SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
TUGASAN 2 – KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK



                                    KUMPULAN

                             UPSI-A03 ( A112PJJ )




                                PENSYARAH

                   PROFESOR DATO DR AMINAH BINTI AYOB




            NAMA                           NO. ID       NO. TELEFON



    NURHAFIZAH BINTI AJLAN              D20102040807    019-7166070

       801204-14-5448                                   019-5173776




1
ISI KANDUNGAN

 Bil                                        Topik                               Halaman
1.0    Pengenalan                                                                 3-4
2.0    Tema                                                                        4
3.0    Rasional aktiviti yang dilakukan                                           4-5
4.0    Latar belakang aktiviti yang bakal dilaksanakan                            5-11
               4.1 Matlamat Persembahan Murid (Boria)
               4.2 Selayang Pandang Persembahan Boria
               4.3 Pelaksanaan Persembahan Boria
               4.4 Teknik Persembahan
               4.5 Skrip Lagu Boria
                   4.5.1 Mesej di sebalik lirik lagu dan sketsa Boria
               4.6 Skrip Sketsa Boria
5.0    Jawatankuasa Pelaksanaan Aktiviti Boria dan Pertandingan Melukis Mural     12
6.0    Pertandingan Melukis Mural                                                13-16
              6.1 Pengenalan
              6.2 Tujuan Pertandingan Melukis Mural
              6.3 Rasional Aktiviti Pertandingan Melukis Mural
              6.4 Pelaksanaan Aktiviti
              6.5 Anggaran Kos Perbelanjaan
              6.6 Atur Cara Majlis Sambutan Hari Anti Dadah
7.0    Unsur-Unsur Kreativiti dalam Aktiviti Murid                               17-19
              7.1 Persembahan Boria
              7.2 Pertandingan Melukis Mural

8.0    Unsur-Unsur Nilai dalam aktiviti murid                                    19-21
               8.1 Memupuk Nilai Jati Diri
               8.2 Seni Lukisan Penyambung Generasi Warisan
               8.3 Pembentukan Komunikasi yang berkesan dalam kalangan murid
               8.4 Memupuk nilai kecintaan terhadap estetika Kesenian
               8.5 Menerapkan nilai positif kendiri murid
               8.6 Memupuk Nilai Kasih Sayang
9.0    Kesimpulan                                                                21-23
       Bibliografi                                                                24




2
1.0 Pengenalan

       Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan
“Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
diberikan   tanggungjawab   untuk   merancang    dan   melaksanakan    Program    Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran Utama program ialah kepada murid, guru,
kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pihak sekolah akan merancang aktiviti yang sudah pastinya
akan melibatkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping untuk
mengeratkan hubungan antara semua pihak yang menjayakan sambutan hari merdeka.
Justeru, pelbagai bidang seni kreatif akan menjadi wacana bagi menjayakan setiap aktiviti
sambutan Hari Anti Dadah

    Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong
Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah
amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya kini berdepan dengan
ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya
dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat. Selain itu,
menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini
sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh
demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang
kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan
masyarakat. Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan
Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas
Dadah” menjelang 2013. Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Anti Dadah”
merupakan kaedah terbaik penerapan nilai murni dalam diri murid. Malahan, program ini
dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya dadah kepada
mereka serta menanamkan budaya membenci dadah dalam kalangan murid-murid. Ini
merupakan antara langkah pencegahan yang terbaik bagi menyahut seruan kerajaan
supaya membenci dadah kerana dadah telah terbukti memusnahkan pemuda-pemudi
harapan negara pada hari ini.


3
Ironinya, apa yang penting dalam konteks sambutan hari Anti Dadah ialah setiap guru
akan berusaha untuk melaksanakan aktiviti seni kreatif dengan berkesan agar matlamat
sambutan Hari Anti Dadah dapat disalurkan dengan berkesan kepada murid sekolah serta
masyarakat setempat. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia memandang berat
tentang pentingnya dijalin hubungan rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya
wujudnya kesefahaman dan perpaduan kaum dalam kalangan mereka. Berkonsepkan
penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-
kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran menjadi aspirasi dalam usaha untuk menjayakan aktiviti yang dilaksanakan semasa
sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah.

    2.0 Tema:

    Tema Sekolahku Bebas Daripada Dadah adalah pemangkin ke arah usaha untuk menjauhi
dadah musuh negara yang bermula di peringkat sekolah. Dalam konteks ini, pendedahan awal
yang dilakukan akan dapat membantu murid-murid mengenal pasti bahaya dadah yang boleh
mengancam nyawa mereka. Murid-murid perlu kebal dengan maklumat yang diberi agar
mereka dapat mengelakkan ancaman bahaya dadah. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan
ini menjadi sasaran untuk terlibat. Setiap aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat membantu
murid agar tidak terjebak dengan gejala yang negatif. Faktor utama yang menentukan kejayaan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah sangat bergantung kepada komitmen murid-murid
sendiri. Komitmen murid menghayati segala nilai murni sepanjang berada di bangku sekolah
merupakan benteng yang ampuh bagi memerangi najis dadah. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti
pendidikan bukan sahaja bermatlamat membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut
membuka peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-
masing melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

    3.0 Rasional aktiviti yang dilakukan

       Rasional program sambutan ini diadakan bertujuan agar wujud kesedaran dalam
kalagan kanak-kanak betapa bahayanya dadah kepada mereka. Melalui program sebegini,
segala maklumat dapat disalurkan kepada mereka dengan lebih         berkesan. Malah aktiviti
persembahan yang diadakan sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai murni kepada mereka
untuk menjauhi dadah iaitu musuh utama negara kita. Akiviti persembahan merupakan salah
satu kaedah yang dilakukan agar murid memahami bahaya dadah.



4
Bagi memeriahkan sambutan hari Anti Dadah, jawatankuasa persembahan telah
merancang untuk menganjurkan beberapa aktiviti bertujuan menjayakan program sambutan
Hari Anti Dadah. Selain menyemaikan nilai murni dalam diri murid-murid, murid-murid dapat
belajar tentang teknik persembahan daripada guru-guru yang berpengalaman. Dua aktiviti yang
bakal dijalankan semasa sambutan hari kemerdekaan ialah persembahan boria dan
pertandingan melukis mural anti dadah. Apa yang penting, kedua-dua aktiviti ini sudah pastinya
akan menyemarakkan lagi sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah. Ini mendorong mereka
untuk berlatih dengan lebih gigih agar dapat melaksanakan persembahan dengan jayanya.
Sudah pastinya ini akan membentuk sikap murid-murid menjadi lebih berdisplin dan rajin dalam
merealisasikan impian. Apa yang paling penting, guru berjaya mengaplikasikan kemahiran
murid dalam seni kreatif untuk menjayakan setiap persembahan yang diadakan di samping
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid untuk menjadi insan yang cemerlang, kreatif dan
inovatif.

        Ironinya, aktiviti sebegini dapat meningkatkan keyakinan murid serta motivasi murid
untuk lebih berjaya. Tambahan pula, murid merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk
masa depan negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi
negara. Sementelahan pula, murid adalah golongan yang mempunyai potensi untuk
dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang
dinamik dan progresif. Signifikasinya, aktiviti persembahan dalam kalangan murid dapat
membentuk kekuatan dalaman para murid seperti daya juang, ketahanan dan
keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui aktiviti
persembahan guru yang dilaksanakan dengan terancang dan bersepadu. Dalam pada itu,
kreativiti murid sudah pastinya dapat dibangunkan melalui kemahiran yang diluahkan dalam
bentuk persembahan boria dan pertandingan melukis mural.




4.0 Latar belakang Persembahan Murid (Boria)

        4.1 Matlamat Persembahan Boria


                  4.1.1   meningkatkan keyakinan murid untuk melakukan persembahan boria
                          bersama rakan-rakan di samping melatih mereka agar lebih
                          bersemangat dalam melakukan sesuatu tugasan.



5
4.1.2   Mendedahkan      kepelbagaian   kebudayaan    kepada    murid-murid
                          sekolah rendah untuk diaplikasikan dalam persembahan mereka
                          seperti persembahan boria yang hanya didominasi oleh masyarakat
                          Pulau Pinang.
                  4.1.3   Mewujudkan permuafakatan dan kerjasama dalam satu kumpulan
                          persembahan.
                  4.1.4   Mendorong guru untuk mendidik serta membimbing dengan lebih
                          gigih.
                  4.1.5   Menerapkan nilai murni dalam diri peserta dalam usaha mengekalkan
                          warisan budaya Malaysia
                  4.1.6   Memupuk perpaduan antara kaum dalam persembahan boria apabila
                          kaum lain turut diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan
                          aktiviti persembahan ini.
          4.2 Selayang Pandang Persembahan Boria

       Secara umumnya, persembahan boria menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan
atau sketsa, tarian (para sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yang
dikenali sebagai Tukang Karang. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria
tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa
irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat
muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih
banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin menarik persembahan tersebut. Di antara
alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang,
akordion, harmonika dan lain-lain (Sumber Laman Web Warisan Boria).


          4.3 Pelaksanaan Persembahan Boria


       Mesyuarat pelaksanaan program Hari Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan
sebanyak 2 kali dengan penglibatan semua guru. Dalam mesyuarat pertama yang diadakan
untuk melaksanakan program Hari Anti Dadah, dua aktiviti telah dipilih hasil perbincangan
bersama iaitu persembahan boria dan juga pertandingan melukis mural. Ironinya, menjadi
harapan semua guru agar aktiviti yang diadakan dapat menyemaikan nilai-nilai murni dalam
kalangan peserta. Malahan, apa yang penting generasi muda khususnya murid-murid sekolah
juga berpeluang untuk menceburi aktiviti yang menguji kemahiran dan keyakinan murid ketika



6
berhadapan dengan audien. Melalui mesyuarat tersebut, dua buah Ahli Jawatankuasa Kerja
telah dibentuk untuk melancarkan setiap aktiviti.

        Dalam konteks ini, persembahan boria menjadi wadah dalam menyampaikan saluran
bermesej kepada penonton tentang peristiwa-peristiwa penting tentang bahaya dadah kepada
masyarakat. AJK guru persembahan boria bekerjasama dengan murid untuk menyiapkan lirik
lagu dan teks sketsa tentang kepentingan mengamalkan hidup sihat tanpa dadah. Apa yang
menarik dalam persembahan boria ini apabila guru telah membuka peluang kepada murid
berlainan kaum untuk menyertai persembahan ini. Pelaksanaan misi Kementerian Pelajaran
Malaysia sudah pastinya tercapai untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam
kalangan murid sekolah melalui aktiviti persembahan yang dilaksanakan.

       Para peserta yang dipilih dalam kalangan murid perempuan tahun enam dan lima terdiri
daripada 20-30 orang murid termasuk peserta skesta (lawak jenaka). Pelakon Sketsa seramai
10 orang iaitu 2 orang memegang watak rakan baik, 3 orang murid memegang watak utama
sebagai rakan penagih dadah dan 5 orang watak tambahan sebagai guru, guru besar dan murid
di sekolah. Sketsa berlatar belakangkan situasi persekolahan antara murid dan guru. Sketsa
bertajuk Jangan Kawan Dadah Bahaya yang mengisahkan seorang rakan yang berusaha
membantu rakannya yang hampir terjebak dengan bahaya dadah. Masa persembahan selama
15 minit untuk persembahan sketsa dan 10 minit untuk persembahan nyanyian. Latihan dibuat
setiap petang selama 1 jam setengah dibawah bimbingan Puan Syarifa Norniza dan Puan
Norsiti. Pemilihan peserta dan latihan murid telah diadakan seawal 3 minggu sebelum
persembahan kemuncak sambutan Hari Anti Dadah.

       Bahagian yang kedua dalam persembahan boria terdiri daripada lagu vokal dan tarian
yang berulang-ulang. Bahagian ini dimainkan oleh korus dan seorang penyanyi, iaitu seramai
20 orang peserta. Peserta korus juga menari dan mereka ini digelar kelasi atau sailor,
sementara penyanyi solo atau ketua penyanyi dikenali sebagai tukang karang. Tukang karang
ini berdiri di pentas di hadapan mikrofon, manakala korus mengkehendaki penari berdiri
berbaris-berbaris di belakang tukang karang. Bahagian kedua persembahan boria ini bermula
dengan muzik instrumental oleh pancaragam yang menghasilkan lagu tertentu yang
berasaskan irama dan rentak cha-cha, rhumba atau tarian popular Barat yang lain. Serentak
dengan muzik insrumental ini tukang karang menyanyikan senikata rangkap pertama. Rangkap
ini berstruktur 4 baris senikata dengan skema rima tertentu yang tetap misalnya rangkap



7
pertama dengan skema a,a,a,a dan rangkap kedua dengan skema b,b,b,b dan seterusnya.
Misalnya:




Assalamualaikum kami ucapkan,

Kepada anda semua rakan dan taulan;

Boria Anti Dadah Kami Persembahkan,

Agar Semua mendapat tauladan.


EE..HAA!!!

            4.4 Teknik Persembahan

       Rangkap yang dinyanyikan oleh tukang karang diiringi oleh minus one yang disediakan
oleh guru dan pada waktu yang sama korus/penari mula bergerak dengan langkah-langkah
tarian tertentu. Korus/penari biasanya akan bergerak serentak. Apabila tukang karang selesai
menyanyikan rangkap pertama, korus akan mengulangi seni kata dan melodi rangkap itu sambil
menari mengikut rentak lagu. Selepas itu, tukang karang akan menyanyi rangkap kedua pula
sementara korus, penari terus menari. Tukang karang dan korus/penari berselang-seli begini
sehingga 12 -20 rangkap dinyanyikan. Tema seni kata semua rangkap bertumpu kepada tema
utama cerita persembahan boria iaitu Jangan Kawan, Dadah Bahaya.

       Peranan Tukang Karang adalah penting dalam menyampaikan lagu. Tukang Karang
bukan sahaja dipilih berdasarkan suaranya yang merdu tetapi apa yang lebih penting ialah
mahir menyampaikan lagu. Hal ini demikian kerana seorang tukang karang yang baik mesti
berupaya membawakan lagu dengan sempurna, lantang dan terang. Keupayaannya untuk
memilih perkataan yang sesuai terutama untuk memuji perasmi jemputan adalah sesuatu yang
sangat diharapkan untuk memancing derma yang lebih. Sebab inilah tukang karang menjadi
nadi penggerak untuk sesebuah kumpulan boria. Pakaian tukang karang juga agak istimewa
daripada ahli-ahli lain dalam kumpulan. Guru mereka khas pakaian tukang karang agar
kelihatan menarik dan memukau para penonton.

8
Guru persembahan telah menyediakan Hand – Props yang akan digunakan semasa
 persembahan dan bersesuaian serta tidak mengganggu gerak tari. Contoh props yang sesuai
 digunakan adalah payung yang dihias, bendera, bunga manggar dan alatan ringan yang lain
 seperti gendang dan sebagainya. Dalam konteks penyediaan bahan, guru dan murid-murid
 bekerjasama menyiapkan props yang dihias agar kelihatan lebih menarik. Kepelbagaian warna
 digunakan untuk menjadikan prop dengan lebih ceria dan cantik. Pakaian semasa
 persembahan adalah berdasarkan kepada kreativiti guru dan yang paling penting adalah
 bersopan serta sesuai dengan lagu, tema dan jalan cerita persembahan sketsa dan rangkap
 boria itu sendiri.

         Guru persembahan dibantu oleh guru muzik menyediakan material untuk kostum yang
 berunsurkan budaya Malaysia pelbagai kaum. Perhiasan kepala (head gear) turut digunakan
 bersesuaian dengan persembahan boria seperti tarbus, songkok dan hiasan lain yang
 bersesuaian. Manakala Sailor dan Tukang Karang berpakaian sama konsep tetapi Tukang
 Karang digalakkan memakai pakaian yang lebih menonjol. Sailor akan memegang props
 semasa persembahan asalkan tidak mengganggu pergerakan tarian manakala Tukang Karang
 harus memegang tongkat kerana ianya adalah identiti Tukang Karang persembahan Boria
 Pulau Pinang dengan gerakan memusing-musing tongkat pada ketika yang sesuai.

             4.5 Skrip Lagu Boria


Assalamualaikum kami ucapkan,
Kepada anda semua rakan dan Taulan;                Jangan bermain ditengahari
Boria Anti dadah kami Persembahkan,                Terik mentari pasti tak tahan
Agar semua mendapat Tauladan.                      Pujukan teman-teman kita jauhi
                                                    Jika najis dadah menjadi pilihan
Banyak bermain terasa letih
Tumpuan diberi pada pelajaran                      Wahai dadah kau sungguh durjana
Mari kawan-kawan dengar celoteh                    Jangan sekali kita mencuba
Boria SKDK buat persembahan                        Nikmatnya hanya untuk sementara
                                                   Apa yang pasti hidup merana
Untuk berjaya bukanlah mudah                       AMBOI
Rajin berusaha membaca buku                        Ulang
Wahai teman-teman jauhi dadah
Pasti hidupmu sejahtera selalu
Ulang
 9
Para pengedar mencari mangsa
                    Pasti terjebak jika kita terleka
                    Hidup bagai bangkai yang bernyawa;
                    Musnah Negara Musnahlah Agama.


                    Ulang
                    Berakhir sudah ini persembahan,
                    Salah dan silap harap dimaafkan,
                    Celoteh ini sekadar pedoman;
                    Ambil iktibar selamatkan wawasan.
                    PEEIIWET




                  4.5.1   Mesej di sebalik Lirik Lagu dan Skrip Sketsa

         Lagu boria dan skrip persembahan sketsa ini merupakan ilham daripada Encik Abdul
Rani bin Harun digubah oleh Puan Syarifah Norniza binti Syed Othman agar bersesuaian
dengan persembahan peringkat sekolah rendah. Tambahan, Puan Syarifah Norniza binti Syed
Othman merupakan jurulatih pertandingan boria peringkat sekolah-sekolah rendah di Negeri
Kedah. Rangkap boria ini dihasilkan bersama para peserta yang terlibat dalam persembahan
boria.

         Mesej yang ingin disampaikan adalah tentang bahaya dadah kepada generasi cilik.
Mereka juga perlu sedar bahawa amalan merokok adalah punca utama kepada masalah dadah.
Justeru perkara sebegini perlu dielakkan sementelahan pula ramai murid-murid sekolah pada

10
masa kini terjebak dengan gejala merokok. Semasa persembahan lakonan, beberapa model
dicipta agar murid tahu apa fungsi model-model itu dengan bahaya dadah. Model-model seperti
punting rokok, kubur, model dadah dan model picagari menjadi daya penarik kepada para
penonton. Ini memantapkan lagi persembahan sketsa dan juga persembahan boria. Apa yang
paling penting dalam penghasilan rangkap boria ialah ditamatkan dengan ucapan terima kasih,
pengunduran diri, memohon kemaafan sekiranya persembahan Boria mereka menyentuh atau
mengguris perasaan penonton. Ironinya, rangkap boria diselitkan dengan nilai dan pengajaran
yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang nilai kemasyarakatan
yang perlu diamalkan agar kita dapat hidup dalam kerukunan dan keamanan.

           4.6 SKRIP SKETSA BORIA
Suatu petang yang cerah, Roslan dalam perjalanan untuk menghadiri kegiatan ko-kurikulum
yang diadakan di sekolahnya. Dalam perjalanan tersebut, seorang pemuda yang tidak
dikenali menghampiri lalu menyapanya
       Taib          : Adik hendak pergi ke mana?
       Roslan        : Saya hendak pergi ke sekolah.
       Taib          : Adik boleh tolong abang tak?
       Roslan        : Tolong apa bang? Saya hendak ke sekolah ini.
       Taib          : Boleh tolong berikan bungkusan ini tak?
       Roslan        : Kepada siapa bang?
       Taib          : Abang Nazri, penjual air di depan sekolah adik itu.
       Roslan        : Tidak bolehlah bang. Saya hendak cepat. Kalau lambat nanti cikgu Rokiza
                        marah.
       Taib          : Bolehlah dik. Tolong abang. Nanti abang bagi upahnya.
Roslan pun mengambil bungkusan tersebut.

Suasana di sekolah
        Roslan       : Kawan-kawan, hari ini aku akan belanja kamu semua.
        Raju         : Wah, Roslan, banyaknya kau bawa makanan hari ini!
        Cheong       : Betullah. Mana kau dapat duit untuk membeli makanan sebanyak ini?
Roslan berasa gembira mendengar kata-kata daripada kawan-kawannya. Dengan rasa
bangga, Roslan menunjukkan beberapa keping wang kertas RM10 kepada kawan-kawannya.
Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka sedang diperhatikan oleh Cikgu Rokiza, Guru
Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Cikgu Rokiza memanggil Roslan dan kawan-kawannya.
        Cikgu Rokiza : Hei, kamu! Mengapa kamu masih tidak masuk ke kelas lagi? Mari sini.
Roslan dan kawan-kawannya berasa takut. Dengan perasaan takut dan serba salah, Roslan
menceritakan segala-galanya kepada Cikgu Rokiza. Curiga dengan cerita tersebut, Cikgu
Rokiza meminta Roslan menyerahkan barang yang dimaksudkan kepadanya. Cikgu Rokiza
segera membuka bungkusan tersebut dan mendapati terkandung pelbagai jenis pil yang
berwarna-warni. Cikgu Rokiza telah berbincang dengan Guru Besar dan mereka bersetuju
untuk menghubungi pihak polis cawangan Narkotik.
Tidak lama kemudian, pihak polis pun sampai ke sekolah. Pihak polis telah membuat
pemeriksaan ke atas barang yang dibawa oleh Roslan tadi.
        Cikgu Rokiza : Roslan, adakah awak tahu apakah kandungan bungkusan yang awak bawa
                      tadi?
        Roslan       : Saya tidak tahu cikgu. Saya hanya membawa bungkusan ini sahaja.
        Cikgu Rokiza : Bungkusan tadi itu sebenarnya mengandungi dadah. Mujur awak belum
                       menyerahkan bungkusan tersebut.
11      Roslan       : Saya minta maaf cikgu. Saya benar-benar tidak tahu.
        Cikgu Rokiza : Lain kali, awak perlu berhati-hati. Jangan mudah percaya kepada seseorang
                     yang tidak dikenali dan awak juga tidak boleh menerima pemberian orang
                     sesuka hati. Kamu perlu tahu kesan dadah kepada kamu.
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN AKTIVITI BORIA DAN PERTANDINGAN MELUKIS
                              MURAL

PENGERUSI           : EN OTHMAN BIN MD ALI PJK

                      (GURU BESAR SKKS)

TIMB.PENGERUSI      : PN HASNAH A/P BAH SHADAT

                       (GURU KANAN HEM)

NAIB PENGERUSI     : EN MOHD MAHADHIR BIN MOHD SHAFIE

                      (GURU KANAN KO-KURIKULUM)



SETIAUSAHA          : PN NURHAFIZAH BINTI AJLAN

NAIB SETIAUSAHA     : CIK HINTHUMATHY A/P KALIAPPAN

                            PENGURUS PROJEK

                         PERSEMBAHAN BORIA         :

                       PUAN NURHAFIZAH BINTI AJLAN

                         PERTANDINGAN MURAL :

                          PUAN NOOR A/P DOLLAH

                     AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

                          PERSEMBAHAN BORIA :

                       PUAN NURHAFIZAH BINTI AJLAN

                  PUAN NUR ALINA SYUHADA BINTI AB RAHIM

                      PERTANDINGAN MELUKIS MURAL

                     EN AMIRUDDIN BAKI BIN HASHIM PJK

                         EN NOR ARIFF BIN ISMAIL



12
6.0 Pertandingan Melukis Mural

       6.1 Pengenalan

       Program Projek Khas pertandingan Melukis Mural ini adalah satu projek untuk memberi
ilmu kepada murid secara santai dan berseronok tetapi memberikan impak yang sangat besar
kepada iman pelajar dan pengaruh kata-kata tersebut adalah satu pendekatan untuk mendekati
pelajar dan di samping pendedahan tentang bahaya rokok,dadah dan sekutunya.

       Pertandingan ini dijalankan dengan melukis mural di dindind-dinding, bangunan sekolah
seperti lorong-lorong antara bangunan sekolah, tangga dan kawasan sekolah yang mana ia
merupakan tempat murid-murid dan guru-guru lalu-lalang. Mural ini dilakukan murid-murid dan
dibantu oleh guru-guru yang mahir dalam lukisan atau mural. Dengan ini penyebaran maklumat
mengenai bahaya dadah akan dapat disebar di samping dapat memupuk persaingan yang sihat
dalam kalangan murid. Ternyata aktiviti pertandingan melukis mural adalah sebagai satu inisiatif
sekolah ini bagi mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada ancaman dadah
seterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat di samping mencungkil bakat kreatif
dalam kalangan murid.

6.2 Tujuan pertandingan melukis mural adalah untuk:

6.2.1 meningkatkan pengetahuan kemahiran melukis yang bertema di samping mencungkil
      serta mengasah bakat seni lukis dalam kalangan kanak-kanak

6.2.2 memberi pendedahan kepada murid untuk lebih berminat dalam aktiviti seni kreatif serta
      menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti pertandingan

6.2.3 membentuk kreativiti murid dalam menggunakan IQ mereka terhadap rekaan dan
       ciptaan mereka sendiri.

6.2.4 meningkatkan keyakinan diri dalam menghasilkan sesuatu karya kreatif di samping
       mewujudkan persaingan yang sihat antara murid.

6.2.5 meningkatkan keyakinan dan kendiri murid dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif.


13
6.3 Rasional aktiviti pertandingan melukis mural

       Pertandingan melukis mural adalah salah satu cabang seni dan budaya dalam
penghasilan seni kreatif. Ia perlu sentiasa dipelihara dan diperkembangkan setiap masa.
Ternyata institusi pendidikan perlu memainkan peranan penting untuk memberi galakan kepada
murid-murid yang meminati bidang seni visual. Ironinya, pendidikan Seni Visual mempunyai
potensi masa depan yang baik untuk murid di samping memupuk keperibadian yang halus,
mulia dan mencintai keindahan serta menghargai keunikan kejadian alam ciptaan Tuhan.
Sementelahan pula, pertandingan yang diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan
persaingan yang sihat antara murid-murid sekolah rendah di samping untuk menanam
perasaan cinta akan kesenian dan mewujudkan perasaan ingin mencuba menghasilkan sebuah
karya kreatif. Malahan, melalui aktiviti mereka cipta dapat mencungkil bakat kreativiti dalam diri
mereka.

       Ternyata aktiviti ini banyak mendatangkan kesan yang positif terhadap perkembangan
kognitif murid-murid di samping memberi pendedahan kepada murid untuk untuk menggunakan
kreativiti masing-masing di samping memupuk minat yang mendalam di dalam mata pelajaran
pendidikan seni visual. Di samping itu juga, ia mampu untuk menerapkan nilai pelbagai
pengetahuan serta mengukur kemampuan dalam aspek mereka corak dan mencipta sesuatu
dengan menggunakan kreativiti sendiri dengan pelbagai bahan. Penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum akan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk membina perkembangan
mental dan juga seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mengeratkan
silaturahim antara peserta dan guru yang terlibat.

6.4 Pelaksanaan Aktiviti:

       Penyertaan terbuka kepada semua murid SK Sungai Lalang dari tahun 1 sehingga
tahun 6 di bawah bimbingan setiap guru. Penyertaan adalah berdasarkan kepada pembentukan
kumpulan 5 sehingga 6 orang. Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Sivik dan
Kewarganegaan dengan kerjasama Panitia Seni Visual. Para peserta akan diberi taklimat

14
pertandingan sebelum pertandingan bermula. Pertandingan melukis mural diadakan selama 2
minggu bermula dari 18 Jun sehingga 29 Jun 2012. 3 karya terbaik dari setiap tahun sebagai
pemenang. Jawatankuasa kerja bagi menguruskan aktiviti pertandingan ini telah dilantik di
bawah naungan penasihatnya iaitu Guru Besar. Pihak sekolah juga menawarkan hadiah yang
menarik kepada para pemenang. Lukisan mural di dinding sudah pastinya akan menjadi
inspirasi kepada murid lain untuk menyertai sebarang pertandingan di sekolah. Peri pentingnya
karya murid ini ialah dapat meningkatkan motivasi yang tinggi kepada para peserta dan berasa
lebih yakin untuk mengorak langkah dalam bidang seni lukisan sama ada di peringkat sekolah
mahupun di peringkat negeri.

6.5 Anggaran Kos Perbelanjaan untuk Pertandingan Melukis Mural.


          Kedudukan            Bilangan            Harga
              1                    6              RM 20.00       RM 120.00
              2               6                   RM 10.00       RM 60.00
              3               6                   RM 8.00        RM 24.00
                    JUMLAH KESELURUHAN                           RM 224.00




                  6.6 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI ANTI DADAH

                                     Atur cara Majlis

                             18 -29 Jun : Pertandingan Mural

                                1 Julai 2012 (Pelancaran)

7.30 pg       : Kata alu-aluan Pengerusi Majlis

7.35 pg       : Bacaan Doa

7.45 pg       : Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS) & AJK OPS PPDa.

8.10 pg       : Ucapan Guru Kanan Hem

8.20 pg       :Ucapan perutusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

8.40pg : Pelancaran Sambutan Hari Anti Dadah Kebangasaan. (GB SKTD)

8.40 pg       :Bacaan Ikrar Anti Dadah

8.45 pg       :Sketsa dan Boria “Jangan Kawan, Dadah Bahaya”

15
9.15 pg       :Nyanyian lagu Anti Dadah

9.30 pg       :Ceramah Anti Dadah

10.30pg       :Penyampaian Hadiah Pertandingan Lukisan Mural

10.30 pg      :Penutup
             Dibuka kepada semua pelajar dari tahun 1 hinggalah ke Tahun 6 di bawah
Beberapa syarat dan peraturan pertandingan melukis mural telah ditetapkan seperti berikut:
             bimbingan setiap guru.
              Peralatan melukis mural disediakan oleh Panitia Seni Visual.
              Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
              Lukisan mural hendaklah berkaitan dengan tajuk dalam usaha untuk
              menonjolkan bahaya dadah.
              Antara kata-kata yang terdapat pada mural tersebut adalah:

              1 MALAYSIA BANTERAS DADAH

              APA YANG INDAH TIDAK SELALU BAIK, TETAPI APA YANG BAIK
              SELALU INDAH

              MASYARAKAT MADANI BEBAS DADAH

              MEMBESAR TANPA DADAH

              DADAH ITU NAJIS, NAJIS ITU KOTOR

              JAUHI ROKOK, MUSUHI DADAH

              UNTUK BERJAYA SAYA MESTI BERUBAH

              HIDUP CERIA TANPA DADAH

              DADAH PEMBUNUH

              KEMANTAPAN IMAN, BENTENG KUKUH NENOLAK DADAH

              DADAH DURJANA KAU PENGHANCUR BANGSA

              DATANG TANPA ROKOK, PULANG TAK NAK ROKOK

              CERIAKAN HIDUP ANDA TANPA DADAH

              SEKOLAH BEBAS DADAH 2O12

16
7.0 Unsur-Unsur Kreativiti Dalam Aktiviti Murid

       7.1 Persembahan Boria
       Sudah pastinya boria menjadi persembahan yang dinantikan oleh setiap penonton
semasa sambutan perayaan di sekolah. Terdapat pelbagai unsur terdapat dalam boria seperti
sketsa, nyanyian, lawak jenaka dan tarian yang menjadikan persembahan ini lebih kreatif.
Malahan penghasilan rangkap pantun juga mempunyai unsur kreativitinya tersendiri. Rangkap
pantunnya lebih menjurus kepada isu-isu yang berlaku dalam masyarakat ketika ini. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa boria kini menjadi satu persembahan yang diminati oleh setiap
murid. Lakonan dalam boria menampilkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa dan
terkini. Namun demikian untuk pendidikan, boria lebih bersandarkan kepada tema yang
ditetapkan. Ini jelas menunjukan, boria juga merupakan satu medium hiburan yang mempunyai
mesej dan sensitiviti tersendiri. Apabila lakonan berakhir, muzik, nyanyian serta tarian akan
menyusul bagi melengkapkan persembahan. Ketua penyanyi di dalam boria atau lebih dikenali
sebagai tukang karang akan masuk ke pentas sambil memusingkan 'baton' dan juga
mendahului kelas penari dan penyanyi latar. Manakala para kelasi pula akan menari serentak
dan seragam dengan langkah - langkah tertentu mengikut formaliti langkah tari boria yang
sememangnya telah ditetapkan. Pola lantainya adalah ditentukan oleh sesebuah kumpulan
boria dengan kreativiti tersendiri. (Rujukan Laman Web).

       Unsur kreativiti juga dapat dilihat dalam rangkap borio di mana setiap baris berakhir
dengan unsur yang sama iaitu a,a,a,a. Penghasilan rangkap boria ini meningkatkan kemahiran
murid berfikir untuk membina setiap rangkap boria menepati tema yang ditetapkan. Malahan,
unsur-unsur jenaka dapat diselitkan di dalam setiap rangkap tersebut. Rangkap yang dihasilkan
di dalam boria jelas membuktikan betapa kreatifnya murid dan ini menjelaskan kepada semua
masyarakat bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dalam menghasilkan sesuatu karya
seperti yang dinyatakan oleh Gardner dalam teorinya.

       Murid-murid juga berpeluang untuk membantu guru menyiapkan prop dan pakaian untuk
boria. Murid-murid juga dapat meneroka laman web untuk mencari maklumat tentang boria.
Malahan murid dapat belajar untuk membina gerakan dan tarian berdasarkan kreativiti mereka.


17
Justeru, persembahan boria bukan sahaja membantu murid meningkatkan daya kreativiti
mereka sebaliknya menjadikan mereka lebih berkeyakinan untuk menghasilkan idea yang lebih
kreatif.    Sewajarnya, boria di peringkat sekolah bukan sahaja dijadikan sebagai persembahan
sebaliknya diterapkan dalam mata pelajaran muzik. Murid-murid akan didedahkan dengan
pelbagai ilmu tentang boria seperti sejarah, gerakan dan tarian yang ada dalam persembahan
boria. Sudah pastinya warisan boria akan dikekalkan dan dipelihara dalam kesenian dan
kebudayaan di Malaysia. Malahan, bukan sahaja negeri Pulau Pinang mendominasi boria,
sebaliknya boria akan diperluaskan ke serata negeri sehingga ke negeri Johor. Ternyata, seni
persembahan boria ini membantu guru untuk memupuk kreativiti dalam kalangan kalangan
murid. Dengan dorongan dan sokongan, pihak sekolah sudah pastinya akan sentiasa memberi
murid-murid galakan dan sokongan supaya murid-murid lebih kreatif dan inovatif.



           Ironinya, “Dalam pendidikan, murid-murid tidak hanya menerima pengetahuan
semata-mata, tetapi mereka seharusnya dapat dengan jelas , objektif, kreatif , rasional
dalam semua situasi.”        Tuntasnya penggunaan irama dalam boria juga perlu didedahkan
dalam pengajaran dan pembelajaran muzik supaya dapat menarik minat murid-murid untuk
menyertai aktiviti yang dijalankan. (Mohd Azhar Abdul Hamid:2004). Sementelahan pula ini
akan menjadikan murid lebih aktif serta kreatif dalam melakukan aktiviti yang dirancang oleh
guru khususnya dalam bidang muzik. Di samping itu, murid juga berpeluang mencipta aktiviti
dan pergerakan sendiri.




           7.2 Pertandingan Melukis Mural

           Kreativiti murid dapat dibina melalui pertandingan melukis mural sempena hari anti
dadah. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan yang disediakan.
Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung
dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat
dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan
dalam penghasilan seni pada masa akan datang.



18
Dalam menghasilkan karya seni, mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan
berminat dengan subjek seni itu. Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni
dalam pendidikan sudah pastinya dapat membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diri
dengan cara memberikan peluang kepada murid untuk membuat kajian, catatan, pemerhatian,
penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan
imaginasi, di samping dapat merangsang deria murid untuk memahami pengajaran yang
disampaikan dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokan dan kondusif malah dapat meningkatkan interaksi antara mereka.



       Justifikasinya, murid yang menyertai aktiviti lukisan dalam suasana keriangan dan
keseronokan sudah pastinya bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain
terhadap dirinya. Oleh sebab itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya
dapat menjami keberkesanannya. Ternyata, aktiviti melukis mural ini dapat meningkatkan dan
membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti
melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-
bahan lukisan seperti pensel, pen, pensel warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya
suka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses
pembelajaran bagi kanak-kanak.




8.0 Unsur Nilai-nilai dalam aktiviti Murid



       8.1 Memupuk nilai jati diri
       Persembahan dikir barat merupakan kesenian dan budaya yang perlu dipelihara agar
tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Generasi muda berperanan dalam
memelihara kesenian dan kebudayaan ini yang merupakan simbol identiti masyarakat melayu.
Ternyata budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah
masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam
masyarakatnya. Dalam pada itu, dikir barat juga dapat mempengaruhi penerapan jati diri dalam
kalangan murid-murid. Ironinya, mengekalkan kebudayaan supaya ia dikenali dan dihormati
bukanlah satu tugas yang mudah. Permuafakatan semua pihak adalah penting dalam usaha

19
mengembangkan budaya kita di persada antarabangsa. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa
melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih
mudah dari mengenali budayanya. Inilah yang diterapkan melalui persembahan kebudayaan
yang diadakan di peringkat sekolah.

        Pendek kata, masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk
mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu
masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Justeru, kefahaman dan tanggungjawab
ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat
yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian
pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Selain apa yang disebutkan tadi,
semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada
kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita yang
murni ini.

        8.2 Seni Lukisan penyambung generasi warisan
        Schiller, (1967) (dalam Abu Talib Putih, 2001) memikirkan seni sebagai penyalur
kesinambungan kemanusian. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi yang
lain. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup dalam usaha
mencari erti tentang diri, penglibatan, halatuju masyarakat. Seni dapat menyediakan benih
cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat sesuatu yang lama dari sudut
pandangan atau perspektif yang baru.

        Begitu juga dalam soal perpaduan masyarakat di negara kita, ia perlu satu perubahan
paradigma tentang budaya ke Malaysiaan. Seni sebagai disiplin. Seni membenarkan manusia
berfikir dan berikhtiar dalam cara yang tersendiri, ia merupakan satu anugerah kepada
masyarakat kerana ciri kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan,
menjulang keberanian, memasyhurkan keraian, atau juga membendung tragedi hidup manusia.
Dalam menuju ke arah masyarakat aman damai, sejarah telah mencatatkan bahawa dengan
adanya kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat
diperolehi dan dinikmati bersama. Seni merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Dengan
adanya unsur kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia, sifat benci dan syak
wasangka dapat dielakkan. Ironinya, seni juga dapat mendidik kanak-kanak menjadi kreatif dan
sukakan keceriaan melalui penggunaan warna-warna yang menarik. Tanpa keceriaan warna,
maka hidup kanak-kanak menjadi murung dan sepi.


20
8.3 Pembentukan komunikasi yang berkesan dalam kalangan murid
       Komunikasi yang berkesan memainkan peranan untuk rakyat mendapat maklumat
dengan cepat dan tepat supaya dapat bertindak secara positif. Malahan, d mampu
menyampaikan mesej secara langsung dan spontan melalui peranan yang dimainkan oleh
Juara dan Tukang Karut. Apa yang penting melalui persembahan ini dapat mewujudkan
interaksi dan perhubungan mesra masyarakat umum. Persembahan dikir barat diperingkat
sekolah juga dapat menghidupkan dan mencungkil bakat seni dalam kalangan murid-murid di
sekolah rendah yang bermutu tinggi. Apa yang penting ialah persembahan yang unik ini dikenali
di seantero dunia.

       8.4 Memupuk nilai kecintaan terhadap estetika kesenian

       Melalui aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah sudah pastinya dapat memupuk
dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah
yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni
boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan.
Pada hari ini, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan
perayaan dianjurkan oleh pihak sekolah dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Program seperti
ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan
masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat
terhadap aktiviti yang dijalankan itu.

       8.5 Menerapkan nilai positif kendiri diri murid

       Signifikasi yang paling ketara melalui penglibatan murid dalam aktiviti persembahan di
sekolah ialah dapat meningkatkan positif kendiri murid yang membuatkan murid rasa lebih yakin
dan berani untuk terlibat serta aktif di sekolah. Inilah cara terbaik bagi murid-murid meluahkan
perasaan mereka sayang akan diri mereka daripada bahaya dadah melalui penghasilan karya
yang bermutu. Dalam konteks ini, aspek pembangunan modal insan dapat digabungkan dengan
nilai-nilai yang baik. Oleh yang demikian, usaha menganjurkan Pertandingan Melukis Mural
serta persembahan boria anti dadah ini menepati apa yang dihasratkan oleh kerajaan. Murid-
murid sememangnya perlu diberi bimbingan berterusan agar mereka sentiasa sedar tentang
kepentingan bahaya dadah bukan sahaja sewaktu mereka bersekolah, tetapi juga semasa
mereka sudah tamat persekolahan. Apa yang penting, generasi yang bakal mewarisi negara


21
akan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan negara dalam pelbagai aspek. Hal ini
demikian kerana, kreativiti dan positif kendiri dalam diri mereka telah mula dibentuk sejak di
peringkat sekolah rendah melalui penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti di sekolah.




        8.6 Memupuk nilai kasih sayang

        Persembahan boria dan juga pertandingan melukis poster sudah pastinya dapat
memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita
memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah
melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau
mengalami kepupusan. Bukan sahaja warisan seni perlu dikekalkan, tetapi nilai utuh kasih
sayang sesama manusia merupakan agenda penting dalam mewujudkan hubungan yang erat.
Aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan hari anti dadah dapat memberi kesedaran kepada
diri murid betapa pentingnya nilai menghargai nyawa kepada mereka. Kerjasama yang dipupuk
antara kaum untuk melancarkan perjalanan aktiviti menjadi simbol muhibah yang terjalin antara
masyarakat di Malaysia.




9.0 Kesimpulan

     Realitinya, apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan
minat dan kebolehan mereka, maka terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota
kelompok. Dalam konteks ini, murid-murid mahukan diri mereka diterima sebagai anggota
kelompok dan pada masa yang sama mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian. Dalam
kegiatan Seni Dalam Pendidikan khususnya seni lukisan, keperluan untuk mendapat kasih
sayang dan perhatian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi
sebaik sahaja mereka mempersembahkan hasil lukisan mereka yang menarik. Dalam hal ini,
mereka rasa hasil usaha mereka dihargai oleh guru dan ini dapat meningkatkan motivasi
mereka untuk belajar. Apa yang lebih penting ialah apabila wujudnya perhubungan yang mesra
dan erat dengan guru yang pastinya akan mewujudkan suasana yang harmonis di dalam kelas.
Signifikasinya, murid akan merasakan bahawa guru dan rakan-rakan menghargai bakat mereka
yang istimewa.



22
Ternyata keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran
secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan
kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imejkendiri
yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih
mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan
perkembangan diri mereka. Semoga penyertaan mereka dalam aktiviti sekolah dapat memberi
impak positif terhadap perkembangan diri mereka.




23
Bibliografi

Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak:
      Quantum Books.



Gardner, (1990) Art Education and Human Development´ California: The Getty

       Education Institute

Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis Skudai : Penerbit

       Universiti Teknologi Malaysia

Nor Anuwar bin Hamat: Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web

        http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan

Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam

       Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(2000) Pendidikan Muzik, Pusat
       Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.




Laman Web

http://jehan-kreativitidalampendidikanseni.blogspot.com/

http://impianmengunung.blogspot.com/2012_03_01_archive.html

http://nafisahlagupuisi.blogspot.com/

http://albert-kritikanseni.blogspot.com/

http://www.scribd.com/doc/44519340/Pendidikan-Seni-Di-Malaysia



24
http://farhahsmart89.blogspot.com/2010/01/nurfarhahfadhillahyahoo.html




25

More Related Content

What's hot

Falsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeFalsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeAlice Chan
 
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANfthehah
 
Rph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 posterRph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 postershare with me
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualshiemah
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Pengenalan muzik klasik
Pengenalan muzik klasikPengenalan muzik klasik
Pengenalan muzik klasikZainal Faryd
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 

What's hot (20)

Falsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeFalsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
 
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Rph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 posterRph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 poster
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
bidang menggambar
bidang menggambarbidang menggambar
bidang menggambar
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Pengenalan muzik klasik
Pengenalan muzik klasikPengenalan muzik klasik
Pengenalan muzik klasik
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
 
Rph kolaj rama-rama
Rph kolaj rama-ramaRph kolaj rama-rama
Rph kolaj rama-rama
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
Teknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaranTeknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaran
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 

Viewers also liked

Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanandry_dwi
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)lizapandi
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11zahorien
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
Lirik lagu borio suka-suka
Lirik lagu borio suka-sukaLirik lagu borio suka-suka
Lirik lagu borio suka-sukamiftahul huda
 
Cerita pendek selama liburan
Cerita pendek selama liburanCerita pendek selama liburan
Cerita pendek selama liburanHusni Hasyim
 
Choral speaking pibg9
Choral speaking pibg9Choral speaking pibg9
Choral speaking pibg9CikguBah
 
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhalizaMemahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhalizaOzone Gote
 
Projek ilmiah
Projek ilmiahProjek ilmiah
Projek ilmiahKanaga KS
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSiti Norlina
 
Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Linda Zain
 
Macam macam seni teater
Macam macam seni teaterMacam macam seni teater
Macam macam seni teaterRizka Aprilia
 
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Muhamad Sufian
 
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014nor6263
 

Viewers also liked (20)

Skrip Drama Pendek Its All About Money
Skrip Drama Pendek Its All About MoneySkrip Drama Pendek Its All About Money
Skrip Drama Pendek Its All About Money
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Lirik lagu borio suka-suka
Lirik lagu borio suka-sukaLirik lagu borio suka-suka
Lirik lagu borio suka-suka
 
Cerita pendek selama liburan
Cerita pendek selama liburanCerita pendek selama liburan
Cerita pendek selama liburan
 
Choral speaking pibg9
Choral speaking pibg9Choral speaking pibg9
Choral speaking pibg9
 
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhalizaMemahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
Projek ilmiah
Projek ilmiahProjek ilmiah
Projek ilmiah
 
Nota bmm-3116
Nota bmm-3116Nota bmm-3116
Nota bmm-3116
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak
 
Petikan cerita
Petikan ceritaPetikan cerita
Petikan cerita
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka raya
 
Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2
 
Sajak dadah
Sajak dadahSajak dadah
Sajak dadah
 
Macam macam seni teater
Macam macam seni teaterMacam macam seni teater
Macam macam seni teater
 
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
 
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
 

Similar to Tugasan 2 ekspresi

modul projek kewirausahaan fase b ok.pptx
modul projek kewirausahaan fase b ok.pptxmodul projek kewirausahaan fase b ok.pptx
modul projek kewirausahaan fase b ok.pptxGinToro1
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Leong Kim Yin
 
Laporan aktiviti sekolah
Laporan aktiviti sekolahLaporan aktiviti sekolah
Laporan aktiviti sekolahnorisham sham
 
Dokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerjaDokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerjaZu Ra
 
Kertas kerja melukis poster
Kertas kerja melukis posterKertas kerja melukis poster
Kertas kerja melukis posterStillah Sobondok
 
PRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptxPRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptxKUSTILAKUSTILA
 
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdfMODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdfWaniBe1
 
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdfMODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdfWaniBe1
 
5. Anitawati, M.Pd. Projek penguatan profil pelajar Pancasila_Puskurjar_16-19...
5. Anitawati, M.Pd. Projek penguatan profil pelajar Pancasila_Puskurjar_16-19...5. Anitawati, M.Pd. Projek penguatan profil pelajar Pancasila_Puskurjar_16-19...
5. Anitawati, M.Pd. Projek penguatan profil pelajar Pancasila_Puskurjar_16-19...mustakinoffice365
 
Paparan PROG PD - 2020.pptx
Paparan  PROG PD - 2020.pptxPaparan  PROG PD - 2020.pptx
Paparan PROG PD - 2020.pptxDediDamhudi15
 
RTL PPK Antikorupsi_SMA Negeri 1 Sukodono_SULISTIYO.docx
RTL PPK Antikorupsi_SMA Negeri 1 Sukodono_SULISTIYO.docxRTL PPK Antikorupsi_SMA Negeri 1 Sukodono_SULISTIYO.docx
RTL PPK Antikorupsi_SMA Negeri 1 Sukodono_SULISTIYO.docxpaksulis2
 
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Shika Nara
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR FREE FILE DOWNLOAD
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Noraini Che Embong
 

Similar to Tugasan 2 ekspresi (20)

Asgnmnt koku final
Asgnmnt koku finalAsgnmnt koku final
Asgnmnt koku final
 
modul projek kewirausahaan fase b ok.pptx
modul projek kewirausahaan fase b ok.pptxmodul projek kewirausahaan fase b ok.pptx
modul projek kewirausahaan fase b ok.pptx
 
Kertas kerja pp da
Kertas kerja pp daKertas kerja pp da
Kertas kerja pp da
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4
 
Laporan aktiviti sekolah
Laporan aktiviti sekolahLaporan aktiviti sekolah
Laporan aktiviti sekolah
 
PANDUAN.docx
PANDUAN.docxPANDUAN.docx
PANDUAN.docx
 
pengurusan buli
pengurusan bulipengurusan buli
pengurusan buli
 
Dokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerjaDokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerja
 
Kertas kerja melukis poster
Kertas kerja melukis posterKertas kerja melukis poster
Kertas kerja melukis poster
 
PRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptxPRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptx
 
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdfMODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
 
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdfMODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
MODUL-PROJEK-1_KEARIFAN-LOKAL (1)-2.pdf
 
5. Anitawati, M.Pd. Projek penguatan profil pelajar Pancasila_Puskurjar_16-19...
5. Anitawati, M.Pd. Projek penguatan profil pelajar Pancasila_Puskurjar_16-19...5. Anitawati, M.Pd. Projek penguatan profil pelajar Pancasila_Puskurjar_16-19...
5. Anitawati, M.Pd. Projek penguatan profil pelajar Pancasila_Puskurjar_16-19...
 
Paparan PROG PD - 2020.pptx
Paparan  PROG PD - 2020.pptxPaparan  PROG PD - 2020.pptx
Paparan PROG PD - 2020.pptx
 
RTL PPK Antikorupsi_SMA Negeri 1 Sukodono_SULISTIYO.docx
RTL PPK Antikorupsi_SMA Negeri 1 Sukodono_SULISTIYO.docxRTL PPK Antikorupsi_SMA Negeri 1 Sukodono_SULISTIYO.docx
RTL PPK Antikorupsi_SMA Negeri 1 Sukodono_SULISTIYO.docx
 
Petik jumput
Petik jumputPetik jumput
Petik jumput
 
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
 

More from Nurhafizah Ajlan (20)

Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Assignment 2 literature final
Assignment 2 literature finalAssignment 2 literature final
Assignment 2 literature final
 
Asignment 1 literature edited
Asignment 1 literature   editedAsignment 1 literature   edited
Asignment 1 literature edited
 
Assigmnt 1 n 2 final checking
Assigmnt 1 n 2   final checkingAssigmnt 1 n 2   final checking
Assigmnt 1 n 2 final checking
 
Assigmnt 1 n 2 final submission
Assigmnt 1 n 2   final submissionAssigmnt 1 n 2   final submission
Assigmnt 1 n 2 final submission
 
Assigmnt 1 n 2 final
Assigmnt 1 n 2   finalAssigmnt 1 n 2   final
Assigmnt 1 n 2 final
 
Borang markah pergerakan kreatif daerah
Borang markah pergerakan kreatif   daerahBorang markah pergerakan kreatif   daerah
Borang markah pergerakan kreatif daerah
 
Ritma final
Ritma finalRitma final
Ritma final
 
Konsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasiKonsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasi
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Grammar 2 final
Grammar 2 finalGrammar 2 final
Grammar 2 final
 
Analisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia finalAnalisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia final
 
Peers pj final
Peers pj finalPeers pj final
Peers pj final
 
Tgfu final
Tgfu finalTgfu final
Tgfu final
 
Myself
MyselfMyself
Myself
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Reading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 finalReading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 final
 
Asgmnt 2 reading final
Asgmnt 2 reading finalAsgmnt 2 reading final
Asgmnt 2 reading final
 

Tugasan 2 ekspresi

  • 1. TUGASAN 2 – KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK KUMPULAN UPSI-A03 ( A112PJJ ) PENSYARAH PROFESOR DATO DR AMINAH BINTI AYOB NAMA NO. ID NO. TELEFON NURHAFIZAH BINTI AJLAN D20102040807 019-7166070 801204-14-5448 019-5173776 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil Topik Halaman 1.0 Pengenalan 3-4 2.0 Tema 4 3.0 Rasional aktiviti yang dilakukan 4-5 4.0 Latar belakang aktiviti yang bakal dilaksanakan 5-11 4.1 Matlamat Persembahan Murid (Boria) 4.2 Selayang Pandang Persembahan Boria 4.3 Pelaksanaan Persembahan Boria 4.4 Teknik Persembahan 4.5 Skrip Lagu Boria 4.5.1 Mesej di sebalik lirik lagu dan sketsa Boria 4.6 Skrip Sketsa Boria 5.0 Jawatankuasa Pelaksanaan Aktiviti Boria dan Pertandingan Melukis Mural 12 6.0 Pertandingan Melukis Mural 13-16 6.1 Pengenalan 6.2 Tujuan Pertandingan Melukis Mural 6.3 Rasional Aktiviti Pertandingan Melukis Mural 6.4 Pelaksanaan Aktiviti 6.5 Anggaran Kos Perbelanjaan 6.6 Atur Cara Majlis Sambutan Hari Anti Dadah 7.0 Unsur-Unsur Kreativiti dalam Aktiviti Murid 17-19 7.1 Persembahan Boria 7.2 Pertandingan Melukis Mural 8.0 Unsur-Unsur Nilai dalam aktiviti murid 19-21 8.1 Memupuk Nilai Jati Diri 8.2 Seni Lukisan Penyambung Generasi Warisan 8.3 Pembentukan Komunikasi yang berkesan dalam kalangan murid 8.4 Memupuk nilai kecintaan terhadap estetika Kesenian 8.5 Menerapkan nilai positif kendiri murid 8.6 Memupuk Nilai Kasih Sayang 9.0 Kesimpulan 21-23 Bibliografi 24 2
  • 3. 1.0 Pengenalan Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan “Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran Utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pihak sekolah akan merancang aktiviti yang sudah pastinya akan melibatkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping untuk mengeratkan hubungan antara semua pihak yang menjayakan sambutan hari merdeka. Justeru, pelbagai bidang seni kreatif akan menjadi wacana bagi menjayakan setiap aktiviti sambutan Hari Anti Dadah Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah” menjelang 2013. Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Anti Dadah” merupakan kaedah terbaik penerapan nilai murni dalam diri murid. Malahan, program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya dadah kepada mereka serta menanamkan budaya membenci dadah dalam kalangan murid-murid. Ini merupakan antara langkah pencegahan yang terbaik bagi menyahut seruan kerajaan supaya membenci dadah kerana dadah telah terbukti memusnahkan pemuda-pemudi harapan negara pada hari ini. 3
  • 4. Ironinya, apa yang penting dalam konteks sambutan hari Anti Dadah ialah setiap guru akan berusaha untuk melaksanakan aktiviti seni kreatif dengan berkesan agar matlamat sambutan Hari Anti Dadah dapat disalurkan dengan berkesan kepada murid sekolah serta masyarakat setempat. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia memandang berat tentang pentingnya dijalin hubungan rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujudnya kesefahaman dan perpaduan kaum dalam kalangan mereka. Berkonsepkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan- kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran menjadi aspirasi dalam usaha untuk menjayakan aktiviti yang dilaksanakan semasa sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah. 2.0 Tema: Tema Sekolahku Bebas Daripada Dadah adalah pemangkin ke arah usaha untuk menjauhi dadah musuh negara yang bermula di peringkat sekolah. Dalam konteks ini, pendedahan awal yang dilakukan akan dapat membantu murid-murid mengenal pasti bahaya dadah yang boleh mengancam nyawa mereka. Murid-murid perlu kebal dengan maklumat yang diberi agar mereka dapat mengelakkan ancaman bahaya dadah. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan ini menjadi sasaran untuk terlibat. Setiap aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat membantu murid agar tidak terjebak dengan gejala yang negatif. Faktor utama yang menentukan kejayaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah sangat bergantung kepada komitmen murid-murid sendiri. Komitmen murid menghayati segala nilai murni sepanjang berada di bangku sekolah merupakan benteng yang ampuh bagi memerangi najis dadah. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan bukan sahaja bermatlamat membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut membuka peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing- masing melalui pelbagai aktiviti yang disediakan. 3.0 Rasional aktiviti yang dilakukan Rasional program sambutan ini diadakan bertujuan agar wujud kesedaran dalam kalagan kanak-kanak betapa bahayanya dadah kepada mereka. Melalui program sebegini, segala maklumat dapat disalurkan kepada mereka dengan lebih berkesan. Malah aktiviti persembahan yang diadakan sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai murni kepada mereka untuk menjauhi dadah iaitu musuh utama negara kita. Akiviti persembahan merupakan salah satu kaedah yang dilakukan agar murid memahami bahaya dadah. 4
  • 5. Bagi memeriahkan sambutan hari Anti Dadah, jawatankuasa persembahan telah merancang untuk menganjurkan beberapa aktiviti bertujuan menjayakan program sambutan Hari Anti Dadah. Selain menyemaikan nilai murni dalam diri murid-murid, murid-murid dapat belajar tentang teknik persembahan daripada guru-guru yang berpengalaman. Dua aktiviti yang bakal dijalankan semasa sambutan hari kemerdekaan ialah persembahan boria dan pertandingan melukis mural anti dadah. Apa yang penting, kedua-dua aktiviti ini sudah pastinya akan menyemarakkan lagi sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah. Ini mendorong mereka untuk berlatih dengan lebih gigih agar dapat melaksanakan persembahan dengan jayanya. Sudah pastinya ini akan membentuk sikap murid-murid menjadi lebih berdisplin dan rajin dalam merealisasikan impian. Apa yang paling penting, guru berjaya mengaplikasikan kemahiran murid dalam seni kreatif untuk menjayakan setiap persembahan yang diadakan di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid untuk menjadi insan yang cemerlang, kreatif dan inovatif. Ironinya, aktiviti sebegini dapat meningkatkan keyakinan murid serta motivasi murid untuk lebih berjaya. Tambahan pula, murid merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara. Sementelahan pula, murid adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif. Signifikasinya, aktiviti persembahan dalam kalangan murid dapat membentuk kekuatan dalaman para murid seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui aktiviti persembahan guru yang dilaksanakan dengan terancang dan bersepadu. Dalam pada itu, kreativiti murid sudah pastinya dapat dibangunkan melalui kemahiran yang diluahkan dalam bentuk persembahan boria dan pertandingan melukis mural. 4.0 Latar belakang Persembahan Murid (Boria) 4.1 Matlamat Persembahan Boria 4.1.1 meningkatkan keyakinan murid untuk melakukan persembahan boria bersama rakan-rakan di samping melatih mereka agar lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu tugasan. 5
  • 6. 4.1.2 Mendedahkan kepelbagaian kebudayaan kepada murid-murid sekolah rendah untuk diaplikasikan dalam persembahan mereka seperti persembahan boria yang hanya didominasi oleh masyarakat Pulau Pinang. 4.1.3 Mewujudkan permuafakatan dan kerjasama dalam satu kumpulan persembahan. 4.1.4 Mendorong guru untuk mendidik serta membimbing dengan lebih gigih. 4.1.5 Menerapkan nilai murni dalam diri peserta dalam usaha mengekalkan warisan budaya Malaysia 4.1.6 Memupuk perpaduan antara kaum dalam persembahan boria apabila kaum lain turut diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan aktiviti persembahan ini. 4.2 Selayang Pandang Persembahan Boria Secara umumnya, persembahan boria menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan atau sketsa, tarian (para sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yang dikenali sebagai Tukang Karang. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin menarik persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain (Sumber Laman Web Warisan Boria). 4.3 Pelaksanaan Persembahan Boria Mesyuarat pelaksanaan program Hari Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan sebanyak 2 kali dengan penglibatan semua guru. Dalam mesyuarat pertama yang diadakan untuk melaksanakan program Hari Anti Dadah, dua aktiviti telah dipilih hasil perbincangan bersama iaitu persembahan boria dan juga pertandingan melukis mural. Ironinya, menjadi harapan semua guru agar aktiviti yang diadakan dapat menyemaikan nilai-nilai murni dalam kalangan peserta. Malahan, apa yang penting generasi muda khususnya murid-murid sekolah juga berpeluang untuk menceburi aktiviti yang menguji kemahiran dan keyakinan murid ketika 6
  • 7. berhadapan dengan audien. Melalui mesyuarat tersebut, dua buah Ahli Jawatankuasa Kerja telah dibentuk untuk melancarkan setiap aktiviti. Dalam konteks ini, persembahan boria menjadi wadah dalam menyampaikan saluran bermesej kepada penonton tentang peristiwa-peristiwa penting tentang bahaya dadah kepada masyarakat. AJK guru persembahan boria bekerjasama dengan murid untuk menyiapkan lirik lagu dan teks sketsa tentang kepentingan mengamalkan hidup sihat tanpa dadah. Apa yang menarik dalam persembahan boria ini apabila guru telah membuka peluang kepada murid berlainan kaum untuk menyertai persembahan ini. Pelaksanaan misi Kementerian Pelajaran Malaysia sudah pastinya tercapai untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam kalangan murid sekolah melalui aktiviti persembahan yang dilaksanakan. Para peserta yang dipilih dalam kalangan murid perempuan tahun enam dan lima terdiri daripada 20-30 orang murid termasuk peserta skesta (lawak jenaka). Pelakon Sketsa seramai 10 orang iaitu 2 orang memegang watak rakan baik, 3 orang murid memegang watak utama sebagai rakan penagih dadah dan 5 orang watak tambahan sebagai guru, guru besar dan murid di sekolah. Sketsa berlatar belakangkan situasi persekolahan antara murid dan guru. Sketsa bertajuk Jangan Kawan Dadah Bahaya yang mengisahkan seorang rakan yang berusaha membantu rakannya yang hampir terjebak dengan bahaya dadah. Masa persembahan selama 15 minit untuk persembahan sketsa dan 10 minit untuk persembahan nyanyian. Latihan dibuat setiap petang selama 1 jam setengah dibawah bimbingan Puan Syarifa Norniza dan Puan Norsiti. Pemilihan peserta dan latihan murid telah diadakan seawal 3 minggu sebelum persembahan kemuncak sambutan Hari Anti Dadah. Bahagian yang kedua dalam persembahan boria terdiri daripada lagu vokal dan tarian yang berulang-ulang. Bahagian ini dimainkan oleh korus dan seorang penyanyi, iaitu seramai 20 orang peserta. Peserta korus juga menari dan mereka ini digelar kelasi atau sailor, sementara penyanyi solo atau ketua penyanyi dikenali sebagai tukang karang. Tukang karang ini berdiri di pentas di hadapan mikrofon, manakala korus mengkehendaki penari berdiri berbaris-berbaris di belakang tukang karang. Bahagian kedua persembahan boria ini bermula dengan muzik instrumental oleh pancaragam yang menghasilkan lagu tertentu yang berasaskan irama dan rentak cha-cha, rhumba atau tarian popular Barat yang lain. Serentak dengan muzik insrumental ini tukang karang menyanyikan senikata rangkap pertama. Rangkap ini berstruktur 4 baris senikata dengan skema rima tertentu yang tetap misalnya rangkap 7
  • 8. pertama dengan skema a,a,a,a dan rangkap kedua dengan skema b,b,b,b dan seterusnya. Misalnya: Assalamualaikum kami ucapkan, Kepada anda semua rakan dan taulan; Boria Anti Dadah Kami Persembahkan, Agar Semua mendapat tauladan. EE..HAA!!! 4.4 Teknik Persembahan Rangkap yang dinyanyikan oleh tukang karang diiringi oleh minus one yang disediakan oleh guru dan pada waktu yang sama korus/penari mula bergerak dengan langkah-langkah tarian tertentu. Korus/penari biasanya akan bergerak serentak. Apabila tukang karang selesai menyanyikan rangkap pertama, korus akan mengulangi seni kata dan melodi rangkap itu sambil menari mengikut rentak lagu. Selepas itu, tukang karang akan menyanyi rangkap kedua pula sementara korus, penari terus menari. Tukang karang dan korus/penari berselang-seli begini sehingga 12 -20 rangkap dinyanyikan. Tema seni kata semua rangkap bertumpu kepada tema utama cerita persembahan boria iaitu Jangan Kawan, Dadah Bahaya. Peranan Tukang Karang adalah penting dalam menyampaikan lagu. Tukang Karang bukan sahaja dipilih berdasarkan suaranya yang merdu tetapi apa yang lebih penting ialah mahir menyampaikan lagu. Hal ini demikian kerana seorang tukang karang yang baik mesti berupaya membawakan lagu dengan sempurna, lantang dan terang. Keupayaannya untuk memilih perkataan yang sesuai terutama untuk memuji perasmi jemputan adalah sesuatu yang sangat diharapkan untuk memancing derma yang lebih. Sebab inilah tukang karang menjadi nadi penggerak untuk sesebuah kumpulan boria. Pakaian tukang karang juga agak istimewa daripada ahli-ahli lain dalam kumpulan. Guru mereka khas pakaian tukang karang agar kelihatan menarik dan memukau para penonton. 8
  • 9. Guru persembahan telah menyediakan Hand – Props yang akan digunakan semasa persembahan dan bersesuaian serta tidak mengganggu gerak tari. Contoh props yang sesuai digunakan adalah payung yang dihias, bendera, bunga manggar dan alatan ringan yang lain seperti gendang dan sebagainya. Dalam konteks penyediaan bahan, guru dan murid-murid bekerjasama menyiapkan props yang dihias agar kelihatan lebih menarik. Kepelbagaian warna digunakan untuk menjadikan prop dengan lebih ceria dan cantik. Pakaian semasa persembahan adalah berdasarkan kepada kreativiti guru dan yang paling penting adalah bersopan serta sesuai dengan lagu, tema dan jalan cerita persembahan sketsa dan rangkap boria itu sendiri. Guru persembahan dibantu oleh guru muzik menyediakan material untuk kostum yang berunsurkan budaya Malaysia pelbagai kaum. Perhiasan kepala (head gear) turut digunakan bersesuaian dengan persembahan boria seperti tarbus, songkok dan hiasan lain yang bersesuaian. Manakala Sailor dan Tukang Karang berpakaian sama konsep tetapi Tukang Karang digalakkan memakai pakaian yang lebih menonjol. Sailor akan memegang props semasa persembahan asalkan tidak mengganggu pergerakan tarian manakala Tukang Karang harus memegang tongkat kerana ianya adalah identiti Tukang Karang persembahan Boria Pulau Pinang dengan gerakan memusing-musing tongkat pada ketika yang sesuai. 4.5 Skrip Lagu Boria Assalamualaikum kami ucapkan, Kepada anda semua rakan dan Taulan; Jangan bermain ditengahari Boria Anti dadah kami Persembahkan, Terik mentari pasti tak tahan Agar semua mendapat Tauladan. Pujukan teman-teman kita jauhi Jika najis dadah menjadi pilihan Banyak bermain terasa letih Tumpuan diberi pada pelajaran Wahai dadah kau sungguh durjana Mari kawan-kawan dengar celoteh Jangan sekali kita mencuba Boria SKDK buat persembahan Nikmatnya hanya untuk sementara Apa yang pasti hidup merana Untuk berjaya bukanlah mudah AMBOI Rajin berusaha membaca buku Ulang Wahai teman-teman jauhi dadah Pasti hidupmu sejahtera selalu Ulang 9
  • 10. Para pengedar mencari mangsa Pasti terjebak jika kita terleka Hidup bagai bangkai yang bernyawa; Musnah Negara Musnahlah Agama. Ulang Berakhir sudah ini persembahan, Salah dan silap harap dimaafkan, Celoteh ini sekadar pedoman; Ambil iktibar selamatkan wawasan. PEEIIWET 4.5.1 Mesej di sebalik Lirik Lagu dan Skrip Sketsa Lagu boria dan skrip persembahan sketsa ini merupakan ilham daripada Encik Abdul Rani bin Harun digubah oleh Puan Syarifah Norniza binti Syed Othman agar bersesuaian dengan persembahan peringkat sekolah rendah. Tambahan, Puan Syarifah Norniza binti Syed Othman merupakan jurulatih pertandingan boria peringkat sekolah-sekolah rendah di Negeri Kedah. Rangkap boria ini dihasilkan bersama para peserta yang terlibat dalam persembahan boria. Mesej yang ingin disampaikan adalah tentang bahaya dadah kepada generasi cilik. Mereka juga perlu sedar bahawa amalan merokok adalah punca utama kepada masalah dadah. Justeru perkara sebegini perlu dielakkan sementelahan pula ramai murid-murid sekolah pada 10
  • 11. masa kini terjebak dengan gejala merokok. Semasa persembahan lakonan, beberapa model dicipta agar murid tahu apa fungsi model-model itu dengan bahaya dadah. Model-model seperti punting rokok, kubur, model dadah dan model picagari menjadi daya penarik kepada para penonton. Ini memantapkan lagi persembahan sketsa dan juga persembahan boria. Apa yang paling penting dalam penghasilan rangkap boria ialah ditamatkan dengan ucapan terima kasih, pengunduran diri, memohon kemaafan sekiranya persembahan Boria mereka menyentuh atau mengguris perasaan penonton. Ironinya, rangkap boria diselitkan dengan nilai dan pengajaran yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang nilai kemasyarakatan yang perlu diamalkan agar kita dapat hidup dalam kerukunan dan keamanan. 4.6 SKRIP SKETSA BORIA Suatu petang yang cerah, Roslan dalam perjalanan untuk menghadiri kegiatan ko-kurikulum yang diadakan di sekolahnya. Dalam perjalanan tersebut, seorang pemuda yang tidak dikenali menghampiri lalu menyapanya Taib : Adik hendak pergi ke mana? Roslan : Saya hendak pergi ke sekolah. Taib : Adik boleh tolong abang tak? Roslan : Tolong apa bang? Saya hendak ke sekolah ini. Taib : Boleh tolong berikan bungkusan ini tak? Roslan : Kepada siapa bang? Taib : Abang Nazri, penjual air di depan sekolah adik itu. Roslan : Tidak bolehlah bang. Saya hendak cepat. Kalau lambat nanti cikgu Rokiza marah. Taib : Bolehlah dik. Tolong abang. Nanti abang bagi upahnya. Roslan pun mengambil bungkusan tersebut. Suasana di sekolah Roslan : Kawan-kawan, hari ini aku akan belanja kamu semua. Raju : Wah, Roslan, banyaknya kau bawa makanan hari ini! Cheong : Betullah. Mana kau dapat duit untuk membeli makanan sebanyak ini? Roslan berasa gembira mendengar kata-kata daripada kawan-kawannya. Dengan rasa bangga, Roslan menunjukkan beberapa keping wang kertas RM10 kepada kawan-kawannya. Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka sedang diperhatikan oleh Cikgu Rokiza, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Cikgu Rokiza memanggil Roslan dan kawan-kawannya. Cikgu Rokiza : Hei, kamu! Mengapa kamu masih tidak masuk ke kelas lagi? Mari sini. Roslan dan kawan-kawannya berasa takut. Dengan perasaan takut dan serba salah, Roslan menceritakan segala-galanya kepada Cikgu Rokiza. Curiga dengan cerita tersebut, Cikgu Rokiza meminta Roslan menyerahkan barang yang dimaksudkan kepadanya. Cikgu Rokiza segera membuka bungkusan tersebut dan mendapati terkandung pelbagai jenis pil yang berwarna-warni. Cikgu Rokiza telah berbincang dengan Guru Besar dan mereka bersetuju untuk menghubungi pihak polis cawangan Narkotik. Tidak lama kemudian, pihak polis pun sampai ke sekolah. Pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas barang yang dibawa oleh Roslan tadi. Cikgu Rokiza : Roslan, adakah awak tahu apakah kandungan bungkusan yang awak bawa tadi? Roslan : Saya tidak tahu cikgu. Saya hanya membawa bungkusan ini sahaja. Cikgu Rokiza : Bungkusan tadi itu sebenarnya mengandungi dadah. Mujur awak belum menyerahkan bungkusan tersebut. 11 Roslan : Saya minta maaf cikgu. Saya benar-benar tidak tahu. Cikgu Rokiza : Lain kali, awak perlu berhati-hati. Jangan mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali dan awak juga tidak boleh menerima pemberian orang sesuka hati. Kamu perlu tahu kesan dadah kepada kamu.
  • 12. 5.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN AKTIVITI BORIA DAN PERTANDINGAN MELUKIS MURAL PENGERUSI : EN OTHMAN BIN MD ALI PJK (GURU BESAR SKKS) TIMB.PENGERUSI : PN HASNAH A/P BAH SHADAT (GURU KANAN HEM) NAIB PENGERUSI : EN MOHD MAHADHIR BIN MOHD SHAFIE (GURU KANAN KO-KURIKULUM) SETIAUSAHA : PN NURHAFIZAH BINTI AJLAN NAIB SETIAUSAHA : CIK HINTHUMATHY A/P KALIAPPAN PENGURUS PROJEK PERSEMBAHAN BORIA : PUAN NURHAFIZAH BINTI AJLAN PERTANDINGAN MURAL : PUAN NOOR A/P DOLLAH AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERSEMBAHAN BORIA : PUAN NURHAFIZAH BINTI AJLAN PUAN NUR ALINA SYUHADA BINTI AB RAHIM PERTANDINGAN MELUKIS MURAL EN AMIRUDDIN BAKI BIN HASHIM PJK EN NOR ARIFF BIN ISMAIL 12
  • 13. 6.0 Pertandingan Melukis Mural 6.1 Pengenalan Program Projek Khas pertandingan Melukis Mural ini adalah satu projek untuk memberi ilmu kepada murid secara santai dan berseronok tetapi memberikan impak yang sangat besar kepada iman pelajar dan pengaruh kata-kata tersebut adalah satu pendekatan untuk mendekati pelajar dan di samping pendedahan tentang bahaya rokok,dadah dan sekutunya. Pertandingan ini dijalankan dengan melukis mural di dindind-dinding, bangunan sekolah seperti lorong-lorong antara bangunan sekolah, tangga dan kawasan sekolah yang mana ia merupakan tempat murid-murid dan guru-guru lalu-lalang. Mural ini dilakukan murid-murid dan dibantu oleh guru-guru yang mahir dalam lukisan atau mural. Dengan ini penyebaran maklumat mengenai bahaya dadah akan dapat disebar di samping dapat memupuk persaingan yang sihat dalam kalangan murid. Ternyata aktiviti pertandingan melukis mural adalah sebagai satu inisiatif sekolah ini bagi mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada ancaman dadah seterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat di samping mencungkil bakat kreatif dalam kalangan murid. 6.2 Tujuan pertandingan melukis mural adalah untuk: 6.2.1 meningkatkan pengetahuan kemahiran melukis yang bertema di samping mencungkil serta mengasah bakat seni lukis dalam kalangan kanak-kanak 6.2.2 memberi pendedahan kepada murid untuk lebih berminat dalam aktiviti seni kreatif serta menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti pertandingan 6.2.3 membentuk kreativiti murid dalam menggunakan IQ mereka terhadap rekaan dan ciptaan mereka sendiri. 6.2.4 meningkatkan keyakinan diri dalam menghasilkan sesuatu karya kreatif di samping mewujudkan persaingan yang sihat antara murid. 6.2.5 meningkatkan keyakinan dan kendiri murid dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif. 13
  • 14. 6.3 Rasional aktiviti pertandingan melukis mural Pertandingan melukis mural adalah salah satu cabang seni dan budaya dalam penghasilan seni kreatif. Ia perlu sentiasa dipelihara dan diperkembangkan setiap masa. Ternyata institusi pendidikan perlu memainkan peranan penting untuk memberi galakan kepada murid-murid yang meminati bidang seni visual. Ironinya, pendidikan Seni Visual mempunyai potensi masa depan yang baik untuk murid di samping memupuk keperibadian yang halus, mulia dan mencintai keindahan serta menghargai keunikan kejadian alam ciptaan Tuhan. Sementelahan pula, pertandingan yang diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara murid-murid sekolah rendah di samping untuk menanam perasaan cinta akan kesenian dan mewujudkan perasaan ingin mencuba menghasilkan sebuah karya kreatif. Malahan, melalui aktiviti mereka cipta dapat mencungkil bakat kreativiti dalam diri mereka. Ternyata aktiviti ini banyak mendatangkan kesan yang positif terhadap perkembangan kognitif murid-murid di samping memberi pendedahan kepada murid untuk untuk menggunakan kreativiti masing-masing di samping memupuk minat yang mendalam di dalam mata pelajaran pendidikan seni visual. Di samping itu juga, ia mampu untuk menerapkan nilai pelbagai pengetahuan serta mengukur kemampuan dalam aspek mereka corak dan mencipta sesuatu dengan menggunakan kreativiti sendiri dengan pelbagai bahan. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum akan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk membina perkembangan mental dan juga seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mengeratkan silaturahim antara peserta dan guru yang terlibat. 6.4 Pelaksanaan Aktiviti: Penyertaan terbuka kepada semua murid SK Sungai Lalang dari tahun 1 sehingga tahun 6 di bawah bimbingan setiap guru. Penyertaan adalah berdasarkan kepada pembentukan kumpulan 5 sehingga 6 orang. Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Sivik dan Kewarganegaan dengan kerjasama Panitia Seni Visual. Para peserta akan diberi taklimat 14
  • 15. pertandingan sebelum pertandingan bermula. Pertandingan melukis mural diadakan selama 2 minggu bermula dari 18 Jun sehingga 29 Jun 2012. 3 karya terbaik dari setiap tahun sebagai pemenang. Jawatankuasa kerja bagi menguruskan aktiviti pertandingan ini telah dilantik di bawah naungan penasihatnya iaitu Guru Besar. Pihak sekolah juga menawarkan hadiah yang menarik kepada para pemenang. Lukisan mural di dinding sudah pastinya akan menjadi inspirasi kepada murid lain untuk menyertai sebarang pertandingan di sekolah. Peri pentingnya karya murid ini ialah dapat meningkatkan motivasi yang tinggi kepada para peserta dan berasa lebih yakin untuk mengorak langkah dalam bidang seni lukisan sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat negeri. 6.5 Anggaran Kos Perbelanjaan untuk Pertandingan Melukis Mural. Kedudukan Bilangan Harga 1 6 RM 20.00 RM 120.00 2 6 RM 10.00 RM 60.00 3 6 RM 8.00 RM 24.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 224.00 6.6 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI ANTI DADAH Atur cara Majlis 18 -29 Jun : Pertandingan Mural 1 Julai 2012 (Pelancaran) 7.30 pg : Kata alu-aluan Pengerusi Majlis 7.35 pg : Bacaan Doa 7.45 pg : Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS) & AJK OPS PPDa. 8.10 pg : Ucapan Guru Kanan Hem 8.20 pg :Ucapan perutusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia 8.40pg : Pelancaran Sambutan Hari Anti Dadah Kebangasaan. (GB SKTD) 8.40 pg :Bacaan Ikrar Anti Dadah 8.45 pg :Sketsa dan Boria “Jangan Kawan, Dadah Bahaya” 15
  • 16. 9.15 pg :Nyanyian lagu Anti Dadah 9.30 pg :Ceramah Anti Dadah 10.30pg :Penyampaian Hadiah Pertandingan Lukisan Mural 10.30 pg :Penutup Dibuka kepada semua pelajar dari tahun 1 hinggalah ke Tahun 6 di bawah Beberapa syarat dan peraturan pertandingan melukis mural telah ditetapkan seperti berikut: bimbingan setiap guru. Peralatan melukis mural disediakan oleh Panitia Seni Visual. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Lukisan mural hendaklah berkaitan dengan tajuk dalam usaha untuk menonjolkan bahaya dadah. Antara kata-kata yang terdapat pada mural tersebut adalah: 1 MALAYSIA BANTERAS DADAH APA YANG INDAH TIDAK SELALU BAIK, TETAPI APA YANG BAIK SELALU INDAH MASYARAKAT MADANI BEBAS DADAH MEMBESAR TANPA DADAH DADAH ITU NAJIS, NAJIS ITU KOTOR JAUHI ROKOK, MUSUHI DADAH UNTUK BERJAYA SAYA MESTI BERUBAH HIDUP CERIA TANPA DADAH DADAH PEMBUNUH KEMANTAPAN IMAN, BENTENG KUKUH NENOLAK DADAH DADAH DURJANA KAU PENGHANCUR BANGSA DATANG TANPA ROKOK, PULANG TAK NAK ROKOK CERIAKAN HIDUP ANDA TANPA DADAH SEKOLAH BEBAS DADAH 2O12 16
  • 17. 7.0 Unsur-Unsur Kreativiti Dalam Aktiviti Murid 7.1 Persembahan Boria Sudah pastinya boria menjadi persembahan yang dinantikan oleh setiap penonton semasa sambutan perayaan di sekolah. Terdapat pelbagai unsur terdapat dalam boria seperti sketsa, nyanyian, lawak jenaka dan tarian yang menjadikan persembahan ini lebih kreatif. Malahan penghasilan rangkap pantun juga mempunyai unsur kreativitinya tersendiri. Rangkap pantunnya lebih menjurus kepada isu-isu yang berlaku dalam masyarakat ketika ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa boria kini menjadi satu persembahan yang diminati oleh setiap murid. Lakonan dalam boria menampilkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa dan terkini. Namun demikian untuk pendidikan, boria lebih bersandarkan kepada tema yang ditetapkan. Ini jelas menunjukan, boria juga merupakan satu medium hiburan yang mempunyai mesej dan sensitiviti tersendiri. Apabila lakonan berakhir, muzik, nyanyian serta tarian akan menyusul bagi melengkapkan persembahan. Ketua penyanyi di dalam boria atau lebih dikenali sebagai tukang karang akan masuk ke pentas sambil memusingkan 'baton' dan juga mendahului kelas penari dan penyanyi latar. Manakala para kelasi pula akan menari serentak dan seragam dengan langkah - langkah tertentu mengikut formaliti langkah tari boria yang sememangnya telah ditetapkan. Pola lantainya adalah ditentukan oleh sesebuah kumpulan boria dengan kreativiti tersendiri. (Rujukan Laman Web). Unsur kreativiti juga dapat dilihat dalam rangkap borio di mana setiap baris berakhir dengan unsur yang sama iaitu a,a,a,a. Penghasilan rangkap boria ini meningkatkan kemahiran murid berfikir untuk membina setiap rangkap boria menepati tema yang ditetapkan. Malahan, unsur-unsur jenaka dapat diselitkan di dalam setiap rangkap tersebut. Rangkap yang dihasilkan di dalam boria jelas membuktikan betapa kreatifnya murid dan ini menjelaskan kepada semua masyarakat bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dalam menghasilkan sesuatu karya seperti yang dinyatakan oleh Gardner dalam teorinya. Murid-murid juga berpeluang untuk membantu guru menyiapkan prop dan pakaian untuk boria. Murid-murid juga dapat meneroka laman web untuk mencari maklumat tentang boria. Malahan murid dapat belajar untuk membina gerakan dan tarian berdasarkan kreativiti mereka. 17
  • 18. Justeru, persembahan boria bukan sahaja membantu murid meningkatkan daya kreativiti mereka sebaliknya menjadikan mereka lebih berkeyakinan untuk menghasilkan idea yang lebih kreatif. Sewajarnya, boria di peringkat sekolah bukan sahaja dijadikan sebagai persembahan sebaliknya diterapkan dalam mata pelajaran muzik. Murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai ilmu tentang boria seperti sejarah, gerakan dan tarian yang ada dalam persembahan boria. Sudah pastinya warisan boria akan dikekalkan dan dipelihara dalam kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Malahan, bukan sahaja negeri Pulau Pinang mendominasi boria, sebaliknya boria akan diperluaskan ke serata negeri sehingga ke negeri Johor. Ternyata, seni persembahan boria ini membantu guru untuk memupuk kreativiti dalam kalangan kalangan murid. Dengan dorongan dan sokongan, pihak sekolah sudah pastinya akan sentiasa memberi murid-murid galakan dan sokongan supaya murid-murid lebih kreatif dan inovatif. Ironinya, “Dalam pendidikan, murid-murid tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata, tetapi mereka seharusnya dapat dengan jelas , objektif, kreatif , rasional dalam semua situasi.” Tuntasnya penggunaan irama dalam boria juga perlu didedahkan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik supaya dapat menarik minat murid-murid untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. (Mohd Azhar Abdul Hamid:2004). Sementelahan pula ini akan menjadikan murid lebih aktif serta kreatif dalam melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru khususnya dalam bidang muzik. Di samping itu, murid juga berpeluang mencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. 7.2 Pertandingan Melukis Mural Kreativiti murid dapat dibina melalui pertandingan melukis mural sempena hari anti dadah. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan yang disediakan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang. 18
  • 19. Dalam menghasilkan karya seni, mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu. Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan sudah pastinya dapat membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepada murid untuk membuat kajian, catatan, pemerhatian, penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi, di samping dapat merangsang deria murid untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif malah dapat meningkatkan interaksi antara mereka. Justifikasinya, murid yang menyertai aktiviti lukisan dalam suasana keriangan dan keseronokan sudah pastinya bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh sebab itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjami keberkesanannya. Ternyata, aktiviti melukis mural ini dapat meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan- bahan lukisan seperti pensel, pen, pensel warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya suka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak. 8.0 Unsur Nilai-nilai dalam aktiviti Murid 8.1 Memupuk nilai jati diri Persembahan dikir barat merupakan kesenian dan budaya yang perlu dipelihara agar tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Generasi muda berperanan dalam memelihara kesenian dan kebudayaan ini yang merupakan simbol identiti masyarakat melayu. Ternyata budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Dalam pada itu, dikir barat juga dapat mempengaruhi penerapan jati diri dalam kalangan murid-murid. Ironinya, mengekalkan kebudayaan supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Permuafakatan semua pihak adalah penting dalam usaha 19
  • 20. mengembangkan budaya kita di persada antarabangsa. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Inilah yang diterapkan melalui persembahan kebudayaan yang diadakan di peringkat sekolah. Pendek kata, masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Justeru, kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Selain apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita yang murni ini. 8.2 Seni Lukisan penyambung generasi warisan Schiller, (1967) (dalam Abu Talib Putih, 2001) memikirkan seni sebagai penyalur kesinambungan kemanusian. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi yang lain. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup dalam usaha mencari erti tentang diri, penglibatan, halatuju masyarakat. Seni dapat menyediakan benih cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat sesuatu yang lama dari sudut pandangan atau perspektif yang baru. Begitu juga dalam soal perpaduan masyarakat di negara kita, ia perlu satu perubahan paradigma tentang budaya ke Malaysiaan. Seni sebagai disiplin. Seni membenarkan manusia berfikir dan berikhtiar dalam cara yang tersendiri, ia merupakan satu anugerah kepada masyarakat kerana ciri kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan, menjulang keberanian, memasyhurkan keraian, atau juga membendung tragedi hidup manusia. Dalam menuju ke arah masyarakat aman damai, sejarah telah mencatatkan bahawa dengan adanya kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat diperolehi dan dinikmati bersama. Seni merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Dengan adanya unsur kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia, sifat benci dan syak wasangka dapat dielakkan. Ironinya, seni juga dapat mendidik kanak-kanak menjadi kreatif dan sukakan keceriaan melalui penggunaan warna-warna yang menarik. Tanpa keceriaan warna, maka hidup kanak-kanak menjadi murung dan sepi. 20
  • 21. 8.3 Pembentukan komunikasi yang berkesan dalam kalangan murid Komunikasi yang berkesan memainkan peranan untuk rakyat mendapat maklumat dengan cepat dan tepat supaya dapat bertindak secara positif. Malahan, d mampu menyampaikan mesej secara langsung dan spontan melalui peranan yang dimainkan oleh Juara dan Tukang Karut. Apa yang penting melalui persembahan ini dapat mewujudkan interaksi dan perhubungan mesra masyarakat umum. Persembahan dikir barat diperingkat sekolah juga dapat menghidupkan dan mencungkil bakat seni dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah yang bermutu tinggi. Apa yang penting ialah persembahan yang unik ini dikenali di seantero dunia. 8.4 Memupuk nilai kecintaan terhadap estetika kesenian Melalui aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah sudah pastinya dapat memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh pihak sekolah dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu. 8.5 Menerapkan nilai positif kendiri diri murid Signifikasi yang paling ketara melalui penglibatan murid dalam aktiviti persembahan di sekolah ialah dapat meningkatkan positif kendiri murid yang membuatkan murid rasa lebih yakin dan berani untuk terlibat serta aktif di sekolah. Inilah cara terbaik bagi murid-murid meluahkan perasaan mereka sayang akan diri mereka daripada bahaya dadah melalui penghasilan karya yang bermutu. Dalam konteks ini, aspek pembangunan modal insan dapat digabungkan dengan nilai-nilai yang baik. Oleh yang demikian, usaha menganjurkan Pertandingan Melukis Mural serta persembahan boria anti dadah ini menepati apa yang dihasratkan oleh kerajaan. Murid- murid sememangnya perlu diberi bimbingan berterusan agar mereka sentiasa sedar tentang kepentingan bahaya dadah bukan sahaja sewaktu mereka bersekolah, tetapi juga semasa mereka sudah tamat persekolahan. Apa yang penting, generasi yang bakal mewarisi negara 21
  • 22. akan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan negara dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian kerana, kreativiti dan positif kendiri dalam diri mereka telah mula dibentuk sejak di peringkat sekolah rendah melalui penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti di sekolah. 8.6 Memupuk nilai kasih sayang Persembahan boria dan juga pertandingan melukis poster sudah pastinya dapat memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Bukan sahaja warisan seni perlu dikekalkan, tetapi nilai utuh kasih sayang sesama manusia merupakan agenda penting dalam mewujudkan hubungan yang erat. Aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan hari anti dadah dapat memberi kesedaran kepada diri murid betapa pentingnya nilai menghargai nyawa kepada mereka. Kerjasama yang dipupuk antara kaum untuk melancarkan perjalanan aktiviti menjadi simbol muhibah yang terjalin antara masyarakat di Malaysia. 9.0 Kesimpulan Realitinya, apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Dalam konteks ini, murid-murid mahukan diri mereka diterima sebagai anggota kelompok dan pada masa yang sama mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan khususnya seni lukisan, keperluan untuk mendapat kasih sayang dan perhatian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan hasil lukisan mereka yang menarik. Dalam hal ini, mereka rasa hasil usaha mereka dihargai oleh guru dan ini dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Apa yang lebih penting ialah apabila wujudnya perhubungan yang mesra dan erat dengan guru yang pastinya akan mewujudkan suasana yang harmonis di dalam kelas. Signifikasinya, murid akan merasakan bahawa guru dan rakan-rakan menghargai bakat mereka yang istimewa. 22
  • 23. Ternyata keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imejkendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka. Semoga penyertaan mereka dalam aktiviti sekolah dapat memberi impak positif terhadap perkembangan diri mereka. 23
  • 24. Bibliografi Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak: Quantum Books. Gardner, (1990) Art Education and Human Development´ California: The Getty Education Institute Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Nor Anuwar bin Hamat: Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(2000) Pendidikan Muzik, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Laman Web http://jehan-kreativitidalampendidikanseni.blogspot.com/ http://impianmengunung.blogspot.com/2012_03_01_archive.html http://nafisahlagupuisi.blogspot.com/ http://albert-kritikanseni.blogspot.com/ http://www.scribd.com/doc/44519340/Pendidikan-Seni-Di-Malaysia 24