Dokumen tersebut membahas penggunaan sistem manajemen pembelajaran (LMS) di Universitas Putra Malaysia. LMS digunakan untuk mengunduh catatan, mengakses tugas, dan melihat hasil ujian. Pelajar merasa nyaman berinteraksi dengan dosen dan teman secara online. LMS juga mudah digunakan dan memberikan manfaat bagi pelajar yang pemalu. Kajian sebelumnya menunjukkan bahwa LMS dapat meningkatkan kualitas pengajaran dan pem
12. Pengkaji mendapati tujuan penggunaan program LMS ini adalah untuk memuat turun nota yang telah disediakan oleh pensyarah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan tugasan dan untuk melihat keputusan peperiksaan mereka. Hasil daripada komen pelajar mendapati pelajar merasa selesa untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan pensyarah, pelajar dan rangkaian rakan-rakan yang telah mendaftar dengan profil mereka. Menurut penuntut yang telah ditemubual, program LMS ini juga mudah digunakan iaitu “dengan satu klik sahaja semua maklumat dapat diperolehi”. Di samping itu, ia merupakan satu kelebihan dan kebaikan kepada pelajar yang pemalu untuk berinterksi dengan pensyarah, rakan-rakan dan rangkaian yang lain hanya dengan menggunakan nama samaran.
14. Kajian yang di jalankan oleh Su Lih Teng yang bertajuk “Kemahiran Teknologi Maklumat di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM dan Hubungannya dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran” dari Univeriti Putra Malaysia mendapati E-pembelajaran telah menjadi satu kaedah pembelajaran yang popular dilaksanakan di dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, UTM telah mula melaksanakan program e-pembelajaran yang menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Moodle pada tahun 2004. Justeru tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran pada sikap terhadap e-pembelajaran di UTM.
15. Kajian oleh Ahmad Rafee Che Kassim dan rakan-rakan yang bertajuk “Aplikasi e-Pembelajaran Dalam Program Latihan di Istitusi Aminuddin Baki” telah menghuraikan aspek-aspek rekabentuk, pelaksanaan, pengurusan dan pembangunan e-Pembelajaran IAB serta langkah-langkah yang telah di laksanakan untuk melaksanakan program tersebut. Kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah Soal selidik dan melalui pemerhatian terhadap pensyarah serta peserta yang terpilih. Dapatan kajian adalah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah IAB dan kualiti sistem penyampaian IAB dimana ia telah dirancangkan dengan teliti serta mendapat sokongan semua pihak di Institut Aminuddin Baki.
17. Daripada kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran melalui web mempunyai banyak kelebihan berbanding kelemahannya. Kelebihan yang terdapat dalam pembelajaran berasaskan web merupakan bonus kepada pelajar untuk menggunakan kemudahan tersebut secara sistemetik dan efisien. Pembelajaran berasaskan web ini merupakan alternatif baru dalam menyediakan pembelajaran yang lebih bermakna dan salah satu pendekatan yang amat berpotensi ialah melalui inkuiri terbimbing. Justeru Penggunaan program LMS ini adalah sebagai suatu cara atau kaedah pembelajaran yang bertujuan untuk membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan arus globalisasi.