SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 19
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


1.0 INTEGRASI NASIONAL :




1.1 Pengenalan




       Pendidikan adalah satu keperluan asas pada masa kini. Setiap individu perlu
mempunyai ilmu dan kemahiran agar dapat menjadi insan yang fleksibel dan serba
boleh serta mampu memberikan sumbangan kepada negara pada masa hadapan.
Untuk ke arah itu, pelbagai program telah dirancangkan agar setiap individu di
negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya tanpa mengira latar belakang
sosiobudaya dan ekonomi mereka. Negara kita mempunyai pelbagai jenis kaum
yang memiliki adat dan budaya yang berbeza-beza. Justeru, untuk mewujudkan
kesatuan dan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat negara ini, maka pendidikan
telah dijadikan salah satu medium yang boleh diketengahkan.

       Untuk mencapai objektif perpaduan atau integrasi ini, maka pihak kerajaan
sudah mula menerapkan hal ini seawal mungkin bermula di sekolah lagi. Namun,
menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sesebuah masyarakat integrasi
bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah satu proses yang kompleks. Hal ini
kerana, di Malaysia terdapat tiga kaum yang terbesar. Ketiga-tiga kaum ini sangat
mementingkan hak mereka terpelihara. Untuk menyatakan suara mereka, tindakan-
tindakan yang diambil itu adakalanya menghasilkan pelbagai konflik dan
menyebabkan krisis kaum sering terjadi di negara ini. Apatah lagi dengan keadaan
politik Malaysia   yang bersifat   perkauman    (komunalisme), ini sudah     pasti
menyukarkan integrasi nasional wujud dalam negara ini. Walaubagaimanapun,
pelbagai tindakan tetap diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah sosialisasi
ini.




                                                                                 1
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa




1.2 Definisi




      Integrasi adalah penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum,
unsur, bahagian dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Penerapan
integrasi pada peringkat kanak-kanak sekaligus akan memberikan kesan pada
peringkat nasional. Integrasi dalam makna yang lebih global lagi sebenarnya bukan
sahaja melibatkan perbezaan kaum, agama dan budaya, bahkan perbezaan taraf
hidup dan sosial juga salah satu dari cabang integrasi. Integrasi nasional adalah
proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan
kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti
nasional (Syed Ibrahim, 2008 : hlmn 294).

      Daripada definisi ini, adalah sangat penting untuk menerapkan nilai-nilai
perpaduan (integrasi) agar objektif untuk memperkukuhkan integrasi pada peringkat
nasional dicapai dengan penerapannya bermula dari peringkat sekolah lagi.
Kerajaan pula telah meletakkan amanah yang begitu besar kepada pihak sekolah
yang diharap boleh menjadi agen perubahan agar dapat membantu menjayakan
hasrat integrasi nasional. Guru merupakan suatu profesion yang bertanggungjawab
mendidik manusia. Mereka berperanan membentuk sahsiah para pelajar. Guru
adalah golongan manusia yang memberikan kesan yang besar terhadap
perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia (Zulhilmi Paidi &
Rohani Abdul Ghani , 2005).




                                                                                2
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


2.0 PROGRAM MOTIVASI CAKNA PENDIDIKAN DAN CAKNA MASYARAKAT
     MAMPU MEMPERKUKUHKAN INTEGRASI NASIONAL




2.1 Pengenalan




      Program internship dijalankan selama sebulan di sekolah yang sama semasa
berpraktikum fasa tiga. Namun, program internship ini berbeza dengan praktikum
yang memfokuskan guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran mengajar dan
diselia oleh guru dan pensyarah pembimbing. Tetapi, internship adalah program
yang memberikan peluang kepada guru-guru pelatih untuk mengadakan aktiviti-
aktiviti yang sesuai bersama-sama pihak sekolah sama ada melibatkan murid-murid
sahaja, atau melibatkan guru-guru sahaja ataupun melibatkan kedua-duanya sekali.
Untuk internship kali ini, saya telah menjalankan beberapa program dan aktiviti yang
menarik dengan kerjasama rakan saya dan pihak sekolah.

      Antara program yang kami telah jalankan adalah Program Motivasi Cakna
Pendidikan Sek. Keb. Bukit Marak, Senamrobik 1 Malaysia, penglibatan dalam
program NILAM dan beberapa lagi program yang lain. Melalui program-program
yang dianjurkan ini, penerapan nilai-nilai murni dalam diri individu adalah lebih
efisyen dan kesannya pula adalah ketara.

      Banyak faedahnya program-program seperti ini dijalankan diperingkat
sekolah. Kelebihan-kelebihannya bukan setakat memberikan kesan kepada pihak
sekolah dan diri individu yang terlibat sahaja, bahkan terdapat juga kesan nyata
yang boleh dilihat pada masa hadapan nanti terutama dalam hidup masyarakat yang
pelbagai seperti negara kita ini. Integrasi nasional seperti yang digariskan oleh
kerajaan perlu diperkukuhkan lagi agar setiap kaum yang wujud di Malaysia ini
faham dan sedar peranan serta fungsi diri mereka sendiri sebagai individu dan
rakyat dalam sesebuah negara.




                                                                                   3
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


2.2 Pemupukan nilai integrasi dalam Program Motivasi Cakna dan Cakna
     Masyarakat




      Melalui program-program seperti yang telah saya jalankan sebenarnya sedikit
sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan, memantapkan dan menjayakan
integrasi nasional negara kita. Sebagai contohnya, dalam Program Motivasi Cakna
Pendidikan yang pernah saya jalankan di sekolah tersebut. Program ini merupakan
program yang dijalankan untuk memberikan semangat dan motivasi yang baik dan
berkesan dalam diri murid-murid terutama kepada para pengawas sekolah dan juga
murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Dalam program yang dijalankan tersebut, semua aktiviti-
aktiviti telah dirancang sendiri oleh pihak kami dengan keizinan pihak sekolah
setelah kami dimurnikan dalam mesyuarat bersama.

      Perancangan aktiviti-aktiviti ini telah dijalankan dengan mengambil kira
pelbagai aspek antaranya dari aspek cabaran terhadap kognitif murid, aspek nilai
dan sahsiah, aspek kepimpinan, aspek kesatuan dan persefahaman dan lain-lain
lagi. Jadi, jelaslah bahawa program ini secara langsung boleh membantu hasrat
kerajaan dalam memperkukuhkan integrasi nasional secara tidak langsung.




      2.2.1 Pemupukan nilai kemesraan dan interaksi melalui aktiviti Latihan
             Dalam Kumpulan (LDK) : Ice Breaking.




      Bagi menjelaskan lagi pernyataan ini, saya berikan contoh semasa aktiviti
pertama yang kami jalankan atau dipanggil Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1. LDK 1
juga dinamakan sebagai sesi pegenalan (ice breaking). Dalam sesi ini, murid-murid
atau para peserta program telah diasingkan kepada dua kumpulan, iaitu lelaki dan
perempuan dan dikehendaki membuat bulatan. Dalam bulatan tersebut, murid
diedarkan dengan beberapa keping biskut. Apabila lagu dimainkan, murid akan
menyua biskut tersebut dengan menggunakan mulut dan rakan di sebelah juga akan



                                                                                4
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


mengambil biskut itu menggunakan mulut. Apabila lagu diberhentikan, peserta yang
menyimpan biskut dimulutnya akan memakan biskut tersebut.

      Sekalipun aktiviti ini kelihatan seperti menjijikkan, namun sebenarnya banyak
makna yang tersirat terdapat di dalamnya. Perasaan mesra sesama orang lain perlu
dibentuk agar orang lain juga boleh menerima diri kita seadanya. Dalam
kepelbagaian kaum di negara kita, kemesraan yang terjalin sekian lama
menyebabkan timbulnya perasaan menghormati antara satu sama lain. Menurut
Chew Fong Peng (2008), interaksi antara pelajar dalam sistem pendidikan telah
membantu memupuk persefahaman antara kaum dengan perasaan kekitaan
sebagai warga dan bangsa Malaysia.

      Dalam LDK yang sama, aktiviti seterusnya yang kami jalankan adalah aktiviti
membina logo dan membuat slogan untuk kumpulan masing-masing. Seperti yang
dinyatakan Chew Fong Peng tadi, semasa aktiviti ini murid banyak berinteraksi
sesama mereka. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa
(interaksi) secara tidak langsung meningkatkan keakraban sesama peserta. Hal ini
diakui sendiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Seri Dr. Mahathir bin Muhamad (A.
Aziz Deraman, 2005).

      “Kita semua telah bersetuju, perpaduan dan keutuhan itu akan kita bina dan
        pupuk melalui satu bahasa, iaitu Bahasa Kebangsaan…. Maka, Bahasa
        Kebangsaan diasaskan kepada Bahasa Melayu…”

                                             (Tun Seri Dr. Mahathir bin Muhamad, 1982)

      Mudahnya, kemesraan akan mudah berputik melalui interaksi. Interaksi
dengan menggunakan bahasa yang sama akan memudahkan maklumat dan idea-
idea dikongsi bersama-sama sekalipun berbeza bangsa dan budaya. Jelaslah,
interaksi antara elemen penting membentuk kemesraan dan persefahaman dalam
kalangan rakyat.




