Tamadun Islam telah memberikan sumbangan besar kepada seni bina dan seni ukir, terutamanya dalam pembangunan masjid. Unsur seni bina Islam seperti kubah dan ukiran ayat al-Quran menjadi ciri khas pembinaan masjid. Selain itu, seni bina Islam berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu melalui institusi seperti universiti.
3. Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni
binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil
daripada sumbangan tamadun Islam. Hasil seni bina tersebut adalah taj mahal di India
dan istana Alhambra di Andalusia (kini Sepanyol).
Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam
adalah binaan masjid kerana masjid dan tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu
ikatan yang sangat kuat. Binaan kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam
memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya
mempunyai kubah.
Selain binaan kubah yang tersergam indah, ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci
Al-Quran merupakan satu lagi motif Islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun Islam
yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat
suci Al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti
unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.
4.
5.
6. Unsur air juga turut memainkan peranan
penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah
hasil pengaruh tamadun Islam. Sebagai contoh untuk
semua gambaran di atas, di sini disediakan bukti
jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh
kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah , kerajaan
Islam terakhir yang memerintah andalus bermula
pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H).
Pada zaman kerajaan ini , Andalus telah
mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun
kesenian Islam dengan terbinanya Istana Alhambra
di puncak banjaran Sierra Nevada (Jabal Shalir/Al-
Thalj) di Granada yang tetap menjadi ‘The Artistic
Genius of Muslim Spain’.
8. Pada pandangan saya, kepercayaan
dan motif pada seni bina dan seni ukir ialah umat
muslimin mengikut al-quran yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad S.A.W. Ajaran-ajaran yang
terkandung dalam al-quran melatih pemikiran dan
memdisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan bagi
kemajuan sains dan teknologi.
Selain binaan masjid, ukiran-ukiran kaligrafi
ayat-ayat suci al-quran merupakan motif islam untuk
berkembang di masjid atau di istana. Ukiran-ukiran
tersebut berasaskan alam semula jadi seperti unsur
tumbuh-tumbuhan dan bunga –bungaan.
9. Masjid memainkan peranan yang sangat
penting dalam membangunkan umat islam dan
menegakkan tamadun kehidupan mereka. Masjid
merupakan bangunan rasmi untuk umat islam
melaksanakan kegiatan ibadah yang biasanya
mempunyai mimbar, mihrab, menara dan
sebagainya. Masjid juga berfungsi sebagai pusat
pembangunan islam.
Selain itu, seni bina dalam tamadun islam
berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu.
Contohnya, bait Al-Hikmah dan Universiti
Nizamiyah yang dibina pada zaman Bani Abbasiyah
menjadi pusat pengajian dan pendidikan.