SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 31
1.0    PENGENALAN

Kepentingan pendidikan sains dan teknologi di Malaysia, sememangnya telah diakui dan
diterima oleh semua pihak. Sehubungan itu,tugasan ini akan mengupas dengan lebih lanjut
tentang Dasar 60(Sains):40(Sastera) ke Arah Membangunkan Negara Menerusi Pembentukan
Rakyat Minda Kelas Pertama. Tugasan ini telah mendedahkan isu-isu penting yang berkaitan
dengan dasar 60(Sains):40(Sastera) dalam membangunkan negara menerusi pembentukan
rakyat minda kelas pertama dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan dasar
ini. Segala isu dan cabaran yang disentuh di dalam tugasan ini berkait rapat antara satu sama
lain. Selain itu, beberapa pendekatan yang efektif yang diambil samada oleh kerajaaan atau
masyarakat Malaysia bagi menjayakan dasar 60(Sains):40(Sastera) turut dikaji dan
disertakan di dalam tugasan ini.

       Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan       di dalam tugasan ini, yang berkaitan
dengan punca dasar 60:40 masih belum berjaya dilaksanakan dan juga faktor penyumbang
kepada kegagalan dalam menjayakan dasar ini. Antaranya ialah faktor bajet,masalah
prasarana di sekolah luar bandar, kesan PPSMI dan kecenderungan pelajar dalam kursus
Sains dan Teknologi. Manakala cabaran yang diketengahkan ialah tindakan yang perlu
diambil bagi menjayakan dasar 60:40, dari segi bajet yang diperlukan, kemudahan prasarana,
dan kesedaran tentang kepentingan bidang Sains dan Teknologi kepada para pelajar.

       Di bahagian akhir tugasan ini, didapati bahawa beberapa pendekatan yang berkesan
harus diteliti dan dilaksanakan untuk mengatasi segala cabaran pada masa kini atau masa
akan datang demi merealisasikan hasrat kerajaan dalam melaksanakan dasar 60:40. Hal ini
amat penting dalam menjayakan matlamat dasar sains dan teknologi iaitu memastikan
pembangunan saintifik bagi menyokong dan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang
tinggi, mempercepat pembangunan perindustrian secara menyeluruh dan menyediakan asas
bagi mewujudkan masyarakat yang maju dari segi sains dan teknologi menjelang tahun 2020.




                                             1
2.0    KONSEP DAN PENGERTIAN

Untuk kita memahami dengan lebih lanjut tentang dasar 60(sains):40(sastera) ke arah
membangunkan negara menerusi pembentukan rakyat minda kelas pertama, kita perlu
melihat terlebih dahulu konsep dan pengertian dasar ini.




2.1    Konsep

Dasar 60:40 ini adalah dasar yang memperkatakan tentang penetapan bilangan penyertaan
pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi berbanding bidang sastera. Dasar ini telah
diwujudkan sejak tahun 1967 dan dengan berpaksikan aspirasi negara yang diilhamkan
dalam Wawasan 2020 iaitu pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020,
kerajaan telah menetapkan matlamat dasar ini adalah untuk ,melahirkan lebih banyak para
saintis, jurutera, doktor dan juruteknik yang berkepakaran tinggi bagi pembangunan pelbagai
sektor ekonomi dan sosial, sejajar dengan pertambahan penduduk dan kualiti hidup
masyarakat.

      Hal ini sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 iaitu sebuah wawasan kerajaan Tun Dr
Mahathir   Mohamad, Perdana      Menteri    Malaysia ketika   itu,   yang   bertujuan   untuk
meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020. Memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad(1991),

      ‘Matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia “…sebagai sebuah negara
industri” dan “…pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju,menjelang
tahun 2020 menurut acuan kita sendiri…”

      Berlandaskan kata-kata mantan Perdana Menteri kita, dapat disimpulkan di sini bahawa
dengan terlaksananya dasar 60(sains):40(sastera) ini, negara mampu melahirkan lebih banyak
rakyat yang membudayakan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Secara tidak
langsung, negara Malaysia yang benar-benar maju dapat dicapai dengan lahirnya rakyat yang
sedar akan kepentingan sains dan teknologi selaras dengan cabaran ke-6 yang termaktub di
dalam Wawasan 2020. Cabaran tersebut menekankan untuk mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan

                                              2
berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

       Selain itu, dapat dilihat bahawa pendidikan sains kini menjadi semakin penting dalam
membantu negara mencapai status negara maju yang memerlukan lebih ramai tenaga mahir
dalam bidang itu. Penguasaan sains dan teknologi akan membolehkan Malaysia membina
kekuatan untuk berdaya saing dengan negara-negara maju. Bagi negara-negara yang jauh
kehadapan dalam bidang Sains dan Teknologi seperti Amerika Syarikat, United Kingdom,
Jerman dan Jepun, usaha untuk menguasai sains dan teknologi bukan sahaja terus
dipergiatkan tetapi ia juga sering menjadi agenda utama dalam belanjawan sektor pendidikan
negara masing-masing.

       Negara-negara berkenaan sedar, penguasaan sains dan teknologi akan membolehkan
mereka menerokai, menjelajahi, menguasai, malah kadang-kadang turut memonopoli
pelbagai disiplin ilmu dan kekayaan alam.       Mereka juga sedar, penguasaan sains dan
teknologi dapat menghasilkan pulangan yang besar kepada banyak aspek kehidupan,
umpamanya dalam persaingan menguasai angkasa lepas. Malah dalam era ledakan teknologi
maklumat, kehidupan canggih lagi mencabar dan dunia tanpa sempadan ini, penguasaan di
bidang sains dan teknologi seringkali menjadi kayu ukur ketinggian martabat sesuatu negara
bangsa (Azmi Zakaria, 1999).

          Oleh itu, untuk mencapai status negara maju yang berorientasikan perindustrian,
Malaysia bukan sahaja perlu banyak bergantung kepada sumber modal dan pembangunan
teknologinya. Malahan kuantiti dan kualiti tenaga manusia yang menguasai dan boleh
menyesuaikan diri dengan sains dan teknologi terkini perlu dititikberatkan. Dari segi
gunatenaga, seramai 83,590 jurutera (awam, elektrik dan elektronik, kimia dan lain-lain)
diperlukan pada tahun 2000. Manakala pembantu jurutera pula seramai 151,844 orang dalam
pelbagai bidang (RM7). Malaysia juga kekurangan tenaga profesional dalam bidang R & D.
Dalam tahun 1990, terdapat 13,600 tenaga penyelidik di Malaysia dan pada tahun 1995
bertambah 8,300 iaitu pada nisbah 400 saintis penyelidik setiap sejuta penduduk.Nisbah ini
lebih rendah berbanding dengan negara perindustrian baru seperti Taiwan dan Korea Selatan
yang mencapai tahap 2000 saintis bagi sejuta penduduk ( H. Osman-Rani, 2000).


                                            3
Namun, dengan adanya dasar 60:40 ini, sekaligus akan mampu untuk mengatasi
masalah kekurangan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi di samping
menyediakan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020.




2.2    Pengertian

Sains dan teknologi di Malaysia telah diberi penekanan penting sejak tiga dekad yang lalu.
Sejak tahun 1965 lagi, sains dan matematik dijadikan mata pelajaran teras di peringkat
sekolah rendah dan menengah rendah. Manakala diperingkat menengah atas, aliran sains
tulen telah diperkenalkan. Dengan ini pelajar dapat menguasai sains secara lebih khusus dan
mendalam.

       Memetik kata-kata Spencer (Abu Bakar Nordin, 1994),

“Ilmu yang terpenting ialah ilmu yang dapat menjamin survival individu dan kumpulan.”

        Dalam tahun 1990an dan dekad-dekad awal tahun 2000 pandangan Spencer itu
diperkukuhkan dengan adanya persaingan untuk menjadi negara maju di mana ilmu yang
berkaitan dengan sains, teknologi dan pengurusan dianggap sebagai prasyarat kepada
kejayaan hidup. Ilmu lain-lain berkaitan dengan individu seperti kemasyarakatan, estetika,
kerohanian dan pemikiran hanya tinggal ilmu hiasan.       Oleh itu kepentingan sains dan
teknologi tidak boleh dinafikan. Hal ini juga dapat dilihat melalui matlamat meningkatkan
keupayaan Sains dan Teknologi berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi
yang cekap teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan
yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih.”

       Manakala Minda Kelas Pertama pula difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang
mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan
dunia. Ini termasuklah dalam aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan
moraliti dan budaya yang akhirnya menyumbang untuk kepentingan bersama dan
pembangunan yang bersifat holistik.



                                            4
3.0    ISU-ISU BERKAITAN DENGAN DASAR 60 (SAINS): 40 (SASTERA)

Semenjak perlaksanaan dasar 60:40 pada tahun 1967 pelbagai perancangan telah dijalankan
untuk menjayakan program ini. Penekanan dalam bidang sains dan teknologi dalam bidang
pendidikan juga diberi perhatian. Hal ini jelas ditunjukkan oleh pihak persatuan berkerajaan
mahupun persatuan bukan kerajaan yang berkejar-kejaran membina infrastuktur-infrastuktur
yang bermatlamat untuk menyampaikan ilmu-ilmu serta penerokaan dalam bidang sains dan
teknologi seperti Petrosains dan Pusat Sains Negara. Dan kemuncak perkembangan
infrastruktur berasaskan sains dan teknologi adalah Koridor Super Multimedia (MSC). Di
samping itu, pembinaan infrastruktur-infrastuktur tersebut adalah salah satu pendekatan
untuk menarik minat anak-anak muda ataupun para pelajar dalam bidang ini. Hal ini kerana
mereka adalah antara golongan yang akan memonopoli atau menjadi generasi harapan untuk
membantu memajukan negara di masa hadapan terutamanya dalam bidang ekonomi. Namun
begitu, banyak spekulasi-spekulasi menanyakan sejauh mana kejayaan perlaksanaan dasar ini
semenjak ia mula diperkenalkan. Kajian juga telah dijalankan untuk mengetahui adakah
perlaksanaan dasar ini telah mencapai matlamatnya atau tidak. Hasilnya, ramai yang
menyatakan bahawa dasar ini tidak berjaya mencapai matlamatnya. Antara faktor-faktor
dasar ini tidak mencapai tujuannya adalah masalah bajet yang kurang mencukupi, prasarana
di sekolah luar bandar yang kurang diberi perhatian, kesan PPSMI serta kecenderungan
pelajar terhadap kursus berkaitan sains dan teknologi.




3.1     Faktor Bajet

Masalah peruntukan bajet merupakan salah satu punca dasar ini gagal mencapai matlamat
yang telah digariskan sejak ia telah mula dilaksanakan. Masalah kegawatan ekonomi pada
pertengahan tahun 1997 telah memberi impak yang agak besar kepada negara kita. Pelbagai
perancangan tergendala dek tempias masalah kegawatan ekonomi yang kian meruncing.
Termasuklah perancangan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan dalam negara. Ini juga
akan membantutkan perkembangan negara untuk meletakkan sistem pendidikan negara
setaraf dengan sistem-sistem pendidikan cemerlang dari negara-negara luar. Masalah ini
perlu diberi perhatian serius kerana jika berterusan sehingga bertahun-tahun lamanya, hasrat

                                              5
negara untuk maju pada tahun 2020 hanyalah sekadar manis di bibir sahaja. Komitmen
pelbagai pihak amatlah diperlukan samada dari segi sumbangan idea, sumbangan kewangan,
sumbangan prasarana dan sebagainya. Selain itu, terdapat sesetengah pihak memandang
enteng terhadap masalah ini. Kurang sumbangan yang dihulurkan untuk memajukan sektor
sains dan teknologi. Mereka bersikap untuk lebih mementingkan diri sendiri dengan
memberikan 100% tumpuan kepada perkembangan ekonomi masing-masing seperti enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesedaran untuk bersama-sama
memajukan negara agak kurang.Jika dibandingkan dengan negara luar,rakyat lebih
membantu untuk bersama-sama memajukan negara. Contohnya, seperti negara Jepun.
Semangat “kaizen” ataupun yang bermaksud perubahan kepada kebaikan sikit demi sedikit
menjadi pendorong rakyat Jepun untuk memajukan negara mereka. Mereka berpegang teguh
kepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi sehingga kini, Jepun merupakan
negara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia. Oleh itu, sikap ini perlu
diimplementasikan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia supaya kita mampu duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

       Malangnya semenjak berlaku masalah kegawatan ekonomi negara, belanjawan negara
lebih banyak mengfokuskan masalah pembangunan dan pembaikan ekonomi negara semata.
Kurang peruntukan diberikan untuk pembangunan pendidikan seperti dana untuk
penyelidikan di IPT, penambahbaikan kemudahan-kemudahan seperti makmal, perpustakaan
untuk sekolah-sekolah di kawasan luar-luar bandar, pembaikan infrastuktur terutamanya di
kawasan Sabah dan juga Sarawak. Masalah kurangnya dana itu jugalah yang mengakibatkan
bilangan para penyelidik dalam bidang sains di Malaysia juga masih terlalu rendah dan
nisbah penyelidik adalah dalam 10,000 penduduk negara ini hanyalah 0.3 peratus sahaja.
''Perbezaan peratusan ini amat ketara berbanding 15-18 peratus penyelidik di Perancis dan
Jerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat,'' ujar Tun Ahmad
Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Bukti kerajaan
mencuba untuk memberi perhatian kepada penumbuhan pendidikan dalam bidang sains ini
cuma ketara apabila negara telah membelanjakan sebanyak RM 105 juta untuk projek
aeroangkasa pada tahun 2007, iaitu dengan menghantar Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Al Masrie bin Sheikh Mustapha bersama-sama dengan dua orang angkasawan dari negara
luar yang lain. Natijahnya, ramai pelajar mula menjadikan beliau sebagai idola dan mereka

                                            6
menanam cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan jua. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa jika banyak lagi bajet yang dilaburkan untuk bidang sains ini, nescaya pulangannya
mestilah berganda-ganda. Malah, terdapat kanak-kanak kecil yang masih belum bersekolah
memasang impian untuk mengikut jejak langkah Datuk Dr. Sheikh Muszaphar jika mereka
sudah besar. Ini membuktikan pelaburan yang berjuta-juta ini mungkin akan membuahkan
hasil berbilion-bilion kelak. Kebanyakan negara-negara barat dan Jepun contohnya amat
menekankan pendidikan sains dalam pendidikan. Banyak peruntukan diberi oleh pelbagai
pihak untuk memantapkan ekonomi negara mereka terutamanya dalam bidang sains. Oleh hal
demikian, negara mereka amat terkenal dengan pelbagai penemuan dan penciptaan teknologi
baru seperti robotik dan kereta. Namun, masih ramai lagi yang tidak sedar mengenai
kepentingan sains untuk memajukan ekonomi negara kita. Bidang pembangunan ekonomi
lebih mendapat tempat di hati pemimpin berbanding bidang sains. Jika sikap ini berterusan,
nescaya matlamat negara untuk mencapai taraf negara maju setanding negara luar hanya
membuahkan angan-angan semata malah sistem pendidikan pula yang terbengkalai umpama
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

       Namun begitu, selepas ekonomi mulai stabil bermula pada tahun 2000, pemimpin
mencuba untuk memberi tumpuan kepada perkembangan dan kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi di dalam negara. Hal ini mungkin terjadi kerana kesedaran mereka tentang
kepentingan bidang ini dalam memajukan sesebuah negara. Pelbagai usaha dijalankan untuk
menjadikan sains dan teknologi asas kepada ekonomi. Di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir
Mohamad, beliau telah melakukan pelbagai perubahan kepada negara dalam bidang sains dan
teknologi. Contohnya adalah projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project)
hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)].
Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek
besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar
Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan
Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia.
Walaupun pelbagai infrastruktur telah dibina dengan peruntukan yang agak banyak, namun

                                             7
dasar ini masih belum dikatakan berjaya sepenuhnya lagi kerana pembinaan infrastruktur-
infrastruktur tersebut hanya berfokus di bandar sahaja. Hal ini akan mengakibatkan jurang
antara kawasan bandar dan luar bandar makin ketara. Kesimpulannya, peruntukan untuk
kawasan bandar dan luar bandar untuk memajukan bidang sains dan teknologi haruslah
seimbang dan tidak berat sebelah.




