SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
1.0 Pengenalan
Kenaikan harga minyak di Malaysia merupakan salah satu fenomena yang hangat diperkatakan
oleh setiap golongan rakyat. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat sangat mengambil berat
terhadap isu kenaikan harga minyak tersebut. Minyak petrol merupakan komoditi yang penting
di dalam kehidupan seharian dan juga banyak digunakan sebagai input di dalam sektor ekonomi
seperti pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Menurut Teori Maslow, minyak boleh
dikategorikan di bahagian keperluan fisiologi. Keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia
yang paling asas untuk hidup. Dalam erti kata lain, apa saja yang diperlukan untuk diri. Setiap
individu mempunyai kenderaan sendiri yang digunakan untuk pergi dan pulang dari kerja dan
sebagainya. Oleh itu, minyak sememangnya diperlukan bagi menggerakkan kereta tersebut.
Menurut Noresah Bt Baharom (2010), Minyak petrol ataupun dikenali sebagai gasolin
boleh didefinisikan sebagai campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum.
Minyak ini digunakan sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Di Malaysia, terdapat
3 jenis minyak yang di jual dengan harga berbeza iaitu petroL RON95, petrol RON 97 dan
diesel. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara pengeksport dan mengimport minyak.
Walaubagaimanapun, kebergantungan Malaysia terhadap sumber energi yang bersifat non-
renewable menyebabkan berlakunya peningkatan harga minyak di pasaran akibat daripada
beberapa faktor seperti peperangan negara pengeluar minyak, permintaan terhadap minyak,
keperluan minyak kepada negara pengeluar, pengurangan subsidi dan juga spekulasi mata wang
Amerika Syarikat.
Kenaikan harga minyak juga turut memberi kesan yang negatif dan positif kepada negara
dan juga masyarakat. Secara prinsipnya, setiap kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan
menberi kesan kepada ekonomi secara berangkai, seperti kenaikan harga runcit minyak yang
dibeli oleh pengguna. Oleh itu, Kenaikan harga minyak sudah pastinya memberi kesan kepada
kenaikan harga barangan, kos pengangkutan dan juga pertambahan beban kerajaan.
2.0 Punca- punca kenaikan harga minyak
Kenaikan harga minyak sering berubah-ubah berpunca daripada keadaan politik. Menurut Unit
Perancangan Ekonomi & Majlis Tindakan Ekonomi Negara (2005), peperangan yang berlaku di
antara negara- negara pengeluar minyak utama seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela telah
menganggu proses pengeluaran minyak dunia. Peningkatan harga minyak buat pertama kalinya
bermula pada tahun 17 Oktober 1973, iaitu apabila berlakunya perang Yom Kippur, perang di
antara Israel dengan Mesir dan Syria. Semasa perang tersebut, Pertubuhan Negara- Negara
Pengeksport Petroleum (OPEC) membuat keputusan untuk menggunakan minyak sebagai senjata
untuk membebaskan wilayah Mesir dan Syria yang diduduki oleh Israel dengan mengenakan
sekatan minyak iaitu mereka tidak mahu mengeksport petroleum ke negara yang menyokong
Israel dalam konflik Israel dengan Mesir dan Syria. Contohnya Amerika Syarikat. Sekatan ini
berlangsung selama enam bulan sehingga menyebabkan harga minyak naik. Hal ini
menyebabkan semua negara di dunia mengalami krisis minyak. Tambahan pula, OPEC
mempunyai peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan juga
mempengaruhi harga pasaran minyak. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa peperangan
yang berlaku ini secara tidak langsung memjadi punca kepada peningkatan harga minyak di
Malaysia.
Selain itu, langkah yang diambil oleh kerajaan iaitu mengurangkan pemberian subsidi ke
atas petrol menjadi salah satu punca kepada perubahan harga minyak di Malaysia. Menurut
Noresah Bt Baharom (2010), subsidi boleh ditakrifkan sebagai bantuan berupa wang ataupun
kebendaan yang selalunya diberi kepada pihak tertentu. Tindakan kerajaan mengurangkan
subsidi minyak pada 3 September 2013, ini bermakna harga petrol RON95 ialah RM2.10 naik
sebanyak 20 sen, manakala diesel pula ialah RM2.00. Disebabkan keputusan ini, terdapat juga
spekulasibahawa tindakan pihak kerajaan ini menunjukkan bahawa negara kita sedang
mengalami masalah kewangan. Hal ini kerana sebelum ini kerajaan amat menjaga kebajikan
rakyat dengan memberi subsidi yang tinggi bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat
Malaysia. Walaubagaimanapun, peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen adalah dianggap
sebagai penjimatan yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Hal ini kerana kerajaan mahu rakyat
menyedari bahawa pentingnya berjimat cermat dalam penggunaan petrol dan berbelanja secara
berhemah bagi menampung peningkatan dalam perbelanjaan rakyat. Keputusan ini dapat
