SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
1




Untuk Siaran Segera


Rabu, 8 September 2010.

NEF & AWANI anjur anugerah ICT yang inklusif

Astro AWANI (Astro Saluran 501) dan Persatuan Industri & Usahawan ICT Bumiputera
Malaysia (NEF – New Entrepreneur Forum) akan menganjurkan anugerah Industri
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang inklusif dikenali sebagai Anugerah ICT
NEF-AWANI 2010 (NEF-AWANI ICT Awards 2010). Anugerah ini bukan sahaja untuk
meraikan kecemerlangan syarikat-syarikat ICT yang telah memberi impak dalam
kehidupan rakyat Malaysia berbilang kaum tetapi juga memberi pengiktirafan kepada
usahawan tekno Bumiputera yang berjaya.

Menurut Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz, saluran berita dan informasi 24
jam itu mengambil keputusan menjadi rakan NEF menganjurkan anugerah tahunan
bermula 2010 ini, kerana melihat perlunya rakyat mengetahui cerita kejayaan usahawan
teknologi dan komunikasi membina syarikat mereka sehingga cemerlang bukan sahaja
dalam negara malah di peringkat global.

“Penonton bukan sahaja dapat mengetahui strategi usahawan yang berjaya
mewujudkan nilai dalam syarikat yang inovatif, malah penonton akan mendapat inspirasi
untuk menjadi usahawan tekno yang baik” tambah Rozina.

Astro AWANI akan memaparkan pelbagai isu ICT dan menemubual calon-calon dan
pemenang anugerah NEF-AWANI 2010 dalam rancangan AGENDA AWANI, SUDUT
PANDANG dan U-WARTAWAN serta dalam berita di saluran Astro 501 itu bermula 8
September, 2010.

Sementara itu, Presiden NEF, Ashran Datuk Ghazi berkata, anugerah yang bersifat
inklusif ini mencerminkan semangat 1Malaysia.

“Terdapat banyak syarikat Bumiputera yang bagus dan anugerah ini diharap dapat
mengenengahkan lagi mereka dalam pasaran,” tambah Ashran.

Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 turut disokong oleh Kumpulan Utusan sebagai rakan
media cetak dan AMP Radio Networks sebagai rakan penyiar radio. Majalah dalaman
NEF, The Network turut membantu dalam menyebarkan informasi tentang anugerah ini.

Terdapat 8 kategori untuk usahawan Bumiputera dalam Anugerah ICT NEF-AWANI
2010 dan orang ramai dipelawa untuk mencalonkan mereka yang telah menghasilkan
produk dan memberikan perkhidmatan yang baik. Kategori yang dimaksudkan adalah:
2




   1.      Produk Perisian Bumiputera Terbaik.
   2.      Usahawan Tekno Bumiputera Muda Terbaik.


   3.      Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik.
   4.      Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Bumiputera Terbaik.
   5.      Syarikat “Startup” Bumiputera Terbaik.
   6.      Animasi Kreatif/Permainan Bumiputera Terbaik.
   7.      Syarikat Bumiputera Paling Inovatif.
   8.      Syarikat ICT Bumiputera Terbaik.


Kriteria penilaian adalah berdasarkan keunikan produk, kreativiti, inovasi, penerimaan
pasaran, kualiti/estetika dan impak kepada industri dan komuniti.

3 calon teratas dalam setiap kategori akan diadili oleh panel hakim. Mereka akan
dipaparkan dalam pelbagai program di Astro AWANI dan juga di akhbar Utusan,
rangkaian radio AMP dan majalah The Network.

Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 yang bersifat inklusif ini mempunyai 5 kategori di mana
pemenang dipilih oleh rakyat Malaysia secara dalam talian (online). Setiap pemilih akan
hanya boleh memilih satu calon dalam setiap kategori. Kategori yang dimaksudkan
adalah:


   1.      Syarikat Telekomunikasi Pilihan.
   2.      Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian (Online) Pilihan.
   3.      E-Perkhidmatan Kerajaan Pilihan.
   4.      Portal Hiburan Pilihan.
   5.      E-komuniti/e-perkhidmatan Pilihan.

Tiga pencalonan paling tinggi dalam setiap kategori di atas akan bertanding sekali lagi
untuk dipilih sebagai pemenang dalam setiap kategori.

Calon yang mendapat undi terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Orang ramai boleh menghantar pencalonan secara dalam talian (online) ke
www.nef.org.my bermula sekarang. Tarikh tutup pencalonan adalah 8 Oktober 2010.
Calon peringkat akhir akan diumumkan pada 25 Oktober dan pemenang akan
diumumkan pada 25 November 2010.
3




“Ini adalah sumbangan kami untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti untuk berjaya
dalam Model Baru Ekonomi,” kata Rozina Aziz dan Ashran Datuk Ghazi.

