SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
Downloaden Sie, um offline zu lesen
JENRY BIN SAIPARUDIN           CT11210669

TD20103: ANATOMI DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

PENGENALAN

        Manusia merupakan organisma paling kompleks.Terdapat pelbagai sistem dalam tubuh
badan manusia yang mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain.
Sistem badan yang lengkap dan berfungsi membolehkan manusia meneruskan kemandiriannya.
Setiap sistem badan yang terdapat dalam tubuh badan manusia mempunyai keunikannya yang
tersendiri. Dengan mengetahui struktur, fungsi dan kepentingan sistem yang terdapat dalam tubuh
badan, maka kita akan berusaha menjaga kesihatan dan pemakanan kita untuk memastikan sistem
badan berfungsi sepenuhnya.

Selain itu, dalam dunia seni mempertahankan diri, kepentingan system ini telah lama dipratikkan
dan di amalkan bagi mengekalkan kesihatan, senaman atau pun mempertahankan diri dalam situasi
yang memerlukan. Kebanyakan seni mempertahan-kan diri lahir dari kuil-kuil penuh mistik di Asia.
Pengamal atau perwira yang mengamalkan setiap disiplin membesar menjadi legenda dalam medan
pertempuran dan juga gelanggang. Ketua-ketua rohaniah seperti sami Shaolin dari China
mengimbangi ilmu meditasi Buddha dengan mempraktikkan seni mem-pertahankan diri, seterusnya
menghasilkan gaya berlawan yang tidak dimamah usia.

Kaitan Anatomi manusia

Berikut adalah antara aspek yang melibatkan anatomi manusia dalam seni mempertahankan diri
;Antaranya;

   1. Sistem Rangka
   2. Sistem Sendi
   3. Otot dan fungsi biomekanik

Sistem rangka

                         Sistem rangka merupakan suatu kerangka fleksibel yang memberi bentuk
                         kepada tubuh, melindungi organ-orga vital, dan dengan bantuan otot-otot
                         membolehkan badan yang hdup ( contonhya manusia ) bergerak.

                         Antara fungsi sistem rangka adalah memberikan sokongan ke atas tisu-tisu
                         lembut dan memberi tapak perlekatan otot. Ia juga memberikan
                         perlindungan terhadap organ dalaman seperti otak ( oleh tulang cranium ),
                         korda spina ( vertebra ), jantung dan paru-paru ( oleh tulang rusuk ) dan
                         organ pembiakan (oleh tulang pelvis ) daripada tercedera. Tulang juga
                         merupakan tuas pada mana otot melekat. Apabila otot berkontraksi, tulang
                         yang bertindak sebagai tuas akan menghasilkan pergerakan. Selain itu,
                         tulang juga menyimpan beberapa bahan galian, di mana bahan galian ini
                         boleh dikeluarkan dan digunakan oleh bahagian lain tubuh sekiranya
                         diperlukan. Manakala sum-sum tulang juga boleh menghasilkan sel darah (
                         proses hemopoisesis )
Sistem Sendi

                                   Sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara
                                   rawan dan tulang. Adanya sendi menjadikan tulang-tulang lebih
                                   fleksibel, yakni mudah bergerak. Ikatan tulang-tulang antara
                                   satu dengan yang lain di sendi ini berlaku menerusi tisu
                                   perantara yang mudah lentur

                                   Struktur sendi penting dan boleh mempengaruhi fungsinya.
                                   Umumnya semakin rapat hubungan pada titik pertemuan
                                   semakin kuat sendi itu, tetapi pergerakan menjadi agak
                                   terbatas atau terhad.

                                   Semakin longgar hubungan pada titik pertemuan itu, semakin
                                   banyak pula pergerakan yang boleh dilakukan sendiri. Tetapi
                                   seumpama ini cenderung mudah terkehel atau mengalami
                                   dislokasi

Selain itu, pergerakkan sendi juga ditentukan oleh kelenturan ( fleksibiliti ) tisu perantara yang
mengikat tulang, serta kedudukan ligament, otot dan tendon.



Sistem Otot

                                    Otot ialah organ yang mana menerusi kontraksi dan juga
                                    pengenduran, menghasilkan pergerakkan. Tisu otot
                                    menyumbang kira-kira 50% berat tubuh dan terdiri daripada
                                    sel-sel tertentu.

                                    Ciri-ciri otot termasuk mempunyai sifat boleh mengecut, iaitu
                                    berupaya untuk berkontraksi apabila rangsangan yang cukup
                                    diterima, dan akan mengendur ( relaxed ) apabila rangsangan
                                    dihentikan. Otot juga berupaya untuk menerima dan memberi
                                    respons terhadap rangsangan. Selain itu otot berupaya untuk
                                    teregang ( extensibility ). Berbalik kepada bentuk asal selepas
                                    mengalami kontraksi atau mengendur.

Fungsi otot adalah untuk pergerakkan seperti berjalan, berlari dan pergerakkan setempat seperti
memegang sesuatu atau menggerakkan kepala. Semua pergerakan ini bergantung kepada fungsi
tulang,sendi dan otot yang melekat pada tulang.

Pergerakan yang kurang disedari juga dihasilkan oleh otot, contohnya ialah denyutan jantung,
pencernaan makanan oleh perut, pergerakan makanan di susu, kontarksi pundi hempedu untuk
merembeskan cecair hempedu, dan kontraksi pundi kencing untuk mengecutkan air kencing.

Otot juga berfungsi untuk mempertahankan kedudukan tubuh. Kontraksi otot rangka membolehkan
tubuh berada dalam pelbagai kedudukan yang tetap seperti berdiri,tunduk,duduk dan
seumpamanya. Selain itu, otot juga berfungsi menghasilkan haba. Kontraksi otot rangka boleh
menghasilkan haba dan ini penting dalam mengawal atur suhu tubuh supaya tetap normal.
Umpamanya, dalam waktu cuaca sejuk,tubuh kita mengigil. Hal ini berlaku keranan terjadinya
kontraksi otot yang berulang-ulang dan dalam proses ini,tenaga digunakan. Pembakaran tenaga
inilah yang menghasilkan haba. Makanya tenaga telah digunakan untuk memanaskan badan.
Pengigilan dengan sendirinya terhenti apabila suhu tubuh kita mencapai aras normal.



Satah anatomi dan Pergerakan

Beberapa terminologi digunakan semasa menjelaskan beberapa struktur dalam tubuh badan. Lokasi
bahagian tubuh badan dalam tiga satah yang dibayangkan atau imagineri. Satah sagital akan
membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri dan kanan. Berasaskan satah sagital ini ada
beberapa lagi jenis satah iaitu Satah Median yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri
dan kanan. Satah koronal yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian depan dan belakang
dan satah axial yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian atas dan bawah yang bersudut
tepat dengan dua satah yang lain.




Pergerakan pada satah sagital ialah membahagikan bahagian sebelah kanan dan kiri tubuh badan
manusia. Pergerakan yang terlibat adalah seperti ;

   1. Plexion – Extension – Hypertension
   2. Dorsi & Plantar plexion
   3. Knee plexion
Kaitan dalam seni mempertahankan diri ( Tinju Muay Thai )

Tinju Muay Thai banyak melibatkan pergerakan anatomi dan mengenal-pasti spot-spot kelemahan
pihak lawan, ini telah memberikan kesan terhadap persektif dunia terhadap tinju ini sebagai Tinju
paling bahaya di dunia.

Apakah jenis tumbukan yang dapat
mematahkan tulang muka, meretakkan
tempurung kepala atau menyebabkan
seseorang pengsan serta merta?

”Ramai yang keliru antara Muay Thai
dengan kickboxing yang menggunakan
tumbukan dan tendangan. Muay Thai
menggunakan siku, lutut dan bukan
sekadar kaki dan tangan. Itulah sebab
mengapa ia digelar sebagai 'seni
membunuh',” kata Jaguh Muay Thai dunia,
Melchor Menor.

Pengenalan Tinju Muay Thai

Muay Thai (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan
masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. Tinju
Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan dan
bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja.

Muay Thai banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain
tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini
mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi.

Muay Thai juga merupakan seni mempertahankan diri yang popular di Thailand. Menggunakan lutut,
seni yang sekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam itu
berupaya memampatkan lima sentimeter bahagian dada. menyebabkan lawan mereka pengsan
selain mampu memberikan kesan seperti kehilangan keseimbangan, mematah tulang ataupun
kecederaan pada organ dalaman. Satu tendangan yang mampu menye-babkan kecederaan dalaman
yang teruk, malah juga kematian sekiranya tepat di bahagian yang senang cedera seperti di sternum,



Pergerakan asas tinju Muay Thai

Mae Mai

Mae Mai bermaksud Teknik Asas Muay Thai, terdapat 15 pergerakan ke semuanya. Pergerakan asas
ini harus dipelajari dan dipraktikan oleh peninju baru. Peninju baru mesti mahir dalam teknik asas
tersebut sebelum meneruskan ke teknik yang lebih advance iaitu Luk Mai. Berikut adalah Teknik-
teknik asas Mae Mai:
1. Salab Fan Pla (Cross-switch movement) advanced muaythai techniques

                     -elbow-plexion

                     -hip hypertension

                     -left and right knee plexion



Nota* Pergerakan untuk menepis tumbukan pihak lawan dan melindungi bahagian atas dada,
manakal kedudukan lutut berada di tengah-tengah kedudukan kaki pihak lawan.

2. Paksa Wheg Rang (Bird peeping through the nest movement)

                        - head rotation

                        - arm extension

                        - arm abduction

                        - left and right knee plexion

Nota* Pergerakan ini lebih kepada menepis dan menyerang, kedudukan tangan kiri menepis
tumbukan pihak lawan dan tangan kanan sudah tersedia untuk menyerang-balas.

3. Chawa Sad Hok (Java throws spear movement) technique

                      - head rotation

                      - elbow plexion

                      - knee plexion




Nota* Pergerakan mematahkan posisi terdedah dan lembut pihak lawan, kedudukan siku pada
bahagian tulang rusuk sebelah kiri dan lutut berada pada bahagian sebelah lutut pihak lawan.
Bahagian yang disasarkan adalah bahagian yang rapuh bagi anatomi manusia. Kelemahannya untuk
berfungsi menyebabkan pihak lawan tidak dapat menyerang-balas.

4. Inao Thaenk Krit (Inao stabs his kriss)

                       - upper rotation

                       - elbow plexion

                       - knee plexion

                       - dorsi plexion
Nota* Serangan menggunakan siku menyasarkan bahagian abdomen pihak lawan. Bahagian
abdomen adalah bahagian yang boleh menyebabkan pihak lawan sneak atau sukar untuk bernafas.
Ini akan memberikan peluang untuk menjatuhkan pihak lawan.

5. Yoh Khao Phra Sumer (Lifting the Sumer Mountain)

                    - head rotation

                    - hip hypertension

                    - elbow abduction

                    - elbow plexion

                   - left and right knee plexion

Nota* Teknik memusingkan badan dan meyerang-balas. Teknik ini amat mengelirukan pihak lawan
di mana kedudukan posisi selepas memusingkan sambil mengumpulkan tenaga dan menghayun
penumbuk di bawah dagu pihak lawan. Rahang bersambung dengan bahagian pernafasan manusia.
Kesan daripada tumbukan itu mnyebabkan pihak lawan mengalami kesukaran untuk focus secara
langsung boleh mengakibatkan pihak lawan pengsan.

6. Ta Ter Kam Fak (Old man holding the melon) technique

                          - Hip rotation

                          - elbow plexion

                          - knee plexion

                          - dorsi plexion

Nota* Pergerakan menepis dan menyerang balas, tangan kanan tersedia untuk mengelak manakala
tangan kiri bersedia menyasarkan bahagian yang terdedah pada pihak lawan.

7. Mon Yan Lak (Mon supports the pillar)

                        - Plantar plexion

                        - knee extension

                        - hip hypertension

                        - elbow extension

                        - elevation

Nota* Teknik menahan menggunakan kaki, setelah menahan badan pihak lawan menerpa, secara
langsung tenaga yang terkumpul semasa menahan digunakan untuk menolak badan pihak lawan.
8. Pak Luk Toi (Impaling the stake) basic muaythai techniques

                    - head plexion

                    - elbow plexion

                    - knee plexion

                    - dorsi plexion



Nota* Teknik mempertahankan bahagian kepala, tendangan peninju Muay Thai di akui dunia
menpunyai kekuatan yang luar biasa disebabkan disiplin latihan. Teknik menggunakan kedua-dua
bahagian siku menahan tendangan pihak lawan mampu mempertahankan anggota-anggota tertentu
dan mampu menyerang balas semula.

9. Jorake Faad Hang (Crocodile sweeps its tail)

                         - Hip rotation

                         - Leg plexion

                         - Dorsi plexion



Nota* Teknik tendangan ‘sidekick’ ke arah dagu pihak lawan, tendangan ini mampu menjatuhkan
musuh dengan sekaligus.

10. Hak Nguang Iyara (Break the elephant's tusk)

                       - Head plexion

                       - Arm abduction

                       - Arm adduction

                       - knee plexion

                       - dorsi plexion

Nota* Teknik menahan tendangan dan mematahkan paha pihak lawan, bahagian paha adalah
bahgian tulang panjang. Kecederaan pada paha tersebut menyebabkan kekuda pihak lawan akan
terdedah.
11. Naga Bid Hang (Snake twists its tail)

                    - Dorsi plexion

                    - Hip hypertension

                    - Elbow plexion



Nota* Menahan tendangan menggunakan lutut,salah satu kelebihan tinju Muay Thai adalah
penggunaan teknik menggunakan lutut. Lutut mempunyai struktur tulang yang kuat dan kukuh.
Apabila peninju menggunakan teknik ini pada kedudukan yang tepat, ia dapat mendatangkan
kecederaan yang serius terhadap pihak lawan.

12. Virun Hok Klab (Bird somersault) basic muaythai techniques

                       - Hip hypertension

                       - Knee plexion

                       - Dorsi plexion



Nota* Menahan tendangan pihak lawan dan menyasarkan di bahagian paha. Teknik ini bertujuan
mematahkan serangan tendang dari pihak lawan.

13. Dap Chawala (Estinguish the lamp) technique

                       - Hip plexion

                       - Dorsi plexion

                       - Arm plexion



Nota* Teknik mengelak tumbukan pihak lawan dan menyerang-balas pada bahagian sekitar kepala.
Bahagian yang sensitive yang boleh menyebabkan pendarahan yang banyak.

14. Khun Yak Jab Ling (The giant catches the monkey)

                        - Elbow plexion

                        - Head plexion

                        - Knee plexion

                        - Dorsi plexion

Nota* Teknik mengelak bahagian kepala daripada serangan pihak lawan, tangan sebelah kiri
bersedia untuk menyerang-balas.
15. Hak Kho Erawan (To break the elephant's neck movement)

                      - Elevation

                      - Proktasi

                      - knee plexion

                      - Dorsi plexion



Nota* Teknik merbahaya tinju Muay Thai, menggunakan lutut untuk menyerang bahagian kepala
pihak lawan. Teknik ini dipercayai boleh memecahkan tengkorak kepala pihak lawan.

15 langkah atau pergerakan tersebut hanya untuk permulaan asas kepada kemahiran dalam
bertinju, penggunaan pergerakan berulang seperti Elbow plexion, Knee plexion, Dorsi plexion dan
rotation dapat membuktikan bahawa seni ini amat pantas dan mempunyai keupayaan tenaga yang
terkumpul untuk menjatuhkan atau melumpuhkan pihak lawan sekaligus.

      Dunia seni mempertahan-kan diri sememangnya menarik, pada masa yang mampu
menggerunkan sesiapa sahaja. Setiap pergerakan, baik tumbukan, tendangan mahupun gerak-geri
melambangkan kehalusan, dan betapa agresifnya sesuatu seni itu.

       Kebanyakan seni mempertahan-kan diri lahir dari kuil-kuil penuh mistik di Asia. Pengamal
atau perwira yang mengamalkan setiap disiplin membesar menjadi legenda dalam medan
pertempuran dan juga gelanggang. Ketua-ketua rohaniah seperti sami Shaolin dari China
mengimbangi ilmu meditasi Buddha dengan mempraktikkan seni mem-pertahankan diri, seterusnya
menghasilkan gaya berlawan yang tidak dimamah usia.

          Penggambaran dan eksperimen yang dilaksanakan di sebuah dojo atau dewan latihan formal
yang juga berperanan sebagai makmal, dilengkapi dengan per-alatan biomekanik, balistik, sains
sukan dan juga rakaman gerak aksi. Penanda pemantul membarisi seluruh badan dengan 30 kamera
inframerah mengesan setiap pergerakan ribuan kali setiap saat. Data yang diperoleh menghasilkan
animasi komputer tiga dimensi (3D) yang membolehkan orang ramai melihat sendiri rahsia yang
terkandung dalam suatu seni mempertahankan diri. Kita sering mempunyai kepercayaan bahawa
seni mempertahankan diri mam-pu melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil dilaksanakan secara
fizikal. Kini, gabungan antara seni ini dan sains mampu mencapai satu lagi tahap,” kata Pengarah
Pertarungan dan Koordinator Stunt fight Science, James Lew. Lew yang juga ahli Hall of Fame Seni
Mempertahankan Diri menyatakan, idea untuk menghasilkan rancangan tersebut datang daripada
kekurangan ujian saintifik yang dijalankan oleh mana-mana pihak. Bagi ukuran impak, patung
manusia sering digunakan.

Ia merupakan kaedah untuk mengukur kuasa suatu tendangan atau tum-bukan. Instrumen saintifik
lain turut digunakan untuk melihat kelajuan tumbukan, menguji keseimbangan badan kesateria, sela
waktu reaksi dan juga keberkesanan suatu peralatan seni mempertahankan diri. Bagi saya ia penting
kerana daripada penggunaan data saintiflk, kita mampu memperkembangkan kaedah latihan untuk
melahirkan hero seni memperta­hankan diri yang lebih baik,” kata Lew.
Antara seni mempertahankan diri yang dipaparkan dalam program yang disiarkan selama seminggu
itu ialah karate, kung fu, jiujitsu, muay Thai, ninjitsu dan taekwando. Malah, seni tinju, memanah
dan memecah objek seperti kepingan konkrit juga diuji dan dipertontonkan.

Persoalan sama ada seorang pengamal mampu menjatuhkan lawannya hingga pengsan (KO) dengan
hanya satu tumbukan terjawab dengan eksperimen yang dilakukan terhadap bahagian atas sebuah
patung manusia. Suatu KO ialah mengenakan tenaga yang mencukupi pada tempat yang tepat untuk
'menutup' otak dan menyebabkan mangsa pengsan. Melalui sensor dan model, pengukuran tenaga
dan kecederaan setiap tumbukan dikira. Setiap seni mempertahankan diri mempunyai stail dan
kuasa tersendiri. Didapati, tumbukan seni kung fu menghasilkan 2,722.3 Newton (N) kuasa yang
mampu mematahkan tulang muka, manakala tumbukan terus karate mengakibatkan 3.629.8N kuasa
yang berupaya menjatuhkan lawan tetapi tidak menyebabkannya pengsan. Kuasa tumbukan
taekwando (4.079N) mampu menyebabkan konkusi di kepala. Namun, dengan impak sekuat
4.417.1N yang sama dengan pukulan sebuah tukul besar, tumbukan si peninju mampu
mengakibatkan lawannya pengsan hampir serta-merta.

Data yang diperoleh daripada kamera gerak aksi yang menangkap tumbukan oleh peninju
profesional, Steve Petramale, menunjukkan umpama rangkaian kinetik, kuasa tumbukan bermula di
kaki beliau dan disalur keluar melalui genggamannya. Sekiranya KO mampu dicapai, bagaimana pula
menggunakan kaki sebagai senjata? Mampukah ia mendapat keputusan yang sama dengan
tumbukan? Tendangan berganda kung fu menghasilkan kuasa 4,363.7N, manakala tendangan paling
kuat yang berperanan memusnahkan lawan oleh tendangan belakang berpusing seni taekwando
yang menghasilkan 6.992.6N.

Kedua-dua tendangan gagal menye-babkan lawan mereka pengsan tetapi mampu memberikan
kesan seperti kehilangan keseimbangan, mematah tulang ataupun kecederaan pada organ dalaman.
Satu tendangan yang mampu menye-babkan kecederaan dalaman yang teruk, malah juga kematian
sekiranya tepat di bahagian yang senang sedera seperti di sternum, ialah Muay Thai yang juga
merupakan seni mempertahankan diri yang popular di Thailand. Menggunakan lutut, seni yang
sekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam itu berupaya
memampatkan lima sentimeter bahagian dada.

Pakar-pakar jiujitsu mengkaji badan manusia dengan ekstensif agar mampu mengekploitasi
kelemahan anatomi manu-sia dan menewaskannya. 'Peralatan' utamanya bukanlah kuasa mahupun
kekuatan sebaliknya tindakan pada anggota badan.

Legenda pernah mengatakan seni mempertahankan diri sepatutnya bertindak pada kelajuan seekor
ular yang mampu menyerang antara 2.4 sehingga 3.0 meter sesaat. Kamera berkelajuan tinggi
mendapati satu tumbukan kung fu adalah empat kali lebih pantas daripada serangan seekor ular.
Manakala ujian kepekaan turut dilaksanakan pada taekwando mengguna-kan sela masa reaksi
terhadap stimulasi cahaya. Didapati, tindak balas pengamal seni mempertahankan diri adalah lebih
pantas daripada mereka yang tidak mengamalkannya. Kuasa seni mempertahankan diri tidak
bermaksud siapa yang paling kuat, tetapi keupayaan mengenakan impak terbesar pada sasaran,”
kata Lew.
Seni mempertahankan diri seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kepantasan, kuasa
dan usaha minimum untuk kesan yang maksimum. Sehubungan itu, seni yang sering dikaitkan
sebagai ’pelaksa kerja kotor Samurai’ atau ninjutsu mengimbangi segala kemahiran seni
mempertahankan diri.

Seni mempertahankan diri mempercayai senjata dengan pengamal seni itu seharusnya menjadi satu.
Tetapi sebelum itu, diri mereka haruslah menjadi senjata yang tersendiri. Senjata yang hebat harus
merangkumi tiga kriteria, iaitu memperbesarkan impak dengan gabungan kelajuan dan berat untuk
menghasilkan kuasa, menambahkan jarak serangan dan pada masa yang sama boleh dikawal.
Pelbagai senjata seni mempertahankan diri seperti pedang Katana, pedang lebar dan lurus,
peralatan memanah dan nunchaku turut diuji.

Ciri yang membolehkan suatu seni mempertahankan diri cemerlang dalam gaya masing-masing ialah
apa yang saya gelar semangat seorang pejuang. Melalui proses fizikal, pengamal akan mengetahui
bahawa seni ini adalah satu cara hidup dan dengan melangkah lebih jauh, dia akan menyedari nilai
sebenar seni mempertahankan diri. Ia sebenarnya bukanlah berkenaan aspek berlawan, tetapi
menjadikan kehidupan lebih tenteram.

PENUTUP

        Seni mempertahankan diri ini berkaitan dengan aplikasi sains dalam aktiviti fizikal dan sukan.
Seni mempertahankan diri hari ini perlu kepada pendekatan yang saintifik dan sistematik bagi
memastikan prestasi peserta dapat diperbaiki. Kefahaman ke atas beberapa disiplin dalam sains
sukan seperti anatomi, fisilogi, biomekanik, psikologi sukan, pengurusan sukan dan kaedah latihan
dipercayai dapat membantu para jurulatih untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek
kejurulatihan dan seterusnya membantu para atlit untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap
optimum.

Keupayaan dan prestasi individu dalam sesuatu sukan bergantung kepada sejauh mana tubuhnya
dapat mengadaptasi kepada latihan yang lasak. Beberapa sistem tubuh badan bergabung untuk
menerima latihan dan seterusnya mengadaptasi kepada latihan yang diterima sesuai dengan jenis
dan keperluan sukan yang diceburi. Antara sistem-sistem ini, lima sistem utama berperanan secara
langsung dalam sukan iaitu sistem rangka, system otot, sistem kardiorespiratori, sistem saraf dan
sistem tenaga. Oleh yang demikian, amat perlu bagi seseorang jurulatih untuk mengetahui dan
memahami sistem-sistem ini secara ringkas dalam membantu beliau menjadi seorang jurulatih yang
baik, dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan ini dalam latihannya.
RUJUKAN ;

Sains Sukan Tahap I; Edisi 2012 ; Majlis Sukan Negara

Sains Sukan Tahap II; Edisi 2012 ; Majlis Sukan Negara

Sains Sukan Tahap III; Edisi 2012 ; Unit Pendidikan Sains Kejurulatihan Cawangan MSN

Stunt fight Science, James Lew; Director

http://www.best-muaythai-equipment.com/basic-muaythai-techniques.html

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Sistem otot
Sistem ototSistem otot
Sistem otot
mothy
 
JARINGAN OTOT JANTUNG
JARINGAN OTOT JANTUNGJARINGAN OTOT JANTUNG
JARINGAN OTOT JANTUNG
Firdika Arini
 
Chapter 2 : Joints and Muscle
Chapter 2 : Joints and MuscleChapter 2 : Joints and Muscle
Chapter 2 : Joints and Muscle
Anshar Mansabadi
 

Was ist angesagt? (20)

Sistem otot
Sistem ototSistem otot
Sistem otot
 
Fix otot
Fix ototFix otot
Fix otot
 
3 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-43 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-4
 
Sistem otot
Sistem ototSistem otot
Sistem otot
 
ANALISIS PERGERAKAN
ANALISIS PERGERAKANANALISIS PERGERAKAN
ANALISIS PERGERAKAN
 
Presentasi ipa (otot) kelompok 6 rev
Presentasi ipa (otot) kelompok 6  revPresentasi ipa (otot) kelompok 6  rev
Presentasi ipa (otot) kelompok 6 rev
 
Sistem Otot pada Manusia
Sistem Otot pada ManusiaSistem Otot pada Manusia
Sistem Otot pada Manusia
 
Sistem otot manusia
Sistem otot manusiaSistem otot manusia
Sistem otot manusia
 
JARINGAN OTOT JANTUNG
JARINGAN OTOT JANTUNGJARINGAN OTOT JANTUNG
JARINGAN OTOT JANTUNG
 
Sistem Otot
Sistem OtotSistem Otot
Sistem Otot
 
Chapter 2 : Joints and Muscle
Chapter 2 : Joints and MuscleChapter 2 : Joints and Muscle
Chapter 2 : Joints and Muscle
 
Otot manusia
Otot manusiaOtot manusia
Otot manusia
 
Anatomi
AnatomiAnatomi
Anatomi
 
Sistem otot dan tulang manusia
Sistem otot dan tulang manusiaSistem otot dan tulang manusia
Sistem otot dan tulang manusia
 
Otot Manusia
Otot ManusiaOtot Manusia
Otot Manusia
 
STRUKTUR & FISIOLOGI - OTOT
STRUKTUR & FISIOLOGI - OTOTSTRUKTUR & FISIOLOGI - OTOT
STRUKTUR & FISIOLOGI - OTOT
 
Konsep dasar mobilisasi
Konsep dasar mobilisasiKonsep dasar mobilisasi
Konsep dasar mobilisasi
 
00936 mobilisasi
00936  mobilisasi00936  mobilisasi
00936 mobilisasi
 
15.hariyanto. pptx
15.hariyanto. pptx15.hariyanto. pptx
15.hariyanto. pptx
 
ppt Sistem otot rangka manusia
ppt Sistem otot rangka manusiappt Sistem otot rangka manusia
ppt Sistem otot rangka manusia
 

Ähnlich wie Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin

Pengenalan anatomi
Pengenalan anatomiPengenalan anatomi
Pengenalan anatomi
oshinizumi
 
Makalah biologi
Makalah biologiMakalah biologi
Makalah biologi
Warnet Raha
 
2. rangka otot & pesawat sederhana k13
2. rangka otot & pesawat sederhana k132. rangka otot & pesawat sederhana k13
2. rangka otot & pesawat sederhana k13
lore_rel_ka
 

Ähnlich wie Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin (20)

Sistem Otot
Sistem OtotSistem Otot
Sistem Otot
 
Anatomi Dan Fisiologi Tubuh Manusia Sistem Otot Dan Rangka
Anatomi Dan Fisiologi Tubuh Manusia Sistem Otot Dan RangkaAnatomi Dan Fisiologi Tubuh Manusia Sistem Otot Dan Rangka
Anatomi Dan Fisiologi Tubuh Manusia Sistem Otot Dan Rangka
 
Jenis jenis sendi dan pergerakan
Jenis jenis sendi dan pergerakanJenis jenis sendi dan pergerakan
Jenis jenis sendi dan pergerakan
 
Makalah tentang anatomi muskuloskeletal
Makalah tentang anatomi muskuloskeletalMakalah tentang anatomi muskuloskeletal
Makalah tentang anatomi muskuloskeletal
 
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (2).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (2).pdfBab 6 - Anatomi & Fisiologi (2).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (2).pdf
 
Muskuloskeletal_20231126_210437_0000.pdf
Muskuloskeletal_20231126_210437_0000.pdfMuskuloskeletal_20231126_210437_0000.pdf
Muskuloskeletal_20231126_210437_0000.pdf
 
Sistem gerak aktif
Sistem gerak aktif Sistem gerak aktif
Sistem gerak aktif
 
8 2. Gerak pada Manusia
8 2. Gerak pada Manusia8 2. Gerak pada Manusia
8 2. Gerak pada Manusia
 
Biologi SMA - Bab Sistem gerak pada manusia
Biologi SMA - Bab Sistem gerak pada manusiaBiologi SMA - Bab Sistem gerak pada manusia
Biologi SMA - Bab Sistem gerak pada manusia
 
Pengenalan anatomi
Pengenalan anatomiPengenalan anatomi
Pengenalan anatomi
 
Makalah biologi
Makalah biologiMakalah biologi
Makalah biologi
 
Sistem muskuloskeletal 2
Sistem muskuloskeletal 2Sistem muskuloskeletal 2
Sistem muskuloskeletal 2
 
Gerak ary
Gerak aryGerak ary
Gerak ary
 
Juliani.ppt1.3 a
Juliani.ppt1.3 aJuliani.ppt1.3 a
Juliani.ppt1.3 a
 
2. rangka otot & pesawat sederhana k13
2. rangka otot & pesawat sederhana k132. rangka otot & pesawat sederhana k13
2. rangka otot & pesawat sederhana k13
 
Sistem rangka
Sistem rangkaSistem rangka
Sistem rangka
 
Windy dwi jayanti (1113016100048)
Windy dwi jayanti (1113016100048)Windy dwi jayanti (1113016100048)
Windy dwi jayanti (1113016100048)
 
Kebutuhan aktivitas (mobilisasi)
Kebutuhan aktivitas (mobilisasi) Kebutuhan aktivitas (mobilisasi)
Kebutuhan aktivitas (mobilisasi)
 
Sistem-Gerak-Manusia.pptx
Sistem-Gerak-Manusia.pptxSistem-Gerak-Manusia.pptx
Sistem-Gerak-Manusia.pptx
 
Sistem MUSKULOSKELETAL.pptx
Sistem MUSKULOSKELETAL.pptxSistem MUSKULOSKELETAL.pptx
Sistem MUSKULOSKELETAL.pptx
 

Mehr von Jenry Saiparudin

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Jenry Saiparudin
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
Jenry Saiparudin
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
Jenry Saiparudin
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Jenry Saiparudin
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
Jenry Saiparudin
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Jenry Saiparudin
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 

Mehr von Jenry Saiparudin (20)

ITEM TV20106b
ITEM TV20106bITEM TV20106b
ITEM TV20106b
 
Force
ForceForce
Force
 
Pressure formulalist
Pressure formulalistPressure formulalist
Pressure formulalist
 
Formula of light mind map
Formula of light  mind mapFormula of light  mind map
Formula of light mind map
 
TD20003
TD20003TD20003
TD20003
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Heat formula list
Heat formula listHeat formula list
Heat formula list
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Tz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpictTz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpict
 
Kit transisi11
Kit transisi11Kit transisi11
Kit transisi11
 
Pemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bonoPemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bono
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
 
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
 

Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 TD20103: ANATOMI DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PENGENALAN Manusia merupakan organisma paling kompleks.Terdapat pelbagai sistem dalam tubuh badan manusia yang mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sistem badan yang lengkap dan berfungsi membolehkan manusia meneruskan kemandiriannya. Setiap sistem badan yang terdapat dalam tubuh badan manusia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dengan mengetahui struktur, fungsi dan kepentingan sistem yang terdapat dalam tubuh badan, maka kita akan berusaha menjaga kesihatan dan pemakanan kita untuk memastikan sistem badan berfungsi sepenuhnya. Selain itu, dalam dunia seni mempertahankan diri, kepentingan system ini telah lama dipratikkan dan di amalkan bagi mengekalkan kesihatan, senaman atau pun mempertahankan diri dalam situasi yang memerlukan. Kebanyakan seni mempertahan-kan diri lahir dari kuil-kuil penuh mistik di Asia. Pengamal atau perwira yang mengamalkan setiap disiplin membesar menjadi legenda dalam medan pertempuran dan juga gelanggang. Ketua-ketua rohaniah seperti sami Shaolin dari China mengimbangi ilmu meditasi Buddha dengan mempraktikkan seni mem-pertahankan diri, seterusnya menghasilkan gaya berlawan yang tidak dimamah usia. Kaitan Anatomi manusia Berikut adalah antara aspek yang melibatkan anatomi manusia dalam seni mempertahankan diri ;Antaranya; 1. Sistem Rangka 2. Sistem Sendi 3. Otot dan fungsi biomekanik Sistem rangka Sistem rangka merupakan suatu kerangka fleksibel yang memberi bentuk kepada tubuh, melindungi organ-orga vital, dan dengan bantuan otot-otot membolehkan badan yang hdup ( contonhya manusia ) bergerak. Antara fungsi sistem rangka adalah memberikan sokongan ke atas tisu-tisu lembut dan memberi tapak perlekatan otot. Ia juga memberikan perlindungan terhadap organ dalaman seperti otak ( oleh tulang cranium ), korda spina ( vertebra ), jantung dan paru-paru ( oleh tulang rusuk ) dan organ pembiakan (oleh tulang pelvis ) daripada tercedera. Tulang juga merupakan tuas pada mana otot melekat. Apabila otot berkontraksi, tulang yang bertindak sebagai tuas akan menghasilkan pergerakan. Selain itu, tulang juga menyimpan beberapa bahan galian, di mana bahan galian ini boleh dikeluarkan dan digunakan oleh bahagian lain tubuh sekiranya diperlukan. Manakala sum-sum tulang juga boleh menghasilkan sel darah ( proses hemopoisesis )
  • 2. Sistem Sendi Sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dan tulang. Adanya sendi menjadikan tulang-tulang lebih fleksibel, yakni mudah bergerak. Ikatan tulang-tulang antara satu dengan yang lain di sendi ini berlaku menerusi tisu perantara yang mudah lentur Struktur sendi penting dan boleh mempengaruhi fungsinya. Umumnya semakin rapat hubungan pada titik pertemuan semakin kuat sendi itu, tetapi pergerakan menjadi agak terbatas atau terhad. Semakin longgar hubungan pada titik pertemuan itu, semakin banyak pula pergerakan yang boleh dilakukan sendiri. Tetapi seumpama ini cenderung mudah terkehel atau mengalami dislokasi Selain itu, pergerakkan sendi juga ditentukan oleh kelenturan ( fleksibiliti ) tisu perantara yang mengikat tulang, serta kedudukan ligament, otot dan tendon. Sistem Otot Otot ialah organ yang mana menerusi kontraksi dan juga pengenduran, menghasilkan pergerakkan. Tisu otot menyumbang kira-kira 50% berat tubuh dan terdiri daripada sel-sel tertentu. Ciri-ciri otot termasuk mempunyai sifat boleh mengecut, iaitu berupaya untuk berkontraksi apabila rangsangan yang cukup diterima, dan akan mengendur ( relaxed ) apabila rangsangan dihentikan. Otot juga berupaya untuk menerima dan memberi respons terhadap rangsangan. Selain itu otot berupaya untuk teregang ( extensibility ). Berbalik kepada bentuk asal selepas mengalami kontraksi atau mengendur. Fungsi otot adalah untuk pergerakkan seperti berjalan, berlari dan pergerakkan setempat seperti memegang sesuatu atau menggerakkan kepala. Semua pergerakan ini bergantung kepada fungsi tulang,sendi dan otot yang melekat pada tulang. Pergerakan yang kurang disedari juga dihasilkan oleh otot, contohnya ialah denyutan jantung, pencernaan makanan oleh perut, pergerakan makanan di susu, kontarksi pundi hempedu untuk merembeskan cecair hempedu, dan kontraksi pundi kencing untuk mengecutkan air kencing. Otot juga berfungsi untuk mempertahankan kedudukan tubuh. Kontraksi otot rangka membolehkan tubuh berada dalam pelbagai kedudukan yang tetap seperti berdiri,tunduk,duduk dan seumpamanya. Selain itu, otot juga berfungsi menghasilkan haba. Kontraksi otot rangka boleh
  • 3. menghasilkan haba dan ini penting dalam mengawal atur suhu tubuh supaya tetap normal. Umpamanya, dalam waktu cuaca sejuk,tubuh kita mengigil. Hal ini berlaku keranan terjadinya kontraksi otot yang berulang-ulang dan dalam proses ini,tenaga digunakan. Pembakaran tenaga inilah yang menghasilkan haba. Makanya tenaga telah digunakan untuk memanaskan badan. Pengigilan dengan sendirinya terhenti apabila suhu tubuh kita mencapai aras normal. Satah anatomi dan Pergerakan Beberapa terminologi digunakan semasa menjelaskan beberapa struktur dalam tubuh badan. Lokasi bahagian tubuh badan dalam tiga satah yang dibayangkan atau imagineri. Satah sagital akan membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri dan kanan. Berasaskan satah sagital ini ada beberapa lagi jenis satah iaitu Satah Median yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri dan kanan. Satah koronal yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian depan dan belakang dan satah axial yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian atas dan bawah yang bersudut tepat dengan dua satah yang lain. Pergerakan pada satah sagital ialah membahagikan bahagian sebelah kanan dan kiri tubuh badan manusia. Pergerakan yang terlibat adalah seperti ; 1. Plexion – Extension – Hypertension 2. Dorsi & Plantar plexion 3. Knee plexion
  • 4. Kaitan dalam seni mempertahankan diri ( Tinju Muay Thai ) Tinju Muay Thai banyak melibatkan pergerakan anatomi dan mengenal-pasti spot-spot kelemahan pihak lawan, ini telah memberikan kesan terhadap persektif dunia terhadap tinju ini sebagai Tinju paling bahaya di dunia. Apakah jenis tumbukan yang dapat mematahkan tulang muka, meretakkan tempurung kepala atau menyebabkan seseorang pengsan serta merta? ”Ramai yang keliru antara Muay Thai dengan kickboxing yang menggunakan tumbukan dan tendangan. Muay Thai menggunakan siku, lutut dan bukan sekadar kaki dan tangan. Itulah sebab mengapa ia digelar sebagai 'seni membunuh',” kata Jaguh Muay Thai dunia, Melchor Menor. Pengenalan Tinju Muay Thai Muay Thai (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. Tinju Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan dan bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja. Muay Thai banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi. Muay Thai juga merupakan seni mempertahankan diri yang popular di Thailand. Menggunakan lutut, seni yang sekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam itu berupaya memampatkan lima sentimeter bahagian dada. menyebabkan lawan mereka pengsan selain mampu memberikan kesan seperti kehilangan keseimbangan, mematah tulang ataupun kecederaan pada organ dalaman. Satu tendangan yang mampu menye-babkan kecederaan dalaman yang teruk, malah juga kematian sekiranya tepat di bahagian yang senang cedera seperti di sternum, Pergerakan asas tinju Muay Thai Mae Mai Mae Mai bermaksud Teknik Asas Muay Thai, terdapat 15 pergerakan ke semuanya. Pergerakan asas ini harus dipelajari dan dipraktikan oleh peninju baru. Peninju baru mesti mahir dalam teknik asas tersebut sebelum meneruskan ke teknik yang lebih advance iaitu Luk Mai. Berikut adalah Teknik- teknik asas Mae Mai:
  • 5. 1. Salab Fan Pla (Cross-switch movement) advanced muaythai techniques -elbow-plexion -hip hypertension -left and right knee plexion Nota* Pergerakan untuk menepis tumbukan pihak lawan dan melindungi bahagian atas dada, manakal kedudukan lutut berada di tengah-tengah kedudukan kaki pihak lawan. 2. Paksa Wheg Rang (Bird peeping through the nest movement) - head rotation - arm extension - arm abduction - left and right knee plexion Nota* Pergerakan ini lebih kepada menepis dan menyerang, kedudukan tangan kiri menepis tumbukan pihak lawan dan tangan kanan sudah tersedia untuk menyerang-balas. 3. Chawa Sad Hok (Java throws spear movement) technique - head rotation - elbow plexion - knee plexion Nota* Pergerakan mematahkan posisi terdedah dan lembut pihak lawan, kedudukan siku pada bahagian tulang rusuk sebelah kiri dan lutut berada pada bahagian sebelah lutut pihak lawan. Bahagian yang disasarkan adalah bahagian yang rapuh bagi anatomi manusia. Kelemahannya untuk berfungsi menyebabkan pihak lawan tidak dapat menyerang-balas. 4. Inao Thaenk Krit (Inao stabs his kriss) - upper rotation - elbow plexion - knee plexion - dorsi plexion
  • 6. Nota* Serangan menggunakan siku menyasarkan bahagian abdomen pihak lawan. Bahagian abdomen adalah bahagian yang boleh menyebabkan pihak lawan sneak atau sukar untuk bernafas. Ini akan memberikan peluang untuk menjatuhkan pihak lawan. 5. Yoh Khao Phra Sumer (Lifting the Sumer Mountain) - head rotation - hip hypertension - elbow abduction - elbow plexion - left and right knee plexion Nota* Teknik memusingkan badan dan meyerang-balas. Teknik ini amat mengelirukan pihak lawan di mana kedudukan posisi selepas memusingkan sambil mengumpulkan tenaga dan menghayun penumbuk di bawah dagu pihak lawan. Rahang bersambung dengan bahagian pernafasan manusia. Kesan daripada tumbukan itu mnyebabkan pihak lawan mengalami kesukaran untuk focus secara langsung boleh mengakibatkan pihak lawan pengsan. 6. Ta Ter Kam Fak (Old man holding the melon) technique - Hip rotation - elbow plexion - knee plexion - dorsi plexion Nota* Pergerakan menepis dan menyerang balas, tangan kanan tersedia untuk mengelak manakala tangan kiri bersedia menyasarkan bahagian yang terdedah pada pihak lawan. 7. Mon Yan Lak (Mon supports the pillar) - Plantar plexion - knee extension - hip hypertension - elbow extension - elevation Nota* Teknik menahan menggunakan kaki, setelah menahan badan pihak lawan menerpa, secara langsung tenaga yang terkumpul semasa menahan digunakan untuk menolak badan pihak lawan.
  • 7. 8. Pak Luk Toi (Impaling the stake) basic muaythai techniques - head plexion - elbow plexion - knee plexion - dorsi plexion Nota* Teknik mempertahankan bahagian kepala, tendangan peninju Muay Thai di akui dunia menpunyai kekuatan yang luar biasa disebabkan disiplin latihan. Teknik menggunakan kedua-dua bahagian siku menahan tendangan pihak lawan mampu mempertahankan anggota-anggota tertentu dan mampu menyerang balas semula. 9. Jorake Faad Hang (Crocodile sweeps its tail) - Hip rotation - Leg plexion - Dorsi plexion Nota* Teknik tendangan ‘sidekick’ ke arah dagu pihak lawan, tendangan ini mampu menjatuhkan musuh dengan sekaligus. 10. Hak Nguang Iyara (Break the elephant's tusk) - Head plexion - Arm abduction - Arm adduction - knee plexion - dorsi plexion Nota* Teknik menahan tendangan dan mematahkan paha pihak lawan, bahagian paha adalah bahgian tulang panjang. Kecederaan pada paha tersebut menyebabkan kekuda pihak lawan akan terdedah.
  • 8. 11. Naga Bid Hang (Snake twists its tail) - Dorsi plexion - Hip hypertension - Elbow plexion Nota* Menahan tendangan menggunakan lutut,salah satu kelebihan tinju Muay Thai adalah penggunaan teknik menggunakan lutut. Lutut mempunyai struktur tulang yang kuat dan kukuh. Apabila peninju menggunakan teknik ini pada kedudukan yang tepat, ia dapat mendatangkan kecederaan yang serius terhadap pihak lawan. 12. Virun Hok Klab (Bird somersault) basic muaythai techniques - Hip hypertension - Knee plexion - Dorsi plexion Nota* Menahan tendangan pihak lawan dan menyasarkan di bahagian paha. Teknik ini bertujuan mematahkan serangan tendang dari pihak lawan. 13. Dap Chawala (Estinguish the lamp) technique - Hip plexion - Dorsi plexion - Arm plexion Nota* Teknik mengelak tumbukan pihak lawan dan menyerang-balas pada bahagian sekitar kepala. Bahagian yang sensitive yang boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. 14. Khun Yak Jab Ling (The giant catches the monkey) - Elbow plexion - Head plexion - Knee plexion - Dorsi plexion Nota* Teknik mengelak bahagian kepala daripada serangan pihak lawan, tangan sebelah kiri bersedia untuk menyerang-balas.
  • 9. 15. Hak Kho Erawan (To break the elephant's neck movement) - Elevation - Proktasi - knee plexion - Dorsi plexion Nota* Teknik merbahaya tinju Muay Thai, menggunakan lutut untuk menyerang bahagian kepala pihak lawan. Teknik ini dipercayai boleh memecahkan tengkorak kepala pihak lawan. 15 langkah atau pergerakan tersebut hanya untuk permulaan asas kepada kemahiran dalam bertinju, penggunaan pergerakan berulang seperti Elbow plexion, Knee plexion, Dorsi plexion dan rotation dapat membuktikan bahawa seni ini amat pantas dan mempunyai keupayaan tenaga yang terkumpul untuk menjatuhkan atau melumpuhkan pihak lawan sekaligus. Dunia seni mempertahan-kan diri sememangnya menarik, pada masa yang mampu menggerunkan sesiapa sahaja. Setiap pergerakan, baik tumbukan, tendangan mahupun gerak-geri melambangkan kehalusan, dan betapa agresifnya sesuatu seni itu. Kebanyakan seni mempertahan-kan diri lahir dari kuil-kuil penuh mistik di Asia. Pengamal atau perwira yang mengamalkan setiap disiplin membesar menjadi legenda dalam medan pertempuran dan juga gelanggang. Ketua-ketua rohaniah seperti sami Shaolin dari China mengimbangi ilmu meditasi Buddha dengan mempraktikkan seni mem-pertahankan diri, seterusnya menghasilkan gaya berlawan yang tidak dimamah usia. Penggambaran dan eksperimen yang dilaksanakan di sebuah dojo atau dewan latihan formal yang juga berperanan sebagai makmal, dilengkapi dengan per-alatan biomekanik, balistik, sains sukan dan juga rakaman gerak aksi. Penanda pemantul membarisi seluruh badan dengan 30 kamera inframerah mengesan setiap pergerakan ribuan kali setiap saat. Data yang diperoleh menghasilkan animasi komputer tiga dimensi (3D) yang membolehkan orang ramai melihat sendiri rahsia yang terkandung dalam suatu seni mempertahankan diri. Kita sering mempunyai kepercayaan bahawa seni mempertahankan diri mam-pu melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil dilaksanakan secara fizikal. Kini, gabungan antara seni ini dan sains mampu mencapai satu lagi tahap,” kata Pengarah Pertarungan dan Koordinator Stunt fight Science, James Lew. Lew yang juga ahli Hall of Fame Seni Mempertahankan Diri menyatakan, idea untuk menghasilkan rancangan tersebut datang daripada kekurangan ujian saintifik yang dijalankan oleh mana-mana pihak. Bagi ukuran impak, patung manusia sering digunakan. Ia merupakan kaedah untuk mengukur kuasa suatu tendangan atau tum-bukan. Instrumen saintifik lain turut digunakan untuk melihat kelajuan tumbukan, menguji keseimbangan badan kesateria, sela waktu reaksi dan juga keberkesanan suatu peralatan seni mempertahankan diri. Bagi saya ia penting kerana daripada penggunaan data saintiflk, kita mampu memperkembangkan kaedah latihan untuk melahirkan hero seni memperta­hankan diri yang lebih baik,” kata Lew.
  • 10. Antara seni mempertahankan diri yang dipaparkan dalam program yang disiarkan selama seminggu itu ialah karate, kung fu, jiujitsu, muay Thai, ninjitsu dan taekwando. Malah, seni tinju, memanah dan memecah objek seperti kepingan konkrit juga diuji dan dipertontonkan. Persoalan sama ada seorang pengamal mampu menjatuhkan lawannya hingga pengsan (KO) dengan hanya satu tumbukan terjawab dengan eksperimen yang dilakukan terhadap bahagian atas sebuah patung manusia. Suatu KO ialah mengenakan tenaga yang mencukupi pada tempat yang tepat untuk 'menutup' otak dan menyebabkan mangsa pengsan. Melalui sensor dan model, pengukuran tenaga dan kecederaan setiap tumbukan dikira. Setiap seni mempertahankan diri mempunyai stail dan kuasa tersendiri. Didapati, tumbukan seni kung fu menghasilkan 2,722.3 Newton (N) kuasa yang mampu mematahkan tulang muka, manakala tumbukan terus karate mengakibatkan 3.629.8N kuasa yang berupaya menjatuhkan lawan tetapi tidak menyebabkannya pengsan. Kuasa tumbukan taekwando (4.079N) mampu menyebabkan konkusi di kepala. Namun, dengan impak sekuat 4.417.1N yang sama dengan pukulan sebuah tukul besar, tumbukan si peninju mampu mengakibatkan lawannya pengsan hampir serta-merta. Data yang diperoleh daripada kamera gerak aksi yang menangkap tumbukan oleh peninju profesional, Steve Petramale, menunjukkan umpama rangkaian kinetik, kuasa tumbukan bermula di kaki beliau dan disalur keluar melalui genggamannya. Sekiranya KO mampu dicapai, bagaimana pula menggunakan kaki sebagai senjata? Mampukah ia mendapat keputusan yang sama dengan tumbukan? Tendangan berganda kung fu menghasilkan kuasa 4,363.7N, manakala tendangan paling kuat yang berperanan memusnahkan lawan oleh tendangan belakang berpusing seni taekwando yang menghasilkan 6.992.6N. Kedua-dua tendangan gagal menye-babkan lawan mereka pengsan tetapi mampu memberikan kesan seperti kehilangan keseimbangan, mematah tulang ataupun kecederaan pada organ dalaman. Satu tendangan yang mampu menye-babkan kecederaan dalaman yang teruk, malah juga kematian sekiranya tepat di bahagian yang senang sedera seperti di sternum, ialah Muay Thai yang juga merupakan seni mempertahankan diri yang popular di Thailand. Menggunakan lutut, seni yang sekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam itu berupaya memampatkan lima sentimeter bahagian dada. Pakar-pakar jiujitsu mengkaji badan manusia dengan ekstensif agar mampu mengekploitasi kelemahan anatomi manu-sia dan menewaskannya. 'Peralatan' utamanya bukanlah kuasa mahupun kekuatan sebaliknya tindakan pada anggota badan. Legenda pernah mengatakan seni mempertahankan diri sepatutnya bertindak pada kelajuan seekor ular yang mampu menyerang antara 2.4 sehingga 3.0 meter sesaat. Kamera berkelajuan tinggi mendapati satu tumbukan kung fu adalah empat kali lebih pantas daripada serangan seekor ular. Manakala ujian kepekaan turut dilaksanakan pada taekwando mengguna-kan sela masa reaksi terhadap stimulasi cahaya. Didapati, tindak balas pengamal seni mempertahankan diri adalah lebih pantas daripada mereka yang tidak mengamalkannya. Kuasa seni mempertahankan diri tidak bermaksud siapa yang paling kuat, tetapi keupayaan mengenakan impak terbesar pada sasaran,” kata Lew.
  • 11. Seni mempertahankan diri seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kepantasan, kuasa dan usaha minimum untuk kesan yang maksimum. Sehubungan itu, seni yang sering dikaitkan sebagai ’pelaksa kerja kotor Samurai’ atau ninjutsu mengimbangi segala kemahiran seni mempertahankan diri. Seni mempertahankan diri mempercayai senjata dengan pengamal seni itu seharusnya menjadi satu. Tetapi sebelum itu, diri mereka haruslah menjadi senjata yang tersendiri. Senjata yang hebat harus merangkumi tiga kriteria, iaitu memperbesarkan impak dengan gabungan kelajuan dan berat untuk menghasilkan kuasa, menambahkan jarak serangan dan pada masa yang sama boleh dikawal. Pelbagai senjata seni mempertahankan diri seperti pedang Katana, pedang lebar dan lurus, peralatan memanah dan nunchaku turut diuji. Ciri yang membolehkan suatu seni mempertahankan diri cemerlang dalam gaya masing-masing ialah apa yang saya gelar semangat seorang pejuang. Melalui proses fizikal, pengamal akan mengetahui bahawa seni ini adalah satu cara hidup dan dengan melangkah lebih jauh, dia akan menyedari nilai sebenar seni mempertahankan diri. Ia sebenarnya bukanlah berkenaan aspek berlawan, tetapi menjadikan kehidupan lebih tenteram. PENUTUP Seni mempertahankan diri ini berkaitan dengan aplikasi sains dalam aktiviti fizikal dan sukan. Seni mempertahankan diri hari ini perlu kepada pendekatan yang saintifik dan sistematik bagi memastikan prestasi peserta dapat diperbaiki. Kefahaman ke atas beberapa disiplin dalam sains sukan seperti anatomi, fisilogi, biomekanik, psikologi sukan, pengurusan sukan dan kaedah latihan dipercayai dapat membantu para jurulatih untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek kejurulatihan dan seterusnya membantu para atlit untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap optimum. Keupayaan dan prestasi individu dalam sesuatu sukan bergantung kepada sejauh mana tubuhnya dapat mengadaptasi kepada latihan yang lasak. Beberapa sistem tubuh badan bergabung untuk menerima latihan dan seterusnya mengadaptasi kepada latihan yang diterima sesuai dengan jenis dan keperluan sukan yang diceburi. Antara sistem-sistem ini, lima sistem utama berperanan secara langsung dalam sukan iaitu sistem rangka, system otot, sistem kardiorespiratori, sistem saraf dan sistem tenaga. Oleh yang demikian, amat perlu bagi seseorang jurulatih untuk mengetahui dan memahami sistem-sistem ini secara ringkas dalam membantu beliau menjadi seorang jurulatih yang baik, dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan ini dalam latihannya.
  • 12. RUJUKAN ; Sains Sukan Tahap I; Edisi 2012 ; Majlis Sukan Negara Sains Sukan Tahap II; Edisi 2012 ; Majlis Sukan Negara Sains Sukan Tahap III; Edisi 2012 ; Unit Pendidikan Sains Kejurulatihan Cawangan MSN Stunt fight Science, James Lew; Director http://www.best-muaythai-equipment.com/basic-muaythai-techniques.html