SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 199
1


.PERGERAKAN ASAS

PENGENALAN

Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu
akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapat
membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang. Adalah tidak mustahil kanak-kanak yang didedahkan
dengan kemahiran gimnastik pendidikan akhirnya dapat menguasai semua kemahiran-kemahiran asas gimnastik dan
akhirnya dapat melahirkan warganegara atau atlet yang berbakat di dalam gimnastik kelak. Pendidikan Pergerakan
merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Ia terbahagi kepada
empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu
bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid
dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan
itu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan
perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang
dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan
manupulatif alat.




                                           Rajah 1.1: Pergerakan Asas

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor
menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

1.2.1 Konsep

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam
persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan
badan dalam gerakan lokomotor; gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
2


ARAH

Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan.




                                              Rajah 1.2: Arah Pergerakan

HALUAN

Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.




                                    Rajah 1.3: Corak haluan pergerakan lokomotor

MASA

Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau
pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam
aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah:

BERJALAN

Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
3


         Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
         Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan
         Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan
         Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan




1.3 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih
tempat.

1.3.2 Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam
aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah:

DUDUK

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

         Duduk dalam keadaan bersila
         Duduk dalam keadaan melunjur
4




         Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan
         Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit
         Duduk dalam keadaan kaki ke atas dengan gaya mengayuh basikal
         Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki
         Duduk melutut




         Duduk mendekam

BERDIRI

Di antara aktiviti berdiri yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

         Berdiri lurus
5




Berdiri dengan membongkok kehadapan




Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan
6




        Berdiri dengan memusing pada paras pinggang
        Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan
        Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan
         tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri
        Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki




        Berdiri dengan memusing tangan kekiri dan kekanan

BERPASANGAN

Antara aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan lokomotor ialah:
7


GUSTI TANGAN




TURUN NAIK PASANGAN




ENJIT-ENJIT SEMUT




TEPUK AMAI-AMAI
8




MENARIK SETEMPAT




MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN




MENARIK DAN MENAHAN RAKAN
9




Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti lokomotor dalam pendidikan jasmani antaranya ialah

TEKAN TUBI




1.4 MANIPULASI ALATAN

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan
seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti
pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah

1.4.1 Konsep

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan
cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau
sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau
menangani sesuatu objek.

Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-
kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan–mata, kaki–
mata dan lain-lain.
10


1.4.2 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat

Kemahiran manipulasi alat yang diajar diperingkat pra dan sekolah rendah ialah:

MEMBALING DAN MELAMBUNG

Di antara aktiviti membaling yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:




         Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula
         Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
         Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula
         Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula




         Meleretkan bola kesasaran
11




         Menggolek relung
         Membaling pundi kacang ke pasangan
         Membaling pundi kacang melintasi satu garisan




         Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan atau sasaran lain




         Membaling pundi kacang sejauh yang boleh

MENYAMBUT

Diantara aktiviti menyambut yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
12


         Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula
         Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
         Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula
         Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan




Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL

Diantara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

         Memukul alatan dengan tangan
         Memukul alatan dengan genggaman
         Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
         Melambung belon keudara dan kemudian memukul




         Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi
         dan bawah bahu.
13




         Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu melantun dengan alatan
         Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian B akan
         memukul bola dengan kayu
         Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B akan memukul
         bola dengan kayu

AKTIVIT-AKTIVITI LAIN

Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti manipulatif alat dalam pendidikan jasmani antaranya ialah:

MENYEPAK




MENAHAN
14


MENGELECEK




TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR



PENGENALAN

Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang kearah perkembangan keseluruhan
pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estatik. Memandang
kepentingan ini, tujuan pendidikan pergerakan di peringkat pra sekolah ialah membantu kanak-kanak membina
kemahiran asas pergerakan. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari,
melompat dengan betul mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul. Manipulasi alat membantu pelajar
menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar dewasa.

Dengan kata lain, pergerakan ini perlu didedahkan kepada pelajar dari pra sekolah. Pendidikan pergerakan ini adalah
bagi membina insan yang segak dan bergaya serta mengamalkan cara hidup yang sihat.




2.1 KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan
berkordinasi. Persepsi motor membolehkan kanak-kanak:

        Merasa kehadiran dirinya dalam ruang
        Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang
        Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan

Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca, mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Oleh
itu kemahiran persepsi perlulah diajarkan kepada kanak-kanak semenjak pra sekolah atau tadika lagi. Kemahiran
persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra sekolah:

        Mengimbang
        Kesedaran badan
        Kesedaran ruang
        Kesedaran arah
        Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata
15


Mengimbang
Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan
aktiviti. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar kesimbangan akan tercapai. Objek yang
mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Keseimbangan akan
tercapai dengan maksimum sekiranya garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu garis.
Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan
tubuh.

Terdapat dua jenis imbangan iaitu:

        Imbangan Statik-Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.
        Imbangan Dinamik – Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau
        berlari.

Imbangan penting dalam kehidupan seharian kerana dengan berada dalam kedudukan imbangan yang stabil, kita
dapat menggunakan kuasa yang sedikit dalam melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, duduk dan lain-lain.
Menjalankan aktiviti dengan imbangan yang betul juga akan mengurangkan risiko kecederaan atau kepenatan.
Dalam permainan dan sukan, imbangan penting dalam memantapkan perilakuan dan membentuk gerakan.

Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan Jasmani

Imbangan                                                                                          Dinamik
Guru boleh merancang aktiviti mengimbang dinamik dengan meminta pelajar berjalan diatas bangku atau meniti
diatas tali, berjalan menggunakan kaki tempurung, ketinting dan lain-lain.




                                         Rajah 2.1: Meniti di atas bangku
16




                                      Rajah 2.2: Meniti di atas tali




Imbangan menggunakan kaki tempurung
17


Lompat ketinting (imbangan dinamik)

Imbangan Statik

Guru boleh merancang aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar menggunakan tangan dan kaki, lutut,
punggung dan sebelah kaki untuk mengimbang.




Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain.




Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan pegun (imbangan statik)

Aktiviti Kumpulan
Bagi menjadikan aktiviti imbangan lebih menarik, guru boleh merancang pelajar menjalankan aktiviti dalam bentuk
kumpulan. Antara aktiviti imbangan dalam bentuk kumpulan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah:
18




Tolak patung




Ketintingan bertiga
19




Meniti diatas tali bersama rakan




Ayun kaki serentak
20




Berdiri diatas papan imbang

Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh menarik minat pelajar. Kanak-kanak boleh
membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi mengimbang badan dalam aktiviti persembahannya.




Laluan Imbangan
Bagi menjadikan aktiviti lebih menarik guru boleh membina laluan imbangan dan pelajar diminta melalui laluan
imbangan ini.
21




Contoh laluan imbangan

Kesedaran Tubuh Badan
Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Perkara yang penting tentang
kesedaran ini ialah:

        Bentuk dan saiz tubuh badan
        Bahagian-bahagian tubuh badan
        Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan
        Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza

Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung kepada kesedaran tubuh badan. Terdapat
pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak contohnya dengan arahan aktiviti atau soalan
yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain bahagian tubuh badan.
22




Berjalan




Golek balak
23



Lompat bintang




Dirian bangau




Membongkok
24



KESEDARAN RUANG
Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. Ruang membolehkan manusia dan objek
lain bergerak kesana-sini. Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh
dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa
melakukan pergerakan.

Pelajar perlu di sedari dengan pergerakan tubuh badan dan ruang sekitar. Perkara seperti ini merupakan konsep
asas yang perlu di terokai oleh kanak-kanak. Pelajar perlu diajar memenuhi ruang di persekitaran dengan pelbagai
cara contohnya pelajar di minta berbaring dalam keadaan pelbagai arah. Aktiviti ini membolehkan pelajar kita
mengetahui atau menyedari ruang diri persendirian.




Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui ruang diri




Bergerak bagai burung terbang (ruang am)
25


KESEDARAN ARAH
Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah didalam ruang
persekitaranya. Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai
kesedaran hala datar. Kesedaran hala datar ialah kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan
belakang kiri kanan di sisi tubuh badan seseorang. Dengan kesedaran ini, pelajar akan dapat mengawal pergerakan
daripada kedua-dua belah arah secara serentak atau berasingan.

Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan
dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak. Permainan seperti angle
in the snow di mana dalam permainan ini kanak-kanak disuruh berbaring dalam keadaan terlentang dan
mengerakkan kaki serta tanggan membentuk gerakan membulat bergantung kepada arahan oleh guru.

Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat membentuk perkembangan kesedaran arah. Umpamanya
bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah boleh membina kesedaran arah.




Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)




Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang)

Kordinasi
Kordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan. Kordinasi melibatkan
penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta
hubungannya dengan minda. Kesemua faktor ini akan menghasilkan kecekapan yang tinggi dalam gerakan. Dengan
26


kata lain tujuan melakukan sesuatu pergerakan akan tercapai jika kordinasi di antara pergerakan bahagian-bahagian
badan di sempurnakan dengan baik.

Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.
Kordinasi boleh di capai dengan menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang pelajar mempunyai kordinasi,
mereka akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap bola, menahan bola, menyangga bola, melakukan
rejaman serta apa saja aktiviti sukan dengan baik dan tepat.




Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek dalam hoki




Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam bola dengan baik dalam permainan bola sepak.
27




Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy.




Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat ke arah sasaran.

Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di
kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38


TOPIK 3 PERGERAKAN PENDIDIKAN

PENGENALAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan,
ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan
gimnastik irama.




3.1 GIMNASTIK PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan,
ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan
gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu:

      i.   Kesedaran tubuh badan
     ii.   Kesedaran ruang
    iii.   Kesedaran masa
    iv.    Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
     v.    Kesedaran beban
    vi.    Kesedaran aliran
   vii.    Kesedaran perkaitan dengan orang lain
   viii.   Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:

           Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan
           Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran
           Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi
            penyelesaian masalah
           Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik




3.2 KESEDARAN TUBUH BADAN

Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan
lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Semua pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen
kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan kordinasi.

                      Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan


                Jenis Pergerakan           Maksud Jenis Pergerakan                Aktiviti
           Bergerak secara sentuhan    Bergerak dengan bahagian               Berjalan,       berlari,
           berselang.                  pada tubuh badan berselang –           merangkak, dan berjalan
                                       seli menyentuh lantai.                 secara melutut.
           Bergerak secara sentuhan    Bergerak dengan bahagian               Gulingan, guling balak,
           selalu.                     tubuh badan menyentuh lantai           menarik dan menolak.
                                       sentiasa.
39


        Bergerak tanpa sentuhan       Bergerak dengan seluruh tubuh             Lompat bintang, lompat
        seketika.                     badan di udara seketika                   dakap dan lompat layang.
        Menyokong beban pada          Bergerak dengan beban di                  Membawa pundi kacang
        bahagian tubuh.               bahagian tubuh.                           di atas kepala serta
                                                                                Menggolekkan bola kecil
                                                                                di atas belakang badan



        Membuat berbagai bentuk       Membentukkan tubuh badan         Pergerakan mengikut situasi
        dengan bahagian tubuh         menjadi besar, kecil, panjang,   seperti:
        badan.                        pendek.
                                                                                bunga sedang kembang
                                                                                arnab tidur dalam lubang
                                                                                galah menjulang awan
                                                                                kain dilipat dua
        Membekukan tubuh badan.       Berhenti bergerak apabila                 Galop
                                      isyarat diberi.
                                                                                Lompat kanggaru dalam
                                                                                arah zig-zag
        Merangkaikan dua atau lebih   Merangkaikan beberapa                     Lompat ke dalam gelung
        pergerakan.                   kemahiran ke dalam satu bentuk            rotan
                                      permainan kecil.
                                                                                Menyusup        di   bawah
                                                                                palang
                                                                                Berlari   &    melompat
                                                                                melepasi palang




3.3 KESEDARAN RUANG

Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ruang untuk melakukan
pergerakan terbahagi kepada dua iaitu:

        Ruang Diri
         Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh
         badan.

        Ruang Am
         Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan.

Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah
mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira dikemukakan bila
tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Daya
cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau
menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.

Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:

        Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang
        Membuat pergerakan menggunakan ruang diri
        Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras
40


         Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah
         Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan

      a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang
          Pergerakan dalam sub kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat
          dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat
          ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan
          melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh
          pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan
          bola. Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal
          terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.

      b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri
          Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan
          bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota
          boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka
          pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal
          terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan.

      c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras
          Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan
          ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah.
          Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain.
          Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya
          kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.

      d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah
          Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya
          bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.

      e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan
          Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan
          perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.




3.5 KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN

Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan membawa maksud gerakan yang mempunyai hubungan
antara tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh badan dengan alatan.

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain

Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak dengan menggunakan dua bahagian tubuh badan.

Aktiviti yang dilakukan adalah:

         Melompat sambil mencangkung dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.
41




Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.




Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan
sebelah lagi memijak lantai.
42




Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di udara
43


       Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi dibengkokkan di
       atas lantai




       Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.




Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh Badan
dengan yang Lain
Dalam pelakuan ini, pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada
pergerakan badan yang lain. Dalam kemahiran ini, faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan.

       Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.
44




Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan
lantai dengan tangan lurus ke hadapan.




Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan selari dengan
permukaan lantai.
45




Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil tangan dan kaki
sebelah lagi lurus ke atas.




Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan
dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.
46




Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan
Kemahiran ini memerlukan pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti
melompat dan lain-lain.

        Berlari menuju ke arah alatan




        Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua
        belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.
47




Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan
Pelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa dialatan.
Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan.

        Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan anggota badan.




        Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan ke
        hadapan di atas bangku gimnastik.
48




Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk Mendapatkan
Kestabilan
Kemahiran ini membolehkan pelakunya diatas bahagian tubuh badan yang stabil contohnya tapak kaki, tangan, lutut,
punggung dan lain-lain.

        Buat dirian tangan sambil badan dan kaki lurus ke atas




        Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara
49




Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh
Badan untuk Mendahului Pergerakan
Dalam kemahiran ini pelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain
contohnya dari sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan
gerakan.

        Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan belakang.




        Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di bahagian tengkuk. Gulingkan
        badan ke belakang.
50




Kembali ke posisi berdekam dengan dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.




Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi
51




Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh Badan
Dalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan, pelaku perlu
bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki.

        Berdiri tegak, tangan di sisi




        Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan
52




Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang




Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas
53




Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas
54


TOPIK 4 PERGERAKAN PENDIDIKAN

PENGENALAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan,
ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan
gimnastik irama.




4.1 KESEDARAN BEBAN

Pergerakan di dalam kemahiran kesederan beban lebih kepada gerakan yang membentuk simulasi dan main
peranan. Di dalam pergerakkan kesedaran beban ini, pelajar perlu melakukan pergerakkan yang diiringi dengan
beban yang dinyatakan dalam arahan guru. Arahan lisan yang jelas,terang dan mudah difahami amat penting bagi
murid untuk memahami dan mengikutinya. Di sekolah dalam mengajar pergerakan ini guru perlu memberikan situasi.
Contoh situasi yang dipilih ialah main peranan sebagai sebiji kelapa yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok
serta berbuah. Berikut adalah penerangan lanjut untuk kesedaran beban.

Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini
dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan serta keupayaan otot ketika melakukan pergerakan.
Pergerakan juga dilihat dapat meningkatkan nilai murni seperti keyakinan diri, kreativiti dan estetika dalam diri murid.
Sememangnya diharapkan nilai ini dapat dibawa dan diamalkan ke dalam kehidupan seharian murid. Aktiviti ini juga
memberi kelebihan dari segi kecergasan murid. Ia dapat meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan,
ketangkasan dan imbangan semasa melakukan pergerakan ini.

Elemen keselamatan hendaklah diutamakan dalam setiap gerakan ini. Antaranya ialah:

         Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut kemampuan dan kematangan murid, Jika aspek ini diabaikan ia
          boleh mengakibatkan kecederaan.
         Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan
          kemudaratan kepada murid.
         Guru boleh melakukan sokongan semasa mengawal pendaratan murid.


Bergerak Berbagai Cara dan Membeku
Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan akhirnya akan dalam keadaan statik iaitu membeku. Pergerakan ini
memerlukan guru memberi murid-murid satu situasi dan murid perlu main peranan. Contohnya, pergerakan seperti
debunga bunga yang berterbangan dan akan menjadi benih. Di dalam situasi ini, murid akan menggerakkan seluruh
anggota badan seolah-olah sedang berterbangan dan akhirnya seperti debunga jatuh ke tanah. Ketika jatuh tanah
murid akan duduk mencangkung dan berpeluk tubuh dan membeku.

Pergerakan ini dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap pergerakan menggambarkan beberapa
kualiti beban seperti tegap, kuat, tegang, lembut, ringan dan tenang. Kualiti meregang dan mengendur dapat dilihat
semasa membeku. Murid bergerak berbagai cara iaitu mereka diberi peluang meneroka, mengenalpasti, memilih dan
mencipta. Murid juga boleh bergerak berbagai-bagai cara membeku dengan lebih daya tenaga. Murid akan
menggunakan berbagai bahagian tubuh badan dengan berbagai aras, arah dan kelajuan. Semasa aktiviti membeku,
murid bebas pelbagaikan bentuk tubuh badan. Ia bermaksud murid berhenti daripada melakukan pergerakan
samada sedang duduk, mencangkung atau berdiri.


Bergerak Berbagai Cara dan Membeku
55




Arahan:

      1. Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.
      2. Berdiri dalam keadaan kaki yang terbuka.
      3. Depakan tangan anda separas bahu.
      4. Bergerak seolah-olah sedang dihanyutkan di dalam laut.




      5.
      6. Kemudian berhenti dan duduk.
      7. Peluk tubuh dan diam.

Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan
Pergerakkan ini adalah kesinambungan dari pergerakkan sebelum ini iaitu bergerak berbagai cara dan membeku.
Dalam keadaan membeku, murid akan mula bergerak seolah debunga sedang bercambah untuk menjadi sepohon
pokok. Murid bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kekuatan otot yang berbeza seperti
berat dan ringan. Semasa melakukan aktiviti ini, murid bergerak bebas iaitu beri peluang kepada murid meneroka,
memilih dan mencipta. Murid juga bergerak dengan menggunakan samada lebih atau kurang daya dan kekuatan
otot. Mereka boleh menumpukan kepada penggunaan pelbagai bahagian tubuh badan semasa bergerak
menggunakan berbagai aras, arah, laluan dan kelajuan.

Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan
56




Arahan:

      1. Sekarang bergerak seolah-olah buah kelapa akan bercambah menjadi pokok.
      2. Jingkitkan tapak kaki.
      3. Angkat kepala dan tangan perlahan-lahan.




      4.
      5. Gerakkan tubuh badan dan naik secara perlahan-perlahan.

Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan
Murid akan menggunakan alatan seperti bola sebagai beban untuk menunjukkan kualiti berat dan ringan. Dalam
situasi ini, murid memainkan peranan sebagai pohon yang telah membesar akan menghasilkan bunga dan buah.
Murid bergerak dengan kualiti berat dan ringan sambil menggunakan alatan. Alatan boleh digunakan secara
maksimum seperti di atas, bawah, sisi dan keliling. Murid bebas memilih alatan yang ingin digunakan. Semasa aktiviti
ini, murid diberi peluang meneroka, mengenalpasti, memilih dan mencipta berbagai lakuan dengan kualiti berat dan
ringan. Murid digalakkan menggunakan ruang yang ada pada alatan.

Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan
57




Arahan:

      1. Sekarang pokok kelapa akan mengeluarkan buah dengan lebat.
      2. Gunakan bola sebagai buah kelapa.
      3. Bongkokkan badan sambil memegang bola.
      4. Gerakkan badan dan naik secara perlahan-lahan.

Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti Berat dan Ringan Tanpa atau dengan Alatan
Pergerakan ini menggabungkan kesemua pergerakan di atas sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan.
Murid merangkaikan beberapa pergerakan yang menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot tanpa
alatan atau dengan alatan. Semasa melakukan aktiviti ini murid akan merangkaikan beberapa pergerakkan secara
berterusan dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Guru memastikan
rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan sambil menggunakan ruang dan alatan secara
maksimum.

Merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti berat dan ringan tanpa atau dengan alatan.
58




        Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.
        Akhirnya kamu terdampar di pantai.
        Kamu bercambah ….
        Membesar ….
        Dan berbuah lebat.




4.2 KESEDARAN ALIRAN

Kesedaran aliran adalah bagaimana cara seseorang individu melakukan beberapa pergerakan yang dirangkai secara
berterusan dan lancar. Ketika melakukan pergerakan kesedaran aliran, apa yang perlu ialah:

        Memilih jenis pergerakan yang sesuai dengan kebolehan kita;
59


        Melakukan rangkaian pergerakan yang tersusun; dan
        Memastikan bahawa pergerakan yang dibuat mempunyai kelicinan pergerakan tanpa tersekat-sekat atau
         terhenti.

Sekiranya kita mempunyai asas kesedaran aliran yang baik, aktiviti kesedaran aliran yang lebih mencabar boleh
dilakukan bagi menambahkan minat. Rangkaian pergerakan kesedaran aliran boleh dilakukan secara aliran bebas
atau aliran terikat.

      1. Merangkai Pergerakan Secara Aliran Bebas
          Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan percantuman beberapa pergerakan yang
          dilakukan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti. Antara perkara yang baik daripada aktikviti ini
          ialah dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti.
          Pergerakan rangkaian ini menguji daya tahan otot pelajar. Disamping itu ia juga turut menguji kekuatan
          otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar. Walaubagaimana pun pergerakan yang diajar perlu
          dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat.

          Apa yang perlu dilakukan:

                 Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan selalu atau
                  tanpa sentuhan seketika.
                 Pilihan cara bergerak perlu dipilih oleh guru.
                 Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara berterusan.
                 Rangkaian yang ditentukan perlu mempunyai permulaan dan penamat pergerakan.
                 Rangkaikan beberapa pergerakan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.
                 Aktiviti perlu menggunakan ruang yang maksimum.
                 Ia perlu turut melibatkan kepelbagaian kegunaan bahagian tubuh badan.

          Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan
          secara kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat atau terhenti. Kesimpulannya, kita bebas
          melakukan pergerakan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan daya tahan
          otot, kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan dan imbangan.

          Contoh Pengajaran dan Pembelajaran
60




Contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran bebas adalah seperti berikut.
61




Langkah-langkah aktiviti:

                Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi.
                Kemudian naik ke atas meja secara merangkak
                Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.
                Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara berhalangan.
                Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.
                Aktiviti akhir sekali pelajar akan melompat melepasi peti lombol.




       Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat
        Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal.
        Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan
        mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi.

         Antara perkara yang baik daripada aktiviti ini ialah dapat membentuk keyakinan diri dan kreativiti
         pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi aspek kecergasan ia dapat membentuk dayan tahan
         otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan pelajar. Walau bagaimana pun
         pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan
         dikawasan yang selamat.

         Apa yang perlu dilakukan:

                Semasa melaksanakan tugasan ini pelajar perlu bergerak dengan satu cara, berhenti
                 seketika dan bergerak semula.
                Rangkaikan beberapa pergerakan sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan
                 ke cara pergerakan yang lain.
                Guru boleh mempelbagaikan cara pergerakan dan penggunaan bahagian tubuh badan.
                Rangkaian pergerakan dicipta menggunakan alatan.
62


       Pastikan alatan yang disusun mencabar.
       Guru boleh menyuruh pelajar menggunakan berbagai arah, laluan dan kelajuan.

Pergerakan aliran terikat membawa maksud lakuan terkawal. Dalam melakukan gerak kerja yang
terikat ini, anda boleh berhenti seketika pada tempat-tempat tertentu dalam rangkaian
pergerakan dengan mengekalkan imbangan badan. Dengan cara tersebut, rangkaian
pergerakan itu masih lagi lancar dan berkordinasi. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk
menguji daya tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran




Sebaik muzik dimainkan, anda bergerak ke stesen 1 dan melakukan aktiviti mengengsot
punggung. Duduk dalam keadaan berpeluk tubuh. Kali dibengkokkan, kemudian ditunjurkan kaki
sambil menolak badan ke depan. (Berehat 30 saat). Kemudian bergerak ke stesen 2. Anda
dikehendaki merangkai di bawah halangan tanpa menyentuhnya. Selepas melepasi halangan,
anda hendaklah berlari dan berhenti di stesen 3. (Berehat 30 saat dan bersedia di stesen 3).
Berdiri di hadapan tali yang direntang. Kemudian anda dikehendaki melompat dengan kedua-
dua kaki melepasi tali yang disusun dalam jarak 1 meter sehingga ke tali yang terakhir.

Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi pergerakan secara aliran terikat.
63




Semasa melakukan aktiviti di atas pelajar boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam
rangkaian pergerakan dengan membekalkan imbangannya.

Langkah-langkah aktiviti:

                Pertama, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak
                 badan ke atas dan timbang badan.
                Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.
                Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas
                 tilam).
                Pelajar belari-lari anak kehadapan.
                Kemudian pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan mendepa.




       Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan Terikat
        Ia merupakan satu pergerakan secara gabungan antara aliran bebas dan aliran terikat
        bagi menjadikan rangkaian licin, lancar dan berterusan. Seperti aktiviti lain aktiviti ini
        juga dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam
        melaksanakan aktiviti. Bagi aspek kecergasan pula ia menguji daya tahan otot pelajar.
        Disamping itu ia turut menguji kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan
        pelajar. Walaubagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut
        kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat.

         Apa yang perlu dilakukan:

                Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas
                Pengajaran perlu memberi peluang meneroka, mengenal pasti, memilih dan
                 mencipta.
                Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran terikat.
                Guru harus memilih pergerakan yang sesuai dengan jenis aliran yang dipilih.
                Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas dan aliran
                 terikat dengan menggunakan alatan.
                Disamping itu perlu diberi perhatian, gunakan permulaan dan penamat yang
                  berlainan.
                Gunakan aliran bebas dan aliran terikat berselang-seli atau pada masa-masa
                 tertentu.
64


      Gunakan berbagai arah, aras laluan dan kelajuan.

Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih menyeronokkan dan mencabar sekiranya kita
dapat menggabungkan kedua-dua pergerakan aliran bebas dan terikat. Tujuan ujian ini
adalah menguji ketangkasan, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan
imbangan. Untuk aktiviti ini, anda dikehendaki melakukan aktiviti pada 6 stesen yang
ditetapkan.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran




Bagi stesen 1, anda diminta menggunakan tali yang disediakan untuk bergayut
melepasi air. Jika tidak berjaya, anda diminta mengulang semula. Selepas melepasi
stesen 1, bergerak ke stesen 2. Di stesen 2, anda hendaklah meniti kayu tanpa jatuh.
Setelah berjaya, berlari ke stesen 3. Di stesen 3, anda diminta memanjat tembok
sehingga melepasi tembok tersebut. Kemudian berlari ke stesen 4. Pada stesen 4,
anda hendaklah bergayut di monkey bar dan bergerak sehingga selesai. Kemudian
berlari ke stesen 5. Di stesen 5, anda diminta merangkak ala komando tanpa
menyentuh jaring sehingga tamat. Kemudian berlari ke stesen 6. Di stesen 6, anda perlu
melalui parallel bar. Pastikan tangan diluruskan dan kaki tidak mencecah tanah. Buat
sehingga selesai. Kemudian anda berlari ke garisan penamat.

Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran
bebas dan terikat:
65




Langkah-langkah aktiviti:

       Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi.
       Kemudian naik ke atas meja secara merangkak
       Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.
       Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara
        berhalangan.
       Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.
       Kemudian pelajar akan melompat melepasi peti lombol.
       Seterusnya, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak
        badan ke atas dan timbang badan.
       Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.
       Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas
        tilam).
       Pelajar belari-lari anak kehadapan.
       Dan di akhir aktiviti ini pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan
        mendepa.
66


                            Gaya arahan ketika mengajar Gimnastik Pendidikan adalah penting kerana ia adalah
                            untuk tujuan keselematan pelajar semasa melaksanakan aktivti agar tidak tidak
                            melakukan kesilapan yang boleh membahayakan dirinya.




4.3 KESEDARAN RITMA

Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di lakukan
sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan
menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut rentak rithma. Corak rithma adalah hasil gabungan
pelbagai rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus. Corak rithma boleh dilakukan secara berulang-
ulang. Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut, pelahan, kuat, cepat, sederhana dan sebagainya. Di
peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan pelbagai corak pergerakan badan melalui rithma yang
berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan dengan cara menghentak kaki ke lantai, tepuk tangan dan
lain-lain.




Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan Rangkaian Pergerakan
Pergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai bentuk dibantu oleh rentak rithma.
67




Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi Rangkaian Pergerakan
Koreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak rithma
dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat muzik. Lagu-lagu rakyat seperti ‘burung kakaktua’ dan ‘rasa
sayang eh’ juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan secara individu dan di ikuti kumpulan.
68




Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak Ritma
Corak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima. Aliran pergerakan dirancang secara teratur, kemas,
lancar dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan mesti mempunyai permulaan, penamat serta
dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.
69
70
71




TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK

PENGENALAN

Gimnastik merupakan sukan yang memerlukan seseorang ahli gimnastik mempunyai kekuatan, keseimbangan dan
ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan
merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan
diwakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan.




5.1 SEJARAH

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara
keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India
dan Persia telah menggunakan senaman beramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu

Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di
kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja
sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains kemasyarakat. Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor
bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang
mempunyai nilai perubatan.

Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera
Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik
dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi
pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik
mengalami zaman malapnya.

Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan
keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama
yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik.

Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh
banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab
gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke
Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan
jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan.
72




Rajah 5.1: Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah
                                          sehingga ke Amerika Syarikat

Dalam abad ke 18 dan 19, sukan gimnastik telah mendapat sambutan dinegara-negara Scandinavia dan Jerman.
Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan
penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan.

Gimnastik Swedeish berdasarkan pergerakan berirama.

Dinegara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam matapelajaran
pendidikan jasmani. Dalam sukan olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki.
Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechosolivakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan
acara gimnastik yang di pertandingkan.

Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helisinki pada tahun
1952.Rusia telah memenagi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara
pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang di pertandingkan. Dewasa ini sukan
gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia.

Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik
antarabangsa iaitu:

        Sukan Olimpik
        Kejohanan Dunia
        Kejohanan Eropah
Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali bergitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua
kejohanan kejohanan tidak di pertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun
ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja di pertandingkan dan
dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita.
73




  Rajah 5.2: Pasukan Malaysia mula di segani dalam sukan gimnastik semenjak kejayaan dalam Sukan Komanwel
                                                     1988

Bagi kejohanan dunia dan sukan olimpik acara yang di pertandingkan ialah kejuaraan berpasukan, kejuaraan
keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Selain daripada sukan-sukan serantau seperti Sukan Komanwel, sukan
Asia, Sukan SEA dan juga peringkat kebangsaan mempertandingkan sukan gimnastik sebagai komponen sukannya.
Sukan serantau seperti ini di iktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).




5.2 BENTUK PERTANDINGAN

Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan
seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu
berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan akan di wakili oleh enam orang peserta
yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan.

Kebiasaannya cuma seorang gimnas sahaja yang akan membuat persembahan pada suatu masa namun
kadangkala persembahan perlu dilakukan serentak. Kesemua ini bergantung kepada besar atau kecil sesuatu
kejohanan tersebut. Dalam satu kejohanan besar biasanya peserta yang terlibat adalah ramai sehingga berjumlah
lebih dari 300 orang peserta dengan melibatkan lebih 30 negara yang bertanding dalam masa lima hari. Kekangan ini
sudah pasti memaksa dua atau lebih acara terpaksa dijalankan serentak. Ini bermakna mereka akan melakukan
persembahan mengikut urutan acara yang berlainan.

Ahli gimnastik lelaki bertanding dalam enam acara mengikut susunan berikut:

        Senaman lantai
        Kekuda berpelana
        Gelang
        Lombol
        Palang sejajar
        Palang tunggal

Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara mengikut susunan berikut:

        Senaman lantai
        Lombol
        Palang bertingkat
74


        Batang titian

Pada hari terakhir, setiap alatan akan ditandangi oleh enam peserta terbaik bagi merebut kejuaraan individu dan
mereka dikehendaki mempersembahkan pergerakan pilihan sahaja. Seorang peserta lelaki boleh memenangi
maksimum lapan kejuaran (6 acara lelaki kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan). Seorang peserta
wanita pula boleh memenangi maksimum enam kejuaraan (4 acara wanita, kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan
berpasukan).

Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan
setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik di adakan. Sukan Olimpik yang dianjurkan empat tahun sekali
merupakan kejuaraan kedua terbesar selepas kejohanan dunia di mana ramai gimnas berhimpun. Satu lagi
pertandingan yang penting dalam kalender gimnastik ialah Kejohanan Piala Dunia yang dianjurkan empat tahun
sekali untuk 40 gimnas terbaik dunia. Selain daripada itu kejohanan-kejohanan peringkat benua Eropah, Amerika,
Afrika juga boleh dianggap besar.

Dalam kejohanan dunia, setiap negara yang menyertainya akan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan
wanita. Setiap pasukan lelaki dan wanita mengandungi enam peserta. Dua belas pasukan lelaki dan wanita yang
terbaik dari kejohanan ini layak untuk bertanding di Sukan Olimpik pada tahun berikutnya. Gimnas terbaik bagi
negara-negara yang kurang berjaya, boleh bertanding dalam Sukan Olimpik dan kejohanan dunia dengan cara
menyertai negara yang mempunyai kurang dari enam orang.

Pertandingan I
Pertandingan antara pasukan bagi acara lelaki dan wanita dikenali sebagai pertandingan I. Pertandingan ini
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

        Senaman wajib (IA)
         Pergerakan senaman wajib mempunyai displinya telah digubal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa
         (FIG) yang merupakan badan dunia yang bertanggungjawab mengawal segala jenis aktiviti gimnastik.

        Senaman pilihan (IB)
         Senaman pilihan pula merupakan pergerakan pilihan dan mengiku kretiviti pasukan atau peserta itu
         sendiri. Namun pergerakan ini mesti mengandungi beberapa pergerakan dari tiga peringkat kesukaran,
         iaitu mudah, pertengahan dan sukar.

Pertandingan                                                                                                       II
Di pertandingkan selepas pertandingan I, 36 gimnas lelaki dan 36 gimnas wanita terbaik akan dipilih untuk bertanding
dalam pertandingan individu. Pertandingan II mengandungi senaman campuran. Pertandingan ini melibatkan
senaman pilihan untuk menentukan juara keseluruhan.

Pertandingan                                                                                                 III
Pertandingan III pula melibatkan pertandingan antara lapan peserta terbaik bagi setiap alatan. Terdapat 6 acara
alatan bagi lelaki dan 4 acara alatan bagi wanita.

5.3 PERALATAN

Peralatan yang disediakan dalam sukan gimnastik bergantung kepada jenis atau kategori acara yang dijalankan.
Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan untuk latihan
atau kejohanan. Biasanya semua peralatan atau alatan ini di tempatkan disusun di dalam satu dewan atau
gimnasium khas. Sila rujuk rajah Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik.

Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan
mengikut specifikasi. Selain itu, pegawai teknik dan pegawai lain perlu memastikan aspek-aspek keselamatan, yang
antara lain meliputi perkara-perkara berikut:

      1. Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah memikirkan aspek keselamatan peserta.
      2. Tebal tilam untuk latihan senaman lantai hendaklah sesuai dengan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan
          harus diletakkan di kawasan yang berisiko.
75


3. Peralatan di gimnasium mestilah diperiksa pada setiap kali hendak digunakan disamping pemeriksaan
    berkala.
4. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada melakukan kemahiran sukar atau yang berisiko tinggi, tanpa
    latihan yang cukup.
5. Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat diawasi oleh pegawai yang berkelayakan.




                            Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik




         Rajah 5.3: Susunan alatan gimnastik perlu agar tidak menganggu tumpuan pengadil
76




                Kawasan untuk senaman lantai

ALATAN




                 Rajah 5.4: Alatan gimnastik

Kekuda Lombol
77




                           Rajah 5.5: Aksi kekuda lombol




                   Rajah 5.6: Peralatan untuk acara kekuda lombol


Kekuda Berpelana
78




                            Rajah 5.7: Aksi kekuda berpelana




                    Rajah 5.8: Peralatan untuk acara kekuda berpelana


Palang Bertingkat
79




Gambarajah 5.9: Aksi palang bertingkat
80



Palang Tunggal




                 Rajah 5.10: Aksi palang tunggal




Gelang
81




Rajah 5.11: Aksi gelang
82


5.4 MARKAH PERTANDINGAN

Persembahan Senaman Lantai

Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan di beri sepuluh (10.00) markah sebelum ia
memulakan persembahan. Potongan markah akan dibuat sekiranya peserta melakukan perkara berikut:

        Kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh kemahiran yang dikehendaki (ditolak 0.5 markah setiap
         kemahiran yang ditinggalkan).
        Kegagalan peserta melakukkan lompatan, gulingan, imbangan dan putaran (ditolak 0.3 markah tiap-tiap
         satu yang dilakukan).
        Kelemahan menggunakan cara yang berlainan, kelajuan dan dinamik, yakni pembinaan persembahan
         (ditolak sehingga 1.00 markah).
        Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (ditolak sehingga 4.00 markah),
        Setiap saat yang lebih dari masa yang dihadkan, iaitu 40 saat (ditolak 0.1 markah setiap saat)

Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan ialah:

                            Unsur-unsur kemahiran (10 unsur @5.0 markah
                            0.5)
                            Perlaksanaan                     4.0 markah
                            Pembinaan                        1.0 markah
                                                             10.0 markah




                                           Rajah 5.12: Senaman lantai

Persembahan di Alatan

Peserta diberi sepuluh (10.00) markah sebelum memulakan persembahannya. Potongan markah akan dibuat
mengikut perkara berikut:

        Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran dari variasinya (dipotong 0.5 markah bagi tiap-tiap
         kemahiran yangtertinggal).
        Kegagal menggunakan tiap-tiap alatan (dipotong 1.00 markah @ alatan).
83


        Pembinaan persembahan yang lemah, iaitu kemahiran yang berbeza jenisnya, (dipotong sehingga 1.00
         markah).
        Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (dipotong sehingga 5.00 markah).
        Pada setiap saat yang lebih dan 40 saat yang diperuntukkan (dipotong 0.1 markah setiap saat).

Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan lalah seperti berikut:

                            Unsur-unsur kemahiran (8 unsur @4.0 markah
                            0.5)
                            Perlaksanaan                    5.0 markah
                            Pembinaan                       1.0 markah
                                                            10.0 markah




                                   Rajah 5.13: Senaman menggunakan alatan




5.5 KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK

Senaman Lantai
Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. Senaman lantai mempengaruhi pergerakan
gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian tangan dan kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di
palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang sejajar, gelang dan palang tunggal.
84




                                         Rajah 5.14: Senaman Lantai

Acara Lombol
Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Apabila
melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi.
Lombol mempunyai enam fasa, iaitu larian penujuan, lonjakan, penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan
pendaratan.
85




                                           Rajah 5.15: Acara Lombol

Acara Palang
Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan
pergerakan. Para gimnas wanita pernah mengunakan palang sejajar sehingga tahun 1930. Selepas itu, satu
daripada palang telah direndahkan dan dikenali sebagai palang bertingkat khas untuk wanita. Pergerakan di kedua-
dua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan ayunan daripada pergerakan kekuatan.