NEF ialah persatuan yang komited membantu meningkatkan kualiti keusahawanan
tekno. Ia ditubuhkan pada 1997 untuk membantu usahawan tekno. Kini NEF adalah
satu persatuan yang diikiraf kerajaan Malaysia sebagai persatuan yang mewakili
kepentingan usahawan ICT Bumiputera Malaysia.

Fokus bidang utama NEF ialah pembiayaan, akses kepada pasaran, pembangunan
usahawan tekno, kreativiti dan inovasi.


Astro AWANI (Astro Saluran 501) adalah saluran berita dan informasi 24 jam pertama
Malaysia. Agenda AWANI keudara secara langsung setiap Isnin hingga Khamis jam
8:15 malam. Sudut Pandang keudara secara langsung setiap Isnin hingga Khamis pada
jam 10:00 malam. U-Wartawan keudara secara langsung setiap Jumaat pada jam 10:00
malam.

          ------------------------------------------------------------------------------------------



Untuk keterangan lanjut tentang Anugerah ICT NEF-AWANI 2010, sila hubungi:


Ashran Datuk Ghazi, Presiden NEF (Tel: +019-3891899 atau e-mel
ashran@asiastream.com.my)

Rozina Aziz, Pengurus Besar, Astro AWANI (Tel: +012-2067228 atau e-mel
rozina_aziz@astro.com.my)

Azizi Othman, Editor-In-Chief, Astro AWANI (Tel: +019-2215662 atau e-mel
azizi_othman@astro.com.my)

Suhaimi Sulaiman, Editor-At-Large, Astro AWANI (Tel: +019-3822642 atau e-mel
suhaimi_sulaiman@astro.com.my)

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Press Release--NEF-Awani ICT Awards 2010 -BM (9)

Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT
Topik 3   Masyarakat Malaysia dan ICTTopik 3   Masyarakat Malaysia dan ICT
Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT
 
Kerjaya dalam bidang it ec-2
Kerjaya dalam bidang it   ec-2Kerjaya dalam bidang it   ec-2
Kerjaya dalam bidang it ec-2
 
Sains teknologi
Sains teknologiSains teknologi
Sains teknologi
 
Mecd industri perabot malaysia
Mecd industri perabot malaysiaMecd industri perabot malaysia
Mecd industri perabot malaysia
 
Laporan post mortem bendahari
Laporan post mortem bendahariLaporan post mortem bendahari
Laporan post mortem bendahari
 
Pusat Sukan Komersial
Pusat Sukan KomersialPusat Sukan Komersial
Pusat Sukan Komersial
 
Pusat Sukan Komersial
Pusat Sukan KomersialPusat Sukan Komersial
Pusat Sukan Komersial
 
Click Company profile bm april ok
Click Company profile bm april okClick Company profile bm april ok
Click Company profile bm april ok
 
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsxT2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
 

