1. PROSEDUR TETAP PENUBUHAN PERSATUAN
(Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan)
1. Penubuhan
1.1 Mesyuarat penaja.
1.2 Surat permohonan penubuhan dari Guru Pemimpin/Penasihat Pasukan
Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan kepada
Pengetua/Guru Besar. ( Rujuk Lampiran 1 )
1.3 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat
Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan. ( Rujuk
Lampiran 2 )
1.4 Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan,
Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru
Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 3 )
1.5 Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 4 )
1.6 Surat Penurunan Kuasa daripada Pemimpin melalui Pengetua/Guru Besar
kepada Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 5 )
1.7 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 6 )
1.8 Surat permohonan menubuhkan Pasukan Pakaian Seragam kepada agensi-
agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. ( Rujuk Lampiran 7A, 7B )
2. Pelaksanaan
2.1 Perkara-perkara yang perlu ada dalam Takwim ( Rujuk Lampiran 8 )
a. Pendaftaran.
b. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.
c. Mesyuarat Agung setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/
Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.
d. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan bagi kali 1,2 ..,.
e. Rancangan aktiviti.
f. Hari Kokurikulum Sekolah.
g. Penilaian
h. Pelaporan.
2. 2.2 Contoh Bentuk Format Takwim. ( Rujuk Lampiran 9 )
2.3 Surat permohonan mengutip derma untuk Pasukan Pakaian
Seragam,Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.(Rujuk
Lampiran 10 )
2.4 Surat kelulusan mengutip derma dari Pengetua / Guru Besar dan contoh
resit derma.( Rujuk Lampiran 11 )
2.5 Surat pemberitahuan sekolah kepada ibubapa / penjaga berkaitan
penglibatan murid dalam Kokurikulum. ( Lampiran 12 )
2.6 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga ketidakhadiran murid
dalam aktiviti Kokurikulum. ( Rujuk Lampiran 13 )
3. Kandungan Fail dan Buku Pelaporan
3.1 Kandungan Fail Pasukan Pakaian Seragam, Kelab / Persatuan, Kelab
Sukan / Permainan. ( Rujuk Pengurusan Fail )
3.2 Kandungan dalam buku pelaporan . ( Rujuk Lampiran I dan J )
4. Lawatan
4.1 Prosedur-prosedur lawatan. ( Rujuk Lampiran H )
3. Contoh Surat Permohonan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan Dan Kelab Sukan/Permainan
SK Alor Pongsu, Rujukan Tuan:
34300 Bagan Serai , Rujukan Kami:
Perak Darul Ridzuan, Tarikh:
Guru Besar,
SK Alor Pongsu,
34300 Bagan Serai,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN PERGERAKAN PENGAKAP
Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, NAZARI BIN NOORDIN berdasarkan
Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
PERGERAKAN PENGAKAP SMK SAUJANA UTAMA mulai 3 hb.Januari , 2005.
2. Bersama-sama ini disertakan :
2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa .
3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………..
( )
Guru Pemimpin Pengakap,
SK Alor Pongsu,
34300 Bagan Serai,
PERAK.
s.k. PK Kokurikulum
S/U Kokurikulum
Fail Pengakap
4. SK Alor Pongsu , Rujukan Tuan:
34300 Bagan Serai, Rujukan Kami :
Perak Darul Ridzuan. Tarikh: 5 Januari 2016
Tuan,
KELULUSAN PENUBUHAN _______________________________________________
Merujuk surat tuan ............................... bertarikh 12 Disember 2004 dinyatakan bahawa
dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti
yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196,
sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan ............................................... SK
Alor Pongsu ,34300 Bagan Serai, Perak adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai
.......................................
2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………..
( TN. HJ YEOP BIN MAT )
Guru Besar Cemerlang,
SK Alor Pongsu,
34300 Bagan Serai, PERAK.
Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. GPK Kokurikulum
3. S/U Kokurikulum
4. Fail
5. SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan:
Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami:
47000 Sungai Buloh , Tarikh: 2 Januari 2005
SELANGOR.
Tuan,
PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP
Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya
oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan
bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin
Pergerakan Pengakap, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting berkuatkuasa mulai
1 hb. Januari 2005 hingga 31hb. Disember 2005.
a. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
tuan.
3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk
meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan pergerakan pengakap.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………….
( )
Pengetua,
SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3,
47000 Sungai Buloh. SELANGOR.
Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Fail Peribadi
2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
3. Fail Pengakap
6. Lampiran 4
Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Passukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/
Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri
dan kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa
ke semasa.
Contoh Surat Penurunan Kuasa
Daripada Guru Penasihat/Pemimpin Kepada Ahli Jawatankuasa
7. SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan :
Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami :
Saujana Utama, Tarikh:
47000 Sungai Buloh,
SELANGOR
Melalui dan salinan:
Pengetua,
SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3,
47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
Saudara,
SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA
Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada
saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta
Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, saudara telah dilantik sebagai Pengerusi
Pergerakan Pengakap SMK Saujana Utama, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005 hingga 31
Disember 2005.
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
saudara.
3. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk
meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………….
( )
Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,
SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3,
47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
s.k. 1. Fail Pengakap
2. Fail Guru Penasihat/Guru Pemimpin
3. S/U Kokurikulum
Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
8. 1. Pengerusi
1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan
tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa
2. Naib Pengerusi
2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
3. Setiausaha
3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru
Pemimpin.
3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
4. Penolong Setiausaha
4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.
4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
5. Bendahari
5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.
5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.
5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
6. Ahli Jawatankuasa
6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.
7. Pemeriksa Kira-Kira
7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir
tahun.
7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
9. Contoh Surat Pendaftaran Pergerakan Pengakap Sekolah
Daripada Guru Penasihat/Pemimpin Kepada Pesekutuan Pengakap Malaysia
SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan :
Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami :
47000 Sungai Buloh, Tarikh:
SELANGOR.
Pesuruhjaya
Persekutuan Pengakap Malaysia,
Daerah Kuala Selangor,
,
.
Melalui dan salinan:
Pengetua,
SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3,
47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
Tuan,
PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP SEKOLAH
Berhubung perkara tersebut diatas, bersama-sama disertakan senarai ahli-ahli Kumpulan
Pengakap SMK Saujana Utama, Kuala Selangor dan juga senarai guru-guru penasihat yang
akan mengendalikan kumpulan pengakap tersebut.
2. Semoga dengan pendaftaran tersebut pihak sekolah akan memperolehi segala berita
pengakap semasa agar dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi
Pergerakan Pengakap.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………….
( )
Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,
SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3,
47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
s.k. 1. Pengarah Pelajaran Selangor.
2. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor.
3. Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor.
4. Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
5. Fail Pengakap
10. Contoh Perkara-Perkara Yang Perlu Ada Dalam Takwim/Rancangan Pengakap
Bulan Minggu/
Tarikh
Aktiviti Catatan/
Tindakan
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Okotber
November
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Pendaftaran
Kelab/Persatuan
Pendaftaran Ahli
Suai Kenal Antara Ahli
Pengakap
Penyusunan Organisasi
Tanggungjawab Ahli
Dasar Berpengakap
Peraturan dan Undang-
Undang
Bendara
Pemakaian Lencana
Lagu Kebaangsaan
Lagu Negeri
Simpulan dan Ikatan
Pengurusan
Perjumpaan Pek/Terup
Istiadat Perlantikan
Kemahiran Berpengakap
Mesyuarat Agung
Pertolongan Cemas
Membaca Peta
Pengembaraan
Kawad Kaki
Perkhemahan Perdana
Hari Kokurikulum
Pengetua/GuruBesar/
GPK KOKO/Guru
Penasihat
11. Contoh Surat Permohonan Kebenaran Memungut Derma,
SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan :
Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami :
Saujana Utama, Tarikh :
47000 Sungai Buloh,
SELANGOR
Pengetua,
SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3,
47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
Tuan,
PERMOHONAN MEMUNGUT DERMAPERGERAKAN PENGAKAP
Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, ..................... berdasarkan Peraturan (4)
dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen
130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk memungut derma Pergerakan
Pengakap SMK Saujana Utama, Kuala Selangor mulai 1 hb.Januari , 2005.
3. Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah
pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.
3.1 Kutipan setiap minggu ialah RM ...........
3.2 Kutipan setiap bulan ialah RM 1............
3.3 Kutipan setahun ialah RM …………….
3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………..
( )
Guru Pemimpin Pengakap,
SMK Saujana Utama,
Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Pengakap
12. Lampiran 11
Contoh Surat Kelulusan Mengutip Derma,
Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda
SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan : SMKBB/7/P/2005( 15 )
Jalan Telekom 2, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(10)
42700 Banting, Tarikh : 25 Januari 2005
SELANGOR.
Encik Ramli bin Putih,
Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting,
42700 Banting,
SELANGOR.
Tuan,
KELULUSAN MEMUNGUT DERMAPERGERAKAN PENGAKAP
Merujuk surat tuan SMKBBU/7/P/2003(15) bertarikh 25 Januarri 2005 dinyatakan bahawa
dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti
yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196,
sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk memungut derma Pergerakan Pengakap
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai
1 hb. Januari 2005.
2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………..
( )
Pengetua,
SMK Bandar Banting,
42700 Banting,SELANGOR.
Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Pengakap
3. Fail Guru Penasihat/Guru Pemimpin
13. Lampiran 12
Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga,
Pengelibatan Anaknya Dalam Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda
SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan :
Jalan Telekom, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(12)
42700 Banting, Tarikh : 28 Januari 2005
SELANGOR.
Encik Putih bin Sulaiman,
No. 21, Jalan Jelawat 3,
Taman Sri Putra,
42700 Banting,
SELANGOR.
Tuan,
PENERIMAAN AHLI PERGERAKAN PENGAKAP
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2,
telah diterima menjadi ahli Pergerakan Pengakap SMK Bandar Banting, Kuala Langat dan
dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 dari
jam 9.00 hingga 11.00 pagi.
2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma
Pergerakan Pengakap Sekolah berjumlah RM 12.00 setahun. Oleh itu, pihak kami berbesar
hati jika anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari samada pembayaran
mengikut mingguan (RM 0.25), atau bulanan (RM 1.00) atau tahunan (RM 12.00) bermula dari
bulan Januari 2005.
2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak
tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………..
( )
Pengetua,
SMK Bandar Banting,
42700 Banting,SELANGOR.
Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Pengakap
3. Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap
14. Lampiran 13
Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga,
Ketidakhadiran Anaknya Dalam Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda
SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan :
Jalan Telekom 2, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(25)
42700 Banting, Tarikh : 3 Mac 2005
SELANGOR
Encik Putih bin Sulaiman,
No. 21, Jalan Jelawat 3,
Taman Sri Putra,
42700 Banting,
SELANGOR.
Tuan,
KETIDAKHADIRAN AHLI PERGERAKAN PENGAKAP
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2,
seorang ahli Pergerakan Pengakap SMK Bandar Banting, Kuala Langat telah tidak hadir
semasa latihan / perjumpaan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 hingga 11.00 pagi sepertimana
tarikh-tarikh berikut:
Tarikh: 10 Januari, 17 Januari, 8 Februari 2005
2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama pihak tuan
untuk mempastikan bahawa ketiidakhadiran anak tuan pada tarikh tersebut adalah dalam
pengetahuan tuan. Pihak kami sangat berbangga jika pihak tuan dapat berjumpa Guru
Pemimpin Pergerakan Pengakap (En. Ramli bin Putih) untuk mendapat makluman selanjutnya.
2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak
tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………..
( )
Pengetua,
SMK Bandar Banting,
42700 Banting, SELANGOR.
Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Pemimpin Pengerakan Pengakap.
3. Fail Pengakap