                                                                                    5
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


      2.2.2 Pemupukan nilai muafakat dan tolak ansur dalam LDK : Eksplorasi




      Eksplorasi merupakan aktiviti cergas yang melibatkan fizikal dan kognitif.
Pembabitan cergas pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk peribadi
mereka, misalnya dalam menjayakan sesuatu aktiviti atau program, pelajar dituntut
agar berusaha dengan gigih dan tekun selain mempunyai rasa tanggungjawab dan
amanah. Menurut Sofian Omar Fauzee (dalam Chew Fong Peng, 2008), nilai-nilai
murni ini tidak diajar melalui buku teks semata-mata. Sebaliknya nilai ini boleh
dipupuk melalui kokurikulum di sekolah.

      Oleh itu, dengan aktiviti ini, titik perbezaan itu perlu dihapuskan agar mereka
mampu melaksanakan tugasan dengan baik. Mereka perlu berbincang dan
bermuafakat dengan keputusan mereka agar tidak membuat keputusan yang salah.
Menurut Prof. Dr. Sidek Baba (2009), muafakat dalam pembinaan negara dimulakan
dengan menghasilkan sesuatu perlembagaan yang sering dihubungkan sebagai
kontrak sosial. Kontrak sosial disepakati oleh semua kaum supaya menjadi suatu
landasan yang lebih adil terhadap proses mengisi dan mengurus kemerdekaan.

      Kontrak sosial yang disepakati dalam konteks peserta program ini adalah
peraturan atau arahan daripada ketua kumpulan mereka. Peranan ketua kumpulan
sangat penting bagi memastikan mereka bermuafakat dan bertolak ansur dalam
membuat keputusan. Tolak ansur juga merupakan unsur penting dalam integrasi
negara. Mantan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah
berkata (Sivamurugan Pandian, 2006) :

       “Dengan perpaduan dan sikap toleransi itu, mereka dapat hidup dalam suasana
        aman. Kecintaan mereka kepada keamanan, menambahkan lagi iltizam kepada
        perpaduan kesedaran untuk mengekalkan toleransi dalam hubungan antara kaum.”




                                                                                   6
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


      2.2.3 Pemupukan nilai kerjasama dan kepercayaan dalam LDK : Mencari
            Jalan Kebenaran




      Disamping itu, pada LDK seterusnya yang dinamakan „Mencari Jalan
Kebenaran‟, nilai yang cuba diterapkan dan diuji adalah nilai kepercayaan dan
kerjasama. Sebenarnya kedua-dua nilai ini sudah cuba diwujudkan semasa
melakukan LDK sebelum ini lagi, namun kali ini elemen kepercayaan dan kerjasama
benar-benar diuji. Aktiviti yang dijalankan ini memerlukan ahli-ahli kumpulan untuk
mempercayai kata-kata yang diucapkan oleh ketua kumpulan mereka. Kata-kata
ketua kumpulan itu sebenarnya bermotifkan kepada satu destinasi sahaja iaitu
destinasi seperti yang telah kami tetapkan.

      Ahli kumpulan akan membuat bulatan dan akan berjalan sambil membawa
barang amanah yang diletakkan ditengah-tengah kertas mahjong dalam keadaan
mata yang tertutup. Penekanan yang cuba kami berikan kepada mereka pada ketika
itu adalah betapa perlunya mereka mempercayai sepenuhnya kata-kata yang keluar
daripada ketua kumpulan mereka dan dalam masa yang sama juga, mereka perlu
bekerjasama agar barang amanah tersebut tidak terjatuh daripada kertas mahjong
yang mereka bawa.

      Perpaduan negara kita bukanlah setakat dibina bertunjangkan semangat
nasionalisme dan patriotik sahaja. Malah, unsur kepercayaan dan kerjasama juga
menjadi tiang utama yang menjadikan negara kita sebagai negara majmuk yang
aman di dunia. Walaupun tidak dinafikan 'perpaduan' ada pasang surutnya; yang
penting adalan 'kejujuran' dan 'kepercayaan' bahawa sistem yang ada adalah yang
terbaik dalam membina kesaksamaan dan mempertahankan hak masing-masing
(Sivamurugan Pandian, 2011).




                                                                                 7
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


      Penerapan unsur-unsur ini perlu dilakukan sejak diperingkat kanak-kanak
lagi. Kerjasama dan kepercayaan kepada kaum-kaum lain terutama kepada
pemimpin negara akan menjadikan kita sebagai rakyat yang efektif dalam membantu
pemimpin-pemimpin negara untuk memacu negara ke arah yang lebih maju
disamping mampu menjamin keharmonian berterusan dalam negara. Di sinilah
menunjukkan bahawa betapa pentingnya elemen kepercayaan dan kerjasama
dalam menjamin pengukuhan integrasi nasional negara kita.




      2.2.4 Pemupukan nilai         pada aktiviti rutin (diluar aktiviti formal)
             sepanjang program




      Sebenarnya, penerapan nilai persefahaman dan perpaduan ini bukan setakat
kami terapkan dalam diri mereka melalui aktiviti-aktiviti formal secara berkumpulan,
bahkan dalam aktiviti rutin juga kami cuba pupukkan nilai ini. Sebagai contohnya,
semasa para peserta ingin ke dewan makan, mereka diwajibkan bergerak secara
beramai-ramai dan tidak boleh berseorangan. Hal ini bertujuan mewujudkan
keakraban mereka dan cuba mengekalkannya tanpa mengira mereka datang dari
kumpulan mana sekalipun. Seperti juga dalam masyarakat negara kita ini,
keakraban lebih mudah dimunculkan semasa mereka duduk semeja sambil berbual
dan berkongsi pendapat walaupun di meja makan sekalipun.

      Perkara ini mampu membantu meningkatkan lagi persefahaman antara
sesuatu kaum dengan kaum yang lain. Selain itu, sekiranya sepanjang program itu
ada peserta yang melakukan kesalahan, maka semua sekali akan dikenakan
tindakan. Hal ini sebenarnya bukanlah untuk mendera atau menyusahkan para
peserta lain, tapi motif utama kami lakukan seperti ini agar mereka sentiasa saling
mengingati antara mereka, tegur menegur, peka dengan tindak-tanduk rakan lain
dan menasihati rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan sama ada
kesalahan itu secara sengaja ataupun tidak.




                                                                                  8
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


       Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah teguran dan nasihat yang
berguna perlu diberikan disamping perlunya kita sebagai rakan agar peka dengan
perubahan tingkahlaku individu di persekitaran kita. Jika dalam kehidupan
bermasyarakat, perkara ini penting dan perlu dijaga kerana melibatkan identiti dan
kesannya kepada negara. Sekiranya memberi kesan kepada negara, ini bermakna
kesilapan yang dilakukan oleh beberapa individu atau pihak tadi akan memberikan
implikasi kepada pihak lain juga. Itulah pentingnya nilai menasihati, memperingati,
tegur-menegur dan peka dengan orang persekitaran kita.

       Disamping itu, kebiasaannya ketika waktu solat telah tiba, beberapa orang
murid yang bukan beragama Islam diasingkan. Pengasingan ini bukanlah bermakna
mereka diabaikan terus daripada pengawasan para fasilitator program. Sebenarnya
mereka diasingkan dan diberikan tazkirah yang sesuai dengan agama dan nilai-nilai
norma budaya mereka yang sebenarnya membawa kepada tujuan yang satu iaitu
perpaduan. Begitu juga dengan murid-murid yang Muslim. Tazkirah perlu diadakan
kepada mereka agar dapat membuka pintu hati dan seterusnya menerapkan nilai-
nilai murni sejajar sepertimana yang dikehendaki junjungan kita Rasulullah S.A.W.

       Penerapan nilai murni dan pemahaman yang baik tentang perpaduan akan
menjadikan para peserta mempunyai jati diri yang unggul. Secara tidak langsung,
sekiranya ini dapat disemai dalam diri para peserta, bukan sahaja objektif program
utama ini tercapai iaitu “Pembinaan Jati Diri, Seiring Akhlak Terpuji” bahkan insiprasi
negara iaitu yang mahu menjayakan dan memantapkan integrasi nasional juga akan
terhasil.

       Di sini menunjukkan bahawa, wadah perpaduan yang penting selain dari nilai-
nilai yang disebut tadi adalah agama. Agama boleh menjadi media dalam
penyatupaduan masyarakat kerana dalam kehidupan beragama, tiada diantara
agama-agama di dunia ini yang menginginkan kehidupan yang kacau bilau. Bahkan,
menekankan bahawa kehidupan yang aman akan memudahkan penganut agama
tersebut mengamalkan ajaran-ajaran agama mereka.




                                                                                     9
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


3.0 RUMUSAN




       Maka, jelaslah bahawasanya, dalam usaha memperkukuhkan integrasi
nasional di negara kita, banyak aspek-aspek yang boleh disentuh terutama dalam
aspek nilai. Pemupukan dan penyemaian nilai-nilai pula perlulah dimulakan sejak
diperingkat kanak-kanak lagi. Sesuai dengan pepatah Melayu yang menyebut,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, kanak-kanak adalah bakal generasi
dan pewaris negara pada masa akan datang.

       Sekiranya mereka dididik dengan baik dan dilengkapkan dengan nilai-nilai
murni kehidupan mengikut acuan agama dan misi negara, sudah pasti tidak akan
berlaku perpecahan dalam kalangan rakyat di negara ini sepertimana tragedi hitam
yang pernah berlaku suatu ketika dahulu yang kita kenali sebagai Tragedi 13 Mei
1969. Pengajaran yang diambil dari peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya
kita menerapkan nilai-nilai yang baik agar perpaduan ini dapat dikekalkan.

       Sebagai seorang guru, pendidikan yang diberikan kepada murid perlulah
diselitkan dengan mesej-mesej yang baik dan tiada satu titik pun nilai negatif
ditunjukkan kepada murid. Kecemerlangan setiap individu dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah banyak dicorak ketika mereka di bangku sekolah lagi.
Justeru, peranan guru-guru dan pihak sekolah sangat penting bagi menjaya hasrat
kerajaan terutama dalam aspek integrasi nasional ini. Pengintegrasian ini selaras
dengan cabaran keempat dalam Wawasan 2020 iaitu “membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur”.

       Kemajuan negara kita pada hari ini adalah datangnya daripada perpaduan
yang begitu mantap yang diamalkan oleh generasi-generasi terdahulu. Namun,
sejak akhir-akhir ini, banyak isu-isu sensitif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu
yang disiarkan didada-dada akhbar yang akhirnya membuatkan perpaduan negara
kelihatan bergelora.




                                                                                    10
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


      Menurut Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2005), kemajmukan ini dapat
diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa bagi negara kita sekiranya
masyarakat Malaysia dapat membuktikan semangat perpaduan yang jitu lagi utuh
dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang telah diterjemahkan dalam
dasar-dasar negara.

      Akhir sekali, semua pihak seharusnya berganding bahu agar keamanan yang
kita perolehi ini dapat dikekalkan sekaligus mewujudkan identiti nasional yang positif
kepada masyarakat dunia. Perpaduan sangat penting agar peristiwa 13 Mei 1969
tidak berlaku lagi. Walaupun pada umumnya selepas mencapai kemerdekaan,
Malaysia   sering   digambarkan     sebagai   sebuah    negara    yang   aman     dan
masyarakatnya bersatu padu, namun gambaran ini musnah akibat berlakunya
peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969 (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani , 2005).

      Perbezaan antara kaum, pihak, ataupun individu sebenarnya bertujuan untuk
menjadikan manusia ini saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan boleh
berkongsi adat dan budaya yang sesuai dengan norma-norma yang digariskan oleh
agama. Sesuai dengan firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai
manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-banga dan bersuku-suku supaya
kamu saling kenal-mengenal” (al-Hujuraat: 13).




                                                                                   11
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


ULASAN JURNAL




1.0 Pengenalan

      Jurnal pendidikan yang bertajuk Pengajaran Berpasukan : Impelementasi
Dalam Pembelajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Di Sekolah
Rendah telah dijalankan oleh Ros Silawati binti Ahmad @ Abdullah. Kajian ini
merupakan kajian yang bersifat kualitatif dan berfokus kepada masalah pengajaran
penulisan karangan yang kurang berkesan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini juga telah dijalankan di sebuah sekolah di negeri Perlis
dengan mengambil sampel seramai 30 orang murid yang terdiri daripada murid
tahun lima sahaja.




2.0 Latar belakang masalah

      Pengajaran berpasukan (Team Teaching - TT) merupakan salah satu jenis
kaedah pengajaran yang melibatkan lebih daripada seorang guru yang mengajar
dalam suatu sesi pengajaran. Sabri Ahmad (2007) pula telah menambah, terdapat
beberapa bentuk pengajaran yang melibatkan lebih daripada seorang guru iaitu
pengajaran berstesen, pengajaran selari, pengajaran alternatif dan pengajaran
berpasukan. Dalam pengimplementasian TT, seorang guru akan mengajar
manakala guru-guru lain akan mengawas secara bergilir-gilir mengikut peranan
masing-masing. Pengkaji juga menyatakan bahawa, TT sebenarnya telah lama
diwujudkan dan diaplikasikan dalam pendidikan pelbagai peringkat persekolahan
tinggi dan universiti di negara-negara eropah seperti Amerika Syarikat sekitar tahun
1960-an. Antara tokoh yang awal mengkaji tentang kaedah ini adalah Florence M.
Diesman. Beliau telah mengkaji perlaksanaan TT ini dalam pengajaran Bahasa
Inggeris di 21 buah sekolah sekitar Washington pada tahun 1964. Melalui kajian
beliau, TT dikatakan kaedah yang lebih baik berbanding kaedah-kaedah biasa yang
sering digunakan.




                                                                                 12
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


      Selain itu, menurut pengkaji lagi, TT dapat meningkatkan kualiti pengajaran
guru dan pada masa yang sama boleh melonjakkan pencapaian akademik pelajar
(Bauwens & Hourcade :1995). Pernyataan ini disokong oleh Sabri Ahmad (2007)
dengan menyatakan bahawa tanggungjawab mendidik murid hendaklah dikongsi
bersama-sama. Oleh itu, secara sekilas pandang, kaedah yang dikenali sebagai TT
ini merupakan kaedah yang bersistemkan ‘give and take’ ataupun ‘win win situation’
kerana mampu memberikan kesan kepada kedua-dua pihak sama ada pada pihak
guru ataupun murid.




3.0 Tujuan kajian

      Pengkaji telah menyatakan terdapat tiga tujuan kajian ini dijalankan. Tujuan
pertama adalah bagi mengenal pasti persepsi murid terhadap ciri-ciri TT dari aspek
kognitif yang membantu pembelajaran kemahiran menulis karangan. Tujuan kedua
pula mengenal pasti persepsi dari aspek afektif terhadap ciri-ciri TT yang membantu
pembelajaran karangan dan tujuan ketiga adalah mengkaji kepuasan murid dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan melalui kaedah TT. Soalan-soalan
dalam borang soal selidik dibina mengikut aspek kajian.




4.0 Alatan kajian

      Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik sahaja.
Penggunaan instrumen ini sangat sesuai oleh kerana bilangan sampel yang
digunakan oleh pengkaji adalah besar. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Mohd.
Majid Konting (1994:188) yang menyatakan bahawa soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat daripada saiz subjek yang lebih besar. Tambah beliau lagi,
soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar.




                                                                                 13
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


5.0 Dapatan kajian

       Soalan pada borang soal selidik dalam aspek kognitif memfokuskan kepada
pemahaman murid terhadap pembinaan karangan setelah dibimbing oleh guru-guru
melalui kaedah TT. Kemudian, dalam soal selidik bagi aspek afektif pula, soalan
yang dinyatakan lebih berfokus kepada perasaan murid semasa dan selepas
menjalani kaedah TT. Manakala pada aspek afektif pula, soalan lebih menekankan
pada pendapat murid terhadap kaedah TT yang dilaksanakan di dalam kelas. Aspek
kepuasan terhadap pembelajaran ini pula ingin mengkaji tentang pendapat murid
terhadap kaedah yang digunakan.

       Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek kognitif, majoriti responden sangat
setuju dengan pengimplementasian TT dalam pembelajaran. Berdasarkan jumlah
keseluruhan dapatan, pada setiap item-item yang dinyatakan dalam soal selidik itu
menunjukkan bahawa 60.0 peratus sampel kajiannya menyatakan mereka sangat
setuju dengan keberkesanan kaedah TT terhadap aspek kognitif mereka. Manakala
peratus keseluruhan untuk yang setuju pula sebanyak 38.9 peratus sahaja. Dan
hanya 1.9 peratus sahaja menyatakan tidak pasti bahawa kaedah ini boleh
meningkatkan kemahiran penulisan mereka dari aspek kognitif. Untuk item tidak
setuju dan sangat tidak setuju, tiada peratus yang dicatat. Bilangan min keseluruhan
yang diperoleh untuk aspek kognitif ini adalah 4.58 manakala sisihan piawainya pula
hanya 0.50.

       Seterusnya. dalam aspek afektif pula, seramai 68.8 peratus sampel
menyatakan mereka sangat setuju dengan kaedah ini yang memberi kesan pada
afektif mereka. 29.5 peratus pula menyatakan mereka bersetuju bahawa kajian ini
mempengaruhi afektif mereka. Manakala, hanya 1.7 peratus sampel pula tidak pasti.
Dan tiada sampel yang tidak setuju ataupun sangat tidak setuju. Berdasarkan nilai
keseluruhan yang dinyatakan juga, jumlah peratusan min yang diperoleh lebih besar
berbanding pada aspek kognitif iaitu sebanyak 4.65 manakala sisihan piawainya
lebih kecil iaitu hanya 0.47.

