SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 60
PENDAHULUAN


Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan

komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan

pada masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempraktikkan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada

pelajar. Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada

pedagogi program pendidikan guru di zaman kini. Sebagai contoh, pengintegrasian

kemahiran abad ke-21 boleh diterapkan dikalangan guru dan pelajar dengan menggunakan

Ipad di dalam bilik darjah. Kejayaan dalam melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap

dalam teknologi pendidikan serta penguasaan dalam kemahiran abad ke-21 akan

memberikan faedah ke atas pelajar yang bakal dilahirkan dengan memenuhi kehendak

industri serta sejajar dengan kepesatan teknologi kini supaya menjadi pemacu kepada

sektor ekonomi negara.


Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu

mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih,

mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran.


Teknologi dalam pendidikan boleh dedifinisikan sebagai satu rangkaian elektronik untuk

mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara

efektif, pantas dan banyak (Ahmad Fuad Othman, 2003). Teknologi pendidikan juga

merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan

menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah


                                          1
(Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012). Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (2012)

lagi, teknologi pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani

keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang

terkini seperti komputer dan teknologi yang berkaitan. Teknologi pendidikan juga boleh

didefinisikan sebagai satu bidang dan amalan etika yang dipraktikkan untuk memudahcara

dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan,

penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (Karti Suharto,

1990).


Terdapat banyak kepentingan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa

kepentingan tersebut adalah seperti berikut (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012):


   a. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi

         penting kepada topik yang akan disampaikan.


   b. Menjimatkan masa, tenaga dan wang.


   c. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar dan secara

         tidak langsung menghiburkan pelajar.


   d. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria

         melihat, mendengar atau menyentuh.


   e. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu

         gambaran yang menyeluruh dan jelas tentang sesuatu konsep dan kaitannya dengan

         kehidupan seharian.




                                                2
f.   Melibatkan pelbagai deria pelajar. Sebagai contoh, penggunaan visual yang diikuti

        oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh.

        Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.


   g. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.


   h. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan

        penggunaan masa yang minimum.


   i.   Memperkayakan pengalaman pelajar. Sebagai contoh, media bergerak boleh

        memperkayakan pengalaman murid. Kejadian ini tidak pernah mereka lihat atau

        alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seolah-olah

        mengalaminya.


Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah amat berguna kerana terdapat

banyak kepentingan yang dapat guru perolehi daripadanya bagi menjayakan sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penulisan seterusnya akan membincangkan

tentang pendidikan abad ke-21, pembelajaran abad ke-21, pelajar abad ke-21, kemahiran

abad ke-21, guru abad ke-21, web 1.0, 2.0, 3.0, dan 4.0, dan penggunaan Ipad dalam

pengajaran dan pembelajaran.




TEORI PEMBELAJARAN




                                             3
1) Teori Tingkah Laku

Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan

pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu

rangsangan yang berkaitan dengan ransangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran

yang dikenali sebagai pelaziman.      Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan

komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran

yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah

komputer   dan     rangsangan   kedua   ialah   cara   pengajaran   yang   menarik.   Oleh

kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerak balas yang berlaku juga positif.

Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus memberikan

perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada

tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakan pembelajaran yang

dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk

pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori

ini ialah rangsangan dan gerak balas serta peneguhan. Prinsip-prinsip teori tingkah laku

yang diterapkan meliputi:

   a. Proses belajar berlaku dengan baik bila pelajar terlibat dengan aktif dengan

       pembelajaran.

   b. Bahan pengajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan

       mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.

   c. Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat

       mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.

   d. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan

       motivasi.



                                            4
2) Teori Konstruktivisme

Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan

guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada

masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan

pembelajaran pada abad ke-21. Menurut teori ini lagi, pelajar perlu aktif mengaplikasikan

pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Dick (1997) menyatakan bahawa

konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah yang mana persekitaran pembelajaran boleh

disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk

belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dalam mencari pengetahuan dan

melibatkan kerja-kerja mereka bentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu

untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berdasarkan

kefahaman mereka sendiri.




Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat

dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut:

    a. Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.

    b. Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

    c. Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.

    d. Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah.

    e. Pembelajaran berpusatkan pelajar.

    f.   Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.

    g. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.




                                               5
h. Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan

        kefahaman idea tersebut.

   i.   Pelajar menghubung kait idea asal dengan idea yang baru dibina.

   j.   Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.

   k. Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori.

   l.   Guru mengemukakan soalan yang boleh mendorong pelajar mencari jawapan.

   m. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.

   n. Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.

   o. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar.

   p. Pelajar bekerja dalam kumpulan.




   3) Teori Kognitif

Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan

jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran. Teori ini

juga menyediakan pembelajaran aktif di mana pelajar bertindak secara aktif memperoleh,

menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Teori ini

lebih menekankan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu

pelajar memperolehi maklumat, reka bentuk pengajaran dan pembelajaran hendaklah dalam

bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperoleh.

Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat

penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran. Sebagai contoh pengajaran dan

pembelajaran yang berasaskan komputer terancang berasaskan komputer memerlukan




                                            6
pengamatan dan penanggapan, ingatan, kefahaman pembelajaran secara aktif, motivasi,

pemindahan pembelajaran, dan perbezaan individu.




   4) Teori Sosial

Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab

behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan

Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses

pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan

pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar

terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh

pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.




   5) Teori Humanisme

Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan

perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu

mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan

pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun

mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa

setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.

Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi

mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.


KEMAHIRAN ABAD KE—21




                                            7
st
Menurut Assessment & Teaching of 21 Century Skills (2012), University of Melboure, yang

mana ahlinya terdiri lebih daripada 250 penyelidik di seluruh 60 institusi di seluruh dunia

telah mengkategorikan kemahiran abad ke-21 di peringkat antarabangsa kepada empat

kategori iaitu:


    1. Cara Pemikiran

            •     Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan

                  pembelajaran.




    2. Cara bekerja

            •     Komunikasi dan kerjasama.




    3. Alat-alat untuk bekerja

            •     Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat.




    4. Kemahiran untuk hidup di dunia

            •     Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan

                  sosial.


Dalam konteks Negara kita pula, abad ke-21 ini memperlihatkan bahawa pendidikan melalui

teknologi komputer menjadi sebahagian atau sepenuhnya bersepadu dalam pembangunan

kognitif, afektif dan psikomotor pengalaman pelajar. Justeru itu, guru haruslah mempunyai

kemahiran dalam menjalankan tugas dalam abad ke-21 ini. Beberapa kemahiran abad ke-21




                                               8
yang perlu dipraktikkan oleh guru dan juga kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan

pelajar adalah seperti berikut (Taufik Hakim Ahmad, 2012):


   1. Kemahiran Belajar dan Inovasi


       a. Kreativiti dan Inovasi


          •   Menunjukkan keaslian dan daya cipta dalam kerja.


          •   Membangun, melaksana dan berkomunikasi tentang idea-idea baru kepada

              orang lain.


          •   Bersikap terbuka dan responsif kepada perspektif baru dan pelbagai.


          •   Bertindak dengan idea-idea kreatif untuk membuat sumbangan yang ketara di

              mana berlakunya inovasi.


       b. Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah


          •   Membuat pilihan dan keputusan yang kompleks.


          •   Mengenal pasti dan bertanya soalan-soalan penting yang menjelaskan

              pelbagai pandangan dan membawa kepada penyelesaian yang lebik baik.


          •   Mengungkapkan, menganalisis dan mensintesis maklumat dalam usaha

              untuk menyelesaikan masalah dan menjawab soalan.


       c. Komunikasi dan Kerjasama




                                            9
•   Menjelaskan pemikiran dan idea dengan jelas dan berkesan melalui

         percakapan dan penulisan.


     •   Menunjukkan keupayaan untuk bekerja dengan berkesan bersama dengan

         pasukan yang pelbagai.


     •   Mempraktikkan fleksibiliti dan kesediaan untuk membantu dalam membuat

         krompromi yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang sama.


     •   Mengandaikan tanggungjawab bersama bagi kerja kumpulan.




2. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi


  a. Literasi Maklumat


     •   Mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan, menilai maklumat secara

         kritis dan cekap dan menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif untuk

         isu atau masalah yang dihadapi.


     •   Memiliki kefahaman asas tentang isu etika / undang-undang dalam

         mengakses dan penggunaan maklumat.


  b. Literasi Media


     •   Memahami bagaimana media mesej dibina, untuk tujuan apa dan

         menggunakan alat mana, dan ciri-cirinya.




                                      10
•   Meneliti bagaimana individu mentafsir mesej secara berbeza, bagaimana

         nilai-nilai dan pandangan dimasukkan atau dikecualikan dan bagaimana

         media boleh mempengaruhi kepercayaan dan tingkah laku.


     •   Memiliki kefahaman asas tentang isu etika / undang-undang dalam

         mengakses dan penggunaan maklumat.


  c. Literasi ICT (Maklumat, Komunikasi dan Teknologi)


     •   Menggunakan     teknologi   digital,   alat   komunikasi   dan/atau   rangkaian

         sewajarnya untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi, menilai dan

         mencipta maklumat.


     •   Menggunakan teknologi sebagai alat untuk penyelidikan, menyusun, menilai

         dan menyampaikan maklumat, dan memiliki kefahaman asas mengenai isu-

         isu etika/undang-undang dalam mengakses dan menggunakan maklumat.




3. Kemahiran Hidup dan Kerjaya


  a. Fleksibiliti dan Penyesuaian


     •   Menyesuaikan diri dengan peranan dan tanggungjawab yang pelbagai.


     •   Bekerja dengan berkesan dalam suasana keutamaan yang sering berubah.


  b. Kemahiran Arah Kendiri dan Inisiatif


     •   Memantau pemahaman sendiri dan keperluan pembelajaran.


                                       11
•   Menguasai kemahiran asas dan/atau kurikulum bagi meneroka dan

       mengembagkan pembelajaran sendiri dan peluang untuk mendapatkan

       kepakaran.


   •   Menunjukkan inisiatif untuk menaikkan tahap kemahiran ke tahap profesional.


   •   Menentukan, mengutamakan dan menyiapkan tugasan tanpa pengawasan

       secara langsung.


   •   Menggunakan masa dengan cekap dan dapat menguruskan beban kerja.


   •   Menunjukkan komitmen untuk belajar sebagai satu poses sepanjang hayat.


c. Kemahiran Sosial dan Kesilangan Budaya


   •   Bekerjasama secara produktif dengan orang lain.


   •   Memanfaatkan kecerdasan kolektif kumpulan apabila sesuai.


   •   Merapatkan jurang perbezaan budaya dan menggunakan perspektif yang

       berbeza untuk meningkatkan inovasi dan kualiti kerja.


d. Produktiviti dan Akauntabiliti


   •   Menetapkan dan memenuhi standard dan maklumat yang tinggi untuk

       menyampaikan kerja yang berkualiti tepat pada masanya.


   •   Menunjukkan ketekunan dan etika kerja yang positif (contohnya: menepati

       masa dan boleh dipercayai).




                                     12
e. Kepimpinan dan Tanggungjawab


           •   Menggunakan kemahiran interpersonal dan penyelesaian masalah untuk

               mempengaruhi dan membimbing orang lain ke arah matlamat.


           •   Memanfaatkan kekuatan orang lain untuk mencapai matlamat yang sama.


           •   Menunjukkan integriti dan tingkah laku beretika.


           •   Bertindak secara bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat

               sekeliling.


PENDIDIKAN ABAD KE-21

John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan

masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan

vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, disampaikan

melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan

orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan

latihan khusus menguasai kemahiran dan memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung

daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

Pendidikan juga bukan setakat mengisi ilmu ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan

air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada abad ke-21 ini, pendidikan seharusnya

mengupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu untuk melakukan sesuatu

perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks persekitaran yang sentiasa

berubah.




                                             13
Mengikut Laporan UNESCO (Report of the International Commission on Education for The

Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan

empat tunggak iaitu:-

1. Learning to know (belajar untuk tahu)

   Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak

   pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara

   mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang

   membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai

   dengan lebih jitu.




2. Learning to do (belajar untuk buat)

   Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan

   untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak

   dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk

   melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada

   kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi

   seperti kebolehan    untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka,       kerja

   berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.




3. Learning to live together (belajar untuk hidup bersama)

   Tidak kira betapa pun perbezaan kita dari segi bangsa, agama, status sosial, ekonomi,

   politik atau aspek-aspek yang lain, kita tetap hidup di atas planet yang sama. Lambat

   laun, suka atau tidak suka, secara langsung atau tidak langsung, masalah orang lain




                                          14
akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan untuk melatih

   ‘Belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari isu semasa yang berlaku di sekitar kita.




4. Learning to be (belajar untuk menjadi)

   Ini menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insan

   yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi,

   berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu,

   mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu

   seseorang itu berkembang dengan optimum.




Perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan

berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada

semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti di negara-negara maju, negara-

negara membangun di Asia Tenggara semakin mengiktiraf peranan penting yang dimainkan

oleh pendidikan dalam meningkatkan sumber manusia (modal insan). Kemajuan dan

penularan penggunaan ICT dalam masyarakat membawa maksud bahawa sistem

pendidikan di rantau ini semakin memanfaatkan ICT dalam mengendalikan banyak cabaran

yang timbul yang dihadapi oleh sistem pendidikan di Asia Tenggara.




Sebagai contoh, baru-baru ini, para pelajar di Singapura menggunakan iPad ketika

mengikuti Kelas Seni Bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang. Transformasi ini



                                             15
menyebabkan kehidupan lebih ribuan pelajar di Asia menjadi lebih mudah kerana tidak perlu

membawa muatan yang berat ke sekolah. Pada masa akan datang, pelajar hanya membaca

melalui komputer tablet. Hasil revolusi digital yang dibawakan ke dalam pendidikan juga

membolehkan ribuan pelajar mendapat pembelajaran daripada pelajaran yang disampaikan

oleh guru-guru terbaik dunia melalui internet. Hal ini turut sama dikongsi oleh Korea Selatan

yang merencanakan digitalisasi buku-buku teks untuk dasar pada tahun 2015 nanti. Buku

yang tebal dan membebankan pelajar akan ditukarkan ke dalam versi digital dengan

perantaraan Smartphone dan Tablet PC. Semua pelajar sekolah dari segenap usia dapat

menggunakan isi dari buku teks yang ada dengan perantaraan beberapa gadget tersebut.

Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada

menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998)

menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara

di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan

juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing

dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum

tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami

transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada

perubahan di peringkat global. Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah     Bestari:   Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan

   pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.




2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area

   Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum



                                             16
dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini

   memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran maklumat sesuai dengan

   keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.




3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar

   mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi

   sebagai pemudahcara.




4. Projek    Sekolah     Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk

   pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah

   dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara atas talian

   dengan guru dan rakan.




Di samping itu, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah

supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan

kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam

persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di

Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan

jaringan informasi dalam era globalisasi kini.




GURU ABAD KE-21

Dalam dunia pendidikan abad 21, guru merupakan pasukan atau peneraju yang amat

penting dalam mendidik pelajar. Ini adalah kerana seorang guru bukan hanya setakat

mengajar di dalam bilik darjah malahan hingga di luar sekolah. Peranan guru sentiasa



                                                 17
diperlukan walaupun pada era ini perkembangan teknologi maklumat nyata sedikit sebanyak

telah meringankan beban seorang guru. Tugas guru sentiasa berubah-ubah mengikut

peredaran zaman dan konteks semasa yang berlaku. Ledakan perkembangan kecanggihan

teknologi dan persaingan dalam dunia global menuntut agar peranan dan tanggungjawab

seorang pendidik itu untuk membuat transformasi bukan sahaja dari aspek teknik

pengajaran malah merentasi penggunaan peralatan teknologi dan dalam masa yang sama

masih berpegang kepada nilai-nilai tempatan dan sentiasa berpaksikan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Dalam menuju abad ke-21 ini, seorang guru perlu memiliki ciri-ciri

seperti berikut:




Ciri- ciri guru yang perlu ada pada abad ke-21 iaitu:

   •   Kaya dengan maklumat termasuk Sains dan Teknologi

   •   Kekuatan minda (kreatif dan proaktif )

   •   Nilai-nilai luhur dan harmoni

   •   Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan

   •   Berketerampilan




Untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai tahap keupayaan berfikir yang

kritikal, maka para guru pada abad ke-21 ini perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai

kemahiran dan ilmu pedagodi demi untuk memartabatkan profesion keguruan seperti:

   •   Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

   •   Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)

   •   Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

   •   Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)



                                                18
•   Memiliki kemahiran kaunseling

     •   Menggunakan teknologi terkini

     •   Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

     •   Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain

     •   Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik




Dalam menempuh abad ke-21 ini, guru tidak seharusnya terlalu terikat dengan penguasaan

teknologi mahupun ilmu pedagogi itu sahaja tetapi seorang guru itu perlu mempunyai sikap

sentiasa membina budaya ilmu. Membina budaya ilmu ini penting kerana budaya inilah yang

menjadi teras kecemerlangan masyarakat Malaysia pada masa akan datang seperti berikut:




1.       Sentiasa membina budaya ilmu .

         a. Teknologi dan komputer

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng tenaga untuk merebut

peluang dalam melengkapkan diri serta berketerampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan

teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat

untuk pelbagai bidang.




         b. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

Pelajar-pelajar pada zaman abad ke-21 mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan

minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai

modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran

konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Untuk itu dalam




                                            19
melahirkan pelajar yang mempunyai kualiti seperti ini maka sepatutnya seorang guru abad

ke-21 terlebih dahulu memiliki kualiti ini sebelum menerapkan kemahiran ini kepada pelajar.




       c. Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas

Para pendidik abad ke- 21 seharusnya mempunyai kemahiran dan berketerampilan

mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran

secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai

kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan

dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa,

dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu:




   •   Belajar untuk menguasai ilmu

   •   Belajar untuk menguasai kemahiran

   •   Belajar untuk menjadi insan berguna

   •   Belajar untuk harmoni dan bekerjasama




       d. Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral

Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam

hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha

pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian

negara. Seperti yang diketahui salah satu wadah untuk memupuk nilai-nilai di kalangan

pelajar adalah melalui pendidikan di sekolah. Untuk itu, tanggungjawab guru bukan sahaja

dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar malah jauh lebih daripada itu. Ini




                                             20
termasuklah dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar agar asipirasi pendidikan

negara tercapai.




       e. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri

Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar pembangunan

negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang

menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada

perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan

hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif yang

inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.




