Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
471
KAJIAN MINAT DAN MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM...
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
472
pelajaran. Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim (2012) menyatakan terd...
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
473
Instrumen Kajian
Satu set soal selidik akan digunakan untuk mendapat...
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
474
Pendidikan Islam (contohnya ceramah agama,pertandingan
berunsur kero...
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
475
Pengkaji amat tertarik pada item ke 9 iaitu aktiviti dalam Pendidika...
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
476
daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang menyediakan pembe...
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
477
7. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yaha...
Nächste SlideShare
Wird geladen in …5
×

MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

3.235 Aufrufe

Veröffentlicht am

Pendidikan Islam merupakan tunjang dalam diri setiap manusia yang bergelar muslim. Minat yang mendalam perlu hadir dalam diri bagi melahirkan rasa kecintaan serta memantapkan tahap pemahaman dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian. Namun matapelajaran Pendidikan Islam ini dianggap matapelajaran yang remeh dan senang oleh kebanyakan murid. Oleh yang demikian, mereka kurang berminat serta tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor guru juga menyebabkan murid tidak berminat serta kurang motivasi terhadap matapelajaran ini.

Veröffentlicht in: Bildung
  • Als Erste(r) kommentieren

MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

  1. 1. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 471 KAJIAN MINAT DAN MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Syaza Mohd Sabri, Sharini Che Ishak & Asmawati Suhid Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia syaza_sms89@yahoo.com Abstrak Pendidikan Islam merupakan tunjang dalam diri setiap manusia yang bergelar muslim. Minat yang mendalam perlu hadir dalam diri bagi melahirkan rasa kecintaan serta memantapkan tahap pemahaman dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian. Namun matapelajaran Pendidikan Islam ini dianggap matapelajaran yang remeh dan senang oleh kebanyakan murid. Oleh yang demikian, mereka kurang berminat serta tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor guru juga menyebabkan murid tidak berminat serta kurang motivasi terhadap matapelajaran ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap minat dan motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul melalui borang soal selidik yang mengandungi 36 item dan diedarkan kepada seramai 50 orang murid Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Kata Kunci: Minat, Motivasi, Pengajaran dan Pembelajaran & Pendidikan Islam Pendahuluan Menurut Asmawati Suhid et al. (2014), tujuan pendidikan adalah untuk mendapat ilmu dan di dalam Islam setiap apa jua yang berkaitan dengan ilmu amatlah dititikberatkan. Ini kerana hanya dengan ilmu sahaja manusia dapat mengenali hakikat dirinya sebagai manusia seterusnya mengenali Pencipta. Proses mendapatkan ilmu ini dilakukan bagi memperbaiki kehidupan dan menjadi sebahagian daripada proses pengembangan diri seseorang. Menurut Nik Aziz (1986), pendidikan dalam Islam turut menyentuh perkara berkaitan Islam yang menyediakan perpaduan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Beliau juga memberi pengertian bahawa tujuan akhir pendidikan adalah untuk membentuk insan yang memiliki kognitif yang jernih, personaliti yang unggul, corak kehidupan yang harmoni, kesucian budi pekerti serta murni pergaulan sosial mengikut acuan Ilahi. Bagi mencapai tujuan akhir pendidikan tersebut, guru memainkan peranan penting dalam sesuatu pengajaran terutama Pendidikan Islam. Mereka bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid malah bertanggungjawab untuk meningkatkan penguasaan dan penghayatan ilmu murid tersebut. Guru harus mendorong sikap, minat, motivasi dan tingkah laku murid ke arah kebaikan melalui pendekatan yang berhikmah. Dengan ini, ia dapat menajamkan makna kemanusiaan agar murid mampu menempuh era globalisasi (Asmawati, 2005). TINJAUAN LITERATUR Konsep Minat Pelbagai definisi tentang minat telah dikemukakan terutama oleh mereka yang berada dalam bidang pendidikan. Atan (1988) mengatakan bahawa minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu kegiatan atau sesuatu benda. Tegasnya lagi, minat juga merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah diransang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu, faktor minat yang timbul terhadap sesuatu matapelajaran akan mendorong murid berusaha bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya untuk menggunakan pengetahuan yang sedia ada. Kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2006) ke atas pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia mendapati bahawa minat pelajar terhadap matapelajaran Bahasa Arab adalah penting dalam menentukan kejayaan mereka. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan murid dan salah satu daripada cara menimbulkan minat murid ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Minat amat penting kerana dari situ akan timbul perubahan sikap, pembentukan persepsi serta lahir penghayatan yang mendalam terhadap
  2. 2. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 472 pelajaran. Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim (2012) menyatakan terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan para pelajar tidak atau kurang berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam iaitu pengaruh ibu bapa, pengaruh guru pendidikan Islam dan kurikulum pendidikan Islam itu sendiri. Malah dalam dapatan kajian yang mereka lakukan menunjukkan guru pendidikan Islam adalah kunci utama penyebab kepada permasalahan ini Konsep Motivasi Maksud motivasi menurut Harold W. Bernard dalam buku Psychology of Learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat. Menurut Sharifah Akmam (2005), motivasi pada asasnya ialah semangat dalaman yang kuat untuk mencapai sesuatu. Ia juga merupakan satu keinginan yang paling kuat untuk mendapat kejayaan dan kecemerlangan. Motivasi juga merujuk kepada desakan dari hati dan naluri yang menggerakkan seseorang untuk membuat sesuatu tindakan yang merangkumi segala jenis rangsangan, keperluan, kehendak, kemahuan dan kuasa lain untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki dalam hidup. Dalam konteks kehidupan harian, ia adalah gabungan antara motive dan action. Bagi mencapai sesuatu, seseorang itu perlu ada motif. Motif perlu diterjemahkan dengan tindakan seseorang untuk menuju kearah pencapaian sesuatu. Motivasi mempengaruhi bidang pertumbuhan, perkembangan, pembelajaran dan pencapaian manusia. Kaedah nasihat, berbual-bual dan berdamping dengan murid merupakan langkah yang sesuai bagi membolehkan guru meningkatkan motivasi murid-muridnya. Hal ini kerana memotivasikan diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke tahap yang diingininya (Azizi et al., 2005). Menurut Muhammad Faizal & Julie Williams (2014), murid bermotivasi untuk belajar jika mereka dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Untuk mencapai hasrat tersebut, guru seharusnya menyedari pengajaran merupakan suatu seni dan bukan “one approach fits all”. Suatu proses pengajaran yang berkesan diperlukan seperti mana dapatan kajian yang telah mereka lakukan iaitu pengajaran berkualiti, pengajaran guru berdasarkan kemampuan murid, insentif dan pengurusan masa. OBJEKTIF Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji tahap minat dan motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu: i. Mengenalpasti tahap minat terhadap pengajaran Pendidikan Islam mengikut persepsi murid ii. Mengenalpasti tahap motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam iii. Mengetahui tahap pengajaran guru Pendidikan Islam mengikut persepsi murid iv. METODOLOGI KAJIAN Metodologi penyelidikan meliputi reka bentuk penyelidikan yang digunakan, populasi dan persempelan, instrumen kajian dan jenis analisis data. Ia boleh membantu memberikan gambaran tentang kekuatan dapatan yang dikemukakan oleh sesebuah kajian. Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah satu struktur asas dalam sesuatu kajian. Ia merupakan satu bentuk strategi yang sistematik bagi menjalankan penyelidikan. Melalui reka bentuk kajian, seseorang pengkaji boleh mendapatkan jawapan kepada semua persoalan secara lebih objektif, lebih tepat, boleh dipercayai dan lebih ekonomik (Kerlinger, 1986). Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Rekabentuk ini dirasakan sesuai untuk memberikan gambaran komprehensif bagi pembolehubah yang dikaji iaitu tahap minat dan motivasi murid dan juga pengajaran guru Pendidikan Islam. Populasi dan Persempelan Sampel kajian terdiri daripada 50 orang murid di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Responden dipilih secara rawak mudah yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 3. Ini bertujuan untuk mengetahui persepsi murid terhadap tahap minat, motivasi serta pengajaran guru.
  3. 3. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 473 Instrumen Kajian Satu set soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat daripada murid-murid Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Soal selidik merangkumi dua bahagian iaitu profil responden seperti jantina dan gred pencapaian murid dalam Pendidikan Islam manakala bahagian kedua pula adalah berkaitan dengan sejauhmana minat murid terhadap Pendidikan Islam, motivasi mereka dalam matapelajaran ini dan juga tahap pengajaran guru. Analisis Data Bagi menganalisis data berkaitan minat dan motivasi murid terhadap Pendidikan Islam, analisis statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi mengetahui tahap pembentukan nilai akhlak dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Data-data yang diperolehi melalui kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows (IBM SPSS 21). DAPATAN KAJIAN Demografi Responden Jadual 1: Demografi Responden f % Jantina Lelaki Perempuan 20 30 40 60 Jumlah 50 100.0 Gred Pencapaian Peperiksaan Pendidikan Islam A B 38 12 76 24 Jumlah 50 100.0 Berdasarkan jadual 1 diatas, responden terdiri daripada 50 orang yang keseluruhannya berbangsa melayu dan beragama Islam telah terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 20 orang murid lelaki ( 40.0%) dan 30 orang murid perempuan (60.0%). Majoriti daripada responden mendapat gred A dalam matapelajaran Pendidikan Islam iaitu seramai 38 orang (76.0%) manakala 12 orang (24.0%) sahaja yang mendapat gred B. Minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam Berdasarkan jadual 2 dibawah, didapati bahawa minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana tinggi kerana nilai min yang diperoleh rata-rata berada diantara 3.50 hingga 5.00 Jadual 2 : Minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam Bil Item/Pertanyaan Min SP 1 Saya meminati matapelajaran Pendidikan Islam 4.58 .538 2 Mempelajari Pendidikan Islam adalah sesuatu yang menyeronokkan 4.40 .670 3 Saya selalu bertanya kepada guru dan ibu bapa sekiranya mempunyai masalah berkaitan Pendidikan Islam 4.02 .892 4 Belajar Pendidikan Islam tidak sukar dan tidak membosankan 4.14 .857 5 Saya selalu menonton televisyen dan mendengar radio berkaitan agama 3.64 .875 6 Saya ingin menguasai pendidikan agama dengan lebih baik 4.82 .438 7 Saya selalu memberikan perhatian semasa pengajaran Pendidikan Islam 3.86 .670 8 Saya sentiasa meminta tunjuk ajar dalam perkara berkaitan pelajaran agama 4.14 .756 9 Saya sering mengikuti kegiatan yang berkaitan dengan 4.12 .773
  4. 4. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 474 Pendidikan Islam (contohnya ceramah agama,pertandingan berunsur kerohanian) 10 Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus cemerlang dalam Pendidikan Islam 4.84 .422 Dapatan kajian menunjukkan antara persepsi murid tertinggi adalah murid ramai bersetuju bahawa mereka berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang dalam matapelajaran Pendidikan Islam pada item 10 (min=4.84, SP= .422), begitu juga pada item 1 (min=4.58, SP= .538), ramai murid bersetuju dengan penyataan mereka sangat meminati matapelajaran agama. Hal ini selari dengan pendapat Atan (1988) yang mengatakan bahawa minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu kegiatan atau sesuatu benda yang lain. Pada item murid selalu memberikan perhatian semasa pengajaran Pendidikan Islam menunjukkan min yang kedua terendah daripada keseluruhan item pada bahagian ini (min=3.86, SP= .670). Menurut Allen (1992) dalam Ab. Halim dan Mohamad Kahirul Azman Ajuhary (2010), kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jika kaedah dan teknik mengajar diaplikasikan oleh guru dengan baik dan berkesan, ia mampu mempengaruhi perhatian yang maksima daripada murid. Item murid selalu menonton televisyen dan mendengar radio berkaitan agama adalah yang paling rendah min (3.64) daripada keseluruhan item. Pada era yang serba moden dan maju ini, kita tidak dapat lari dengan kecanggihan teknologi moden seperti penggunaan internet untuk mendengar ceramah agama melalui youtube dan sebagainya. Selain itu, kekangan masa kerana murid tinggal di asrama juga merupakan faktor mengapa item ini mempunyai min paling rendah. Kesimpulannya, murid mempunyai minat yang tinggi terhadap matapelajaran agama. Murid yang mempunyai minat yang tinggi ini akan sentiasa berusaha dan rajin meningkatkan diri bagi mencapai kejayaan. Dengan erti kata yang lain, kepuasan mereka akan hanya dapat dicapai apabila mereka mempelajari sesuatu matapelajaran dan memahaminya. Tahap motivasi murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam Berdasarkan jadual dibawah, motivasi murid berada pada tahap yang juga sederhana tinggi kerana nilai min yang diperoleh rata-rata berada pada 3.50 