SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
Downloaden Sie, um offline zu lesen
-r 1- gt,4 
PENDEKATAN KAEDAH MNEMONIK 
DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB (J-QAF) 
PENGENALAN 
Di dalam dunia globalisasi dan penuh cabaran pada masa kini, persaingan yang wujud 
bukan sahaja dari segi keperluan mahupun material tetapi juga dari segi mental dan 
intelektual. Dalam hal ini, individu perlu memacu hidup ke hadapan dengan lebih 
dinamik dan pantas demi mencapai kejayaan dan berada sebaris dalam kalangan 
golongan cendekiawan. 
• 
Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah telah diperkenalkan oleh Dato' Seri 
Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 bagi memastikan ilmu yang dipelajari bagi 
seseorang pelajar itu terus berkembang dari masa ke semasa.. Cetusan idea oleh beliau 
wujud selepas beliau menghadiri lawatan rasmi ke Kementerian Pendidikan bagi 
membincangkan isu pendidikan sekolah rendah dan Pendidikan Islam sehinggalah 
terhasilnya pelaksaan J-Qaf pada tahun 2005 (KPM,2004). 
Rosni (2012) berpandangan kekurangan aktiviti bahasa dalam pengajaran menjadi 
antara faktor utama masalah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab. Kekangan ini 
menyebabkan pelajar kurang upaya dan seterusnya pelajar tidak dapat membina ilmu 
yang berterusan. 
Tidak dinafikan bagi seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa 
Arab harus memiliki empat kemahiran bahasa yang mencakupi aspek kemahiran 
membaca, menulis, bertutur dan mendengar (Majdan,2012). Namun, setiap pelajar juga 
perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran 
dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan 
dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya 
• pembelajaran yang berbeza bergantung kepada keadaan minda dijana dan dimanipulasi 
(Zaida,2002). 
Konsep gaya pembelajaran turut disentuh oleh Syed& Ahmad dalam petikannya: 
"Dalam konteks memahami slidt murid, gaya pembelajaran tnenjadi indikator bagaimana seseorang murid 
be/ajar dan cara be/ajar yang digemari 
(Syed&Ahmad,2011:225) 
Namun, dalam kesungguhan usaha tersebut masih terdapat kelompok individu 
yang berhadapan dengan masalah di dalam pembelajaran yang mana menyebabkan usaha 
mereka untuk maju ke hadapan sedikit terencat dan agak perlahan terutamanya 
permasalahan di dalam mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran tertentu. 
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan membelenggu pelajar-pelajar dan 
harus di tangani dengan kadar segera agar proses pembelajaran dapat berlangsung dengan
balk dan menarik seterusnya dapat bersaing meneraju dunia bersama-sama. Melalui 
kajian Basah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah Tingkatan satu di 
enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa persepsi pelajar 
terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai pembelajaran Bahasa 
Arab berbanding penerapan aspek solat dan kern bestari solat. 
Setiap pelajar perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan 
proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang 
boleh dipelajari dan dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi 
seseorang. Gaya pembelajaran seseorang pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain. 
Ada yang lebih gemar belajar secara sendiri, berkumpulan, pemerhatian, kajian, 
perbincangan, dalam keadaan sunyi atau bising dan pelbagai gaya pembelajaran lain 
yang tidak disebutkan. 
Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang 
pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, • 
ilmu atau pengalarnan yang baru. Kesemua gaya-gaya pembelajaran yang dinyatakan 
pasti melibatkan proses mengingat. Ini menunjukkan kemahiran mengingat adalah satu 
kemahiran yang sangat penting yang harus ada di dalam din i seorang pelajar khususnya 
dan manusia amnya. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diamalkan dalam proses 
meningkatkan kemahiran mengingat di dalam pembelajaran sebagai usaha untuk 
meningkatkan kefahaman dan mengingati fakta-fakta penting. Hal ini kerana manusia 
mempunyai ingatan yang terbatas dan tidak mampu untuk mengingati semua perkara di 
dalam kehidupan dalam satu-satu masa. Namun begitu, permasalahan ingatan manusia 
yang terbatas ini boleh di atasi dan ditingkatkan melalui kemahiran mengingat dan 
latihan yang bersisternatik. 
Menurut Yates (1966) melalui bukunya yang bertajuk "The Art of Memory 
menyatakan: 
It is not difficult to get hold of the general principles of the mnemonic. The first step was to imprint on the 
memory a series of loci or places". 
Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan • 
kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran 
mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan 
kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Antara kaedah yang digunakan untuk 
meninglcatkan ingatan ialah menggunakan alat bahan bantu mengajar, bahan pengajaran 
yang bermakna, isi pelajaran teratur dan balk, mengulang isi pelajaran, waktu rehat 
dalam pembelajaran, pengelolaan pembelajaran, mengaitkan pembelajaran dengan 
kehidupan sebenar, membuat latih tubi, mempraktildcan ilmu dan menggunakan kaedah 
mnemonik. 
Melalui kajian yang dilakukan oleh Scoot,Richard &Kelly (1982) mendapati 
bahawa kanak-kanak memperoleh pembelajaran dengan lebih tersusun dan pembelajaran 
yang strategiik dapat dicapai apabila memahami dan meneggunakan strategi mnemonik. 
Justeru, perancangan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bagaimana 
untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan seterusnya mengamalkan teknik-teknik 
2
dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat pelajar di dalam 
pernbelajaran. 
Perkembangan kemahiran kanak-kanak sekolah rendah dalam membina strategi 
pembelajaran yang kukuh amat penting kerana pada peringkat ini keseimbangan 
pencapaian pendidikan dan penerimaan terhadap ilmu adalah pada tahap yang sama. 
