4. NASIONALISME
• Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
• Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan
mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa
Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti
bersama untuk sekumpulan manusia.
• Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa
"kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori
romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang
menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak
rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.
• Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan
politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara
etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para
saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada
nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan
dan sebagainya.
5. • Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk
kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti
berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat.
"Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah
entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-
duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk
kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia
menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan
merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan
negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib
sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman
nasionalisme.
• Akibat kekaburan dalam perkataan "negara", istilah "negara bangsa" kadangkala
disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada
sempadan politiknya menyamai sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya.
Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai percubaan membezakan "negara bangsa"
daripada "negara" (negeri) yang menganggotai sesebuah sistem
persekutuan, seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
6. • Pada zaman moden ini, hanya wujud beberapa negara yang boleh
dikelaskan sebagai negara bangsa tanpa dipertikaikan. Negara-
negera tersebut ialah:
• Portugal: walaupun dikelilingi oleh negeri-negeri dan bangsa-bangsa
lain, negara (bangsa) Portugis ini telah bertapak dalam bentuk yang
lebih kurang sama sejak 900 tahun yang lalu.
• Iceland: walaupun penduduknya boleh dikaitkan dengan etnik
Scandinavia yang lain, budaya dan bahasa kebangsaannya hanya
terdapat di pulau ini dan tiada kumpulan etnik minoriti merentas
sempadan. Malah, tanah daratan yang terdekat terletak jauh
beribu-ribu batu.
• Jepun: merupakan contoh tradisi yang menunjukkan sebuah negara
bangsa dalam amalan, walaupun Jepun mengandungi beberapa
kumpulan etnik minoriti yang
7. Reaksi Orang China Terhadap
Perluasan Kuasa Barat
Pengenalan
• Menjelang pertengahan abad ke-19, China
berdepan dengan dasar penjajahan @
imperialisme Barat. China memandang
rendah orang Barat dan tidak mahu tunduk
kepada kuasa Barat. China juga sentiasa curiga
dengan kehadiran kuasa Barat. Terdapat
beberapa isu yang mengeruhkan hubungan
antara China dengan Barat.
9. 1. Isu Perdagangan
• Pedagang Barat [British] tidak berpuas hati dengan dasar tutup pintu @
dasar pemencilan @ isolasi yg diamalkan oleh China. Pemerintah China
mengenakan pelbagai peraturan ke atas pedagang asing / Barat. Contoh
peraturan yg dikenakan ke atas pedagang barat;
i. Hanya boleh berdagang di Canton.
• ii. Hanya boleh berurus niaga dengan pedagang China yg dikenali
sebagai Co-hong.
• iii. Tidak dibenarkan membawa wanita @ keluarga dan dilarang
berkahwin dengan wanita tempatan.
• iv. Kapal perang & senjata tidak dibenarkan dibawa masuk.
• v. Hanya dibenarkan berdagang menggunakan wang emas dan
perak sahaja.
• Pemerintah Dinasti Ching bimbang penentang mereka iaitu penyokong
Ming akan mendapatkan bantuan & sokongan daripada pedagang Barat.
10. 2. Isu Candu
• Pedagang British tidak berpuas hati kerana;
• i. Peraturan yg dikenakan menguntungkan China
• ii. Gagal menjadikan China sebagai pasaran barangan
keluaran kilang mereka.
• iii. Gagal mendapatkan teh dan sutera China yg mendapat
permintaan tinggi di Eropah.
• Oleh itu, pedagang British mencari jalan untuk menembusi pasaran
China dengan membawa masuk candu. Candu mendapat sambutan
masyarakat China sehingga jumlah dagangannya melebihi jumlah
dagangan teh dan sutera China. Ekonomi China terjejas sehingga
memaksa Maharaja Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu.
•
• Lin Tsu-hse dilantik sebagai Pesuruhjaya Canton bagi memastikan
candu tidak diniagakan. Berlaku insiden tegang dengan Penguasa
Perniagaan British di Canton iaitu Kapten Charles Elliot hingga
berakhir dengan Perang Candu 1 [Perang Inggeris-China 1].
•
11. 3. Isu Perundangan
• Ketegangan hubungan China – Barat dari segi perundangan
berpunca daripada percanggahan prinsip.
• Prinsip keadilan China: “ seseorang yg dituduh melakukan
jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat
dibuktikan” [Guilty until proven innocent]
• Prinsip keadilan Barat:” seseorang yg dituduh melakukan
kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan
dapat dibuktikan dengan jelas” [Innocent until proven
guilty]
• Falsafah undang2 China: hukuman adalah “Tanggungjawab
berkumpulan”
• Falsafah Undang2 Barat: hukuman adalah “
Tanggungjawab individu”
12. 4. Isu Penyebaran Agama Kristian dan
Teknologi Barat
• China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang
berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan
masyarakat China. Kebudayaan dan tradisi nenek
moyang, ajaran Confucius dan Taoisme mulai
terancam. Oleh itu, China telah bertindak;
• Paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin dibunuh.
• Membakar gereja.
• Kedatangan pedagang Barat turut membawa masuk
teknologi moden. Teknologi ini mengancam guna
tenaga di China sehingga berlaku peningkatan
pengangguran. Sebagai contoh, teknologi
perlombongan.
13. 5. Isu Petempatan Orang Asing
• Kemasukan pedagang asing menyebabkan
munculnya . Petempatan asing di sekitar
pelabuhan. Petempatan ini boleh dibahagikan
mengikut negara pedagang antaranya
Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan Rusia.
Petempatan asing ini mempunyai sistem
tersendiri [bebas dari kawalan China]. Orang
asing yg tinggal dipetempatan tersebut hanya
perlu membayar pajakan kepada pemerintah
China. Pemilikan petempatan oleh orang asing ini
merupakan satu bentuk pencerobohan yang
tidak disukai oleh orang China.
14. Kesimpulan
• Isu yang timbul di antara kedua-dua belah
pihak telah menimbulkan rasa tidak puas hati
yang menebal. Ketegangan yang timbul
kemudiannya telah mencetuskan Perang
Inggeris-China I ataupun Perang Candu I.
Konflik yang berterusan menyebabkan
beberapa siri perjanjian ditandatangani.
Kesannya, British semakin berkuasa di China.
16. Perjanjian China-Barat
• Pengenalan
• Ketegangan hubungan China-Barat dapat
dilihat dalam beberapa siri peperangan yang
tercetus. Walaupun perjanjian sudah
dimeterai tetapi masih timbul rasa tidak puas
hati antara kedua-dua pihak sehingga
memaksa perjanjian baru ditandatangani.
17. • Perjanjian Nanking
• Semasa Perang Inggeris-China I [Perang
Candu I], British berjaya menawan
Nanking.
• Kedua-dua pihak kemudiannya bersetuju
menandatangani Perjanjian Nanking.
19. • China tidak berpuas hati dengan Perjanjian
Nanking. Penahanan kapal Lorcha Arrow yg
dimiliki oleh pedagang China tetapi kaptennya
berbangsa Inggeris oleh pihak berkuasa China
dan bendera British dikoyakkan menyebabkan
British marah. Peristiwa ini menyebabkan
meletusnya Perang Candu II. China akhirnya
terpaksa menandatangani Perjanjian Tientsin
yg melibatkan British, AS, Perancis dan Rusia.
21. • Ketegangan hubungan antara China- Barat
makin kronik meskipun perjanjian sudah
ditandatangani. Tentera Bersekutu [negara-
negara Barat] kemudian telan menyerang
Istana Musim Panas Peking. Putera Kung
akhirnya bersetuju menandatangani
Konvensyen Peking [1860] dan bersetuju
mengiktiraf Perjanjian Tientsin sekaligus
menamatkan Perang Candu II.
22. • Kesimpulan
• Kesungguhan China mempertahankan
kedaulatan negara dari dicerobohi kuasa asing
menyebabkan China terjebak dalam kancah
peperangan. China tidak berminat menjalinkan
hubungan dengan barat sehingga akhirnya Barat
menggunakan pelbagai cara bagi memastikan
mereka dapat bertapak di China.
•
23. Reaksi Masyarakat India terhadap
Perluasan Kuasa Barat
• Pengenalan
• Revolusi Perindustrian yang berlaku di England
sekitar abad ke-18 telah menyebabkan mereka
memerlukan bahan mentah untuk kilang-kilang
mereka dan juga pasaran bagi memasarkan
barang keluaran kilang mereka. Faktor inilah yang
mendorong kepada penjelajahan oleh warga
British sehingga mereka berjaya bertapak di
negara seperti India. Walau bagaimanapun,
kehadiran mereka di India tidak disenangi oleh
masyarakat India
24. Faktor Rasa Tidak Puas Hati Masyarakat India
Terhadap Pihak British
25. • Masyarakat India tidak berpuas hati terhadap
pembaharuan dalam sistem sosial. Sebagai contoh;
• i. Penghapuskan amalan thugge dan sutte yang
dianggap kejam.
• Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan
tindakan Gabenor Jeneral British di India [Lord William
Bentick] telah menghapuskan amalan thugge dan sutte.
Tradisi Sutte merujuk kepada amalan balu akan dibakar
bersama-sama mayat suami ketika upacara pengebumian.
Amalan Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh
pengembara oleh kumpulan agama atas nama Dewi Kali.
26. • ii. Amalan membunuh bayi
perempuan
• Masyarakat India juga tidak berpuas hati
dengan penghapusan amalan membunuh bayi
perempuan yg dianggap akan memalu dan
menyusahkan keluarga kerana terpaksa
menyediakan dowri perkahwinan anak
perempuan mereka.
27. • iii. Penggubalan Akta Kahwin Semula
oleh Lord Dalhousie.
• Undang2 ini dianggap bertentangan
dengan tradisi masyarakat Hindu yg
menetapkan isteri ‘mesti mati’ bersama-sama
suami.
28. • 2. Diskriminasi kaum
• Orang British memandang rendah masyarakat
India. Sebagai contoh, masyarakat India hanya
boleh menaiki kereta api kelas ketiga [kelas
pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai
Inggeris]. Masyarakat India yg berkasta tinggi
berasa marah kerana menganggap situasi
tersebut mengancam sistem kasta yg mereka
amalkan secara turun-temurun.
•
29. • 3. Cara British menguasai India
• British menggunakan pelbagai cara untuk menguasai
wilayah India. Antaranya;
•
• Melancarkan serangan [untuk menawan wilayah Punjab].
• Penguatkuasaan “Undang2 Lesap Waris” iaitu sesebuah
wilayah akan diserahkan kepada pihak Inggeris sekiranya
pemerintah tempatan mangkat tanpa meninggalkan waris.
• Pihak Inggeris akan menguasai sesebuah wilayah yang
dianggap bermasalah atas alasan ingin memastikan
‘pentadbiran lebih baik’
• Hal ini menyebabkan pemerintah tempatan tidak berpuas
hati kerana mereka telah kehilangan kuasa.
30. • 4. Penghantaran tentera India ke luar negara
• Tindakan ini dianggap mencemarkan imej kasta yg didukung selama ini.
Hal ini kerana, kasta mereka akan hilang bila melangkaui sempadan negara
India. Masyarakat India yg berkasta tinggi seperti kaum Brahmin dan
Rajput tidak berpuas hati kerana kehilangan kasta mereka.
•
• Selain itu, timbul khabar bahawa minyak yg digunakan untuk
membersihkan senapang Rifle Royal Enfield dan pelurunya disaluti minyak
lembu dan minyak khinzir. Orang India menganggap pihak Inggeris
menghina agama Hindu dan Islam.
•
• Berlaku juga diskriminasi dalam pemberian elaun dan kenaikan pengkat
dalam bidang ketenteraan. Semua faktor ini menyebabkan masyarakat
India dari pelbagai genap lapisan semakin marah terhadap pihak Inggeris.
31. Tindak Balas Masyarakat India
Rasa tidak puas hati masyarakat India diterjemahkan melalui Dahagi India
[1857]. Sepoi [askar] India bertindak balas dengan;
Membunuh pegawai Inggeris
Membakar kediaman pegawai Inggeris
Mengisytiharkan Bhahadur Shah II [waris kerajaan Moghul] sebagai Maharaja
Delhi.
Menyerang tentera British di Allahabad.
Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba
melumpuhkan kebangkitan masyarakat India. Mereka mengepung Delhi selama
4 bulan sehingga berjaya menawanya semula. Maharaja Delhi berserta putera-
puteranya ditangkap dan ditembak.
Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya ditamatkan
32. Kesimpulan
Dahagi India menjadi titik tolak permulaan
semangat mengusir penjajah daripada
tanah India. Walaupun usaha tersebut gagal
tetapi ia telah menjadi detik terpenting
dalam sejarah penentangan masyarakat
India terhadap pihak Inggeris.
35. • Pengenalan
• Kekalahan kepada kuasa Barat memberi kesan
besar kepada China iaitu menimbulkan
kesedaran dalam kalangan pemimpin China
untuk melindungi kedaulatan negara. Oleh
itu, kerajaan China telah melaksanakan
rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan
Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan
salah satu usaha pembaharuan ataupun
pemodenan China.
36. Gerakan Menguatkan Diri
• Antara langkah yg dilaksanakan ialah melalui
Gerakan Menguatkan Diri ialah;
• Mengamalkan dasar lebih terbuka dengan Barat.
• Mempelajari kekuatan Barat khususnya dari segi
teknologi. Kerajaan China menggalakkan
pegawainya mempelajari tamadun Barat. Selain
itu beberapa orang pegawai kerajaan turut
dihantar ke luar negara. Sekolah pendidikan sains
barat juga turut ditubuhkan di Canton.
37. • Membuka maktab untuk mempelajari bahasa asing. Institusi
pendidikan Tungwen Kuan telah dibina di Beijing pada tahun
1862. Profesor luar telah dibawa masuk untuk mengajar di
Tungwen Kuan yg menekankan mata pelajaran sains dan
teknologi.
