SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PANGKAL
KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID – MUIRD
TAHUN 4 CEMERLANG
Oleh
NAIRUL AQMAL BIN A RAHMAN
Abstract
A study was carried out actions aimed at improving students' proficiency in writing
capital letters at the base of special nouns. Error writing letters is often done when the
students construct sentences, particularly for children - children who can not distinguish
the specific noun to noun general. Pupils - students can not use capital letters at the
base of the sentences, write the base of the special username and writing letters in the
middle of words. A total of 10 respondents from the student - four years of excellent
students have been selected as the research target group. Based on the analysis of
errors made by students during diagnostic tests, they found more guilty of the validity of
the use of pre khas.Analisis nouns showed weakness in respondents' written in block
letters at the base of special nouns. Therefore, I have focused on writing letters to the
base of special nouns only. The data collected through post test showed marks of that
obtained after the implementation of action plans. I have been using various methods
and techniques suitable for solving this problem. Post test findings indicate that the
action undertaken was to help students master the skills to write letters to the base of
special nouns.
1.0 Refleksi pengajaran
Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali
dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.
Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan membina ayat
yang telah dibuat oleh murid. Murid – murid menghadapi masalah untuk menulis huruf
besar pada pangkal ayat dan menulis huruf besar pada huruf pangkal kata nama khas.
Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran
bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa murid – murid tahun 4 cemerlang
sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru,
berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan satu
kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran murid – murid dalam
menulis huruf besar. dengan betul.
2.0 Fokus kajian
Saya mendapati murid – murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam
penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat Setelah
beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar
semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.
Oleh itu, murid – murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat
membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis.
Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi
memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan
sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid – murid boleh diperbaiki sekiranya
menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.
Saya mendapati tiga aspek murid – murid gagal menulis huruf besar dengan
betul iaitu, menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas, pangkal ayat dan
menulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya mendapati
bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis huruf pada
pangkal kata nama khas. Berdasarkan dapatan tesebut, saya telah memfokuskan
kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
sahaja. Untuk tujuan itu, saya telah melaksanakan satu pelan tindakan yang drastik lagi
berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.
Hasil perbincangan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, didapati
punca murid – murid - murid ini tidak dapat menulis huruf besar dengan betul adalah
disebabkan mereka kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul. Mereka
kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar dan kata nama khas.
Maka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa menulis huruf besar ini tidak penting
ketika menulis ayat. Pemahaman tentang konsep tersebut perlu dijelaskan oleh saya
agar mereka memahami konsep kata nama khas supaya mereka dapat membezakan
kata nama khas dengan kata nama am. Selain itu, saya juga telah memberikan nota –
nota sampingan untuk menambah pemahaman murid. Di samping itu, didapati murid –
murid ini kurang diberi latihan yang berkaitan dengan menulis huruf besar. Hal ini
disebabkan guru kurang menekankan aspek ini dalam menulis. Latih tubi terhadap
latihan – latihan secara terbimbing dan berterusan mampu memberi pemahaman
kepada murid – murid tentang kepentingan menulis huruf besar dengan betul.
Sesungguhnya, saya percaya bahawa masalah ini boleh diatasi berdasarkan
kebolehtadbiran pelaksanaan pelan tindakan yang dilaksanakan. Untuk tujuan itu, saya
telah merangka beberapa strategi, diperkukuhkan lagi dengan pemilihan kaedah yang
berkesan dan dibantu oleh kekuatan teknik dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kejayaan pelan tindakan
dibuktikan dengan pencapaian murid berdasarkan pascaujian yang telah dijalankan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:
i) Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
ii) Menilai keberkesanan tindakan – tindakan yang dijalankan bagi membantu murid
menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
iii) Penguasaaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
4.0 KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN
Saya telah membuat kajian ke atas murid – murid tahun empat Sekolah Kebangsaan
Ismail Petra 2. Pemilihan kumpulan sasaran dikenal pasti melalui pemerhatian
mengajar di dalam kelas dan perbincangan dengan guru matapelajaran serta disahkan
melalui ujian – ujian yang diberikan kepada murid – murid.
5.0 Pelaksanaan tindakan
5.1 Tinjauan masalah
Dalam tinjauan masalah, saya telah membuat pemerhatian sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan bersama
guru mata pelajaran serta menjalankan ujian diagnostik. Hasil dari tinjauan masalah
mendapati bahawa masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ini
memang wujud dalam kalangan murid.
5.2 Pelaksanaan tindakan
5.2.1 Strategi 1 : Penerangan Konsep Kata Nama Khas Menggunakan Perisian
Power Point.
Sesi penerangan ini telah dijalankan pada 6 April 2010. Penggunaan alat bantu
mengajar menggunakan aplikasi teknologi teknologi maklumat dan komunikasi telah
membantu murid memahami kata nama khas melalui contoh – contoh bergambar yang
menarik. Saya juga mewarnakan huruf pangkal perkataan bagi setiap gambar –
gambar tersebut menggunakan warna merah pada pangkal perkataan untuk
meningkatkan pemahaman murid. Selain itu, responden juga didedahkan dengan
penggunaan kata nama khas dalam ayat. Ini bertujuan bagi memastikan murid dapat
membezakan antara kata nama am dengan kata nama khas yang terdapat dalam
sesuatu ayat.
Refleksi : Didapati responden sudah dapat membezakan perbezaan kata nama khas
dan kata nama am. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden masih lemah
menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang melibatkan dua atau lebih
rangkai kata seperti Perdana Menteri, Cikgu Aminah dan Si Jalak. Responden masih
keliru tentang menulis huruf besar bagi setiap pangkal kata tersebut.
5.2.2 Strategi 2 : Nota Ringkas.
Pada strategi kedua, saya telah memberikan nota ringkas dalam bentuk jadual kepada
responden. Jenis – jenis kata nama khas berserta contohnya telah ditunjukkan secara
ringkas dalam nota tersebut. Saya terlebih dahulu mengulangkaji nota ini lima minit
sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Refleksi : Murid sudah dapat membezakan antara kata nama khas dengan kata nama
am berdasarkan nota jadual perbandingan. Walau bagaimanapun, saya mendapati
responden tidak boleh mengaplikasikannya ketika menulis ayat.
Contoh nota ringkas :
manusia Zaidi, Mei Fong,Subramaniam
binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
bangunan Puduraya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)
5.2.3 Strategi 3 : Teknik Bantu – Bimbing
Teknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan
pengawasan dan bimbingan daripada saya. Setiap kesalahan yang dilakukan murid
ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden dapat
mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan jawapan
tersebut. Latihan yang diberikan kepada responden terdiri daripada berbagai – bagai
bentuk soalan yang memerlukan murid membetulkan kesalahan ayat yang
menggunakan huruf kecil keseluruhannya. Saya telah menjalankan strategi ini selama
empat minggu iaitu pada 28 Mac 2010 hingga 22 April 2010.
Refleksi : Pelaksanaan strategi ini mula menampakkan hasil apabila masuk minggu
kedua. Pascaujian yang dijalankan menunjukkan responden telah berjaya dengan
jayanya dalam penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama
khas.
6.0 Dapatan Kajian
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :
Bil Nama Murid praujian pascaujian Peningkatan
Markah
( /20)
Peratus
(%)
Markah
( /20 )
Peratus
(%)
Markah
( /20 )
Peratus
(%)
1 MUHAMMAAD
AIMAN B. AYOB.
3 15 19 95 16 80
2 MUHAMMAD RAFIQ
AMIR B. RAHIMIN
9 45 17 85 8 40
3 MUHD
FATHULHAKIM B.
AB RAHMAN
9 45 17 85 8 40
4 WAN MOHAMAD
SAIFUL NIZAM B.
WAH AN
5 25 15 75 10 50
5 WAN ZULKAHAKIM
B. ZULKIFLI
14 70 20 100 6 30
6 NUR AFIQAH
SYAZWANI BT
SAMSUDIN
15 75 20 100 5 25
7 NURFADZIELA BT
MOHD RAMZI
15 75 19 95 4 20
8 NURUL HASLINDA
BT ROHAIMI
7 35 18 90 11 55
9 SITI NURALISA
FATIRAH BT
ERWAN
6 30 16 80 10 50
10 NIK NOR SHAHIRA
BT NIK AZMAN
6 30 17 85 11 55
MIN PURATA 8.9 45 17.8 89 8.9 44.5
Penilaian terhadap penguasaan murid dalam menulis kata nama khas dilakukan melalui
perbandingan antara praujian dan pascaujian. Praujian telah diadakan pada 28 Mac
2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 22 April 2010 . Dapatan data praujian
menunjukkan markah responden berada dalam tahap yang rendah iaitu, kurang
daripada 75 %. Walau bagaimanapun markah responden telah meningkat dengan
cemerlang pada pascaujian. Dalam pascaujian semua responden telah menunjukkan
peningkatan yang cemerlang iaitu, memperoleh markah lebih daripada 75%.
Selain itu, analisis menunjukkan min purata bagi praujian ialah sebanyak 45%
manakala min purata bagi pascaujian ialah 89%. Dapatan ini telah menunjukkan
peningkatan min purata responden sebanyak 44.5 % . Dapatan peningkatan min purata
dalam ujian pascaujian telah membuktikan bahawa terdapat peningkatan pencapaian
setiap murid dalam menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.
Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan keseluruhan responden telah
mencapai peningkatan kepada tahap cemerlang pada pascaujian. Ini menunjukkan
bahawa semua responden telah berjaya dipulihkan.
7.0 Perbincangan dan Kesimpulan
Hasil analisis ini menunjukkan segala strategi dan usaha yang dilaksanakan telah
menunjukkan hasil yang membanggakan. Semua responden yang terlibat berjaya
menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan baik.
Pada pengamatan saya, kekuatan kajian ini terletak pada strategi dan
perlaksanaan tindakan yang terancang dan berkesan. Walau bagaimanapun, saya
mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam melaksanakan
kajian ini, iaitu memberikan lebih banyak peneguhan kepada responden. Peneguhan
tersebut berupa hadiah untuk memberi galakan kepada responden untuk menjawab
soalan yang diberikan. Peneguhan ini juga diharapkan dapat menghilangkan rasa
bosan responden untuk mengikuti pembelajaran di sepanjang tempoh pelaksanaan
tindakan.
8.0 Cadangan kajian seterusnya
Saya berharap agar kajian tindakan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada
para pengkaji bagi menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang timbul semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian ini, saya mendapati
terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan
pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokan.
9.0 Senarai Rujukan
Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa.
Jurnal Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya
dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan
Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan
JPB Sri Aman-Betong.
Encik Kaparing Tahir ( Ketua ), Encik Jaudin Kontingi, Puan Kuinah @ Erus Sahamin.
Diperoleh
April 2, 2010 dari http://ilmu.edublogs.org/
FARIDAH SERAJUL HAQ, NOOREINY MAAROF, RAJA MOHD. FAUZI RAJA MUSA,
Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Diperoleh
April 10, 2010
dari http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf.
MADIHAH BT. MUSA. Meningkatkan Kemahiran Murid-murid Tahun 1 Ibnu Sina Dalam
Membina
Ayat Mudah Dan Penggunaan Tanda Baca Yang Betul Dalam Matapelajaran
Bahasa Inggeris
Melalui Latih Tubi Tatabahasa Diperoleh Mac 30 2010 dari
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15,
2010
http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/
Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15,
2010 dari
http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15,
2010
http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/
Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15,
2010 dari
http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
Kaedah pelaksanaan plc
Kaedah pelaksanaan plcKaedah pelaksanaan plc
Kaedah pelaksanaan plcBadariah Ahmad
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacafiro HAR
 
CONTOH LATIHAN KEMAHIRAN MENULIS
CONTOH LATIHAN KEMAHIRAN MENULISCONTOH LATIHAN KEMAHIRAN MENULIS
CONTOH LATIHAN KEMAHIRAN MENULISOsman Muhammad
 
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridAspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridNabihahNazri
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulismabaa73
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanrehanqistina
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
Bm skema bm 2 2010
Bm skema bm  2 2010Bm skema bm  2 2010
Bm skema bm 2 2010hajmi
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisAini Kifli
 
Kemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertuturKemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertuturSireh Si Oren
 
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRozayus Academy
 
Deklamasi Puisi
Deklamasi PuisiDeklamasi Puisi
Deklamasi PuisiNur Aini
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratifputeh_qu
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahSohib AlQuran
 

Was ist angesagt? (20)

Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
Kaedah pelaksanaan plc
Kaedah pelaksanaan plcKaedah pelaksanaan plc
Kaedah pelaksanaan plc
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
 
CONTOH LATIHAN KEMAHIRAN MENULIS
CONTOH LATIHAN KEMAHIRAN MENULISCONTOH LATIHAN KEMAHIRAN MENULIS
CONTOH LATIHAN KEMAHIRAN MENULIS
 
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridAspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikan
 
nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
Bm skema bm 2 2010
Bm skema bm  2 2010Bm skema bm  2 2010
Bm skema bm 2 2010
 
Keterampilan Membaca
Keterampilan MembacaKeterampilan Membaca
Keterampilan Membaca
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalis
 
Kemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertuturKemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur
 
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
 
Deklamasi Puisi
Deklamasi PuisiDeklamasi Puisi
Deklamasi Puisi
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
Program linus
Program linusProgram linus
Program linus
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
 

Ähnlich wie Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal

Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osmanAnsar Azman
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaAmir Aiman Akashah
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains Siva Sundrarajoo
 
Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Azlan Hanib
 
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01sitihalwani
 
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1jun jun
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisandri wahyudi
 

Ähnlich wie Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal (20)

Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Cth kt huruf besar3
Cth  kt huruf besar3Cth  kt huruf besar3
Cth kt huruf besar3
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4
 
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
 
Ringkasan artikel
Ringkasan artikelRingkasan artikel
Ringkasan artikel
 
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
 
Prosiding bm1
Prosiding bm1Prosiding bm1
Prosiding bm1
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
 

Mehr von Mat mohd

131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppdMat mohd
 
126339335 peranan-ppd-dan-zon
126339335 peranan-ppd-dan-zon126339335 peranan-ppd-dan-zon
126339335 peranan-ppd-dan-zonMat mohd
 
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp0149475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01Mat mohd
 
Solat jenazah
Solat jenazahSolat jenazah
Solat jenazahMat mohd
 
Apakah penyakit gout
Apakah penyakit goutApakah penyakit gout
Apakah penyakit goutMat mohd
 
Upsr ucapan
Upsr ucapanUpsr ucapan
Upsr ucapanMat mohd
 
Doa memulakan pekerjaan
Doa memulakan pekerjaanDoa memulakan pekerjaan
Doa memulakan pekerjaanMat mohd
 
Doa ketika masuk ke dalam kediaman
Doa ketika masuk ke dalam kediamanDoa ketika masuk ke dalam kediaman
Doa ketika masuk ke dalam kediamanMat mohd
 
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahunDoa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahunMat mohd
 
Cara kesan gout
Cara kesan goutCara kesan gout
Cara kesan goutMat mohd
 
Bagaimana gout dikesan
Bagaimana gout dikesanBagaimana gout dikesan
Bagaimana gout dikesanMat mohd
 
Apakah penyakit gout
Apakah penyakit goutApakah penyakit gout
Apakah penyakit goutMat mohd
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negaraMat mohd
 

Mehr von Mat mohd (13)

131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
 
126339335 peranan-ppd-dan-zon
126339335 peranan-ppd-dan-zon126339335 peranan-ppd-dan-zon
126339335 peranan-ppd-dan-zon
 
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp0149475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
 
Solat jenazah
Solat jenazahSolat jenazah
Solat jenazah
 
Apakah penyakit gout
Apakah penyakit goutApakah penyakit gout
Apakah penyakit gout
 
Upsr ucapan
Upsr ucapanUpsr ucapan
Upsr ucapan
 
Doa memulakan pekerjaan
Doa memulakan pekerjaanDoa memulakan pekerjaan
Doa memulakan pekerjaan
 
Doa ketika masuk ke dalam kediaman
Doa ketika masuk ke dalam kediamanDoa ketika masuk ke dalam kediaman
Doa ketika masuk ke dalam kediaman
 
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahunDoa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
Doa kesyukuran menyambut hari ulang tahun
 
Cara kesan gout
Cara kesan goutCara kesan gout
Cara kesan gout
 
Bagaimana gout dikesan
Bagaimana gout dikesanBagaimana gout dikesan
Bagaimana gout dikesan
 
Apakah penyakit gout
Apakah penyakit goutApakah penyakit gout
Apakah penyakit gout
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
 

Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal

  • 1. MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PANGKAL KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID – MUIRD TAHUN 4 CEMERLANG Oleh NAIRUL AQMAL BIN A RAHMAN Abstract A study was carried out actions aimed at improving students' proficiency in writing capital letters at the base of special nouns. Error writing letters is often done when the students construct sentences, particularly for children - children who can not distinguish the specific noun to noun general. Pupils - students can not use capital letters at the base of the sentences, write the base of the special username and writing letters in the middle of words. A total of 10 respondents from the student - four years of excellent students have been selected as the research target group. Based on the analysis of errors made by students during diagnostic tests, they found more guilty of the validity of the use of pre khas.Analisis nouns showed weakness in respondents' written in block letters at the base of special nouns. Therefore, I have focused on writing letters to the base of special nouns only. The data collected through post test showed marks of that obtained after the implementation of action plans. I have been using various methods and techniques suitable for solving this problem. Post test findings indicate that the action undertaken was to help students master the skills to write letters to the base of special nouns. 1.0 Refleksi pengajaran Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan membina ayat yang telah dibuat oleh murid. Murid – murid menghadapi masalah untuk menulis huruf besar pada pangkal ayat dan menulis huruf besar pada huruf pangkal kata nama khas. Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa murid – murid tahun 4 cemerlang sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru, berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan satu kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran murid – murid dalam menulis huruf besar. dengan betul. 2.0 Fokus kajian Saya mendapati murid – murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Oleh itu, murid – murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis. Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid – murid boleh diperbaiki sekiranya menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.
  • 2. Saya mendapati tiga aspek murid – murid gagal menulis huruf besar dengan betul iaitu, menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas, pangkal ayat dan menulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis huruf pada pangkal kata nama khas. Berdasarkan dapatan tesebut, saya telah memfokuskan kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas sahaja. Untuk tujuan itu, saya telah melaksanakan satu pelan tindakan yang drastik lagi berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut. Hasil perbincangan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, didapati punca murid – murid - murid ini tidak dapat menulis huruf besar dengan betul adalah disebabkan mereka kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul. Mereka kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar dan kata nama khas. Maka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa menulis huruf besar ini tidak penting ketika menulis ayat. Pemahaman tentang konsep tersebut perlu dijelaskan oleh saya agar mereka memahami konsep kata nama khas supaya mereka dapat membezakan kata nama khas dengan kata nama am. Selain itu, saya juga telah memberikan nota – nota sampingan untuk menambah pemahaman murid. Di samping itu, didapati murid – murid ini kurang diberi latihan yang berkaitan dengan menulis huruf besar. Hal ini disebabkan guru kurang menekankan aspek ini dalam menulis. Latih tubi terhadap latihan – latihan secara terbimbing dan berterusan mampu memberi pemahaman kepada murid – murid tentang kepentingan menulis huruf besar dengan betul. Sesungguhnya, saya percaya bahawa masalah ini boleh diatasi berdasarkan kebolehtadbiran pelaksanaan pelan tindakan yang dilaksanakan. Untuk tujuan itu, saya telah merangka beberapa strategi, diperkukuhkan lagi dengan pemilihan kaedah yang berkesan dan dibantu oleh kekuatan teknik dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kejayaan pelan tindakan dibuktikan dengan pencapaian murid berdasarkan pascaujian yang telah dijalankan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian tindakan ini adalah untuk: i) Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ii) Menilai keberkesanan tindakan – tindakan yang dijalankan bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. iii) Penguasaaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. 4.0 KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN Saya telah membuat kajian ke atas murid – murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2. Pemilihan kumpulan sasaran dikenal pasti melalui pemerhatian mengajar di dalam kelas dan perbincangan dengan guru matapelajaran serta disahkan melalui ujian – ujian yang diberikan kepada murid – murid. 5.0 Pelaksanaan tindakan 5.1 Tinjauan masalah Dalam tinjauan masalah, saya telah membuat pemerhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan bersama guru mata pelajaran serta menjalankan ujian diagnostik. Hasil dari tinjauan masalah
  • 3. mendapati bahawa masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ini memang wujud dalam kalangan murid. 5.2 Pelaksanaan tindakan 5.2.1 Strategi 1 : Penerangan Konsep Kata Nama Khas Menggunakan Perisian Power Point. Sesi penerangan ini telah dijalankan pada 6 April 2010. Penggunaan alat bantu mengajar menggunakan aplikasi teknologi teknologi maklumat dan komunikasi telah membantu murid memahami kata nama khas melalui contoh – contoh bergambar yang menarik. Saya juga mewarnakan huruf pangkal perkataan bagi setiap gambar – gambar tersebut menggunakan warna merah pada pangkal perkataan untuk meningkatkan pemahaman murid. Selain itu, responden juga didedahkan dengan penggunaan kata nama khas dalam ayat. Ini bertujuan bagi memastikan murid dapat membezakan antara kata nama am dengan kata nama khas yang terdapat dalam sesuatu ayat. Refleksi : Didapati responden sudah dapat membezakan perbezaan kata nama khas dan kata nama am. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden masih lemah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang melibatkan dua atau lebih rangkai kata seperti Perdana Menteri, Cikgu Aminah dan Si Jalak. Responden masih keliru tentang menulis huruf besar bagi setiap pangkal kata tersebut. 5.2.2 Strategi 2 : Nota Ringkas. Pada strategi kedua, saya telah memberikan nota ringkas dalam bentuk jadual kepada responden. Jenis – jenis kata nama khas berserta contohnya telah ditunjukkan secara ringkas dalam nota tersebut. Saya terlebih dahulu mengulangkaji nota ini lima minit sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Refleksi : Murid sudah dapat membezakan antara kata nama khas dengan kata nama am berdasarkan nota jadual perbandingan. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden tidak boleh mengaplikasikannya ketika menulis ayat. Contoh nota ringkas : manusia Zaidi, Mei Fong,Subramaniam binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Puduraya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) 5.2.3 Strategi 3 : Teknik Bantu – Bimbing Teknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan pengawasan dan bimbingan daripada saya. Setiap kesalahan yang dilakukan murid ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden dapat mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan jawapan tersebut. Latihan yang diberikan kepada responden terdiri daripada berbagai – bagai bentuk soalan yang memerlukan murid membetulkan kesalahan ayat yang
  • 4. menggunakan huruf kecil keseluruhannya. Saya telah menjalankan strategi ini selama empat minggu iaitu pada 28 Mac 2010 hingga 22 April 2010. Refleksi : Pelaksanaan strategi ini mula menampakkan hasil apabila masuk minggu kedua. Pascaujian yang dijalankan menunjukkan responden telah berjaya dengan jayanya dalam penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. 6.0 Dapatan Kajian Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut : Bil Nama Murid praujian pascaujian Peningkatan Markah ( /20) Peratus (%) Markah ( /20 ) Peratus (%) Markah ( /20 ) Peratus (%) 1 MUHAMMAAD AIMAN B. AYOB. 3 15 19 95 16 80 2 MUHAMMAD RAFIQ AMIR B. RAHIMIN 9 45 17 85 8 40 3 MUHD FATHULHAKIM B. AB RAHMAN 9 45 17 85 8 40 4 WAN MOHAMAD SAIFUL NIZAM B. WAH AN 5 25 15 75 10 50 5 WAN ZULKAHAKIM B. ZULKIFLI 14 70 20 100 6 30 6 NUR AFIQAH SYAZWANI BT SAMSUDIN 15 75 20 100 5 25 7 NURFADZIELA BT MOHD RAMZI 15 75 19 95 4 20 8 NURUL HASLINDA BT ROHAIMI 7 35 18 90 11 55 9 SITI NURALISA FATIRAH BT ERWAN 6 30 16 80 10 50 10 NIK NOR SHAHIRA BT NIK AZMAN 6 30 17 85 11 55 MIN PURATA 8.9 45 17.8 89 8.9 44.5 Penilaian terhadap penguasaan murid dalam menulis kata nama khas dilakukan melalui perbandingan antara praujian dan pascaujian. Praujian telah diadakan pada 28 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 22 April 2010 . Dapatan data praujian menunjukkan markah responden berada dalam tahap yang rendah iaitu, kurang daripada 75 %. Walau bagaimanapun markah responden telah meningkat dengan cemerlang pada pascaujian. Dalam pascaujian semua responden telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang iaitu, memperoleh markah lebih daripada 75%.
  • 5. Selain itu, analisis menunjukkan min purata bagi praujian ialah sebanyak 45% manakala min purata bagi pascaujian ialah 89%. Dapatan ini telah menunjukkan peningkatan min purata responden sebanyak 44.5 % . Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pascaujian telah membuktikan bahawa terdapat peningkatan pencapaian setiap murid dalam menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan keseluruhan responden telah mencapai peningkatan kepada tahap cemerlang pada pascaujian. Ini menunjukkan bahawa semua responden telah berjaya dipulihkan. 7.0 Perbincangan dan Kesimpulan Hasil analisis ini menunjukkan segala strategi dan usaha yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang membanggakan. Semua responden yang terlibat berjaya menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan baik. Pada pengamatan saya, kekuatan kajian ini terletak pada strategi dan perlaksanaan tindakan yang terancang dan berkesan. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam melaksanakan kajian ini, iaitu memberikan lebih banyak peneguhan kepada responden. Peneguhan tersebut berupa hadiah untuk memberi galakan kepada responden untuk menjawab soalan yang diberikan. Peneguhan ini juga diharapkan dapat menghilangkan rasa bosan responden untuk mengikuti pembelajaran di sepanjang tempoh pelaksanaan tindakan. 8.0 Cadangan kajian seterusnya Saya berharap agar kajian tindakan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada para pengkaji bagi menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian ini, saya mendapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokan. 9.0 Senarai Rujukan Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa. Jurnal Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong. Encik Kaparing Tahir ( Ketua ), Encik Jaudin Kontingi, Puan Kuinah @ Erus Sahamin. Diperoleh April 2, 2010 dari http://ilmu.edublogs.org/ FARIDAH SERAJUL HAQ, NOOREINY MAAROF, RAJA MOHD. FAUZI RAJA MUSA, Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Diperoleh April 10, 2010 dari http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf. MADIHAH BT. MUSA. Meningkatkan Kemahiran Murid-murid Tahun 1 Ibnu Sina Dalam Membina Ayat Mudah Dan Penggunaan Tanda Baca Yang Betul Dalam Matapelajaran Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Tatabahasa Diperoleh Mac 30 2010 dari
  • 6. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15, 2010 http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/ Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15, 2010 dari http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html
  • 7. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15, 2010 http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/ Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15, 2010 dari http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html