membantu mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2012. Dengan itu, langkah mengurangkan
subsidi harga minyak petrol dan diesel merupakan langkah jangka panjang yang perlu diambil
bagi memantapkan ekonomi negara untuk mengelak negara menjadi muflis sekiranya berterusan
memberikan subsidi berkenaan. Hal ini kerana kerajaan berada di dalam keadaan yang sukar
untuk mengimbangi antara keperluan rakyat dengan mengekalkan sumber kewangan lain bagi
mengekalkan subsidi minyak pada paras semasa seperti peruntukan pembangunan.
Seterusnya, kenaikan harga minyak juga adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi
terhadap komoditi minyak. Menurut Raja Mohd. Affandi (1975), permintaan dapat ditakrifkan
sebagai jadual kuantiti barang yang akan dibeli oleh pengguna pada berbagai- bagai tingkat
harga Sebagai contoh negara China dan Amerika Syarikat (AS), kedua- dua negara ini memberi
fokus dalam perekonomian iaitu bidang industri. Kemajuan dalam bidang perindustrian di negara
China dan Amerika Syarikat menyebabkan negara tersebut bergantung kepada sumber minyak
dan memerlukan jumlah minyak yang banyak bagi menampung keperluan industri dan seharian
penduduk. Berdasarkan data Independent Statistic & Analysis U.S Energy Information, China
mengimport 5.4 juta barrel per hari minyak mentah pada tahun 2012, ia meningkat sebanyak 7%
daripada 5.1 juta barrel per hari pada tahun 2011. Sementara itu, AS mengimport kira-kira 10.6
juta tong sehari petroleum pada 2012 daripada kira-kira 80 buah negara. Hal ini menunjukkan
terdapat permintaan yang tinggi terhadap minyak, situasi ini menyebabkan harga minyak di
dunia mengalami perningkatan.
Punca kenaikan harga minyak yang seterusnya ialah keperluan minyak itu sendiri kepada
negara pengeluar. . Berdasarkan data Independent Statistic & Analysis U.S Energy Information,
Iraq mempunyai hasil pengeluaran minyak secara purata iaitu 3 juta barrel per hari pada tahun
2012, Namun, Iraq hanya mengeksport minyak mentah sebanyak 2.4 juta barrel per hari pada
tahun yang sama, Situasi ini menyebabkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh mereka untuk
dieksport tidak banyak kerana mereka perlu memenuhi keperluan minyak di negara mereka
terlebih dahulu sebelum mengeksportnya ke negara lain. Oleh itu, jumlah penawaran minyak
yang sedikit di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak melambung kerana negara-
negara lain turut memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak dan juga memerlukan bekalan
secara berterusan.
Akhir sekali, spekulasi penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) juga
dikaitkan dengan peningkatan harga minyak. Menurut Teguh Sihono (2011), krisis kewangan
yang berlaku di AS menyebabkan harga saham global jatuh dan melemahkan kadar mata wang
Amerika Syarikat. Pembelian minyak dikaitkan dengan penggunaan mata wang Amerika
Syarikat, ini bermakna sekiranya terdapat sebarang penurunan mata wang negara tersebut,
pastinya ia akan menjejaskan nisbah keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar
minyak. Oleh itu, situasi ini membawa kepada negara pengeluar minyak tidak berminat untuk
mengeluarkan minyak lebih banyak kerana pembelian minyak menggunakan mata wang
Amerika Syarikat ketika ini tidak membawa kadar keuntungan yang banyak kepada mereka.
Kesimpulannya, peningkatan harga minyak berpunca daripada keadaan politik,
permintaan yang tinggi terhadap komiditi minyak, pengurangan subsidi, keperluaan minyak itu
sendiri bagi Negara pengeluar dan juga penurunan mata wang Amerika Syarikat. Bagi
mengelakkan peningkatan harga minyak daripada terus meningkat, semua pihak haruslah
berkerjasama dengan menjalinkan hubungan yang erat antara Negara pengeluar dengan Negara
lain. Hal ini kerana, kegagalan mengekalkan dengan perjanjian bersama akan mengakibatkan
harga minyak akan terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, kerajaan perlu
memainkan peranan untuk membendung masalah kenaikan harga minyak dan mengambil
tindakan untuk mengatasinya supaya masalah kenaikan harga minyak dapat dikawal. Manakala,
kita sebagai pengguna perlu bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian supaya tidak terbeban
dengan kesan kenaikan harga minyak di Malaysia.
3.0 Kesan kenaikan harga minyak
3.1 Kesan negatif
Peningkatan harga minyak menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan terutamanya
harga barangan makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau
siap akan diangkut dari tempat pemprosesan ke tempat pemasaran iaitu kedai runcit dan
sebagainya. Oleh itu, kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan menyebabkan pihak
pengilang menaikkan harga barangan kepada para peniaga. Kemudiannya, para peniaga turut