3.2    Masalah Prasarana di Sekolah Luar Bandar

Di samping itu, masalah prasarana di sekolah luar bandar juga merupakan salah satu faktor
berlakunya kegagalan dasar ini mencapai objektifnya. Antaranya adalah seperti kemudahan
makmal seperti peralatan-peralatan eksperimen yang tidak mencukupi dan kemudahan
teknologi seperti LCD, komputer, projektor, dan pelbagai lagi. Semua kemudahan ini
mempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagai alat bantuan mengajar (ABM). ABM
amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep sama ada konsep fizik, kimia, biologi, matematik dan lain-lain subjek. Para
pelajar perlu menguasai semua konsep yang mereka pelajari kerana ia adalah titik tolak untuk
mereka lebih memahami topik-topik yang terkandung dalam subjek-subjek tersebut.
Bagaimana ABM dapat menarik minat pelajar dan menambahkan lagi penguasaan mereka
mengenai sesuatu topik? Berdasarkan fakta dan kajian yang telah dilakukan, majoriti pelajar
lebih mengingati fakta sesuatu proses melalui sistem audio dan visual. Hal ini kerana
mengingati sesuatu fakta adalah satu perkara yang agak mencabar bagi pelajar yang tidak
begitu menyukai amalan menghafal. Dan lebih parah lagi sekiranya pelajar terbabit tergolong
antara golongan yang tidak meminati subjek sains. Oleh itu, dengan bantuan ABM, para
pelajar dilatih untuk mengingati sesuatu fakta berdasarkan gambar 3D ataupun melakukan
sendiri eksperimen tersebut. Contohnya seperti salah satu proses sains iaitu proses
fotosintesis. Untuk menghafal proses fotosintesis dari permulaan hingga ke akhirnya
merupakan sesuatu yang agak sukar bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam menghafal.
Alat ABM akan membantu para pelajar untuk menghafal proses tersebut dengan melatih
mereka mengingati fakta melalui daya imaginasi.




                                             8
Masalah prasarana juga amatlah jelas di sekolah luar bandar terutamanya di kawasan
Sabah dan Sarawak. Hal ini dipersetujui oleh Dr. Mohd. Puad Zarkashi, katanya ,
"Sebahagian besar sekolah di pedalaman Sabah masih jauh ketinggalan berbanding sekolah
di Semenanjung yang sebahagian besarnya sudahpun dilengkapi dengan prasarana, bilik
pembelajaran termasuk pusat komputer yang lengkap”. Dalam Bajet 2009, RM31 bilion telah
diperuntukkan untuk agenda pendidikan bagi tujuan pembangunan dan penyediaan
kemudahan asas di sekolah terutamanya di sekolah pedalaman, tetapi mengapa masih
terdapat 16 projek sekolah baru termasuk dua buah sekolah rendah di negeri Terengganu
gagal disiapkan? Adakah ia berpunca daripada salah kontraktor semata ataupun mungkin
wujudnya pecah amanah di antara kalangan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab. Jika
masalah ini berterusan, pembangunan infrastruktur dan kemudahan di sekolah pedalaman
akan terbengkalai dan menambahkan lagi kerugian kepada negara. Selain itu juga, masalah
prasarana di luar bandar amatlah jelas jika dibandingkan dengan sekolah di bandar.
Walaupun kerajaan memperuntukkan sejumlah komputer di setiap sekolah, namun tidak
semua komputer yang disediakan mampu berfungsi dengan sebaik mungkin. Malah para
guru perlu berebut untuk “menyewa” bilik komputer untuk kegunaan anak muridnya semasa
P & P. Lebih menyedihkan lagi, para pelajar terpaksa berkongsi komputer yang terhad. Hal
ini boleh menjejaskan keselesaan dan konsentrasi pelajar ketika proses pembelajaran
berlangsung.




3.3    Kesan PPSMI

Di samping itu dasar PPSMI juga turut menjadi pendorong berlakunya kegagalan dalam
mencapai dasar 60:40. Hal ini kerana, PPSMI memaksa pelajar yang lemah dalam bahasa
Inggeris untuk turut sama mempelajari sains dan matematik dalam bahasa asing ini. Hal ini
akan menyukarkan mereka untuk memahami kedua-dua subjek ini dan pada masa yang sama
mereka juga perlu belajar untuk menafsirkan maksudnya. Namun, bagi pelajar yang
cemerlang dalam subjek bahasa Inggeris, mereka mungkin tidak begitu merasai masalah
untuk memahami kedua-dua subjek walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantaraan.
Masalah ini ketara di sekolah kawasan luar bandar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
statistik menunjukkan bahawa keputusan pelajar cemerlang di kawasan luar bandar tidak

                                             9
setanding dengan pelajar sekolah bandar. Mereka mempunyai masalah dalam subjek sains
dan matematik. Hal ini membuktikan bahawa sistem pengajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris mendatangkan keburukan dari kebaikan untuk pelajar sekolah luar bandar.
Hasil kajian negara barat menunjukkan kemahiran kognitif akademik berkembang
terutamanya melalui bahasa ibunda pada peringkat pendidikan awal. Justeru apabila pelajar
cuba memperoleh bahasa asing dan terus belajar matematik dan sains melalui bahasa asing
tersebut sebagai bahasa pengantar, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik
yang lemah. Oleh itu, ini akan menjejaskan kelancaran pelajar untuk mempelajari dan
memahami subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, semua negara dalam
European Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaran utama (seperti sains dan
matematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajib boleh dipilih ialah dari Bahasa
Inggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua misalnya diajar melalui
pendekatan yang dipanggil pengajaran bahasa dalam konteks pembelajaran isi.

       Perlaksanaan PPSMI juga mengakibatkan kerugian yang agak besar sejak awal
perlaksanaannya sehingga pembubarannya pada tahun 2012. Hal ini kerana kerajaan terpaksa
menghabiskan wang untuk mencetak dan mengeluarkan peruntukan menukarkan buku-buku
rujukan daripada bahasa melayu kepada bahasa Inggeris. Malahan, kerajaan telah
memperuntukkan bajet untuk mengadakan kursus-kursus untuk memantapkan penguasaan
bahasa Inggeris oleh para guru. Setelah hampir 10 tahun perlaksanaan PPSMI, dasar ini
bakall dimansuhkan pada tahun 2012. Pada tahun 2007, kajian penting antarabangsa
mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan
membabitkan 59 negara oleh Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS 2007). Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar
Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot
kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan
sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada
2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang
dilaksanakan oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts,
Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit
atau menurun sedikit. Oleh itu, usaha kerajaan untuk memantapkan penguasaan sains

                                            10
matematik dalam bahasa Inggeris selama ini ibarat mencurahkan air kedaun keladi.
Mempelajari sesuatu tanpa memahami konsep yang sebenar adalah suatu perkara
menyedihkan. Walaupun PPSMI masih mendatangkan kebaikan, namun keburukannya masih
lagi jelas.

Dan sebagai tambahan lagi, peratusan keputusan UPSR, PMR, dan SPM dalam subjek sains
dan matematik selalu juga dikatakan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.
Namun, adakah benar sistem pemarkahan tersebut sehinggakan pernah terjadi di mana
terdapat pelajar yang bermasalah seperti ponteng kelas, sangat tidak mahir menulis dan
membaca, sangat lemah bahasa Inggeris dan pengiraan, tidak pernah membuat latihan yang
guru arahkan, selalu ponteng peperiksaan pelbagai lagi masalah disiplin. Mereka ini bukan
setakat lulus subjek sains, malah mencatat keputusan kredit C5 dan C6 hinggakan guru yang
mengajar seakan tidak percaya. Oleh itu, apakah yang diberi perhatian oleh pihak
bertanggungjawab dalam sistem pemarkahan? Kualiti atau kuantiti?




3.4     Kecenderungan Pelajar dalam Kursus Sains dan Matematik

Faktor yang keempat yang menjadi punca kegagalan dasar 60:40 mencapai matlamatnya
adalah dorongan atau kecenderungan pelajar dalam memilih kursus sains dan matematik
sebagai subjek pilihan. Kecenderungan untuk memilih subjek yang pelajar minati amat jelas
sekali sama ada di sekolah menengah mahupun di universiti. Para pelajar lebih berminat
untuk melibatkan diri mereka dalam bidang yang tidak memerlukan mereka untuk berfikir
atau menghafal konsep-konsep sains dan formula-formula yang tedapat dalam subjek sains
dan matematik. Mereka lebih terdorong untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiran
yang mana lebih mengfokuskan kepada praktikal. Contohnya seperti bidang automotif,
perakaunan, dan lain-lain lagi. Subjek Sains bukan suatu subjek yang hanya memadai
diterangkan dengan menggunakan medium teks dan grafik sahaja, terutamanya kepada para
pelajar baru didedahkan dengan subjek ini. Ia sebenarnya memerlukan lebih daripada itu.
Para pelajar selalunya mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu konsep atau teori
terutamanya apabila perkara yang disampaikan itu sukar untuk diberi gambaran secara
kasar.Sekiranya para pelajar ini berterusan didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang


                                           11
sedemikian, lama-kelamaan mereka akan merasa bosan dan sedikit demi sedikit minat
terhadap subjek ini juga akan hilang.

       Selain itu, kurangnya dorongan daripada ibu bapa dan para guru juga merupakan
pendorong mengapa pelajar kurang beminat untuk mempelajari bidang ini. Sedar atau tidak,
soal pendidikan anak-anak kini lebih banyak dibebankan di atas bahu orang lain. Termasuk
dalam hal ini adalah yang berkaitan dengan mendidik minat anak terhadap sains. Anggapan
ibu bapa, pendidikan sains untuk anak-anak adalah tanggungjawab guru semata-mata.
Namun, hakikatnya, kesedaran dan minat awal anak-anak terhadap bidang sains seharusnya
bermula di rumah. Seterusnya, minat tersebut dikembangkan di sekolah. Ini menunjukkan
bahawa kerjasama membentuk minat anak terhadap bidang sains adalah tanggungjawab
bersama. "Ibu adalah guru pertama anak-anak". Ungkapan ini kerap kali kita dengar dan ia
bukan sahaja merujuk kepada peranan ibu dalam mendidik anak-anak tetapi lebih luas lagi,
ungkapan ini turut melihat peranan bapa dan ahli keluarga dalam pendidikan seorang anak.
Berkaitan dengan menanam minat terhadap bidang sains, peranan ibu bapa sangatlah penting.
Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah menyediakan atau membentuk satu suasana pembelajaran
sains di rumah iaitu merangkumi kegiatan penerokaan, pemerhatian, pengkajian dan
penilaian. Anak-anak hendaklah digalakkan untuk bertanya banyak soalan dan soalan-soalan
tersebut perlu dijawab oleh kedua ibu bapa. Jika tidak berupaya menjawab soalan tersebut,
maka ibu bapa boleh mencari jawapan tersebut bersama-sama anak-anak di internet atau
buku-buku yang banyak terdapat di pasaran. Di rumah juga, dalam usaha membentuk minat
terhadap sains, terdapat banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama-sama anak.
Misalnya, ketika memasak, ibu boleh mengambil kesempatan itu untuk menarik minat anak
memerhati dan berfikir. Sebagai contoh, ketika menjerang air, tanyalah kepada anak kenapa
wap panas keluar apabila air sudah masak. Atau ketika menggunakan soda bikarbonat ketika
membuat kek, tanyakan kepada anak kenapa kek itu naik atau mengembang.Ujikaji mudah
ini juga boleh dikembangkan agar anak boleh merasakan keseronokan kegiatan tersebut.
Bukankah cara ini mudah untuk dipraktikkan? Namun adakah ibu bapa benar-benar
bertindak sebagai pemangkin pelajar untuk meminati bidang ini?

       Bagaimana pula dengan peranan guru dalam mengimplementasikan minat pelajar
terhadap subjek sains dan matematik? Para guru juga mempunyai tugas yang besar dalam


                                           12
usaha membentuk sikap dan pemikiran saintifik di kalangan pelajar. Sikap dan pemikiran ini
pastinya perlu dipupuk dengan menanam minat pelajar terhadap sains. Pelajar hendaklah
dididik mempelajari dan meminati sains kerana sains penting dalam hidup manusia. Sains
secara asasnya bermula untuk menyelesaikan masalah seharian manusia. Inilah hakikat yang
harus difahami semua pihak. Ini juga bermakna sains adalah berkaitan dengan kegiatan
harian manusia dan bukannya untuk mendapat markah tinggi atau mendapat peluang
pekerjaan yang baik sahaja. Sebagai seorang guru, mereka seharusnya bijak dan kreatif
merancang kegiatan pembelajaran sains dengan lebih menarik. Seperti yang disebutkan awal
tadi, kegiatan pembelajaran itu hendaklah meliputi ciri kegiatan sains iaitu pemerhatian,
penerokaan, percubaan ujikaji, penilaian dan pelaporan kajian. Pelajar hendaklah digalakkan
dan diberi peluang untuk bertanya soalan dan mencuba sendiri ujikaji yang dijalankan. Ini
sangat penting kerana mempelajari sains tanpa berpeluang mencuba atau melakukan kajian
sendiri adalah ibarat lagu tanpa irama. Kegiatan ‘hands on' ini sangat penting dalam
pendidikan sains. Pembelajaran sains juga tidak sewajarnya terhad di dalam kelas semata-
mata. Pelajar juga harus diberi peluang untuk belajar di luar kelas. Malah, pembelajaran luar
kelas ini memberi pelajar lebih peluang untuk meneroka dan memerhati. Guru-guru boleh
membawa pelajar menyelidiki persekitaran sekolah. Semasa kegiatan ini, pelajar boleh
disuruh membuat inventori serangga yang ada di kawasan sekolah. Ataupun, pelajar boleh
mengumpul pelbagai jenis daun di sekolah dan disusun di dalam buku skrap. Daun-daun
serta serangga tadi boleh disusun dan ditulis namanya. Lebih menarik lagi jika pelajar
disuruh mencari nama saintifik serangga atau tumbuh-tumbuhan yang dikumpul.
Konklusinya, guru-guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan
minat terhadap sains dan matematik dalam kalangan pelajar. Sistem pembelajaran dan
pengajaran yang kurang menarik boleh melunturkan semangat pelajar untuk mempelajari
subjek tersebut.




4.0    CABARAN

Walaupun kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan
merealisasikan dasar 60:40, terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani supaya


                                             13
pencapaian maksimum dapat diperoleh oleh semua lapisan masyarakat. Cabaran-cabaran
tersebut ialah memastikan kuota pelajar sains sebanyak 60% dapat dipenuhi, menyediakan
bajet yang mencukupi, menyediakan prasarana yang mencukupi di sekolah terutamanya di
kawasan luar bandar dan meningkatkan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran sains
dalam kalangan pelajar.




4.1    Memastikan Kuota Pelajar Sains Seramai 60% Dapat Dipenuhi

Cabaran yang pertama ialah memastikan kuota pelajar sains seramai 60% berbanding pelajar
bukan sains seramai 40% dapat dipenuhi. Definisi murid sains dan teknologi yang digunakan
oleh Kementerian Pelajaran dalam menganalisis penyertaan murid dalam aliran sains dan
Teknologi ialah‘Murid yang mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran Sains dan
Teknologi digolongkan sebagai murid Sains dan Teknologi.’Dua kumpulan mata pelajaran
itu ialah mata pelajaran teras (sains teras) dan mata pelajaran elektif (kumpulan Vokasional
dan Teknik, Kumpulan Sains dan Teknologi Maklumat).

