Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
1. MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PANGKAL
KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID – MUIRD
TAHUN 4 CEMERLANG
Oleh
NAIRUL AQMAL BIN A RAHMAN
Abstract
A study was carried out actions aimed at improving students' proficiency in writing
capital letters at the base of special nouns. Error writing letters is often done when the
students construct sentences, particularly for children - children who can not distinguish
the specific noun to noun general. Pupils - students can not use capital letters at the
base of the sentences, write the base of the special username and writing letters in the
middle of words. A total of 10 respondents from the student - four years of excellent
students have been selected as the research target group. Based on the analysis of
errors made by students during diagnostic tests, they found more guilty of the validity of
the use of pre khas.Analisis nouns showed weakness in respondents' written in block
letters at the base of special nouns. Therefore, I have focused on writing letters to the
base of special nouns only. The data collected through post test showed marks of that
obtained after the implementation of action plans. I have been using various methods
and techniques suitable for solving this problem. Post test findings indicate that the
action undertaken was to help students master the skills to write letters to the base of
special nouns.
1.0 Refleksi pengajaran
Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali
dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.
Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan membina ayat
yang telah dibuat oleh murid. Murid – murid menghadapi masalah untuk menulis huruf
besar pada pangkal ayat dan menulis huruf besar pada huruf pangkal kata nama khas.
Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran
bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa murid – murid tahun 4 cemerlang
sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru,
berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan satu
kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran murid – murid dalam
menulis huruf besar. dengan betul.
2.0 Fokus kajian
Saya mendapati murid – murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam
penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat Setelah
beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar
semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.
Oleh itu, murid – murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat
membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis.
Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi
memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan
sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid – murid boleh diperbaiki sekiranya
menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.
2. Saya mendapati tiga aspek murid – murid gagal menulis huruf besar dengan
betul iaitu, menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas, pangkal ayat dan
menulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya mendapati
bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis huruf pada
pangkal kata nama khas. Berdasarkan dapatan tesebut, saya telah memfokuskan
kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
sahaja. Untuk tujuan itu, saya telah melaksanakan satu pelan tindakan yang drastik lagi
berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.
Hasil perbincangan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, didapati
punca murid – murid - murid ini tidak dapat menulis huruf besar dengan betul adalah
disebabkan mereka kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul. Mereka
kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar dan kata nama khas.
Maka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa menulis huruf besar ini tidak penting
ketika menulis ayat. Pemahaman tentang konsep tersebut perlu dijelaskan oleh saya
agar mereka memahami konsep kata nama khas supaya mereka dapat membezakan
kata nama khas dengan kata nama am. Selain itu, saya juga telah memberikan nota –
nota sampingan untuk menambah pemahaman murid. Di samping itu, didapati murid –
murid ini kurang diberi latihan yang berkaitan dengan menulis huruf besar. Hal ini
disebabkan guru kurang menekankan aspek ini dalam menulis. Latih tubi terhadap
latihan – latihan secara terbimbing dan berterusan mampu memberi pemahaman
kepada murid – murid tentang kepentingan menulis huruf besar dengan betul.
Sesungguhnya, saya percaya bahawa masalah ini boleh diatasi berdasarkan
kebolehtadbiran pelaksanaan pelan tindakan yang dilaksanakan. Untuk tujuan itu, saya
telah merangka beberapa strategi, diperkukuhkan lagi dengan pemilihan kaedah yang
berkesan dan dibantu oleh kekuatan teknik dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kejayaan pelan tindakan
dibuktikan dengan pencapaian murid berdasarkan pascaujian yang telah dijalankan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:
i) Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
ii) Menilai keberkesanan tindakan – tindakan yang dijalankan bagi membantu murid
menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
iii) Penguasaaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
4.0 KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN
Saya telah membuat kajian ke atas murid – murid tahun empat Sekolah Kebangsaan
Ismail Petra 2. Pemilihan kumpulan sasaran dikenal pasti melalui pemerhatian
mengajar di dalam kelas dan perbincangan dengan guru matapelajaran serta disahkan
melalui ujian – ujian yang diberikan kepada murid – murid.
5.0 Pelaksanaan tindakan
5.1 Tinjauan masalah
Dalam tinjauan masalah, saya telah membuat pemerhatian sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan bersama
guru mata pelajaran serta menjalankan ujian diagnostik. Hasil dari tinjauan masalah
3. mendapati bahawa masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ini
memang wujud dalam kalangan murid.
5.2 Pelaksanaan tindakan
5.2.1 Strategi 1 : Penerangan Konsep Kata Nama Khas Menggunakan Perisian
Power Point.
Sesi penerangan ini telah dijalankan pada 6 April 2010. Penggunaan alat bantu
mengajar menggunakan aplikasi teknologi teknologi maklumat dan komunikasi telah
membantu murid memahami kata nama khas melalui contoh – contoh bergambar yang
menarik. Saya juga mewarnakan huruf pangkal perkataan bagi setiap gambar –
gambar tersebut menggunakan warna merah pada pangkal perkataan untuk
meningkatkan pemahaman murid. Selain itu, responden juga didedahkan dengan
penggunaan kata nama khas dalam ayat. Ini bertujuan bagi memastikan murid dapat
membezakan antara kata nama am dengan kata nama khas yang terdapat dalam
sesuatu ayat.
Refleksi : Didapati responden sudah dapat membezakan perbezaan kata nama khas
dan kata nama am. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden masih lemah
menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang melibatkan dua atau lebih
rangkai kata seperti Perdana Menteri, Cikgu Aminah dan Si Jalak. Responden masih
keliru tentang menulis huruf besar bagi setiap pangkal kata tersebut.
5.2.2 Strategi 2 : Nota Ringkas.
Pada strategi kedua, saya telah memberikan nota ringkas dalam bentuk jadual kepada
responden. Jenis – jenis kata nama khas berserta contohnya telah ditunjukkan secara
ringkas dalam nota tersebut. Saya terlebih dahulu mengulangkaji nota ini lima minit
sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Refleksi : Murid sudah dapat membezakan antara kata nama khas dengan kata nama
am berdasarkan nota jadual perbandingan. Walau bagaimanapun, saya mendapati
responden tidak boleh mengaplikasikannya ketika menulis ayat.
Contoh nota ringkas :
manusia Zaidi, Mei Fong,Subramaniam
binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
bangunan Puduraya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)
5.2.3 Strategi 3 : Teknik Bantu – Bimbing
Teknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan
pengawasan dan bimbingan daripada saya. Setiap kesalahan yang dilakukan murid
ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden dapat
mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan jawapan
tersebut. Latihan yang diberikan kepada responden terdiri daripada berbagai – bagai
bentuk soalan yang memerlukan murid membetulkan kesalahan ayat yang
4. menggunakan huruf kecil keseluruhannya. Saya telah menjalankan strategi ini selama
empat minggu iaitu pada 28 Mac 2010 hingga 22 April 2010.
Refleksi : Pelaksanaan strategi ini mula menampakkan hasil apabila masuk minggu
kedua. Pascaujian yang dijalankan menunjukkan responden telah berjaya dengan
jayanya dalam penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama
khas.
6.0 Dapatan Kajian
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :
Bil Nama Murid praujian pascaujian Peningkatan
Markah
( /20)
Peratus
(%)
Markah
( /20 )
Peratus
(%)
Markah
( /20 )
Peratus
(%)
1 MUHAMMAAD
AIMAN B. AYOB.
3 15 19 95 16 80
2 MUHAMMAD RAFIQ
AMIR B. RAHIMIN
9 45 17 85 8 40
3 MUHD
FATHULHAKIM B.
AB RAHMAN
9 45 17 85 8 40
4 WAN MOHAMAD
SAIFUL NIZAM B.
WAH AN
5 25 15 75 10 50
5 WAN ZULKAHAKIM
B. ZULKIFLI
14 70 20 100 6 30
6 NUR AFIQAH
SYAZWANI BT
SAMSUDIN
15 75 20 100 5 25
7 NURFADZIELA BT
MOHD RAMZI
15 75 19 95 4 20
8 NURUL HASLINDA
BT ROHAIMI
7 35 18 90 11 55
9 SITI NURALISA
FATIRAH BT
ERWAN
6 30 16 80 10 50
10 NIK NOR SHAHIRA
BT NIK AZMAN
6 30 17 85 11 55
MIN PURATA 8.9 45 17.8 89 8.9 44.5
Penilaian terhadap penguasaan murid dalam menulis kata nama khas dilakukan melalui
perbandingan antara praujian dan pascaujian. Praujian telah diadakan pada 28 Mac
2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 22 April 2010 . Dapatan data praujian
menunjukkan markah responden berada dalam tahap yang rendah iaitu, kurang
daripada 75 %. Walau bagaimanapun markah responden telah meningkat dengan
cemerlang pada pascaujian. Dalam pascaujian semua responden telah menunjukkan
peningkatan yang cemerlang iaitu, memperoleh markah lebih daripada 75%.
5. Selain itu, analisis menunjukkan min purata bagi praujian ialah sebanyak 45%
manakala min purata bagi pascaujian ialah 89%. Dapatan ini telah menunjukkan
peningkatan min purata responden sebanyak 44.5 % . Dapatan peningkatan min purata
dalam ujian pascaujian telah membuktikan bahawa terdapat peningkatan pencapaian
setiap murid dalam menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.
Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan keseluruhan responden telah
mencapai peningkatan kepada tahap cemerlang pada pascaujian. Ini menunjukkan
bahawa semua responden telah berjaya dipulihkan.
7.0 Perbincangan dan Kesimpulan
Hasil analisis ini menunjukkan segala strategi dan usaha yang dilaksanakan telah
menunjukkan hasil yang membanggakan. Semua responden yang terlibat berjaya
menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan baik.
Pada pengamatan saya, kekuatan kajian ini terletak pada strategi dan
perlaksanaan tindakan yang terancang dan berkesan. Walau bagaimanapun, saya
mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam melaksanakan
kajian ini, iaitu memberikan lebih banyak peneguhan kepada responden. Peneguhan
tersebut berupa hadiah untuk memberi galakan kepada responden untuk menjawab
soalan yang diberikan. Peneguhan ini juga diharapkan dapat menghilangkan rasa
bosan responden untuk mengikuti pembelajaran di sepanjang tempoh pelaksanaan
tindakan.
8.0 Cadangan kajian seterusnya
Saya berharap agar kajian tindakan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada
para pengkaji bagi menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang timbul semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian ini, saya mendapati
terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan
pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokan.
9.0 Senarai Rujukan
Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa.
Jurnal Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya
dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan
Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan
JPB Sri Aman-Betong.
Encik Kaparing Tahir ( Ketua ), Encik Jaudin Kontingi, Puan Kuinah @ Erus Sahamin.
Diperoleh
April 2, 2010 dari http://ilmu.edublogs.org/
FARIDAH SERAJUL HAQ, NOOREINY MAAROF, RAJA MOHD. FAUZI RAJA MUSA,
Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Diperoleh
April 10, 2010
dari http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf.
MADIHAH BT. MUSA. Meningkatkan Kemahiran Murid-murid Tahun 1 Ibnu Sina Dalam
Membina
Ayat Mudah Dan Penggunaan Tanda Baca Yang Betul Dalam Matapelajaran
Bahasa Inggeris
Melalui Latih Tubi Tatabahasa Diperoleh Mac 30 2010 dari
6. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15,
2010
http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/
Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15,
2010 dari
http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html
7. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15,
2010
http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/
Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15,
2010 dari
http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html