       Kemudian, untuk soal selidik tentang kepuasan murid terhadap pembelajaran,
seramai 49.9 peratus murid sangat bersetuju dengan berpendapat bahawa kaedah
ini memberikan kepuasan kepada mereka semasa pengaplikasiannya dalam
pembelajaran. 37.9 peratus sampel pula menyatakan mereka setuju, 7.31 peratus

                                                                                 14
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


sampel menyatakan mereka tidak pasti, manakala untuk item tidak setuju dan
sangat tidak setuju pula, hanya 2.66 peratus sampel pada kedua-dua item tersebut.
Nilai min pula sebanyak 4.23 dan sisihan piawainya lebih besar berbanding soal
selidik untuk aspek kognitif dan afektif iaitu sebanyak 0.868.




6.0 Perbincangan

       Kaedah TT yang digunakan semasa pembelajaran akan memberikan kesan
yang lebih besar kepada murid dalam aspek afektif berdasarkan jadual yang
ditunjukkan. Nilai sisihan piawainya lebih rendah berbanding aspek kognitif dan
kepuasan murid.

       Melalui dapatan-dapatan ini, maka terbuktilah bahawa kaedah TT ini sangat
sesuai dijalankan di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran. Ini juga
menunjukkan bahawa objektif-objektif kajian yang dinyatakan oleh pengkaji sudah
tercapai. Pengkaji merumuskan kajiannya ini dengan menyatakan kaedah ini
merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sudah diketahui umum.
Namun, perlu diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kaedah ini bukan sahaja melibatkan gandingan tenaga guru-guru, bahkan
melibatkan perkongsian idea dan pemikiran ke arah membentuk pendidikan yang
lebih berkualiti pada masa akan datang.




7.0 Cadangan dan kesimpulan

       TT perlu diperluaskan lagi penggunaannya di sekolah-sekolah. Selain itu,
pendedahan juga perlu diberikan kepada terutama kepada bakal guru. Pengkaji juga
mencadangkan agar pengajaran berpasangan ini bukan sahaja melibatkan guru-
guru pelatih sahaja bahkan turut melibatkan guru pembimbing mereka. Dalam
pelaksanaan ini juga, Peranan guru besar juga merupakan faktor penting. Menurut
pengkaji, perancangan yang sistematik dari segi kumpulan TT dan penyelarasan
jadual waktu akan memudahkan implementasi amalan ini di sekolah. Pengkaji juga
menekankan bahawa TT juga sesuai diamalkan untuk mata pelajaran lain.



                                                                              15
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


8.0 Kritikan

       Dalam kajian ini, pengkaji sering menyatakan tentang kelebihan penggunaan
kaedah TT dalam pembelajaran. Namun, kaedah ini juga sebenarnya ada
kelemahannya. Kelemahan-kelemahan inilah yang mungkin sering menyebabkan
kaedah TT tidak dapat dilaksanakan di sekolah dengan lebih efisyen dan
komprehensif. Antara kelemahan-kelemahan kaedah ini adalah kekurangan guru
yang mempunyai kemahiran mengajar mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh,
sekiranya sesebuah sekolah kekurangan guru Bahasa Melayu, sudah tentu sukar
untuk mengaplikasikan kaedah ini kerana guru-guru mata pelajaran lain belum tentu
boleh mengajar Bahasa Melayu dengan cara yang betul. Selain itu, kerjasama
daripada guru lain juga amat diperlukan. Sekiranya guru-guru lain kurang berminat
dengan kaedah ini, maka sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka.
Apatahlagi sekarang ini, tugas-tugas pengkeranian guru di sekolah semakin banyak.
Ini menyebabkan guru-guru lain tidak mempunyai masa yang kosong untuk
membantu guru yang mahu melaksanakan kaedah ini. Di samping itu juga,
kebiasaannya guru-guru mempunyai kaedah, pendekatan, strategi dan teknik
pengajaran yang berbeza-beza. Oleh itu, sekiranya berlaku bertindihan idea semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, secara tidak sengaja ini akan
mempengaruhi kefahaman murid tentang perkara yang ingin dipelajari pada hari itu.

       Selain itu juga, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik sahaja.
Disebabkan oleh bilangan sampel yang ramai, soal selidik sangat sesuai digunakan.
Soal selidik yang dijalankan pula meliputi tiga aspek kajian, namun item soalan pada
soal selidik pula banyak dan mungkin menyebabkan murid bosan untuk mengisi
borang tersebut. Hal ini mungkin boleh menyebabkan murid mengisi borang soal
selidik itu dengan sambil lewa dan mengisi hanya berdasarkan perasaan atau
penekanan guru semasa memberikan penerangan tentang aspek-aspek kajiannya.
Ini   sekaligus   boleh   mempengaruhi   keputusan    kajian   kerana   murid   tidak
melengkapkan borang tersebut sesuai dengan persepsi mereka. Mungkin sekiranya
pengkaji mahu mengekalkan borang soal selidik ini dengan item-item yang ada
untuk kajian seterusnya, pengkaji perlu mengedarkan borang-borang ini tidak pada
masa yang sama. Ini boleh mengelakkan murid daripada berasa kebosanan untuk
mengisi borang tersebut.


                                                                                  16
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


      Persembahan data seperti yang ditunjukkan dalam jadual-jadual kajian
adalah kemas dan mudah untuk difahami. Dalam analisis data yang ditunjukkan,
pengkaji tidak menunjukkan perkaitan antara tingkahlaku yang berlaku semasa
kajian sedang dijalankan untuk dikaitkan dengan data-data tersebut. Sekiranya
instrumen pemerhatian yang melibatkan ketiga-tiga aspek kajian digunakan untuk
mengkaji perubahan tingkahlaku, kognitif dan kepuasan sampel, mungkin boleh
dikaitkan dengan data-data yang dikumpul dan ini menjadikan kajian tersebut benar-
benar menunjukkan perubahan terhadap sampel.




9.0 Rumusan

      Kaedah yang dikaji oleh Ros Silawati ini sebenarnya salah satu kaedah
pengajaran yang sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Hal ini kerana, bimbingan yang diberikan oleh guru lebih baik
disebabkan setiap kumpulan murid di dalam kelas tersebut mempunyai seorang
guru yang bertindak seperti fasilitator kepada mereka. Oleh itu, mudah bagi murid
untuk bertanyakan soalan-soalan kepada guru-guru tersebut. Berbeza dengan rutin
pengajaran yang biasa diamalkan oleh guru selama ini. Sekiranya seorang guru
sahaja yang mengajar, adalakalanya murid terlalu malu untuk bertanyakan soalan.
Hasil daripada kajian ini, jelaslah sebenarnya banyak kesan yang baik sekiranya
kaedah ini diamalkan di sekolah.




                                                                               17
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa


Bibliografi




Hj. Dr. Syed Ibrahim (2008). Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan Untuk
       Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur.International Law Book Services.
Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur. Dewan
       Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Syarifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.
       Majid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan. Oxford
       Fajar.
Prof. Dr. Sidek Baba (2009). Melayu Perkasa. Alaf 21. Shah Alam Selangor.

Sivamurugan Pandian (2006). Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya.
      Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon (2010). Guru dan
     Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ting Chew Peh (1987). Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur. Pustaka Dimensi.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Majid (2005). Pendidikan Negara Bangsa. Pahang
       Darul Makmur. PTS Publication Sdn. Bhd.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia
      &sec=Rencana&pg=re_06.htm diakses pada 3 September 2012

http://www.scribd.com/doc/27154139/Ulasan-Jurnal-Peranan-Kepimpinan-Guru     -
      diakses pada 3 September 2012




                                                                            18
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa




                                   19

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
Zue Layhar
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAH
dewiatiqah
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
Ridzuan Ahmad
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Syafiqah Mohamed Noor
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
murshidyzila
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
PAKLONG CIKGU
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Dady Cool Edek
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
Sham Razak
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
fatimah Baharin
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Yazid Shangri-La
 

Was ist angesagt? (20)

Etika penaksiran
Etika penaksiranEtika penaksiran
Etika penaksiran
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAH
 
59906830 pelan-lantai
59906830 pelan-lantai59906830 pelan-lantai
59906830 pelan-lantai
 
Cabaran dalam pendidikan dan bahasa
Cabaran dalam pendidikan dan bahasaCabaran dalam pendidikan dan bahasa
Cabaran dalam pendidikan dan bahasa
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati DiriMPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
 
Sarana Ibu Bapa (KPM)
Sarana Ibu Bapa (KPM)Sarana Ibu Bapa (KPM)
Sarana Ibu Bapa (KPM)
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
 
Kspk
KspkKspk
Kspk
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 

Andere mochten auch

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
Noor Abidin
 
Borang pss 17 kepuasan pelanggan - edit ogos 2014
Borang pss 17  kepuasan pelanggan - edit ogos 2014Borang pss 17  kepuasan pelanggan - edit ogos 2014
Borang pss 17 kepuasan pelanggan - edit ogos 2014
Kamal Sabaruddin
 
Borang soal selidik (y)
Borang soal selidik (y)Borang soal selidik (y)
Borang soal selidik (y)
Anyss Nieysa
 
Soal selidik pengajian sosial
Soal selidik pengajian sosialSoal selidik pengajian sosial
Soal selidik pengajian sosial
Aduka Kirana Zhea
 
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukanBorang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Adnan Nan
 
Borang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekBorang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sek
Nona Naza
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
Nur Azwani Azmi
 
Model ekonomi baru
Model ekonomi baruModel ekonomi baru
Model ekonomi baru
mond niel
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
ciklaili. com
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
noeja99
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
ciklaili. com
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Nik Zawawi
 

Andere mochten auch (20)

Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang pss 17 kepuasan pelanggan - edit ogos 2014
Borang pss 17  kepuasan pelanggan - edit ogos 2014Borang pss 17  kepuasan pelanggan - edit ogos 2014
Borang pss 17 kepuasan pelanggan - edit ogos 2014
 
Borang soal selidik (y)
Borang soal selidik (y)Borang soal selidik (y)
Borang soal selidik (y)
 
Soal selidik pengajian sosial
Soal selidik pengajian sosialSoal selidik pengajian sosial
Soal selidik pengajian sosial
 
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukanBorang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
 
Borang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekBorang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sek
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarah
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Model ekonomi baru
Model ekonomi baruModel ekonomi baru
Model ekonomi baru
 
Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey
 
Dasar sogoshosha presentation
Dasar sogoshosha presentationDasar sogoshosha presentation
Dasar sogoshosha presentation
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Contoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian AmContoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian Am
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 

Ähnlich wie Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)

1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
Abdullah Lah
 
Bimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingBimbingan & Konseling
Bimbingan & Konseling
Muhamad Yogi
 

Ähnlich wie Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi) (20)

Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Tik tugas 4
Tik tugas 4Tik tugas 4
Tik tugas 4
 
Education for all
Education for allEducation for all
Education for all
 
LANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKANLANDASAN PENDIDIKAN
LANDASAN PENDIDIKAN
 
Assingment fpm
Assingment fpmAssingment fpm
Assingment fpm
 
Kpf individu
Kpf individuKpf individu
Kpf individu
 
Education for all
Education for allEducation for all
Education for all
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Teori dan konsep pendidikan
Teori dan konsep pendidikanTeori dan konsep pendidikan
Teori dan konsep pendidikan
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konseling
 
makalh pengantar pendidikan
makalh pengantar pendidikanmakalh pengantar pendidikan
makalh pengantar pendidikan
 
01. abk
01. abk01. abk
01. abk
 
Tugas topik 5
Tugas topik 5Tugas topik 5
Tugas topik 5
 
Permasalahan pendidikan
Permasalahan pendidikanPermasalahan pendidikan
Permasalahan pendidikan
 
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdfnyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
 
Permasalahan pendidikan - Muhammad Habibie Ramadhan
Permasalahan pendidikan - Muhammad Habibie RamadhanPermasalahan pendidikan - Muhammad Habibie Ramadhan
Permasalahan pendidikan - Muhammad Habibie Ramadhan
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Bimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingBimbingan & Konseling
Bimbingan & Konseling
 
Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1
 

Mehr von Mohammad Yaqin

Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarAplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Mohammad Yaqin
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Mohammad Yaqin
 
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Mohammad Yaqin
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
Mohammad Yaqin
 
Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global
Mohammad Yaqin
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Mohammad Yaqin
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Mohammad Yaqin
 
Korpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikinKorpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikin
Mohammad Yaqin
 
Berkaitan semantik ainol-
Berkaitan semantik  ainol-Berkaitan semantik  ainol-
Berkaitan semantik ainol-
Mohammad Yaqin
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
Mohammad Yaqin
 

Mehr von Mohammad Yaqin (12)

Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarAplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
 
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
 
Isu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guruIsu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guru
 
Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Korpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikinKorpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikin
 
Berkaitan semantik ainol-
Berkaitan semantik  ainol-Berkaitan semantik  ainol-
Berkaitan semantik ainol-
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 

Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)

  • 1. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 1.0 INTEGRASI NASIONAL : 1.1 Pengenalan Pendidikan adalah satu keperluan asas pada masa kini. Setiap individu perlu mempunyai ilmu dan kemahiran agar dapat menjadi insan yang fleksibel dan serba boleh serta mampu memberikan sumbangan kepada negara pada masa hadapan. Untuk ke arah itu, pelbagai program telah dirancangkan agar setiap individu di negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya tanpa mengira latar belakang sosiobudaya dan ekonomi mereka. Negara kita mempunyai pelbagai jenis kaum yang memiliki adat dan budaya yang berbeza-beza. Justeru, untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat negara ini, maka pendidikan telah dijadikan salah satu medium yang boleh diketengahkan. Untuk mencapai objektif perpaduan atau integrasi ini, maka pihak kerajaan sudah mula menerapkan hal ini seawal mungkin bermula di sekolah lagi. Namun, menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah satu proses yang kompleks. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat tiga kaum yang terbesar. Ketiga-tiga kaum ini sangat mementingkan hak mereka terpelihara. Untuk menyatakan suara mereka, tindakan- tindakan yang diambil itu adakalanya menghasilkan pelbagai konflik dan menyebabkan krisis kaum sering terjadi di negara ini. Apatah lagi dengan keadaan politik Malaysia yang bersifat perkauman (komunalisme), ini sudah pasti menyukarkan integrasi nasional wujud dalam negara ini. Walaubagaimanapun, pelbagai tindakan tetap diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah sosialisasi ini. 1
  • 2. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 1.2 Definisi Integrasi adalah penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum, unsur, bahagian dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Penerapan integrasi pada peringkat kanak-kanak sekaligus akan memberikan kesan pada peringkat nasional. Integrasi dalam makna yang lebih global lagi sebenarnya bukan sahaja melibatkan perbezaan kaum, agama dan budaya, bahkan perbezaan taraf hidup dan sosial juga salah satu dari cabang integrasi. Integrasi nasional adalah proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional (Syed Ibrahim, 2008 : hlmn 294). Daripada definisi ini, adalah sangat penting untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan (integrasi) agar objektif untuk memperkukuhkan integrasi pada peringkat nasional dicapai dengan penerapannya bermula dari peringkat sekolah lagi. Kerajaan pula telah meletakkan amanah yang begitu besar kepada pihak sekolah yang diharap boleh menjadi agen perubahan agar dapat membantu menjayakan hasrat integrasi nasional. Guru merupakan suatu profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. Mereka berperanan membentuk sahsiah para pelajar. Guru adalah golongan manusia yang memberikan kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani , 2005). 2
  • 3. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 2.0 PROGRAM MOTIVASI CAKNA PENDIDIKAN DAN CAKNA MASYARAKAT MAMPU MEMPERKUKUHKAN INTEGRASI NASIONAL 2.1 Pengenalan Program internship dijalankan selama sebulan di sekolah yang sama semasa berpraktikum fasa tiga. Namun, program internship ini berbeza dengan praktikum yang memfokuskan guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran mengajar dan diselia oleh guru dan pensyarah pembimbing. Tetapi, internship adalah program yang memberikan peluang kepada guru-guru pelatih untuk mengadakan aktiviti- aktiviti yang sesuai bersama-sama pihak sekolah sama ada melibatkan murid-murid sahaja, atau melibatkan guru-guru sahaja ataupun melibatkan kedua-duanya sekali. Untuk internship kali ini, saya telah menjalankan beberapa program dan aktiviti yang menarik dengan kerjasama rakan saya dan pihak sekolah. Antara program yang kami telah jalankan adalah Program Motivasi Cakna Pendidikan Sek. Keb. Bukit Marak, Senamrobik 1 Malaysia, penglibatan dalam program NILAM dan beberapa lagi program yang lain. Melalui program-program yang dianjurkan ini, penerapan nilai-nilai murni dalam diri individu adalah lebih efisyen dan kesannya pula adalah ketara. Banyak faedahnya program-program seperti ini dijalankan diperingkat sekolah. Kelebihan-kelebihannya bukan setakat memberikan kesan kepada pihak sekolah dan diri individu yang terlibat sahaja, bahkan terdapat juga kesan nyata yang boleh dilihat pada masa hadapan nanti terutama dalam hidup masyarakat yang pelbagai seperti negara kita ini. Integrasi nasional seperti yang digariskan oleh kerajaan perlu diperkukuhkan lagi agar setiap kaum yang wujud di Malaysia ini faham dan sedar peranan serta fungsi diri mereka sendiri sebagai individu dan rakyat dalam sesebuah negara. 3
  • 4. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 2.2 Pemupukan nilai integrasi dalam Program Motivasi Cakna dan Cakna Masyarakat Melalui program-program seperti yang telah saya jalankan sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan, memantapkan dan menjayakan integrasi nasional negara kita. Sebagai contohnya, dalam Program Motivasi Cakna Pendidikan yang pernah saya jalankan di sekolah tersebut. Program ini merupakan program yang dijalankan untuk memberikan semangat dan motivasi yang baik dan berkesan dalam diri murid-murid terutama kepada para pengawas sekolah dan juga murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dalam program yang dijalankan tersebut, semua aktiviti- aktiviti telah dirancang sendiri oleh pihak kami dengan keizinan pihak sekolah setelah kami dimurnikan dalam mesyuarat bersama. Perancangan aktiviti-aktiviti ini telah dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek antaranya dari aspek cabaran terhadap kognitif murid, aspek nilai dan sahsiah, aspek kepimpinan, aspek kesatuan dan persefahaman dan lain-lain lagi. Jadi, jelaslah bahawa program ini secara langsung boleh membantu hasrat kerajaan dalam memperkukuhkan integrasi nasional secara tidak langsung. 2.2.1 Pemupukan nilai kemesraan dan interaksi melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) : Ice Breaking. Bagi menjelaskan lagi pernyataan ini, saya berikan contoh semasa aktiviti pertama yang kami jalankan atau dipanggil Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1. LDK 1 juga dinamakan sebagai sesi pegenalan (ice breaking). Dalam sesi ini, murid-murid atau para peserta program telah diasingkan kepada dua kumpulan, iaitu lelaki dan perempuan dan dikehendaki membuat bulatan. Dalam bulatan tersebut, murid diedarkan dengan beberapa keping biskut. Apabila lagu dimainkan, murid akan menyua biskut tersebut dengan menggunakan mulut dan rakan di sebelah juga akan 4
  • 5. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa mengambil biskut itu menggunakan mulut. Apabila lagu diberhentikan, peserta yang menyimpan biskut dimulutnya akan memakan biskut tersebut. Sekalipun aktiviti ini kelihatan seperti menjijikkan, namun sebenarnya banyak makna yang tersirat terdapat di dalamnya. Perasaan mesra sesama orang lain perlu dibentuk agar orang lain juga boleh menerima diri kita seadanya. Dalam kepelbagaian kaum di negara kita, kemesraan yang terjalin sekian lama menyebabkan timbulnya perasaan menghormati antara satu sama lain. Menurut Chew Fong Peng (2008), interaksi antara pelajar dalam sistem pendidikan telah membantu memupuk persefahaman antara kaum dengan perasaan kekitaan sebagai warga dan bangsa Malaysia. Dalam LDK yang sama, aktiviti seterusnya yang kami jalankan adalah aktiviti membina logo dan membuat slogan untuk kumpulan masing-masing. Seperti yang dinyatakan Chew Fong Peng tadi, semasa aktiviti ini murid banyak berinteraksi sesama mereka. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa (interaksi) secara tidak langsung meningkatkan keakraban sesama peserta. Hal ini diakui sendiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Seri Dr. Mahathir bin Muhamad (A. Aziz Deraman, 2005). “Kita semua telah bersetuju, perpaduan dan keutuhan itu akan kita bina dan pupuk melalui satu bahasa, iaitu Bahasa Kebangsaan…. Maka, Bahasa Kebangsaan diasaskan kepada Bahasa Melayu…” (Tun Seri Dr. Mahathir bin Muhamad, 1982) Mudahnya, kemesraan akan mudah berputik melalui interaksi. Interaksi dengan menggunakan bahasa yang sama akan memudahkan maklumat dan idea- idea dikongsi bersama-sama sekalipun berbeza bangsa dan budaya. Jelaslah, interaksi antara elemen penting membentuk kemesraan dan persefahaman dalam kalangan rakyat. 5
  • 6. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 2.2.2 Pemupukan nilai muafakat dan tolak ansur dalam LDK : Eksplorasi Eksplorasi merupakan aktiviti cergas yang melibatkan fizikal dan kognitif. Pembabitan cergas pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk peribadi mereka, misalnya dalam menjayakan sesuatu aktiviti atau program, pelajar dituntut agar berusaha dengan gigih dan tekun selain mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah. Menurut Sofian Omar Fauzee (dalam Chew Fong Peng, 2008), nilai-nilai murni ini tidak diajar melalui buku teks semata-mata. Sebaliknya nilai ini boleh dipupuk melalui kokurikulum di sekolah. Oleh itu, dengan aktiviti ini, titik perbezaan itu perlu dihapuskan agar mereka mampu melaksanakan tugasan dengan baik. Mereka perlu berbincang dan bermuafakat dengan keputusan mereka agar tidak membuat keputusan yang salah. Menurut Prof. Dr. Sidek Baba (2009), muafakat dalam pembinaan negara dimulakan dengan menghasilkan sesuatu perlembagaan yang sering dihubungkan sebagai kontrak sosial. Kontrak sosial disepakati oleh semua kaum supaya menjadi suatu landasan yang lebih adil terhadap proses mengisi dan mengurus kemerdekaan. Kontrak sosial yang disepakati dalam konteks peserta program ini adalah peraturan atau arahan daripada ketua kumpulan mereka. Peranan ketua kumpulan sangat penting bagi memastikan mereka bermuafakat dan bertolak ansur dalam membuat keputusan. Tolak ansur juga merupakan unsur penting dalam integrasi negara. Mantan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata (Sivamurugan Pandian, 2006) : “Dengan perpaduan dan sikap toleransi itu, mereka dapat hidup dalam suasana aman. Kecintaan mereka kepada keamanan, menambahkan lagi iltizam kepada perpaduan kesedaran untuk mengekalkan toleransi dalam hubungan antara kaum.” 6
  • 7. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 2.2.3 Pemupukan nilai kerjasama dan kepercayaan dalam LDK : Mencari Jalan Kebenaran Disamping itu, pada LDK seterusnya yang dinamakan „Mencari Jalan Kebenaran‟, nilai yang cuba diterapkan dan diuji adalah nilai kepercayaan dan kerjasama. Sebenarnya kedua-dua nilai ini sudah cuba diwujudkan semasa melakukan LDK sebelum ini lagi, namun kali ini elemen kepercayaan dan kerjasama benar-benar diuji. Aktiviti yang dijalankan ini memerlukan ahli-ahli kumpulan untuk mempercayai kata-kata yang diucapkan oleh ketua kumpulan mereka. Kata-kata ketua kumpulan itu sebenarnya bermotifkan kepada satu destinasi sahaja iaitu destinasi seperti yang telah kami tetapkan. Ahli kumpulan akan membuat bulatan dan akan berjalan sambil membawa barang amanah yang diletakkan ditengah-tengah kertas mahjong dalam keadaan mata yang tertutup. Penekanan yang cuba kami berikan kepada mereka pada ketika itu adalah betapa perlunya mereka mempercayai sepenuhnya kata-kata yang keluar daripada ketua kumpulan mereka dan dalam masa yang sama juga, mereka perlu bekerjasama agar barang amanah tersebut tidak terjatuh daripada kertas mahjong yang mereka bawa. Perpaduan negara kita bukanlah setakat dibina bertunjangkan semangat nasionalisme dan patriotik sahaja. Malah, unsur kepercayaan dan kerjasama juga menjadi tiang utama yang menjadikan negara kita sebagai negara majmuk yang aman di dunia. Walaupun tidak dinafikan 'perpaduan' ada pasang surutnya; yang penting adalan 'kejujuran' dan 'kepercayaan' bahawa sistem yang ada adalah yang terbaik dalam membina kesaksamaan dan mempertahankan hak masing-masing (Sivamurugan Pandian, 2011). 7
  • 8. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Penerapan unsur-unsur ini perlu dilakukan sejak diperingkat kanak-kanak lagi. Kerjasama dan kepercayaan kepada kaum-kaum lain terutama kepada pemimpin negara akan menjadikan kita sebagai rakyat yang efektif dalam membantu pemimpin-pemimpin negara untuk memacu negara ke arah yang lebih maju disamping mampu menjamin keharmonian berterusan dalam negara. Di sinilah menunjukkan bahawa betapa pentingnya elemen kepercayaan dan kerjasama dalam menjamin pengukuhan integrasi nasional negara kita. 2.2.4 Pemupukan nilai pada aktiviti rutin (diluar aktiviti formal) sepanjang program Sebenarnya, penerapan nilai persefahaman dan perpaduan ini bukan setakat kami terapkan dalam diri mereka melalui aktiviti-aktiviti formal secara berkumpulan, bahkan dalam aktiviti rutin juga kami cuba pupukkan nilai ini. Sebagai contohnya, semasa para peserta ingin ke dewan makan, mereka diwajibkan bergerak secara beramai-ramai dan tidak boleh berseorangan. Hal ini bertujuan mewujudkan keakraban mereka dan cuba mengekalkannya tanpa mengira mereka datang dari kumpulan mana sekalipun. Seperti juga dalam masyarakat negara kita ini, keakraban lebih mudah dimunculkan semasa mereka duduk semeja sambil berbual dan berkongsi pendapat walaupun di meja makan sekalipun. Perkara ini mampu membantu meningkatkan lagi persefahaman antara sesuatu kaum dengan kaum yang lain. Selain itu, sekiranya sepanjang program itu ada peserta yang melakukan kesalahan, maka semua sekali akan dikenakan tindakan. Hal ini sebenarnya bukanlah untuk mendera atau menyusahkan para peserta lain, tapi motif utama kami lakukan seperti ini agar mereka sentiasa saling mengingati antara mereka, tegur menegur, peka dengan tindak-tanduk rakan lain dan menasihati rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan sama ada kesalahan itu secara sengaja ataupun tidak. 8
  • 9. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah teguran dan nasihat yang berguna perlu diberikan disamping perlunya kita sebagai rakan agar peka dengan perubahan tingkahlaku individu di persekitaran kita. Jika dalam kehidupan bermasyarakat, perkara ini penting dan perlu dijaga kerana melibatkan identiti dan kesannya kepada negara. Sekiranya memberi kesan kepada negara, ini bermakna kesilapan yang dilakukan oleh beberapa individu atau pihak tadi akan memberikan implikasi kepada pihak lain juga. Itulah pentingnya nilai menasihati, memperingati, tegur-menegur dan peka dengan orang persekitaran kita. Disamping itu, kebiasaannya ketika waktu solat telah tiba, beberapa orang murid yang bukan beragama Islam diasingkan. Pengasingan ini bukanlah bermakna mereka diabaikan terus daripada pengawasan para fasilitator program. Sebenarnya mereka diasingkan dan diberikan tazkirah yang sesuai dengan agama dan nilai-nilai norma budaya mereka yang sebenarnya membawa kepada tujuan yang satu iaitu perpaduan. Begitu juga dengan murid-murid yang Muslim. Tazkirah perlu diadakan kepada mereka agar dapat membuka pintu hati dan seterusnya menerapkan nilai- nilai murni sejajar sepertimana yang dikehendaki junjungan kita Rasulullah S.A.W. Penerapan nilai murni dan pemahaman yang baik tentang perpaduan akan menjadikan para peserta mempunyai jati diri yang unggul. Secara tidak langsung, sekiranya ini dapat disemai dalam diri para peserta, bukan sahaja objektif program utama ini tercapai iaitu “Pembinaan Jati Diri, Seiring Akhlak Terpuji” bahkan insiprasi negara iaitu yang mahu menjayakan dan memantapkan integrasi nasional juga akan terhasil. Di sini menunjukkan bahawa, wadah perpaduan yang penting selain dari nilai- nilai yang disebut tadi adalah agama. Agama boleh menjadi media dalam penyatupaduan masyarakat kerana dalam kehidupan beragama, tiada diantara agama-agama di dunia ini yang menginginkan kehidupan yang kacau bilau. Bahkan, menekankan bahawa kehidupan yang aman akan memudahkan penganut agama tersebut mengamalkan ajaran-ajaran agama mereka. 9
  • 10. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 3.0 RUMUSAN Maka, jelaslah bahawasanya, dalam usaha memperkukuhkan integrasi nasional di negara kita, banyak aspek-aspek yang boleh disentuh terutama dalam aspek nilai. Pemupukan dan penyemaian nilai-nilai pula perlulah dimulakan sejak diperingkat kanak-kanak lagi. Sesuai dengan pepatah Melayu yang menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, kanak-kanak adalah bakal generasi dan pewaris negara pada masa akan datang. Sekiranya mereka dididik dengan baik dan dilengkapkan dengan nilai-nilai murni kehidupan mengikut acuan agama dan misi negara, sudah pasti tidak akan berlaku perpecahan dalam kalangan rakyat di negara ini sepertimana tragedi hitam yang pernah berlaku suatu ketika dahulu yang kita kenali sebagai Tragedi 13 Mei 1969. Pengajaran yang diambil dari peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya kita menerapkan nilai-nilai yang baik agar perpaduan ini dapat dikekalkan. Sebagai seorang guru, pendidikan yang diberikan kepada murid perlulah diselitkan dengan mesej-mesej yang baik dan tiada satu titik pun nilai negatif ditunjukkan kepada murid. Kecemerlangan setiap individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah banyak dicorak ketika mereka di bangku sekolah lagi. Justeru, peranan guru-guru dan pihak sekolah sangat penting bagi menjaya hasrat kerajaan terutama dalam aspek integrasi nasional ini. Pengintegrasian ini selaras dengan cabaran keempat dalam Wawasan 2020 iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Kemajuan negara kita pada hari ini adalah datangnya daripada perpaduan yang begitu mantap yang diamalkan oleh generasi-generasi terdahulu. Namun, sejak akhir-akhir ini, banyak isu-isu sensitif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang disiarkan didada-dada akhbar yang akhirnya membuatkan perpaduan negara kelihatan bergelora. 10
  • 11. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Menurut Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2005), kemajmukan ini dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa bagi negara kita sekiranya masyarakat Malaysia dapat membuktikan semangat perpaduan yang jitu lagi utuh dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang telah diterjemahkan dalam dasar-dasar negara. Akhir sekali, semua pihak seharusnya berganding bahu agar keamanan yang kita perolehi ini dapat dikekalkan sekaligus mewujudkan identiti nasional yang positif kepada masyarakat dunia. Perpaduan sangat penting agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak berlaku lagi. Walaupun pada umumnya selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia sering digambarkan sebagai sebuah negara yang aman dan masyarakatnya bersatu padu, namun gambaran ini musnah akibat berlakunya peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969 (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani , 2005). Perbezaan antara kaum, pihak, ataupun individu sebenarnya bertujuan untuk menjadikan manusia ini saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan boleh berkongsi adat dan budaya yang sesuai dengan norma-norma yang digariskan oleh agama. Sesuai dengan firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-banga dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal” (al-Hujuraat: 13). 11
  • 12. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa ULASAN JURNAL 1.0 Pengenalan Jurnal pendidikan yang bertajuk Pengajaran Berpasukan : Impelementasi Dalam Pembelajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah telah dijalankan oleh Ros Silawati binti Ahmad @ Abdullah. Kajian ini merupakan kajian yang bersifat kualitatif dan berfokus kepada masalah pengajaran penulisan karangan yang kurang berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga telah dijalankan di sebuah sekolah di negeri Perlis dengan mengambil sampel seramai 30 orang murid yang terdiri daripada murid tahun lima sahaja. 2.0 Latar belakang masalah Pengajaran berpasukan (Team Teaching - TT) merupakan salah satu jenis kaedah pengajaran yang melibatkan lebih daripada seorang guru yang mengajar dalam suatu sesi pengajaran. Sabri Ahmad (2007) pula telah menambah, terdapat beberapa bentuk pengajaran yang melibatkan lebih daripada seorang guru iaitu pengajaran berstesen, pengajaran selari, pengajaran alternatif dan pengajaran berpasukan. Dalam pengimplementasian TT, seorang guru akan mengajar manakala guru-guru lain akan mengawas secara bergilir-gilir mengikut peranan masing-masing. Pengkaji juga menyatakan bahawa, TT sebenarnya telah lama diwujudkan dan diaplikasikan dalam pendidikan pelbagai peringkat persekolahan tinggi dan universiti di negara-negara eropah seperti Amerika Syarikat sekitar tahun 1960-an. Antara tokoh yang awal mengkaji tentang kaedah ini adalah Florence M. Diesman. Beliau telah mengkaji perlaksanaan TT ini dalam pengajaran Bahasa Inggeris di 21 buah sekolah sekitar Washington pada tahun 1964. Melalui kajian beliau, TT dikatakan kaedah yang lebih baik berbanding kaedah-kaedah biasa yang sering digunakan. 12
  • 13. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Selain itu, menurut pengkaji lagi, TT dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pada masa yang sama boleh melonjakkan pencapaian akademik pelajar (Bauwens & Hourcade :1995). Pernyataan ini disokong oleh Sabri Ahmad (2007) dengan menyatakan bahawa tanggungjawab mendidik murid hendaklah dikongsi bersama-sama. Oleh itu, secara sekilas pandang, kaedah yang dikenali sebagai TT ini merupakan kaedah yang bersistemkan ‘give and take’ ataupun ‘win win situation’ kerana mampu memberikan kesan kepada kedua-dua pihak sama ada pada pihak guru ataupun murid. 3.0 Tujuan kajian Pengkaji telah menyatakan terdapat tiga tujuan kajian ini dijalankan. Tujuan pertama adalah bagi mengenal pasti persepsi murid terhadap ciri-ciri TT dari aspek kognitif yang membantu pembelajaran kemahiran menulis karangan. Tujuan kedua pula mengenal pasti persepsi dari aspek afektif terhadap ciri-ciri TT yang membantu pembelajaran karangan dan tujuan ketiga adalah mengkaji kepuasan murid dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan melalui kaedah TT. Soalan-soalan dalam borang soal selidik dibina mengikut aspek kajian. 4.0 Alatan kajian Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik sahaja. Penggunaan instrumen ini sangat sesuai oleh kerana bilangan sampel yang digunakan oleh pengkaji adalah besar. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Mohd. Majid Konting (1994:188) yang menyatakan bahawa soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada saiz subjek yang lebih besar. Tambah beliau lagi, soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. 13
  • 14. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 5.0 Dapatan kajian Soalan pada borang soal selidik dalam aspek kognitif memfokuskan kepada pemahaman murid terhadap pembinaan karangan setelah dibimbing oleh guru-guru melalui kaedah TT. Kemudian, dalam soal selidik bagi aspek afektif pula, soalan yang dinyatakan lebih berfokus kepada perasaan murid semasa dan selepas menjalani kaedah TT. Manakala pada aspek afektif pula, soalan lebih menekankan pada pendapat murid terhadap kaedah TT yang dilaksanakan di dalam kelas. Aspek kepuasan terhadap pembelajaran ini pula ingin mengkaji tentang pendapat murid terhadap kaedah yang digunakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek kognitif, majoriti responden sangat setuju dengan pengimplementasian TT dalam pembelajaran. Berdasarkan jumlah keseluruhan dapatan, pada setiap item-item yang dinyatakan dalam soal selidik itu menunjukkan bahawa 60.0 peratus sampel kajiannya menyatakan mereka sangat setuju dengan keberkesanan kaedah TT terhadap aspek kognitif mereka. Manakala peratus keseluruhan untuk yang setuju pula sebanyak 38.9 peratus sahaja. Dan hanya 1.9 peratus sahaja menyatakan tidak pasti bahawa kaedah ini boleh meningkatkan kemahiran penulisan mereka dari aspek kognitif. Untuk item tidak setuju dan sangat tidak setuju, tiada peratus yang dicatat. Bilangan min keseluruhan yang diperoleh untuk aspek kognitif ini adalah 4.58 manakala sisihan piawainya pula hanya 0.50. Seterusnya. dalam aspek afektif pula, seramai 68.8 peratus sampel menyatakan mereka sangat setuju dengan kaedah ini yang memberi kesan pada afektif mereka. 29.5 peratus pula menyatakan mereka bersetuju bahawa kajian ini mempengaruhi afektif mereka. Manakala, hanya 1.7 peratus sampel pula tidak pasti. Dan tiada sampel yang tidak setuju ataupun sangat tidak setuju. Berdasarkan nilai keseluruhan yang dinyatakan juga, jumlah peratusan min yang diperoleh lebih besar berbanding pada aspek kognitif iaitu sebanyak 4.65 manakala sisihan piawainya lebih kecil iaitu hanya 0.47. Kemudian, untuk soal selidik tentang kepuasan murid terhadap pembelajaran, seramai 49.9 peratus murid sangat bersetuju dengan berpendapat bahawa kaedah ini memberikan kepuasan kepada mereka semasa pengaplikasiannya dalam pembelajaran. 37.9 peratus sampel pula menyatakan mereka setuju, 7.31 peratus 14
  • 15. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa sampel menyatakan mereka tidak pasti, manakala untuk item tidak setuju dan sangat tidak setuju pula, hanya 2.66 peratus sampel pada kedua-dua item tersebut. Nilai min pula sebanyak 4.23 dan sisihan piawainya lebih besar berbanding soal selidik untuk aspek kognitif dan afektif iaitu sebanyak 0.868. 6.0 Perbincangan Kaedah TT yang digunakan semasa pembelajaran akan memberikan kesan yang lebih besar kepada murid dalam aspek afektif berdasarkan jadual yang ditunjukkan. Nilai sisihan piawainya lebih rendah berbanding aspek kognitif dan kepuasan murid. Melalui dapatan-dapatan ini, maka terbuktilah bahawa kaedah TT ini sangat sesuai dijalankan di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran. Ini juga menunjukkan bahawa objektif-objektif kajian yang dinyatakan oleh pengkaji sudah tercapai. Pengkaji merumuskan kajiannya ini dengan menyatakan kaedah ini merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sudah diketahui umum. Namun, perlu diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kaedah ini bukan sahaja melibatkan gandingan tenaga guru-guru, bahkan melibatkan perkongsian idea dan pemikiran ke arah membentuk pendidikan yang lebih berkualiti pada masa akan datang. 7.0 Cadangan dan kesimpulan TT perlu diperluaskan lagi penggunaannya di sekolah-sekolah. Selain itu, pendedahan juga perlu diberikan kepada terutama kepada bakal guru. Pengkaji juga mencadangkan agar pengajaran berpasangan ini bukan sahaja melibatkan guru- guru pelatih sahaja bahkan turut melibatkan guru pembimbing mereka. Dalam pelaksanaan ini juga, Peranan guru besar juga merupakan faktor penting. Menurut pengkaji, perancangan yang sistematik dari segi kumpulan TT dan penyelarasan jadual waktu akan memudahkan implementasi amalan ini di sekolah. Pengkaji juga menekankan bahawa TT juga sesuai diamalkan untuk mata pelajaran lain. 15
  • 16. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 8.0 Kritikan Dalam kajian ini, pengkaji sering menyatakan tentang kelebihan penggunaan kaedah TT dalam pembelajaran. Namun, kaedah ini juga sebenarnya ada kelemahannya. Kelemahan-kelemahan inilah yang mungkin sering menyebabkan kaedah TT tidak dapat dilaksanakan di sekolah dengan lebih efisyen dan komprehensif. Antara kelemahan-kelemahan kaedah ini adalah kekurangan guru yang mempunyai kemahiran mengajar mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah sekolah kekurangan guru Bahasa Melayu, sudah tentu sukar untuk mengaplikasikan kaedah ini kerana guru-guru mata pelajaran lain belum tentu boleh mengajar Bahasa Melayu dengan cara yang betul. Selain itu, kerjasama daripada guru lain juga amat diperlukan. Sekiranya guru-guru lain kurang berminat dengan kaedah ini, maka sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka. Apatahlagi sekarang ini, tugas-tugas pengkeranian guru di sekolah semakin banyak. Ini menyebabkan guru-guru lain tidak mempunyai masa yang kosong untuk membantu guru yang mahu melaksanakan kaedah ini. Di samping itu juga, kebiasaannya guru-guru mempunyai kaedah, pendekatan, strategi dan teknik pengajaran yang berbeza-beza. Oleh itu, sekiranya berlaku bertindihan idea semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, secara tidak sengaja ini akan mempengaruhi kefahaman murid tentang perkara yang ingin dipelajari pada hari itu. Selain itu juga, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik sahaja. Disebabkan oleh bilangan sampel yang ramai, soal selidik sangat sesuai digunakan. Soal selidik yang dijalankan pula meliputi tiga aspek kajian, namun item soalan pada soal selidik pula banyak dan mungkin menyebabkan murid bosan untuk mengisi borang tersebut. Hal ini mungkin boleh menyebabkan murid mengisi borang soal selidik itu dengan sambil lewa dan mengisi hanya berdasarkan perasaan atau penekanan guru semasa memberikan penerangan tentang aspek-aspek kajiannya. Ini sekaligus boleh mempengaruhi keputusan kajian kerana murid tidak melengkapkan borang tersebut sesuai dengan persepsi mereka. Mungkin sekiranya pengkaji mahu mengekalkan borang soal selidik ini dengan item-item yang ada untuk kajian seterusnya, pengkaji perlu mengedarkan borang-borang ini tidak pada masa yang sama. Ini boleh mengelakkan murid daripada berasa kebosanan untuk mengisi borang tersebut. 16
  • 17. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Persembahan data seperti yang ditunjukkan dalam jadual-jadual kajian adalah kemas dan mudah untuk difahami. Dalam analisis data yang ditunjukkan, pengkaji tidak menunjukkan perkaitan antara tingkahlaku yang berlaku semasa kajian sedang dijalankan untuk dikaitkan dengan data-data tersebut. Sekiranya instrumen pemerhatian yang melibatkan ketiga-tiga aspek kajian digunakan untuk mengkaji perubahan tingkahlaku, kognitif dan kepuasan sampel, mungkin boleh dikaitkan dengan data-data yang dikumpul dan ini menjadikan kajian tersebut benar- benar menunjukkan perubahan terhadap sampel. 9.0 Rumusan Kaedah yang dikaji oleh Ros Silawati ini sebenarnya salah satu kaedah pengajaran yang sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, bimbingan yang diberikan oleh guru lebih baik disebabkan setiap kumpulan murid di dalam kelas tersebut mempunyai seorang guru yang bertindak seperti fasilitator kepada mereka. Oleh itu, mudah bagi murid untuk bertanyakan soalan-soalan kepada guru-guru tersebut. Berbeza dengan rutin pengajaran yang biasa diamalkan oleh guru selama ini. Sekiranya seorang guru sahaja yang mengajar, adalakalanya murid terlalu malu untuk bertanyakan soalan. Hasil daripada kajian ini, jelaslah sebenarnya banyak kesan yang baik sekiranya kaedah ini diamalkan di sekolah. 17
  • 18. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Bibliografi Hj. Dr. Syed Ibrahim (2008). Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur.International Law Book Services. Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Syarifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar. Prof. Dr. Sidek Baba (2009). Melayu Perkasa. Alaf 21. Shah Alam Selangor. Sivamurugan Pandian (2006). Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ting Chew Peh (1987). Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur. Pustaka Dimensi. Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Majid (2005). Pendidikan Negara Bangsa. Pahang Darul Makmur. PTS Publication Sdn. Bhd. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia &sec=Rencana&pg=re_06.htm diakses pada 3 September 2012 http://www.scribd.com/doc/27154139/Ulasan-Jurnal-Peranan-Kepimpinan-Guru - diakses pada 3 September 2012 18
  • 19. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 19