       Pada setiap tahun, terdapat lebih kurang 40% murid yang layak menyertai aliran
Sains dan Teknologi di peringkat menengah atas tetapi memilih untuk tidak menyertai aliran
ini. Hal ini termasuklah mereka yang menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam mata
pelajaran sains dan matematik di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Mengapa perkara ini terjadi? Antara faktor-faktor pelajar tidak memilih untuk menceburkan
diri dalam bidang sains dan teknologi adalah faktor minat serta kecenderungan terhadap
bidang ini. Menurut mantan pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Abd.Shukor Abdullah
(Berita Harian, 1999), kecenderungan pelajar untuk memasuki aliran Sains di peringkat
menengah atas masih rendah sejak 1970an lagi. Bagaimanapun bilangannya meningkat
kepada 34.8% pada tahun 2000. Namun masih jauh berbanding dari sasaran 60:40. Selain
itu, kesan daripada dasar PPSMI telah menanamkan dalam pemikiran para pelajar bahawa
mempelajari sains dan matematik akan bertambah sukar jika dipelajari dalam bahasa
asing,iaitu bahasa Inggeris. Keadaan akan bertambah kronik sekiranya pelajar tersebut lemah
dalam subjek bahasa Inggeris. Ia telah dibuktikan oleh pelbagai kajian yang menyatakan


                                            14
bahawa kebanyakan pelajar yang lemah dalam subjek bahasa Inggeris di sekolah luar bandar
terutamanya lebih cenderung untuk memilih bidang sastera bagi meneruskan pengajian
mereka. Situasi yang sama turut terjadi dalam kalangan para mahasiswa di IPT dalam negara
kita. Kurang mahasiswa yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains dan
teknologi seperti perubatan,kejuruteraan,farmasi dan lain-lain walaupun mereka tergolong
dalam golongan elit di sekolah,matrikulasi mahupun bekas diploma.




4.2    Menyediakan bajet yang mencukupi

Cabaran kedua ialah memastikan bajet yang disediakan oleh kerajaan mencukupi. Bajet 2010
untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar. Kegagalan negara untuk menyediakan
pendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalam
keadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan.

       Pengurangan bajet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun ini dilihat
sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi para guru dan pihak pengurusan sekolah dalam
usaha mereka bagi mengekalkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melahirkan
pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Menurut Presiden
Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad,
melalui pengurangan bajet oleh KPM itu banyak aktiviti sokongan pendidikan seperti aktiviti
luar bilik darjah tidak dapat dijalankan.''Pihak sekolah hanya dapat melaksanakan aktiviti
peringkat dalaman sahaja manakala peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan tidak dapat dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti sebegini penting dalam
usaha mengasah bakat pelajar selain meningkatkan disiplin, motivasi dan sahsiah pelajar
berkenaan," (Utusan Malaysia, 1 Januari 2010).

       Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina berkata,
pihak sekolah memahami kehendak KPM mengurangkan bajet kerana faktor kegawatan
ekonomi negara sekarang. Namun begitu katanya, sebaiknya segala peruntukan yang
melibatkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta latihan perguruan tidak perlu
dikurangkan atau disentuh langsung. Tegasnya, pengurangan itu bakal menyebabkan

                                            15
terjejasnya tujuan pendidikan selain akan membantutkan usaha dalam melahirkan guru-guru
cemerlang di negara ini (Utusan Malaysia, 1 Febuari 2010).




4.3    Menyediakan Prasarana Yang Mencukupi Di Setiap Sekolah

Cabaran seterusnya dalam merealisasi dasar 60:40 ini ialah menyediakan prasarana yang
mencukupi di setiap sekolah sama ada di peringkat menengah mahupun rendah, terutamanya
di kawasan luar bandar agar proses P&P dan pengurusan sekolah dapat berjalan dengan
lancar dan berkesan. Kegagalan menggabungkan antara pemahaman teori di dalam kelas
dengan kemampuan untuk menjalankan uji kaji di makmal bagi melihat kesan sebenar dalam
bentuk kualitatif dan kuantitatif akan menyebabkan pelajar kurang berminat terutamanya
dalam mata pelajaran sains. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor ralat atau radas yang tidak
cekap kerana usang dan kekurangan kelengkapan makmal seperti peralatan-peralatan yang
diperlukan bagi menjalani sesuatu uji kaji atau eksperimen.

       Selain itu, pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai PPSMI turut memberi kesan terutamanya bagi
sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Hal ini adalah kerana sekolah-sekolah di kawasan
luar bandar tidak mempunyai peralatan ICT yang mencukupi. Tambahan pula, terdapat
beberapa masalah lain yang turut menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses P&P.
Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang
antara sekolah bandar dan luar bandar. Disamping itu, perisian komputer untuk P&P yang
sesuai sukar diperoleh dan latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem
komputer di sekolah yang kurang berkesan.




4.4    Meningkatkan Minat Dalam Diri Pelajar

Cabaran terakhir ialah meningkatkan minat dalam diri pelajar terhadap mata pelajaran sains
dan matematik.Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tiap kanak-kanak


                                             16
itu ibarat kain putih yang masih bersih dan suci. Oleh itu, hal ini memerlukan peranan yang
besar daripada kalangan guru bagi menarik dan memupuk minat pelajar terhadap mata
pelajaran sains dan juga matematik bermula dari bangku sekolah rendah lagi.

       Pelajar khasnya di luar bandar telah begitu lama berhadapan dengan masalah
kurangnya pendedahan terhadap bidang sains.          Pelajar yang berumur      awal 20an
kebanyakannya mempunyai keluarga yang kurang menekankan ‘Scientific Thinking’.
Mereka kurang berpeluang untuk mendapat pendedahan awal atau penerangan tentang
‘keindahan sains’ di depan mata mereka sendiri pada waktu kanak-kanak. Tambahan lagi,
apabila kanak-kanak di asuh dalam persekitaran yang mengekang kebolehan untuk berfikir
secara saintifik dan menggunakan logik yang diperlukan. Misalnya tegahan memotong kuku
pada hari malam. Anak-anak tidak diberi jawapan yang sebenar yang saintifik mengapa
perbuatan itu dilarang. Selain itu terdapat golongan yang mempunyai tanggapan yang salah
mengenai sains. Umpamanya sains sering dikaitkan dengan keganasan, ateis, antiagama,
tidak sesuai dengan kehendak Islam dan sebagainya.        Apabila kanak-kanak meningkat
remaja, mereka terpaksa pula belajar sendirian untuk memakai konsep-konsep asas sains dan
matematik yang begitu abstrak.

       Selain itu juga, pengenalan PPSMI turut memberi impak yang negatif terhadap
pelajar terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar. Dalam konteks ini,
minat mereka semakin hilang untuk mengambil aliran sains di peringkat menengah atas dan
menyebabkan enrolmen pelajar ke aliran sains semakin berkurang. Hal ini kerana mereka
merasakan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa yang susah untuk difahami dan dipelajari.
Kondisi ini turut dinyatakan sendiri oleh Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad yang
mendakwa bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris (PPSMI) banyak
menimbulkan masalah daripada kebaikan sepanjang dasar PPSMI ini dijalankan. Menurut
beliau,”dasar ini tidak munasabah malah menyebabkan beratus ribu murid di luar bandar
gagal menguasai subjek tersebut. Bukan sahaja kepada pelajar Melayu bahkan kaum lain
juga terasa tempiasnya. Mahu suruh pelajar belajar dalam bahasa yang 90 peratus daripada
mereka tidak faham. Bagaimana mahu berjaya," ( Utusan Malaysia,31 Januari 2009 ).




                                            17
5.0    PENDEKATAN

Kementerian Pelajaran Malaysia akan meneruskan usaha untuk meningkat bilangan pelajar
yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi (ST) bagi memenuhi keperluan sumber
manusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini, nisbah 60:40
pelajar ST dan bukan ST hendaklah dicapai. Sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memastikan dasar ini dapat dicapai pada Tahun 2010 bagi merealisasikan hasrat kerajaan
mencapai negara maju menjelang Tahun 2020.

       Malaysia ingin mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Perindustrian
berteraskan sains dan teknologi ditekankan selaras dengan cabaran ke-6 dalam Wawasan
2020. Tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi perlu dipenuhi. Hasrat ini ingin
dicapai melalui enrolmen pelajar sains kepada bukan sains dengan nisbah 60%:40%, tetapi
masih belum tercapai. Ini menimbulkan masalah enrolmen yang terus berkurang, keperluan
tenaga mahir tidak dipenuhi, aspirasi negara tidak tercapai dan masyarakat tidak
membudayakan sains. Pelajar kurang berminat kepada sains disebabkan sains itu susah,
kaedah pengajaran tidak berkualiti, kerjaya tidak menarik dan masyarakat tidak
membudayakan sains. Untuk meningkatkan enrolmen pelajar guru-guru perlu memainkan
peranan yang penting terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping
mendapat sokongan daripada pihak-pihak lain.

       Bagi merealisasikan hasrat kerajaan melalui dasar 60(sains):40(sastera) kearah
membangunkan negara menerusi pembentukan rakyat minda kelas pertama, pelbagai pihak
haruslah memainkan peranan. Pelbagai pendekatan harus dilakukan untuk menyempurnakan
hasrat kerajaan ini.

       Antara pendekatan-pendekatan yang bakal atau telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah
ialah menghantar pelbagai surat pemberitahuan dan surat pekeliling ke sekolah, pembinaan
infrastrutur segera, mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya               di sekolah,
meningkatkan kualiti profesionalisme perguruan, mengadakan kelas rancangan khas untuk
pelajar pencapaian tinggi, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dan
mengamalkan pembelajaran kontektual.


                                           18
5.1    Menghantar Surat Pemberitahuan Dan Surat Pekeliling Ke Sekolah

Pendekatan pertama ialah selain daripada usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
sains untuk menarik minat murid menyertai aliran sains dan teknologi, pelbagai surat
pemberitahuan dan surat pekeliling telah dihantar ke sekolah sebagai panduan pentadbiran
dan professional ke arah mencapai dasar 60(sains) dan 40(sastera). Hal ini kerana
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan pelajar
yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan sumber
manusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini nisbah 60:40
pelajar Sains dan Teknologi dan pelajar Sastera hendaklah dicapai.

       Pekeliling dan surat pemberitahuan ini seharusnya telah pun dikuatkuasakan di
peringkat negeri lagi. Di peringkat pentadbiran, pekeliling berikut telah dihantar ke sekolah
iaitu KP(BS/MEN)8510/05/013/Jld.3(10) bertarikh 20 Januari, 2000 bertajuk Pemilihan
Pakej Pengkhususan Mata Pelajaran Elektif di Tingkatan Empat , KP(PPK)018/10/Jld.9 (32)
bertarikh 28 Disember, 1999 bertajuk: Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sekolah Menengah
Atas dan KP(BPPP)4?189 Jld. II (1) bertarikh 19 Mac 1997 bertajuk: Dasar Peningkatan
Pelajar Sains dan Teknikal di Sekolah Menengah.

       Selain itu, diperingkat professional pula pekeliling berikut telah dihantar ke sekolah
iaitu KP(BS) 8591/Jilid XVI(12) bertarikh 28 Julai 2000 bertajuk: Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.: 12/2000 Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan dan KP(BS) 8591/Jld.XIV
(11) bertarikh 14 Mei 1998 bertajuk: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/1998: Pelaksanaan
Penggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Sekolah Menengah.Dengan penghantaran surat pekeliling ini diharap dapat dijadikan
panduan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan dasar ini.




5.2    Pembinaan Infrastruktur Segera



                                             19
Pendekatan yang ke dua pula ialah dengan pembinaan infrastruktur segera. Pendekatan ini
sangat penting kerana berhubung maklumbalas daripada sekolah dan kajian yang
dikendalikan oleh Universiti Sains Malaysia (1989) menunjukkan sebilangan pelajar sekolah
dari sekolah dalam bandar menghadapi masalah terlalu ramai murid yang ingin menyertai
aliran sains dan teknologi. Namun begitu, pihak sekolah terpaksa menolak sebilangan murid
yang memohon untuk memasuki kelas sains dan teknologi kerana masalah kekurangan kelas
dan kemudahan untuk menjakankan eksperimen. Hal ini telah sedikit sebanyak telah
mengecewakan murid-murid tersebut kerana hasrat mereka telah ditolak oleh pihak sekolah.

       Namun perkara sebaliknya pula telah berlaku di sekolah luar bandar yang
mengahadapi masalah kekurangan murid yang berminat dengan kelas sains dan teknologi.
Dengan itu, di cadangkan agar      kelas-kelas dan makmal-makmal yang masih dalam
pembinaan di sekolah bandar dapat disiapkan dengan secepat mungkin supaya lebih banyak
kelas sains dan teknologi dapat dibuka. Hal yang demikian akan menyebabkan semua murid
yang berminat dengan sains dan teknologi akan diterima masuk ke kelas sains dan teknologi
kerana sudah tidak timbul lagi masalah kekurangan kelas dan kemudahan untuk menjalankan
eksperimen.




5.3    Mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya di Sekolah

Pendekatan yang seterusnya ialah dengan mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya di
sekolah diharap dapat membantu merealisasikan dasar 60(sains) dan 40(sastera) ini. Kajian
Universiti sains Malaysia (1995) menunjukkan kebanyakan pelajar tidak sedar tentang
peluang melanjutkan pendidikan dan kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Pelajar hari
ini adalah bakal generasi yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan masyarakat dan
negara pada abad ke 21. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang serius dan proaktif
dapat melahirkan dan membentuk pelajar ke arah masyarakat yang dihasratkan dalam
Wawasan 2020 seperti yang terkandung di dalam sembilan cabaran oleh Y.A.B. Perdana
Menteri Malaysia. Bimbingan kerjaya dalam bidang yang berasakan sains dan teknologi
perlu dipertingkatkan memandangkan negara kita sangat memerlukan sumbangan tenga


                                           20
mahir daripada murid-murid ini apabila mereka dewasa kelak kerana mereka semualah
generasi seterusnya yang akan membantu membangunkan negara supaya setanding dengan
negara maju yang lain dalam bidang sains dan teknologi.

       Langkah-langkah dan strategi dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah
perlu untuk memastikan bimbingan dan kaunseling boleh berjalan dengan jayanya di sekolah.
Perlaksanaan bimbingan dan kaunseling telah berjalan atau belum, kemudahan bilik
kaunseling, guru-guru kaunseling, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, pembimbing
rakan sebaya dan tahap pengetahuan mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolah
tersebut. Selalunya di sekolah menengah, bimbingan dan kaunseling sedia wujud tetapi cuma
pengurusan adakalanya tidak sempurna kerana ketiadaan kaunselor yang berkelayakan.
Sekolah rendah pula semua kaunselornya hanya diberi pendedahan melalui kursus 14 minggu
sahaja dan beberapa kursus pendek berbentuk sijil.

       Kaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supaya
program kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat
sekitar. Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluan
penerima. Di sekolah, keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluan
pelajar, disamping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakat
sekolah. Untuk itu, kaunselor perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program
yang diatur benar-benar berkesan. Penganalisisan maklumat adalah perlu bagi penentuan
jenis keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sumber maklumat seperti dahulunya
kad 001 ( Murid ) atau sekarang rekod peribadi murid, surat pekeliling pentadbiran dan
polisi kerajaan , profail guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan dan
rujukan, pakar rujuk dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekitar.

       Oleh yang demikian, untuk menuju kearah itu, pengetahuan guru kaunseling dalam
kerjaya sains dan teknologi hendaklah dipertingkatkan. Semua guru kaunseling perlu
berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mencari ilmu dan pengetahuan tentang bidang-bidang
kerjaya ini supaya mereka dapat memberi pendedahan yang lebih terperinci kepada para
pelajar tentang kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Mungkin dengan cara tidak



                                             21
langsung akan dapat menarik lebih ramai murid yang berminat untuk mempelajari tentang
ilmu sains dan teknologi.

