SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 46
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
JULAI 2001
Cetakan Pertama 2001
© Kementerian Pendidikan Malaysia


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah,
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran
Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.


Perpustakaan Negara Malaysia        Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum
      Pembelajaran secara konstruktivisme / Pusat Perkembangan
      Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
      Bibliografi: ms. 38
      ISBN 983-2340-32-2
      1. Constructivism (Education). 2. Cognitive learning. 3. Leaning,
      Psychology of. I. Judul
      370.152




                                         i
KATA PENGANTAR

     Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi
penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan
kehendak pendidikan masa kini dan masa depan.



       Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan
strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan
pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang
pengurusan dan pelaksanaan kurikulum.



      Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan
suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan
untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam
usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan.



       PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku
penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan
oleh semua pihak yang terlibat.




Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia




                                    ii
KANDUNGAN                                       MUKA SURAT


Objektif Modul                                      1

Pengenalan                                          2

Teori Pembelajaran                                  3

Apakah Konstruktivisme?                             6

Implikasi Pengertian Konstruktivisme                11

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme       12

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme       13

Peranan Murid Dan Guru Serta Cabaran
      Kelas Konstruktivisme                         15

Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional
      Dan Konstruktivisme                           18

Contoh Pembelajaran Secara Konstruktivisme          19

Penilaian Modul                                     37

Rujukan                                             38

Lampiran                                            41




                                       iii
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




PEMBELAJARAN
SECARA KONSTRUKTIVISME




OBJEKTIF MODUL



   Membezakan pelbagai pandangan tentang teori
   pembelajaran

   Menyatakan     pengertian    dan             implikasi
   pembelajaran secara konstruktivisme
   Menyenaraikan     ciri-ciri   pembelajaran     secara
   konstruktivisme
   Menghuraikan kepentingan pembelajaran secara
   konstruktivisme
   Mengaplikasikan        pembelajaran     secara
   konstruktivisme     dalam    pengajaran    dan
   pembelajaran




                                 1
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




PENGENALAN



    “In class, try to avoid telling your students any answers …. Do not
    prepare a lesson plan. Instead, confront your students with some
    sort of problem which might interest them. Then, allow them to work
    the problem through without your advice or counsel. Your talk
    should consist of questions directed to particular students, based on
    remarks made by those students. If a student asks you a question,
    tell him that you don't know the answer, even if you do. Don't be
    frightened by the long stretches of silence that might occur. Silence
    may mean that the students are thinking.”

                                  (Postman, N.& Weingartner, C.,1969)




 Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara
 bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula
 menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru
 ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan
 secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya
 melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali
 sebagai    Konstruktivisme      yang         mampu       menyediakan
 warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan
 pada masa hadapan.




                                      2
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




TEORI PEMBELAJARAN :                    DARIPADA       BEHAVIORISME
KEPADA KONSTRUKTIVISME


                            BEHAVIORISME


    •   Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.

    •   Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran
        atau hukuman.

    •   Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang
        boleh diukur atau diperhatikan.

    •   Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid
        dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.




Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan
adalah teori Behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong
Behaviorisme adalah B. F. Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike.
Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan.
Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkah laku         ini. Mereka tidak
mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan
imej mental.   Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi
penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan
lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi
ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu
perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya.


Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya.
Menurut Gardner (2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau
kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh
diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil
tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan
yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru


                                    3
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang
menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih
tubi.   Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan,
bukannya kefahaman murid.



                                   KOGNITIVISME


        •     Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema.


        •     Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu
              diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau
              skema diubah suai.




Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh
pengetahuan ialah secara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme
adalah Jean Piaget.       Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental.
Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental
yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan
maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat
ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat
tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang
ada,        maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai     atau skema akan
diubah suai.




                                        4
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




                            KONSTRUKTIVISME


          Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan
          kepada pengetahuan sedia ada.




Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu
pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme.
Mengikut Konstruktivisme,   pengetahuan dibina secara aktif oleh individu
yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan
yang disampaikan oleh gurunya.       Murid akan menyesuaikan sebarang
maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk
pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama
rakan dan gurunya.




                                     5
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




APAKAH KONSTRUKTIVISME ?



 “Constructivism is an approach to teaching based on research about how
 people learn. Many researchers say that each individual constructs
 knowledge rather than receiving it from others.”

                                               (McBrien & Brandt,1997)

 (Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
 kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
 penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan
 bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain)




  “They are constructing their own knowledge by testing ideas and
  approaches based on their prior knowledge and experience, applying
  these to a new situation and integrating the new knowledge gained with
  pre-existing intellectual constructs.”


  (Briner, M.,1999)

  (Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
  pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
  mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan
  pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
  wujud)




                                   6
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




“Constructivist theory posits that students make sense of the world by
synthesizing new experiences into what they have previously
understood. They form rules through reflection on their interaction with
objects and ideas. When they encounter an object, idea or relationship
that does not make sense to them, they either interpret what they see to
conform to their rules or they adjust their rules to better account for the
new information.”
                                                   (Brooks & Brooks, 1993)

(Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna
tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang
mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila
mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak
bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada
menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan
peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan
peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan
lebih baik)




                                   7
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




“In the contructivist theory the emphasis is placed on the learner or the
student rather than the teacher or the instructor. It is the learner who
interacts with objects and events and thereby gains an understanding
of the features held by objects or events. The learner, therefore,
constructs his/her own conceptualizations and solutions to problems.
Learner autonomy and initiative is accepted and encouraged.”
                                                ( Sushkin, N., 1999 )
(Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid
lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi
dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang
bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri
konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan
inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan).




 “konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen
 terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan
 sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai
 oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang
 dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau
 pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan
 tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu
 kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan
 membentuk       pengetahuan      sendiri  dengan     menggunakan
 pengalamannya secara terpilih”
                                           ( Nik Azis Nik Pa, 1999 )




                                    8
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian
pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang
berikut:




                         KONSTRUKTIVISME

 Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
 sendiri   pengetahuan   atau   konsep    secara    aktif   berdasarkan
 pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid
 akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
 sedia ada untuk membina pengetahuan baru.




                                  9
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




Pengetahuan
Idea
Konsep
Kemahiran
Maklumat




                    Pengetahuan yang diterima
                    Pengetahuan sedia ada
                    Pengetahuan baru yang telah dibina
                                      (Tran Vui, 1999)




 Rajah 1: Gambaran Pengertian Konstruktivisme




                       10
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




      IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME




                                                                 Pengetahuan yang
              Pengajaran    dan                                  dipunyai oleh murid
              pembelajaran akan                                 adalah hasil darIpada
              berpusatkan murid                                      aktiviti yang
                                                                dilakukan oleh murid
                                                                 tersebut dan bukan
                                                                   pengajaran yang
                                                                diterima secara pasif




                                     IMPLIKASI
                                     DARIPADA
Guru berperanan
                                    PENGERTIAN
                                  KONSTRUKTIVISME                     Guru akan mengenal
sebagai fasilitator                                                    pasti pengetahuan
 yang membantu                                                        sedia ada murid dan
 murid membina                                                         merancang kaedah
pengetahuan dan                                                         pengajarannya
  menyelesaikan                                                        dengan sifat asas
    masalah                                                              pengetahuan
                                                                             tersebut




                                      Guru berperanan
                                   sebagai pereka bentuk
                                     bahan pengajaran
                                     yang menyediakan
                                   peluang kepada murid
                                      untuk membina
                                     pengetahuan baru




       Rajah 2 : Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme




                                            11
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




    CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




     Menggalakkan soalan/idea          Menggalakkan murid
     yang dimulakan oleh               bertanya dan berdialog           Menganggap
     murid dan                         dengan murid dan guru            pembelajaran sebagai
     menggunakannya sebagai
                                                                        satu proses yang sama
     panduan merancang
                                                                        penting dengan hasil
     pengajaran
                                                                        pembelajaran



 Mengambil kira
 kepercayaan dan sikap                       Ciri-ciri                          Menyokong
 yang dibawa oleh                                                               pembelajaran    secara
                                           Pembelajaran
 murid                                                                          koperatif
                                              Secara
                                          Konstruktivisme

Mengambil kira dapatan kajian
tentang bagaimana murid belajar
                                                                        Menggalakkan dan
sesuatu idea
                                                                        menerima daya usaha dan
                                                                        autonomi murid


      Menggalakkan    proses inkuiri
      murid   melalui  kajian  dan
      eksperimen                                      Memberi peluang kepada murid untuk membina
                                                      pengetahuan baru dengan memahaminya melalui
                                                      penglibatan murid dengan situasi dunia yang
                                                      sebenar




                  Rajah 3 : Ciri- Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme




                                                12
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




                           LEBIH
                          BERFIKIR



        LEBIH
      SERONOK                                    LEBIH
                                                 FAHAM


                       MURID




       LEBIH
   BERKEMAHIRAN
      SOSIAL                                     LEBIH
                                                 INGAT


                         LEBIH
                         YAKIN




  Rajah 4. Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme




                           13
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME



     KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME



                Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk
                menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang
Berfikir        bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai
                contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan
                seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data,
                membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.




                Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila
 Faham          mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
                Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
                mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi
                baru.

                Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih
                lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam
  Ingat     .   mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
                untuk membina pengetahuan baru.



                Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina
  Yakin         sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih
                yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan
                masalah dalam situasi baru.




Kemahiran       Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain
sosial          dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini
                diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam
                membina pengetahuan mereka.




                Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri
                pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih
 Seronok        faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
   .            walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.




                               14
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS
KONSTRUKTIVIS

Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas,
peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam
bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabaran-
cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara
konstruktivisme.




                              Peranan Murid

   •          Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan
       isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab
       soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran
       mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

   •   Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.
       Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan
       idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat
       mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina
       asas pengetahuan yang mereka faham.

   •   Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang
       untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk
       menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam
       kumpulan.

   •   Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau
       interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.




                                    15
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




                        Peranan Guru

•   Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai
    pandangan mereka.
•   Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
•   Membantu murid menyedari       kerelevanan    kurikulum    kepada
    kehidupan mereka.
•   Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan
    hanya dalam bentuk ujian bertulis.
•   Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk
    penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat
    hipotesis.
•   Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
•   Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan
    bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
•   Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan
    setelah soalan dikemukakan.
•   Memberi masa secukupnya kepada murid untuk                membuat
    perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
•   Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan
    tertentu.
•   Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.




                             16
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




                     Cabaran Guru Konstruktivis


     •   Guru merasa mereka tidak mengajar .
     •   Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran                secara
         konstruktivisme dianggap tidak realistik.
     •   Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi .
     •   Kawalan kelas agak merosot.
     •   Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan
         konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta
         pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.


Walaupun terdapat beberapa kesulitan berkaitan dengan pelaksanaan
pembelajaran secara konstruktivisme, kesulitan itu harus dipandang
sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru.




                                  17
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




PERBANDINGAN PEMBELAJARAN              SECARA       TRADISIONAL          DAN
KONSTRUKTIVISME



       PEMBELAJARAN                       PEMBELAJARAN
          SECARA                             SECARA
        TRADISIONAL                      KONSTRUKTIVISME



                                        PENEROKAAN
  PENGENALAN KEPADA                     Murid menghadapi       situasi
  KONSEP                                atau masalah baru
  Konsep    diperkenalkan
  secara deduktif kepada
  murid
                                        SOALAN DARIPADA MURID
                                        Murid mengajukan beberapa
                                        soalan yang berkaitan situasi
                                        atau masalah yang dihadapi


  LATIHAN
  Bagi mengukuhkan konsep,
  murid diberi banyak latihan
                                        PENYIASATAN DAN KAJIAN
                                        SPESIFIK
                                        Murid memilih satu daripada
                                        soalan atau sebarang masalah
                                        yang diajukan dan menjalankan
                                        penyiasatan penuh




  APLIKASI
  Murid mengaplikasi konsep             REFLEKSI
  yang      dipelajari dalam            Murid mencari hubungan
  situasi baru                          antara soalan-soalan dan
                                        sebarang      masalah     yang
                                        dijanakan     dan    membuat
                                        generalisasi.      Seterusnya,
                                        murid    mungkin      menemui
                                        situasi atau masalah baru
                                        untuk diterokai atau disiasat


Rajah 5.    Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional dan
            Konstruktivisme




                                 18
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




CONTOH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

                                     MATEMATIK

OBJEKTIF          : Membuat generalisasi tentang bilangan segi empat
                    sama dalam sesuatu grid.

PERINGKAT : Menengah Rendah

AKTIVITI

           i)        Merujuk kepada Rajah (a) tentukan berapakah segi empat
                  sama terkandung dalam rajah itu. Terangkan bagaimana anda
                  mendapat jawapan anda.

           ii)       Cuba tentukan berapakah segi empat sama yang terdapat
                  dalam Rajah (b)? Rajah (c)?

           iii)      Bagaimanakah pula dengan bentuk grid 5x5 dan grid 10x10

           iv)        Apakah pola untuk bilangan segi empat sama yang
                  terkandung dalam sesuatu rajah?

           v)        Cadangkan petua yang menentukan bilangan segi empat
                  sama dalam sesuatu rajah. Bagaimanakah anda akan menguji
                  kebenaran petua yang anda cadangkan itu?




                      Rajah (a)

                                                 Rajah(b)




                         Rajah (c)




                                        19
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




PANDUAN GURU

Untuk (i) hingga (iii) murid berbincang sesama mereka untuk mengira
bilangan segi empat sama yang terkandung dalam setiap rajah. Guru
memberi bimbingan tentang strategi yang sesuai apabila diminta oleh murid.

Apabila sampai kepada kes grid 10x10 ada murid mungkin masih
menggunakan strategi membilang manakala mereka yang menggunakan
pola telah menggunakan strategi mengira iaitu :

Petak 1x1 = 102
Petak 2x2 = 92
Petak 3x3 = 82
.
.
.




Petak 10x10 = 1 = 12

Jumlah segi empat sama = 100 + 81+ 64 + 49 + ….. + 4 + 1 = 385

Daripada kes yang mereka terokai murid cadangkan petua bahawa bilangan
segi empat sama nxn = jumlah nombor kuasa dua daripada 1 hingga n2.
Peranan guru di sini ialah untuk membimbing murid merekod penerokaan
dalam bentuk sistematik supaya mereka nampak pola itu.

Untuk menguji kebenaran petua itu murid boleh cuba mengaplikasikannya
kepada kes yang mereka telah kaji pada awalnya. Bagi mereka yang buntu
guru boleh mencadangkan mereka uji petua itu dengan kes yang mereka
sudah ketahui jawapannya.




                                   20
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


                                     FIZIK

OBJEKTIF      : Menyiasat hubungan bentuk trek dengan kelajuan objek
                yang melaluinya.

TINGKATAN : Tingkatan 4

      A
                    Trek 1
                                                  B
                    Trek 2




AKTIVITI

Dua biji bola diguling di atas perkakasan yang ditunjukkan. Bola pertama
bergerak di atas Trek 1 manakala bola kedua bergerak di atas Trek 2.


Kedua-dua biji bola bermula pada titik A dan tamat di titik B.


(a)   Ramalkan bola yang manakah akan sampai lebih cepat ke titik B.
      Terangkan prinsip yang anda telah gunakan untuk mencapai
      kesimpulan ini.


(b)   Seorang murid mencadangkan yang bola kedua akan turun kepada
      satu lembah sebelum tiba di penghujung trek 2. Oleh itu, halaju bola
      kedua apabila tiba di titik B lebih perlahan berbanding dengan halaju
      bola pertama. Adakah anda setuju dengan kesimpulan ini? Hujahkan
      kes anda dan nyatakan sebarang andaian yang telah dibuat.


(c)   Jika kelerengan Trek 2 boleh diubah supaya menjadi sangat cerun
      atau sederhana cerun. Terangkan bola yang manakah akan sampai ke
      titik B terlebih dahulu untuk setiap kes.



                                      21
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




PANDUAN GURU

Murid digalakkan berbincang dalam kumpulan kecil dan mempersembahkan
hasil perbincangan kepada kumpulan lain. Dengan cara demikian, penukaran
fikiran, idea yang kritis dan penyemakan penerangan alternatif dapat dipupuk
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Galakkan murid menyenaraikan
kepelbagaian analisis yang dihasilkan, kemudian cungkil fikiran murid untuk
menggunakan pengetahuan mereka untuk mempertahankan hujah mereka.
Sebagai fasilitator, guru tidak harus memberi jawapan tetapi boleh galakkan
pandangan alternatif, menarik perhatian kepada percanggahan idea atau
mencadangkan idea baru untuk diterokai.


Dalam tugasan ini penerangan untuk bahagian (b) bergantung kepada prinsip
keabadian tenaga. Kalau andaian dibuat bahawa kedua trek licin maka kedua
bola akan tiba di titik B dengan halaju yang sama. Sekiranya geseran pada
kedua-dua trek tidak diabaikan, bola kedua akan hilang lebih tenaga kinetik
kerana interaksi dengan trek yang lebih panjang. Oleh itu, halaju bola kedua
lebih perlahan apabila tiba di titik B.


B.                        ax

                Y          θ



                                    g Sin θ
                                                     ay

                               X




                                          22
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




Analisis tentang bola yang manakah akan tiba di titik B bergantung kepada
cerun trek 2. Bola pertama bergerak pada Trek 1 dengan halaju seragam v.
Bola kedua mengalami pecutan dengan komponen ax dan ay dalam gerakan
di atas Trek 2. Oleh itu, gerakan bola kedua sentiasa mendahului gerakan
               a
bola pertama daly didi haluan-x.

Gerakan sedemikian berlaku apabila Trek 2 mempunyai cerun sederhana.


