SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009).
Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:
Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad.
Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.
Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “buku”.
Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja. Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong. Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca. Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini. Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. (http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009).
Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’ tetapi disebut ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya.
Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.
Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza.
Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman).Kaedah inijuga dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai kata’, dan ‘kaedah ayat’. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.
Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut.
Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid daripada perkataan.
Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah, contohnya:
Ini meja
Ini kerusi
Itu buku
Itu bola
Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah, misalnya:
Ini meja saya
Ini kerusi guru
Itu buku saya
Itu bola Ahmad
Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang baru dapat diperkenalkan.
Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat itu. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru.
Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.
Rujukan: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/ http://bakalguru.com Sofiah Hamid

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kaedah pandang sebut
Kaedah pandang sebutKaedah pandang sebut
Kaedah pandang sebut
Zue Ariffin

Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatan
atthea

Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatif
mohamadawang

Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapaBunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa

kaknita

Kuliah 4 pandang sebut
Kuliah 4 pandang sebutKuliah 4 pandang sebut
Kuliah 4 pandang sebut
faridhakimi

Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
Ahmad NazRi

Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
Shila Daly

Was ist angesagt? (19)

Kaedah pandang sebut
Kaedah pandang sebutKaedah pandang sebut
Kaedah pandang sebut

Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut

Pendekatan 1
Pendekatan 1Pendekatan 1
Pendekatan 1

Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatan

Fonetik
Fonetik Fonetik
Fonetik

Cara membaca
Cara membacaCara membaca
Cara membaca

Teknik main peranan
Teknik main perananTeknik main peranan
Teknik main peranan

Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca

Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415

Teknik mengarang
Teknik mengarangTeknik mengarang
Teknik mengarang

Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatif

Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapaBunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa

Kuliah 4 pandang sebut
Kuliah 4 pandang sebutKuliah 4 pandang sebut
Kuliah 4 pandang sebut

Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca

Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1

Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt

RPMH Kata Nama
RPMH Kata NamaRPMH Kata Nama
RPMH Kata Nama

20121109091128 kgbk brunei 8 sept 2011 ppt
20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt
20121109091128 kgbk brunei 8 sept 2011 ppt

Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan

Andere mochten auch (8)

plan 130 puntos
plan 130 puntosplan 130 puntos
plan 130 puntos

Plataforma google asesores_082010
Plataforma google  asesores_082010Plataforma google  asesores_082010
Plataforma google asesores_082010

Thor
ThorThor
Thor

Library 2.0 (at University of Deusto)
Library 2.0 (at University of Deusto)Library 2.0 (at University of Deusto)
Library 2.0 (at University of Deusto)

Buscadores De La Verdad
Buscadores De La VerdadBuscadores De La Verdad
Buscadores De La Verdad

重要必看!! 沒收卡片 Atm新陷阱!!
重要必看!! 沒收卡片  Atm新陷阱!!重要必看!! 沒收卡片  Atm新陷阱!!
重要必看!! 沒收卡片 Atm新陷阱!!

Crear Cuenta Gratuita PodSeven - TUTORIAL
Crear Cuenta Gratuita PodSeven - TUTORIALCrear Cuenta Gratuita PodSeven - TUTORIAL
Crear Cuenta Gratuita PodSeven - TUTORIAL

Mensajeria instantanea
Mensajeria instantaneaMensajeria instantanea
Mensajeria instantanea

Ähnlich wie Prabacaan ialah tahap penyediaan murid

Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012
Elle Irys

Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
Dee Dee

Tajuk 4 kaedah pandang dan sebut (akhimullah, fhathullah, fatin syahirah, hid...
Tajuk 4 kaedah pandang dan sebut (akhimullah, fhathullah, fatin syahirah, hid...Tajuk 4 kaedah pandang dan sebut (akhimullah, fhathullah, fatin syahirah, hid...

kuliahpismp09

Kaedah utama dalam pembelajaran bahasa
Kaedah utama dalam pembelajaran bahasaKaedah utama dalam pembelajaran bahasa
Kaedah utama dalam pembelajaran bahasa
Teoh Lih Fen

Didik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bmDidik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bm
Eliza Ramlee

BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
Wyna Thomas

Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
L Adul Lalut Adul

Ähnlich wie Prabacaan ialah tahap penyediaan murid (20)

Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012

Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membaca

Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membaca

Kertas cadanga
Kertas cadangaKertas cadanga
Kertas cadanga

Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs

Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106

M3
M3M3
M3

Tajuk 4 kaedah pandang dan sebut (akhimullah, fhathullah, fatin syahirah, hid...
Tajuk 4 kaedah pandang dan sebut (akhimullah, fhathullah, fatin syahirah, hid...Tajuk 4 kaedah pandang dan sebut (akhimullah, fhathullah, fatin syahirah, hid...
Tajuk 4 kaedah pandang dan sebut (akhimullah, fhathullah, fatin syahirah, hid...

Kaedah utama dalam pembelajaran bahasa
Kaedah utama dalam pembelajaran bahasaKaedah utama dalam pembelajaran bahasa
Kaedah utama dalam pembelajaran bahasa

Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

Didik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bmDidik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bm

Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi

Rancangan pelajaaran harian
Rancangan pelajaaran harianRancangan pelajaaran harian
Rancangan pelajaaran harian

Apa itu big book
Apa itu big bookApa itu big book
Apa itu big book

Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a

BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1

Unit1c
Unit1cUnit1c
Unit1c

Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum

Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari

Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid

• 1. Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009).