SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 32
Downloaden Sie, um offline zu lesen
1
NAMA: YUSNITA BINTI ALWI
SEKOLAH: SMK TAMAN EHSAN, KEPONG
TAJUK: KAEDAH 3T: TONTON, TANYA, TULIS
Kandungan adalah hak milik penulis/pemilik kajian
2
PENGENALAN
Pada tahun 2015, saya ditugas mengajarkan Bahasa Melayu Tingkatan 3 Fitrah
(41 orang murid) dan Tingkatan 3 Jujur (40 orang murid). Menjadi kelaziman saya, bagi
mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu mereka, saya memberi Latihan
Pengenalan yang merangkumi latihan bina ayat, memindahkan maklumat dan menulis
esei pendek. Berdasarkan jawapan-jawapan yang diberikan, saya mendapati 7/41 murid
Tingkatan 3 Fitrah mampu menguasai bahasa Melayu pada tahap sederhana, manakala
yang lain pada peringkat lemah. Tingkatan 3 Jujur pula hanya 1/40 murid mampu
menguasai bahasa Melayu pada tahap sederhana berbanding yang lain pada tahap
lemah.
Saya merujuk kepada keputusan Pentaksiran Akhir Tahun 2014, semasa murid-
murid ini berada di tingkatan dua untuk lebih memahami tahap penguasaan mereka.
Saya berfikir adakah kemungkinan Latihan Pengenalan yang saya berikan terlalu sukar
hingga mereka tidak mampu menjawab. Rupa-rupanya, cabaran saya pada tahun ini
agak berat juga kerana data yang diperoleh menafikan andaian saya. Bahkan yang lebih
memeranjatkan saya apabila melihat keputusan penutur jati bahasa Melayu sendiripun
tidak menunjukkan keputusan yang baik. Berikut adalah keputusan pentaksiran akhir
2014 murid-murid saya yang saya sayangi :
Tingkatan
3 Fitrah 3 Jujur
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Tahap sederhana 7 / 41 1 / 40
Tahap lemah 34 / 41 39 / 40
KAEDAH 3 T : TONTON TANYA TULIS
3
Saya mempunyai kemahiran dalam membina site yang ditempatkan di VLE FROG
dan saya mempunyai pengalaman mengaplikasikan VLE FROG semasa menjalankan PdP
pada tahun 2014. Namun, pada peringkat permulaannya saya tidak menggunakan site-
site yang saya buat secara berfokus. Saya membuat keputusan untuk menggunakan
kemahiran IT ini untuk mengatasi cabaran saya pada tahun ini. Saya perlu memulakan
seawal mungkin kerana bahasa Melayu adalah lambang kita rakyat Malaysia. Apakah
pandangan masyarakat luar terhadap generasi kita apabila tidak mampu menutur dalam
bahasa rasmi negara.
Saya memulakan kaedah pengajaran 3 T ( Tonton Tanya Tulis) selama 2 waktu
pada setiap minggu. Kaedah PdP ini saya kolaborasikan dengan VLE Frog supaya
pembelajaran lebih interaktif, menarik, berkesan dan mencapai matlamat PdP saya
agar murid-murid saya mampu menulis menggunakan kosa kata yang luas,
berkomunikasi secara baik dan memiliki identiti nasional. Pendekatan saya perlu
berterusan dan terus mengekalkan momentum PdP yang berkesan kerana hala tuju saya
tidak pasti bila berakhirnya. Anak-anak didik saya yang lahir di tanah air tidak mampu
menguasai bahasa rasmi negara. Pada permulaannya, saya meletakkan tempoh masa 6
bulan untuk menguji Kaedah 3T ini. Saya mengharapkan apabila anak-anak didik saya
menduduki pentaksiran pada pertengahan tahun, suatu keajaiban akan berlaku.
Keputusan
Pentaksiran Akhir
(Tingkatan Dua)
3 Fitrah 3 Jujur
Bil % Bil %
Gred A 0 0.0 0 0.0
Gred B 0 0.0 0 0.0
Gred C 0 0.0 0 0.0
Gred D 0 0.0 0 0.0
Gred E 0 0.0 3 7.9
Gred F 41 100.0 35 92.1
Mencapai 0 0.0 3 7.9
Tahap Penguasaan
Minimum
41 100.0 35 92.1
4
MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada isu murid-murid tidak
mampu berkomunikasi dan menulis dengan baik. Saya mengenal pasti penyumbang
kepada permasalahan ini ialah :
a. Latar belakang keluarga (murid berbangsa Cina) yang tidak
menggunakan bahasa Melayu dan tidak memberi sokongan dan
dorongan kepada anak-anak mereka menjadi punca utama murid-murid
tidak mampu menguasai bahasa Melayu.
b. Murid-murid juga mempunyai tanggapan mata pelajaran Bahasa Melayu
membebankan dan membosankan kerana mereka tidak faham apa yang
disampaikan oleh guru.
c. Bagi murid-murid Tingkatan 3 Fitrah, walaupun terdapat murid
berbangsa Melayu, mereka hanya bergaul dalam kelompok mereka
sendiri iaitu mengikut bangsa. Bagi murid-murid Tingkatan 3 Jujur
pula, 100% murid berbangsa Cina, lantaran itu mereka tidak akan
berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
d. Faktor murid-murid Melayu tidak mencapai tahap penguasaan minimum
kerana sikap mereka menganggap bahasa Melayu tidak memerlukan
kesungguhan untuk belajar. Bagi mereka memadai mereka faham apa
yang mereka baca dan boleh menghayati lagu yang didengar,
memahami jalan cerita filem yang ditonton.
5
Saya telah memuat turun borang soal selidik dari blog Cikgu Wann untuk mengetahui
punca sebenar murid-murid 3 Fitrah dan 3 Jujur tercicir dalam penguasaan bahasa
Melayu. Soalan-soalan ini saya kemukakan di hadapan kelas dan saya mendapat
maklum balas seperti yang saya catatkan di atas.
1. Adakah anda seorang penutur bahasa Melayu di rumah?
2. Adakah anda penutur bahasa Melayu mengikut dialek negeri?
3. Adakah anda menggunakan loghat negeri anda di dalam percakapan harian anda?
4. Adakah anda menggunakan bahasa rojak atau bahasa ringkasan semasa
berinteraksi sesama rakan?
5. Adakah anda merasakan bahawa media massa adalah salah satu faktor yang
menyumbang kepada pencemaran bahasa?
6. Adakah anda gemar menonton cerita yang menggunakan alih bahasa?
7. Adakah anda sedar sarikata yang dipaparkan di media elektronik mempunyai
banyak kesalahan bahasa?
8. Adakah anda terpengaruh dengan sarikata yang dipaparkan di media elektronik
tersebut?
9. Adakah anda berpendapat bahawa dialog yang digunakan dalam drama/filem
mempunyai istilah-istilah bahasa Melayu yang tidak sesuai?
10. Adakah anda menggunakan dialog yang dipaparkan di dalam drama/filem dalam
percakapan harian anda ?
Sumber blog Cikgu wann beach pelting
10.
6
PENYELESAIAN
Berdasarkan grafik berikut, saya permudahkan kepada hala tuju kaedah yang saya
ambil untuk menangani masalah penguasaan Bahasa Melayu :
Bagi menangani semua faktor di atas, saya rumuskan langkah- langkah yang perlu
saya ambil adalah seperti berikut:
Langkah 1 : PdP yang menarik minat murid-murid.
Langkah 2 : Memotivasikan murid berbangsa Cina supaya mencintai bahasa
Melayu sebagai identiti nasional.
Langkah 3 : Meletakkan bahan-bahan PdP di tempat yang mudah dicapai oleh
murid.
Langkah 4 : Memperkukuhkan hubungan antara murid Melayu dan murid Cina
Tingkatan 3 Fitrah.
Langkah 5 : Penghargaan kepada murid yang menunjukkan peningkatan.
PUNCA UTAMA
Kosa kata yang terhad Kurang komunikasi
Pergaulan sesama bangsa Pembelajaran membosankan
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5
KAEDAH 3T : TONTON TANYA TULIS
7
HURAIAN SETIAP LANGKAH
Murid-murid pada era kini lebih menggemari PdP yang meransang pelbagai
pancaindera mereka. Oleh itu, saya mula menggunakan Kaedah 3T iaitu
Tonton,Tanya dan Tulis. Setiap kali sebelum memulakan PdP, saya akan menarik
perhatian murid-murid saya dengan menunjukkan video pendek yang bertepatan
dengan objektif PdP.
100% murid memberi perhatian sepenuhnya kepada video yang dipertontonkan
kepada mereka.
Setelah video tamat, saya akan mengemukakan pelbagai soalan (Tanya) yang
berkaitan dengan video. Saya akan mengulangi video secara henti-henti untuk
memudahkan murid menjawab soalan saya. Antara soalan yang saya kemukakan
untuk menambahkan penguasaan kosa kata seperti:
a. Apakah yang sedang mereka lakukan?
b. Apakah nama benda ini?
c. Bina ayat yang menunjukkan perlakuan kanak-kanak itu?
Selain pengetahuan asas bahasa Melayu, saya akan mengemukakan soalan aras KBAT
seperti :
a. Mengapakah kanak-kanak ini tidak minat membaca?
b. Apakah peranan ibu bapa supaya anak-anak minat membaca?
c. Nyatakan kepentingan membaca kepada seorang pelajar.
Setelah tamat sesi Tonton dan Tanya, murid-murid akan menulis (Tulis) ke dalam
buku nota dan buku latihan mereka. Saya sentiasa menggalakkan murid-murid saya
menulis nota menggunakan Peta i-THINK. Latihan yang diberikan dalam pelbagai
bentuk. Saya akan mempelbagaikan bentuk latihan supaya murid-murid tidak bosan
Langkah 1 : PdP yang menarik minat murid-murid.
8
dan yang paling utama, bila berakhirnya PdP pada hari itu, penguasaan bahasa
Melayu mereka akan meningkat.
Antara bentuk latihan yang saya pernah kemukakan :
a. Menulis cerita/karangan yang mempunyai jalan cerita yang sama seperti
dalam video.
b. Melengkapkan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai mengikut video.
c. Menyusun plot mengikut jalan cerita.
d. Menyatakan perwatakan pada watak-watak yang terdapat dalam video.
e. Memberi imbuhan kepada kata kerja.
f. Menjawab soalan kuiz berdasarkan video.
g. Menyatakan punca, kesan atau langkah kepada isu-isu yang terdapat dalam
video.
Antara video yang pernah saya kongsikan dengan murid-murid saya ialah:
a. Bencana Alam Tsunami
b. Kemalangan Jalan Raya
c. Demam Denggi
d. Kebaikan Bersenam
e. Makanan Ringan
f. Banjir Kilat
g. Semangat Kejiranan
h. Pencemaran Alam Sekita
i. Gejala Ponteng Sekolah
j. Amalan Membaca
k. Drama dalam Buku Antologi Hadiah Sebuah Lukisan.
l. Cerpen dalam Buku Antologi Hadiah Sebuah Lukisan.
9
Bagi memotivasikan murid berbangsa Cina demi mempunyai identiti nasional,
saya menunjukkan sikap prihatin, mesra, kasih sayang, sentiasa ambil peduli dengan
setiap anak murid saya. Saya perlu mendapatkan sikap hormat mereka kepada saya.
Saya kerap mempertontonkan video perpaduan dan semangat patriotik kepada
mereka. Saya mengambil hati mereka dengan mempelajari bahasa Cina dan menulis
perkataan dalam bahasa Cina.
Saya menjelaskan, sebagai rakyat Malaysia alangkah sangat rugi apabila kita
tidak berusaha mempelajari bahasa-bahasa yang digunakan secara majoriti oleh
rakyat Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah untuk mengawal kelas saya. 100%
murid Tingkatan 3 Fitrah dan Tingkatan 3 Jujur akan membuat kerja-kerja yang saya
beri dan akan berdisiplin. Saya tidak perlu menggunakan komunikasi berbentuk
arahan dengan mereka. Saya menganggap mereka bagaikan anak-anak sendiri dan
sering memberi motivasi kepada mereka untuk sentiasa belajar demi masa depan
mereka.
Langkah 2 : Memotivasikan murid berbangsa Cina supaya
mencintai bahasa Melayu sebagai identiti nasional.
10
Saya membina site mengikut tajuk-tajuk PdP saya dan semuanya tersusun rapi
di VLE FROG. Saya mempunyai lebih 100 site di dalam VLE FROG dan kebanyakannya
telah saya hantar ke MOE untuk perkongsian dengan seluruh guru di Malaysia. Saya
memberi „username‟ dan „password‟ kepada setiap murid. Saya mengajar mereka
sehingga mereka faham bagaimana hendak mencapai site saya. Di dalam site itu,
saya masukkan video yang saya tontonkan (TONTON ) kepada mereka, soalan-soalan
yang saya kemukakan ( TANYA ). Saya juga memasukkan maksud kosa kata, kuiz, dan
video-video yang mempunyai sama tema mengikut tajuk PdP. Saya meletakkan kata
kunci yang mudah untuk murid mencapai semua site saya sebagai rujukan dan ulang
kaji mereka. Saya juga memasukkan widget wall ke dalam site-site yang saya buat
bagi memudahkan murid mengemukakan soalan apabila mereka melayari site
tersebut.
Langkah 3 : Meletakkan bahan-bahan PdP di tempat yang
mudah dicapai oleh murid.
11
Pada hari-hari pertama saya mengajar Tingkatan 3 Fitrah, saya dapati murid-
murid duduk secara berkelompok seperti berikut:
Saya membentuk kumpulan hampir setiap kali PdP saya. Pembentukan ahli
kumpulan adalah berbeza-beza, seperti bulan-bulan kelahiran, mengikut cabutan,
mengikut markah, mengikut jantina, menggunakan aplikasi widget Random (VLE
FROG) dan sebagainya. Setiap kumpulan mesti ada murid berbangsa Melayu dan Cina
dan juga melibatkan murid perempuan dan lelaki.
Kumpulan yang dibina biasanya 5 hingga 6 orang dalam kumpulan. Mereka
perlu duduk dalam bulatan mengikut kumpulan dan berbincang latihan yang
diberikan. Mereka akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Hubungan
mereka kini tidak lagi seperti awal tahun, mereka telah mesra dan yang paling
menggembirakan apabila bahasa komunikasi mereka semakin baik.
Saya juga telah mengadakan Rumah Terbuka Tingkatan 3 Fitrah bagi memberi
pengalaman kepada murid-murid Cina mendapat pengalaman rumah terbuka dan
merasai pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa Hari Raya.
Papan putih
Murid
perempuan
Cina
Murid
perempuan
Melayu
Murid lelaki
Melayu
Murid lelaki
Cina
Langkah 4 : Memperkukuhkan hubungan antara murid Melayu
dan murid Cina Tingkatan 3 Fitrah.
12
Penghargaan akan diberikan kepada kumpulan yang memenuhi kriteria
jawapan yang diperlukan. Antara kumpulan mereka bersaing untuk mendapatkan
markah yang tinggi. Selain penghargaan kepada kumpulan yang terbaik pada sesi
PdP, penghargaan juga diberikan kepada murid yang meningkat markah
peperiksaannya sama ada secara keseluruhan atau meningkat pada markah
karangan.
Penghargaan kepada seluruh kelas juga diberikan apabila begitu ramai murid
yang menunjukkan peningkatkan dan melepasi ETR yang disasarkan. Walaupun
sekadar jamuan kecil-kecilan, murid-murid merasai diri mereka dihargai.
Langkah 5 : Penghargaan kepada murid yang menunjukkan
peningkatan.
13
RUMUSAN LANGKAH PENYELESAIAN :
Saya memilih 2 aspek penting dalam menangani isu PdP saya iaitu penggunaan :
Kenapa saya memilih video dalam PdP saya ? Berikut adalah antara faktor tersebut :
 paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak.
 memberi satu pengalaman baharu melalui proses menghubung kait antara
pembelajaran di bilik darjah dengan situasi sebenar di luar bilik darjah.
 Brown J. W., Lewis R.B, Harcleroad F.F, (1985) menegaskan bahawa
gambar bergerak adalah merupakan bahan yang mempunyai kekuatan yang
tinggi jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain.
“They have a unique capacity to communicate, to influence and to inform.
Communicate through the most direct channels to mind, emotions, sight
and hearing.” (m.s 233)
 lebih menyeronokkan pelajar untuk menuntut ilmu.
 mampu mengelakkan pelajar merasa bosan ketika belajar.
 dapat menghayati dan menyelami perasaan watak-watak di dalam cerita.
 Boleh diulang-ulang sesuai dengan Rancangan Pelajaran Harian.
 Membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan murid
 Menghubungkaitkan realiti kehidupan sebenar dengan objektif
pembelajaran.
 Menjimatkan waktu dalam memberi kefahaman kepada murid terhadap
sesuatu perkara, contohnya apabila ingin menerangkan keburukan
merokok.
VIDEO VLE FROG
14
Kenapa saya memilih VLE FROG dalam PdP saya ? Berikut adalah antara faktor
tersebut :
 murid berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.
 boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian
Internet.
 Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses
dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah.
 mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap
baru.
 Sebagai satu ruang forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan
berkongsi pandangan.
 Segala bahan bantu belajar murid tersimpan di awan dan boleh dicapai pada
bila-bila masa dan di mana sahaja.
 Murid boleh mengulang kaji di rumah tanpa perlu membawa buku nota atau
buku latihan.
 Murid boleh berbincang secara maya sesama rakan dan menyatakan pendapat
mereka.
 Sesuai dengan generasi masa kini yang sentiasa mendampingi gajet seperti
telefon pintar, notebook dan komputer.
 Murid dapat mencari bahan yang terdapat di internet dan dimasukkan ke Frog
VLE tanpa perlu mencetak.
 Murid tidak perlu menyalin bahan untuk bacaan mereka, dan ini dapat
menjimatkan masa.
 Murid yang tidak hadir ke sekolah masih berpeluang mengikuti pembelajaran
dan ini tidak merugikan mereka.
 Murid belajar secara kendiri, guru berfungsi sebagai fasilitator.
 Latihan kepada murid secara interaktif menggunakan aplikasi yang terdapat
dalam Frog VLE iaitu kuiz, wall, jawapan terus, memasukkan gambar, sebagai
tugasan dan memuat naik bahan yang mereka peroleh dan bincangkan dalam
kumpulan.
15
CONTOH VIDEO YANG DIMASUKKAN DALAM FROG VLE : KAEDAH 3T
Tajuk : KEMALANGAN JALAN RAYA
16
17
Tajuk : AMALAN MENABUNG
18
Tajuk : CARA-CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA
19
20
Tajuk : SEMANGAT KEJIRANAN
21
22
23
24
25
KELEBIHAN KAEDAH 3T
a. Pengurangan Kos Operasi :
Dalam melaksanakan Program 3T ini, saya tidak memerlukan kos operasi yang
besar kerana notal dan latihan disimpan di dalam VLE FROG secara percuma,
penggunaan kad-kad berwarna dan kertas mahjung pula secara minimum
kerana pembentangan dalam kumpulan. Alat tulis juga dibekalkan oleh pihak
sekolah dan pihak panitia.
b. Penjimatan Masa :
Waktu PdP saya selama lebih kurang 70 minit dapat dimanfaatkan
dengan sepenuhnya. Murid-murid tidak perlu diarah-arahkan untuk fokus
kerana sebaik sahaja saya masuk, beberapa murid akan membantu memasang
LCD, laptop dan mereka menunggu-nunggu video yang mahu dikongsikan
dengan mereka.
Saya juga tidak perlu membuang masa menulis latihan di papan putih
kerana semua latihan telah dimasukkan ke dalam site VLE FROG dan hanya
perlu dipamerkan sahaja. Murid-murid juga dibekalkan dengan bahan edaran
dan perbincangan kumpulan merancakkan lagi suasana PdP.
Objektif PdP saya dapat dicapai, latihan yang dibekalkan sebagai kerja
rumah terdapat dalam VLE FROG, semuanya menjadi mudah. Kepada murid-
murid yang tidak mempunyai talian internet di rumah, rakan-rakan akan
membantu. Tetapi saya juga kerap membawa mereka menggunakan
Chromebook di Makmal Komputer, jadi mereka dapat menyelesaikan tugasan
mereka tanpa sebarang masalah.
26
c. Peningkatan Hasil Kerja:
Bahan-bahan yang saya gunakan untuk Program 3T ini, tersimpan di
dalam site. Hal ini memudahkan saya menyediakan koleksi bahan bantu
mengajar dan boleh digunapakai pada bila-bila masa. Saya sentiasa
bermotivasi dan mempunyai minat mengajar yang tinggi kerana kemudahan
yang disediakan oleh VLE FROG, memudahkan saya mencari video,
menggunakan scorm, memasukkan bahan dari internet, menyediakan kuiz dan
sebagainya.
Semua bahan bantu mengajar ini tidak memerlukan kos wang ringgit.
Sekiranya saya perlu keluar sekolah, saya hanya perlu meminta guru ganti
membawa murid-murid saya ke makmal komputer untuk mencapai mana-
mana site saya.
Kaedah 3T memudahkan saya mencapai objektif PdP saya tanpa
memerlukan persediaan yang rumit. Saya masih mempunyai senggang masa
untuk menjalankan tugas saya selaku salah seorang pentadbir sekolah.
d. Peningkatan Tahap Kepuasan / Hati Pelanggan:
Apabila melihat kepada respon murid semasa mereka belajar, melihat
tindak balas mereka apabila saya mengemukakan soalan, respon mereka
apabila saya memberi nota dan latihan, saya yakin mereka menyukai kaedah
3T yang saya amalkan semasa PdP saya. Hasil akhir juga dapat dilihat apabila
keputusan kebanyakan daripada murid-murid saya meningkat melebihi
daripada jangkauan saya.
Berikut adalah keputusan markah murid-murid saya dan boleh dilihat
peningkatan markah mereka.
27
BIL NAMA MURID BEZA
1 AISHWARYA A/P MARIAPPAN 8 F 40 E 32
2 ASHLEY HUE KAH YAN 13 F 47 E 34
3 CHAN ZHI LAM 13 F 56 D 43
4 CHONG PUI SAN 12 F 55 D 43
5 CHOW TIAN LI 0 F 1 F 1
6 EFFY ISKANDAR 12 F 20 F 8
7 FARRAH ANISAH 13 F 64 C 51
8 FATIN AIN NUR SOFEA BT BAHARUDIN 15 F 66 C 51
9 HAFIZAH BT BAHARUM 14 F 52 D 38
10 INTAN DIEYA ZAFIQHA ABD KADIR 9 F 33 F 24
11 JACKY CHIN YI CONG 14 F 51 D 37
12 KAN WENG SANG 13 F 54 D 41
13 KENNY KHOO CHUN YIN 12 F 30 F 18
14 KOK MAN 10 F 66 C 56
15 LEOW WEI LONG 13 F 57 D 44
16 LIEW WEN HENG 22 F 53 D 31
17 LIM SING ING 13 F 55 D 42
18 LIM XIN YEE 12 F 37 F 25
19 LOKE KIT YAO 14 F 59 D 45
20 LOKMAN HAKIM BIN ZAMANI 11 F 16 F 5
21 LOW LI XUAN 12 F 56 D 44
22 MICHELLE TAN 15 F 55 D 40
23 MUHAMMAD AFFAN BIN AMINUDIN 28 F 54 D 26
24 MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD TAIB 11 F 25 F 14
25 MUHAMMAD ASHRAF BIN ANUAR 9 F 23 F 14
26
MUHAMMAD FAKHRUL DANIEL BIN
MARZUKI 11 F 40 E 29
27 MUHAMMAD FARIS BIN NASARUDDIN 6 F 10 F 4
28
MUHAMMAD WAN NUR SYAHAARI BIN
MASTUN 6 F 10 F 4
29 nur athirah bt kamarudin 9 F 40 E 31
30 NUR AZLINDA BINTI MOHAMAD RAFFI 14 F 67 C 53
31 NUR AZREEN BINTI AZAHARI 13 F 63 C 50
32
NUR FATIN SYAFIQAH BT. MOHAMAD
FAIZAL 27 F 42 E 15
33 NUR SHAFIKA BINTI ROSLI 14 F 54 D 40
34 RAYMOUND RAJ A/L S MICHAEL 8 F 15 F 7
35
ROSMALISA BINTI MOHD
HISHAMUDDIN 15 F 53 D 38
36 SAIFULDEEN BIN MANSOOR HALLAJ 13 F 61 C 48
37 SOH BEI YEE 10 F 63 C 53
38 TAN HUI XIN 14 F 68 C 54
39 TEH MING WEI 2 F 2 F 0
40 VINCENT YAP WAI XIEN 7 F 8 F 1
41 VISHNU A/L RAGU 3 F 18 F 15
PERTENGAHANTOV
TINGKATAN 3 FITRAH
28
Jika dibandingkan keputusan murid-murid Tingkatan 3 Fitrah antara
keputusan Pentaksiran Akhir Tahun 2014 dan Pentaksiran Pertengahan Tahun
2015, sebanyak 28/41 murid telah meningkat dengan markah beza melebihi
20 markah.
PENCAPAIAN TOV 2014 PERTENGAHAN 2015
GRED A 0 0.0 % 0 0.0 %
GRED B 0 0.0 % 0 0.0 %
GRED C 0 0.0 % 8 19.5 %
GRED D 0 0.0 % 14 34.1 %
GRED E 0 0.0 % 5 12.2 %
GRED F 41 100 % 14 34.2 %
PERATUS
MENCAPAI
0 0.0 % 27 65.8 %
TAHAP MINIMUM 41 100 % 14 34.2 %
29
BIL NAMA TOV PERTENGAHAN BEZA
1 BRYANTLY AVEN ALIAH 23 F T TH ######
2 CHAN JOEY 6 F 46 E 40
3 CHEAH LE RAN 28 F 40 E 12
4 CHLOE LIN HOI YEE 40 E 62 C 22
5 CHONG ZHEN HAO 1 F T TH ######
6 FOONG YAW SHAN 25 F 53 D 28
7 GIAM JOE YEE 20 F 50 D 30
8 HONG CHII HAN 1 F 12 F 11
9 HONG CHII HAW 1 F 1 F 0
10 KHOR MEI KAY 9 F T TH ######
11 KONG ZET CHIN 1 F 3 F 2
12 KONG ZET PENG 15 F 17 F 2
13 KUNG KAR JUN 1 F 8 F 7
14 KWA YONG XIANG 19 F 34 F 15
15 LAI WAI KIT 13 F 34 F 21
16 LAM CHUN MIN 23 F 28 F 5
17 LEE KAR WEI 31 F 54 D 23
18 LEE WEN LI 5 F 54 D 49
19 LEW ZHIN YI 0 F T TH ######
20 LIEW PEI XING 7 F 11 F 4
21 LIEW WAI LOK 1 F 16 F 15
22 LIM HAN WEI 46 E 54 D 8
23 LIM WEI Q'ING 44 E 70 B 26
24 LOW SHU FEN 1 F 19 F 18
25 MOO CHIA CHIN 20 F 56 D 36
26 NICHOLAS YAP PUI LEONG 1 F T TH ######
27 PANG SIEW YAN 17 F 29 F 12
28 SEE LI JIN 10 F 53 D 43
29 SIM SIH ROU 24 F 32 F 8
30 SIONG JIAT CHIN 0 F 0 F 0
31 SOH JIA WEI 1 F T TH ######
32 SONG HAO MIN 10 F 44 E 34
33 THO CHIH SHENG 0 F T TH ######
34 WONG JIA YEE 1 F 2 F 1
35 WONG MENG SHEN 1 F 2 F 1
36 WONG PUI YEE 3 F 19 F 16
37 WONG WENG SIANG 8 F 11 F 3
38 YAP PEI PEI 8 F 19 F 11
TINGKATAN 3 JUJUR
30
Jika dibandingkan keputusan murid-murid Tingkatan 3 Jujur antara
keputusan Pentaksiran Akhir Tahun 2014 dan Pentaksiran Pertengahan Tahun
2015, sebanyak 11/38 murid telah meningkat dengan markah beza melebihi
20 markah.
Walaupun peningkatan bukan pada tahap cemerlang, saya tetap berasa
puas kerana Tingkatan 3 Jujur merupakan kelas terakhir dalam susunan
tingkatan 3.
PENCAPAIAN TOV 2014 PERTENGAHAN 2015
GRED A 0 0.0 % 0 0.0 %
GRED B 0 0.0 % 1 3.1 %
GRED C 0 0.0 % 1 3.1 %
GRED D 0 0.0 % 7 19.4 %
GRED E 3 7.9 % 3 9.4 %
GRED F 35 92.1 % 18 65.0 %
PERATUS
MENCAPAI
3 7.9 % 12 35.0 %
TAHAP MINIMUM 35 92.1 % 18 65.0 %
31
e. Faedah-Faedah Lain :
Murid-murid mempunyai keyakinan diri apabila mereka sudah boleh
berkomunikasi dan menulis karangan Bahasa Melayu dengan baik, walaupun
bukan tahap cemerlang. Saya tidak mengajar berfokuskan kepada markah
pentaksiran tetapi lebih kepada menyampaikan ilmu bahasa.
Apabila murid-murid mempunyai kosa kata yang banyak, secara tidak
langsung mereka memahami apa-apa yang mereka baca, mereka memahami
apa-apa yang mereka dengar dan akhirnya mereka merealisasikan ilmu
mereka semasa menjawab soalan.
Selain itu, murid-murid yang saya ajar telah menguasai ilmu ICT,
mereka bijak melayari internet untuk mencari bahan, menggunakan Kamus
Dewan Online, berkomunikasi melalui VLE FROG, dan bijak menguruskan
masa.
SUMBANGAN KEPADA KERAJAAN
Melahirkan generasi yang membanggakan negara kerana mempunyai
sikap 1 Malaysia. Mereka boleh berbincang, belajar, berkongsi-kongsi
pendapat tanpa mengira kaum. Mereka juga pintar IT dan mampu belajar
berdikari mencari bahan-bahan berbentuk ilmiah.
32
TEMPOH PELAKSANAAN KAEDAH 3T
Saya melaksanakan Program 3T ini bermula awal Januari dan dipraktikkan
sepanjang masa. Program ini berakhir pada 30 Ogos 2015 kerana murid-murid
telah mula mengulang kaji sebagai persediaan PT3. Saya tidak meletakkan
sasaran pencapaian keputusan PT3 sebagai hasil akhir, tetapi saya mahu
anak-anak didik saya bangga apabila mereka mampu bertutur dalam bahasa
Melayu sebaik mungkin.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiMardhiah Hayati Rahim
 
Strategi pengajaran reciprocal dalam kefahaman membaca
Strategi pengajaran reciprocal dalam kefahaman membacaStrategi pengajaran reciprocal dalam kefahaman membaca
Strategi pengajaran reciprocal dalam kefahaman membacaCikgu Isnani Ali
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANRthi Ban
 
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam Yatie Sufri
 
Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanMd Ramli Sabran
 
Contoh rp h pelajar ppg
Contoh rp h pelajar ppgContoh rp h pelajar ppg
Contoh rp h pelajar ppgIss Che Ma
 

Was ist angesagt? (9)

Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Strategi pengajaran reciprocal dalam kefahaman membaca
Strategi pengajaran reciprocal dalam kefahaman membacaStrategi pengajaran reciprocal dalam kefahaman membaca
Strategi pengajaran reciprocal dalam kefahaman membaca
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
 
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
 
Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
Contoh rp h pelajar ppg
Contoh rp h pelajar ppgContoh rp h pelajar ppg
Contoh rp h pelajar ppg
 

Ähnlich wie Kajian Tindakan T3, Tonton, Tulis, Baca

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanrozi ahmad
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakannorzilaniza
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakannorzilaniza
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbsDee Dee
 
Presentation proposal final
Presentation proposal finalPresentation proposal final
Presentation proposal finalkiahjanda
 
Presentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Presentation Kertas Cadangan Kajian TindakanPresentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Presentation Kertas Cadangan Kajian Tindakankiahjanda
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantarkrys73
 
5. language of instruction
5. language of instruction5. language of instruction
5. language of instructionNgan Jiaing
 
5. Language of Instruction
5.	Language of Instruction5.	Language of Instruction
5. Language of Instructionmohdfidaiy
 
Fbmk 2000 5_a
Fbmk 2000 5_aFbmk 2000 5_a
Fbmk 2000 5_aCik BaCo
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...IPGM Kampus Kota Bharu
 
Kpr grup done
Kpr grup doneKpr grup done
Kpr grup doneiedadyna
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al QuranIPGM_KDRI
 

Ähnlich wie Kajian Tindakan T3, Tonton, Tulis, Baca (20)

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
 
Presentation proposal final
Presentation proposal finalPresentation proposal final
Presentation proposal final
 
Presentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Presentation Kertas Cadangan Kajian TindakanPresentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Presentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. bahasa
5. bahasa5. bahasa
5. bahasa
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. language of instruction
5. language of instruction5. language of instruction
5. language of instruction
 
5. Language of Instruction
5.	Language of Instruction5.	Language of Instruction
5. Language of Instruction
 
Fbmk 2000 5_a
Fbmk 2000 5_aFbmk 2000 5_a
Fbmk 2000 5_a
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Kpr grup done
Kpr grup doneKpr grup done
Kpr grup done
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 

Kürzlich hochgeladen

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 

Kürzlich hochgeladen (12)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 

Kajian Tindakan T3, Tonton, Tulis, Baca

  • 1. 1 NAMA: YUSNITA BINTI ALWI SEKOLAH: SMK TAMAN EHSAN, KEPONG TAJUK: KAEDAH 3T: TONTON, TANYA, TULIS Kandungan adalah hak milik penulis/pemilik kajian
  • 2. 2 PENGENALAN Pada tahun 2015, saya ditugas mengajarkan Bahasa Melayu Tingkatan 3 Fitrah (41 orang murid) dan Tingkatan 3 Jujur (40 orang murid). Menjadi kelaziman saya, bagi mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu mereka, saya memberi Latihan Pengenalan yang merangkumi latihan bina ayat, memindahkan maklumat dan menulis esei pendek. Berdasarkan jawapan-jawapan yang diberikan, saya mendapati 7/41 murid Tingkatan 3 Fitrah mampu menguasai bahasa Melayu pada tahap sederhana, manakala yang lain pada peringkat lemah. Tingkatan 3 Jujur pula hanya 1/40 murid mampu menguasai bahasa Melayu pada tahap sederhana berbanding yang lain pada tahap lemah. Saya merujuk kepada keputusan Pentaksiran Akhir Tahun 2014, semasa murid- murid ini berada di tingkatan dua untuk lebih memahami tahap penguasaan mereka. Saya berfikir adakah kemungkinan Latihan Pengenalan yang saya berikan terlalu sukar hingga mereka tidak mampu menjawab. Rupa-rupanya, cabaran saya pada tahun ini agak berat juga kerana data yang diperoleh menafikan andaian saya. Bahkan yang lebih memeranjatkan saya apabila melihat keputusan penutur jati bahasa Melayu sendiripun tidak menunjukkan keputusan yang baik. Berikut adalah keputusan pentaksiran akhir 2014 murid-murid saya yang saya sayangi : Tingkatan 3 Fitrah 3 Jujur Bilangan Peratus Bilangan Peratus Tahap sederhana 7 / 41 1 / 40 Tahap lemah 34 / 41 39 / 40 KAEDAH 3 T : TONTON TANYA TULIS
  • 3. 3 Saya mempunyai kemahiran dalam membina site yang ditempatkan di VLE FROG dan saya mempunyai pengalaman mengaplikasikan VLE FROG semasa menjalankan PdP pada tahun 2014. Namun, pada peringkat permulaannya saya tidak menggunakan site- site yang saya buat secara berfokus. Saya membuat keputusan untuk menggunakan kemahiran IT ini untuk mengatasi cabaran saya pada tahun ini. Saya perlu memulakan seawal mungkin kerana bahasa Melayu adalah lambang kita rakyat Malaysia. Apakah pandangan masyarakat luar terhadap generasi kita apabila tidak mampu menutur dalam bahasa rasmi negara. Saya memulakan kaedah pengajaran 3 T ( Tonton Tanya Tulis) selama 2 waktu pada setiap minggu. Kaedah PdP ini saya kolaborasikan dengan VLE Frog supaya pembelajaran lebih interaktif, menarik, berkesan dan mencapai matlamat PdP saya agar murid-murid saya mampu menulis menggunakan kosa kata yang luas, berkomunikasi secara baik dan memiliki identiti nasional. Pendekatan saya perlu berterusan dan terus mengekalkan momentum PdP yang berkesan kerana hala tuju saya tidak pasti bila berakhirnya. Anak-anak didik saya yang lahir di tanah air tidak mampu menguasai bahasa rasmi negara. Pada permulaannya, saya meletakkan tempoh masa 6 bulan untuk menguji Kaedah 3T ini. Saya mengharapkan apabila anak-anak didik saya menduduki pentaksiran pada pertengahan tahun, suatu keajaiban akan berlaku. Keputusan Pentaksiran Akhir (Tingkatan Dua) 3 Fitrah 3 Jujur Bil % Bil % Gred A 0 0.0 0 0.0 Gred B 0 0.0 0 0.0 Gred C 0 0.0 0 0.0 Gred D 0 0.0 0 0.0 Gred E 0 0.0 3 7.9 Gred F 41 100.0 35 92.1 Mencapai 0 0.0 3 7.9 Tahap Penguasaan Minimum 41 100.0 35 92.1
  • 4. 4 MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada isu murid-murid tidak mampu berkomunikasi dan menulis dengan baik. Saya mengenal pasti penyumbang kepada permasalahan ini ialah : a. Latar belakang keluarga (murid berbangsa Cina) yang tidak menggunakan bahasa Melayu dan tidak memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka menjadi punca utama murid-murid tidak mampu menguasai bahasa Melayu. b. Murid-murid juga mempunyai tanggapan mata pelajaran Bahasa Melayu membebankan dan membosankan kerana mereka tidak faham apa yang disampaikan oleh guru. c. Bagi murid-murid Tingkatan 3 Fitrah, walaupun terdapat murid berbangsa Melayu, mereka hanya bergaul dalam kelompok mereka sendiri iaitu mengikut bangsa. Bagi murid-murid Tingkatan 3 Jujur pula, 100% murid berbangsa Cina, lantaran itu mereka tidak akan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. d. Faktor murid-murid Melayu tidak mencapai tahap penguasaan minimum kerana sikap mereka menganggap bahasa Melayu tidak memerlukan kesungguhan untuk belajar. Bagi mereka memadai mereka faham apa yang mereka baca dan boleh menghayati lagu yang didengar, memahami jalan cerita filem yang ditonton.
  • 5. 5 Saya telah memuat turun borang soal selidik dari blog Cikgu Wann untuk mengetahui punca sebenar murid-murid 3 Fitrah dan 3 Jujur tercicir dalam penguasaan bahasa Melayu. Soalan-soalan ini saya kemukakan di hadapan kelas dan saya mendapat maklum balas seperti yang saya catatkan di atas. 1. Adakah anda seorang penutur bahasa Melayu di rumah? 2. Adakah anda penutur bahasa Melayu mengikut dialek negeri? 3. Adakah anda menggunakan loghat negeri anda di dalam percakapan harian anda? 4. Adakah anda menggunakan bahasa rojak atau bahasa ringkasan semasa berinteraksi sesama rakan? 5. Adakah anda merasakan bahawa media massa adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pencemaran bahasa? 6. Adakah anda gemar menonton cerita yang menggunakan alih bahasa? 7. Adakah anda sedar sarikata yang dipaparkan di media elektronik mempunyai banyak kesalahan bahasa? 8. Adakah anda terpengaruh dengan sarikata yang dipaparkan di media elektronik tersebut? 9. Adakah anda berpendapat bahawa dialog yang digunakan dalam drama/filem mempunyai istilah-istilah bahasa Melayu yang tidak sesuai? 10. Adakah anda menggunakan dialog yang dipaparkan di dalam drama/filem dalam percakapan harian anda ? Sumber blog Cikgu wann beach pelting 10.
  • 6. 6 PENYELESAIAN Berdasarkan grafik berikut, saya permudahkan kepada hala tuju kaedah yang saya ambil untuk menangani masalah penguasaan Bahasa Melayu : Bagi menangani semua faktor di atas, saya rumuskan langkah- langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut: Langkah 1 : PdP yang menarik minat murid-murid. Langkah 2 : Memotivasikan murid berbangsa Cina supaya mencintai bahasa Melayu sebagai identiti nasional. Langkah 3 : Meletakkan bahan-bahan PdP di tempat yang mudah dicapai oleh murid. Langkah 4 : Memperkukuhkan hubungan antara murid Melayu dan murid Cina Tingkatan 3 Fitrah. Langkah 5 : Penghargaan kepada murid yang menunjukkan peningkatan. PUNCA UTAMA Kosa kata yang terhad Kurang komunikasi Pergaulan sesama bangsa Pembelajaran membosankan Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 KAEDAH 3T : TONTON TANYA TULIS
  • 7. 7 HURAIAN SETIAP LANGKAH Murid-murid pada era kini lebih menggemari PdP yang meransang pelbagai pancaindera mereka. Oleh itu, saya mula menggunakan Kaedah 3T iaitu Tonton,Tanya dan Tulis. Setiap kali sebelum memulakan PdP, saya akan menarik perhatian murid-murid saya dengan menunjukkan video pendek yang bertepatan dengan objektif PdP. 100% murid memberi perhatian sepenuhnya kepada video yang dipertontonkan kepada mereka. Setelah video tamat, saya akan mengemukakan pelbagai soalan (Tanya) yang berkaitan dengan video. Saya akan mengulangi video secara henti-henti untuk memudahkan murid menjawab soalan saya. Antara soalan yang saya kemukakan untuk menambahkan penguasaan kosa kata seperti: a. Apakah yang sedang mereka lakukan? b. Apakah nama benda ini? c. Bina ayat yang menunjukkan perlakuan kanak-kanak itu? Selain pengetahuan asas bahasa Melayu, saya akan mengemukakan soalan aras KBAT seperti : a. Mengapakah kanak-kanak ini tidak minat membaca? b. Apakah peranan ibu bapa supaya anak-anak minat membaca? c. Nyatakan kepentingan membaca kepada seorang pelajar. Setelah tamat sesi Tonton dan Tanya, murid-murid akan menulis (Tulis) ke dalam buku nota dan buku latihan mereka. Saya sentiasa menggalakkan murid-murid saya menulis nota menggunakan Peta i-THINK. Latihan yang diberikan dalam pelbagai bentuk. Saya akan mempelbagaikan bentuk latihan supaya murid-murid tidak bosan Langkah 1 : PdP yang menarik minat murid-murid.
  • 8. 8 dan yang paling utama, bila berakhirnya PdP pada hari itu, penguasaan bahasa Melayu mereka akan meningkat. Antara bentuk latihan yang saya pernah kemukakan : a. Menulis cerita/karangan yang mempunyai jalan cerita yang sama seperti dalam video. b. Melengkapkan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai mengikut video. c. Menyusun plot mengikut jalan cerita. d. Menyatakan perwatakan pada watak-watak yang terdapat dalam video. e. Memberi imbuhan kepada kata kerja. f. Menjawab soalan kuiz berdasarkan video. g. Menyatakan punca, kesan atau langkah kepada isu-isu yang terdapat dalam video. Antara video yang pernah saya kongsikan dengan murid-murid saya ialah: a. Bencana Alam Tsunami b. Kemalangan Jalan Raya c. Demam Denggi d. Kebaikan Bersenam e. Makanan Ringan f. Banjir Kilat g. Semangat Kejiranan h. Pencemaran Alam Sekita i. Gejala Ponteng Sekolah j. Amalan Membaca k. Drama dalam Buku Antologi Hadiah Sebuah Lukisan. l. Cerpen dalam Buku Antologi Hadiah Sebuah Lukisan.
  • 9. 9 Bagi memotivasikan murid berbangsa Cina demi mempunyai identiti nasional, saya menunjukkan sikap prihatin, mesra, kasih sayang, sentiasa ambil peduli dengan setiap anak murid saya. Saya perlu mendapatkan sikap hormat mereka kepada saya. Saya kerap mempertontonkan video perpaduan dan semangat patriotik kepada mereka. Saya mengambil hati mereka dengan mempelajari bahasa Cina dan menulis perkataan dalam bahasa Cina. Saya menjelaskan, sebagai rakyat Malaysia alangkah sangat rugi apabila kita tidak berusaha mempelajari bahasa-bahasa yang digunakan secara majoriti oleh rakyat Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah untuk mengawal kelas saya. 100% murid Tingkatan 3 Fitrah dan Tingkatan 3 Jujur akan membuat kerja-kerja yang saya beri dan akan berdisiplin. Saya tidak perlu menggunakan komunikasi berbentuk arahan dengan mereka. Saya menganggap mereka bagaikan anak-anak sendiri dan sering memberi motivasi kepada mereka untuk sentiasa belajar demi masa depan mereka. Langkah 2 : Memotivasikan murid berbangsa Cina supaya mencintai bahasa Melayu sebagai identiti nasional.
  • 10. 10 Saya membina site mengikut tajuk-tajuk PdP saya dan semuanya tersusun rapi di VLE FROG. Saya mempunyai lebih 100 site di dalam VLE FROG dan kebanyakannya telah saya hantar ke MOE untuk perkongsian dengan seluruh guru di Malaysia. Saya memberi „username‟ dan „password‟ kepada setiap murid. Saya mengajar mereka sehingga mereka faham bagaimana hendak mencapai site saya. Di dalam site itu, saya masukkan video yang saya tontonkan (TONTON ) kepada mereka, soalan-soalan yang saya kemukakan ( TANYA ). Saya juga memasukkan maksud kosa kata, kuiz, dan video-video yang mempunyai sama tema mengikut tajuk PdP. Saya meletakkan kata kunci yang mudah untuk murid mencapai semua site saya sebagai rujukan dan ulang kaji mereka. Saya juga memasukkan widget wall ke dalam site-site yang saya buat bagi memudahkan murid mengemukakan soalan apabila mereka melayari site tersebut. Langkah 3 : Meletakkan bahan-bahan PdP di tempat yang mudah dicapai oleh murid.
  • 11. 11 Pada hari-hari pertama saya mengajar Tingkatan 3 Fitrah, saya dapati murid- murid duduk secara berkelompok seperti berikut: Saya membentuk kumpulan hampir setiap kali PdP saya. Pembentukan ahli kumpulan adalah berbeza-beza, seperti bulan-bulan kelahiran, mengikut cabutan, mengikut markah, mengikut jantina, menggunakan aplikasi widget Random (VLE FROG) dan sebagainya. Setiap kumpulan mesti ada murid berbangsa Melayu dan Cina dan juga melibatkan murid perempuan dan lelaki. Kumpulan yang dibina biasanya 5 hingga 6 orang dalam kumpulan. Mereka perlu duduk dalam bulatan mengikut kumpulan dan berbincang latihan yang diberikan. Mereka akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Hubungan mereka kini tidak lagi seperti awal tahun, mereka telah mesra dan yang paling menggembirakan apabila bahasa komunikasi mereka semakin baik. Saya juga telah mengadakan Rumah Terbuka Tingkatan 3 Fitrah bagi memberi pengalaman kepada murid-murid Cina mendapat pengalaman rumah terbuka dan merasai pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa Hari Raya. Papan putih Murid perempuan Cina Murid perempuan Melayu Murid lelaki Melayu Murid lelaki Cina Langkah 4 : Memperkukuhkan hubungan antara murid Melayu dan murid Cina Tingkatan 3 Fitrah.
  • 12. 12 Penghargaan akan diberikan kepada kumpulan yang memenuhi kriteria jawapan yang diperlukan. Antara kumpulan mereka bersaing untuk mendapatkan markah yang tinggi. Selain penghargaan kepada kumpulan yang terbaik pada sesi PdP, penghargaan juga diberikan kepada murid yang meningkat markah peperiksaannya sama ada secara keseluruhan atau meningkat pada markah karangan. Penghargaan kepada seluruh kelas juga diberikan apabila begitu ramai murid yang menunjukkan peningkatkan dan melepasi ETR yang disasarkan. Walaupun sekadar jamuan kecil-kecilan, murid-murid merasai diri mereka dihargai. Langkah 5 : Penghargaan kepada murid yang menunjukkan peningkatan.
  • 13. 13 RUMUSAN LANGKAH PENYELESAIAN : Saya memilih 2 aspek penting dalam menangani isu PdP saya iaitu penggunaan : Kenapa saya memilih video dalam PdP saya ? Berikut adalah antara faktor tersebut :  paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak.  memberi satu pengalaman baharu melalui proses menghubung kait antara pembelajaran di bilik darjah dengan situasi sebenar di luar bilik darjah.  Brown J. W., Lewis R.B, Harcleroad F.F, (1985) menegaskan bahawa gambar bergerak adalah merupakan bahan yang mempunyai kekuatan yang tinggi jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain. “They have a unique capacity to communicate, to influence and to inform. Communicate through the most direct channels to mind, emotions, sight and hearing.” (m.s 233)  lebih menyeronokkan pelajar untuk menuntut ilmu.  mampu mengelakkan pelajar merasa bosan ketika belajar.  dapat menghayati dan menyelami perasaan watak-watak di dalam cerita.  Boleh diulang-ulang sesuai dengan Rancangan Pelajaran Harian.  Membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan murid  Menghubungkaitkan realiti kehidupan sebenar dengan objektif pembelajaran.  Menjimatkan waktu dalam memberi kefahaman kepada murid terhadap sesuatu perkara, contohnya apabila ingin menerangkan keburukan merokok. VIDEO VLE FROG
  • 14. 14 Kenapa saya memilih VLE FROG dalam PdP saya ? Berikut adalah antara faktor tersebut :  murid berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.  boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.  Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah.  mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru.  Sebagai satu ruang forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan.  Segala bahan bantu belajar murid tersimpan di awan dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja.  Murid boleh mengulang kaji di rumah tanpa perlu membawa buku nota atau buku latihan.  Murid boleh berbincang secara maya sesama rakan dan menyatakan pendapat mereka.  Sesuai dengan generasi masa kini yang sentiasa mendampingi gajet seperti telefon pintar, notebook dan komputer.  Murid dapat mencari bahan yang terdapat di internet dan dimasukkan ke Frog VLE tanpa perlu mencetak.  Murid tidak perlu menyalin bahan untuk bacaan mereka, dan ini dapat menjimatkan masa.  Murid yang tidak hadir ke sekolah masih berpeluang mengikuti pembelajaran dan ini tidak merugikan mereka.  Murid belajar secara kendiri, guru berfungsi sebagai fasilitator.  Latihan kepada murid secara interaktif menggunakan aplikasi yang terdapat dalam Frog VLE iaitu kuiz, wall, jawapan terus, memasukkan gambar, sebagai tugasan dan memuat naik bahan yang mereka peroleh dan bincangkan dalam kumpulan.
  • 15. 15 CONTOH VIDEO YANG DIMASUKKAN DALAM FROG VLE : KAEDAH 3T Tajuk : KEMALANGAN JALAN RAYA
  • 16. 16
  • 17. 17 Tajuk : AMALAN MENABUNG
  • 18. 18 Tajuk : CARA-CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA
  • 19. 19
  • 20. 20 Tajuk : SEMANGAT KEJIRANAN
  • 21. 21
  • 22. 22
  • 23. 23
  • 24. 24
  • 25. 25 KELEBIHAN KAEDAH 3T a. Pengurangan Kos Operasi : Dalam melaksanakan Program 3T ini, saya tidak memerlukan kos operasi yang besar kerana notal dan latihan disimpan di dalam VLE FROG secara percuma, penggunaan kad-kad berwarna dan kertas mahjung pula secara minimum kerana pembentangan dalam kumpulan. Alat tulis juga dibekalkan oleh pihak sekolah dan pihak panitia. b. Penjimatan Masa : Waktu PdP saya selama lebih kurang 70 minit dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Murid-murid tidak perlu diarah-arahkan untuk fokus kerana sebaik sahaja saya masuk, beberapa murid akan membantu memasang LCD, laptop dan mereka menunggu-nunggu video yang mahu dikongsikan dengan mereka. Saya juga tidak perlu membuang masa menulis latihan di papan putih kerana semua latihan telah dimasukkan ke dalam site VLE FROG dan hanya perlu dipamerkan sahaja. Murid-murid juga dibekalkan dengan bahan edaran dan perbincangan kumpulan merancakkan lagi suasana PdP. Objektif PdP saya dapat dicapai, latihan yang dibekalkan sebagai kerja rumah terdapat dalam VLE FROG, semuanya menjadi mudah. Kepada murid- murid yang tidak mempunyai talian internet di rumah, rakan-rakan akan membantu. Tetapi saya juga kerap membawa mereka menggunakan Chromebook di Makmal Komputer, jadi mereka dapat menyelesaikan tugasan mereka tanpa sebarang masalah.
  • 26. 26 c. Peningkatan Hasil Kerja: Bahan-bahan yang saya gunakan untuk Program 3T ini, tersimpan di dalam site. Hal ini memudahkan saya menyediakan koleksi bahan bantu mengajar dan boleh digunapakai pada bila-bila masa. Saya sentiasa bermotivasi dan mempunyai minat mengajar yang tinggi kerana kemudahan yang disediakan oleh VLE FROG, memudahkan saya mencari video, menggunakan scorm, memasukkan bahan dari internet, menyediakan kuiz dan sebagainya. Semua bahan bantu mengajar ini tidak memerlukan kos wang ringgit. Sekiranya saya perlu keluar sekolah, saya hanya perlu meminta guru ganti membawa murid-murid saya ke makmal komputer untuk mencapai mana- mana site saya. Kaedah 3T memudahkan saya mencapai objektif PdP saya tanpa memerlukan persediaan yang rumit. Saya masih mempunyai senggang masa untuk menjalankan tugas saya selaku salah seorang pentadbir sekolah. d. Peningkatan Tahap Kepuasan / Hati Pelanggan: Apabila melihat kepada respon murid semasa mereka belajar, melihat tindak balas mereka apabila saya mengemukakan soalan, respon mereka apabila saya memberi nota dan latihan, saya yakin mereka menyukai kaedah 3T yang saya amalkan semasa PdP saya. Hasil akhir juga dapat dilihat apabila keputusan kebanyakan daripada murid-murid saya meningkat melebihi daripada jangkauan saya. Berikut adalah keputusan markah murid-murid saya dan boleh dilihat peningkatan markah mereka.
  • 27. 27 BIL NAMA MURID BEZA 1 AISHWARYA A/P MARIAPPAN 8 F 40 E 32 2 ASHLEY HUE KAH YAN 13 F 47 E 34 3 CHAN ZHI LAM 13 F 56 D 43 4 CHONG PUI SAN 12 F 55 D 43 5 CHOW TIAN LI 0 F 1 F 1 6 EFFY ISKANDAR 12 F 20 F 8 7 FARRAH ANISAH 13 F 64 C 51 8 FATIN AIN NUR SOFEA BT BAHARUDIN 15 F 66 C 51 9 HAFIZAH BT BAHARUM 14 F 52 D 38 10 INTAN DIEYA ZAFIQHA ABD KADIR 9 F 33 F 24 11 JACKY CHIN YI CONG 14 F 51 D 37 12 KAN WENG SANG 13 F 54 D 41 13 KENNY KHOO CHUN YIN 12 F 30 F 18 14 KOK MAN 10 F 66 C 56 15 LEOW WEI LONG 13 F 57 D 44 16 LIEW WEN HENG 22 F 53 D 31 17 LIM SING ING 13 F 55 D 42 18 LIM XIN YEE 12 F 37 F 25 19 LOKE KIT YAO 14 F 59 D 45 20 LOKMAN HAKIM BIN ZAMANI 11 F 16 F 5 21 LOW LI XUAN 12 F 56 D 44 22 MICHELLE TAN 15 F 55 D 40 23 MUHAMMAD AFFAN BIN AMINUDIN 28 F 54 D 26 24 MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD TAIB 11 F 25 F 14 25 MUHAMMAD ASHRAF BIN ANUAR 9 F 23 F 14 26 MUHAMMAD FAKHRUL DANIEL BIN MARZUKI 11 F 40 E 29 27 MUHAMMAD FARIS BIN NASARUDDIN 6 F 10 F 4 28 MUHAMMAD WAN NUR SYAHAARI BIN MASTUN 6 F 10 F 4 29 nur athirah bt kamarudin 9 F 40 E 31 30 NUR AZLINDA BINTI MOHAMAD RAFFI 14 F 67 C 53 31 NUR AZREEN BINTI AZAHARI 13 F 63 C 50 32 NUR FATIN SYAFIQAH BT. MOHAMAD FAIZAL 27 F 42 E 15 33 NUR SHAFIKA BINTI ROSLI 14 F 54 D 40 34 RAYMOUND RAJ A/L S MICHAEL 8 F 15 F 7 35 ROSMALISA BINTI MOHD HISHAMUDDIN 15 F 53 D 38 36 SAIFULDEEN BIN MANSOOR HALLAJ 13 F 61 C 48 37 SOH BEI YEE 10 F 63 C 53 38 TAN HUI XIN 14 F 68 C 54 39 TEH MING WEI 2 F 2 F 0 40 VINCENT YAP WAI XIEN 7 F 8 F 1 41 VISHNU A/L RAGU 3 F 18 F 15 PERTENGAHANTOV TINGKATAN 3 FITRAH
  • 28. 28 Jika dibandingkan keputusan murid-murid Tingkatan 3 Fitrah antara keputusan Pentaksiran Akhir Tahun 2014 dan Pentaksiran Pertengahan Tahun 2015, sebanyak 28/41 murid telah meningkat dengan markah beza melebihi 20 markah. PENCAPAIAN TOV 2014 PERTENGAHAN 2015 GRED A 0 0.0 % 0 0.0 % GRED B 0 0.0 % 0 0.0 % GRED C 0 0.0 % 8 19.5 % GRED D 0 0.0 % 14 34.1 % GRED E 0 0.0 % 5 12.2 % GRED F 41 100 % 14 34.2 % PERATUS MENCAPAI 0 0.0 % 27 65.8 % TAHAP MINIMUM 41 100 % 14 34.2 %
  • 29. 29 BIL NAMA TOV PERTENGAHAN BEZA 1 BRYANTLY AVEN ALIAH 23 F T TH ###### 2 CHAN JOEY 6 F 46 E 40 3 CHEAH LE RAN 28 F 40 E 12 4 CHLOE LIN HOI YEE 40 E 62 C 22 5 CHONG ZHEN HAO 1 F T TH ###### 6 FOONG YAW SHAN 25 F 53 D 28 7 GIAM JOE YEE 20 F 50 D 30 8 HONG CHII HAN 1 F 12 F 11 9 HONG CHII HAW 1 F 1 F 0 10 KHOR MEI KAY 9 F T TH ###### 11 KONG ZET CHIN 1 F 3 F 2 12 KONG ZET PENG 15 F 17 F 2 13 KUNG KAR JUN 1 F 8 F 7 14 KWA YONG XIANG 19 F 34 F 15 15 LAI WAI KIT 13 F 34 F 21 16 LAM CHUN MIN 23 F 28 F 5 17 LEE KAR WEI 31 F 54 D 23 18 LEE WEN LI 5 F 54 D 49 19 LEW ZHIN YI 0 F T TH ###### 20 LIEW PEI XING 7 F 11 F 4 21 LIEW WAI LOK 1 F 16 F 15 22 LIM HAN WEI 46 E 54 D 8 23 LIM WEI Q'ING 44 E 70 B 26 24 LOW SHU FEN 1 F 19 F 18 25 MOO CHIA CHIN 20 F 56 D 36 26 NICHOLAS YAP PUI LEONG 1 F T TH ###### 27 PANG SIEW YAN 17 F 29 F 12 28 SEE LI JIN 10 F 53 D 43 29 SIM SIH ROU 24 F 32 F 8 30 SIONG JIAT CHIN 0 F 0 F 0 31 SOH JIA WEI 1 F T TH ###### 32 SONG HAO MIN 10 F 44 E 34 33 THO CHIH SHENG 0 F T TH ###### 34 WONG JIA YEE 1 F 2 F 1 35 WONG MENG SHEN 1 F 2 F 1 36 WONG PUI YEE 3 F 19 F 16 37 WONG WENG SIANG 8 F 11 F 3 38 YAP PEI PEI 8 F 19 F 11 TINGKATAN 3 JUJUR
  • 30. 30 Jika dibandingkan keputusan murid-murid Tingkatan 3 Jujur antara keputusan Pentaksiran Akhir Tahun 2014 dan Pentaksiran Pertengahan Tahun 2015, sebanyak 11/38 murid telah meningkat dengan markah beza melebihi 20 markah. Walaupun peningkatan bukan pada tahap cemerlang, saya tetap berasa puas kerana Tingkatan 3 Jujur merupakan kelas terakhir dalam susunan tingkatan 3. PENCAPAIAN TOV 2014 PERTENGAHAN 2015 GRED A 0 0.0 % 0 0.0 % GRED B 0 0.0 % 1 3.1 % GRED C 0 0.0 % 1 3.1 % GRED D 0 0.0 % 7 19.4 % GRED E 3 7.9 % 3 9.4 % GRED F 35 92.1 % 18 65.0 % PERATUS MENCAPAI 3 7.9 % 12 35.0 % TAHAP MINIMUM 35 92.1 % 18 65.0 %
  • 31. 31 e. Faedah-Faedah Lain : Murid-murid mempunyai keyakinan diri apabila mereka sudah boleh berkomunikasi dan menulis karangan Bahasa Melayu dengan baik, walaupun bukan tahap cemerlang. Saya tidak mengajar berfokuskan kepada markah pentaksiran tetapi lebih kepada menyampaikan ilmu bahasa. Apabila murid-murid mempunyai kosa kata yang banyak, secara tidak langsung mereka memahami apa-apa yang mereka baca, mereka memahami apa-apa yang mereka dengar dan akhirnya mereka merealisasikan ilmu mereka semasa menjawab soalan. Selain itu, murid-murid yang saya ajar telah menguasai ilmu ICT, mereka bijak melayari internet untuk mencari bahan, menggunakan Kamus Dewan Online, berkomunikasi melalui VLE FROG, dan bijak menguruskan masa. SUMBANGAN KEPADA KERAJAAN Melahirkan generasi yang membanggakan negara kerana mempunyai sikap 1 Malaysia. Mereka boleh berbincang, belajar, berkongsi-kongsi pendapat tanpa mengira kaum. Mereka juga pintar IT dan mampu belajar berdikari mencari bahan-bahan berbentuk ilmiah.
  • 32. 32 TEMPOH PELAKSANAAN KAEDAH 3T Saya melaksanakan Program 3T ini bermula awal Januari dan dipraktikkan sepanjang masa. Program ini berakhir pada 30 Ogos 2015 kerana murid-murid telah mula mengulang kaji sebagai persediaan PT3. Saya tidak meletakkan sasaran pencapaian keputusan PT3 sebagai hasil akhir, tetapi saya mahu anak-anak didik saya bangga apabila mereka mampu bertutur dalam bahasa Melayu sebaik mungkin.