SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
TAJUK: LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN TOKOH AGAMA
SHEIKH HAJI ABDULLAH FAHIM DI KEPALA BATAS PULAU
PINANG PADA TAHUN (1931 – 1961 )
PENGENALAN
Sheikh Abdullah Fahim dilahirkan pada tahun 1870 di Makkah, Arab Saudi di satu tempat
yang tidak jauh dari Masjidil Haram yang bernama Shuib Ali.Bagaimanapun ada juga pihak
lain yang mengatakan ulama terkenal ini dilahirkan di Kampung Kubur Panjang, kira-kira 32
kilometer dari Alor Setar, Kedah1 .Namanya disini adalah “Fahim” yang berasal daripada
bahasa Arab, yang bererti orang yang faham .Menurut penduduk setempat, Abdullah Fahim
lebih di kenali dengan gelaran Pak Him2. Hal ini demikian kerana,Pak Him ialah nama
singkatan ayahnya, Ibrahim . Akan tetapi nama atau gelaran yang diketahui umum ialah
Syeikh Abdullah Fahim.3
Abdullah Fahim telah mendapat pendidikan sewaktu usianya masih kecil Syeikh Abdullah
Fahim merupakan seorang kanak – kanak yang pintar dan begitu meminati sebarang ilmu
yang diajarkan kepadanya.Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan cemerlang beliau yang dapat
menguasai bukan sahaja ilmu – ilmu secara khusus seperti fekah ,tauhid usuluddin, tafsir al –
Quran dan sebagainya tetapi ilmu – ilmu yang lain seperti kesusasteraan Arab, mantiaq ,ilmu
hisab dan ilmu falak4.Beliau di katakan berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat
42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajain termasuk politik.Dengan kedudukan ilmu beliau
ini , Haji Abdullah Fahim telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram
sehingga 1921.5
Beliau telah mendirikan rumah tangga denagn seorang gadis Melayu di Makkah dan
memperolehi dua orang anak lelaki iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad Badawi6.Anak
pertamanya telah meninggal dunia di kota Makkah semasa usia kanak-kanak dan tidak lama
selepas itu diikuti oleh ibunya pula. Syeikh Abdullah Fahim telah mendirikan rumah tangga
1
untuk kali yang kedua dengan hajjah Shari’ah binti Haji Hasan semasa pulang ke Tanah
Melayu7 .Beliau telah pulang ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk
memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari dibelenggu penjajah8. Selepas
pulang ke Tanah melayu , beliau dijemput oleh sheikhul Islam Kedah , Sheikh Wan Sulaiman
Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal yang
kini dikenali dengan nama Maahad Mahmud selama empat tahun,9

Sumbangan Sheikh Haji Abdullah Fahim sebagai tokoh agama
Abdullah Fahim telah memberikan sumbangan yang besar dalam idea penubuhan sekolah
agama di Kepala batas.Pada 1921 merupakan sejarah perjuangan suci Sheikh Abdullah
Fahim10.Tahun ini adalah tarikah beliau menjejak kaki di bumi bertuah Kepala Batas
Seberanag Perai selepas mempersiapkan diri dengan ilmu,iman dan amal untuk terjun ke
tengah khalayak umat Melayu yang menanti – nantikan kepulangan beliau11.Sheikh Haji
Abdullah Fahim telah kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi
pendidikan

bagi

melahirkan

bangsa

yang

boleh

memperjuangkan

kemerdekaan

Negara12.Menurut penduduk setempat yang telah tinggal lama di situ pada mulanya Sheikh
Abdullah Fahim hanya memulakan pengajarannya tanpa bangunan formal13.
Beliau membuka kelas agama di rumah pusakannya sendiri yang kini menjadi bekas pejabat
UMNO Bhagian Kepala Batas dengan lima orang pelajar pada tarikh 2 Rabīʿ al Awwal
1344 Hijrah bersamaan dengan tahun 1926 Masihi.14Pada mulanya mereka di ajar secara
sistem halaqah atau umumi,melalui sistem ini setiap pelajar akan duduk bersila di dalam
bulatan sambil membuka kitab menghadap guru15.Dengan ketokohan dan keilmuan Sheikh
Abdullah Fahim bak bunga kasturi harum semerbak segera dihidu oleh semua
masyarakat16.Atas permintaan masyrakat setempat Madrasah Daeratul Maarifil Wataniah
didirikan bersebelahan dengan Masjid al – Jamiul Badawi, Kepala Batas telah didirikan
2
dengan sambutan yang luar biasa bukan sahaja dari masyarakat setempat tetapi dari
masyarakat di selurh Semenanjung Tanah Melayu .Nama Daeratul Maarifil Wataniah ialah
ilham yang diperoleh setelah istikharah beliau.17
Berasaskan pengetahuan ilmu falak yang mendalam, beliau memilih hari Ahad, 2 Rabīʿ al
Awwal sebagai tarikh permulaan Madrasah Daeratul Maarifil Wataniah, di mana beliau telah
menggunakan angka 1, 2, 3, 4 dan 5 sebagai angka perlambangan . Angka 1 membawa
maksud hari Ahad, angka 2 membawa maksud dua hari bulan, angka tiga membawa maksud
Rabīʿ al Awwal, angka 4 membawa maksud tahun ke-4 dan angka 5 membawa maksud
pelajaran.18AL – WATANIAH di hujung membawa maksud Bumiputera adalah untuk
menghasilkan kejayaan yang akan direalisasikan oleh anak watan ,ini telah menampakkan
pemerhatian beliau yang tajam dan secara serius mengenai kesedaran serta pembangunan
orang – orang melayu untuk menggerakkan potensi mereka khasnya dalam bidang politik
nyang berkait dengan perjuangan memperdekakan tanah air Pada awal penubuhannya, para
pelajar madrasah datang dari seluruh nusantara19.Di antara negara-negara nusantara tersebut
ialah Singapura, Thailand, Sumatera dan Borneo20.Para pelajarnya pada ketika itu berjumlah
kira-kira 1500 orang.Oleh sebab pelajarnya makin bertambah,maka dibina sebuah sekolah
yang bersebelahan Masjid al – Jamiul Badawi ,Kepala Batas sekarang ini Tenaga pengajar
pada ketika itu terdiri daripada Sheikh Abdullah Fahim sendiri dan beberapa orang tenaga
pengajar muda termasuk Ustaz Haji Abdul Halim, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Ustaz
Ghazali iaitu anak beliau sendiri. Sistem pengajian yang telah diajarkan pada ketika itu adalah
sistem yang berasaskan kepada sistem pengajian pondok di mana pengajian adalah berbentuk
kuliah umum dengan menggunakan kitab Tafsir Jalalain dan hadith Bukhari.21
Dari segi perjuangan dalam bidang pendidikan agama,Sheikh Abdullah Fahim bukan sahaja
mengasas dan mengajar di sekolah Daeratul Maarifil Wataniah1,akan tetapi turut menjadi
mudir di beberapa buah sekolah agama yang lain iaitu sekolah agama Al-masriyah dan
3
sekolah Agama di Kuala Kedah. Dengan kebijaksanna yang ada pada beliau, pada tahun
1930,Sultan Perak juga telah menjemput Sheikh Abdullah Fahim

untuk menjadi Mudir

Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir di Madrasah Idrisiyah
sehingga 1946.22
Setelah membina sebuah sekolah agama,Sheikh Abdullah Fahim juga telah menubuhkan
sebuah masjid untuk kegunaan dan kemudahan penduduk setempat. Masjid itu dibina
berikutan perkembangan islam semakin kuat serta ditambah dengan kepesatan penduduk
islam yang ramai maka pada tahun 1824 di Kepala Batas,Sheikh Abdullah Fahim telah
membuat keputusan untuk membina sebuah masjid yang lebih besar dan kawasan yang lebih
hampir dengan pekan Kepala Batas.Masjid yang dibina oleh beliau ketika ini lebih dikenali
dengan nama Masjid Al-Jamiul Badawi.23
Lebih berseri lagi apabila Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim telah menjadi imam di
masjid yang di bina olehnya.Sebagai seorang tokoh yang memiliki ilmu agama yang
mendalam, Abdullah Fahim juga telah mengadakan kuliah,mengajar kitab-kitab susi Al-quran
dan mengadakan kelas tahfiz di masjid tersebut.Dengan ini, ia dapat memudahkan penduduk
setempat lebih mengetahui dan mendalami ilmu agama.24
Kewibaan dan keterampilan Sheikh Abdullah Fahim bukan sahaja dapat dilihat dalam
perjuangan mendidik anak bangsa ke arah mewujudkan golongan intelektual malah ia juga
banyak menyumbang dalam bidang kemerdekaan25.Menurut beberapa sumber yang dikenal
pasti ,Abdullah Fahim mempunyai kepakaran dan kecerdikan dalam bidang ilmu falak.
Kepakaran yang ada padanya pada ketika itu telah membuatkan beliau di lantik oleh Tunku
Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak sebagai penasihat. Dengan kepakaran ilmu yang
mendalam tentang Ilmu Falak ,maka Sheik Abdullah Fahim telah menggunakan ilmu tersebut
untuk menentukan tarikah kemerdekaan.atas nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan

4
Tunku Abdul Rahman, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1997. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih
dengan sesuka hati oleh Abdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Tarikh
inilah yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti
kemerdekaan.Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa tarikh kemerdekaan tanah
air,Malaya telah di tentukanmungkin juga tidak ramai yang mengetahui bahawa pada
pertemuan membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Abdullah Fahim
memberitahu Tunku selepas 5 tahun Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan, negara ini
akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu
ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua, Tanah Melayu bertukar namanya kepada
Malaysia 5 tahun selepas kemerdekaannya.
Ketokohan yang ada pada dirinya ia menyebabkan beliau sangat di hormati oleh sultan
–sultan Melayu pada masa itu seperti Sultan Perak, Sultan Pahang,Sultan kedah, Sultan
Kelantan dan Raja Perlis.Sebagai ulama besar dan juga guru kepada murid-muridnya,Sheikh
Abdullah Fahim telah menanam semangat kemerdekaan ke dalam diri setiap muridnya sama
ada murid yang menuntut ilmu kepadanya sepenuh masa mahupun murid sambilan.
Kebanyakan murid yang telah mendapat pendidikan daripadanya telah bangun berjuang
menuntut kemerdekaan pada ketika itu.26
Selanjutnya, dalam bidang karya dan pemikirannya tulisan Abdullah Fahim yang paling dapat
ditonjolkan hanyalah melalui syair-syairnya dalam bahasa Arab, yang ditulis di dalam
beberapa buah kitab yang diterbitkan oleh Persama Press Pulau Pinang, terutama sekali di
dalam kitab-kitab mengenai ilmu hadis.27

5
Di antaranya dalam kitab al-Hadiqah an-Nadiyah fi al-Hadits an-Nabawiyah yang disusun
oleh Abi Abdil Hay Muhammad Isa bin Ibrahim ar-Rawa al-Filfulani (Rabiulakhir 1352 H).
Ada yang mengatakan bahawa Abdullah Fahim pernah menyusun sebuah kitab tafsir dan
kitab mengenai ilmu falak tetapi tidak sempat diselesaikannya.Walau bagaimanapun di atas
selembar kertas dapat disemak jalan pemikirannya, di antaranya beliau menulis:
``Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang-orang bangsa Melayu se
Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi,
ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan
Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada
Mazhab Syafie ... ``
Abdullah Fahim menyebut nama kitab-kitab Arab yang dipegang di dalam Mazhab Syafie
ialah, ``Ambil mereka itu hukum fikah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah
hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya ... ``
Walaupun ilmu pengetahuan Arabiyahnya luas melaut, namun beliau juga merujuk kitab-kitab
bahasa Melayu yang dikarang oleh ulama-ulama dunia Melayu yang terkenal.Kitab-kitab
yang beliau sebut ialah, ``Dan terjemahannya kepada bahasa Melayu, seperti Sabil alMuhtadin, Bughyah at-Thullab, Mathla' al-Badrain dan lainnya'' .Mengenai pegangan
akidahnya, Abdullah Fahim menulis, ``Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari.
Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah ... ``gangan akidah dalam
bahasa Melayu pula beliau sebut, ``Dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu''.Yang
dimaksudkan di sini semua kitab Melayu atau Jawi yang membicarakan akidah yang dikarang
oleh ulama-ulama dunia Melayu muktabar.28
Beliau pernah belajar dan mengajar kitab berkenaan, di antaranya Faridah al-Faraid oleh guru
beliau, Syeikh Ahmad al-Fathani, Aqidah an-Najin juga oleh guru beliau yang bernama
6
Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan ad-Durr ats-Tasamin oleh Syeikh Daud
bin Abdullah al-Fathani, dan kitab-kitab akidah lainnya.Mengenai pegangannya di dalam
tasawuf, beliau menulis, ``Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan
daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumid Din ...''29
Di dalam tasawuf beliau juga memartabatkan pengkaryaan ulama Melayu. Katanya, ``Dan
terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyar as-Salikin' .Abdullah Fahim menegaskan,
``Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat
daripada al-Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan
dia sudah lebih dari seribu tahun dan terjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.''30

Sumbangan tokoh agama Sheikh Haji Abdullah Fahim dalam
bidang politik.
Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam
politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno
ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika
kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai
Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk
melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan
kemerdekaan31.
Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan
sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul
Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran
beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi
7
loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur
sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh
muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.
Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950
dan 1951, tetapi beliau menghantaranaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya.
Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951,
persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24
November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji
Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya
telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan
Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung
PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.32
Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan
Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama,
maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama.
Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolahsekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah
agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut.
Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena
iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.33
Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap
National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti
dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di
Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa

8
pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan
Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih
untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi
dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno.
Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.
Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama
Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri
(Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan
umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam
pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan
Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955,
pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di “Arabic School, Kepala Batas” iaitu
madrasah milik Haji Abdullah Fahim.34
Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh
kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak,
beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka.
Walaupun Abdullah Fahim tidak begitu terkenal dalam arena politik tanah air, tetapi beliau
sebenarnya amat berjasa kepada negara, khususnya kepada UMNO. Ini kerana, ketika
sebilangan besar mereka yang dianggap sebagai ulama meninggalkan parti itu untuk
menyertai PAS, beliau dan anaknya, Ahmad Badawi tetap setia menyokong UMNO dalam
perjuangannya membela nasib bangsa dan seluruh penduduk Tanah Melayu mengira kaum
dan agama.Kesetiaan Abdullah Fahim terhadap perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan
apabila beberapa hari selepas parti itu ditubuhkan pada Mei 1946, Yang DiPertua Pertama

9
parti itu, Onn bin Jaafar dating menemuinya dan meminta beliau menjadi ahli UMNO
pertama bagi kawasan Seberang Prai Utara.35
Sebaik sahaja Abdullah Fahim, menandatangani borang keahlian, Onn menyematkan lencana
UMNO pada kolar kot beliau. Lencana tersebut dipakai oleh Abdullah Fahim hingga akhir
hayatnya bagi membuktikan betapa beliau amat menyayangi dan menghayati perjuangan parti
itu.36

Keistimewaan tokoh agama Sheikh Haji Abdullah Fahim yang
dapat dibanggakan oleh masyrakat setempat.

Dalam kehidupan sehariannya, Sheikh Abdullah Fahim adalah seorang yang mudah sekali
bergaul mesra dan amat disenangi oleh penduduk setempat yang terdiri daripada masyarakat
yang berbilang kaum37. Pernah dikatakan bahawa pekedai-pekedai di sekitar PulauPinang
biasanya berasa amat bertuah sekiranya Sheikh Abdullah Fahim masuk ke kedai mereka tetapi
akan berasa bimbang sekiranya barang di kedai mereka itu di katakannya mahal, maka
alamatnya jualan pekedai itu pada hari itu akan merosot. Begitulah pula sebaliknya pekedai
selalu berharap Sheikh Abdullah Fahim akan masuk ke kedai mereka kerana kehadirannya
menjadi petanda bahawa jualan mereka pada hari itu akan laris.Itulah antara keistimewaan
yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan seorang wali yang amat
dihormati oleh penduduk Pulau Pinang, terutamanya di Seberang Prai dan Kepala
Batas.Selain itu,antara keistimewaan yang dimiliki oleh beliau adalah mempunyai karamah
yang wujud petunjuk yang diterima olehnya menerusi ilham,firasat atau ketajaman
hati38.Antara karamat yang dapat dilihat adalah tarikh menentukan hari kemerdekaan Negara
iaitu pada 31 Ogos 157 dan beberapa kejadian ganjil seperti yang diceritakan oleh dua orang
yang rapat denganya iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Malaysia,Encik Abdul
Fatah bin Abdullah,anak jati Kepala Batas dan rapat dengan keluarga Abdullah
10
Fahim.Katanya pada tahun 1920an semasa sheikh Abdullah Fahim sedang beribadat dalam
masjid Kepala Batas,sekumpulan Cina dalam sebuah kedai di seberang jalanraya tidak jauh
dari masjid mengadakan minum-minum,menyanyi dan keadaan menjadi riuh rendah.Beliau
kemudiannya bangun dan merenung ke arah orang Cina yang membuat bising sambil
mulutnya menyebut, “masya Allah” beberapa kali.Sebentar kemudian dengan tiba-tiba datang
rebut dan pokok besar berhampiran rumah kedai tersebut tumbang dan menghempap
sebahagian rumah kedai itu.Keistimewaan yang dimiliki oleh Abdullah Fahim jelas
menujukan beliau seorang tokoh yang patut dicontohi dan menjadi teladan pada masyrakat
setempat.39

PENUTUP
Natijahnya , daripada kajian yang telah di jalankan mengenai ketokohan Sheikh Haji
Abdullah Fahim ini terdapat pelbagai keistimewaan dan nilai sejarah kepada penduduk dan
masyrakat setempat . Dahulu , tokoh ini belum di kenali dengan mendalam dan terperici dari
pelbagai aspek . Namun dengan adanya kajian mengenai latar belakang dan sumbangan beliau
terhadap masyrakat ia dapat memperkenalkan lagi tokoh agama ini dengan lebih terperinci
dan mendalam . Kajian ini juga dapat melahirkan rasa menghargai tokoh yang banyak
memberikan sumbangan kepada masyarakat . Oleh itu, setelah kajian ini dijalankan
diharapkan tokoh agama ini akan lebih dikenali oleh seluruh masyarakat setempat dan
masyarakat Malaysia .

11
12
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39

13

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pelajaran 23 imam maliki - pendidikan islam
Pelajaran 23 imam maliki - pendidikan islamPelajaran 23 imam maliki - pendidikan islam
Pelajaran 23 imam maliki - pendidikan islamTengku Hidayah
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIAcu Atiq
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALkkqsmkta
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Adibah Huda
 
Slide show imam syafie
Slide show imam syafieSlide show imam syafie
Slide show imam syafieseharummawar
 
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}Nurul Atikah
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarahcaturprasetyo11tgb1
 
Pelajaran 30 agama tingkatan5
Pelajaran 30 agama tingkatan5Pelajaran 30 agama tingkatan5
Pelajaran 30 agama tingkatan5Tengku Hidayah
 
13.9.2012 imam ahmad
13.9.2012   imam ahmad13.9.2012   imam ahmad
13.9.2012 imam ahmadAngah Rahim
 
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakkFalsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakkSalmah Mohamod Janab
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAyu Faizah
 
Pendidikan Islam :)
Pendidikan Islam :)Pendidikan Islam :)
Pendidikan Islam :)Aimi Wahidah
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAFALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAAcu Atiq
 
Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)
Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)
Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)Dy Marvel
 

Was ist angesagt? (20)

Pelajaran 23 imam maliki - pendidikan islam
Pelajaran 23 imam maliki - pendidikan islamPelajaran 23 imam maliki - pendidikan islam
Pelajaran 23 imam maliki - pendidikan islam
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4
 
Slide show imam syafie
Slide show imam syafieSlide show imam syafie
Slide show imam syafie
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
 
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah
 
Pelajaran 30 agama tingkatan5
Pelajaran 30 agama tingkatan5Pelajaran 30 agama tingkatan5
Pelajaran 30 agama tingkatan5
 
13.9.2012 imam ahmad
13.9.2012   imam ahmad13.9.2012   imam ahmad
13.9.2012 imam ahmad
 
Pelajaran 30 Agama Islam Tingkatan 5
Pelajaran 30 Agama Islam Tingkatan 5Pelajaran 30 Agama Islam Tingkatan 5
Pelajaran 30 Agama Islam Tingkatan 5
 
Sheikh tahir jalaluddin al
Sheikh tahir jalaluddin alSheikh tahir jalaluddin al
Sheikh tahir jalaluddin al
 
Syeikh tahir jalaluddin
Syeikh tahir jalaluddinSyeikh tahir jalaluddin
Syeikh tahir jalaluddin
 
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakkFalsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
Pendidikan Islam :)
Pendidikan Islam :)Pendidikan Islam :)
Pendidikan Islam :)
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAFALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
 
Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)
Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)
Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)
 
Pendidikan dlm islam
Pendidikan dlm islamPendidikan dlm islam
Pendidikan dlm islam
 
5 unit 1
5 unit 15 unit 1
5 unit 1
 

Ähnlich wie Sejarah lengkap 2014

Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Wan Anwar
 
Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
Tokoh Islam Nusantara : Tok KenaliTokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenalipakjhu
 
Soalan kefahaman pendidikan islam tingkatan 5
Soalan kefahaman pendidikan islam tingkatan 5Soalan kefahaman pendidikan islam tingkatan 5
Soalan kefahaman pendidikan islam tingkatan 5Saffura Osman
 
Bab 3 pengaruh mazhab syafie dalam pendidikan
Bab 3 pengaruh mazhab syafie  dalam pendidikanBab 3 pengaruh mazhab syafie  dalam pendidikan
Bab 3 pengaruh mazhab syafie dalam pendidikanwmkfirdaus
 
vii) PI Nbd
vii) PI Nbdvii) PI Nbd
vii) PI Nbddr2200s
 
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...University Tun Hussein Onn Malaysia
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia Tharan Ran
 
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun IslamNurulainRizal
 
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuPengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuUniversiti Kebangsaan Malaysia
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )FaFai S.
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Nur Kareena
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNAanuar2u
 

Ähnlich wie Sejarah lengkap 2014 (20)

Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
 
Amka
AmkaAmka
Amka
 
Bab 5. new
Bab 5. newBab 5. new
Bab 5. new
 
Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
Tokoh Islam Nusantara : Tok KenaliTokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
 
Soalan kefahaman pendidikan islam tingkatan 5
Soalan kefahaman pendidikan islam tingkatan 5Soalan kefahaman pendidikan islam tingkatan 5
Soalan kefahaman pendidikan islam tingkatan 5
 
Bab 3 pengaruh mazhab syafie dalam pendidikan
Bab 3 pengaruh mazhab syafie  dalam pendidikanBab 3 pengaruh mazhab syafie  dalam pendidikan
Bab 3 pengaruh mazhab syafie dalam pendidikan
 
vii) PI Nbd
vii) PI Nbdvii) PI Nbd
vii) PI Nbd
 
(369053466) bahasa arab (1)
(369053466) bahasa arab (1)(369053466) bahasa arab (1)
(369053466) bahasa arab (1)
 
HJ SAIL.pptx
HJ SAIL.pptxHJ SAIL.pptx
HJ SAIL.pptx
 
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
 
Hamka(1)
Hamka(1)Hamka(1)
Hamka(1)
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
 
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuPengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
Hamka permata nusantara
Hamka permata nusantaraHamka permata nusantara
Hamka permata nusantara
 
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
 
BAB 1 .pdf
BAB 1 .pdfBAB 1 .pdf
BAB 1 .pdf
 

Sejarah lengkap 2014

  • 1. TAJUK: LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN TOKOH AGAMA SHEIKH HAJI ABDULLAH FAHIM DI KEPALA BATAS PULAU PINANG PADA TAHUN (1931 – 1961 ) PENGENALAN Sheikh Abdullah Fahim dilahirkan pada tahun 1870 di Makkah, Arab Saudi di satu tempat yang tidak jauh dari Masjidil Haram yang bernama Shuib Ali.Bagaimanapun ada juga pihak lain yang mengatakan ulama terkenal ini dilahirkan di Kampung Kubur Panjang, kira-kira 32 kilometer dari Alor Setar, Kedah1 .Namanya disini adalah “Fahim” yang berasal daripada bahasa Arab, yang bererti orang yang faham .Menurut penduduk setempat, Abdullah Fahim lebih di kenali dengan gelaran Pak Him2. Hal ini demikian kerana,Pak Him ialah nama singkatan ayahnya, Ibrahim . Akan tetapi nama atau gelaran yang diketahui umum ialah Syeikh Abdullah Fahim.3 Abdullah Fahim telah mendapat pendidikan sewaktu usianya masih kecil Syeikh Abdullah Fahim merupakan seorang kanak – kanak yang pintar dan begitu meminati sebarang ilmu yang diajarkan kepadanya.Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan cemerlang beliau yang dapat menguasai bukan sahaja ilmu – ilmu secara khusus seperti fekah ,tauhid usuluddin, tafsir al – Quran dan sebagainya tetapi ilmu – ilmu yang lain seperti kesusasteraan Arab, mantiaq ,ilmu hisab dan ilmu falak4.Beliau di katakan berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajain termasuk politik.Dengan kedudukan ilmu beliau ini , Haji Abdullah Fahim telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.5 Beliau telah mendirikan rumah tangga denagn seorang gadis Melayu di Makkah dan memperolehi dua orang anak lelaki iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad Badawi6.Anak pertamanya telah meninggal dunia di kota Makkah semasa usia kanak-kanak dan tidak lama selepas itu diikuti oleh ibunya pula. Syeikh Abdullah Fahim telah mendirikan rumah tangga 1
  • 2. untuk kali yang kedua dengan hajjah Shari’ah binti Haji Hasan semasa pulang ke Tanah Melayu7 .Beliau telah pulang ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari dibelenggu penjajah8. Selepas pulang ke Tanah melayu , beliau dijemput oleh sheikhul Islam Kedah , Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal yang kini dikenali dengan nama Maahad Mahmud selama empat tahun,9 Sumbangan Sheikh Haji Abdullah Fahim sebagai tokoh agama Abdullah Fahim telah memberikan sumbangan yang besar dalam idea penubuhan sekolah agama di Kepala batas.Pada 1921 merupakan sejarah perjuangan suci Sheikh Abdullah Fahim10.Tahun ini adalah tarikah beliau menjejak kaki di bumi bertuah Kepala Batas Seberanag Perai selepas mempersiapkan diri dengan ilmu,iman dan amal untuk terjun ke tengah khalayak umat Melayu yang menanti – nantikan kepulangan beliau11.Sheikh Haji Abdullah Fahim telah kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan Negara12.Menurut penduduk setempat yang telah tinggal lama di situ pada mulanya Sheikh Abdullah Fahim hanya memulakan pengajarannya tanpa bangunan formal13. Beliau membuka kelas agama di rumah pusakannya sendiri yang kini menjadi bekas pejabat UMNO Bhagian Kepala Batas dengan lima orang pelajar pada tarikh 2 Rabīʿ al Awwal 1344 Hijrah bersamaan dengan tahun 1926 Masihi.14Pada mulanya mereka di ajar secara sistem halaqah atau umumi,melalui sistem ini setiap pelajar akan duduk bersila di dalam bulatan sambil membuka kitab menghadap guru15.Dengan ketokohan dan keilmuan Sheikh Abdullah Fahim bak bunga kasturi harum semerbak segera dihidu oleh semua masyarakat16.Atas permintaan masyrakat setempat Madrasah Daeratul Maarifil Wataniah didirikan bersebelahan dengan Masjid al – Jamiul Badawi, Kepala Batas telah didirikan 2
  • 3. dengan sambutan yang luar biasa bukan sahaja dari masyarakat setempat tetapi dari masyarakat di selurh Semenanjung Tanah Melayu .Nama Daeratul Maarifil Wataniah ialah ilham yang diperoleh setelah istikharah beliau.17 Berasaskan pengetahuan ilmu falak yang mendalam, beliau memilih hari Ahad, 2 Rabīʿ al Awwal sebagai tarikh permulaan Madrasah Daeratul Maarifil Wataniah, di mana beliau telah menggunakan angka 1, 2, 3, 4 dan 5 sebagai angka perlambangan . Angka 1 membawa maksud hari Ahad, angka 2 membawa maksud dua hari bulan, angka tiga membawa maksud Rabīʿ al Awwal, angka 4 membawa maksud tahun ke-4 dan angka 5 membawa maksud pelajaran.18AL – WATANIAH di hujung membawa maksud Bumiputera adalah untuk menghasilkan kejayaan yang akan direalisasikan oleh anak watan ,ini telah menampakkan pemerhatian beliau yang tajam dan secara serius mengenai kesedaran serta pembangunan orang – orang melayu untuk menggerakkan potensi mereka khasnya dalam bidang politik nyang berkait dengan perjuangan memperdekakan tanah air Pada awal penubuhannya, para pelajar madrasah datang dari seluruh nusantara19.Di antara negara-negara nusantara tersebut ialah Singapura, Thailand, Sumatera dan Borneo20.Para pelajarnya pada ketika itu berjumlah kira-kira 1500 orang.Oleh sebab pelajarnya makin bertambah,maka dibina sebuah sekolah yang bersebelahan Masjid al – Jamiul Badawi ,Kepala Batas sekarang ini Tenaga pengajar pada ketika itu terdiri daripada Sheikh Abdullah Fahim sendiri dan beberapa orang tenaga pengajar muda termasuk Ustaz Haji Abdul Halim, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Ustaz Ghazali iaitu anak beliau sendiri. Sistem pengajian yang telah diajarkan pada ketika itu adalah sistem yang berasaskan kepada sistem pengajian pondok di mana pengajian adalah berbentuk kuliah umum dengan menggunakan kitab Tafsir Jalalain dan hadith Bukhari.21 Dari segi perjuangan dalam bidang pendidikan agama,Sheikh Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sekolah Daeratul Maarifil Wataniah1,akan tetapi turut menjadi mudir di beberapa buah sekolah agama yang lain iaitu sekolah agama Al-masriyah dan 3
  • 4. sekolah Agama di Kuala Kedah. Dengan kebijaksanna yang ada pada beliau, pada tahun 1930,Sultan Perak juga telah menjemput Sheikh Abdullah Fahim untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir di Madrasah Idrisiyah sehingga 1946.22 Setelah membina sebuah sekolah agama,Sheikh Abdullah Fahim juga telah menubuhkan sebuah masjid untuk kegunaan dan kemudahan penduduk setempat. Masjid itu dibina berikutan perkembangan islam semakin kuat serta ditambah dengan kepesatan penduduk islam yang ramai maka pada tahun 1824 di Kepala Batas,Sheikh Abdullah Fahim telah membuat keputusan untuk membina sebuah masjid yang lebih besar dan kawasan yang lebih hampir dengan pekan Kepala Batas.Masjid yang dibina oleh beliau ketika ini lebih dikenali dengan nama Masjid Al-Jamiul Badawi.23 Lebih berseri lagi apabila Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim telah menjadi imam di masjid yang di bina olehnya.Sebagai seorang tokoh yang memiliki ilmu agama yang mendalam, Abdullah Fahim juga telah mengadakan kuliah,mengajar kitab-kitab susi Al-quran dan mengadakan kelas tahfiz di masjid tersebut.Dengan ini, ia dapat memudahkan penduduk setempat lebih mengetahui dan mendalami ilmu agama.24 Kewibaan dan keterampilan Sheikh Abdullah Fahim bukan sahaja dapat dilihat dalam perjuangan mendidik anak bangsa ke arah mewujudkan golongan intelektual malah ia juga banyak menyumbang dalam bidang kemerdekaan25.Menurut beberapa sumber yang dikenal pasti ,Abdullah Fahim mempunyai kepakaran dan kecerdikan dalam bidang ilmu falak. Kepakaran yang ada padanya pada ketika itu telah membuatkan beliau di lantik oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak sebagai penasihat. Dengan kepakaran ilmu yang mendalam tentang Ilmu Falak ,maka Sheik Abdullah Fahim telah menggunakan ilmu tersebut untuk menentukan tarikah kemerdekaan.atas nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan 4
  • 5. Tunku Abdul Rahman, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1997. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati oleh Abdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Tarikh inilah yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti kemerdekaan.Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa tarikh kemerdekaan tanah air,Malaya telah di tentukanmungkin juga tidak ramai yang mengetahui bahawa pada pertemuan membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Abdullah Fahim memberitahu Tunku selepas 5 tahun Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan, negara ini akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua, Tanah Melayu bertukar namanya kepada Malaysia 5 tahun selepas kemerdekaannya. Ketokohan yang ada pada dirinya ia menyebabkan beliau sangat di hormati oleh sultan –sultan Melayu pada masa itu seperti Sultan Perak, Sultan Pahang,Sultan kedah, Sultan Kelantan dan Raja Perlis.Sebagai ulama besar dan juga guru kepada murid-muridnya,Sheikh Abdullah Fahim telah menanam semangat kemerdekaan ke dalam diri setiap muridnya sama ada murid yang menuntut ilmu kepadanya sepenuh masa mahupun murid sambilan. Kebanyakan murid yang telah mendapat pendidikan daripadanya telah bangun berjuang menuntut kemerdekaan pada ketika itu.26 Selanjutnya, dalam bidang karya dan pemikirannya tulisan Abdullah Fahim yang paling dapat ditonjolkan hanyalah melalui syair-syairnya dalam bahasa Arab, yang ditulis di dalam beberapa buah kitab yang diterbitkan oleh Persama Press Pulau Pinang, terutama sekali di dalam kitab-kitab mengenai ilmu hadis.27 5
  • 6. Di antaranya dalam kitab al-Hadiqah an-Nadiyah fi al-Hadits an-Nabawiyah yang disusun oleh Abi Abdil Hay Muhammad Isa bin Ibrahim ar-Rawa al-Filfulani (Rabiulakhir 1352 H). Ada yang mengatakan bahawa Abdullah Fahim pernah menyusun sebuah kitab tafsir dan kitab mengenai ilmu falak tetapi tidak sempat diselesaikannya.Walau bagaimanapun di atas selembar kertas dapat disemak jalan pemikirannya, di antaranya beliau menulis: ``Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang-orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada Mazhab Syafie ... `` Abdullah Fahim menyebut nama kitab-kitab Arab yang dipegang di dalam Mazhab Syafie ialah, ``Ambil mereka itu hukum fikah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya ... `` Walaupun ilmu pengetahuan Arabiyahnya luas melaut, namun beliau juga merujuk kitab-kitab bahasa Melayu yang dikarang oleh ulama-ulama dunia Melayu yang terkenal.Kitab-kitab yang beliau sebut ialah, ``Dan terjemahannya kepada bahasa Melayu, seperti Sabil alMuhtadin, Bughyah at-Thullab, Mathla' al-Badrain dan lainnya'' .Mengenai pegangan akidahnya, Abdullah Fahim menulis, ``Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah ... ``gangan akidah dalam bahasa Melayu pula beliau sebut, ``Dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu''.Yang dimaksudkan di sini semua kitab Melayu atau Jawi yang membicarakan akidah yang dikarang oleh ulama-ulama dunia Melayu muktabar.28 Beliau pernah belajar dan mengajar kitab berkenaan, di antaranya Faridah al-Faraid oleh guru beliau, Syeikh Ahmad al-Fathani, Aqidah an-Najin juga oleh guru beliau yang bernama 6
  • 7. Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan ad-Durr ats-Tasamin oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan kitab-kitab akidah lainnya.Mengenai pegangannya di dalam tasawuf, beliau menulis, ``Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumid Din ...''29 Di dalam tasawuf beliau juga memartabatkan pengkaryaan ulama Melayu. Katanya, ``Dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyar as-Salikin' .Abdullah Fahim menegaskan, ``Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih dari seribu tahun dan terjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.''30 Sumbangan tokoh agama Sheikh Haji Abdullah Fahim dalam bidang politik. Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan31. Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi 7
  • 8. loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan. Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantaranaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.32 Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolahsekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.33 Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa 8
  • 9. pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim. Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di “Arabic School, Kepala Batas” iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.34 Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Walaupun Abdullah Fahim tidak begitu terkenal dalam arena politik tanah air, tetapi beliau sebenarnya amat berjasa kepada negara, khususnya kepada UMNO. Ini kerana, ketika sebilangan besar mereka yang dianggap sebagai ulama meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS, beliau dan anaknya, Ahmad Badawi tetap setia menyokong UMNO dalam perjuangannya membela nasib bangsa dan seluruh penduduk Tanah Melayu mengira kaum dan agama.Kesetiaan Abdullah Fahim terhadap perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan apabila beberapa hari selepas parti itu ditubuhkan pada Mei 1946, Yang DiPertua Pertama 9
  • 10. parti itu, Onn bin Jaafar dating menemuinya dan meminta beliau menjadi ahli UMNO pertama bagi kawasan Seberang Prai Utara.35 Sebaik sahaja Abdullah Fahim, menandatangani borang keahlian, Onn menyematkan lencana UMNO pada kolar kot beliau. Lencana tersebut dipakai oleh Abdullah Fahim hingga akhir hayatnya bagi membuktikan betapa beliau amat menyayangi dan menghayati perjuangan parti itu.36 Keistimewaan tokoh agama Sheikh Haji Abdullah Fahim yang dapat dibanggakan oleh masyrakat setempat. Dalam kehidupan sehariannya, Sheikh Abdullah Fahim adalah seorang yang mudah sekali bergaul mesra dan amat disenangi oleh penduduk setempat yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum37. Pernah dikatakan bahawa pekedai-pekedai di sekitar PulauPinang biasanya berasa amat bertuah sekiranya Sheikh Abdullah Fahim masuk ke kedai mereka tetapi akan berasa bimbang sekiranya barang di kedai mereka itu di katakannya mahal, maka alamatnya jualan pekedai itu pada hari itu akan merosot. Begitulah pula sebaliknya pekedai selalu berharap Sheikh Abdullah Fahim akan masuk ke kedai mereka kerana kehadirannya menjadi petanda bahawa jualan mereka pada hari itu akan laris.Itulah antara keistimewaan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan seorang wali yang amat dihormati oleh penduduk Pulau Pinang, terutamanya di Seberang Prai dan Kepala Batas.Selain itu,antara keistimewaan yang dimiliki oleh beliau adalah mempunyai karamah yang wujud petunjuk yang diterima olehnya menerusi ilham,firasat atau ketajaman hati38.Antara karamat yang dapat dilihat adalah tarikh menentukan hari kemerdekaan Negara iaitu pada 31 Ogos 157 dan beberapa kejadian ganjil seperti yang diceritakan oleh dua orang yang rapat denganya iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Malaysia,Encik Abdul Fatah bin Abdullah,anak jati Kepala Batas dan rapat dengan keluarga Abdullah 10
  • 11. Fahim.Katanya pada tahun 1920an semasa sheikh Abdullah Fahim sedang beribadat dalam masjid Kepala Batas,sekumpulan Cina dalam sebuah kedai di seberang jalanraya tidak jauh dari masjid mengadakan minum-minum,menyanyi dan keadaan menjadi riuh rendah.Beliau kemudiannya bangun dan merenung ke arah orang Cina yang membuat bising sambil mulutnya menyebut, “masya Allah” beberapa kali.Sebentar kemudian dengan tiba-tiba datang rebut dan pokok besar berhampiran rumah kedai tersebut tumbang dan menghempap sebahagian rumah kedai itu.Keistimewaan yang dimiliki oleh Abdullah Fahim jelas menujukan beliau seorang tokoh yang patut dicontohi dan menjadi teladan pada masyrakat setempat.39 PENUTUP Natijahnya , daripada kajian yang telah di jalankan mengenai ketokohan Sheikh Haji Abdullah Fahim ini terdapat pelbagai keistimewaan dan nilai sejarah kepada penduduk dan masyrakat setempat . Dahulu , tokoh ini belum di kenali dengan mendalam dan terperici dari pelbagai aspek . Namun dengan adanya kajian mengenai latar belakang dan sumbangan beliau terhadap masyrakat ia dapat memperkenalkan lagi tokoh agama ini dengan lebih terperinci dan mendalam . Kajian ini juga dapat melahirkan rasa menghargai tokoh yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat . Oleh itu, setelah kajian ini dijalankan diharapkan tokoh agama ini akan lebih dikenali oleh seluruh masyarakat setempat dan masyarakat Malaysia . 11
  • 12. 12