan atau bajet. Pihak klien ini boleh terdiri daripada pihak kerajaan atau swasta. Pihak klien ini mempunyai objektif utama iaitu mana-mana projek yang dijalankan hendaklah disiapkan dalam masa ditetapkan dan tanpa ada kelewatan serta pertambahan kos. Selain itu kualiti kerja yang diperolehi mestilah dalam keadaan yang sempurna. 2) Pihak Arkitek Pihak arkitek adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk bangunan berdasarkan peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh klien. Pihak Arkitek adalah merupakan prosesional yang bertanggungjawabuntuk merekabentuk bangunan secara keseluruhan dengan dibantu oleh pihak Jurutera. Pihak arkitek akan menyediakan rekabentuk kawalan, rekabentuk sekim dan rekabentuk terperinci. Pihak arkitek bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan dengan mengikut kehendak atau memuaskan hati majikan. Didalam proses pembinaan lukisan dan pelan pembinaan adalah merupakan perkara yang penting bagi tujuan melakukan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu pihak Arkitek juga perlulah mengeluarkan lukisan atau pelan pembinaan kepada pihak kontaktor bagi tujuan pembinaan. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa projek dapat berjalan dengan lancar. Jika pihak Arkitek gagal memberikan segala pelan ini dalam jangka masa yang ditetapkan maka ia berkemungkinan akan menyebabkan kelewatan kerja kerana pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja kerana kelewatan menerima lukisan dan pelan pembinaan. Arkitek adalah bertanggungjawab didalam mengawasi perjalananprojek supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan yang bolehmenyebabkan kelewatan didalam proses penyiapannya. Pihak Arkitek jugaadalah bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu bagi memastikan perjalanan projek adalah teratur dan ia juga akan bertindak mengawasi perlaksanaan projek daripada tarikh milik tapak sehingga berakhirnya tempoh kecacatan kerja (DLP). 3) Kontraktor Kontraktor merupakan orang perseorangan atau syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan. Mereka bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di tapak bina. Ini bermakna kontraktor akan merialisasikan / menganalisa apa yang direka bentuk oleh arkitek pada pelan. Mereka perlu memahami segala peraturan yang terkandung dalam surat perjanjian pembinaan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.Mereka juga hendaklah melakukan kerjakerja dengan teratur dan cekap untuk memudahkan kerja yang telah diarahkan oleh
  • 2. pihak yang terlibat mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya kontraktor tidak mengikut arahan daripada pihak berkuasa, maka kontraktor akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Kontraktor perlu merujuk kepada arkitek sekiranya ingin melakukan sesuatu perubahan pada bangunan. Jika berlaku kekeliruan dalam mentafsir pelan, hendaklah dirujuk kepada arkitek bagi mendapat maklumat yang tepat dan baik. Perbezaan antara kontraktor utama dan kontraktor kecil (a) Kontraktor utama Merupakan kontraktor yang mempunyai para pekerja sendiri dan mempunyai kemudahan serta bahan-bahan sendiri. Mereka memiliki satu syarikat yang mempunyai klien melalui pemindahan tender. Kontrakator ini bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja binaan dari mula hingga bangunan siap. Mereka ini biasanya dipilih oleh pelanggan / pemilik atas nasihat perunding melalui tawaran. (b) Kontraktor kecil I. Kontraktor dinamakan ( Nominated sub Contractor ) Dipilih dan dilantik oleh klien melalui ikatan kontrak. Menerusi ikatan ini, klien mengharapkan supaya kerja-kerja tertentu dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan dan berkeupayaan melaksanakannya menurut kehendak penentuan.Mereka diperlukan bagi memudahkan segala urusan pembinaan. Kehadiran mereka dapat memberi hasil kerja yang berkualiti. Mereka terdiri dari pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu mengikut pengkhususan dan kemahiran tersendiri. Kerja-kerja biasa diberikan ialah :Kerja cerucuk Pemasangan elektrik Sistem penyaman Tangga gerak dan lif Sistem pencegah kebakaran II. Kontraktor kecil domestik / biasa ( No-nominated Sub Contractor ) Dipilih sendiri oleh kontraktor. Mereka ini tiada ikatan kontraktor secara rasmi. Mereka membantu mempercepatkan hasil kerja dan membuat kerja-kerja sampingan.Seseorang kontraktor memerlukan kontraktor kecil domestik tertentu supaya bilangan pekarja tetap dapat dikurangkan di samping menjimatkan kos bagi kerja tersebut.
