SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 2
Downloaden Sie, um offline zu lesen
[BR(29.00)105/5-1]

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2001
Semua Pegawai Pengawal,
PINDAAN KEPADA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 12 TAHUN 1994
MENGENAI PEMASANGAN TELEFON PEJABAT DAN TELEFON RASMI
RUMAH DAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT (HANDPHONE)
Pada masa ini, kuasa bagi meluluskan pemasangan Public Automated Board Exchange
(PABX), Automatic Telephone Using Radio (ATUR) dan telefon bimbit adalah seperti mana
yang dihuraikan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1994.
2.
Peraturan ini telah dikaji semula dan sesuai dengan konsep Let Managers Manage,
Pegawai Pengawal adalah juga diberi kuasa meluluskan pemasangan dan penggunaan PABX
dan telefon bimbit (termasuk ATUR) tertakluk kepada syarat-syarat umum seperti berikut:
a.

Pegawai Pengawal sahaja yang dibenarkan menimbang dan meluluskan
sesuatu permohonan. Kuasa ini tidak boleh diwakilkan; dan

b.

Pegawai Pengawal hendaklah mempastikan Kementerian / Jabatan
mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi membiayai perbelanjaan
berkaitan dengan pemasangan dan penyelenggaraan alat-alat tersebut.

3.
Khususnya, dalam menimbangkan permohonan telefon bimbit, Pegawai
Pengawal hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
a.

kriteria utama kelulusan telefon bimbit adalah bagi urusan rasmi yang
memerlukan perhubungan serta merta dengan pihak lain yang tidak dapat
dilakukan melalui talian telefon biasa dan tanpa penggunaan telefon bimbit
boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini;

b.

dalam menimbangkan
keperluan
perhubungan yang lain perlu diambilkira;

c.

disebabkan terdapat banyak jenis telefon bimbit yang mempunyai ciri-ciri
tersendiri dengan harga berbeza-beza, Ketua Jabatan hanya dibenarkan
memperolehi jenis telefon yang berharga sederhana tetapi memenuhi
keperluan asas tertakluk kepada had yang ditetapkan di perenggan 5 dan
boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat telekomunikasi tempatan;

d.

telefon bimbit yang dibeli hendaklah didaftarkan atas nama Ketua Jabatan;

telefon

bimbit,

kemudahan
e.

hanya bayaran wajib bagi perkhidmatan asas ditanggung oleh Kerajaan;

f.

bagi tujuan akauntabiliti Ketua Jabatan hendaklah mengadakan sistem rekod
agihan dan penggunaan telefon bimbit yang teratur;

g.

Ketua Jabatan hendaklah mempastikan bahawa caj-caj yang dikenakan bagi
kegunaan telefon bimbit adalah atas urusan rasmi sahaja;

h.

bil bagi panggilan rasmi yang ditanggung oleh Kerajaan adalah terhad kepada
maksimum sebanyak RM200 sebulan; dan

i.

jawatan yang dibekalkan telefon bimbit mengikut perenggan 4c ke 4e tidak
layak lagi diberi talian terus di rumah.
4.
Sebagai panduan, beberapa jawatan seperti berikut boleh dipertimbangkan untuk
diberi telefon bimbit:
a.

Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan;

b.

Jawatan bertaraf Gred Turus, Utama dan Khas;

c.

Ketua Bahagian bertaraf Gred 1;

d.

Setiausaha Sulit Kanan, Pegawai Khas, Setiausaha Sulit dan Setiausaha
Akhbar kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen; dan

e.

Kelulusan perlu didapatkan bagi pegawai lain dari (a-d).

5.
Had harga telefon bimbit termasuk aksesori bagi jawatan di perenggan 4a dan 4b
ialah RM1,000.00. Bagi jawatan di perenggan 4d, had harga adalah seperti yang telah
ditetapkan oleh JPM melalui surat bertarikh 25 November 2000 dan bagi yang lain, had
harga ialah RM750.00.
6.
Selain daripada pindaan ini, peraturan yang terdapat dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1994 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun
1999 adalah masih dikekalkan.
7.

Pekeliling ini adalah berkuatkuasa dari tarikh ianya dikeluarkan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(Dato’ Dr. Samsudin bin Hitam)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
22 Februari 2001
s.k.
Semua Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Weitere ähnliche Inhalte

Andere mochten auch

4. the project in the organizational structure
4. the project in the organizational structure4. the project in the organizational structure
4. the project in the organizational structure
Jeanette C. Patindol
 
Mi Aventura Norma
Mi Aventura NormaMi Aventura Norma
Mi Aventura Norma
craham
 

Andere mochten auch (15)

4. the project in the organizational structure
4. the project in the organizational structure4. the project in the organizational structure
4. the project in the organizational structure
 
Customer's roles in service delivery
Customer's roles in service deliveryCustomer's roles in service delivery
Customer's roles in service delivery
 
Manifest destiny (with a growth map)
Manifest destiny (with a growth map)Manifest destiny (with a growth map)
Manifest destiny (with a growth map)
 
Vivenciando os Nove Elementos
Vivenciando os Nove ElementosVivenciando os Nove Elementos
Vivenciando os Nove Elementos
 
Lipidos 23
Lipidos 23Lipidos 23
Lipidos 23
 
Criando um blog 1
Criando um blog 1Criando um blog 1
Criando um blog 1
 
Cómo hacer unensayo
Cómo  hacer unensayoCómo  hacer unensayo
Cómo hacer unensayo
 
Mi Aventura Norma
Mi Aventura NormaMi Aventura Norma
Mi Aventura Norma
 
Etnias del ecuador
Etnias del ecuadorEtnias del ecuador
Etnias del ecuador
 
Liquida
LiquidaLiquida
Liquida
 
Practicas1[1]
Practicas1[1]Practicas1[1]
Practicas1[1]
 
Sin limites
Sin limitesSin limites
Sin limites
 
LA Adolecencia y sus problemas
LA Adolecencia y sus problemasLA Adolecencia y sus problemas
LA Adolecencia y sus problemas
 
Cultural ii
Cultural iiCultural ii
Cultural ii
 
Empresas diapositivas
Empresas diapositivasEmpresas diapositivas
Empresas diapositivas
 

PP Bil 3 tahun 2001 pemasangan tel pej & pgunaan tel bimbit

  • 1. [BR(29.00)105/5-1] KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2001 Semua Pegawai Pengawal, PINDAAN KEPADA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 12 TAHUN 1994 MENGENAI PEMASANGAN TELEFON PEJABAT DAN TELEFON RASMI RUMAH DAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT (HANDPHONE) Pada masa ini, kuasa bagi meluluskan pemasangan Public Automated Board Exchange (PABX), Automatic Telephone Using Radio (ATUR) dan telefon bimbit adalah seperti mana yang dihuraikan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1994. 2. Peraturan ini telah dikaji semula dan sesuai dengan konsep Let Managers Manage, Pegawai Pengawal adalah juga diberi kuasa meluluskan pemasangan dan penggunaan PABX dan telefon bimbit (termasuk ATUR) tertakluk kepada syarat-syarat umum seperti berikut: a. Pegawai Pengawal sahaja yang dibenarkan menimbang dan meluluskan sesuatu permohonan. Kuasa ini tidak boleh diwakilkan; dan b. Pegawai Pengawal hendaklah mempastikan Kementerian / Jabatan mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi membiayai perbelanjaan berkaitan dengan pemasangan dan penyelenggaraan alat-alat tersebut. 3. Khususnya, dalam menimbangkan permohonan telefon bimbit, Pegawai Pengawal hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: a. kriteria utama kelulusan telefon bimbit adalah bagi urusan rasmi yang memerlukan perhubungan serta merta dengan pihak lain yang tidak dapat dilakukan melalui talian telefon biasa dan tanpa penggunaan telefon bimbit boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini; b. dalam menimbangkan keperluan perhubungan yang lain perlu diambilkira; c. disebabkan terdapat banyak jenis telefon bimbit yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan harga berbeza-beza, Ketua Jabatan hanya dibenarkan memperolehi jenis telefon yang berharga sederhana tetapi memenuhi keperluan asas tertakluk kepada had yang ditetapkan di perenggan 5 dan boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat telekomunikasi tempatan; d. telefon bimbit yang dibeli hendaklah didaftarkan atas nama Ketua Jabatan; telefon bimbit, kemudahan
  • 2. e. hanya bayaran wajib bagi perkhidmatan asas ditanggung oleh Kerajaan; f. bagi tujuan akauntabiliti Ketua Jabatan hendaklah mengadakan sistem rekod agihan dan penggunaan telefon bimbit yang teratur; g. Ketua Jabatan hendaklah mempastikan bahawa caj-caj yang dikenakan bagi kegunaan telefon bimbit adalah atas urusan rasmi sahaja; h. bil bagi panggilan rasmi yang ditanggung oleh Kerajaan adalah terhad kepada maksimum sebanyak RM200 sebulan; dan i. jawatan yang dibekalkan telefon bimbit mengikut perenggan 4c ke 4e tidak layak lagi diberi talian terus di rumah. 4. Sebagai panduan, beberapa jawatan seperti berikut boleh dipertimbangkan untuk diberi telefon bimbit: a. Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan; b. Jawatan bertaraf Gred Turus, Utama dan Khas; c. Ketua Bahagian bertaraf Gred 1; d. Setiausaha Sulit Kanan, Pegawai Khas, Setiausaha Sulit dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen; dan e. Kelulusan perlu didapatkan bagi pegawai lain dari (a-d). 5. Had harga telefon bimbit termasuk aksesori bagi jawatan di perenggan 4a dan 4b ialah RM1,000.00. Bagi jawatan di perenggan 4d, had harga adalah seperti yang telah ditetapkan oleh JPM melalui surat bertarikh 25 November 2000 dan bagi yang lain, had harga ialah RM750.00. 6. Selain daripada pindaan ini, peraturan yang terdapat dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1994 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1999 adalah masih dikekalkan. 7. Pekeliling ini adalah berkuatkuasa dari tarikh ianya dikeluarkan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (Dato’ Dr. Samsudin bin Hitam) Ketua Setiausaha Perbendaharaan 22 Februari 2001 s.k. Semua Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri.