Teks tersebut memberikan nasihat kepada wanita untuk tidak hanya fokus pada kecantikan fisik semata, tetapi juga kecantikan batin dan akhlak yang mulia. Ia menjelaskan ciri-ciri wanita solehah seperti mentaati ibu dan suami, menjaga kehormatan diri, serta kesederhanaan. Wanita solehah diibaratkan sebagai bunga yang keindahannya tidak hanya fisik semata, tetapi juga akhlak yang mulia.
1. KATA MUTIARA WANITA SOLEHAH
Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk
di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan
dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih
berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang
darimu.
2. Ciri-Ciri Wanita Solehah:
Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di
antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi
pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang
paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi)
Mentaati dan menyenangkan hati ibu
Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu
keuntungan
Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika
ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)
Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian
daripada iman
Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi
yang telah bersuami)
Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada
suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak
yang belum mengerti tentang seks
3. KELEBIHAN SEORANG WANITA
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang
wali,
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
soleh,
- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000
lelaki yang jahat,
- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,Wanita yang
memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu
pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
4. Wanita Solehah :
Penyeri Taman Syurga Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia
akhlaknya...
kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..
tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...
Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.