1. 1
PK 07/3
SK LKTP PEMANIS 2, SEGAMAT
MINIT MESYUARAT GURU-GURU BIL 4 (2016)
Tarikh : 29 September 2016 (Rabu)
Masa : 1:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKPD
Pengerusi : Pn.Hajah Azizah binti Abu Bakar (GURU BESAR)
Kehadiran (20 orang):
1. Pn.Hajah Azizah binti Abu Bakar (GURU BESAR)
2. En.Musa bin Atan (PK KURIKULUM 1)
3. En. Md.Adam bin Rohani (PK KOKURIKULUM)
4. Pn. Haziati binti Hamdan (PK Hal Ehwal Murid)
5. Pn. Noormaiza binti Abdul Malek
6. Cik Jamaliah binti Hishar@Azhar
7. Pn. Au Hoi Chew
8. Pn. Nursyahirah binti Ibrahim
9. Pn. Siti Azura binti Mohd Ayob
10. Pn. Aziaton binti Ibrahim
11. Pn. Aina Amirah binti Ahmad Keflee
12. Pn.Normi binti Bonari
13. Pn. Siti Mariam binti Zakaria
14. Pn. Morniza binti Ayersitam
15. Pn. Mazniza Binti Musa
16. En. Nazri bin Nasir
17. En. Amir Aiman bin Ruzlani
18. En. Mohd Khairi bin Mohd Hanafi
19. En. Zulkifli bin Ismail
20. En. Rosli bin Sahat
Turut hadir : Tiada
Tidak hadir :
1. Puan Zakiah binti Ab Halim ( Tidak hadir bersebab)
2. Puan Siti Salwa Binti Mail (Taklimat sukan di SMK Seri Kenangan)
3. En. Mohd Norfaisal bin Baharun (Tidak hadir bersebab)
4. En. Mohd Farid bin Mohamad ( Cuti Sakit)
2. 2
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang hadir ke mesyuarat.
1.2 Pengerusi menyampaikan laporan pemantauan dari Pegawai JPNJ
pada 19 Oktober yang lalu:
1.2.1 Melalui laporan pegawai berkenaan , laporan fail panitia-
panitia dan laporan-laporan program adalah lengkap.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang membantu dalam menyiapkan kesemua fail dan segala
laporan.
1.2.2 Guru diminta agar menyediakan borang maklum balas setiap
kali selepas menyediakan minit mesyuarat. Borang maklum
balas tersebut akan dibaca oleh setiausaha apabila
mesyuarat seterusnya.
1.2.3 Headcount yang telah disiapkan tidak mempunyai sebarang
masalah dan baik.
1.2.4 Segala program yang hendak dibuat mestilah mensasarkan
kepada suatu objektif yang spesifik sahaja.
.
1.2.5 Keadaan bengkel dan bilik-bilik khas terutamanya bilik
kemahiran hidup adalah dalam keadaan tidak memuaskan
dari segi keceriaan dan keselamatan. Di samping itu juga
markah keseluruhan yang diberi adalah jika 3 bermakna
baik, namun markah yang diberi kebanyakkannya adalah 1
bermakna lemah dari segi keselamatan. Pegawai JPNJ
mengulas supaya bilik-bilik khas dibaik pulih dari segi
keceriaan dan keselamatan terutamanya.
1.2.6 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada Puan
Syahirah kerana pentaksiran sekolah bagi tahun 6 telah
disiapkan dan nama sekolah tidak tersenarai sebagai
sekolah yang akan dipantau memandangkan segala
pentaksiran melibatkan tahun 6 telah disiapkan.
1.2.7 Segala Amalan Terbaik Sekolah mestilah dimasukkan ke
dalam fail.
1.2.8 Cadangan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor ialah
bermula tahun depan iaitu tahun 2017, semua panitia yang
menjalankan segala program adalah tidak hanya berfokus di
bawah ko-akademik tetapi juga kepada ko-kurikulum. Selain
itu, program seperti program motivasi dan solat hajat adalah
di bawah program HEM. Sebarang program yang hendak
3. 3
dilaksanakan mestilah melibatkan kerjasama ketiga-tiga unit
iaitu unit kurikulum, kokurikulum dan HEM.
1.2.9 Puan Salina Binti Hussain, Pengurus Sektor Pengurusan
Akademik meminta agar semua guru mengambil tahu segala
program-program di sekolah seperti LINUS,MBMMBI,
PAJSK dan sebagainya. Guru juga mestilah mempunyai
pengetahuan dan mengetahui makna kepada singkatan
perkataan-perkataan tersebut termasuklah EMK, DSKP,
NKRA dan sebagainya.
1.3 Pengerusi memaklumkan bermula tahun depan tahun 2017, lagu
‘Muafakat Johor’ wajib dinyanyikan semasa perhimpunan rasmi hari
Ahad selepas lagu Bangsa Johor dinyanyikan.
1.4 Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru menyemak Buku
Rekod Perkhidmatan masing-masing di Pejabat Pendidikan
Daerah.
Tindakan: makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadangkan oleh: Cik Jamaliah binti Hishar@Azhar
Disokong oleh : Pn. Nursyahirah binti Ibrahim
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Puan Haziati memberitahu bahawa Buku Rekod Kawalan Murid
adalah ditahap pencapaian lemah kerana ada segelintir guru-guru
tidak menanda dan mengisi keberadaan guru di dalam kelas.
Beliau juga meminta guru-guru bertugas mingguan supaya mengisi
Buku Laporan Guru Bertugas.
Tindakan: semua guru
3.2 Cik Jamaliah meminta supaya guru-guru yang ke PPD atau keluar
dari sekolah pada waktu persekolahan kerana urusan
rasmi,bengkel,kursus,taklimat, CRK dan cuti sakit untuk
memaklumkan kepada beliau keberadaan guru tersebut.
Tindakan: semua guru
4. 4
3.3 Puan Azura memberitahu tentang kebanyakkan ibu bapa yang
tidak mengisi ruang imunisasi di Buku Rekod Kesihatan Murid.
Beliau mencadangkan supaya murid-murid membawa bersama-
sama buku imunisasi dan buku rekod kesihatan murid.
Tindakan: makluman
4 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN 1
4.1 En. Musa megucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan
semua guru yang hadir ke mesyuarat.
4.2 En.Musa meminta agar sepertimana daripada laporan pemantauan
pegawai JPNJ pada 19 Oktober yang lalu, beliau meminta agar
segala program yang hendak dilaksanakan melibatkan semua guru.
Tindakan: makluman
4.3 Beliau juga memaklumkan bahawa bilik kemahiran hidup tidak
memenuhi kriteria 5S iaitu susun,simpan,senggara,stok dan
selamat.
Tindakan: Penyelaras Bilik KH
4.4 En.Musa juga meminta agar semua guru memberitahu keberadaan
guru pada waktu persekolahan sekiranya guru tiada di sekolah di
Whatsup Group Official. Beliau juga meminta supaya semua murid
berpakaian formal sepanjang minggu peperiksaan.
Tindakan: Semua guru
4.5 En.Musa juga memberitahu tentang keadaan belakang makmal
komputer di mana boleh terjadinya tempat pembiakan nyamuk
serta ular. Beliau juga menyatakan keadaan bahaya di mana ada
lubang besar di belakang makmal komputer tersebut. Pengerusi
meminta supaya setiausaha PIBG, Puan Aziaton mengambil
tindakan untuk memaklumkan kepada PIBG untuk mengambus
semula tanah di belakang makmal komputer.
Tindakan: S/U PIBG
5 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN HEM
5.1 Pn.Haziati mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan
semua guru yang hadir ke mesyuarat.
5. 5
5.2 Beliau meminta supaya semua guru kelas mengemaskini maklumat
terkini murid-murid di APDM kerana KPM akan menentukan murid
yang layak menerima bantuan bagi tahun 2017 melalui maklumat
daripada APDM.
Tindakan: Semua guru kelas
5.3 Beliau juga memaklumkan laman web SSDM untuk guru kunjungi
iaitu https://ssdm.moe.gov.my dengan ID Login: JBA7038 dan kata
laluan adalah DISJBA7038.
Tindakan: makluman
5.4 Beliau juga memaklumkan bahawa Ujian Aptitud murid tahun 3
telah di semak oleh Pn.Mazniza.
Tindakan: makluman
6 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
6.1 En.Md Adam mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis
dan semua guru yang hadir ke mesyuarat.
6.2 Beliau membacakan laporan pemantauan JPNJ pada 19 Oktober
yang lalu iaitu unit kokurikulum mestilah memperkasakan ko-
akademik dengan bersama-sama membincangkan program-
program bagi tahun 2017.
Tindakan: semua guru
6.3 Beliau memaklumkan bahawa buku laporan PAJSK dan markah
telah disiapkan dan markah dikira berdasarkan CGPA di mana
markah ini akan dibawa ke sekolah menengah.
Tindakan: makluman
6.4 Beliau kemudiannya memberi keterangan tentang tentatif Majlis
Anugerah Kecemerlangan dan senarai tugas (rujuk buku program
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016). Beliau juga memaklumkan
bahawa penyelaras majlis tersebut yang dilantik ialah En.Zulkifli.
Tindakan: semua guru
6. 6
7 HAL – HAL LAIN
7.1 Pn.Au memaklumkan bahawa Jadual Pentaksiran Akhir Tahun
adalah bermula dengan subjek Dunia Seni Visual dan Bahasa
Melayu. Beliau juga memaklumkan pada hari khamis akan
diadakan budaya al-quran seperti biasa kerana murid-murid tahap
1 tiada peperiksaan manakala murid-murid tahap dua, peperiksaan
bermula pada pukul 8.20 a.m.
Tindakan: makluman
7.2 Puan Nursyahirah memaklumkan tentang perubahan baju rumah
sukan bagi tahun 2017. Beliau juga meminta guru kelas tahun 5
untuk mengemaskini dan mengesahkan segala makluman murid di
APDM.
Tindakan: makluman
7.3 Puan Aina meminta supaya guru-guru kelas tahun 2,3 dan 4
memberi senarai nama-nama murid yang layak menjadi pengawas
pusat sumber bagi tahun 2017.
Tindakan: Semua Guru Kelas Tahun 2,3 dan 4
7.4 Puan Morniza memaklumkan bahawa beliau akan mengedarkan
senarai nama murid-murid yang belum menjelaskan yuran PIBG
kepada guru kelas.
Tindakan: Semua Guru Kelas
7.5 Puan Mazniza memaklumkan bahawa terdapat 5 lagi kekosongan
untuk murid-murid yang ingin mendaftar ke prapersekolahan bagi
tahun 2017.
Tindakan: makluman
7.6 En.Zulkifli meminta sumbangan kipas di bilik j-qaf kerana kipas
siling tidak berfungsi.
Tindakan: s/u PIBG
7.7 En.Musa meminta semua guru menyiapkan untuk memasukkan
markah SAPS dengan segera sebelum berlangsungnya Majlis Hari
Anugerah Kecemerlangan. Beliau juga meminta untuk
mengemaskini PAJSK dan SEGAK.
Tindakan:semua guru
7.8 Pengerusi memaklumkan audit akademik bermula tahun 2013-2015
adalah bertambah baik. Beliau juga meminta guru menyediakan
skema jawapan bagi ujian pentaksiran akhir tahun.
Tindakan: semua guru m/pelajaran
7. 7
7.9 Puan Au memberitahu semua guru Bahasa Inggeris bagi tahap 1
memberi markah yang sama bagi kertas 1 dan 2 di SAPS
memandangkan markah di SAPS adalah untuk 2 kertas iaitu kertas
1 dan 2 manakala kertas pentaksiran yang ada hanyalah kertas 1.
Tindakan: Guru Bahasa Inggeris
8.0 Pengerusi memaklumkan bahawa YDP Anuar telah memberi
peruntukkan sebanyak RM15,000 kepada sekolah. Beliau juga
memaklumkan hampir ke semua program yang dirancang bagi
tahun 2016 berjaya dilaksanakan. Beliau juga meminta diadakan
murid-murid naik kelas untuk tahun 2017 pada minggu akhir
persekolahan dan sekiranya guru ingin mengadakan jamuan boleh
diadakan pada minggu tersebut.
Tindakan: makluman
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat bagi tahun 2017
bermula pada tarikh-tarikh berikut:
26/12/2016: mesyuarat guru dan kurikulum
27/12/2016: mesyuarat HEM dan Kokurikulum
28/12/2016: pendaftaran prapersekolah 2017 dan pembelian buku
29/12/2016: pendaftaran tahun 1 bagi tahun 2017 pembelian buku
30/12/2016: mesyuarat panitia-panitia
Tindakan : Semua guru
PENUTUP
a. Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana sudi hadir.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:45 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
........................................................... ...................................................
(Guru bertugas mingguan) (Pn. Azizah Binti Abu Bakar)
SK LKTP Pemanis 2. , Guru Besar,
SK LKTP Pemanis 2.