SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun
1. Setelah tentera Jepun berundur, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengisi
   kekosongan politik dengan menjalankan pemerintahan di Tanah Melayu.
2. Keganasan yang dilakukan oleh PKM menyebabkan berlaku huru-hara.


Keganasan Empat Belas Hari
1. Pemerintahan PKM selama 14 hari dilaksanakan melalui cawangan tenteranya
    iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga
2. MPAJA telah menguasai bandar-bandar dan daerah-daerah penting di seluruh Tanah
    Melayu serta mengambil alih balai-balai polis dan pejabat-pejabat pentadbiran
    kerajaan.
3. PKM menjalankan undang-undang mereka sendiri dan menjatuhkan hukuman ke atas
    sesiapa sahaja yang dianggap telah bekerjasama dengan Jepun.
4. Cukai kepala, cukai harta, dan cukai tanah yang tinggi dikenakan ke atas
    penduduk kampung.
5. PKM telah menangkap dan menyeksa orang-orang Melayu yang telah
    bekerjasama dengan Jepun, kerana dianggap telah menganiaya orang Cina.
6. PKM juga merampas harta benda orang kampung dan membunuh mereka yang
    dianggap bersalah.
7. Di Batu Pahat, PKM telah membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat
    dengan Jepun. Seorang pegawai daerah yang cuba mengadakan rundingan dengan
    mereka juga telah dibunuh.
8. Di Jelebu, Negeri Sembilan, PKM telah mencemarkan masjid dan surau.
9. Di Bakor dan Sungai Manik, Perak, rumah berpenghuni dibakar waktu malam.
10. Keganas PKM menyebabkan penduduk kampung bertindak balas sehingga berlaku
    huru-hara di beberapa tempat.
11. Di Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim
    telah bersatu untuk menyerang bandar Batu Pahat.
12. Dato' Onn bin Jaafar (pegawai daerah Batu Pahat) berjaya menghalang berlakunya
    pertumpahan darah di bandar itu.


Pentadbiran Tentera British (PTB)
1. PTB ialah sebuah pentadbiran tentera yang diperkenalkan oleh British untuk
   mentadbir Tanah Melayu selepas tentera Jepun berundur pada September 1945.
2. PTB adalah pentadbiran peralihan sebelum sebuah kerajaan awam dapat dilaksanakan
   di Tanah Melayu.
3. PTB diketuai oleh Sir Ralph Homes, iaitu Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam.
4. Kejayaan PTB ialah
   (a) menghapuskan penguasaan PKM di Tanah Melayu
   (b) menegakkan undang-undang dan mengembalikan keamanan
   (c) memujuk PKM dan MPAJA supaya menyerahkan senjata
   (d) menamatkan pergaduhan antara kaum di kawasan tententu di Tanah Melayu
5. Setelah Tanah Melayu aman, British menggantikan PTB dengan Malayan Union.
Malayan Union
  1. Kerajaan Malayan Union telah diistiharkan oleh British pada 1 April 1946 di
     King's (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur.
  2. Malayan Union (sebuah kerajaan awam) menamatkan PTB.
  3. Gabenornya yang pertama ialah Sir Edward Gent.


  Tujuan Penubuhan Malayan Union
1. Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu yang telah bekerjasama
   dengan Jepun
2. Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British
3. Menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi
4. Memastikan sumbangan golongan imigran sebagai tenaga kerja dan pelabur
5. Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu dan Asia Tenggara
6. Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam
7. Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
8. Membentuk satu bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan
   kesetiaan mereka terhadap Tanah melayu


  Ciri-ciri Malayan Union
  1. Tanah Melayu menjadi tanah jajahan mahkota.
  2. Sebuah kerajaan yang bercorak kesatuan
  3. Ciri-ciri perlembagaan Malayan Union:
     (a) Malayan Union terdiri daripada 4 buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah
          Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka.
     (b) Malayan Union diketuai Gabenor British yang dilantik oleh Raja England.
     (c) Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union diwujudkan.
     (d) Kerakyatan sama rata melalui prinsip jus soli.
     (e) Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu yang membincangkan hal-ehwal
          agama Islam dan adat istiadat Melayu.
     (f) Pentadbiran setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri.
     (g) Undang-undang Malayan Union diputuskan di Parlimen British.

                        Struktur Pentadbiran Malayan Union

                                    Parlimen British




                                 Gabenor Malayan Union




     Majlis Eksekutif              Majlis Undangan             Majlis Melayu



                             Pesuruhjaya Negeri-negeri
4. Malayan Union merupakan usaha British untuk memperkukuhkan pengaruh
   politik dan ekonominya di Tanah Melayu dan merupakan satu bentuk
   penjajahan secara mutlak ke atas Tanah Melayu oleh British.


Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union
1. Kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union.
2. Faktor-faktor penentangan orang Melayu:
   (a) Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu
       (i) Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Melayu tanpa sebarang
             kuasa.
       (ii) Baginda kehilangan takhta dan status sebagai ketua orang Melayu
       (iii)Hak pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa Gabenor.
   (b) Terhapusnya tamadun Melavu
       (i) Tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti sistem beraja,
             bahasa Melayu dan tulisan Jawi akan terhakis.
       (ii) Ketuanan Melayu tercabar dan mereka akan kehilangan tanah air.
   (c) Kerakyatan yang terlalu liberal
       (i) Status quo orang Melayu sebagai peribumi terancam.
       (ii) Jumlah orang Melayu menjadi kecil berbanding dengan golongan imigran.
   (d) Membantah tindakan Sir Harold MacMicheal mendapatkan tandatangan raja
       (i) Sir Harold MacMichael mengancam menurunkan raja-raja Melayu dari takhta
           sekiranya membantah Malayan Union.
       (ii) Raja-raja Melayu tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan
           Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda.

3. Walaupun begitu, terdapat sekumpulan kecil orang Melayu yang menyokong
   Malayan Union.
    Pertubuhan Melayu Pro-Malay .
    • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
    • Angkatan Pemuda Insaf (API)
    • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
    • Barisan Tani Malaya (BATAS)

4. PKMM ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Oktober
   1945. Presidennya yang pertama ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10
   Melayu, PKM.
5. Antara alasan pertubuhan-pertubuhan tersebut menyokong Malayan Union ialah:
   (a) Malayan Union akan menyatukan pentadbiran bagi seluruh Tanah Melayu.
   (b) Malayan Union akan melahirkan satu pentadbiran, yang tidak berasaskan
       kepada kuasa raja dan pembesar Melayu.
   (c) Kerakyatan terbuka
   (d) Penyatuan pentadbiran agama Islam

6. PKM dan Malayan Demokratik Union (MDU) menyokong pendirian pertubuhan-
   pertubuhan Melayu tersebut.
7. MDU merupakan parti politik yang dianggotai golongan berpendidikan Inggeris
   yang berpusat di Singapura.
8. MDU mencadangkan agar Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union.
9. Malayan Union disokong golongan imigran kerana kelonggaran kerakyatan.
10. Golongan imigran telah bergabung dalam All Malayan Council of Joint
    Action (AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.


Cara Penentangan Orang Melayu

Penentangan Secara Individu
1. Dato' Onn bin Jaafar telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang
   Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization
   (UMO) untukmenentang Malayan Union.
2. Raja-raja Melayu juga turut terlibat dalam penentangan secara individu kerana
   dipaksa oleh Harold MacMichael memberi persetujuan menerima Malayan Union.
3. Sultan Johor telah menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di
   London untuk menarik balik persetujuan penubuhan Malayan Union.
4. Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank
   Swettenham, R. 0. Winstedt, Sir Frederick Weld, dan Sir Cecil Clementi
   Smith telah menentang Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times
   di London.

Penentangan Melalui akhbar
1. Majlis adalah akhbar yang mula-mula menyeru orang Melayu menentang Malayan
   Union.
2. Utusan Melayu menyatakan Malayan Union menjejaskan masa hadapan orang-
   orang Melayu dan menyeru sultan-sultan Melayu memikirkan semula kesan
   Malayan Union jika tidak ditentang.
3. Warta Negar telah menyeru orang Melayu supaya menentang Malayan Union.

Penentangan Secara Kolektif
1. Orang-orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold
   MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. Ini berlaku di Kota
   Bahru, Johor Bahru dan Alor Setar.
2. Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula untuk
   menentang Malayan Union secara berorganisasi. Antaranya termasuklah
   Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.
3. Persatuan-persatuan Melayu telah menghantar telegram dan surat-surat bantahan
   ke Pejabat Tanah Jajahan di London untuk menolak gagasan Malayan Union.
4. Kongres Melayu Pertama telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab
   Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, dihadiri oleh 41 persatuan
   dari seluruh semenanjung Tanah Melayu.
5. Kongres tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan United Malays national
   Organization (UMNO) atau Pertubuhan Me1ayu Bersatu.
6. Kongres dipengerusikan Dato' Onn bin Jaafar dan dirasmikan oleh Sultan
   Hishamuddin Alam Shah. Baginda juga telah menderma sebanyak $5 000.
7. Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 Mac hingga 31 Mac 1946. Tujuan
   adalah untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
8. 9 orang wakil persatuan-persatuan negeri-negeri Melayu telah menyertai kongres
keduayang diadakan di pejabat akhbar Majlis, Kuala Lumpur.
9. Kongres Melayu Kedua memutuskan tiga tindakan menentang Malayan Union, iaitu
    (a) meminta raja-raja Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent
        sebagai Gabenor Malayan Union pertama
    (b) meminta orang-orang Melayu yang dilantik sebagai ahli Majlis-majlis
        Pentadbiran Malayan Union memulaukan majlis tersebut
    (c) meminta orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain
        putih pada songkok
10. Rapat umum diadakan semasa lawatan L. D. Gammans dan David Rees
    Williams di bandar-bandar besar pada bulan Mei 1946. Lawatan ini bertujuan
    untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang Malayan Union.
11. Orang-orang Melayu telah berkumpul di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat,
    Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar, dan Georgetown,
    Pulau Pinang dan membawa sepanduk-sepanduk yang membantah Malayan Union
    dan MacMichael.
12. Di Rembau pula, Halimahton binti Majid telah mengetuai wanita membantah
    Malayan Union.
13. Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah telah berucap menentang Malayan Union.
14. Di Perak, Datin Puteh Mariah pula telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan
    Melayu Perak untuk bergabung dengan kaum lelaki untuk menyokong Kongres
    Melayu 1946 menentang Malayan Union.
15. Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor juga telah ditubuhkan, khususnya
    untuk menentang Malayan Union.


Penubuhan UMNO
1. UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor.
2. Sebanyak 29 buah persatuan Melayu telah terlibat ddalam penubuhan UMNO.
3. Dato' Onn bin Jaafar telah dilantik sebagai presidennya yang pertama.


Tujuan Penubuhan UMNO
1. UMNO bertujuan untuk menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu.
2. UMNO berperanan sebagai penyatu bangsa dan penjana pembangunan
    sosioekonomi orang-orang Melayu.
                1946                                   1949
Menentang Malayan Union              Melindungi kedaulatan tanah air
Menyatukan orang Melayu              Menuntut kemerdekaan
Menjaga kepentingan politik dan      Berusaha mendirikan sebuah negara
ketuanan Melayu                      Merdeka
Memajukan kemajuan orang Melayu      Berfungsi sebagai parti siasah untuk
                                     menyatukan orang Melayu
Melindungi kepentingan orang Melayu Memajukan orang Melayu dari segi:
( Belum menuntut Kemerdekaan)        a) Siasah    c) Kebudayaan
                                     b) Kebajikan d) Ikhtisas (ekonomi)
Perjuangan Tokoh UMNO
1. Tokoh UMNO terlibat dalam pengasasan dan penggubalan perlembagaan UMNO.
i) Dato' Onn bin Jaafar
   • Pengasas UMNO dan merupakan presiden UMNO yang pertama (1946-1951).
   • Mendapat pendidikan di England dan Maktab Melayu Kuala Kangsar.
   • Pernah menjadi pegawai tadbir Negeri Johor dan wartawan.
   • Dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1946, selepas berjaya
     memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa berlakunya pergaduhan kaum.
   • Orang pertama menyeru perpaduan orang Melayu melalui kongres dan
     mencadangkanpembentukan sebuah parti politik untuk menentang Malayan Union
     secara kolektif dan bebas daripada semangat kenegerian.
   • Berjaya menganjurkan Kongres Melayu bersama tokoh-tokoh Melayu yang lain.
   • Sumbangan terbesar ialah menyatukan orang Melayu di seluruh semenanjung
     Tanah Melayu dan mengetuai penentangan Malayan Union.
   • Menjelajah ke seluruh negara untuk meyakinkan British bahawa orang Melayu
     membantah Malayan Union bersungguh-sungguh.
   • Berjaya memujuk Raja-raja Melayu supaya tidak menghadiri upacara
     pelantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
   • Menjadi jawatankuasa penggubal Perlembagaan UMNO 1949. Beliau merujuk
     perlembagaan parti-parti terkenal dari luar negara untuk dijadikan panduan.

ii) Dato’ Panglima Bukit Gantang
    • Nama sebenarnya ialah Abdul Wahab bin Abdul Aziz.
    • Mendapat pendidikan di Anderson School Ipoh, Perak dan Inner Temple, England.
    • Menjadi Setiausaha Agung UMNO yang pertama.
    • Menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu 1946
      untuk menentang Malayan Union.
    • Merupakan ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948 hingga tahun 1953.

iii) Dato’Nik Ahmed Kamil
     • Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO pusat dan Ketua UMNO Kelantan.
     • Mendapat pendidikan di sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab
       Melayu Kuala Kangsar dan Lincoln's Inn, London, England.
     • Merupakan seorang peguam yang bertauliah.
     • Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri dan seterusnya menjadi Menteri
       Besar Kelantan pada tahun 1948-1955.

iv) Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
    • Seorang intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu 1946.
    • Menguruskan persidangan Kongres Melayu 1946.
    • Mencadangkan perkataan 'kebangsaan' (national) digunakan dalam menamakan
     UMNO. Dengan itu, United Malays Organization (UMO), cadangan Dato' Onn bin
     Jaafar telah menjadi United Malays National Organization (UMNO).




Perjuangan dan Perkembangan UMNO -
1. UMNO telah memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang politik,
ekonomi, sosial, dan pendidikan.

         Menyatupadukan           Menumbangkan         Memperjuangkan
         orang Melayu             Malayan Union        ketuanan Melayu


         Mewujudkan sebuah             Perjuangan
                                                       Memajukan
         parti politik bercorak                        pendidikan orang
         nasional                        UMNO          Melayu

         Mengusahakan kemajuan              Menghapuskan sifat kedaerahan
         ekonomi dan kebajikan orang        dan kenegerian orang Melayu
         Melayu


2. Persidangan-persidangan UMNO telah diadakan di bandar-bandar besar di Tanah
   Melayu dan dirasmikan oleh Raja-raja Melayu negeri berkenaan.
3. Jun 1946, Persidangan Agung UMNO di Ipoh meluluskan bendera UMNO.
4. Piagam UMNO 1946 dibentuk sebagai panduan untuk UMNO ini bergerak.
5. Pada tahun 1949, Perlembagaan UMNO yang pertama telah diluluskan untuk
   membolehkan UMNO bergerak sebagaisebuah parti politik.
6. Pemilihan Bendera UMNO diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh (Jun 1946).
   Bendera ini dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
7. Bendera UMNO mengandungi empat warna:-
   • Merah bererti keberanian
   • Putih bermakna kesucian dan keikhlasan
   • Kuning bagi bulatan di tengah ialah lambang raja
   • Keris berwarna hijau di tengah adalah lambang agama Islam
   • Keris ini juga melambangkan tamadun Melayu.
8. Bendera UMNO telah dikibarkan buat kali pertamanya di mesyuarat agung UMNO
   kali ketiga di Pulau Pinang pada 27 Julai 1947.
9. Awalnya slogan UMNO dicipta oleh Dato' Onn bin Jaafar ialah "Hidup
   Melayu" yang untuk menyatukan ahli-ahli UMNO. Kemudiannya, slogan UMNO
   ditukar kepada 'Merdeka' pada bulan Mac 1950 di atas cadangan wakil Pemuda
   UMNO, iaitu Syeikh Gharieb Raub, daripada Bahagian Pemuda Batu Pahat.


Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

1. Malayan Union telah ditentang hebat oleh raja-raja dan rakyat Melayu.
2. British terpaksa membubarkan Malayan Union dan membuat dengan orang-orang
   Melayu untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.



Rundingan Ke Arah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Januari -      Penentangan di seluruh Tanah melayu menunjukkan orang Melayu
Mei 1946       menolak Malayan Union
               Pertemuan Raja-raja Melayu dengan British di Kuala Kangsar -
Mei 1946       Raja-raja Melayu menolak Malayan Union
Jun 1946       Rundingan antara British dan UMNO di P. Pinang
               British mengadakan rundingan rasmi dengan Raja-raja Melayu dan
               UMNO
               Raja-raja Melayu dan UMNO memorandum
25 Julai       Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh pegawai
1946           kanan British, wakil raja-raja Melayu dan wakil UMNO
               Tuntutan Jawatankuasa Eksekutif
               ♦ Raja-raja dan orang Melayu menolak prinsip dan
                 struktur Malayan Union
               ♦ Mahukan persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu
               ♦ Menolak kerakyatan jus soli
               ♦ Negeri Melayu menjadi negeri naungan
               ♦ Raja-raja Melayu menjadi ketua negeri melayu
21 Jan         Termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1946
1 Feb          Persekutuan Tanah Melayu dibentuk
1946

Sebab-sebab British Bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu
1. Tidak mahu orang melayu menentang secara kekerasan
2. Tidak mahu parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
3. Sikap sederhana orang Melayu dan pemimpin UMNO yang menggunakan
   Rundingan untuk mencari penyelesaian
4. Dasar dekolonisasi British


Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1. Sebuah persekutuan yang terdiri daripada gabungan 11 buah negeri (9 negeri
   Melayu dan 2 negeri Selat) dibentuk
2. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Tanah Melayu dan dibantu
   oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan
   Persekutuan
3. Syarat kerakyatan diperketatkan
4. Perlindungan istimewa ke atas orang Melayu diletakkan di bawah kuasa
   Pesuruhjaya Tinggi
5. Konsep Raj a Berperlembagaan diperkenalkan
6. Majlis Melayu digantikan dengan Majlis Raja-Raja Melayu




Perbezaan Antara Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan Malayan Union 1946
Persekutuan Tanah Melayu            Aspek Perbezaan              Malayan Union
Pesuruhjaya Tinggi British           Ketua pentadbiran           Gabenor British
dan Majlis Raja-raja Melayu
Majlis Mesyuarat Eksekutif,         Kuasa di peringkat pusat     Parlimen British
Majlis Mesyuarat Perundangan
Persekutuan dan Majlis Raja-raja
Melayu
Sultan, Menteri Besar dan Majlis    Kuasa di peringkat negeri    Pesuruhjaya Negeri
Mesyuarat Negeri                                                 dan Majlis Mesyuarat
                                                                 Negeri
Sultan                              Ketua agama Islam dan adat   Gabenor British
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris   Bahasa pentadbiran           Bahasa Inggeris


Perbezaan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union
Cara Mendapatkan Malayan Union                   Persekutuan Tanah Melayu
Kerakyatan
Secara kuatkuasa     Jus soli bagi yang          Jus soli hanya terbuka kepada
undang-undang        dilahirkan di Malayan       Rakyat Raja dan Rakyat British
                     Union, Singapura dan tanah
                     jajahan British yang lain   Pemohon yang dilahirkan di luar
                                                 negara tetapi bapanya Rakyat
                                                 Raja atau Rakyat British
Secara permohonan Pemohon yang tinggal 5         Pemohon berusia 21 tahun, tiada
                     daripada 7 tahun dari       rekod jenayah serta taat kepada
                     tempoh permohonan           Rakyat Raja dan Rakyat British

                       Anak angkat pemohon           Pemohon berusia 21 tahun, telah
                       yang telah menjadi rakyat     tinggal selama 8 daripada 12
                       Malayan Unoin                 tahun di Tanah Melayu dan
                                                     boleh bertutur dalam bahasa
                                                     Melayu dan bahasa Inggeris

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuPertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuAzamuddin Azha
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSyazwani Idris
 
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiSebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiChAnnJo_97
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuSamad Shomie
 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Pricilla Tan
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayuNur Az
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionDurratun Dian
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsafiro HAR
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuladykathy
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamaNoha Fiq
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan DaruratMohd Sofian
 
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Rema Reca
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMevelyn_01
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunisariffzainuddin
 

Was ist angesagt? (20)

Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuPertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiSebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
 
Penubuhan parti komunis malaya
Penubuhan parti komunis malayaPenubuhan parti komunis malaya
Penubuhan parti komunis malaya
 
Pengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep NegaraPengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep Negara
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayu
 
Negeri negeri melayu
Negeri negeri melayuNegeri negeri melayu
Negeri negeri melayu
 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Esei penggal 3 (2) (1)
Esei penggal 3 (2) (1)Esei penggal 3 (2) (1)
Esei penggal 3 (2) (1)
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertama
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat
 
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
 

Andere mochten auch

Bab2 t3
Bab2 t3Bab2 t3
Bab2 t3Cg Man
 
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
Nota sejarah tingkatan 3   bab 2Nota sejarah tingkatan 3   bab 2
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2noraziah bidin
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraanwk_aiman
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan unionsuriawati
 
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah MelayuBab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayuimpianhati
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayufiro HAR
 
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara KitaBab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara KitaNur Rahifah Karim
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3smktsj2
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Fadhil Ismail
 

Andere mochten auch (14)

Bab2 t3
Bab2 t3Bab2 t3
Bab2 t3
 
Bab 2-ting-31
Bab 2-ting-31Bab 2-ting-31
Bab 2-ting-31
 
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
Nota sejarah tingkatan 3   bab 2Nota sejarah tingkatan 3   bab 2
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah MelayuBab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
 
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara KitaBab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4
 

Ähnlich wie Bab 2

Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Cg Man
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 
Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Nadia Khalid
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaansyauqah
 
perjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanperjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanNspramila Pram
 
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuHUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuAzrul Amry
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)aishah solehah
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkasAmilinda Amsar
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Nor Yusof
 
Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4far84
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaFasyah Tutor
 
Faktor penentangan mu
Faktor penentangan muFaktor penentangan mu
Faktor penentangan muDurratun Dian
 
SEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxSEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxAmni32
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Zhang Ewe
 

Ähnlich wie Bab 2 (20)

Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 
Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
Komunis dan darurat
Komunis dan daruratKomunis dan darurat
Komunis dan darurat
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan
 
perjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanperjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaan
 
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuHUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Faktor penentangan mu
Faktor penentangan muFaktor penentangan mu
Faktor penentangan mu
 
SEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxSEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptx
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
 

Bab 2

  • 1. BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun 1. Setelah tentera Jepun berundur, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengisi kekosongan politik dengan menjalankan pemerintahan di Tanah Melayu. 2. Keganasan yang dilakukan oleh PKM menyebabkan berlaku huru-hara. Keganasan Empat Belas Hari 1. Pemerintahan PKM selama 14 hari dilaksanakan melalui cawangan tenteranya iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga 2. MPAJA telah menguasai bandar-bandar dan daerah-daerah penting di seluruh Tanah Melayu serta mengambil alih balai-balai polis dan pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan. 3. PKM menjalankan undang-undang mereka sendiri dan menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa sahaja yang dianggap telah bekerjasama dengan Jepun. 4. Cukai kepala, cukai harta, dan cukai tanah yang tinggi dikenakan ke atas penduduk kampung. 5. PKM telah menangkap dan menyeksa orang-orang Melayu yang telah bekerjasama dengan Jepun, kerana dianggap telah menganiaya orang Cina. 6. PKM juga merampas harta benda orang kampung dan membunuh mereka yang dianggap bersalah. 7. Di Batu Pahat, PKM telah membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun. Seorang pegawai daerah yang cuba mengadakan rundingan dengan mereka juga telah dibunuh. 8. Di Jelebu, Negeri Sembilan, PKM telah mencemarkan masjid dan surau. 9. Di Bakor dan Sungai Manik, Perak, rumah berpenghuni dibakar waktu malam. 10. Keganas PKM menyebabkan penduduk kampung bertindak balas sehingga berlaku huru-hara di beberapa tempat. 11. Di Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim telah bersatu untuk menyerang bandar Batu Pahat. 12. Dato' Onn bin Jaafar (pegawai daerah Batu Pahat) berjaya menghalang berlakunya pertumpahan darah di bandar itu. Pentadbiran Tentera British (PTB) 1. PTB ialah sebuah pentadbiran tentera yang diperkenalkan oleh British untuk mentadbir Tanah Melayu selepas tentera Jepun berundur pada September 1945. 2. PTB adalah pentadbiran peralihan sebelum sebuah kerajaan awam dapat dilaksanakan di Tanah Melayu. 3. PTB diketuai oleh Sir Ralph Homes, iaitu Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam. 4. Kejayaan PTB ialah (a) menghapuskan penguasaan PKM di Tanah Melayu (b) menegakkan undang-undang dan mengembalikan keamanan (c) memujuk PKM dan MPAJA supaya menyerahkan senjata (d) menamatkan pergaduhan antara kaum di kawasan tententu di Tanah Melayu 5. Setelah Tanah Melayu aman, British menggantikan PTB dengan Malayan Union.
  • 2. Malayan Union 1. Kerajaan Malayan Union telah diistiharkan oleh British pada 1 April 1946 di King's (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. 2. Malayan Union (sebuah kerajaan awam) menamatkan PTB. 3. Gabenornya yang pertama ialah Sir Edward Gent. Tujuan Penubuhan Malayan Union 1. Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu yang telah bekerjasama dengan Jepun 2. Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British 3. Menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi 4. Memastikan sumbangan golongan imigran sebagai tenaga kerja dan pelabur 5. Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu dan Asia Tenggara 6. Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam 7. Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri 8. Membentuk satu bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan mereka terhadap Tanah melayu Ciri-ciri Malayan Union 1. Tanah Melayu menjadi tanah jajahan mahkota. 2. Sebuah kerajaan yang bercorak kesatuan 3. Ciri-ciri perlembagaan Malayan Union: (a) Malayan Union terdiri daripada 4 buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka. (b) Malayan Union diketuai Gabenor British yang dilantik oleh Raja England. (c) Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union diwujudkan. (d) Kerakyatan sama rata melalui prinsip jus soli. (e) Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu yang membincangkan hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. (f) Pentadbiran setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri. (g) Undang-undang Malayan Union diputuskan di Parlimen British. Struktur Pentadbiran Malayan Union Parlimen British Gabenor Malayan Union Majlis Eksekutif Majlis Undangan Majlis Melayu Pesuruhjaya Negeri-negeri
  • 3. 4. Malayan Union merupakan usaha British untuk memperkukuhkan pengaruh politik dan ekonominya di Tanah Melayu dan merupakan satu bentuk penjajahan secara mutlak ke atas Tanah Melayu oleh British. Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union 1. Kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union. 2. Faktor-faktor penentangan orang Melayu: (a) Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu (i) Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Melayu tanpa sebarang kuasa. (ii) Baginda kehilangan takhta dan status sebagai ketua orang Melayu (iii)Hak pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa Gabenor. (b) Terhapusnya tamadun Melavu (i) Tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti sistem beraja, bahasa Melayu dan tulisan Jawi akan terhakis. (ii) Ketuanan Melayu tercabar dan mereka akan kehilangan tanah air. (c) Kerakyatan yang terlalu liberal (i) Status quo orang Melayu sebagai peribumi terancam. (ii) Jumlah orang Melayu menjadi kecil berbanding dengan golongan imigran. (d) Membantah tindakan Sir Harold MacMicheal mendapatkan tandatangan raja (i) Sir Harold MacMichael mengancam menurunkan raja-raja Melayu dari takhta sekiranya membantah Malayan Union. (ii) Raja-raja Melayu tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda. 3. Walaupun begitu, terdapat sekumpulan kecil orang Melayu yang menyokong Malayan Union. Pertubuhan Melayu Pro-Malay . • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) • Angkatan Pemuda Insaf (API) • Angkatan Wanita Sedar (AWAS) • Barisan Tani Malaya (BATAS) 4. PKMM ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Oktober 1945. Presidennya yang pertama ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM. 5. Antara alasan pertubuhan-pertubuhan tersebut menyokong Malayan Union ialah: (a) Malayan Union akan menyatukan pentadbiran bagi seluruh Tanah Melayu. (b) Malayan Union akan melahirkan satu pentadbiran, yang tidak berasaskan kepada kuasa raja dan pembesar Melayu. (c) Kerakyatan terbuka (d) Penyatuan pentadbiran agama Islam 6. PKM dan Malayan Demokratik Union (MDU) menyokong pendirian pertubuhan- pertubuhan Melayu tersebut. 7. MDU merupakan parti politik yang dianggotai golongan berpendidikan Inggeris yang berpusat di Singapura.
  • 4. 8. MDU mencadangkan agar Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union. 9. Malayan Union disokong golongan imigran kerana kelonggaran kerakyatan. 10. Golongan imigran telah bergabung dalam All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. Cara Penentangan Orang Melayu Penentangan Secara Individu 1. Dato' Onn bin Jaafar telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (UMO) untukmenentang Malayan Union. 2. Raja-raja Melayu juga turut terlibat dalam penentangan secara individu kerana dipaksa oleh Harold MacMichael memberi persetujuan menerima Malayan Union. 3. Sultan Johor telah menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London untuk menarik balik persetujuan penubuhan Malayan Union. 4. Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R. 0. Winstedt, Sir Frederick Weld, dan Sir Cecil Clementi Smith telah menentang Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London. Penentangan Melalui akhbar 1. Majlis adalah akhbar yang mula-mula menyeru orang Melayu menentang Malayan Union. 2. Utusan Melayu menyatakan Malayan Union menjejaskan masa hadapan orang- orang Melayu dan menyeru sultan-sultan Melayu memikirkan semula kesan Malayan Union jika tidak ditentang. 3. Warta Negar telah menyeru orang Melayu supaya menentang Malayan Union. Penentangan Secara Kolektif 1. Orang-orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. Ini berlaku di Kota Bahru, Johor Bahru dan Alor Setar. 2. Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi. Antaranya termasuklah Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor. 3. Persatuan-persatuan Melayu telah menghantar telegram dan surat-surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London untuk menolak gagasan Malayan Union. 4. Kongres Melayu Pertama telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, dihadiri oleh 41 persatuan dari seluruh semenanjung Tanah Melayu. 5. Kongres tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan United Malays national Organization (UMNO) atau Pertubuhan Me1ayu Bersatu. 6. Kongres dipengerusikan Dato' Onn bin Jaafar dan dirasmikan oleh Sultan Hishamuddin Alam Shah. Baginda juga telah menderma sebanyak $5 000. 7. Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 Mac hingga 31 Mac 1946. Tujuan adalah untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946. 8. 9 orang wakil persatuan-persatuan negeri-negeri Melayu telah menyertai kongres
  • 5. keduayang diadakan di pejabat akhbar Majlis, Kuala Lumpur. 9. Kongres Melayu Kedua memutuskan tiga tindakan menentang Malayan Union, iaitu (a) meminta raja-raja Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pertama (b) meminta orang-orang Melayu yang dilantik sebagai ahli Majlis-majlis Pentadbiran Malayan Union memulaukan majlis tersebut (c) meminta orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok 10. Rapat umum diadakan semasa lawatan L. D. Gammans dan David Rees Williams di bandar-bandar besar pada bulan Mei 1946. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang Malayan Union. 11. Orang-orang Melayu telah berkumpul di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar, dan Georgetown, Pulau Pinang dan membawa sepanduk-sepanduk yang membantah Malayan Union dan MacMichael. 12. Di Rembau pula, Halimahton binti Majid telah mengetuai wanita membantah Malayan Union. 13. Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah telah berucap menentang Malayan Union. 14. Di Perak, Datin Puteh Mariah pula telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak untuk bergabung dengan kaum lelaki untuk menyokong Kongres Melayu 1946 menentang Malayan Union. 15. Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor juga telah ditubuhkan, khususnya untuk menentang Malayan Union. Penubuhan UMNO 1. UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. 2. Sebanyak 29 buah persatuan Melayu telah terlibat ddalam penubuhan UMNO. 3. Dato' Onn bin Jaafar telah dilantik sebagai presidennya yang pertama. Tujuan Penubuhan UMNO 1. UMNO bertujuan untuk menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu. 2. UMNO berperanan sebagai penyatu bangsa dan penjana pembangunan sosioekonomi orang-orang Melayu. 1946 1949 Menentang Malayan Union Melindungi kedaulatan tanah air Menyatukan orang Melayu Menuntut kemerdekaan Menjaga kepentingan politik dan Berusaha mendirikan sebuah negara ketuanan Melayu Merdeka Memajukan kemajuan orang Melayu Berfungsi sebagai parti siasah untuk menyatukan orang Melayu Melindungi kepentingan orang Melayu Memajukan orang Melayu dari segi: ( Belum menuntut Kemerdekaan) a) Siasah c) Kebudayaan b) Kebajikan d) Ikhtisas (ekonomi) Perjuangan Tokoh UMNO 1. Tokoh UMNO terlibat dalam pengasasan dan penggubalan perlembagaan UMNO.
  • 6. i) Dato' Onn bin Jaafar • Pengasas UMNO dan merupakan presiden UMNO yang pertama (1946-1951). • Mendapat pendidikan di England dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. • Pernah menjadi pegawai tadbir Negeri Johor dan wartawan. • Dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1946, selepas berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa berlakunya pergaduhan kaum. • Orang pertama menyeru perpaduan orang Melayu melalui kongres dan mencadangkanpembentukan sebuah parti politik untuk menentang Malayan Union secara kolektif dan bebas daripada semangat kenegerian. • Berjaya menganjurkan Kongres Melayu bersama tokoh-tokoh Melayu yang lain. • Sumbangan terbesar ialah menyatukan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu dan mengetuai penentangan Malayan Union. • Menjelajah ke seluruh negara untuk meyakinkan British bahawa orang Melayu membantah Malayan Union bersungguh-sungguh. • Berjaya memujuk Raja-raja Melayu supaya tidak menghadiri upacara pelantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. • Menjadi jawatankuasa penggubal Perlembagaan UMNO 1949. Beliau merujuk perlembagaan parti-parti terkenal dari luar negara untuk dijadikan panduan. ii) Dato’ Panglima Bukit Gantang • Nama sebenarnya ialah Abdul Wahab bin Abdul Aziz. • Mendapat pendidikan di Anderson School Ipoh, Perak dan Inner Temple, England. • Menjadi Setiausaha