Press Release--NEF-Awani ICT Awards 2010 -BM

  • 1. 1 Untuk Siaran Segera Rabu, 8 September 2010. NEF & AWANI anjur anugerah ICT yang inklusif Astro AWANI (Astro Saluran 501) dan Persatuan Industri & Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF – New Entrepreneur Forum) akan menganjurkan anugerah Industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang inklusif dikenali sebagai Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 (NEF-AWANI ICT Awards 2010). Anugerah ini bukan sahaja untuk meraikan kecemerlangan syarikat-syarikat ICT yang telah memberi impak dalam kehidupan rakyat Malaysia berbilang kaum tetapi juga memberi pengiktirafan kepada usahawan tekno Bumiputera yang berjaya. Menurut Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz, saluran berita dan informasi 24 jam itu mengambil keputusan menjadi rakan NEF menganjurkan anugerah tahunan bermula 2010 ini, kerana melihat perlunya rakyat mengetahui cerita kejayaan usahawan teknologi dan komunikasi membina syarikat mereka sehingga cemerlang bukan sahaja dalam negara malah di peringkat global. “Penonton bukan sahaja dapat mengetahui strategi usahawan yang berjaya mewujudkan nilai dalam syarikat yang inovatif, malah penonton akan mendapat inspirasi untuk menjadi usahawan tekno yang baik” tambah Rozina. Astro AWANI akan memaparkan pelbagai isu ICT dan menemubual calon-calon dan pemenang anugerah NEF-AWANI 2010 dalam rancangan AGENDA AWANI, SUDUT PANDANG dan U-WARTAWAN serta dalam berita di saluran Astro 501 itu bermula 8 September, 2010. Sementara itu, Presiden NEF, Ashran Datuk Ghazi berkata, anugerah yang bersifat inklusif ini mencerminkan semangat 1Malaysia. “Terdapat banyak syarikat Bumiputera yang bagus dan anugerah ini diharap dapat mengenengahkan lagi mereka dalam pasaran,” tambah Ashran. Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 turut disokong oleh Kumpulan Utusan sebagai rakan media cetak dan AMP Radio Networks sebagai rakan penyiar radio. Majalah dalaman NEF, The Network turut membantu dalam menyebarkan informasi tentang anugerah ini. Terdapat 8 kategori untuk usahawan Bumiputera dalam Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 dan orang ramai dipelawa untuk mencalonkan mereka yang telah menghasilkan produk dan memberikan perkhidmatan yang baik. Kategori yang dimaksudkan adalah:
  • 2. 2 1. Produk Perisian Bumiputera Terbaik. 2. Usahawan Tekno Bumiputera Muda Terbaik. 3. Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik. 4. Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Bumiputera Terbaik. 5. Syarikat “Startup” Bumiputera Terbaik. 6. Animasi Kreatif/Permainan Bumiputera Terbaik. 7. Syarikat Bumiputera Paling Inovatif. 8. Syarikat ICT Bumiputera Terbaik. Kriteria penilaian adalah berdasarkan keunikan produk, kreativiti, inovasi, penerimaan pasaran, kualiti/estetika dan impak kepada industri dan komuniti. 3 calon teratas dalam setiap kategori akan diadili oleh panel hakim. Mereka akan dipaparkan dalam pelbagai program di Astro AWANI dan juga di akhbar Utusan, rangkaian radio AMP dan majalah The Network. Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 yang bersifat inklusif ini mempunyai 5 kategori di mana pemenang dipilih oleh rakyat Malaysia secara dalam talian (online). Setiap pemilih akan hanya boleh memilih satu calon dalam setiap kategori. Kategori yang dimaksudkan adalah: 1. Syarikat Telekomunikasi Pilihan. 2. Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian (Online) Pilihan. 3. E-Perkhidmatan Kerajaan Pilihan. 4. Portal Hiburan Pilihan. 5. E-komuniti/e-perkhidmatan Pilihan. Tiga pencalonan paling tinggi dalam setiap kategori di atas akan bertanding sekali lagi untuk dipilih sebagai pemenang dalam setiap kategori. Calon yang mendapat undi terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. Orang ramai boleh menghantar pencalonan secara dalam talian (online) ke www.nef.org.my bermula sekarang. Tarikh tutup pencalonan adalah 8 Oktober 2010. Calon peringkat akhir akan diumumkan pada 25 Oktober dan pemenang akan diumumkan pada 25 November 2010.
  • 3. 3 “Ini adalah sumbangan kami untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti untuk berjaya dalam Model Baru Ekonomi,” kata Rozina Aziz dan Ashran Datuk Ghazi. NEF ialah persatuan yang komited membantu meningkatkan kualiti keusahawanan tekno. Ia ditubuhkan pada 1997 untuk membantu usahawan tekno. Kini NEF adalah satu persatuan yang diikiraf kerajaan Malaysia sebagai persatuan yang mewakili kepentingan usahawan ICT Bumiputera Malaysia. Fokus bidang utama NEF ialah pembiayaan, akses kepada pasaran, pembangunan usahawan tekno, kreativiti dan inovasi. Astro AWANI (Astro Saluran 501) adalah saluran berita dan informasi 24 jam pertama Malaysia. Agenda AWANI keudara secara langsung setiap Isnin hingga Khamis jam 8:15 malam. Sudut Pandang keudara secara langsung setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10:00 malam. U-Wartawan keudara secara langsung setiap Jumaat pada jam 10:00 malam. ------------------------------------------------------------------------------------------ Untuk keterangan lanjut tentang Anugerah ICT NEF-AWANI 2010, sila hubungi: Ashran Datuk Ghazi, Presiden NEF (Tel: +019-3891899 atau e-mel ashran@asiastream.com.my) Rozina Aziz, Pengurus Besar, Astro AWANI (Tel: +012-2067228 atau e-mel rozina_aziz@astro.com.my) Azizi Othman, Editor-In-Chief, Astro AWANI (Tel: +019-2215662 atau e-mel azizi_othman@astro.com.my) Suhaimi Sulaiman, Editor-At-Large, Astro AWANI (Tel: +019-3822642 atau e-mel suhaimi_sulaiman@astro.com.my)