1. Pendahuluan
Mengikut rekod pemerhatian dan soal selidik yang telah dijalankan didapati pengawas yang
dilantik tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan berkesan. Ini disebabkan mereka
kurang didedahkan dengan bidang tugas mereka. Untuk mengatasi masalah ini Unit Bimbingan
dan kaunseling dengan kerjasama Unit Pengawas dan HEM Sekolah Kebangsaan Syed Sheh
akan mengadakan Program Kepimpinan Pengawas 2012.
Matlamat
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengawas-pengawas Sekolah Kebangsaan
Syed Sheh mengenai tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka untuk
dilaksanakan sebaik mungkin.
Objektif
Adalah menjadi harapan PIhak Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Pengawas Dan Unit HEM
selepas mereka mengikuti kem ini mereka yang terlibat akan:-
a) Memahami tugas sebagai pengawas sekolah serta ketua-ketua persatuan.
b) Membentuk keyakinan diri sebagai ketua.
c) Memahami peraturan-peraturan sekolah.
d) Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
e) Melahirkan pemimpin sekolah yang berwibawa.
Kumpulan Sasaran
Kem ini melibatkan pelajar yang terdiri daripada:
a) Pengawas Sekolah
b) Pengawas Pusat Sumber
Penganjur
Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dengan kerjasama Unit
Pengawas dan HEM.
Peserta
…………………….Orang
Tarikh
…………………………….
2. Tempat
Sekolah Kebangsaan Syed Sheh.
KEWANGAN
A) Sumber Kewangan
- Pendaftaran ahli ……………….. X RM5.00 RM………………………….
- Sumbangan PIBG RM 100.00
- Kaunseling RM 350.00
Jumlah RM
B) Perbelanjaan
- Makanan Peserta ……………… x RM3.50 RM………………………….
- Sijil RM………………………….
- Hadiah RM 100.00
- Lain-lain RM 50.00
Jumlah RM
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : TUAN HJ. AZIZAN BIN OMAR
PENGERUSI : PN. NOR ASLINDA BT ALI HASHIM
NAIB PENGERUSI 1 : PN. HJH. JARIAH BT ABDUL RASHID
NAIB PENGERUSI 2 : PN. AZIDA BT OTHMAN
SETIAUSAHA : MUA’AZZAM BIN MOKHTAR
AJK :- PN. SARIMAH BT ABDUL RAHMAN
EN. RAZAK BIN ABDULLAH
PN. RAFIDAH BT ABDULLAH
EN. RODIYUDIN BIN KHAMIS
EN. MAHYUDDIN BIN WASOH
PN. SARJANAWATI BT MOHAMAD
CIK NURUL AZIAH BT MOHD DANIEL
PN. SARIMAH HANIM BT ZAKARIA