  • 3. Antara kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah :Memasang jubin lantai dan dinding Melepa dinding dan siling Kerja-kerja luar ( membuat jalan raya, pagar dan perpaipan ) 4) Pengurus projek Merupakan ketua kepada organisasi pembinaan bagi pihak kontraktor. Mereka berkuasa terhadap pekerja-pekerja bawahannya. Tugas pengurus projek adalah seperti :Memastikan perjalanan projek berjalan lancar mengikut syarat yang telah ditetapkan. Mentadbir kerja-kerja di tapak pembinaan Merangka tenaga kerja, peralatan, jentera dan bahan binaan yang diperlukan. Mengurus segala yang berkaitan dengan pentadbiran, keselamatan, kebajikan dan sebagainya. Bertindak sebagai orang tengah antara pekerja dengan kontraktor. 5) Penolong pengurus projek Merupakan pembantu kepada pengurus projek. Mereka adalah orang yang terlibat secara langsung di tapak bina bagi memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar mengikut jangka masa yang ditetapkan dan memastikan hasil kerja yang memuaskan. 6) Pegawai tadbir Merupakan pegawai yang bekerja di tapak bina. Tugas mereka adalahmenguruskan semua kerja-kerja pentadbiran dan perkeranian di tapak bina.Mereka juga menguruskan pembayaran bil-bil dan juga masalah yangbersangkutan seperti bil elektrik, bil air dan bil telefon. 7) Jurutera Awam. Jurutera Awam juga adalah merupakan profesional yang tidak kurang pentingnya dengan kemahiran yang dimilikinya. Oleh itu, kepakarannya didalam bidangnya mestilah diambil kira untuk menjayakan projek pembinaan. Jurutera Awam ini juga boleh dibahagikan kepada 3 bahagianutama iaitu: Jurutera Awam (struktur) Jurutera Awam (Bekalan Air)
  • 4. Jurutera Awam (Jalan) Oleh kerana kepakaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain namun ianya adalah berhubung kait dengan kerja-kerja yang akan dilakukan didalam sesuatu projek pembinaan. Kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu proses rekabentuk Jurutera Awam akan membuat penyiasatan tapak di tapak bina yang dicadangkan itu. Antara aktiviti yang dijalankan semasa penyiasatan tapak ialah mengkaji sifat-sifat tanah seperti kelembapan tanah, kekuatan tanahdan jenis tanah. Dengan adanya proses penyiasatan tapak ini maka kaedah pembinaan bagi projek ini dapat ditentukan. Selain itu juga dengan adanya maklumat mengenai tapak bina berkenaan maka ianya akan membantu Jurutera Awam dalam membuat proses rekabentuk. Jurutera Awam akan membuat rekabentuk struktur bagi bangunan yang akan dibina. Diperingkat ini Jurutera Awam perlulah memastikan yang rekabentuk yang dibuat adalah benar-benar selamat kepada pengguna bangunan tersebut. Rekabentuk yang digunakankan juga hendaklah ekonomi dan mempunyai tahap keselamatan yang baik. Selain itu juga adalah menjadi tanggungjawab pihak Jurutera Awam untuk memastikan bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor adalah seperti yang telah dinyatakan didalam lukisan kontrak. Jika Jurutera Awam mendapati pihak kontaktor gagal untuk melakukan kerja tersebut seperti yang dinyatakan didalam lukisan kontrak maka pihak Arkitek berhak untuk mengeluarkan arahan untuk melakukan ujian terhadap kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain melakukan rekabentuk bagi kerja-kerja struktur bangunan, jurutera awam juga berperanan dalam merekabentuk sistem bekalan air yang akan digunakan bagi bangunan yang akan dibina. Rekabentuk tersebut juga mestilah bersesuaian dengan fungsi serta jumlah penghuni yang akan mengunakan bangunan itu. Dengan itu juga jurutera awam perlulah merekabentuk sistem bekalan air ini dengan mengutamakan faktor keselesaan kepada penguna bangunan tersebut. Jika berlakunya kerja-kerja perubahan didalam kerja-kerja yang berkaitan dengan jurutera awam maka pihaknya akan membuat satu rekabentuk yang baru bagi tujuan perubahan kerja tersebut. Sebagai contoh kebanyakan ujian beban yang dilakukan oleh pihak kontraktor kepada cerucuk telah didapati gagal. Dengan itu pihak Jurutera Awam telah mengambil keputusan untuk membesarkan saiz tukup curucuk (pile cap)tersebut. Dengan itu penukaran saiz punukup cerucuk (Pile cap) tersebut adalah dianggap sebagai perubahan kerja. Didalam proses pembangunan projek terdapat pelbagai ujian yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor tentang bahan binaan dan mutu kerja yang dihasilkan. Oleh itu untuk mengelakkan daripada ketidak jujuran kontraktordalam melakukan ujian tersebut pihak Jurutera Awam akan mengawasi segala ujian yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor dari masa kesemasa. Melalui cara ini ianya bukan sahaja akan memberikan keadilan kepada kedua-dua belah bahkan akan memastikan segala keputusan ujian yang dilakukan adalah tepat.
  • 5. 8) Jurutera Mekanikal Didalam proses pembinaan, jurutera mekanikal adalah bertanggungjawab didalam kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak sub-kontraktor dinamakan. Antara kerja-kerja pakar yang berada dibawahpengawasan Jurutera Mekanikal adalah seperti berikut: Pemasangan sistem pendingin hawa. Pemasangan alat pencegah kebakaran .Pemasangan lift. Pemasangan eskelator. Sistem pengudaraan bangunan. Oleh itu tanggungjawab Jurutera Mekanikal didalam prosespembangunan projek adalah seperti menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan mekanikal. Selain itu juga Jurutera Mekanikal juga perlu memastikan bahawa sistem yang dipilih adalahbersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut. Setelah selesai kerja-kerja penyediaan rekabentuk maka pihak Jurutera Mekanikal adalah dengan ini bertanggungjawab untuk menyediakansenarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan ini ianya akan dapat memberikan jumlah sebenar bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan. Selain itu juga pihak JuruteraMekanikal juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan mekanikal. Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja mekanikal seperti ingin penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak jurutera mekanikal akan megeluarkan satu rekabenntuk yang baru untuk kerja perubahan tersebut. Selain itu juga pihak jurutera mekanikal juga perlulah meyerahkan rekabentuk perubahan kerja itu didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja. 9) Jurutera Elektrikal Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik seperti kerja pemasangan pendawaian bangunan adalah menjadi tanggungjawab pihak jurutera elektrik untuk menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja tersebut. Dengan kepakaran yang ada, jurutera elektrik akan menyediakan saturekabentuk yang bersesuaian dengan kegunaan bangunan seperti mana yang dilakukan oleh pihak jurutera mekanikal. Selain menyediakan rekabentuk, pihak jurutera elektrik juga bertanggungjawab bagi penyediaan senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan adanya senarai kuantiti ini jumlah kos
  • 6. kerja-kerja pakar akan diperolehi. Selain itu juga pihak jurutera elektrik juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan elektrik. Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, pihak jurutera elektrik akan mengawasi segala ujian keatas kerja yang telah dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Jurutera elektrik bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan. Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja elektrik seperti ingin penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak jurutera elektrik juga adalah dengan ini akan mengeluarkan satu rekabentuk yang baru bagi kerja perubahan tersebut. Selain itu penyerahan rekabentuk perubahan kerja itu hendaklahdilakukan didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidakmenjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja. 10) Juruukur Bahan Juruukur bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi bajet yang ditetapkanoleh pihak majikan. Pihak Juruukur bahan akanterlibat dari awal hinggalah keperingkat akaun muktamad. Oleh itu maklumatdan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kosyang dianggarkan oleh pihak juruukur bahan ini adalah didalam lingkungan bajet yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumatyang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak juruukur bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki. Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuaidengan lokasinya maka pihak juruukur bahan adalahbertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemungkinan untuk projek terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akanmengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripadaprojek terbabit. Untuk memilih kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti dimana ketepatan dalam melakukan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apabila proses pembinaan bermula kelak. Diperingkat ini juga pihak juruukur bahan bertanggungjawab untuk menjualkan dokumen kontrak serta menyatakan tarikh
  • 7. tutup bagi tender yang berkenaan. Pihak juruukur bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak juruukur bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak juruukur bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak spesifikasi dan lain-lain lagi. 11) Pembekal Pembekal merupakan salah satu pihak yang terpenting di dalamindustri binaan. Pembekal berperanan untuk membekalkan bahan-bahanbinaan dan juga peralatan untuk bagi pembinaan di tapak bina. Secaraamnya, pembekal boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu: I. Pembekal (Domestic Supplier) Pembekal jenis ini merupakan pembekal biasa yang membekalkanbahan binaan ke tapak bina. Di peringkat ini, kontraktor utama bebasmemilih pembekal mereka bagi membekalkan bahan binaan seperti simen,blok bata, kayu dan sebagainya. Ini bergantung kepada kelebihan-kelebihanyang ada pada pembekal tersebut. II. Pembekal Dinamakan (Nominated Supplier) Pembekal dinamakan ini merupakan pembekal yang telah dicalonkanuntuk dipilih oleh kontraktor utama. Pembekal dinamakan ialah individu atauperniagaan perkongsian, firma atau syarikat yang tendernya hanyalah untukmembekal dan menyerahhantar bahan-bahan atau peralatan yang telahdisetujuterima semasa berurusan dengan pihak kontraktor. 12) Buruh I. Buruh mahir Merupakan buruh yang mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentudalam sesuatu kerja, contohnya kerja kayu, kerja besi, kerja konkrit dansebagainya. Selalunya, upah yang diterima adalah lebih mahal berbandingdengan upah yang diterima oleh buruh-buruh yang lain. II. Buruh separa mahir
  • 8. Buruh yang juga mempunyai kemahiran dan kepakaran dalamsesuatu kerja tertentu, tetapi kepakarannya tidak melebihi atau tidak dapatmenandingi kepakaran yang dimiliki oleh buruh mahir. Dengan kata lain,kedudukan buruh separa mahir terletak di antara buruh mahir dan buruhtidak mahir. III. Buruh tidak mahir Peringkat kemahiran atau kepakaran terendah berbanding dengan buruhburuh di peringkat lain. Selalunya, buruh di peringkat ini adalah dari kalangan mereka yang baru mula bekerja dan yang masih kurang pengalaman bekerja di tapak bina. Kerja-kerja yang biasa dilakukan adalah yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, contohnya kerja mengikat bata, kerja-kerja penggalian dan sebagainya. Upah yang diterima juga adalah lebih murah berbanding dengan buruh-buruh di peringkat lain.