SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 32
Visi, Misi, Motto, Objektif dan Ikrar SPA
VISI
Menjadi agensi peneraju dalam melantik penjawat awam yang terbaik.
MISI
Melantik penjawat awam yang berkualiti dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan secara cekap dan
berkesan.
MOTTO
Mudah, Cepat dan Tepat.
OBJEKTIF
Memastikan fungsi melantik, mengesah, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan
menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Awam di bawah bidang kuasa
SPA dilaksanakan dengan sempurna dan efisyen dalam tempoh yang ditetapkan.
IKRAR
Kami, seluruh anggota Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berjanji akan:
Mematuhi hasrat dan cita-cita kerajaan;
Berpegang teguh kepada ajaran agama;
Berpegang kepada teras perkhidmatan cemerlang;
Komited kepada pelaksanaan program kualiti;
Melaksanakan kepimpinan melalui teladan;
Serta mengaku akan mencurahkan segala tenaga usaha kami ke arah:
Melaksanakan tugas dengan teratur, berkesan dan berkualiti;
Memberikan perkhidmatan dengan ikhlas dan cepat kepada pelanggan;
Mengamalkan sifat-sifat amanah, hormat, bertanggungjawab dan positif;
Berusaha mempertingkatkan martabat dan kecemerlangan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, sepanjang masa.
Sejarah Penubuhan SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari
Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam
Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana
termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang
ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang
dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau
perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-
anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
Piagam Pelanggan SPA
Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati
pelanggan serta layanan yang adil dan saksama.
Dengan itu kami berjanji:
 Menawarkan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dalam tempoh 8 minggu daripada tarikh
permohonan bagi jawatan yang tidak mensyaratkan ujian khas dan 16 minggu bagi jawatan yang
mensyaratkan ujian khas.
 Keputusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran perkhidmatan
dan urusan perkhidmatan lain disampaikan dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh perakuan.
 Urusan tindakan tatatertib, kenaikan pangkat serta rayuan tatatertib/rayuan kenaikan pangkat
diselesaikan dalam tempoh 16 minggu, 12 minggu dan 8 minggu selepas menerima perakuan berserta
dokumen/maklumat yang lengkap.
Prestasi Piagam Pelanggan Tahun 2015
Fungsi SPA
Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan
Persekutuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:
1. MELANTIK
2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN
3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
4. MENAIKKAN PANGKAT
5. MENUKAR
6. MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB
Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang
yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu
Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam
perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan
tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
Tugas SPA
Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh SPA adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan
persekutuan dan di antaranya adalah meliputi perkara-perkara berikut:
1. PELANTIKAN
Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak,
tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota
Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya telah memberi perwakilan kuasa
kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan
bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan C dan D JKK).
2. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan
tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan
kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada
Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk
mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D
JKK).
3. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak
termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan
dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan
berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.
4. PERTUKARAN PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu
perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan
yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar
sementara dan pinjaman.
5. KENAIKAN PANGKAT
Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan
(promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi (promotion to grade) bagi
pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain itu Suruhanjaya juga turut berfungsi
sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di
bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.
6. KAWALAN TATATERTIB
Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib
dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan
Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib
Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan Lembaga
Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Pengenalan SMSM
Pada Januari 1997, SPA telah mengadaptasi pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya apabila
sistem pengambilan berkomputer iaitu Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) diperkenalkan.
Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan oleh Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam
tahun 1995/96, dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 21 Disember 1996. Dengan adanya
SMSM, ia akan memastikan urusan pengambilan dapat dilaksanakan secara berterusan.
Pendaftaran Permohonan
Pemohon boleh memohon maksimum lima (5) jawatan dengan menggunakan Borang Pendaftaran
Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) melalui Portal SPA. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan
boleh dirujuk melalui Portal SPA di bahagian 'Maklumat Jawatan (Deksripsi Tugas/Gaji Permulaan)'.
Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun.
Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh SPA. Iklan yang disiarkan melalui media hanya
sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Melalui SMSM, semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer
SPA. Pemohon-pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang
bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon
tidak akan didaftarkan.
Jawatan Yang Boleh Dipohon
Urusan pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh SPA adalah bagi jawatan-jawatan
yang mensyaratkan kelayakan masuk ijazah, diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), STAM dan
SPM.
Urusan pengambilan bagi jawatan-jawatan kelayakan SRP/PMR dan ke bawah telah diwakilkan kuasa
oleh SPA kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan berkenaan.
Kementerian/Jabatan tersebut akan mengiklankan jawatan tersebut di dalam akhbar tempatan dari
semasa ke semasa. Pemohon hendaklah berhubung terus dengan Kementerian/Jabatan berkenaan
apabila iklan dikeluarkan.
Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga
diuruskan oleh SPA. Walau bagaimanapun penempatan ke pusat-pusat latihan setelah calon berjaya
menduduki temu duga akan diuruskan oleh KKM sendiri.
Tempoh urusan pengambilan dilaksanakan
Pada umumnya tempoh proses urusan pengambilan adalah tidak lebih daripada lapan minggu daripada
tarikh SPA menerima permohonan pengisian jawatan daripada Jabatan atau Kementerian berkenaan.
Permohonan jawatan dalam SMSM adalah melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam
(SPA8i) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my
Bilakah Ada Kekosongan Jawatan?
Berdasarkan peraturan sekarang, Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri akan melaporkan
kekosongan jawatan kepada SPA untuk membuat pengisian. Kementerian/Jabatan akan
mengemukakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut dan kriteria pemohon yang
diperlukan kepada SPA. SPA akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak calon-calon
yang telah berdaftar dengan SPA. Sebagai contoh sekiranya SPA menerima permohonan daripada
Kementerian/Jabatan pada 1 Oktober 2004, hanya calon-calon yang telah berdaftar dengan SPA
sehingga tarikh tersebut sahaja akan dipertimbangkan.
Satu proses tapisan akan dijalankan oleh Suruhanjaya untuk memanggil calon temu duga berdasarkan
keperluan Kementerian/Jabatan. Peringkat tapisan untuk memanggil calon temu duga adalah peringkat
yang kritikal dan rumit.
Apabila jumlah kekosongan adalah sedikit berbanding permohonan biasanya asas tapisan yang
digunakan adalah CGPA atau bidang pengajian/pengkhususan seseorang calon berdasarkan keperluan
Kementerian/Jabatan.
Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan
tapisan ke atas calon. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang
mereka adalah cerah untuk dipanggil temu duga.
Peperiksaan
Beberapa jawatan di mana syarat kelayakan adalah terbuka dan sesetengahnya memerlukan bakat
tertentu, skim perkhidmatan mensyaratkan calon lulus peperiksaan khas yang ditadbir oleh SPA.
Terdapat beberapa skop ujian yang ditadbir iaitu kognitif, aptitud, bakat, sahsiah dan fizikal.
Calon-calon yang lulus peperiksaan khas akan dipanggil temu duga. Bagi memasuki Perkhidmatan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik, calon-calon yang lulus peperiksaan disyaratkan lulus tapisan di
'Assesment Centre' sebelum dipanggil temu duga.
Temu Duga
Calon-calon yang berjaya melepasi asas tapisan akan dipanggil temu duga oleh SPA. Pusat temu duga
yang ditetapkan oleh Suruhanjaya selain dari Kuala Lumpur ialah semua ibu negeri di Semenanjung dan
