Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.
KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : SYUFIQA NURFATIN BINTI ABDUL GANI
NO. MATRIK : D...
1
KAJIAN TINDAKAN
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU
Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Te...
2
2.0 ISU KEPERIHATINAN
Setelah saya membuat pemerhatian dan penilaian, saya mendapati penglibatan pelajar
dalam kelas sec...
3
bagaimana untuk mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk
memberi input kepada pelajar-pelaja...
4
Penggunaan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Untuk memilih strategi yang sesuai digunakan guru perlu meniliti aspek-a...
5
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada sembilan (9) orang
pelajar ...
6
5.1. Gelungan 1
5.1.1. Merancang
Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, strategi yang digunakan dalam pengajaran
...
7
Perisian diajar menggunakan strategi berpusatkan pelajar. Pelajar
dikehendaki mencari maklumat berkaitan perkakasan dan ...
8
VII. Perancangan pengajaran
Saya merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang digunakan pada
subtopik 4.2.1 Perkakas...
9
interaksi dua hala antara guru dan juga pelajar serta pelajar dengan pelajar. Guru juga dapat
mengawal masa yang diambil...
10
yang disalahkan atas kegagalan pelajar adalah guru. Maka, untuk memperbaiki kelemahan inti,
kajian tindakan seperti ini...
11
RUJUKAN
N. Nabilahhuda. M & Rosmani A. (2013). Keberkesanan Bintang Mencari Bintang Meningkatkan
Tingkah Laku Positif M...
12
LAMPIRAN 1
Borang Pemerhatian (Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP)
1. Strategi PdP yang dipilih oleh guru:
...
Nächste SlideShare
Wird geladen in …5
×

Laporan Kajian Tindakan ICT - Strategi PDP & Penglibatan Pelajar dalam PdP.

3.581 Aufrufe

Veröffentlicht am

Laporan Kajian Tindakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tingkatan 4
Strategi PdP & Penglibatan Pelajar dalam PdP

Veröffentlicht in: Bildung
  • Als Erste(r) kommentieren

Laporan Kajian Tindakan ICT - Strategi PDP & Penglibatan Pelajar dalam PdP.

  1. 1. KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA : SYUFIQA NURFATIN BINTI ABDUL GANI NO. MATRIK : D20111048160 PROGRAM : ISMP TEKNOLOGI MAKLUMAT dgn KEPUJIAN PENSYARAH: PROF. MADYA DR ABDUL LATIF B. HAJI GAPOR KUMPULAN: AT20D Tarikh : 27 APRIL 2015 PEMARKAHAN KAJIAN TINDAKAN: STRATEGI PdP DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PdP
  2. 2. 1 KAJIAN TINDAKAN 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4, saya mendapati para pelajar tidak turut serta dalam pembelajaran. Para pelajar kurang memberikan maklum balas kepada saya apabila diajukan soalan. Sepanjang pengajaran saya menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru dan pelajar. Namun kerana tiada respon daripada pelajar, sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi berpusatkan guru semata-mata. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, hanya beberapa orang pelajar sahaja yang bertanya soalan apabila mereka tidak faham akan sesuatu. Malah apabila saya bertanya soalan, maklum balas yang saya terima adalah kurang memuaskan. Pelajar seoalah-olah takut dan kurang yakin dengan jawapan mereka, walhal jawapan mereka itu adalah benar. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran hanya perpusatkan guru. Pelajar adalah sangat pasif. Oleh itu, kelemahan saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah pada strategi yang saya gunakan. Walaupun saya menggunakan strategi berpusatkan guru dan pelajar, para pelajar tidak terlibat secara aktif semasa belajar. Oleh itu saya perlu mencari kaedah alternatif agar pelajar terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara akitf.
  3. 3. 2 2.0 ISU KEPERIHATINAN Setelah saya membuat pemerhatian dan penilaian, saya mendapati penglibatan pelajar dalam kelas secara aktif adalah bergantung pada strategi pengajaran yang dipilih oleh guru, iaitu saya sendiri. Strategi pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam PdP adalah berkait rapat. Ini bermaksud, aktiviti yang dilaksanakan perlulah bersesuaian dengan strategi yang digunakan. Strategi PdP dan aktiviti yang saya lakukan adalah tidak bersesuaian dan ini menyebabkan pelajar saya tidak aktif dalam kelas. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini agar pelajar dapat terlibat dalan sesi pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan guru juga dapat menilai kefahaman pelajar, strategi yang sesuai perlu digunakan oleh guru. Oleh itu, saya mencari maklumat secara terperinci berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran. 2.1. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan kaedah yang digunakan oleh guru dalam menyusun perjalanan PdP agar penyampaian ilmu berlangsung dengar baik. Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabungan dan beberapa pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecendurangan, bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan
  4. 4. 3 bagaimana untuk mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar-pelajarnya. 2.2. Klasifikasi Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi Pengajaran dan Pembelajaran terbahagi kepada tiga (3) iaitu : i. Berpusatkan Guru ii. Berpusatkan Pelajar iii. Berpusatkan Bahan Strategi berpusatkan guru, guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar adalah sebagai penonton. Interaksi yang berlaku adalah sehala sahaja, dan pelajar pasif dan tidak kreatif. Guru banyak memberikan penerangan kepada para pelajar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Berpusatkan pelajar pula, pelajar memainkan peranan utama manakala guru hanya sebagai pemimpin yang membimbing pelajarnya menjalankan aktiviti pembelajaran. Dalam strategi ini, pelajar terlibat secara aktif dalam PdP dan berlaku interaksi dua hala diantara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi ini ada seperti perbincangan dalam kumpulan, main peranan dan sumbangsaran. Manakala strategi berpusatkan bahan bergantung sepenuhnya kepada Bahan Bantu Mengajar. Guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Pelajar boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran pelajar menggunakan bahan. Kaedah yang berkaitan ialah audio-visual dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.