2.     Membentuk Masyarakat Madani.

Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat

membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan

dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha

mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri

"hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.

Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat

Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu

menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan masyarakat madani

diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan



                                             21
ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan

yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan

amalan hidup yang cemerlang.




3.     Bersedia        menerima        sebarang        penemuan          baru      seterusnya

       berkemampuan untuk mengaplikasikan .

Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak

terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian

penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat

dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlulah mempunyai kesediaan

menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan

penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat. Kepada

masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan,

sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai penyedia

tenaga manusia untuk alam pekerjaan, dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak.

Generasi baru yang dihasilkan melalui proses pendidikan ini perlu dapat memanifestasikan

inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam

bidang teknologi maklumat. Guru adalah orang yang bertanggungjawab secara terus dalam

proses pendidikan bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi dalaman mahupun

dimensi luaran. Justeru itu guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futuristik,

analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni. Cabaran globalisasi dalam abad ke-

21,salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global

(global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian

(networking).



                                               22
Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan faktor utama yang akan

menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Ekoran daripada itu,

keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus kepada pengisian wawasan

pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan itu, guru yang berdedikasi,

bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang padu amat

diperlukan untuk merealisasikan cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi

tuntutan kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara ke arah wawasan

pendidikan menjelang tahun 2020. Di samping itu, untuk Malaysia mencapai taraf negara

maju pada abad ke-21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan

dan kemahiran dalam bidang matematik serta sains dan teknologi. Murid perlulah diberi

peluang dan kesedaran untuk mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang berasaskan

sains dan teknologi.




PELAJAR ABAD KE-21

Dunia pada abad ke-21 telah berada dalam gelombang teknologi maklumat. Dapat kita lihat

pelajar-pelajar pada hari ini bergelumang dengan pelbagai cabaran, peluang dan cubaan

yang tidak pernah ada sebelum ini. Maklumat-maklumat yang ingin diperoleh kini hanyalah

di hujung jari atau di desktop. Contohnya muzik digital, video digital, digital teks, imej digital,

statistik, perniagaan dan sebagainya. Ekoran daripada itu, pelajar generasi ke-21

seharusnya menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar.

Di sekolah, kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat

utama. Para pelajar mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber yang ada

pada hari ini.



                                                23
Di dalam kelas hari ini, pelajar adalah dari pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan

gaya pembelajaran yang berbeza yang mana akan menjejaskan keupayaan mereka dalam

memperoleh pengetahuan. Adalah menjadi peranan guru untuk beralih kaedah pengajaran

daripada tradisional kepada pendekatan yang baru dan berinovasi. Ini kerana pelajar

terbukti lebih selesa dengan konsep pengajaran guru yang berpusatkan pelajar di mana

mereka dapat membina pemahaman sendiri melalui aplikasi kehidupan sebenar di sekeliling

mereka dan juga interaksi dengan rakan-rakan.




Sebagai pelajar yang mempunyai akses kepada pelbagai teknologi, mereka terdedah

kepada banyak maklumat. Ini mendedahkan kita melalui artikel “A New Paradigm for

Learning” bahawa pelajar abad ke-21 ini lebih suka mengajar diri mereka sendiri namun

tetap dengan bimbingan guru. Hakikatnya, pelajar sudah mula melakukan ini di luar sekolah

lagi. Dipetik daripada kata-kata Albert Einstein, “I never try to teach my student anything. I

only try to create an atmosphere in which they can learn”. Inilah yang terjadi kepada para

pelajar hari ini di mana mereka lebih menggemari pengajaran berpusatkan pelajar dan dari

situ mereka akan memanfaatkan hasil teknologi dan inovasi dalam membantu mereka

belajar.




Berbanding masa dahulu atau dalam pendidikan tradisional, pelajar kini lebih mementingkan

pencapaian dalam pembelajaran mereka. Maksudnya, dalam masa atau waktu p&p yang

terhad di sekolah, mereka lebih mahu mencapai objektif pembelajaran berbanding

menghabiskan waktu semata-mata. Apa sahaja tajuk yang di ajar oleh guru pada satu-satu

masa, mereka akan berusaha memahaminya pada masa itu juga. Di samping itu, pelajar



                                             24
tidak lagi mahu bergantung pada guru semata-mata dalam mendalami sesuatu perkara atau

mata pelajaran. Mereka lebih suka melayari atau menerokai kepelbagaian sumber yang

telah disediakan pada abad ini.




Sepertimana negara-negara lain, kurikulum di Malaysia telah memberi penekanan dalam

beberapa perkara dalam menyediakan pelajar yang seterusnya modal insan negara supaya

mempunyai ciri-ciri dalam diri mereka seperti berikut:




        a. Pembelajaran Koperatif

Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh

pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri

dalam    kemahiran     ‘interpersonal’   merangkumi      kemahiran   membuat     keputusan,

mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.

        b. Berfikir Secara Kritis dan Reflektif

Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan

sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti

andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang

lebih baik atau penghasilan produk baru.




        c. Pengembangan kreativiti

Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara

logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat

dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan.




                                              25
d. Berkemahiran Generik

Kemahiran-kemahiran generik dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan

berketerampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi

aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan

ekonomi negara. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis

pekerjaan dalam bidang yang berlainan.




       e. ‘Multilingualism ’

Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk

rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu)

supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan segala

maklumat dalam pelbagai bahasa.




       f. Pelbagai Kecerdasan

Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbagai-bagai. Kesemua

potensi seperti yang disarankan dalam teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences)

iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, spatial, pergerakan kinestetik, interpersonal

dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.




       g. Kemahiran Belajar untuk Belajar

Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata

pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat

nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan

disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



                                             26
Kesimpulannya,    pelajar pada abad ke 21 harus sedar bahawa usaha untuk

memperadabkan manusia bukan bergantung pada peralatan berteknologi tinggi semata-

mata. Kefahaman yang jelas tentang pengajaran dan pembelajaran mengatasi segala-

galanya. Melalui kefahaman ini barulah mungkin satu gagasan tindakan dapat disusun

sesuai dengan matlamat pendidikan negara. Maka, usaha memupuk kefahaman yang benar

tentang pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam kita menghadapi cabaran

pendidikan pada alaf baru.




WEB

Web 1.0

Web 1.0 adalah peringat awal evolusi web (world wide web) yang menggunakan

pendekatan secara antara muka ( interfaces). Pengguna hanya boleh melihat kandungan

laman web. Menurut Cormode, G. dan Krishnamurthy kandungan dalam web 1.0 ada agak

kurang berbanding dengan jumlah pengguna yang ramai. Secara teknikal, web 1.0

merupakan laman web yang lebih tertutup dan tidak melibatkan penambahbaikan dalaman.

Oleh sebab itu, informasi web 1.0 ini tidak dinamik kerana hanya pemilik web itu sahaja

yang boleh melakukan kemas kini serta penambahbaikan. Web 1.0 adalah bersifat ‘read-

only’. Maksudnya pengguna hanya melakukan pencarian maklumat. Kekurangan atau

keterbatasan web 1.0 ini adalah pengguna (pengunjung web) harus melayari website

tersebut dan perlu melihat satu persatu kandungan yang ada.




Ciri- Ciri Web 1.0

   •   Bersifat statik dan tidak dinamik

   •   Penggunaan frameset



                                           27
•   Menggunakan HTML

   •   Menggunakan Online Guestbook

   •   Butang GIF bersaiz 88x31 pixel dalam ukuran web untuk mempromosikan produk




Web 2.0

Web 2.0 adalah hasil cetusan idea O’Reilly dan MediaLive International. Ia juga dikenali

sebagai web semantik. Kelebihan web 2.0 adalah ia membolehkan pengguna internet untuk

terlibat bersama-sama untuk membangun web. Satu kriteria utama web ini ialah pengunjung

atau pengguna boleh membuat membuat penyelenggaraan dan penambahbaikan web ini.

Inovasi dalam dunia web semakin hari semakin berkembang pesat dan hasilnya muncul web

2.0 yang telah berkembang pada sejak tahun 2004 dan telah digunakan secara meluas

pada masa sekarang ini. Web ini merupakan teknologi yang menyatukan teknologi yang

sedia ada iaitu dari web 1.0. Penyatuan dan penggabungan ini adalah terdiri dari HTML,

CSS, JavaScript, XML dan AJAX. Perkembangan web 2.0 lebih menekankan kepada

perubahan corak berfikir dalam menyampaikan kandungan dan persembahan dalam sebuah

laman web. Web ini lebih menjurus kepada ‘read and write’. Hasil daripada inovasi dan

penambahbaikan telah menjadikan web 2.0 ini lebih baik daripada web sebelumnya. Web

2.0 mempunyai inovasi dan ciri khas yang terbaru iaitu pengguna (pengunjung web) boleh

melihat suatu kandungan laman web tanpa harus mengunjungi kesemua halaman untuk

melihat satu persatu kandungan yang ada. Perkembangan web 2.0 merupakan sebuah

aplikasi yang menggunakan aplikasi dalaman seperti Windows. Contoh web 2.0 adalah

facebook, Twitter, Flickr, Dropbox, Evernote, iTunes, Skype dan sebagainya.




Ciri- Ciri Web 2.0



                                            28
•   Uquibitious teknologi: Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan

    berfungsi komputer desktop. Ia boleh digunakan terus melalui web browser dan tidak

    memerlukan muat turun pada komputer. Contoh seperti aplikasi javascript, java

    applets, dan yang sebagainya.




•   User-generated     content   (interactivity):   Membolehkan    pengunjung   memberi

    pandangan, komen, menulis artikel seperti yang boleh didapati dalam blog, forum,

    Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Dalam web 2.0, penggunjung boleh

    menjadi pelanggan (subscriber) dan penyumbang (contributor).




•   Membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain. Platform yang digunakan

    termasuklah MyBlogLog, untuk blogs, atau menjemput rakan (add-a-friend) seperti

    pada Friendster atau MySpace.




•   Penggunaan RSS feed: Boleh memberi maklumat secara cepat kepada pengunjung

    apabila laman dikemas kini. Pengunjung tidak perlu menaip URL dan memeriksa

    website setiap hari sekiranya penulis telah menulis artikel baru.




•   Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau hanya

    sebahagian OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan

    sebagainya.




•   Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi

    kategori kepada webpage, links dan gambar.



                                           29
Web 3.0

Web ini boleh dikatakan sebagai sebuah web yang bersifat intelektual (Artificial intelligence).

Aplikasi dalam talian menerusi laman web saling berinteraksi antara satu sama lain. Dalam

erti kata lain, web 3.0 seolah-olah seperti pembantu peribadi. Web berupaya memahami

keperluan manusia dan boleh memberi cadangan atau nasihat untuk menyediakan

keperluan yang diinginkan. Dengan menggunakan teknologi animasi 3D, kita boleh

membuat profil avatar yang sesuai dan kemudian melakukan aktiviti di dalam dunia maya

seperti yang berlaku dalam dunia nyata. Sering disebut bahawa web 3.0 ialah semantic web.

Istilah semantic web sendiri merupakan perkembangan web yang mana kandungannya

bukan sahaja disampaikan dalam format bahasa manusia (natural language), tetapi juga

dalam format yang dapat dibaca dan digunakan oleh mesin (software). Contohnya, ketika

kita hendak mencari maklumat mengenai sebuah buku maka kita boleh mencari pada

search engine hingga berjaya mendapatkan info tentang buku tersebut.




Ciri- ciri web 3.0

   •   SOAP

Simple Object Access Protocol merupakan kaedah untuk bertukar-tukar idea berdasarkan

XML melalui jaringan komputer untuk ke program yang lain.




   •   REST

Representational state transfer adalah satu cara pembangun web untuk membahagikan

hypermedia seperti WWW.




                                              30
•   WSDL

Format XML yang diterbitkan untuk menerangkan perkhidmatan web.




   •   WDDX

Web Distributed Data Exchange merupakan satu mekanisme pertukaran data dari sumber

yang berbeza.




   •   Realisasi Semantic Web

Semantic web merupakan bentuk baru web 3.0. yang menggunakan kaedah buatan, web

3.0 diharapkan akan merealisasikan konsep semantic web menjadi generasi selanjutnya

dari WWW.




   •   Web Sebagai Database

Database menggabungkan informasi yang banyak dalam pelbagai laman web , yang

kemudian di integrasikan antara satu dengan yang lain dengan cara RDF. Kesannya ,data

semakin banyak dan juga pengguna dapat menerima info secara spesifik serta tepat

daripada data pengguna dari web yang lain.




Dapat disimpulkan untuk mewujudkan web 3.0, haruslah disokong oleh teknologi yang

mengintegrasikan informasi. Ia juga memiliki kemampuan interaksi antara web dalam

menyimpan data. Interaksi tidak hanya terjadi antara pengunjung web saja, tetapi juga

diantara website itu sendiri.



                                             31
Web 4.0

Web 4.0 dianggap sebagai generasi terbaru di mana web ini menggabungkan format 3D

dengan web 3.0 atau lebih dikenali sebagai pragmatic web untuk mewujudkan dunia maya

seperti yang boleh didapati dalam bentuk aplikasi permainan. Satu faktor utama dalam web

4.0 ialah ia menggunakan hak digital yang mana akan menghalang penyalinan kandungan

dalam web tersebut. Ia juga mempunyai nilai yang tinggi bagi semua maklumat seperti hak

cipta pada filem, imej dan banyak lagi. Ini bermaksud kesemua kandungan dan informasi

adalah dilindungi.




Web 4.0 juga dikenali sebagai simbiotik web. Ia merupakan metadata yang mengurus

manusia dan mesin untuk interaksi. Ini adalah untuk membina lebih banyak komunikasi

antara muka seperti kawalan minda. Walau bagaimanapun web 4.0 masih lagi dalam proses

pembinaan dan sehingga setakat ini belum ada lagi definisi yang tepat untuk

menggambarkan apakah sebenarnya web 4.0 ini.




PENGGUNAAN IPAD DALAM PENDIDIKAN


Dalam abad ke 21, teknologi komunikasi semakin menunjukkan kemajuan sejajar dengan

peredaran masa. Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan

komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan. Teknologi bermaksud produk



                                          32
atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau

menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Pelbagai alatan

gadget yang terdapat dipasaran dan boleh digunakan dalam pendidikan seperti pc tablet,

iPad dan telefon pintar. Banyak Negara yang telah memperkenalkan pendidikan berasaskan

“Mobile Learning”. Dunia pendidikan yang berasaskan “Mobile Learning” amat membantu

para pelajar dan guru untuk mengakses sesuatu maklumat tidak mengira di mana sahaja

mereka berada. Ini kerana dengan adanya aplikasi tertentu yang telah dibina dalam setiap

gadget atau peranti tersebut, pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah. Pengguna

hanya perlu memuat turun perisian atau aplikasi tersebut dan dengan adanya jaringan

internet, semua maklumat dapat dilayari. Bagi pengguna iPad, pelbagai aplikasi yang boleh

digunakan seperti ibook, Keynote, Numbers, Pages, iMovie, Evernote, Dropbox dan juga

perisian-perisian lain. Bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran seperti Sejarah dan

Geografi, mereka boleh menggunakan Keynote untuk membuat tayangan slide kepada

pelajar-pelajar mereka. Aplikasi seperti Numbers pula boleh digunakan untuk guru-guru

membuat graf, pengiraan markah dan sebagainya.


Selain daripada itu, dengan adanya teknologi tersebut dapat mengurangkan beban kepada

pelajar untuk membawa buku teks. Anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang

sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. Pelajar boleh memuat turun

iBook dan selepas itu, mereka boleh memuat turun buku-buku dalam itunes u dan disimpan

di dalam iBook Sebagai contoh, iPad sudah mengambil alih peranan buku teks dan buku

nota di beberapa buah sekolah di Asia. Penggunaan iBook ini telah diperkenalkan

dibeberapa buah Negara seperti Singapura. Dipetik dari suratkhabar Kosmo yang bertarikh

17 Jun 2011 yang bertajuk Peranti teknologi di dalam bilik darjah, “Seramai 120 pelajar dan

16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan sampel dengan kos lebih


                                            33
RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar di sekolah tersebut memiliki

komputer tablet setiap seorang”. Oleh itu, dengan kemunculan teknologi ini amat membantu

aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Sejajar dengan itu, pelbagai

usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar dengan memberikan

pendedahan awal terhadap penggunaan teknolgi tersebut di dalam aktiviti pembelajaran.