juga beberapa pusat temu duga kecil serta ibu negeri di Sabah dan Sarawak. Calon-calon akan
dipanggil temu duga seberapa boleh di pusat temu duga yang dipilih atau yang berhampiran. Bagi
membantu Lembaga Temu Duga, Suruhanjaya biasanya akan menjemput wakil dari
Kementerian/Jabatan bersama Suruhanjaya mengendalikan temu duga. Ahli Suruhanjaya yang menjadi
penemu duga terdiri dari kalangan yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti Pentadbiran,
Pakar Perubatan, Pergigian, Pendidikan, Ahli Sains, Kewangan dan sebagainya. Kesemua penemu
duga adalah mahir dalam mengendalikan temu duga berdasarkan pengalaman mereka di sektor awam.
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
KEISTIMEWAAN CALON KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Terdapat Pegawai sedang berkhidmat dan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) yang layak
dipertimbangkan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi mengikut skim perkhidmatan masing-masing
apabila memperolehi kelayakan akademik yang tinggi atau lulus Peperiksaan Khas. Keistimewaan bagi
calon-calon KPSL ialah sekiranya mereka layak mengikut skim perkhidmatan, mereka akan terus
dipanggil temu duga tanpa dikenakan apa-apa tapisan. Walau bagaimanapun mereka perlu bersaing
dengan calon lantikan terus iaitu perlantikan mereka akan mengikut prosedur dan peraturan yang sama
dengan calon-calon lain kerana lantikan mereka bukanlah secara automatik.
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Sukatan Peperiksaan
BIL. NAM A J AW ATAN
1. Ahli Fotografi Gred B17
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
2. Ahli Fotografi Gred B27
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
3. Ahli Muzik Gred B17
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
4. Ahli Muzik Gred B27
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
5. Ahli Muzik Gred B41
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
6. Akauntan Gred W41
7. Artis Budaya Gred B17
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
8. Artis Budaya Gred B27
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
9. JuruauditGred W41
10. Latihan Separa Perubatan
11. Pegawai Antidadah Gred S41
12. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
13. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
14. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41
15. Pegawai Kebudayaan Gred B17
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
16. Pegawai Kebudayaan Gred B27
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
17. Pegawai Kebudayaan Gred B41
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
18. Pegawai Keselamatan Gred KP41
19. Pegawai Pembangunan MasyarakatGred S41
20. Pegawai Penerangan Gred S41
21. Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41
22. Pegawai Psikologi Gred S41
23. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
24. Pegawai Teknologi MaklumatGred F41
25. PenerbitRancangan Gred B17
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
26. PenerbitRancangan Gred B27
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
27. PenerbitRancangan Gred B41
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
28. Penguasa Bomba Gred KB41
29. Penguasa Kastam Gred W41
30. Penguasa Penjara Gred KX41
31. Penolong Akauntan Gred W27
32. Penolong JuruauditGred W27
33. Penolong Pegawai Arkib Gred S27
34. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27
35. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
36. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29
37. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27
38. Penolong Pegawai Pembangunan MasyarakatGred S27
39. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
40. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
41. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
42. Penolong Pegawai Teknologi MaklumatGred F29
43. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
44. Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27
45. Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41
46. Perangkawan Gred E41
47. Pereka Gred B17
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
48. Pereka Gred B27
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
49. Pereka Gred B41
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Hadir Temu Duga
S EM AS A HADIR TEM U DU GA :
1. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan
SALINAN PHOTOSTAT seperti berikut:
 Kad Pengenalan;
 Sijil Kelahiran;
 Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan
Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika
berkenaan);
 Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
 Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setarafkelulusan SPM
(jika berkenaan);
 Ijazah/Diploma dan transkrip/SuratPengesahan Kelulusan Peperiksaan
Akhir daripada pusat-pusatpengajian;
 Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan
(jika berkenaan);
 Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh
dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
 Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
 Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan
bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat(jika
berkenaan);dan
 Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan,Laporan Penilaian Prestasi,Laporan
Pengisytiharan Harta,Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon
memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang
berkhidmatdi dalam Perkhidmatan Awam sahaja.
2. Anda dikehendaki membawa "resume"bergambar yang ringkas dan padat.
3. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan
maklumatpalsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan.
4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.
**Pertanyaan Melalui E-mel
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Pusat Temu Duga SPA
 Putrajaya
 Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
 Kota Bharu, Kelantan
 Kuantan, Pahang
 Ipoh, Perak
 Johor Bahru, Johor
 Kuching, Sarawak
 Sibu, Sarawak
 Miri, Sarawak
 Kota Kinabalu, Sabah
 Tawau, Sabah
 Sandakan, Sabah
 Alor Setar, Kedah
 Jalan Tun Sri Lanang, Melaka
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Temu Janji Untuk Temu Duga
Temu Janji Untuk Temu Duga bagi Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian
Gred U41 dan Pegawai Farmasi Gred U41
Syarat-Syarat:
 Hanya untuk calon-calon warganegara Malaysia lulusan dalam bidang Perubatan /
Pergigian / Farmasi daripada universiti-universiti luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia.
[ Semak pengiktirafan kelayakan di sini. ]
 Calon-calon Semenanjung Malaysia akan ditemu duga di ibu pejabat SPA di Putrajaya
manakala calon-calon Sabah/Sarawak akan ditemu duga di pejabat SPA Cawangan Sabah
atau SPA Cawangan Sarawak (mana yang berkaitan) pada tarikh-tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian (kecuali Sabtu hingga Isnin atau hari cuti umum atau tertakluk
kepada jadual temu duga)
Cara memohon:
 Mendaftar secara online di laman web SPA dengan mengisi Borang Permohonan Pekerjaan
Di Sektor Awam (SPA8i) dan
 Membuat tempahan untuk tarikh temu duga. Tempahan boleh dibuat dengan cara:-
(a)Hadir sendiri ke ibu pejabat SPA di Putrajaya atau
(b)Melalui panggilan telefon atau emel seperti di bawah:
Cik Norhidayah binti Yaacob (03-88856339) (norhidayah@spa.gov.my)
Puan Norazura bt.Abdul Aziz (03-88856372) (norazura@spa.gov.my)
Puan Normah bt Muslim (03-88856313) (normahm@spa.gov.my)
Dokumen yang perlu dibawa semasa temu duga:
Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan seperti berikut:
 Kad Pengenalan
 Sijil Kelahiran
 Sijil SPM
 Ijazah atau surat pengesahan tamat pengajian dari universiti dan
 Sijil pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia / Majlis Pergigian Malaysia /
Lembaga Farmasi Malaysia
Perhatian:
 Calon diminta untuk membawa bersama sijil pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan
Malaysia/Majlis Pergigian Malaysia/Lembaga Farmasi Malaysia semasa temu duga. Untuk
tujuan itu, calon diminta untuk menghubungi pihak tersebut sebelum hadir temu duga.
 Penempatan anda oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tertakluk
kepada pendaftaran seperti di atas.
 Bagi calon Pegawai Perubatan yang telah tamat latihan siswazah (housemenship) di luar
negara dan diluluskan pendaftaran penuh oleh Majlis Perubatan Malaysia dikehendaki
menghubungi Bahagian Sumber Manusia, KKM untuk permohonan lantikan ke Gred U29.
Layari http://www.moh.gov.my/v/ambuntuk maklumat lanjut.
Pejabat SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA MALAYSIA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Persekutuan
Jalan Sulaman, Likas,
88400 KOTA KINABALU SABAH
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93520 KUCHING SARAWAK
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Kelayakan SPM
PERINGATAN
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan
kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
 lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran
adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
 lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di
peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan
dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
 memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti
mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Nota : Syarat-syarat di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang SEKURANG-
KURANGNYA berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan tersebut:
 Pembantu Keselamatan Gred KP17
 Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
 Pembantu Kesatria Gred S17
 Pembantu Penguatkuasa Gred N17
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Kelayakan STPM