Kekuda Berpelana
Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Kebanyakan
peserta memperolehi markah yang rendah dalam acara ini dan merupakan acara yang kurang disukai. Alatan ini
lebih sama bentuk dengan kekuda lombol, tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya digelar bonjol pelana.
Peserta akan menggunakan bonjol pelana ini untuk memindahkan keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau
kedua-dua lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana bergantung kepada tumpuan,
imbangan dan rentak.
86




                                         Rajah 5.16: Kekuda berpelana

Batang Titian
Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi
dan gaya yang baik. Ciri-ciri terpenting dalam acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti dilakukan
dengan berhati-hati di atas alatan yang lebarnya hanya 10 cm. Pergerakan ini mestilah mengandungi unsur-unsur
akrobatik yang mengandungi pergerakan maju dan undur, putaran penuh (termasuk satu di atas sebelah kaki),
pergerakan menapak, berlan, lompatan dan lonjakan. Persembahan ini juga mestllah meliputi unsur-unsur imbangan
dalam kedudukan berdiri, duduk dan kedudukan baring atau meniarap. Keseluruhan persembahan, para peserta
mestilah melakukannya di atas sepanjang batang titian dengan licin dan kemas, juga perlu mempamerkan
perubahan rentak. Masa yang dihadkan bagi keseluruhan persembahan lalah antara satu rnmit 10 saat, sehingga
tidak melebihi satu minit 30 saat.
87




                                          Rajah 5.17: Batang titian

Acara Gelang
Gelang juga telah direkacipta oleh Ludwig Jahn dalam tahun 1980. Acara gelang telah menjadi salah satu acara
penting dalam sukan gimnastik. Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan
pegangan pertama. Jika peserta ini terjatuh dari gelang, dia mempunyai 30 saat untuk naik semula. Semasa
mendarat peserta tidak dibenarkan melangkah, tetapi boleh membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah. Purata
masa persembahan dalam acara gelang ini ialah di antara 40 saat hingga satu minit.
88




                                          Rajah 5.18: Acara gelang

Acara Palang Tunggal
Dalam kejohanan gimnastik, acara palang tunggal merupakan satu persembahan yang paling menarik perhatian
dibandingkan dengan acara yang lain. Acara Palang Tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat
mewujudkan suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas palang tunggal ini melalui tangan dan
bahagian depan lengan.
89




                          Rajah 5.19: Acara palang tunggal




Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu.
Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan senaman sebagai gymnastics
serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium.
Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antarabangsa yang terbesar dalam
kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa.
Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan
pergerakan.
Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di
dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik
diadakan.
Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita
90


perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan.
Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran
sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi.
Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan diberi 10.00
markah sebelum ia memulakan persembahan.
Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik.
Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk
mendapatkan anjalan yang lebih tinggi.
Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan
dan bahu bagi melakukan pergerakan.
Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam
sukan gimnastik.
Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan
pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik.
Dalam acara gelang, setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan
pegangan pertama.
Acara palang tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan
suasana kemuncak pertandingan.
91


TOPIK 6 GIMNASTIK ARTISTIK

PENGENALAN

Gimnastik artistik merupakan sukan bercorak pergerakan. Gimnastik artistik banyak melibatkan ketangkasan
berangkai serta mementingkan kelenturan, kordinasi, daya tahan, imbangan dan kekuatan. Penguasaan sesuatu
kemahiran dalam gimnastik artistik dapat mengembangkan setiap aktiviti yang dipelajari. Dengan itu gimnastik
artistik dapat membina gaya diri dan keyakinan terhadap sesuatu persembahan.

Teknik dan gaya pelaksanaan sesuatu kemahiran perlu dipelajari secara khusus. Gimnas perlu mempunyai
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai kinestik dan estetik dalam pergerakan yang dipersembahkan.




6.1 POLA PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK

Seorang gimnas perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti melentur dan meregang, mengimbang,
menghambur, melompat dan melayang, melonjak, menyokong, memusing dan mengilas, mengguling, mengayun,
melenting. Kemahiran asas ini menjadikan seorang gimnas berupaya melakukan pergerakan senaman lantai dan
penggunaan alatan dengan baik dan kemas.

Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol kangkang dan lombol muka di atas peti lombol adalah merupakan
pergerakan asas menggunakan alatan yang perlu dikuasai oleh gimnas terlebih dahulu. Pergerakan ini akan
membantu seorang gimnas menguasai pergerakan menggunakan alatan yang memerlukan kekuatan tangan dan
pendaratan yang baik.

Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan lombol akan memberi kesedaran ruang, masa, beban dan
aliran serta membina daya kreatif, rekacipta dan pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan yang
harmoni dan estetik.

Gaya Dirian

Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang sempurna dan kemas bagi setiap permulaan pergerakan.
Kedudukan gaya dirian yang baik dapat membantu gimnas memungut mata dalam persembahannya. Ciri-ciri dirian
yang baik:

    1.   Kaki dirapatkan;
    2.   Kedua-dua lutut ditekan ke belakang;
    3.   Perut dikempiskan;
    4.   Dada diangkat tinggi;
    5.   Bahu direndahkan;
    6.   Dagu diangkat agar mata memandang ke hadapan; dan
    7.   Bernafas dengan selesa.

Guling Hadapan

Cara guling hadapan:

    1.   Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri;
    2.   Lutut dibengkokkan;
    3.   Tangan diangkat lurus ke hadapan;
    4.   Pastikan belakang dalam keadaan tegak;
    5.   Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu;
92


   6.   Jongketkan badan dengan meluruskan lutut;
   7.   Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki;
   8.   Kepala ditundukkan ke dada;
   9.   Tangan dibengkokkan;
   10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda tidak bergolek atas kepala.);
   11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang
       bergulung semasa berguling ke hadapan;
   12. Berdiri atas kaki semula; dan
   13. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan
       yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula
       .




                                         Rajah 6.1: Teknik guling hadapan

ANSUR MAJU GULING HADAPAN




                                       Rajah 6.2: Ansur maju guling hadapan
93


GERAK KERJA PENYESUAIAN GULING HADAPAN




                      Rajah 6.3: Gerak kerja penyesuaian guling hadapan
94


PERSEMBAHAN BERANGKAI GULING HADAPAN




                              Rajah 6.4: Persembahan berangkai guling hadapan


Guling Belakang

       Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai.
       Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti
       sentiasa diatas pangkal jari-jari kaki.
       Duduk rapat ketumit tanpa buntut terhentak.
       Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat.




                                      Rajah 6.5: Teknik guling belakang
95


Ansur Maju dalam Guling Hadapan




                                      Rajah 6.6: Ansur maju guling belakang


Dirian Kepala

        Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung jari kaki.
        Tangan menekan kuat ke lantai.
        Kepala dan tangan membentuk segitiga sama.
        Perlakuan dirian kepala bermula, dengan memastikan hidung mencecah lantai.
        Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan.
        Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan.
96




Rajah 6.7: Teknik dalam dirian kepala




Rajah 6.8: Gerak dalam dirian kepala
97




                               Rajah 6.9: Cara menyokong dalam dirian kepala

Gerakan Penyesuaian dalam Dirian Kepala




                          Rajah 6.10: Gerak kerja penyesuaian dalam dirian tangan

Dirian Tangan

       Badan diregang sebelum kaki ditendang naik.
       Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki kehadapan
       Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan jari
       kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah keluasan tapaknya.
       Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak
       disokong oleh otot-otot.
       Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa diayun ke bawah.
98




        Rajah 6.11: Contoh dirian tangan




Rajah 6.12: Peringkat perkembangan dirian tangan
99




     Rajah 6.13: Ansur maju dirian tangan




Rajah 6.14: Ansur maju berjalan dengan tangan
100




Rajah 6.15: Menyokong dalam dirian tangan
101




                             Rajah 6.16: Gerakan penyesuaian dalam gerak tangan

Roda Kereta

TEKNIK RODA KERETA

   1.   Muka menghadap ke hadapan.
   2.   Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari kaki yang bengkok.
   3.   Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa
        dengan lurus.
   4.   Mata memandang ke arah tangan di lantai belakang, badan jangan dilengkungkan.
   5.   Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri dalam kedudukan berbentuk bintang (Rajah 6.17).
102




Rajah 6.17: Gerakan dalam roda kereta




Rajah 6.18: Teknik dalam roda kereta
103




                    Rajah 6.19: Gerak kerja penyesuaian dalam roda kereta


CARA-CARA MENYOKONG RODA KERETA




                          Rajah 6.20: Cara menyokong roda kereta
104



PENGEMBANGAN RODA KERETA




                                      Rajah 6.2: Pengembang roda kereta


Hambur Belakang/Tengkuk

TEKNIK HAMBUR BELAKANG

   1.   Mencangkung, lengan lurus ke hadapan, berdiri atas pangkal jari-jankaki.
   2.   Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebarisan dengan kepala.
   3.   Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang
        diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat.
   4.   Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat. Pendaratan dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.25).
105




                          Rajah 6.22: Teknik hambur belakang




                        Rajah 6.23: Ansur maju hambur belakang


CARA MENYOKONG DALAM HAMBUR BELAKANG
106


                                Rajah 6.24: Menyokong dalam hambur belakang

Hambur Kepala

Teknik Hambur Kepala

   1.   Mencangkung atas pangkal jari-jari kaki, lengan lurus ke hadapan,
   2.   Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebaris dengan kepala.
   3.   Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang
        diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat.
   4.   Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat, yang dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.30).




                                        Rajah 6.25: Teknik hambur kepala
107




                          Rajah 6.26: Pergerakan dalam hambur kepala


ANSURMAJU HAMBUR KEPALA
108




                       Rajah 6.27: Ansur maju dalam hambur kepala


CARA MENYOKONG HAMBUR KEPALA
109




                                 Rajah 6.28: Cara menyokong dalam hambar kepala

Hambur Tangan

Pergerakan hambur tangan boleh dibahagikan kepada empat aras iaitu:

         larian
         lonjakan
         penerbangan
         pendaratan.

TEKNIK DALAM HAMBUR TANGAN

    1.   Tangan diluruskan ke atas, dan bahu dikembangkan. Mula melangkah seperti dalam lompat pagar, laitu
         rendah dan panjang.
    2.   Pengembangan bahu dikekalkan, manakala dada ditekan ke bawah arah lantai.
    3.   Bahu di belakang tangan yang diluruskan, dan kaki ditendang dengan kuat ke belakang.
    4.   Kaki mula dirapatkan, kepala didongakkan dan badan dikekalkan lurus.
    5.   Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.
110




Rajah 6.29: Gerakan dalam hambur tangan
111


ANSURMAJU HAMBUR TANGAN




                       Rajah 6.30: Ansur maju dalam hambur tangan

CARA MENYOKONG HAMBUR TANGAN




                  Rajah 6.31: Ansurmaju dalam hambur tangan berpasangan




                          Rajah 6.32: Menyokong dalam hambur tangan
112


Hambur Terbang
Pergerakan hambur terbang boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan, iaitu lanan muncul, lonjakan,
penerbangan dan pendaratan.




TEKNIK LONJAKAN DUA KAKI UNTUK HAMBUR TERBANG

    1.   Langkah gelongsor rendah dan panjang atas sebelah kaki, sementara lengan dibawa ke belakang.
    2.   Lengan membantu untuk diregang sepenuhnya, sambil tumit diangkat.
    3.   Kaki dan pergelangan kaki dikembangkan sepenuhnya (Rajah 6.33).




                                   Rajah 6.33: Teknik dalam hambur terbang




                                  Rajah 6.34: Gerakan dalam hambur terbang
113




Hambur Lenting

TEKNIK DALAM HAMBUR LENTING

   1.   Belakang badan dibulatkan tapi tidak lekuk. Tolakan akan bermula dari tumit bukan pangkal jari-jari kaki.
   2.   Kaki menolak dengan kuat. Badan jangan dilengkung ke belakang terlampau banyak. Kepala hendaklah
        sebaris dengan badan dan tidak didongakkan.
   3.   Badan melalui kedudukan dirian tangan. Tolakan yang kuat dari tangan melalui bahu.
   4.   Kaki menendang turun ke bawah.




                                    Rajah 6.35: Teknik dalam hambur terbang
114




Rajah 6.36: Gerakan dalam hambur lenting
115


ANSURMAJU HAMBUR LENTING




                           Rajah 6.37: Ansurmaju dalam hambur lenting
116


CARA-CARA MENYOKONG HAMBUR LENTING




                             Rajah 6.38: Cara-cara menyokong dalam hambur lenting




TOPIK 7 GIMRAMA

PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini
telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang
tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama
juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di
semua peringkat umur.




7.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik, gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh
Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas
lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di
tangan. Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan
berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang
tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan
yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.
117




  Rajah 7.1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan
                                         secara licin dan berterusan




       Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan

Pergerakan asas gimnastik berirama di percayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada
masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan
118


peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques
Dalcroze. Dalcroze yang telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau telah
memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19.

Di awal tahun ke 20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar
dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich Medau (1890-1974) telah memulakan sekolah gimrama
mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan
muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimram.

Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden sebagai
suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan
gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi
kalender tetap persatuan dengan di pertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di
peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua
(Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah di pertandingkan buat
pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.




7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMA

Dalam sukan gimrama peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan memulakan latihan
dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben,
gelung dan belantan. Namun bagi pertunjukan atau persembahan gimnastik peralatan-peralatan lain seperti skarf,
bendera atau kayu boleh digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah mengikut
pilihan.




                              Rajah 7.3: Peralatan digunakan dalam sukan gimrama
119


Biasanya gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri, ini disebabkan mereka akan merasa selesa menggunakan
peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga mempunyai sesuai dengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz
dan berat.

Tali
Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan
kapal. Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan
tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang
berukuran 2 m panjang dan tebal 6 mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekat sepanjang 10 cm namun
gimnas tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang pada hujung tali.

Spesifikasi Tali


           Bahan            Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama.
           Panjang          Mengikut tinggi gimnas, tali di ukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di
                            tengah tali dan kedua-dua hujung tali di angkat ke aras ketiak gimnas.
           Warna            Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.




