SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 16
Downloaden Sie, um offline zu lesen
1
BBM 3104 BMK
Kuliah 2- M2 Ciri BMK
Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunkasi
Universiti Putra Malaysia
2
Pengenalan
 Penggantian Bahasa Melayu Kuno oleh
Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan
pengaruh agama Islam yang semakin
mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
 Bahasa Melayu mengalami banyak
penambahan dari segi kosa kata, struktur
ayat, dan tulisan yang seterusnya
membentuk ciri bahasa itu sendiri.
3
Kebudayaan Islam
Batu bersurat yang menggunakan tulisan Arab
berbentuk kufi:
Pekan, Pahang (1020M).
Wilayah Phanrang, Champa (1039M).
Bandar Seri Begawan, Brunei (1048M).
Bahasa Arab dengan kaligrafi niski (popular di
India pada pertengahan abad ke-13):
Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297M).
4
Contoh lain - BMK pada Batu bersurat
Abad ke-14
 Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
 a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis
dalam huruf India yang mengandungi prosa Melayu kuno dan
beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit
daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
 b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai
abjad India. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-
kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
 c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah
digunakan dalam bahasa Melayu ketika itu.
 Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14,
muncul hasil kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
5
Bahasa Melayu klasik dalam bentuk tulisan
mula pesat pada abad ke-14 dan seterusnya
 Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh
dibahagikan kepada tiga zaman penting:
- Zaman kerajaan Melaka.
- Zaman kerajaan Acheh.
- Zaman kerajaan Johor-Riau.
 Antara tokoh-tokoh penulis zaman Acheh
yang penting ialah Hamzah Fansuri,
Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin
al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
6
Ciri Bahasa Melayu Klasik – Sistem
Tulisan, Kosa Kata dan Tatabahasa
1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang
agak klise atau usang, yang kini tidak digunakan
lagi.
 Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka",
"alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat",
"maka, tatkala" dan "adapun".
 Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk
memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan
juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan.
Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak
memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat
yang sedemikian.
7
2. Struktur ayat
 Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan
beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan
kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau"
ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik
sahaja.
Sebagai contoh:
Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan
Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu,
mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada
berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.
 Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat
kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh:
Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka (HHT).
 Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat
dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep,
idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan
pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.
8
3. Bentuk pasif
 Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan,
ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang
lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek.
Sebagai contoh:
Hatta datanglah kepada suatu hari maka
Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh
Khoja Abdul Mutalib kepada mualim,
diserahkannya mengaji kepada mualim …
 Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi
seperti warna emas…
9
4. Penggunaan Partikel atau Kata Penegas
‘lah’ dan ‘pun’
 Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’.
Contoh: adapun, bertitahlah, berebutlah dsb.
- “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja
seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah
Melayu hal 55).
- Batu pun habis berpelantingan.
- Syahbandar pun turunlah.
10
5. Banyak memperlihatkan kosa kata
bahasa Arab, Sanskrit dan klasik
 Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan
bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan
Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak
menerima pengaruh daripada kedua-dua
bahasa ini.
 Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat,
wallahualam, takzim dll.
 Sanskrit: dosa, pahala, raja dll.
 Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu
manikam (batu permata) masygul (dukacita,
sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.
11
 Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan
‘sy’.(khamis, zakat, syarat…)
 Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa
tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam,
tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll.
 Dalam konteks bahasa Melayu moden pula,
pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih
lagi wujud, terutamanya dari segi kosa
katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh
bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu
meliputi pelbagai aspek, seperti
perbendaharaan kata umum, istilah, sistem
morfologi dan struktur ayat.
12
6. Bahasa Istana
 Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana".
Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan
sistem panggilannya.
Contoh: ‘sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb.
 Disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa
Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera,
yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami
oleh kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza
dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu
moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan
bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai
larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa
ilmu.
13
7. Penggunaan Kiasan, Perbandingan serta
Penggunaan Laras Bahasa Puisi
 Penggunaan kiasan dan perbandingan serta
penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun,
syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.
 Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu
lama.
 Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu
klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk
lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut
dikatakan dapat menghidupkan suasana
penceritaan.
14
8. Morfologi
 Penggunaan imbuhan.
 Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno
digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’.
Contoh berlepas, diperbuat.
15
Peranan BMK
 Peranan kebudayaan – memperkembangkan
kebudayaan Melayu Islam.
 Peranan Kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa
dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum.
 Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama,
kesusasteraan dan perundangan. Juga alat
menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara.
 Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua
franca) dan bahasa perantaraan antara para
pedagang.
16
Latihan:
a. Nyatakan ciri BMK
b. Peranan BMK
Sekian, terima kasih.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasikshuhadanawawi
 
Unsur asing dalam bahasa melayu
Unsur asing dalam bahasa melayuUnsur asing dalam bahasa melayu
Unsur asing dalam bahasa melayuIzzafiqShofi_
 
BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIK
BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIKBM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIK
BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIKNaimMustaffa
 
Unsur asing dalam bahasa melayu
Unsur asing dalam bahasa melayuUnsur asing dalam bahasa melayu
Unsur asing dalam bahasa melayuMaliaLatip
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7Mira Sandrana
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
Modul bmm3112-topik-7-iankaka
Modul bmm3112-topik-7-iankakaModul bmm3112-topik-7-iankaka
Modul bmm3112-topik-7-iankakadonnyaktuah
 
Latar belakang ejaan rumi sebelum zaman penjajahan
Latar belakang ejaan rumi sebelum zaman penjajahanLatar belakang ejaan rumi sebelum zaman penjajahan
Latar belakang ejaan rumi sebelum zaman penjajahanJampi Budul
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1Curtin University Sarawak
 
Pengenalan titas
Pengenalan titasPengenalan titas
Pengenalan titasfaizah12
 
PENGENALAN MEMODENKAN BAHASA KLASIK.pdf
PENGENALAN MEMODENKAN BAHASA KLASIK.pdfPENGENALAN MEMODENKAN BAHASA KLASIK.pdf
PENGENALAN MEMODENKAN BAHASA KLASIK.pdfnishya AHT
 
T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
 T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISANTeh Boon Siang
 
Bahasa Melayu STPM
Bahasa Melayu STPMBahasa Melayu STPM
Bahasa Melayu STPMKuro Nofu
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.jimoh370
 

Was ist angesagt? (20)

Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik
 
Unsur asing dalam bahasa melayu
Unsur asing dalam bahasa melayuUnsur asing dalam bahasa melayu
Unsur asing dalam bahasa melayu
 
BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIK
BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIKBM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIK
BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIK
 
Unsur asing dalam bahasa melayu
Unsur asing dalam bahasa melayuUnsur asing dalam bahasa melayu
Unsur asing dalam bahasa melayu
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
 
Pengantar bm kuno
Pengantar bm kunoPengantar bm kuno
Pengantar bm kuno
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
Modul bmm3112-topik-7-iankaka
Modul bmm3112-topik-7-iankakaModul bmm3112-topik-7-iankaka
Modul bmm3112-topik-7-iankaka
 
Latar belakang ejaan rumi sebelum zaman penjajahan
Latar belakang ejaan rumi sebelum zaman penjajahanLatar belakang ejaan rumi sebelum zaman penjajahan
Latar belakang ejaan rumi sebelum zaman penjajahan
 
Jejak asal usul tulisan jawi
Jejak asal usul tulisan jawiJejak asal usul tulisan jawi
Jejak asal usul tulisan jawi
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
sejarah tulisan jawi
sejarah tulisan jawi sejarah tulisan jawi
sejarah tulisan jawi
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
 
Pengenalan titas
Pengenalan titasPengenalan titas
Pengenalan titas
 
PENGENALAN MEMODENKAN BAHASA KLASIK.pdf
PENGENALAN MEMODENKAN BAHASA KLASIK.pdfPENGENALAN MEMODENKAN BAHASA KLASIK.pdf
PENGENALAN MEMODENKAN BAHASA KLASIK.pdf
 
Asgmt BMT.doc
Asgmt BMT.docAsgmt BMT.doc
Asgmt BMT.doc
 
T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
 T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
 
Bahasa Melayu STPM
Bahasa Melayu STPMBahasa Melayu STPM
Bahasa Melayu STPM
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
 

Ähnlich wie Bbm 3104 nota (1)

Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330nurulsuhada13
 
23 sept 14 TAMADUN MELAYU
23 sept 14 TAMADUN MELAYU23 sept 14 TAMADUN MELAYU
23 sept 14 TAMADUN MELAYUJasmine Mit
 
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuSejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuHaniza Abdul Rahim
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmuCikgu Naza Zaza
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAdini201550
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4Mira Sandrana
 
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasikPert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasikDeasyHidayati
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6Mira Sandrana
 
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYUArab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYUayumihanafi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Gaya bahasa pengulangan kisah nabi musa as. dalam al qurán- suatu kajian stil...
Gaya bahasa pengulangan kisah nabi musa as. dalam al qurán- suatu kajian stil...Gaya bahasa pengulangan kisah nabi musa as. dalam al qurán- suatu kajian stil...
Gaya bahasa pengulangan kisah nabi musa as. dalam al qurán- suatu kajian stil...Lentera: Jurnal Ilmu Dakwah dan Komunikasi
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3Mira Sandrana
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)peningla
 
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaSejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaAbdul Wahab
 
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Angela Pris
 

Ähnlich wie Bbm 3104 nota (1) (20)

Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
 
23 sept 14 TAMADUN MELAYU
23 sept 14 TAMADUN MELAYU23 sept 14 TAMADUN MELAYU
23 sept 14 TAMADUN MELAYU
 
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuSejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
 
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasikPert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
 
Sastra islam melayu
Sastra islam melayuSastra islam melayu
Sastra islam melayu
 
Bb
BbBb
Bb
 
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYUArab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Memahami Sastra Melayu Klasik
Memahami Sastra Melayu KlasikMemahami Sastra Melayu Klasik
Memahami Sastra Melayu Klasik
 
Gaya bahasa pengulangan kisah nabi musa as. dalam al qurán- suatu kajian stil...
Gaya bahasa pengulangan kisah nabi musa as. dalam al qurán- suatu kajian stil...Gaya bahasa pengulangan kisah nabi musa as. dalam al qurán- suatu kajian stil...
Gaya bahasa pengulangan kisah nabi musa as. dalam al qurán- suatu kajian stil...
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
sej bab 8
 sej bab 8 sej bab 8
sej bab 8
 
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaSejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
 
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
 
Sejarah aceh
Sejarah acehSejarah aceh
Sejarah aceh
 

Bbm 3104 nota (1)

  • 1. 1 BBM 3104 BMK Kuliah 2- M2 Ciri BMK Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunkasi Universiti Putra Malaysia
  • 2. 2 Pengenalan  Penggantian Bahasa Melayu Kuno oleh Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.  Bahasa Melayu mengalami banyak penambahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan tulisan yang seterusnya membentuk ciri bahasa itu sendiri.
  • 3. 3 Kebudayaan Islam Batu bersurat yang menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi: Pekan, Pahang (1020M). Wilayah Phanrang, Champa (1039M). Bandar Seri Begawan, Brunei (1048M). Bahasa Arab dengan kaligrafi niski (popular di India pada pertengahan abad ke-13): Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297M).
  • 4. 4 Contoh lain - BMK pada Batu bersurat Abad ke-14  Terdapat tiga batu bersurat yang penting:  a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India yang mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.  b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata- kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.  c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu ketika itu.  Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul hasil kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
  • 5. 5 Bahasa Melayu klasik dalam bentuk tulisan mula pesat pada abad ke-14 dan seterusnya  Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: - Zaman kerajaan Melaka. - Zaman kerajaan Acheh. - Zaman kerajaan Johor-Riau.  Antara tokoh-tokoh penulis zaman Acheh yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
  • 6. 6 Ciri Bahasa Melayu Klasik – Sistem Tulisan, Kosa Kata dan Tatabahasa 1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang, yang kini tidak digunakan lagi.  Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun".  Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.
  • 7. 7 2. Struktur ayat  Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Sebagai contoh: Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.  Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh: Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka (HHT).  Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.
  • 8. 8 3. Bentuk pasif  Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh: Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim …  Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas…
  • 9. 9 4. Penggunaan Partikel atau Kata Penegas ‘lah’ dan ‘pun’  Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’. Contoh: adapun, bertitahlah, berebutlah dsb. - “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55). - Batu pun habis berpelantingan. - Syahbandar pun turunlah.
  • 10. 10 5. Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasik  Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini.  Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll.  Sanskrit: dosa, pahala, raja dll.  Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu manikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.
  • 11. 11  Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.(khamis, zakat, syarat…)  Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll.  Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat.
  • 12. 12 6. Bahasa Istana  Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contoh: ‘sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb.  Disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.
  • 13. 13 7. Penggunaan Kiasan, Perbandingan serta Penggunaan Laras Bahasa Puisi  Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.  Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama.  Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.
  • 14. 14 8. Morfologi  Penggunaan imbuhan.  Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’. Contoh berlepas, diperbuat.
  • 15. 15 Peranan BMK  Peranan kebudayaan – memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam.  Peranan Kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum.  Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara.  Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang.
  • 16. 16 Latihan: a. Nyatakan ciri BMK b. Peranan BMK Sekian, terima kasih.