Kanak-kanak perlu menguasai dan menghalusi beberapa kemahiran yang khusus di alam 
persekolahan. Tanpa penguasaan ini, maka mereka akan gagal seterusnya membawa rasa 
rendah din i dan tiada keupayaan (Haliza,Joy&Rafidah:2008) 
Mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah diajar secara asas tanpa 
melibatkan jumlah ayat yang panjang. Daripada perspektif penulis, ini menunjukkan 
bahawa apa yang telah dipelajari oleh pelajar hanya kekal dalam ingatan jangka pendek 
mcreka sahaja iaitu keupayaan terhadnya pada satu masa. Pengajaran yang telah 
• 
disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang mereka iaitu keupayaan yang 
tidak terhad, boleh menyimpan maklumat dalam ingatan dan dilupa secara beransur. 
Menurut Kamarudin (2010) mengatakan bahawa : 
"ingatan merujuk kepada masa sdam yang melibatkan aktiviti mengenalpasti maklumat yang telah 
diperoleh, dialami, kelas yang telah dibentuk, hubungan dan system yang telah diperoleh, transformasi 
yang dilakukan, kesan dan implikasi yang telah dibuat dan sebagainya". 
Lupaan rnerupakan satu kejadian biasa. Antara sebab manusia boleh lupa ialah 
ketiadaan saranan dan peredaran masa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, 
pelajar sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru dan mereka akan memberi fokus 
kepada maklumat baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat 
lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput. Walau bagaimanapun, strategik dan 
pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita dan pelajar mengingat 
maklumat yang banyak dan kurangkan lupaan. Satu cara untuk mengurangkan lupaan 
ialah guru harus menjadikan pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan. 
Secara rasionalnya kajian ini dijalank.an adalah bertujuan mencadangkan 
pendekatan kaedah mnemonik sebagai salah satu kemahiran bahasa yang digunakan bagi 
meningkatkan pencapaian pelajar, khususnya bagi pelajar j-Qaf sekolah rendah. 
PERNYATAAN MASALAH 
Penguasaan bahasa kedua memerlukan pembelajaran yang berterusan dan diperkayakan 
dengan kaedah yang menarik terhadap setiap yang dipelajari dari masa ke semasa. Dalam 
arena pendidikan, asas strategi pembelajaran merupakan medium yang utama bagi 
memastikan pelajar mampu mendapatkan informasi, memproses dan menerima dan 
menyimpan dengan jangka masa yang panjang. Perkembangan konteks pemaharnan 
terhadap suatu ilmu baru tanpa mengabaikan apa yang telah dipelajari adalah lebih 
berkesan. 
• 
3
Pada umumnya, strategi mengingat merupakan salah satu strategi pembelajaran bahasa. 
Strategi-strategi ini membolehkan pelajar memperoleh maklumat yang diperoleh secara 
mudah (Nurazan,2004). Eid (2012) mendapati bahawa strategi pembelajaran bahasa 
membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa secara efektif. Menurut Norhayuza, 
kajian tentang ingatan dikatakan kurang mendapat perhatian oeleh pengkaji-pengkaji, 
manakala kajian terhadap Bahasa Arab hampir langsung tiada dijalankan. 
Melalui kajian Bhasah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah 
Tingkatan satu di enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa 
persepsi pelajar terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai 
pembelajaran Bahasa Arab berbanding penerapan aspek solat dan kern bestari solat. 
Kajian Maizatul (2011) menyatakan bahawa murid mempunyai minat dan kesungguhan 
terhadap mata pelajaran Bahasa Arab, namun memperolehi pencapaian yang agak 
sederhana. Keadaan ini disokong apabila turut mendapat sokongan yang sederhana 
manakala pencapaian murid dalam kemahiran yang diuji adalah lemah dan kurang 
memuaskan. • 
Perihal ini menunjukkan kaedah mengingat Bahasa Arab bagi pelajar sekolah rendah 
menjadi isu yang kurang ditittikberatkan. Masalah ini berlarutan apabila beralih ke 
sekolah menengah. Penerimaan terhadap bahasa ini semakin merosot, malah hingga ke 
peringkat universiti. Penulis berpendapat pembelajaran asas Bahasa Arab pada peringkat 
rendah amat penting agar pelajar tidak ketinggalan dan keliru dengan pilihan perkataan 
dan huruf yang dipelajari. 
KERANGKA TEORI / KONSEP 
Kaedah mnemonik dicipta adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat individu. 
Menurut Mok (2002) melalui Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne mengatakan 
bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf 
melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian 
dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas 
melalui sistem saraf. Menurut beliau, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam 
stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan 
pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. 
Kaedah mnemonik adalah kaedah yang boleh mengukuhkan ingatan untuk suatu 
jangka masa yang panjang bersesuaian dengan teori yang dikeluarkan oleh Gagne. Di 
dalam negara kita, para guru dan pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini 
dalam pendidikan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dan maklumat dengan 
mudah dan cepat. Guru-guru telah pun mencipta berbagai mnemonik sebagai suatu 
pendekatan pengajaran dan mnemonik yang dicipta itu telah pun digunakan secara turun 
temurun. Kaedah mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama 
ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. 
Douglas (200) berpendapat bahawa kaedah mnemonik merupakan salah satu 
strategi kognitif, namun tidak didedahkan di sekolah pada masa kini. 
4
DEFINISI OPERASI 
Kaedah Mnemonik 
Mnemonik mempunyai pelbagai tafsiran makna. Menurut Mohammad & Saed 
(2011) perkataan mnemonik ini adalah berasal daripada bahasa Greek iaitu mnemosyne 
iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda. Merujuk kepada kamus 
Oxford (1340:1973) mnemonik bermaksud kemahiran mengingat dengan menggunakan 
sistem dan kaedah tertentu. Kaedah mnemonik ini juga menggunakan prinsip asosiasi 
iaitu maklumat yang ingin di ingati dikaitkan dengan maklumat yang lain yang mudah di 
ingat (Suwito,295:2005). 
Kaedah mnemonik bermaksud mengorganisasikan fakta-fakta untuk 
• memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima 
maklumat, memproses, dan menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya 
ketika diperlukan. Jefrey& Cynthia (2011) menjelaskan bahawa mnemonik adalah suatu 
cara untuk meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih berkesan. Ia 
berfungsi sebagai medium untuk mengekod maklumat supaya lebih tersusun. 
Gaya pembelajaran teknik mnemonik terbahagi kepada tiga gaya pembelajaran 
iaitu mnemonik peg, mnemonik berkaitan dan mnemonik kata kunci. Teknik mnemonik 
peg ialah mengambil huruf awalan dan mencantumkannya menjadi satu perkataan yang 
mudah di ingat. 
Teknik mnemonik berkaitan pula ialah membina satu ayat lain berdasarkan huruf 
awalan bagi rangkai kata yang ingin dingati. 
Kaedah mnemonik yang seterusnya ialah kata kunci. Carter (1998) berpendapat 
pada peringkat asa pembelajaran, sesuatu perkataan itu tidak dapat diingati secara efektif 
dengan menggunakan konteks ayat dan mesti digunakan perkataan tunggal atau 
berpasangan. ialah kata yang terdengar seperti kata baru dan mudah digambarkan. 
Kemudian diciptakan sebuah gambar atau bayangan dari kata kunci dan definisi tersebut 
bersama. Hal tersebut penting ketika saling berinteraksi dan tidak ditampilkan dalam 
gambar atau bayangan yang sama. Teknik mnemonik kata kunci adalah kaedah yang 
lebih banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa, pembaca yang lemah dan golongan 
orang yang kurang berupaya. Mereka mengingati sesuatu dengan mencipta formula yang 
mana formula tersebut menjadi kata kunci untuk mengingat. 
5
Teknik mnemonik terbahagi kepada beberapa jen is iaitu teknik 
hubungan/rantaian, teknik kata gantian, teknik anekdot, teknik lokasi, akrostik dan 
akronim. 
I hubungan/rantaian 
I okas i 
I .(), V 
Hubungan/rantaian I 
anekdot 
I 
I Teknik mnemonik I 
akrostik • akronim Kata gantian 
Teknik hubungan/rantaian —Menghubungkan adalah satu proses mengaitkan atau 
mengasosiasikan satu perkataan dengan perkataan yang lain melalui sebuah aksi atau 
gambaran. Teknik ini biasa digunakan dengan sistem kata penanda untuk mengingatkan 
serangkaian informasi dalam urutan tertentu. Teknik ini sesuai untuk mengingati suatu 
senarai yang panjang. la melibatkan imaginasi atau gambaran mental secara aktif. 
Teknik ini membayangkan sesuatu objek secara reguan yang sedang berinteraksi. 
Hubungan yang dibentuk tidak perlu logik ataupun realistik asalkan kata hubungan itu 
dapat membantu mengingat sesuatu fakta. 
Teknik kata gantian — Teknik ini digunakan untuk perkara abstrak yang sukar diingat. 
la melibatkan penggunaan imej yang timbul daripada kata ajuk dan membayangkan suatu 
imej yang konkrit. • 
Teknik anekdot — Teknik yang menggunakan cerita pendek dan lucu untuk 
memudahkan proses ingatan dan menghubungkaitkannya dengan kata kuncinya 
sahaja.Contohnya: apabila menggunakan perkataan yang berkaitan mengenai sekolah: 
Mak limah a....kil 
Mat dens 
Maktab ,...r.:K1.1 
6
Darah '01) 1')1 1 
faisal 
Teknik lokasi — Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah tempat dan berdasarkan dua 
cantuman unsur iaitu imej dan tempat. Teknik ini dilakukan dengan mengingati sesuatu 
lokasi dan dikaitkan dengan maklumat yang hendak diingati. Beberapa langkah perlu 
diambil untuk menggunakan teknik ini iaitu membayangkan beberapa lokasi yang 
tersusun dalam satu jalinan. Kemudian lokasi hendaklah dibayangkan dengan jelas dalam 
ingatan. Satu imej dibayangkan bagi satu kata kunci daripada senarai maklumat yang 
telah dibuat. Senarai maklumat yang abstrak perlu dikonkritkan terlebih dahulu. Imej 
dihubungkan dengan lokasi yang telah dibayangkan dalam ingatan. Satu imej adalah 
untuk satu lokasi. lmej dan lokasi dikaitkan mengikut urutan. Hal ini dilakukan secara 
• mental dengan mengasosiasikan setiap informasi yang diperlukan. 
7 DJ ,74. . 
.3 01 ; • , 
_100- -X;e1 Zoo-(zirafa ,harimau,buaya) 
CA:P 1) 
Pasar-(kobis,sawi,kentang,timun) 
Hospital-(doktor, jururawat,ambulans) 
Rumah-(basikal,emak,ayah,adik,kakak) 
• Teknik akrostik — Kata akrostik berasal daripada perkataan Perancis iaitu acrostiche dan 
daripada Yunani iaitu akrostichis yang berrnaksud sebuah sajak yang huruf awal baris-barisnya 
menyusun sebuah atau beberapa perkataan. Menurut Sutisno, akrostik adalah 
menggunakan setiap huruf pertama daripada perkataan dan suku kata menjadi suatu ayat. 
Menurut Markowitz, akrostik adalah susunan perkataan yang tidak semestinya 
menggunakan huruf pertama dan tidak menghasilkan singkatan dalam bentuk satu 
perkataan tetapi diingat dalam bentuk ayat atau frasa tertentu. Kesimpulannya, teknik 
akrostik adalah cara yang dilakukan oleh guru untuk memudahkan pelajar mengingat 
suatu fakta dengan cara menggunakan huruf awal, tengah atau akhir dalam suatu 
perkataan atau frasa tertentu. 
Contohnya seperti mengingat turutan warna-warna pelangi dengan menggunakan 
perkataan mejikuhibiinu iaitu asfar,ahmar,abyadh,akhdhar,aswad,azraq,binafsajiy. 
(Biazasakabahas). 
7
Akronim — Teknik ini seakan-akan teknik akrostik. Alcronim adalah sejenis kata 
singkatan. Teknik ini membentuk akronim dengan menggunakan setiap huruf awal 
daripada satu ayat untuk membentuk perkataan baru. Walaupun teknik ini mudah untuk 
dihafal, namun terdapat beberapa kelemahan iaitu teknik ini hanya sesuai untuk 
perkataan yang mudah dihafal tetapi bukan untuk tujuan pemahaman sesuatu fakta. 
Selain itu, tidak semua ayat mudah dibentuk menjadi dalam bentuk yang lebih mudah di 
ingat. 
Contohnya: yA:)1.)1.1,4J1UAAIH 
KAMAN MNEMONIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB 
Dalam pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah, pelbagai konsep perlu diperkayakan 
bagi meningkatkan kefahaman murid. Kelemahan dalam penguasaan kosa kata berpunca 
dari daya ingatan yang tidak • 
Mnemonik, seperti yang telah dibahaskan diatas adalah salah satu stategi pembelajaran 
yang efektif. Menurut Suwito (2005) kaedah ini mempunyai kaitan yang sangat erat 
dengan asosiasi, iaitu mengaitkan dengan peristiwa, objek dan subjek dengan peristiwa 
lain. Jika dilihat dari sudut kajian terhadap keberkesanan mnemonik dalam pembelajaran 
Bahasa Arab, terdapat beberapa kajian yang membahaskan mengenainya. Antaranya 
ialah kajian yang dijalankan oleh Muhammadul Bakir (2007) yang menyatakan bahawa 
kaedah ini boleh dijadikan salah satu kaedah pembelajaran Bahasa Arab yang berkesan. 
Menurut Aziz & Erta(20I2) berpendapat usia kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun 
merupakan usia yang ideal untuk mempelajari bahasa kedua. Hal ini bertepatan dengan 
keadaan kanak-kanak yang masih baharu dalam penerimaan ilmu persekitaran. Dengan 
menelusuri bahasa kedua, maka sebenarnya sulit untuk seseorang kanaka-kanak itu 
memahaminya melainkan dengan aktiviti bersesuaian dengan umur mereka. 
Mohd Daud (1989) melalui kajiannya menyatakan bahawa terdapat kolerasi yang • 
sederhana di antara metaingatan dengan pencapaian. Ini menunjukkan metaingatan 
terhadap konsep pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh pelajar. 
8
RUMUSAN 
Penguasaan Bahasa Arab j-Qaf dalam kalangan murid sekolah rendah adalah asas ke arah 
melahirkan pelajar yang berkualti dalam pembelajaran. Jika dilihat dari aspek 
penyusunan kokurikulum di sekolah, mereka sering didedahkan dengan pelbagai 
pengayaan aktiviti bersesuaian. 
Dalam pembelajaran bahasa,bukan mudah sesorang itu mampu menguasai bahasa dengan 
balk. Penggunaan bahasa kedua di sekolah memerlukan pengukuhan yang balk samada 
pembelajaran berlangsung di bilik darjah atau di luar. Bagi murid yang berumur 6-12 
tahun, aktiviti pembelajaran dikatakan sangat membantu mereka memahami dan 
menerima sesuatu pembelajaran. Kaedah mnemonik dijadikan satu kaedah pilihan dalam 
• 
mengatasi cabaran pembelajaran pembelajaran Bahasa Arab. 
• 
9
RUJUKAN 
Aziz Fakhrurrozi, Erta Mahyudin. (2012). Pembelajaran Bahasa Arab. Direktorat 
Jenderal Pendidikan Islam Kementerian Agama. Jakarta. Indonesia. 
Bhasah Abu Bakar&rakan-rakan. Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program j- 
Qaf dalam Kalangan Fe/ajar Tingkatan Satu:Satu Kajian Kes. 
H. Douglas Brown. (2000). Principles of Language Learning and Teaching. Longman. 
San Francisco. 
Frances A.Yates (1966). The Art of Memory. The University of Chicago Press.London. 
Kamarudin. (2010) Psikologi Pembelajaran. Utusan Publications& Distributors. 
Malaysia. 
Nurazan bt Mohmad Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran 
Bahasa Arab:Kajian di KUSZA. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan 
Malaysia. Malaysia. 
Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi (2011). Mnemonic Instruction:A way to boost 
vocabulary learning and recall. Journal of Language Learning and Research. pp.' 78- 
182).Finland. 
Mohd Daud Hamzah. (1989). Metaingatan dan Hubungannya dengan Prestasi Ingatan. 
Journal Pendidik dan Pendidikan. J1d. 10 pp80. Universiti Sains Malaysia. Malaysia. 
Muhammadul Bakhir Hj Yaakub. (2007). Teaching Arabic as a second language.An 
evaluation of keyword method effectiveness. Jurnal Teknologi. pp:61-72. Universiti 
Teknologi Malaysia. Malaysia. 
Rosni (2012). lsu Pembelajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan 
Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Malaysia. 
• 
• 
10
Scott G. Paris, Richard S. Newman, & Kelly A. Mcvey (1982). Learning the Functional 
Significance of Mnemonic Actions:A Micro genetic Study of Strategy Acquisition. 
• 
1 1
LAPORAN MENYERTAI PERSIDANGAN 
SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDHCAN JQAF 2013 
Pada 19-20 Jun 2013 yang lalu, pelapor telah menyertai Persidangan Seminar Kebangsaan 
Penyelidikan j-QAF sebagai pembentang Tema persidangan ini adalah mengenai pelaksanaan j- 
QAF terhadap murid sekolah rendah. Persidangan ini dianjurkan oleh Institut Islam 
Pembelajaran Bahasa Arab j-QAF. • 
Hadhari,UKM. Tajuk kertas kerja pelapor ialah: Pendekatan Kaedah Mnemonik dalam 
Mengikut jadual yang telah ditetapkan, pelapor diminta membentangkan kertas kerja pada 20 Jun 
2013 di Sidang 5 bertempat di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia Penyertaan 
pelapor sebagai pembentang kertas kerja adalah kali kedua selepas perbentangan di International 
Conference Islamic Education (ICIED) pada 6-7 April yang lalu. Pelapor telah mencatatkan 
beberapa perkara penting sepanjang perbentangan seperti berikut: 
1- Persidangan ini dilakukan di dalam sebuah dewan. 
Menurut ahli jawatankuasa persidangan, persidangan dijalankan di dalam sebuah dewan kerana • 
kurang penyertaan dan bagi membolehkan perbentangan dapat dikongsi bersama secara 
keseluruhan 
2. Persediaan pelapor. 
Pelapor agak gusar dengan perbentangan kerana sebelum ini perbentangan dijalankan di dalam 
bilik mengilcut sesi perbentangan dan penyertaan terdiri daripada pelbagai golongan professional
Pelapor juga telah diajukan dengan beberapa soalan setelah selesai perbentangan. Namun perkara 
ini dapat diatasi sebaiknya. 
3 Maklumat j-QAF 
Melalui perbentangan yang dijalankan oleh para pembentang lain, pelapor telah mencatatkan 
beberapa perkara dan isu yang dibincangkan hasil dari perbentangan,iaitu: 
a) j-QAF telah bermula pada tahun 1997, iaitu sebelum pelantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad 
Badawi sebagai Perdana Menteii. 
b) Terdapat guru j-QAF yang dilantik bukan dari aliran agama. Hal ini diutarakan melalui kajian 
Rofishah Rashid dan Hailan Salamun yang bertajuk "Pengupayaan Kepimpinan Guru j-QAF" 
c) Guru-guru j-QAF dibebani dengan lebihan tugasan kerja melalui kajian yang dijalankan oleh 
Pn. Fazlulain Mohd Yunus bertajuk: Perlaksanaan dan Pencapaian Program j-QAF Sekolah- 
Sekolah di Malaysia. 
Pada keseluruhannya, pelapor melihat persidangan ini sebagai langkah menyelusuri pemerkasaan 
Bahasa Arab dalam arena pendidikan. 
Disediakan oleh, 
MAJDAN PAHARAL RADZI, 
Jabatan Bahasa Arab„ 
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, 
Universiti Sultan Zainal Abidin. 
•

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 

Was ist angesagt? (20)

PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 

Andere mochten auch

Presentation kajian tindakan
Presentation kajian tindakanPresentation kajian tindakan
Presentation kajian tindakanSelvi Velayutham
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdLee Cyee
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahlinamira
 
Ujian pra dan pasca lampiran c
Ujian pra dan pasca lampiran cUjian pra dan pasca lampiran c
Ujian pra dan pasca lampiran cSuriati Raman
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksiapeggylau9318
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpointEni Ghazali
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksiaspear_cml
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikMohd Halim
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanHamidah Samsiah
 

Andere mochten auch (20)

Presentation kajian tindakan
Presentation kajian tindakanPresentation kajian tindakan
Presentation kajian tindakan
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhd
 
Bantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksiaBantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksia
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarah
 
Ujian pra dan pasca lampiran c
Ujian pra dan pasca lampiran cUjian pra dan pasca lampiran c
Ujian pra dan pasca lampiran c
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksia
 
Slide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksiaSlide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksia
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpoint
 
Strategi Meningkatkan Ingatan
Strategi Meningkatkan IngatanStrategi Meningkatkan Ingatan
Strategi Meningkatkan Ingatan
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksia
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Pendekatan Pengajaran Matematik
Pendekatan Pengajaran MatematikPendekatan Pengajaran Matematik
Pendekatan Pengajaran Matematik
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 

Ähnlich wie Pendekatan kaedah mnemonik

25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatifNurul Dayana
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburEda Muryanti
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitaTjoetnyak Izzatie
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINFathmalyn Abdullah
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Faridah Husin
 
Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi Andri Tampani
 
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfGuru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfDefison Chan
 
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdfjumN
 
Model pengajaran langsung dlm meningkatkan motivasi belajar
Model pengajaran langsung dlm meningkatkan motivasi belajarModel pengajaran langsung dlm meningkatkan motivasi belajar
Model pengajaran langsung dlm meningkatkan motivasi belajarLilis Indayani
 

Ähnlich wie Pendekatan kaedah mnemonik (20)

25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Jon hendri tugas ptk
Jon hendri tugas ptkJon hendri tugas ptk
Jon hendri tugas ptk
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Gru proposal (2)
Gru  proposal (2)Gru  proposal (2)
Gru proposal (2)
 
Buku BBM
Buku BBMBuku BBM
Buku BBM
 
50749853 skripsi
50749853 skripsi50749853 skripsi
50749853 skripsi
 
Pbl jurnal 1
Pbl jurnal 1Pbl jurnal 1
Pbl jurnal 1
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2
 
Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi
 
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfGuru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
 
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
 
Model pengajaran langsung dlm meningkatkan motivasi belajar
Model pengajaran langsung dlm meningkatkan motivasi belajarModel pengajaran langsung dlm meningkatkan motivasi belajar
Model pengajaran langsung dlm meningkatkan motivasi belajar
 
1
11
1
 

Kürzlich hochgeladen

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfsaptari3
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 

Pendekatan kaedah mnemonik

  • 1. -r 1- gt,4 PENDEKATAN KAEDAH MNEMONIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB (J-QAF) PENGENALAN Di dalam dunia globalisasi dan penuh cabaran pada masa kini, persaingan yang wujud bukan sahaja dari segi keperluan mahupun material tetapi juga dari segi mental dan intelektual. Dalam hal ini, individu perlu memacu hidup ke hadapan dengan lebih dinamik dan pantas demi mencapai kejayaan dan berada sebaris dalam kalangan golongan cendekiawan. • Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah telah diperkenalkan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 bagi memastikan ilmu yang dipelajari bagi seseorang pelajar itu terus berkembang dari masa ke semasa.. Cetusan idea oleh beliau wujud selepas beliau menghadiri lawatan rasmi ke Kementerian Pendidikan bagi membincangkan isu pendidikan sekolah rendah dan Pendidikan Islam sehinggalah terhasilnya pelaksaan J-Qaf pada tahun 2005 (KPM,2004). Rosni (2012) berpandangan kekurangan aktiviti bahasa dalam pengajaran menjadi antara faktor utama masalah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab. Kekangan ini menyebabkan pelajar kurang upaya dan seterusnya pelajar tidak dapat membina ilmu yang berterusan. Tidak dinafikan bagi seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab harus memiliki empat kemahiran bahasa yang mencakupi aspek kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar (Majdan,2012). Namun, setiap pelajar juga perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya • pembelajaran yang berbeza bergantung kepada keadaan minda dijana dan dimanipulasi (Zaida,2002). Konsep gaya pembelajaran turut disentuh oleh Syed& Ahmad dalam petikannya: "Dalam konteks memahami slidt murid, gaya pembelajaran tnenjadi indikator bagaimana seseorang murid be/ajar dan cara be/ajar yang digemari (Syed&Ahmad,2011:225) Namun, dalam kesungguhan usaha tersebut masih terdapat kelompok individu yang berhadapan dengan masalah di dalam pembelajaran yang mana menyebabkan usaha mereka untuk maju ke hadapan sedikit terencat dan agak perlahan terutamanya permasalahan di dalam mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran tertentu. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan membelenggu pelajar-pelajar dan harus di tangani dengan kadar segera agar proses pembelajaran dapat berlangsung dengan
  • 2. balk dan menarik seterusnya dapat bersaing meneraju dunia bersama-sama. Melalui kajian Basah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah Tingkatan satu di enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai pembelajaran Bahasa Arab berbanding penerapan aspek solat dan kern bestari solat. Setiap pelajar perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya pembelajaran seseorang pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Ada yang lebih gemar belajar secara sendiri, berkumpulan, pemerhatian, kajian, perbincangan, dalam keadaan sunyi atau bising dan pelbagai gaya pembelajaran lain yang tidak disebutkan. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, • ilmu atau pengalarnan yang baru. Kesemua gaya-gaya pembelajaran yang dinyatakan pasti melibatkan proses mengingat. Ini menunjukkan kemahiran mengingat adalah satu kemahiran yang sangat penting yang harus ada di dalam din i seorang pelajar khususnya dan manusia amnya. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diamalkan dalam proses meningkatkan kemahiran mengingat di dalam pembelajaran sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman dan mengingati fakta-fakta penting. Hal ini kerana manusia mempunyai ingatan yang terbatas dan tidak mampu untuk mengingati semua perkara di dalam kehidupan dalam satu-satu masa. Namun begitu, permasalahan ingatan manusia yang terbatas ini boleh di atasi dan ditingkatkan melalui kemahiran mengingat dan latihan yang bersisternatik. Menurut Yates (1966) melalui bukunya yang bertajuk "The Art of Memory menyatakan: It is not difficult to get hold of the general principles of the mnemonic. The first step was to imprint on the memory a series of loci or places". Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan • kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Antara kaedah yang digunakan untuk meninglcatkan ingatan ialah menggunakan alat bahan bantu mengajar, bahan pengajaran yang bermakna, isi pelajaran teratur dan balk, mengulang isi pelajaran, waktu rehat dalam pembelajaran, pengelolaan pembelajaran, mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar, membuat latih tubi, mempraktildcan ilmu dan menggunakan kaedah mnemonik. Melalui kajian yang dilakukan oleh Scoot,Richard &Kelly (1982) mendapati bahawa kanak-kanak memperoleh pembelajaran dengan lebih tersusun dan pembelajaran yang strategiik dapat dicapai apabila memahami dan meneggunakan strategi mnemonik. Justeru, perancangan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bagaimana untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan seterusnya mengamalkan teknik-teknik 2
  • 3. dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat pelajar di dalam pernbelajaran. Perkembangan kemahiran kanak-kanak sekolah rendah dalam membina strategi pembelajaran yang kukuh amat penting kerana pada peringkat ini keseimbangan pencapaian pendidikan dan penerimaan terhadap ilmu adalah pada tahap yang sama. Kanak-kanak perlu menguasai dan menghalusi beberapa kemahiran yang khusus di alam persekolahan. Tanpa penguasaan ini, maka mereka akan gagal seterusnya membawa rasa rendah din i dan tiada keupayaan (Haliza,Joy&Rafidah:2008) Mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah diajar secara asas tanpa melibatkan jumlah ayat yang panjang. Daripada perspektif penulis, ini menunjukkan bahawa apa yang telah dipelajari oleh pelajar hanya kekal dalam ingatan jangka pendek mcreka sahaja iaitu keupayaan terhadnya pada satu masa. Pengajaran yang telah • disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang mereka iaitu keupayaan yang tidak terhad, boleh menyimpan maklumat dalam ingatan dan dilupa secara beransur. Menurut Kamarudin (2010) mengatakan bahawa : "ingatan merujuk kepada masa sdam yang melibatkan aktiviti mengenalpasti maklumat yang telah diperoleh, dialami, kelas yang telah dibentuk, hubungan dan system yang telah diperoleh, transformasi yang dilakukan, kesan dan implikasi yang telah dibuat dan sebagainya". Lupaan rnerupakan satu kejadian biasa. Antara sebab manusia boleh lupa ialah ketiadaan saranan dan peredaran masa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru dan mereka akan memberi fokus kepada maklumat baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput. Walau bagaimanapun, strategik dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita dan pelajar mengingat maklumat yang banyak dan kurangkan lupaan. Satu cara untuk mengurangkan lupaan ialah guru harus menjadikan pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan. Secara rasionalnya kajian ini dijalank.an adalah bertujuan mencadangkan pendekatan kaedah mnemonik sebagai salah satu kemahiran bahasa yang digunakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, khususnya bagi pelajar j-Qaf sekolah rendah. PERNYATAAN MASALAH Penguasaan bahasa kedua memerlukan pembelajaran yang berterusan dan diperkayakan dengan kaedah yang menarik terhadap setiap yang dipelajari dari masa ke semasa. Dalam arena pendidikan, asas strategi pembelajaran merupakan medium yang utama bagi memastikan pelajar mampu mendapatkan informasi, memproses dan menerima dan menyimpan dengan jangka masa yang panjang. Perkembangan konteks pemaharnan terhadap suatu ilmu baru tanpa mengabaikan apa yang telah dipelajari adalah lebih berkesan. • 3
  • 4. Pada umumnya, strategi mengingat merupakan salah satu strategi pembelajaran bahasa. Strategi-strategi ini membolehkan pelajar memperoleh maklumat yang diperoleh secara mudah (Nurazan,2004). Eid (2012) mendapati bahawa strategi pembelajaran bahasa membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa secara efektif. Menurut Norhayuza, kajian tentang ingatan dikatakan kurang mendapat perhatian oeleh pengkaji-pengkaji, manakala kajian terhadap Bahasa Arab hampir langsung tiada dijalankan. Melalui kajian Bhasah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah Tingkatan satu di enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai pembelajaran Bahasa Arab berbanding penerapan aspek solat dan kern bestari solat. Kajian Maizatul (2011) menyatakan bahawa murid mempunyai minat dan kesungguhan terhadap mata pelajaran Bahasa Arab, namun memperolehi pencapaian yang agak sederhana. Keadaan ini disokong apabila turut mendapat sokongan yang sederhana manakala pencapaian murid dalam kemahiran yang diuji adalah lemah dan kurang memuaskan. • Perihal ini menunjukkan kaedah mengingat Bahasa Arab bagi pelajar sekolah rendah menjadi isu yang kurang ditittikberatkan. Masalah ini berlarutan apabila beralih ke sekolah menengah. Penerimaan terhadap bahasa ini semakin merosot, malah hingga ke peringkat universiti. Penulis berpendapat pembelajaran asas Bahasa Arab pada peringkat rendah amat penting agar pelajar tidak ketinggalan dan keliru dengan pilihan perkataan dan huruf yang dipelajari. KERANGKA TEORI / KONSEP Kaedah mnemonik dicipta adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat individu. Menurut Mok (2002) melalui Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne mengatakan bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut beliau, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Kaedah mnemonik adalah kaedah yang boleh mengukuhkan ingatan untuk suatu jangka masa yang panjang bersesuaian dengan teori yang dikeluarkan oleh Gagne. Di dalam negara kita, para guru dan pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini dalam pendidikan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dan maklumat dengan mudah dan cepat. Guru-guru telah pun mencipta berbagai mnemonik sebagai suatu pendekatan pengajaran dan mnemonik yang dicipta itu telah pun digunakan secara turun temurun. Kaedah mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Douglas (200) berpendapat bahawa kaedah mnemonik merupakan salah satu strategi kognitif, namun tidak didedahkan di sekolah pada masa kini. 4
  • 5. DEFINISI OPERASI Kaedah Mnemonik Mnemonik mempunyai pelbagai tafsiran makna. Menurut Mohammad & Saed (2011) perkataan mnemonik ini adalah berasal daripada bahasa Greek iaitu mnemosyne iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda. Merujuk kepada kamus Oxford (1340:1973) mnemonik bermaksud kemahiran mengingat dengan menggunakan sistem dan kaedah tertentu. Kaedah mnemonik ini juga menggunakan prinsip asosiasi iaitu maklumat yang ingin di ingati dikaitkan dengan maklumat yang lain yang mudah di ingat (Suwito,295:2005). Kaedah mnemonik bermaksud mengorganisasikan fakta-fakta untuk • memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses, dan menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Jefrey& Cynthia (2011) menjelaskan bahawa mnemonik adalah suatu cara untuk meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih berkesan. Ia berfungsi sebagai medium untuk mengekod maklumat supaya lebih tersusun. Gaya pembelajaran teknik mnemonik terbahagi kepada tiga gaya pembelajaran iaitu mnemonik peg, mnemonik berkaitan dan mnemonik kata kunci. Teknik mnemonik peg ialah mengambil huruf awalan dan mencantumkannya menjadi satu perkataan yang mudah di ingat. Teknik mnemonik berkaitan pula ialah membina satu ayat lain berdasarkan huruf awalan bagi rangkai kata yang ingin dingati. Kaedah mnemonik yang seterusnya ialah kata kunci. Carter (1998) berpendapat pada peringkat asa pembelajaran, sesuatu perkataan itu tidak dapat diingati secara efektif dengan menggunakan konteks ayat dan mesti digunakan perkataan tunggal atau berpasangan. ialah kata yang terdengar seperti kata baru dan mudah digambarkan. Kemudian diciptakan sebuah gambar atau bayangan dari kata kunci dan definisi tersebut bersama. Hal tersebut penting ketika saling berinteraksi dan tidak ditampilkan dalam gambar atau bayangan yang sama. Teknik mnemonik kata kunci adalah kaedah yang lebih banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa, pembaca yang lemah dan golongan orang yang kurang berupaya. Mereka mengingati sesuatu dengan mencipta formula yang mana formula tersebut menjadi kata kunci untuk mengingat. 5
  • 6. Teknik mnemonik terbahagi kepada beberapa jen is iaitu teknik hubungan/rantaian, teknik kata gantian, teknik anekdot, teknik lokasi, akrostik dan akronim. I hubungan/rantaian I okas i I .(), V Hubungan/rantaian I anekdot I I Teknik mnemonik I akrostik • akronim Kata gantian Teknik hubungan/rantaian —Menghubungkan adalah satu proses mengaitkan atau mengasosiasikan satu perkataan dengan perkataan yang lain melalui sebuah aksi atau gambaran. Teknik ini biasa digunakan dengan sistem kata penanda untuk mengingatkan serangkaian informasi dalam urutan tertentu. Teknik ini sesuai untuk mengingati suatu senarai yang panjang. la melibatkan imaginasi atau gambaran mental secara aktif. Teknik ini membayangkan sesuatu objek secara reguan yang sedang berinteraksi. Hubungan yang dibentuk tidak perlu logik ataupun realistik asalkan kata hubungan itu dapat membantu mengingat sesuatu fakta. Teknik kata gantian — Teknik ini digunakan untuk perkara abstrak yang sukar diingat. la melibatkan penggunaan imej yang timbul daripada kata ajuk dan membayangkan suatu imej yang konkrit. • Teknik anekdot — Teknik yang menggunakan cerita pendek dan lucu untuk memudahkan proses ingatan dan menghubungkaitkannya dengan kata kuncinya sahaja.Contohnya: apabila menggunakan perkataan yang berkaitan mengenai sekolah: Mak limah a....kil Mat dens Maktab ,...r.:K1.1 6
  • 7. Darah '01) 1')1 1 faisal Teknik lokasi — Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah tempat dan berdasarkan dua cantuman unsur iaitu imej dan tempat. Teknik ini dilakukan dengan mengingati sesuatu lokasi dan dikaitkan dengan maklumat yang hendak diingati. Beberapa langkah perlu diambil untuk menggunakan teknik ini iaitu membayangkan beberapa lokasi yang tersusun dalam satu jalinan. Kemudian lokasi hendaklah dibayangkan dengan jelas dalam ingatan. Satu imej dibayangkan bagi satu kata kunci daripada senarai maklumat yang telah dibuat. Senarai maklumat yang abstrak perlu dikonkritkan terlebih dahulu. Imej dihubungkan dengan lokasi yang telah dibayangkan dalam ingatan. Satu imej adalah untuk satu lokasi. lmej dan lokasi dikaitkan mengikut urutan. Hal ini dilakukan secara • mental dengan mengasosiasikan setiap informasi yang diperlukan. 7 DJ ,74. . .3 01 ; • , _100- -X;e1 Zoo-(zirafa ,harimau,buaya) CA:P 1) Pasar-(kobis,sawi,kentang,timun) Hospital-(doktor, jururawat,ambulans) Rumah-(basikal,emak,ayah,adik,kakak) • Teknik akrostik — Kata akrostik berasal daripada perkataan Perancis iaitu acrostiche dan daripada Yunani iaitu akrostichis yang berrnaksud sebuah sajak yang huruf awal baris-barisnya menyusun sebuah atau beberapa perkataan. Menurut Sutisno, akrostik adalah menggunakan setiap huruf pertama daripada perkataan dan suku kata menjadi suatu ayat. Menurut Markowitz, akrostik adalah susunan perkataan yang tidak semestinya menggunakan huruf pertama dan tidak menghasilkan singkatan dalam bentuk satu perkataan tetapi diingat dalam bentuk ayat atau frasa tertentu. Kesimpulannya, teknik akrostik adalah cara yang dilakukan oleh guru untuk memudahkan pelajar mengingat suatu fakta dengan cara menggunakan huruf awal, tengah atau akhir dalam suatu perkataan atau frasa tertentu. Contohnya seperti mengingat turutan warna-warna pelangi dengan menggunakan perkataan mejikuhibiinu iaitu asfar,ahmar,abyadh,akhdhar,aswad,azraq,binafsajiy. (Biazasakabahas). 7
  • 8. Akronim — Teknik ini seakan-akan teknik akrostik. Alcronim adalah sejenis kata singkatan. Teknik ini membentuk akronim dengan menggunakan setiap huruf awal daripada satu ayat untuk membentuk perkataan baru. Walaupun teknik ini mudah untuk dihafal, namun terdapat beberapa kelemahan iaitu teknik ini hanya sesuai untuk perkataan yang mudah dihafal tetapi bukan untuk tujuan pemahaman sesuatu fakta. Selain itu, tidak semua ayat mudah dibentuk menjadi dalam bentuk yang lebih mudah di ingat. Contohnya: yA:)1.)1.1,4J1UAAIH KAMAN MNEMONIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Dalam pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah, pelbagai konsep perlu diperkayakan bagi meningkatkan kefahaman murid. Kelemahan dalam penguasaan kosa kata berpunca dari daya ingatan yang tidak • Mnemonik, seperti yang telah dibahaskan diatas adalah salah satu stategi pembelajaran yang efektif. Menurut Suwito (2005) kaedah ini mempunyai kaitan yang sangat erat dengan asosiasi, iaitu mengaitkan dengan peristiwa, objek dan subjek dengan peristiwa lain. Jika dilihat dari sudut kajian terhadap keberkesanan mnemonik dalam pembelajaran Bahasa Arab, terdapat beberapa kajian yang membahaskan mengenainya. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Muhammadul Bakir (2007) yang menyatakan bahawa kaedah ini boleh dijadikan salah satu kaedah pembelajaran Bahasa Arab yang berkesan. Menurut Aziz & Erta(20I2) berpendapat usia kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun merupakan usia yang ideal untuk mempelajari bahasa kedua. Hal ini bertepatan dengan keadaan kanak-kanak yang masih baharu dalam penerimaan ilmu persekitaran. Dengan menelusuri bahasa kedua, maka sebenarnya sulit untuk seseorang kanaka-kanak itu memahaminya melainkan dengan aktiviti bersesuaian dengan umur mereka. Mohd Daud (1989) melalui kajiannya menyatakan bahawa terdapat kolerasi yang • sederhana di antara metaingatan dengan pencapaian. Ini menunjukkan metaingatan terhadap konsep pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh pelajar. 8
  • 9. RUMUSAN Penguasaan Bahasa Arab j-Qaf dalam kalangan murid sekolah rendah adalah asas ke arah melahirkan pelajar yang berkualti dalam pembelajaran. Jika dilihat dari aspek penyusunan kokurikulum di sekolah, mereka sering didedahkan dengan pelbagai pengayaan aktiviti bersesuaian. Dalam pembelajaran bahasa,bukan mudah sesorang itu mampu menguasai bahasa dengan balk. Penggunaan bahasa kedua di sekolah memerlukan pengukuhan yang balk samada pembelajaran berlangsung di bilik darjah atau di luar. Bagi murid yang berumur 6-12 tahun, aktiviti pembelajaran dikatakan sangat membantu mereka memahami dan menerima sesuatu pembelajaran. Kaedah mnemonik dijadikan satu kaedah pilihan dalam • mengatasi cabaran pembelajaran pembelajaran Bahasa Arab. • 9
  • 10. RUJUKAN Aziz Fakhrurrozi, Erta Mahyudin. (2012). Pembelajaran Bahasa Arab. Direktorat Jenderal Pendidikan Islam Kementerian Agama. Jakarta. Indonesia. Bhasah Abu Bakar&rakan-rakan. Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program j- Qaf dalam Kalangan Fe/ajar Tingkatan Satu:Satu Kajian Kes. H. Douglas Brown. (2000). Principles of Language Learning and Teaching. Longman. San Francisco. Frances A.Yates (1966). The Art of Memory. The University of Chicago Press.London. Kamarudin. (2010) Psikologi Pembelajaran. Utusan Publications& Distributors. Malaysia. Nurazan bt Mohmad Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran Bahasa Arab:Kajian di KUSZA. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia. Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi (2011). Mnemonic Instruction:A way to boost vocabulary learning and recall. Journal of Language Learning and Research. pp.' 78- 182).Finland. Mohd Daud Hamzah. (1989). Metaingatan dan Hubungannya dengan Prestasi Ingatan. Journal Pendidik dan Pendidikan. J1d. 10 pp80. Universiti Sains Malaysia. Malaysia. Muhammadul Bakhir Hj Yaakub. (2007). Teaching Arabic as a second language.An evaluation of keyword method effectiveness. Jurnal Teknologi. pp:61-72. Universiti Teknologi Malaysia. Malaysia. Rosni (2012). lsu Pembelajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Malaysia. • • 10
  • 11. Scott G. Paris, Richard S. Newman, & Kelly A. Mcvey (1982). Learning the Functional Significance of Mnemonic Actions:A Micro genetic Study of Strategy Acquisition. • 1 1
  • 12. LAPORAN MENYERTAI PERSIDANGAN SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDHCAN JQAF 2013 Pada 19-20 Jun 2013 yang lalu, pelapor telah menyertai Persidangan Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF sebagai pembentang Tema persidangan ini adalah mengenai pelaksanaan j- QAF terhadap murid sekolah rendah. Persidangan ini dianjurkan oleh Institut Islam Pembelajaran Bahasa Arab j-QAF. • Hadhari,UKM. Tajuk kertas kerja pelapor ialah: Pendekatan Kaedah Mnemonik dalam Mengikut jadual yang telah ditetapkan, pelapor diminta membentangkan kertas kerja pada 20 Jun 2013 di Sidang 5 bertempat di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia Penyertaan pelapor sebagai pembentang kertas kerja adalah kali kedua selepas perbentangan di International Conference Islamic Education (ICIED) pada 6-7 April yang lalu. Pelapor telah mencatatkan beberapa perkara penting sepanjang perbentangan seperti berikut: 1- Persidangan ini dilakukan di dalam sebuah dewan. Menurut ahli jawatankuasa persidangan, persidangan dijalankan di dalam sebuah dewan kerana • kurang penyertaan dan bagi membolehkan perbentangan dapat dikongsi bersama secara keseluruhan 2. Persediaan pelapor. Pelapor agak gusar dengan perbentangan kerana sebelum ini perbentangan dijalankan di dalam bilik mengilcut sesi perbentangan dan penyertaan terdiri daripada pelbagai golongan professional
  • 13. Pelapor juga telah diajukan dengan beberapa soalan setelah selesai perbentangan. Namun perkara ini dapat diatasi sebaiknya. 3 Maklumat j-QAF Melalui perbentangan yang dijalankan oleh para pembentang lain, pelapor telah mencatatkan beberapa perkara dan isu yang dibincangkan hasil dari perbentangan,iaitu: a) j-QAF telah bermula pada tahun 1997, iaitu sebelum pelantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteii. b) Terdapat guru j-QAF yang dilantik bukan dari aliran agama. Hal ini diutarakan melalui kajian Rofishah Rashid dan Hailan Salamun yang bertajuk "Pengupayaan Kepimpinan Guru j-QAF" c) Guru-guru j-QAF dibebani dengan lebihan tugasan kerja melalui kajian yang dijalankan oleh Pn. Fazlulain Mohd Yunus bertajuk: Perlaksanaan dan Pencapaian Program j-QAF Sekolah- Sekolah di Malaysia. Pada keseluruhannya, pelapor melihat persidangan ini sebagai langkah menyelusuri pemerkasaan Bahasa Arab dalam arena pendidikan. Disediakan oleh, MAJDAN PAHARAL RADZI, Jabatan Bahasa Arab„ Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin. •