                   Rajah 7.4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik
120




Gelung
Gelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai permainan. Gelung di buat daripada plastik, rotan atau kayu
biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan
ditepi gimnas. Terdapat juga gimas yang menu balut gelung dengan pita pelekat yang berwarna-warni. Balutan ini
bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta menambahkan berat gelung di samping menjadikannya lebih
menarik.
121




                     Rajah 7.5: Gelung berpita

Spesifikasi Gelung
122




                    Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas

Bola
Bola adalah salah satu displin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat
untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namun
sekiranya bola tersebut tidak dapat di sediakan bola sepak, bola jaring atau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk
berlatih kemahiran asas seperti melantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak saiz bola yang lebih
kecil boleh digunakan.

Spesifikasi Bola

                   Bahan                          Getah atau bahan sintetik dengan anjalan.
                   Garis pusat                    18-20 cm
                   Berat                          400 g minimum
                   Warna                          Satu atau dua warna kecuali warna perak dan
                                                  emas.
123




  Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas
                             serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa

BELANTAN (CLUB)
Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk. Dalam gimrama penggunaan belantan
dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan
biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman.

Spesfikasi Belantan


           Bahan              Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat.
           Panjang            40-50 cm
           Berat              150 g minimum bagi satu belantan
           Bentuk             Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis
                              pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ½ cm.
                              Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis
                              pusatnya tidak melebihi 3 cm.
           Warna              Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
124




  Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih
                                      tinggi dan latihan yang banyak

REBEN
Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan la cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak
pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain
reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk
dibaling.
125


Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman,
mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6 m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang
berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya 4-5 m. Riben di sangkut pada
bahagian hujung dengan kayu.




Specifikasi Reben


          Bahan                        Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji.
          Lebar                        4-6 cm
          Panjang                      Jumlah panjang sebenar ialah 7m, satu meter di lipat pada
                                       hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 cm
          Berat                        35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya)
          Warna                        Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Nor Azelin Azeman
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapancikgujamil
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar pelurudhuhahuda
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORTembuakar Corp
 
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissancePendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissanceSathis Menagah
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiAbsolute221
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
Sejarah Perkembangan Pendidikan JasmaniSejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmanisyafiqahharris
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newG-Jie Bax
 

Was ist angesagt? (20)

Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar peluru
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissancePendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissance
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-ganti
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
Sejarah Perkembangan Pendidikan JasmaniSejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani
 
Rph bola tampar
Rph bola tamparRph bola tampar
Rph bola tampar
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) new
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 

Ähnlich wie 95822952 pergerakan-asas

Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012kerolaiman
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotornurhusna
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Lavendar Craft
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorPiong Yee Hsiang
 
Manupulasi alatan ppt
Manupulasi alatan  pptManupulasi alatan  ppt
Manupulasi alatan pptNadwah Khalid
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perrymurni mohamat
 
Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015ABG BAIN
 
pjok semester1 sma negeri olahraga kesehatan.ppt
pjok semester1 sma negeri olahraga kesehatan.pptpjok semester1 sma negeri olahraga kesehatan.ppt
pjok semester1 sma negeri olahraga kesehatan.pptimerta32
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasSyafiqah Mohamed Noor
 
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifTd10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifJenry Saiparudin
 
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxPEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxniasari38
 
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docxSILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docxARIFWIBOWO167243
 
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdfATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdfHADIANNAS
 
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptxPPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptxFifiCaturYanurita
 

Ähnlich wie 95822952 pergerakan-asas (20)

Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
 
Assignment pergerakan asas individu
Assignment pergerakan asas individuAssignment pergerakan asas individu
Assignment pergerakan asas individu
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotor
 
Manupulasi alatan ppt
Manupulasi alatan  pptManupulasi alatan  ppt
Manupulasi alatan ppt
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015
 
pjok semester1 sma negeri olahraga kesehatan.ppt
pjok semester1 sma negeri olahraga kesehatan.pptpjok semester1 sma negeri olahraga kesehatan.ppt
pjok semester1 sma negeri olahraga kesehatan.ppt
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
 
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifTd10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
 
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxPEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
 
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docxSILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
 
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdfATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
 
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptxPPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
 
Kertas kerja pj
Kertas kerja pjKertas kerja pj
Kertas kerja pj
 

Mehr von Erwin Joseph

Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Erwin Joseph
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Erwin Joseph
 
Keselamatan bangunan 2
Keselamatan bangunan 2Keselamatan bangunan 2
Keselamatan bangunan 2Erwin Joseph
 
491351 k hidup-tahun-4
491351 k hidup-tahun-4491351 k hidup-tahun-4
491351 k hidup-tahun-4Erwin Joseph
 
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)Erwin Joseph
 
Borang pendaftaran r01 terkini
Borang pendaftaran r01 terkiniBorang pendaftaran r01 terkini
Borang pendaftaran r01 terkiniErwin Joseph
 

Mehr von Erwin Joseph (7)

Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
Keselamatan bangunan 2
Keselamatan bangunan 2Keselamatan bangunan 2
Keselamatan bangunan 2
 
Piramid makanan
Piramid makananPiramid makanan
Piramid makanan
 
491351 k hidup-tahun-4
491351 k hidup-tahun-4491351 k hidup-tahun-4
491351 k hidup-tahun-4
 
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
 
Borang pendaftaran r01 terkini
Borang pendaftaran r01 terkiniBorang pendaftaran r01 terkini
Borang pendaftaran r01 terkini
 

