Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
PENDIDIKAN LUAR SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN
1. PENGENALAN
Pendidikan Luar merupakan corak pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar
bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Media utama pendidikan luar
adalah alam sekitar. Pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia
ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga
bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Ia juga bertujuan
memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar
menggalakkan pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui
penglibatan dalam kegiatan fizikal seperti berkayak, tali temali, bantu mula, keyakinan dalam
air, ikhtiar hidup, menyelam, pengurusan perkhemahan, memanjat dinding, orientasi dan
sebagainya.
Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun
dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Dengan adanya
pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan
kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta meningkatkan
tahap disiplin diri. Menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan, Pendidikan luar juga dapat
menguji semangat kerjasama secara berpasukan. Selain itu, pendidikan luar mampu
memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta
mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
DEFINISI PENDIDIKAN LUAR
Berikut adalah antara defifni Pendidikan Luar.
Pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu
untuk menjelaskan apakah yang difahamkan dengan ‘pendidikan luar’, beberapa definisi
diturunkan di bawah. Tetapi harus diawasi bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar
mengikut zaman dan wilayah.
(Brookes, 1991)
Pendidikan luar adalah satu “pendidikan dalam, untuk, dan menenai alam luar” Donaldson &
(Donaldson,1958, Outdoor Education : A definition , JOPER,29 (17),63)
Pendidikan luar merupakan satu “pendidikan ‘dalam’, ‘mengenai’ , dan ‘untuk’ alam sekitar.
(Phyllis Ford, 1986)
Pendidikan luar ialah “suatu perkara yang mempunyai perkaitan. Perkaitan tersebut mengenai
bukan sahaja sumber semula jadi , tetapi juga manusia dan masyarakat”.
(Simon Preist,1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education, 17 (3)
13)
2. Pendidikan luar merujuk kepada sekumpulan kecil mamusia yang menyertai aktiviti-aktiviti
“adventure” yang terancang di dalam suasana semula jadi dan menjadikan diri sendiri sebagai
sumber utama untuk menyelesaikan masalah.
(Neill 2003)
Pendidikan Luar merupakan “kaedah pembelajaran melalui pengalaman dengan mengaplikasikan
kesemua deria panca indera. Ia berlaku, terutamanya melalui pendedahan kepada persekitaraan
semula jadi. Dalam pendidikan luar penekanan untuk subjek yang dipelajari ke atas perkaitan
antara manusia dan sumber alam”.
(Lund 2002)
Pendidikan Luar ialah “satu fenomena pengalaman pendidikan antarabangsa yang melibatkan
manusia dalam aktiviti merbahaya bagi meningkatkan kesejahteraan individu, masyarakat dan
persekitaraan”.
(Neill 2002)
1.2.1 Pendidikan Luar Zaman Purba
Tidak dapat dipastikan bilakah pondidikan luar bermuIa. Namun menurut Slivors (1989),
pendidikan luar telah dijalankan sejak zaman kuno lagi. Ia banyak melibatkan aktiviti alam
semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi untuk mendapatkan makanan
amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia. Manusia di zaman purba perlu
memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan. Mereka tinggal di gua dan kemudian
menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman
purba dilatih awal lagi untuk membina kehidupan mengikut zaman ilu. Corak latihan zaman
purba adalah dalam bentuk memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan
memasak merupakan permulaan pendidikan luar.
1.2.2 Pendidikan Luar Era Moden
Pada Tahun 1907, Lord Badon Povell yang merupakan pengasas pergerakan pengakap
dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu, beliau telah
menganjurkan banyak program pendidikan luar. Di peringkat awal, program pendidikan
luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam
persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga, program pendidikan luar
dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri.
Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya kebelakangan ini,
manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi. Pendidikan wujud sejak manusia
3. dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini. Sejarah
sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi dengan
alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah. Tamadun
barat mendokumentasikan permulaan pendidikan luar secara formal pada awal tahun 60an
dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neill (2004) yang kemudiannya
bercambah melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor Leadership School pada
tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound, Project Adventure dan NOLS menjadi 3
badan utama dalam pendidikan luar di Amerika hingga kini. Di Malaysia, pendidikan luar secara
tidak formal bermula dengan aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang
mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung
dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih yang menuntut di Maktab Perguruan Ilmu
Khas sejak tahun 60an lagi. Dengan tertubuhnya program Pengajian Ijazah Pendidikan
(Pendidikan Jasmani) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979, pendidikan luar menjadi
satu mata pelajaran formal secara rasmi. Kini hanya dua buah institusi pengajian tinggi sahaja
manawarkan kursus formal pendidikan luar dalam program pengajiannya iaitu Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia. Aktiviti pendidikan luar sudah pun
diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan jasmani sekolah tetapi ia hanya bercorakkan aktiviti
luar ke arah rekreasi.
Matlamat Pendidikan Luar
Seperti definisinya yang berbagai, matlamat pendidikan luar juga pelbagai rupa. Priest dan Gass
(1997) menyenaraikan empat program untuk mencapai tujuan seperti berikut mengikut hairaki
kepentingannya;
Program untuk :
i. Rekreasi bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat matlamatnya ialah
kesenggangan, keseraokan dan bersuka ria.
ii. Penddidikan betujuan untuk mengubah cara manusia berfikir dan merasai nikmat :
dimana matlamatnya ialah untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan.
iii. Pertumbuhan bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir dan
bertindak. Matlamatnya ialah untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan diri sendiri
dan menghasilkan “self esteem”.
iv. Pemulihan/Mengubah Panduan bertujuan mengubah cara manusia merasai nikmat,
berfikir, bertindak dan menentang.
Kepada empat matlamat yang diajukan oleh Priest dan Gass, Neill (2003) bercadang menambah
3 lagi program ke arah matlamat memupuk ;
4. Kemasyarakatan
Perhubungan/Kekeluargaan
Ekosistem
Rohaniah
Kerapkali program pendidikan luar mempunyai hasrat untuk perkembangan diri, terutamanya
peningkatan kemahiran hidup individu dan keupayaan menghadapi cabaran hidup moden.
Memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran alam sektiar dan
“adventure” boleh juga menjadi matlamat kepada pelajar untuk mengalami hidup di alam luar.
Kemungkinan besar, tujuan umum program pendidiakn luar merupakan “perkembangan
individu” - matlamat tersebut untuk meransang :
Keyakinan diri
Kesedaran terhadap diri
“team work” tanggungjawab kumpulan
Kemahiran sosial / interpersonal skills
Sikap dan
Motivasi
Program pendidikan luar juga tidak ketinggalan dapat meningkat serta memberi input dan
meransang :
Kemajuan akademik
Semangat kemasyarakatan dan
Kebaikan persekitaran
Selain itu banyak kelebihan yang dapat diperoleh daripada Program Pendidikan Luar, antaranya;
Memberi peluang pembelajaran,
Memberi cabaran kapada peserta,
Mendedahkan peserta kepada ilmu menangani bahaya dan risiko
Memberi peluang memimpin
Melatih diri berdikari
Belajar berinteraksi antara individu
Mengenali, serta menghargai alam sekitar
Mendekatkan diri peserta dengan tuhan
5. JUSTIFIKASI AKTIVITI
Aktiviti Kembara
Peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih peserta
supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan-
latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi kuat dari segi emosi, jasmani dan zikal.
Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terdapat dalam program pendidikan luar,
peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali serta mengamati jenis-jenis flora dan
fauna yang terdapat di alam semula jadi.
Kembara boleh membentuk pemikiran pelajar secara kreatif dan kritis. Apabila peserta
berinteraksi dengan alam semula jadi pemikiran, mereka akan terangsang untuk menjadi lebih
kreatif. Sepanjang pengembaraan pelajar boleh diminta menulis secara kreatif seperti
membuat catatan perjalanan, sajak ataupun pantun. Pelajar yang berkiran kritis pula akan
merasa tercabar dengan penemuan-penemuan baru yang dilihat dan diperhatikan di
sepanjang aktiviti. Penganjur boleh menyediakan masalah yang membolehkan peserta
mengamalkan kemahiran berfikir.
Aktiviti kembara dapat menyemai nilai-nilai murni seperti:
Bekerjasama antara ahli kumpulan,
Bersyukur dengan kebesaran Tuhan,
Memelihara alam sekitar,
Berdisiplin,
Berdikari,
Bekerjasama,
Menepati masa,
Sabar,
Cinlakan negara,
Bersikap positif,
Kepimpinan,
Setia, dan
Kreatif.
Aktiviti membaca peta dan kompas
Peserta dapat menganalisa dan mengkaji secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu
kawasan. Jurulatih yang mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur batuan
seperti jenis batuan setempat, dapat menerangkan kepada peserta tentang mineral yang
terdapat di sesuatu kawasan. Dalam aktiviti kembara, aplikasi pendidikan matematik
seperti mengira menggunakan kos, sin dan tangen boleh digunakan dalam aktiviti
6. mengukur atau mengagak ketinggian. Banyak lagi disiplin ilmu yang boleh diaplikasikan
dalam satu program pendidikan luar.
Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti. Antara aspek perlu dikirkan oleh perancang
kurikulum pendidikan luar ialah:
Aspek Kognitif
Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berkir serta
menginterpretasi. Dengan kata lain, pembangunan kognitif melibatkan penjanaan pemikiran
yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan
pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar membolehkan pelaksanaan
pendidikan luar dengan berkesan. Contohnya, sebeIum mengikuti pendidikan luar pelajar
perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi
teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik pelaksanaan membawa
kepada pelaksanaan yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin
pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah
dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan zikal tetapi
juga kekuatan kognitif. Dengan kata lain, pendidikan luar bukan sahaja memberi latihan
zikal tetapi juga unsur kemahiran berkir seperti penyelesaian masalah, pemahaman,
penilaian dan kreativiti.
Aspek kemahiran psikomotor
Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu
dipamerkan. Ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya
tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Antara aspek
kemahiran psikomotor yang perlu difokuskan dalam pendidikan luar ialah:
Imej tubuh;
Kawalan objek;
Orientasi spatial (ruang);
Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor;
Perkembangan kemahiran; dan
Kecergasan.
Aspek afektif
Matlamat utama yang diingini dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada umumnya
tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu
melibatkan sikap, emosi, aspirasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial
pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar
7. memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan
yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.
Pendidikan luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf
sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang dengan berguna,
memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta
bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti zikal. Aktiviti pendidikan luar akan
membentuk emosi yang stabil. Contohnya, dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan
membentuk persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri.
Pendidikan luar dapat membantu pembangunan sosial. Ia membantu individu menyesuaikan
diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur,
pendidikan luar berperanan sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.
Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara kaum.
Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang sihat
serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan perselisihan faham. Penyertaan pelajar
dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan
mewujudkan perpaduan sesama mereka.
Aspek Sosial
Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif iaitu: berhubung, berkomunikasi,
melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakimi, memulakan dan menukar. Dalam proses
pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia mempelajari tentang alam semula jadi dan
menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan daripada aspek
pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan luar perlu berpaksikan ketuhanan (terdiri daripada
kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat), kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan,
nilai-nilai murni dan sahsiah) dan kenegaraan (mengenali negara, semangat cintakan negara).
Dalam pendidikan luar pembentukan individu merupakan perkara penting dan tidak boleh
ditinggalkan. Individu yang terbentuk dari pendidikan luar akan lebih mantap dari aspek
mental, zikal, emosi, kemahiran dan sosial. Pembentukan individu yang mantap merupakan
asas kepada pembentukan masyarakat dan negara.
Tujuan Pendidikan Luar
Tujuan pondidikan Iuar borganlung kopada kolondak ponganjur. Tujuan pendidikan luar
perlu menjawab persoalan: Apakah kehendak dan keperluan pondidikan Iuar dianjurkan`
Tordapal boborapa kalogori konapa pondidikan Iuar diadakan. Di antara kategorinya ialah:
8. (a) Pendidikan luar yang bertujuan membina ketahanan zikal. Pendidikan luar ini dilaksanakan
bagi melihat keupayaan zikal pesertanya. Peserta dapat membina kekuatan motor serta
kemahiran dalam aktiviti zikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh
badan-badan atau persatuan-persatuan pendidikan luar di peringkat daerah atau negeri.
(b) Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu pengetahuan
dan membentuk disiplin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan bercorak ini peserta
kursus akan didedahkan kepada ilmu perkhemahan, disiplin dan cara menghormati
uniform. Pendidikan luar ini dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap,
Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
(c) Pendidikan luar yang bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisional di
kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak bosan dan boleh
berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar dapat berinteraksi dengan bahan dan
keadaan sebenar, contohnya pendidikan luar bagi subjek geogra. Pendidikan luar ini lebih
tertumpu kepada aktiviti akademi.
(d) Pendidikan luar yang digunakan untuk membentuk perpaduan. Ia lebih bertumpu
kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu dianjurkan oleh badan-
badan belia dan perpaduan.
(e) Pendidikan luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar.
Dalam setiap aktiviti pendidikan luar, pelajar akan dipimpin. Ini memupuk dan
merangsang sifat kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar ini
adalah tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinan mereka.
(f) Pendidikan luar yang meneguhkan kepercayaan terhadap kewujudan pencipta alam.
Pemerhatian keindahan serta sifat alam semula jadi akan meneguhkan kepercayaan serta
rasa kesyukuran terhadap pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-
persatuan agama.
(g) Pendidikan luar yang dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi. Peserta dapat
mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti zikal yang mencabar. Aktiviti ini
dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada suasana lapang dan bebas.
(h) Pendidikan luar yang merangsang pembentukan sahsiah yang baik di kalangan pelajar.
Pelajar ditanam dengan nilai-nilai terpuji. Pendidikan luar ini bertujuan untuk menanam sifat-
sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.
9. Sejarah
BormuIa daripada 198Oan, lordapal porubalan daIam aklivili pondidikan Iuar. Disiplin
pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan zikal saja tetapi telah diluaskan
kepada elemen kognitif dan afektif. Unsur-unsur nilai-nilai murni serta pembangunan sahsiah
mula diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti pendidikan luar. Penganjur pendidikan
luar bukan lagi terdiri daripada persatuan beruniform malah persatuan-persatuan akademik
seperti persatuan matematik, persatuan sains, persatuan agama Islam dan lain-lain lagi.
BormuIa lalun 199Oan program pondidikan Iuar muIa dikomorsiaIkan socara meluas.
Kewujudan konsep adventure travel dan eco pelancongan telah merancakkan lagi industri
pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan program pendidikan luar masa cuti atau kem
motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta. Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh
membantu menyembuhkan penyakit, dewasa ini pendidikan luar digunakan dalam industri
kesihatan.
Di inslilul porguruan pada lalun 1993, somua Guru IoIalil Kursus Iorguruan Asas (KPA)
dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah (KPLI) diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar
(PPL). Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan Luar khusus
untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan.
Irogram lorsobul loIal dilonlikan pada lalun 1996. Guru poIalil yang mengambil
pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar.
Bagi pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
major atau minor Pendidikan Jasmani, Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian
daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Semua guru pelatih major dan minor
Pendidikan Jasmani dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program tersebut
mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum
Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.
Namun pada lalun 2OO1, program bina insan guru loIal muIa diporkonaIkan di institusi
perguruan. Program ini yang wajib disertai oleh Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan
dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah.
1.3 AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR
Aspek utama yang perlu diperhatikan dengan serius dalam aktiviti pendidikan luar adalah
aspek keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu di rancang dan dilaksanakan mengikut
kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan, peralatan dan
kepakaran. Secara keseluruhan aktiviti pendidikan luar perlu dirancang dan dilaksanakan
berdasarkan objektif, tujuan dan konsep pendidikan luar.
10. Secara amnya, terdapat dua aktiviti pendidikan luar yang dilakukan - aktiviti air dan aktiviti
darat:
Aktiviti Air
Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang dilakukan sama ada di
sungai, tasik dan laut seperti:
- Berkayak
- Snorkelling
- Berakit
- Keselamatan air
Aktiviti Darat
Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung atau di atas
gunung. Antara aktiviti darat ialah:
- Perkhemahan;
- Kajian alam sekitar;
- Abseiling;
- Troking ,
- Perkhemahan solo;
- Membina istana pasir;
- Aktiviti berjalan berhalangan; dan
- Orienteering.
RUMUSAN
Pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai
kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan
pendidikan (psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. Untuk mencapai
objektif yang tersurat dan tersirat, pendidikan luar menggunakan sumber luar bilik darjah.
Alam semulajadi bertindak memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu.
Pendidikan luar meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologi serta
penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar
11. membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup
yang sihat. Pendidikan luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa
lapang dengan bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi.
Rujukan
AbduI AIim AbduI Ralim. (1992). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
ModuI Bina Insan Guru. (2OOO). Balagian Iondidikan Guru Komonlorian
Pendidikan Malaysia.
ModuI Iondidikan Iuar. (1993). Balagian Iondidikan Guru Komonlorian
Pendidikan Malaysia.
IlyIIis Iord. (1981). Principles and practices of outdoor/environmental education.
Nov York: WiIoy.
C. A. Iovis. (1975). The administration of outdoor education programs. Dubuque, IA:
Kendall-Hunt.
D. R. Hammorman, W. M. Hammorman, & L. I. Hammorman. (1985). Teaching in
the outdoors. Danville, IL: Interstate.
Simon Iriosl. (1986). Redening outdoor education, journal of environmental
education, 17(3): 13.
Maznal Hassan. Iorsopsi Guru IoIalil KDIM Torladap IorIaksanaan Irogram
Pendidikan Luar.