       Guru sains dan teknologi pula perlu diberi kursus dalam bidang kaunseling supaya
mereka turut serta memberi bimbingan kerjaya. Dengan itu, tugas memberi nasihat dan
kaunseling kepada para pelajar tentang bidang kerjaya tidak hanya bergantung kepada guru
kaunseling sahaja kerana guru sains dan teknologi juga boleh memainkan peranan dalam
bidang tersebut. Guru-guru kaunseling dan guru-guru sains dan teknologi perlu mengikuti
perkembangan semasa dalam bidang kerjaya sains dan teknologi untuk memberi bimbingan
kerjaya yang berkesan kepad para pelajar. Program Bimbingan dan Kerjaya seelok-eloknya
dimulakan daripada sekolah rendah lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan
dirancang secara sistematik melibatkan kerjasama daripada semua pihak. Pihak professional
seperti jurutera atau doktor harus dijemput untuk memberi ceramah kerjaya masing-masing
kepada para pelajar. Mungkin dengan cara ini pelajar lebih tertarik untuk menceburi bidang
tersebut.




5.4    Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perguruan.

Pendekatan seterusnya ialah dengan meningkatkan kualiti profesionalisme perguruan. Guru
memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana,
peningkatan kualiti warga perguruan melalui program pembangunan profesionalisme
berterusan kini merupakan keperluan mendesak. Ini penting bagi memperbaiki kompetensi,
pengetahuan dan keupayaan warga guru agar menjadi lebih dinamik. Semua pihak tahu
bahawa kualiti sistem pendidikan yang kita ada tidak boleh mengatasi kualiti yang dimiliki
para guru kerana merekalah yang akan menentukan prestasi sesebuah sekolah dan
pencapaian pelajarnya. Selain daripada sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk
dalam bidang pengajarannya, guru juga merupakan perancang pelajaran, penyedia bahan
pengajaran dan pembelajaran, fasilitator dan penasihat kepada murid. Seorang guru perlu
mempunyai kemahiran secara kritis dan kreatif dan mampu mengeluarkan idea yang inovatif.




                                           22
Guru perlu mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk menjalankan tugas beliau secara
efisien, kualiti profesionalisme guru perlulah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

       Selain daripada kursus perguruan pra-perkhidmatan, satu program latihan guru dalam
perkhidmatan jangka panjang dan bersistem perlu di rancang, guru perlu diberi latihan dalam
perkhidmatan secara berkala. Selain daripada Bahagian Pendidikan Guru, Jabatan Pendidikan
Negeri juga digalakkan membuat perancangan jangka panjang dalam perkhidmatan ini.
Sebahagian usaha meningkatkan kualiti guru, kerajaan telah menaik taraf semua maktab
perguruan menjadi institut perguruan dan memperkenalkan program ijazah khas untuk para
guru yang tidak mempunyai ijazah. Kementerian Pelajaran juga menggariskan beberapa
strategi untuk meningkatkan tahap profesion perguruan antaranya mengetatkan proses
pemilihan bakal guru, memperbaiki suasana pengajaran, mengukuhkan keyakinan diri guru
dan memberikan khidmat sokongan yang berterusan.

       Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha
untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara
langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik
sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan
menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

       Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan
peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru
(IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan
melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi
pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek
utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman,
serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidikan Guru telah mengambil
langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada
guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.




                                              23
Langkah ini sangat penting untuk memastikan tahap profesion perguruan di Malaysia
terus dipandang mulia dan dihormati oleh semua anggota masyarakat. Dengan adanya guru-
guru yang berkemahiran dan kreatif dalam mendidik para pelajar supaya sesi pembelajaran
dalam bidang sains dan teknologi menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.




5.5    Mengadakan Kelas Rancangan Khas Untuk Pelajar Pencapaian Tinggi

Pendekatan berikutnya ialah mengadakan kelas rancangan khas untuk pelajar pencapaian
tinggi. Statistik menunjukkan setiap tahun masih terdapat sebilangan murid lepasan Tahun
Enam Sekolah Rendah yang berpencapaian tinggi tidak dapat diterima ke Tingkatan Satu di
sekolah berasrama penuh kerana tempatnya adalah terhad. Golongan murid ini perlu diberi
bimbingan khas agar mereka meneruskan usaha untuk mengekalkan kecemerlangan
akademik yang telah di tunjukkan oleh mereka. Hal ini kerana, jika mereka tidak terus di
berikan bimbingan akan menyebabkan prestasi mereka dalam akademik berkemungkinan
akan terus turun dengan merudum. Bimbingan ini penting kerana murid-murid ini perlu terus
diberikan tunjuk ajar dan nasihat untuk memastikan semangat mereka untuk menjadi seorang
yang cemerlang dalam hidup tidak hilang begitu sahaja.

       Hal ini kerana amat merugikan jika pelajar-pelajar ini tidak meneruskan usaha
kecemerlangan mereka dan membiarkan kejayaan yang pernah di capai itu terkubur begitu
sahaja. Golongan berpencapaian tinggi ini seharusnya di asingkan dari pelajar-pelajar yang
berpencapian rendah agar mereka tidak terpengaruh dengan orang lain. Melalui cara ini, agak
mudah bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan khas kepada
pelajar yang berpencapaian tinggi ini.

       Pada masa ini golongan murid yang berpencapaian tinggi ini akan dikumpulkan untuk
belajar di sekolah pusat yang dikenal pasti. Sekolah pusat ini akan membekalkan kemudahan
berasrama kepada murid-murid ini. Program khas seperti kem-kem akademik akan dirancang
untuk golongan murid ini untuk memastikan mereka mendapat panduan dan bimbingan yang
berterusan. Rancangan khas ini perlu diperuas di semua peringkat dan perlu di perkukuhkan
lagi supaya keberkesanannya lebih terjamin. Oleh itu, lebih banyak sekolah sedemikian perlu

                                            24
diwujudkan dan rancangan khas ini perlu dikembangkan kepada murid yang berada dalam
kawasan bandar atau pinggir bandar yang berpotensi agar potensi mereka sebagai seorang
pelajar yang cemerlang dapat dioptimumkan lagi.




5.6    Mempelbagaikan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Selain itu, pendekatan seperti mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran juga
telah dilakukan oleh pihak kerajaan di Malaysia. Peningkatan pencapaian murid dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) memerlukan
perancangan yang rapi dan dan strategi yang konkrit bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Strategi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang
penting dalam meningkatkan minat murid terhadap sains dan matematik serta mengukuhkan
mutu pendidikan sains dan matematik dalam negara. Pelajaran sains dan matematik yang
tidak menarik akan membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid
dalam mata-mata pelajaran berkenaan.

       Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran perlu digunakan untuk murid yang
mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan serta untuk konsep yang berlainan. Strategi-
strategi pengajaran dan pembelajaran ini sangat penting kerana tanpa strategi pengajaran dan
pembelajaran yang menarik akan menurunkan minat pelajar untuk mendalami bidang sains
dan teknologi. Ini akan menyebabkan dasar 60(sains) dan 40(sastera) tidak akan dapat
dicapai. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran juga mengurangkan monotomi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan
mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti
berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan
pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.
Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan
minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses
pengajaran dan pembelajaran.




                                            25
Penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi
maklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada para guru seperti mempelbagaikan
bahan bantu mengajar (BBM), menyediakan Rancangan Pengajaran, merekod dan
menyimpan maklumat pelajar, memproses markah ujian/peperiksaan, membuat semakan
stok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak lagi. Senario ini telah menimbulkan
implikasi kepada pelaksanaannya di berbagai peringkat.

         Pada asasnya, tugas utama seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan,
memperkembangkan kemahiran dan membentuk akhlak di samping tugas-tugas sebagai
perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai model untuk diteladani pelajar.
Perubahan dan peralihan sistem pendidikan negara turut sama merubah fungsi dan
peranan    guru   pada   hari   ini.   Guru    bukan       sahaja   lagi   berperanan   sebagai
pengajar, pendidik dan pembimbing, malah telah berkembang ke tahap pengsosialisasian,
penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi
kritikal dalam diri pelajar (Faridah Karim, 1999). Bagi melaksanakan tugas-tugas yang
mencabar ini, guru seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagai strategi,
kaedah     dan    pendekatan    terutamanya        dalam      melaksanakan     amanah     yang
dipertanggungjawabkan kepadanya pada sesatu masa itu dengan jayanya.

         Dari segi pengajaran, penggunaan teknologi maklumat memerlukan perancangan
yang cekap dan efisien supaya pembelajaran dapat dimaksimumkan kepada setiap orang
pelajar. Teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi
peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu
pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Pengajaran berintegrasikan
komputer pada hakikatnya adalah melibatkan penggunaan komputer untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran , di samping itu ia turut membawa dimensi baru
dalam budaya mengajar dan budaya belajar di sekolah malahan mengikut pandangan Abd
Rahim (2000), beliau berpandangan bahawa pengajaran yang tidak mementingkan
kreativiti di institusi pendidikan akan melahirkan insan yang tandus dengan daya
imaginasi dan idealisme. Perubahan ini akan memberi cabaran kepada guru bagi
menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran sebagai tuntutan pada hari ini agar dapat
bersaing di peringkat global. Dengan itu, guru pada hari ini harus melengkapkan


                                              26
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan
keperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dan
diguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini.

       Kelebihan seseorang guru dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti
komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan ransangan pelajar
untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar
berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada guru itu
sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Penyelidik percaya
bahawa alat teknologi seperti komputer boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran dan
sebagai amalan pensyarah hari ini bagi mengatasi masalah beban tugas yang semakin
mencabar itu. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting
bagi pensyarah untuk melaksanakannya selaras dengan apa yang terkandung di dalam
misi reformasi pendidikan negara.
       Kejayaan strategi pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang
merancang dan mengelolakan pelajaran berkenaan. Jika guru tersebut seorang yang kreatif
dan inovatif akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik dan berkesan. Maka guru perlu diberi latihan pra-perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan tentang pedagogi yang berkesan dan menarik. Pihak pentadbiran sekolah juga
perlu memberi sokongan professional kepada para guru ini. Bahan sokongan dan bahan
bantuan mengajar yang boleh meransangkan para pelajar perlu di sediakan.




5.7    Mengamalkan Pembelajaran Kontektual

Pendekatan yang terakhir ialah mengamalkan pembelajaran kontektual. Pembelajaran
konstektual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. Pendekatan
kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan
inkuiri penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang di ajar
dengan kehidupan seharian dieksplitasikan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara
teori sahaja tetapi juga dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dan matematik
dengan kehidupan mereka. Pembelajaran yang bermakna meningkatkan keberkesanan


                                            27
pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mampu meningkatkan pencapaian murid dalam
mata-mata pelajaran yang berkaitan.




6.0    PENUTUP

Dunia telahpun menyaksikan perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat pada abad
ke-20, khususnya dalam masa dua pertiga terakhir abad berkenaan. Dijangka perkembangan
ini akan menjadi lebih hebat lagi pada abad ke-21 ini. Sekarang ini pun, bahang kepesatan
perkembangannya telah pun mula dirasai, malah mula dialami. Misalnya terdapat banyak
ciptaan baru dan inovasi dalam aspek bahan termaju, teknik termaju, nanoteknologi,
bioteknologi, mikroelektrik dan robotik.

       Sains dan teknologi akan dibangunkan sehingga berupaya memberi sumbangan
positif yang lebih besar dan bernilai tambah kepada pertumbuhan pembangunan yang
berasaskan produktiviti. Secara perlahan industri dan perkhidmatan berintensifkan modal
dan teknologi akan menjadi teras penting kepada strategi pembangunan untuk mengekalkan
kadar pertumbuhan yang pesat dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

       Sains dan teknologi akan menjadi tunjang kemajuan ekonomi dan daya saing
terutamanya diperingkat antarabangsa. Tanggungjawab mempersiapkan negara khususya
mempersiapkan kaum bumiputera dalam arus kemajuan sains sememangnya agenda yang
mencabar. Minda pelajar-pelajar mesti dibina dengan menggembar-gemburkan bahawa sains
itu mudah dan menarik, dan sains itu penting demi pembangunan negara pada zaman sains
dan teknologi ini.

       Sehubungan dengan itu, kurikulum sains hendaklah bersifat futuristik dan ‘global
context’, matapelajaran bersifat rekacipta, teknikal dan R & D diperbanyakkan,manakala
aspek penyertaan dan pencapaian dipertingkatkan dengan giatnya. Kementerian Pendidikan
perlu sedar dan sentiasa proaktif terhadap segala aspek berkaitan pendidikan sains dan
teknologi, disamping merancang strategi-strategi untuk masa sekarang dan tahun-tahun
mendatang.


                                           28
7.0    BIBLIOGRAFI

Abd.    .Ghafar Ismail dan Md.      Zyadi Md. Tahir.       (1998). Makroekonomi. Malaysia:
       Perspektif Dasar. UKM, Bangi.

Azrina bt Sobian, (2009). Kerjasama dalam Pendidikan Sains. Diperoleh pada April 28,2009
       daripada http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=1718

Charles J. Mcmillan (1994). Sistem Perindustrian Jepun (Nazlifa Md. Ali, Terjemah). Dewan
       Bahasa dan Pustaka. (Karya asli diterbitkan 1984)

Dasar 60:40 pelajar Sastera-Sains belum tercapai. (2009,Mac 27). Utusan Malaysia Online

Dasar sains dan Teknologi Negara (2008). Diperoleh pada November 14,2008 daripada
       http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
       option=com_content&view=article&id=247:dasar-sains-dan-teknologi-
       negara&catid=88:dasar-dasar-negara

Haini bt Ismail,(2001). Pendidikan Sains (Sasaran 60:40;Mengapa Belm Tercapai). Daripada
       http://www.scribd.com/doc/2675329/sains-6040

Jurusan Sains masih kurang sambutan. (1999,November 25). Berita Harian Online

Mohd Zuber Zain, Abdul Halim Ali & Raja Ahmas Shalaby (2005) Pak Lah dan Pendidikan.
       Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tun Dr. Mahathir Mohamad, http://sejarahmalaysia.pnm.my

Wahid Hashim (2010,Februari 1). Pengurangan Bajet KPM : Cabaran buat Guru. Utusan
       Malaysia, 7.

Zul Husni Abdul Hamid (2009,Febuari 1). Memorendum ke Istana Negara. Utusan
       Malaysia,      8.




                                             29
Lampiran A




             30
Lampiran B




             31

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralJamaliah Harun
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 

Was ist angesagt? (20)

Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Pembinaan item objektif
Pembinaan item objektifPembinaan item objektif
Pembinaan item objektif
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Tajuk 6 EDUP2072
Tajuk 6 EDUP2072Tajuk 6 EDUP2072
Tajuk 6 EDUP2072
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 

Ähnlich wie dasar 60(sains) : 40(sastera)

Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluanSiti Alias
 
Masyarakat Saintifik
Masyarakat SaintifikMasyarakat Saintifik
Masyarakat SaintifikRusslan Ssvs
 
Renstra penelitian LPPM UPN Veteran Yogyakarta
Renstra penelitian LPPM UPN Veteran YogyakartaRenstra penelitian LPPM UPN Veteran Yogyakarta
Renstra penelitian LPPM UPN Veteran YogyakartaPrayudi
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaranMOHDGAZALI1
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanNajwa Cassiopiea
 
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana UndikshaKeterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana UndikshaI Wayan Redhana
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullazryna81
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insanNorFatin Amira
 
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdfPanduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdfDonyaja2
 
Panduan-Penelitian-dan-Pengabdian-kepada-Masyarakat-Tahun-2023.pdf
Panduan-Penelitian-dan-Pengabdian-kepada-Masyarakat-Tahun-2023.pdfPanduan-Penelitian-dan-Pengabdian-kepada-Masyarakat-Tahun-2023.pdf
Panduan-Penelitian-dan-Pengabdian-kepada-Masyarakat-Tahun-2023.pdfMiftahulKhairah1
 
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdfPanduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdfdini35372
 
Panduan gemastik 8 revisi
Panduan gemastik 8   revisiPanduan gemastik 8   revisi
Panduan gemastik 8 revisiAzizha Zeinita
 
KEBIJAKAN PENGEMBANGAN KOMPETENSI SUMBER DAYA APARATUR
KEBIJAKAN PENGEMBANGAN KOMPETENSI SUMBER DAYA APARATURKEBIJAKAN PENGEMBANGAN KOMPETENSI SUMBER DAYA APARATUR
KEBIJAKAN PENGEMBANGAN KOMPETENSI SUMBER DAYA APARATURTri Widodo W. UTOMO
 
Panduan Penelitian dan Pengabdian 2023 Draft MA 4.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian 2023 Draft MA 4.pdfPanduan Penelitian dan Pengabdian 2023 Draft MA 4.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian 2023 Draft MA 4.pdfradianb
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiyatt87
 
Buku panduan-seminar-nasional-terbaru
Buku panduan-seminar-nasional-terbaruBuku panduan-seminar-nasional-terbaru
Buku panduan-seminar-nasional-terbaruIzhan Nassuha
 
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0LSP3I
 
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0Togar Simatupang
 
Bab 8 Menginsankan sains dan teknologi.pptx
Bab 8 Menginsankan sains dan teknologi.pptxBab 8 Menginsankan sains dan teknologi.pptx
Bab 8 Menginsankan sains dan teknologi.pptxAizatArifin1
 

Ähnlich wie dasar 60(sains) : 40(sastera) (20)

Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluan
 
Masyarakat Saintifik
Masyarakat SaintifikMasyarakat Saintifik
Masyarakat Saintifik
 
Renstra penelitian LPPM UPN Veteran Yogyakarta
Renstra penelitian LPPM UPN Veteran YogyakartaRenstra penelitian LPPM UPN Veteran Yogyakarta
Renstra penelitian LPPM UPN Veteran Yogyakarta
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
 
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana UndikshaKeterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdfPanduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
 
Panduan-Penelitian-dan-Pengabdian-kepada-Masyarakat-Tahun-2023.pdf
Panduan-Penelitian-dan-Pengabdian-kepada-Masyarakat-Tahun-2023.pdfPanduan-Penelitian-dan-Pengabdian-kepada-Masyarakat-Tahun-2023.pdf
Panduan-Penelitian-dan-Pengabdian-kepada-Masyarakat-Tahun-2023.pdf
 
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdfPanduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat Tahun 2023.pdf
 
Panduan gemastik 8 revisi
Panduan gemastik 8   revisiPanduan gemastik 8   revisi
Panduan gemastik 8 revisi
 
KEBIJAKAN PENGEMBANGAN KOMPETENSI SUMBER DAYA APARATUR
KEBIJAKAN PENGEMBANGAN KOMPETENSI SUMBER DAYA APARATURKEBIJAKAN PENGEMBANGAN KOMPETENSI SUMBER DAYA APARATUR
KEBIJAKAN PENGEMBANGAN KOMPETENSI SUMBER DAYA APARATUR
 
Panduan Penelitian dan Pengabdian 2023 Draft MA 4.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian 2023 Draft MA 4.pdfPanduan Penelitian dan Pengabdian 2023 Draft MA 4.pdf
Panduan Penelitian dan Pengabdian 2023 Draft MA 4.pdf
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuiti
 
Buku panduan-seminar-nasional-terbaru
Buku panduan-seminar-nasional-terbaruBuku panduan-seminar-nasional-terbaru
Buku panduan-seminar-nasional-terbaru
 
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
 
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
 
Bab 8 Menginsankan sains dan teknologi.pptx
Bab 8 Menginsankan sains dan teknologi.pptxBab 8 Menginsankan sains dan teknologi.pptx
Bab 8 Menginsankan sains dan teknologi.pptx
 
750 2508-1-pb
750 2508-1-pb750 2508-1-pb
750 2508-1-pb
 

Mehr von Azima Rahim

rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1Azima Rahim
 
budaya sonsang barat
budaya sonsang baratbudaya sonsang barat
budaya sonsang baratAzima Rahim
 
rph pepejal geometri tingkatan 1
rph pepejal geometri tingkatan 1rph pepejal geometri tingkatan 1
rph pepejal geometri tingkatan 1Azima Rahim
 
Bab 12 pepejal geometri
Bab 12 pepejal geometriBab 12 pepejal geometri
Bab 12 pepejal geometriAzima Rahim
 
Sudut dongakan dan sudut tunduk
Sudut dongakan dan sudut tundukSudut dongakan dan sudut tunduk
Sudut dongakan dan sudut tundukAzima Rahim
 
ungkapan algebra tingkatan 1
ungkapan algebra tingkatan 1ungkapan algebra tingkatan 1
ungkapan algebra tingkatan 1Azima Rahim
 

Mehr von Azima Rahim (9)

rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
 
probability 1
probability 1probability 1
probability 1
 
adobe photoshop
adobe photoshopadobe photoshop
adobe photoshop
 
budaya sonsang barat
budaya sonsang baratbudaya sonsang barat
budaya sonsang barat
 
rph pepejal geometri tingkatan 1
rph pepejal geometri tingkatan 1rph pepejal geometri tingkatan 1
rph pepejal geometri tingkatan 1
 
Bab 12 pepejal geometri
Bab 12 pepejal geometriBab 12 pepejal geometri
Bab 12 pepejal geometri
 
Trigonometri II
Trigonometri IITrigonometri II
Trigonometri II
 
Sudut dongakan dan sudut tunduk
Sudut dongakan dan sudut tundukSudut dongakan dan sudut tunduk
Sudut dongakan dan sudut tunduk
 
ungkapan algebra tingkatan 1
ungkapan algebra tingkatan 1ungkapan algebra tingkatan 1
ungkapan algebra tingkatan 1
 

Kürzlich hochgeladen

Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfsaptari3
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

dasar 60(sains) : 40(sastera)

  • 1. 1.0 PENGENALAN Kepentingan pendidikan sains dan teknologi di Malaysia, sememangnya telah diakui dan diterima oleh semua pihak. Sehubungan itu,tugasan ini akan mengupas dengan lebih lanjut tentang Dasar 60(Sains):40(Sastera) ke Arah Membangunkan Negara Menerusi Pembentukan Rakyat Minda Kelas Pertama. Tugasan ini telah mendedahkan isu-isu penting yang berkaitan dengan dasar 60(Sains):40(Sastera) dalam membangunkan negara menerusi pembentukan rakyat minda kelas pertama dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan dasar ini. Segala isu dan cabaran yang disentuh di dalam tugasan ini berkait rapat antara satu sama lain. Selain itu, beberapa pendekatan yang efektif yang diambil samada oleh kerajaaan atau masyarakat Malaysia bagi menjayakan dasar 60(Sains):40(Sastera) turut dikaji dan disertakan di dalam tugasan ini. Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan di dalam tugasan ini, yang berkaitan dengan punca dasar 60:40 masih belum berjaya dilaksanakan dan juga faktor penyumbang kepada kegagalan dalam menjayakan dasar ini. Antaranya ialah faktor bajet,masalah prasarana di sekolah luar bandar, kesan PPSMI dan kecenderungan pelajar dalam kursus Sains dan Teknologi. Manakala cabaran yang diketengahkan ialah tindakan yang perlu diambil bagi menjayakan dasar 60:40, dari segi bajet yang diperlukan, kemudahan prasarana, dan kesedaran tentang kepentingan bidang Sains dan Teknologi kepada para pelajar. Di bahagian akhir tugasan ini, didapati bahawa beberapa pendekatan yang berkesan harus diteliti dan dilaksanakan untuk mengatasi segala cabaran pada masa kini atau masa akan datang demi merealisasikan hasrat kerajaan dalam melaksanakan dasar 60:40. Hal ini amat penting dalam menjayakan matlamat dasar sains dan teknologi iaitu memastikan pembangunan saintifik bagi menyokong dan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, mempercepat pembangunan perindustrian secara menyeluruh dan menyediakan asas bagi mewujudkan masyarakat yang maju dari segi sains dan teknologi menjelang tahun 2020. 1
  • 2. 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN Untuk kita memahami dengan lebih lanjut tentang dasar 60(sains):40(sastera) ke arah membangunkan negara menerusi pembentukan rakyat minda kelas pertama, kita perlu melihat terlebih dahulu konsep dan pengertian dasar ini. 2.1 Konsep Dasar 60:40 ini adalah dasar yang memperkatakan tentang penetapan bilangan penyertaan pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi berbanding bidang sastera. Dasar ini telah diwujudkan sejak tahun 1967 dan dengan berpaksikan aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 iaitu pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020, kerajaan telah menetapkan matlamat dasar ini adalah untuk ,melahirkan lebih banyak para saintis, jurutera, doktor dan juruteknik yang berkepakaran tinggi bagi pembangunan pelbagai sektor ekonomi dan sosial, sejajar dengan pertambahan penduduk dan kualiti hidup masyarakat. Hal ini sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 iaitu sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad(1991), ‘Matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia “…sebagai sebuah negara industri” dan “…pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju,menjelang tahun 2020 menurut acuan kita sendiri…” Berlandaskan kata-kata mantan Perdana Menteri kita, dapat disimpulkan di sini bahawa dengan terlaksananya dasar 60(sains):40(sastera) ini, negara mampu melahirkan lebih banyak rakyat yang membudayakan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, negara Malaysia yang benar-benar maju dapat dicapai dengan lahirnya rakyat yang sedar akan kepentingan sains dan teknologi selaras dengan cabaran ke-6 yang termaktub di dalam Wawasan 2020. Cabaran tersebut menekankan untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan 2
  • 3. berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Selain itu, dapat dilihat bahawa pendidikan sains kini menjadi semakin penting dalam membantu negara mencapai status negara maju yang memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang itu. Penguasaan sains dan teknologi akan membolehkan Malaysia membina kekuatan untuk berdaya saing dengan negara-negara maju. Bagi negara-negara yang jauh kehadapan dalam bidang Sains dan Teknologi seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Jepun, usaha untuk menguasai sains dan teknologi bukan sahaja terus dipergiatkan tetapi ia juga sering menjadi agenda utama dalam belanjawan sektor pendidikan negara masing-masing. Negara-negara berkenaan sedar, penguasaan sains dan teknologi akan membolehkan mereka menerokai, menjelajahi, menguasai, malah kadang-kadang turut memonopoli pelbagai disiplin ilmu dan kekayaan alam. Mereka juga sedar, penguasaan sains dan teknologi dapat menghasilkan pulangan yang besar kepada banyak aspek kehidupan, umpamanya dalam persaingan menguasai angkasa lepas. Malah dalam era ledakan teknologi maklumat, kehidupan canggih lagi mencabar dan dunia tanpa sempadan ini, penguasaan di bidang sains dan teknologi seringkali menjadi kayu ukur ketinggian martabat sesuatu negara bangsa (Azmi Zakaria, 1999). Oleh itu, untuk mencapai status negara maju yang berorientasikan perindustrian, Malaysia bukan sahaja perlu banyak bergantung kepada sumber modal dan pembangunan teknologinya. Malahan kuantiti dan kualiti tenaga manusia yang menguasai dan boleh menyesuaikan diri dengan sains dan teknologi terkini perlu dititikberatkan. Dari segi gunatenaga, seramai 83,590 jurutera (awam, elektrik dan elektronik, kimia dan lain-lain) diperlukan pada tahun 2000. Manakala pembantu jurutera pula seramai 151,844 orang dalam pelbagai bidang (RM7). Malaysia juga kekurangan tenaga profesional dalam bidang R & D. Dalam tahun 1990, terdapat 13,600 tenaga penyelidik di Malaysia dan pada tahun 1995 bertambah 8,300 iaitu pada nisbah 400 saintis penyelidik setiap sejuta penduduk.Nisbah ini lebih rendah berbanding dengan negara perindustrian baru seperti Taiwan dan Korea Selatan yang mencapai tahap 2000 saintis bagi sejuta penduduk ( H. Osman-Rani, 2000). 3
  • 4. Namun, dengan adanya dasar 60:40 ini, sekaligus akan mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi di samping menyediakan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. 2.2 Pengertian Sains dan teknologi di Malaysia telah diberi penekanan penting sejak tiga dekad yang lalu. Sejak tahun 1965 lagi, sains dan matematik dijadikan mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Manakala diperingkat menengah atas, aliran sains tulen telah diperkenalkan. Dengan ini pelajar dapat menguasai sains secara lebih khusus dan mendalam. Memetik kata-kata Spencer (Abu Bakar Nordin, 1994), “Ilmu yang terpenting ialah ilmu yang dapat menjamin survival individu dan kumpulan.” Dalam tahun 1990an dan dekad-dekad awal tahun 2000 pandangan Spencer itu diperkukuhkan dengan adanya persaingan untuk menjadi negara maju di mana ilmu yang berkaitan dengan sains, teknologi dan pengurusan dianggap sebagai prasyarat kepada kejayaan hidup. Ilmu lain-lain berkaitan dengan individu seperti kemasyarakatan, estetika, kerohanian dan pemikiran hanya tinggal ilmu hiasan. Oleh itu kepentingan sains dan teknologi tidak boleh dinafikan. Hal ini juga dapat dilihat melalui matlamat meningkatkan keupayaan Sains dan Teknologi berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih.” Manakala Minda Kelas Pertama pula difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ini termasuklah dalam aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti dan budaya yang akhirnya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. 4
  • 5. 3.0 ISU-ISU BERKAITAN DENGAN DASAR 60 (SAINS): 40 (SASTERA) Semenjak perlaksanaan dasar 60:40 pada tahun 1967 pelbagai perancangan telah dijalankan untuk menjayakan program ini. Penekanan dalam bidang sains dan teknologi dalam bidang pendidikan juga diberi perhatian. Hal ini jelas ditunjukkan oleh pihak persatuan berkerajaan mahupun persatuan bukan kerajaan yang berkejar-kejaran membina infrastuktur-infrastuktur yang bermatlamat untuk menyampaikan ilmu-ilmu serta penerokaan dalam bidang sains dan teknologi seperti Petrosains dan Pusat Sains Negara. Dan kemuncak perkembangan infrastruktur berasaskan sains dan teknologi adalah Koridor Super Multimedia (MSC). Di samping itu, pembinaan infrastruktur-infrastuktur tersebut adalah salah satu pendekatan untuk menarik minat anak-anak muda ataupun para pelajar dalam bidang ini. Hal ini kerana mereka adalah antara golongan yang akan memonopoli atau menjadi generasi harapan untuk membantu memajukan negara di masa hadapan terutamanya dalam bidang ekonomi. Namun begitu, banyak spekulasi-spekulasi menanyakan sejauh mana kejayaan perlaksanaan dasar ini semenjak ia mula diperkenalkan. Kajian juga telah dijalankan untuk mengetahui adakah perlaksanaan dasar ini telah mencapai matlamatnya atau tidak. Hasilnya, ramai yang menyatakan bahawa dasar ini tidak berjaya mencapai matlamatnya. Antara faktor-faktor dasar ini tidak mencapai tujuannya adalah masalah bajet yang kurang mencukupi, prasarana di sekolah luar bandar yang kurang diberi perhatian, kesan PPSMI serta kecenderungan pelajar terhadap kursus berkaitan sains dan teknologi. 3.1 Faktor Bajet Masalah peruntukan bajet merupakan salah satu punca dasar ini gagal mencapai matlamat yang telah digariskan sejak ia telah mula dilaksanakan. Masalah kegawatan ekonomi pada pertengahan tahun 1997 telah memberi impak yang agak besar kepada negara kita. Pelbagai perancangan tergendala dek tempias masalah kegawatan ekonomi yang kian meruncing. Termasuklah perancangan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan dalam negara. Ini juga akan membantutkan perkembangan negara untuk meletakkan sistem pendidikan negara setaraf dengan sistem-sistem pendidikan cemerlang dari negara-negara luar. Masalah ini perlu diberi perhatian serius kerana jika berterusan sehingga bertahun-tahun lamanya, hasrat 5
  • 6. negara untuk maju pada tahun 2020 hanyalah sekadar manis di bibir sahaja. Komitmen pelbagai pihak amatlah diperlukan samada dari segi sumbangan idea, sumbangan kewangan, sumbangan prasarana dan sebagainya. Selain itu, terdapat sesetengah pihak memandang enteng terhadap masalah ini. Kurang sumbangan yang dihulurkan untuk memajukan sektor sains dan teknologi. Mereka bersikap untuk lebih mementingkan diri sendiri dengan memberikan 100% tumpuan kepada perkembangan ekonomi masing-masing seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesedaran untuk bersama-sama memajukan negara agak kurang.Jika dibandingkan dengan negara luar,rakyat lebih membantu untuk bersama-sama memajukan negara. Contohnya, seperti negara Jepun. Semangat “kaizen” ataupun yang bermaksud perubahan kepada kebaikan sikit demi sedikit menjadi pendorong rakyat Jepun untuk memajukan negara mereka. Mereka berpegang teguh kepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi sehingga kini, Jepun merupakan negara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia. Oleh itu, sikap ini perlu diimplementasikan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia supaya kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Malangnya semenjak berlaku masalah kegawatan ekonomi negara, belanjawan negara lebih banyak mengfokuskan masalah pembangunan dan pembaikan ekonomi negara semata. Kurang peruntukan diberikan untuk pembangunan pendidikan seperti dana untuk penyelidikan di IPT, penambahbaikan kemudahan-kemudahan seperti makmal, perpustakaan untuk sekolah-sekolah di kawasan luar-luar bandar, pembaikan infrastuktur terutamanya di kawasan Sabah dan juga Sarawak. Masalah kurangnya dana itu jugalah yang mengakibatkan bilangan para penyelidik dalam bidang sains di Malaysia juga masih terlalu rendah dan nisbah penyelidik adalah dalam 10,000 penduduk negara ini hanyalah 0.3 peratus sahaja. ''Perbezaan peratusan ini amat ketara berbanding 15-18 peratus penyelidik di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat,'' ujar Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Bukti kerajaan mencuba untuk memberi perhatian kepada penumbuhan pendidikan dalam bidang sains ini cuma ketara apabila negara telah membelanjakan sebanyak RM 105 juta untuk projek aeroangkasa pada tahun 2007, iaitu dengan menghantar Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha bersama-sama dengan dua orang angkasawan dari negara luar yang lain. Natijahnya, ramai pelajar mula menjadikan beliau sebagai idola dan mereka 6
  • 7. menanam cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan jua. Hal ini jelas menunjukkan bahawa jika banyak lagi bajet yang dilaburkan untuk bidang sains ini, nescaya pulangannya mestilah berganda-ganda. Malah, terdapat kanak-kanak kecil yang masih belum bersekolah memasang impian untuk mengikut jejak langkah Datuk Dr. Sheikh Muszaphar jika mereka sudah besar. Ini membuktikan pelaburan yang berjuta-juta ini mungkin akan membuahkan hasil berbilion-bilion kelak. Kebanyakan negara-negara barat dan Jepun contohnya amat menekankan pendidikan sains dalam pendidikan. Banyak peruntukan diberi oleh pelbagai pihak untuk memantapkan ekonomi negara mereka terutamanya dalam bidang sains. Oleh hal demikian, negara mereka amat terkenal dengan pelbagai penemuan dan penciptaan teknologi baru seperti robotik dan kereta. Namun, masih ramai lagi yang tidak sedar mengenai kepentingan sains untuk memajukan ekonomi negara kita. Bidang pembangunan ekonomi lebih mendapat tempat di hati pemimpin berbanding bidang sains. Jika sikap ini berterusan, nescaya matlamat negara untuk mencapai taraf negara maju setanding negara luar hanya membuahkan angan-angan semata malah sistem pendidikan pula yang terbengkalai umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Namun begitu, selepas ekonomi mulai stabil bermula pada tahun 2000, pemimpin mencuba untuk memberi tumpuan kepada perkembangan dan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi di dalam negara. Hal ini mungkin terjadi kerana kesedaran mereka tentang kepentingan bidang ini dalam memajukan sesebuah negara. Pelbagai usaha dijalankan untuk menjadikan sains dan teknologi asas kepada ekonomi. Di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau telah melakukan pelbagai perubahan kepada negara dalam bidang sains dan teknologi. Contohnya adalah projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Walaupun pelbagai infrastruktur telah dibina dengan peruntukan yang agak banyak, namun 7
  • 8. dasar ini masih belum dikatakan berjaya sepenuhnya lagi kerana pembinaan infrastruktur- infrastruktur tersebut hanya berfokus di bandar sahaja. Hal ini akan mengakibatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar makin ketara. Kesimpulannya, peruntukan untuk kawasan bandar dan luar bandar untuk memajukan bidang sains dan teknologi haruslah seimbang dan tidak berat sebelah. 3.2 Masalah Prasarana di Sekolah Luar Bandar Di samping itu, masalah prasarana di sekolah luar bandar juga merupakan salah satu faktor berlakunya kegagalan dasar ini mencapai objektifnya. Antaranya adalah seperti kemudahan makmal seperti peralatan-peralatan eksperimen yang tidak mencukupi dan kemudahan teknologi seperti LCD, komputer, projektor, dan pelbagai lagi. Semua kemudahan ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagai alat bantuan mengajar (ABM). ABM amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep sama ada konsep fizik, kimia, biologi, matematik dan lain-lain subjek. Para pelajar perlu menguasai semua konsep yang mereka pelajari kerana ia adalah titik tolak untuk mereka lebih memahami topik-topik yang terkandung dalam subjek-subjek tersebut. Bagaimana ABM dapat menarik minat pelajar dan menambahkan lagi penguasaan mereka mengenai sesuatu topik? Berdasarkan fakta dan kajian yang telah dilakukan, majoriti pelajar lebih mengingati fakta sesuatu proses melalui sistem audio dan visual. Hal ini kerana mengingati sesuatu fakta adalah satu perkara yang agak mencabar bagi pelajar yang tidak begitu menyukai amalan menghafal. Dan lebih parah lagi sekiranya pelajar terbabit tergolong antara golongan yang tidak meminati subjek sains. Oleh itu, dengan bantuan ABM, para pelajar dilatih untuk mengingati sesuatu fakta berdasarkan gambar 3D ataupun melakukan sendiri eksperimen tersebut. Contohnya seperti salah satu proses sains iaitu proses fotosintesis. Untuk menghafal proses fotosintesis dari permulaan hingga ke akhirnya merupakan sesuatu yang agak sukar bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam menghafal. Alat ABM akan membantu para pelajar untuk menghafal proses tersebut dengan melatih mereka mengingati fakta melalui daya imaginasi. 8
  • 9. Masalah prasarana juga amatlah jelas di sekolah luar bandar terutamanya di kawasan Sabah dan Sarawak. Hal ini dipersetujui oleh Dr. Mohd. Puad Zarkashi, katanya , "Sebahagian besar sekolah di pedalaman Sabah masih jauh ketinggalan berbanding sekolah di Semenanjung yang sebahagian besarnya sudahpun dilengkapi dengan prasarana, bilik pembelajaran termasuk pusat komputer yang lengkap”. Dalam Bajet 2009, RM31 bilion telah diperuntukkan untuk agenda pendidikan bagi tujuan pembangunan dan penyediaan kemudahan asas di sekolah terutamanya di sekolah pedalaman, tetapi mengapa masih terdapat 16 projek sekolah baru termasuk dua buah sekolah rendah di negeri Terengganu gagal disiapkan? Adakah ia berpunca daripada salah kontraktor semata ataupun mungkin wujudnya pecah amanah di antara kalangan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab. Jika masalah ini berterusan, pembangunan infrastruktur dan kemudahan di sekolah pedalaman akan terbengkalai dan menambahkan lagi kerugian kepada negara. Selain itu juga, masalah prasarana di luar bandar amatlah jelas jika dibandingkan dengan sekolah di bandar. Walaupun kerajaan memperuntukkan sejumlah komputer di setiap sekolah, namun tidak semua komputer yang disediakan mampu berfungsi dengan sebaik mungkin. Malah para guru perlu berebut untuk “menyewa” bilik komputer untuk kegunaan anak muridnya semasa P & P. Lebih menyedihkan lagi, para pelajar terpaksa berkongsi komputer yang terhad. Hal ini boleh menjejaskan keselesaan dan konsentrasi pelajar ketika proses pembelajaran berlangsung. 3.3 Kesan PPSMI Di samping itu dasar PPSMI juga turut menjadi pendorong berlakunya kegagalan dalam mencapai dasar 60:40. Hal ini kerana, PPSMI memaksa pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris untuk turut sama mempelajari sains dan matematik dalam bahasa asing ini. Hal ini akan menyukarkan mereka untuk memahami kedua-dua subjek ini dan pada masa yang sama mereka juga perlu belajar untuk menafsirkan maksudnya. Namun, bagi pelajar yang cemerlang dalam subjek bahasa Inggeris, mereka mungkin tidak begitu merasai masalah untuk memahami kedua-dua subjek walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantaraan. Masalah ini ketara di sekolah kawasan luar bandar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, statistik menunjukkan bahawa keputusan pelajar cemerlang di kawasan luar bandar tidak 9
  • 10. setanding dengan pelajar sekolah bandar. Mereka mempunyai masalah dalam subjek sains dan matematik. Hal ini membuktikan bahawa sistem pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan keburukan dari kebaikan untuk pelajar sekolah luar bandar. Hasil kajian negara barat menunjukkan kemahiran kognitif akademik berkembang terutamanya melalui bahasa ibunda pada peringkat pendidikan awal. Justeru apabila pelajar cuba memperoleh bahasa asing dan terus belajar matematik dan sains melalui bahasa asing tersebut sebagai bahasa pengantar, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah. Oleh itu, ini akan menjejaskan kelancaran pelajar untuk mempelajari dan memahami subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, semua negara dalam European Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaran utama (seperti sains dan matematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajib boleh dipilih ialah dari Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua misalnya diajar melalui pendekatan yang dipanggil pengajaran bahasa dalam konteks pembelajaran isi. Perlaksanaan PPSMI juga mengakibatkan kerugian yang agak besar sejak awal perlaksanaannya sehingga pembubarannya pada tahun 2012. Hal ini kerana kerajaan terpaksa menghabiskan wang untuk mencetak dan mengeluarkan peruntukan menukarkan buku-buku rujukan daripada bahasa melayu kepada bahasa Inggeris. Malahan, kerajaan telah memperuntukkan bajet untuk mengadakan kursus-kursus untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris oleh para guru. Setelah hampir 10 tahun perlaksanaan PPSMI, dasar ini bakall dimansuhkan pada tahun 2012. Pada tahun 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007). Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003. Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Oleh itu, usaha kerajaan untuk memantapkan penguasaan sains 10
  • 11. matematik dalam bahasa Inggeris selama ini ibarat mencurahkan air kedaun keladi. Mempelajari sesuatu tanpa memahami konsep yang sebenar adalah suatu perkara menyedihkan. Walaupun PPSMI masih mendatangkan kebaikan, namun keburukannya masih lagi jelas. Dan sebagai tambahan lagi, peratusan keputusan UPSR, PMR, dan SPM dalam subjek sains dan matematik selalu juga dikatakan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun. Namun, adakah benar sistem pemarkahan tersebut sehinggakan pernah terjadi di mana terdapat pelajar yang bermasalah seperti ponteng kelas, sangat tidak mahir menulis dan membaca, sangat lemah bahasa Inggeris dan pengiraan, tidak pernah membuat latihan yang guru arahkan, selalu ponteng peperiksaan pelbagai lagi masalah disiplin. Mereka ini bukan setakat lulus subjek sains, malah mencatat keputusan kredit C5 dan C6 hinggakan guru yang mengajar seakan tidak percaya. Oleh itu, apakah yang diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab dalam sistem pemarkahan? Kualiti atau kuantiti? 3.4 Kecenderungan Pelajar dalam Kursus Sains dan Matematik Faktor yang keempat yang menjadi punca kegagalan dasar 60:40 mencapai matlamatnya adalah dorongan atau kecenderungan pelajar dalam memilih kursus sains dan matematik sebagai subjek pilihan. Kecenderungan untuk memilih subjek yang pelajar minati amat jelas sekali sama ada di sekolah menengah mahupun di universiti. Para pelajar lebih berminat untuk melibatkan diri mereka dalam bidang yang tidak memerlukan mereka untuk berfikir atau menghafal konsep-konsep sains dan formula-formula yang tedapat dalam subjek sains dan matematik. Mereka lebih terdorong untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiran yang mana lebih mengfokuskan kepada praktikal. Contohnya seperti bidang automotif, perakaunan, dan lain-lain lagi. Subjek Sains bukan suatu subjek yang hanya memadai diterangkan dengan menggunakan medium teks dan grafik sahaja, terutamanya kepada para pelajar baru didedahkan dengan subjek ini. Ia sebenarnya memerlukan lebih daripada itu. Para pelajar selalunya mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu konsep atau teori terutamanya apabila perkara yang disampaikan itu sukar untuk diberi gambaran secara kasar.Sekiranya para pelajar ini berterusan didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang 11
  • 12. sedemikian, lama-kelamaan mereka akan merasa bosan dan sedikit demi sedikit minat terhadap subjek ini juga akan hilang. Selain itu, kurangnya dorongan daripada ibu bapa dan para guru juga merupakan pendorong mengapa pelajar kurang beminat untuk mempelajari bidang ini. Sedar atau tidak, soal pendidikan anak-anak kini lebih banyak dibebankan di atas bahu orang lain. Termasuk dalam hal ini adalah yang berkaitan dengan mendidik minat anak terhadap sains. Anggapan ibu bapa, pendidikan sains untuk anak-anak adalah tanggungjawab guru semata-mata. Namun, hakikatnya, kesedaran dan minat awal anak-anak terhadap bidang sains seharusnya bermula di rumah. Seterusnya, minat tersebut dikembangkan di sekolah. Ini menunjukkan bahawa kerjasama membentuk minat anak terhadap bidang sains adalah tanggungjawab bersama. "Ibu adalah guru pertama anak-anak". Ungkapan ini kerap kali kita dengar dan ia bukan sahaja merujuk kepada peranan ibu dalam mendidik anak-anak tetapi lebih luas lagi, ungkapan ini turut melihat peranan bapa dan ahli keluarga dalam pendidikan seorang anak. Berkaitan dengan menanam minat terhadap bidang sains, peranan ibu bapa sangatlah penting. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah menyediakan atau membentuk satu suasana pembelajaran sains di rumah iaitu merangkumi kegiatan penerokaan, pemerhatian, pengkajian dan penilaian. Anak-anak hendaklah digalakkan untuk bertanya banyak soalan dan soalan-soalan tersebut perlu dijawab oleh kedua ibu bapa. Jika tidak berupaya menjawab soalan tersebut, maka ibu bapa boleh mencari jawapan tersebut bersama-sama anak-anak di internet atau buku-buku yang banyak terdapat di pasaran. Di rumah juga, dalam usaha membentuk minat terhadap sains, terdapat banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama-sama anak. Misalnya, ketika memasak, ibu boleh mengambil kesempatan itu untuk menarik minat anak memerhati dan berfikir. Sebagai contoh, ketika menjerang air, tanyalah kepada anak kenapa wap panas keluar apabila air sudah masak. Atau ketika menggunakan soda bikarbonat ketika membuat kek, tanyakan kepada anak kenapa kek itu naik atau mengembang.Ujikaji mudah ini juga boleh dikembangkan agar anak boleh merasakan keseronokan kegiatan tersebut. Bukankah cara ini mudah untuk dipraktikkan? Namun adakah ibu bapa benar-benar bertindak sebagai pemangkin pelajar untuk meminati bidang ini? Bagaimana pula dengan peranan guru dalam mengimplementasikan minat pelajar terhadap subjek sains dan matematik? Para guru juga mempunyai tugas yang besar dalam 12
  • 13. usaha membentuk sikap dan pemikiran saintifik di kalangan pelajar. Sikap dan pemikiran ini pastinya perlu dipupuk dengan menanam minat pelajar terhadap sains. Pelajar hendaklah dididik mempelajari dan meminati sains kerana sains penting dalam hidup manusia. Sains secara asasnya bermula untuk menyelesaikan masalah seharian manusia. Inilah hakikat yang harus difahami semua pihak. Ini juga bermakna sains adalah berkaitan dengan kegiatan harian manusia dan bukannya untuk mendapat markah tinggi atau mendapat peluang pekerjaan yang baik sahaja. Sebagai seorang guru, mereka seharusnya bijak dan kreatif merancang kegiatan pembelajaran sains dengan lebih menarik. Seperti yang disebutkan awal tadi, kegiatan pembelajaran itu hendaklah meliputi ciri kegiatan sains iaitu pemerhatian, penerokaan, percubaan ujikaji, penilaian dan pelaporan kajian. Pelajar hendaklah digalakkan dan diberi peluang untuk bertanya soalan dan mencuba sendiri ujikaji yang dijalankan. Ini sangat penting kerana mempelajari sains tanpa berpeluang mencuba atau melakukan kajian sendiri adalah ibarat lagu tanpa irama. Kegiatan ‘hands on' ini sangat penting dalam pendidikan sains. Pembelajaran sains juga tidak sewajarnya terhad di dalam kelas semata- mata. Pelajar juga harus diberi peluang untuk belajar di luar kelas. Malah, pembelajaran luar kelas ini memberi pelajar lebih peluang untuk meneroka dan memerhati. Guru-guru boleh membawa pelajar menyelidiki persekitaran sekolah. Semasa kegiatan ini, pelajar boleh disuruh membuat inventori serangga yang ada di kawasan sekolah. Ataupun, pelajar boleh mengumpul pelbagai jenis daun di sekolah dan disusun di dalam buku skrap. Daun-daun serta serangga tadi boleh disusun dan ditulis namanya. Lebih menarik lagi jika pelajar disuruh mencari nama saintifik serangga atau tumbuh-tumbuhan yang dikumpul. Konklusinya, guru-guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan minat terhadap sains dan matematik dalam kalangan pelajar. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang kurang menarik boleh melunturkan semangat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut. 4.0 CABARAN Walaupun kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan merealisasikan dasar 60:40, terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani supaya 13
  • 14. pencapaian maksimum dapat diperoleh oleh semua lapisan masyarakat. Cabaran-cabaran tersebut ialah memastikan kuota pelajar sains sebanyak 60% dapat dipenuhi, menyediakan bajet yang mencukupi, menyediakan prasarana yang mencukupi di sekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan meningkatkan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar. 4.1 Memastikan Kuota Pelajar Sains Seramai 60% Dapat Dipenuhi Cabaran yang pertama ialah memastikan kuota pelajar sains seramai 60% berbanding pelajar bukan sains seramai 40% dapat dipenuhi. Definisi murid sains dan teknologi yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran dalam menganalisis penyertaan murid dalam aliran sains dan Teknologi ialah‘Murid yang mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran Sains dan Teknologi digolongkan sebagai murid Sains dan Teknologi.’Dua kumpulan mata pelajaran itu ialah mata pelajaran teras (sains teras) dan mata pelajaran elektif (kumpulan Vokasional dan Teknik, Kumpulan Sains dan Teknologi Maklumat). Pada setiap tahun, terdapat lebih kurang 40% murid yang layak menyertai aliran Sains dan Teknologi di peringkat menengah atas tetapi memilih untuk tidak menyertai aliran ini. Hal ini termasuklah mereka yang menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran sains dan matematik di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mengapa perkara ini terjadi? Antara faktor-faktor pelajar tidak memilih untuk menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi adalah faktor minat serta kecenderungan terhadap bidang ini. Menurut mantan pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Abd.Shukor Abdullah (Berita Harian, 1999), kecenderungan pelajar untuk memasuki aliran Sains di peringkat menengah atas masih rendah sejak 1970an lagi. Bagaimanapun bilangannya meningkat kepada 34.8% pada tahun 2000. Namun masih jauh berbanding dari sasaran 60:40. Selain itu, kesan daripada dasar PPSMI telah menanamkan dalam pemikiran para pelajar bahawa mempelajari sains dan matematik akan bertambah sukar jika dipelajari dalam bahasa asing,iaitu bahasa Inggeris. Keadaan akan bertambah kronik sekiranya pelajar tersebut lemah dalam subjek bahasa Inggeris. Ia telah dibuktikan oleh pelbagai kajian yang menyatakan 14
  • 15. bahawa kebanyakan pelajar yang lemah dalam subjek bahasa Inggeris di sekolah luar bandar terutamanya lebih cenderung untuk memilih bidang sastera bagi meneruskan pengajian mereka. Situasi yang sama turut terjadi dalam kalangan para mahasiswa di IPT dalam negara kita. Kurang mahasiswa yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains dan teknologi seperti perubatan,kejuruteraan,farmasi dan lain-lain walaupun mereka tergolong dalam golongan elit di sekolah,matrikulasi mahupun bekas diploma. 4.2 Menyediakan bajet yang mencukupi Cabaran kedua ialah memastikan bajet yang disediakan oleh kerajaan mencukupi. Bajet 2010 untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar. Kegagalan negara untuk menyediakan pendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalam keadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan. Pengurangan bajet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun ini dilihat sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi para guru dan pihak pengurusan sekolah dalam usaha mereka bagi mengekalkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad, melalui pengurangan bajet oleh KPM itu banyak aktiviti sokongan pendidikan seperti aktiviti luar bilik darjah tidak dapat dijalankan.''Pihak sekolah hanya dapat melaksanakan aktiviti peringkat dalaman sahaja manakala peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tidak dapat dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti sebegini penting dalam usaha mengasah bakat pelajar selain meningkatkan disiplin, motivasi dan sahsiah pelajar berkenaan," (Utusan Malaysia, 1 Januari 2010). Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina berkata, pihak sekolah memahami kehendak KPM mengurangkan bajet kerana faktor kegawatan ekonomi negara sekarang. Namun begitu katanya, sebaiknya segala peruntukan yang melibatkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta latihan perguruan tidak perlu dikurangkan atau disentuh langsung. Tegasnya, pengurangan itu bakal menyebabkan 15
  • 16. terjejasnya tujuan pendidikan selain akan membantutkan usaha dalam melahirkan guru-guru cemerlang di negara ini (Utusan Malaysia, 1 Febuari 2010). 4.3 Menyediakan Prasarana Yang Mencukupi Di Setiap Sekolah Cabaran seterusnya dalam merealisasi dasar 60:40 ini ialah menyediakan prasarana yang mencukupi di setiap sekolah sama ada di peringkat menengah mahupun rendah, terutamanya di kawasan luar bandar agar proses P&P dan pengurusan sekolah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kegagalan menggabungkan antara pemahaman teori di dalam kelas dengan kemampuan untuk menjalankan uji kaji di makmal bagi melihat kesan sebenar dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif akan menyebabkan pelajar kurang berminat terutamanya dalam mata pelajaran sains. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor ralat atau radas yang tidak cekap kerana usang dan kekurangan kelengkapan makmal seperti peralatan-peralatan yang diperlukan bagi menjalani sesuatu uji kaji atau eksperimen. Selain itu, pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai PPSMI turut memberi kesan terutamanya bagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Hal ini adalah kerana sekolah-sekolah di kawasan luar bandar tidak mempunyai peralatan ICT yang mencukupi. Tambahan pula, terdapat beberapa masalah lain yang turut menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses P&P. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. Disamping itu, perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh dan latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan. 4.4 Meningkatkan Minat Dalam Diri Pelajar Cabaran terakhir ialah meningkatkan minat dalam diri pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik.Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tiap kanak-kanak 16
  • 17. itu ibarat kain putih yang masih bersih dan suci. Oleh itu, hal ini memerlukan peranan yang besar daripada kalangan guru bagi menarik dan memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan juga matematik bermula dari bangku sekolah rendah lagi. Pelajar khasnya di luar bandar telah begitu lama berhadapan dengan masalah kurangnya pendedahan terhadap bidang sains. Pelajar yang berumur awal 20an kebanyakannya mempunyai keluarga yang kurang menekankan ‘Scientific Thinking’. Mereka kurang berpeluang untuk mendapat pendedahan awal atau penerangan tentang ‘keindahan sains’ di depan mata mereka sendiri pada waktu kanak-kanak. Tambahan lagi, apabila kanak-kanak di asuh dalam persekitaran yang mengekang kebolehan untuk berfikir secara saintifik dan menggunakan logik yang diperlukan. Misalnya tegahan memotong kuku pada hari malam. Anak-anak tidak diberi jawapan yang sebenar yang saintifik mengapa perbuatan itu dilarang. Selain itu terdapat golongan yang mempunyai tanggapan yang salah mengenai sains. Umpamanya sains sering dikaitkan dengan keganasan, ateis, antiagama, tidak sesuai dengan kehendak Islam dan sebagainya. Apabila kanak-kanak meningkat remaja, mereka terpaksa pula belajar sendirian untuk memakai konsep-konsep asas sains dan matematik yang begitu abstrak. Selain itu juga, pengenalan PPSMI turut memberi impak yang negatif terhadap pelajar terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar. Dalam konteks ini, minat mereka semakin hilang untuk mengambil aliran sains di peringkat menengah atas dan menyebabkan enrolmen pelajar ke aliran sains semakin berkurang. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa yang susah untuk difahami dan dipelajari. Kondisi ini turut dinyatakan sendiri oleh Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad yang mendakwa bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris (PPSMI) banyak menimbulkan masalah daripada kebaikan sepanjang dasar PPSMI ini dijalankan. Menurut beliau,”dasar ini tidak munasabah malah menyebabkan beratus ribu murid di luar bandar gagal menguasai subjek tersebut. Bukan sahaja kepada pelajar Melayu bahkan kaum lain juga terasa tempiasnya. Mahu suruh pelajar belajar dalam bahasa yang 90 peratus daripada mereka tidak faham. Bagaimana mahu berjaya," ( Utusan Malaysia,31 Januari 2009 ). 17
  • 18. 5.0 PENDEKATAN Kementerian Pelajaran Malaysia akan meneruskan usaha untuk meningkat bilangan pelajar yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi (ST) bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini, nisbah 60:40 pelajar ST dan bukan ST hendaklah dicapai. Sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan dasar ini dapat dicapai pada Tahun 2010 bagi merealisasikan hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang Tahun 2020. Malaysia ingin mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Perindustrian berteraskan sains dan teknologi ditekankan selaras dengan cabaran ke-6 dalam Wawasan 2020. Tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi perlu dipenuhi. Hasrat ini ingin dicapai melalui enrolmen pelajar sains kepada bukan sains dengan nisbah 60%:40%, tetapi masih belum tercapai. Ini menimbulkan masalah enrolmen yang terus berkurang, keperluan tenaga mahir tidak dipenuhi, aspirasi negara tidak tercapai dan masyarakat tidak membudayakan sains. Pelajar kurang berminat kepada sains disebabkan sains itu susah, kaedah pengajaran tidak berkualiti, kerjaya tidak menarik dan masyarakat tidak membudayakan sains. Untuk meningkatkan enrolmen pelajar guru-guru perlu memainkan peranan yang penting terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping mendapat sokongan daripada pihak-pihak lain. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan melalui dasar 60(sains):40(sastera) kearah membangunkan negara menerusi pembentukan rakyat minda kelas pertama, pelbagai pihak haruslah memainkan peranan. Pelbagai pendekatan harus dilakukan untuk menyempurnakan hasrat kerajaan ini. Antara pendekatan-pendekatan yang bakal atau telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah ialah menghantar pelbagai surat pemberitahuan dan surat pekeliling ke sekolah, pembinaan infrastrutur segera, mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya di sekolah, meningkatkan kualiti profesionalisme perguruan, mengadakan kelas rancangan khas untuk pelajar pencapaian tinggi, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dan mengamalkan pembelajaran kontektual. 18
  • 19. 5.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Dan Surat Pekeliling Ke Sekolah Pendekatan pertama ialah selain daripada usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sains untuk menarik minat murid menyertai aliran sains dan teknologi, pelbagai surat pemberitahuan dan surat pekeliling telah dihantar ke sekolah sebagai panduan pentadbiran dan professional ke arah mencapai dasar 60(sains) dan 40(sastera). Hal ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini nisbah 60:40 pelajar Sains dan Teknologi dan pelajar Sastera hendaklah dicapai. Pekeliling dan surat pemberitahuan ini seharusnya telah pun dikuatkuasakan di peringkat negeri lagi. Di peringkat pentadbiran, pekeliling berikut telah dihantar ke sekolah iaitu KP(BS/MEN)8510/05/013/Jld.3(10) bertarikh 20 Januari, 2000 bertajuk Pemilihan Pakej Pengkhususan Mata Pelajaran Elektif di Tingkatan Empat , KP(PPK)018/10/Jld.9 (32) bertarikh 28 Disember, 1999 bertajuk: Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sekolah Menengah Atas dan KP(BPPP)4?189 Jld. II (1) bertarikh 19 Mac 1997 bertajuk: Dasar Peningkatan Pelajar Sains dan Teknikal di Sekolah Menengah. Selain itu, diperingkat professional pula pekeliling berikut telah dihantar ke sekolah iaitu KP(BS) 8591/Jilid XVI(12) bertarikh 28 Julai 2000 bertajuk: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.: 12/2000 Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan dan KP(BS) 8591/Jld.XIV (11) bertarikh 14 Mei 1998 bertajuk: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/1998: Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah.Dengan penghantaran surat pekeliling ini diharap dapat dijadikan panduan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan dasar ini. 5.2 Pembinaan Infrastruktur Segera 19
  • 20. Pendekatan yang ke dua pula ialah dengan pembinaan infrastruktur segera. Pendekatan ini sangat penting kerana berhubung maklumbalas daripada sekolah dan kajian yang dikendalikan oleh Universiti Sains Malaysia (1989) menunjukkan sebilangan pelajar sekolah dari sekolah dalam bandar menghadapi masalah terlalu ramai murid yang ingin menyertai aliran sains dan teknologi. Namun begitu, pihak sekolah terpaksa menolak sebilangan murid yang memohon untuk memasuki kelas sains dan teknologi kerana masalah kekurangan kelas dan kemudahan untuk menjakankan eksperimen. Hal ini telah sedikit sebanyak telah mengecewakan murid-murid tersebut kerana hasrat mereka telah ditolak oleh pihak sekolah. Namun perkara sebaliknya pula telah berlaku di sekolah luar bandar yang mengahadapi masalah kekurangan murid yang berminat dengan kelas sains dan teknologi. Dengan itu, di cadangkan agar kelas-kelas dan makmal-makmal yang masih dalam pembinaan di sekolah bandar dapat disiapkan dengan secepat mungkin supaya lebih banyak kelas sains dan teknologi dapat dibuka. Hal yang demikian akan menyebabkan semua murid yang berminat dengan sains dan teknologi akan diterima masuk ke kelas sains dan teknologi kerana sudah tidak timbul lagi masalah kekurangan kelas dan kemudahan untuk menjalankan eksperimen. 5.3 Mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya di Sekolah Pendekatan yang seterusnya ialah dengan mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya di sekolah diharap dapat membantu merealisasikan dasar 60(sains) dan 40(sastera) ini. Kajian Universiti sains Malaysia (1995) menunjukkan kebanyakan pelajar tidak sedar tentang peluang melanjutkan pendidikan dan kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Pelajar hari ini adalah bakal generasi yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan masyarakat dan negara pada abad ke 21. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang serius dan proaktif dapat melahirkan dan membentuk pelajar ke arah masyarakat yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 seperti yang terkandung di dalam sembilan cabaran oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Bimbingan kerjaya dalam bidang yang berasakan sains dan teknologi perlu dipertingkatkan memandangkan negara kita sangat memerlukan sumbangan tenga 20
  • 21. mahir daripada murid-murid ini apabila mereka dewasa kelak kerana mereka semualah generasi seterusnya yang akan membantu membangunkan negara supaya setanding dengan negara maju yang lain dalam bidang sains dan teknologi. Langkah-langkah dan strategi dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah perlu untuk memastikan bimbingan dan kaunseling boleh berjalan dengan jayanya di sekolah. Perlaksanaan bimbingan dan kaunseling telah berjalan atau belum, kemudahan bilik kaunseling, guru-guru kaunseling, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, pembimbing rakan sebaya dan tahap pengetahuan mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Selalunya di sekolah menengah, bimbingan dan kaunseling sedia wujud tetapi cuma pengurusan adakalanya tidak sempurna kerana ketiadaan kaunselor yang berkelayakan. Sekolah rendah pula semua kaunselornya hanya diberi pendedahan melalui kursus 14 minggu sahaja dan beberapa kursus pendek berbentuk sijil. Kaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supaya program kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar. Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluan penerima. Di sekolah, keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluan pelajar, disamping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakat sekolah. Untuk itu, kaunselor perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program yang diatur benar-benar berkesan. Penganalisisan maklumat adalah perlu bagi penentuan jenis keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sumber maklumat seperti dahulunya kad 001 ( Murid ) atau sekarang rekod peribadi murid, surat pekeliling pentadbiran dan polisi kerajaan , profail guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan dan rujukan, pakar rujuk dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekitar. Oleh yang demikian, untuk menuju kearah itu, pengetahuan guru kaunseling dalam kerjaya sains dan teknologi hendaklah dipertingkatkan. Semua guru kaunseling perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mencari ilmu dan pengetahuan tentang bidang-bidang kerjaya ini supaya mereka dapat memberi pendedahan yang lebih terperinci kepada para pelajar tentang kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Mungkin dengan cara tidak 21
  • 22. langsung akan dapat menarik lebih ramai murid yang berminat untuk mempelajari tentang ilmu sains dan teknologi. Guru sains dan teknologi pula perlu diberi kursus dalam bidang kaunseling supaya mereka turut serta memberi bimbingan kerjaya. Dengan itu, tugas memberi nasihat dan kaunseling kepada para pelajar tentang bidang kerjaya tidak hanya bergantung kepada guru kaunseling sahaja kerana guru sains dan teknologi juga boleh memainkan peranan dalam bidang tersebut. Guru-guru kaunseling dan guru-guru sains dan teknologi perlu mengikuti perkembangan semasa dalam bidang kerjaya sains dan teknologi untuk memberi bimbingan kerjaya yang berkesan kepad para pelajar. Program Bimbingan dan Kerjaya seelok-eloknya dimulakan daripada sekolah rendah lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan dirancang secara sistematik melibatkan kerjasama daripada semua pihak. Pihak professional seperti jurutera atau doktor harus dijemput untuk memberi ceramah kerjaya masing-masing kepada para pelajar. Mungkin dengan cara ini pelajar lebih tertarik untuk menceburi bidang tersebut. 5.4 Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perguruan. Pendekatan seterusnya ialah dengan meningkatkan kualiti profesionalisme perguruan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, peningkatan kualiti warga perguruan melalui program pembangunan profesionalisme berterusan kini merupakan keperluan mendesak. Ini penting bagi memperbaiki kompetensi, pengetahuan dan keupayaan warga guru agar menjadi lebih dinamik. Semua pihak tahu bahawa kualiti sistem pendidikan yang kita ada tidak boleh mengatasi kualiti yang dimiliki para guru kerana merekalah yang akan menentukan prestasi sesebuah sekolah dan pencapaian pelajarnya. Selain daripada sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidang pengajarannya, guru juga merupakan perancang pelajaran, penyedia bahan pengajaran dan pembelajaran, fasilitator dan penasihat kepada murid. Seorang guru perlu mempunyai kemahiran secara kritis dan kreatif dan mampu mengeluarkan idea yang inovatif. 22
  • 23. Guru perlu mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk menjalankan tugas beliau secara efisien, kualiti profesionalisme guru perlulah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain daripada kursus perguruan pra-perkhidmatan, satu program latihan guru dalam perkhidmatan jangka panjang dan bersistem perlu di rancang, guru perlu diberi latihan dalam perkhidmatan secara berkala. Selain daripada Bahagian Pendidikan Guru, Jabatan Pendidikan Negeri juga digalakkan membuat perancangan jangka panjang dalam perkhidmatan ini. Sebahagian usaha meningkatkan kualiti guru, kerajaan telah menaik taraf semua maktab perguruan menjadi institut perguruan dan memperkenalkan program ijazah khas untuk para guru yang tidak mempunyai ijazah. Kementerian Pelajaran juga menggariskan beberapa strategi untuk meningkatkan tahap profesion perguruan antaranya mengetatkan proses pemilihan bakal guru, memperbaiki suasana pengajaran, mengukuhkan keyakinan diri guru dan memberikan khidmat sokongan yang berterusan. Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidikan Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. 23
  • 24. Langkah ini sangat penting untuk memastikan tahap profesion perguruan di Malaysia terus dipandang mulia dan dihormati oleh semua anggota masyarakat. Dengan adanya guru- guru yang berkemahiran dan kreatif dalam mendidik para pelajar supaya sesi pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. 5.5 Mengadakan Kelas Rancangan Khas Untuk Pelajar Pencapaian Tinggi Pendekatan berikutnya ialah mengadakan kelas rancangan khas untuk pelajar pencapaian tinggi. Statistik menunjukkan setiap tahun masih terdapat sebilangan murid lepasan Tahun Enam Sekolah Rendah yang berpencapaian tinggi tidak dapat diterima ke Tingkatan Satu di sekolah berasrama penuh kerana tempatnya adalah terhad. Golongan murid ini perlu diberi bimbingan khas agar mereka meneruskan usaha untuk mengekalkan kecemerlangan akademik yang telah di tunjukkan oleh mereka. Hal ini kerana, jika mereka tidak terus di berikan bimbingan akan menyebabkan prestasi mereka dalam akademik berkemungkinan akan terus turun dengan merudum. Bimbingan ini penting kerana murid-murid ini perlu terus diberikan tunjuk ajar dan nasihat untuk memastikan semangat mereka untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup tidak hilang begitu sahaja. Hal ini kerana amat merugikan jika pelajar-pelajar ini tidak meneruskan usaha kecemerlangan mereka dan membiarkan kejayaan yang pernah di capai itu terkubur begitu sahaja. Golongan berpencapaian tinggi ini seharusnya di asingkan dari pelajar-pelajar yang berpencapian rendah agar mereka tidak terpengaruh dengan orang lain. Melalui cara ini, agak mudah bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan khas kepada pelajar yang berpencapaian tinggi ini. Pada masa ini golongan murid yang berpencapaian tinggi ini akan dikumpulkan untuk belajar di sekolah pusat yang dikenal pasti. Sekolah pusat ini akan membekalkan kemudahan berasrama kepada murid-murid ini. Program khas seperti kem-kem akademik akan dirancang untuk golongan murid ini untuk memastikan mereka mendapat panduan dan bimbingan yang berterusan. Rancangan khas ini perlu diperuas di semua peringkat dan perlu di perkukuhkan lagi supaya keberkesanannya lebih terjamin. Oleh itu, lebih banyak sekolah sedemikian perlu 24
  • 25. diwujudkan dan rancangan khas ini perlu dikembangkan kepada murid yang berada dalam kawasan bandar atau pinggir bandar yang berpotensi agar potensi mereka sebagai seorang pelajar yang cemerlang dapat dioptimumkan lagi. 5.6 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Selain itu, pendekatan seperti mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran juga telah dilakukan oleh pihak kerajaan di Malaysia. Peningkatan pencapaian murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) memerlukan perancangan yang rapi dan dan strategi yang konkrit bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Strategi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan minat murid terhadap sains dan matematik serta mengukuhkan mutu pendidikan sains dan matematik dalam negara. Pelajaran sains dan matematik yang tidak menarik akan membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid dalam mata-mata pelajaran berkenaan. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran perlu digunakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan serta untuk konsep yang berlainan. Strategi- strategi pengajaran dan pembelajaran ini sangat penting kerana tanpa strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik akan menurunkan minat pelajar untuk mendalami bidang sains dan teknologi. Ini akan menyebabkan dasar 60(sains) dan 40(sastera) tidak akan dapat dicapai. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran juga mengurangkan monotomi dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran. 25
  • 26. Penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi maklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada para guru seperti mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM), menyediakan Rancangan Pengajaran, merekod dan menyimpan maklumat pelajar, memproses markah ujian/peperiksaan, membuat semakan stok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak lagi. Senario ini telah menimbulkan implikasi kepada pelaksanaannya di berbagai peringkat. Pada asasnya, tugas utama seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk akhlak di samping tugas-tugas sebagai perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai model untuk diteladani pelajar. Perubahan dan peralihan sistem pendidikan negara turut sama merubah fungsi dan peranan guru pada hari ini. Guru bukan sahaja lagi berperanan sebagai pengajar, pendidik dan pembimbing, malah telah berkembang ke tahap pengsosialisasian, penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi kritikal dalam diri pelajar (Faridah Karim, 1999). Bagi melaksanakan tugas-tugas yang mencabar ini, guru seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagai strategi, kaedah dan pendekatan terutamanya dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya pada sesatu masa itu dengan jayanya. Dari segi pengajaran, penggunaan teknologi maklumat memerlukan perancangan yang cekap dan efisien supaya pembelajaran dapat dimaksimumkan kepada setiap orang pelajar. Teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Pengajaran berintegrasikan komputer pada hakikatnya adalah melibatkan penggunaan komputer untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran , di samping itu ia turut membawa dimensi baru dalam budaya mengajar dan budaya belajar di sekolah malahan mengikut pandangan Abd Rahim (2000), beliau berpandangan bahawa pengajaran yang tidak mementingkan kreativiti di institusi pendidikan akan melahirkan insan yang tandus dengan daya imaginasi dan idealisme. Perubahan ini akan memberi cabaran kepada guru bagi menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran sebagai tuntutan pada hari ini agar dapat bersaing di peringkat global. Dengan itu, guru pada hari ini harus melengkapkan 26
  • 27. diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan keperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dan diguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini. Kelebihan seseorang guru dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan ransangan pelajar untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada guru itu sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Penyelidik percaya bahawa alat teknologi seperti komputer boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran dan sebagai amalan pensyarah hari ini bagi mengatasi masalah beban tugas yang semakin mencabar itu. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting bagi pensyarah untuk melaksanakannya selaras dengan apa yang terkandung di dalam misi reformasi pendidikan negara. Kejayaan strategi pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang merancang dan mengelolakan pelajaran berkenaan. Jika guru tersebut seorang yang kreatif dan inovatif akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Maka guru perlu diberi latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan tentang pedagogi yang berkesan dan menarik. Pihak pentadbiran sekolah juga perlu memberi sokongan professional kepada para guru ini. Bahan sokongan dan bahan bantuan mengajar yang boleh meransangkan para pelajar perlu di sediakan. 5.7 Mengamalkan Pembelajaran Kontektual Pendekatan yang terakhir ialah mengamalkan pembelajaran kontektual. Pembelajaran konstektual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang di ajar dengan kehidupan seharian dieksplitasikan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi juga dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dan matematik dengan kehidupan mereka. Pembelajaran yang bermakna meningkatkan keberkesanan 27
  • 28. pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mampu meningkatkan pencapaian murid dalam mata-mata pelajaran yang berkaitan. 6.0 PENUTUP Dunia telahpun menyaksikan perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat pada abad ke-20, khususnya dalam masa dua pertiga terakhir abad berkenaan. Dijangka perkembangan ini akan menjadi lebih hebat lagi pada abad ke-21 ini. Sekarang ini pun, bahang kepesatan perkembangannya telah pun mula dirasai, malah mula dialami. Misalnya terdapat banyak ciptaan baru dan inovasi dalam aspek bahan termaju, teknik termaju, nanoteknologi, bioteknologi, mikroelektrik dan robotik. Sains dan teknologi akan dibangunkan sehingga berupaya memberi sumbangan positif yang lebih besar dan bernilai tambah kepada pertumbuhan pembangunan yang berasaskan produktiviti. Secara perlahan industri dan perkhidmatan berintensifkan modal dan teknologi akan menjadi teras penting kepada strategi pembangunan untuk mengekalkan kadar pertumbuhan yang pesat dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Sains dan teknologi akan menjadi tunjang kemajuan ekonomi dan daya saing terutamanya diperingkat antarabangsa. Tanggungjawab mempersiapkan negara khususya mempersiapkan kaum bumiputera dalam arus kemajuan sains sememangnya agenda yang mencabar. Minda pelajar-pelajar mesti dibina dengan menggembar-gemburkan bahawa sains itu mudah dan menarik, dan sains itu penting demi pembangunan negara pada zaman sains dan teknologi ini. Sehubungan dengan itu, kurikulum sains hendaklah bersifat futuristik dan ‘global context’, matapelajaran bersifat rekacipta, teknikal dan R & D diperbanyakkan,manakala aspek penyertaan dan pencapaian dipertingkatkan dengan giatnya. Kementerian Pendidikan perlu sedar dan sentiasa proaktif terhadap segala aspek berkaitan pendidikan sains dan teknologi, disamping merancang strategi-strategi untuk masa sekarang dan tahun-tahun mendatang. 28
  • 29. 7.0 BIBLIOGRAFI Abd. .Ghafar Ismail dan Md. Zyadi Md. Tahir. (1998). Makroekonomi. Malaysia: Perspektif Dasar. UKM, Bangi. Azrina bt Sobian, (2009). Kerjasama dalam Pendidikan Sains. Diperoleh pada April 28,2009 daripada http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=1718 Charles J. Mcmillan (1994). Sistem Perindustrian Jepun (Nazlifa Md. Ali, Terjemah). Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asli diterbitkan 1984) Dasar 60:40 pelajar Sastera-Sains belum tercapai. (2009,Mac 27). Utusan Malaysia Online Dasar sains dan Teknologi Negara (2008). Diperoleh pada November 14,2008 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=247:dasar-sains-dan-teknologi- negara&catid=88:dasar-dasar-negara Haini bt Ismail,(2001). Pendidikan Sains (Sasaran 60:40;Mengapa Belm Tercapai). Daripada http://www.scribd.com/doc/2675329/sains-6040 Jurusan Sains masih kurang sambutan. (1999,November 25). Berita Harian Online Mohd Zuber Zain, Abdul Halim Ali & Raja Ahmas Shalaby (2005) Pak Lah dan Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tun Dr. Mahathir Mohamad, http://sejarahmalaysia.pnm.my Wahid Hashim (2010,Februari 1). Pengurangan Bajet KPM : Cabaran buat Guru. Utusan Malaysia, 7. Zul Husni Abdul Hamid (2009,Febuari 1). Memorendum ke Istana Negara. Utusan Malaysia, 8. 29