95822952 pergerakan-asas

  • 1. 1 .PERGERAKAN ASAS PENGENALAN Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapat membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang. Adalah tidak mustahil kanak-kanak yang didedahkan dengan kemahiran gimnastik pendidikan akhirnya dapat menguasai semua kemahiran-kemahiran asas gimnastik dan akhirnya dapat melahirkan warganegara atau atlet yang berbakat di dalam gimnastik kelak. Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat. Rajah 1.1: Pergerakan Asas PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. 1.2.1 Konsep Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor; gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
  • 2. 2 ARAH Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan. Rajah 1.2: Arah Pergerakan HALUAN Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain. Rajah 1.3: Corak haluan pergerakan lokomotor MASA Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal. 1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah: BERJALAN Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
  • 3. 3 Jalan berundur dan kemudian ke hadapan Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan 1.3 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. 1.3.2 Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah: DUDUK Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: Duduk dalam keadaan bersila Duduk dalam keadaan melunjur
  • 4. 4 Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit Duduk dalam keadaan kaki ke atas dengan gaya mengayuh basikal Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki Duduk melutut Duduk mendekam BERDIRI Di antara aktiviti berdiri yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: Berdiri lurus
  • 5. 5 Berdiri dengan membongkok kehadapan Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan
  • 6. 6 Berdiri dengan memusing pada paras pinggang Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki Berdiri dengan memusing tangan kekiri dan kekanan BERPASANGAN Antara aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan lokomotor ialah:
  • 7. 7 GUSTI TANGAN TURUN NAIK PASANGAN ENJIT-ENJIT SEMUT TEPUK AMAI-AMAI
  • 8. 8 MENARIK SETEMPAT MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN MENARIK DAN MENAHAN RAKAN
  • 9. 9 Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti lokomotor dalam pendidikan jasmani antaranya ialah TEKAN TUBI 1.4 MANIPULASI ALATAN Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah 1.4.1 Konsep Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak- kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan–mata, kaki– mata dan lain-lain.
  • 10. 10 1.4.2 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat Kemahiran manipulasi alat yang diajar diperingkat pra dan sekolah rendah ialah: MEMBALING DAN MELAMBUNG Di antara aktiviti membaling yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula Meleretkan bola kesasaran
  • 11. 11 Menggolek relung Membaling pundi kacang ke pasangan Membaling pundi kacang melintasi satu garisan Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan atau sasaran lain Membaling pundi kacang sejauh yang boleh MENYAMBUT Diantara aktiviti menyambut yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
  • 12. 12 Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan MEMUKUL Diantara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: Memukul alatan dengan tangan Memukul alatan dengan genggaman Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran Melambung belon keudara dan kemudian memukul Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.
  • 13. 13 Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu melantun dengan alatan Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu AKTIVIT-AKTIVITI LAIN Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti manipulatif alat dalam pendidikan jasmani antaranya ialah: MENYEPAK MENAHAN
  • 14. 14 MENGELECEK TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR PENGENALAN Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang kearah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estatik. Memandang kepentingan ini, tujuan pendidikan pergerakan di peringkat pra sekolah ialah membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul. Manipulasi alat membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar dewasa. Dengan kata lain, pergerakan ini perlu didedahkan kepada pelajar dari pra sekolah. Pendidikan pergerakan ini adalah bagi membina insan yang segak dan bergaya serta mengamalkan cara hidup yang sihat. 2.1 KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi. Persepsi motor membolehkan kanak-kanak: Merasa kehadiran dirinya dalam ruang Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca, mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Oleh itu kemahiran persepsi perlulah diajarkan kepada kanak-kanak semenjak pra sekolah atau tadika lagi. Kemahiran persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra sekolah: Mengimbang Kesedaran badan Kesedaran ruang Kesedaran arah Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata
  • 15. 15 Mengimbang Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar kesimbangan akan tercapai. Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu garis. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh. Terdapat dua jenis imbangan iaitu: Imbangan Statik-Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian. Imbangan Dinamik – Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari. Imbangan penting dalam kehidupan seharian kerana dengan berada dalam kedudukan imbangan yang stabil, kita dapat menggunakan kuasa yang sedikit dalam melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, duduk dan lain-lain. Menjalankan aktiviti dengan imbangan yang betul juga akan mengurangkan risiko kecederaan atau kepenatan. Dalam permainan dan sukan, imbangan penting dalam memantapkan perilakuan dan membentuk gerakan. Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan Jasmani Imbangan Dinamik Guru boleh merancang aktiviti mengimbang dinamik dengan meminta pelajar berjalan diatas bangku atau meniti diatas tali, berjalan menggunakan kaki tempurung, ketinting dan lain-lain. Rajah 2.1: Meniti di atas bangku
  • 16. 16 Rajah 2.2: Meniti di atas tali Imbangan menggunakan kaki tempurung
  • 17. 17 Lompat ketinting (imbangan dinamik) Imbangan Statik Guru boleh merancang aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan sebelah kaki untuk mengimbang. Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain. Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan pegun (imbangan statik) Aktiviti Kumpulan Bagi menjadikan aktiviti imbangan lebih menarik, guru boleh merancang pelajar menjalankan aktiviti dalam bentuk kumpulan. Antara aktiviti imbangan dalam bentuk kumpulan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah:
  • 19. 19 Meniti diatas tali bersama rakan Ayun kaki serentak
  • 20. 20 Berdiri diatas papan imbang Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh menarik minat pelajar. Kanak-kanak boleh membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi mengimbang badan dalam aktiviti persembahannya. Laluan Imbangan Bagi menjadikan aktiviti lebih menarik guru boleh membina laluan imbangan dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.
  • 21. 21 Contoh laluan imbangan Kesedaran Tubuh Badan Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Perkara yang penting tentang kesedaran ini ialah: Bentuk dan saiz tubuh badan Bahagian-bahagian tubuh badan Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung kepada kesedaran tubuh badan. Terdapat pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak contohnya dengan arahan aktiviti atau soalan yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain bahagian tubuh badan.
  • 24. 24 KESEDARAN RUANG Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. Ruang membolehkan manusia dan objek lain bergerak kesana-sini. Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Pelajar perlu di sedari dengan pergerakan tubuh badan dan ruang sekitar. Perkara seperti ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh kanak-kanak. Pelajar perlu diajar memenuhi ruang di persekitaran dengan pelbagai cara contohnya pelajar di minta berbaring dalam keadaan pelbagai arah. Aktiviti ini membolehkan pelajar kita mengetahui atau menyedari ruang diri persendirian. Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui ruang diri Bergerak bagai burung terbang (ruang am)
  • 25. 25 KESEDARAN ARAH Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah didalam ruang persekitaranya. Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Kesedaran hala datar ialah kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri kanan di sisi tubuh badan seseorang. Dengan kesedaran ini, pelajar akan dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua belah arah secara serentak atau berasingan. Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak. Permainan seperti angle in the snow di mana dalam permainan ini kanak-kanak disuruh berbaring dalam keadaan terlentang dan mengerakkan kaki serta tanggan membentuk gerakan membulat bergantung kepada arahan oleh guru. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat membentuk perkembangan kesedaran arah. Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah boleh membina kesedaran arah. Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang) Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang) Kordinasi Kordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan. Kordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda. Kesemua faktor ini akan menghasilkan kecekapan yang tinggi dalam gerakan. Dengan
  • 26. 26 kata lain tujuan melakukan sesuatu pergerakan akan tercapai jika kordinasi di antara pergerakan bahagian-bahagian badan di sempurnakan dengan baik. Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Kordinasi boleh di capai dengan menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang pelajar mempunyai kordinasi, mereka akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap bola, menahan bola, menyangga bola, melakukan rejaman serta apa saja aktiviti sukan dengan baik dan tepat. Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek dalam hoki Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam bola dengan baik dalam permainan bola sepak.
  • 27. 27 Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy. Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat ke arah sasaran. Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:
  • 28. 28
  • 29. 29
  • 30. 30
  • 31. 31
  • 32. 32
  • 33. 33
  • 34. 34
  • 35. 35
  • 36. 36
  • 37. 37
  • 38. 38 TOPIK 3 PERGERAKAN PENDIDIKAN PENGENALAN Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. 3.1 GIMNASTIK PENDIDIKAN Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu: i. Kesedaran tubuh badan ii. Kesedaran ruang iii. Kesedaran masa iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan v. Kesedaran beban vi. Kesedaran aliran vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain viii. Kesedaran ritma Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah: Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi penyelesaian masalah Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik 3.2 KESEDARAN TUBUH BADAN Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Semua pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan kordinasi. Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian Berjalan, berlari, berselang. pada tubuh badan berselang – merangkak, dan berjalan seli menyentuh lantai. secara melutut. Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian Gulingan, guling balak, selalu. tubuh badan menyentuh lantai menarik dan menolak. sentiasa.
  • 39. 39 Bergerak tanpa sentuhan Bergerak dengan seluruh tubuh Lompat bintang, lompat seketika. badan di udara seketika dakap dan lompat layang. Menyokong beban pada Bergerak dengan beban di Membawa pundi kacang bahagian tubuh. bahagian tubuh. di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan Membuat berbagai bentuk Membentukkan tubuh badan Pergerakan mengikut situasi dengan bahagian tubuh menjadi besar, kecil, panjang, seperti: badan. pendek. bunga sedang kembang arnab tidur dalam lubang galah menjulang awan kain dilipat dua Membekukan tubuh badan. Berhenti bergerak apabila Galop isyarat diberi. Lompat kanggaru dalam arah zig-zag Merangkaikan dua atau lebih Merangkaikan beberapa Lompat ke dalam gelung pergerakan. kemahiran ke dalam satu bentuk rotan permainan kecil. Menyusup di bawah palang Berlari & melompat melepasi palang 3.3 KESEDARAN RUANG Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ruang untuk melakukan pergerakan terbahagi kepada dua iaitu: Ruang Diri Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang Am Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan. Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan. Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut: Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang Membuat pergerakan menggunakan ruang diri Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras
  • 40. 40 Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang Pergerakan dalam sub kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot. b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan. d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak. e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur. 3.5 KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan membawa maksud gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh badan dengan alatan. Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak dengan menggunakan dua bahagian tubuh badan. Aktiviti yang dilakukan adalah: Melompat sambil mencangkung dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.
  • 41. 41 Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas. Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan sebelah lagi memijak lantai.
  • 42. 42 Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di udara
  • 43. 43 Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi dibengkokkan di atas lantai Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas. Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain Dalam pelakuan ini, pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain. Dalam kemahiran ini, faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan. Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.
  • 44. 44 Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan lantai dengan tangan lurus ke hadapan. Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan selari dengan permukaan lantai.
  • 45. 45 Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas. Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.
  • 46. 46 Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan Kemahiran ini memerlukan pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain. Berlari menuju ke arah alatan Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.
  • 47. 47 Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan Pelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa dialatan. Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan. Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan anggota badan. Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan ke hadapan di atas bangku gimnastik.
  • 48. 48 Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk Mendapatkan Kestabilan Kemahiran ini membolehkan pelakunya diatas bahagian tubuh badan yang stabil contohnya tapak kaki, tangan, lutut, punggung dan lain-lain. Buat dirian tangan sambil badan dan kaki lurus ke atas Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara
  • 49. 49 Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mendahului Pergerakan Dalam kemahiran ini pelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain contohnya dari sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan gerakan. Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan belakang. Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di bahagian tengkuk. Gulingkan badan ke belakang.
  • 50. 50 Kembali ke posisi berdekam dengan dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan. Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi
  • 51. 51 Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh Badan Dalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan, pelaku perlu bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki. Berdiri tegak, tangan di sisi Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan
  • 52. 52 Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas
  • 53. 53 Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas
  • 54. 54 TOPIK 4 PERGERAKAN PENDIDIKAN PENGENALAN Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. 4.1 KESEDARAN BEBAN Pergerakan di dalam kemahiran kesederan beban lebih kepada gerakan yang membentuk simulasi dan main peranan. Di dalam pergerakkan kesedaran beban ini, pelajar perlu melakukan pergerakkan yang diiringi dengan beban yang dinyatakan dalam arahan guru. Arahan lisan yang jelas,terang dan mudah difahami amat penting bagi murid untuk memahami dan mengikutinya. Di sekolah dalam mengajar pergerakan ini guru perlu memberikan situasi. Contoh situasi yang dipilih ialah main peranan sebagai sebiji kelapa yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok serta berbuah. Berikut adalah penerangan lanjut untuk kesedaran beban. Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan serta keupayaan otot ketika melakukan pergerakan. Pergerakan juga dilihat dapat meningkatkan nilai murni seperti keyakinan diri, kreativiti dan estetika dalam diri murid. Sememangnya diharapkan nilai ini dapat dibawa dan diamalkan ke dalam kehidupan seharian murid. Aktiviti ini juga memberi kelebihan dari segi kecergasan murid. Ia dapat meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan dan imbangan semasa melakukan pergerakan ini. Elemen keselamatan hendaklah diutamakan dalam setiap gerakan ini. Antaranya ialah: Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut kemampuan dan kematangan murid, Jika aspek ini diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan. Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada murid. Guru boleh melakukan sokongan semasa mengawal pendaratan murid. Bergerak Berbagai Cara dan Membeku Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan akhirnya akan dalam keadaan statik iaitu membeku. Pergerakan ini memerlukan guru memberi murid-murid satu situasi dan murid perlu main peranan. Contohnya, pergerakan seperti debunga bunga yang berterbangan dan akan menjadi benih. Di dalam situasi ini, murid akan menggerakkan seluruh anggota badan seolah-olah sedang berterbangan dan akhirnya seperti debunga jatuh ke tanah. Ketika jatuh tanah murid akan duduk mencangkung dan berpeluk tubuh dan membeku. Pergerakan ini dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat, tegang, lembut, ringan dan tenang. Kualiti meregang dan mengendur dapat dilihat semasa membeku. Murid bergerak berbagai cara iaitu mereka diberi peluang meneroka, mengenalpasti, memilih dan mencipta. Murid juga boleh bergerak berbagai-bagai cara membeku dengan lebih daya tenaga. Murid akan menggunakan berbagai bahagian tubuh badan dengan berbagai aras, arah dan kelajuan. Semasa aktiviti membeku, murid bebas pelbagaikan bentuk tubuh badan. Ia bermaksud murid berhenti daripada melakukan pergerakan samada sedang duduk, mencangkung atau berdiri. Bergerak Berbagai Cara dan Membeku
  • 55. 55 Arahan: 1. Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut. 2. Berdiri dalam keadaan kaki yang terbuka. 3. Depakan tangan anda separas bahu. 4. Bergerak seolah-olah sedang dihanyutkan di dalam laut. 5. 6. Kemudian berhenti dan duduk. 7. Peluk tubuh dan diam. Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan Pergerakkan ini adalah kesinambungan dari pergerakkan sebelum ini iaitu bergerak berbagai cara dan membeku. Dalam keadaan membeku, murid akan mula bergerak seolah debunga sedang bercambah untuk menjadi sepohon pokok. Murid bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kekuatan otot yang berbeza seperti berat dan ringan. Semasa melakukan aktiviti ini, murid bergerak bebas iaitu beri peluang kepada murid meneroka, memilih dan mencipta. Murid juga bergerak dengan menggunakan samada lebih atau kurang daya dan kekuatan otot. Mereka boleh menumpukan kepada penggunaan pelbagai bahagian tubuh badan semasa bergerak menggunakan berbagai aras, arah, laluan dan kelajuan. Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan
  • 56. 56 Arahan: 1. Sekarang bergerak seolah-olah buah kelapa akan bercambah menjadi pokok. 2. Jingkitkan tapak kaki. 3. Angkat kepala dan tangan perlahan-lahan. 4. 5. Gerakkan tubuh badan dan naik secara perlahan-perlahan. Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan Murid akan menggunakan alatan seperti bola sebagai beban untuk menunjukkan kualiti berat dan ringan. Dalam situasi ini, murid memainkan peranan sebagai pohon yang telah membesar akan menghasilkan bunga dan buah. Murid bergerak dengan kualiti berat dan ringan sambil menggunakan alatan. Alatan boleh digunakan secara maksimum seperti di atas, bawah, sisi dan keliling. Murid bebas memilih alatan yang ingin digunakan. Semasa aktiviti ini, murid diberi peluang meneroka, mengenalpasti, memilih dan mencipta berbagai lakuan dengan kualiti berat dan ringan. Murid digalakkan menggunakan ruang yang ada pada alatan. Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan
  • 57. 57 Arahan: 1. Sekarang pokok kelapa akan mengeluarkan buah dengan lebat. 2. Gunakan bola sebagai buah kelapa. 3. Bongkokkan badan sambil memegang bola. 4. Gerakkan badan dan naik secara perlahan-lahan. Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti Berat dan Ringan Tanpa atau dengan Alatan Pergerakan ini menggabungkan kesemua pergerakan di atas sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan. Murid merangkaikan beberapa pergerakan yang menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot tanpa alatan atau dengan alatan. Semasa melakukan aktiviti ini murid akan merangkaikan beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Guru memastikan rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan sambil menggunakan ruang dan alatan secara maksimum. Merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti berat dan ringan tanpa atau dengan alatan.
  • 58. 58 Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut. Akhirnya kamu terdampar di pantai. Kamu bercambah …. Membesar …. Dan berbuah lebat. 4.2 KESEDARAN ALIRAN Kesedaran aliran adalah bagaimana cara seseorang individu melakukan beberapa pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan lancar. Ketika melakukan pergerakan kesedaran aliran, apa yang perlu ialah: Memilih jenis pergerakan yang sesuai dengan kebolehan kita;
  • 59. 59 Melakukan rangkaian pergerakan yang tersusun; dan Memastikan bahawa pergerakan yang dibuat mempunyai kelicinan pergerakan tanpa tersekat-sekat atau terhenti. Sekiranya kita mempunyai asas kesedaran aliran yang baik, aktiviti kesedaran aliran yang lebih mencabar boleh dilakukan bagi menambahkan minat. Rangkaian pergerakan kesedaran aliran boleh dilakukan secara aliran bebas atau aliran terikat. 1. Merangkai Pergerakan Secara Aliran Bebas Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti. Antara perkara yang baik daripada aktikviti ini ialah dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Pergerakan rangkaian ini menguji daya tahan otot pelajar. Disamping itu ia juga turut menguji kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar. Walaubagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat. Apa yang perlu dilakukan: Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan selalu atau tanpa sentuhan seketika. Pilihan cara bergerak perlu dipilih oleh guru. Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara berterusan. Rangkaian yang ditentukan perlu mempunyai permulaan dan penamat pergerakan. Rangkaikan beberapa pergerakan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti. Aktiviti perlu menggunakan ruang yang maksimum. Ia perlu turut melibatkan kepelbagaian kegunaan bahagian tubuh badan. Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat atau terhenti. Kesimpulannya, kita bebas melakukan pergerakan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan dan imbangan. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran
  • 60. 60 Contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran bebas adalah seperti berikut.
  • 61. 61 Langkah-langkah aktiviti: Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi. Kemudian naik ke atas meja secara merangkak Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku. Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara berhalangan. Pelajar bergerak melepasi gelung rotan. Aktiviti akhir sekali pelajar akan melompat melepasi peti lombol. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi. Antara perkara yang baik daripada aktiviti ini ialah dapat membentuk keyakinan diri dan kreativiti pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi aspek kecergasan ia dapat membentuk dayan tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan pelajar. Walau bagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat. Apa yang perlu dilakukan: Semasa melaksanakan tugasan ini pelajar perlu bergerak dengan satu cara, berhenti seketika dan bergerak semula. Rangkaikan beberapa pergerakan sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan ke cara pergerakan yang lain. Guru boleh mempelbagaikan cara pergerakan dan penggunaan bahagian tubuh badan. Rangkaian pergerakan dicipta menggunakan alatan.
  • 62. 62 Pastikan alatan yang disusun mencabar. Guru boleh menyuruh pelajar menggunakan berbagai arah, laluan dan kelajuan. Pergerakan aliran terikat membawa maksud lakuan terkawal. Dalam melakukan gerak kerja yang terikat ini, anda boleh berhenti seketika pada tempat-tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangan badan. Dengan cara tersebut, rangkaian pergerakan itu masih lagi lancar dan berkordinasi. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji daya tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Sebaik muzik dimainkan, anda bergerak ke stesen 1 dan melakukan aktiviti mengengsot punggung. Duduk dalam keadaan berpeluk tubuh. Kali dibengkokkan, kemudian ditunjurkan kaki sambil menolak badan ke depan. (Berehat 30 saat). Kemudian bergerak ke stesen 2. Anda dikehendaki merangkai di bawah halangan tanpa menyentuhnya. Selepas melepasi halangan, anda hendaklah berlari dan berhenti di stesen 3. (Berehat 30 saat dan bersedia di stesen 3). Berdiri di hadapan tali yang direntang. Kemudian anda dikehendaki melompat dengan kedua- dua kaki melepasi tali yang disusun dalam jarak 1 meter sehingga ke tali yang terakhir. Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi pergerakan secara aliran terikat.
  • 63. 63 Semasa melakukan aktiviti di atas pelajar boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan membekalkan imbangannya. Langkah-langkah aktiviti: Pertama, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak badan ke atas dan timbang badan. Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan. Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam). Pelajar belari-lari anak kehadapan. Kemudian pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan mendepa. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan Terikat Ia merupakan satu pergerakan secara gabungan antara aliran bebas dan aliran terikat bagi menjadikan rangkaian licin, lancar dan berterusan. Seperti aktiviti lain aktiviti ini juga dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi aspek kecergasan pula ia menguji daya tahan otot pelajar. Disamping itu ia turut menguji kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar. Walaubagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat. Apa yang perlu dilakukan: Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas Pengajaran perlu memberi peluang meneroka, mengenal pasti, memilih dan mencipta. Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran terikat. Guru harus memilih pergerakan yang sesuai dengan jenis aliran yang dipilih. Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas dan aliran terikat dengan menggunakan alatan. Disamping itu perlu diberi perhatian, gunakan permulaan dan penamat yang berlainan. Gunakan aliran bebas dan aliran terikat berselang-seli atau pada masa-masa tertentu.
  • 64. 64 Gunakan berbagai arah, aras laluan dan kelajuan. Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih menyeronokkan dan mencabar sekiranya kita dapat menggabungkan kedua-dua pergerakan aliran bebas dan terikat. Tujuan ujian ini adalah menguji ketangkasan, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan imbangan. Untuk aktiviti ini, anda dikehendaki melakukan aktiviti pada 6 stesen yang ditetapkan. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi stesen 1, anda diminta menggunakan tali yang disediakan untuk bergayut melepasi air. Jika tidak berjaya, anda diminta mengulang semula. Selepas melepasi stesen 1, bergerak ke stesen 2. Di stesen 2, anda hendaklah meniti kayu tanpa jatuh. Setelah berjaya, berlari ke stesen 3. Di stesen 3, anda diminta memanjat tembok sehingga melepasi tembok tersebut. Kemudian berlari ke stesen 4. Pada stesen 4, anda hendaklah bergayut di monkey bar dan bergerak sehingga selesai. Kemudian berlari ke stesen 5. Di stesen 5, anda diminta merangkak ala komando tanpa menyentuh jaring sehingga tamat. Kemudian berlari ke stesen 6. Di stesen 6, anda perlu melalui parallel bar. Pastikan tangan diluruskan dan kaki tidak mencecah tanah. Buat sehingga selesai. Kemudian anda berlari ke garisan penamat. Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran bebas dan terikat:
  • 65. 65 Langkah-langkah aktiviti: Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi. Kemudian naik ke atas meja secara merangkak Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku. Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara berhalangan. Pelajar bergerak melepasi gelung rotan. Kemudian pelajar akan melompat melepasi peti lombol. Seterusnya, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak badan ke atas dan timbang badan. Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan. Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam). Pelajar belari-lari anak kehadapan. Dan di akhir aktiviti ini pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan mendepa.
  • 66. 66 Gaya arahan ketika mengajar Gimnastik Pendidikan adalah penting kerana ia adalah untuk tujuan keselematan pelajar semasa melaksanakan aktivti agar tidak tidak melakukan kesilapan yang boleh membahayakan dirinya. 4.3 KESEDARAN RITMA Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di lakukan sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut rentak rithma. Corak rithma adalah hasil gabungan pelbagai rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus. Corak rithma boleh dilakukan secara berulang- ulang. Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut, pelahan, kuat, cepat, sederhana dan sebagainya. Di peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan pelbagai corak pergerakan badan melalui rithma yang berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan dengan cara menghentak kaki ke lantai, tepuk tangan dan lain-lain. Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan Rangkaian Pergerakan Pergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai bentuk dibantu oleh rentak rithma.
  • 67. 67 Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi Rangkaian Pergerakan Koreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak rithma dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat muzik. Lagu-lagu rakyat seperti ‘burung kakaktua’ dan ‘rasa sayang eh’ juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan secara individu dan di ikuti kumpulan.
  • 68. 68 Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak Ritma Corak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima. Aliran pergerakan dirancang secara teratur, kemas, lancar dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan mesti mempunyai permulaan, penamat serta dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.
  • 69. 69
  • 70. 70
  • 71. 71 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK PENGENALAN Gimnastik merupakan sukan yang memerlukan seseorang ahli gimnastik mempunyai kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan diwakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan. 5.1 SEJARAH Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains kemasyarakat. Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya. Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan.
  • 72. 72 Rajah 5.1: Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19, sukan gimnastik telah mendapat sambutan dinegara-negara Scandinavia dan Jerman. Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedeish berdasarkan pergerakan berirama. Dinegara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechosolivakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang di pertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helisinki pada tahun 1952.Rusia telah memenagi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang di pertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu: Sukan Olimpik Kejohanan Dunia Kejohanan Eropah Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali bergitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan kejohanan tidak di pertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja di pertandingkan dan dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita.
  • 73. 73 Rajah 5.2: Pasukan Malaysia mula di segani dalam sukan gimnastik semenjak kejayaan dalam Sukan Komanwel 1988 Bagi kejohanan dunia dan sukan olimpik acara yang di pertandingkan ialah kejuaraan berpasukan, kejuaraan keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Selain daripada sukan-sukan serantau seperti Sukan Komanwel, sukan Asia, Sukan SEA dan juga peringkat kebangsaan mempertandingkan sukan gimnastik sebagai komponen sukannya. Sukan serantau seperti ini di iktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). 5.2 BENTUK PERTANDINGAN Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan akan di wakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan. Kebiasaannya cuma seorang gimnas sahaja yang akan membuat persembahan pada suatu masa namun kadangkala persembahan perlu dilakukan serentak. Kesemua ini bergantung kepada besar atau kecil sesuatu kejohanan tersebut. Dalam satu kejohanan besar biasanya peserta yang terlibat adalah ramai sehingga berjumlah lebih dari 300 orang peserta dengan melibatkan lebih 30 negara yang bertanding dalam masa lima hari. Kekangan ini sudah pasti memaksa dua atau lebih acara terpaksa dijalankan serentak. Ini bermakna mereka akan melakukan persembahan mengikut urutan acara yang berlainan. Ahli gimnastik lelaki bertanding dalam enam acara mengikut susunan berikut: Senaman lantai Kekuda berpelana Gelang Lombol Palang sejajar Palang tunggal Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara mengikut susunan berikut: Senaman lantai Lombol Palang bertingkat
  • 74. 74 Batang titian Pada hari terakhir, setiap alatan akan ditandangi oleh enam peserta terbaik bagi merebut kejuaraan individu dan mereka dikehendaki mempersembahkan pergerakan pilihan sahaja. Seorang peserta lelaki boleh memenangi maksimum lapan kejuaran (6 acara lelaki kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan). Seorang peserta wanita pula boleh memenangi maksimum enam kejuaraan (4 acara wanita, kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan). Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik di adakan. Sukan Olimpik yang dianjurkan empat tahun sekali merupakan kejuaraan kedua terbesar selepas kejohanan dunia di mana ramai gimnas berhimpun. Satu lagi pertandingan yang penting dalam kalender gimnastik ialah Kejohanan Piala Dunia yang dianjurkan empat tahun sekali untuk 40 gimnas terbaik dunia. Selain daripada itu kejohanan-kejohanan peringkat benua Eropah, Amerika, Afrika juga boleh dianggap besar. Dalam kejohanan dunia, setiap negara yang menyertainya akan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Setiap pasukan lelaki dan wanita mengandungi enam peserta. Dua belas pasukan lelaki dan wanita yang terbaik dari kejohanan ini layak untuk bertanding di Sukan Olimpik pada tahun berikutnya. Gimnas terbaik bagi negara-negara yang kurang berjaya, boleh bertanding dalam Sukan Olimpik dan kejohanan dunia dengan cara menyertai negara yang mempunyai kurang dari enam orang. Pertandingan I Pertandingan antara pasukan bagi acara lelaki dan wanita dikenali sebagai pertandingan I. Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: Senaman wajib (IA) Pergerakan senaman wajib mempunyai displinya telah digubal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) yang merupakan badan dunia yang bertanggungjawab mengawal segala jenis aktiviti gimnastik. Senaman pilihan (IB) Senaman pilihan pula merupakan pergerakan pilihan dan mengiku kretiviti pasukan atau peserta itu sendiri. Namun pergerakan ini mesti mengandungi beberapa pergerakan dari tiga peringkat kesukaran, iaitu mudah, pertengahan dan sukar. Pertandingan II Di pertandingkan selepas pertandingan I, 36 gimnas lelaki dan 36 gimnas wanita terbaik akan dipilih untuk bertanding dalam pertandingan individu. Pertandingan II mengandungi senaman campuran. Pertandingan ini melibatkan senaman pilihan untuk menentukan juara keseluruhan. Pertandingan III Pertandingan III pula melibatkan pertandingan antara lapan peserta terbaik bagi setiap alatan. Terdapat 6 acara alatan bagi lelaki dan 4 acara alatan bagi wanita. 5.3 PERALATAN Peralatan yang disediakan dalam sukan gimnastik bergantung kepada jenis atau kategori acara yang dijalankan. Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan. Biasanya semua peralatan atau alatan ini di tempatkan disusun di dalam satu dewan atau gimnasium khas. Sila rujuk rajah Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik. Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi. Selain itu, pegawai teknik dan pegawai lain perlu memastikan aspek-aspek keselamatan, yang antara lain meliputi perkara-perkara berikut: 1. Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah memikirkan aspek keselamatan peserta. 2. Tebal tilam untuk latihan senaman lantai hendaklah sesuai dengan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan harus diletakkan di kawasan yang berisiko.
  • 75. 75 3. Peralatan di gimnasium mestilah diperiksa pada setiap kali hendak digunakan disamping pemeriksaan berkala. 4. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada melakukan kemahiran sukar atau yang berisiko tinggi, tanpa latihan yang cukup. 5. Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat diawasi oleh pegawai yang berkelayakan. Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik Rajah 5.3: Susunan alatan gimnastik perlu agar tidak menganggu tumpuan pengadil
  • 76. 76 Kawasan untuk senaman lantai ALATAN Rajah 5.4: Alatan gimnastik Kekuda Lombol
  • 77. 77 Rajah 5.5: Aksi kekuda lombol Rajah 5.6: Peralatan untuk acara kekuda lombol Kekuda Berpelana
  • 78. 78 Rajah 5.7: Aksi kekuda berpelana Rajah 5.8: Peralatan untuk acara kekuda berpelana Palang Bertingkat
  • 79. 79 Gambarajah 5.9: Aksi palang bertingkat
  • 80. 80 Palang Tunggal Rajah 5.10: Aksi palang tunggal Gelang
  • 82. 82 5.4 MARKAH PERTANDINGAN Persembahan Senaman Lantai Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan di beri sepuluh (10.00) markah sebelum ia memulakan persembahan. Potongan markah akan dibuat sekiranya peserta melakukan perkara berikut: Kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh kemahiran yang dikehendaki (ditolak 0.5 markah setiap kemahiran yang ditinggalkan). Kegagalan peserta melakukkan lompatan, gulingan, imbangan dan putaran (ditolak 0.3 markah tiap-tiap satu yang dilakukan). Kelemahan menggunakan cara yang berlainan, kelajuan dan dinamik, yakni pembinaan persembahan (ditolak sehingga 1.00 markah). Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (ditolak sehingga 4.00 markah), Setiap saat yang lebih dari masa yang dihadkan, iaitu 40 saat (ditolak 0.1 markah setiap saat) Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan ialah: Unsur-unsur kemahiran (10 unsur @5.0 markah 0.5) Perlaksanaan 4.0 markah Pembinaan 1.0 markah 10.0 markah Rajah 5.12: Senaman lantai Persembahan di Alatan Peserta diberi sepuluh (10.00) markah sebelum memulakan persembahannya. Potongan markah akan dibuat mengikut perkara berikut: Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran dari variasinya (dipotong 0.5 markah bagi tiap-tiap kemahiran yangtertinggal). Kegagal menggunakan tiap-tiap alatan (dipotong 1.00 markah @ alatan).
  • 83. 83 Pembinaan persembahan yang lemah, iaitu kemahiran yang berbeza jenisnya, (dipotong sehingga 1.00 markah). Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (dipotong sehingga 5.00 markah). Pada setiap saat yang lebih dan 40 saat yang diperuntukkan (dipotong 0.1 markah setiap saat). Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan lalah seperti berikut: Unsur-unsur kemahiran (8 unsur @4.0 markah 0.5) Perlaksanaan 5.0 markah Pembinaan 1.0 markah 10.0 markah Rajah 5.13: Senaman menggunakan alatan 5.5 KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK Senaman Lantai Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. Senaman lantai mempengaruhi pergerakan gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian tangan dan kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang sejajar, gelang dan palang tunggal.
  • 84. 84 Rajah 5.14: Senaman Lantai Acara Lombol Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol mempunyai enam fasa, iaitu larian penujuan, lonjakan, penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.
  • 85. 85 Rajah 5.15: Acara Lombol Acara Palang Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan. Para gimnas wanita pernah mengunakan palang sejajar sehingga tahun 1930. Selepas itu, satu daripada palang telah direndahkan dan dikenali sebagai palang bertingkat khas untuk wanita. Pergerakan di kedua- dua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan ayunan daripada pergerakan kekuatan. Kekuda Berpelana Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Kebanyakan peserta memperolehi markah yang rendah dalam acara ini dan merupakan acara yang kurang disukai. Alatan ini lebih sama bentuk dengan kekuda lombol, tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya digelar bonjol pelana. Peserta akan menggunakan bonjol pelana ini untuk memindahkan keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau kedua-dua lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana bergantung kepada tumpuan, imbangan dan rentak.
  • 86. 86 Rajah 5.16: Kekuda berpelana Batang Titian Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik. Ciri-ciri terpenting dalam acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti dilakukan dengan berhati-hati di atas alatan yang lebarnya hanya 10 cm. Pergerakan ini mestilah mengandungi unsur-unsur akrobatik yang mengandungi pergerakan maju dan undur, putaran penuh (termasuk satu di atas sebelah kaki), pergerakan menapak, berlan, lompatan dan lonjakan. Persembahan ini juga mestllah meliputi unsur-unsur imbangan dalam kedudukan berdiri, duduk dan kedudukan baring atau meniarap. Keseluruhan persembahan, para peserta mestilah melakukannya di atas sepanjang batang titian dengan licin dan kemas, juga perlu mempamerkan perubahan rentak. Masa yang dihadkan bagi keseluruhan persembahan lalah antara satu rnmit 10 saat, sehingga tidak melebihi satu minit 30 saat.
  • 87. 87 Rajah 5.17: Batang titian Acara Gelang Gelang juga telah direkacipta oleh Ludwig Jahn dalam tahun 1980. Acara gelang telah menjadi salah satu acara penting dalam sukan gimnastik. Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama. Jika peserta ini terjatuh dari gelang, dia mempunyai 30 saat untuk naik semula. Semasa mendarat peserta tidak dibenarkan melangkah, tetapi boleh membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah. Purata masa persembahan dalam acara gelang ini ialah di antara 40 saat hingga satu minit.
  • 88. 88 Rajah 5.18: Acara gelang Acara Palang Tunggal Dalam kejohanan gimnastik, acara palang tunggal merupakan satu persembahan yang paling menarik perhatian dibandingkan dengan acara yang lain. Acara Palang Tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas palang tunggal ini melalui tangan dan bahagian depan lengan.
  • 89. 89 Rajah 5.19: Acara palang tunggal Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan senaman sebagai gymnastics serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antarabangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa. Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik diadakan. Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita
  • 90. 90 perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan. Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi. Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan diberi 10.00 markah sebelum ia memulakan persembahan. Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan. Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik. Dalam acara gelang, setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama. Acara palang tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan.
  • 91. 91 TOPIK 6 GIMNASTIK ARTISTIK PENGENALAN Gimnastik artistik merupakan sukan bercorak pergerakan. Gimnastik artistik banyak melibatkan ketangkasan berangkai serta mementingkan kelenturan, kordinasi, daya tahan, imbangan dan kekuatan. Penguasaan sesuatu kemahiran dalam gimnastik artistik dapat mengembangkan setiap aktiviti yang dipelajari. Dengan itu gimnastik artistik dapat membina gaya diri dan keyakinan terhadap sesuatu persembahan. Teknik dan gaya pelaksanaan sesuatu kemahiran perlu dipelajari secara khusus. Gimnas perlu mempunyai kesedaran dan kepekaan terhadap nilai kinestik dan estetik dalam pergerakan yang dipersembahkan. 6.1 POLA PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK Seorang gimnas perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti melentur dan meregang, mengimbang, menghambur, melompat dan melayang, melonjak, menyokong, memusing dan mengilas, mengguling, mengayun, melenting. Kemahiran asas ini menjadikan seorang gimnas berupaya melakukan pergerakan senaman lantai dan penggunaan alatan dengan baik dan kemas. Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol kangkang dan lombol muka di atas peti lombol adalah merupakan pergerakan asas menggunakan alatan yang perlu dikuasai oleh gimnas terlebih dahulu. Pergerakan ini akan membantu seorang gimnas menguasai pergerakan menggunakan alatan yang memerlukan kekuatan tangan dan pendaratan yang baik. Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan lombol akan memberi kesedaran ruang, masa, beban dan aliran serta membina daya kreatif, rekacipta dan pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan yang harmoni dan estetik. Gaya Dirian Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang sempurna dan kemas bagi setiap permulaan pergerakan. Kedudukan gaya dirian yang baik dapat membantu gimnas memungut mata dalam persembahannya. Ciri-ciri dirian yang baik: 1. Kaki dirapatkan; 2. Kedua-dua lutut ditekan ke belakang; 3. Perut dikempiskan; 4. Dada diangkat tinggi; 5. Bahu direndahkan; 6. Dagu diangkat agar mata memandang ke hadapan; dan 7. Bernafas dengan selesa. Guling Hadapan Cara guling hadapan: 1. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri; 2. Lutut dibengkokkan; 3. Tangan diangkat lurus ke hadapan; 4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak; 5. Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu;
  • 92. 92 6. Jongketkan badan dengan meluruskan lutut; 7. Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki; 8. Kepala ditundukkan ke dada; 9. Tangan dibengkokkan; 10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda tidak bergolek atas kepala.); 11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling ke hadapan; 12. Berdiri atas kaki semula; dan 13. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula . Rajah 6.1: Teknik guling hadapan ANSUR MAJU GULING HADAPAN Rajah 6.2: Ansur maju guling hadapan
  • 93. 93 GERAK KERJA PENYESUAIAN GULING HADAPAN Rajah 6.3: Gerak kerja penyesuaian guling hadapan
  • 94. 94 PERSEMBAHAN BERANGKAI GULING HADAPAN Rajah 6.4: Persembahan berangkai guling hadapan Guling Belakang Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai. Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa diatas pangkal jari-jari kaki. Duduk rapat ketumit tanpa buntut terhentak. Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat. Rajah 6.5: Teknik guling belakang
  • 95. 95 Ansur Maju dalam Guling Hadapan Rajah 6.6: Ansur maju guling belakang Dirian Kepala Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung jari kaki. Tangan menekan kuat ke lantai. Kepala dan tangan membentuk segitiga sama. Perlakuan dirian kepala bermula, dengan memastikan hidung mencecah lantai. Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan.
  • 96. 96 Rajah 6.7: Teknik dalam dirian kepala Rajah 6.8: Gerak dalam dirian kepala
  • 97. 97 Rajah 6.9: Cara menyokong dalam dirian kepala Gerakan Penyesuaian dalam Dirian Kepala Rajah 6.10: Gerak kerja penyesuaian dalam dirian tangan Dirian Tangan Badan diregang sebelum kaki ditendang naik. Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki kehadapan Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah keluasan tapaknya. Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otot-otot. Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa diayun ke bawah.
  • 98. 98 Rajah 6.11: Contoh dirian tangan Rajah 6.12: Peringkat perkembangan dirian tangan
  • 99. 99 Rajah 6.13: Ansur maju dirian tangan Rajah 6.14: Ansur maju berjalan dengan tangan
  • 100. 100 Rajah 6.15: Menyokong dalam dirian tangan
  • 101. 101 Rajah 6.16: Gerakan penyesuaian dalam gerak tangan Roda Kereta TEKNIK RODA KERETA 1. Muka menghadap ke hadapan. 2. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari kaki yang bengkok. 3. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa dengan lurus. 4. Mata memandang ke arah tangan di lantai belakang, badan jangan dilengkungkan. 5. Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri dalam kedudukan berbentuk bintang (Rajah 6.17).
  • 102. 102 Rajah 6.17: Gerakan dalam roda kereta Rajah 6.18: Teknik dalam roda kereta
  • 103. 103 Rajah 6.19: Gerak kerja penyesuaian dalam roda kereta CARA-CARA MENYOKONG RODA KERETA Rajah 6.20: Cara menyokong roda kereta
  • 104. 104 PENGEMBANGAN RODA KERETA Rajah 6.2: Pengembang roda kereta Hambur Belakang/Tengkuk TEKNIK HAMBUR BELAKANG 1. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan, berdiri atas pangkal jari-jankaki. 2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebarisan dengan kepala. 3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat. 4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat. Pendaratan dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.25).
  • 105. 105 Rajah 6.22: Teknik hambur belakang Rajah 6.23: Ansur maju hambur belakang CARA MENYOKONG DALAM HAMBUR BELAKANG
  • 106. 106 Rajah 6.24: Menyokong dalam hambur belakang Hambur Kepala Teknik Hambur Kepala 1. Mencangkung atas pangkal jari-jari kaki, lengan lurus ke hadapan, 2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebaris dengan kepala. 3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat. 4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat, yang dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.30). Rajah 6.25: Teknik hambur kepala
  • 107. 107 Rajah 6.26: Pergerakan dalam hambur kepala ANSURMAJU HAMBUR KEPALA
  • 108. 108 Rajah 6.27: Ansur maju dalam hambur kepala CARA MENYOKONG HAMBUR KEPALA
  • 109. 109 Rajah 6.28: Cara menyokong dalam hambar kepala Hambur Tangan Pergerakan hambur tangan boleh dibahagikan kepada empat aras iaitu: larian lonjakan penerbangan pendaratan. TEKNIK DALAM HAMBUR TANGAN 1. Tangan diluruskan ke atas, dan bahu dikembangkan. Mula melangkah seperti dalam lompat pagar, laitu rendah dan panjang. 2. Pengembangan bahu dikekalkan, manakala dada ditekan ke bawah arah lantai. 3. Bahu di belakang tangan yang diluruskan, dan kaki ditendang dengan kuat ke belakang. 4. Kaki mula dirapatkan, kepala didongakkan dan badan dikekalkan lurus. 5. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.
  • 110. 110 Rajah 6.29: Gerakan dalam hambur tangan
  • 111. 111 ANSURMAJU HAMBUR TANGAN Rajah 6.30: Ansur maju dalam hambur tangan CARA MENYOKONG HAMBUR TANGAN Rajah 6.31: Ansurmaju dalam hambur tangan berpasangan Rajah 6.32: Menyokong dalam hambur tangan
  • 112. 112 Hambur Terbang Pergerakan hambur terbang boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan, iaitu lanan muncul, lonjakan, penerbangan dan pendaratan. TEKNIK LONJAKAN DUA KAKI UNTUK HAMBUR TERBANG 1. Langkah gelongsor rendah dan panjang atas sebelah kaki, sementara lengan dibawa ke belakang. 2. Lengan membantu untuk diregang sepenuhnya, sambil tumit diangkat. 3. Kaki dan pergelangan kaki dikembangkan sepenuhnya (Rajah 6.33). Rajah 6.33: Teknik dalam hambur terbang Rajah 6.34: Gerakan dalam hambur terbang
  • 113. 113 Hambur Lenting TEKNIK DALAM HAMBUR LENTING 1. Belakang badan dibulatkan tapi tidak lekuk. Tolakan akan bermula dari tumit bukan pangkal jari-jari kaki. 2. Kaki menolak dengan kuat. Badan jangan dilengkung ke belakang terlampau banyak. Kepala hendaklah sebaris dengan badan dan tidak didongakkan. 3. Badan melalui kedudukan dirian tangan. Tolakan yang kuat dari tangan melalui bahu. 4. Kaki menendang turun ke bawah. Rajah 6.35: Teknik dalam hambur terbang
  • 114. 114 Rajah 6.36: Gerakan dalam hambur lenting
  • 115. 115 ANSURMAJU HAMBUR LENTING Rajah 6.37: Ansurmaju dalam hambur lenting
  • 116. 116 CARA-CARA MENYOKONG HAMBUR LENTING Rajah 6.38: Cara-cara menyokong dalam hambur lenting TOPIK 7 GIMRAMA PENGENALAN Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. 7.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik, gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan. Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.
  • 117. 117 Rajah 7.1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan Pergerakan asas gimnastik berirama di percayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan
  • 118. 118 peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques Dalcroze. Dalcroze yang telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau telah memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19. Di awal tahun ke 20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich Medau (1890-1974) telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimram. Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalender tetap persatuan dengan di pertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat. 7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMA Dalam sukan gimrama peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan. Namun bagi pertunjukan atau persembahan gimnastik peralatan-peralatan lain seperti skarf, bendera atau kayu boleh digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah mengikut pilihan. Rajah 7.3: Peralatan digunakan dalam sukan gimrama
  • 119. 119 Biasanya gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri, ini disebabkan mereka akan merasa selesa menggunakan peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga mempunyai sesuai dengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz dan berat. Tali Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan kapal. Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang berukuran 2 m panjang dan tebal 6 mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekat sepanjang 10 cm namun gimnas tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang pada hujung tali. Spesifikasi Tali Bahan Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama. Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali di ukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua hujung tali di angkat ke aras ketiak gimnas. Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas. Rajah 7.4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik
  • 120. 120 Gelung Gelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai permainan. Gelung di buat daripada plastik, rotan atau kayu biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas. Terdapat juga gimas yang menu balut gelung dengan pita pelekat yang berwarna-warni. Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta menambahkan berat gelung di samping menjadikannya lebih menarik.
  • 121. 121 Rajah 7.5: Gelung berpita Spesifikasi Gelung
  • 122. 122 Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas Bola Bola adalah salah satu displin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namun sekiranya bola tersebut tidak dapat di sediakan bola sepak, bola jaring atau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk berlatih kemahiran asas seperti melantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak saiz bola yang lebih kecil boleh digunakan. Spesifikasi Bola Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan. Garis pusat 18-20 cm Berat 400 g minimum Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
  • 123. 123 Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa BELANTAN (CLUB) Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk. Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman. Spesfikasi Belantan Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat. Panjang 40-50 cm Berat 150 g minimum bagi satu belantan Bentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ½ cm. Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3 cm. Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
  • 124. 124 Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak REBEN Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan la cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk dibaling.
  • 125. 125 Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman, mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6 m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya 4-5 m. Riben di sangkut pada bahagian hujung dengan kayu. Specifikasi Reben Bahan Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji. Lebar 4-6 cm Panjang Jumlah panjang sebenar ialah 7m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 cm Berat 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya) Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.