IPAD


IPad adalah satu gadget yang berbentuk komputer tablet yang dikeluarkan oleh Syarikat

Apple. Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada komputer riba biasa, tetapi jauh lebih besar

daripada telefon pintar. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang juga berfungsi

untuk penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah satu tablet yang tidak

mempunyai papan kekunci       tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk yang digunakan

untuk mengawal peranti.


Seperti telefon pintar iPhone yang juga dikeluarkan oleh Syarikat Apple, iPad menggunakan

sistem operasi IOS Apple. Ini membolehkan iPad untuk menjalankan aplikasi pihak ketiga,

yang boleh dimuat turun dari App Store Apple. Walaupun aplikasi yang direka untuk iPhone

juga boleh digunakan pada iPad, tetapi telah banyak aplikasi IOS yang dibangunkan khusus

untuk penggunaan iPad. Selain daripada itu, iPad juga mempunyai fungsi-fungsi yang sama

seperti netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai sistem

operasinya.


Oleh kerana skrin iPad adalah lebih besar daripada skrin iPhone, banyak aplikasi daripada

IOS Apple yang hanya dapat digunakan pada iPad antaranya ialah aplikasi produktiviti,

grafik dan video editing. IPad telah dibina dengan mempunyai permukaan skrin sesentuh

yang bersaiz 9.7 inci persegi dengan berat sekitar 600gm sahaja. iPad juga telah dibina

                                             34
dengan menggunakan sistem processor buatan Apple A41 GHz. Baterinya boleh

menjangkau sehingga 10 jam untuk penggunaan aktif dan mampu bertahan selama sebulan

jika hanya menggunakan fungsi standby.


IPad juga dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan penggunanya memuat-

turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. IPad juga disertai dengan aplikasi

iBook yang membolehkan pengguna iPad membaca dan memuat-turun ebook dalam format

PDF. Dengan permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai digunakan

untuk pembaca ebook. IBooks adalah satu aplikasi yang dibina untuk pengguna iPad

memuat turun buku dalam bentuk versi elektronik dari iBook store dan boleh dibaca pada

iPad. Selain daripada itu, iPad yang mempunyai skrin warna penuh juga membolehkan

pengguna iPad yang ingin memuat turun novel serta buku cerita kanak-kanak dan juga

majalah dapat membaca seperti buku yang sebenar, bezanya buku dalam iBook berbentuk

digital. Aplikasi iBook ini juga boleh dibaca satu halaman pada satu masa dalam mod potret

atau dengan sebelah muka surat dalam mod landskap.


Semua versi iPad dapat menggunakan jaringan internet Wi-Fi. Dengan adanya perisian

tersebut ianya membolehkan pengguna untuk untuk melayari web, memeriksa e-mail, dan

memuat turun aplikasi secara langsung kepada peranti. Beberapa versi iPad generasi baru

terdapat model yang mempunyai sokongan 3G untuk memuat turun data melalui

sambungan talian telekomunikasi dan ini memerlukan kontrak perkhidmatan selular yang

dibayar secara bulanan. Keluaran generasi pertama iPad tidak mempunyai kamera,

manakala iPad generasi kedua telah diubahsuai dengan mempunyai kamera pada kedua-

duanya termasuk kamera depan dan kamera belakang. Dengan adanya kamera ini,




                                           35
pengguna iPad boleh menggunakannya untuk persidangan video dengan pengguna iPad

yang lain, iPhone, atau pengguna Mac melalui aplikasi FaceTime.




APLIKASI-APLIKASI IPAD DALAM PENDIDIKAN


   1) iTunes U



                                           36
          Apa Itu iTunes U?


    ITunes U adalah salah satu aplikasi yang membolehkan anda mengakses untuk

    melengkapkan kursus dari universiti terkemuka dan sekolah-sekolah. Dalam iTunes

    U telah dilengkapkan dengan katalog digital yang terbesar di dunia. Ianya

    mengandungi bahan pendidikan yang diberikan secara percuma untuk pengguna

    iPad, iPhone atau iPod touch. Contohnya, jika seseorang pelajar yang mempunyai

    bidang pengkhususan dalam bidang biologi di Eropah, mereka boleh mengikuti

    kuliah untuk subjek tersebut dari universit di Negara lain dengan hanya melalui

    pembelajaran online dengan menggunakan iTunes U. Aplikasi iTunes U adalah satu

    perisian yang sangat membantu pelajar dan gurur pada bila-bila masa dan di mana-

    mana sahaja.


          Penggunaan iTunes U dalam Pengajaran


    Penggunaan iTunes U dalam pendidikan ini dapat membantu guru atau pensyarah

    menguruskan pengajaran mereka dengan menggunakan teknik pengajaran secara

    online. Satu sistem telah dibentuk untuk guru atau pensyarah mengurus, mengedar

    dan mengawal isi kandungan pembelajaran yang menggunakan video atau audio

    visual. Ini sesuai digunakan untuk pelajar kolej atau universiti. Institusi pendidikan

    tersebut boleh memiliki tapak iTunes U mereka sendiri dan cara ini memudahkan

    pelajar mereka untuk mencari atau memuat turun bahan-bahan pembelajaran seperti




                                          37
nota, latihan dan sebagainya. Perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi iTunes

    U seperti memuat turun dokumen-dokumen pembelajaran adalah percuma.

    Pengkalan data aplikasi iTunes u ini telah mengumpul bahan-bahan pendidikan dari

    semua lokasi termasuk kolej, universiti, muzium, perpustakaan dan lain-lain institusi

    pendidikan.


2) iBooks




          Apa Itu iBooks?


    IBooks adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk

    tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi iBooks menyediakan tempat untuk

    pengguna iPad membaca dan membeli buku secara ebook. Pengguna yang ingin

    membeli buku tersebut boleh membuat pembelian melalui Apple Store. Mereka

    hanya perlu memilih bahan bacaan eletronik yang mereka ingin beli. Dalam katalog

    pembelian di dalam Apple Store ada pelbagai jenis bahan bacaan termasuk

    bahagian fiksyen, pendidikan, ilmiah dan lain-lain. Buku eletronik yang dibeli tadi

    hanya perlu dimuat turun dan disimpan di rak buku perpustakaan dalam iPad. Buku-

    buku tersebut juga boleh dibaca dengan menggunakan perisian PDF.


          Penggunaan iBooks dalam Pengajaran




                                         38
Penggunaan iBooks dalam pembelajaran bukan sahaja untuk menyimpan bahan

bacaan berbentuk eletronik, tetapi boleh juga menyimpan bahan-bahan dokumen

yang kita tulis di dalam aplikasi Pages di dalam iPad, iPhone atau iPod. Dokumen

tersebut kita boleh tukarkan ke dalam bentuk e-book. Buku teks yang terdapat di

dalam iBooks mempunyai paparan warna yang cantik, gambar rajah dan juga boleh

memuat turun video interaktif.


Sebagai seorang guru, iBooks amat membantu apabila guru ingin mengajar

matapelajaran tertentu dengan menggunakan bahan-bahan dokumen tersebut dalam

bentuk PDF di dalam iPad Pages kemudian boleh dipindahkan ke dalam bentuk

iBooks dengan cara memuat turun bahan tersebut dalam ruangan penyimpanan

iBooks. Guru atau pelajar juga boleh menggunakan bahan bacaan eletronik di dalam

iBooks dengan hanya sentuh sahaja paparan skrin tersebut dan mereka boleh

memilih buku yang ingin di baca. Jikalau ada pengguna yang tidak tahu maksud

tentang sesuatu ayat, mereka hanya perlu highlight pada perkataan tersebut dan

terus berkongsi perkataan tersebut di laman Facebook atau melalui email. Dari situ,

kawan-kawan atau pengguna yang lain boleh berkongsi maklumat dengan mereka.


Selain daripada itu, bagi guru yang ingin menulis pelbagai jenis dokumen, mereka

boleh eksport dokumen tersebut ke dalam bentuk format ePub. Perisian ePub ialah

salah satu bentuk e-books yang boleh membaca semua jenis bahan bacaan

eletronik. Guru boleh menghantar dokumen tersebut dengan menggunakan iTunes.

Bahan bacaan e-book tersebut guru boleh kongsikan bersama-sama pelajar dan

juga rakan guru yang lain.




                                    39
Aplikasi iBooks juga membolehkan pengguna untuk memilih saiz dan jenis tulisan.

      Contohnya, apabila guru membaca sesuatu bahan pengajaran, guru tersebut boleh

      terus mengedit bahan tersebut dari e-book tersebut dan juga boleh menambahkan

      bahan-bahan lain seperti gambar, video dan sebagainya.


      Oleh itu, guru atau pensyarah boleh menggunakan aplikasi iBooks atau buku teks

      eletronik ini bersama pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar hanya perlu mencari

      koleksi buku tersebut di dalam iBooks dan mereka dapat memuat turun buku

      tersebut dengan cepat dan mereka juga dapat mencari nota-nota lain yang berkaitan

      dengan pembelajaran mereka pada masa itu.


3) Numbers




 Apa Itu Numbers?


  Numbers ialah satu perisian yang perlu dimuat turun dari Apple Store melalui iTunes.

  Aplikasi ini menyerupai Excel di dalam perisian Windows. Dalam aplikasi Numbers ini,

  telah terdapat beberapa template yang boleh digunakan untuk membuat carta, graf,

  grafik, pengiraan belanjawan, pengiraan markah pelajar dan sebagainya. Semua formula

  telah disediakan di dalam ruangan Spreed Sheet dan pengguna hanya perlu memilih

  mengikut kesesuaian penggunaanya.




                                         40
Apabila pengguna telah memilih Spreed Shet yang ingin digunakan, mereka boleh

  memindahkan mana-mana maklumat yang mereka perlukan seperti gambarajah, carta

  atau sebagainya dengan hanya memilih maklumat yang dikehendaki. Di dalam Template

  Chooser terdapat pelbagai template yang kita boleh gunakan di sekolah, rumah, pejabat

  dan sebagainya. Melalui Numbers Spreed Sheet juga kita dapat menyusun semua

  tugasan kita dan ianya amat membantu bagi memastikan semua tugasan kita lebih

  tersusun dan memudahkan kita untuk memulakan setiap tugasan. Selain daripada itu,

  kita boleh menukar bentuk tulisan, saiz dan warna tulisan.


 Penggunaan Numbers dalam Pengajaran


  Dalam   pengajaran    dan pembelajaran      yang menggunakan      berasaskan   teknolgi

  pendidikan, aplikasi Numbers dapat membantu guru untuk membuat satu perancangan

  atau penyusunan tugasan dengan menggunakan Spreadsheet yang terdapat dalam

  Numbers. Syarikat Apple yang telah mencipta aplikasi di dalam iPad ini       juga telah

  membina pelbagai jenis template di dalam aplikasi Numbers ini dan ianya dapat

  membantu untuk kita memilih template yang bersesuain dengan kerja yang ingin

  dilakukan. Contohnya, penggunaan Numbers untuk mengira markah untuk peperiksaan

  matapelajaran Sejarah. Apabila jadual telah dibuat, guru hanya perlu memasukkan

  formula. Kemudian boleh memilih font tulisan dan size huruf yang ingin digunakan.


  Dalam Nombor, spreadsheet dibina secara fleksibel. Jadi, anda boleh memilih jadual,

  carta, grafik, dan teks di mana-mana anda mahu pada halaman tersebut. Browser Media

  juga boleh digunakan untuk dimuat turunkan dengan video yang dipilih. Contohnya, guru

  yang mengajar matapelajaran Geografi, mereka boleh membina garf atau carta

  menggunakan Numbers, kemudua mereka boleh memasukkan video ke dalam carta


                                            41
yang dibina. Selain daripada itu, hanya dengan satu klik, anda boleh mengakses foto

  anda daripada filem, iPhoto anda, dan video anda. Navigator yang terdapat pada

  lembaran aplikasi Numbers telah menyenaraikan setiap jadual, carta, dan kunci dalam

  spreadsheet anda supaya memudahkan anda untuk memilih mana-mana              bahagian

  projek anda yang ingin dibuat perubahan. Spreedsheet yang dibina di dalam Numbers

  boleh dimuat turun ke dalam iCloud dan boleh diakses dari mana-mana gadget yang

  mempunyai perisian App Store Mac yang dibina ke dalam IOS.




4) Pages




 Apa Itu Pages?


  Pages adalah satu perisian yang terdapat pada produk keluaran Syarikat Apple seperti

  iPad, iPhone dan iPod Touch. Pages yang terdapat dalam gadget keluaran Apple juga

  mempunyai paparan skrin yang jelas dan cantik. Aplikasi ini membolehkan pengguna

  menulis dokumen yang menarik, laporan, risalah, dan sebagainya dengan menggunakan

  tempale design yang telah disediakan. Pengguna hanya perlu memilih jenis dokumen

  yang ingin mereka tulis dan mereka boleh membina pelbagai kreativiti dengan tools yang

  terdapat pada Pages. Di dalam aplikasi Pages, semua dokumen yang telah disimpan

  dalam ruangan penyimpanan boleh dimuat turun secara automatik di dalam iCloud.




                                          42
Mereka boleh memuat turun dokumen tersebut di mana-mana sahaja mereka berada

  melalui iPad, iPhone dan iPod Touch.


 Penggunaan Pages dalam Pengajaran


  Tugas sebagai pendidik, memerlukan mereka untuk melakukan pelbagai tugasan yang

  berhubung kait dengan penulisan dan penyimpanan dokumen. Apliksai yang terdapat

  pada iPad iaitu Pages yang menyerupai Microsoft Words amat membantu guru untuk

  membuat tugasan walau di mana-mana sahaja mereka berada. Contohnya, jikalau guru

  ingin membina soalan peperiksaan, membina nota untuk pelajar, menulis poster atau

  atau sebagainya, mereka boleh menggunakan aplikasi ini. Ini kerana Pages mempunyai

  16 template untuk risalah, poster, surat, resume, laporan, jemputan, dan banyak lagi.

  Bentuk tulisan, saiz tulisan, warna, dan latar belakang setiap dalam template telah

  dibentuk dan diselaraskan mengikut kesesuaian. Pengguna hanya perlu memilih bentuk

  template yang mereka suka kemudian mereka boleh menggunakannya mengikut menulis

  perkataan, memasukkan gambar-gambar grafik mengikut kreativiti.


  Selain daripada itu, aplikasi Pages ini bukan hanya memerlukan dokumen yang bertulis

  tetapi boleh juga dibentuk dalam paparan grafik. Pengguna hanya perlu memasukkan

  gambar dari aplikasi foto dan menambah beberapa item seperti bingkai pada gambar

  supaya lebih menonjol atau menukar ke dalam carta yang berbentuk 3D dan juga

  beberapa jadual dinamik. Pages adalah menggunkan fungsi Multi-Touch, penulisan

  dalam dokumen tersebut kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dibaca.

  Dalam Pages terdapat Zoom Pintar, dimana pengguna boleh Zoom secara automatic

  pada teks semasa anda bekerja dengan menggunakan Pages. Navigasi halaman

  menunjukkan thumbnail pada setiap halaman, ini memudahkan pengguna untuk


                                         43
mendapatkan mana-mana sahaja dalam dokumen yang diperlukan dengan cepat. Pages

  juga dapat    menjimatkan masa anda semasa bekerja kerana dengan aplikasi ini,

  pengguna boleh menulis di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan masa yang banyak

  untuk mencari dokumen yang diperlukan. Contohnya, apabila guru ingin mencari

  maklumat dokumen yang disimpan, mereka hanya perlu sentuh pada halaman yang telah

  terdapat pada Navigasi tersebut. Ini menjimatkan masa guru dan mereka tidak

  memerlukan banyak fail untuk menyimpan maklumat pelajar kerana mereka hanya perlu

  simpan secara automatic di dalam iCloud.


  Pengguna boleh mengakses dari mana-mana gadget yang mempunyai perisian IOS

  seperti iPhone, iPad atau iPod Touch. Ini kerana dengan iCloud, anda boleh membuat,

  mengedit, dan mengakses dokumen anda. Anda tidak perlu untuk menguruskan

  dokumen-dokumen anda dengan menggunakan sistem fail yang rumit ataupun

  menyimpan dalam folder khas. Mereka perlu Synchronize dalam iCloud yang terdapat

  pada Mac, iPad, iPhone, atau iPodTouch. Jadi anda boleh membuat dokumen pada satu

  peranti dan boleh mengedit di tempat yang lain.


5) Keynotes




 Apa Itu Keynotes?




                                             44
Keynotes adalah aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat tayangan slide. Keynotes

amat mudah digunakan dan pengguna boleh berkongsi penyampaian tersebut dengan

rakan-rakan yang lain. Aplikasi ini terdapat pada iPad, iPhone anda, dan iPod Touch. Tidak

kira di mana anda berada, iCloud boleh menyimpan kerja anda dan dimuat turun secara

automatik ke dalam ruangan penyimpanan.


