JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669
TD20103: ANATOMI DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
PENGENALAN
Manusia merupakan organisma paling kompleks.Terdapat pelbagai sistem dalam tubuh
badan manusia yang mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain.
Sistem badan yang lengkap dan berfungsi membolehkan manusia meneruskan kemandiriannya.
Setiap sistem badan yang terdapat dalam tubuh badan manusia mempunyai keunikannya yang
tersendiri. Dengan mengetahui struktur, fungsi dan kepentingan sistem yang terdapat dalam tubuh
badan, maka kita akan berusaha menjaga kesihatan dan pemakanan kita untuk memastikan sistem
badan berfungsi sepenuhnya.
Selain itu, dalam dunia seni mempertahankan diri, kepentingan system ini telah lama dipratikkan
dan di amalkan bagi mengekalkan kesihatan, senaman atau pun mempertahankan diri dalam situasi
yang memerlukan. Kebanyakan seni mempertahan-kan diri lahir dari kuil-kuil penuh mistik di Asia.
Pengamal atau perwira yang mengamalkan setiap disiplin membesar menjadi legenda dalam medan
pertempuran dan juga gelanggang. Ketua-ketua rohaniah seperti sami Shaolin dari China
mengimbangi ilmu meditasi Buddha dengan mempraktikkan seni mem-pertahankan diri, seterusnya
menghasilkan gaya berlawan yang tidak dimamah usia.
Kaitan Anatomi manusia
Berikut adalah antara aspek yang melibatkan anatomi manusia dalam seni mempertahankan diri
;Antaranya;
1. Sistem Rangka
2. Sistem Sendi
3. Otot dan fungsi biomekanik
Sistem rangka
Sistem rangka merupakan suatu kerangka fleksibel yang memberi bentuk
kepada tubuh, melindungi organ-orga vital, dan dengan bantuan otot-otot
membolehkan badan yang hdup ( contonhya manusia ) bergerak.
Antara fungsi sistem rangka adalah memberikan sokongan ke atas tisu-tisu
lembut dan memberi tapak perlekatan otot. Ia juga memberikan
perlindungan terhadap organ dalaman seperti otak ( oleh tulang cranium ),
korda spina ( vertebra ), jantung dan paru-paru ( oleh tulang rusuk ) dan
organ pembiakan (oleh tulang pelvis ) daripada tercedera. Tulang juga
merupakan tuas pada mana otot melekat. Apabila otot berkontraksi, tulang
yang bertindak sebagai tuas akan menghasilkan pergerakan. Selain itu,
tulang juga menyimpan beberapa bahan galian, di mana bahan galian ini
boleh dikeluarkan dan digunakan oleh bahagian lain tubuh sekiranya
diperlukan. Manakala sum-sum tulang juga boleh menghasilkan sel darah (
proses hemopoisesis )
Sistem Sendi
Sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara
rawan dan tulang. Adanya sendi menjadikan tulang-tulang lebih
fleksibel, yakni mudah bergerak. Ikatan tulang-tulang antara
satu dengan yang lain di sendi ini berlaku menerusi tisu
perantara yang mudah lentur
Struktur sendi penting dan boleh mempengaruhi fungsinya.
Umumnya semakin rapat hubungan pada titik pertemuan
semakin kuat sendi itu, tetapi pergerakan menjadi agak
terbatas atau terhad.
Semakin longgar hubungan pada titik pertemuan itu, semakin
banyak pula pergerakan yang boleh dilakukan sendiri. Tetapi
seumpama ini cenderung mudah terkehel atau mengalami
dislokasi
Selain itu, pergerakkan sendi juga ditentukan oleh kelenturan ( fleksibiliti ) tisu perantara yang
mengikat tulang, serta kedudukan ligament, otot dan tendon.
Sistem Otot
Otot ialah organ yang mana menerusi kontraksi dan juga
pengenduran, menghasilkan pergerakkan. Tisu otot
menyumbang kira-kira 50% berat tubuh dan terdiri daripada
sel-sel tertentu.
Ciri-ciri otot termasuk mempunyai sifat boleh mengecut, iaitu
berupaya untuk berkontraksi apabila rangsangan yang cukup
diterima, dan akan mengendur ( relaxed ) apabila rangsangan
dihentikan. Otot juga berupaya untuk menerima dan memberi
respons terhadap rangsangan. Selain itu otot berupaya untuk
teregang ( extensibility ). Berbalik kepada bentuk asal selepas
mengalami kontraksi atau mengendur.
Fungsi otot adalah untuk pergerakkan seperti berjalan, berlari dan pergerakkan setempat seperti
memegang sesuatu atau menggerakkan kepala. Semua pergerakan ini bergantung kepada fungsi
tulang,sendi dan otot yang melekat pada tulang.
Pergerakan yang kurang disedari juga dihasilkan oleh otot, contohnya ialah denyutan jantung,
pencernaan makanan oleh perut, pergerakan makanan di susu, kontarksi pundi hempedu untuk
merembeskan cecair hempedu, dan kontraksi pundi kencing untuk mengecutkan air kencing.
Otot juga berfungsi untuk mempertahankan kedudukan tubuh. Kontraksi otot rangka membolehkan
tubuh berada dalam pelbagai kedudukan yang tetap seperti berdiri,tunduk,duduk dan
seumpamanya. Selain itu, otot juga berfungsi menghasilkan haba. Kontraksi otot rangka boleh
menghasilkan haba dan ini penting dalam mengawal atur suhu tubuh supaya tetap normal.
Umpamanya, dalam waktu cuaca sejuk,tubuh kita mengigil. Hal ini berlaku keranan terjadinya
kontraksi otot yang berulang-ulang dan dalam proses ini,tenaga digunakan. Pembakaran tenaga
inilah yang menghasilkan haba. Makanya tenaga telah digunakan untuk memanaskan badan.
Pengigilan dengan sendirinya terhenti apabila suhu tubuh kita mencapai aras normal.
Satah anatomi dan Pergerakan
Beberapa terminologi digunakan semasa menjelaskan beberapa struktur dalam tubuh badan. Lokasi
bahagian tubuh badan dalam tiga satah yang dibayangkan atau imagineri. Satah sagital akan
membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri dan kanan. Berasaskan satah sagital ini ada
beberapa lagi jenis satah iaitu Satah Median yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri
dan kanan. Satah koronal yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian depan dan belakang
dan satah axial yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian atas dan bawah yang bersudut
tepat dengan dua satah yang lain.
Pergerakan pada satah sagital ialah membahagikan bahagian sebelah kanan dan kiri tubuh badan
manusia. Pergerakan yang terlibat adalah seperti ;
1. Plexion – Extension – Hypertension
2. Dorsi & Plantar plexion
3. Knee plexion
Kaitan dalam seni mempertahankan diri ( Tinju Muay Thai )
Tinju Muay Thai banyak melibatkan pergerakan anatomi dan mengenal-pasti spot-spot kelemahan
pihak lawan, ini telah memberikan kesan terhadap persektif dunia terhadap tinju ini sebagai Tinju
paling bahaya di dunia.
Apakah jenis tumbukan yang dapat
mematahkan tulang muka, meretakkan
tempurung kepala atau menyebabkan
seseorang pengsan serta merta?
”Ramai yang keliru antara Muay Thai
dengan kickboxing yang menggunakan
tumbukan dan tendangan. Muay Thai
menggunakan siku, lutut dan bukan
sekadar kaki dan tangan. Itulah sebab
mengapa ia digelar sebagai 'seni
membunuh',” kata Jaguh Muay Thai dunia,
Melchor Menor.
Pengenalan Tinju Muay Thai
Muay Thai (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan
masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. Tinju
Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan dan
bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja.
Muay Thai banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain
tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini
mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi.
Muay Thai juga merupakan seni mempertahankan diri yang popular di Thailand. Menggunakan lutut,
seni yang sekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam itu
berupaya memampatkan lima sentimeter bahagian dada. menyebabkan lawan mereka pengsan
selain mampu memberikan kesan seperti kehilangan keseimbangan, mematah tulang ataupun
kecederaan pada organ dalaman. Satu tendangan yang mampu menye-babkan kecederaan dalaman
yang teruk, malah juga kematian sekiranya tepat di bahagian yang senang cedera seperti di sternum,
Pergerakan asas tinju Muay Thai
Mae Mai
Mae Mai bermaksud Teknik Asas Muay Thai, terdapat 15 pergerakan ke semuanya. Pergerakan asas
ini harus dipelajari dan dipraktikan oleh peninju baru. Peninju baru mesti mahir dalam teknik asas
tersebut sebelum meneruskan ke teknik yang lebih advance iaitu Luk Mai. Berikut adalah Teknik-
teknik asas Mae Mai:
1. Salab Fan Pla (Cross-switch movement) advanced muaythai techniques
-elbow-plexion
-hip hypertension
-left and right knee plexion
Nota* Pergerakan untuk menepis tumbukan pihak lawan dan melindungi bahagian atas dada,
manakal kedudukan lutut berada di tengah-tengah kedudukan kaki pihak lawan.
2. Paksa Wheg Rang (Bird peeping through the nest movement)
- head rotation
- arm extension
- arm abduction
- left and right knee plexion
Nota* Pergerakan ini lebih kepada menepis dan menyerang, kedudukan tangan kiri menepis
tumbukan pihak lawan dan tangan kanan sudah tersedia untuk menyerang-balas.
3. Chawa Sad Hok (Java throws spear movement) technique
- head rotation
- elbow plexion
- knee plexion
Nota* Pergerakan mematahkan posisi terdedah dan lembut pihak lawan, kedudukan siku pada
bahagian tulang rusuk sebelah kiri dan lutut berada pada bahagian sebelah lutut pihak lawan.
Bahagian yang disasarkan adalah bahagian yang rapuh bagi anatomi manusia. Kelemahannya untuk
berfungsi menyebabkan pihak lawan tidak dapat menyerang-balas.
4. Inao Thaenk Krit (Inao stabs his kriss)
- upper rotation
- elbow plexion
- knee plexion
- dorsi plexion
Nota* Serangan menggunakan siku menyasarkan bahagian abdomen pihak lawan. Bahagian
abdomen adalah bahagian yang boleh menyebabkan pihak lawan sneak atau sukar untuk bernafas.
Ini akan memberikan peluang untuk menjatuhkan pihak lawan.
5. Yoh Khao Phra Sumer (Lifting the Sumer Mountain)
- head rotation
- hip hypertension
- elbow abduction
- elbow plexion
- left and right knee plexion
Nota* Teknik memusingkan badan dan meyerang-balas. Teknik ini amat mengelirukan pihak lawan
di mana kedudukan posisi selepas memusingkan sambil mengumpulkan tenaga dan menghayun
penumbuk di bawah dagu pihak lawan. Rahang bersambung dengan bahagian pernafasan manusia.
Kesan daripada tumbukan itu mnyebabkan pihak lawan mengalami kesukaran untuk focus secara
langsung boleh mengakibatkan pihak lawan pengsan.
6. Ta Ter Kam Fak (Old man holding the melon) technique
- Hip rotation
- elbow plexion
- knee plexion
- dorsi plexion
Nota* Pergerakan menepis dan menyerang balas, tangan kanan tersedia untuk mengelak manakala
tangan kiri bersedia menyasarkan bahagian yang terdedah pada pihak lawan.
7. Mon Yan Lak (Mon supports the pillar)
- Plantar plexion
- knee extension
- hip hypertension
- elbow extension
- elevation
Nota* Teknik menahan menggunakan kaki, setelah menahan badan pihak lawan menerpa, secara
langsung tenaga yang terkumpul semasa menahan digunakan untuk menolak badan pihak lawan.
8. Pak Luk Toi (Impaling the stake) basic muaythai techniques
- head plexion
- elbow plexion
- knee plexion
- dorsi plexion
Nota* Teknik mempertahankan bahagian kepala, tendangan peninju Muay Thai di akui dunia
menpunyai kekuatan yang luar biasa disebabkan disiplin latihan. Teknik menggunakan kedua-dua
bahagian siku menahan tendangan pihak lawan mampu mempertahankan anggota-anggota tertentu
dan mampu menyerang balas semula.
9. Jorake Faad Hang (Crocodile sweeps its tail)
- Hip rotation
- Leg plexion
- Dorsi plexion
Nota* Teknik tendangan ‘sidekick’ ke arah dagu pihak lawan, tendangan ini mampu menjatuhkan
musuh dengan sekaligus.
10. Hak Nguang Iyara (Break the elephant's tusk)
- Head plexion
- Arm abduction
- Arm adduction
- knee plexion
- dorsi plexion
Nota* Teknik menahan tendangan dan mematahkan paha pihak lawan, bahagian paha adalah
bahgian tulang panjang. Kecederaan pada paha tersebut menyebabkan kekuda pihak lawan akan
terdedah.
11. Naga Bid Hang (Snake twists its tail)
- Dorsi plexion
- Hip hypertension
- Elbow plexion
Nota* Menahan tendangan menggunakan lutut,salah satu kelebihan tinju Muay Thai adalah
penggunaan teknik menggunakan lutut. Lutut mempunyai struktur tulang yang kuat dan kukuh.
Apabila peninju menggunakan teknik ini pada kedudukan yang tepat, ia dapat mendatangkan
kecederaan yang serius terhadap pihak lawan.
12. Virun Hok Klab (Bird somersault) basic muaythai techniques
- Hip hypertension
- Knee plexion
- Dorsi plexion
Nota* Menahan tendangan pihak lawan dan menyasarkan di bahagian paha. Teknik ini bertujuan
mematahkan serangan tendang dari pihak lawan.
13. Dap Chawala (Estinguish the lamp) technique
- Hip plexion
- Dorsi plexion
- Arm plexion
Nota* Teknik mengelak tumbukan pihak lawan dan menyerang-balas pada bahagian sekitar kepala.
Bahagian yang sensitive yang boleh menyebabkan pendarahan yang banyak.
14. Khun Yak Jab Ling (The giant catches the monkey)
- Elbow plexion
- Head plexion
- Knee plexion
- Dorsi plexion
Nota* Teknik mengelak bahagian kepala daripada serangan pihak lawan, tangan sebelah kiri
bersedia untuk menyerang-balas.
15. Hak Kho Erawan (To break the elephant's neck movement)
- Elevation
- Proktasi
- knee plexion
- Dorsi plexion
Nota* Teknik merbahaya tinju Muay Thai, menggunakan lutut untuk menyerang bahagian kepala
pihak lawan. Teknik ini dipercayai boleh memecahkan tengkorak kepala pihak lawan.
15 langkah atau pergerakan tersebut hanya untuk permulaan asas kepada kemahiran dalam
bertinju, penggunaan pergerakan berulang seperti Elbow plexion, Knee plexion, Dorsi plexion dan
rotation dapat membuktikan bahawa seni ini amat pantas dan mempunyai keupayaan tenaga yang
terkumpul untuk menjatuhkan atau melumpuhkan pihak lawan sekaligus.
Dunia seni mempertahan-kan diri sememangnya menarik, pada masa yang mampu
menggerunkan sesiapa sahaja. Setiap pergerakan, baik tumbukan, tendangan mahupun gerak-geri
melambangkan kehalusan, dan betapa agresifnya sesuatu seni itu.
Kebanyakan seni mempertahan-kan diri lahir dari kuil-kuil penuh mistik di Asia. Pengamal
atau perwira yang mengamalkan setiap disiplin membesar menjadi legenda dalam medan
pertempuran dan juga gelanggang. Ketua-ketua rohaniah seperti sami Shaolin dari China
mengimbangi ilmu meditasi Buddha dengan mempraktikkan seni mem-pertahankan diri, seterusnya
menghasilkan gaya berlawan yang tidak dimamah usia.
Penggambaran dan eksperimen yang dilaksanakan di sebuah dojo atau dewan latihan formal
yang juga berperanan sebagai makmal, dilengkapi dengan per-alatan biomekanik, balistik, sains
sukan dan juga rakaman gerak aksi. Penanda pemantul membarisi seluruh badan dengan 30 kamera
inframerah mengesan setiap pergerakan ribuan kali setiap saat. Data yang diperoleh menghasilkan
animasi komputer tiga dimensi (3D) yang membolehkan orang ramai melihat sendiri rahsia yang
terkandung dalam suatu seni mempertahankan diri. Kita sering mempunyai kepercayaan bahawa
seni mempertahankan diri mam-pu melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil dilaksanakan secara
fizikal. Kini, gabungan antara seni ini dan sains mampu mencapai satu lagi tahap,” kata Pengarah
Pertarungan dan Koordinator Stunt fight Science, James Lew. Lew yang juga ahli Hall of Fame Seni
Mempertahankan Diri menyatakan, idea untuk menghasilkan rancangan tersebut datang daripada
kekurangan ujian saintifik yang dijalankan oleh mana-mana pihak. Bagi ukuran impak, patung
manusia sering digunakan.
Ia merupakan kaedah untuk mengukur kuasa suatu tendangan atau tum-bukan. Instrumen saintifik
lain turut digunakan untuk melihat kelajuan tumbukan, menguji keseimbangan badan kesateria, sela
waktu reaksi dan juga keberkesanan suatu peralatan seni mempertahankan diri. Bagi saya ia penting
kerana daripada penggunaan data saintiflk, kita mampu memperkembangkan kaedah latihan untuk
melahirkan hero seni mempertahankan diri yang lebih baik,” kata Lew.
Antara seni mempertahankan diri yang dipaparkan dalam program yang disiarkan selama seminggu
itu ialah karate, kung fu, jiujitsu, muay Thai, ninjitsu dan taekwando. Malah, seni tinju, memanah
dan memecah objek seperti kepingan konkrit juga diuji dan dipertontonkan.
Persoalan sama ada seorang pengamal mampu menjatuhkan lawannya hingga pengsan (KO) dengan
hanya satu tumbukan terjawab dengan eksperimen yang dilakukan terhadap bahagian atas sebuah
patung manusia. Suatu KO ialah mengenakan tenaga yang mencukupi pada tempat yang tepat untuk
'menutup' otak dan menyebabkan mangsa pengsan. Melalui sensor dan model, pengukuran tenaga
dan kecederaan setiap tumbukan dikira. Setiap seni mempertahankan diri mempunyai stail dan
kuasa tersendiri. Didapati, tumbukan seni kung fu menghasilkan 2,722.3 Newton (N) kuasa yang
mampu mematahkan tulang muka, manakala tumbukan terus karate mengakibatkan 3.629.8N kuasa
yang berupaya menjatuhkan lawan tetapi tidak menyebabkannya pengsan. Kuasa tumbukan
taekwando (4.079N) mampu menyebabkan konkusi di kepala. Namun, dengan impak sekuat
4.417.1N yang sama dengan pukulan sebuah tukul besar, tumbukan si peninju mampu
mengakibatkan lawannya pengsan hampir serta-merta.
Data yang diperoleh daripada kamera gerak aksi yang menangkap tumbukan oleh peninju
profesional, Steve Petramale, menunjukkan umpama rangkaian kinetik, kuasa tumbukan bermula di
kaki beliau dan disalur keluar melalui genggamannya. Sekiranya KO mampu dicapai, bagaimana pula
menggunakan kaki sebagai senjata? Mampukah ia mendapat keputusan yang sama dengan
tumbukan? Tendangan berganda kung fu menghasilkan kuasa 4,363.7N, manakala tendangan paling
kuat yang berperanan memusnahkan lawan oleh tendangan belakang berpusing seni taekwando
yang menghasilkan 6.992.6N.
Kedua-dua tendangan gagal menye-babkan lawan mereka pengsan tetapi mampu memberikan
kesan seperti kehilangan keseimbangan, mematah tulang ataupun kecederaan pada organ dalaman.
Satu tendangan yang mampu menye-babkan kecederaan dalaman yang teruk, malah juga kematian
sekiranya tepat di bahagian yang senang sedera seperti di sternum, ialah Muay Thai yang juga
merupakan seni mempertahankan diri yang popular di Thailand. Menggunakan lutut, seni yang
sekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam itu berupaya
memampatkan lima sentimeter bahagian dada.
Pakar-pakar jiujitsu mengkaji badan manusia dengan ekstensif agar mampu mengekploitasi
kelemahan anatomi manu-sia dan menewaskannya. 'Peralatan' utamanya bukanlah kuasa mahupun
kekuatan sebaliknya tindakan pada anggota badan.
Legenda pernah mengatakan seni mempertahankan diri sepatutnya bertindak pada kelajuan seekor
ular yang mampu menyerang antara 2.4 sehingga 3.0 meter sesaat. Kamera berkelajuan tinggi
mendapati satu tumbukan kung fu adalah empat kali lebih pantas daripada serangan seekor ular.
Manakala ujian kepekaan turut dilaksanakan pada taekwando mengguna-kan sela masa reaksi
terhadap stimulasi cahaya. Didapati, tindak balas pengamal seni mempertahankan diri adalah lebih
pantas daripada mereka yang tidak mengamalkannya. Kuasa seni mempertahankan diri tidak
bermaksud siapa yang paling kuat, tetapi keupayaan mengenakan impak terbesar pada sasaran,”
kata Lew.
Seni mempertahankan diri seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kepantasan, kuasa
dan usaha minimum untuk kesan yang maksimum. Sehubungan itu, seni yang sering dikaitkan
sebagai ’pelaksa kerja kotor Samurai’ atau ninjutsu mengimbangi segala kemahiran seni
mempertahankan diri.
Seni mempertahankan diri mempercayai senjata dengan pengamal seni itu seharusnya menjadi satu.
Tetapi sebelum itu, diri mereka haruslah menjadi senjata yang tersendiri. Senjata yang hebat harus
merangkumi tiga kriteria, iaitu memperbesarkan impak dengan gabungan kelajuan dan berat untuk
menghasilkan kuasa, menambahkan jarak serangan dan pada masa yang sama boleh dikawal.
Pelbagai senjata seni mempertahankan diri seperti pedang Katana, pedang lebar dan lurus,
peralatan memanah dan nunchaku turut diuji.
Ciri yang membolehkan suatu seni mempertahankan diri cemerlang dalam gaya masing-masing ialah
apa yang saya gelar semangat seorang pejuang. Melalui proses fizikal, pengamal akan mengetahui
bahawa seni ini adalah satu cara hidup dan dengan melangkah lebih jauh, dia akan menyedari nilai
sebenar seni mempertahankan diri. Ia sebenarnya bukanlah berkenaan aspek berlawan, tetapi
menjadikan kehidupan lebih tenteram.
PENUTUP
Seni mempertahankan diri ini berkaitan dengan aplikasi sains dalam aktiviti fizikal dan sukan.
Seni mempertahankan diri hari ini perlu kepada pendekatan yang saintifik dan sistematik bagi
memastikan prestasi peserta dapat diperbaiki. Kefahaman ke atas beberapa disiplin dalam sains
sukan seperti anatomi, fisilogi, biomekanik, psikologi sukan, pengurusan sukan dan kaedah latihan
dipercayai dapat membantu para jurulatih untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek
kejurulatihan dan seterusnya membantu para atlit untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap
optimum.
Keupayaan dan prestasi individu dalam sesuatu sukan bergantung kepada sejauh mana tubuhnya
dapat mengadaptasi kepada latihan yang lasak. Beberapa sistem tubuh badan bergabung untuk
menerima latihan dan seterusnya mengadaptasi kepada latihan yang diterima sesuai dengan jenis
dan keperluan sukan yang diceburi. Antara sistem-sistem ini, lima sistem utama berperanan secara
langsung dalam sukan iaitu sistem rangka, system otot, sistem kardiorespiratori, sistem saraf dan
sistem tenaga. Oleh yang demikian, amat perlu bagi seseorang jurulatih untuk mengetahui dan
memahami sistem-sistem ini secara ringkas dalam membantu beliau menjadi seorang jurulatih yang
baik, dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan ini dalam latihannya.
RUJUKAN ;
Sains Sukan Tahap I; Edisi 2012 ; Majlis Sukan Negara
Sains Sukan Tahap II; Edisi 2012 ; Majlis Sukan Negara
Sains Sukan Tahap III; Edisi 2012 ; Unit Pendidikan Sains Kejurulatihan Cawangan MSN
Stunt fight Science, James Lew; Director
http://www.best-muaythai-equipment.com/basic-muaythai-techniques.html