Format penyataan keputusan peperiksaan STPM
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia akan mengubah format penyataan keputusan
dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai
Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan
peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini akan melaporkan pencapaian calon
dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas
dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut :
GRED
KERTAS
GRED M ATA
P ELAJ ARAN
GRED
KERTAS
GRED M ATA
P ELAJ ARAN
NGM P
1 A A A 4.00
2 A A- A- 3.67
3 B B+ B+ 3.33
4 C B B 3.00
5 D B- B- 2.67
D C+ C+ 2.33
6 E C C 2.00
7 R C- C- 1.67
8 R D+ D+ 1.33
R D D 1.00
9 F F F 0.00
Bagi gred mata pelajaran, gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred
lulus penuh, manakala gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus
sebahagian dan gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal. Nilai gred mata pelajaran adalah
berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.
Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan
dimulai dengan peperiksaan tahun 2003.
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Kelayakan STAM
Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM
Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran
seperti berikut:
P ERINGKA T TAKRIF
Mumtaz Cemerlang
Jayyid Jiddan SangatBaik
Jayyid Baik
Maqbul Lulus
Rasib Gagal
Kelayakan STAM Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang
mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:
A. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam
satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
a. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata
pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang
Usuluddin; atau
b. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata
pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang
Usuluddin; atau
c. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata
pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang
Usuluddin; atau
d. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata
pelajaran dalam bidang Syariah; atau
e. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata
pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
f. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran
dalam bidang Usuluddin; atau
g. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata
pelajaran dalam bidang Syariah; atau
h. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata
pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
i. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata
pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
j. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran
dalam bidang Usuluddin.
ATAU
B. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang
dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun
mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan
kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.
Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti
berikut:
BIDANG M ATA P ELAJ ARAN
Bahasa Arab 1. Nahu dan Sarf
2. Insya’ dan Mutala’ah
3. Adab dan Nusus
4. ‘Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah 6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu
Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak
dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan
STPM.
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Latihan Bertaraf Diploma
Berikut merupakan senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
 Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
 Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
 Latihan Jururawat
 Latihan Jururawat Pergigian
 Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
 Latihan Juruteknologi Pergigian
 Latihan Juru X-Ray
 Latihan Penolong Pegawai Farmasi
 Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Pengumuman Latihan Separa Perubatan
Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan
melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi
kemasukan Julai.
Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Online SPA8i adalah satu
tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
Syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim
perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap
kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum
pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
 lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran
adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
 lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah
diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan
dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
 memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu
seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada
tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51
tahun pada tarikh permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan
Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak
melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Latihan Bertaraf Sijil
Berikut merupakan senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
 Latihan Jururawat Masyarakat
 Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
 Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Syarat Kelayakan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan
memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada
tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada
tarikh permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan
Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak
melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Alamat Surat Menyurat:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 88856000
Pertanyaan Email
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Kategori OKU
Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7)
kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
KATEGORI P ENJ ELAS AN
Kurang Upaya
Pendengaran
Individu yang tidak dapatmendengar dengan jelas di kedua-dua
belah telinga tanpa menggunakan alatbantuan pendengaran atau
tidak dapatmendengar langsung walaupun dengan menggunakan
alat bantuan pendengaran.Terdapat4 tahap yang boleh
dikategorikan sebagai OKU pendengaran,iaitu:
Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)
Kurang Upaya
Penglihatan
Individu yang tidak dapatmelihatatau mengalami penglihatan
terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata
walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti
cermin mata atau kanta sentuh.OKU penglihatan yang
dimaksudkan boleh dibahagi kepada:
Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik
walaupun dengan menggunakan alatbantu penglihatan atau
medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;
Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau
lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat
bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20
darjah daripada fixation.
Kurang Upaya
Fizikal
Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama
ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di
mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan
anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan
menjejaskan keupayaannya.Jenis yang termasuk dalam kategori
ini ialah kerdil,kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu
jari tangan, lumpuh,spina bifida,muscular dystrophydan cerebral
palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan
fungsi seperti kudung satu jari,mempunyai 6 jari atau lebih dan
tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan
sebagai kurang upaya fizikal.
Masalah
Pembelajaran
Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak
selaras dengan usia biologikalnya.Mereka yang tergolong dalam
kategori ini ialah lembam, down syndrome,kurang upaya
intelektual,autisme,Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD),
masalah pembelajaran spesifik (dyslexia,dyscalculia,
dygraphia) dan lewatperkembangan global (global development
delay).
Kurang Upaya
Pertuturan
Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh
mendengar.
Kurang Upaya
Mental
Seseorang yang menghadapi penyakitmental yang teruk yang
telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama
sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri.Akibat daripada
penyakit yang dialami,mereka masih tidak berupaya untuk
berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal
berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakatwalaupun
setelah menjalani rawatan psikiatri.Antara jenis-jenis penyakit
mental tersebutadalahSkizofrenia,Mood Disorder dan Organic
Mental Disorder yang serius dan kronik.
Kurang Upaya
Pelbagai
Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan
dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-
mana lima (5) kategori lain yang sedia ada.Contohnya, seorang
individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi
penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori
kurang upaya pelbagai.
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Pelajar Tahun Akhir
Pelajar di semester akhir pengajian boleh dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga dengan syarat
dapat mengemukakan keputusan peperiksaan akhir.
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Bahagian Pejabat Pengerusi
Bil. Nama Jawatan Gelaran Emel Telefon
1
YBhg. Tan Sri
Mahmood bin
Adam
Pengerusi
Pengerusi
SPA
mahmood@spa.gov.my
03-
8885
6001
2
Kamarul Arriffin
bin Abu Yahma
Pegawai Tadbir &
Diplomatik
Pegawai
Khas
Pengerusi
SPA
karriffin@spa.gov.my
03-
8885
6389
3
Rusnah binti
Abdullah
Setiausaha
Pejabat
Pembantu
Khas
(Pengerusi
SPA)
rus@spa.gov.my
03-
8885
6029
