5. ﺏ ﺳْﻢِ ٱﻟّ ﻪِ ٱﻟ ّﺣْﻤَـٰﻦِ ٱﻟ ّﺣِﻴﻢ
َﺮ َﻠَ ﺮ
ُٱﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِّ ﻪِ ﺭَ ّ ٱﻟْﻌَـٰﻠَﻤِﻴﻦ ٱﻟ ّﺣْﻤَـٰﻦِ ٱﻟ ّﺣِﻴﻢ ﻣَـٰﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ٱﻟ ّﻳﻦ ﺇِ ّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪ
َﺪِ ﻳ َﺮ َﺮ ِﻠَ ﺏ
ْﻭَﺇِ ّﺎﻙَ ﻧَ ﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ٱﻫْﺪِﻧَﺎ ٱﻟ ّﺮَ ٰﻁ ٱﻟْﻤُ ﺴْﺘَ ﻘِﻴﻢَ ﺻِﺮَ ٰﻁَ ٱّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَ ﻠَﻴْ ﻬِﻢ
َﻟ ِﺼ َﻳ
َﻏَﻴْﺮِ ٱﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْ ﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ٱﻟ ّﺎّۤﻴﻦ
ِﻀَ ﻟ
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) Engkaulah sahaja (Ya
Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat”
6.
7. Pengetahuan –
1. hal mengetahui sesuatu
2. Ilmu ~ segala yang diketahui dan akan diketahui berkenaan
dengan sesuatu hal ; di sekolah diajarkan berbagai-bagai ilmu
Pengetahuan.
Ugama – Agama
Islam – agama yang disampaikan, disebarkan oleh
Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umat manusia.
8. Penyelarasan – Menurut Kamus Dewan,perihal
(tindakan, kerja), penyesuaian :~kerja
Menurut kamus pelajar baru edisi KBSM bermaksud
penyesuaian,pemadanan.
Pengajaran -
1. perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan
dengan mengajar ( seperti cara atau sistem mengajar,
aspek-aspek yang dipentingkan dan lain-lain )
2. segala sesuatu (cara perbuatan dan lain-lain ) yang
diajarkan, ajaran
9. Mendekati –
1. pergi (datang) dekat atau kepada menghampiri ( sesuatu
atau seseorang ), merapati, datang berdekatan dengan.
2. hampir mencapai
3. mengambil langkah dan sebagainya untuk melaksanakan
tugas dan sebagainya atau masalah.
Konsep – pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu.
Rangka – rancangan yang disusun menjadi – cerita – dasar,
acuan susunan, menurut – pembangunan yang telah
dirancangkan
10. Pembangunan –
1. perihal membangun, proses membangun
(mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya.
2. Usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan
Mengembangkan)
Pendidikan – perihal mendidik
Kebangsaan –
1. yang berkaitan dengan negara secara
menyeluruh; nasional
2. Yang dijadikan sebagai lambang keperibadian sesebuah
negara seperti bahasa, pakaian dan sebagainya.
11. Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21(SPN 21)
Satu sistem pendidikan baru negara yang akan dilaksanakan pada tahun
ini.
Sudah dimulakan bagi peringkat Menengah 1 di seluruh Negara bermula
Januari 2008.
Perlaksanaan SPN 21 ini dihasratkan untuk menghasilkan generasi
terpelajar dan pemikir
SPN 21 akan dilaksanakan kepada Peringkat Sekolah Rendah, Peringkat
Sekolah Menengah dan Peringkat Vokasional atau Pengajian Teknikal.
Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 (SPN 21) ini mempunyai banyak
perbezaannya dengan Sistem Pendidikan yang lama.
12. Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 atau singkatnya SPN 21
telah diluluskan perlaksanaannya oleh Kementerian Pendidikan
SPN 21 akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Pertama ialah peringkat peralihan juga dikenali sebagai interim
atau transition stage pada pelajar Tahun 7 atau menengah 1
(sistem pendidikan lama) iaitu kumpulan pelajar yang lulus PSR
2007.
Peringkat kedua ialah peringkat rendah bagi pelajar Tahun 1 dan
Tahun 4 (Darjah 1 dan Darjah 4) pada tahun 2009.
Peringkat terakhir iaitu pelaksanaan SPN 21 diseluruh peringkat
rendah pada tahun 2011.
13. Walaubagaimanapun, persoalan masih timbul
apakah SPN-21 sudah cukup memberikan
penekanan kepada pendidikan ugama selaras
dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk
menjadikan Brunei sabagai sebuah 'Negara Zikir' di
mana rakyat yang menghuninya sentiasa
mengingat Allah dan berpegang kepada tali Allah
dalam semua aspek kehidupan mereka?
14. • Disekolah-sekolah ia juga disebut dan lebih dikenali dalam
bahasa Inggeris sebagai Islamic Religious Knowledge (IRK)
• Adalah penanaman akidah, penerapan nilai rohani,
pembentukan manusia yang mantap akidah dan sempurna
ibadahnya.
• Matapelajaran ini bermula pada tahun 1963.
• Selain itu, Pengetahuan Agama Islam(PAI) juga pernah
dijalankan tetapi pada masa kini PAI telah ditiadakan kerana
banyak yang tidak dapat membaca jawi kerana pengajaran
PAI adalah dalam tulisan jawi manakala PUI dalam tulisan
rumi.
15. Hajah Sinega Binti Haji Swadi
Ketua Unit IRK (menengah,teknikal dan vokasional)
Bahagian Institusi Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal
Ugama,
Negara Brunei Darussalam
16. Dalam SPN21 PUI memfokuskan :
•PUI menjurus kepada segi pendidikan islam.
•Berteraskan penghayatan berugama dan menghayati Islam.
•Mengkhususkan Amali.
•Pembetulan Akhlak mengenai isu sosial pada masa kini.
Dari konsep itu sudah ada menunjukkan bahawa pui itu
merangkumi semua aspek sebagai seorang muslim yang
menghayati cara hidup islam yang berlandaskan Al-qur’an
dan Hadith.
17. Isi kandungan PUI SPN21 ini telah diubah dan dipadatkan
dengan penghayatan berugama dan amali.
Komponen-komponen di dalam PUI:
Al quran – menghalusi surah2 pendek
Hadith –
menjurus kepada adat/akhlak,sosialdan pembentukan akhlak
Tauhid – mentauhidkan Allah
Sejarah – role model Khulafa Al-Rashidin dan sahabat nabi
Fiqh – lebih enjurus kepada amali – solat, mandi wajib (fardhu
Ain)
18. Kandungan kurikulum yang ada disediakan
oleh JPI memfokuskan kepada penghayatan
berugama dan amali.
Disamping itu, ia juga dipadatkan dengan isu-
isu sosial pada masa kini kerana menurut kaji
selidik yang telah dijalankan oleh Jabatan
Pengajian Islam, mereka telah mendapati
banyak yang didapati kurang penghayatan
berugama seperti tidak tahu mandi wajib,
solat, berwudhu dani lemah dari segi bacaan.
19. Dari segi penilaian dalam pengajaran PUI, pelajar-pelajar
bukan islam (non-muslims) tidak dinilai tetapi para pelajar
yang beragama Islam dinilai sepenuhnya dari segi
kesempurnaan pembelajaran menghayati ugama dan amali
sepertimana yang disediakan dalam komponen-komponen
pengajaran PUI.
20. Mencapai dan melahirkan pelajar-pelajar islam yang dapat
menghayati Islam sebagai cara hidup mengikut Al-Quran dan
Hadith
Untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan
sebuah Negara zikir.
Objektif Jabatan Pengajian Islam terhadap PUI
Agar dapat melahirkan remaja atau generasi yang akan datang
yang berkonsepkan Islam yang taat kepada agama berlandaskan
Al-Qur’an dan Hadith.
21. Di dalam SPN 21, matapelajaran PUI menjadi
matapelajaran wajib bagi murid tahun satu hingga
tahun 8
Namun setelah tamat tahun 8, murid akan dibahagikan
kepada dua program di tahun 9
Program Pendidikan Program Pendidikan
Menengah Applied Menengah General
Matapelajaran PUI hanya menjadi matapelajaran Wajib
bagi Program Pendidikan Menengah
General
22. Menurut Jabatan Pengajian Islam, sebagaimana pelancaran
SPN21 pada tahun 2008 iaitu pelancarannya bermula tahun 7
dan ia dilaratkan tahun 8 pada tahun ini.
Peringkat masa ini adalah peringkat interim (percubaan)
Pada tahun 2012,SPN ini akan dilaksanakan secara rasionalnya
dibuat sehingga tahun seterusnya iaitu tingkatan 6
SPN ini memang satu sistem pendidikan yang telah diguna
pakai oleh Brunei sehingga pada tahun ini dilaratkan kepada
tahun 4 sehingga tahun 6.
23. Jadi, PUI mengikut SPN 21 ini memanglah melibatkan semua
pihak tiada yang berkecuali termasuk sekolah rendah, sekolah
arab, kerajaan dan swasta mengikut sistem pendidikan ini.
Komiti
Jabatan Pengajian Islam telah membuat satu skim kerja yang
betul-betul mengikut sistem pendidikan Negara sehingga
tingkatan 6 masa kini. Sebab itulah, SPN 21 sudah dibuat
perlaksanaannya tahun ini dan persiapan sebenarnya telah
dibuat pada tahun 2007. Sehingga tahun hadapan, ia dinilai sebagai
Assesment Check Point iaitu Penilaian Kemajuan Pelajar
( PKP ) setakat mana tahap pelajar-pelajar boleh menjurus
kepada 2 atau 3 tahun.
24. Malah, pihak kementerian sedang dalam perancangan untuk
Mejadikan PUI sebagai subjek teras di sekolah-sekolah
Menengah. Melalui kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan
Pengajian Islam pada tahun 2007, di anggarkan sebanyak
560 orang pelajar yang keciciran penghayatan ugama dari
29,000 pelajar di sekolah-sekolah menengah di Negara Brunei
Darussalam.
Oleh yang demikian, Jabatan Pengajian Islam dan pihak
Kementerian masih dalam perlaksanaan untukmengukuhkan
Lagi status PUI dalam pendidikan di negara ini.
25. JPI telah menjalankan beberapa kursus mengenai
penghayatanberugama untuk murid-murid sekolah menengah .
Antaranya ialah Program Shababul Islam dan Al Huda Hilal
Jannah.
Kedua-dua program ini dijalankan senegara dengan memilih
murid yang kurang penghayatan berugama hasil dari kaji selidik.
Program ini mendidik pelajar-pelajar dalam pembentukan akhlak
dan penghayatan berugama. Kursus seperti ini akan sentiasa
dijalankan untuk mengurangkan pelajar yang kurang penghayatan
berugama.
26. Selain itu, matlamat,konsep dan isi kandungan PUI itu juga
banyak memfokuskan kepada penghayatan berugama dan
amali.
Ini adalah satu usaha yang baik bagi JPI untuk memperbaharui
sistem pendidikan melalui PUI disamping sama-sama
membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan
sebuah Negara zikir.
27. TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI
HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN
HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG
DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA MENYAMBUT PERAYAAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
27HB SAFAR, 1430
23HB FEBRUARI, 2009
“Kita juga alhamdulillah, telah mempunyai beberapa institusi pendidikan
tinggi, turut menikmati telekomunikasi termoden dan lain-lain lagi kemajuan.
Namun untuk merangsang pertumbuhan selanjutnya, kita juga masih perlu
untuk mempertingkat usaha bagi perubahan minda dan sikap serta
memperkukuh asas-asas moral dan etika yang baik, kearah mencapai
prestasi dan kecemerlangan bernegara.”
“Dalam pada itu, Beta ingin mengingatkan, dasar dan sistem pendidikan kita,
tidaklah boleh sama sekali membelakangi nilai-nilai kita yang murni iaitu
ugama maha suci serta adat resam bangsa yang luhur.”
28. Komiti Jabatan Pengajian Islam dan Kementerian Pendidikan
telah membuat perancangan dan masih dalam perlaksanaan
Untuk menghasilkan satu cakera pada (cd) mengenai praktikal
Amali seperti wudhu, solat, Jenazah, haji dan sebagainya.
Cakera padat ini nanti akan diagih-agihkan ke sekolah-sekolah.
Ada sebahagian sekolah telah menggunakan komputer dalam
Pengajaran IRK malah komiti Jabatan Pengajian Islam sntiasa
Berusaha dalam mengintegrasikan ICT dalam PUI
Pada tahun 2007, di sekolah menengah menteri telah dibuat
Satu projek mengenai topik-topik yang terkandung dalam PUI
dan memasukkannya menggunakan komputer untuk di jadikan
cakera padat.
29. Sebagaimana kertas kerja di kementerian pendidikan iaitu cadangan
yang telah dibuat, pelajar-pelajar tahun 9,10 dan 11 adalah
dikehandaki belajar tetapi disini tidak disyaratkan untuk mengambil
peperiksaan. Jadinya kami mengikut prosedur-prosedur ini yang
mana memanglah kami turut menyokong padu tentang sistem
pendidikan ini. Walaubagaimanapun, bagi pihak kami lebih
bersetuju sekiranya ia diperiksakan. Semua pelajar yang mengambil
IRK diperiksakan sehingga mereka mendapat sijil pada
tahap peringkat O-level ataupun yag seterusnya iaitu diperingkat
A-level.
30. Sebagai seorang guru yang mengajar subjek Pengetahuan Ugama
Islam, seharusnya tidak hanya penuh ilmu luaran atau keduniaan
malah mereka juga perlu ada ilmu mengenai aspek kerohanian yang
menjurus kepada akhirat. Ini adalah kerana ilmu islam sahaja yang
ada ilmu pendidikan rohani. Ini adalah kerana teori-teori pendidikan
yang dihasilkan oleh para tokoh barat adalah tidak lengkap. Mereka
hanya focus mengenai pendidikan duniawi tetapi jahil tentang
pendidikan rohani. Di sinilah letak kekalahan teori barat apabila
berhadapan dengan sistem pendidikn Islam
31. Oleh yang demikian,Dr Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dalam
pembentangan kertas kerja beliau dalam seminar Antarabangsa
Pengajian Tinggi Islam yang dianjurkan oleh UNISSA baru2 ini ada
menyatakan bahawa terdapat beberapa Istilah pendidik dalam
bahasa Arab yang di hubungkaitkan dengan konsep guru dalam
Islam iaitu Muddaris, Mu’allim, Muaddib, Murabbi dan Mursyid
Sejajar dengan itu, didalam SPN ini memang kita mengharapkan
Murid yang berkemampuan dalam semua bidang walaubagaimanapun,
ilmu mengenai duniawi sahaja tidak cukup tambahan lagi Negara
Brunei Darussalam pada masa ini dalam erancangan untuk
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Brunei sebagai
sebuah Negara zikir
32. Didalam SPN21 ini,Pengetahuan Ugama Islam sewajarnya menjadi
matapelajaran teras sebanding dengan matapelajaran Bahasa
Melayu, English, Matematik dan Sains.
Sebagai sebuah Negara Islam dan bakal menjadi sebuah Negara
zikir, Pengetahuan Tentang Islam ini harus diteruskan sehingga
ke peringkat tertinggi. Ini adalah kerana, agar mahasiswi/a
mempunyai latar belakang yang teguh sebagai seorang Islam.
Disamping itu, kita tidak boleh hanya mengharap pada
Universiti-unversiti Islam. Matapelajaran PUI ini dijadikan kursus
yang teras sebanding dengan MIB di universiti,maktab dan
sebagainya. Selain itu, pui juga boleh diselitkan dalam MIB atau
dipadatkan dari segi komponen Islam iaitu penghayatan berugama.
33. Sistem SPN 21 perlu dinilai semula seperti yang dibincangkan di
Froum Khas sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430 Universiti
Brunei Darussalam pada 9 Januari 2009 lalu.
Di forum tersebut Dekan Fakulti Pendidikan Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan, Haji Yahya Haji Apong
menyarankan agar SPN 21 di nilai semula dengan mengambil
kira penekanan keatas dasar pendidikkan ugama.
Beliau berpendapat Pengetahuan Ugama Islam (IRK) perlu menjadi
mata pelajaran teras dalam sesuatu sistem pendidikan bagi
mencapai hasrat membentuk quot;Modal Insan Rabbaniquot;.
quot;Namun dalam Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21),
mata pelajaran itu hanya dijadikan mata pelajaran wajib di peringkat
rendah tetapi menjadi mata pelajaran elektif di peringkat menengah
(Tahun 7, 8 dan 9)quot;.
34. quot;Jika SPN 21 itu tidak dapat dinilai semula, ia boleh menjejaskan
hasrat negara menjadikan ini sebagai Negara Zikir,quot; kata beliau.
Walaubagaimanapun, Dari sesi temubual bersama Hajah Sinega
Binti Haji Swadi iaitu pegawai pelajaran dari bahagian kenaziran
Jabatan Pengajian Islam, beliau menjelaskan bahawa mata
pelajaran PUI memang ada membuat perancangan untuk
menjadikan ia sebagai salah satu matapelajaran teras tetapi ia
masih dibincangkan.
Selain itu, beliau juga menerangkan bahawa isi kandungan
matapelajaran PUI akan sentiasa dikemaskinikan setiap tahun
atau setiap Lima tahun kerana ia berfokuskan kepada isu-isu
sosial masa kini akan tetapi jika ia masih bersesuaian ia tidak
akan diubah dan masih lagi digunakan.
35. Seperti dalam Titah Kebawah DYMM Sultan Dan Yang
DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena
merasmikan Persidangan Belia Asia Tenggara dan Pasifik
pada 18 Mac 1984).
Baginda pernah bertitah, “adalah menjadi hasrat beta dan
kerajaan beta untuk terus memelihara ajaran-ajaran Islam
menurut Ahli Sunnah Waljamaah sebagai cara hidup yang
sempurna dan segala peraturan kehidupan berasaskan ajaran-
ajaran Islam”
36. Jika dilihat dari kandungan matapelajaran PUI dan dari segi penilaian
PUI dalam pembelajaran murid ini sudah nampak bahawa
penyelarasan pengajaran PUI memang mendekati konsep Spn21.
Menurut Jabatan Pengajian Islam, isi kandungan pengajaran
Pengetahuan Ugama Islam mudah-mudahan dapat mendekati
konsep SPN 21. Dalam hal ini, skim kerja yang digunakan dapat
Diselaraskan dalam pengajaran PUI kerana topik-topik dan isi
Kandungan yang terdapat dalam pengajaran PUI sangat relevan
Dengan isu pelajar masa kini.
Dalam hal ini, Jabatan Pengajian Islam berharap
penyelarasan Pengajaran PUI dapat mencapai matlamat
untuk melahirkan para pelajar yang dapat menghayati Islam
secara menyeluruh berlandaskan Al-Qur’an dan Hadith.
37. Dengan adanya matlamat dan konsep PUI dalam sistem
SPN 21 ini, rakyat atau generasi akan datang akan dapat
keseimbangan dari segi kemahiran dunia dan ahirat. Di
dalam keseimbangan ini,kita ambil saja contoh ilmuwan
terkemuka Islam iaitu Ibnu Sina yang juga seorang pakar
perubatan, ahli faqih, ahli tasawuf, ahli falak, ahli fizik dan
juga seorang hafiz kerana beliau memiliki ilmu yang pelbagai
iaitu bukan hanya tertumpu pada keduniaan ataupun akhirat
semata-mata bahkan kedua-duanya.
Oleh itu,penyelarasan Pengajaran PUI ini sekaligus
adalah untuk membantu hasrat kerajaan untuk
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Brunei
sebagai sebuah Negara zikir.
38. Ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam sempena hari raya 'Aidiladha 1428 Hijrah yang lepas.
Baginda antara lain bertitah menekankan:
“Brunei, adalah negara yang selalu bersama-sama dengan ar-
rahman (Yang Maha Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan
zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan. Kerana itu
Allah pun, dengan Rahmat-Nya, memalingkan kita dari sebarang
kesusahan dan bencana, dari pelbagai anasir yang boleh
merosakkan keamanan.
“Beta insya-Allah, akan terus berazam untuk menjadikan Brunei
Darussalam sebuah 'Negara Zikir' yang sntiasa mengagungkan
Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan
pemeliharaan-Nya, sesuai dengan janji-Nya di dalam surah al-
Baqarah ayat 152, tafsirnya: quot;Kamu ingati aku, nescaya Aku
akan mengingati kamu pula.”
39. SEKIAN TERIMA KASIH
Penghargaan kepada :
Dyg Hjh Sinega binti Hj Swadi (pegawai pelajaran bahagian )
Ketua unit IRK (menengah , teknikal dan vokasional)
Bahagian Institusi Jabatan Pengajian Islam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam