SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 
KAJIAN MENGENALPASTI TITIK TUMPUAN PELAJAR DI LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG PSIS DAN CADANGAN MELESTARIKANNYA 
Mohd Erman B. Derasid @ Nordin¹, Shahril Khairi B. Abdul Shukor², Nur Shuhada Bt. Hanapi³ Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor ¹erman_derasid@psis.edu.my, ²shahrilkhairi@psis.edu.my, ³shuhada@ psis.edu.my 
1.0 ABSTRAK 
Laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) membentuk sebahagian besar daripada ruang awam terbuka di PSIS. Dengan jarak keseluruhan sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai 4100 meter persegi, ruang ini berperanan penting untuk menghubungkan ruang-ruang di dalam susunatur bangunan. Laluan pejalan kaki berbumbung ini juga berperanan sebagai penghubung sosial yang telah membantu pertumbuhan akademik, fizikal dan kesihatan pelajar PSIS. Justeru, laluan pejalan kaki berbumbung ini jelas sekali bukan hanya bertindak sebagai ruang untuk pergerakan sahaja, malah ruang ini mewujudkan interaksi sosial di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Walaupun beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini telah menyatakan dengan jelas hubungan antara tingkah laku sosial dan kualiti di laluan, namun fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji dengan lebih terperinci keperluan pelajar dalam usaha melestarikan laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS ini. Cadangan melestarikan laluan pejalan kaki berbumbung ini diharapkan dapat membolehkan laluan ini digunakan secara komprehensif di samping memperluaskan dan mempelbagaikan lagi fungsi laluan pejalan kaki itu sendiri. Kajian ini telah dijalankan selama 4 minggu dengan menggunakan kaedah pemerhatian berasaskan tingkah laku yang melibatkan pemerhatian tingkah laku dan persepsi pelajar yang menggunakan laluan berbumbung ini. Dapatan kajian mendapati pelajar mempunyai kecenderungan untuk berkumpul di lokasi yang sama. Antara lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti ialah pelajar lebih suka berkumpul di laluan-laluan pejalan kaki yang mempunyai lebar yang luas, berhampiran kafeteria dan berdekatan dengan bangunan penting iaitu blok bilik kuliah. Beberapa cadangan untuk melestarikan laluan pejalan kaki ini telah diusulkan untuk lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti menjadi tumpuan pelajar. 
2.0 PENDAHULUAN 
Laluan pejalan kaki berbumbung sedia ada di Politeknik Sultan Idris Shah merupakan elemen penting dalam menghubungkan ruang- ruang antara bangunan selain mewujudkan interaksi sosial di kalangan pelajar. Penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 1.02 kilometer dengan keluasan 4100 meter persegi menjadikan laluan pejalan kaki ini sebagai kawasan tumpuan utama para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah untuk berkumpul. Faktor utama yang perlu diberi perhatian dalam rekabentuk laluan pejalan kaki adalah tertumpu kepada keselesaan pengguna (Ratanawichit, 2010). Dalam usaha mewujudkan persekitaran laluan pejalan kaki berbumbung yang selesa, mesra pengguna dan cekap tenaga, isu- isu utama berkaitan dengan laluan ini telah dikenalpasti. Rekabentuk yang lestari perlu dicadangkan supaya fungsi ruang laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) ini dapat digunakan dengan penuh efisien. Isu-isu utama yang telah dikenalpasti boleh diringkaskan seperti berikut: 
1. Fungsi laluan pejalan kaki yang tidak digunakan sepenuhnya dan hanya tertumpu untuk aktiviti berjalan sahaja. 
2. Rekabentuk asal yang telalu asas iaitu hanya laluan berbumbung semata mata tanpa longkang, talang air hujan (gutter), kerusi, lanskap dan lain- lain. 
3. Untuk mengetahui waktu kemuncak laluan pedestrian PSIS. 
Foto 1: Keadaan sedia ada kawasan kajian 2 
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 
Kepentingan laluan pejalan kaki berbumbung sebagai penghubung sosial untuk membantu pertumbuhan akademik, fizikal dan kesihatan pelajar PSIS menjadi
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 
fokus penyelidikan. Oleh itu, objektif kajian adalah tertumpu kepada: 
a) Menambahbaik kualiti rekabentuk laluan pejalan kaki berbumbung yang sedia ada. 
b) Mengenalpasti lokasi yang menjadi titik tumpuan pelajar untuk berkumpul. 
c) Mencadangan rekabentuk lestari untuk laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah. 
4.0 METODOLOGI 
Bagi mengkaji dan merekod corak rutin pelajar PSIS yang menggunakan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang hari seawal jam 8.00 pagi iaitu waktu kuliah pertama bermula sehingga tamatnya waktu kuliah terakhir pada jam 5.15 petang, kaedah pemerhatian digunakan sebagai kaedah pengumpulan data utama kajian jenis ini. Ini termasuklah memerhatikan aktiviti-aktiviti pelajar yang melibatkan diri sendiri, di mana, bila, bagaimana dan dengan siapa aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan. Pemerhatian melalui berjalan kaki merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan data mengenai aktiviti tidak bergerak dan kekal pelajar PSIS. Pada setiap pemerhatian, salah seorang penyelidik akan berjalan perlahan-lahan di setiap kawasan kajian dan mencatatkan jumlah bilangan pelajar yang tidak bergerak, lokasi pelajar, keadaan pelajar (berjalan, berdiri, berlari) dan aktiviti-aktiviti yang ada. Tiga pemerhatian telah dijalankan semasa waktu kuliah sahaja. Pemerhatian telah dijalankan pada waktu kemuncak 7.50-8.10 pagi, 10- 10.20 pagi dan 4.50-5.10 petang pada Julai 2014. 
Rajah 1: Pelan lokasi tiga kawasan kajian di dalam PSIS 
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 
Pemerhatian dan tinjauan visual yang dijalankan adalah sejenis "snapshot" aktiviti dan tingkah laku pelajar PSIS di laluan pejalan kaki berbumbung pada tiga kawasan kajian dari pagi hingga lewat petang hari perkuliahan pada Julai 2014. Blok diperhatikan dan dikaji selidik dalam tiga kawasan kajian (telah pun dinyatakan di dalam bab Metodologi). 
Pemerhatian dan pengiraan pejalan kaki sepanjang waktu hari perkuliahan dari jam 08:00 pagi hingga 5.15 petang menunjukkan bahawa ketiga-tiga kawasan kajian telah digunakan sebagai laluan utama untuk pergerakan pejalan kaki. Keputusan dan pemerhatian menunjukkan bahawa kehadiran sebilangan besar pengguna di laluan pejalan ini adalah pada jam 7.50 pagi hingga jam 8.10 pagi. Dengan menggunakan teknik berjalan, secara purata 240 orang telah terlibat di dalam tempoh 20 minit di tiga kawasan kajian. Kawasan 2 menunjukkan bilangan tertinggi iaitu 159 orang (66%) daripada semua 240 orang yang terlibat. Kawasan 1 seramai 39 orang (16%) dan kawasan 3 seramai 42 orang (18%). Keputusan menunjukkan bahawa kawasan 2 ini telah menjadi titik pertemuan laluan pejalan kaki. Ini mungkin disebabkan oleh lokasinya yang berhampiran dengan kafetaria dan Blok Dewan Syarahan serta Bilik Kuliah telah mewujudkan kehadiran sebilangan besar pengguna di laluan tersebut. 
Sebanyak 78% orang adalah pejalan kaki yang bergerak manakala hanya 22% sahaja yang mencatatkan aktiviti pegun. Dapatan ini sememangnya telah dijangka memandangkan ketiga-tiga kawasan kajian yang dipilih ini adalah laluan utama untuk aktiviti berjalan kaki semata- mata. Selain itu, di sepanjang laluan pejalan kaki ini juga tidak terdapat kerusi mahupun kotak tanaman untuk dijadikan tempat duduk supaya pelajar boleh duduk berbincang dan berehat. 22% yang telah dicatatkan sebagai aktiviti pegun ini adalah pelajar yang melakukan interaksi sosial termasuklah berbual, berbincang dan bercakap menggunakan telefon bimbit. Lokasi yang mencatatkan bilangan tertinggi pengguna berjalan dan mempunyai aktiviti pegun adalah di kawasan kajian yang sama, iaitu kawasan 2. Ini jelas menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara dua keputusan ini. Lokasi kawasan kajian 2 ini amat sesuai untuk direkabentuk semula bagi membantu menyokong aktiviti pegun selain menambahbaik aktiviti sosial di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. 
Dapatan juga merumuskan bahawa pengguna di kawasan kajian 2 ini sangat kerap membawa makanan dan bungkusan dari kefetaria. Kebanyakan pengguna yang dicatatkan sebagai pengguna pegun ini rata-ratanya menghabiskan masa tidak lebih daripada lima minit untuk tidak bergerak. Ini adalah kerana ketiadaan tempat duduk mungkin membuatkan jangka masa aktiviti pegun adalah pendek. 
Kawasan 2 
Kawasan 1 
Kawasan 3
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 
Kawasan 2 
Kawasan 1 
Kawasan 3 
Rajah 2: Imej bangunan dan corak kedudukan pelajar yang menggunakan Kawasan Kajian 1. 
Setiap titik hitam mewakili 3 orang. 
Rajah 3: Imej bangunan dan corak kedudukan pelajar yang menggunakan Kawasan Kajian 2 & 3. Setiap titik hitam mewakili 3 orang.
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 
6.0 RUMUSAN 
6.1 Kesimpulan 
Kesimpulannya, laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS perlu ditambahbaik dengan digantikan laluan pejalan kaki berbumbung yang lebih mesra pengguna serta memberi manfaat yang lebih optimum. Walaupun cadangan ini sesuai untuk diaplikasikan kepada keseluruhan laluan berbumbung ini, tetapi dengan jarak keseluruhan sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai 4100 meter persegi ini pastinya akan melibatkan kos pembinaan yang tinggi. Oleh hal yang demikian, hasil dapatan kajian menunjukkan cadangan ini amat sesuai untuk dijalankan pada Tapak Kajian 2. Dengan adanya cadangan baru yang mempunyai rekabentuk lestari ini, diharapkan para pengguna akan mendapat manfaat yang lebih baik selain ianya akan menjadi penanda aras untuk pedestrian lain di politeknik seluruh Malaysia. Cadangan baru ini juga akan melonjakkan lagi nama Politeknik Sultan Idris Shah seiring dengan kawasan tujahannya iaitu alam sekitar. 
7.0 CADANGAN 
Rekabentuk laluan pejalan kaki lestari menawarkan peluang untuk mewujudkan hubungan antara bangunan dan alam sekitar yang lebih efisien di mana ia dapat menggalakkan pemuliharaan sumber. Pemuliharaan sumber ini termasuklah kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, dan ciri pemuliharaan air. Rekabentuk lestari ini mampu mempertimbangkan kesan ke atas alam sekitar dan pengurangan sampah selain mewujudkan persekitaran hidup yang sihat, selesa serta menjadi akses kepada sistem infrastruktur komuniti yang baik. Kitaran hidup keseluruhan bangunan dan komponennya telah diambil kira, juga kesan ke atas prestasi ekonomi dan alam sekitar. 
Penambahbaikan persekitaran jalan 
Kaki lima hendaklah mengekalkan lebar minimum, iaitu empat kaki. Walau bagaimanapun, lima kaki lebar jelas adalah sangat disyorkan untuk membolehkan dua orang untuk berjalan sebelah menyebelah dengan kondisi yang selesa selain pengguna laluan yang berkerusi roda untuk melepasi satu sama lain. Lebar minimum jelas mestilah bebas pokok, papan-papan tanda, tiang elektrik, kerusi dan lain-lain halangan yang menyebabkan halangan secara sengaja atau tidak sengaja kepada pengguna di laluan pejalan kaki. 
Mengurangkan kesesakan 
Penambahbaikan yang seterusnya adalah dengan mengurangkan jumlah pelajar yang berbincang sambil berdiri di laluan pejalan kaki. Antara cadangannya adalah dengan meletakkan kerusi di tempat titik pertemuan utama. Dengan adanya tempat duduk ini, bilangan pelajar yang berbincang di tengah-tengah laluan koridor dapat dikurangkan. 
Kepelbagaian fungsi penggunaan laluan pejalan kaki 
Siar kaki berbilang guna adalah kemudahan yang dicadangkan untuk menampung pejalan kaki, pengguna basikal dan individu yang lain. Kemudahan ini disediakan sebagai alternatif kepada kaki lima sedia ada. 
Trafik menenangkan 
Mengubah kondisi trafik yang laju menjadi trafik yang menenangkan bagi mewujudkan suasana persekitaran berjalan kaki yang selamat dan kondusif. Antara langkah- langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kelajuan trafik termasuklah penyempitan visual, mengurangkan lebar lorong, dan membina laluan pejalan kaki yang sempurna. 
Rajah 4: Ilustrasi Cadangan Melestarikan Pedestrian Berbumbung
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 
Menambah alat penjimatan elektrik 
Salah satu kriteria penting yang membolehkan laluan pejalan kaki berbumbung ini diiktiraf sebagai laluan yang mempunyai rekabentuk lestari adalah kerana ia dapat menyumbang ke arah penjimatan sumber elektrik. Berikut adalah antara alat penjimatan elektrik yang dicadangkan: 
 Panel solar pada bumbung koridor 
Dengan jarak sepanjang 1.02 kilometer dan mempunyai keluasan lantai 4100 meter persegi membolehkan laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS ini sesuai untuk dipasang dengan panel solar. Selain itu, kelebihan memasang panel solar pada bumbung laluan pejalan kaki adalah kerana ketinggian bumbungnya yang tidak terlalu tinggi memudahkan juruteknik untuk memanjat dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. 
 Bidai solar 
Selain daripada menggunakan panel solar yang dipasang pada atas bumbung laluan pejalan kaki, PSIS juga disarankan untuk meletakkan bidai solar pada bahagian sisi laluan pejalan kaki sebagai langkah mengurangkan kebergantungan penggunaan elektrik sedia ada. Bidai solar ini bukan hanya berfungsi sebagai penjana elektrik,malah ia juga dapat membantu mengurangkan sinaran pancaran matahari dan tempias air hujan kepada pengguna laluan ini. 
 Berjalan sambil menjana elektrik 
Dengan anggaran jumlah pelajar seramai lebih kurang 4000 orang dan bilangan kakitangan PSIS seramai 400 orang, penggunaan plat penjana elektrik (piezo electric) pada lantai laluan pejalan kaki secara tidak langsung dapat membantu menjanakan elektrik. Lantai piezoelektrik menjana elektrik melalui kesan perubahan tenaga di bawah beban (Brian Doyle, 2012). Kaedah ini berupaya merealisasikan kempen kesedaran mengenai penghasilan tenaga alternatif. Selain itu, penghasilan elektrik melalui tenaga kinetik ini juga amat sesuai digunakan terutamanya pada musim hujan di mana panel solar tidak dapat menjana elektrik sepenuhnya. 
RUJUKAN 
[1] Shamsuddin, S. (2011). Townscape Revisited: Unravelling the Character of the Historic Townscape in Malaysia. 1st Edition. Johor, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia Press. 
[2] http://www.acgov.org/pwa/PedMasterPlan_2006-8- 15_withExecSummary.pdf 
[3] http://issuu.com/anwar_townplan/docs/laporan_panduan_pelaksanaan_pejalan 
[4] http://www.kyocerasolar.com/about-kyocera/kyocera- solar/news/?id=28 
[5] https://www.lucidmanagementgroup.com/covered- walkways.cfm 
[6] Nilsson, J., Thorstensson, A. Ground reaction forces at different speeds of human walking and running. Act Physiologica Scandinavica. Vol 136, Issue 2, pages 217- 227, June 1989 
[7] POWERleap Website: http://powerleap.net/?page_id=32 
[8] Energy Floors Limited (Sustainable Dance Club Subsidiary). Sustainable Energy Floors Information Leaflet 
[9] http://www.theguardian.com/sustainable-business/power- generating-tiles-renewable-energy 
[10] http://wattnow.org/2330/pavegen-renewable-energy-from- footsteps 
[11] http://www.energyharvestingjournal.com/articles/heated- trousers-sustainable-walkways-new-ball-game-at-london- olympics-00004630.asp?sessionid=1 
[12] http://www.engineering.com/ElectronicsDesign/ElectronicsDesignArticles/ArticleID/5879/Power-Walking-with- Energy-Floors.aspx 
[13] Ratanawichit Panitat, 2010. The Appropriate Walkway Towards Sustainable Transportation In The University Community : A Case Study of Kasetsart University, Bangkhen Campus.

More Related Content

Similar to Kajian erman, adda ,sarell

Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri Othman
 
Kertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaKertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaMohamad Faiz
 
Mohdazryaa020192d07ttt
Mohdazryaa020192d07tttMohdazryaa020192d07ttt
Mohdazryaa020192d07tttImBad Person
 
Kertas kerja senam_1_malaysia_nnn
Kertas kerja senam_1_malaysia_nnnKertas kerja senam_1_malaysia_nnn
Kertas kerja senam_1_malaysia_nnnnuradiba
 
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologiAshraf Azim
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Lina Abu Bakar
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikSharifah Munirah
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaransammuechan
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Sue Said
 

Similar to Kajian erman, adda ,sarell (20)

Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
Big sem 7
Big sem 7Big sem 7
Big sem 7
 
Kertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaKertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysia
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Mohdazryaa020192d07ttt
Mohdazryaa020192d07tttMohdazryaa020192d07ttt
Mohdazryaa020192d07ttt
 
Kertas kerja senam_1_malaysia_nnn
Kertas kerja senam_1_malaysia_nnnKertas kerja senam_1_malaysia_nnn
Kertas kerja senam_1_malaysia_nnn
 
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaran
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Bab[09]
Bab[09]Bab[09]
Bab[09]
 
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
 

More from Shahril Khairi

More from Shahril Khairi (15)

ibs 304
ibs 304ibs 304
ibs 304
 
302 brief assignments
302 brief assignments302 brief assignments
302 brief assignments
 
Course Outline CA 304
Course Outline CA 304Course Outline CA 304
Course Outline CA 304
 
Ca203
Ca203Ca203
Ca203
 
01 intro(prehistoric)
01 intro(prehistoric)01 intro(prehistoric)
01 intro(prehistoric)
 
ceiling note
ceiling noteceiling note
ceiling note
 
History of islamic architecture
History of islamic architectureHistory of islamic architecture
History of islamic architecture
 
Spatial
SpatialSpatial
Spatial
 
elements and principles of design
elements and principles of designelements and principles of design
elements and principles of design
 
C 2329 - lecture 5
C 2329 - lecture 5C 2329 - lecture 5
C 2329 - lecture 5
 
C 2329 - Lecture4
C 2329 - Lecture4C 2329 - Lecture4
C 2329 - Lecture4
 
c2329- Lecture3
c2329- Lecture3c2329- Lecture3
c2329- Lecture3
 
C 2329 - course brief
C 2329 - course briefC 2329 - course brief
C 2329 - course brief
 
history of modern architecture - lecture 2
history of modern architecture - lecture 2history of modern architecture - lecture 2
history of modern architecture - lecture 2
 
history of modern architecture - lecture 01
history of modern architecture - lecture 01history of modern architecture - lecture 01
history of modern architecture - lecture 01
 

Recently uploaded

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 

Recently uploaded (6)

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 

Kajian erman, adda ,sarell

  • 1. Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 KAJIAN MENGENALPASTI TITIK TUMPUAN PELAJAR DI LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG PSIS DAN CADANGAN MELESTARIKANNYA Mohd Erman B. Derasid @ Nordin¹, Shahril Khairi B. Abdul Shukor², Nur Shuhada Bt. Hanapi³ Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor ¹erman_derasid@psis.edu.my, ²shahrilkhairi@psis.edu.my, ³shuhada@ psis.edu.my 1.0 ABSTRAK Laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) membentuk sebahagian besar daripada ruang awam terbuka di PSIS. Dengan jarak keseluruhan sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai 4100 meter persegi, ruang ini berperanan penting untuk menghubungkan ruang-ruang di dalam susunatur bangunan. Laluan pejalan kaki berbumbung ini juga berperanan sebagai penghubung sosial yang telah membantu pertumbuhan akademik, fizikal dan kesihatan pelajar PSIS. Justeru, laluan pejalan kaki berbumbung ini jelas sekali bukan hanya bertindak sebagai ruang untuk pergerakan sahaja, malah ruang ini mewujudkan interaksi sosial di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Walaupun beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini telah menyatakan dengan jelas hubungan antara tingkah laku sosial dan kualiti di laluan, namun fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji dengan lebih terperinci keperluan pelajar dalam usaha melestarikan laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS ini. Cadangan melestarikan laluan pejalan kaki berbumbung ini diharapkan dapat membolehkan laluan ini digunakan secara komprehensif di samping memperluaskan dan mempelbagaikan lagi fungsi laluan pejalan kaki itu sendiri. Kajian ini telah dijalankan selama 4 minggu dengan menggunakan kaedah pemerhatian berasaskan tingkah laku yang melibatkan pemerhatian tingkah laku dan persepsi pelajar yang menggunakan laluan berbumbung ini. Dapatan kajian mendapati pelajar mempunyai kecenderungan untuk berkumpul di lokasi yang sama. Antara lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti ialah pelajar lebih suka berkumpul di laluan-laluan pejalan kaki yang mempunyai lebar yang luas, berhampiran kafeteria dan berdekatan dengan bangunan penting iaitu blok bilik kuliah. Beberapa cadangan untuk melestarikan laluan pejalan kaki ini telah diusulkan untuk lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti menjadi tumpuan pelajar. 2.0 PENDAHULUAN Laluan pejalan kaki berbumbung sedia ada di Politeknik Sultan Idris Shah merupakan elemen penting dalam menghubungkan ruang- ruang antara bangunan selain mewujudkan interaksi sosial di kalangan pelajar. Penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 1.02 kilometer dengan keluasan 4100 meter persegi menjadikan laluan pejalan kaki ini sebagai kawasan tumpuan utama para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah untuk berkumpul. Faktor utama yang perlu diberi perhatian dalam rekabentuk laluan pejalan kaki adalah tertumpu kepada keselesaan pengguna (Ratanawichit, 2010). Dalam usaha mewujudkan persekitaran laluan pejalan kaki berbumbung yang selesa, mesra pengguna dan cekap tenaga, isu- isu utama berkaitan dengan laluan ini telah dikenalpasti. Rekabentuk yang lestari perlu dicadangkan supaya fungsi ruang laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) ini dapat digunakan dengan penuh efisien. Isu-isu utama yang telah dikenalpasti boleh diringkaskan seperti berikut: 1. Fungsi laluan pejalan kaki yang tidak digunakan sepenuhnya dan hanya tertumpu untuk aktiviti berjalan sahaja. 2. Rekabentuk asal yang telalu asas iaitu hanya laluan berbumbung semata mata tanpa longkang, talang air hujan (gutter), kerusi, lanskap dan lain- lain. 3. Untuk mengetahui waktu kemuncak laluan pedestrian PSIS. Foto 1: Keadaan sedia ada kawasan kajian 2 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kepentingan laluan pejalan kaki berbumbung sebagai penghubung sosial untuk membantu pertumbuhan akademik, fizikal dan kesihatan pelajar PSIS menjadi
  • 2. Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 fokus penyelidikan. Oleh itu, objektif kajian adalah tertumpu kepada: a) Menambahbaik kualiti rekabentuk laluan pejalan kaki berbumbung yang sedia ada. b) Mengenalpasti lokasi yang menjadi titik tumpuan pelajar untuk berkumpul. c) Mencadangan rekabentuk lestari untuk laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah. 4.0 METODOLOGI Bagi mengkaji dan merekod corak rutin pelajar PSIS yang menggunakan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang hari seawal jam 8.00 pagi iaitu waktu kuliah pertama bermula sehingga tamatnya waktu kuliah terakhir pada jam 5.15 petang, kaedah pemerhatian digunakan sebagai kaedah pengumpulan data utama kajian jenis ini. Ini termasuklah memerhatikan aktiviti-aktiviti pelajar yang melibatkan diri sendiri, di mana, bila, bagaimana dan dengan siapa aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan. Pemerhatian melalui berjalan kaki merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan data mengenai aktiviti tidak bergerak dan kekal pelajar PSIS. Pada setiap pemerhatian, salah seorang penyelidik akan berjalan perlahan-lahan di setiap kawasan kajian dan mencatatkan jumlah bilangan pelajar yang tidak bergerak, lokasi pelajar, keadaan pelajar (berjalan, berdiri, berlari) dan aktiviti-aktiviti yang ada. Tiga pemerhatian telah dijalankan semasa waktu kuliah sahaja. Pemerhatian telah dijalankan pada waktu kemuncak 7.50-8.10 pagi, 10- 10.20 pagi dan 4.50-5.10 petang pada Julai 2014. Rajah 1: Pelan lokasi tiga kawasan kajian di dalam PSIS 5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Pemerhatian dan tinjauan visual yang dijalankan adalah sejenis "snapshot" aktiviti dan tingkah laku pelajar PSIS di laluan pejalan kaki berbumbung pada tiga kawasan kajian dari pagi hingga lewat petang hari perkuliahan pada Julai 2014. Blok diperhatikan dan dikaji selidik dalam tiga kawasan kajian (telah pun dinyatakan di dalam bab Metodologi). Pemerhatian dan pengiraan pejalan kaki sepanjang waktu hari perkuliahan dari jam 08:00 pagi hingga 5.15 petang menunjukkan bahawa ketiga-tiga kawasan kajian telah digunakan sebagai laluan utama untuk pergerakan pejalan kaki. Keputusan dan pemerhatian menunjukkan bahawa kehadiran sebilangan besar pengguna di laluan pejalan ini adalah pada jam 7.50 pagi hingga jam 8.10 pagi. Dengan menggunakan teknik berjalan, secara purata 240 orang telah terlibat di dalam tempoh 20 minit di tiga kawasan kajian. Kawasan 2 menunjukkan bilangan tertinggi iaitu 159 orang (66%) daripada semua 240 orang yang terlibat. Kawasan 1 seramai 39 orang (16%) dan kawasan 3 seramai 42 orang (18%). Keputusan menunjukkan bahawa kawasan 2 ini telah menjadi titik pertemuan laluan pejalan kaki. Ini mungkin disebabkan oleh lokasinya yang berhampiran dengan kafetaria dan Blok Dewan Syarahan serta Bilik Kuliah telah mewujudkan kehadiran sebilangan besar pengguna di laluan tersebut. Sebanyak 78% orang adalah pejalan kaki yang bergerak manakala hanya 22% sahaja yang mencatatkan aktiviti pegun. Dapatan ini sememangnya telah dijangka memandangkan ketiga-tiga kawasan kajian yang dipilih ini adalah laluan utama untuk aktiviti berjalan kaki semata- mata. Selain itu, di sepanjang laluan pejalan kaki ini juga tidak terdapat kerusi mahupun kotak tanaman untuk dijadikan tempat duduk supaya pelajar boleh duduk berbincang dan berehat. 22% yang telah dicatatkan sebagai aktiviti pegun ini adalah pelajar yang melakukan interaksi sosial termasuklah berbual, berbincang dan bercakap menggunakan telefon bimbit. Lokasi yang mencatatkan bilangan tertinggi pengguna berjalan dan mempunyai aktiviti pegun adalah di kawasan kajian yang sama, iaitu kawasan 2. Ini jelas menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara dua keputusan ini. Lokasi kawasan kajian 2 ini amat sesuai untuk direkabentuk semula bagi membantu menyokong aktiviti pegun selain menambahbaik aktiviti sosial di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Dapatan juga merumuskan bahawa pengguna di kawasan kajian 2 ini sangat kerap membawa makanan dan bungkusan dari kefetaria. Kebanyakan pengguna yang dicatatkan sebagai pengguna pegun ini rata-ratanya menghabiskan masa tidak lebih daripada lima minit untuk tidak bergerak. Ini adalah kerana ketiadaan tempat duduk mungkin membuatkan jangka masa aktiviti pegun adalah pendek. Kawasan 2 Kawasan 1 Kawasan 3
  • 3. Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 Kawasan 2 Kawasan 1 Kawasan 3 Rajah 2: Imej bangunan dan corak kedudukan pelajar yang menggunakan Kawasan Kajian 1. Setiap titik hitam mewakili 3 orang. Rajah 3: Imej bangunan dan corak kedudukan pelajar yang menggunakan Kawasan Kajian 2 & 3. Setiap titik hitam mewakili 3 orang.
  • 4. Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 6.0 RUMUSAN 6.1 Kesimpulan Kesimpulannya, laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS perlu ditambahbaik dengan digantikan laluan pejalan kaki berbumbung yang lebih mesra pengguna serta memberi manfaat yang lebih optimum. Walaupun cadangan ini sesuai untuk diaplikasikan kepada keseluruhan laluan berbumbung ini, tetapi dengan jarak keseluruhan sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai 4100 meter persegi ini pastinya akan melibatkan kos pembinaan yang tinggi. Oleh hal yang demikian, hasil dapatan kajian menunjukkan cadangan ini amat sesuai untuk dijalankan pada Tapak Kajian 2. Dengan adanya cadangan baru yang mempunyai rekabentuk lestari ini, diharapkan para pengguna akan mendapat manfaat yang lebih baik selain ianya akan menjadi penanda aras untuk pedestrian lain di politeknik seluruh Malaysia. Cadangan baru ini juga akan melonjakkan lagi nama Politeknik Sultan Idris Shah seiring dengan kawasan tujahannya iaitu alam sekitar. 7.0 CADANGAN Rekabentuk laluan pejalan kaki lestari menawarkan peluang untuk mewujudkan hubungan antara bangunan dan alam sekitar yang lebih efisien di mana ia dapat menggalakkan pemuliharaan sumber. Pemuliharaan sumber ini termasuklah kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, dan ciri pemuliharaan air. Rekabentuk lestari ini mampu mempertimbangkan kesan ke atas alam sekitar dan pengurangan sampah selain mewujudkan persekitaran hidup yang sihat, selesa serta menjadi akses kepada sistem infrastruktur komuniti yang baik. Kitaran hidup keseluruhan bangunan dan komponennya telah diambil kira, juga kesan ke atas prestasi ekonomi dan alam sekitar. Penambahbaikan persekitaran jalan Kaki lima hendaklah mengekalkan lebar minimum, iaitu empat kaki. Walau bagaimanapun, lima kaki lebar jelas adalah sangat disyorkan untuk membolehkan dua orang untuk berjalan sebelah menyebelah dengan kondisi yang selesa selain pengguna laluan yang berkerusi roda untuk melepasi satu sama lain. Lebar minimum jelas mestilah bebas pokok, papan-papan tanda, tiang elektrik, kerusi dan lain-lain halangan yang menyebabkan halangan secara sengaja atau tidak sengaja kepada pengguna di laluan pejalan kaki. Mengurangkan kesesakan Penambahbaikan yang seterusnya adalah dengan mengurangkan jumlah pelajar yang berbincang sambil berdiri di laluan pejalan kaki. Antara cadangannya adalah dengan meletakkan kerusi di tempat titik pertemuan utama. Dengan adanya tempat duduk ini, bilangan pelajar yang berbincang di tengah-tengah laluan koridor dapat dikurangkan. Kepelbagaian fungsi penggunaan laluan pejalan kaki Siar kaki berbilang guna adalah kemudahan yang dicadangkan untuk menampung pejalan kaki, pengguna basikal dan individu yang lain. Kemudahan ini disediakan sebagai alternatif kepada kaki lima sedia ada. Trafik menenangkan Mengubah kondisi trafik yang laju menjadi trafik yang menenangkan bagi mewujudkan suasana persekitaran berjalan kaki yang selamat dan kondusif. Antara langkah- langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kelajuan trafik termasuklah penyempitan visual, mengurangkan lebar lorong, dan membina laluan pejalan kaki yang sempurna. Rajah 4: Ilustrasi Cadangan Melestarikan Pedestrian Berbumbung
  • 5. Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 Menambah alat penjimatan elektrik Salah satu kriteria penting yang membolehkan laluan pejalan kaki berbumbung ini diiktiraf sebagai laluan yang mempunyai rekabentuk lestari adalah kerana ia dapat menyumbang ke arah penjimatan sumber elektrik. Berikut adalah antara alat penjimatan elektrik yang dicadangkan:  Panel solar pada bumbung koridor Dengan jarak sepanjang 1.02 kilometer dan mempunyai keluasan lantai 4100 meter persegi membolehkan laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS ini sesuai untuk dipasang dengan panel solar. Selain itu, kelebihan memasang panel solar pada bumbung laluan pejalan kaki adalah kerana ketinggian bumbungnya yang tidak terlalu tinggi memudahkan juruteknik untuk memanjat dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.  Bidai solar Selain daripada menggunakan panel solar yang dipasang pada atas bumbung laluan pejalan kaki, PSIS juga disarankan untuk meletakkan bidai solar pada bahagian sisi laluan pejalan kaki sebagai langkah mengurangkan kebergantungan penggunaan elektrik sedia ada. Bidai solar ini bukan hanya berfungsi sebagai penjana elektrik,malah ia juga dapat membantu mengurangkan sinaran pancaran matahari dan tempias air hujan kepada pengguna laluan ini.  Berjalan sambil menjana elektrik Dengan anggaran jumlah pelajar seramai lebih kurang 4000 orang dan bilangan kakitangan PSIS seramai 400 orang, penggunaan plat penjana elektrik (piezo electric) pada lantai laluan pejalan kaki secara tidak langsung dapat membantu menjanakan elektrik. Lantai piezoelektrik menjana elektrik melalui kesan perubahan tenaga di bawah beban (Brian Doyle, 2012). Kaedah ini berupaya merealisasikan kempen kesedaran mengenai penghasilan tenaga alternatif. Selain itu, penghasilan elektrik melalui tenaga kinetik ini juga amat sesuai digunakan terutamanya pada musim hujan di mana panel solar tidak dapat menjana elektrik sepenuhnya. RUJUKAN [1] Shamsuddin, S. (2011). Townscape Revisited: Unravelling the Character of the Historic Townscape in Malaysia. 1st Edition. Johor, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia Press. [2] http://www.acgov.org/pwa/PedMasterPlan_2006-8- 15_withExecSummary.pdf [3] http://issuu.com/anwar_townplan/docs/laporan_panduan_pelaksanaan_pejalan [4] http://www.kyocerasolar.com/about-kyocera/kyocera- solar/news/?id=28 [5] https://www.lucidmanagementgroup.com/covered- walkways.cfm [6] Nilsson, J., Thorstensson, A. Ground reaction forces at different speeds of human walking and running. Act Physiologica Scandinavica. Vol 136, Issue 2, pages 217- 227, June 1989 [7] POWERleap Website: http://powerleap.net/?page_id=32 [8] Energy Floors Limited (Sustainable Dance Club Subsidiary). Sustainable Energy Floors Information Leaflet [9] http://www.theguardian.com/sustainable-business/power- generating-tiles-renewable-energy [10] http://wattnow.org/2330/pavegen-renewable-energy-from- footsteps [11] http://www.energyharvestingjournal.com/articles/heated- trousers-sustainable-walkways-new-ball-game-at-london- olympics-00004630.asp?sessionid=1 [12] http://www.engineering.com/ElectronicsDesign/ElectronicsDesignArticles/ArticleID/5879/Power-Walking-with- Energy-Floors.aspx [13] Ratanawichit Panitat, 2010. The Appropriate Walkway Towards Sustainable Transportation In The University Community : A Case Study of Kasetsart University, Bangkhen Campus.