  5. 5. 4 Penggunaan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk memilih strategi yang sesuai digunakan guru perlu meniliti aspek-aspek berikut: a) Tahap Pemikiran Pelajar Adalah penting bagi seorang guru untuk mengetahui tahap pemikiran pelajar- pelajarnya. Tidak semua orang mempunyai tahap pemikiran yang sama. Oleh itu, guru perlu tahu cara untuk mengendalikan tahap pemikiran pelajar yang berbeza dalam sesebuah kelas. b) Subjek Yang Diajar Subjek yang diajar juga menentukan pemilihan strategi yang sesuai. Ini kerana terdapat subjek yang memerlukan penerangan guru lebih berbanding dengan penglibatan pelajar, seperti Sejarah dan Biologi. c) Topik Yang Diajar Sesetengah topik yang diajar oleh guru dalam mata pelajaran tertentu memerlukan strategi PdP yang berbeza untuk memahamkan para pelajar. 3.0 OBJEKTIF Objektif kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki kelemahan saya dalam memilih strati pengajaran dan pembelajaran serta memastikan pelajar terlibat dengan aktif semasa PdP berlangsung. Oleh itu, saya perlu memilih strategi yang bersesuaian dengan topik yang diajar serta merancang aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran pelajar agar pelajar lebih aktif dalam kelas serta cepat faham dengan silibus yang mereka belajar.
  6. 6. 5 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada sembilan (9) orang pelajar lelaki dan enam (6) orang pelajar perempuan Tingkatan 4 Delta. Tingkatan 4 Delta merupakan gabungan pelajar ICT dan juga pelajar Lukisan Kejuruteraan. Oleh itu, dalam kajian ini hanya seramai 15 orang pelajar ICT sahaja yang terlibat. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Bagi kajian ini saya telah memilih Model Kajian Tindakan Kemmis atau dikenali sebagai kaedah gelungan. Model ini bermula dengan perancangan, kemudian tindakan serta pemerhatian dan kemudian mereflek tindakan yang dilaksanakan. Sekiranya objektif kurang tercapai, maka proses yang sama akan berulang lagi. Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis
  7. 7. 6 5.1. Gelungan 1 5.1.1. Merancang Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tidak sesuai. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam proses menyampaikan ilmu oleh guru dan penerimaan ilmu oleh pelajar. Melalui pembacaan dan analisis yang telah dibuat, strategi pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada tiga jenis dan ketiga-tiga strategi tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Antara aspek yang dirancang: I. Masa kajian Menetapkan masa kajian untuk melakukan pengajaran iaitu selama 80 minit, dengan menukar strategi dan kedah pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih sesuai. II. Murid yang terlibat Menggunakan pelajar Tingkatan 4 Delta, pelajar ICT untuk proses pengajaran ini. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai lima belas (15) orang juga, tidak berubah. III. Kemahiran fokus Guru mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sebelum iaitu berpusatkan kepada guru kepada berpusatkan kepada pelajar. Dimana sesi PdP adalah berfokuskan kepada pelajar dan guru bertindak sebagai pemimpin. IV. Kaedah pengajaran Menggunakan strategi berpusatkan pelajar, dimana pelajar terlibat secara aktif dalam sesi PdP. Kaedah yang digunakan adalah perbincangan dalam kumpulan berdasarkan topik yang diberikan. Pelajar dikehendaki bincang dan mencari jawapan bagi soalan yang diberikan. Topik 4.2.1 Perkakasan dan
  8. 8. 7 Perisian diajar menggunakan strategi berpusatkan pelajar. Pelajar dikehendaki mencari maklumat berkaitan perkakasan dan kriteria yang diberikan. Pelajar hanya perlu mengisi maklumat sahaja. Setelah memperolehi maklumat berkaitan dengan kriteria setiap perkakasan, pelajar dikehendaki menulisnya di papan putih di hadapan kelas. Dari aktiviti ini, guru juga dapat mengetahui tahap kefahaman para pelajar terhadap topik tersebut. V. Alat bantu Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti Chromebook, marker, papan putih, nota “Buku COMPLETE” dan Google Search. Kesemua alat bahan bantu mengajar ini adalah mudah digunakan oleh pelajar. Pelajar menggunakan Chromebook untuk akses pada Google Search bagi mencari maklumat. Guru membuat table di papan putih bagi nama perkakasan dan kriteria-kriteria bagi memudahkan pelajar memahami dan mencari maklumat. Seterusnya pelajar hanya perlu untuk mengisi ruang kosong pada table di papan putih. VI. Alat yang digunakan untuk memungut data Alat yang digunakan untuk memungut data ialah Borang Pemerhatian (Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP). Saya gunakan kaedah pemerhatian untuk menilai kajian ini. Saya telah menyediakan borang pemerhatian bagi memudahkan saya menyemak pemerhatian saya. Skop yang nilai adalah:  Penglibatan pelajar  Peranan guru Borang pemerhatian yang digunakan bersifat kepada komen pemerhati bagi situasi dalam kelas. Borang tersebut dilampirkan di Lampiran 1.
  9. 9. 8 VII. Perancangan pengajaran Saya merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang digunakan pada subtopik 4.2.1 Perkakasan dan Perisian. Strategi yang saya pilih adalah berpusatkan pelajar. Saya telah merancang aktiviti kumpulan untuk para pelajar lakukan dalam kelas. Pelajar akan berbicang bersama-sama dengan ahli kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Manakala guru hanya akan bertindak sebagai intruktor atau pemimpin sahaja. Proses PdP berlangsung dalam tempoh lapan puluh (80) minit. 5.1.2. Melaksanakan Pengajaran dan Mencerap Saya melaksanakan sesi PdP seperti yang dirancang. Saya memberikan sedikit penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar. Semasa pelajar melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya bertindak sebagai instruktor dan sambil saya mengawal aktiviti pelajar, saya menjalankan pemerhatian saya pada strategi yang saya gunakan dan juga penglibatan pelajar dalam PdP. Saya menggunakan borang pemerhatian yang telah saya buat. 5.1.3. Menganalisis data dan mereflek Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menganalisis dan mereflek hasil pemerhatian yang telah saya catat dalam borang. Sepanjang PdP, strategi yang digunakan adalah berpusatkan pelajar. Pelajar aktif sepanjang sesi PdP. Pelajar bekerjasama dalam kumpulan, membahagi tugasan antara mereka. Masing-masing mencari maklumat menggunakan Chromebook yang diberikan. Apabila menghadapi kemusykilan, pelajar tidak segan untuk bertanya lebih lanjut kepada guru. Pelajar juga berjaya memberikan maklumat yang betul pada perkakasan dan perisian yang diberikan. Manakala guru bertindak sebagai pemimpin. Memimpin pelajar sepanjang sesi PdP. Membantu pelajar apabila pelajar mengalami kesukaran dan kemusykilan. Berlaku
  10. 10. 9 interaksi dua hala antara guru dan juga pelajar serta pelajar dengan pelajar. Guru juga dapat mengawal masa yang diambil oleh pelajar untuk mencari maklumat. Daripada pemerhatian saya sendiri, pelajar bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan yang diberikan. Malah hasil yang mereka perolehi adalah lebih baik dari silibus pelajaran mereka. Dimana mereka mendapat maklumat lebih dan berguna untuk pengetahuan mereka. Ilmu yang mereka perolehi tidak bertumpu pada skop kecil sahaja malah lebih luas. Dari ini saya yakin semua pelajar faham dengan jelas ilmu yang mereka perolehi. 5.2. Gelungan 2 Dan Selanjutnya Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya akan cuba perbaiki lagi kaedah yang saya gunakan dalam strategi berpusatkan pelajar dengan aktiviti yang lebih menarik agar semua pelajar lebih aktif dan ceria dalam menimba ilmu baru serta tidak hanya berfokuskan pada skop silibus mata pelajaran sahaja agar mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis. 6.0 RUMUSAN Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa, strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam PdP. Oleh itu, seseorang guru perlu memilih strategi yang tepat dan bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar, subjek yang diajar dan juga topik yang akan diajar. Hal ini kerana pemilihan strategi yang betul sebenarnya membantu guru untuk menyampaikan ilmu dan mengawal keadaan kelas serta membantu para pelajar untuk faham dengan lebih mudah dan cepat dan juga belajar dengan ceria. Atas kesedaran ini, saya amat yakin bahawa kajian-kajian seperti ini perlu diteruskan oleh guru-guru kerana melalui kajian sebegini, guru dapat menilai keupayaan mereka sendiri dalam memastikan hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran mereka tercapai. Guru merupakan tunggak utama dalam menghasilkan kejayaan pelajar dan atas sebab itulah, orang yang pertama
  11. 11. 10 yang disalahkan atas kegagalan pelajar adalah guru. Maka, untuk memperbaiki kelemahan inti, kajian tindakan seperti ini perlu diteruskan dan semoga kajian seperti ini mendapat sokongan dari semua pihak yang terlibat dalam memastikan mutu pendidikan negara sentiasa dipertingkat selaras dengan hasrat kerajaan.
  12. 12. 11 RUJUKAN N. Nabilahhuda. M & Rosmani A. (2013). Keberkesanan Bintang Mencari Bintang Meningkatkan Tingkah Laku Positif Murid Tahun 5 Dalam Pembelajaran. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Othman Lebar. (2011). “Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan”. Tg Malim, Penerbit UPSI. Pedagogi dalam Pendidikan (2014), Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/strategi.html diakses pada 1 April 2015. Slideshare (2013), Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Bahasa, http://www.slideshare.net/pikaosman/kumpulan-4-strategi-pendekatan-kaedah-teknik- pengajaran diakses pada 31 Mac 2015.
  13. 13. 12 LAMPIRAN 1 Borang Pemerhatian (Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP) 1. Strategi PdP yang dipilih oleh guru: Strategi berpusatkan guru. Strategi berpusatkan pelajar. Strategi berpusatkan bahan. YA TIDAK 2. Adakah pelajar memainkan peranan utama? 3. Adakah guru bertindak sebagai instruktor atau pemimpin? 4. Pelajar aktif dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. 5. Pelajar berbincang dengan ahli kumpulan dalam mencari maklumat. 6. Pelajar bertanya kepada guru apabila tidak faham. 7. Guru membantu pelajar apabila pelajar bertanya. 8. Pelajar aktif untuk menjawab tugasan yang guru berikan. Cadangan / rancangan penambahbaikan : ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

×