SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




  KURIKULUM BERSEPADU
    SEKOLAH RENDAH


   SUKATAN PELAJARAN




   KEMAHIRAN
HIDUP BERSEPADU

           (SEMAKAN)




 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
         KUALA LUMPUR
            Mei 2002
RUKUN NEGARA



 BAHAWASANYA             negara   kita Malaysia
 mendukung        cita-cita   hendak   mencapai
 perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
 masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
 demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
 mana kemakmuran negara akan dapat
 dinikmati bersama secara adil dan saksama;
 menjamin satu cara yang liberal terhadap
 tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
 berbagai-bagai        corak;   membina    satu
 masyarakat progresif yang akan menggunakan
 sains dan teknologi moden;

 MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
 menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
 untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
 atas prinsip-prinsip berikut:-


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN




                       i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara     Malaysia     yang   berilmu
pengetahuan,    berketerampilan,  berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.




                      ii
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr




A.     PENDAHULUAN

     Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata
     pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar
     pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam
     kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis
     dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan
     teknologi dan keusahawanan.


     Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi
     dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan
     bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan
     yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui
     pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap
     perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran.
     Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung
     ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan
     teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui
     mata pelajaran ini.


     Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada
     penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
     serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang
     Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan
     idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti
     mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk
     serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan
     seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan
     komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya
     menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin
     mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian,
     menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan
     serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan
     Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan
     semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi
     peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak.


     Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid
     memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya
     mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka.
     Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta,
     mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi
     yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga
     berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.




                                    1
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr


  Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid
  dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid
  berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti
  mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik,
  bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR
  juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan
  imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan
  menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini
  juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam
  sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang
  kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.


  Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan
  insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam
  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


B. MATLAMAT

  Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah
  untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan
  pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya
  mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan
  cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya
  kerja yang baik.


C. OBJEKTIF

  Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid :

    1.     Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan
           semasa membuat kerja
    2.     Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya
           dengan teknik yang betul
    3.     Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D
    4.     Memahami fungsi dan bentuk luaran produk
    5.     Memasang model set binaan dan mengkaji komponen
    6.     Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang
           mudah daripada pelbagai bahan kitar semula
    7.     Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik




                                  2
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr


          8.      Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada
                  alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian
                  bangunan
          9.      Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan
          10.     Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan,
                  memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran
          11.     Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta
                  mengamalkan etika perniagaan
          12.     Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan
                  berkesan
          13.     Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan
                  bertanggungjawab
          14.     Meminati bidang perniagaan
          15.     Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif
          16.       Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.


D.   ORGANISASI KANDUNGAN


     Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang
     pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan
     dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada
     beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk
     berasaskan kemahiran dan pengetahuan Deskripsi bidang
     pembelajaran dan senarai unit pembelajaran adalah seperti di
     berikut:


          1.      Reka Bentuk dan Teknologi
                  Bidang     pembelajaran     ini    bertujuan   untuk
                  membolehkan        murid    mereka     bentuk    dan
                  menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea
                  yang kreatif. Pembentukan minda yang kreatif
                  dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk
                  asas, melakar, memahami fungsi serta mereka
                  bentuk      produk      mengikut      kesesuaiannya.
                  Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan
                  komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi
                  memantap serta membentuk minda yang kreatif dan
                  inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara


                                         3
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr


        dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin
        mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri.
        Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman
        tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan
        hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan
        menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di
        tempat kerja dan pengurusan bengkel juga
        diserapkan semasa melakukan aktiviti ini.

1.1     Keselamatan dan Organisasi Bengkel

        a.      Peraturan keselamatan

        b.      Organisasi bengkel


1.2     Kreativiti dan Reka Cipta

        a.      Pengenalan kreativiti

        b.      Kajian reka bentuk dan kefungsian produk

        c.      Penyelesaian masalah

        d.      Penghasilan projek reka cipta

        e.      Pendokumentasian


1.3     Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

        a.      Mereka bentuk dan menghasilkan projek
                gabungan kayu dengan bahan kitar semula
                bukan logam

        b.      Mereka bentuk dan menghasilkan projek
                berasaskan logam dan bahan kitar semula


1.4     Elektrik dan Elektronik

        a.      Penghasilan projek elektrik

        b.      Penghasilan projek elektronik




                               4
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr


 1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan

         a.      Penyenggaraan alatan tangan

         b.      Penyenggaraan bahagian bangunan

         c.      Penyenggaraan dan membaiki kerosakan
                 pada mesin mudah

         d.      Penyenggaraan dan membaiki kerosakan
                 pada perabot

 1.6 Jahitan

         a.      Membaiki pakaian

         b.      Penghasilan artikel


 1.7 Tanaman Hiasan

         a.      Pengenalan

         b.      Pemilihan biji benih

         b.      Penanaman

         e.      Penjagaan


1.8    Ikan Hiasan

         a.      Pengenalan

         b.      Penyediaan bekas

         c.      Pengurusan


 1.9     Tanaman Sayuran

         a.      Penyediaan tapak

         b.      Penanaman dan penjagaan

         c.      Pemungutan hasil


                                5
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr


2.   Perniagaan dan Keusahawanan

     Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat
     dan     kesedaran    murid    dalam      perniagaan dan
     keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang
     diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah
     merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga
     didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga
     barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang
     bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga.

     2.1 Barang Jualan

             a.      Kumpulan sasaran

             b.      Jenis barang yang sesuai dijual

             c.      Sumber bekalan


     2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan

             a.      Membuat rancangan jualan

             b.      Menyediakan barang jualan


     2.3 Mempromosi Jualan

             a.      Promosi melalui pembungkusan

             b.      Promosi melalui poster

             c.      Promosi melalui katalog


     2.4     Mengurus Jualan

             a.      Melayan pelanggan

             b.      Mendapatkan pesanan

             c.      Menyusun atur barang




                                    6
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr


2.5     Merekod Jualan

        a.      Merekod barang

        b.      Merekod pendapatan dan perbelanjaan

        c.      Mengira untung atau rugi


2.6     Mengurus Perbelanjaan Diri

        a.      Merekod pendapatan dan perbelanjaan

        b.      Merancang perbelanjaan


2.7     Risiko Dalam Perniagaan

        a.      Risiko dan cara mengurangkannya


2.8     Sikap Pengguna Yang Bijak

        a.      Mendapatkan maklumat barang

        b.      Etika perniagaan dan hak pengguna




                               7

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pppm khb ert_ting2(terbaru)
Pppm khb ert_ting2(terbaru)Pppm khb ert_ting2(terbaru)
Pppm khb ert_ting2(terbaru)Salri Zatul
 
Pppm khb ert ting 2
Pppm khb ert ting 2Pppm khb ert ting 2
Pppm khb ert ting 2Salri Zatul
 
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2Cik Marina
 
Sukatan kh
Sukatan khSukatan kh
Sukatan khhamid
 
Pppm khb ert_ting3(terbaru)
Pppm khb ert_ting3(terbaru)Pppm khb ert_ting3(terbaru)
Pppm khb ert_ting3(terbaru)Salri Zatul
 
Pppm Kemahiran Hidup ERT Tingkatan Satu
Pppm Kemahiran Hidup ERT Tingkatan SatuPppm Kemahiran Hidup ERT Tingkatan Satu
Pppm Kemahiran Hidup ERT Tingkatan SatuCIKGU LOLITA
 
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3CIKGU LOLITA
 

Was ist angesagt? (9)

Pppm khb ert_ting2(terbaru)
Pppm khb ert_ting2(terbaru)Pppm khb ert_ting2(terbaru)
Pppm khb ert_ting2(terbaru)
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pppm khb ert ting 2
Pppm khb ert ting 2Pppm khb ert ting 2
Pppm khb ert ting 2
 
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
 
Sukatan kh
Sukatan khSukatan kh
Sukatan kh
 
Pppm khb ert_ting3(terbaru)
Pppm khb ert_ting3(terbaru)Pppm khb ert_ting3(terbaru)
Pppm khb ert_ting3(terbaru)
 
Hsp kh f3
Hsp kh f3Hsp kh f3
Hsp kh f3
 
Pppm Kemahiran Hidup ERT Tingkatan Satu
Pppm Kemahiran Hidup ERT Tingkatan SatuPppm Kemahiran Hidup ERT Tingkatan Satu
Pppm Kemahiran Hidup ERT Tingkatan Satu
 
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3
 

Ähnlich wie KHSR Kemahiran Hidup (20)

Sukatan kh
Sukatan khSukatan kh
Sukatan kh
 
Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6
 
Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5
 
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
 
Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4
 
Tajuk1 pengenalan ptv - copy
Tajuk1 pengenalan ptv - copyTajuk1 pengenalan ptv - copy
Tajuk1 pengenalan ptv - copy
 
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTVNota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
 
Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6
 
Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5
 
Hsp kh y5
Hsp kh y5Hsp kh y5
Hsp kh y5
 
Hsp kh y4
Hsp kh y4Hsp kh y4
Hsp kh y4
 
Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4
 
34462020 Ringkasan Huraian Sukatan Pelajaran K H
34462020  Ringkasan  Huraian  Sukatan  Pelajaran  K H34462020  Ringkasan  Huraian  Sukatan  Pelajaran  K H
34462020 Ringkasan Huraian Sukatan Pelajaran K H
 
Emk
EmkEmk
Emk
 
Elemen merentaskurikulum(emk)
Elemen merentaskurikulum(emk)Elemen merentaskurikulum(emk)
Elemen merentaskurikulum(emk)
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
 
1. lb & hsp khsr th6.mn
1. lb & hsp khsr th6.mn1. lb & hsp khsr th6.mn
1. lb & hsp khsr th6.mn
 
Emk
EmkEmk
Emk
 
EMK
EMKEMK
EMK
 
Dskp+rbt+thn+4+090913
Dskp+rbt+thn+4+090913Dskp+rbt+thn+4+090913
Dskp+rbt+thn+4+090913
 

KHSR Kemahiran Hidup

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (SEMAKAN) PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR Mei 2002
  • 2. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN i
  • 3. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ii
  • 4. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr A. PENDAHULUAN Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. 1
  • 5. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. B. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. C. OBJEKTIF Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid : 1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja 2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul 3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D 4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk 5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen 6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar semula 7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik 2
  • 6. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian bangunan 9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan 10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran 11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan 12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan 13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab 14. Meminati bidang perniagaan 15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif 16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. D. ORGANISASI KANDUNGAN Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran adalah seperti di berikut: 1. Reka Bentuk dan Teknologi Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. Pembentukan minda yang kreatif dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara 3
  • 7. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti ini. 1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel a. Peraturan keselamatan b. Organisasi bengkel 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta a. Pengenalan kreativiti b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk c. Penyelesaian masalah d. Penghasilan projek reka cipta e. Pendokumentasian 1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula 1.4 Elektrik dan Elektronik a. Penghasilan projek elektrik b. Penghasilan projek elektronik 4
  • 8. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan a. Penyenggaraan alatan tangan b. Penyenggaraan bahagian bangunan c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabot 1.6 Jahitan a. Membaiki pakaian b. Penghasilan artikel 1.7 Tanaman Hiasan a. Pengenalan b. Pemilihan biji benih b. Penanaman e. Penjagaan 1.8 Ikan Hiasan a. Pengenalan b. Penyediaan bekas c. Pengurusan 1.9 Tanaman Sayuran a. Penyediaan tapak b. Penanaman dan penjagaan c. Pemungutan hasil 5
  • 9. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 2. Perniagaan dan Keusahawanan Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran murid dalam perniagaan dan keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga. 2.1 Barang Jualan a. Kumpulan sasaran b. Jenis barang yang sesuai dijual c. Sumber bekalan 2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan a. Membuat rancangan jualan b. Menyediakan barang jualan 2.3 Mempromosi Jualan a. Promosi melalui pembungkusan b. Promosi melalui poster c. Promosi melalui katalog 2.4 Mengurus Jualan a. Melayan pelanggan b. Mendapatkan pesanan c. Menyusun atur barang 6
  • 10. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 2.5 Merekod Jualan a. Merekod barang b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan c. Mengira untung atau rugi 2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan b. Merancang perbelanjaan 2.7 Risiko Dalam Perniagaan a. Risiko dan cara mengurangkannya 2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak a. Mendapatkan maklumat barang b. Etika perniagaan dan hak pengguna 7