menaikkan harga barangan bagi memastikan ia mendapat semula modal yang dilaburnya.
Sebagai contoh, barangan runcit seperti gula, tepung, beras dan barangan basah seperti ayam,
ikan dan sebagainya adalah keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Peningkatan harga barangan
ini membebankan rakyat.
Selain itu, kos pengangkutan turut meningkat akibat daripada kenaikan harga minyak
terutamanya bagi pengangkutan awam. Hal ini kerana syarikat pengangkutan awam seperti bus
terpaksa menaikkan tambang kerana mereka menggunakan minyak yang banyak bagi
menjalankan operasi perniagaan mereka. Walaubagaimanapun, kenaikan harga tambang bagi
pengangkutan awam masih terkawal kerana kerajaan sentiasa memantau pihak agensi bus supaya
tidak menaikkan harga tiket yang tinggi dan membebankan rakyat. Namun demikian, bagi
mengelakkan kerugiaan, agensi turut mengetatkan jadual perjalanan.
Dalam masa yang sama, kenaikan harga minyak bukan sahaja memberi kesan negatif
kepada rakyat tetapi juga kepada negara. Hal ini kerana kenaikan harga minyak menyebabkan
berlakunya pertambahan dari segi tanggungan subsidi ke atas bahan api tersebut. Menerusi
kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa pada tahun 2007
sahaja kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak menjangkau lebih RM33 bilion dan sekali
gus menjadi beban kepada kerajaan kerana defisit ekonomi akan menjadi lebih besar.
3.2 Kesan positif.
Kenaikan harga minyak bukan hanya dapat dilihat sebagai sesuatu yang negatif, tetapi juga boleh
dilihat dari sudut yang positif. Berdasarkan petikan akhbar, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyatakan bahawa kenaikan harga minyak disebabkan oleh pengurangan subsidi ini dilihat
sebagai satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka masa yang pendek dan sederhana.
Seterusnya memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan rakyat. Pengurangan subsidi
minyak yang dibuat oleh kerajaan turut bertujuan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.
Seterusnya, kenaikan harga minyak dapat mewujudkan masyarakat yang berjimat cermat.
Kenaikan harga minyak menyebabkan setiap rakyat mengambil sikap berhati- hati dalam
berbelanja. Sebagai contoh, mereka akan mengurangkan aktiviti makan di luar rumah dan
menggalakkan mereka untuk memasak di rumah. Hal ini akan dapat mengubah gaya hidup
masyarakat bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri walaupun harga minyak naik.
Oleh itu, rakyat dapat mengekalkan kualiti hidup dan keselesaan mereka.
Selain itu. kenaikan harga minyak ini secara tidak langsung membantu dalam menjaga
alam sekitar daripada berlakunya kerosakan. Hal ini kerana, apabila harga minyak naik,
kebanyakan rakyat akan menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja ataupun
berkongsi kereta dengan kawan- kawan. Dengan itu, ia membantu alam sekitar daripada
mengalami kerosakan seperti pencemaran dan pemanasan global akibat daripada pelepasan asap
kenderaan yang banyak di udara.
4.0 Penutup
Kesimpulannya, peningkatan harga minyak di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor luar
seperti keadaan politik di Negara pengeluar minyak, spekulasi mata wang Amerika Syarikat,
permintaan terhadap minyak yang tinggi dari negara China dan Amerika dan juga keperluan
minyak itu sendiri bagi Negara pengeluar. Manakala faktor dalaman pula seperti pengurangan
subsidi yang dilancarkan oleh kerajaan. Selain itu, ia juga turut memberi kesan negatif dan juga
positif kepada rakyat dan juga negara.
Bagi mengelakkan kenaikan harga minyak daripada melambung naik, pihak kerajaan
perlu mengadakan kerjasama yang erat di antara negara pengeluar minyak. Tambahan lagi, pihak
kerajaan juga turut menyediakan pelbagai dasar ataupun langkah proaktif bagi mengurangkan
kesan kenaikan ini daripada membebankan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),
Kedai Rakyat 1Malaysia, dan Klinik 1Malaysia. Secara tidak langsung, ia bertujuan untuk
memastikan keperluan asas rakyat disediakan dengan sebaik mungkin dan juga membantu
rakyat untuk berbelanja secara berhemah dan tidak menghadapi sebarang tekanan akibat
kenaikan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga minyak.
Selain itu, rakyat juga perlu memahami dan bersedia untuk menghadapi kenaikan harga
minyak dan juga kesan yang akan berlaku apabila harga minyak meningkat. Hal ini kerana,
pemahaman dan kesediaan rakyat penting bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara
daripada sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiAriff Ikhwan
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Alecis Alex
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Nazira M
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Denne Freddy
 

Was ist angesagt? (20)

Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasi
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961
 

Andere mochten auch

Cara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupCara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupzaidi Emas Public Gold
 
Slide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakSlide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakUNie ONie
 
Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsPenilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsUNie ONie
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatSok Moi Lee
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
JURNAL PDP VOL 4 NO 2 Benny Agus Setiono Fluktuasi Harga Minyak
JURNAL PDP VOL 4 NO 2 Benny Agus Setiono Fluktuasi Harga MinyakJURNAL PDP VOL 4 NO 2 Benny Agus Setiono Fluktuasi Harga Minyak
JURNAL PDP VOL 4 NO 2 Benny Agus Setiono Fluktuasi Harga Minyakbennyagussetiono
 
geo ting 3 bab 11, 12, 13
geo ting 3 bab 11, 12, 13geo ting 3 bab 11, 12, 13
geo ting 3 bab 11, 12, 13Nurul Izzah
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Peningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaPeningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaLOGHA ANBARASU
 
Bab 6-sains (Bahan Api Semula jadi dan Kepentingannya)
Bab 6-sains (Bahan Api Semula jadi dan Kepentingannya)Bab 6-sains (Bahan Api Semula jadi dan Kepentingannya)
Bab 6-sains (Bahan Api Semula jadi dan Kepentingannya)hararoo97 Rosmadi Nasir
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)Haslina Ina
 

Andere mochten auch (20)

Cara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupCara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
 
Slide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakSlide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyak
 
Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsPenilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
JURNAL PDP VOL 4 NO 2 Benny Agus Setiono Fluktuasi Harga Minyak
JURNAL PDP VOL 4 NO 2 Benny Agus Setiono Fluktuasi Harga MinyakJURNAL PDP VOL 4 NO 2 Benny Agus Setiono Fluktuasi Harga Minyak
JURNAL PDP VOL 4 NO 2 Benny Agus Setiono Fluktuasi Harga Minyak
 
Contoh esai
Contoh esaiContoh esai
Contoh esai
 
geo ting 3 bab 11, 12, 13
geo ting 3 bab 11, 12, 13geo ting 3 bab 11, 12, 13
geo ting 3 bab 11, 12, 13
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Pengajaran rumusan (keracunan makanan)
Pengajaran rumusan (keracunan makanan)Pengajaran rumusan (keracunan makanan)
Pengajaran rumusan (keracunan makanan)
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Peningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaPeningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utama
 
Supply Demand
Supply DemandSupply Demand
Supply Demand
 
Esei Cabaran dan Isu Semasa
Esei Cabaran dan Isu SemasaEsei Cabaran dan Isu Semasa
Esei Cabaran dan Isu Semasa
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
Bab 6-sains (Bahan Api Semula jadi dan Kepentingannya)
Bab 6-sains (Bahan Api Semula jadi dan Kepentingannya)Bab 6-sains (Bahan Api Semula jadi dan Kepentingannya)
Bab 6-sains (Bahan Api Semula jadi dan Kepentingannya)
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)
 

Mehr von UNie ONie

Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanUNie ONie
 
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 UNie ONie
 
Teks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllTeks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllUNie ONie
 
Contoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramContoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramUNie ONie
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)UNie ONie
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 
Pengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahPengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahUNie ONie
 
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaSlide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaUNie ONie
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualUNie ONie
 
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaFaktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaUNie ONie
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranUNie ONie
 

Mehr von UNie ONie (11)

Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan Perumahan
 
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
 
Teks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllTeks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For All
 
Contoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramContoh Laporan Program
Contoh Laporan Program
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
Pengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahPengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanah
 
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaSlide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan Seksual
 
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaFaktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaran
 

Isu Kenaikan Harga Minyak

  • 1. 1.0 Pengenalan Kenaikan harga minyak di Malaysia merupakan salah satu fenomena yang hangat diperkatakan oleh setiap golongan rakyat. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat sangat mengambil berat terhadap isu kenaikan harga minyak tersebut. Minyak petrol merupakan komoditi yang penting di dalam kehidupan seharian dan juga banyak digunakan sebagai input di dalam sektor ekonomi seperti pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Menurut Teori Maslow, minyak boleh dikategorikan di bahagian keperluan fisiologi. Keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Dalam erti kata lain, apa saja yang diperlukan untuk diri. Setiap individu mempunyai kenderaan sendiri yang digunakan untuk pergi dan pulang dari kerja dan sebagainya. Oleh itu, minyak sememangnya diperlukan bagi menggerakkan kereta tersebut. Menurut Noresah Bt Baharom (2010), Minyak petrol ataupun dikenali sebagai gasolin boleh didefinisikan sebagai campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum. Minyak ini digunakan sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Di Malaysia, terdapat 3 jenis minyak yang di jual dengan harga berbeza iaitu petroL RON95, petrol RON 97 dan diesel. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara pengeksport dan mengimport minyak. Walaubagaimanapun, kebergantungan Malaysia terhadap sumber energi yang bersifat non- renewable menyebabkan berlakunya peningkatan harga minyak di pasaran akibat daripada beberapa faktor seperti peperangan negara pengeluar minyak, permintaan terhadap minyak, keperluan minyak kepada negara pengeluar, pengurangan subsidi dan juga spekulasi mata wang Amerika Syarikat. Kenaikan harga minyak juga turut memberi kesan yang negatif dan positif kepada negara dan juga masyarakat. Secara prinsipnya, setiap kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan menberi kesan kepada ekonomi secara berangkai, seperti kenaikan harga runcit minyak yang dibeli oleh pengguna. Oleh itu, Kenaikan harga minyak sudah pastinya memberi kesan kepada kenaikan harga barangan, kos pengangkutan dan juga pertambahan beban kerajaan.
  • 2. 2.0 Punca- punca kenaikan harga minyak Kenaikan harga minyak sering berubah-ubah berpunca daripada keadaan politik. Menurut Unit Perancangan Ekonomi & Majlis Tindakan Ekonomi Negara (2005), peperangan yang berlaku di antara negara- negara pengeluar minyak utama seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela telah menganggu proses pengeluaran minyak dunia. Peningkatan harga minyak buat pertama kalinya bermula pada tahun 17 Oktober 1973, iaitu apabila berlakunya perang Yom Kippur, perang di antara Israel dengan Mesir dan Syria. Semasa perang tersebut, Pertubuhan Negara- Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) membuat keputusan untuk menggunakan minyak sebagai senjata untuk membebaskan wilayah Mesir dan Syria yang diduduki oleh Israel dengan mengenakan sekatan minyak iaitu mereka tidak mahu mengeksport petroleum ke negara yang menyokong Israel dalam konflik Israel dengan Mesir dan Syria. Contohnya Amerika Syarikat. Sekatan ini berlangsung selama enam bulan sehingga menyebabkan harga minyak naik. Hal ini menyebabkan semua negara di dunia mengalami krisis minyak. Tambahan pula, OPEC mempunyai peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan juga mempengaruhi harga pasaran minyak. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa peperangan yang berlaku ini secara tidak langsung memjadi punca kepada peningkatan harga minyak di Malaysia. Selain itu, langkah yang diambil oleh kerajaan iaitu mengurangkan pemberian subsidi ke atas petrol menjadi salah satu punca kepada perubahan harga minyak di Malaysia. Menurut Noresah Bt Baharom (2010), subsidi boleh ditakrifkan sebagai bantuan berupa wang ataupun kebendaan yang selalunya diberi kepada pihak tertentu. Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak pada 3 September 2013, ini bermakna harga petrol RON95 ialah RM2.10 naik sebanyak 20 sen, manakala diesel pula ialah RM2.00. Disebabkan keputusan ini, terdapat juga spekulasibahawa tindakan pihak kerajaan ini menunjukkan bahawa negara kita sedang mengalami masalah kewangan. Hal ini kerana sebelum ini kerajaan amat menjaga kebajikan rakyat dengan memberi subsidi yang tinggi bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen adalah dianggap sebagai penjimatan yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Hal ini kerana kerajaan mahu rakyat menyedari bahawa pentingnya berjimat cermat dalam penggunaan petrol dan berbelanja secara berhemah bagi menampung peningkatan dalam perbelanjaan rakyat. Keputusan ini dapat
  • 3. membantu mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2012. Dengan itu, langkah mengurangkan subsidi harga minyak petrol dan diesel merupakan langkah jangka panjang yang perlu diambil bagi memantapkan ekonomi negara untuk mengelak negara menjadi muflis sekiranya berterusan memberikan subsidi berkenaan. Hal ini kerana kerajaan berada di dalam keadaan yang sukar untuk mengimbangi antara keperluan rakyat dengan mengekalkan sumber kewangan lain bagi mengekalkan subsidi minyak pada paras semasa seperti peruntukan pembangunan. Seterusnya, kenaikan harga minyak juga adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap komoditi minyak. Menurut Raja Mohd. Affandi (1975), permintaan dapat ditakrifkan sebagai jadual kuantiti barang yang akan dibeli oleh pengguna pada berbagai- bagai tingkat harga Sebagai contoh negara China dan Amerika Syarikat (AS), kedua- dua negara ini memberi fokus dalam perekonomian iaitu bidang industri. Kemajuan dalam bidang perindustrian di negara China dan Amerika Syarikat menyebabkan negara tersebut bergantung kepada sumber minyak dan memerlukan jumlah minyak yang banyak bagi menampung keperluan industri dan seharian penduduk. Berdasarkan data Independent Statistic & Analysis U.S Energy Information, China mengimport 5.4 juta barrel per hari minyak mentah pada tahun 2012, ia meningkat sebanyak 7% daripada 5.1 juta barrel per hari pada tahun 2011. Sementara itu, AS mengimport kira-kira 10.6 juta tong sehari petroleum pada 2012 daripada kira-kira 80 buah negara. Hal ini menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap minyak, situasi ini menyebabkan harga minyak di dunia mengalami perningkatan. Punca kenaikan harga minyak yang seterusnya ialah keperluan minyak itu sendiri kepada negara pengeluar. . Berdasarkan data Independent Statistic & Analysis U.S Energy Information, Iraq mempunyai hasil pengeluaran minyak secara purata iaitu 3 juta barrel per hari pada tahun 2012, Namun, Iraq hanya mengeksport minyak mentah sebanyak 2.4 juta barrel per hari pada tahun yang sama, Situasi ini menyebabkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh mereka untuk dieksport tidak banyak kerana mereka perlu memenuhi keperluan minyak di negara mereka terlebih dahulu sebelum mengeksportnya ke negara lain. Oleh itu, jumlah penawaran minyak yang sedikit di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak melambung kerana negara- negara lain turut memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak dan juga memerlukan bekalan secara berterusan.
  • 4. Akhir sekali, spekulasi penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) juga dikaitkan dengan peningkatan harga minyak. Menurut Teguh Sihono (2011), krisis kewangan yang berlaku di AS menyebabkan harga saham global jatuh dan melemahkan kadar mata wang Amerika Syarikat. Pembelian minyak dikaitkan dengan penggunaan mata wang Amerika Syarikat, ini bermakna sekiranya terdapat sebarang penurunan mata wang negara tersebut, pastinya ia akan menjejaskan nisbah keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar minyak. Oleh itu, situasi ini membawa kepada negara pengeluar minyak tidak berminat untuk mengeluarkan minyak lebih banyak kerana pembelian minyak menggunakan mata wang Amerika Syarikat ketika ini tidak membawa kadar keuntungan yang banyak kepada mereka. Kesimpulannya, peningkatan harga minyak berpunca daripada keadaan politik, permintaan yang tinggi terhadap komiditi minyak, pengurangan subsidi, keperluaan minyak itu sendiri bagi Negara pengeluar dan juga penurunan mata wang Amerika Syarikat. Bagi mengelakkan peningkatan harga minyak daripada terus meningkat, semua pihak haruslah berkerjasama dengan menjalinkan hubungan yang erat antara Negara pengeluar dengan Negara lain. Hal ini kerana, kegagalan mengekalkan dengan perjanjian bersama akan mengakibatkan harga minyak akan terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, kerajaan perlu memainkan peranan untuk membendung masalah kenaikan harga minyak dan mengambil tindakan untuk mengatasinya supaya masalah kenaikan harga minyak dapat dikawal. Manakala, kita sebagai pengguna perlu bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian supaya tidak terbeban dengan kesan kenaikan harga minyak di Malaysia.
