2. Pengertian merdeka:
Merdeka” atau “Memerdekakan” atau “
kemerdekaan” adalah kata nama terbitan yang
bermaksud “bebas” (daripada
penjajahan, naungan dan lain-lain), “lepas”
(daripada tebusan, tuntutan), “berdiri
sendiri”, “tidak bergantung pada orang lain”.
Kebebasan ini dimaksudkan kepada seseorang
individu atau sesebuah Negara yang tidak
terjajah oleh orang lain atau Negara lain, dan
mempunyai kedaulatan dan ketuanan.
3. dicapai menerusi rundingan.
usaha untuk membebaskan Tanah Melayu dari
cengkaman penjajah telah lama bermula
Namun, sebelum tahun 1946, semangat nasionalisme
yang dalam erti kata yang sebenarnya masih belum
wujud lagi
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun
1941-1945 telah menggalakkan kemunculan dan
kemajuan semangat nasionalisme di Negara ini.
Mengapa?
Tekanan hidup
Pengalaman menjawat jawatan
Melahirkan golongan nasionalis yang terbabit dalam
politik
4. Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, kebanyakan kuasa
penjajah barat mula membuka ruang pembebasan kepada
Negara-negara yang terjajah
Mengapa?
beban ekonomi dan pengurusan yang tinggi
slogan kebebasan yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat
resolusi PBB yang memutuskan supaya tanah-tanah jajahan
diberikan kemerdekaan
Namun begitu,British cuba menjadikan Tanah Melayu sebagai
Negara untuk semua kaum melalui Rancangan Malayan Union
Tujuan: menjaga kepentingan ekonomi
Mendapat tentangan>menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
British bersedia merundingkan soal pemberian taraf berkerajaan
sendiri kepada Tanah Melayu sebagai langkah ke arah
kemerdekaan
5. “Bagaimana Tanah Melayu mendapat
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?”
1) Malayan Union
2) Persekutuan Tanah Melayu
3) Darurat
4) Kerjasama antara kaum
5) Sistem ahli
6) Perkembangan parti-parti politik
7) Pilihanraya
8) Rundingan Kemerdekaan
9) Suruhanjaya Reid
6.
7. Malayan union ditubuhkan pada 1April 1946 di King's
House (Carcosa SeriNegara) selepas Perang Dunia II
merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu
dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk
menjadi pengganti British Malaya.
Terdiri daripada Majlis Perundangan dan
MajlisMesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang
Gabenor British.
Sultan-sultan Melayu masih mengekalkan kedudukan
masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang
sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam
dan adat Istiadat orang Melayu sahaja
9. Menjejaskan kekuasaan sultan:
-Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal-ehwal Islam dan adat
resam Melayu
Menghapuskan hak istimewa orang melayu
Syarat kerakyatan Prinsip Jus Soli:
-kerakyatan berdasarkan tempat lahir
Orang melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan
Malayan Union:
-Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British
semasa mereka merangka perlembagaan tersebut
10. British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh
L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu.
Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU
Kesan:
-Pembubaran ini memberi ruang kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
-lahir Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO
mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha melepaskan diri dari
kekangan penjajah
11.
12. Ditubuhkan pada 1 Februari 1948
Menggantikan Malayan Union
Kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dikembalikan
Kerakyatan menerusi prinsip “Jus Soli” digugurkan
kedudukan istimewa dalam empat perkara iaitu keistimewaan
dalam bidang politik dan jawatan dalam Perkhidmatan
Awam, keistimewaan dalam biasiswa dan
pelajaran, keistimewaan mengenai Tanah Simpanan Melayu dan
keistimewaan dalam pemberian lesen untuk menjalankan
perniagaan tertentu.
Pentadbiran terbahagi kepada dua:
1: pentadbiran persekutuan
2: pentadbiran negeri
Menggabungkan seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu kecuali
Singapura
13. Ketua - Pesuruhjaya tinggi British - dilantik oleh
baginda Queen.
Tugas : mempengerusikan kedua-dua majlis.
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan – peranan
membantu dan memberi nasihat kepada
pesuruhjaya tinggi tetapi beliau tidak semestinya
menerima nasihat majlis ini.
Majlis Raja-Raja Melayu - menasihati Pesuruhjaya
Tinggi British dan akan bersidang pada bila-bila
masa. Pengerusi persidangan - salah seorang
daripada 9 orang raja.
14. Perlembagaan TM tidak memuaskan hati semua
penduduk di dalam negeri ini
Bantahan daripada kaum bukan Melayu, parti politik
Melayu berhaluan kiri, dan golongan progresif
revolusiner.
Mengapa?
1. Tidak bersetuju sebab tidak diajak berbincang ketika
merangka Perlembagaan Persekutuan 1948.
2. Tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah
Melayu.
3. Mahu menubuhkan perlembagaan baharu iaitu
perlembagaan rakyat
15. Penentangan dari AMCJA dan PUTERA
Cara penentangan:
I. menulis surat untuk akhbar-akhbar seperti Neraca
dan Warta Malaya
II. mengadakan tunjuk perasaan
III. menganjurkan satu Hartal (penutupan semua kedai)
Kesan PTM:
jelas menunjukkan sikap bertolak ansur antara
orang Melayu dengan orang bukan Melayu.
Mengekalkan ketuanan melayu
Mengembalikan kuasa sultan
Perlembagaan PTM dijadikan asas kepada
perlembagaan Tanah Melayu
o British tetap meneruskan Persekutuan tanah
Melayu dengan satu-satunya parti yang
menyokongnya iaitu UMNO.
18. Berlaku dari Tahun 1948-1960
Pengisytiharan darurat pada tahun 1946 adalah
disebabkan oleh keadaan politik yang semakin
meruncing ekoran kebangkitan golongan radikal
melayu dan bukan melayu
Juga disebabkan gerakan komunis yang
dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
semakin rancak dan diperhebatkan lagi oleh
Rejimen ke-10 PKM
Berlaku Pelancaran gerakan bersenjata secara
gerila untuk mendapatkan kemerdekaan
Keganasan komunis terhadap Penduduk TM
teruatamanya orang Cina
19. 1) mengerah kira-kira 40,000 orang tentera
termasuk rejimen askar melayu dan askar
Gurkha untuk menghapuskan komunis
2) polis British dan mata-mata gelap ditambah
3) memperkenalkan Home Guard di kampung-
kampung
4) bantuan ketenteraan dari pihak Negara-negara
Komanwel
5) Perkhidmatan Negara dan Polis Khas dibentuk
6) menguatkuasakan perintah berkurung
7) Kawasan putih dan kawasan hitam telah
dikenal pasti
20. Rancangan Briggs:
sebagai langkah untuk menyekat bekalan
makanan dan ubat-ubatan kepada komunis.
Penduduk berbangsa cina dipindahkan ke
sebuah penempatan baru yang dikenali
sebagai Kampung Baru
Berjaya menyekat pergerakan komunis
daripada mendapat bekalan makanan, ubat-
ubatan dan maklumat
Undang-undang Darurat 1948 telah
ditamatkan pada 31 Julai 1960.
21. politik
- Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan
dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan
- Kerajaan British mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu
mencapai status berkerajaan sendiri.
Sosial
-Rakyat mengalami tekanan, penderitaan dan kepahitan hidup
memperkenalkan sistem Kad Pengenalan
Ekonomi
-pertumbuhan ekonomi terbantut
- Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan
untuk memulihkan ekonomi negara.
Kerajaan British mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai
status berkerajaan sendiri
Darurat telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan di Tanah Melayu.
22.
23. British telah memberi syarat supaya
kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu
ingin mendapatkan kemerdekaan.
Tujuannya :-
menjamin kestabilan politik
keharmonian masyarakat.
memastikan pertumbuhan
ekonomi dan pelaburannya di
Tanah Melayu.
24. Tidak wujud kerjasama antara kaum
Kemunculan parti berasaskan kaum
Cadangan Dato Onn tidak diterima
Tiada usaha ke arah kerjasama politik
Setiap kaum mahu kekalkan parti
berasaskan kaum
25. Ditubuh pada bulan Januari 1949 di
Pulau Pinang.
Mulanya dianggotai oleh Melayu
dan Cina.
UMNO diketuai oleh Dato’ Onn
Ja’afar
MCA diketuai oleh Tan Cheng Lock.
Merupakan titik permulaan
kerjasama kaum di Persekutuan
Tanah Melayu.
26.
27.
28. Diperkenalkan pada tahun 1951 untuk
melatih orang melayu dan kaum lain dalam
pentadbiran tanah melayu
Dicetus oleh dato’ onn jaafar yang disokong
oleh pihak pesuruhjaya tinggi british dan
majlis raja-raja melayu
Dilaksanakan pada bulan april 1951 hingga
jun 1955
Suatu sistem pentadbiran yang berbentuk
sebuahkabinet tanpa pilihanraya
Sistem kabinet bayangan
29.
30.
31.
32. UNITED MALAYA NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)
DATO ONN BIN JAAFAR
Membuka keahlian umno kepada bukan melayu
Melonggarkan syarat kerakyatan.
Mencadangkan sistem ahli
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Menubuhkan parti perikatan.
‡
Keahlian : orang melayu / bumiputera
sabah dan sarawak
‡
Menentang malayan union, berjuang
menuntut kemerdekaan
33. Sambungan…
Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
– Dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada 1951
– Dikecam hebat kerana masyarakat Melayu enggan
berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
– Beliau meninggalkan UMNO
34. Sambungan…
• Penubuhan Parti Kemerdekaan
Malaya/Independence Malaya Party (IMP)
oleh Dato’ Onn Jaafar
– Terbuka kepada semua kaum yang mahu
bekerja untuk mencapai kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.
– Gagal mendapat sambutan daripada kaum
Cina, India dan kaum lain
35.
36.
37. Mereka tidak merasakan mereka sebagai
satu bangsa Tanah Melayu
Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka
Mereka sudah mempunyai kaum mereka
sendiri
38.
39. Menjaga kepentingan orang india.
Disokong oleh kongres kebangsaan india
Digerakkan golongan profesional
Menyokong perjuangan dato onn jaafar dan
imp tentang kerjasama kaum dalam sesebuah
parti
Peringkat awal parti : kurang mendapat
sokongan kaum india
1955, menyertai perikatan
40. Golongan peniaga dan pengusaha lombong.
Presiden : Tan Cheng Lock.
Menjaga kepentingan orang cina
Banyak membantu british memerangi pkm
Membantu penduduk kampung baru.
Penubuhannya diharapkan british
Menyokong perjuangan dato onn jaafar dan
imp tentang kerjasama kaum dalam sebuah
parti
Menyokong tunku abdul rahman
membentuk parti perikatan
46. PILIHANRAYA BANDARAN
Kerjasama UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun
1952.
UMNO Kuala Lumpur – Dato Abdul Razak Yahya
MCA Selangor – Ong Yoke Lin
Memenangi 9 daripada 12 kerusi
Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya
Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama.
47.
48. Pilihanraya Umum 1955
Penubuhan Jawatankuasa Pilihan
Raya dalam Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP) yang dianggotai
oleh pemimpin Parti
Negara, UMNO, MCA, MIC dan
pegawai tinggi British.
49. Manifesto parti Perikatan ialah:
• Mencapai kemerdekaan dalam masa
4 tahun
• Mewajibkan pendidikan
• Mewajibkan perkhidmatan awam
bercorak tempatan
• Menjaga hak asasi manusia
• Melindungi hak raja-raja Melayu
sebagai Raja Berperlembagaan
50. Sambungan…
2. Keputusan Pilihan Raya 1955:
Parti yang bertanding Jumlah kerusi yang Jumlah kerusi yang
ditandingi dimenangi
Parti Perikatan 52 51
Parti Negara 30 0
Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) 11 1
Liga Melayu Perak (LMP) 9 0
Malayan Party 3 0
Parti Buruh 2 0
People’s Prgressive Parti (PAP) 18 0
Bebas 18 0
51.
52.
53. Sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding dalam
pembahagian kerusi pilihanraya
Kebijaksanaan pemimpin parti berunding untuk
menyelesaikan masalah politik
Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa
dalam politik negara
Kesepakatan untuk menolak pengaruh Parti Komunis
Malaya
Semangat untuk mencapai kemerdekaan yang
berkobar-kobar
Manifesto pilihanraya yang dapat diterima umum
54.
55. RUNDINGAN KEMERDEKAAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
56. Rombongan terdiri daripada empat wakil Raja-raja Melayu,
empat wakil Parti Perikatan (kerajaan) dan
empat wakil pentadbiran British di Tanah Melayu.
Anggota Rombongan Kemerdekaan ke London
Wakil Raja-raja Melayu Wakil Parti Perikatan
Dato’ Panglima Bukit Gantang Tunku Abdul Rahman
Dato’ Nik Ahmed Kamil Dr. Ismail Abd Rahman
Encik Abdul Aziz Majid Dato’Abdul Razak Hussein
Dato’ Mohd. Seth Kolonel H.S. Lee
57. Pengerusi - Lord Lennox-Boyd, iaitu
Setiausaha Tanah Jajahan British.
Dari 18 Jan hingga 8 Feb 1956
Sebuah suruhanjaya bebas untuk
mengkaji perlembangan telah
dibentuk.
British bersetuju memberi
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman membuat
pengisytiharan tarikh kemerdekaan
di Bandar Hilir, Melaka.
58.
59.
60. Dipengerusikan Oleh Lord Reid
Ahli-ahlinya terdiri daripada:
- Sir Ivor Jonnings (UK)
- Sir William McKell (Australia)
- B.Malik (India)
- Hakim Abdul Hamid ( Pakistan)
Tugas:
-Untuk mensyorkan satu perlembagaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu
61. 1.Ketua Negara adalah Yang diPertuan
Agung
2.Raja sebagai ketua di negeri masing-
masing.
3.Keistimewaan orang Melayu dijamin oleh
Perlembagaan.
4.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
5.Kebebasan beragama bagi orang bukan
Islam terjamin.
62. Bersidang 118 kali
Menerima 130 Memorandum
-memorandum terbaik daripada Parti
Perikatan dan MRR
Bantahan daripada parti-parti politik, orang
perseorangan
Kemuncak bantahan>Kongres Kebangsaan
Melayu 1957
63. . Menurut Dato’Onn: “ saya meminta kepada tiap-tiap
orang melayu yang benar-benar kasih dan sayang
kepada kaum bangsa dan negerinya supaya
memikirkan perkara ini dengan halus dan teliti
supaya di belakang hari umat melayu yang ada pada
hari ini tidak akan disumpah oleh cucu-cicit dengan
sebab tidak sedar kepada tanggungan kita pada masa
ini dengan mempersetujukan dan meluluskan
perubahan pada masa akan datang yang sudah tentu
akan menghapuskan kekuatan dan kedudukan orang
melayu di Negara yang dikatakan Semenanjung
Tanah Melayu, di negeri yang diakui oleh Parti
Perikatan sendiri umat melayu dikatakan ialah
Bumiputera.”
64. Dalam surat persendiran Hassan Adli, Kongres PAS
1962-1964, beliau mengatakan: “ Bahasa negeri ini
adalah Negeri Melayu dan hak BANGSA MELAYU yang
telah lama dibuktikan oleh sejarah dan diakui oleh
undang-undang dari satu masa ke satu masa, adalah
tugas Suruhanjaya itu menetapkan bahawa
KEDUDUKAN BANGSA MELAYU DI NEGERI INI IALAH
MERDEKA MEMPUNYAI KEDAULATAN MUTLAK DI
DALAMNYA. Bahawa persamaan hak dan kerakyatan
jus soli yang dituntut oleh orang dagang itu dengan
alasan bahawa itu adalah hak asasi manusia tidaklah
boleh dijadikan sandaran dalam hal negeri ini...sebab
kebanyakan mereka bukanlah rakyat negeri ini.”
65. Pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen
4 ciri utama:
1. Peruntukan untuk Ketua Negara
Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
ialah Yang di-Pertuan Agong yang dilantik dalam kalangan 9
raja-raja melayu
2.Peruntukan bagi Ketua Kerajaan
Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana
Menteri yang dilantik dalam kalangan parti yang mempunyai
bilangan ahli yang terbanyak dalam Dewan Rakyat
3.Peruntukan kewarganegaraan
pemberian kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara-perkara
5 perkara.
4.Peruntukan Bahasa
bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu.
68. kemerdekaan di Tanah Melayu dicapai bukan
dengan cara yang mudah tetapi berlaku
secara berperingkat –peringkat
Uniknya, kemerdekaan ini dicapai dalam
keadaan yang aman dan melalui rundingan
dapat kita konklusikan bahawa peristiwa
kemerdekaan itu memberi banyak pengajaran
kepada kita dan kita seharusnya belajar dari
sejarah itu.
69. 1. Belajar bagaimana untuk menghargai apa
yang kita telah miliki
2. mengenang jasa para pemimpin yang
terdahulu
3. pentingnya perpaduan kaum untuk
mewujudkan sebuah Negara yang merdeka
dan bersatu.
4. menanamkan semangat cintakan tanah air
atau semangat nasionalisme
5. kesabaran itu sangat penting untuk
mencapai apa yang diingini.