Agung UMNO yang pertama. • Menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu 1946 untuk menentang Malayan Union. • Merupakan ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948 hingga tahun 1953. iii) Dato’Nik Ahmed Kamil • Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO pusat dan Ketua UMNO Kelantan. • Mendapat pendidikan di sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Lincoln's Inn, London, England. • Merupakan seorang peguam yang bertauliah. • Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri dan seterusnya menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1948-1955. iv) Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) • Seorang intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu 1946. • Menguruskan persidangan Kongres Melayu 1946. • Mencadangkan perkataan 'kebangsaan' (national) digunakan dalam menamakan UMNO. Dengan itu, United Malays Organization (UMO), cadangan Dato' Onn bin Jaafar telah menjadi United Malays National Organization (UMNO). Perjuangan dan Perkembangan UMNO - 1. UMNO telah memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang politik,
  • 7. ekonomi, sosial, dan pendidikan. Menyatupadukan Menumbangkan Memperjuangkan orang Melayu Malayan Union ketuanan Melayu Mewujudkan sebuah Perjuangan Memajukan parti politik bercorak pendidikan orang nasional UMNO Melayu Mengusahakan kemajuan Menghapuskan sifat kedaerahan ekonomi dan kebajikan orang dan kenegerian orang Melayu Melayu 2. Persidangan-persidangan UMNO telah diadakan di bandar-bandar besar di Tanah Melayu dan dirasmikan oleh Raja-raja Melayu negeri berkenaan. 3. Jun 1946, Persidangan Agung UMNO di Ipoh meluluskan bendera UMNO. 4. Piagam UMNO 1946 dibentuk sebagai panduan untuk UMNO ini bergerak. 5. Pada tahun 1949, Perlembagaan UMNO yang pertama telah diluluskan untuk membolehkan UMNO bergerak sebagaisebuah parti politik. 6. Pemilihan Bendera UMNO diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh (Jun 1946). Bendera ini dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur. 7. Bendera UMNO mengandungi empat warna:- • Merah bererti keberanian • Putih bermakna kesucian dan keikhlasan • Kuning bagi bulatan di tengah ialah lambang raja • Keris berwarna hijau di tengah adalah lambang agama Islam • Keris ini juga melambangkan tamadun Melayu. 8. Bendera UMNO telah dikibarkan buat kali pertamanya di mesyuarat agung UMNO kali ketiga di Pulau Pinang pada 27 Julai 1947. 9. Awalnya slogan UMNO dicipta oleh Dato' Onn bin Jaafar ialah "Hidup Melayu" yang untuk menyatukan ahli-ahli UMNO. Kemudiannya, slogan UMNO ditukar kepada 'Merdeka' pada bulan Mac 1950 di atas cadangan wakil Pemuda UMNO, iaitu Syeikh Gharieb Raub, daripada Bahagian Pemuda Batu Pahat. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 1. Malayan Union telah ditentang hebat oleh raja-raja dan rakyat Melayu. 2. British terpaksa membubarkan Malayan Union dan membuat dengan orang-orang Melayu untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Rundingan Ke Arah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Januari - Penentangan di seluruh Tanah melayu menunjukkan orang Melayu
  • 8. Mei 1946 menolak Malayan Union Pertemuan Raja-raja Melayu dengan British di Kuala Kangsar - Mei 1946 Raja-raja Melayu menolak Malayan Union Jun 1946 Rundingan antara British dan UMNO di P. Pinang British mengadakan rundingan rasmi dengan Raja-raja Melayu dan UMNO Raja-raja Melayu dan UMNO memorandum 25 Julai Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh pegawai 1946 kanan British, wakil raja-raja Melayu dan wakil UMNO Tuntutan Jawatankuasa Eksekutif ♦ Raja-raja dan orang Melayu menolak prinsip dan struktur Malayan Union ♦ Mahukan persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu ♦ Menolak kerakyatan jus soli ♦ Negeri Melayu menjadi negeri naungan ♦ Raja-raja Melayu menjadi ketua negeri melayu 21 Jan Termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1946 1 Feb Persekutuan Tanah Melayu dibentuk 1946 Sebab-sebab British Bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1. Tidak mahu orang melayu menentang secara kekerasan 2. Tidak mahu parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu 3. Sikap sederhana orang Melayu dan pemimpin UMNO yang menggunakan Rundingan untuk mencari penyelesaian 4. Dasar dekolonisasi British Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1. Sebuah persekutuan yang terdiri daripada gabungan 11 buah negeri (9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat) dibentuk 2. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Tanah Melayu dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan 3. Syarat kerakyatan diperketatkan 4. Perlindungan istimewa ke atas orang Melayu diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi 5. Konsep Raj a Berperlembagaan diperkenalkan 6. Majlis Melayu digantikan dengan Majlis Raja-Raja Melayu Perbezaan Antara Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan Malayan Union 1946
  • 9. Persekutuan Tanah Melayu Aspek Perbezaan Malayan Union Pesuruhjaya Tinggi British Ketua pentadbiran Gabenor British dan Majlis Raja-raja Melayu Majlis Mesyuarat Eksekutif, Kuasa di peringkat pusat Parlimen British Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-raja Melayu Sultan, Menteri Besar dan Majlis Kuasa di peringkat negeri Pesuruhjaya Negeri Mesyuarat Negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri Sultan Ketua agama Islam dan adat Gabenor British Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris Bahasa pentadbiran Bahasa Inggeris Perbezaan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union Cara Mendapatkan Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu Kerakyatan Secara kuatkuasa Jus soli bagi yang Jus soli hanya terbuka kepada undang-undang dilahirkan di Malayan Rakyat Raja dan Rakyat British Union, Singapura dan tanah jajahan British yang lain Pemohon yang dilahirkan di luar negara tetapi bapanya Rakyat Raja atau Rakyat British Secara permohonan Pemohon yang tinggal 5 Pemohon berusia 21 tahun, tiada daripada 7 tahun dari rekod jenayah serta taat kepada tempoh permohonan Rakyat Raja dan Rakyat British Anak angkat pemohon Pemohon berusia 21 tahun, telah yang telah menjadi rakyat tinggal selama 8 daripada 12 Malayan Unoin tahun di Tanah Melayu dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris