Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

Laporan aktiviti 2021

Laporan Aktividi HEM

  • Als Erste(r) kommentieren

  • Gehören Sie zu den Ersten, denen das gefällt!

Laporan aktiviti 2021

  1. 1. Laporan Aktiviti / Peristiwa 2021 SK KAMPONG BANDAR 09100 BALING KEDAH
  2. 2. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjaya dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Program ini adalah untuk waris yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Waris yang hadir amat mengambil berat SOP yang telah ditetapkan.
  3. 3. 01-03-2021 (Isnin) seperti arahan yang diwartakan semua murid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan hadir ke sekolah untuk PdPc bersemuka. Pemandangan ini adalah ketika murid masuk pintu pagar sekolah. Berbaris mengimbas suhu dan suasana dalam kelas. Murid Pra dan Tahun 1 akan berkumpul di dewan sekolah terlebih dahulu. Guru bertugas akan mengiringi mereka ke kelas. Murid Tahun 2 terus ke kelas.
  4. 4. Pemandangan masa pulang ke rumah. Murid kelihatan amat faham tentang bahayanya COVID jika mengabaikan SOP
  5. 5. Program Susu Sekolah (PSS) dirasmikan oleh Tuan Guru Besar,En Manaf Md Daud. Setiap hari murid terlibat akan berkumpul di dewan sekolah untuk PSS dengan SOP yang ketat. Rancangan Makanan Percuma (RMT), dilaksanakan dalam kelas. Pihak pembekal akan menghantar makanan dan minuman pada waktu rehat. Peserta terlibat untuk PSS dan RMT 117 murid.
  6. 6. Ziarah cakna ini memberi fokus kepada motivasi murid - famili dan menyampaikan sedikit sumbangan hasil derma kilat warga SK Kampong Bandar. Semoga arwah bersama mereka Yang beriman dan beramal soleh.
  7. 7. Pasukan Bomba Baling hadir memberi khidmat bantu sanitasi kelas dan bilik-bilik khas di sekolah. Sekolah ini bebas covid namun atas Inisiatif rakan-rakan guru program ini diharap dapat memberi keyakinan yang lebih kepada waris dan warga SK kampong bandar. Terima kasih Team Bomba Baling.
  8. 8. Ziarah Cakna adalah program rutin SK Kampong Bandar jika terdapat murid atau waris menghadapi sesuatu dugaan. Ziarah Kali ini menyantuni murid dan waris yang difahami menghadapai masalah kesihatan (masalah jantung berlubang). JK Ziarah juga diberitahu, murid ini tinggal bersama datuk yang telah uzur. Pihak sekolah menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan(BAP) kepada waris.
  9. 9. Pemurnian data APDM dilaksanakan bagi memastikan tidak ada murid yang layak untuk sesuatu bantuan tercicir. Sasaran taklimat ini kepada semua guru kelas. Alhamdullilah, semua rakan guru memberikan komitmen tinggi dalam merealisasikan keciciran sifar ini.
  10. 10. Program pertama bersama Pengawas Sekolah & Pengawas PSS 2021. Agenda utama adalah motivasi kepada semua peserta yang hadir agar memahami peranan mereka setelah menerima tanggunjawab ini. Mejoriti peserta amat berminat dengan pemilihan ini. Perjumpaan ini diakhiri dengan edaran Borang Kebenaran Waris.
  11. 11.  Terima kasih, warga SK Kampong Bandar.  Tanpa sokongan kalian, program-program ini tidak mampu direalisasikan.  Semoga kita terus padu berganding dalam mengilhamkan kepada anak didik kita tentang “ilmu dan kesepakatan” membina kemenjadian.

×