2. SUBJEK
Frasa yang terletaknya di hadapan predikat dalam
susunan ayat biasa.
Aminah seorang doktor.
3. SUBJEK
Subjek boleh terdiri daripada unsur berikut:
1. Kata nama
2. Kata ganti nama
3. Kata kerja ( kata nama )
4. Kata adjektif ( kata nama )
4. KATA NAMA
Kata nama yang menduduki subjek boleh terdiri
daripada kata nama am, kata nama khas atau kata
nama terbitan.
Mak Kiah bekerja sebagai penjual sayur-
sayuran di pasar itu.
5. KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama diri
Saya pelajar baharu di sekolah ini.
Kata ganti nama tunjuk
Itu kucing kesayangan ibu saya.
6. KATA KERJA ( KATA NAMA )
Kata kerja mengambil tugas kata nama
Berfungsi sebagai subjek.
Memasak adalah hobi saya.
7. KATA ADJEKTIF ( KATA NAMA )
Kata adjektif mengambil tugas kata nama
Berfungsi sebagai subjek
Akhlak mulia sangat dituntut oleh semua
agama.
8. PREDIKAT
Frasa yang terletak selepas subjek
Boleh diisi oleh frasa-frasa berikut
1. Predikat frasa nama
2. Predikat frasa kerja
3. Predikat frasa adjektif
4. Predikat frasa sendi nama
9. PREDIKAT FRASA NAMA
Boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama
khas, dan kata nama terbitan.
Abangnya polis.
10. PREDIKAT FRASA KERJA
Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, kata
kerja transitif dan kata kerja terbitan.
Mereka beriadah setiap petang.
11. PREDIKAT FRASA KERJA
i) Kata Bantu Aspek
a) akan dan belum
- perbuatan yang belum dilakukan.
Saya akan bertolak ke Australia pada pagi esok.
b) sedang dan masih
- perbuatan yang sedang berlaku dan belum selesai.
Dia masih terlibat gejala lumba haram.
12. PREDIKAT FRASA KERJA
c) sudah, telah dan pernah
- sesuatu perbuatan itu telah selesai
dilakukan.
Siti pernah bekerja sebagai guru.
13. PREDIKAT FRASA KERJA
ii) Kata Bantu Ragam
- perkataan yang menerangkan ragam perasaan
yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.
hendak, mahu, harus, boleh, mesti dan dapat
Ayah hendak ke luar negeri pada malam esok.
14. PREDIKAT FRASA ADJEKTIF
Boleh terdiri daripada kata adjektif asal atau kata
adjektif ganda.
Pengantin itu nampak menawan.
15. PREDIKAT FRASA SENDI NAMA
Terdiri daripada kata sendi nama yang diikuti oleh
frasa nama
Hadiah itu untuk kawan baiknya.
16. SOALAN
1) Bina satu ayat lengkap yang terdiri daripada subjek,
predikat dan kata bantu.
2) Huraikan fungsi kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
17. SOALAN
3) Tentukan jenis kata bantu predikat frasa
kerja tersebut:
•Saya belum makan lagi.
•Adik sudah siap membuat kerja sekolah.
•Kami dapat ikut rombongan skolah ke
Langkawi.
•Ibu sedang membasuh baju ayah.
•Kita harus saling membantu antara satu
sama lain.