SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Pengenalan
Jurnal tulisan Muhammed Sharif Mustaffa dan Nur Diyana Abd Rahim menerangkan
tentang “Kesan Psikologi Dan Bentuk Sokongan Anak Deraan Seksual”. Objektif
kajian adalah mengkaji kesan psikologi yang dialami oleh anak deraan seksual, cara
penyesuaian diri yang dilakukan oleh anak deraan seksual dan bentuk sokongan yang
diperolehi oleh anak deraan seksual. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji telah
menjalankan kaedah temu bual ke atas lima orang responden yang terdiri daripada
anak-anak deraan seksual yang berada di Taman Sinar Harapan Jubli Johor Bharu.
Kajian ini dianggap penting kerana penderaan seksual di kalangan

kanak-kanak

semakin meningkat dan ia menjadi salah satu masalah sosial yang sangat
membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Justeru itu, ia meninggalkan kesan yang
amat mendalam kepada individu yang terlibat dalam kes penderaan seksual ini. Oleh
yang demikian, insiden penderaan seksual kanak-kanak ini perlu diberi perhatian yang
serius dari pelbagai pihak. Pengalaman penderaan seksual memberi kesan terhadap
fungsi utama manusia iaitu kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku. Gangguan
pemikiran dan pembentukan persepsi negatif seperti kritik diri, rasa tidak berdaya, rasa
tiada harapan dan menyalahkan diri adalah antara kesan pemikiran yang dialami oleh
mangsa. Kesan-kesan psikologi yang dialami pula meliputi tekanan atau stres,
kemurungan dan juga trauma. kesan-kesan psikologi, cara penyesuaian dan juga
bentuk-bentuk sokongan merupakan elemen penting yang perlu dilihat dan juga dikaji
terhadap mangsa yang mengalami kejadian ini. Tambahan pula di Malaysia kurang
kajian yang dijalankan yang menjurus ke arah isu penderaan seksual kanak-kanak
maka dengan itu pengkaji berasa terdorong untuk menjalankan kajian ke atas isu ini
dan pengkaji berpendapat bahawa adalah wajar jika permasalahan ini dapat
diketengahkan agar semua pihak dapat memberikan perhatian dan secara tidak
langsung memperoleh pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

1
Perbincangan

Jurnal ini mengkaji kesan psikologi, cara penyesuaian diri dan bentuk sokongan yang
dilakukan oleh anak deraan seksual. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
Hubungan mangsa dan pendera adalah dalam pelbagai hubungan. Namun majoriti
mangsa dan pendera mempunyai hubungan kekeluargaan. Dua orang mangsa didera
secara seksual oleh ayah kandung, seorang oleh ayah tiri, seorang oleh abang
kandung dan seorang bapa saudara. Turutan kedudukan mangsa dalam keluarga pula
menunjukkan majoriti mangsa adalah anak sulung, seorang anak kedua dan seorang
anak bongsu. Berdasarkan kepada dapatan kajian berkenaan item tekanan yang
dialami oleh mangsa penderaan seksual di atas menunjukkan kelima-lima subjek
(responden) berhadapan dengan situasi yang tertekan semasa berhadapan dengan
situasi tersebut. Manakala dari item kemurungan yang dialami oleh mangsa penderaan
seksual di atas menunjukkan kelima-lima responden berhadapan dengan situasi
kemurungan sewaktu peristiwa itu berlaku ke atas diri mereka. Hal tersebut dibuktikan
melalui penjelasan yang diberi bahawa mereka mengalami gangguan emosi dan sering
terjaga semasa tidur. Selain itu responden turut menyatakan rasa bersalah terhadap diri
sendiri dan menyatakan rasa malu apabila kehidupannya telah musnah dalam sekelip
mata. Berdasarkan kepada dapatan kajian berkenaan item trauma yang dialami oleh
mangsa penderaan seksual, responden menyatakan tidak mahu bergaul dengan orang
lain dan ingin mengasingkan terus dirinya daripada masyarakat sekeliling. Manakala
sebahagian dari mereka merasakan dirinya akan terancam jika memberitahu perkara
sebenar kepada orang lain. Mereka juga kerap mengingati peristiwa itu berulang-ulang
kali sehinggakan membawa kepada mimpi yang boleh mengganggu kehidupan mereka.
Daripada pemerhatian pengkaji mendapati trauma yang dialami oleh subjek
(responden) boleh diklasifikasikan berada di tahap yang agak kritikal kerana ada di
antara mangsa yang berasa terancam jika berhadapan dengan individu yang berlainan
jantina dan jika mangsa memberitahu perkara sebenar yang terjadi ke atas dirinya
kepada orang lain.

2
Kritikan dan Penambahbaikan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penulis dalam kajiannya, dapat kita lihat
bahawa fenomena penderaan seksual ke atas kanak-kanak semakin membimbangkan.
Penderaan seksual kanak-kanak merupakan satu gejala yang menimbulkan pelbagai
reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di
media massa atau setiap kali seseorang kanak-kanak yang menjadi mangsa. Isu
penderaan seksual ini juga sering dianggap sebagai persoalan yang hangat dan
menimbulkan pelbagai cabaran kritikal dalam masyarakat moden hari ini. Kerajaan
Malaysia amat menitikberatkan pembangunan minda kanak-kanak terutama dalam
bidang pendidikan yang secukupnya berserta wawasan demi agama, bangsa dan
negara. Malangnya, dalam memperkayakan persekitaran yang kondusif untuk
tumbesaran kanak-kanak di negara ini, masih lagi terdapat kes-kes penderaan seksual
kanak-kanak. Di bawah Akta 611, penderaan telah didefinisikan oleh seksyen 17(2)
seperti berikut: seorang kanak-kanak-dicederakan dari segi fizikal jika ada kecederaan
yang substantial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu
akibat pengenaan kekerasan atau agen yang bukan tidak sengaja kepada tubuh kanakkanak itu. teraniaya dari segi seks jika dia telah mengambil bahagian, sama ada
sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi
maksud apa-apa bahan sama ada fotograf, rakaman, filem, pita video atau
persembahan yang berunsur pornografi, lucah atau sumbang; atau eksploitasi seks
oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Oleh
yang demikian, peranan masyarakat amat diperlukan bagi membendung masalah ini.
Bagi masyarakat setempat, sungguhpun mereka tidak mempunyai tanggungjawab
undang-undang untuk melaporkan perlakuan penderaan seksual terhadap kanak-kanak
yang berlaku di persekitaran mereka, tidak salah jika dikatakan mereka ini mempunyai
tanggung jawab moral untuk berbuat demikian. Bagi profesion perubatan tanggung
jawab yang dikenakan adalah tanggung jawab undang-undang. Ini bermakna setiap
pegawai perubatan mempunyai obligasi untuk memaklumkan kes-kes penderaan sama
ada penderaan secara seksual atau tidak kepada pihak yang berkenaan (seksyen 27,
28, 29 Akta 611). Kegagalan mereka untuk berbuat sedemikian akan membolehkan
mereka didakwa dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Akta
3
611 bahagian 45 Seksyen 27. Selain pegawai atau pengamal perubatan, anggota
keluarga juga dikenakan tugas dari segi undang-undang untuk melaporkan kepada
pihak berkuasa jika mereka mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak itu telah
didera.

Kesimpulan
Penderaan seksual di kalangan kanak-kanak bukanlah masalah yang boleh dianggap
mudah. Ia merupakan satu masalah sosial yang perlu diambil tindakan segera dan
proaktif. Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting dan mereka harus
dijaga dan dididik agar mampu menjadi pelapis kepada kepimpinan negara di masa
hadapan. Ibu bapa dan setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam usaha
memupuk generasi muda yang berhemah tinggi, berketerampilan dan berdaya saing.
Justeru itu, adalah perlu untuk kita semua menyedari betapa pentingnya untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya masalah penderaan
yang dilakukan kebanyakannya oleh golongan dewasa yang telah diamanahkan untuk
menjaga anak-anak. Anak-anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya
dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk mereka mengikut acuan yang
mereka kehendaki.

4

More Related Content

What's hot

Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrennersmk changlun
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINFathmalyn Abdullah
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahyulin_eunice
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalanidurai59
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Asimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiAsimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiwmm9656
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiPuworkUtara OnSlideshare
 

What's hot (20)

Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Teori erikson
Teori eriksonTeori erikson
Teori erikson
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guruProfesionalisme guru
Profesionalisme guru
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalah
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
TEORI KOGNITIVISME
TEORI KOGNITIVISMETEORI KOGNITIVISME
TEORI KOGNITIVISME
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Asimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiAsimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasi
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
Teori perkembangan sosial
Teori perkembangan sosialTeori perkembangan sosial
Teori perkembangan sosial
 

Similar to contoh Kritikan jurnal

MENGATASI_Perilaku_Sex_Menyimpang_Sebaga.pptx
MENGATASI_Perilaku_Sex_Menyimpang_Sebaga.pptxMENGATASI_Perilaku_Sex_Menyimpang_Sebaga.pptx
MENGATASI_Perilaku_Sex_Menyimpang_Sebaga.pptxDESIWILDAYANI1
 
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksualsakuramochi
 
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Eyda Fareeda
 
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Eyda Fareeda
 
Handout Science Class Kriminologi 2020
Handout Science Class Kriminologi 2020Handout Science Class Kriminologi 2020
Handout Science Class Kriminologi 2020MohammadAnandaRezaKu
 
Kekerasan terhadap anak jalanan
Kekerasan terhadap anak jalananKekerasan terhadap anak jalanan
Kekerasan terhadap anak jalananLRIndriyani
 
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakPerlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakTrini Handayani
 
Peran dan Batasan Pekerja Sosial dalam Perlindungan Anak - PPA.pdf
Peran dan Batasan Pekerja Sosial dalam Perlindungan Anak - PPA.pdfPeran dan Batasan Pekerja Sosial dalam Perlindungan Anak - PPA.pdf
Peran dan Batasan Pekerja Sosial dalam Perlindungan Anak - PPA.pdfIsmailAlmariza1
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
9_Kondisi Sosial Ekonomi dan Kekerasan Seksual pada Anak
9_Kondisi Sosial Ekonomi dan Kekerasan Seksual pada Anak9_Kondisi Sosial Ekonomi dan Kekerasan Seksual pada Anak
9_Kondisi Sosial Ekonomi dan Kekerasan Seksual pada Anaksakuramochi
 
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikanLaporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikanDevyta Upan Ipin
 
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikanLaporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikanDevyta Upan Ipin
 
Makalah Pedofilia
Makalah PedofiliaMakalah Pedofilia
Makalah Pedofiliaalfaii
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Ahmad Fahmi
 
Tindakan yang diambil
Tindakan yang diambilTindakan yang diambil
Tindakan yang diambilSitiNajihah21
 
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdfFAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdfdadangfirdiyanto
 

Similar to contoh Kritikan jurnal (20)

MENGATASI_Perilaku_Sex_Menyimpang_Sebaga.pptx
MENGATASI_Perilaku_Sex_Menyimpang_Sebaga.pptxMENGATASI_Perilaku_Sex_Menyimpang_Sebaga.pptx
MENGATASI_Perilaku_Sex_Menyimpang_Sebaga.pptx
 
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
 
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
 
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
 
Handout Science Class Kriminologi 2020
Handout Science Class Kriminologi 2020Handout Science Class Kriminologi 2020
Handout Science Class Kriminologi 2020
 
Kekerasan terhadap anak jalanan
Kekerasan terhadap anak jalananKekerasan terhadap anak jalanan
Kekerasan terhadap anak jalanan
 
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakPerlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
 
Peran dan Batasan Pekerja Sosial dalam Perlindungan Anak - PPA.pdf
Peran dan Batasan Pekerja Sosial dalam Perlindungan Anak - PPA.pdfPeran dan Batasan Pekerja Sosial dalam Perlindungan Anak - PPA.pdf
Peran dan Batasan Pekerja Sosial dalam Perlindungan Anak - PPA.pdf
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
9_Kondisi Sosial Ekonomi dan Kekerasan Seksual pada Anak
9_Kondisi Sosial Ekonomi dan Kekerasan Seksual pada Anak9_Kondisi Sosial Ekonomi dan Kekerasan Seksual pada Anak
9_Kondisi Sosial Ekonomi dan Kekerasan Seksual pada Anak
 
1 nota
1 nota1 nota
1 nota
 
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikanLaporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
 
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikanLaporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
 
Makalah Pedofilia
Makalah PedofiliaMakalah Pedofilia
Makalah Pedofilia
 
Kekerasan
KekerasanKekerasan
Kekerasan
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
Tindakan yang diambil
Tindakan yang diambilTindakan yang diambil
Tindakan yang diambil
 
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdfFAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
 
Ringkasan
RingkasanRingkasan
Ringkasan
 

contoh Kritikan jurnal

  • 1. Pengenalan Jurnal tulisan Muhammed Sharif Mustaffa dan Nur Diyana Abd Rahim menerangkan tentang “Kesan Psikologi Dan Bentuk Sokongan Anak Deraan Seksual”. Objektif kajian adalah mengkaji kesan psikologi yang dialami oleh anak deraan seksual, cara penyesuaian diri yang dilakukan oleh anak deraan seksual dan bentuk sokongan yang diperolehi oleh anak deraan seksual. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji telah menjalankan kaedah temu bual ke atas lima orang responden yang terdiri daripada anak-anak deraan seksual yang berada di Taman Sinar Harapan Jubli Johor Bharu. Kajian ini dianggap penting kerana penderaan seksual di kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan ia menjadi salah satu masalah sosial yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Justeru itu, ia meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada individu yang terlibat dalam kes penderaan seksual ini. Oleh yang demikian, insiden penderaan seksual kanak-kanak ini perlu diberi perhatian yang serius dari pelbagai pihak. Pengalaman penderaan seksual memberi kesan terhadap fungsi utama manusia iaitu kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku. Gangguan pemikiran dan pembentukan persepsi negatif seperti kritik diri, rasa tidak berdaya, rasa tiada harapan dan menyalahkan diri adalah antara kesan pemikiran yang dialami oleh mangsa. Kesan-kesan psikologi yang dialami pula meliputi tekanan atau stres, kemurungan dan juga trauma. kesan-kesan psikologi, cara penyesuaian dan juga bentuk-bentuk sokongan merupakan elemen penting yang perlu dilihat dan juga dikaji terhadap mangsa yang mengalami kejadian ini. Tambahan pula di Malaysia kurang kajian yang dijalankan yang menjurus ke arah isu penderaan seksual kanak-kanak maka dengan itu pengkaji berasa terdorong untuk menjalankan kajian ke atas isu ini dan pengkaji berpendapat bahawa adalah wajar jika permasalahan ini dapat diketengahkan agar semua pihak dapat memberikan perhatian dan secara tidak langsung memperoleh pengajaran daripada apa yang telah berlaku. 1
  • 2. Perbincangan Jurnal ini mengkaji kesan psikologi, cara penyesuaian diri dan bentuk sokongan yang dilakukan oleh anak deraan seksual. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Hubungan mangsa dan pendera adalah dalam pelbagai hubungan. Namun majoriti mangsa dan pendera mempunyai hubungan kekeluargaan. Dua orang mangsa didera secara seksual oleh ayah kandung, seorang oleh ayah tiri, seorang oleh abang kandung dan seorang bapa saudara. Turutan kedudukan mangsa dalam keluarga pula menunjukkan majoriti mangsa adalah anak sulung, seorang anak kedua dan seorang anak bongsu. Berdasarkan kepada dapatan kajian berkenaan item tekanan yang dialami oleh mangsa penderaan seksual di atas menunjukkan kelima-lima subjek (responden) berhadapan dengan situasi yang tertekan semasa berhadapan dengan situasi tersebut. Manakala dari item kemurungan yang dialami oleh mangsa penderaan seksual di atas menunjukkan kelima-lima responden berhadapan dengan situasi kemurungan sewaktu peristiwa itu berlaku ke atas diri mereka. Hal tersebut dibuktikan melalui penjelasan yang diberi bahawa mereka mengalami gangguan emosi dan sering terjaga semasa tidur. Selain itu responden turut menyatakan rasa bersalah terhadap diri sendiri dan menyatakan rasa malu apabila kehidupannya telah musnah dalam sekelip mata. Berdasarkan kepada dapatan kajian berkenaan item trauma yang dialami oleh mangsa penderaan seksual, responden menyatakan tidak mahu bergaul dengan orang lain dan ingin mengasingkan terus dirinya daripada masyarakat sekeliling. Manakala sebahagian dari mereka merasakan dirinya akan terancam jika memberitahu perkara sebenar kepada orang lain. Mereka juga kerap mengingati peristiwa itu berulang-ulang kali sehinggakan membawa kepada mimpi yang boleh mengganggu kehidupan mereka. Daripada pemerhatian pengkaji mendapati trauma yang dialami oleh subjek (responden) boleh diklasifikasikan berada di tahap yang agak kritikal kerana ada di antara mangsa yang berasa terancam jika berhadapan dengan individu yang berlainan jantina dan jika mangsa memberitahu perkara sebenar yang terjadi ke atas dirinya kepada orang lain. 2
  • 3. Kritikan dan Penambahbaikan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penulis dalam kajiannya, dapat kita lihat bahawa fenomena penderaan seksual ke atas kanak-kanak semakin membimbangkan. Penderaan seksual kanak-kanak merupakan satu gejala yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang kanak-kanak yang menjadi mangsa. Isu penderaan seksual ini juga sering dianggap sebagai persoalan yang hangat dan menimbulkan pelbagai cabaran kritikal dalam masyarakat moden hari ini. Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan pembangunan minda kanak-kanak terutama dalam bidang pendidikan yang secukupnya berserta wawasan demi agama, bangsa dan negara. Malangnya, dalam memperkayakan persekitaran yang kondusif untuk tumbesaran kanak-kanak di negara ini, masih lagi terdapat kes-kes penderaan seksual kanak-kanak. Di bawah Akta 611, penderaan telah didefinisikan oleh seksyen 17(2) seperti berikut: seorang kanak-kanak-dicederakan dari segi fizikal jika ada kecederaan yang substantial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat pengenaan kekerasan atau agen yang bukan tidak sengaja kepada tubuh kanakkanak itu. teraniaya dari segi seks jika dia telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi maksud apa-apa bahan sama ada fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang berunsur pornografi, lucah atau sumbang; atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Oleh yang demikian, peranan masyarakat amat diperlukan bagi membendung masalah ini. Bagi masyarakat setempat, sungguhpun mereka tidak mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk melaporkan perlakuan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku di persekitaran mereka, tidak salah jika dikatakan mereka ini mempunyai tanggung jawab moral untuk berbuat demikian. Bagi profesion perubatan tanggung jawab yang dikenakan adalah tanggung jawab undang-undang. Ini bermakna setiap pegawai perubatan mempunyai obligasi untuk memaklumkan kes-kes penderaan sama ada penderaan secara seksual atau tidak kepada pihak yang berkenaan (seksyen 27, 28, 29 Akta 611). Kegagalan mereka untuk berbuat sedemikian akan membolehkan mereka didakwa dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Akta 3
  • 4. 611 bahagian 45 Seksyen 27. Selain pegawai atau pengamal perubatan, anggota keluarga juga dikenakan tugas dari segi undang-undang untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak itu telah didera. Kesimpulan Penderaan seksual di kalangan kanak-kanak bukanlah masalah yang boleh dianggap mudah. Ia merupakan satu masalah sosial yang perlu diambil tindakan segera dan proaktif. Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting dan mereka harus dijaga dan dididik agar mampu menjadi pelapis kepada kepimpinan negara di masa hadapan. Ibu bapa dan setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam usaha memupuk generasi muda yang berhemah tinggi, berketerampilan dan berdaya saing. Justeru itu, adalah perlu untuk kita semua menyedari betapa pentingnya untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya masalah penderaan yang dilakukan kebanyakannya oleh golongan dewasa yang telah diamanahkan untuk menjaga anak-anak. Anak-anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk mereka mengikut acuan yang mereka kehendaki. 4