  • 5. 3.0 Kesan kenaikan harga minyak 3.1 Kesan negatif Peningkatan harga minyak menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan terutamanya harga barangan makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap akan diangkut dari tempat pemprosesan ke tempat pemasaran iaitu kedai runcit dan sebagainya. Oleh itu, kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan menyebabkan pihak pengilang menaikkan harga barangan kepada para peniaga. Kemudiannya, para peniaga turut menaikkan harga barangan bagi memastikan ia mendapat semula modal yang dilaburnya. Sebagai contoh, barangan runcit seperti gula, tepung, beras dan barangan basah seperti ayam, ikan dan sebagainya adalah keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Peningkatan harga barangan ini membebankan rakyat. Selain itu, kos pengangkutan turut meningkat akibat daripada kenaikan harga minyak terutamanya bagi pengangkutan awam. Hal ini kerana syarikat pengangkutan awam seperti bus terpaksa menaikkan tambang kerana mereka menggunakan minyak yang banyak bagi menjalankan operasi perniagaan mereka. Walaubagaimanapun, kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awam masih terkawal kerana kerajaan sentiasa memantau pihak agensi bus supaya tidak menaikkan harga tiket yang tinggi dan membebankan rakyat. Namun demikian, bagi mengelakkan kerugiaan, agensi turut mengetatkan jadual perjalanan. Dalam masa yang sama, kenaikan harga minyak bukan sahaja memberi kesan negatif kepada rakyat tetapi juga kepada negara. Hal ini kerana kenaikan harga minyak menyebabkan berlakunya pertambahan dari segi tanggungan subsidi ke atas bahan api tersebut. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa pada tahun 2007 sahaja kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak menjangkau lebih RM33 bilion dan sekali gus menjadi beban kepada kerajaan kerana defisit ekonomi akan menjadi lebih besar.
  • 6. 3.2 Kesan positif. Kenaikan harga minyak bukan hanya dapat dilihat sebagai sesuatu yang negatif, tetapi juga boleh dilihat dari sudut yang positif. Berdasarkan petikan akhbar, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kenaikan harga minyak disebabkan oleh pengurangan subsidi ini dilihat sebagai satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka masa yang pendek dan sederhana. Seterusnya memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan rakyat. Pengurangan subsidi minyak yang dibuat oleh kerajaan turut bertujuan untuk mengurangkan defisit fiskal negara. Seterusnya, kenaikan harga minyak dapat mewujudkan masyarakat yang berjimat cermat. Kenaikan harga minyak menyebabkan setiap rakyat mengambil sikap berhati- hati dalam berbelanja. Sebagai contoh, mereka akan mengurangkan aktiviti makan di luar rumah dan menggalakkan mereka untuk memasak di rumah. Hal ini akan dapat mengubah gaya hidup masyarakat bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri walaupun harga minyak naik. Oleh itu, rakyat dapat mengekalkan kualiti hidup dan keselesaan mereka. Selain itu. kenaikan harga minyak ini secara tidak langsung membantu dalam menjaga alam sekitar daripada berlakunya kerosakan. Hal ini kerana, apabila harga minyak naik, kebanyakan rakyat akan menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja ataupun berkongsi kereta dengan kawan- kawan. Dengan itu, ia membantu alam sekitar daripada mengalami kerosakan seperti pencemaran dan pemanasan global akibat daripada pelepasan asap kenderaan yang banyak di udara.
  • 7. 4.0 Penutup Kesimpulannya, peningkatan harga minyak di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor luar seperti keadaan politik di Negara pengeluar minyak, spekulasi mata wang Amerika Syarikat, permintaan terhadap minyak yang tinggi dari negara China dan Amerika dan juga keperluan minyak itu sendiri bagi Negara pengeluar. Manakala faktor dalaman pula seperti pengurangan subsidi yang dilancarkan oleh kerajaan. Selain itu, ia juga turut memberi kesan negatif dan juga positif kepada rakyat dan juga negara. Bagi mengelakkan kenaikan harga minyak daripada melambung naik, pihak kerajaan perlu mengadakan kerjasama yang erat di antara negara pengeluar minyak. Tambahan lagi, pihak kerajaan juga turut menyediakan pelbagai dasar ataupun langkah proaktif bagi mengurangkan kesan kenaikan ini daripada membebankan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia, dan Klinik 1Malaysia. Secara tidak langsung, ia bertujuan untuk memastikan keperluan asas rakyat disediakan dengan sebaik mungkin dan juga membantu rakyat untuk berbelanja secara berhemah dan tidak menghadapi sebarang tekanan akibat kenaikan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga minyak. Selain itu, rakyat juga perlu memahami dan bersedia untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan juga kesan yang akan berlaku apabila harga minyak meningkat. Hal ini kerana, pemahaman dan kesediaan rakyat penting bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara daripada sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman.