Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

0

Teilen

Herunterladen, um offline zu lesen

Pentadbiran dan penskoran

Herunterladen, um offline zu lesen

JPI (MALAY TRANSLATION)

Ähnliche Bücher

Kostenlos mit einer 30-tägigen Testversion von Scribd

Alle anzeigen

Ähnliche Hörbücher

Kostenlos mit einer 30-tägigen Testversion von Scribd

Alle anzeigen
  • Gehören Sie zu den Ersten, denen das gefällt!

Pentadbiran dan penskoran

  1. 1. PENTADBIRAN DAN PENSKORAN JACKSON PERSONALITY INVENTORY-REVISED (JPI-R) 1. Sifat dan Tujuan JPI-R Jackson Personality Inventory (JPI) dibina dengan satu borang yang mudah, satu set pengukuran refleksi yang pelbagai terhadap interpersonal, kognitif, dan nilai orentasi dalam melihat akan kepentingan implikasi terhadap fungsi seseorang. Pengukuran personaliti ini diterbitkan bermula dari kajian kontemperori terhadap personaliti dan psikologi sosial. Pembangunan JPI-bereflek secara terus memberi perhatian terhadap aspek asas personaliti yang pelbagai berdasarkan kajian empirikal moden dan juga pembangunan dalam teori psikometrik dan metadologi komputer yang diaplikasi terhadap penilaian ini. JPI-R merupakan semakan semula daripada JPI yang asal (semakan utama akan diterangkan dalam pecahan seksyen, dibawah). JPI-R menyerupai yang asal, namun ia direkabentuk terutamanya untuk kegunaan populasi normal dan ia berbeza dari mana- mana inventori personaliti lain yang direkabentuk dalam kegunaan populasi yang mengalami gangguan psikriatrik atau individu yang menyimpang dari arah hidup yang sebenar. JPI-R sesuai digunakan terutamanya di sekolah, kolej, dan universiti kerana ia membantu akan kareer dan kaunseling vokasional, manakala dalam setting pekerjaan pula ia memudahcarakan pemadanan terhadap manusia dan pekerjaan yang bersesuaian. Dalam kajian setting lain pula, ia membantu dalam memahami personaliti dan perhubungan terhadap tingkahlaku seseorang. Walaupun ia membawa kepada satu persamaan kepada pengarang terbitan sebelum ini (Jackson,1967, 1974, 1984,1989) iaitu Borang Kajian Personaliti (Personality Research Form, PRF), terutama sekali dalam mengambil kira kaedah am terhadap pembinaan skala, ringkas, dan format penskoran yang menyakinkan, namun JPI-R dibezakan dari segi istilah sifat perubahan pengukuran personaliti, dan ia juga berbeza dari segi istilah dalam memperjelaskan akan kebaikannya secara lebih lanjut dan juga akan pembangunan terhadap asas, psikometrik, dan srategi berdasarkan komputer untuk pembinaan skala dan pada mulanya ia bekerja ke atas pembangunan PRF. 2. Format JPI-R JPI-R mengandungi 300 item dengan pilihan Benar-Salah yang mewakili 15 skala dan bersama-sama dengan arahan dicetak di dalam sebuah buku kecil. Pentadbirannya memerlukan masa dari 35 minit ke 45 minit bergantung kepada populasi individu yang diuji. Susunan pernyataan item jelas dan mudah agar kebanyakan pelajar dapat menjawabnya. Borang jawapan direkabentuk sedemikian agar penskoran menyakinkan, dan skala skor boleh di tukar ke profil dan plot dalam bentuk yang relatif serta mudah. Setiap skala mengandungi 10 penyata benar dan 10 penyata salah. Skala yang direkabentuk bertujuan untuk mengurangkan peranan persetujuan atau penyataan “ya” semasa menjawab soalan dan untuk memberi definasi terhadap kedua-dua dimensi skala secara positif.
  2. 2. 3. Kelayakan Penggunaan JPI-R Seperti kebanyakan inventori psikologi lain, kelayakan penggunaan JPI-R diperlukan. Kelayakan minimum ialah ujian psikolgikal asas yang dijalankan di universiti atau kajian lanjut dalam psikologi atau bidang yang berkaitan. JPI-R juga boleh digunakan apabila seseorang dalam keadaan tidak memenuhi kelayakan yang dinyatakan atas dan juga dibawah penyeliaan psikologis di mana perundingan psikological diperlukan. Apabila sesuatu keputusan penting yang dikeluarkan berdasarkan skor JPI-R, adalah wajar diberi keutamaan seperti yang berlaku dalam penapisan pekerjaan dan pemantauan kelayakan golongan professional. 4. Ciri-ciri Umum JPI-R Sebagai semakan kepada JPI yang asal, JPI-R menganggap yang terdahulu mempunyai ciri-ciri utama. JPI telah direka dengan menyediakan ukuran yang dibangunkan berhati- hati dengan kepelbagaian sifat-sifat yang menarik untuk kajian personaliti yang mempunyai kerelevanan kepada ramalan tingkah laku dalam pelbagai konteks. Pembolehubah personaliti yang dipilih untuk dimasukkan adalah mereka yang sama ada telah mendapat pertimbangan perhatian dalam usaha penyelidikan personaliti dan psikologi sosial atau mempunyai pada pendapat penulis, berpotensi untuk meneruskan pemahaman kefungsian keperibadian individu normal atau bukan secara psikopatologi terganggu. Pelbagai aplikasi penyelidikan JPI telah menyokong perlindungan unik domain personaliti, walaupun perlu diakui bahawa yang lain, hampir sama konfigurasi spesifik sifat-sifat personaliti (contohnya, perkembangan asas Personality Research Form) mungkin sama-sama berdaya maju dari sudut pandangan konsep. Satu ciri JPI (dan JPI-R) yang membezakan ia dari beberapa pengukur personaliti lain ialah skala yang telah dibina daripada gabungan item besar berdasarkan definisi yang jelas setiap sifat. Jadual 1-1 (pp. 4-5) menunjukkan penerangan dan penjelasan tentang sifat-sifat skor tinggi dan rendah skala 15 JPI-R. Penerangan tentang definisi sifat-sifat diberikan di dalam Bab 2 (pp. 21-23). Penjelasan di Jadual 1-1 menyediakan asas bagi penyediaan item tiap-tiap skala dan bagi penerangan sifat yang dipiawai oleh juri di dalam pengesahan kajian (lihat Bab 4). Adalah sangat penting pengguna JPI-R menjadi biasa dengan penerangan dan pengertian kerana mereka akan menyediakan asas yang sangat perlu untuk penterjemahan. Adalah ditekankan bahawa tafsiran skala perlu berdasarkan maklumat yang diberikan dalam manual ini dan bukannya pada apa pentadbir ujian mungkin faham dengan nama skala daripada sumber-sumber lain. Perlu juga diakui bahawa skala JPI telah dibangunkan untuk menjadi bipolar. Oleh itu, arah penskoran pada apa-apa skala yang diberikan adalah rawak dipilih untuk berada dalam arah tertentu. (Mengambil Risiko boleh dipertimbangkan dari segi sikap berhati-hati). Ini adalah benar terutamanya bagi setiap skala, sepuluh item telah dipilih untuk mewakili dimensi kutub positif dan sepuluh item untuk mewakili kutub negatif. 5. Perkembangan Terkini JPI JPI-R dan bahan-bahan yang berkaitan berefleks ke atas 10 perkembangan yang luar biasa daripada versi asal keluaran 1976. Bagi pengguna yang biasa dengan JPI asal, ia mungkin boleh membantu membuat semakan perubahan di sini.
  3. 3. 1. Penamaan Semula Skala JPI Enam skala JPI telah dinamakan semula untuk mencerminkan lebih baik sifat asas yang diukur skala-skala tersebut. Sebagai contoh, skala yang asalnya dilabel "Self Esteem" (Estim Diri), telah dinamakan semula sebagai “Social Confidence” (Keyakinan Sosial) untuk menunjukkan lebih tepat jenis estim diri tertentu yang diukur dengan skala itu. Enam skala nama asal dan nama yang disemak adalah seperti berikut: Nama Skala Asal Skala Nama Yang Disemak Keselarasan Kerjasama Pengaruh Interpersonal Empati Estim Diri Keyakinan Sosial Kepandaian Sosial Kecekapan Sosial Penyertaan Sosial Sosial Nilai Ortodoks Nilai Tradisional 2. Penyusunan Semula skala Keputusan kajian dengan JPI menunjukkan bahawa 15 kadungan skala boleh dikelaskan kepada lima kluster yang bermakna. Label adjektif untuk setiap lima kluster untuk mewakili pertindihan konsep antara sifat-sifat tertentu yang menyumbang kepada kelompok itu. Organisasi baru bagi skala JPI digambarkan dalam semua jadual dalam buku panduan dan juga buku kecil item JPI-R, borang jawapan, dan helaian profil. Asas statistik bagi lima dimensi diterangkan dalam Bab 4, dan bahan tafsiran yang berkaitan disediakan dalam Bab 2. Label dimensi dan skala JPI-R yang sepadan serta singkatan adalah seperti berikut: Label Kluster Skala Penyumbang Singkatan. 1. Analitikal Kompleksiti Kecenderungan Minat Inovasi Tolerasi Cpx Bdi Inv Tol 2. Emotional Empati Anxieti Kerjasama Emp Axy Cpr 3. Extroverted Sosial Keyakinan Sosial Soc Scf
  4. 4. Jadual 1-1 Penerangan Trait Inventori Jackson – Semakan semula Skala Penerangan Skor Yang Tinggi Penentuan Trait Skor Yang Tinggi Penerangan Skor Yang Rendah Penentuan Trait Skor Yang Rendah ANALITIKAL KOMPLEKSITI Berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang rumit, kesabaran ada batasan:, berminat untuk mengikuti topik secara mendalam tanpa mengira kesukaran mereka: menikmati pemikiran abstrak: minat item yg detail. Kompleks, kontemplatif, pandai, arif, intelektual, bertimbang rasa, analisis lebih suka konkrit tafsiran abstrak: mengelakkan pemikiran kontemplatif: tidak berminat dalam menyelesaikan sesuatu wawasan baru perkara rumit, unreflective, terus- terang, boleh