SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
ARIF ICT
                                                     e-kiosk
                         Sejarah Perkembangan Komputer
Oleh: Azmi Ramli (25/4/2010)

Sejarah perkembangan komputer telah berkembang sejak 6 dekad yang lalu..Sejarah perkembangan
komputer ni boleh dibahagikan kepada 4 Generasi…Ia bermula dengan
–>Abakus atau sempoa dianggap sebagai sejarah komputer terawal. Berasal dari Asia…Banyak digunakan di
negara cina dan jepun beribu2 sebelum masihi..Ia digunakan bagi pengiraan dimana sebiji manik atau
menggegarkan sempoa mewakili nilai sesuatu pengiraan.
–>1600 - John Napier telah menemui alogaritma dimana ia langkah pertama dilakukan oleh bangsa eropah dan
menghasilkan jadual log pertama [Log Tables] pada tahun 1614.
–>1620 - Robert Bissaker telah mencipta mistar gelongsor [Slide Rule], pengguna boleh mengira dan
menyelesaikan sesuatu pengiraan yang rumit dengan pantas berbanding secara manual.
–>1642 - Blaise Pascal, satu ahli matematik Perancis dan ahli falsafah, mencipta kalkulator mekanikal digital ,
dipanggil Pascaline. Tujuan beliau cipta untuk membantu ayahnya, seorang pegawai percukaian di perancis.
Walaupun mesin ini boleh melakukan tambahan dan penolakan di semua nombor, ianya mahal dan cuma beliau
saja je boleh baiki.
–>1694 - Gottfriedd Leibnitz telah mecipta kalkulator yang lebih berkesan dari Pascaline…Walaupun
pengiraaan yang dihasilkan oleh mesin nie tepat tapi terdapat masalah dan amat sukar bagi menghasilkan mesin
ni
–>1812 - Charles P. Babbage, “Father Of Computer“… Ia adalah titik perubahan di dalam sejarah komputer…
Beliau telah merekabentuk sebuah mesin, enjin beza [Different Engine] yang berkuasa wap, berfungsi
outomatik dan diperintah oleh satu program arahan tetap. Dalam 1833, Babbage berhenti mengusahakan mesin
ini untuk menumpukan pada enjin analisis [Analytical Engine].
–>1820 - Joseph Jacquard memperkenalkan kad-kad kemasukan atau input utk mesin enjin analitikal
[Analytical Engine].
–>1840 - Augusta Ada. “The First Programmer” mencadangkan bahawa satu sistem perduaan mestilah
digunakan untuk tempat penyimpanan kurang daripada satu perpuluhan sistem…
–>1850 - George Boole membangun “Boolean” logik dimana banyak digunakan dalam rekabentuk litar
komputer.
–>1890 - Dr. Herman Hollerith memperkenalkan elektromekanik [Tabulating Machine] dengan menggunakan
kad-kad yang diperkenalkan oleh Joseph Jacquard , kad tebuk memproses data mesin ini digunakan untuk
membanci bagi mengumpul maklumat untuk 1890 U.S. Penjadual Hollerith’s telah berjaya dan beliau telah
memulakan perniagaan sendiri dan memasarkannya. Pada tahun 1911 Hollerith’s Tabulating Machine Company
telah bergabung dgn dua lagi syarikat dan pada 1924 mereka telah menukarkan nama syarikat kepada
International Business Machines Corporation [IBM] yang menjadi gergasi dunia komputer pada masa kini.
–>1906 - tiub vakum direka oleh Ahli fizik Amerika Lee De Hutan.
–>1939 - Dr. John V Atanasoff dan penolongnya Clifford Berry telah mencipta komputer digit elektronik
pertama.

–>1941 - Konrad Zuse dari Jerman, telah memperkenalkan komputer aturcara pertama direka bagi
menyelesaikan persamaan kejuruteraan yang kompleks…Mesin ini, dipanggil Z3, adalah yang pertama sebagai
ganti sistem penduan kepda sistem perpuluhan..
Lepas tu, sejarah komputer dibahagikan kepada 4 generasi
Generasi Pertama [ 1942 - 1959 ]
Generasi Kedua [ 1959 - 1964 ]
                                                       1
Generasi Ketiga [ 1964 - 1970 ]
Generasi Keempat [ 1971 -1999 ]

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia
dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :
www.familiazam.com
Generasi Pertama (1940-1959)
Generasi Kedua (1959-1964)
Generasi Ketiga (1964-1980)
Generasi Keempat (1980 - Sekarang)
Generasi Kelima (Masa Depan)
www.familiazam.com
GENERASI PERTAMA


Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi
menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan.
Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe).
www.familiazam.com
Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti
mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak
menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan
elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling.


Tiub Vakum ENIAC
Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator)
telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat
yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan
melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai
ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains
dan jurutera terlatih sahaja.
www.familiazam.com
Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program
Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas
pemprosesan dan storan.


EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub
bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan
oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.
www.familiazam.com
Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete
Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC
menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang
juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun
                                                         2
1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia
menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.
www.familiazam.com
GENERASI KEDUA


Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah
menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik
diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran
elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan
komputer lebih pantas menjalankan arahan.
www.familiazam.com
Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa
mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan
data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang
komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih
kakitangan mahir.


Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah
berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang
perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti
oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.


GENERASI KETIGA
www.familiazam.com
IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi
segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau
lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri
baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara
berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui
sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.


Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit
transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau
LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai
bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan
alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi
perindustrian kedua bermula.
www.familiazam.com
Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga
yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas.
Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam
pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo

                                                         3
dan PL/1.


Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan
bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-
siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara
bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.


GENERASI KEEMPAT
www.familiazam.com
Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam
generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih
maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat
Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).


Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer
yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP.
Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak
digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat
besar.
www.familiazam.com
Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah
melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang
mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan
iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.


Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi.
Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang
makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi
kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas
(Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah
menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari
komputer di rumah !.
www.familiazam.com
Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made)
juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan
terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.


GENERASI KELIMA
www.familiazam.com
Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-
projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai
Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali

                                                          4
ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang
membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.


Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini
dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka
menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan
menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi
tentang pengguna tersebut.
www.familiazam.com
Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita
dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan
kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference'
dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.

Mengikut wikipedia, komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke - 20 ( sekitar tahun 1940 - 1945).
Jika dikira sehingga sekarang (2008) lebih kurang 68 tahun usia komputer.

Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah dan ada sesetengah pendapat mengatakan saiznya
adalah sebesar rumah. Tujuan utama penciptaan komputer adalah sebagai alat bantu manusia terutamanya dalam
penyimpanan data.

ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta
pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari
University of Pennsylvania. Mereka berdua adalah saintis di School of Electrical of Electrical Engineering, University of
Pennsylvania.




Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2.
Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama
mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.

                                                            5
Sinopsis ENIAC :

Tahun dicipta: 1946
Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat
Kuasa Elektrik Digunakan : 170 000 watts
Berat : 28 tan
Saiz : 80 inci lebar x 8 inci tinggi
Komponen :17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000 kapasitor and around 5 juta
pateri.

Nilai : Di anggarkan bernilai USD 480 000

Tujuan penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil kira
pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya. Tentera Amerika menggunakan semasa
Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman.

Nota : Bayangkan bagaimana rupa bentuk komputer pertama di sunia. Dengan saiz yang besar dan mempunyai
keupayaan terhad, tetapi dari penciptaan pertama ini menghasilkan evolusi komputer yang sempurna.

Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi
aritmetik ( pengiraan ) dan logic( membuat keputusan ) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ).
Komputer memproses data secara automatik ( tanpa pertolongan manusia ) di bawah arahan program yang tersimpan dalam
unit storan utama. Program ( atau aturcara ) mengandungi jujukan arahan- arahan yang mengarahkan komputer mengatasi
sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.......
1940
Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan
perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan
permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komput kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya
tersendiri.
Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan
kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
d. IBM 701 ( 1953 )
e.IBM 650 ( 1959 )
Generasi Kedua ( 1959 - 1964 )
Ciri-ciri :

1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa
elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak.
2. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
3. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
4. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
5. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
6. Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan COBOL.

Contoh :
a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.


                                                            6
Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000

Generasi Keempat ( 1971 -1999 )
Ciri-ciri :
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale
Intergration ataupun LSI ).
2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc Read Only Memory
( CD ROM ) ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
a. IBM 370 ( 1970 )
b. PDP-11 ( 1970 )
c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh
Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland.
e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini )
Ciri-ciri :
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar',
'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Contoh :
a. Pentium III
b. Pentium III Xeon
c. Pentium IV

                         Catatan: Sila Dapatkan Salinan “ARIF ICT” Pada Desktop Setiap Kiosk.

