Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)

108
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
oleh
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz
Jabatan Bahasa Melayu
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
ABSTRAK
Artikel ini memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang
berhubung dengan permainan bahasa. Pada hari ini aktiviti permainan
bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang
diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar
yang ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan
yang rapi, kekangan masa, ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dan
sebagainya. Justeru, artikel ini memberikan input yang dapat membantu
para guru dalam merancang dan mengelolakan aktiviti permainan bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
“...games can be used at all levels in language syllabus and with all types
of pupils from primary school children to adults...”
Alan Chamberlain (1986)
109
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
PENGENALAN
Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai
digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah
rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi
pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan
bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia
boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang
kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik
darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada
hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.
OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyai
beberapa objektif yang tentu. Antaranya seperti yang berikut:
	 (a)	 Merangsang interaksi verbal pelajar
Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan
pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta
memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Lazimnya, mereka
perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli
kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan
itu dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan
mengutarakan pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan
bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus mengutarakan tekad
dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Kesedaran seperti ini akan
memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana pembelajaran
yang menarik dan berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator dan menjaga disiplin kelas.
	 (b)	 Menambah kefasihan dan keyakinan
Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk
meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri.
Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhad
kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan
semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan
yang mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya, boleh
dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa
dan kefasihan tertentu pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila
dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Secara tidak langsung
mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa
yang dipelajari. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah
penting. Guru harus bersedia memenuhi keperluan pelajar dalam
permainan tersebut, terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa
kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis.
110
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
	 (c)	 Menyediakan konteks pembelajaran
Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif
dalam kalangan individu yang terlibat, bukan sahaja antara pelajar
dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainan bahasa
membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. Ini
merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar,
khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. Dalam permainan, mereka
dapat menunjukkan kecergasan, di samping terlibat secara berkesan
dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan.
(d)	 Alat mengikis rasa bosan
Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah
hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan
sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang
tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang
melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan
karangan dan pembentukkan ayat-ayat. Pada saat ini permainan bahasa
dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa
sekejap rasa lapar dan mengantuk. Permainan mewujudkan komunikasi
dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila
berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan ini berasaskan keadilan
dan pertandingan, akan meransang pelajar untuk bertindak balas,
memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan
dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam
kehidupan di luar bilik darjah.
(e)	 Alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai
bentuk mengikut tujuannya. Justeru, permainan sangat berguna dalam
aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakan pelajar yang
lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. Kelemahan
ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang
dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan
ini, pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf,
membunyikan suku kata dan perkataan. Selepas sesuatu pengajaran,
gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara
berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti
pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi
yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik
darjah.
Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai pelbagai
peringkat kebolehan, misalnya kumpulan cergas, sederhana dan lemah.
Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga
yang pendiam atau tidak begitu ramah. Namun demikian, mereka perlu
dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka
itu dapat dihapuskan. Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah
boleh digalakkan mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar
111
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
yang cergas melalui permainan yang dijalankan. Namun, mereka ini harus
diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dan
kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam
aktivitki pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan dan
pengalaman mereka.
PERMAINAN BAHASA SEBAGAI SATU TEKNIK PENGAJARAN
Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa
bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. Sebagai satu
teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, permainan bahasa
mempunyai kelebihan. Antaranya seperti yang berikut:
	 (a)	 Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi
(perkataan, frasa dan ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Di samping itu,
mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan, intonasi,
tekanan, jeda dan gaya yang betul.
	
	 (b)	 Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa
memulakan sesuatu pelajaran, pada pertengahan atau akhir pembelajaran.
Sebagai bahan rangsangan, permainan bahasa tentunya dapat menarik
minat dan perhatian pelajar. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan
bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif.
	
	 (c)	 Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan bahasa lebih
merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan. Ini bermakna apa
yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal dalam ingatan. Teknik ini
berperanan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran.
	
	 (d)	 Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat yang
berfaedah. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih dan bosan setelah
belajar sehari suntuk. Dengan cara bermain pelajar dapat memperbaharui
semangat dan minat untuk meneruskan pembelajaran mereka.
	
	 (e)	 Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka
dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Ini kerana semasa
bermain, pelajar akan bertindak balas secara spontan, iaitu dengan
bertanya, memberikan arahan, meneka dan membaca. Keseronokan
bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar,
berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.
UNSUR PERMAINAN BAHASA
Aspek yang lebih ditekankan dalam permainan bahasa adalah semangat bekerjasama dan
bukan pertandingan semata-mata. Pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas
tertentu yang mendorong mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Permainan
adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa
tugas yang menarik dengan jayanya. Oleh itu, permainan harus berupaya memberikan
motivasi yang tinggi dan bukan hanya setakat bertanding. Permainan harus dapat
112
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa
bosan di dalam bilik darjah. Aktiviti ini harus mampu memantapkan proses penguasan
bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni.
Permainan bahasa dapat meningkatkan motivasi, membantu proses sosialisasi dan
menyatukan pelajar daripada aras kebolehan yang berbeza-beza. Sekiranya digunakan
dengan betul, teknik permainan boleh memberikan lebih banyak pengalaman yang berguna
dan berharga jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran konvensional. Oleh itu, guru
harus memikirkan faedah dan apa yang dijangka dapat dicapai melalui aktiviti permainan di
dalam bilik darjah. Untuk pelaksanaan teknik permainan yang berkesan, perkara-perkara
yang berikut perlu diberikan perhatian:
(a)	 Meningkatkan motivasi
Motivasiadalahsatuinsentifataurangsangansesuatuaksi.Pelajarbiasanya
ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton
sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan
sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di
dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar
bilik darjah. Oleh sebab terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran
bahasa, pelajar biasanya menjadi pasif. Ini kerana di dalam bilik darjah
pelajar dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar, latih tubi
dan latihan menulis. Mereka juga tidak dapat melihat kepentingan aktiviti
ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan mereka seharian. Ini
menjadikan pelajaran bahasa sungguh membosankan, belajar untuk
sementara waktu sahaja dan tanpa kesungguhan serta keinginan yang
mendalam. Permainan memerlukan penyertaan individu. Sewaktu pelajar
memainkan permainan bahasa, mereka akan melibatkan diri dalam
semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan
jawapan yang betul.
(b)	 Interaksi
Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga mudah
untuk bersosialisasi. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan
interaksi sesama mereka. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga
dan kebolehan untuk berkomunikasi sebenarnya berkait rapat dengan
pengalaman berbahasa. Perkara penting yang patut diberikan perhatian
adalah kesan daripada interaksi rakan sebaya. Mereka lebih banyak
belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri.
(c)	 Pertandingan
Permainan bahasa bercirikan persaingan. Persaingan boleh berlaku
antara sesama peserta, masa yang dihadkan, pencapaian persembahan
yang terbaik atau mencapai matlamat tertentu. Sudah menjadi adat
pertandingan ada yang menang dan ada pula yang kalah. Jadi, permainan
bahasa mengeksploitasi kecenderungan bertanding tersebut untuk
maksud pembelajaran.
113
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
(d)	 Kerjasama
Bekerjasama adalah satu unsur yang kukuh bagi setiap permainan yang
penuh pertandingan. Dalam permainan, ahli-ahli kumpulan bekerjasama
antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi kumpulan
mereka. Semangat bekerjasama yang dipupuk melalui aktiviti permainan
ini juga dapat digunakan dalam perkara-perkara lain sama ada di luar dan
di dalam bilik darjah.
(e)	 Pembelajaran semula jadi
Permainan bahasa membolehkan berlakunya pembelajaran secara
semula jadi. Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan yang
semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang
sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk
belajar. Pembelajaran bahasa berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah
satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung dengan
pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Ia
terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa itu
secara langsung.
(f)	 Peraturan permainan
Dalam permainan bahasa, terdapat beberapa peraturan khusus yang telah
didefinisikan secara jelas. Semua pelajar yang terlibat dalam permainan,
biasanya tahu dan faham akan cara dan peraturan untuk bermain. Semua
peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan
memberikan petunjuk atau panduan kepada peserta, di samping dapat
mengredkan permainan itu mengikut nilai-nilai tertentu.
(g)	 Penamat permainan
Permainan bahasa mempunyai penamat. Biasanya, terdapat beberapa
penentuan awal yang menandakan titik penamat untuk peserta
menghentikan permainan mereka. Ia mesti dilakukan walaupun pada ketika
itu pemain-pemain masih belum mencapai keputusan yang sepatutnya.
PENGELOLAAN PERMAINAN BAHASA
Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti
adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu permainan. Organisasi
bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri
tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan. Pelajar boleh dibahagikan kepada
pasangan, kumpulan kecil yang mengandungi tiga atau empat orang ahli atau aktiviti yang
melibatkan keseluruhan kelas. Aktiviti berpasangan atau kumpulan diadakan bertujuan
untuk menggalakkan semangat bekerjasama, iaitu tolong-menolong dalam suasana
harmoni dagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dapat mempererat perhubungan
dalam kalangan pelajar, di samping mereka harus menggunakan kecerdasan mental dan
kecergasan fizikal bagi mencapai matlamat permainan.
114
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya, empat
hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. Bilangan ahli dalam satu-
satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan
pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan pelajar dalam
banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa, terutama jika saiz bilik darjah itu
kecil. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan tersebut
boleh digantikan dengan jenis permainan bahasa yang dilakukan di luar bilik darjah.
Secara Berpasangan
Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan
penyertaan pelajar. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih
banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan
tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan permainan secara kumpulan. Guru
lebih mudah untuk mengawal pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke
satu pasangan yang lain.
Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan untuk pelajar yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan
oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. Dalam permainan, pelajar berfikir sendirian untuk
menyelesaikan masalah yang diberi. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikannya, pelajar
boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan.
BENTUK INTERAKSI DALAM PERMAINAN BAHASA
Peranan guru dalam aktiviti permainan bahasa adalah sebagai perunding, mentor,
pembetul kesalahan dan pengadil. Guru haruslah berkecuali dan mengetepikan diri
setelah arahan penting diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik. Pelajar
juga perlu diberitahu bahawa setiap mereka mesti mengambil bahagian secara aktif dan
menunjukkan kesungguhan. Guru juga turut bertindak sebagai fasilitator dan merancang
pembahagian pelajar seperti dalam rajah yang berikut:
Rajah 1: Guru mengatur tetapi tidak mengawal perbincangan kelas. Rajah
menunjukkan tiada interaksi antara pelajar secara langsung. Semua
pertukaran maklumat adalah melalui guru sama ada menerima,
menolak atau mengemukakan soalan.
G
P
P
115
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
Rajah 2: Guru sebagai fasilitator bagi membimbing pelajar. Interaksi
yang berlaku melibatkan lebih daripada seorang pelajar.
Rajah 3: Guru sebagai fasilitator. Pelajar melakukan
aktiviti secara berpasangan.
Rajah 4: Guru menyelia aktiviti kumpulan. Pelajar melakukan
aktiviti dalam kumpulan masing-masing.
G PP
P
P
G
P P
P P
P
116
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
Rajah 5: Guru menyelia aktiviti pelajar. Seorang wakil
pelajar berbincang dalam kumpulan lain.
Rajah 6: Interaksi atau perbincangan antara guru
dengan seorang pelajar.
CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA YANG BAIK
Permainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah bukan setakat berakhir di bilik
darjah, tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah.
Berlaku juga keadaan pelajaran bahasa yang disampaikan secara bermain dapat membantu
pelajar mempelajari sesuatu yang lebih daripada aktiviti bermain itu sendiri. Oleh itu, guru
bahasa perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri permainan bahasa yang baik dan
sesuai dipraktikkan dalam pengajaran bahasa. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik
adalah seperti yang berikut:
(a)	 Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa seperti
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan
penguasaan elemen tatabahasa.
(b)	 Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik, sesuai dengan peringkat
penguasaan bahasa pelajar.
(c)	 Memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar
dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar terhadap
bahan.
(d)	 Dapat merangsangkan pelajar untuk bertindak balas secara aktif dan positif
serta dapat mengekalkan minat mereka.
(e)	 Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
P P
P
P
G P G P
117
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
(f)	 Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas dan mudah difahami.
(g)	 Dapat dijalankan dalam jangka waktu dan tempat yang sesuai agar objektif
	 pembelajaran dapat dicapai.
PENGENDALIAN AKTIVITI PERMAINAN BAHASA
Sebelum sesuatu permainan itu dijalankan, persediaan yang rapi hendaklah dibuat agar
pengajaran melalui permainan itu dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Cara
pengendalian sesuatu aktiviti permainan bahasa penting, selain memilih permainan
dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam aspek pengendalian
aktiviti, perkara yang berikut perlu diambil kira, iaitu:
(a)	 Perancangan Permainan
Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan
tajuk dan objektif pengajaran bahasa yang diajarkan. Pastikan bahan
pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar di dalam bilik
darjah. Guru juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan untuk
sesuatu permainan agar masa dapat dirancang dengan sebaik-baiknya.
Sebelum memulakan permainan, pelajar hendaklah diberitahu tentang
nama permainan, bentuk dan cara pengelolaan mengikut keperluan
bermain. Guru juga harus menentukan ada penjaga masa dan hakim
sebagai penyelia jika berkaitan. Semasa permainan berlangsung, guru
bertindak sebagai fasilitator dan membimbing pelajar apabila diperlukan.
Selepas permainan. Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang
kemahiran, sikap dan pengajaran atau nilai yang telah diperolehi hasil
daripada aktiviti permainan yang telah dijalankan itu.
(b)	 Bentuk Permainan
Permainan bahasa boleh dilakukan dalam bentuk berkumpulan,
berpasangan atau secara individu. Permainan bahasa dalam kumpulan
kecil sesuai untuk kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai.
Permainan secara berpasangan pula memudahkan guru mengawal dan
memberikan perhatian kepada setiap murid. Manakala permainan secara
individu sesuai untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang
pintar dan lemah. Permainan boleh dijalankan dalam dua bentuk, iaitu
bentuk pertandingan dan penghayatan kendiri. Penentuan kalah menang
dalam pertandingan ditentukan dengan kiraan mata, tempoh masa,
ketepatan jawapan atau kepantasan menyelesaikan masalah. Permainan
berbentuk pneghayatan kendiri dijalankan bagi memenuhi minat dan
memberikan kepuasan serta keseronokan kepada diri sendiri, misalnya
permainan teka silang kata, mencari perkataan tersembunyi atau mencari
gambar tersembunyi.
(c)	 Waktu Pengendalian Permainan
Permainan bahasa boleh dijalankan pada peringkat awal, pertengahan dan
akhir pelajaran. Pada peringkat awal pengajaran, permainan dijalankan
118
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
dalam induksi set. Permainan pada peringkat ini tidak memakan masa
yang panjang dan sesuai dijadikan sebagai rangsangan kepada tajuk
atau kemahiran yang diajarkan. Pada peringkat pertengahan, permainan
dijalankan sebagai langkah pengajaran guru. Manakala pada peringkat
akhir, permainan dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan kepada kemahiran
yang telah dijalankan.
(d)	 Tunjuk cara
Sebelum aktiviti permainan dijalankan, guru terlebih dahulu haruslah
membuat demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara bermain kepada
pelajar agar pelajar dapat memahami bentuk dan pelaksanaan permainan
tersebut.
(e)	 Arahan dan Peraturan Permainan
Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas
kepada pelajar agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan semasa
bermain. Ia juga membolehkan permainan berjalan dengan lancar serta
mencapai objektifnya.
CONTOH PERMAINAN BAHASA
Contoh 1
Nama permainan	 : Maka berkatalah Simon
Kemahiran		 : Mendengar dan membezakan arahan
Objektif			 : (i) Melakukan arahan mudah yang didengar
			 (ii) Mengenal pasti dan menamakan bahagian-bahagian tubuh
Kandungan		 : - Bahagian-bahagian tubuh
			 - Kosa kata: siku, kuku, jari hantu, jari manis, ibu jari, lutut,
			 buku lali, hidung, telinga, mulut, kepala, dahi, mata, kening
			 - Aspek bahasa:
berdiri, duduk
tunjukkan saya...
sila angkat...
tunjuk kepada...
pegang...anda
Jenis aktiviti		 : Kelas
Prosedur Permainan	 :
i.	 Pelajar ditunjukkan beberapa model yang melakukan aksi tertentu
ii.	 Pelajar diterangkan peraturan permainan
iii.	 Pelajar perlu mendengar arahan yang bermula dengan “Simon berkata...”
	 Misalnya: “Simon berkata berdiri”
iv.	 Pelajar melakukan aksi yang disebutkan
v.	 Pelajar berdiam diri sebentar
vi.	 Guru kemudian berkata “duduk”
vii.	 Pelajar yang membuat aksi tersebut tanpa dimulai dengan perkataan 		
	 “Simon berkata...” akan diketepikan daripada permainan.
119
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3
viii.	 Mainkan permainan ini beberapa ketika dan pelajar yang tinggal apabila 		
	 permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang.
Contoh 2
Nama permainan	 : Salah atau betul
Kemahiran		 : Mendengar dan memahamkan arahan
Objektif			 : (i) Mendengar ayat-ayat penyata yang diujarkan
		 	 (ii) Memahami arahan mudah yang didengar
Kandungan		 : Ayat Penyata
Jenis aktiviti		 : Kelas
		 	 Kumpulan mengikut barisan
Prosedur Permainan	 :
i.	 Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas
	 Misalnya: 	 Sekarang hujan lebat.
			 Hari ini hari Selasa.
			 Guru kelas ini seorang wanita.
			 Dua orang pelajar tidak hadir hari ini.
	 (Jika ayat yang disebut itu betul pelajar akan duduk di kerusi. Sebaliknya,
	 jika ayat yang disebut itu salah pelajar akan berdiri)
ii.	 Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul
iii.	 Guru boleh mengulang aktiviti ini dengan mengemukakan ayat-ayat yang
	 seterusnya.
iv.	 Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul dikira menang.
RUJUKAN
Andrew, W. (1980). Games for language learning. England: Cambridge University Press.
Lee, W. R. (1979). Language teaching games and contests. Oxford: Oxford University Press.
Nota: Artikel ini dipetik daripada buku penulis sendiri yang bertajuk Permainan Bahasa
untuk Sekolah Rendah dan Menengah (1996). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Recomendados

Isu dalam pendidikan jasmani von
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmanifarah iziati
12.8K views12 Folien
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR von
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORTembuakar Corp
101.4K views6 Folien
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral von
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moralStrategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moralFiona Ting
7.7K views26 Folien
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ von
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJSyafiqah Mohamed Noor
9.8K views37 Folien
Pembelajaran Berasaskan Projek von
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
15K views10 Folien
ansur maju lari pecut von
ansur maju lari pecutansur maju lari pecut
ansur maju lari pecutbadil
5.9K views1 Folie

Más contenido relacionado

Was ist angesagt?

Pengajaran tgfu von
Pengajaran tgfuPengajaran tgfu
Pengajaran tgfuNor Afida Ghazani
1.2K views13 Folien
RPH Bahasa Melayu KKSR Tahun 3 von
RPH Bahasa Melayu KKSR Tahun 3RPH Bahasa Melayu KKSR Tahun 3
RPH Bahasa Melayu KKSR Tahun 3One Step Ahead Football Club
21.8K views11 Folien
Beza kbsr & kssr dlm pj von
Beza kbsr & kssr dlm pjBeza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjSalina Saad
6.6K views6 Folien
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083 von
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083FaFai S.
3.3K views9 Folien
Kepentingan teaching games for understanding von
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingmurni mohamat
14.9K views44 Folien
Kurikulum pj di sekolah rendah von
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
6.1K views18 Folien

Was ist angesagt?(20)

Beza kbsr & kssr dlm pj von Salina Saad
Beza kbsr & kssr dlm pjBeza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pj
Salina Saad6.6K views
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083 von FaFai S.
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
FaFai S.3.3K views
Kepentingan teaching games for understanding von murni mohamat
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understanding
murni mohamat14.9K views
Kurikulum pj di sekolah rendah von enab dan kesum
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
enab dan kesum6.1K views
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor von guest5c4bd0e8
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
guest5c4bd0e851K views
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya von firo HAR
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
firo HAR9.8K views
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk) von Letchumi Perumal
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
Letchumi Perumal7.6K views
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan von Erica Leenya
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Erica Leenya6K views
Kajian kes-persatuan-kitar-semula kp von shalini pergas
Kajian kes-persatuan-kitar-semula kpKajian kes-persatuan-kitar-semula kp
Kajian kes-persatuan-kitar-semula kp
shalini pergas1K views
Drama dalam Pendidikan von pijakamal
Drama dalam PendidikanDrama dalam Pendidikan
Drama dalam Pendidikan
pijakamal5.6K views
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah von Farah Elriani
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Farah Elriani32K views
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSR von Puyam Sabar
Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSRRph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Puyam Sabar4.9K views
tmk dalam pdp von Osni Osman
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
Osni Osman9.8K views
Lari Pecut 100 meter von Adada Eric
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meter
Adada Eric15.8K views

Similar a Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)

Kepentingan permainan bahasa didalam pengajaran dan pembelajaran von
Kepentingan permainan bahasa didalam pengajaran dan pembelajaranKepentingan permainan bahasa didalam pengajaran dan pembelajaran
Kepentingan permainan bahasa didalam pengajaran dan pembelajaranNadwah Khalid
13.4K views9 Folien
Permainan bahasa von
Permainan bahasaPermainan bahasa
Permainan bahasaPensil Dan Pemadam
2.6K views12 Folien
Kkp alam belajar von
Kkp alam belajarKkp alam belajar
Kkp alam belajarPensil Dan Pemadam
676 views21 Folien
9 seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anak-anak1 von
9 seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anak-anak19 seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anak-anak1
9 seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anak-anak1Andri Rosyadi
7.6K views7 Folien
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh... von
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...Norafsah Awang Kati
2.7K views18 Folien
Tugasan hbal 1013 pengenalan pendidikan bahasa arab ustazah sti eshah salleh... von
Tugasan hbal 1013 pengenalan pendidikan bahasa arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan hbal 1013 pengenalan pendidikan bahasa arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan hbal 1013 pengenalan pendidikan bahasa arab ustazah sti eshah salleh...Norafsah Awang Kati
715 views18 Folien

Similar a Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)(20)

Kepentingan permainan bahasa didalam pengajaran dan pembelajaran von Nadwah Khalid
Kepentingan permainan bahasa didalam pengajaran dan pembelajaranKepentingan permainan bahasa didalam pengajaran dan pembelajaran
Kepentingan permainan bahasa didalam pengajaran dan pembelajaran
Nadwah Khalid13.4K views
9 seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anak-anak1 von Andri Rosyadi
9 seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anak-anak19 seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anak-anak1
9 seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anak-anak1
Andri Rosyadi7.6K views
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh... von Norafsah Awang Kati
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
Norafsah Awang Kati2.7K views
Tugasan hbal 1013 pengenalan pendidikan bahasa arab ustazah sti eshah salleh... von Norafsah Awang Kati
Tugasan hbal 1013 pengenalan pendidikan bahasa arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan hbal 1013 pengenalan pendidikan bahasa arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan hbal 1013 pengenalan pendidikan bahasa arab ustazah sti eshah salleh...
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdf von Ritma Ariesha
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdfKumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdf
Kumpulan karya ilmiah populer mgmp bahasa ingggris kubu raya 2012 pdf
Ritma Ariesha11.7K views
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdiani von Nurdiana Wahyuni
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdianiLaporanptkspeakingsmp13 iisrosdiani
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdiani
Nurdiana Wahyuni1.3K views
Improving vocabulary through drilling method and game von Anie01
Improving vocabulary through drilling method and gameImproving vocabulary through drilling method and game
Improving vocabulary through drilling method and game
Anie018.1K views
Meningkatkan kemampuan berbicara anak melalui slc von Bu Pur
Meningkatkan kemampuan berbicara anak melalui slcMeningkatkan kemampuan berbicara anak melalui slc
Meningkatkan kemampuan berbicara anak melalui slc
Bu Pur24 views
Kajian mini didik hibur von Eda Muryanti
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
Eda Muryanti5.3K views
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN von Rasit Masrii
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Rasit Masrii57 views
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx von PolisiBahasa
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
PolisiBahasa19 views
Contoh proposal ptk von Mier Ajah
Contoh proposal ptkContoh proposal ptk
Contoh proposal ptk
Mier Ajah141 views
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb... von Activian Grapiter
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
Activian Grapiter10.8K views
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan von Norliza Mat Zaki
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Norliza Mat Zaki10.6K views
Proposal save von etto kono
Proposal saveProposal save
Proposal save
etto kono792 views

Más de Wan Noryatini Mahmood

Bab i gani von
Bab i ganiBab i gani
Bab i ganiWan Noryatini Mahmood
395 views39 Folien
Zikir taubat von
Zikir taubatZikir taubat
Zikir taubatWan Noryatini Mahmood
1K views1 Folie
Bab i gani von
Bab i ganiBab i gani
Bab i ganiWan Noryatini Mahmood
332 views39 Folien
Bab i gani von
Bab i ganiBab i gani
Bab i ganiWan Noryatini Mahmood
246 views39 Folien
Biologi f4 bab 2.2 von
Biologi f4 bab 2.2Biologi f4 bab 2.2
Biologi f4 bab 2.2Wan Noryatini Mahmood
774 views25 Folien
Bahasa malaysia tahun 2 von
Bahasa malaysia tahun 2Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2Wan Noryatini Mahmood
175 views2 Folien

Más de Wan Noryatini Mahmood(20)

Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1) von Wan Noryatini Mahmood
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Wan Noryatini Mahmood10.1K views
76995445 rancangan-tahunan-dunia-seni-visual-tahun-2-kssr-2012 von Wan Noryatini Mahmood
76995445 rancangan-tahunan-dunia-seni-visual-tahun-2-kssr-201276995445 rancangan-tahunan-dunia-seni-visual-tahun-2-kssr-2012
76995445 rancangan-tahunan-dunia-seni-visual-tahun-2-kssr-2012

Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)

  • 1. 108 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN oleh Siti Hajar Hj. Abdul Aziz Jabatan Bahasa Melayu Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa ABSTRAK Artikel ini memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang berhubung dengan permainan bahasa. Pada hari ini aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi, kekangan masa, ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dan sebagainya. Justeru, artikel ini memberikan input yang dapat membantu para guru dalam merancang dan mengelolakan aktiviti permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. “...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primary school children to adults...” Alan Chamberlain (1986)
  • 2. 109 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 PENGENALAN Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyai beberapa objektif yang tentu. Antaranya seperti yang berikut: (a) Merangsang interaksi verbal pelajar Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas. (b) Menambah kefasihan dan keyakinan Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan yang mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya, boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis.
  • 3. 110 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 (c) Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat, bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. Dalam permainan, mereka dapat menunjukkan kecergasan, di samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. (d) Alat mengikis rasa bosan Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayat-ayat. Pada saat ini permainan bahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan mengantuk. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan, akan meransang pelajar untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah. (e) Alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya. Justeru, permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai pelbagai peringkat kebolehan, misalnya kumpulan cergas, sederhana dan lemah. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah. Namun demikian, mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan. Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar
  • 4. 111 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 yang cergas melalui permainan yang dijalankan. Namun, mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam aktivitki pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka. PERMAINAN BAHASA SEBAGAI SATU TEKNIK PENGAJARAN Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, permainan bahasa mempunyai kelebihan. Antaranya seperti yang berikut: (a) Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan, frasa dan ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Di samping itu, mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan, intonasi, tekanan, jeda dan gaya yang betul. (b) Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran, pada pertengahan atau akhir pembelajaran. Sebagai bahan rangsangan, permainan bahasa tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif. (c) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan. Ini bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal dalam ingatan. Teknik ini berperanan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran. (d) Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat yang berfaedah. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih dan bosan setelah belajar sehari suntuk. Dengan cara bermain pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan pembelajaran mereka. (e) Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Ini kerana semasa bermain, pelajar akan bertindak balas secara spontan, iaitu dengan bertanya, memberikan arahan, meneka dan membaca. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan. UNSUR PERMAINAN BAHASA Aspek yang lebih ditekankan dalam permainan bahasa adalah semangat bekerjasama dan bukan pertandingan semata-mata. Pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. Oleh itu, permainan harus berupaya memberikan motivasi yang tinggi dan bukan hanya setakat bertanding. Permainan harus dapat
  • 5. 112 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan di dalam bilik darjah. Aktiviti ini harus mampu memantapkan proses penguasan bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni. Permainan bahasa dapat meningkatkan motivasi, membantu proses sosialisasi dan menyatukan pelajar daripada aras kebolehan yang berbeza-beza. Sekiranya digunakan dengan betul, teknik permainan boleh memberikan lebih banyak pengalaman yang berguna dan berharga jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran konvensional. Oleh itu, guru harus memikirkan faedah dan apa yang dijangka dapat dicapai melalui aktiviti permainan di dalam bilik darjah. Untuk pelaksanaan teknik permainan yang berkesan, perkara-perkara yang berikut perlu diberikan perhatian: (a) Meningkatkan motivasi Motivasiadalahsatuinsentifataurangsangansesuatuaksi.Pelajarbiasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Oleh sebab terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran bahasa, pelajar biasanya menjadi pasif. Ini kerana di dalam bilik darjah pelajar dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar, latih tubi dan latihan menulis. Mereka juga tidak dapat melihat kepentingan aktiviti ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan mereka seharian. Ini menjadikan pelajaran bahasa sungguh membosankan, belajar untuk sementara waktu sahaja dan tanpa kesungguhan serta keinginan yang mendalam. Permainan memerlukan penyertaan individu. Sewaktu pelajar memainkan permainan bahasa, mereka akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul. (b) Interaksi Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga mudah untuk bersosialisasi. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan interaksi sesama mereka. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk berkomunikasi sebenarnya berkait rapat dengan pengalaman berbahasa. Perkara penting yang patut diberikan perhatian adalah kesan daripada interaksi rakan sebaya. Mereka lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri. (c) Pertandingan Permainan bahasa bercirikan persaingan. Persaingan boleh berlaku antara sesama peserta, masa yang dihadkan, pencapaian persembahan yang terbaik atau mencapai matlamat tertentu. Sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada pula yang kalah. Jadi, permainan bahasa mengeksploitasi kecenderungan bertanding tersebut untuk maksud pembelajaran.
  • 6. 113 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 (d) Kerjasama Bekerjasama adalah satu unsur yang kukuh bagi setiap permainan yang penuh pertandingan. Dalam permainan, ahli-ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi kumpulan mereka. Semangat bekerjasama yang dipupuk melalui aktiviti permainan ini juga dapat digunakan dalam perkara-perkara lain sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. (e) Pembelajaran semula jadi Permainan bahasa membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan yang semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran bahasa berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa itu secara langsung. (f) Peraturan permainan Dalam permainan bahasa, terdapat beberapa peraturan khusus yang telah didefinisikan secara jelas. Semua pelajar yang terlibat dalam permainan, biasanya tahu dan faham akan cara dan peraturan untuk bermain. Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan memberikan petunjuk atau panduan kepada peserta, di samping dapat mengredkan permainan itu mengikut nilai-nilai tertentu. (g) Penamat permainan Permainan bahasa mempunyai penamat. Biasanya, terdapat beberapa penentuan awal yang menandakan titik penamat untuk peserta menghentikan permainan mereka. Ia mesti dilakukan walaupun pada ketika itu pemain-pemain masih belum mencapai keputusan yang sepatutnya. PENGELOLAAN PERMAINAN BAHASA Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu permainan. Organisasi bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan. Pelajar boleh dibahagikan kepada pasangan, kumpulan kecil yang mengandungi tiga atau empat orang ahli atau aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas. Aktiviti berpasangan atau kumpulan diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat bekerjasama, iaitu tolong-menolong dalam suasana harmoni dagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dapat mempererat perhubungan dalam kalangan pelajar, di samping mereka harus menggunakan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal bagi mencapai matlamat permainan.
  • 7. 114 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 Secara Berkumpulan Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya, empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. Bilangan ahli dalam satu- satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan pelajar dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa, terutama jika saiz bilik darjah itu kecil. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan tersebut boleh digantikan dengan jenis permainan bahasa yang dilakukan di luar bilik darjah. Secara Berpasangan Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan pelajar. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan permainan secara kumpulan. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain. Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk pelajar yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. Dalam permainan, pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikannya, pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan. BENTUK INTERAKSI DALAM PERMAINAN BAHASA Peranan guru dalam aktiviti permainan bahasa adalah sebagai perunding, mentor, pembetul kesalahan dan pengadil. Guru haruslah berkecuali dan mengetepikan diri setelah arahan penting diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik. Pelajar juga perlu diberitahu bahawa setiap mereka mesti mengambil bahagian secara aktif dan menunjukkan kesungguhan. Guru juga turut bertindak sebagai fasilitator dan merancang pembahagian pelajar seperti dalam rajah yang berikut: Rajah 1: Guru mengatur tetapi tidak mengawal perbincangan kelas. Rajah menunjukkan tiada interaksi antara pelajar secara langsung. Semua pertukaran maklumat adalah melalui guru sama ada menerima, menolak atau mengemukakan soalan. G P P
  • 8. 115 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 Rajah 2: Guru sebagai fasilitator bagi membimbing pelajar. Interaksi yang berlaku melibatkan lebih daripada seorang pelajar. Rajah 3: Guru sebagai fasilitator. Pelajar melakukan aktiviti secara berpasangan. Rajah 4: Guru menyelia aktiviti kumpulan. Pelajar melakukan aktiviti dalam kumpulan masing-masing. G PP P P G P P P P P
  • 9. 116 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 Rajah 5: Guru menyelia aktiviti pelajar. Seorang wakil pelajar berbincang dalam kumpulan lain. Rajah 6: Interaksi atau perbincangan antara guru dengan seorang pelajar. CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA YANG BAIK Permainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah bukan setakat berakhir di bilik darjah, tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah. Berlaku juga keadaan pelajaran bahasa yang disampaikan secara bermain dapat membantu pelajar mempelajari sesuatu yang lebih daripada aktiviti bermain itu sendiri. Oleh itu, guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri permainan bahasa yang baik dan sesuai dipraktikkan dalam pengajaran bahasa. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti yang berikut: (a) Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa seperti penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan penguasaan elemen tatabahasa. (b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik, sesuai dengan peringkat penguasaan bahasa pelajar. (c) Memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar terhadap bahan. (d) Dapat merangsangkan pelajar untuk bertindak balas secara aktif dan positif serta dapat mengekalkan minat mereka. (e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas. P P P P G P G P
  • 10. 117 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 (f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas dan mudah difahami. (g) Dapat dijalankan dalam jangka waktu dan tempat yang sesuai agar objektif pembelajaran dapat dicapai. PENGENDALIAN AKTIVITI PERMAINAN BAHASA Sebelum sesuatu permainan itu dijalankan, persediaan yang rapi hendaklah dibuat agar pengajaran melalui permainan itu dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Cara pengendalian sesuatu aktiviti permainan bahasa penting, selain memilih permainan dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam aspek pengendalian aktiviti, perkara yang berikut perlu diambil kira, iaitu: (a) Perancangan Permainan Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran bahasa yang diajarkan. Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar di dalam bilik darjah. Guru juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan untuk sesuatu permainan agar masa dapat dirancang dengan sebaik-baiknya. Sebelum memulakan permainan, pelajar hendaklah diberitahu tentang nama permainan, bentuk dan cara pengelolaan mengikut keperluan bermain. Guru juga harus menentukan ada penjaga masa dan hakim sebagai penyelia jika berkaitan. Semasa permainan berlangsung, guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing pelajar apabila diperlukan. Selepas permainan. Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang kemahiran, sikap dan pengajaran atau nilai yang telah diperolehi hasil daripada aktiviti permainan yang telah dijalankan itu. (b) Bentuk Permainan Permainan bahasa boleh dilakukan dalam bentuk berkumpulan, berpasangan atau secara individu. Permainan bahasa dalam kumpulan kecil sesuai untuk kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Permainan secara berpasangan pula memudahkan guru mengawal dan memberikan perhatian kepada setiap murid. Manakala permainan secara individu sesuai untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang pintar dan lemah. Permainan boleh dijalankan dalam dua bentuk, iaitu bentuk pertandingan dan penghayatan kendiri. Penentuan kalah menang dalam pertandingan ditentukan dengan kiraan mata, tempoh masa, ketepatan jawapan atau kepantasan menyelesaikan masalah. Permainan berbentuk pneghayatan kendiri dijalankan bagi memenuhi minat dan memberikan kepuasan serta keseronokan kepada diri sendiri, misalnya permainan teka silang kata, mencari perkataan tersembunyi atau mencari gambar tersembunyi. (c) Waktu Pengendalian Permainan Permainan bahasa boleh dijalankan pada peringkat awal, pertengahan dan akhir pelajaran. Pada peringkat awal pengajaran, permainan dijalankan
  • 11. 118 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 dalam induksi set. Permainan pada peringkat ini tidak memakan masa yang panjang dan sesuai dijadikan sebagai rangsangan kepada tajuk atau kemahiran yang diajarkan. Pada peringkat pertengahan, permainan dijalankan sebagai langkah pengajaran guru. Manakala pada peringkat akhir, permainan dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan kepada kemahiran yang telah dijalankan. (d) Tunjuk cara Sebelum aktiviti permainan dijalankan, guru terlebih dahulu haruslah membuat demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara bermain kepada pelajar agar pelajar dapat memahami bentuk dan pelaksanaan permainan tersebut. (e) Arahan dan Peraturan Permainan Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas kepada pelajar agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan semasa bermain. Ia juga membolehkan permainan berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya. CONTOH PERMAINAN BAHASA Contoh 1 Nama permainan : Maka berkatalah Simon Kemahiran : Mendengar dan membezakan arahan Objektif : (i) Melakukan arahan mudah yang didengar (ii) Mengenal pasti dan menamakan bahagian-bahagian tubuh Kandungan : - Bahagian-bahagian tubuh - Kosa kata: siku, kuku, jari hantu, jari manis, ibu jari, lutut, buku lali, hidung, telinga, mulut, kepala, dahi, mata, kening - Aspek bahasa: berdiri, duduk tunjukkan saya... sila angkat... tunjuk kepada... pegang...anda Jenis aktiviti : Kelas Prosedur Permainan : i. Pelajar ditunjukkan beberapa model yang melakukan aksi tertentu ii. Pelajar diterangkan peraturan permainan iii. Pelajar perlu mendengar arahan yang bermula dengan “Simon berkata...” Misalnya: “Simon berkata berdiri” iv. Pelajar melakukan aksi yang disebutkan v. Pelajar berdiam diri sebentar vi. Guru kemudian berkata “duduk” vii. Pelajar yang membuat aksi tersebut tanpa dimulai dengan perkataan “Simon berkata...” akan diketepikan daripada permainan.
  • 12. 119 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 viii. Mainkan permainan ini beberapa ketika dan pelajar yang tinggal apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang. Contoh 2 Nama permainan : Salah atau betul Kemahiran : Mendengar dan memahamkan arahan Objektif : (i) Mendengar ayat-ayat penyata yang diujarkan (ii) Memahami arahan mudah yang didengar Kandungan : Ayat Penyata Jenis aktiviti : Kelas Kumpulan mengikut barisan Prosedur Permainan : i. Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas Misalnya: Sekarang hujan lebat. Hari ini hari Selasa. Guru kelas ini seorang wanita. Dua orang pelajar tidak hadir hari ini. (Jika ayat yang disebut itu betul pelajar akan duduk di kerusi. Sebaliknya, jika ayat yang disebut itu salah pelajar akan berdiri) ii. Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul iii. Guru boleh mengulang aktiviti ini dengan mengemukakan ayat-ayat yang seterusnya. iv. Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul dikira menang. RUJUKAN Andrew, W. (1980). Games for language learning. England: Cambridge University Press. Lee, W. R. (1979). Language teaching games and contests. Oxford: Oxford University Press. Nota: Artikel ini dipetik daripada buku penulis sendiri yang bertajuk Permainan Bahasa untuk Sekolah Rendah dan Menengah (1996). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.