hingga 5.00. Jadual 3: Tahap motivasi murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam Bil Item/Pertanyaan Min SP 1 Saya suka latihan yang susah kerana ia akan mebuatkan saya berusaha lebih kuat dan gigih 3.98 .979 2 Saya sangat suka jika guru Pendidikan Islam membantu dalam menyiapkan tugasan 4.28 .834 3 Saya suka membuat latihan tambahan kerana banyak maklumat baru akan diperolehi 3.84 1.057 4 Saya berusaha bertanya guru agama dikelas kerana ingin mengetahui sesuatu yang baru 3.98 .915 5 Saya suka belajar Pendidikan Islam sama seperti saya suka ke sekolah 3.94 .913 6 Saya suka belajar bersungguh-sungguh sebagai satu cabaran 4.24 .744 7 Saya mendapat kepuasan yang sepenuhnya apabila selesai melakukan aktiviti pembelajaran Pendidikan Islam 3.98 .769 8 Saya aktif dalam pembelajaran Pendidikan Islam kerana ingin terlibat bersama-sama rakan 3.74 .899 9 Aktiviti dalam Pendidikan Islam dapat membina sikap dan personaliti saya 4.32 .653 10 Saya sangat meminati aktiviti dalam pengajaran Pendidikan Islam 4.26 .723
  5. 5. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 475 Pengkaji amat tertarik pada item ke 9 iaitu aktiviti dalam Pendidikan Islam dapat membina sikap dan personaliti murid (min=4.32, SP= .653) menunjukkan responden sangat berpuas hati dan memberi respon yang positif dengan tindakan yang diberikan oleh pihak guru. Proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi adalah berpusatkan murid, kerana fokus utama dalam pendidikan adalah berpusatkan murid baik secara individu atau kumpulan (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman 2003). Begitu juga dengan item saya suka belajar bersungguh-sungguh sebagai satu cabaran dan juga murid sangat meminati aktiviti dalam Pendidikan Islam mencatatkan min yang tinggi (min=4.24, SP=.744). Murid mempunyai motivasi yang tinggi terhadap Pendidikan Islam dan ia dapat mempengaruhi pencapaian akademik murid. Menurut Muhammad Faizal & Julie Williams (2014), murid bermotivasi untuk belajar jika mereka dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Pendapat murid terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam Dapatan kajian menunjukkan persepsimurid terhadap aspek penilaian terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana kerana min yang diperolehi rata-rata berada diantara 2.00 hingga 5.00 Jadual 4: Pendapat murid terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam Bil Item/Pertanyaan Min SP 1 Guru saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama 4.56 .577 2 Saya suka cara guru PI saya mengajar 3.82 1.224 3 Guru PI saya seorang yang baik dan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid 4.24 .771 4 Guru PI menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dan saya mudah faham 3.80 .857 5 Guru banyak memberikan peluang kepada murid untuk bertanya soalan 4.34 .626 6 Guru PI berkebolehan dalam menyampaikan ilmu agama 4.28 .730 7 Guru PI sentiasa memberikan galakan untuk saya terus minat belajar Pendidikan Islam 4.00 .926 8 Semasa mengajar, guru memberi tumpuan dan perhatian yang adil kepada semua murid 4.16 .738 9 Pengajaran guru PI menyeronokkan 3.24 .382 10 Guru PI menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (contohnya CD,video, komputer dll) 2.48 1.233 Dapatan kajian juga menunjukkan antara persepsi murid tertinggi adalah murid ramai bersetuju pada item 1 iaitu guru mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama (min=4.56, SP=.577). Menurut Hj.Zainal Abidin Hj. Abdul Kadir ( 1993 ) Pendidikan Islam KBSM perlu guru-guru yang mahir dan berkebolehan tinggi dalam pengajaran mereka. Guru agama bukan sekadar menyampaikan ilmu atau pengetahuan tetapi hendaklah membimbing, membantu, mengasuh, mendakwah, menjadi contoh dan pemimpin kepada setiap murid di sekolah. Guru perlu berperanan 5 mim yang telah digariskan oleh Ab Halim & Kamarul Azmi (2007) iaitu sebagai murabbi, muallim, mudarris, muaddib dan mursyid. Antara min item yang terendah adalah pada item ke 10, guru menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar contohnya CD, video, komputer dan lain-lain (min=2.48, SP=1.233). Begitu juga dengan item pengajaran guru Pendidikan Islam menyeronokkan menunjukkan min yang rendah (min=3.24, SP=.382). Kedua-dua item ini adalah saling berkaitan kerana penggunaan bahan bantu mengajar mampu menimbulkan rasa minat dan akan menyeronokkan lagi sesi pembelajaran. Dalam era teknologi dan globalisasi kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada buku teks semata-mata dan juga pengajaran guru melalui chalk and talk sahaja, malah mestilah lebih
  6. 6. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 476 daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran moden dan interaktif bagi memupuk minat serta mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, melalui teknik, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru sahaja belum dapat menjamin terjadinya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui bahan bantu mengajar. Para guru haruslah memiliki ciri-ciri profesionalisma yang mantap serta ilmu-ilmu teras dan ilmu pedagogi sebagai asas kepada etika perguruan. Justeru itu seorang guru yang professional sentiasa mencari idea dan memikirkan bagaimana pendekatan yang paling berkesan dari segi penyampaian ilmu serta kemahiran kepada murid-murid. Guru bersedia dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai murni yang baik bagi menjadikan diri mereka sebagai pendidik yang mampu membangunkan sistem pendidikan negara yang berkualiti dan bertaraf dunia (world class). CADANGAN Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan antaranya ialah: 1. Kajian lanjutan yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan untuk melihat hasil dapatan dengan lebih mendalam. Hal ini kerana jumlah responden yang terhad kepada sebuah sekolah sahaja di Perak, tidak memadai untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam. 2. Kepelbagaian dalam pendekatan dan strategi pembelajaran perlu dititikberatkan oleh guru kerana akan mempengaruhi minat, motivasi dan kesungguhan murid dalam mempelajari Pendidikan Islam. 3. Bagi memupuk minat terhadap Pendidikan Islam ini, pelbagai pihak perlu terlibat contohnya pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan beberapa peranan seperti menyediakan sudut atau ruang agama dalam kawasan sekolah. Penyediaan kemudahan ini setidak-tidaknya akan memberi peluang kepada murid untuk mendekati mata pelajaran ini dengan lebih dekat selain daripada menyediakan bilik Pendidikan Islam. KESIMPULAN Fungsi dan peranan matapelajaran Pendidikan Islam dalam kehidupan seharian sudah tidak boleh disangkal lagi. Oleh itu, mengetahui dan menguasai Pendidikan Islam merupakan suatu perkara Fardhu Ain yang perlu ada pada semua murid kerana mereka merupakan aset penting kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Justeru kajian ini berjaya merungkai tahap minat dan motivasi murid terhadap matapelajaran agama di Sekolah Menengah Sains Tapah secara langsung mahupun tidak langsung. Dengan hasil dapatan kajian dan cadangan yang dikemukakan, kajian ini diharapkan menjadi rujukan yang lebih jelas kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kesimpulan daripada hasil kajian dapatan ini, murid Sekolah Menengah Sains Tapah mempunyai minat dan motivasi yang tinggi terhadap matapelajaran Pendidikan Islam. RUJUKAN 1. Ab. Halim & Mohamad Kahirul Azman Ajuhary. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’alim. Journal of Islamic and Arabic Education, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia volume 2(1): 43-56. 2. Abd. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. (2003). Antara Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Kes Pelajar Bachelor Bahasa Arab Di IPTA Malaysia. Wacana Pendidikan Islam (Siri 5) Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum. Tanjong Malim. Quantum Books 4. Asmawati Suhid, Mohd Redzuan, Fathiyyah, Abd Muhsin & Mohd Aderi Che Noh. (2014). Personaliti Pendidik Yang Ideal : Apa Kata Pelajar di Institut Pengajian Tinggi? Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 1-8 5. Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama Dalam Pembentukan MasyarakatMadani. Jurnal Pendidikan Islam, 11(2): 69-82. 6. Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  7. 7. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 477 7. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya. (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai:Universiti Teknologi Malaysia. 8. Fathiyah Mohd Fakhruddin, Nor Hayati Alwi, Azimi Hamzah, & Lukman Abd. Mutalib. (2013). Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam Menerapkan Elemen Amalan Dalam Pengajaran . The Online Journal of Islamic Education, 1(1). 9. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 10. Muhammad Faizal & Julie Williams. (2014). Harapan Murid Bermasalah Terhadap Pengajaran Guru: Satu Kajian Awal di sebuah Negara Maju. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Jan 2014. Bil 2 Isu 1. 11. Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak. 12. Sharifah Akmam Syed Zakaria. (2005). Panduan dan strategi motivasi diri. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 13. Zainal Abidin Hj.Abdul Kadir. (1993). Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran dan Harapan. Kuala Terangganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin 14. Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim. (2012). Factors Affecting Students Interest in Learning Islamic Education. Journal of Education and Practice, Vol 3: No 13

×