• Putera Kung iaitu putera Maharaja Tung Shih telah membuka
pejabat hal-ehwal luar dan kelas terjemahan bagi
memantapkan lagi pengetahuan pegawai China. Persatuan
Penterjemahan Shanghai, iaitu sebuah pusat penterjemahan
persendirian telah ditubuhkan.
• Maktab2 juga turut didirikan di beberapa daerah lain seperti
Shanghai, Foochow dan Canton.
• Sekolah-sekolah praktikal juga turut ditubuhkan di
Tientsin, Taku dan Dairen.
• Sekolah-sekolah pelayaran dan pembinaan kapal turut
ditubuhkan.
38. • Perubahan turut berlaku dalam sektor ekonomi di China yg
menyaksikan banyak perubahan berlaku. Antaranya;
• Penubuhan Syarikat Perkapalan Wap Saudagar-Saudagar
China oleh Li Hung-chang.
• Li Hung-chang juga menubuhkan kilang tekstil iaitu Kilang
Kain Kapas China.
• Pembinaan landasan kereta api pertama yg
menghubungkan Shanghai dengan Wusung.
• Penubuhan syarikat perlombongan moden.
• Pemasangan telegraf oleh Jabatan Pentadbiran Telegraf
Diraja.
•
39. • Antara tokoh intelek China ialah Kang Yu-wei dan Liang
Chi-chao. Kedua-dua tokoh ini berperanan
menyusun semula sistem sosial dan politik
China berdasarkan model Barat.
• Walau bagaimanapun, usaha pembaharuan China kurang
berjaya kerana;
• Hanya dilaksanakan oleh pemimpin di peringkat daerah
manakala kerajaan China tidak telibat secara langsung.
• Pemimpin berketurunan Manchu tidak menyenangi
golongan yg menyokong pembaharuan [majoritinya
berketurunan China].
•
40. Kesimpulan
• Walaupun berusaha memajukan negara bagi
menjamin kedaulatan wilayah, langkah
memajukan China kurang berjaya. Kegagalan
China dalam usaha pemodenan ini terbukti
apabila mereka berjaya dikalahkan oleh
negara kecil seperti Jepun dalam Perang
China-Jepun 1895.
41. Transformasi Sosial, Ekonomi dan Intelektual di
India
• Pengenalan
• Penduduk India majoritinya tinggal di
kampung. Hubungan anggota masyarakatnya
saling bergantung antara satu sama lain.
Masyarakat India mengamalkan
sistem jajmani iaitu kasta rendah berkhidmat
kepada kasta atasan. Kedatangan Inggerish
sedikit sebanyak memberi kesan kepada
masyarakat India.
43. Kesan kedatangan Inggeris di India
• Kedatangan Inggeris yg memperkenalkan
konsep ekonomi bebas menjadikan India
sebagai pembekal bahan mentah dan pasaran
bagi barangan Britain. Situasi ini menjejaskan
pasaran produk tempatan.
• Kemunculan pasar2 telah menyebabkan
penghijrahan penduduk dari desa ke bandar.
Hal ini telah menjejaskan sistem jajmani dan
menyebabkan berlakunya mobiliti sosial.
44. • Kemasukan Inggeris juga telah membawa
kepada perkembangan dalam sistem
pengangkutan, perhubungan, pendidikan dan
idea-idea barat. Faktor ini telah melahirkan
golongan intelektual di India yang akhirnya
melahirkan golongan reformis. Contoh
kumpulan reformis India: Brahmo Samar dan
Arya Samaj.
45. • a. Gerakan Brahmo Saraj
• Raja Ram Mohan Roy merupakan tokoh reformis
terkenal yang mengasaskan Brahmo Saraj. Beliau
terkenal dengan idea liberalisme. Usaha beliau yang
terkenal ialah;
• Menghapuskan amalan yang tidak bersesuaian dengan
masyarakat India. Contohnya beliau telah
menghapuskan amalan sutte yg dianggap tidak sesuai
dengan masyarakat India. [bertindak berpandukan
kitab agama Hindu]
• Menerima unsur atau pengaruh luar yg baik dan tidak
bertentangan dengan kepercayaan masyarakat India.
46. • b. Gerakan Arya Saraj
• Diasaskan oleh Swami Dayananda Saraswati.
Beliau berpegang teguh kepada tardisi veda dan
menolak unsur agama lain. Antara usaha yg
dijalankan oleh gerakan ini ialah;
• Menghindukan semula bekas penganut Hindu yg
telah memeluk agama Kristian dan Islam.
• Menolak pengaruh Barat kerana berpendapat
India pernah mempunyai tamadun yg kuat.
• Tindakan Arya Saraj mencetuskan ketegangan
agama. Mubaligh Kristian menghadapi masalah
untuk berdakwah. Golongan India Muslim juga
berusaha mempertahankan agama mereka.
47. • c. Tokoh Reformis Islam
• Syed Ahmad Khan merupakan tokoh reformis India Muslim
yang terkenal. Beliau berpendapat orang Islam wajar
menerima pendidikan dan sokongan pihak Inggeris bagi
mengelakkan mereka dikuasai oleh penganut Hindu. Antara
usaha yang dilaksanakan oleh Syed Ahmad Khan ialah;
• i. Menubuhkan sekolah Inggeris di Mudarabad dan
Ghazipur sekitar tahun 1860-an.
• Menubuhkan The Translation Society untuk
menterjemahkan karya berbahasa Inggeris kepada bahasa
Urdu.
• Menubuhkan Mohammedan Anglo-Oriental College [
Muslim University of Aligarh] seterusnya menubuhkan
Mohammedan Educational Conference yg menjadi medan
perbincangan cendikiawan Islam. Dengan adanya pusat
persidangan @ perbincangan, perkembangan intelektual di
India bertambah pesat.
48. • Kesimpulan
• Kedatangan Inggeris telah memberi kesan
kepada masyarakat India sama ada dari aspek
ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan
dalam bidang pengangkutan dan
perhubungan, percetakan dan pendidikan
telah melahirkan golongan cerdik pandai di
India. Golongan ini muncul sebagai golongan
reformis yang akhirnya berjaya membawa
perubahan dalam masyarakat India.
49. KONFLIK ANTARABANGSA
• PERANG DUNIA PERTAMA
• Faktor Perang Dunia Pertama
• Pengenalan
• Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus
antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini
berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun
hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat
tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama
kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.
54. • 1. Kegagalan Sistem Pakatan
• Pakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan
Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi
kepada 2 blok iaitu;
• Perikatan Tiga Kuasa [Austria-Hungary, Itali, Turki ]
• Pakatan Tiga Kuasa [Rusia, Perancis dan Britain]
• Sistem Pakatan dibentuk bertujuan mewujudkan
keseimbangan kuasa dalam kalangan negara Eropah @
mengawal kuasa atau blok tertentu menjadi lebih kuat. Walau
bagaimanapun, selepas 1900, Sistem Pakatan tidak berkesan
kerana pergolakan politik di Eropah. Sebagai contoh;
• Keruntuhan empayar Turki Uthmaniah menyebabkan negara2
Eropah berlumba-lumba menguasai rantau Balkan.
• Keinginan Rusia untuk menguasai Selat Bosporous dan
Istanbul.
• Usaha Jerman memperkuatkan tentera lautnya menyebabkan
Britain berasa bimbang.
55. • 2. Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi]
• Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis.
Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan
pasaran barangan] dan kemakmuran negara.
•
• Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara
Eropah yg belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali
berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh;
• 1890-an: Jerman mula merampas tanah jajahan Portugal dan Perancis di
Afrika.
• Itali pula cuba menawan bekas jajahan empayar Turki Uthmaniah.
• Tindakan Jerman tidak disenangi oleh musuh lamanya iaitu Perancis
[Perancis pernah menentang gerakan penyatuan Jerman]. Pada masa yang
sama, Britain tidak menyenangi Jerman yg tindakan Jerman
memperbesarkan tentera laut mereka. Britain juga tidak berpuas hati
dengan tindakan Jerman menjual barangan mereka dengan harga yg murah
di pasaran antarabangsa hingga menjejaskan pasaran barangan Britain.
Pergolakan politik di Eropah bertambah teruk akibat persaingan kuasa besar
seperti Rusia dan Austria-Hungary mendapatkan pengaruh politik.
•
56. • 3. Persaingan Ketenteraan dan Persenjataan
• Persaingan ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain.
Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan
lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina
HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa
itu.
•
• Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi
peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang
tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan
ketenteraan masing2.
•
• Rusia: memiliki 1.3 orang juta tentera
• Jerman: mempunyai 900 000 orang tentera
• Perancis: mempunyai 900 000 orang tentera.
• Situasi ini telah mencetuskan ketegangan dan juga
memungkinkan berlakunya peperangan.
57. • 4. Perkembangan Pendidikan dan Ideologi
• Sistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara
Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai
contoh:
• Perancis: pendidikan sejarah di Perancis
mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan
berlakunya perang dan bersedia menghadapinya.
• Jerman: menekankan bahasa Jerman dan
mengagungkan peperangan serta menganggap
mereka yang mati sebagai wira sejati.
• Sistem pendidikan dan ideologi berteraskan
semangat patriotisme dan menyanjungi peperangan
banyak mendorong kepada berlakunya peperangan.
58. • 5. Peristiwa Pembunuhan Franz Ferdinand
• “Archduke Franz Ferdinand merupakan waris takhta Austria-
Hungary. Archduke bersama isterinya tidak mengendahkan
amaran anti-Austria oleh nasionalis Bosnia berketurunan
Serb agar tidak melawat Bosnia. Akhirnya, ketika perarakan
pada 28 Jun 1914 di Sarajevo, kedua-duanya ditembak ahli
kongsi gelap Black Hand berketurunan Serbia”
• Peristiwa ini dijadikan alasan oleh Austria untuk
menghapuskan kedaulatan Serb. Austria menuduh Serbia
menghasut rakyat Austria berketurunan Serba untuk
membebaskan diri dari Austria. Tindakan Austria disokong
oleh sekutunya Jerman. Rusia yg juga merupakan sekutu
Serbia pula bersedia menyerang Austria. Jerman cuba
meminta Rusia membatalkan niatnya tetapi gagal.
Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan
sekutunya.
59.
60. Kesimpulan
Perang Dunia Pertama memberikan impaks besar
dalam sejarah dunia. Ia bukan sahaja menjejaskan
politik negara terbabit tetapi turut menyebabkan
berlakunya masalah ekonomi, jumlah kematian dan
kemusnahan harta benda yang tinggi. Negara yang
kalah seperti Jerman pula terpaksa menerima
hukuman yang berat.
61. KESAN PERANG DUNIA PERTAMA
• Pengenalan
• Perang Dunia Pertama yang berlangsung pada
tahun 1914 hingga tahun 1918 meninggalkan
banyak kesan kepada negara-negara
terlibat. Kesan PD1 boleh dibahagikan kepada
3 iaitu kesan politik, ekonomi dan sosial.
62.
63.
64.
65.
66. • 2. Kesan Ekonomi
• Sebagai negara yang terlibat secara langsung di dalam PD1, Rusia ,
Jerman dan Perancis menerima kesan yang buruk dalam bidang
ekonomi. Ekonomi negara-negara terbabit terjejas ekoran masalah
yang timbul.
• Rusia
• Masalah 1: Pengeluaran hasil pertanian merosot.
• Punca: kekurangan tenaga kerja akibat pengambilan 4 juta buruh
sebagai tentera.
• Masalah 2: Kelemahan tentera Rusia.
• Punca: sistem pengangkutan tidak berfungsi sehingga bekalan
makanan dan bantuan tidak dapat dihantar.
• Masalah 3: Perbelanjaan tidak seimbang
• Punca: peruntukan yg besar terpaksa diberikan kepada bidang
ketenteraan.
• Pada tahun 1916, rakyat Rusia melancarkan mogok terhadap
pemerintah Tsar.
67. • ii. Jerman
• Masalah 1: Inflasi
• Punca: kekurangan bekalan makanan
[terpaksa dicatu]. Rakyat marah sehingga
berlakunya rusuhan antikerajaan.
• Masalah 2: Industri di Jerman terjejas
• Punca: kemerosotan nilai mata wang Jerman [mark]
dengan teruk sehingga menjejaskan pengeluaran
arang batu dan besi.
68. • iii. Perancis
• Masalah: dibebani hutang
• Punca: peperangan yg meletus di utara
Perancis menyebabkan pengeluaran arang
batu, besi dan keluli merosot teruk.
•
69. • 3. Kesan Sosial
• i. Banyak nyawa terkorban
• PD1 meninggalkan kesan yg dahsyat. Sejumlah 8.5 juta
tentera telah terkorban manakala seramai 12.5 juta orang
awam terbunuh.
• ii. Pencemaran udara dan bumi
• Pencemaran udara dan bumi juga turut berlaku. hal ini kerana
penggunaan senjata kimia oleh negara yang terlibat untuk
mengalahkan musuh masing-masing..
• iii. Kemusnahan harta benda
• PD1 turut menyebabkan kemusnahan harta benda. Pengkalan
tentera, kilang industri, jambatan, sistem pengakutan dan
perhubungan dan kilang senjata menjadi sasaran utama
serangan.
70. • Kesimpulan
• Jelas sekali bahawa PD1 telah meninggalkan impak
yang besar kepada sejarah dunia. Pelbagai kesan
sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
telah dialami oleh negara-negara yang terlibat. PD1
bukan hanya menyebabkan keruntuhan sistem
beraja di sesetengah negara, malah turut
menjejaskan ekonomi dan kehilangan banyak
nyawa.
74. • Pengenalan
• Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939
dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan
hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja
malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan
Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama
iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan
lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun
1914-1918. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong kepad tercetusnya PD2.
75. • 1. Perjanjian Versailles yang berat sebelah
• Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat Perjanjian Versailles berat
sebelah. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada
mereka.
• Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat
Perjanjian Versailles. Beliau telah bertindak;
• i. Menubuhkan Tentera Udara Jerman
• ii. Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan
tentera.
• iii. Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis.
• iv. Memasukkan Austria ke dalam Jerman
• v. Menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia
• vi. Menyerang Poland
• Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan
Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman sekaligus mencetuskan PD2.
77. • Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi
demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di
Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul
sekitar tahun 1920-an telah menggugat kestabilan
politik di Eropah.
• Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan
kecaman antarabangsa dengan menakluki Habsyah.
Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah
jajahan Perancis di Afrika Utara. Beliau menggunakan
kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi
tentangan penduduk tempatan
81. • Peluang keemasan ini digunakan oleh
Jerman untuk mengukuhkan
kedudukannya sebagai sebuah negara yang
kuat di Eropah. Situasi ini dan juga dasar
agresif yang dilaksanakan oleh Jerman
merupakan ancaman kepada negara lain
terutama Britain.
82. • 4. Dasar / Pendirian negara terlibat
Dasar atau pendirian negara pada ketika itu
banyak mendorong kepada tercetusnya PD2.
Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan
diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama lain
sama ada dari segi ekonomi mahupun politik.
Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan
suasana tegang di antara negara terbabit.
83.
84. • 5. Gerakan nasionalisme yang melampau di
Jepun
• Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang
mempelopori aliran baharu nasionalisme di
Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula
negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja
perlu dilakukan. Beliau menolak amalan
demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang
mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini
menyebabkan berlakunya pergeseran antara
parti pemerintah dengan golongan tentera.
• Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929
menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun
dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas
hati dengan pemerintah akhirnya telah
menyatakan sokongan kepada tentera. Pada
tahun 1936, golongan tentera memberontak dan
berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun
kemudiannya berusaha mempersiapkan diri
untuk menghadapi peperangan.
85. • 6. Kepentingan Ekonomi
• Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi
Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat.
Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan
pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar
imperialisme. China dan Manchuria menjadi
sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis
bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain
seperti Indo-China dan Asia Tenggara menjejaskan
kepentingan mereka.
86. • 7. Isu keselamatan negara Jepun
• Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad
ke-19] dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan
Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan
Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan
bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.
• Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan
Meiji dan juga pengasas tentera Jepun moden
mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep
garis kepentingan negara merujuk kepada kawasan
bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun dianggap
mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis
kepentingan negara ini wajar diperkukuhkan.
• Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba
meluaskan garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia
[1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria
[1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].
87. • Kesimpulan
• Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak
negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling
curiga, nasionalisme yang melampau dan
persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang
politik dan ekonomi merupakan antara pencetus
PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman
yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk
menghadapi sebarang peperangan. Faktor inilah
yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar
dunia dicatatkan.
100. PERANG DINGIN
• Pengenalan
• Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua
buah kuasa besar setelah PD2 berakhir iaitu;
• Blok Kapitalis [diketuai oleh AS]
• Blok Komunis [diketuai oleh Soviet Union / Rusia]
• Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran
bersenjata @ secara langsung. Kedua-dua kuasa
terbabit biasanya menjadi penyokong / dalang /
‘orang di belakang tabir’ kepada negara2 yang
bertelagah @ berkonflik.
102. • F1. Perbezaan Ideologi [Kapitalisme vs
Komunisme]
• Perbezaan ideologi juga menyumbang kepada
meletusnya Perang Dingin. AS mendukung
ideologi kapitalis manakala Soviet Union
mengamalkan ideologi komunis. Hal ini
menimbulkan persaingan dan konflik untuk
mendapatkan pengaruh.
103. BLOK BARAT (BIRU), BLOK TIMUR MERAH , DAN WLAYAH YG DIPERTIKAIKAN (HIJAU)
104. • Sebahagian Tembok Berlin, suatu simbol
perpecahan Eropah sewaktu era Perang Dingin.
105. Peluru berpandu LG-118A Peacekeeper merupakan salah
satu ICBM yang digunakan oleh Amerika Syarikat semasa Perang DIngin.
106.
107. • F2. Kegagalan 3 Siri Rundingan
• Sejak tahun 1943 - 1945, pemimpin Kuasa Berikat iaitu AS,
Rusia, Perancis dan Britain mengadakan 3 siri pertemuan
untuk membincangkan keadaan politik di Eropah lebih-lebih
lagi ketika Jerman berada di ambang
kekalahan. Perbincangan ini menyangkut hal konsesi Rusia di
Eropah Tengah, pembahagian negara Jerman kepada 4 zon
tentera, penguasaan Rusia ke atas Poland dan isu penguasaan
ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah.
• Walau bagaimanapun, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta
dan Postdam ini tidak mencapai kata putus. Keadaan ini
menyebabkan keretakan hubungan sehingga membawa
kepada Perang Dingin. Lebih mengeruhkan keadaan, rakan
dalam Kuasa Berikat curiga dengan tindak-tanduk Rusia yg
dikuasai oleh komunis
108. • F3. Kemerosotan Ekonomi di Eropah
• Kesan daripada PD2, ekonomi di negara2 Eropah terjejas
teruk. Ekonomi Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda
terjejas berikutan sebahagian besar pendapatan negara
diperuntukan membiayai PD2. Kelemahan ekonomi negara
terbabit membolehkan AS menawarkan bantuan berupa dana
dan sokongan bagi menghalang perluasan ideologi komunis.
Pada tahun 1948, AS menubuhkan Rancangan Marshall bagi
membangunkan semula ekonomi Eropah Barat selain
mengekang pengaruh komunis.
• Rusia menolak Rancangan Marshall kerana beranggapan
bahawa ia adalah salah satu bentuk campur tangan AS. Rusia
kemudian cuba mempengaruhi negara2 di Eropah Timur agar
tidak menerima bantuan AS. Atas inisiatif Rusia, blok
komunis [negara2 di Eropah Timur] telah menubuhkan satu
pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi pertubuhan
ekonomi yang dianjurkan oleh AS.
109. • F4. Rusia Bimbang Ancaman Jerman
• Rusia sentiasa bimbang ancaman Jerman. Oleh itu, Rusia
bercadang menguasai negara2 di Eropah timur untuk
dijadikan sebagai ‘Zon Penampan’. Joseph Stalin iaitu
pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah Peristiwa
Operasi Barbarossa berulang [ Adolf Hitler memimpin
serangan besar-besaran selama 900 hari dan menggugurkan
lebih 600 000 bom ke atas Rusia].
• Rusia berusaha melemahkan Jerman yg dianggap sebagai
negara terkuat dan agresif dengan menghalang Jerman
bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Oleh yang
demikian, Jerman terbahagi 2 iaitu Jerman Timur [Komunis]
dan Jerman Barat [kapitalis]. AS yang mengharapkan
bantuan Rusia bagi menghadapi Jepun terpaksa membiarkan
Rusia mengembangkan pengaruhnya sehingga semua negara
di Eropah Timur dikuasai oleh komunis
110. Kesimpulan
• Perang Dingin yang tercetus di antara AS dengan
Soviet Union memberi impak yang mendalam
kepada negara-negara di Eropah khususnya dan
seluruh dunia amnya. Beberapa peperangan yang
tercetus di antara negara dikatakan didalangi
oleh dua blok kuasa tersebut bagi tujuan meraih
sokongan dan menguji senjata baru.
112. Dekolonisasi Dan Pengembalian
Kedaulatan
• Pengenalan
• Dekolonisasi merupakan usaha @ proses
membebas atau memberi kebebasan kepada
tanah jajahan dengan cara memberikan
kemerdekaan. Dekolonisasi mula berkembang
selepas Perang Dunia Pertama dan bertambah
rancak selepas Perang Dunia Kedua.
113.
114. Dekolonisasi China
• Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19
menyebabkan China banyak menerima
pengaruh Barat. Selain kuasa Barat, Jepun juga
turut menduduki China. Oleh yang
demikian, pemimpin-pemimpin China
berusaha membebaskan negara mereka dari
cengkaman penjajah.
115. Usaha Dekolonisasi di China
• 1. Peranan Kang Yu-wei
• Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China.
Pada tahun 1898, Kang Yu-wei memimpin
Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha
mewujudkan monarki berperlembagaan ala-Barat
di China. Walaupun pada awalnya dihalang oleh
golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya
diterima berikutan rakyat China sudah tidak
dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti
Ching yang lebih condong kepada tradisi orang
Manchu.
116. • 2. Peranan Dr. Sun Yat Sen
• Dr. Sun merupakan tokoh revolusi yang hebat. Beliau
berperanan melancarkan revolusi bagi menyatakan
ketidakpuasan hati terhadap sikap kerajaan China yang
tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sistem
pemerintahan berperlembagaan.
• Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat iaitu;
• Rakyat mempunyai hak bersuara dan memilih
pemimpin
• Rakyat China mesti menggulingkan kerajaan Ching dan
mengembalikan kedaulatan China
• Rakyat mempunyai hak sama rata dalam pemilikan
tanah
117. • Pada tahun 1905, Dr Sun Yat Sen menubuhkan
Tung Meng Hui. Beliau memimpin beberapa
siri revolusi dalam usaha menggulingkan
Kerajaan Ching yang dikuasai oleh orang
Manchu. Pada tahun 1911, revolusi pimpinan
Dr Sun Yat Sen berjaya menumbangkan
kerajaan dan membentuk kerajaan Republik
China. Pada tahun 1912, Tung Meng Hui
ditukar nama kepada Kuomintang [KMT]
ataupun Parti Kebangsaan.
118. • Walau bagaimanapun, kerajaan Ching masih
berusaha mengembalikan kekuasaan mereka.
• Kerajaan melantik Yuan Shih Kai mengetuai
tentera bagi menghapuskan golongan revolusi
yang dipimpin oleh Dr. Sun. Golongan revolusi
bertindak bijak dengan mengadakan
rundingan dengan Yuan Shih Kai dan melantik
beliau sebagai presiden sementara.
119. • Semasa pilihanraya diadakan, KMT telah menang
besar. Walau bagaimanapun, Yuan Shih Kai
enggan meletak jawatan sebaliknya melantik
dirinya sebagai mahajara China. Beliau
mengamalkan pemerintahan diktator. Beliau
telah mengharamkan KMT dan bertindak
membunuh pemimpin KMT.
• Setelah Yuan Shih Kai meninggal dunia
[1916], Dr. Sun Yat Sen yang berada di Jepun telah
kembali ke China dan mengukuhkan semula
kedudukan Kuomintang seterusnya menubuhkan
kerajaan di Canton. Beliau berusaha
menyatukan rakyat China.
120. • Usaha Dr. Sun tidak disenangi oleh kuasa
Barat seperti Britain, Perancis dan AS.
Memandangkan kuasa Barat tidak menyokong
usaha tersebut, Dr Sun Yat Sen telah meminta
bantuan Rusia. Pada tahun 1923, Parti
Komunis China [PKC] telah bergabung dengan
Kuomintang [KMT] dan membentuk Barisan
Bersatu.
121. • Pada tahun 1925, Dr. Sun meninggal dunia. Ketiadaan
beliau telah menyebabkan KMT berpecah kepada dua puak
iaitu;
• Antikomunis yang mendukung aliran nasionalisme China
[dipimpin oleh Chiang Kai-shek]
• Prokomunis yang mendukung aliran sosialisme-
marxisme [dipimpin oleh Wing Ching Wei]
• Chiang Kai-shek berjaya melemahkan kumpulan
prokomunis sehinggalah munculnya Mao Tze Tung. Mao
Tze Tung berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada PKC
dengan menekankan dasar mengusir penjajah dan hak
sama rata ke atas pemilikan tanah. KMT dan PKC terus
berbalah dan terjebak dengan beberapa siri perang saudara
ekoran percanggahan dasar.
122. • Dengan sokongan padu penduduk luar bandar, PKC
berjaya memenangi perang saudara menentang
KMT. Pada tahun 1949, PKC berjaya membentuk
kerajaan komunis yang dikenali sebagai Republik
Rakyat China. Chiang Kai-shek dan penyokongnya
yang tewas telah melarikan diri ke Taiwan dan
menubuhkan kerajaan demokratik.
123. Kesimpulan
Usaha dekolonisasi di China menyaksikan
berlakunya perpecahan dalam kalangan
rakyatnya. Perpecahan akibat percanggangan
ideologi ini turut mencetuskan perang saudara.
Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan ke
atas usaha mengusir penjajah dari China. Walau
bagaimanapun, kemunculan tokoh-tokoh
berwibawa telah berjaya menyatukan
sebahagian besar penduduk China sehingga
akhirnya mampu mengusir penjajah Barat
sekaligus mengembalikan kedaulatan di China.
125. • Penentangan Mahatma Gandhi
• Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh
berwibawa di India iaitu Mahatma Gandhi.
Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma
Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India
(INC). Beliau menekankan prinsip
swadesi, satyagraha dan ahimsa.
• Swadesi: menekankan semangat berdikari.
• Satyagraha: berpegang kepada kebenaran.
• Ahimsa: menolak kekerasan
126. • INC mendapat sokongan dari segenap lapisan
masyarakat India sehingga menjadi sebuah
parti yang kuat. Atasan desakkan orang
India, kerajaan British telah menggubal Akta
Majlis India dan Akta Montague-Chelmsford
bagi mempersiapkan orang India ke arah
berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun
usaha ini gagal memenangi hati orang India.
127. • Tindakan British memonopoli pengeluaran garam
sehingga menyebabkan harga garam melambung
tinggi menambahkan kemarahan orang India.
Sebagai tanda protes, Mahatma Gandhi telah
memimpin Perarakan Garam @ Perarakan Dandi.
128. • British bertindak balas dengan mengharamkan INC dan
pemimpin utama INC termasuk Mahatma Gandhi
dipenjarakan. Mahatma Gandhi melancarkan mogok lapar
di penjara ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan
British iaitu;
• British tidak bersungguh-sungguh dalam memberi kuasa
kepada orang India untuk memerintah.
• British memperkenalkan Anugerah Perkauman iaitu orang
India berkasta rendah diberi pilihan raya berasingan.
• British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan
membentuk Pakatan Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi
kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935, British
memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya
memberikan peluang pilihan raya kepada penduduk India.
Walau bagaimanapun, orang India masih tidak berpuas hati
kerana Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai
British] masih berkuasa penuh.
129. • Pada tahun 1937, INC menang besar dalam
Pilihan Raya Umum India. Kekalahan Liga
Islam menyebabkan pemimpinanya iaitu
Muhamad Ali Jinnah menuduh INC hanya
memperjuangkan kepentingan orang Hindu
dan meminggirkan orang Islam. Muhamad Ali
Jinnah kemudian bertindak menyeru
penduduk Islam di Sind, Bengal dan Punjab
bersatu di bawah Liga Islam. Tindakan ini
merupakan titik tolak bermulanya idea
penubuhan negara Pakistan.
130. • Pergeseran antara orang Hindu dengan orang
Muslim menyebabkan Gabenor Jeneral India
iaitu Lord Louis Mountbatten mengajak
pemimpin INC dan Liga Islam berunding. Hasil
rundingan memutuskan bahawa India mesti
dibahagikan kepada 2 [India dan
pembentukan negara baru iaitu Pakistan] bagi
mengelakkan pertelingkahan
berterusan. Usaha pemisahan ini telah
mengorbankan ribuan nyawa.
131. • Pada bulan Ogos 1945, British memberikan
kemerdekaan kepada kedua-dua negara. Muhamad
Ali Jinnah kemudiannya dilantik sebagai Gabenor
Jeneral yang pertama. Jawaharlal Nehru pula
dilantik sebagai Perdana Menteri India yang
pertama.
132.
133. • Kesimpulan
Peranan besar yang disumbangkan oleh
Mahatma Gandhi melalui INC telah membuka
jalan kepada kemerdekaan India. Dasar anti-
kekerasan yang diamalkan oleh Mahatma
Gandhi menjadikan British tidak mempunyai
alasan kukuh untuk menolak perjuangan
kemerdekaan orang India. Usaha dekolonisasi di
India juga menyaksikan berlakunya perpecahan
dalam kalangan pejuang kemerdekaan sehingga
membawa kepada terbentuknya negara
Pakistan.
138. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
• Sejarah Penubuhan PBB
• Perang Dunia Pertama meninggalkan kesan besar
dalam sejarah dunia. Jumlah korban dan kemusnahan
harta benda yang besar mencetuskan kesedaran
masyarakat antarabangsa untuk membentuk sebuah
pertubuhan bagi menjamin keamanan dunia. Oleh
itu, Liga Bangsa telah ditubuhkan. Walau
bagaimanapun, Liga Bangsa gagal menjalankan
tanggungjawab yg diamanahkan. Kegagalan Liga
Bangsa terbukti apabila Perang Dunia Kedua meletus.
139. • Pada bulan Ogos 1941, Winston Churchill dan
Franklin D. Roosevelt mengisytiharkan Piagam
Atlantik yang kemudiannya menjadi asas
kepada penubuhan PBB. Januari
1942, pemimpin utama dari AS, Britain, Rusia
dan China telah menandatangani dokumen
yang dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-
Bangsa Bersatu [United Nations].
AS, Britain, Rusia, Perancis dan China dilantik
sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan dan
diberikan kuasa veto.
140.
141.
142.
143. • Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi
kepada seseorang atau sesuatu kumpulan
untuk menolak sebarang keputusan undang-
undang yang diluluskan oleh beberapa ahli
yang lain (Kuasa pembatal). Sumber:
Wikipedia.org
145. Isu-isu Antarabangsa
Isu Zon
Ekonomi
Ekslusif(ZEE)
Isu-isu Isu Alam
Isu Apartied
antarabangsa Sekita
Isu Antartika
146. SOALAN
1. Huraikan matlamat dan dasar penubuhan
pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)
2. Bincangkan peranan organisasi yang terdapat
dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB)
3.
147. SKEMA 1
• Pendahuluan:
• Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia dengan cara perundingan, bermuafakat dan
bertukar-tukar fikiran dengan Negara anggota. Persidangan Dumbarton Oaks mencadangkan supaya dibentuk 4 cawangan PBB ;
iaitu Perhimpunan Agung , Mahkamah Keadilan Antarabangsa , Jabatan Setiausaha dan Majlis Ekonomi dan Kemasyarakatan.
• Cara mengundi dalam Majlis Keselamatan diputuskan 5 kuasa besar; Amerika Syarikat , Russia , Britain , Perancis , dan China.
Ditubuhkan pada 24 oktober 1945, 51 buah Negara telah menandatangani pengisytiharan PBB di San Francisco dan dianggap
sebagai ahli asal pertubuhan ini.
• Isi-isi penting:
• Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan
prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.Terdapat empat matlamat piagam PBB,iaitu Menjamin keamanan dan keselamatan
dunia, Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara Negara-negara anggota.Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah
antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. PBB boleh menggalakkan
kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup manusia.
• Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB dan negara-negara anggotannya ialah PBB didasarkan kepada persamaan taraf dan
kedaulatan semua negara anggotannya.Setiap negara anggota akan mematuhi kewajipannnya mengikut piagam PBB.
• Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan semangat dan keyakinan yang
tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan, dan keadilan sejagat.
• Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan atau kemerdekaan sesebuah
Negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB.
• Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh PBB dan dikehendaki tidak
memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan tindakan oleh PBB.PBB akan memastikan supaya Negara-negara
yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan
keselamatan antarabangsa.
• PBB tidak akan mencapai mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara yang berkaitan dengan bidang perundangan. Dasar ini
akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan
dunia.
• Penutup:
• PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantungan antara satu sama lain dalam
menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.
148. SKEMA 2
• Pendahuluan:
• PBB melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan. PBB mewujudkan enam organisasi. Organisasi tersebut ialah Perhimpunan
Agung, Majlis keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah, dan Sekretariat.
• Isi-isi penting:
• Majlis Perhimpunan Agung merupakan badan PBB
• Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan, dan ahli Majlis Amanah . Majlis ini mempunyai hak melantik hakim
Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu und
Antara tugas-tugas Perhimpunan Agung ialah menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam usaha memelihara keamanan dan keselamat
dunia.Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang politik. Menggalakkan kesedaran terhadap hak dan
kebebasan asasi manusia. Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah.Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara
damai. Menimbang dan meluluskan perbelanjaan PBB.
• Majlis Keselamatan
• Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli dan
enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.tindakan yang boleh diambil oleh Majlis keselamatan dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan. Meminta semua
Negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar itu. Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta
api, laut, udara, perhubungan pos dan telegram, radio atau sebarang bentuk komunikasi. Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi denga
Negara tersebut dan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Negara tersebut sama ada melalui sekatan darat, laut atau udara.
• Majlis Ekonomi
• Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, social, kemanusian dan kebudayaan. Majlis ini bersidang
sekurang-kurangnya dua kali setahun dan bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan, dan syor dalam bidang
ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainnya. Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and Agriculture
Organization (FAO), United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO),International Labour Organisation (ILO), United Nations Conference on Tra
and Development(UNCTAD), International Bank for Reconstruction and Development( IBRD) dan International Monetary Fund (IMF).
• Majlis Amanah
• Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB.wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu
amanah sehingga wilayah itu mampu membentuk pemerintahan sendiri. Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah amanah yang diambil alih dari jerman,itali, dan jepun.
Contoh kawasan-kawasan yang pernah diletakkan sebagai kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh Austrialia.Samon Barat ditadbir oleh New Zealand
Cameroon, Tanganyika dan togoland ditadbir oleh Britain akhirnya mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1960-an.
• Mahkamah Keadilan Antarabangsa
• Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda. Mahkamah ini mempunyai 15 hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamata
Terdiri daripada warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun dan berhak untuk dilantik semula. Memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung at
Majlis Keselamatan dan mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya. Mahkamah ini tidak ada ejen penguatkuasa keputusan yang dibuatnya.
• Sekretariat PBB
• Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB atas cadangan dan sokongan Majlis keselamatan.Sekretariat ini beribu
pejabat di New York. Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan Sekretariat bergantung kepada kewibawaan. Setiausaha Agung melantik
kakitangan jabatannya bertanggungjawab memimpin dan mengawal pentadbiran PBB yang terdiri lebih daripada 3000 pegawai dan kakitangan.
• Penutup:
• PBB mewujudkan enam organisasi bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan dalam memastikan organisasi ini terus memainkan peranan penting dalam
isu-isu sejagat.
• PBB harus terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara di dunia tanpa diselubungi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika
Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China yang mempunyai kuasa veto dalam memutuskan apa jua keputusan dalam menjalankan peranannya.
150. Sejarah Penubuhan
• Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord
Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan negara-
negara yang pernah dijajah oleh Britain. Sekitar tahun
1930-an, British masih lagi berkuasa ke atas bekas negara-
negara jajahannya yang sudah dibebaskan sehinggalah
terbentuknya Statue of Westminstern.
•
• Menjelang tahun 1950-an, banyak negara jajahan British
mencapai kemerdekaan dan bersetuju menyertai
Komanwel. Negara-negara yang menyertai Komanwel ini
menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai
asas hubungan memandangkan Komanwel tidak
mempunyai perlembagaan rasmi.
151. Sejarah Penubuhan
• Kuasa tertinggi adalah berdasarkan keputusan
yang ditetapkan di dalam Persidangan Ketua-
Ketua Kerajaan Komanwel [ CHOGM].
CHOGM diadakan dua kali setahun dan
dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara
anggota. Persidangan CHOGM ini bertujuan
melaksanakan rancangan kerjasama untuk
kepentingan bersama dan menyelesaikan isu
yang ditimbulkan.
152. Keanggotaan Komanwel
• 1. Keahlian mesti dipohon [bukan automatik walaupun
negara terbabit merupakan bekas jajahan British]
• 2. Negara2 anggota boleh menarik diri bila-bila masa.
•
• 3. Negara2 anggota perlu menerima Queen sebagai
simbol perpaduan dan Ketua Komanwel.
• 4.Negara-negara anggota mesti bersedia untuk
berkerjasama antara satu sama lain demi kepentingan
bersama
153.
154. • Faedah menyertai Komanwel
• 1. Pemindahan teknologi antara negara anggota
terutama dari negara maju seperti Britain.
• 2. Meningkatkan perkembangan ekonomi
melalui kerjasama antara negara anggota:
contoh, Rancangan Colombo yang dianjurkan
oleh UK.
• 3. Membantu menaikan taraf pendidikan
melalui Jawatankuasa Perhubungan
• Pelajaran Komanwel.
155.
156. • Info Tambahan...
•
• CHOGM
• CHOGM adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua
ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Biasanya Ratu
Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan
merasmikan mesyuarat tersebut. CHOGM yang pertama diadakan
pada 1971.
•
• Mesyuarat CHOGM biasanya membincangkan perkara-
perkara berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung yang
melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu
dasar aparteid di Afrika Selatan.
• Sumber: Wikipedia.org
•
157. •
• Faedah Malaysia Menyertai Komanwel
•
• · i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang
juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara
(Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi
Indonesia.
• · ii. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui
perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika
diserang musuh.
• · iii. Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor
ekonomi perlombongan dan perladangan.
• · iv. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa
untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.
• Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my
•
• ·
• ***Walaupun British telah memberi kemerdekaan kepada sesetengah
negara jajahannya tetapi Parlimen Britain masih berkuasa ke atas hal-ehwal
negara berkenaan. Statute of Westminster yang diluluskan pada tahun
1931 adalah simbol berakhirnya penguasaan Parlimen British di negara-
negara yang sudah diberi kebebasan.
158. NATO
• Pengenalan
• NATO merujuk kepada North Atlantic Treaty
Organization [Pertubuhan Perjanjian Atlantik
Utara]. NATO merupakan sebuah pakatan
bercorak ketenteraan yang menekankan
sistem pertahanan bersama antara negara
anggota.
159.
160.
161. • AS, UK dan NATO
• United Kingdom [UK] berpendapat kuasa besar seperti Amerika
Syarikat [AS] perlu dilibatkan dalam sesebuah pertubuhan. Britain
percaya bahawa pengelibatan AS penting bagi memastikan NATO
muncul sebagai pertubuhan yang kuat. AS akhirnya menjadi tunjang
kekuatan dan kestabilan NATO.
•
• Kesungguhan UK menjadikan hubungan antara Britain dan AS
semakin rapat sehingga terjalinnya pelbagai kerjasama seperti;
• Perundingan diplomatik
• Kerjasama dalam bidang ketenteraan
• Kerjasama dalam bidang perisikan [FBI, CIA dan SIS]
•
162. • Walau bagaimanapun, hubungan AS-UK
sedikit renggang apabila AS memperkenalkan
Atomic Energy Act of 1946. Akta ini
menghalang sebarang bentuk kerjasama
pembangunan nuklear antara AS dengan
mana-mana negara bagi mengekang
perlumbaan pembangunan senjata nuklear
oleh negar-negara lain. UK kecewa dengan
pendirian AS lantas membangunkan senjata
nuklearnya sendiri.
163. Kesimpulan
• Peranan AS dalam NATO tidak dapat
dinafikan sehingga Rusia menganggap AS
adalah NATO dan NATO adalah AS. NATO
muncul sebagai pertubuhan yang kuat dalam
memelihara keamanan dan kesejahteraan
sejagat. Tentera NATO ditempatkan di
beberapa buah negara bergolak seperti di
Afghanistan dengan tujuan mengekang
peperangan berlarutan.