                                                                                                           jemiromli@gmail.com




                                                              7

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

3 komponen unit sistem
3 komponen unit sistem3 komponen unit sistem
3 komponen unit sistem
wazi musa
 
5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian
wazi musa
 
network operating system
network operating systemnetwork operating system
network operating system
Heart To Heart
 
Komponen utama komputer
Komponen utama komputerKomponen utama komputer
Komponen utama komputer
arah1506
 
Kerja Kursu Generasi Komputer
Kerja Kursu Generasi KomputerKerja Kursu Generasi Komputer
Kerja Kursu Generasi Komputer
Uzunaky Fadzil
 
Pengenalan kepada sistem pengoperasian-ictl
Pengenalan kepada sistem pengoperasian-ictlPengenalan kepada sistem pengoperasian-ictl
Pengenalan kepada sistem pengoperasian-ictl
nad_84
 
2.2 perkakasan peranti inputoutput
2.2 perkakasan  peranti inputoutput2.2 perkakasan  peranti inputoutput
2.2 perkakasan peranti inputoutput
Suriyana Ahmad
 

Was ist angesagt? (20)

Computer system maintenance management
Computer system maintenance managementComputer system maintenance management
Computer system maintenance management
 
Pengenalan Perisian Komputer
Pengenalan Perisian KomputerPengenalan Perisian Komputer
Pengenalan Perisian Komputer
 
Masalah komputer
Masalah komputerMasalah komputer
Masalah komputer
 
3 komponen unit sistem
3 komponen unit sistem3 komponen unit sistem
3 komponen unit sistem
 
Etika etika keusahawanan
Etika etika keusahawananEtika etika keusahawanan
Etika etika keusahawanan
 
Komputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinyaKomputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinya
 
Soalan pengukuhan
Soalan pengukuhanSoalan pengukuhan
Soalan pengukuhan
 
5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian
 
Nota CPU
Nota CPUNota CPU
Nota CPU
 
Pengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalanPengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalan
 
1.3 ancaman komputer
1.3 ancaman komputer1.3 ancaman komputer
1.3 ancaman komputer
 
network operating system
network operating systemnetwork operating system
network operating system
 
Komponen utama komputer
Komponen utama komputerKomponen utama komputer
Komponen utama komputer
 
BAB 3 Perisian Aplikasi
BAB 3   Perisian AplikasiBAB 3   Perisian Aplikasi
BAB 3 Perisian Aplikasi
 
BAB 4 Perisian operasi
BAB 4   Perisian operasiBAB 4   Perisian operasi
BAB 4 Perisian operasi
 
Kerja Kursu Generasi Komputer
Kerja Kursu Generasi KomputerKerja Kursu Generasi Komputer
Kerja Kursu Generasi Komputer
 
Pengenalan kepada sistem pengoperasian-ictl
Pengenalan kepada sistem pengoperasian-ictlPengenalan kepada sistem pengoperasian-ictl
Pengenalan kepada sistem pengoperasian-ictl
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
2.2 perkakasan peranti inputoutput
2.2 perkakasan  peranti inputoutput2.2 perkakasan  peranti inputoutput
2.2 perkakasan peranti inputoutput
 
Perkakasan komputer
Perkakasan komputerPerkakasan komputer
Perkakasan komputer
 

Andere mochten auch (6)

Modul1 sejarah komputer
Modul1 sejarah komputerModul1 sejarah komputer
Modul1 sejarah komputer
 
Sejarah komputer
Sejarah komputerSejarah komputer
Sejarah komputer
 
Bab1 sejarah komputer bagian pertama
Bab1   sejarah komputer bagian pertamaBab1   sejarah komputer bagian pertama
Bab1 sejarah komputer bagian pertama
 
Perkembangan Teknologi Komunikasi Jaman Dulu , Sekarang dan Masa Depan
Perkembangan Teknologi Komunikasi Jaman Dulu , Sekarang dan Masa DepanPerkembangan Teknologi Komunikasi Jaman Dulu , Sekarang dan Masa Depan
Perkembangan Teknologi Komunikasi Jaman Dulu , Sekarang dan Masa Depan
 
Sejarah Komputer.pdf
Sejarah Komputer.pdfSejarah Komputer.pdf
Sejarah Komputer.pdf
 
How to Deal with Dry waste
How to Deal with Dry wasteHow to Deal with Dry waste
How to Deal with Dry waste
 

Ähnlich wie Sejarah perkembangan komputer

Sejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputerSejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputer
Home
 
Evolusi dan sejarah komputer
Evolusi dan sejarah komputerEvolusi dan sejarah komputer
Evolusi dan sejarah komputer
Rdt Rdt
 
Tugas rpl ( by yadi )
Tugas rpl ( by yadi )Tugas rpl ( by yadi )
Tugas rpl ( by yadi )
Yadi Satriani
 
Pertemuan 1 sejarah komputer
Pertemuan 1 sejarah komputerPertemuan 1 sejarah komputer
Pertemuan 1 sejarah komputer
jumiathyasiz
 
sejarah komputer
sejarah komputersejarah komputer
sejarah komputer
udinseunila
 
Makalah sejarah komputer
Makalah sejarah komputerMakalah sejarah komputer
Makalah sejarah komputer
Ridwan Hati
 
Pertemuan 1.3 sejarah komputer (h-w)
Pertemuan 1.3 sejarah komputer (h-w)Pertemuan 1.3 sejarah komputer (h-w)
Pertemuan 1.3 sejarah komputer (h-w)
Setyady Peace
 
Sejarah komputer
Sejarah komputerSejarah komputer
Sejarah komputer
MASHANS
 
Sejarah komputer paknasib ok
Sejarah komputer paknasib okSejarah komputer paknasib ok
Sejarah komputer paknasib ok
paknasibwahono
 

Ähnlich wie Sejarah perkembangan komputer (20)

Sejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputerSejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputer
 
Perakitan komputer - Perkembangan Teknologi Komputer - Perangkat Input dan Ou...
Perakitan komputer - Perkembangan Teknologi Komputer - Perangkat Input dan Ou...Perakitan komputer - Perkembangan Teknologi Komputer - Perangkat Input dan Ou...
Perakitan komputer - Perkembangan Teknologi Komputer - Perangkat Input dan Ou...
 
Evolusi dan sejarah komputer
Evolusi dan sejarah komputerEvolusi dan sejarah komputer
Evolusi dan sejarah komputer
 
Sejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputerSejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputer
 
Presentation1 111003225713-phpapp01
Presentation1 111003225713-phpapp01Presentation1 111003225713-phpapp01
Presentation1 111003225713-phpapp01
 
Reckoken .. ^ ^ for linaa :* :*
Reckoken .. ^ ^ for linaa :* :*Reckoken .. ^ ^ for linaa :* :*
Reckoken .. ^ ^ for linaa :* :*
 
Tugas rpl ( by yadi )
Tugas rpl ( by yadi )Tugas rpl ( by yadi )
Tugas rpl ( by yadi )
 
Perkembangan sejarah komputer
Perkembangan sejarah komputerPerkembangan sejarah komputer
Perkembangan sejarah komputer
 
Pertemuan 1 sejarah komputer
Pertemuan 1 sejarah komputerPertemuan 1 sejarah komputer
Pertemuan 1 sejarah komputer
 
Bab 1. Perkembangan Teknologi Komputer
Bab 1. Perkembangan Teknologi KomputerBab 1. Perkembangan Teknologi Komputer
Bab 1. Perkembangan Teknologi Komputer
 
Kelompok 8 pertekom
Kelompok 8 pertekomKelompok 8 pertekom
Kelompok 8 pertekom
 
Perakitan komputer by Farhan MM1 skada
Perakitan komputer by Farhan MM1 skadaPerakitan komputer by Farhan MM1 skada
Perakitan komputer by Farhan MM1 skada
 
sejarah komputer
sejarah komputersejarah komputer
sejarah komputer
 
Pertemuan 1 sejarah komputer
Pertemuan 1 sejarah komputerPertemuan 1 sejarah komputer
Pertemuan 1 sejarah komputer
 
Pertemuan 1 sejarah komputer
Pertemuan 1 sejarah komputerPertemuan 1 sejarah komputer
Pertemuan 1 sejarah komputer
 
KTIAN.pptx
KTIAN.pptxKTIAN.pptx
KTIAN.pptx
 
Makalah sejarah komputer
Makalah sejarah komputerMakalah sejarah komputer
Makalah sejarah komputer
 
Pertemuan 1.3 sejarah komputer (h-w)
Pertemuan 1.3 sejarah komputer (h-w)Pertemuan 1.3 sejarah komputer (h-w)
Pertemuan 1.3 sejarah komputer (h-w)
 
Sejarah komputer
Sejarah komputerSejarah komputer
Sejarah komputer
 
Sejarah komputer paknasib ok
Sejarah komputer paknasib okSejarah komputer paknasib ok
Sejarah komputer paknasib ok
 

Mehr von Home

Soalan RC pertengahan tahun 2010 tkt5
Soalan RC pertengahan tahun 2010 tkt5Soalan RC pertengahan tahun 2010 tkt5
Soalan RC pertengahan tahun 2010 tkt5
Home
 
Anak yang soleh
Anak yang solehAnak yang soleh
Anak yang soleh
Home
 

Mehr von Home (20)

Soalan RC pertengahan tahun 2010 tkt5
Soalan RC pertengahan tahun 2010 tkt5Soalan RC pertengahan tahun 2010 tkt5
Soalan RC pertengahan tahun 2010 tkt5
 
Manual latihan Iron CAD Draft 2011
Manual latihan Iron CAD Draft 2011Manual latihan Iron CAD Draft 2011
Manual latihan Iron CAD Draft 2011
 
Manual latihan Iron CAD 3D 2011
Manual latihan Iron CAD 3D 2011Manual latihan Iron CAD 3D 2011
Manual latihan Iron CAD 3D 2011
 
Kursus MS Publisher 2007
Kursus MS Publisher 2007Kursus MS Publisher 2007
Kursus MS Publisher 2007
 
Anak yang soleh
Anak yang solehAnak yang soleh
Anak yang soleh
 
Petikan kata
Petikan kataPetikan kata
Petikan kata
 
T5 bab 9 perlindungan hak cipta(35-39)
T5 bab 9 perlindungan hak cipta(35-39)T5 bab 9 perlindungan hak cipta(35-39)
T5 bab 9 perlindungan hak cipta(35-39)
 
T5 bab 7 tempat(27-28)
T5 bab 7 tempat(27-28)T5 bab 7 tempat(27-28)
T5 bab 7 tempat(27-28)
 
T5 bab 8 harta intelek(29 34)
T5 bab 8 harta intelek(29 34)T5 bab 8 harta intelek(29 34)
T5 bab 8 harta intelek(29 34)
 
T5 bab 6 promosi(25 26)
T5 bab 6 promosi(25 26)T5 bab 6 promosi(25 26)
T5 bab 6 promosi(25 26)
 
T5 bab 5 harga(23 24)
T5 bab 5 harga(23 24)T5 bab 5 harga(23 24)
T5 bab 5 harga(23 24)
 
T5 bab 4 produk(18-22)
T5 bab 4 produk(18-22)T5 bab 4 produk(18-22)
T5 bab 4 produk(18-22)
 
T5 bab 3 sistem( 8 17)
T5 bab 3 sistem( 8 17)T5 bab 3 sistem( 8 17)
T5 bab 3 sistem( 8 17)
 
T5 bab 2 reka bentuk bantuan komputer(6-7)
T5 bab 2 reka bentuk bantuan komputer(6-7)T5 bab 2 reka bentuk bantuan komputer(6-7)
T5 bab 2 reka bentuk bantuan komputer(6-7)
 
T5 bab 1 rekabentuk dan penghasilan produk( 1-5)
T5 bab 1 rekabentuk dan penghasilan produk( 1-5)T5 bab 1 rekabentuk dan penghasilan produk( 1-5)
T5 bab 1 rekabentuk dan penghasilan produk( 1-5)
 
T4 bab 6(38 45 ) peralatan, perkakas dan kaedah kerja
T4 bab 6(38  45 ) peralatan, perkakas dan kaedah kerjaT4 bab 6(38  45 ) peralatan, perkakas dan kaedah kerja
T4 bab 6(38 45 ) peralatan, perkakas dan kaedah kerja
 
T4 bab 5(32 37) bahan
T4 bab 5(32 37) bahanT4 bab 5(32 37) bahan
T4 bab 5(32 37) bahan
 
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputer
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputerT4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputer
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputer
 
T4 bab 3 (14 29) ilustrasi
T4 bab 3 (14 29) ilustrasiT4 bab 3 (14 29) ilustrasi
T4 bab 3 (14 29) ilustrasi
 
T4 bab 2(5 13) proses reka cipta
T4 bab 2(5 13) proses reka ciptaT4 bab 2(5 13) proses reka cipta
T4 bab 2(5 13) proses reka cipta
 

Kürzlich hochgeladen

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Sejarah perkembangan komputer

  • 1. ARIF ICT e-kiosk Sejarah Perkembangan Komputer Oleh: Azmi Ramli (25/4/2010) Sejarah perkembangan komputer telah berkembang sejak 6 dekad yang lalu..Sejarah perkembangan komputer ni boleh dibahagikan kepada 4 Generasi…Ia bermula dengan –>Abakus atau sempoa dianggap sebagai sejarah komputer terawal. Berasal dari Asia…Banyak digunakan di negara cina dan jepun beribu2 sebelum masihi..Ia digunakan bagi pengiraan dimana sebiji manik atau menggegarkan sempoa mewakili nilai sesuatu pengiraan. –>1600 - John Napier telah menemui alogaritma dimana ia langkah pertama dilakukan oleh bangsa eropah dan menghasilkan jadual log pertama [Log Tables] pada tahun 1614. –>1620 - Robert Bissaker telah mencipta mistar gelongsor [Slide Rule], pengguna boleh mengira dan menyelesaikan sesuatu pengiraan yang rumit dengan pantas berbanding secara manual. –>1642 - Blaise Pascal, satu ahli matematik Perancis dan ahli falsafah, mencipta kalkulator mekanikal digital , dipanggil Pascaline. Tujuan beliau cipta untuk membantu ayahnya, seorang pegawai percukaian di perancis. Walaupun mesin ini boleh melakukan tambahan dan penolakan di semua nombor, ianya mahal dan cuma beliau saja je boleh baiki. –>1694 - Gottfriedd Leibnitz telah mecipta kalkulator yang lebih berkesan dari Pascaline…Walaupun pengiraaan yang dihasilkan oleh mesin nie tepat tapi terdapat masalah dan amat sukar bagi menghasilkan mesin ni –>1812 - Charles P. Babbage, “Father Of Computer“… Ia adalah titik perubahan di dalam sejarah komputer… Beliau telah merekabentuk sebuah mesin, enjin beza [Different Engine] yang berkuasa wap, berfungsi outomatik dan diperintah oleh satu program arahan tetap. Dalam 1833, Babbage berhenti mengusahakan mesin ini untuk menumpukan pada enjin analisis [Analytical Engine]. –>1820 - Joseph Jacquard memperkenalkan kad-kad kemasukan atau input utk mesin enjin analitikal [Analytical Engine]. –>1840 - Augusta Ada. “The First Programmer” mencadangkan bahawa satu sistem perduaan mestilah digunakan untuk tempat penyimpanan kurang daripada satu perpuluhan sistem… –>1850 - George Boole membangun “Boolean” logik dimana banyak digunakan dalam rekabentuk litar komputer. –>1890 - Dr. Herman Hollerith memperkenalkan elektromekanik [Tabulating Machine] dengan menggunakan kad-kad yang diperkenalkan oleh Joseph Jacquard , kad tebuk memproses data mesin ini digunakan untuk membanci bagi mengumpul maklumat untuk 1890 U.S. Penjadual Hollerith’s telah berjaya dan beliau telah memulakan perniagaan sendiri dan memasarkannya. Pada tahun 1911 Hollerith’s Tabulating Machine Company telah bergabung dgn dua lagi syarikat dan pada 1924 mereka telah menukarkan nama syarikat kepada International Business Machines Corporation [IBM] yang menjadi gergasi dunia komputer pada masa kini. –>1906 - tiub vakum direka oleh Ahli fizik Amerika Lee De Hutan. –>1939 - Dr. John V Atanasoff dan penolongnya Clifford Berry telah mencipta komputer digit elektronik pertama. –>1941 - Konrad Zuse dari Jerman, telah memperkenalkan komputer aturcara pertama direka bagi menyelesaikan persamaan kejuruteraan yang kompleks…Mesin ini, dipanggil Z3, adalah yang pertama sebagai ganti sistem penduan kepda sistem perpuluhan.. Lepas tu, sejarah komputer dibahagikan kepada 4 generasi Generasi Pertama [ 1942 - 1959 ] Generasi Kedua [ 1959 - 1964 ] 1
  • 2. Generasi Ketiga [ 1964 - 1970 ] Generasi Keempat [ 1971 -1999 ] Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya : www.familiazam.com Generasi Pertama (1940-1959) Generasi Kedua (1959-1964) Generasi Ketiga (1964-1980) Generasi Keempat (1980 - Sekarang) Generasi Kelima (Masa Depan) www.familiazam.com GENERASI PERTAMA Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe). www.familiazam.com Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling. Tiub Vakum ENIAC Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja. www.familiazam.com Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan. www.familiazam.com Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 2
  • 3. 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat. www.familiazam.com GENERASI KEDUA Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan. www.familiazam.com Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir. Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094. GENERASI KETIGA www.familiazam.com IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak. Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula. www.familiazam.com Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo 3
  • 4. dan PL/1. Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina- siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi. GENERASI KEEMPAT www.familiazam.com Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI). Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar. www.familiazam.com Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa. Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah !. www.familiazam.com Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata. GENERASI KELIMA www.familiazam.com Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek- projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali 4
  • 5. ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia. Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut. www.familiazam.com Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference' dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara. Mengikut wikipedia, komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke - 20 ( sekitar tahun 1940 - 1945). Jika dikira sehingga sekarang (2008) lebih kurang 68 tahun usia komputer. Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah dan ada sesetengah pendapat mengatakan saiznya adalah sebesar rumah. Tujuan utama penciptaan komputer adalah sebagai alat bantu manusia terutamanya dalam penyimpanan data. ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of Pennsylvania. Mereka berdua adalah saintis di School of Electrical of Electrical Engineering, University of Pennsylvania. Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang. 5
  • 6. Sinopsis ENIAC : Tahun dicipta: 1946 Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat Kuasa Elektrik Digunakan : 170 000 watts Berat : 28 tan Saiz : 80 inci lebar x 8 inci tinggi Komponen :17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000 kapasitor and around 5 juta pateri. Nilai : Di anggarkan bernilai USD 480 000 Tujuan penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil kira pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya. Tentera Amerika menggunakan semasa Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman. Nota : Bayangkan bagaimana rupa bentuk komputer pertama di sunia. Dengan saiz yang besar dan mempunyai keupayaan terhad, tetapi dari penciptaan pertama ini menghasilkan evolusi komputer yang sempurna. Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik ( pengiraan ) dan logic( membuat keputusan ) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik ( tanpa pertolongan manusia ) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program ( atau aturcara ) mengandungi jujukan arahan- arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya....... 1940 Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komput kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri. Generasi Pertama ( 1942 - 1959 ) Ciri-ciri : 1. Menggunakan teknologi tiub hampagas. 2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik. 3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara. 4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah. Contoh : a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry. b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang. c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 ) d. IBM 701 ( 1953 ) e.IBM 650 ( 1959 ) Generasi Kedua ( 1959 - 1964 ) Ciri-ciri : 1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak. 2. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain. 3. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja. 4. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik. 5. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan. 6. Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan COBOL. Contoh : a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain. b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000. 6
  • 7. Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 ) Ciri-ciri : 1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon. 2. Atur cara lebih serasi. 3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa. 4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet. 5. Lebih kuat, utuh dan padat. 6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal. Contoh : a. IBM 360 ( 1964 ) b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 ) c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000 Generasi Keempat ( 1971 -1999 ) Ciri-ciri : 1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun LSI ). 2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan. 3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan. 4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM ) ). 5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar. Contoh : a. IBM 370 ( 1970 ) b. PDP-11 ( 1970 ) c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET. d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland. e. Super komputer yang popular ialah CRAY I. Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini ) Ciri-ciri : 1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia. 2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik. 3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak. 4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Contoh : a. Pentium III b. Pentium III Xeon c. Pentium IV Catatan: Sila Dapatkan Salinan “ARIF ICT” Pada Desktop Setiap Kiosk. jemiromli@gmail.com 7