Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Die SlideShare-Präsentation wird heruntergeladen. ×

Weitere Verwandte Inhalte

Akhlak remaja

  1. 1. Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita tentang isu yang berkaitan masalah akhlak remaja telah ditimbulkan. Remaja meragut, terlibat dadah, merempit, merogol, melepak, merokok, melawan, kurang ajar, dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira sama ada di bandar atau luar Bandar. Sikap para remaja sekarang ada yang tidak menjangkau fikiran kita. Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah akhlak remaja ini termasuklah para remaja itu sendiri, para guru, ibu bapa, masyarakat serta kerajaan. Tidak patut kita menunding jari ke arah guru-guru dengan menyatakan guru-guru gagal menterjemahkan FPK iaitu, "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berktrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyrakat dan negara." Sepatutnya setiap kes diteliti supaya punca kejadian itu dapat dikenal pasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti dibuat bagi mencari ke akar umbi faktor yang menyumbang kepada berbagai masalah akhlak remaja masa kini. Para remaja sekarang terdedah dengan pelbagai perkara di sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, kawan, keluarga dan persekitaran masyarakat adalah antara yang banyak memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang remaja itu. Ini termasuk keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar menjajah minda para remaja sekarang. Walau bagaimanapun institusi keluarga dan sahabat merupakan sumber yang paling rapat dapat mempengaruhi remaja. Institusi keluargalah bermulanya peranan ibu bapa mencorakkan kehidupan anak-anak yang dilahirkan bagai kain putih. Guru yang pertama seorang insan adalah ibu bapa dan keluarganya sendiri. Oleh itu adalah sangat penting ibu bapa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan untuk membesar dan mendidik anak-anak dengan lebih baik. Kualiti kasih sayang yang diterapkan oleh institusi kekeluargaan sejak dari awal lagi akan menghalang para remaja kita terjebak dengan gejala-gejala tidak sihat. Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para guru yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Jadi, dengan menyalahkan guru-guru gagal menterjemahkan FPK sehingga membawa kepada keruntuhan akhlak remaja adalah tidak wajar sama sekali.

×