SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
Downloaden Sie, um offline zu lesen
SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

                                   BAKHIL

1-PENGENALAN TAJUK

DEFINISI:

     al-syuhh atau bakhil adalah suatu sifat menahan diri dari memberi,meskipun
     keperluan peribadi telah berjaya dipenuhi
     Juga bermaksud lokek,tangkai jering,pelit,kikir dan tamak
     Disebut dalam Surah Al-Lail,ayat ke-8 “Sebaliknya orang yang bakhil(daripada
     berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya.”

KAMUS DEWAN:

     Tidak rela memberikan atau meminjamkan barang kepunyaannya
     Popular dengan istilah “kedekut”



2-DALIL

AL-QURAN:

     Firman Allah SWT, “Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu memiliki
     perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku
     bakhil(kedekut) kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu
     bertabiat bakhil(kedekut)
     Surah Muhammad,Ayat 037, “Tabiat kamu wahai manusia)Jika Tuhan
     meminta      kepada    kamu     harta   benda    serta   mendesak    kamu
     memberikanNya,necsaya kamu kamu akan berlaku bakhil(kedekut),dan
     kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.
     Surah Al-Furqan,Ayat 067, “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah)
     yang apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas dan tiada
     bakhil(kedekut) dan (sebaliknya)perbelanjaan mereka adalah betul sederhana
     di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil )itu.
     Surah     Al-Taubah,Ayat      067,   “Orang-orang    munafik  lelaki   dan
     perempuan,setengahnya adalah sama dengan setengah yang lain;mereka
     masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari
     perbuatan       yang      baik     dan    mereka      pula   mengenggam
     tangannya(bakhil,kedekut).Mereka telah melupakan(tidak menghiraukan
     perintah) Allah dan Allah juga melupakan(tidak menghiraukan) mereka.
     Sesungguhnya orang-orang munafik itu,merekalah orang-orang yang fasik.
HADIS:

     Maksud Hadis Nabi SAW: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil yang
     bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya
     menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan
     itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan
     kelak di lehernya di hari kiamat . Dan kepunyaan Allah lah segala warisan
     (yang ada) di langit dan di bumi.”(HR Bukhari)
     Daripada Ali bin Abi Talib RA,Nabi SAW bersabda; Maksudnya: “Orang yang
     bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke
     atasku.” (Hadis Riwayat Al-Tarmizi)-sebahagian ulama mengatakan wajib
     sekali selawat pada setiap kali disebut nama Baginda. Menurut pandangan
     yang lain,wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama Baginda.
     Manakala ketika disebut nama Baginda pada kali yang lain dalam majlis itu
     maka hukumnya adalah sunat.
     Sabda Rauslullah SAW: “Orang yang bakhil jauh daripada Allah,jauh daripada
     manusia,jauh daripada syurga dan dekat dengan neraka. Orang jahil yang
     dermawan lebih disukai Allah berbanding ahli ibadah yang bakhil;penyakit
     yang paling kronik adalah bakhil.



3-HURAIAN

KESAN BERSIFAT BAKHIL:

     Dibenci Allah. Kebencian Allah ini boleh membawa kepada kesempitan dan
     kesusahan hidup nanti.
     Menampilkan suatu kebodohan.Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada
     orang yang bakhil dan kedekut.Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil.
     Oleh itu,orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan.
     Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia,terutama dalam kalangan ahli ilmu
     dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai
     dalam kalangan mereka yang sendiri.
     Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya,bahkan selepas
     kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan.
     Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya,tetapi
     akan menyumpah dan mencemuhnya.
     Mendapat celaan manusia dan seluruh isi dunia dan mendapat seksaan serta
     azab daripada Allah SWT di akhirat kelak.
CARA MENGELAKKAN BERSIFAT BAKHIL:

      Selalu mengingati kematian,menginsafi kematian orang lain dan menginsafi
      bahawa manusia tidak dapat memanafaatkan hartanya,kecuali semasa
      hidupnya. Kita harus mengurangkan kehendak sendiri, sehingga keiniginan
      untuk memperoleh harta yang banyak akan berkurangan.
      Merenungi ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang mencela sifat
      bakhil,memuji sifat dermawan,serta memberi ancaman hukuman bagi orang
      yang orang yang bakhil.
      Banyak mengambil iktibar daripada keadaan masyarakat yang
      bakhil,bagaimana orang menjauhi dan mencela mereka. Sehingga pada saat
      itu kita akan tahu hakikat perasaan orang lain terhadap diri si bakhil.
      Kita hendaklah sedar bahawa tidak ada cara lain untuk memanafaatkan harta
      kita kecuali dengan menginfakkannya ke jalan Allah.
      Selalu bersifat qonaah akan membuatkan kita tidak memerlukan sesuatu lebih
      daripada hadnya.Sedangkan menikmati kenikmatan dunia akan membuat kita
      selalu menginginkan lebih. Keadaan tidak memerlukan kelebihan lebih
      sempurna daripada keadaan yang selalu memerlukan sesuatu.



4-KISAH PENGAJARAN PADA ZAMAN NABI SAW

Muhammad Bin Yahya tergolong seorang yang kaya,tetapi kedekut. Kedekutnya
telah mencapai tahap yang maksima iaitu kedekut yang agak luar biasa sehingga
teman-teman ramai membuat bidalan mengenainya. Suatu hari seorang lelaki
melihat seorang kaum kerabat Muhammad bin Yahya memakai baju yang sudah
lusuh dan bertampal. “Apakah Muhammad Bin Yahya tidak mahu memberimu
pakaian barang sehelai apabila melihat keadaanmu seperti ini?” tanya lelaki itu
kepada saudara Muhammad Bin Yahya itu. “Engkau senang sahaja bercakap seperti
ini. Demi Allah sekiranya dia mempunyai rumah dari Baghdad hingga ke
Naubah(negeri Sudan) yang dipenuhi dengan jarum,kemudian datang Nabi Yaakub
bersama para Nabi yang lainnya dan juga para malaikat merayu kepada Muhammad
Bin Yahya agar sudi meminjam sebatang jarum kepada Nabi Yaakub untuk menjahit
baju Nabi Yusuf yang dikatakan koyak di belakangnya akibat ditarik oleh
Zulaikha,nescaya Muhammad Bin Yahya tidak mahu memberinya pinjam.
Bagaimana dia akan memberi saya sehelai pakaian sehelai pakaian secara
percuma?Mustahil!.” Jawab saudara Muhammad Bin Yahya pula.

Imam Ghazali menceritakan bahawa seseorang telah bertamu ke rumah temannya
yang terkenal bakhil.Sehingga berjam-jam dia bertamu, tapi tidak dihidangkan apa-
apa makanan,akibatnya si tetamu berasa lapar. Tiba-tiba si tuan rumah mengambil
gitar dan bertanya kepada tetamunya, “lagu apa yang engkau inginkan?”. “ Lagu
daging goreng.” Jawab tetamunya.

Más contenido relacionado

Was ist angesagt?

Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Khairul Anwar
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyarezz_ally
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn salmy1001
 
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanUzairi Azali
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh completeAngah Rahim
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyriibn3ula
 

Was ist angesagt? (20)

Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn
 
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
 
Muamalat wahidah
Muamalat wahidahMuamalat wahidah
Muamalat wahidah
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 
Syuf'ah
Syuf'ahSyuf'ah
Syuf'ah
 
Bida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakatBida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakat
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah
 
Hukum Mandub
Hukum MandubHukum Mandub
Hukum Mandub
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyri
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 

Ähnlich wie Bakhil

Aqidah Aklak kelas 5 MI sifat serakah.pptx
Aqidah Aklak kelas 5 MI sifat serakah.pptxAqidah Aklak kelas 5 MI sifat serakah.pptx
Aqidah Aklak kelas 5 MI sifat serakah.pptxBudiSetiawan240639
 
Panjang angan angan
Panjang angan anganPanjang angan angan
Panjang angan anganHelmon Chan
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercelanajikha
 
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allahErman Hidayat
 
Harta dari perspektif islam 2
Harta dari perspektif islam 2Harta dari perspektif islam 2
Harta dari perspektif islam 2Abdul Ghani
 
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaContoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaandriishaq
 
aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiah
aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiahaqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiah
aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiahR&R Darulkautsar
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiatalaulawy
 
Tasawuf warid wa khawatir
Tasawuf warid wa khawatirTasawuf warid wa khawatir
Tasawuf warid wa khawatirNur Shuhada
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiatalaulawy
 
Bahan mutivasi dan dawah Menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsu
Bahan mutivasi dan dawah Menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsuBahan mutivasi dan dawah Menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsu
Bahan mutivasi dan dawah Menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsuHelmon Chan
 
Perilaku tercela (syiril, dll)
Perilaku tercela (syiril, dll)Perilaku tercela (syiril, dll)
Perilaku tercela (syiril, dll)Nisaa Syuraih
 

Ähnlich wie Bakhil (20)

Aqidah Aklak kelas 5 MI sifat serakah.pptx
Aqidah Aklak kelas 5 MI sifat serakah.pptxAqidah Aklak kelas 5 MI sifat serakah.pptx
Aqidah Aklak kelas 5 MI sifat serakah.pptx
 
Bab x
Bab xBab x
Bab x
 
Panjang angan angan
Panjang angan anganPanjang angan angan
Panjang angan angan
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercela
 
Bab x
Bab xBab x
Bab x
 
Shodaqoh
ShodaqohShodaqoh
Shodaqoh
 
Ringkasan Materi PAI kelas 7 Bab 4 Tawadhu, Taat, Qanaah dan Sabar
Ringkasan Materi PAI kelas 7 Bab 4 Tawadhu, Taat, Qanaah dan SabarRingkasan Materi PAI kelas 7 Bab 4 Tawadhu, Taat, Qanaah dan Sabar
Ringkasan Materi PAI kelas 7 Bab 4 Tawadhu, Taat, Qanaah dan Sabar
 
Takabur
TakaburTakabur
Takabur
 
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
9 orang yang tidak akan diajak bicara oleh allah
 
Bahaya kikir
Bahaya kikirBahaya kikir
Bahaya kikir
 
Portofoli ooktober
Portofoli ooktoberPortofoli ooktober
Portofoli ooktober
 
Harta dari perspektif islam 2
Harta dari perspektif islam 2Harta dari perspektif islam 2
Harta dari perspektif islam 2
 
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaContoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
 
aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiah
aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiahaqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiah
aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiah
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
Tasawuf warid wa khawatir
Tasawuf warid wa khawatirTasawuf warid wa khawatir
Tasawuf warid wa khawatir
 
Jangan tamak
Jangan tamakJangan tamak
Jangan tamak
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
Bahan mutivasi dan dawah Menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsu
Bahan mutivasi dan dawah Menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsuBahan mutivasi dan dawah Menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsu
Bahan mutivasi dan dawah Menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsu
 
Perilaku tercela (syiril, dll)
Perilaku tercela (syiril, dll)Perilaku tercela (syiril, dll)
Perilaku tercela (syiril, dll)
 

Bakhil

  • 1. SIFAT-SIFAT MAZMUMAH BAKHIL 1-PENGENALAN TAJUK DEFINISI: al-syuhh atau bakhil adalah suatu sifat menahan diri dari memberi,meskipun keperluan peribadi telah berjaya dipenuhi Juga bermaksud lokek,tangkai jering,pelit,kikir dan tamak Disebut dalam Surah Al-Lail,ayat ke-8 “Sebaliknya orang yang bakhil(daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya.” KAMUS DEWAN: Tidak rela memberikan atau meminjamkan barang kepunyaannya Popular dengan istilah “kedekut” 2-DALIL AL-QURAN: Firman Allah SWT, “Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil(kedekut) kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil(kedekut) Surah Muhammad,Ayat 037, “Tabiat kamu wahai manusia)Jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda serta mendesak kamu memberikanNya,necsaya kamu kamu akan berlaku bakhil(kedekut),dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu. Surah Al-Furqan,Ayat 067, “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil(kedekut) dan (sebaliknya)perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil )itu. Surah Al-Taubah,Ayat 067, “Orang-orang munafik lelaki dan perempuan,setengahnya adalah sama dengan setengah yang lain;mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari perbuatan yang baik dan mereka pula mengenggam tangannya(bakhil,kedekut).Mereka telah melupakan(tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan(tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu,merekalah orang-orang yang fasik.
  • 2. HADIS: Maksud Hadis Nabi SAW: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat . Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”(HR Bukhari) Daripada Ali bin Abi Talib RA,Nabi SAW bersabda; Maksudnya: “Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.” (Hadis Riwayat Al-Tarmizi)-sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama Baginda. Menurut pandangan yang lain,wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama Baginda. Manakala ketika disebut nama Baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat. Sabda Rauslullah SAW: “Orang yang bakhil jauh daripada Allah,jauh daripada manusia,jauh daripada syurga dan dekat dengan neraka. Orang jahil yang dermawan lebih disukai Allah berbanding ahli ibadah yang bakhil;penyakit yang paling kronik adalah bakhil. 3-HURAIAN KESAN BERSIFAT BAKHIL: Dibenci Allah. Kebencian Allah ini boleh membawa kepada kesempitan dan kesusahan hidup nanti. Menampilkan suatu kebodohan.Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang yang bakhil dan kedekut.Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu,orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan. Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia,terutama dalam kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai dalam kalangan mereka yang sendiri. Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya,bahkan selepas kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan. Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya,tetapi akan menyumpah dan mencemuhnya. Mendapat celaan manusia dan seluruh isi dunia dan mendapat seksaan serta azab daripada Allah SWT di akhirat kelak.
  • 3. CARA MENGELAKKAN BERSIFAT BAKHIL: Selalu mengingati kematian,menginsafi kematian orang lain dan menginsafi bahawa manusia tidak dapat memanafaatkan hartanya,kecuali semasa hidupnya. Kita harus mengurangkan kehendak sendiri, sehingga keiniginan untuk memperoleh harta yang banyak akan berkurangan. Merenungi ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang mencela sifat bakhil,memuji sifat dermawan,serta memberi ancaman hukuman bagi orang yang orang yang bakhil. Banyak mengambil iktibar daripada keadaan masyarakat yang bakhil,bagaimana orang menjauhi dan mencela mereka. Sehingga pada saat itu kita akan tahu hakikat perasaan orang lain terhadap diri si bakhil. Kita hendaklah sedar bahawa tidak ada cara lain untuk memanafaatkan harta kita kecuali dengan menginfakkannya ke jalan Allah. Selalu bersifat qonaah akan membuatkan kita tidak memerlukan sesuatu lebih daripada hadnya.Sedangkan menikmati kenikmatan dunia akan membuat kita selalu menginginkan lebih. Keadaan tidak memerlukan kelebihan lebih sempurna daripada keadaan yang selalu memerlukan sesuatu. 4-KISAH PENGAJARAN PADA ZAMAN NABI SAW Muhammad Bin Yahya tergolong seorang yang kaya,tetapi kedekut. Kedekutnya telah mencapai tahap yang maksima iaitu kedekut yang agak luar biasa sehingga teman-teman ramai membuat bidalan mengenainya. Suatu hari seorang lelaki melihat seorang kaum kerabat Muhammad bin Yahya memakai baju yang sudah lusuh dan bertampal. “Apakah Muhammad Bin Yahya tidak mahu memberimu pakaian barang sehelai apabila melihat keadaanmu seperti ini?” tanya lelaki itu kepada saudara Muhammad Bin Yahya itu. “Engkau senang sahaja bercakap seperti ini. Demi Allah sekiranya dia mempunyai rumah dari Baghdad hingga ke Naubah(negeri Sudan) yang dipenuhi dengan jarum,kemudian datang Nabi Yaakub bersama para Nabi yang lainnya dan juga para malaikat merayu kepada Muhammad Bin Yahya agar sudi meminjam sebatang jarum kepada Nabi Yaakub untuk menjahit baju Nabi Yusuf yang dikatakan koyak di belakangnya akibat ditarik oleh Zulaikha,nescaya Muhammad Bin Yahya tidak mahu memberinya pinjam. Bagaimana dia akan memberi saya sehelai pakaian sehelai pakaian secara percuma?Mustahil!.” Jawab saudara Muhammad Bin Yahya pula. Imam Ghazali menceritakan bahawa seseorang telah bertamu ke rumah temannya yang terkenal bakhil.Sehingga berjam-jam dia bertamu, tapi tidak dihidangkan apa- apa makanan,akibatnya si tetamu berasa lapar. Tiba-tiba si tuan rumah mengambil gitar dan bertanya kepada tetamunya, “lagu apa yang engkau inginkan?”. “ Lagu daging goreng.” Jawab tetamunya.