 Penggunaan Keynotes dalam Pengajaran


Setiap pengguna iPad yang ingin membina persembahan dengan menggunakan Keynotes

boleh memilih daripada 12 tema Apple yang telah terdapat dalam aplikasi ini. Setiap tema

mempunyai bentuk dan saiz tulisan, warna, tekstur, dan latar belakang, serta pelbagai susun

atur yang anda boleh pilih setiap kali anda menambah slaid baru. Anda hanya perlu

menyentuh paparan skrin yang terdapat pilihan yang ingin digunakan dan boleh mula

menaip apa sahaja yang anda ingin persembahkan dalam slide tersebut. Pengguna boleh

tulis tajuk dengan menggunakan papan kekunci pada skrin. Kemudia masukkan gambar,

carta, dan jadual.


Pada aplikasi Keynotes, terdapat navigasi slaid, ianya menunjukkan pandangan thumbnail

untuk slaid anda. Jikalai anda ingin menambah yang baru, hanya sentuh pada thumbnail

slide tersebut dan mulakan kerja yang anda ingin lakukan. Ianya juga mudah untuk

mengedit objek atau gambar pada slaid dan juga untuk mengubah saiz, menukarkan

kedudukan gambar, carta, atau grafik pada slide. Tambahan gambar atau video juga boleh

dimasukkan ke dalam slide.


Selain daripada itu, aplikasi Keynotes ini juga mempunyai carta atau imej yang berbentuk

3D. Pengguna boleh menonjolkan imej yang dipilih untuk digunakan dalam persembahan



                                            45
slide dengan animasi 3D yang lebih sempurna dan menyeronokkan mereka yang akan

menonton tayangan slide tersebut. Aplikasi Keynotes ini juga membolehkan pengguna

menambahkan animasi bergerak pada slide. Ianya seperti satu tayangan drama kerana

aplikasi Keynotes ini mempunyai kualiti yang bagus pada tayangan garafik dan imej.


Dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi Keynotes ini amat berguna untuk guru atau

pensyarah mengajar di dalam kelas. Kelebihan aplikasi ini ialah boleh membuat

persembahan slide yang berbentuk 3D. Bagi guru yang mengajar matapelajaran Geografi,

mereka boleh menggunakan graf atau carta yang berbentuk 3D, ini dapat menarik lebih

minat pelajar. Manakala bagi guru yang mengajar Sejarah, mereka boleh import video atau

membuat satu drama kecil kemudian dipindahkan ke dalam Keynotes. Aplikasi ini juga

menbantu guru untuk aktiviti pengajaran di mana-mana sahaja dan mereka juga tidak perlu

risau jikalau mereka tertinggal di rumah atau di pejabat bahan-bahan yang mereka perlukan

untuk mengajar seperti tayangan slide ini kerana data tersebut boleh diakses melalui

simpanan yang terdapat dalam iCloud.


6) Dropbox




 Apa itu Dropbox?




                                           46
Dropbox ialah satu perkhidmatan ruangan penyimpanan yang diberikan secara percuma

yang membolehkan kita untuk menyimpan gambar, dokumen atau video di mana-mana

sahaja. Perisian aplikasi Dropbox adalah salah satu cara yang paling mudah untuk tempat

menyimpan data atau dokumen yang hanya memerlukan jaringan internet sebagai nadi

utama. Dropbbox merupakan aplikasi “Cloud” yang boleh dimuat turun ke gadget seperti

iPad, iPhone, Mac dan juga PC. Selepas install aplikasi Dropbox untuk Windows, Mac atau

Linux OS, ia akan memberi anda akses ke folder Dropbox melalui harddisk anda.


 Folder Dropbox


Penggunaan Dropbox adalah sama seperti kita menggunakan folder-folder di dalam

komputer. Cuma kelebihan Dropbox ialah file yang diletakkan di dalam folder Dropbox akan

sync secara automatik apabila kita online di internet. Cara penggunaan dropbox adalah,

masukkan fail dalam folder dalam komputer anda, dan secara automatik akan dimasukkan

dalam server online. Selain daripada itu, pengguna hanya perlu copy paste dan selamat

digunakan. Ianya juga mempunyai kapasiti penyimpanan data sehingga 2GB              yang

diberikan secara percuma dan dapat menyokong pelbagai jenis file. Setiap pengguna

gadget seperti komputer, laptop, tablet atau telefon pintar boleh memuat turun aplikasi

Dropbox ini dan membuka satu akaun. Selain daripada itu, sekiranya kita mempunyai

gadget lain seperti iPad, iPhone, tablet dan juga telefon pintar yang lain dan telah

mempunyai perisian aplikasi Dropbox, semua dokumen yang disimpan dalam folder

Dropbox tersebut akan sync secara automatik juga. Oleh itu kita dapat mengakses fail dari

mana-mana sahaja.


 Penggunaan Dropbox dalam Pengajaran




                                           47
Dropbox merupakan medium perkongsian fail secara online yang mudah untuk diakses

pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai seorang guru, mereka memerlukan satu

perisian yang dapat mereka menyimpan dokumen-dokumen penting yang dapat diakses

jikalau mereka tidak membawa laptop atau pc tablet. Pekerjaan sebagai seorang guru tidak

boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan dengan pelbagai jenis dokumen

seperti Dokumen Word, Powerpoint dan Excel. Oleh itu, dengan adanya Dropbox, guru-

guru tidak perlu risau jikalau mereka tertinggal atau terlupa membawa laptop ke sekolah dan

apabila ingin menggunakan bahan-bahan pengajaran tersebut, mereka hanya perlu

mengakses ke akaun Dropbox dan mereka boleh dapatkan dokumen tersebut.


7) Evernote




 Apa Itu Evernote?


Dalam kehidupan seharian, ada pelbagai peristiwa yang berlaku atau terjadi. Kita

memerlukan satu tempat untuk mencatat atau menyimpan semua maklumat tersebut.

Dengan adanya aplikasi seperti Evernote, pelbagai perkara yang boleh kita simpan dan

rakamkan. Evernote ialah satu alat Web 2.0 yang membolehkan mereka merakam gambar

hampir semua perkara yang ingin diingati. Dalam ruangan penyimpanan Evernote, gambar

juga boleh disimpan, disusun dan diberi penerangan ringkas untuk menjadikan gambar

tersebut mudah diperoleh pada masa akan datang.         Selain daripada itu, penggunaan




                                            48
aplikasi ini membolehkan pengguna menambah teks, maklumat, gambar, video, dan pautan

sebagaimana yang boleh dilakukan dengan aplikasi web yang lain.


 Kebaikan Menggunakan Evernote


1) Pelajar


Penggunaan Evernote ini amat membantu pelajar untuk mengatur atau menguruskan

perancangan tugasan mereka. Evernote membantu mereka untuk memastikan semua

tugasan penting seperti nota, kuiz, kerja rumah dan lain-lain ditulis secara tersusun dan

terancang. Mereka tidak perlu risau catatan tentang tugasan mereka akan hilang atau

terlupa dengan tugasan yang perlu dilaksanakan. Caranya amat mudah iaitu, pelajar boleh

mengambil gambar-gambar penting untuk setiap tugasan tersebut dan memuat turun ke

dalam Evernote. Kemudian, pelajar boleh menyusun gambar-gambar tersebut mengikut

tajuk-tajuk atau kelas. Aplikasi Evernote ini membantu mereka untuk melaksanakan tugasan

dengan cepat dan mudah untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.


2) Guru


Evernote dapat membantu guru untuk menjadikan tugasan mereka dapat dilakukan secara

tersusun dan terancang bagi menyimpan atau mencatat maklumat tentang tugasan pelajar

atau nota rujukan. Contohnya, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan

Seni. Mereka boleh mengambil gambar tugasan-tugasan pelajar mereka seperti gambar

lukisan atau projek seni. Kemudian mereka boleh memuat turun ke dalam Evernote dan

menyimpan gambar tersebut mengikut kelas yang diajar. Guru tersebut tidak perlu

membawa balik semua tugasan projek tersebut ke rumah kerana semua gambar tersebut

ada di dalam Evernote. Jadi, guru tersebut boleh melihat tugasan projek seni yang dilakukan


                                            49
oleh pelajar hanya melalui gambar yang disimpan di dalam Evernote dan memberi markah

kepada mereka.


Selain daripada itu, Evernote juga membolehkan seseorang guru tersebut menyimpan video

yang hendak digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengambil

gambar video tersebut, tajuknya atau pautan video tersebut. Mereka hanya perlu membuat

beberapa catatan atau penerangan ringkas, kemudian menghubungkan laman web tersebut

ke dalam Evernote. Apabila mereka ingin menggunakan video tersebut, mereka hanya perlu

mengingati video tersebut dan gunakannya pada bila-bila masa sahaja.


 Penggunaan Evernote dalam Pengajaran


Aplikasi Evernote adalah satu alat teknologi yang amat membantu tugas seorang guru

dalam merancang dan menyusun tugasan yang ingin dilaksanakan. Ada beberapa cara

penggunaan Evernote yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran iaitu terbahagi

kepada tiga (Michael, 2011):




   1) Sebelum kelas


   2) Semasa kelas


   3) Selepas kelas


 Sebelum kelas


1) Rancang dan susun kelas anda menggunakan tags:




                                           50
Penggunaan tags merupakan salah satu cara terbaik untuk merancang dan mengatur

  pengajaran anda mengikut minggu atau kelas. Contohnya , jika anda tahu bahawa

  terdapat subjek tertentu yang perlu diajar pada minggu kedua sesi persekolahan, semua

  kandungan pelajaran yang berkaitan anda boleh gunakan tag "minggu 2". Setelah sistem

  ini diwujudkan, anda boleh terus menambah item tambahan sepanjang tahun.


2) Pangkalan Data Piawai:


  Susunkan piawaian pencapaian bagi gred atau subjek tertentu. Anda juga boleh

  berkongsi dengan guru, ibu bapa, pentadbir dan pelajar-pelajar yang menggunakan ciri-

  ciri perkongsian Evernote.


3) Pembangunan kerjaya:


  Jika anda menfaatkan cuti semester untuk mempertingkatkan kemahiran atau

  meneruskan pengajian anda, simpanlah semua nota, sumber-sumber, pelajaran dan

  idea-idea baru yang dipelajari ndalam Evernote. Ianya juga amat sesuai baik untuk guru

  dalam perkhidmatan, persidangan, bengkel dan seminar yang dihadiri.


4) Template kelas:


  Template adalah cara yang terbaik untuk menjimatkan masa apabila member markah

  dan menilai pelajar anda. Jika anda menggunakan template seperti helaian gred atau

  borang penilaian pelajar, simpanlah di dalam Evernote agar ianya berada di hujung jari

  anda sepanjang tahun.




                                          51
5) Bersedia untuk ketiadaan anda:


  Gunakan Evernote sebagai satu cara untuk memastikan kelas anda tetap diteruskan

  walaupun anda tidak hadir. Evernote memudahkan anda untuk berkongsi buku nota

  dengan guru ganti. Kongsikan rancangan pelajaran, lembaran kerja, kunci jawapan dan

  contoh kerja yang telah siap. Ini untuk memastikan kelas anda tetap dijalankan walaupun

  anda tidak berada di sana.


 Semasa Kelas


1) Kongsi buku nota dengan kelas anda:


  Selepas membina satu buku nota awam (public notebook), kongsikan pautan URL

  dengan kelas anda. Dengan cara ini, apa sahaja catatan yang ditambahkan boleh dilihat

  oleh pelajar-pelajar anda (atau ibu bapa mereka).


2) Gambar papan putih:


  Mengambil gambar papan putih merupakan satu kegunaan Evernote yang digemari.

  Ambil gambar papan putih sebelum kelas bermula dan sekali lagi apabila kelas tamat. Ini

  akan memberi anda rakaman gambar dengan cetakan waktu yang tepat mengenai

  perkara yang anda lakukan pada bila-bila masa. Anda boleh memberikan tajuk atau tag

  pada setiap gambar berdasarkan nombor turutan kuliah bagi memudahkan pencarian

  gambar-gambar tertentu. Anda juga boleh berkongsi gambar tersebut dengan pelajar

  yang tidak dapat menghadiri sesuatu kelas agar mereka tetap menerima nota pelajaran

  tersebut.


                                           52
3) Simpan nota di tempat yang mudah dicapai:


  Simpan semua nota lembaran kerja, templat, panduan belajar dan tugasan yang sering

  digunakan di dalam Evernote supaya mudah dicari dan dicapai.


 Selepas Kelas


1) Memudahkan pemarkahan:


  Imbas ujian yang telah diberikan markah dan tambahkannya ke dalam Evernote. Anda

  boleh memasukkannya ke dalam buku markah atau lembaran hamparan (spreadsheet)

  apabila anda mempunyai masa terluang. Ini juga sesuai jika anda mempunyai guru

  pembantu. Anda boleh berkongsi buku nota dengan mereka dan meminta mereka

  membantu dalam proses pemarkahan.


2) Mengatur aktiviti ko-kurikulum anda:


  Sekiranya anda menyertai mana-mana jawatankuasa atau melatih sesuatu pasukan,

  anda boleh menggunakan Evernote menyusun semua nota kajian, dan maklumat yang

  berkaitan dengan aktiviti ko-kurikulum tersebut. Perkongsian maklumat tersebut di dalam

  Evernote adalah cara yang mudah bagi memastikan jawatankuasa anda memperolehi

  maklumat dan memikirkan perkara yang sama serta berkongsi pengetahuan tentang

  sesuatu projek.




                                          53
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN




Mata Pelajaran      : Sejarah

Tingkatan           : 4D

Tarikh              : 1 Oktober 2012

Masa                : 8.00-9.00 pagi

Bilangan Murid      : 30 orang



                                   54
Topik                             : Bab 3 (Tamadun Awal Asia Tenggara)

Sub Topik                         : 3.1 Bentuk dan Ciri-ciri Kerajaan Awal

                                            3.1.1 Kerajaan Agraria

                                            3.1.2 Kerajaan Maritim

Pengetahuan Sedia Ada            : Pelajar telah mempelajari tentang Tamadun Awal Asia

                              Tenggara dari bab-bab yang lepas.

Objektif Pembelajaran                       : Pelajar dapat:

                                      i) Menyatakan 2 kerajaan awal Asia Tenggara sepanjang sesi

                                       pengajaran dan pembelajaran.

                                  ii) Menyenaraikan 2 ciri-ciri Kerajaan Agraria dan maritim

                                       selepas mendengar penerangan guru.

                                  iii) Membandingkan 3 ciri kerajaan agraria dan maritim selepas

                                       guru menunjukkan gambar.

Bahan Bantu Mengajar              : i) Gambar pelabuhan dan sawah padi, Beras, Ikan, Kad

                                        Manila, Papan Putih, Marker pen

Nilai Murni/Nilai Patriotik       : Berbangga dengan aset Negara :

                                        •   Memanfaatkan kurniaan Tuhan

Refleksi                          :




                                                    55
56
LANGKAH/          KANDUNGAN                            AKTIVITI P&P                    CATATAN
    MASA          PENGAJARAN                AKTIVITI GURU              AKTIVITI
                                                                        MURID


Set Induksi                                -Menunjukkan gambar      -Pelajar melihat   BBM:
(5 Minit)                                  beras dan ikan           gambar yang        Slide
                                           kepada pelajar pada      ditayangkan        (tayangan slide
                                           tayangan slide.          oleh guru.         pada Ipad
                                                                                       dengan
                                           - Meminta semua          - Pelajar          menggunakan
                                           pelajar untuk            menyatakan         aplikasi
                                           mengkategorikan          kategori hasil     ‘Keynote’)
                                           gambar tersebut          tersebut.
                                           sama ada ianya hasil
              Tajuk :
                                           pertanian atau hasil
              Bab 3 : Tamadun Awal
                                           perikanan.
              Asia Tenggara

                                           - Bertanya tentang       - Menjawab
              Subtopik :
                                           apakah tajuk yang        pertanyaan guru
              3.1 Bentuk-bentuk
                                           akan dipelajari.         tentang tajuk
              Kerajaan Awal
                                                                    yang akan
                3.1.1 Ciri-ciri Kerajaan
                                                                    dipelajari.
                        Agraria
                3.1.2 Ciri-ciri Kerajaan
                        Maritim


              Objektif Pengajaran :


              Pelajar dapat:
              1) Menyatakan dua
              Kerajaan Awal Asia
              Tenggara selepas
              perbincangan antara
                                           - Memberitahu hasil      - Mendengar
              pelajar dan guru
                                           pembelajaran yang        dengan teliti.
              berpandukan buku teks.
                                           harus dicapai oleh
              2) Menyenaraikan dua
                                           pelajar pada hari ini.
              daripada tiga ciri-ciri
              Kerajaan Agraria dan
              Kerajaan Maritim
              selepas mendengar
              penerangan guru.
              3) Membandingkan tiga        57
              ciri Kerjaan Agraria dan
              Kerajaan Maritim
PENUTUP


Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pendidikan di Negara kita masih lagi

di tahap permulaan. Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi

desakan ke atas penggunaan teknologi sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Penggunaan teknologi dalam pendidikan diharapkan dapat mempertingkatkan lagi

kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru sejajar dengan abad ke-21

dapat dilaksanakan dengan jayanya.        Disebabkan perubahan ini, warga pendidik

mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan

pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan

komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat

dan komuniksi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru

memerlukan latihan yang lebih bagi membantu negara merealisasikan penggunaan

teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar dan

keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan juga pelajar.

Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memberikan komitmen penuh dalam

merealisasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

mencapai hasrat Negara yang menginginkan sumber manusia yang berkualiti dan

berkebolehan pada masa akan datang.


RUJUKAN


Ahmad Fuad Othman. (2003). Pendidik dan pendidikan di era digital: Pendekatan dan

      cabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Bil.17. Jun 2003.

      Bil.1


                                          58
st                                    st
Assessment & Teaching of 21 Century Skills. (2012). What Are 21 Century Skills?. Diambil

       pada 16 November 2012 daripada http://atc21s.org/index.php/about/what-are-21st-

       century-skills/




Bahagian Teknologi Pendidikan. (2012). Pengurusan Sumber Pendidikan. Diambil pada 16

       November          2012      daripada     http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/

       index.php/faqs/211-teknologi-pendidikan.html




Cedric Pariente. (2009). Web 3.0 and 4.0. Diambil pada 20 November 2012 daripada

       http://www.finextra.com/community/fullblog.aspx?blogid=3003




Hallinger, P. (1998). Educational Change in the Southeast Asia. The Challenge of Creating

       Learning System. Journal of Educational Administration, Vol. 6 (5), Pg 492-509.




Karti Suharto. (1990). Teknologi Pembelajaran. Usaha Nasional: Surabaya.




Lisa Thumann. (2008). Engaging the 21st Century Student. Diambil pada 20 November

       2012, daripada http://www.thumannresources.com/2008/09/20/ engaging-the-21st-

       century_student/




Michael Cruz. (2011). 10 Tips for Teachers Using Evernote-Education Series. Diambil pada

       23   November       2012,     daripada   http://blog.evernote.com/2011/01/13/10-tips-for-

       teachers-using-evernote-education-series/



                                                 59
Mohamed Amin Embi. (2011). Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

      Selangor: Pusat Perkembangan Akademik, Ukm.




Taufik Hakim Ahmad. (2012). M2-E2_Senarai Kemahiran Abad Ke-21. Diambil pada 16

      November    2012   daripada   http://www.scribd.com/doc/64886698/M2-E2-Senarai-

      Kemahiran-Abad-Ke-21


Wan Zahwan .(1998). Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Di Abad Ke 21: Satu

      Perbincangan.      Diambil     pada         20   November    2012,    daripada

      http://myais.fsktm.um.edu.my/5147/1/1.pdf




                                            60

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
cik noorlyda
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
tanaipoh
 
Rancangan pengajaran harian kokurikulum finalll
Rancangan pengajaran harian kokurikulum finalllRancangan pengajaran harian kokurikulum finalll
Rancangan pengajaran harian kokurikulum finalll
Hirranyaa Nallappan
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
Nahzatul Akma
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi
AiraHumaira
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
Alice Lee
 

Was ist angesagt? (20)

Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
 
Faktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulumFaktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulum
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1 rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Rancangan pengajaran harian kokurikulum finalll
Rancangan pengajaran harian kokurikulum finalllRancangan pengajaran harian kokurikulum finalll
Rancangan pengajaran harian kokurikulum finalll
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaran
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi
 
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan UjianPenggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan Ujian
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 

Ähnlich wie Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)

Pembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputerPembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputer
FKIP UHO
 
Hbae1203 perkembangan seni kanak2
Hbae1203 perkembangan seni kanak2Hbae1203 perkembangan seni kanak2
Hbae1203 perkembangan seni kanak2
winartisunarto
 
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Ade Permana
 
Prinsip teknoogi pengajaran
Prinsip teknoogi pengajaranPrinsip teknoogi pengajaran
Prinsip teknoogi pengajaran
muhammad
 
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
Hartoyo Mp
 
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Arachnis Flosaeris
 
Materi m1 kb3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Materi m1 kb3     rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21 Materi m1 kb3     rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Materi m1 kb3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
tengkurafi1
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
khamdiyah
 
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajarankel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
Yenima27
 

Ähnlich wie Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan) (20)

Pembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputerPembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputer
 
Hbae1203 perkembangan seni kanak2
Hbae1203 perkembangan seni kanak2Hbae1203 perkembangan seni kanak2
Hbae1203 perkembangan seni kanak2
 
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran KontekstualPembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Kontekstual
 
Ujian semester strategi
Ujian semester strategiUjian semester strategi
Ujian semester strategi
 
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
 
Utama 1
Utama 1Utama 1
Utama 1
 
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
 
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
 
Prinsip teknoogi pengajaran
Prinsip teknoogi pengajaranPrinsip teknoogi pengajaran
Prinsip teknoogi pengajaran
 
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
 
Anika Nur Azizah_2120001_Tekpend D.docx
Anika Nur Azizah_2120001_Tekpend D.docxAnika Nur Azizah_2120001_Tekpend D.docx
Anika Nur Azizah_2120001_Tekpend D.docx
 
Kb 4 modul 1
Kb 4 modul 1Kb 4 modul 1
Kb 4 modul 1
 
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
 
Materi m1 kb3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Materi m1 kb3     rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21 Materi m1 kb3     rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Materi m1 kb3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
 
Merancang dan Menilai Pembelajaran Abad 21
Merancang dan Menilai Pembelajaran Abad 21Merancang dan Menilai Pembelajaran Abad 21
Merancang dan Menilai Pembelajaran Abad 21
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
 
Ptk plpg 2014
Ptk plpg 2014Ptk plpg 2014
Ptk plpg 2014
 
Pengaruh tp terhadap pola mengajar
Pengaruh tp terhadap pola mengajarPengaruh tp terhadap pola mengajar
Pengaruh tp terhadap pola mengajar
 
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajarankel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
 
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...
 

Kürzlich hochgeladen

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
saptari3
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 

Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)