Walau bagaimanapun apabila cerun Trek 2 terlalu besar komponen halaju
bola kedua pada titik di mana kedua Trek bersilang dalam haluan-x kecil.
Oleh yang demikian, walau pun bola kedua mengalami pecutan ax bola itu
tidak dapat mengejar bola pertama yang bermula pada titik         yangsama
dengan halaju yang lebih besar.

Peranan guru dalam analisis pergerakan bola ialah membimbing murid
bermula daripada salah satu daripada kes dahulu sama ada cerun sederhana
atau cerun sangat besar dan teruskan sehingga kes yang lain, bukannya
berhenti selepas satu jenis kes. Apabila murid telah mengkaji satu jenis kes
dengan mendalam beliau boleh mencadangkan mereka mengkaji kes yang
lain. Semasa memfasilitatorkan perbincangan, guru boleh mengingatkan
murid apabila menghujah mereka haruslah berdasarkan prinsip fizik yang
berkaitan.




                                    23
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




                          ENGLISH LANGUAGE


OBJECTIVES OF LESSON : 1. Pupils would be able to know vocabulary
                             associated with wedding ceremony.
                         2. Pupils would be able to give a description
                             of a wedding orally and in writing.

TITLE OF LESSON          :      A Strange Wedding

LEVEL OF STUDENT         :      Intermediate ( Form 2 )


Pre-Reading Activities

A.    Brain Storming

Look at the word ‘wedding’ on the blackboard. What comes to your mind?.
List them down.




                                WEDDING




                                    24
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




B.    Pictures

Look at the pictures below and put them into order. There is more than one
right answer. Compare with your partner.




C.    Vocabulary

1.    Find the words and phrases in the pictures above.

         a.      to fall in love          f.     a groom
         b.      to date                  g.     a wedding
         c.      to get engaged
         d.      to get married
         e.      a bride


2.    In pairs, look at the pictures again and tell the story using the words
      from step 1 above. What do you think happened after they got
      married?. Find a different pair and retell your story and listen to their
      story. Is their story similar or different to yours?




                                     25
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




Reading Activities

A.    Vocabulary

       Find a word in the article that means
             ‘two people’
             ‘unusual’
             ‘a truck that collects garbage’
             ‘made something that look nicer by adding beautiful things to it’



                          A STRANGE WEDDING

      KUALA LUMPUR Tuesday January 11 – A Malaysian
      couple, Mageswari and Rajoo, had a very strange wedding.
      The bride came to the wedding in a garbage truck.
      Mageswari,35, of Taman Kinrara, said she first saw Rajoo,
      37, while he was driving a garbage truck near her house.
      The couple met, fell in love and decided to get married. They
      decorated the truck with ribbons and balloons. All the
      garbage collectors in the city came to watch.




B. Comprehension


      Answer these questions.

      1.     Why was this wedding strange?
      2.     Why did the bride come to the wedding in a garbage truck?
      3.     What is her husband’s job?
      4.     How did they decorate the garbage truck?




                                     26
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




C.        Sequencing


          Look at the sentences below and put them into the correct order
          according to the article.

          a.     They decorated the garbage truck.
          b.     Mageswari first saw Rajoo driving a garbage truck.
          c.     They got married.
          d.     They decided to get married.
          e.     They met and fell in love.
          f.     Mageswari came to the wedding in the garbage truck.


Post-Reading Activities


A.        Spelling Test

Your teacher is going to read out 5 words from today’s article. Write the words
here (do not look back at the article)

     1.        ___________

     2.        ___________

     3.        ___________

     4.        ___________

     5.        ___________




                                        27
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




B.        Gap-Fill

Read the paragraph below and fill in each space with the correct word from
the list. Use each word or phrase only once.


              flowers       got married         wedding        bride



Habibah and Ahmad had a wonderful __________ (1). The _____________

(2) wore a beautiful dress. They ___________ (3) in a community hall which

was decorated with ribbons and ____________ (4).




C.        Discussion

Answer these questions in small groups :

     1.      How do people get married in your hometown?
     2.      Do people often date before they get married?. If not, why?
     3.      Where do people get married?


D.        Writing



Write a description of a wedding ceremony that you have attended.




                                        28
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




                              BAHASA MELAYU

OBJEKTIF      :          Membina hukum yang menghubungkan kata dasar
                         yang bermula dengan ‘T’ dengan imbuhan ‘me’

TAJUK :                  Tatabahasa – Imbuhan Kata Kerja
                         (Awalan Me- untuk kata dasar bermula dengan t)

TINGKATAN :               1

BAHAN BANTU MENGAJAR:            Kad gambar

PENGETAHUAN PERLU ADA : Murid telah tahu yang kata terbitan terdiri
                        daripada imbuhan dan kata dasar.

AKTIVITI

1.    Murid ditunjukkan gambar tentang orang sedang menulis, menendang
      bola, menumbuk sambal, menarik lembu, menonton televisyen.

2.    Pelajar menulis ayat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang ditunjukkan
      dalam gambar-gambar tersebut. Murid diminta menuliskan ayat-ayat ini
      di papan tulis dan menggariskan kata- kerja yang berimbuhan me-
      seperti menulis, menendang, menumbuk, menarik dan menonton.

3.    Murid menentukan kata dasar kepada perkatan-perkataan ini dan
      menyenaraikannya dalam jadual seperti yang di bawah:


                     Kata Terbitan                 Kata Dasar
              menulis                      tulis
              menendang                    tendang
              menumbuk                     tumbuk
              menarik                      tarik
              menonton                     tonton


4.    Murid diberikan beberapa kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan
      dan tiru. Kemudian murid membentuk kata terbitan jika imbuhan me-
      diletakkan pada awal kata dasar ini.

5. Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi.




                                     29
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


6.   Murid membaca ayat-ayat yang berikut:

     •   Saleh menangis bila dimarahi gurunya.
     •   Fadilah menambah gula kepada air milonya.
     •   Sambil menyelam Raju telah mentelan air.
     •   Menorek hidung adalah satu tabiat yang buruk.

     Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan
     perkataan-perkataan yang bergaris dan memberikan sebab.

7.   Murid merumus peraturan yang mereka gunakan bila menghubungkan
     kata dasar yang bermula dengan huruf ‘t’ dengan imbuhan ’ me’.

8.   Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf ‘t ‘
     tetapi tidak mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan
     mentelaah.




                                   30
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




                                 KIMIA




TAJUK:                                  Asid, Bes dan Garam

HASIL PEMBELAJARAN UMUM:                Mensintesiskan konsep asid kuat,
                                        asid lemah, alkali kuat dan alkali
                                        lemah

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS:              Menghubungkaitkan nilai ph dengan
                                        keasidan atau kealkalian sesuatu
                                        bahan.

TINGKATAN:                              4

PENGETAHUAN SEDIA ADA:                  Murid telah mempelajari konsep asid
                                        dan bes.


AKTIVITI


1.   Guru cuba menarik perhatian murid kepada situasi berikut :

a.   Sejak akhir-akhir ini kita sering melihat iklan dan produk tentang
     bahan-bahan kecantikan wanita yang menekankan tentang kandungan
     pHnya.
           (Guru boleh menunjukkan iklan atau produk yang bersesuaian).

b.   Buah limau yang sering kita makan setiap hari mempunyai nilai pH
     yang lebih tinggi berbanding dengan buah limau nipis. (sedangkan
     kedua-duanya adalah berasid)

     Apakah yang anda faham dengan nilai pH?


2.   Dapatkan pandangan murid tentang perkaitan pH dengan keasidan
     dan kealkalian bahan.

     Murid diminta menguji bahan-bahan domestik (cuka, cecair pencuci,
     buah limau, syampu, air mineral, air paip) untuk mencari nilai pH
     bahan-bahan tersebut dan mencatatkannya.




                                   31
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




3.   Murid membuat rumusan tentang data yang diperolehi.

     Guru menjelaskan hubung kait skala pH dengan keasidan dan
     keakalian bahan.

     (Murid dapat menstrukturkan semula idea mengenai pH).




                                 32
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




                                 GEOGRAFI

OBJEKTIF :             i. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
                          taburan penduduk
                       ii.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
                          pergerakan penduduk.

 TAJUK         :       Taburan Penduduk

 TINGKATAN         :   2

 BAHAN BANTU MENGAJAR

       Bahan edaran “Di mana Anda Ingin Tinggal” bagi setiap murid
       Peta lakar yang menunjukkan negeri-negeri di negara Malaysia bagi
       setiap murid dan satu salinan peta itu bagi setiap kumpulan
       Pensil warna
       Kalkulator


 AKTIVITI

    1. Murid berbincang mengenai beberapa negeri di negara Malaysia.
       Apakah gambaran minda murid apabila mereka membincangkan
       negeri Kelantan atau Sarawak atau negeri-negeri lain dibincangkan?
       Adakah gambaran ini positif atau negatif? Bagaimanakah gambaran
       mental tersebut telah berkembang?

    2. Murid menyatakan negeri yang paling digemari dan paling tidak
       digemari untuk tinggal serta beri sebab-sebab.

    3. Bahan edaran “Di mana Anda Ingin Tinggal” diberikan kepada semua
       murid. Murid dikehendaki mengatur negeri-negeri kegemaran mereka
       berdasarkan skala 1-5. Murid diberi panduan menggunakan skala
       tersebut (contohnya, skala 1 bermakna murid tidak ingin tinggal di
       tempat itu, skala 5 bermakna murid itu benar-benar ingin tinggal di
       tempat tersebut, skala 3 bermakna murid tidak mempunyai pendapat
       tegas terhadap sesuatu tempat).

    4. Setiap murid mewarnakan negeri-negeri kegemaran mereka pada peta
       negara Malaysia dengan menggunakan warna lembut untuk
       melambangkan negeri-negeri yang paling tidak digemari sehingga ke
       warna gelap untuk melambangkan negeri-negeri yang paling digemari.




                                     33
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




5. Murid berbincang mengenai negeri kegemaran mereka. Soalan-soalan
   perbincangan adalah seperti yang berikut:

          Mengapakah anda suka tinggal di negeri yang anda pilih?
          Bagaimanakah anda membuat keputusan mengenai negeri
          yang paling tidak digemari?
          Adakah anda lebih menggemari negeri jiran daripada negeri
          yang jauh? Mengapa?
          Apakah pengalaman atau maklumat yang digunakan untuk
          membuat keputusan sedemikian?
          Apakah maklumat tambahan yang anda perlu bagi setiap negeri
          untuk membantu anda membuat keputusan tepat?
          Pada pendapat anda, mungkinkah anda akan berpindah untuk
          tinggal di negeri yang anda gemari? Apakah faktor tarikan dan
          faktor tolakan yang membantu anda membuat keputusan
          tersebut?

6. Kertas cadangan dikumpul. Kelas membuat analisis dengan mengira
   purata skor bagi setiap negeri kegemaran mereka secara
   keseluruhan. Analisis ini dibuat secara kolaboratif. Senaraikan negeri
   mengikut purata kegemaran. Contohnya :

         Negeri            Purata skor
         Perlis                  4.5
         Kedah                   4.2
         Pulau Pinang            3.8

7. Kelas melukis/melakar dan mewarnakan peta kegemaran berdasarkan
   data di atas sama seperti langkah 4. Peta kegemaran yang mewakili
   kelas ini boleh juga diperbesar untuk ditampal pada papan kenyataan
   kelas.

8. Murid boleh menganalisis peta tersebut berdasarkan soalan-soalan
   yang berikut:

          Negeri manakah yang paling digemari? Kurang digemari?
          Mengapa?
          Mengenal pasti negeri-negeri yang mempunyai kesamaan
          daripada aspek kegemaran murid? Apakah sebab-sebab yang
          diberikan oleh murid?
          Apakah pola yang terdapat dalam peta itu?
          Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan peta
          minda itu?




                                  34
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




KESIMPULAN

Murid disoal mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat
tinggal dan imej mental mereka terhadap tempat tersebut. Apakah
kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pola pemilihan tempat tinggal?

Jika imej mental murid terhadap negeri-negeri ini berdasarkan maklumat yang
tidak lengkap dan berat sebelah, cadangkan kepada mereka untuk mengkaji
tentang negeri-negeri tersebut sama ada tanggapan mereka benar atau tidak.




                                    35
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




BAHAN EDARAN : “DI MANA ANDA INGIN TINGGAL”


Susun atur negeri-negeri kegemaran anda berdasarkan skala berikut:

1 = Amat tidak digemari
2 = Tidak digemari
3 = Tiada pendapat
4 = Digemari
5 = Amat digemari


_______ Perlis

_______ Kedah

_______ Pulau Pinang

_______ Perak

_______ Selangor

_______ Wilayah Persekutuan

_______ Melaka

_______ Negeri Sembilan

_______ Johor

_______ Pahang

_______ Terengganu

_______ Kelantan

_______ Sabah

_______ Sarawak




                                   36
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




PENILAIAN MODUL

1.   Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme?

2.   Apakah perbezaan antara Konstruktivisme dan Behaviorisme?

3.   Senaraikan lima ciri pembelajaran secara konstruktivisme.

4.   Mengapakah pembelajaran secara konstruktivisme penting dalam
     sistem pendidikan hari ini?

5.   Senaraikan peranan guru dan murid dalam kelas apabila pembelajaran
     secara konstruktivisme diamalkan.

6.   Bezakan pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran secara
     konstruktivisme.

7.   Bina satu contoh rancangan mengajar yang menerapkan ciri-ciri
     pembelajaran secara konstruktivisme.




                                   37
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




RUJUKAN

Briner,M.(1999).[Online]Available:
       http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html

Brooks,J.G. & Books,M.G. (1999).        The Courage To Be Constructivist.
      Educational Leadership, 57(3).
Brooks,J.G. & Brooks,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The Case
      For Constructivist Classrooms.     Alexandria, VA:Association for
      Supervision and Curriculum Development (ASCD)
Dick,M.H. (1994). An Instructional Designer’s View Of Constructivism.
      Educational Technology, May, 41-44.
Duffy,T.M. & Jonassen,D.H. (1991). Constructivism: New Implications For
       Instructional Technology? Educational Technology, May, 7-12.
Gardner,H.(2000).The Disciplined Mind. New York : Penguin Books.
Jonassen,D.H. (1991). Objectivism Versus Constructivism: Do We Need A
      New Philosophical Paradigm? Educational Technology Research And
      Development, 39 (3), 5-14.
Jonasson,D.H. (Undated). Thinking Technology: Toward          A
      Constructivist Design Model. [Online)] Available:
      http://ouray.cudenver.edu/~slsanfor/cnstdm.txt
Khalsa,G. (Undated). Constructivism. [Online]. Available:
      http://www.gwu.edu/~etl/khalsa.html
Lebow,D. (1993). Constructivist Values For Instructional Systems Design:
     Five Principles Toward A New Mindset. Educational Technology
     Research And Development, 41(3), 4-16.
McBrien,J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to
      Education Terms. Alexandria, VA. Association for Supervision and
      Curriculum Development.
Merrill,M.D. (1991). Constructivism And Instructional Design. Educational
        Technology, May, 45-53.
Nik Azis Nik Pa (1997).    Pembentukan Model Pengajaran Matematik
     Berlandaskan Konstruktivisme Radikal. Science and Mathematics
     Education, 11, 27-36.
Nik Azis Nik Pa (1999).     Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam
     Pendidikan Matematik . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Postman,N.& Weingartner,C.(1969). Teaching as a Subversive Activity. New
     York : Dell
Sushkin,N.(1999).[Online]Available:
      http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html



                                       38
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Tran Vui (1999). Constructivism in Mathematics Education, Part 1. (nota
      kursus SM 107 : Constructivism and Innovative Teaching Strategies in
      Secondary Mathematics), RECSAM.
General overview of the constructivist theory:
http://www.oltc.edu.au/cp/04c.html
Constructivist Theory (Bruner,J). [Online]. Available:
      http://www.gwu.edu/~tip/bruner.html
Website with good constructivism primer, classroom tips and links:
      http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/
Website with resources for constructivist instruction:
      http://hale.pepperdine.edu/~rsaldric/construct.html




                                      39
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




PANEL PENULIS

Penasihat:
Dr. Sharifah Maimunah bt     Pengarah
Syed Zin                     Pusat Perkembangan Kurikulum
Pengerusi:
Dr. Rohani Abdul Hamid       Timbalan Pengarah
                             Pusat Perkembangan Kurikulum
Ahli Panel:
Mahzan bin Bakar ( Ketua )   Pusat Perkembangan Kurikulum

Norjoharuddin bin Mohd Nor RECSAM, P. Pinang
( Pakar Rujuk )
Indira Popatlal            Pusat Perkembangan Kurikulum

Loh Kok Khuan                Pusat Perkembangan Kurikulum

Maharom Mahmood              Pusat Perkembangan Kurikulum

Mokelas Ahmad                Pusat Perkembangan Kurikulum

Arni Zainir                  Pusat Perkembangan Kurikulum

Norhayati Mokhtar            Pusat Perkembangan Kurikulum




                                   40
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME




SENARAI NAMA MODUL DAN BUKU PENERANGAN AM

Modul dan buku penerangan am yang dihasilkan oleh PPK :

•   Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

•   Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengaran Dan
    Pembelajaran

•   Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

•   Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

•   Pembelajaran Secara Konstruktivisme

•   Pembelajaran Secara Kontekstual

•   Pembelajaran Akses Kendiri

•   Pembelajaran Masteri

•   Belajar Cara Belajar

•   Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    Matlamat Dan Misi, Kementerian Pendidikan Malaysia

•   Kepimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

•   Penilaian Kendalian Sekolah




                             41

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualPratiwiKartikaSari
 
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismeAnas Nataris
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Aidil Abrar
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 
Teori Belajar Konstruktivisme
Teori Belajar KonstruktivismeTeori Belajar Konstruktivisme
Teori Belajar Konstruktivismetbpck
 
Pembelajaran konstruktivistik
Pembelajaran konstruktivistikPembelajaran konstruktivistik
Pembelajaran konstruktivistikAinun Nuril Haq
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismesahronzulkepli
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori belajar konstruktivisme dan penerapannya
Teori belajar konstruktivisme dan penerapannyaTeori belajar konstruktivisme dan penerapannya
Teori belajar konstruktivisme dan penerapannyaBelum Kerja
 

Was ist angesagt? (13)

Ppt. kontruktivisme
Ppt. kontruktivismePpt. kontruktivisme
Ppt. kontruktivisme
 
Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran Kontextual
 
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran Konstruktivisme
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
Teori Belajar Konstruktivisme
Teori Belajar KonstruktivismeTeori Belajar Konstruktivisme
Teori Belajar Konstruktivisme
 
Pembelajaran konstruktivistik
Pembelajaran konstruktivistikPembelajaran konstruktivistik
Pembelajaran konstruktivistik
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivismeTeori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teori belajar konstruktivisme dan penerapannya
Teori belajar konstruktivisme dan penerapannyaTeori belajar konstruktivisme dan penerapannya
Teori belajar konstruktivisme dan penerapannya
 
Pembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Secara KontekstualPembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Secara Kontekstual
 
Slideshare1
Slideshare1Slideshare1
Slideshare1
 

Andere mochten auch

Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Zuelaikha Rahim
 
Rumus matematik-tambahan
Rumus matematik-tambahanRumus matematik-tambahan
Rumus matematik-tambahanShuYe Lee
 
Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5Nur Sabri
 
Teknik menjawab math spm
Teknik menjawab math spmTeknik menjawab math spm
Teknik menjawab math spmTuan Azahan
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShareSlideShare
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareSlideShare
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareSlideShare
 

Andere mochten auch (9)

Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
 
Janjang aritmetik
Janjang aritmetikJanjang aritmetik
Janjang aritmetik
 
Rumus matematik-tambahan
Rumus matematik-tambahanRumus matematik-tambahan
Rumus matematik-tambahan
 
Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5
 
Teknik menjawab math spm
Teknik menjawab math spmTeknik menjawab math spm
Teknik menjawab math spm
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShare
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShare
 

Ähnlich wie Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
KonstruktivismeJimmy Siow
 
Teori belajar kontruktivisme
Teori belajar kontruktivismeTeori belajar kontruktivisme
Teori belajar kontruktivismeMoh Imron Aja
 
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxTUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxazrirans
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismesahronzulkepli
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
PPT KONSTRUKTIVISME (SITI MUNAWWARAH HUDA).pptx
PPT KONSTRUKTIVISME (SITI MUNAWWARAH HUDA).pptxPPT KONSTRUKTIVISME (SITI MUNAWWARAH HUDA).pptx
PPT KONSTRUKTIVISME (SITI MUNAWWARAH HUDA).pptxNawazzZz
 
Uas bahasa indonesia iis astuti
Uas bahasa indonesia iis astutiUas bahasa indonesia iis astuti
Uas bahasa indonesia iis astutiGhifari Chaula
 
4. pendekatan kontekstual dalam pembelajaran bhs indo.
4. pendekatan kontekstual dalam pembelajaran bhs indo.4. pendekatan kontekstual dalam pembelajaran bhs indo.
4. pendekatan kontekstual dalam pembelajaran bhs indo.Faris Rusli
 
12 makalah ctl
12   makalah ctl12   makalah ctl
12 makalah ctlFafa Pie
 
Aniza Nabila_Teori Konstruktivisme dalam Kurikulum Merdeka Belajar.pdf
Aniza Nabila_Teori Konstruktivisme dalam Kurikulum Merdeka Belajar.pdfAniza Nabila_Teori Konstruktivisme dalam Kurikulum Merdeka Belajar.pdf
Aniza Nabila_Teori Konstruktivisme dalam Kurikulum Merdeka Belajar.pdfAnisaNabilaNurSetya
 
45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oumSashi Kumar
 

Ähnlich wie Pembelajaran Konstruktivisme (20)

Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Makalah dppm
Makalah dppmMakalah dppm
Makalah dppm
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Teori belajar kontruktivisme
Teori belajar kontruktivismeTeori belajar kontruktivisme
Teori belajar kontruktivisme
 
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxTUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Makalah iis
Makalah iisMakalah iis
Makalah iis
 
Makalah iis
Makalah iisMakalah iis
Makalah iis
 
PPT KONSTRUKTIVISME (SITI MUNAWWARAH HUDA).pptx
PPT KONSTRUKTIVISME (SITI MUNAWWARAH HUDA).pptxPPT KONSTRUKTIVISME (SITI MUNAWWARAH HUDA).pptx
PPT KONSTRUKTIVISME (SITI MUNAWWARAH HUDA).pptx
 
Teori konsruktivis
Teori konsruktivisTeori konsruktivis
Teori konsruktivis
 
Uas bahasa indonesia iis astuti
Uas bahasa indonesia iis astutiUas bahasa indonesia iis astuti
Uas bahasa indonesia iis astuti
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
4. pendekatan kontekstual dalam pembelajaran bhs indo.
4. pendekatan kontekstual dalam pembelajaran bhs indo.4. pendekatan kontekstual dalam pembelajaran bhs indo.
4. pendekatan kontekstual dalam pembelajaran bhs indo.
 
12 makalah ctl
12   makalah ctl12   makalah ctl
12 makalah ctl
 
Aniza Nabila_Teori Konstruktivisme dalam Kurikulum Merdeka Belajar.pdf
Aniza Nabila_Teori Konstruktivisme dalam Kurikulum Merdeka Belajar.pdfAniza Nabila_Teori Konstruktivisme dalam Kurikulum Merdeka Belajar.pdf
Aniza Nabila_Teori Konstruktivisme dalam Kurikulum Merdeka Belajar.pdf
 
Artikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar PembelajaranArtikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar Pembelajaran
 
45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum
 

Mehr von zabidah awang

Mehr von zabidah awang (20)

Attachments 2012 04_1
Attachments 2012 04_1Attachments 2012 04_1
Attachments 2012 04_1
 
Teknik Peningkatan Prestasi
Teknik Peningkatan PrestasiTeknik Peningkatan Prestasi
Teknik Peningkatan Prestasi
 
Skills In Add Maths
Skills In Add MathsSkills In Add Maths
Skills In Add Maths
 
Add10kelantan
Add10kelantanAdd10kelantan
Add10kelantan
 
Add10sabah
Add10sabahAdd10sabah
Add10sabah
 
Add10terengganu
Add10terengganuAdd10terengganu
Add10terengganu
 
Add10perak
Add10perakAdd10perak
Add10perak
 
Add10ns
Add10nsAdd10ns
Add10ns
 
Add10johor
Add10johorAdd10johor
Add10johor
 
Strategi pengajaran pembelajaran
Strategi pengajaran pembelajaranStrategi pengajaran pembelajaran
Strategi pengajaran pembelajaran
 
Soalan ptk tambahan
Soalan ptk tambahanSoalan ptk tambahan
Soalan ptk tambahan
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Perancangan pengajaran pembelajaran
Perancangan pengajaran pembelajaranPerancangan pengajaran pembelajaran
Perancangan pengajaran pembelajaran
 
Penilaian
PenilaianPenilaian
Penilaian
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan murid
Pengurusan  muridPengurusan  murid
Pengurusan murid
 
Penguasaan mata pelajaran
Penguasaan mata pelajaranPenguasaan mata pelajaran
Penguasaan mata pelajaran
 
Penggunaan sumber dalam p & p
Penggunaan sumber dalam p & pPenggunaan sumber dalam p & p
Penggunaan sumber dalam p & p
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pelaksanaan pengajaran pembelajaran
Pelaksanaan pengajaran pembelajaranPelaksanaan pengajaran pembelajaran
Pelaksanaan pengajaran pembelajaran
 

Kürzlich hochgeladen

PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxFranxisca Kurniawati
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaruSilvanaAyu
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 

Kürzlich hochgeladen (20)

PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 

Pembelajaran Konstruktivisme

  • 3. Cetakan Pertama 2001 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Pembelajaran secara konstruktivisme / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bibliografi: ms. 38 ISBN 983-2340-32-2 1. Constructivism (Education). 2. Cognitive learning. 3. Leaning, Psychology of. I. Judul 370.152 i
  • 4. KATA PENGANTAR Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan. Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum. Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan. PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat. Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia ii
  • 5. KANDUNGAN MUKA SURAT Objektif Modul 1 Pengenalan 2 Teori Pembelajaran 3 Apakah Konstruktivisme? 6 Implikasi Pengertian Konstruktivisme 11 Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme 12 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 13 Peranan Murid Dan Guru Serta Cabaran Kelas Konstruktivisme 15 Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional Dan Konstruktivisme 18 Contoh Pembelajaran Secara Konstruktivisme 19 Penilaian Modul 37 Rujukan 38 Lampiran 41 iii
  • 6. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME OBJEKTIF MODUL Membezakan pelbagai pandangan tentang teori pembelajaran Menyatakan pengertian dan implikasi pembelajaran secara konstruktivisme Menyenaraikan ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme Menghuraikan kepentingan pembelajaran secara konstruktivisme Mengaplikasikan pembelajaran secara konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran 1
  • 7. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PENGENALAN “In class, try to avoid telling your students any answers …. Do not prepare a lesson plan. Instead, confront your students with some sort of problem which might interest them. Then, allow them to work the problem through without your advice or counsel. Your talk should consist of questions directed to particular students, based on remarks made by those students. If a student asks you a question, tell him that you don't know the answer, even if you do. Don't be frightened by the long stretches of silence that might occur. Silence may mean that the students are thinking.” (Postman, N.& Weingartner, C.,1969) Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. 2
  • 8. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME TEORI PEMBELAJARAN : DARIPADA BEHAVIORISME KEPADA KONSTRUKTIVISME BEHAVIORISME • Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. • Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman. • Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan. • Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran. Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan adalah teori Behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong Behaviorisme adalah B. F. Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkah laku ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya. Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner (2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru 3
  • 9. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid. KOGNITIVISME • Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema. • Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai. Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai. 4
  • 10. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KONSTRUKTIVISME Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. 5
  • 11. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME APAKAH KONSTRUKTIVISME ? “Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn. Many researchers say that each individual constructs knowledge rather than receiving it from others.” (McBrien & Brandt,1997) (Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain) “They are constructing their own knowledge by testing ideas and approaches based on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation and integrating the new knowledge gained with pre-existing intellectual constructs.” (Briner, M.,1999) (Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud) 6
  • 12. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME “Constructivist theory posits that students make sense of the world by synthesizing new experiences into what they have previously understood. They form rules through reflection on their interaction with objects and ideas. When they encounter an object, idea or relationship that does not make sense to them, they either interpret what they see to conform to their rules or they adjust their rules to better account for the new information.” (Brooks & Brooks, 1993) (Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik) 7
  • 13. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME “In the contructivist theory the emphasis is placed on the learner or the student rather than the teacher or the instructor. It is the learner who interacts with objects and events and thereby gains an understanding of the features held by objects or events. The learner, therefore, constructs his/her own conceptualizations and solutions to problems. Learner autonomy and initiative is accepted and encouraged.” ( Sushkin, N., 1999 ) (Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan). “konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih” ( Nik Azis Nik Pa, 1999 ) 8
  • 14. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang berikut: KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. 9
  • 15. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Pengetahuan Idea Konsep Kemahiran Maklumat Pengetahuan yang diterima Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru yang telah dibina (Tran Vui, 1999) Rajah 1: Gambaran Pengertian Konstruktivisme 10
  • 16. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME Pengetahuan yang Pengajaran dan dipunyai oleh murid pembelajaran akan adalah hasil darIpada berpusatkan murid aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif IMPLIKASI DARIPADA Guru berperanan PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME Guru akan mengenal sebagai fasilitator pasti pengetahuan yang membantu sedia ada murid dan murid membina merancang kaedah pengetahuan dan pengajarannya menyelesaikan dengan sifat asas masalah pengetahuan tersebut Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru Rajah 2 : Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme 11
  • 17. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Menggalakkan soalan/idea Menggalakkan murid yang dimulakan oleh bertanya dan berdialog Menganggap murid dan dengan murid dan guru pembelajaran sebagai menggunakannya sebagai satu proses yang sama panduan merancang penting dengan hasil pengajaran pembelajaran Mengambil kira kepercayaan dan sikap Ciri-ciri Menyokong yang dibawa oleh pembelajaran secara Pembelajaran murid koperatif Secara Konstruktivisme Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar Menggalakkan dan sesuatu idea menerima daya usaha dan autonomi murid Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar Rajah 3 : Ciri- Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme 12
  • 18. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME LEBIH BERFIKIR LEBIH SERONOK LEBIH FAHAM MURID LEBIH BERKEMAHIRAN SOSIAL LEBIH INGAT LEBIH YAKIN Rajah 4. Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 13
  • 19. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang Berfikir bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila Faham mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam Ingat . mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina Yakin sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Kemahiran Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain sosial dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih Seronok faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat . walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. 14
  • 20. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabaran- cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara konstruktivisme. Peranan Murid • Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. • Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. • Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. • Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. 15
  • 21. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Peranan Guru • Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. • Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. • Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. • Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. • Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. • Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. • Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. • Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. • Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat. 16
  • 22. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Cabaran Guru Konstruktivis • Guru merasa mereka tidak mengajar . • Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik. • Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi . • Kawalan kelas agak merosot. • Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah. Walaupun terdapat beberapa kesulitan berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme, kesulitan itu harus dipandang sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru. 17
  • 23. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PERBANDINGAN PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL DAN KONSTRUKTIVISME PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN SECARA SECARA TRADISIONAL KONSTRUKTIVISME PENEROKAAN PENGENALAN KEPADA Murid menghadapi situasi KONSEP atau masalah baru Konsep diperkenalkan secara deduktif kepada murid SOALAN DARIPADA MURID Murid mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah yang dihadapi LATIHAN Bagi mengukuhkan konsep, murid diberi banyak latihan PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK Murid memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan dan menjalankan penyiasatan penuh APLIKASI Murid mengaplikasi konsep REFLEKSI yang dipelajari dalam Murid mencari hubungan situasi baru antara soalan-soalan dan sebarang masalah yang dijanakan dan membuat generalisasi. Seterusnya, murid mungkin menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat Rajah 5. Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional dan Konstruktivisme 18
  • 24. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME CONTOH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME MATEMATIK OBJEKTIF : Membuat generalisasi tentang bilangan segi empat sama dalam sesuatu grid. PERINGKAT : Menengah Rendah AKTIVITI i) Merujuk kepada Rajah (a) tentukan berapakah segi empat sama terkandung dalam rajah itu. Terangkan bagaimana anda mendapat jawapan anda. ii) Cuba tentukan berapakah segi empat sama yang terdapat dalam Rajah (b)? Rajah (c)? iii) Bagaimanakah pula dengan bentuk grid 5x5 dan grid 10x10 iv) Apakah pola untuk bilangan segi empat sama yang terkandung dalam sesuatu rajah? v) Cadangkan petua yang menentukan bilangan segi empat sama dalam sesuatu rajah. Bagaimanakah anda akan menguji kebenaran petua yang anda cadangkan itu? Rajah (a) Rajah(b) Rajah (c) 19
  • 25. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PANDUAN GURU Untuk (i) hingga (iii) murid berbincang sesama mereka untuk mengira bilangan segi empat sama yang terkandung dalam setiap rajah. Guru memberi bimbingan tentang strategi yang sesuai apabila diminta oleh murid. Apabila sampai kepada kes grid 10x10 ada murid mungkin masih menggunakan strategi membilang manakala mereka yang menggunakan pola telah menggunakan strategi mengira iaitu : Petak 1x1 = 102 Petak 2x2 = 92 Petak 3x3 = 82 . . . Petak 10x10 = 1 = 12 Jumlah segi empat sama = 100 + 81+ 64 + 49 + ….. + 4 + 1 = 385 Daripada kes yang mereka terokai murid cadangkan petua bahawa bilangan segi empat sama nxn = jumlah nombor kuasa dua daripada 1 hingga n2. Peranan guru di sini ialah untuk membimbing murid merekod penerokaan dalam bentuk sistematik supaya mereka nampak pola itu. Untuk menguji kebenaran petua itu murid boleh cuba mengaplikasikannya kepada kes yang mereka telah kaji pada awalnya. Bagi mereka yang buntu guru boleh mencadangkan mereka uji petua itu dengan kes yang mereka sudah ketahui jawapannya. 20
  • 26. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME FIZIK OBJEKTIF : Menyiasat hubungan bentuk trek dengan kelajuan objek yang melaluinya. TINGKATAN : Tingkatan 4 A Trek 1 B Trek 2 AKTIVITI Dua biji bola diguling di atas perkakasan yang ditunjukkan. Bola pertama bergerak di atas Trek 1 manakala bola kedua bergerak di atas Trek 2. Kedua-dua biji bola bermula pada titik A dan tamat di titik B. (a) Ramalkan bola yang manakah akan sampai lebih cepat ke titik B. Terangkan prinsip yang anda telah gunakan untuk mencapai kesimpulan ini. (b) Seorang murid mencadangkan yang bola kedua akan turun kepada satu lembah sebelum tiba di penghujung trek 2. Oleh itu, halaju bola kedua apabila tiba di titik B lebih perlahan berbanding dengan halaju bola pertama. Adakah anda setuju dengan kesimpulan ini? Hujahkan kes anda dan nyatakan sebarang andaian yang telah dibuat. (c) Jika kelerengan Trek 2 boleh diubah supaya menjadi sangat cerun atau sederhana cerun. Terangkan bola yang manakah akan sampai ke titik B terlebih dahulu untuk setiap kes. 21
  • 27. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PANDUAN GURU Murid digalakkan berbincang dalam kumpulan kecil dan mempersembahkan hasil perbincangan kepada kumpulan lain. Dengan cara demikian, penukaran fikiran, idea yang kritis dan penyemakan penerangan alternatif dapat dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Galakkan murid menyenaraikan kepelbagaian analisis yang dihasilkan, kemudian cungkil fikiran murid untuk menggunakan pengetahuan mereka untuk mempertahankan hujah mereka. Sebagai fasilitator, guru tidak harus memberi jawapan tetapi boleh galakkan pandangan alternatif, menarik perhatian kepada percanggahan idea atau mencadangkan idea baru untuk diterokai. Dalam tugasan ini penerangan untuk bahagian (b) bergantung kepada prinsip keabadian tenaga. Kalau andaian dibuat bahawa kedua trek licin maka kedua bola akan tiba di titik B dengan halaju yang sama. Sekiranya geseran pada kedua-dua trek tidak diabaikan, bola kedua akan hilang lebih tenaga kinetik kerana interaksi dengan trek yang lebih panjang. Oleh itu, halaju bola kedua lebih perlahan apabila tiba di titik B. B. ax Y θ g Sin θ ay X 22
  • 28. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Analisis tentang bola yang manakah akan tiba di titik B bergantung kepada cerun trek 2. Bola pertama bergerak pada Trek 1 dengan halaju seragam v. Bola kedua mengalami pecutan dengan komponen ax dan ay dalam gerakan di atas Trek 2. Oleh itu, gerakan bola kedua sentiasa mendahului gerakan a bola pertama daly didi haluan-x. Gerakan sedemikian berlaku apabila Trek 2 mempunyai cerun sederhana. Walau bagaimanapun apabila cerun Trek 2 terlalu besar komponen halaju bola kedua pada titik di mana kedua Trek bersilang dalam haluan-x kecil. Oleh yang demikian, walau pun bola kedua mengalami pecutan ax bola itu tidak dapat mengejar bola pertama yang bermula pada titik yangsama dengan halaju yang lebih besar. Peranan guru dalam analisis pergerakan bola ialah membimbing murid bermula daripada salah satu daripada kes dahulu sama ada cerun sederhana atau cerun sangat besar dan teruskan sehingga kes yang lain, bukannya berhenti selepas satu jenis kes. Apabila murid telah mengkaji satu jenis kes dengan mendalam beliau boleh mencadangkan mereka mengkaji kes yang lain. Semasa memfasilitatorkan perbincangan, guru boleh mengingatkan murid apabila menghujah mereka haruslah berdasarkan prinsip fizik yang berkaitan. 23
  • 29. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME ENGLISH LANGUAGE OBJECTIVES OF LESSON : 1. Pupils would be able to know vocabulary associated with wedding ceremony. 2. Pupils would be able to give a description of a wedding orally and in writing. TITLE OF LESSON : A Strange Wedding LEVEL OF STUDENT : Intermediate ( Form 2 ) Pre-Reading Activities A. Brain Storming Look at the word ‘wedding’ on the blackboard. What comes to your mind?. List them down. WEDDING 24
  • 30. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME B. Pictures Look at the pictures below and put them into order. There is more than one right answer. Compare with your partner. C. Vocabulary 1. Find the words and phrases in the pictures above. a. to fall in love f. a groom b. to date g. a wedding c. to get engaged d. to get married e. a bride 2. In pairs, look at the pictures again and tell the story using the words from step 1 above. What do you think happened after they got married?. Find a different pair and retell your story and listen to their story. Is their story similar or different to yours? 25
  • 31. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Reading Activities A. Vocabulary Find a word in the article that means ‘two people’ ‘unusual’ ‘a truck that collects garbage’ ‘made something that look nicer by adding beautiful things to it’ A STRANGE WEDDING KUALA LUMPUR Tuesday January 11 – A Malaysian couple, Mageswari and Rajoo, had a very strange wedding. The bride came to the wedding in a garbage truck. Mageswari,35, of Taman Kinrara, said she first saw Rajoo, 37, while he was driving a garbage truck near her house. The couple met, fell in love and decided to get married. They decorated the truck with ribbons and balloons. All the garbage collectors in the city came to watch. B. Comprehension Answer these questions. 1. Why was this wedding strange? 2. Why did the bride come to the wedding in a garbage truck? 3. What is her husband’s job? 4. How did they decorate the garbage truck? 26
  • 32. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME C. Sequencing Look at the sentences below and put them into the correct order according to the article. a. They decorated the garbage truck. b. Mageswari first saw Rajoo driving a garbage truck. c. They got married. d. They decided to get married. e. They met and fell in love. f. Mageswari came to the wedding in the garbage truck. Post-Reading Activities A. Spelling Test Your teacher is going to read out 5 words from today’s article. Write the words here (do not look back at the article) 1. ___________ 2. ___________ 3. ___________ 4. ___________ 5. ___________ 27
  • 33. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME B. Gap-Fill Read the paragraph below and fill in each space with the correct word from the list. Use each word or phrase only once. flowers got married wedding bride Habibah and Ahmad had a wonderful __________ (1). The _____________ (2) wore a beautiful dress. They ___________ (3) in a community hall which was decorated with ribbons and ____________ (4). C. Discussion Answer these questions in small groups : 1. How do people get married in your hometown? 2. Do people often date before they get married?. If not, why? 3. Where do people get married? D. Writing Write a description of a wedding ceremony that you have attended. 28
  • 34. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME BAHASA MELAYU OBJEKTIF : Membina hukum yang menghubungkan kata dasar yang bermula dengan ‘T’ dengan imbuhan ‘me’ TAJUK : Tatabahasa – Imbuhan Kata Kerja (Awalan Me- untuk kata dasar bermula dengan t) TINGKATAN : 1 BAHAN BANTU MENGAJAR: Kad gambar PENGETAHUAN PERLU ADA : Murid telah tahu yang kata terbitan terdiri daripada imbuhan dan kata dasar. AKTIVITI 1. Murid ditunjukkan gambar tentang orang sedang menulis, menendang bola, menumbuk sambal, menarik lembu, menonton televisyen. 2. Pelajar menulis ayat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar tersebut. Murid diminta menuliskan ayat-ayat ini di papan tulis dan menggariskan kata- kerja yang berimbuhan me- seperti menulis, menendang, menumbuk, menarik dan menonton. 3. Murid menentukan kata dasar kepada perkatan-perkataan ini dan menyenaraikannya dalam jadual seperti yang di bawah: Kata Terbitan Kata Dasar menulis tulis menendang tendang menumbuk tumbuk menarik tarik menonton tonton 4. Murid diberikan beberapa kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru. Kemudian murid membentuk kata terbitan jika imbuhan me- diletakkan pada awal kata dasar ini. 5. Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi. 29
  • 35. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 6. Murid membaca ayat-ayat yang berikut: • Saleh menangis bila dimarahi gurunya. • Fadilah menambah gula kepada air milonya. • Sambil menyelam Raju telah mentelan air. • Menorek hidung adalah satu tabiat yang buruk. Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan-perkataan yang bergaris dan memberikan sebab. 7. Murid merumus peraturan yang mereka gunakan bila menghubungkan kata dasar yang bermula dengan huruf ‘t’ dengan imbuhan ’ me’. 8. Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf ‘t ‘ tetapi tidak mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan mentelaah. 30
  • 36. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KIMIA TAJUK: Asid, Bes dan Garam HASIL PEMBELAJARAN UMUM: Mensintesiskan konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat dan alkali lemah HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS: Menghubungkaitkan nilai ph dengan keasidan atau kealkalian sesuatu bahan. TINGKATAN: 4 PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid telah mempelajari konsep asid dan bes. AKTIVITI 1. Guru cuba menarik perhatian murid kepada situasi berikut : a. Sejak akhir-akhir ini kita sering melihat iklan dan produk tentang bahan-bahan kecantikan wanita yang menekankan tentang kandungan pHnya. (Guru boleh menunjukkan iklan atau produk yang bersesuaian). b. Buah limau yang sering kita makan setiap hari mempunyai nilai pH yang lebih tinggi berbanding dengan buah limau nipis. (sedangkan kedua-duanya adalah berasid) Apakah yang anda faham dengan nilai pH? 2. Dapatkan pandangan murid tentang perkaitan pH dengan keasidan dan kealkalian bahan. Murid diminta menguji bahan-bahan domestik (cuka, cecair pencuci, buah limau, syampu, air mineral, air paip) untuk mencari nilai pH bahan-bahan tersebut dan mencatatkannya. 31
  • 37. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 3. Murid membuat rumusan tentang data yang diperolehi. Guru menjelaskan hubung kait skala pH dengan keasidan dan keakalian bahan. (Murid dapat menstrukturkan semula idea mengenai pH). 32
  • 38. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME GEOGRAFI OBJEKTIF : i. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk ii.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan penduduk. TAJUK : Taburan Penduduk TINGKATAN : 2 BAHAN BANTU MENGAJAR Bahan edaran “Di mana Anda Ingin Tinggal” bagi setiap murid Peta lakar yang menunjukkan negeri-negeri di negara Malaysia bagi setiap murid dan satu salinan peta itu bagi setiap kumpulan Pensil warna Kalkulator AKTIVITI 1. Murid berbincang mengenai beberapa negeri di negara Malaysia. Apakah gambaran minda murid apabila mereka membincangkan negeri Kelantan atau Sarawak atau negeri-negeri lain dibincangkan? Adakah gambaran ini positif atau negatif? Bagaimanakah gambaran mental tersebut telah berkembang? 2. Murid menyatakan negeri yang paling digemari dan paling tidak digemari untuk tinggal serta beri sebab-sebab. 3. Bahan edaran “Di mana Anda Ingin Tinggal” diberikan kepada semua murid. Murid dikehendaki mengatur negeri-negeri kegemaran mereka berdasarkan skala 1-5. Murid diberi panduan menggunakan skala tersebut (contohnya, skala 1 bermakna murid tidak ingin tinggal di tempat itu, skala 5 bermakna murid itu benar-benar ingin tinggal di tempat tersebut, skala 3 bermakna murid tidak mempunyai pendapat tegas terhadap sesuatu tempat). 4. Setiap murid mewarnakan negeri-negeri kegemaran mereka pada peta negara Malaysia dengan menggunakan warna lembut untuk melambangkan negeri-negeri yang paling tidak digemari sehingga ke warna gelap untuk melambangkan negeri-negeri yang paling digemari. 33
  • 39. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 5. Murid berbincang mengenai negeri kegemaran mereka. Soalan-soalan perbincangan adalah seperti yang berikut: Mengapakah anda suka tinggal di negeri yang anda pilih? Bagaimanakah anda membuat keputusan mengenai negeri yang paling tidak digemari? Adakah anda lebih menggemari negeri jiran daripada negeri yang jauh? Mengapa? Apakah pengalaman atau maklumat yang digunakan untuk membuat keputusan sedemikian? Apakah maklumat tambahan yang anda perlu bagi setiap negeri untuk membantu anda membuat keputusan tepat? Pada pendapat anda, mungkinkah anda akan berpindah untuk tinggal di negeri yang anda gemari? Apakah faktor tarikan dan faktor tolakan yang membantu anda membuat keputusan tersebut? 6. Kertas cadangan dikumpul. Kelas membuat analisis dengan mengira purata skor bagi setiap negeri kegemaran mereka secara keseluruhan. Analisis ini dibuat secara kolaboratif. Senaraikan negeri mengikut purata kegemaran. Contohnya : Negeri Purata skor Perlis 4.5 Kedah 4.2 Pulau Pinang 3.8 7. Kelas melukis/melakar dan mewarnakan peta kegemaran berdasarkan data di atas sama seperti langkah 4. Peta kegemaran yang mewakili kelas ini boleh juga diperbesar untuk ditampal pada papan kenyataan kelas. 8. Murid boleh menganalisis peta tersebut berdasarkan soalan-soalan yang berikut: Negeri manakah yang paling digemari? Kurang digemari? Mengapa? Mengenal pasti negeri-negeri yang mempunyai kesamaan daripada aspek kegemaran murid? Apakah sebab-sebab yang diberikan oleh murid? Apakah pola yang terdapat dalam peta itu? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan peta minda itu? 34
  • 40. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KESIMPULAN Murid disoal mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat tinggal dan imej mental mereka terhadap tempat tersebut. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pola pemilihan tempat tinggal? Jika imej mental murid terhadap negeri-negeri ini berdasarkan maklumat yang tidak lengkap dan berat sebelah, cadangkan kepada mereka untuk mengkaji tentang negeri-negeri tersebut sama ada tanggapan mereka benar atau tidak. 35
  • 41. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME BAHAN EDARAN : “DI MANA ANDA INGIN TINGGAL” Susun atur negeri-negeri kegemaran anda berdasarkan skala berikut: 1 = Amat tidak digemari 2 = Tidak digemari 3 = Tiada pendapat 4 = Digemari 5 = Amat digemari _______ Perlis _______ Kedah _______ Pulau Pinang _______ Perak _______ Selangor _______ Wilayah Persekutuan _______ Melaka _______ Negeri Sembilan _______ Johor _______ Pahang _______ Terengganu _______ Kelantan _______ Sabah _______ Sarawak 36
  • 42. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PENILAIAN MODUL 1. Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme? 2. Apakah perbezaan antara Konstruktivisme dan Behaviorisme? 3. Senaraikan lima ciri pembelajaran secara konstruktivisme. 4. Mengapakah pembelajaran secara konstruktivisme penting dalam sistem pendidikan hari ini? 5. Senaraikan peranan guru dan murid dalam kelas apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan. 6. Bezakan pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran secara konstruktivisme. 7. Bina satu contoh rancangan mengajar yang menerapkan ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme. 37
  • 43. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME RUJUKAN Briner,M.(1999).[Online]Available: http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html Brooks,J.G. & Books,M.G. (1999). The Courage To Be Constructivist. Educational Leadership, 57(3). Brooks,J.G. & Brooks,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The Case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA:Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD) Dick,M.H. (1994). An Instructional Designer’s View Of Constructivism. Educational Technology, May, 41-44. Duffy,T.M. & Jonassen,D.H. (1991). Constructivism: New Implications For Instructional Technology? Educational Technology, May, 7-12. Gardner,H.(2000).The Disciplined Mind. New York : Penguin Books. Jonassen,D.H. (1991). Objectivism Versus Constructivism: Do We Need A New Philosophical Paradigm? Educational Technology Research And Development, 39 (3), 5-14. Jonasson,D.H. (Undated). Thinking Technology: Toward A Constructivist Design Model. [Online)] Available: http://ouray.cudenver.edu/~slsanfor/cnstdm.txt Khalsa,G. (Undated). Constructivism. [Online]. Available: http://www.gwu.edu/~etl/khalsa.html Lebow,D. (1993). Constructivist Values For Instructional Systems Design: Five Principles Toward A New Mindset. Educational Technology Research And Development, 41(3), 4-16. McBrien,J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexandria, VA. Association for Supervision and Curriculum Development. Merrill,M.D. (1991). Constructivism And Instructional Design. Educational Technology, May, 45-53. Nik Azis Nik Pa (1997). Pembentukan Model Pengajaran Matematik Berlandaskan Konstruktivisme Radikal. Science and Mathematics Education, 11, 27-36. Nik Azis Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Postman,N.& Weingartner,C.(1969). Teaching as a Subversive Activity. New York : Dell Sushkin,N.(1999).[Online]Available: http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html 38
  • 44. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Tran Vui (1999). Constructivism in Mathematics Education, Part 1. (nota kursus SM 107 : Constructivism and Innovative Teaching Strategies in Secondary Mathematics), RECSAM. General overview of the constructivist theory: http://www.oltc.edu.au/cp/04c.html Constructivist Theory (Bruner,J). [Online]. Available: http://www.gwu.edu/~tip/bruner.html Website with good constructivism primer, classroom tips and links: http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/ Website with resources for constructivist instruction: http://hale.pepperdine.edu/~rsaldric/construct.html 39
  • 45. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PANEL PENULIS Penasihat: Dr. Sharifah Maimunah bt Pengarah Syed Zin Pusat Perkembangan Kurikulum Pengerusi: Dr. Rohani Abdul Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ahli Panel: Mahzan bin Bakar ( Ketua ) Pusat Perkembangan Kurikulum Norjoharuddin bin Mohd Nor RECSAM, P. Pinang ( Pakar Rujuk ) Indira Popatlal Pusat Perkembangan Kurikulum Loh Kok Khuan Pusat Perkembangan Kurikulum Maharom Mahmood Pusat Perkembangan Kurikulum Mokelas Ahmad Pusat Perkembangan Kurikulum Arni Zainir Pusat Perkembangan Kurikulum Norhayati Mokhtar Pusat Perkembangan Kurikulum 40
  • 46. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME SENARAI NAMA MODUL DAN BUKU PENERANGAN AM Modul dan buku penerangan am yang dihasilkan oleh PPK : • Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran • Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengaran Dan Pembelajaran • Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) • Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan • Pembelajaran Secara Konstruktivisme • Pembelajaran Secara Kontekstual • Pembelajaran Akses Kendiri • Pembelajaran Masteri • Belajar Cara Belajar • Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Dan Misi, Kementerian Pendidikan Malaysia • Kepimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah • Penilaian Kendalian Sekolah 41