4
Mohd Noor Azuan
bin Mohd Ariff
Pegawai Khas
Pengerusi SPA
Pegawai
Khas
mnazuan@spa.gov.my
03-
8885
6284
| Mula | Sebelum | Selepas | Akhir |
| 1 |
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
© 2014
Bahagian Pejabat Timbalan Pengerusi
Bil. Nama Jawatan Gelaran Emel Telefon
1
YBhg. Dato'
Segarajah
Ratnalingam
Timbalan
Pengerusi
Timbalan
Pengerusi
sega@spa.gov.my
03-8885
6002
2
Salimah binti Hj.
Minin
Setiausaha Pejabat
Pembantu
Khas
(Timb.
Pengerusi)
sally@spa.gov.my
03-8885
6022
| Mula | Sebelum | Selepas | Akhir |
| 1 |
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
© 2014
Hubungi Kami
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Telefon: +60388856000
Fax: +60388885036
Hotline SPA
Hotline SPA : +60388856000
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan untuk menghadiri sesi temu duga,
tuan/puan boleh menghubung talian +60388856032 atau +60388856354.
Bahagian Pengambilan (PG)
 Ramli bin Abdul Aziz [ +60388856328 ]
 Mohd Syukri b. Kossim [ +60388856346 ]
 Shamsulhisam b. Mansor [ +60388856357 ]
Bahagian Pengambilan Khas (PK)
Unit Pendaftaran
 Nafisah binti Yusoh
[ +60388856297 ]
 Suhaini binti Wan Naman
[ +60388856268 ]
Unit Separa Perubatan
 Zuraidah binti Shahadan
[ +60388856254 ]
 Nor Amiza binti Shaari
[ +60388856435 ]
Unit Tawaran
 Kamariah binti Othman
[ +60388856255 ]
 Noorazalina binti Samsudin
[ +60388856272 ]
Unit Kontrak
 Badariah binti Abd. Hamid
[ +60388856440 ]
 Surianom binti Azmi
[ +60388856430 ]
Unit Temu Duga
 Mohd Norhan bin Musa
[ +60388856266 ]
 Roziana binti Ab. Aziz
[ +60388856273]
Bahagian Peperiksaan (PE)
Unit Assessment Centre
 Amir Raffie bin Ismail
[ +60388856308 ]
Unit Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera
 Arshad bin Mohd Said
[ +60388856318 ]
Unit Urus Peperiksaan
 Eleza binti Mohamed
[ +60388856303 ]
Unit Pengubalan Soalan – P&P
 Mohd Nazri bin Hasan
[ +60388856215 ]
Unit Pengubalan Soalan – Sokongan
 Saliza binti Md Saad
[ +60388856304 ]
Bahagian Perkhidmatan (KT)
Unit 1:
 Farha Adiana binti Bah Tu
[ +60388856186 ]
 Azizah bt. Talib
[ +60388856218 ]
Unit 2:
 Ruhayah bt. Abu Bakar
[ +60388856219 ]
 Rohani bt. Othman
[ +60388856203 ]
Unit 3:
 Mimi Pwiziah bt. Choo Abd. Majid
[ +60388856189 ]
Unit 4:
 Ruhayah bt. Abu Bakar
[ +60388856219 ]
 Moriati bt. Ibrahim
[ +60388856184 ]
Unit 5:
 Liyana bt. Ismail
[ +60388856187 ]
 Yusmawati bt. Bakim
[ +60388856158 ]
Unit 6:
 Mimi Pwiziah bt. Choo Abd. Majid
[ +60388856189 ]
 Sabri bin Hamid
[ +60388856177 ]
Unit Pertukaran
 Hemalatha a/p Ramachristnan
[ +60388856190 ]
 Rasimah bt. Mahat
[ +60388856240 ]
Unit Penamatan:
 Nur Ashikin bt. Abdul Karim
[ +60388856211 ]
Unit Gaji:
 Faiz Mohammad Noor b. Kamaruzaman
[ +60388856488 ]
Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib (NPT)
Bahagian Pengurusan (PN)
Pengurusan Aduan:
 Radziah bt. Mohd Shariff
[ +60388856013 ]
Pengurusan:
 Sasila bt. Jalani
[ +60388856061]
Bahagian Urus Setia Mesyuarat (UM)
Urus Setia Cawangan Sabah (SB)
Unit Pengambilan:
 Mohd Fadzil Zikiri
[ +6088488933/+6088488928/+6088488915/+6088488911 ]
Unit Perkhidmatan:
 Mohamad Fadzli b. Zainal Abidin
[ +6088488939/+6088488916/+6088488926 ]
Unit Peperiksaan:
 Misman b. Kassim
[ +6088488913/+6088488918 ]
Urus Setia Cawangan Sarawak (SK)
Hotline: +6082240011
Unit Pengambilan:
 Mohamad Firdaus b. Haris Fadzilah
Unit Perkhidmatan:
 Asrul bin Zakaria
Unit Peperiksaan:
 Habiot bt. Junaidi
Bahagian Pengurusan Maklumat (PM)
Khidmat Pengguna:
 Adri Fidla b. Mohd Taib
[ +60388856150 ]
Pendaftaran SPA8i:
 Wan Shafarina bt. Samsuddin
[ +60388856109 ]
Portal SPA:
 Nurul Hafiza bt. Isa
[ +60388856155 ]
Rangkaian:
 Khir b. Zainal Omar Shakri
[ +60388856105 ]
Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
 Siti Aminah bt. Wahab [ +60388856335 ]
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
Fungsi SPA
Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan
Persekutuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:
1. MELANTIK
2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN
3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
4. MENAIKKAN PANGKAT
5. MENUKAR
6. MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB
Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang
yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu
Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam
perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan
tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
Tugas SPA
Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh SPA adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan
persekutuan dan di antaranya adalah meliputi perkara-perkara berikut:
1. PELANTIKAN
Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak,
tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota
Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya telah memberi perwakilan kuasa
kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan
bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan C dan D JKK).
2. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan
tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan
kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada
Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk
mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D
JKK).
3. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak
termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan
dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan
berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.
4. PERTUKARAN PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu
perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan
yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar
sementara dan pinjaman.
5. KENAIKAN PANGKAT
Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan
(promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi (promotion to grade) bagi
pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain itu Suruhanjaya juga turut berfungsi
sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di
bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.
6. KAWALAN TATATERTIB
Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib
dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan
Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib
Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan Lembaga
Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.
Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
PENDIDIKAN
SEJARAH SPP
SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang
dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan
pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu
oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan
pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan
berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan
tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang
urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan
Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
VISI, MISI DAN OBJEKTIF
Visi SPP
Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan
Misi SPP
Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui Pengurusan
Perkhidmatan Yang Transformatif
Objektif SPP
Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam urusan
pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan
efektif
FUNGSI SPP
Piagam Pelanggan SPP
Laman Utama > Info Korporat > Piagam Pelanggan SPP
PIAGAM PELANGGAN SPP
a.
Semua calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ditemu duga tidak lewat daripada enam bulan dari
tarikh permohonan lengkap diterima
b.
Semua calon Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
yang layak akan dipanggil temu duga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan pengisian jawatan
oleh Kementerian
c. Keputusan temu duga dikeluarkan tidak lewat daripada empat minggu selepas kelulusan Suruhanjaya
d.
Surat Pengesahan Pelantikan dikeluarkan tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh Pakej Setuju
Terima Tawaran (PSTT) yang lengkap diterima
e.
Keputusan urusan perkhidmatan dimaklumkan tidak lewat daripada enam minggu di Semenanjung dan
lapan minggu di Sabah dan Sarawak dari tarikh perakuan lengkap diterima
f.
Tindakan Tatatertib, Rayuan Tatatertib dan Rayuan Kenaikan Pangkat diputuskan tidak lewat daripada
empat minggu dari tarikh perakuan yang lengkap diterima
Dasar Kualiti, Slogan Q dan Kod Etika
Laman Utama > Info Korporat > Dasar Kualiti, Slogan Q dan Kod Etika
DASAR KUALITI, SLOGAN Q DAN KOD ETIKA
Dasar
Kualiti
:
SPP Adalah Komited Terhadap Usaha Penambahbaikan Yang Berterusan Bagi Mencapai Harapan
Pelanggan
Slogan Q :Dinamik, Efektif dan Berintegriti
Kod Etika :
T - Tegas, Adil dan Profesional
E - Efisyen dan Efektif
K - Keikhlasan dan Kesyukuran
A - Amanah dan Akauntabiliti
D - Dinamik dan Berdisiplin
Akta (Undang-Undang)
Laman Utama > Info Korporat > Akta (Undang-Undang)
AKTA (UNDANG-UNDANG)
Pelaksanaan fungsi-fungsi SPP adalah merujuk kepada undang-undang dan peraturan berikut:
 Seksyen 141A, 142, 143, 144, 146 Perlembagaan Persekutuan
 Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Akta 393) (Pindaan Jadual 2007)
 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 (P.U.
(A) 1/2012)
 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U. (A) 395/1993).
 Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 (P.U. (A) 458/1994)
 Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2006 (P.U. (A) 127/2006).
 Kaedah-kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2007 (P.U. (A) 189/2007).
 Kaedah-kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pindaan) 2009 (P.U. (A) 321/2009).
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Cca pengajianmalaysia hasrol hashom

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)akmalmustafakamal
 
Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatandaproket
 
Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Miz Jieha
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Rainne Lee
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi mindaAdura Azlin Ishak
 
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2016
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2016Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2016
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2016Jawatan Kosong
 
Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27John JenJen
 
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaNorain Binti Jaafar
 
Bahagian Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Bahagian Pengurusan Perhubungan PelangganBahagian Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Bahagian Pengurusan Perhubungan PelangganHome
 
Nota SPP Bab 8
Nota SPP Bab 8Nota SPP Bab 8
Nota SPP Bab 8Rainne Lee
 
Spp072011
Spp072011Spp072011
Spp072011aebh75
 
Spp072011 penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
Spp072011   penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...Spp072011   penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
Spp072011 penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...Adura Azlin Ishak
 

Ähnlich wie Cca pengajianmalaysia hasrol hashom (20)

Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusiaPerkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatan
 
Overview perkhidmatan awam
Overview perkhidmatan awamOverview perkhidmatan awam
Overview perkhidmatan awam
 
Soalan 2
Soalan 2Soalan 2
Soalan 2
 
Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10
 
Spp062011
Spp062011Spp062011
Spp062011
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi minda
 
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2016
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2016Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2016
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 2016
 
Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
 
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
 
Bahagian Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Bahagian Pengurusan Perhubungan PelangganBahagian Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Bahagian Pengurusan Perhubungan Pelanggan
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Pahang
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - PahangLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Pahang
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Pahang
 
Nota SPP Bab 8
Nota SPP Bab 8Nota SPP Bab 8
Nota SPP Bab 8
 
1317951503
13179515031317951503
1317951503
 
Spp072011
Spp072011Spp072011
Spp072011
 
Spp072011
Spp072011Spp072011
Spp072011
 
Spp072011 penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
Spp072011   penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...Spp072011   penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
Spp072011 penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
 

Cca pengajianmalaysia hasrol hashom

  • 1. Visi, Misi, Motto, Objektif dan Ikrar SPA VISI Menjadi agensi peneraju dalam melantik penjawat awam yang terbaik. MISI Melantik penjawat awam yang berkualiti dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan secara cekap dan berkesan. MOTTO Mudah, Cepat dan Tepat. OBJEKTIF Memastikan fungsi melantik, mengesah, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Awam di bawah bidang kuasa SPA dilaksanakan dengan sempurna dan efisyen dalam tempoh yang ditetapkan. IKRAR Kami, seluruh anggota Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berjanji akan: Mematuhi hasrat dan cita-cita kerajaan; Berpegang teguh kepada ajaran agama; Berpegang kepada teras perkhidmatan cemerlang; Komited kepada pelaksanaan program kualiti; Melaksanakan kepimpinan melalui teladan; Serta mengaku akan mencurahkan segala tenaga usaha kami ke arah: Melaksanakan tugas dengan teratur, berkesan dan berkualiti; Memberikan perkhidmatan dengan ikhlas dan cepat kepada pelanggan; Mengamalkan sifat-sifat amanah, hormat, bertanggungjawab dan positif; Berusaha mempertingkatkan martabat dan kecemerlangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, sepanjang masa.
  • 2. Sejarah Penubuhan SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota- anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya." Piagam Pelanggan SPA Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji:  Menawarkan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dalam tempoh 8 minggu daripada tarikh permohonan bagi jawatan yang tidak mensyaratkan ujian khas dan 16 minggu bagi jawatan yang mensyaratkan ujian khas.  Keputusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran perkhidmatan dan urusan perkhidmatan lain disampaikan dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh perakuan.  Urusan tindakan tatatertib, kenaikan pangkat serta rayuan tatatertib/rayuan kenaikan pangkat diselesaikan dalam tempoh 16 minggu, 12 minggu dan 8 minggu selepas menerima perakuan berserta dokumen/maklumat yang lengkap.
  • 3. Prestasi Piagam Pelanggan Tahun 2015 Fungsi SPA Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan adalah meliputi perkara-perkara berikut: 1. MELANTIK 2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN 3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN 4. MENAIKKAN PANGKAT 5. MENUKAR 6. MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya." Tugas SPA Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh SPA adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan dan di antaranya adalah meliputi perkara-perkara berikut: 1. PELANTIKAN Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya telah memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan C dan D JKK). 2. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK). 3. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun. 4. PERTUKARAN PERKHIDMATAN Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar
  • 4. sementara dan pinjaman. 5. KENAIKAN PANGKAT Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi (promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain itu Suruhanjaya juga turut berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan. 6. KAWALAN TATATERTIB Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan. Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Pengenalan SMSM Pada Januari 1997, SPA telah mengadaptasi pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya apabila sistem pengambilan berkomputer iaitu Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) diperkenalkan. Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan oleh Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tahun 1995/96, dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 21 Disember 1996. Dengan adanya SMSM, ia akan memastikan urusan pengambilan dapat dilaksanakan secara berterusan. Pendaftaran Permohonan Pemohon boleh memohon maksimum lima (5) jawatan dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) melalui Portal SPA. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan boleh dirujuk melalui Portal SPA di bahagian 'Maklumat Jawatan (Deksripsi Tugas/Gaji Permulaan)'. Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh SPA. Iklan yang disiarkan melalui media hanya sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan. Melalui SMSM, semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer SPA. Pemohon-pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan. Jawatan Yang Boleh Dipohon Urusan pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh SPA adalah bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk ijazah, diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), STAM dan
  • 5. SPM. Urusan pengambilan bagi jawatan-jawatan kelayakan SRP/PMR dan ke bawah telah diwakilkan kuasa oleh SPA kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan berkenaan. Kementerian/Jabatan tersebut akan mengiklankan jawatan tersebut di dalam akhbar tempatan dari semasa ke semasa. Pemohon hendaklah berhubung terus dengan Kementerian/Jabatan berkenaan apabila iklan dikeluarkan. Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diuruskan oleh SPA. Walau bagaimanapun penempatan ke pusat-pusat latihan setelah calon berjaya menduduki temu duga akan diuruskan oleh KKM sendiri. Tempoh urusan pengambilan dilaksanakan Pada umumnya tempoh proses urusan pengambilan adalah tidak lebih daripada lapan minggu daripada tarikh SPA menerima permohonan pengisian jawatan daripada Jabatan atau Kementerian berkenaan. Permohonan jawatan dalam SMSM adalah melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my Bilakah Ada Kekosongan Jawatan? Berdasarkan peraturan sekarang, Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri akan melaporkan kekosongan jawatan kepada SPA untuk membuat pengisian. Kementerian/Jabatan akan mengemukakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut dan kriteria pemohon yang diperlukan kepada SPA. SPA akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak calon-calon yang telah berdaftar dengan SPA. Sebagai contoh sekiranya SPA menerima permohonan daripada Kementerian/Jabatan pada 1 Oktober 2004, hanya calon-calon yang telah berdaftar dengan SPA sehingga tarikh tersebut sahaja akan dipertimbangkan. Satu proses tapisan akan dijalankan oleh Suruhanjaya untuk memanggil calon temu duga berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan. Peringkat tapisan untuk memanggil calon temu duga adalah peringkat yang kritikal dan rumit. Apabila jumlah kekosongan adalah sedikit berbanding permohonan biasanya asas tapisan yang digunakan adalah CGPA atau bidang pengajian/pengkhususan seseorang calon berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan. Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan tapisan ke atas calon. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang mereka adalah cerah untuk dipanggil temu duga. Peperiksaan Beberapa jawatan di mana syarat kelayakan adalah terbuka dan sesetengahnya memerlukan bakat tertentu, skim perkhidmatan mensyaratkan calon lulus peperiksaan khas yang ditadbir oleh SPA. Terdapat beberapa skop ujian yang ditadbir iaitu kognitif, aptitud, bakat, sahsiah dan fizikal. Calon-calon yang lulus peperiksaan khas akan dipanggil temu duga. Bagi memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, calon-calon yang lulus peperiksaan disyaratkan lulus tapisan di 'Assesment Centre' sebelum dipanggil temu duga.
  • 6. Temu Duga Calon-calon yang berjaya melepasi asas tapisan akan dipanggil temu duga oleh SPA. Pusat temu duga yang ditetapkan oleh Suruhanjaya selain dari Kuala Lumpur ialah semua ibu negeri di Semenanjung dan juga beberapa pusat temu duga kecil serta ibu negeri di Sabah dan Sarawak. Calon-calon akan dipanggil temu duga seberapa boleh di pusat temu duga yang dipilih atau yang berhampiran. Bagi membantu Lembaga Temu Duga, Suruhanjaya biasanya akan menjemput wakil dari Kementerian/Jabatan bersama Suruhanjaya mengendalikan temu duga. Ahli Suruhanjaya yang menjadi penemu duga terdiri dari kalangan yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti Pentadbiran, Pakar Perubatan, Pergigian, Pendidikan, Ahli Sains, Kewangan dan sebagainya. Kesemua penemu duga adalah mahir dalam mengendalikan temu duga berdasarkan pengalaman mereka di sektor awam. Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) KEISTIMEWAAN CALON KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN Terdapat Pegawai sedang berkhidmat dan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) yang layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi mengikut skim perkhidmatan masing-masing apabila memperolehi kelayakan akademik yang tinggi atau lulus Peperiksaan Khas. Keistimewaan bagi calon-calon KPSL ialah sekiranya mereka layak mengikut skim perkhidmatan, mereka akan terus dipanggil temu duga tanpa dikenakan apa-apa tapisan. Walau bagaimanapun mereka perlu bersaing dengan calon lantikan terus iaitu perlantikan mereka akan mengikut prosedur dan peraturan yang sama dengan calon-calon lain kerana lantikan mereka bukanlah secara automatik. Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Sukatan Peperiksaan BIL. NAM A J AW ATAN 1. Ahli Fotografi Gred B17 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 2. Ahli Fotografi Gred B27 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 3. Ahli Muzik Gred B17 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 4. Ahli Muzik Gred B27 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 5. Ahli Muzik Gred B41 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 6. Akauntan Gred W41
  • 7. 7. Artis Budaya Gred B17 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 8. Artis Budaya Gred B27 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 9. JuruauditGred W41 10. Latihan Separa Perubatan 11. Pegawai Antidadah Gred S41 12. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 13. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 14. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 15. Pegawai Kebudayaan Gred B17 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 16. Pegawai Kebudayaan Gred B27 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 17. Pegawai Kebudayaan Gred B41 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 18. Pegawai Keselamatan Gred KP41 19. Pegawai Pembangunan MasyarakatGred S41 20. Pegawai Penerangan Gred S41 21. Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41 22. Pegawai Psikologi Gred S41 23. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 24. Pegawai Teknologi MaklumatGred F41 25. PenerbitRancangan Gred B17 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 26. PenerbitRancangan Gred B27 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 27. PenerbitRancangan Gred B41 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 28. Penguasa Bomba Gred KB41 29. Penguasa Kastam Gred W41 30. Penguasa Penjara Gred KX41 31. Penolong Akauntan Gred W27 32. Penolong JuruauditGred W27 33. Penolong Pegawai Arkib Gred S27 34. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27
  • 8. 35. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 36. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 37. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27 38. Penolong Pegawai Pembangunan MasyarakatGred S27 39. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 40. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 41. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 42. Penolong Pegawai Teknologi MaklumatGred F29 43. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 44. Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 45. Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 46. Perangkawan Gred E41 47. Pereka Gred B17 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 48. Pereka Gred B27 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 49. Pereka Gred B41 (Skim Perkhidmatan Bersepadu) Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Hadir Temu Duga S EM AS A HADIR TEM U DU GA : 1. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN PHOTOSTAT seperti berikut:  Kad Pengenalan;  Sijil Kelahiran;  Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);  Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);  Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setarafkelulusan SPM (jika berkenaan);
  • 9.  Ijazah/Diploma dan transkrip/SuratPengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusatpengajian;  Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);  Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;  Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);  Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat(jika berkenaan);dan  Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan,Laporan Penilaian Prestasi,Laporan Pengisytiharan Harta,Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmatdi dalam Perkhidmatan Awam sahaja. 2. Anda dikehendaki membawa "resume"bergambar yang ringkas dan padat. 3. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumatpalsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. 4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga. **Pertanyaan Melalui E-mel Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Pusat Temu Duga SPA  Putrajaya  Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur  Kota Bharu, Kelantan  Kuantan, Pahang  Ipoh, Perak  Johor Bahru, Johor  Kuching, Sarawak  Sibu, Sarawak  Miri, Sarawak  Kota Kinabalu, Sabah  Tawau, Sabah  Sandakan, Sabah  Alor Setar, Kedah  Jalan Tun Sri Lanang, Melaka
  • 10. Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Temu Janji Untuk Temu Duga Temu Janji Untuk Temu Duga bagi Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred U41 dan Pegawai Farmasi Gred U41 Syarat-Syarat:  Hanya untuk calon-calon warganegara Malaysia lulusan dalam bidang Perubatan / Pergigian / Farmasi daripada universiti-universiti luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Semak pengiktirafan kelayakan di sini. ]  Calon-calon Semenanjung Malaysia akan ditemu duga di ibu pejabat SPA di Putrajaya manakala calon-calon Sabah/Sarawak akan ditemu duga di pejabat SPA Cawangan Sabah atau SPA Cawangan Sarawak (mana yang berkaitan) pada tarikh-tarikh yang akan dimaklumkan kemudian (kecuali Sabtu hingga Isnin atau hari cuti umum atau tertakluk kepada jadual temu duga) Cara memohon:  Mendaftar secara online di laman web SPA dengan mengisi Borang Permohonan Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) dan  Membuat tempahan untuk tarikh temu duga. Tempahan boleh dibuat dengan cara:- (a)Hadir sendiri ke ibu pejabat SPA di Putrajaya atau (b)Melalui panggilan telefon atau emel seperti di bawah: Cik Norhidayah binti Yaacob (03-88856339) (norhidayah@spa.gov.my) Puan Norazura bt.Abdul Aziz (03-88856372) (norazura@spa.gov.my) Puan Normah bt Muslim (03-88856313) (normahm@spa.gov.my) Dokumen yang perlu dibawa semasa temu duga: Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan seperti berikut:  Kad Pengenalan  Sijil Kelahiran  Sijil SPM  Ijazah atau surat pengesahan tamat pengajian dari universiti dan  Sijil pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia / Majlis Pergigian Malaysia / Lembaga Farmasi Malaysia Perhatian:  Calon diminta untuk membawa bersama sijil pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia/Majlis Pergigian Malaysia/Lembaga Farmasi Malaysia semasa temu duga. Untuk tujuan itu, calon diminta untuk menghubungi pihak tersebut sebelum hadir temu duga.  Penempatan anda oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tertakluk
  • 11. kepada pendaftaran seperti di atas.  Bagi calon Pegawai Perubatan yang telah tamat latihan siswazah (housemenship) di luar negara dan diluluskan pendaftaran penuh oleh Majlis Perubatan Malaysia dikehendaki menghubungi Bahagian Sumber Manusia, KKM untuk permohonan lantikan ke Gred U29. Layari http://www.moh.gov.my/v/ambuntuk maklumat lanjut. Pejabat SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 PUTRAJAYA MALAYSIA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urus Setia Cawangan Sabah Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Jalan Sulaman, Likas, 88400 KOTA KINABALU SABAH Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urus Setia Cawangan Sarawak Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93520 KUCHING SARAWAK Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Kelayakan SPM PERINGATAN Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:  lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau  lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan  memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti
  • 12. mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan. Nota : Syarat-syarat di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang SEKURANG- KURANGNYA berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan tersebut:  Pembantu Keselamatan Gred KP17  Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17  Pembantu Kesatria Gred S17  Pembantu Penguatkuasa Gred N17 Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Kelayakan STPM Format penyataan keputusan peperiksaan STPM Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia akan mengubah format penyataan keputusan dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini akan melaporkan pencapaian calon dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut : GRED KERTAS GRED M ATA P ELAJ ARAN GRED KERTAS GRED M ATA P ELAJ ARAN NGM P 1 A A A 4.00 2 A A- A- 3.67 3 B B+ B+ 3.33 4 C B B 3.00 5 D B- B- 2.67 D C+ C+ 2.33 6 E C C 2.00 7 R C- C- 1.67 8 R D+ D+ 1.33
  • 13. R D D 1.00 9 F F F 0.00 Bagi gred mata pelajaran, gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred lulus penuh, manakala gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus sebahagian dan gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal. Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan. Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003. Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Kelayakan STAM Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut: P ERINGKA T TAKRIF Mumtaz Cemerlang Jayyid Jiddan SangatBaik Jayyid Baik Maqbul Lulus Rasib Gagal Kelayakan STAM Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut: A. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut: a. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau b. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • 14. c. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau d. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau e. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau f. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau g. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau h. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau i. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau j. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin. ATAU B. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas. Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut: BIDANG M ATA P ELAJ ARAN Bahasa Arab 1. Nahu dan Sarf 2. Insya’ dan Mutala’ah 3. Adab dan Nusus 4. ‘Arudh dan Qafiyah 5. Balaghah Syariah 6. Fiqh 7. Hadith dan Mustolah Usuluddin 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid 9. Tauhid dan Mantiq 10. Tafsir dan Ulumuhu Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.
  • 15. Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Latihan Bertaraf Diploma Berikut merupakan senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:  Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)  Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)  Latihan Jururawat  Latihan Jururawat Pergigian  Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan  Latihan Juruteknologi Pergigian  Latihan Juru X-Ray  Latihan Penolong Pegawai Farmasi  Latihan Penolong Pegawai Perubatan Pengumuman Latihan Separa Perubatan Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai. Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Online SPA8i adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut. Syarat Kelayakan Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.  lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau  lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan  memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu
  • 16. seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan. ** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik. Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan; Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan. Latihan Bertaraf Sijil Berikut merupakan senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:  Latihan Jururawat Masyarakat  Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian  Latihan Pembantu Kesihatan Awam Syarat Kelayakan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. ** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik. Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan; Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan; Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan. Alamat Surat Menyurat:
  • 17. Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pengambilan Khas Aras 7, Blok C7 Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 60520 PUTRAJAYA Tel : 88856000 Pertanyaan Email Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Kategori OKU Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut: KATEGORI P ENJ ELAS AN Kurang Upaya Pendengaran Individu yang tidak dapatmendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alatbantuan pendengaran atau tidak dapatmendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.Terdapat4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran,iaitu: Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB) Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB) Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB) Kurang Upaya Penglihatan Individu yang tidak dapatmelihatatau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh.OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada: Buta (Blind) Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alatbantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation; Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted) Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation. Kurang Upaya Fizikal Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya.Jenis yang termasuk dalam kategori
  • 18. ini ialah kerdil,kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh,spina bifida,muscular dystrophydan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari,mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal. Masalah Pembelajaran Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome,kurang upaya intelektual,autisme,Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia,dyscalculia, dygraphia) dan lewatperkembangan global (global development delay). Kurang Upaya Pertuturan Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar. Kurang Upaya Mental Seseorang yang menghadapi penyakitmental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri.Akibat daripada penyakit yang dialami,mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakatwalaupun setelah menjalani rawatan psikiatri.Antara jenis-jenis penyakit mental tersebutadalahSkizofrenia,Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik. Kurang Upaya Pelbagai Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana- mana lima (5) kategori lain yang sedia ada.Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai. Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil Pelajar Tahun Akhir Pelajar di semester akhir pengajian boleh dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga dengan syarat dapat mengemukakan keputusan peperiksaan akhir. Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
  • 19. Bahagian Pejabat Pengerusi Bil. Nama Jawatan Gelaran Emel Telefon 1 YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam Pengerusi Pengerusi SPA mahmood@spa.gov.my 03- 8885 6001 2 Kamarul Arriffin bin Abu Yahma Pegawai Tadbir & Diplomatik Pegawai Khas Pengerusi SPA karriffin@spa.gov.my 03- 8885 6389 3 Rusnah binti Abdullah Setiausaha Pejabat Pembantu Khas (Pengerusi SPA) rus@spa.gov.my 03- 8885 6029 4 Mohd Noor Azuan bin Mohd Ariff Pegawai Khas Pengerusi SPA Pegawai Khas mnazuan@spa.gov.my 03- 8885 6284 | Mula | Sebelum | Selepas | Akhir | | 1 | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia © 2014 Bahagian Pejabat Timbalan Pengerusi Bil. Nama Jawatan Gelaran Emel Telefon 1 YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam Timbalan Pengerusi Timbalan Pengerusi sega@spa.gov.my 03-8885 6002 2 Salimah binti Hj. Minin Setiausaha Pejabat Pembantu Khas (Timb. Pengerusi) sally@spa.gov.my 03-8885 6022 | Mula | Sebelum | Selepas | Akhir | | 1 |
  • 20. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia © 2014 Hubungi Kami Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 PUTRAJAYA Telefon: +60388856000 Fax: +60388885036 Hotline SPA Hotline SPA : +60388856000 Sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan untuk menghadiri sesi temu duga, tuan/puan boleh menghubung talian +60388856032 atau +60388856354. Bahagian Pengambilan (PG)  Ramli bin Abdul Aziz [ +60388856328 ]  Mohd Syukri b. Kossim [ +60388856346 ]  Shamsulhisam b. Mansor [ +60388856357 ] Bahagian Pengambilan Khas (PK) Unit Pendaftaran  Nafisah binti Yusoh [ +60388856297 ]  Suhaini binti Wan Naman [ +60388856268 ] Unit Separa Perubatan
  • 21.  Zuraidah binti Shahadan [ +60388856254 ]  Nor Amiza binti Shaari [ +60388856435 ] Unit Tawaran  Kamariah binti Othman [ +60388856255 ]  Noorazalina binti Samsudin [ +60388856272 ] Unit Kontrak  Badariah binti Abd. Hamid [ +60388856440 ]  Surianom binti Azmi [ +60388856430 ] Unit Temu Duga  Mohd Norhan bin Musa [ +60388856266 ]  Roziana binti Ab. Aziz [ +60388856273] Bahagian Peperiksaan (PE) Unit Assessment Centre  Amir Raffie bin Ismail [ +60388856308 ] Unit Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera  Arshad bin Mohd Said [ +60388856318 ]
  • 22. Unit Urus Peperiksaan  Eleza binti Mohamed [ +60388856303 ] Unit Pengubalan Soalan – P&P  Mohd Nazri bin Hasan [ +60388856215 ] Unit Pengubalan Soalan – Sokongan  Saliza binti Md Saad [ +60388856304 ] Bahagian Perkhidmatan (KT) Unit 1:  Farha Adiana binti Bah Tu [ +60388856186 ]  Azizah bt. Talib [ +60388856218 ] Unit 2:  Ruhayah bt. Abu Bakar [ +60388856219 ]  Rohani bt. Othman [ +60388856203 ] Unit 3:  Mimi Pwiziah bt. Choo Abd. Majid [ +60388856189 ] Unit 4:  Ruhayah bt. Abu Bakar [ +60388856219 ]  Moriati bt. Ibrahim
  • 23. [ +60388856184 ] Unit 5:  Liyana bt. Ismail [ +60388856187 ]  Yusmawati bt. Bakim [ +60388856158 ] Unit 6:  Mimi Pwiziah bt. Choo Abd. Majid [ +60388856189 ]  Sabri bin Hamid [ +60388856177 ] Unit Pertukaran  Hemalatha a/p Ramachristnan [ +60388856190 ]  Rasimah bt. Mahat [ +60388856240 ] Unit Penamatan:  Nur Ashikin bt. Abdul Karim [ +60388856211 ] Unit Gaji:  Faiz Mohammad Noor b. Kamaruzaman [ +60388856488 ] Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib (NPT) Bahagian Pengurusan (PN) Pengurusan Aduan:  Radziah bt. Mohd Shariff
  • 24. [ +60388856013 ] Pengurusan:  Sasila bt. Jalani [ +60388856061] Bahagian Urus Setia Mesyuarat (UM) Urus Setia Cawangan Sabah (SB) Unit Pengambilan:  Mohd Fadzil Zikiri [ +6088488933/+6088488928/+6088488915/+6088488911 ] Unit Perkhidmatan:  Mohamad Fadzli b. Zainal Abidin [ +6088488939/+6088488916/+6088488926 ] Unit Peperiksaan:  Misman b. Kassim [ +6088488913/+6088488918 ] Urus Setia Cawangan Sarawak (SK) Hotline: +6082240011 Unit Pengambilan:  Mohamad Firdaus b. Haris Fadzilah Unit Perkhidmatan:  Asrul bin Zakaria
  • 25. Unit Peperiksaan:  Habiot bt. Junaidi Bahagian Pengurusan Maklumat (PM) Khidmat Pengguna:  Adri Fidla b. Mohd Taib [ +60388856150 ] Pendaftaran SPA8i:  Wan Shafarina bt. Samsuddin [ +60388856109 ] Portal SPA:  Nurul Hafiza bt. Isa [ +60388856155 ] Rangkaian:  Khir b. Zainal Omar Shakri [ +60388856105 ] Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)  Siti Aminah bt. Wahab [ +60388856335 ] Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
  • 26. Fungsi SPA Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan adalah meliputi perkara-perkara berikut: 1. MELANTIK 2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN 3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN 4. MENAIKKAN PANGKAT 5. MENUKAR 6. MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya." Tugas SPA Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh SPA adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan dan di antaranya adalah meliputi perkara-perkara berikut: 1. PELANTIKAN Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya telah memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan C dan D JKK). 2. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK). 3. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun. 4. PERTUKARAN PERKHIDMATAN Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman. 5. KENAIKAN PANGKAT
  • 27. Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi (promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain itu Suruhanjaya juga turut berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan. 6. KAWALAN TATATERTIB Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan. Hakcipta Terpelihara © SPA 2014 Portal Rasmi SPA Versi Mobil
  • 28. PENDIDIKAN SEJARAH SPP SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan. Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib. SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib. VISI, MISI DAN OBJEKTIF Visi SPP Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan Misi SPP Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui Pengurusan Perkhidmatan Yang Transformatif Objektif SPP Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif FUNGSI SPP
  • 29. Piagam Pelanggan SPP Laman Utama > Info Korporat > Piagam Pelanggan SPP PIAGAM PELANGGAN SPP a. Semua calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ditemu duga tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima b. Semua calon Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang layak akan dipanggil temu duga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan pengisian jawatan
  • 30. oleh Kementerian c. Keputusan temu duga dikeluarkan tidak lewat daripada empat minggu selepas kelulusan Suruhanjaya d. Surat Pengesahan Pelantikan dikeluarkan tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) yang lengkap diterima e. Keputusan urusan perkhidmatan dimaklumkan tidak lewat daripada enam minggu di Semenanjung dan lapan minggu di Sabah dan Sarawak dari tarikh perakuan lengkap diterima f. Tindakan Tatatertib, Rayuan Tatatertib dan Rayuan Kenaikan Pangkat diputuskan tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh perakuan yang lengkap diterima Dasar Kualiti, Slogan Q dan Kod Etika Laman Utama > Info Korporat > Dasar Kualiti, Slogan Q dan Kod Etika DASAR KUALITI, SLOGAN Q DAN KOD ETIKA Dasar Kualiti : SPP Adalah Komited Terhadap Usaha Penambahbaikan Yang Berterusan Bagi Mencapai Harapan Pelanggan Slogan Q :Dinamik, Efektif dan Berintegriti Kod Etika : T - Tegas, Adil dan Profesional E - Efisyen dan Efektif K - Keikhlasan dan Kesyukuran A - Amanah dan Akauntabiliti D - Dinamik dan Berdisiplin Akta (Undang-Undang)
  • 31. Laman Utama > Info Korporat > Akta (Undang-Undang) AKTA (UNDANG-UNDANG) Pelaksanaan fungsi-fungsi SPP adalah merujuk kepada undang-undang dan peraturan berikut:  Seksyen 141A, 142, 143, 144, 146 Perlembagaan Persekutuan  Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Akta 393) (Pindaan Jadual 2007)  Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 (P.U. (A) 1/2012)  Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U. (A) 395/1993).  Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 (P.U. (A) 458/1994)  Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2006 (P.U. (A) 127/2006).  Kaedah-kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2007 (P.U. (A) 189/2007).  Kaedah-kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pindaan) 2009 (P.U. (A) 321/2009).