  • 1. PENDAHULUAN Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan pada masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempraktikkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada pelajar. Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program pendidikan guru di zaman kini. Sebagai contoh, pengintegrasian kemahiran abad ke-21 boleh diterapkan dikalangan guru dan pelajar dengan menggunakan Ipad di dalam bilik darjah. Kejayaan dalam melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap dalam teknologi pendidikan serta penguasaan dalam kemahiran abad ke-21 akan memberikan faedah ke atas pelajar yang bakal dilahirkan dengan memenuhi kehendak industri serta sejajar dengan kepesatan teknologi kini supaya menjadi pemacu kepada sektor ekonomi negara. Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi dalam pendidikan boleh dedifinisikan sebagai satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak (Ahmad Fuad Othman, 2003). Teknologi pendidikan juga merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah 1
  • 2. (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012). Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (2012) lagi, teknologi pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini seperti komputer dan teknologi yang berkaitan. Teknologi pendidikan juga boleh didefinisikan sebagai satu bidang dan amalan etika yang dipraktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (Karti Suharto, 1990). Terdapat banyak kepentingan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kepentingan tersebut adalah seperti berikut (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012): a. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. b. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. c. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar dan secara tidak langsung menghiburkan pelajar. d. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. e. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas tentang sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. 2
  • 3. f. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Sebagai contoh, penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. g. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. h. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. i. Memperkayakan pengalaman pelajar. Sebagai contoh, media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian ini tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seolah-olah mengalaminya. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah amat berguna kerana terdapat banyak kepentingan yang dapat guru perolehi daripadanya bagi menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penulisan seterusnya akan membincangkan tentang pendidikan abad ke-21, pembelajaran abad ke-21, pelajar abad ke-21, kemahiran abad ke-21, guru abad ke-21, web 1.0, 2.0, 3.0, dan 4.0, dan penggunaan Ipad dalam pengajaran dan pembelajaran. TEORI PEMBELAJARAN 3
  • 4. 1) Teori Tingkah Laku Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan ransangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerak balas yang berlaku juga positif. Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerak balas serta peneguhan. Prinsip-prinsip teori tingkah laku yang diterapkan meliputi: a. Proses belajar berlaku dengan baik bila pelajar terlibat dengan aktif dengan pembelajaran. b. Bahan pengajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu. c. Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. d. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi. 4
  • 5. 2) Teori Konstruktivisme Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21. Menurut teori ini lagi, pelajar perlu aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah yang mana persekitaran pembelajaran boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dalam mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja mereka bentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut: a. Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. b. Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. c. Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. d. Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah. e. Pembelajaran berpusatkan pelajar. f. Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’. g. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. 5
  • 6. h. Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. i. Pelajar menghubung kait idea asal dengan idea yang baru dibina. j. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai. k. Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori. l. Guru mengemukakan soalan yang boleh mendorong pelajar mencari jawapan. m. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. n. Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru. o. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar. p. Pelajar bekerja dalam kumpulan. 3) Teori Kognitif Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif di mana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Teori ini lebih menekankan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat, reka bentuk pengajaran dan pembelajaran hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperoleh. Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran. Sebagai contoh pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer terancang berasaskan komputer memerlukan 6
  • 7. pengamatan dan penanggapan, ingatan, kefahaman pembelajaran secara aktif, motivasi, pemindahan pembelajaran, dan perbezaan individu. 4) Teori Sosial Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. 5) Teori Humanisme Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum. KEMAHIRAN ABAD KE—21 7
  • 8. st Menurut Assessment & Teaching of 21 Century Skills (2012), University of Melboure, yang mana ahlinya terdiri lebih daripada 250 penyelidik di seluruh 60 institusi di seluruh dunia telah mengkategorikan kemahiran abad ke-21 di peringkat antarabangsa kepada empat kategori iaitu: 1. Cara Pemikiran • Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan pembelajaran. 2. Cara bekerja • Komunikasi dan kerjasama. 3. Alat-alat untuk bekerja • Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat. 4. Kemahiran untuk hidup di dunia • Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan sosial. Dalam konteks Negara kita pula, abad ke-21 ini memperlihatkan bahawa pendidikan melalui teknologi komputer menjadi sebahagian atau sepenuhnya bersepadu dalam pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor pengalaman pelajar. Justeru itu, guru haruslah mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas dalam abad ke-21 ini. Beberapa kemahiran abad ke-21 8
  • 9. yang perlu dipraktikkan oleh guru dan juga kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan pelajar adalah seperti berikut (Taufik Hakim Ahmad, 2012): 1. Kemahiran Belajar dan Inovasi a. Kreativiti dan Inovasi • Menunjukkan keaslian dan daya cipta dalam kerja. • Membangun, melaksana dan berkomunikasi tentang idea-idea baru kepada orang lain. • Bersikap terbuka dan responsif kepada perspektif baru dan pelbagai. • Bertindak dengan idea-idea kreatif untuk membuat sumbangan yang ketara di mana berlakunya inovasi. b. Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah • Membuat pilihan dan keputusan yang kompleks. • Mengenal pasti dan bertanya soalan-soalan penting yang menjelaskan pelbagai pandangan dan membawa kepada penyelesaian yang lebik baik. • Mengungkapkan, menganalisis dan mensintesis maklumat dalam usaha untuk menyelesaikan masalah dan menjawab soalan. c. Komunikasi dan Kerjasama 9
  • 10. Menjelaskan pemikiran dan idea dengan jelas dan berkesan melalui percakapan dan penulisan. • Menunjukkan keupayaan untuk bekerja dengan berkesan bersama dengan pasukan yang pelbagai. • Mempraktikkan fleksibiliti dan kesediaan untuk membantu dalam membuat krompromi yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang sama. • Mengandaikan tanggungjawab bersama bagi kerja kumpulan. 2. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi a. Literasi Maklumat • Mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan, menilai maklumat secara kritis dan cekap dan menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif untuk isu atau masalah yang dihadapi. • Memiliki kefahaman asas tentang isu etika / undang-undang dalam mengakses dan penggunaan maklumat. b. Literasi Media • Memahami bagaimana media mesej dibina, untuk tujuan apa dan menggunakan alat mana, dan ciri-cirinya. 10
  • 11. Meneliti bagaimana individu mentafsir mesej secara berbeza, bagaimana nilai-nilai dan pandangan dimasukkan atau dikecualikan dan bagaimana media boleh mempengaruhi kepercayaan dan tingkah laku. • Memiliki kefahaman asas tentang isu etika / undang-undang dalam mengakses dan penggunaan maklumat. c. Literasi ICT (Maklumat, Komunikasi dan Teknologi) • Menggunakan teknologi digital, alat komunikasi dan/atau rangkaian sewajarnya untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi, menilai dan mencipta maklumat. • Menggunakan teknologi sebagai alat untuk penyelidikan, menyusun, menilai dan menyampaikan maklumat, dan memiliki kefahaman asas mengenai isu- isu etika/undang-undang dalam mengakses dan menggunakan maklumat. 3. Kemahiran Hidup dan Kerjaya a. Fleksibiliti dan Penyesuaian • Menyesuaikan diri dengan peranan dan tanggungjawab yang pelbagai. • Bekerja dengan berkesan dalam suasana keutamaan yang sering berubah. b. Kemahiran Arah Kendiri dan Inisiatif • Memantau pemahaman sendiri dan keperluan pembelajaran. 11
  • 12. Menguasai kemahiran asas dan/atau kurikulum bagi meneroka dan mengembagkan pembelajaran sendiri dan peluang untuk mendapatkan kepakaran. • Menunjukkan inisiatif untuk menaikkan tahap kemahiran ke tahap profesional. • Menentukan, mengutamakan dan menyiapkan tugasan tanpa pengawasan secara langsung. • Menggunakan masa dengan cekap dan dapat menguruskan beban kerja. • Menunjukkan komitmen untuk belajar sebagai satu poses sepanjang hayat. c. Kemahiran Sosial dan Kesilangan Budaya • Bekerjasama secara produktif dengan orang lain. • Memanfaatkan kecerdasan kolektif kumpulan apabila sesuai. • Merapatkan jurang perbezaan budaya dan menggunakan perspektif yang berbeza untuk meningkatkan inovasi dan kualiti kerja. d. Produktiviti dan Akauntabiliti • Menetapkan dan memenuhi standard dan maklumat yang tinggi untuk menyampaikan kerja yang berkualiti tepat pada masanya. • Menunjukkan ketekunan dan etika kerja yang positif (contohnya: menepati masa dan boleh dipercayai). 12
  • 13. e. Kepimpinan dan Tanggungjawab • Menggunakan kemahiran interpersonal dan penyelesaian masalah untuk mempengaruhi dan membimbing orang lain ke arah matlamat. • Memanfaatkan kekuatan orang lain untuk mencapai matlamat yang sama. • Menunjukkan integriti dan tingkah laku beretika. • Bertindak secara bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat sekeliling. PENDIDIKAN ABAD KE-21 John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar. Pendidikan juga bukan setakat mengisi ilmu ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada abad ke-21 ini, pendidikan seharusnya mengupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu untuk melakukan sesuatu perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks persekitaran yang sentiasa berubah. 13
  • 14. Mengikut Laporan UNESCO (Report of the International Commission on Education for The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tunggak iaitu:- 1. Learning to know (belajar untuk tahu) Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. 2. Learning to do (belajar untuk buat) Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja. 3. Learning to live together (belajar untuk hidup bersama) Tidak kira betapa pun perbezaan kita dari segi bangsa, agama, status sosial, ekonomi, politik atau aspek-aspek yang lain, kita tetap hidup di atas planet yang sama. Lambat laun, suka atau tidak suka, secara langsung atau tidak langsung, masalah orang lain 14
  • 15. akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan untuk melatih ‘Belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari isu semasa yang berlaku di sekitar kita. 4. Learning to be (belajar untuk menjadi) Ini menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insan yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu, mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti di negara-negara maju, negara- negara membangun di Asia Tenggara semakin mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pendidikan dalam meningkatkan sumber manusia (modal insan). Kemajuan dan penularan penggunaan ICT dalam masyarakat membawa maksud bahawa sistem pendidikan di rantau ini semakin memanfaatkan ICT dalam mengendalikan banyak cabaran yang timbul yang dihadapi oleh sistem pendidikan di Asia Tenggara. Sebagai contoh, baru-baru ini, para pelajar di Singapura menggunakan iPad ketika mengikuti Kelas Seni Bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang. Transformasi ini 15
  • 16. menyebabkan kehidupan lebih ribuan pelajar di Asia menjadi lebih mudah kerana tidak perlu membawa muatan yang berat ke sekolah. Pada masa akan datang, pelajar hanya membaca melalui komputer tablet. Hasil revolusi digital yang dibawakan ke dalam pendidikan juga membolehkan ribuan pelajar mendapat pembelajaran daripada pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru terbaik dunia melalui internet. Hal ini turut sama dikongsi oleh Korea Selatan yang merencanakan digitalisasi buku-buku teks untuk dasar pada tahun 2015 nanti. Buku yang tebal dan membebankan pelajar akan ditukarkan ke dalam versi digital dengan perantaraan Smartphone dan Tablet PC. Semua pelajar sekolah dari segenap usia dapat menggunakan isi dari buku teks yang ada dengan perantaraan beberapa gadget tersebut. Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global. Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti: 1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. 2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum 16
  • 17. dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran. 3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemudahcara. 4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara atas talian dengan guru dan rakan. Di samping itu, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. GURU ABAD KE-21 Dalam dunia pendidikan abad 21, guru merupakan pasukan atau peneraju yang amat penting dalam mendidik pelajar. Ini adalah kerana seorang guru bukan hanya setakat mengajar di dalam bilik darjah malahan hingga di luar sekolah. Peranan guru sentiasa 17
  • 18. diperlukan walaupun pada era ini perkembangan teknologi maklumat nyata sedikit sebanyak telah meringankan beban seorang guru. Tugas guru sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan konteks semasa yang berlaku. Ledakan perkembangan kecanggihan teknologi dan persaingan dalam dunia global menuntut agar peranan dan tanggungjawab seorang pendidik itu untuk membuat transformasi bukan sahaja dari aspek teknik pengajaran malah merentasi penggunaan peralatan teknologi dan dalam masa yang sama masih berpegang kepada nilai-nilai tempatan dan sentiasa berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam menuju abad ke-21 ini, seorang guru perlu memiliki ciri-ciri seperti berikut: Ciri- ciri guru yang perlu ada pada abad ke-21 iaitu: • Kaya dengan maklumat termasuk Sains dan Teknologi • Kekuatan minda (kreatif dan proaktif ) • Nilai-nilai luhur dan harmoni • Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan • Berketerampilan Untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai tahap keupayaan berfikir yang kritikal, maka para guru pada abad ke-21 ini perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pedagodi demi untuk memartabatkan profesion keguruan seperti: • Menguasai subjek (kandungan kurikulum) • Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran) • Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka • Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) 18
  • 19. Memiliki kemahiran kaunseling • Menggunakan teknologi terkini • Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir • Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain • Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik Dalam menempuh abad ke-21 ini, guru tidak seharusnya terlalu terikat dengan penguasaan teknologi mahupun ilmu pedagogi itu sahaja tetapi seorang guru itu perlu mempunyai sikap sentiasa membina budaya ilmu. Membina budaya ilmu ini penting kerana budaya inilah yang menjadi teras kecemerlangan masyarakat Malaysia pada masa akan datang seperti berikut: 1. Sentiasa membina budaya ilmu . a. Teknologi dan komputer Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng tenaga untuk merebut peluang dalam melengkapkan diri serta berketerampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang. b. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif Pelajar-pelajar pada zaman abad ke-21 mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Untuk itu dalam 19
  • 20. melahirkan pelajar yang mempunyai kualiti seperti ini maka sepatutnya seorang guru abad ke-21 terlebih dahulu memiliki kualiti ini sebelum menerapkan kemahiran ini kepada pelajar. c. Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas Para pendidik abad ke- 21 seharusnya mempunyai kemahiran dan berketerampilan mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu: • Belajar untuk menguasai ilmu • Belajar untuk menguasai kemahiran • Belajar untuk menjadi insan berguna • Belajar untuk harmoni dan bekerjasama d. Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Seperti yang diketahui salah satu wadah untuk memupuk nilai-nilai di kalangan pelajar adalah melalui pendidikan di sekolah. Untuk itu, tanggungjawab guru bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar malah jauh lebih daripada itu. Ini 20
  • 21. termasuklah dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar agar asipirasi pendidikan negara tercapai. e. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar pembangunan negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan. 2. Membentuk Masyarakat Madani. Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri "hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan 21
  • 22. ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang. 3. Bersedia menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan . Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat. Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan, sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan, dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses pendidikan ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah orang yang bertanggungjawab secara terus dalam proses pendidikan bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi dalaman mahupun dimensi luaran. Justeru itu guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futuristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni. Cabaran globalisasi dalam abad ke- 21,salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). 22
  • 23. Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Ekoran daripada itu, keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus kepada pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan itu, guru yang berdedikasi, bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk merealisasikan cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara ke arah wawasan pendidikan menjelang tahun 2020. Di samping itu, untuk Malaysia mencapai taraf negara maju pada abad ke-21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang matematik serta sains dan teknologi. Murid perlulah diberi peluang dan kesedaran untuk mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang berasaskan sains dan teknologi. PELAJAR ABAD KE-21 Dunia pada abad ke-21 telah berada dalam gelombang teknologi maklumat. Dapat kita lihat pelajar-pelajar pada hari ini bergelumang dengan pelbagai cabaran, peluang dan cubaan yang tidak pernah ada sebelum ini. Maklumat-maklumat yang ingin diperoleh kini hanyalah di hujung jari atau di desktop. Contohnya muzik digital, video digital, digital teks, imej digital, statistik, perniagaan dan sebagainya. Ekoran daripada itu, pelajar generasi ke-21 seharusnya menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Di sekolah, kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Para pelajar mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber yang ada pada hari ini. 23
  • 24. Di dalam kelas hari ini, pelajar adalah dari pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan gaya pembelajaran yang berbeza yang mana akan menjejaskan keupayaan mereka dalam memperoleh pengetahuan. Adalah menjadi peranan guru untuk beralih kaedah pengajaran daripada tradisional kepada pendekatan yang baru dan berinovasi. Ini kerana pelajar terbukti lebih selesa dengan konsep pengajaran guru yang berpusatkan pelajar di mana mereka dapat membina pemahaman sendiri melalui aplikasi kehidupan sebenar di sekeliling mereka dan juga interaksi dengan rakan-rakan. Sebagai pelajar yang mempunyai akses kepada pelbagai teknologi, mereka terdedah kepada banyak maklumat. Ini mendedahkan kita melalui artikel “A New Paradigm for Learning” bahawa pelajar abad ke-21 ini lebih suka mengajar diri mereka sendiri namun tetap dengan bimbingan guru. Hakikatnya, pelajar sudah mula melakukan ini di luar sekolah lagi. Dipetik daripada kata-kata Albert Einstein, “I never try to teach my student anything. I only try to create an atmosphere in which they can learn”. Inilah yang terjadi kepada para pelajar hari ini di mana mereka lebih menggemari pengajaran berpusatkan pelajar dan dari situ mereka akan memanfaatkan hasil teknologi dan inovasi dalam membantu mereka belajar. Berbanding masa dahulu atau dalam pendidikan tradisional, pelajar kini lebih mementingkan pencapaian dalam pembelajaran mereka. Maksudnya, dalam masa atau waktu p&p yang terhad di sekolah, mereka lebih mahu mencapai objektif pembelajaran berbanding menghabiskan waktu semata-mata. Apa sahaja tajuk yang di ajar oleh guru pada satu-satu masa, mereka akan berusaha memahaminya pada masa itu juga. Di samping itu, pelajar 24
  • 25. tidak lagi mahu bergantung pada guru semata-mata dalam mendalami sesuatu perkara atau mata pelajaran. Mereka lebih suka melayari atau menerokai kepelbagaian sumber yang telah disediakan pada abad ini. Sepertimana negara-negara lain, kurikulum di Malaysia telah memberi penekanan dalam beberapa perkara dalam menyediakan pelajar yang seterusnya modal insan negara supaya mempunyai ciri-ciri dalam diri mereka seperti berikut: a. Pembelajaran Koperatif Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. b. Berfikir Secara Kritis dan Reflektif Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru. c. Pengembangan kreativiti Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan. 25
  • 26. d. Berkemahiran Generik Kemahiran-kemahiran generik dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketerampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. e. ‘Multilingualism ’ Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa. f. Pelbagai Kecerdasan Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbagai-bagai. Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, spatial, pergerakan kinestetik, interpersonal dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang. g. Kemahiran Belajar untuk Belajar Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 26
  • 27. Kesimpulannya, pelajar pada abad ke 21 harus sedar bahawa usaha untuk memperadabkan manusia bukan bergantung pada peralatan berteknologi tinggi semata- mata. Kefahaman yang jelas tentang pengajaran dan pembelajaran mengatasi segala- galanya. Melalui kefahaman ini barulah mungkin satu gagasan tindakan dapat disusun sesuai dengan matlamat pendidikan negara. Maka, usaha memupuk kefahaman yang benar tentang pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam kita menghadapi cabaran pendidikan pada alaf baru. WEB Web 1.0 Web 1.0 adalah peringat awal evolusi web (world wide web) yang menggunakan pendekatan secara antara muka ( interfaces). Pengguna hanya boleh melihat kandungan laman web. Menurut Cormode, G. dan Krishnamurthy kandungan dalam web 1.0 ada agak kurang berbanding dengan jumlah pengguna yang ramai. Secara teknikal, web 1.0 merupakan laman web yang lebih tertutup dan tidak melibatkan penambahbaikan dalaman. Oleh sebab itu, informasi web 1.0 ini tidak dinamik kerana hanya pemilik web itu sahaja yang boleh melakukan kemas kini serta penambahbaikan. Web 1.0 adalah bersifat ‘read- only’. Maksudnya pengguna hanya melakukan pencarian maklumat. Kekurangan atau keterbatasan web 1.0 ini adalah pengguna (pengunjung web) harus melayari website tersebut dan perlu melihat satu persatu kandungan yang ada. Ciri- Ciri Web 1.0 • Bersifat statik dan tidak dinamik • Penggunaan frameset 27
  • 28. Menggunakan HTML • Menggunakan Online Guestbook • Butang GIF bersaiz 88x31 pixel dalam ukuran web untuk mempromosikan produk Web 2.0 Web 2.0 adalah hasil cetusan idea O’Reilly dan MediaLive International. Ia juga dikenali sebagai web semantik. Kelebihan web 2.0 adalah ia membolehkan pengguna internet untuk terlibat bersama-sama untuk membangun web. Satu kriteria utama web ini ialah pengunjung atau pengguna boleh membuat membuat penyelenggaraan dan penambahbaikan web ini. Inovasi dalam dunia web semakin hari semakin berkembang pesat dan hasilnya muncul web 2.0 yang telah berkembang pada sejak tahun 2004 dan telah digunakan secara meluas pada masa sekarang ini. Web ini merupakan teknologi yang menyatukan teknologi yang sedia ada iaitu dari web 1.0. Penyatuan dan penggabungan ini adalah terdiri dari HTML, CSS, JavaScript, XML dan AJAX. Perkembangan web 2.0 lebih menekankan kepada perubahan corak berfikir dalam menyampaikan kandungan dan persembahan dalam sebuah laman web. Web ini lebih menjurus kepada ‘read and write’. Hasil daripada inovasi dan penambahbaikan telah menjadikan web 2.0 ini lebih baik daripada web sebelumnya. Web 2.0 mempunyai inovasi dan ciri khas yang terbaru iaitu pengguna (pengunjung web) boleh melihat suatu kandungan laman web tanpa harus mengunjungi kesemua halaman untuk melihat satu persatu kandungan yang ada. Perkembangan web 2.0 merupakan sebuah aplikasi yang menggunakan aplikasi dalaman seperti Windows. Contoh web 2.0 adalah facebook, Twitter, Flickr, Dropbox, Evernote, iTunes, Skype dan sebagainya. Ciri- Ciri Web 2.0 28
  • 29. Uquibitious teknologi: Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi komputer desktop. Ia boleh digunakan terus melalui web browser dan tidak memerlukan muat turun pada komputer. Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, dan yang sebagainya. • User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel seperti yang boleh didapati dalam blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Dalam web 2.0, penggunjung boleh menjadi pelanggan (subscriber) dan penyumbang (contributor). • Membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain. Platform yang digunakan termasuklah MyBlogLog, untuk blogs, atau menjemput rakan (add-a-friend) seperti pada Friendster atau MySpace. • Penggunaan RSS feed: Boleh memberi maklumat secara cepat kepada pengunjung apabila laman dikemas kini. Pengunjung tidak perlu menaip URL dan memeriksa website setiap hari sekiranya penulis telah menulis artikel baru. • Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau hanya sebahagian OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya. • Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan gambar. 29
  • 30. Web 3.0 Web ini boleh dikatakan sebagai sebuah web yang bersifat intelektual (Artificial intelligence). Aplikasi dalam talian menerusi laman web saling berinteraksi antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, web 3.0 seolah-olah seperti pembantu peribadi. Web berupaya memahami keperluan manusia dan boleh memberi cadangan atau nasihat untuk menyediakan keperluan yang diinginkan. Dengan menggunakan teknologi animasi 3D, kita boleh membuat profil avatar yang sesuai dan kemudian melakukan aktiviti di dalam dunia maya seperti yang berlaku dalam dunia nyata. Sering disebut bahawa web 3.0 ialah semantic web. Istilah semantic web sendiri merupakan perkembangan web yang mana kandungannya bukan sahaja disampaikan dalam format bahasa manusia (natural language), tetapi juga dalam format yang dapat dibaca dan digunakan oleh mesin (software). Contohnya, ketika kita hendak mencari maklumat mengenai sebuah buku maka kita boleh mencari pada search engine hingga berjaya mendapatkan info tentang buku tersebut. Ciri- ciri web 3.0 • SOAP Simple Object Access Protocol merupakan kaedah untuk bertukar-tukar idea berdasarkan XML melalui jaringan komputer untuk ke program yang lain. • REST Representational state transfer adalah satu cara pembangun web untuk membahagikan hypermedia seperti WWW. 30
  • 31. WSDL Format XML yang diterbitkan untuk menerangkan perkhidmatan web. • WDDX Web Distributed Data Exchange merupakan satu mekanisme pertukaran data dari sumber yang berbeza. • Realisasi Semantic Web Semantic web merupakan bentuk baru web 3.0. yang menggunakan kaedah buatan, web 3.0 diharapkan akan merealisasikan konsep semantic web menjadi generasi selanjutnya dari WWW. • Web Sebagai Database Database menggabungkan informasi yang banyak dalam pelbagai laman web , yang kemudian di integrasikan antara satu dengan yang lain dengan cara RDF. Kesannya ,data semakin banyak dan juga pengguna dapat menerima info secara spesifik serta tepat daripada data pengguna dari web yang lain. Dapat disimpulkan untuk mewujudkan web 3.0, haruslah disokong oleh teknologi yang mengintegrasikan informasi. Ia juga memiliki kemampuan interaksi antara web dalam menyimpan data. Interaksi tidak hanya terjadi antara pengunjung web saja, tetapi juga diantara website itu sendiri. 31
  • 32. Web 4.0 Web 4.0 dianggap sebagai generasi terbaru di mana web ini menggabungkan format 3D dengan web 3.0 atau lebih dikenali sebagai pragmatic web untuk mewujudkan dunia maya seperti yang boleh didapati dalam bentuk aplikasi permainan. Satu faktor utama dalam web 4.0 ialah ia menggunakan hak digital yang mana akan menghalang penyalinan kandungan dalam web tersebut. Ia juga mempunyai nilai yang tinggi bagi semua maklumat seperti hak cipta pada filem, imej dan banyak lagi. Ini bermaksud kesemua kandungan dan informasi adalah dilindungi. Web 4.0 juga dikenali sebagai simbiotik web. Ia merupakan metadata yang mengurus manusia dan mesin untuk interaksi. Ini adalah untuk membina lebih banyak komunikasi antara muka seperti kawalan minda. Walau bagaimanapun web 4.0 masih lagi dalam proses pembinaan dan sehingga setakat ini belum ada lagi definisi yang tepat untuk menggambarkan apakah sebenarnya web 4.0 ini. PENGGUNAAN IPAD DALAM PENDIDIKAN Dalam abad ke 21, teknologi komunikasi semakin menunjukkan kemajuan sejajar dengan peredaran masa. Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan. Teknologi bermaksud produk 32
  • 33. atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Pelbagai alatan gadget yang terdapat dipasaran dan boleh digunakan dalam pendidikan seperti pc tablet, iPad dan telefon pintar. Banyak Negara yang telah memperkenalkan pendidikan berasaskan “Mobile Learning”. Dunia pendidikan yang berasaskan “Mobile Learning” amat membantu para pelajar dan guru untuk mengakses sesuatu maklumat tidak mengira di mana sahaja mereka berada. Ini kerana dengan adanya aplikasi tertentu yang telah dibina dalam setiap gadget atau peranti tersebut, pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah. Pengguna hanya perlu memuat turun perisian atau aplikasi tersebut dan dengan adanya jaringan internet, semua maklumat dapat dilayari. Bagi pengguna iPad, pelbagai aplikasi yang boleh digunakan seperti ibook, Keynote, Numbers, Pages, iMovie, Evernote, Dropbox dan juga perisian-perisian lain. Bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran seperti Sejarah dan Geografi, mereka boleh menggunakan Keynote untuk membuat tayangan slide kepada pelajar-pelajar mereka. Aplikasi seperti Numbers pula boleh digunakan untuk guru-guru membuat graf, pengiraan markah dan sebagainya. Selain daripada itu, dengan adanya teknologi tersebut dapat mengurangkan beban kepada pelajar untuk membawa buku teks. Anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. Pelajar boleh memuat turun iBook dan selepas itu, mereka boleh memuat turun buku-buku dalam itunes u dan disimpan di dalam iBook Sebagai contoh, iPad sudah mengambil alih peranan buku teks dan buku nota di beberapa buah sekolah di Asia. Penggunaan iBook ini telah diperkenalkan dibeberapa buah Negara seperti Singapura. Dipetik dari suratkhabar Kosmo yang bertarikh 17 Jun 2011 yang bertajuk Peranti teknologi di dalam bilik darjah, “Seramai 120 pelajar dan 16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan sampel dengan kos lebih 33
  • 34. RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar di sekolah tersebut memiliki komputer tablet setiap seorang”. Oleh itu, dengan kemunculan teknologi ini amat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Sejajar dengan itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar dengan memberikan pendedahan awal terhadap penggunaan teknolgi tersebut di dalam aktiviti pembelajaran. IPAD IPad adalah satu gadget yang berbentuk komputer tablet yang dikeluarkan oleh Syarikat Apple. Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada komputer riba biasa, tetapi jauh lebih besar daripada telefon pintar. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang juga berfungsi untuk penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah satu tablet yang tidak mempunyai papan kekunci tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk yang digunakan untuk mengawal peranti. Seperti telefon pintar iPhone yang juga dikeluarkan oleh Syarikat Apple, iPad menggunakan sistem operasi IOS Apple. Ini membolehkan iPad untuk menjalankan aplikasi pihak ketiga, yang boleh dimuat turun dari App Store Apple. Walaupun aplikasi yang direka untuk iPhone juga boleh digunakan pada iPad, tetapi telah banyak aplikasi IOS yang dibangunkan khusus untuk penggunaan iPad. Selain daripada itu, iPad juga mempunyai fungsi-fungsi yang sama seperti netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai sistem operasinya. Oleh kerana skrin iPad adalah lebih besar daripada skrin iPhone, banyak aplikasi daripada IOS Apple yang hanya dapat digunakan pada iPad antaranya ialah aplikasi produktiviti, grafik dan video editing. IPad telah dibina dengan mempunyai permukaan skrin sesentuh yang bersaiz 9.7 inci persegi dengan berat sekitar 600gm sahaja. iPad juga telah dibina 34
  • 35. dengan menggunakan sistem processor buatan Apple A41 GHz. Baterinya boleh menjangkau sehingga 10 jam untuk penggunaan aktif dan mampu bertahan selama sebulan jika hanya menggunakan fungsi standby. IPad juga dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan penggunanya memuat- turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. IPad juga disertai dengan aplikasi iBook yang membolehkan pengguna iPad membaca dan memuat-turun ebook dalam format PDF. Dengan permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai digunakan untuk pembaca ebook. IBooks adalah satu aplikasi yang dibina untuk pengguna iPad memuat turun buku dalam bentuk versi elektronik dari iBook store dan boleh dibaca pada iPad. Selain daripada itu, iPad yang mempunyai skrin warna penuh juga membolehkan pengguna iPad yang ingin memuat turun novel serta buku cerita kanak-kanak dan juga majalah dapat membaca seperti buku yang sebenar, bezanya buku dalam iBook berbentuk digital. Aplikasi iBook ini juga boleh dibaca satu halaman pada satu masa dalam mod potret atau dengan sebelah muka surat dalam mod landskap. Semua versi iPad dapat menggunakan jaringan internet Wi-Fi. Dengan adanya perisian tersebut ianya membolehkan pengguna untuk untuk melayari web, memeriksa e-mail, dan memuat turun aplikasi secara langsung kepada peranti. Beberapa versi iPad generasi baru terdapat model yang mempunyai sokongan 3G untuk memuat turun data melalui sambungan talian telekomunikasi dan ini memerlukan kontrak perkhidmatan selular yang dibayar secara bulanan. Keluaran generasi pertama iPad tidak mempunyai kamera, manakala iPad generasi kedua telah diubahsuai dengan mempunyai kamera pada kedua- duanya termasuk kamera depan dan kamera belakang. Dengan adanya kamera ini, 35
  • 36. pengguna iPad boleh menggunakannya untuk persidangan video dengan pengguna iPad yang lain, iPhone, atau pengguna Mac melalui aplikasi FaceTime. APLIKASI-APLIKASI IPAD DALAM PENDIDIKAN 1) iTunes U 36
  • 37. Apa Itu iTunes U? ITunes U adalah salah satu aplikasi yang membolehkan anda mengakses untuk melengkapkan kursus dari universiti terkemuka dan sekolah-sekolah. Dalam iTunes U telah dilengkapkan dengan katalog digital yang terbesar di dunia. Ianya mengandungi bahan pendidikan yang diberikan secara percuma untuk pengguna iPad, iPhone atau iPod touch. Contohnya, jika seseorang pelajar yang mempunyai bidang pengkhususan dalam bidang biologi di Eropah, mereka boleh mengikuti kuliah untuk subjek tersebut dari universit di Negara lain dengan hanya melalui pembelajaran online dengan menggunakan iTunes U. Aplikasi iTunes U adalah satu perisian yang sangat membantu pelajar dan gurur pada bila-bila masa dan di mana- mana sahaja.  Penggunaan iTunes U dalam Pengajaran Penggunaan iTunes U dalam pendidikan ini dapat membantu guru atau pensyarah menguruskan pengajaran mereka dengan menggunakan teknik pengajaran secara online. Satu sistem telah dibentuk untuk guru atau pensyarah mengurus, mengedar dan mengawal isi kandungan pembelajaran yang menggunakan video atau audio visual. Ini sesuai digunakan untuk pelajar kolej atau universiti. Institusi pendidikan tersebut boleh memiliki tapak iTunes U mereka sendiri dan cara ini memudahkan pelajar mereka untuk mencari atau memuat turun bahan-bahan pembelajaran seperti 37
  • 38. nota, latihan dan sebagainya. Perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi iTunes U seperti memuat turun dokumen-dokumen pembelajaran adalah percuma. Pengkalan data aplikasi iTunes u ini telah mengumpul bahan-bahan pendidikan dari semua lokasi termasuk kolej, universiti, muzium, perpustakaan dan lain-lain institusi pendidikan. 2) iBooks  Apa Itu iBooks? IBooks adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi iBooks menyediakan tempat untuk pengguna iPad membaca dan membeli buku secara ebook. Pengguna yang ingin membeli buku tersebut boleh membuat pembelian melalui Apple Store. Mereka hanya perlu memilih bahan bacaan eletronik yang mereka ingin beli. Dalam katalog pembelian di dalam Apple Store ada pelbagai jenis bahan bacaan termasuk bahagian fiksyen, pendidikan, ilmiah dan lain-lain. Buku eletronik yang dibeli tadi hanya perlu dimuat turun dan disimpan di rak buku perpustakaan dalam iPad. Buku- buku tersebut juga boleh dibaca dengan menggunakan perisian PDF.  Penggunaan iBooks dalam Pengajaran 38
  • 39. Penggunaan iBooks dalam pembelajaran bukan sahaja untuk menyimpan bahan bacaan berbentuk eletronik, tetapi boleh juga menyimpan bahan-bahan dokumen yang kita tulis di dalam aplikasi Pages di dalam iPad, iPhone atau iPod. Dokumen tersebut kita boleh tukarkan ke dalam bentuk e-book. Buku teks yang terdapat di dalam iBooks mempunyai paparan warna yang cantik, gambar rajah dan juga boleh memuat turun video interaktif. Sebagai seorang guru, iBooks amat membantu apabila guru ingin mengajar matapelajaran tertentu dengan menggunakan bahan-bahan dokumen tersebut dalam bentuk PDF di dalam iPad Pages kemudian boleh dipindahkan ke dalam bentuk iBooks dengan cara memuat turun bahan tersebut dalam ruangan penyimpanan iBooks. Guru atau pelajar juga boleh menggunakan bahan bacaan eletronik di dalam iBooks dengan hanya sentuh sahaja paparan skrin tersebut dan mereka boleh memilih buku yang ingin di baca. Jikalau ada pengguna yang tidak tahu maksud tentang sesuatu ayat, mereka hanya perlu highlight pada perkataan tersebut dan terus berkongsi perkataan tersebut di laman Facebook atau melalui email. Dari situ, kawan-kawan atau pengguna yang lain boleh berkongsi maklumat dengan mereka. Selain daripada itu, bagi guru yang ingin menulis pelbagai jenis dokumen, mereka boleh eksport dokumen tersebut ke dalam bentuk format ePub. Perisian ePub ialah salah satu bentuk e-books yang boleh membaca semua jenis bahan bacaan eletronik. Guru boleh menghantar dokumen tersebut dengan menggunakan iTunes. Bahan bacaan e-book tersebut guru boleh kongsikan bersama-sama pelajar dan juga rakan guru yang lain. 39
  • 40. Aplikasi iBooks juga membolehkan pengguna untuk memilih saiz dan jenis tulisan. Contohnya, apabila guru membaca sesuatu bahan pengajaran, guru tersebut boleh terus mengedit bahan tersebut dari e-book tersebut dan juga boleh menambahkan bahan-bahan lain seperti gambar, video dan sebagainya. Oleh itu, guru atau pensyarah boleh menggunakan aplikasi iBooks atau buku teks eletronik ini bersama pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar hanya perlu mencari koleksi buku tersebut di dalam iBooks dan mereka dapat memuat turun buku tersebut dengan cepat dan mereka juga dapat mencari nota-nota lain yang berkaitan dengan pembelajaran mereka pada masa itu. 3) Numbers  Apa Itu Numbers? Numbers ialah satu perisian yang perlu dimuat turun dari Apple Store melalui iTunes. Aplikasi ini menyerupai Excel di dalam perisian Windows. Dalam aplikasi Numbers ini, telah terdapat beberapa template yang boleh digunakan untuk membuat carta, graf, grafik, pengiraan belanjawan, pengiraan markah pelajar dan sebagainya. Semua formula telah disediakan di dalam ruangan Spreed Sheet dan pengguna hanya perlu memilih mengikut kesesuaian penggunaanya. 40
  • 41. Apabila pengguna telah memilih Spreed Shet yang ingin digunakan, mereka boleh memindahkan mana-mana maklumat yang mereka perlukan seperti gambarajah, carta atau sebagainya dengan hanya memilih maklumat yang dikehendaki. Di dalam Template Chooser terdapat pelbagai template yang kita boleh gunakan di sekolah, rumah, pejabat dan sebagainya. Melalui Numbers Spreed Sheet juga kita dapat menyusun semua tugasan kita dan ianya amat membantu bagi memastikan semua tugasan kita lebih tersusun dan memudahkan kita untuk memulakan setiap tugasan. Selain daripada itu, kita boleh menukar bentuk tulisan, saiz dan warna tulisan.  Penggunaan Numbers dalam Pengajaran Dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan berasaskan teknolgi pendidikan, aplikasi Numbers dapat membantu guru untuk membuat satu perancangan atau penyusunan tugasan dengan menggunakan Spreadsheet yang terdapat dalam Numbers. Syarikat Apple yang telah mencipta aplikasi di dalam iPad ini juga telah membina pelbagai jenis template di dalam aplikasi Numbers ini dan ianya dapat membantu untuk kita memilih template yang bersesuain dengan kerja yang ingin dilakukan. Contohnya, penggunaan Numbers untuk mengira markah untuk peperiksaan matapelajaran Sejarah. Apabila jadual telah dibuat, guru hanya perlu memasukkan formula. Kemudian boleh memilih font tulisan dan size huruf yang ingin digunakan. Dalam Nombor, spreadsheet dibina secara fleksibel. Jadi, anda boleh memilih jadual, carta, grafik, dan teks di mana-mana anda mahu pada halaman tersebut. Browser Media juga boleh digunakan untuk dimuat turunkan dengan video yang dipilih. Contohnya, guru yang mengajar matapelajaran Geografi, mereka boleh membina garf atau carta menggunakan Numbers, kemudua mereka boleh memasukkan video ke dalam carta 41
  • 42. yang dibina. Selain daripada itu, hanya dengan satu klik, anda boleh mengakses foto anda daripada filem, iPhoto anda, dan video anda. Navigator yang terdapat pada lembaran aplikasi Numbers telah menyenaraikan setiap jadual, carta, dan kunci dalam spreadsheet anda supaya memudahkan anda untuk memilih mana-mana bahagian projek anda yang ingin dibuat perubahan. Spreedsheet yang dibina di dalam Numbers boleh dimuat turun ke dalam iCloud dan boleh diakses dari mana-mana gadget yang mempunyai perisian App Store Mac yang dibina ke dalam IOS. 4) Pages  Apa Itu Pages? Pages adalah satu perisian yang terdapat pada produk keluaran Syarikat Apple seperti iPad, iPhone dan iPod Touch. Pages yang terdapat dalam gadget keluaran Apple juga mempunyai paparan skrin yang jelas dan cantik. Aplikasi ini membolehkan pengguna menulis dokumen yang menarik, laporan, risalah, dan sebagainya dengan menggunakan tempale design yang telah disediakan. Pengguna hanya perlu memilih jenis dokumen yang ingin mereka tulis dan mereka boleh membina pelbagai kreativiti dengan tools yang terdapat pada Pages. Di dalam aplikasi Pages, semua dokumen yang telah disimpan dalam ruangan penyimpanan boleh dimuat turun secara automatik di dalam iCloud. 42
  • 43. Mereka boleh memuat turun dokumen tersebut di mana-mana sahaja mereka berada melalui iPad, iPhone dan iPod Touch.  Penggunaan Pages dalam Pengajaran Tugas sebagai pendidik, memerlukan mereka untuk melakukan pelbagai tugasan yang berhubung kait dengan penulisan dan penyimpanan dokumen. Apliksai yang terdapat pada iPad iaitu Pages yang menyerupai Microsoft Words amat membantu guru untuk membuat tugasan walau di mana-mana sahaja mereka berada. Contohnya, jikalau guru ingin membina soalan peperiksaan, membina nota untuk pelajar, menulis poster atau atau sebagainya, mereka boleh menggunakan aplikasi ini. Ini kerana Pages mempunyai 16 template untuk risalah, poster, surat, resume, laporan, jemputan, dan banyak lagi. Bentuk tulisan, saiz tulisan, warna, dan latar belakang setiap dalam template telah dibentuk dan diselaraskan mengikut kesesuaian. Pengguna hanya perlu memilih bentuk template yang mereka suka kemudian mereka boleh menggunakannya mengikut menulis perkataan, memasukkan gambar-gambar grafik mengikut kreativiti. Selain daripada itu, aplikasi Pages ini bukan hanya memerlukan dokumen yang bertulis tetapi boleh juga dibentuk dalam paparan grafik. Pengguna hanya perlu memasukkan gambar dari aplikasi foto dan menambah beberapa item seperti bingkai pada gambar supaya lebih menonjol atau menukar ke dalam carta yang berbentuk 3D dan juga beberapa jadual dinamik. Pages adalah menggunkan fungsi Multi-Touch, penulisan dalam dokumen tersebut kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dibaca. Dalam Pages terdapat Zoom Pintar, dimana pengguna boleh Zoom secara automatic pada teks semasa anda bekerja dengan menggunakan Pages. Navigasi halaman menunjukkan thumbnail pada setiap halaman, ini memudahkan pengguna untuk 43
  • 44. mendapatkan mana-mana sahaja dalam dokumen yang diperlukan dengan cepat. Pages juga dapat menjimatkan masa anda semasa bekerja kerana dengan aplikasi ini, pengguna boleh menulis di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan masa yang banyak untuk mencari dokumen yang diperlukan. Contohnya, apabila guru ingin mencari maklumat dokumen yang disimpan, mereka hanya perlu sentuh pada halaman yang telah terdapat pada Navigasi tersebut. Ini menjimatkan masa guru dan mereka tidak memerlukan banyak fail untuk menyimpan maklumat pelajar kerana mereka hanya perlu simpan secara automatic di dalam iCloud. Pengguna boleh mengakses dari mana-mana gadget yang mempunyai perisian IOS seperti iPhone, iPad atau iPod Touch. Ini kerana dengan iCloud, anda boleh membuat, mengedit, dan mengakses dokumen anda. Anda tidak perlu untuk menguruskan dokumen-dokumen anda dengan menggunakan sistem fail yang rumit ataupun menyimpan dalam folder khas. Mereka perlu Synchronize dalam iCloud yang terdapat pada Mac, iPad, iPhone, atau iPodTouch. Jadi anda boleh membuat dokumen pada satu peranti dan boleh mengedit di tempat yang lain. 5) Keynotes  Apa Itu Keynotes? 44
  • 45. Keynotes adalah aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat tayangan slide. Keynotes amat mudah digunakan dan pengguna boleh berkongsi penyampaian tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Aplikasi ini terdapat pada iPad, iPhone anda, dan iPod Touch. Tidak kira di mana anda berada, iCloud boleh menyimpan kerja anda dan dimuat turun secara automatik ke dalam ruangan penyimpanan.  Penggunaan Keynotes dalam Pengajaran Setiap pengguna iPad yang ingin membina persembahan dengan menggunakan Keynotes boleh memilih daripada 12 tema Apple yang telah terdapat dalam aplikasi ini. Setiap tema mempunyai bentuk dan saiz tulisan, warna, tekstur, dan latar belakang, serta pelbagai susun atur yang anda boleh pilih setiap kali anda menambah slaid baru. Anda hanya perlu menyentuh paparan skrin yang terdapat pilihan yang ingin digunakan dan boleh mula menaip apa sahaja yang anda ingin persembahkan dalam slide tersebut. Pengguna boleh tulis tajuk dengan menggunakan papan kekunci pada skrin. Kemudia masukkan gambar, carta, dan jadual. Pada aplikasi Keynotes, terdapat navigasi slaid, ianya menunjukkan pandangan thumbnail untuk slaid anda. Jikalai anda ingin menambah yang baru, hanya sentuh pada thumbnail slide tersebut dan mulakan kerja yang anda ingin lakukan. Ianya juga mudah untuk mengedit objek atau gambar pada slaid dan juga untuk mengubah saiz, menukarkan kedudukan gambar, carta, atau grafik pada slide. Tambahan gambar atau video juga boleh dimasukkan ke dalam slide. Selain daripada itu, aplikasi Keynotes ini juga mempunyai carta atau imej yang berbentuk 3D. Pengguna boleh menonjolkan imej yang dipilih untuk digunakan dalam persembahan 45
  • 46. slide dengan animasi 3D yang lebih sempurna dan menyeronokkan mereka yang akan menonton tayangan slide tersebut. Aplikasi Keynotes ini juga membolehkan pengguna menambahkan animasi bergerak pada slide. Ianya seperti satu tayangan drama kerana aplikasi Keynotes ini mempunyai kualiti yang bagus pada tayangan garafik dan imej. Dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi Keynotes ini amat berguna untuk guru atau pensyarah mengajar di dalam kelas. Kelebihan aplikasi ini ialah boleh membuat persembahan slide yang berbentuk 3D. Bagi guru yang mengajar matapelajaran Geografi, mereka boleh menggunakan graf atau carta yang berbentuk 3D, ini dapat menarik lebih minat pelajar. Manakala bagi guru yang mengajar Sejarah, mereka boleh import video atau membuat satu drama kecil kemudian dipindahkan ke dalam Keynotes. Aplikasi ini juga menbantu guru untuk aktiviti pengajaran di mana-mana sahaja dan mereka juga tidak perlu risau jikalau mereka tertinggal di rumah atau di pejabat bahan-bahan yang mereka perlukan untuk mengajar seperti tayangan slide ini kerana data tersebut boleh diakses melalui simpanan yang terdapat dalam iCloud. 6) Dropbox  Apa itu Dropbox? 46
  • 47. Dropbox ialah satu perkhidmatan ruangan penyimpanan yang diberikan secara percuma yang membolehkan kita untuk menyimpan gambar, dokumen atau video di mana-mana sahaja. Perisian aplikasi Dropbox adalah salah satu cara yang paling mudah untuk tempat menyimpan data atau dokumen yang hanya memerlukan jaringan internet sebagai nadi utama. Dropbbox merupakan aplikasi “Cloud” yang boleh dimuat turun ke gadget seperti iPad, iPhone, Mac dan juga PC. Selepas install aplikasi Dropbox untuk Windows, Mac atau Linux OS, ia akan memberi anda akses ke folder Dropbox melalui harddisk anda.  Folder Dropbox Penggunaan Dropbox adalah sama seperti kita menggunakan folder-folder di dalam komputer. Cuma kelebihan Dropbox ialah file yang diletakkan di dalam folder Dropbox akan sync secara automatik apabila kita online di internet. Cara penggunaan dropbox adalah, masukkan fail dalam folder dalam komputer anda, dan secara automatik akan dimasukkan dalam server online. Selain daripada itu, pengguna hanya perlu copy paste dan selamat digunakan. Ianya juga mempunyai kapasiti penyimpanan data sehingga 2GB yang diberikan secara percuma dan dapat menyokong pelbagai jenis file. Setiap pengguna gadget seperti komputer, laptop, tablet atau telefon pintar boleh memuat turun aplikasi Dropbox ini dan membuka satu akaun. Selain daripada itu, sekiranya kita mempunyai gadget lain seperti iPad, iPhone, tablet dan juga telefon pintar yang lain dan telah mempunyai perisian aplikasi Dropbox, semua dokumen yang disimpan dalam folder Dropbox tersebut akan sync secara automatik juga. Oleh itu kita dapat mengakses fail dari mana-mana sahaja.  Penggunaan Dropbox dalam Pengajaran 47
  • 48. Dropbox merupakan medium perkongsian fail secara online yang mudah untuk diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai seorang guru, mereka memerlukan satu perisian yang dapat mereka menyimpan dokumen-dokumen penting yang dapat diakses jikalau mereka tidak membawa laptop atau pc tablet. Pekerjaan sebagai seorang guru tidak boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan dengan pelbagai jenis dokumen seperti Dokumen Word, Powerpoint dan Excel. Oleh itu, dengan adanya Dropbox, guru- guru tidak perlu risau jikalau mereka tertinggal atau terlupa membawa laptop ke sekolah dan apabila ingin menggunakan bahan-bahan pengajaran tersebut, mereka hanya perlu mengakses ke akaun Dropbox dan mereka boleh dapatkan dokumen tersebut. 7) Evernote  Apa Itu Evernote? Dalam kehidupan seharian, ada pelbagai peristiwa yang berlaku atau terjadi. Kita memerlukan satu tempat untuk mencatat atau menyimpan semua maklumat tersebut. Dengan adanya aplikasi seperti Evernote, pelbagai perkara yang boleh kita simpan dan rakamkan. Evernote ialah satu alat Web 2.0 yang membolehkan mereka merakam gambar hampir semua perkara yang ingin diingati. Dalam ruangan penyimpanan Evernote, gambar juga boleh disimpan, disusun dan diberi penerangan ringkas untuk menjadikan gambar tersebut mudah diperoleh pada masa akan datang. Selain daripada itu, penggunaan 48
  • 49. aplikasi ini membolehkan pengguna menambah teks, maklumat, gambar, video, dan pautan sebagaimana yang boleh dilakukan dengan aplikasi web yang lain.  Kebaikan Menggunakan Evernote 1) Pelajar Penggunaan Evernote ini amat membantu pelajar untuk mengatur atau menguruskan perancangan tugasan mereka. Evernote membantu mereka untuk memastikan semua tugasan penting seperti nota, kuiz, kerja rumah dan lain-lain ditulis secara tersusun dan terancang. Mereka tidak perlu risau catatan tentang tugasan mereka akan hilang atau terlupa dengan tugasan yang perlu dilaksanakan. Caranya amat mudah iaitu, pelajar boleh mengambil gambar-gambar penting untuk setiap tugasan tersebut dan memuat turun ke dalam Evernote. Kemudian, pelajar boleh menyusun gambar-gambar tersebut mengikut tajuk-tajuk atau kelas. Aplikasi Evernote ini membantu mereka untuk melaksanakan tugasan dengan cepat dan mudah untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. 2) Guru Evernote dapat membantu guru untuk menjadikan tugasan mereka dapat dilakukan secara tersusun dan terancang bagi menyimpan atau mencatat maklumat tentang tugasan pelajar atau nota rujukan. Contohnya, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni. Mereka boleh mengambil gambar tugasan-tugasan pelajar mereka seperti gambar lukisan atau projek seni. Kemudian mereka boleh memuat turun ke dalam Evernote dan menyimpan gambar tersebut mengikut kelas yang diajar. Guru tersebut tidak perlu membawa balik semua tugasan projek tersebut ke rumah kerana semua gambar tersebut ada di dalam Evernote. Jadi, guru tersebut boleh melihat tugasan projek seni yang dilakukan 49
  • 50. oleh pelajar hanya melalui gambar yang disimpan di dalam Evernote dan memberi markah kepada mereka. Selain daripada itu, Evernote juga membolehkan seseorang guru tersebut menyimpan video yang hendak digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengambil gambar video tersebut, tajuknya atau pautan video tersebut. Mereka hanya perlu membuat beberapa catatan atau penerangan ringkas, kemudian menghubungkan laman web tersebut ke dalam Evernote. Apabila mereka ingin menggunakan video tersebut, mereka hanya perlu mengingati video tersebut dan gunakannya pada bila-bila masa sahaja.  Penggunaan Evernote dalam Pengajaran Aplikasi Evernote adalah satu alat teknologi yang amat membantu tugas seorang guru dalam merancang dan menyusun tugasan yang ingin dilaksanakan. Ada beberapa cara penggunaan Evernote yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran iaitu terbahagi kepada tiga (Michael, 2011): 1) Sebelum kelas 2) Semasa kelas 3) Selepas kelas  Sebelum kelas 1) Rancang dan susun kelas anda menggunakan tags: 50
  • 51. Penggunaan tags merupakan salah satu cara terbaik untuk merancang dan mengatur pengajaran anda mengikut minggu atau kelas. Contohnya , jika anda tahu bahawa terdapat subjek tertentu yang perlu diajar pada minggu kedua sesi persekolahan, semua kandungan pelajaran yang berkaitan anda boleh gunakan tag "minggu 2". Setelah sistem ini diwujudkan, anda boleh terus menambah item tambahan sepanjang tahun. 2) Pangkalan Data Piawai: Susunkan piawaian pencapaian bagi gred atau subjek tertentu. Anda juga boleh berkongsi dengan guru, ibu bapa, pentadbir dan pelajar-pelajar yang menggunakan ciri- ciri perkongsian Evernote. 3) Pembangunan kerjaya: Jika anda menfaatkan cuti semester untuk mempertingkatkan kemahiran atau meneruskan pengajian anda, simpanlah semua nota, sumber-sumber, pelajaran dan idea-idea baru yang dipelajari ndalam Evernote. Ianya juga amat sesuai baik untuk guru dalam perkhidmatan, persidangan, bengkel dan seminar yang dihadiri. 4) Template kelas: Template adalah cara yang terbaik untuk menjimatkan masa apabila member markah dan menilai pelajar anda. Jika anda menggunakan template seperti helaian gred atau borang penilaian pelajar, simpanlah di dalam Evernote agar ianya berada di hujung jari anda sepanjang tahun. 51
  • 52. 5) Bersedia untuk ketiadaan anda: Gunakan Evernote sebagai satu cara untuk memastikan kelas anda tetap diteruskan walaupun anda tidak hadir. Evernote memudahkan anda untuk berkongsi buku nota dengan guru ganti. Kongsikan rancangan pelajaran, lembaran kerja, kunci jawapan dan contoh kerja yang telah siap. Ini untuk memastikan kelas anda tetap dijalankan walaupun anda tidak berada di sana.  Semasa Kelas 1) Kongsi buku nota dengan kelas anda: Selepas membina satu buku nota awam (public notebook), kongsikan pautan URL dengan kelas anda. Dengan cara ini, apa sahaja catatan yang ditambahkan boleh dilihat oleh pelajar-pelajar anda (atau ibu bapa mereka). 2) Gambar papan putih: Mengambil gambar papan putih merupakan satu kegunaan Evernote yang digemari. Ambil gambar papan putih sebelum kelas bermula dan sekali lagi apabila kelas tamat. Ini akan memberi anda rakaman gambar dengan cetakan waktu yang tepat mengenai perkara yang anda lakukan pada bila-bila masa. Anda boleh memberikan tajuk atau tag pada setiap gambar berdasarkan nombor turutan kuliah bagi memudahkan pencarian gambar-gambar tertentu. Anda juga boleh berkongsi gambar tersebut dengan pelajar yang tidak dapat menghadiri sesuatu kelas agar mereka tetap menerima nota pelajaran tersebut. 52
  • 53. 3) Simpan nota di tempat yang mudah dicapai: Simpan semua nota lembaran kerja, templat, panduan belajar dan tugasan yang sering digunakan di dalam Evernote supaya mudah dicari dan dicapai.  Selepas Kelas 1) Memudahkan pemarkahan: Imbas ujian yang telah diberikan markah dan tambahkannya ke dalam Evernote. Anda boleh memasukkannya ke dalam buku markah atau lembaran hamparan (spreadsheet) apabila anda mempunyai masa terluang. Ini juga sesuai jika anda mempunyai guru pembantu. Anda boleh berkongsi buku nota dengan mereka dan meminta mereka membantu dalam proses pemarkahan. 2) Mengatur aktiviti ko-kurikulum anda: Sekiranya anda menyertai mana-mana jawatankuasa atau melatih sesuatu pasukan, anda boleh menggunakan Evernote menyusun semua nota kajian, dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti ko-kurikulum tersebut. Perkongsian maklumat tersebut di dalam Evernote adalah cara yang mudah bagi memastikan jawatankuasa anda memperolehi maklumat dan memikirkan perkara yang sama serta berkongsi pengetahuan tentang sesuatu projek. 53
  • 54. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Sejarah Tingkatan : 4D Tarikh : 1 Oktober 2012 Masa : 8.00-9.00 pagi Bilangan Murid : 30 orang 54
  • 55. Topik : Bab 3 (Tamadun Awal Asia Tenggara) Sub Topik : 3.1 Bentuk dan Ciri-ciri Kerajaan Awal 3.1.1 Kerajaan Agraria 3.1.2 Kerajaan Maritim Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mempelajari tentang Tamadun Awal Asia Tenggara dari bab-bab yang lepas. Objektif Pembelajaran : Pelajar dapat: i) Menyatakan 2 kerajaan awal Asia Tenggara sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. ii) Menyenaraikan 2 ciri-ciri Kerajaan Agraria dan maritim selepas mendengar penerangan guru. iii) Membandingkan 3 ciri kerajaan agraria dan maritim selepas guru menunjukkan gambar. Bahan Bantu Mengajar : i) Gambar pelabuhan dan sawah padi, Beras, Ikan, Kad Manila, Papan Putih, Marker pen Nilai Murni/Nilai Patriotik : Berbangga dengan aset Negara : • Memanfaatkan kurniaan Tuhan Refleksi : 55
  • 56. 56
  • 57. LANGKAH/ KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN MASA PENGAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID Set Induksi -Menunjukkan gambar -Pelajar melihat BBM: (5 Minit) beras dan ikan gambar yang Slide kepada pelajar pada ditayangkan (tayangan slide tayangan slide. oleh guru. pada Ipad dengan - Meminta semua - Pelajar menggunakan pelajar untuk menyatakan aplikasi mengkategorikan kategori hasil ‘Keynote’) gambar tersebut tersebut. sama ada ianya hasil Tajuk : pertanian atau hasil Bab 3 : Tamadun Awal perikanan. Asia Tenggara - Bertanya tentang - Menjawab Subtopik : apakah tajuk yang pertanyaan guru 3.1 Bentuk-bentuk akan dipelajari. tentang tajuk Kerajaan Awal yang akan 3.1.1 Ciri-ciri Kerajaan dipelajari. Agraria 3.1.2 Ciri-ciri Kerajaan Maritim Objektif Pengajaran : Pelajar dapat: 1) Menyatakan dua Kerajaan Awal Asia Tenggara selepas perbincangan antara - Memberitahu hasil - Mendengar pelajar dan guru pembelajaran yang dengan teliti. berpandukan buku teks. harus dicapai oleh 2) Menyenaraikan dua pelajar pada hari ini. daripada tiga ciri-ciri Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim selepas mendengar penerangan guru. 3) Membandingkan tiga 57 ciri Kerjaan Agraria dan Kerajaan Maritim
  • 58. PENUTUP Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pendidikan di Negara kita masih lagi di tahap permulaan. Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi desakan ke atas penggunaan teknologi sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan teknologi dalam pendidikan diharapkan dapat mempertingkatkan lagi kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru sejajar dengan abad ke-21 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komuniksi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu negara merealisasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar dan keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan juga pelajar. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memberikan komitmen penuh dalam merealisasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasrat Negara yang menginginkan sumber manusia yang berkualiti dan berkebolehan pada masa akan datang. RUJUKAN Ahmad Fuad Othman. (2003). Pendidik dan pendidikan di era digital: Pendekatan dan cabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Bil.17. Jun 2003. Bil.1 58
  • 59. st st Assessment & Teaching of 21 Century Skills. (2012). What Are 21 Century Skills?. Diambil pada 16 November 2012 daripada http://atc21s.org/index.php/about/what-are-21st- century-skills/ Bahagian Teknologi Pendidikan. (2012). Pengurusan Sumber Pendidikan. Diambil pada 16 November 2012 daripada http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/ index.php/faqs/211-teknologi-pendidikan.html Cedric Pariente. (2009). Web 3.0 and 4.0. Diambil pada 20 November 2012 daripada http://www.finextra.com/community/fullblog.aspx?blogid=3003 Hallinger, P. (1998). Educational Change in the Southeast Asia. The Challenge of Creating Learning System. Journal of Educational Administration, Vol. 6 (5), Pg 492-509. Karti Suharto. (1990). Teknologi Pembelajaran. Usaha Nasional: Surabaya. Lisa Thumann. (2008). Engaging the 21st Century Student. Diambil pada 20 November 2012, daripada http://www.thumannresources.com/2008/09/20/ engaging-the-21st- century_student/ Michael Cruz. (2011). 10 Tips for Teachers Using Evernote-Education Series. Diambil pada 23 November 2012, daripada http://blog.evernote.com/2011/01/13/10-tips-for- teachers-using-evernote-education-series/ 59
  • 60. Mohamed Amin Embi. (2011). Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Pusat Perkembangan Akademik, Ukm. Taufik Hakim Ahmad. (2012). M2-E2_Senarai Kemahiran Abad Ke-21. Diambil pada 16 November 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/64886698/M2-E2-Senarai- Kemahiran-Abad-Ke-21 Wan Zahwan .(1998). Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Di Abad Ke 21: Satu Perbincangan. Diambil pada 20 November 2012, daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/5147/1/1.pdf 60