diramalkan, fakta. KECEDERUNG ANMINAT Prihatin dan terlibat; bermotivasi untuk menyertai pelbagai aktiviti jika: berminat untuk belajar tentang kepelbagaian perkara Ingin tahu, berminat, menyiasat, terlibat,suka bertanya, ingin tahu, membuat penerokaan mempunyai julat kecil kepentingan: masih tidak berminat apabila terdedah kepada aktiviti baru mempunyai beberapa hobi: citarasa terhad fleksibel, unobservant, sempit, sempit, uninvestigative INOVASI Individu kreatif dan berdaya cipta, mampu berfikit di luar kotak: bermotivasi untuk membangunkan penyelesaian masalah/idea. Suka sesuatu yang baru Bijak, asal, inovatif, produktif, imaginasi mempunyai motivasi kreatif sedikit: jarang mencari permikiran asal: pemikir konservatif: lebih suka aktiviti- aktiviti rutin tanpa fantasi, sengaja, praktikal, tenang, membosankan, literal, uninventive, rutin TOLERANSI Menerima orang walaupun kepercayaan dan adat resam mereka mungkin berbeza,mempunyai idea-idea baru; bebas daripada prasangka; menerima perbezaan pendapat berfikiran luas, berfikiran terbuka, tanpa prasangka, terbuka, bijak, tidak berat sebelah, yang tiada belas kasihan, berlembut, memenuhi segala keinginan hanya melayan pendapat yang konsisten dengannya: membuat pertimbangan dan nilai yang cepat mengenai orang lain: merasa terancam dengan mereka yang mempunyai perbezaan pendapat: menolak perbezaan intelek, etnik, keagamaan, kebudayaan atau yang berlatar belakang Sosial yang berbeza: mempunyai hubungan yang rapat dengan orang-orang yang berkongsi kepercayaan dengannya: tidak boleh bertolak ansur. keras, sabar, yg tak dpt dihindari, dogmatik, berfikiran sempit, prajudis, tidak bertolak ansur Tahap Tenaga Enl 4. Opportunistic Harga diri Mengambil Risiko Sas Rkt 5. Dependable Mengurus Nilai Tradisional Tanggungjawab Org Trv Rsy
  5. 5. EMOTIONAL EMPATI Cenderung untuk mengenali orang dan masalah mereka; menghargai nilai hubungan emosi yang rapat dengan orang lain; mengambil berat tentang orang lain; kecewa dengan musibah orang lain Emosional, lembut, baik hati, penyayang, demonstratif, ramah mesra, bersimpati Emosi menyendiri; tidak membenarkan perasaan mengganggu membuat keputusan; lebih impersonal dalam hubungan peribadi; memperlihatkan sedikit belas kasihan kepada masalah orang lain; mengalami masalah dalam berhubungan dengan orang; emosi yang tidak responsif terhadap orang di sekitarnya. Tidak responsif, renggang, keras kepala, pendiam, tidak sentimental, tidak ambil peduli; dingin ANXEITI Cenderung untuk bimbang terhadap perkara yang tidak penting; lebih mudah marah daripada orang biasa; bimbang terhadap masa depan. Bimbang, tertekan, gelisah, sibuk, cemas, cepat terganggu, bermasalah, gugup, takut. Kekal tenang dalam keadaan tertekan; mengambil tindakan tanpa rasa takut atau bimbang; sentiasa tenang walaupun dalam keadaan sukar atau sulit; biasanya tentram dan tenang Lembut, sabar, tenang, tentram, santai, bahagia. KERJASAMA Mudah terdedah kepada pengaruh sosial dan tekanan kumpulan; cenderung untuk mengubah suai tingkah laku supaya selaras dengan standard yang ditetapkan oleh orang lain. Merungut, penurut, akur, menyesuaikan diri, bertolak ansur, bekerjasama, sependapat, mencontohi. Menolak untuk berada dalam kumpulan orang ramai; tidak terjejas dan tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain; bebas dalam pemikiran dan tindakan. Individualistik, lebih berdikari, pantang menyerah, tidak akur, sukar dikawal, bertentangan, tidak sependapat. EXTROVERTED SOSIAL Akan bersungguh-sungguh menyertai pelbagai kumpulan sosial, yang bertujuan sama ada rasmi dan tidak rasmi dengan lain persatuan, menghargai hubungan interpersonal yang positif, aktif bersosial Bergaul, mesra, suka berkawan, peramah, turut serta, sering bersetuju, persahabatan, menyeronokkan, penyayang, mudah menyesuaikan diri, ikhlas, baik hati Memastikan hanya dirinya, mempunyai bilangan rakan- rakan yang terhad dan hanya mengenali rakan yang tidak rapat, mengelakkan aktiviti sosial Tidak menyertai, bersendirian, “penyendiri”, tidak ramah, yang akan bersara, pendiam KEYAKINANSOSIAL Yakin dalam berurusan dengan orang lain, tidak mudah malu atau dipengaruhi oleh orang lain, menunjukkan kehadiran situasi interpersonal, mempunyai keyakinan diri Sendiri memberi jaminan, terdiri, egois, diri memiliki, bersedia, cukup diri Berasa janggal di kalangan masyarakat, terutamanya orang asing, tidak gemar bersosial, lebih suka untuk berselindung tanpa disedari dalam sesuatu majlis sosial, berpendapat bahawa dia atau dirinya sebagai ahli kumpulan yang sederhana atau kecil, tidak mempunyai keyakinan diri, mudah berasa malu Kawalselia kendiri, pemalu, tidak menunjuk- nunjuk, rendah hati, peka TAHAPTENAGA Adakah aktif dan bersemangat, memiliki rizab kekuatan, tidak mudah bosan, mampu berkerja dengan gigih atau melakukan aktiviti rekreasi untuk jangka masa yang lama Meriah, bertenaga, aktif, tabah dan cekal hati, rajin, gigih, dinamik, bersemangat, bersemangat Cepat dan mudah bosan, mengelakkan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga, kekurangan stamina, memerlukan banyak rehat yang cukup, lambat untuk bertindak balas, mengelakkan tugas-tugas yang memerlukan usaha yang berterusan Pasif, tidak bermaya, mengantuk, malas, lesu OPPORTUNI SITC KECEKAPAN SOSIAL Mahir dalam memujuk orang lain untuk mencapai matlamat tertentu, kadang-kala dengan cara tidak langsung, memanipulasi orang lain, sangat biasa berdiplomatik, bijak bersosial Agak kasar apabila berhubung dengan orang lain, naif dan tidak menarik, bercakap secara berterus-terang Bercakap terus pada isu, tidak sensitif dengan kesan tingkah laku mereka kepada orang lain Berterus-terang, tidak berat sebelah, kasar, tegas, lantang, kurang sopan, tidak bernas, naif
  6. 6. MENGAMBILRISIKO Menikmati perjudian dan mengambil peluang, sanggup melibatkan diri dalam situasi yang berisiko, menikmati aktiviti yang mencabar, membuat perubahan, prihatin dengan bahaya. Bertindakterburu-buru, berkeyakinan, nafsu terburu-buru, tidak takut, berdaya usaha, kurang berhati-hati, bersedia mengambi lrisiko ,sangat berani, bertindak melulu Berhati-hati mengenai keadaan yang tidak menentu, tidak menyukai pertaruhan, mengelakkan keadaanyang member risiko pada diri sendiri, bagaimana pun mereka mengharapkan suatu ganjaran yang besar, tanpa mengambil kira samaada perubahan member risiko fizikal, sosial, kewangan atau etika Panjang akal, teragak- agak atau ragu-ragu, berhati-hati, berwaspada, berhemah, tidak menonjol, terbuka, tidak mencabar, berjaga- jaga, memikirkan keselamatan, konservatif DEPENDABLE PENGURUSANDIRI Menggunakan masa dengan berkesan, menyelesaikan kerja mengikut jadual, tidak mudah terganggu Teratur, berdisiplin, perancang, kemas, konsisten, kerja bersistematik, tepat, kemas, cermatatauteliti, bersistematik Kerap melengah-lengahkan tindakan, mudah bimbang, kerap gagal dalam melaksanakan tugas, selalu kehilangan barang, barang peribadi sering kucar-kacir, tidak sistematik dalam mengurus sesuatu situasi, tindakan atau jalan yang tidak dapat diramal, jarang merancang sebelum melakukan sesuatu perkara Tidak teratur, tidak cekap, kurang tersusun, lalai, mudah lupa NILAITRADISI Masih berpegang kepada nilai-nilai adat tradisi dan kepercayaan, nilai beliau boleh dilihat oleh orang lain sebagai old fashioned, mengambil pandangan yang agak konservatif mengenai standard tingkahlaku, menentang perubahan adat sosial Moralis atau orang yang mengajar tentang moral, konvensional, tegas, kemas atau rapi, warakatau soleh, mementingkan moral dan agama, membuat sesuatu dengan betul berdasarkan moral, keras Bersifat sangat tradisi, bersikap liberal atau radikal dalam tingkahlaku, persoalkan tentang undang-undang dan menggunakan undang-undang dalam kes, tindakan yang bersifat konvensional, percaya bahawa beberapa perkara perlu ditapis. Moden, radikal, liberal, tidak menerima adat atau ortodok, kontemporari, sifat permisif TANGGUNGJAWAB Merasakan kewajipan yang kuat untuk menjadi jujur dan tulus, mempunyai rasa tanggungjawab terhadap orang lain, mempunyai hati nurani yang kuat dan tidak fleksibel Bertanggungjawab, jujur, beretika, tidak mudah menerima rasuah, berpegang kepada prinsip, boleh diharap, cermat atau teliti, boleh dipercayai, tidak mudah berubah, berterus terang Bersikap tidak peduli untuk membantu orang lain, kerap mungkir janji, mengambil sedikit keuntungan dalam projek komuniti, tidak boleh dipercayai untuk memenuhi kewajipan, enggan member jawapan bagi segala tindakannya Tidak boleh dipercayai, tidak mengambil berat, tidak adil, lalai, kurang berakal, cuai, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri, kurang peduli 1. Pemindahan Skala Luar Biasa Dengan pengalaman pentadbiran JPI terutamanya dalam skala persekitaran pekerjaan mencadangkan keperluan untuk menyemak semula keberkesanan skala luar biasa JPI. Pertama, skala luar biasa itu direka untuk mengenal pasti tindak balas kes-kes tanpa tujuan yang jarang timbul dalam situasi ujian. Kedua, mengambil nilai muka item skala luar biasa yang mempunyai sedikit atau tidak berkaitan terus dengan konsep kriteria luaran. Seperti, "Saya langsung tidak mempunyai deria rasa". Dalam usaha untuk memudahkan penggunaan JPI-R dalam konteks di mana perkaitan item individu dianggap sebagai penting. Contohnya, skala luar biasa asal pemilihan pekerja telah dikeluarkan. Hasilnya, JPI-R terdapat 20 item yang lebih pendek dan memerlukan masa yang kurang untuk pentadbiran dan penskoran. Bagi tindak balas penyelidik kedua-dua kaedah pengesanan berdasarkan maklum balas kepada item dari skala yang sedia ada adalah seperti yang dinyatakan dalam Bab 3 (pp.44-46).
  7. 7. 2. Pembaharuan dan Penambahbaikan – Berasaskan Norma Norma orang dewasa JPI asal diperolehi daripada populasi di kalangan kolej. Norma Kolej ini telah dikemaskinikan. Di samping itu, dua set norma baru dibangunkan mewakili pekerja kolar biru dan putih masing-masing. Norma dilaporkan secara berasingan untuk tiga kumpulan dalam setiap jantina. Untuk memudahkan perbandingan normatif yang melibatkan pelbagai populasi, norma jantina tertentu yang digunakan dalam merancang skor-T (T-score) dan memperolehi skor persentil berdasarkan kombinasi sama rata tiga set norma baru. Norma jantina semasa yang spesifik dilaporkan dalam Jadual 1-2 dan 1-3. Jadual 1-4 membentangkan gabungan norma jantina. 3. Perkembangan Pembahagian Kriteria Selain min dan sisihan piawai, indeks skewness dan kurtosis telah dimasukkan untuk membenarkan penilaian daripada kandungan 15 skala yang berkenaan dengan normaliti pengagihan (pp.50-51) 4. Penemuan Baru dalam Penyelidikan Penyelidikan terkini telah menghasilkan penemuan yang berkaitan dengan penilaian yang berterusan untuk JPI. Hasil penyelidikan itu, termasuk kajian daripada eksekutif kanan yang dibincangkan dalam Bab 4. Satu penyelidikan bibliografi JPI juga disediakan (pp. 119-123). 5. Item Baru/Item Diubahsuai dalam Skala Nilai Tradisional Untuk mengekalkan perkembangan penggunaan ujian psikologi dalam persekitaran industri (contohnya, pemilihan pekerja), item-item tertentu dalam Skala Nilai Tradisional JPI-R (contohnya, kebolehterimaan euthanasia, kematian tanpa tanpa kesakitan bagi orang yang menderita penyakit) telah diubahsuai atau diganti untuk meningkatkan kerelevanan untuk skala yang meramalkan kriteria yang berkaitan dengan kerja. Item yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan psikometrik (contoh, kolerasi nilai-p dan jumlah-item) telah dipilih sebagai pengganti. 6. Borang Jawapan Tanpa Karbon Borang jawapan JPI-R termasuk halaman kedua adalah untuk memudahkan pemarkahan. Seperti bahagian pada borang jawapan asal, yang mempunyai item betul (T) atau salah (F) ditandakan dengan "X" untuk setiap item. Halaman kedua borang jawapan JPI-R merekod jawapan secara automatik melalui proses salinan tanpa karbon. Hasil penskoran tangan tersebut dengan mengasingkan
  8. 8. halaman atas dan menjumlahkan tanda X yang boleh dilihat daripada lembaran kedua dalam petak yang ditetapkan kepada setiap 15 skala JPI-R. Halaman kedua borang jawapan JPI-R itu untuk menghapuskan keperluan agar mendapat pengasingan skor. 7. Senarai Skala Item Kerana ia adalah penting bertujuan bagi pengguna memahami 15 skala JPI-R untuk menilai, beberapa jenis maklumat yang mengandungi tafsiran skala disediakan dalam manual. Satu cara berguna untuk memahami skala JPI -R adalah untuk menyemak, sebagai satu set, item-item yang diberikan kepada setiap skala. Oleh itu, 20 item di setiap satu daripada 15 skala disenaraikan dalam Lampiran A, manakala item jawapan betul dan salah di dikumpulkan secara berasingan. 8. Glosari Terma Teknikal Pembangunan JPI (dan JPI -R) melibatkan penggunaan prosedur yang canggih. Untuk membantu dalam memahami JPI pembangunan skala, satu senarai istilah teknikal yang berkaitan telah dimasukkan pada akhir Manual. 6. Mentadbir JPI-R Mentadbirkan JPI-R merupakan sesuatu yang mudah. Kebanyakkan responden diuji secara individu dengan memberikan buku ujian dan borang jawapan dan diminta untuk membaca arahan yang dicetak pada kulit buku sebelum memulakan. Untuk pengurusan kumpulan, ia adalah kelebihan untuk melakukan beberapa persediaan sebelum responden sampai ke tempat ujian. Garis panduan berikut dicadangkan untuk semua kes. Garis panduan 1, 2 dan 4 adalah sesuai untuk ujian kumpulan. Garis panduan pengurusan: 1. Pengurus ujian harus mempunyai buku ujian yang mencukupi, kertas ujian, dan pensel untuk sesi ujian. Jika kesemua ini diedarkan atas meja sebelum responden masuk, masa responden dapat dijimatkan. 2. Pembantu yang mencukupi harus disediakan untuk menolong pengurus ujian dalam mengedarkan dan mengumpul bahan dan semasa menjawab soalan.
  9. 9. 3. Jika responden belum dimaklumkan tujuan ujian tersebut, mereka harus diberitahu bahawa mereka akan mengambil ujian personaliti dan memaklumkan tujuan kajian tersebut. Kemudian mereka juga harus diarahkan untuk melengkapkan maklumat diri yang diminta dalam borang jawapan. 4. Adalah wajar untuk membaca arahan di muka depan buku JPI-R dengan kuat kepada responden dalam kumpulan, menyuruh mereka untuk membaca bersama dengan pengurus. Jika responden mempunyai soalan berkaitan dengan arahan, haruslah dijawab sebelum responden mula menjawab. 5. Jika masa ujian yang diberikan adalah terhad, responden harus dimaklumkan masa yang diberikan untuk menyelesaikan soal selidik tersebut. Sekali atau dua kali semasa sesi ujian, mereka harus diingatkan tentang masa yang tinggal dan didorong untuk membuat ujian tersebut dengan cepat tetapi dengan teliti. 6. Penyeliaan individu secara tertutup biasanya tidak diperlukan, tetapi kadang- kadang soalan akan bangkit berkaitan dengan interpretasi item. Walaupun responden dibenarkan untuk memberikan definisi perkataan yang tidak dikenali, adalah baik untuk mengelakkan daripada menyediakan tafsiran terperinci sesuatu item, terutama apabila tafsiran menyebabkan seseorang untuk bertindak ke arah tertentu. Tambahan pula dalam keadaan kumpulan, soalan harus dijawab secara individu dan dalam keadaan yang senyap supaya tidak mengganggu responden yang lain. 7. Sama ada JPI-R diberikan dalam keadaan penyeliaan kumpulan atau individu, sikap dan tingkah laku pengurus ujian dalam pentadbiran bahan-bahan mungkin memberi kesan kepada responden untuk menyelesaikannya. Secara umumnya, pengurusan ujian dijalankan dengan serius dan profesioanal dapat menghasilkan keputusan yang optimum. 8. Setelah responden menyiapkan JPI-R, adalah menjadi amalan baik agar mengimbas borang jawapan tersebut untuk memastikan bahawa mereka telah menyelesaikan semua pernyataan yang disediakan. Jika terdapat item yang terabai, responden digalakkan untuk melengkapkannya. 7. LANGKAH-LANGKAH PENTADBIRAN JPI-R
  10. 10. SEBELUM UJIAN: 1. Sediakan peralatan secukupnya (buku ujian, kertas, pensil, borang jawapan). 2. Responden perlu dimaklumkan tujuan ujian dan diminta mengisi butiran di borang jawapan. 3. Arahan pada kulit buku ujian dibacakan kepada responden dan mereka diminta membaca bersama. Jika ada soalan, responden boleh bertanya dan perlu dijawab sebelum ujian bermula. 4. Responden perlu dimaklumkan berkaitan masa menjawab iaitu 35-45 minit . Peringatan dibuat tentang masa sewaktu ujian berlangsung dan digalakkan menjawab dengan cepat dan teliti. 5. Bantu responden mendefinisikan perkataan yang tidak difahami. Jangan membuat tafsiran keseluruhan ayat yang boleh mempengaruhi jawapan responden. Jangan biarkan responden mengganggu responden yang lain. 6. Pengendali ujian perlu bersikap profesional untuk hasilan keputusan yang tepat. SELEPAS UJIAN 7. Gunakan borang skor (scoring sheet) dengan mengira tanda (X) di dalam ruang kosong dan masukkan jumlah skor pada petak skor di bawah borang skor. (15 petak pertama menggunakan barisan petak skor kedua. 15 petak seterusnya (16-30) menggunakan barisan petak skor pertama).
  11. 11. 8. Campurkan skor jawapan pada baris pertama dan skor baris kedua untuk dapatkan ‘raw scores’. 4 5 6 8 5 3 6 7 4 5 6 4 6 5 5 Isi 15 petak pertama guna barisan kedua dari scoring box
  12. 12. Cpx Bdi Inv Tol Emp Axy Cpr Soc Scf Enl Sas Rkt Org Trv Rsy 9. Masukkan ‘raw scores’ profile sheet ( mengikut jantina) dan tandakan hasil skor pada ruang standard score dan bentuk graf. 4 3 4 2 4 5 3 2 5 4 3 5 3 4 3 8 8 10 10 9 8 9 9 9 9 9 9 9 9 8 Raw box Isi 15 petak kedua guna barisan atas dari scoring box Raw scores Campur skor
  13. 13. 10. Gunakan profile sheet untuk kenal pasti skor piawai responden.
  14. 14. 11. Gunakan raw scores untuk tafsir personaliti responden berpandukan format basic report.
  15. 15. 12. Buat responden JPI-R scale profile berdasarkan jadual Percentile Equivalents (Male/Female) dan combined Male/Female dengan mengambil kira raw score....
  16. 16. 13. Buat pentafsiran personaliti responden berdasarkan scale description.
  17. 17. 1. Norma Norma adalah penyebaran skor-skor dari satu kelompok yang digunakan sebagai syarat untuk memberi makna pada skor-skor individu. Penggunaan acuan norma dilakukan untuk memilih dan mengetahui tentang populasi sampel terhadap kelompoknya. Contohnya jika seseorang itu mengikut ujian tertentu maka hasil ujian akan memberikan gambaran di mana posisinya jika dibandingkan dengan orang lain yang mengikuti ujian tersebut. Norma kelompok yang dijalankan ke dalam sesuatu pengujian psikologi adalah lebih berkonsepkan kepada proses untuk mewakili sebuah populasi. Norma kajian juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis norma yang terdiri daripada norma umur, norma tempatan, norma peringkat, norma peratusan (percentile) dan lain-lain norma yang berkaitan. Tujuan penggunaan norma ini adalah untuk membandingkan skor individu dalam populasi. JPI-R atau lebih dikenali sebagai Jackson Personality Inventory Manual merupakan sebuah kajian personaliti yang diwujudkan bagi mengenalpasti personaliti individu dan tingkah laku deviant individu. Norma dalam instrumen personaliti JPI-R ini sebenarnya dijalankan di dalam norma dari negara Barat. Penggunaan norma dalam kajian ini sebenarnya lebih memfokuskan kepada skor yang mewakili populasi barat. Jadi Norma ini digunakan bagi membandingkan skor antara sampel yang diwakili oleh beberapa sampel sehingga membentuk sebuah norma bagi sesebuah kelompok. Penggunaan ujian JPI-R ini sebenarnya merupakan sebuah ujian penilaian personaliti yang diubah kepada skor skala pemerhatian kepada sebuah format perbandingan antara skor individu dengan norma sesebuah kumpulan ataupun kelompok. Kajian semasa yang dijalankan dengan menggunakan borang JPI-R ini menunjukkan maklum balas daripada Penggunaan ujian JPI-R ini sebenarnya mengandungi 300 item soal selidik betul dan salah, 15 skala dan disediakan dengan arahan yang berbentuk manual. Pada asalnya JPI-R ini digunakan dalam populasi normal dan terbentuk daripada pelbagai jenis inventori personaliti untuk digunakan ke atas individu yang mengalami isu misalnya dari aspek gangguan psikiatrik dan tingkah laku devian individu. Instrumen kajian ini sebenarnya sesuai digunakan di pelbagai jenis setting sama ada di sekolah, kolej, universiti, kaunseling kerjaya dan dunia pekerjaan. Sejarah pementukan instrumen JPI-R ini bermula pada tahun 1976 serta telah mengalami pengubahsuaian pada tahun 1976 sebenarnya digunakan bagai memahami personaliti individu dan juga tingkah laku. Dalam kajian yang pertama telah dijalankan ke atas norma pelajar kolej, seramai 165 ahli ACA telah bersetuju untuk menjalankan atau mentadbir kajian ke atas pelajar siswazah kolej. Sebanyak 23 buah institusi bersetuju untuk menjalankan kajian ini di barat iaitu di Amerika Utara pada peringkat kolej. Kedua, set baru tentang norma turut dibentuk dengan menggunakan seramai 629 sampel lelaki dan 264 sampel wanita kolar biru. Pekerjaan Kolar biru ini terdiri daripada pekerjaan seperti kontraktor, juru teknik, buruh dan lain-lain. Norma ketiga dibentuk berdasarkan responden yang terdiri daripada 555 orang senior eksekutif yang telah terlibat dengan program perkembangan profesional. Antara skop pekerjaan terdiri daripada pengarah, timbalan pengarah, dan lain-lain jawatan atasan. Tiga set norma tersebut mewakili skala skor yang diambil daripada tiga sampel di dalam populasi bagi mewakili populasi dan membantuk norma. Perbandingan antara skor kelompok dijalankan sehingga membentuk sebuah norma. Oleh hal yang demikian terbentuk beberapa jadual yang dibentuk daripada
  18. 18. perbandingan antara norma. Jika ahli terdiri daripada kelompok yang sama sebenarnya agak sukar membandingkan skor individu dan skor kelompok. Perbandingan norma ini telah membentuk jadual 1-2 dan jadual 1-3 antara lelaki dan wanita. Label diberikan kepada setiap norma yang mewakili populasi iaitu A, B, C, dan D. Jadual 1-2 ini merupakan jadual norma JPI-R bagi lelaki manakala jadual 1-3 pula jadual norma JPI-R bagi perempuan. Kedua-dua jadual ini mengandungi 15 subskala pemboleh ubah yang terdiri daripada complexity, breadth of interest, innovation, tolerance, Empathy, Anxiety, cooperativeness, sociability, social confidence, energy level, social astutenes, risk taking, organization, traditional values dan responsibility. Jadual ini turut mempunyai min dan sisihan piawai antara sampel yang yang mewakili kumpulan. Manakala jadual 1-4 merupakan jadual JPI-R Sex Combined-norms. Jadual ini merupakan jadual kombinasi antara norma lelaki dan perempuan. Jadual 1-5 adalah lebih berdasarkan JPI pada tahun 1970 dan norma pelajar kolej. Kajian dijalankan pada tahun 1970 dan dibandingkan dengan tahun semasa antara pelajar lelaki dan wanita. Jadual 1-6 dan jadual 1-7 pula merupakan jadual T skor piawai dalam skor JPI-R (row scores). Min T-skor menunjukkan 50 dengan sisihan piawai, SD =10. Skor kasar dalam jadual ini adalah bermula dari skor 1 hingga 20. Hasil skor menunjukkan peratusan antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Peratusan menunjukkan skor dari complexity antara kedua-dua jadual ini adalah paling tinggi masing-masing jadual menunjukkan jadual 1-6 82 peratus dan jadual 1-7 80 peratus bagi skor kasar 20. Dalam kajian ini, turut menerangkan berkenaan dengan percentile (peratusan) berkaitan skor yang diperolehi setelah mengisi manual JPI-R ini. Percentile dalam sesebuah kajian ini bermaksud peratusan yang menggambarkan sesebuah skor. Kajian JPI-R ini sememangnya menunjukkan skor peratusan (percentil) antara lelaki dan perempuan di dalam jadual 1-8 dan Jadual 1-9. Jadual ini terbentuk daripada kombinasi norma antara sampel. Akhir sekali jadual T skor bagi kombinasi norma lelaki dan perempuan dibentuk dalam jadual 1-10. Jadual peratusan data mentah JPI-R antara lelaki dan perempuan pula di dalam jadual 1-11. Kadar peratusan skor kasar turut dilampirkan bagi kegunaan perbandingan antara kajian yang dijalankan selepas ini. 2. Kesimpulan Secara kesimpulannya, norma skor bagi data JPI-R merupakan skor perbandingan antara individu dan kelompok yang dibentuk bagi mengenalpasti personaliti dan tingkah laku individu. Norma dibentuk berdasarkan kelompok jantina, profesion pekerjaan dan juga negara.
  19. 19. 3. PROFILE SHEET (HELAIAN PROFIL) Skor yang telah dipiawaikan dengan merujuk pada sampel normatif (contoh : menggunakan skala min dan sisihan piawai) mungkin akan dikumpulkan sebagai satu set dalam bentuk profil. Profil JPI-R yang dihasilkan dalam komputer sedia ada pada penerbit sebagai laporan asas JPI-R. Kertas profil hitam juga sedia ada mengumpul profil secara manual dan menyediakan profil secara manual adalah lebih mudah : 1. Skorkan borang jawapan JPI-R (seperti yang diterangkan diatas) dan jadualkan skor mentah dalam petak pada bahagian bawah kanan kertas skor. 2. Pindahkan skor mentah daripada kertas skor dalam susunan yang sama pada ruang kertas profil. Perhatikan terdapat perbezaan profil yang disediakan untuk lelaki dan perempuan pada bahagian lain kertas profil. Ia adalah penting untuk memastikan bahawa profil yang sesuai digunakan untuk responden. Jantina ditandakan pada bahagian atas borang jawapan dan kertas skor. 3. Pada setiap 15 skala, cari skor mentah (daripada 0-20) secara langsung pada garis menegak profil dan letakkan tanda pada garis tersebut. 4. Hubungkan markah dari skala ke skala dengan menggunakan sisi yang lurus Dengan mengikuti prosedur ini, seseorang itu akan merasa mudah untuk membaca skor piawaian daripada garis menegak pada kiri dan kanan profil. Skor T dimasukkan ke dalam profil JPI-R, seperti seseorang yang biasa dengan soal selidik personaliti, mempunyai min 50 dan sisihan piawaian 10. Norma (contoh: skala min dan sisihan piawaian) memberikan dasar pada profil JPI-R yang menggabungkan norma yang terdapat dalam jadual 1-2 (lelaki) dan 1-3 (perempuan). Jika skor piawaian atau peratus berdasarkan pada gabungan norma yang diperlukan tanpa penggunaan profil, ia mungkin boleh diperolehi dengan merujuk pada jadual 1-6 hingga 1-9. Skor piawaian dimasukkan ke dalam jadual 1-6 (lelaki) dan 1-7 (perempuan) merupakan skor T yang sama seperti yang digunakan dalam profil.

JPI (MALAY TRANSLATION)

Aufrufe

Aufrufe insgesamt

601

Auf Slideshare

0

Aus Einbettungen

0

Anzahl der Einbettungen

2

Befehle

Downloads

7

Geteilt

0

Kommentare

0

Likes

0

×