SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
Downloaden Sie, um offline zu lesen
CTU 221 
SAINS KESIHATAN DAN FARMASI 
DALAM TAMADUN ISLAM 
DISEDIAKAN OLEH: 
NUR FARHANA BINTI MOHD SIDIK (2013266742) 
NUR FARHANI HUSNA BINTI AZIZAN (2013408894) 
NURHIDAYAH BINTI MOHD HIDZIR (2013682326) 
NUR NADIA HANI BINTI NORAZMI (2013812242) 
KUMPULAN: 
HS111 3 / B1 
DISEDIAKAN UNTUK: 
USTAZ SOFWAN BIN HAJI HASBULLAH 
HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN)PADA PANDANGAN SYARAK
1 
HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) PADA PANDANGAN SYARAK 
ISI KANDUNGAN 
TAJUK 
HALAMAN 
ISI KANDUNGAN 
1 
1. PENDAHULUAN 
2 
2. HUKUM MENGENAI ISU PEMINDAHAN ORGAN (TRANSPLAN) 
2.1 HUKUM TRANSPLAN BERDASARKAN KAEDAH FIQH 
2.2 SYARAT-SYARAT PENGHARUSAN MENJALANI PEMINDAHAN ORGAN 
2.3 TRANSPLAN MENYIKSA MAYAT 
2.4 JENIS-JENIS PEMINDAHAN ORGAN 
2.5 HUKUM JUAL BELI ORGAN 
2.6 HUKUM MENGEMBALIKAN ANGGOTA BADAN YANG TERPISAH 
2.7 ISU-ISU MENGENAI TRANSPLAN 
2.8 FATWA MENGENAI TRANSPLAN 
3 
3 
4 
4 
5 
6 
6 
7 
8 
3. KESIMPULAN 
9 
4. RUJUKAN 
10 
5. LAMPIRAN 
11
2 
1. PENDAHULUAN 
Seiring dengan kepesatan teknologi dan kemajuan sains, bidang perubatan juga tidak ketinggalan. Begitu juga dengan penyakit dimana semakin canggih alatan perubatan dan semakin moden sistem serta prosedur perubatan, semakin banyak penyakit yang dikategorikan sebagai berbahaya dan boleh membawa maut. 
Pelbagai kaedah rawatan, melalui peralatan dan kajian perubatan berteknologi tinggi telah dijalankan dan berjaya dicipta. Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden, pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan. Salah satu kaedah rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang terbukti berjaya merawat pesakit-pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir. 
Pendermaan dan pemindahan organ bermaksud suatu pembedahan dimana organ yang rosak atau gagal berfungsi pada tubuh badan seseorang dibuang dan digantikan dengan organ yang baru. 
Organ atau anggota badan tertentu boleh dipindahkan bagi tujuan menggantikan organ penerima yang gagal berfungsi. Organ-organ dan tisu-tisu yang boleh dipindahkan termasuklah jantung, injap jantung, hati, buah pinggang(ginjal), paru-paru, kornea mata, tulang dan kulit. 
Memandangkan isu pemindahan dan pendermaan organ ini ialah isu moden yang baru diperkenalkan, terdapat beberapa hal yang menjadi bualan dikalangan Muslim. Pelbagai hal dan persoalan berhubung isu-isu perubatan seperti pendermaan organ, hukum berubat dengan sesuatu yang ditegah syarak ketika darurat dan sebagainya telah menjadi perbahasan dan perbincangan para ulama Islam masa kini. 
Apakah hukum perdermaan dan pemindahan organ mengikut pandangan syarak?
3 
2. HUKUM MENGENAI ISU PEMINDAHAN ORGAN (TRANSPLAN) 
2.1 HUKUM TRANSPLAN BERDASARKAN KAEDAH FIQH 
Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ adalah HARUS. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenu hi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syariah. 
2.1.1 SEGALA URUSAN MENGIKUT TUJUAN (al-Umuru bi maqasidiha) 
Dalam kaedah fiqh ini, sesuatu perbuatan itu dinilai berdasarkan niat dan tujuan ia dilakukan. Tujuan pemindahan organ ialah bagi menyelamatkan nyawa pesakit dan mampu mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dengan melakukan kemudaratan yang lebih ringan. Pemindahan organ tidak dilakukan dengan niat untuk menghina atau menyeksa mayat, sebaliknya ia dilakukan untuk menyelamatkan nyawa. 
2.1.2 KEMUDARATAN PERLU DIHILANGKAN (al-Dharar Yuzal) 
Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu matlamat syariah iaitu memelihara nyawa manusia. Dibawah kaedah ini, rawatan pemindahan organ memberi pilihan untuk memilih jalan yang paling kurang mudarat. Keutamaan perlu diberikan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dengan memilih kemudaratan yang lebih kecil. Kemudaratan yang lebih besar ialah membiarkan pesakit yang memerlukan organ itu meninggal dunia. Justeru, kita perlu mengambil organ daripada penderma kepada penerima yang memerlukannya. 
2.1.3 KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN(al-Masyaqqah Tajlibu al-Taisir) 
Pemindahan organ ialah ikhtiar dan suatu kemudahan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh pesakit-pesakit kegagalan organ peringkat akhir. Syarak memberi kelonggaran kepada orang yang berada dalam darurat dengan membenarkan perkara yang haram bagi menghilangkan kemudaratan dengan syarat tiada pilihan lain yang halal. Sehubungan dengan itu, pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit ialah rawatan pemindahan organ.
4 
2.2 SYARAT-SYARAT PENGHARUSAN MENJALANI PEMINDAHAN ORGAN 
Dari sudut pandangan Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah: 
 Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. 
 Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. Kemungkinan tranplan untuk berjaya perlulah dipastikan terlebih dahulu. 
 Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah SWT dan bukanlah dengan niat yang tersembunyi. 
 Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya kerana mereka juga mempunyai hak ke atas diri penderma. 
2.3 TRANSPLAN MENYIKSA MAYAT 
Transplan bertujuan memelihara nyawa yang merupakan salah satu daripada maqasid syariah. Ianya bukanlah dilakukan dengan niat jahat, sebaliknya merupakan pilihan terakhir bagi menyelamatkan pesakit. 
Larangan yang dinyatakan di dalam hadis di atas terbatal apabila wujud keperluan yang lebih utama yang mengatasi larangan tersebut iaitu bagi menyelamatkan nyawa pesakit.
5 
2.4 JENIS-JENIS PEMINDAHAN ORGAN 
Berdasarkan jenis organ (foreignness): 
 Autograft 
o Autograft bermaksud pemindahan organ dari satu kawasan ke kawasan yang lain bagi individu yang sama seperti memindahkan kulit yang normal ke kawasan yang terbakal. Kaedah ini adalah yang paling selamat kerana tiada reaksi immuniti. 
 Isograft 
o Juga dikenali sebagai syngraft. Isograft bermaksud pemindahan antara dua individu yang mempunyai genetic yang sama. Contohnya, kembar seiras. Pemindahan jenis ini juga tidak menghasilkan reaksi immuniti kerana mempunyai struktur genetik yang sesuai. 
 Allograft 
o Pemindahan ini dilakukan antara dua individu yang mempunyai genetik yang yang berbeza(allogenic) dalam kalangan spesis yang sama. Kaedah ini sering berlaku penolakan dari reaksi immunity(rejection) kerana mempunyai struktur genetik yang tidak sesuai. 
 Xenograft 
o Xenograft juga dikenali sebagai heterograft. Pemindahan ini dilakukan antara penderma dan penerima daripada spesis yang berlainan. Contohnya, pemindahan organ babi kepada manusia. Namun tiada pemindahan xenograft yang direkodkan berjaya setakat ini.
6 
2.5 HUKUM JUAL BELI ORGAN 
Kebanyak ahli fiqh telah mengHARAMkan jual beli organ atau anggota badan manusia. Hal ini adalah berdasarkan beberapa dalil/hujah: 
 Jasad manusia dan anggota badannya bukanlah barang jualan yang boleh dijual-beli. Ini adalah kerana kemuliaan dan kehormatan manusia sebagai makhluk terbaik ciptaan Allah yang perlu dipelihara. 
 Jual beli bangkai bukanlah hak milik manusia, kerana pemiliknya yang hakiki ialah penciptanya, iaitu Allah SWT. 
 Sekiranya penjualan organ diharuskan, hal ini akan mendorong kepada kerosakan yang besar. Manusia akan cuba berebut mendapatkan keuntungan dari urus niaga ini. Contohnya, manusia akan membunuh untuk mendapatkan organ dan seterusnya menjual organ tersebut untuk mendapatkan keuntungan. 
2.6 HUKUM MENGEMBALIKAN ANGGOTA BADAN YANG TERPISAH
7 
2.7 ISU-ISU MENGENAI TRANSPLAN 
Berlaku beberapa kontroversi dalam isu organ transplan. Antaranya ialah isu pemindahan organ antara orang Islam dan orang bukan Islam. Hal ini kerana, dikhuatiri sekiranya seorang non-Muslim mendermakan organnya kepada Muslim, hal ini akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan penerima seperti kesan daripada pemakanan dan cara hidup non-Muslim tersebut sebelum mendermakan organnya. 
Selain itu, isu pemindahan organ dari seorang Muslim kepada non-Muslim juga mendapat perhatian ramai. Hal ini kerana seorang Muslim khuatir sekiranya organ yang didermakan kepada non-Muslim akan disalahgunakan dalam menjalani kehidupan hariannya setelah menerima organ tersebut.
8 
2.8 FATWA MENGENAI TRANSPLAN 
Perkembangan mengenai kaedah rawatan pemindahan organ mula dibincangkan di Malaysia sejak tahun 1960-an lagi. Hasilnya, menerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, fatwa berkenaan pemindahan organ dikeluarkan pada tahun 1970. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ini menjadi rujukan mengenai isu pemindahan dan pendermaan organ di Malaysia, dan diterima pakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai fatwa khusus mengenai pendermaan organ. 
Fatwa dari Dr. Yusuf al-Qaradawi 
Beliau menyatakan bahawa pendermaan dan pemindahan organ daripada orang hidup atau yang meninggal dunia adalah harus pada saat-saat darurat dengan syarat tidak membawa kemudaratan besar kepada penderma atau orang yang mempunyai hak ke atas dirinya. Beliau juga menegaskan bahawa harus mendermakan organ kepada orang bukan Islam, haram memperdagangkan organ, harus bagi waris dan wali menderma organ ahli keluarga yang telah meninggal dunia yang tidak berwasiat supaya organnya tidak diambil selepas meninggal dunia dan harus menerima organ dari penderma bukan Islam. 
*** MENGAPA KAH FATWA BERUBAH? 
Hukum-hukum yang terbina di atas ‘urf (keadaan & kebiasaan) akan berputar bersama masa, maka ia akan terbatal apabila kebiasaan tersebut terbatal.
9 
3. KESIMPULAN 
Pemindahan organ merupakan satu kaedah perubatan moden yang dapat menyelamatkan banyak nyawa. Hukumnya adalah diHARUSkan selagi menepati kehendak syarak. 
Ibn Qayyim al-Jawziyyah meletakkan pengorbanan jiwa raga pada peringkat yang tertinggi daripada sepuluh jenis pengorbanan. Penderma organ boleh dikatogerikan di bawah pengorbanan jiwa raga seperti yang dinyatakan. Ini kerana mereka sanggup menderma organ kepada pesakit yang memerlukan dengan syarat-syarat yang tertentu. Menyelamatkan nyawa manusia ialah salah satu daripada tumpuan penjagaan syarak dalam Islam. 
Pendermaan organ juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, pangkat dan harta. 
“Organ yang Allah kurniakan kepada kita, boleh menjadi sumber pahala walaupun ketika jasad tidak lagi bernyawa”.
10 
4. RUJUKAN 
 Shaikh Mohd Shaifudden Shaikh Mohd Salleh, Muhammad Zaki Ramli, Siti Noorzuraidawati Mihat, Nor Aryani Mansom dan Mohd Rezuan Masran (2011), Pemindahan Organ dari Perspektif Islam, 
Putrajaya, Kementarian Kesihatan Malaysia 
 Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Abu Bakar Yang dan Norkumala Awang. (2005), 
Persepsi dan sikap orang Islam terhadap pendermaan organ: Satu tinjauan lapangan. Laporan penyelidikan, 
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia 
 Dr. Muhammad Sulaiman Al-Ashqar (2002), 
Ijtihad di dalam Fiqh Perubatan, 
Pustaka Syuhada 
 Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri (2010), 
Pemindahan dan Pendermaan Organ, 
PNS Publication
11 
5. LAMPIRAN

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Perbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran qisas
Perbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran qisasPerbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran qisas
Perbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran qisasshahirah44
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn salmy1001
 
Beriman kpd rasul
Beriman kpd rasulBeriman kpd rasul
Beriman kpd rasulpuyah87
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSShafizuddinhussin
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual belishahirah44
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyarezz_ally
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)hudhud321
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahCamar Puteh
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'salmy1001
 
Waris KULIAH 2
Waris KULIAH 2Waris KULIAH 2
Waris KULIAH 2ezz_ally
 
Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..Faizah Yahya
 
Zorof (Kata Keterangan)
Zorof (Kata Keterangan)Zorof (Kata Keterangan)
Zorof (Kata Keterangan)Hafiz Zakaria
 
Pengenalan muamalat islam
Pengenalan muamalat islamPengenalan muamalat islam
Pengenalan muamalat islamfazrul
 
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)najwanabila
 
Was ist angesagt? (20)

Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Syuf'ah
Syuf'ahSyuf'ah
Syuf'ah
 
Perbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran qisas
Perbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran qisasPerbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran qisas
Perbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran qisas
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn
 
Beriman kpd rasul
Beriman kpd rasulBeriman kpd rasul
Beriman kpd rasul
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Waris KULIAH 2
Waris KULIAH 2Waris KULIAH 2
Waris KULIAH 2
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 
Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..
 
Zorof (Kata Keterangan)
Zorof (Kata Keterangan)Zorof (Kata Keterangan)
Zorof (Kata Keterangan)
 
Masdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arabMasdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arab
 
Pengenalan muamalat islam
Pengenalan muamalat islamPengenalan muamalat islam
Pengenalan muamalat islam
 
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
 
Kaedah kelima
Kaedah kelimaKaedah kelima
Kaedah kelima
 
Ähnlich wie PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

Presentasi 12 transplantasi organ
Presentasi 12   transplantasi organPresentasi 12   transplantasi organ
Presentasi 12 transplantasi organMarhamah Saleh
 
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Operator Warnet Vast Raha
 
hukum pendonoran dan transplantasi anggota tubuh
hukum pendonoran dan transplantasi anggota tubuhhukum pendonoran dan transplantasi anggota tubuh
hukum pendonoran dan transplantasi anggota tubuhFahriansah
 
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...Operator Warnet Vast Raha
 
Transplantasi organ dan transfusi darah menurut pandangan islam
Transplantasi organ dan transfusi darah menurut pandangan islamTransplantasi organ dan transfusi darah menurut pandangan islam
Transplantasi organ dan transfusi darah menurut pandangan islamMuhammad Khoirul Zed
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiWarnet Raha
 
Transplantasi menurut beberapa agama
Transplantasi menurut beberapa agamaTransplantasi menurut beberapa agama
Transplantasi menurut beberapa agamaDesyanwar
 
KLP 13_TRANSFUSI DARAH DAN TRANSPLANTASI ORGAN.docx
KLP 13_TRANSFUSI DARAH DAN TRANSPLANTASI ORGAN.docxKLP 13_TRANSFUSI DARAH DAN TRANSPLANTASI ORGAN.docx
KLP 13_TRANSFUSI DARAH DAN TRANSPLANTASI ORGAN.docxWellaVistaEdward
 
Ähnlich wie PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ (20)

Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Presentasi 12 transplantasi organ
Presentasi 12   transplantasi organPresentasi 12   transplantasi organ
Presentasi 12 transplantasi organ
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Makalah agama tentang asi AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
hukum pendonoran dan transplantasi anggota tubuh
hukum pendonoran dan transplantasi anggota tubuhhukum pendonoran dan transplantasi anggota tubuh
hukum pendonoran dan transplantasi anggota tubuh
 
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
 
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam  ...
Transplantasi anggota badan, transfusi darah, jual beli darah menurut islam ...
 
Makalah transplantasi organ manusia
Makalah transplantasi organ manusiaMakalah transplantasi organ manusia
Makalah transplantasi organ manusia
 
Transplantasi organ dan transfusi darah menurut pandangan islam
Transplantasi organ dan transfusi darah menurut pandangan islamTransplantasi organ dan transfusi darah menurut pandangan islam
Transplantasi organ dan transfusi darah menurut pandangan islam
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asiMakalah agama tentang asi
Makalah agama tentang asi
 
Makalah agama tentang asi (3)
Makalah agama tentang asi (3)Makalah agama tentang asi (3)
Makalah agama tentang asi (3)
 
Transplantasi menurut beberapa agama
Transplantasi menurut beberapa agamaTransplantasi menurut beberapa agama
Transplantasi menurut beberapa agama
 
Hukum transplantasi
Hukum transplantasiHukum transplantasi
Hukum transplantasi
 
Trasplantasi organ
Trasplantasi organTrasplantasi organ
Trasplantasi organ
 
Trasplantasi organ
Trasplantasi organTrasplantasi organ
Trasplantasi organ
 
Trasplantasi organ
Trasplantasi organTrasplantasi organ
Trasplantasi organ
 
KLP 13_TRANSFUSI DARAH DAN TRANSPLANTASI ORGAN.docx
KLP 13_TRANSFUSI DARAH DAN TRANSPLANTASI ORGAN.docxKLP 13_TRANSFUSI DARAH DAN TRANSPLANTASI ORGAN.docx
KLP 13_TRANSFUSI DARAH DAN TRANSPLANTASI ORGAN.docx
 
Kürzlich hochgeladen

KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxKDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxawaldarmawan3
 
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...WulanNovianti7
 
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosisAbses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosisRachmandiarRaras
 
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptGizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptAyuMustika17
 
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.pptALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.pptRaniNarti
 
polimeric micelles for drug delivery system.pptx
polimeric micelles for drug delivery system.pptxpolimeric micelles for drug delivery system.pptx
polimeric micelles for drug delivery system.pptxLinaWinarti1
 
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare pptMateri Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppticha582186
 
oscillometry for assessing lung function
oscillometry for assessing lung functionoscillometry for assessing lung function
oscillometry for assessing lung functionolivia371624
 
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiBIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiAviyudaPrabowo1
 
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptxHIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptxgastroupdate
 
D3_FITKES_FAKTOR KHASIAT OBAT Dalam Penggunaan Obat.pdf
D3_FITKES_FAKTOR KHASIAT OBAT Dalam Penggunaan Obat.pdfD3_FITKES_FAKTOR KHASIAT OBAT Dalam Penggunaan Obat.pdf
D3_FITKES_FAKTOR KHASIAT OBAT Dalam Penggunaan Obat.pdfSuryani549935
 
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptxB-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptxUswaTulFajri
 
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilanpresentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilancahyadewi17
 
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikobat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikSyarifahNurulMaulida1
 
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxRENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxrobert531746
 
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIFPENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIFRisaFatmasari
 
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxKeperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxnadiasariamd
 
Kürzlich hochgeladen (17)

KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxKDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
 
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
 
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosisAbses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
 
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptGizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
 
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.pptALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
 
polimeric micelles for drug delivery system.pptx
polimeric micelles for drug delivery system.pptxpolimeric micelles for drug delivery system.pptx
polimeric micelles for drug delivery system.pptx
 
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare pptMateri Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
 
oscillometry for assessing lung function
oscillometry for assessing lung functionoscillometry for assessing lung function
oscillometry for assessing lung function
 
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiBIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
 
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptxHIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
 
D3_FITKES_FAKTOR KHASIAT OBAT Dalam Penggunaan Obat.pdf
D3_FITKES_FAKTOR KHASIAT OBAT Dalam Penggunaan Obat.pdfD3_FITKES_FAKTOR KHASIAT OBAT Dalam Penggunaan Obat.pdf
D3_FITKES_FAKTOR KHASIAT OBAT Dalam Penggunaan Obat.pdf
 
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptxB-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
 
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilanpresentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
 
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikobat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
 
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxRENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
 
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIFPENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
 
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxKeperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
 
PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

  • 1. CTU 221 SAINS KESIHATAN DAN FARMASI DALAM TAMADUN ISLAM DISEDIAKAN OLEH: NUR FARHANA BINTI MOHD SIDIK (2013266742) NUR FARHANI HUSNA BINTI AZIZAN (2013408894) NURHIDAYAH BINTI MOHD HIDZIR (2013682326) NUR NADIA HANI BINTI NORAZMI (2013812242) KUMPULAN: HS111 3 / B1 DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ SOFWAN BIN HAJI HASBULLAH HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN)PADA PANDANGAN SYARAK
  • 2. 1 HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) PADA PANDANGAN SYARAK ISI KANDUNGAN TAJUK HALAMAN ISI KANDUNGAN 1 1. PENDAHULUAN 2 2. HUKUM MENGENAI ISU PEMINDAHAN ORGAN (TRANSPLAN) 2.1 HUKUM TRANSPLAN BERDASARKAN KAEDAH FIQH 2.2 SYARAT-SYARAT PENGHARUSAN MENJALANI PEMINDAHAN ORGAN 2.3 TRANSPLAN MENYIKSA MAYAT 2.4 JENIS-JENIS PEMINDAHAN ORGAN 2.5 HUKUM JUAL BELI ORGAN 2.6 HUKUM MENGEMBALIKAN ANGGOTA BADAN YANG TERPISAH 2.7 ISU-ISU MENGENAI TRANSPLAN 2.8 FATWA MENGENAI TRANSPLAN 3 3 4 4 5 6 6 7 8 3. KESIMPULAN 9 4. RUJUKAN 10 5. LAMPIRAN 11
  • 3. 2 1. PENDAHULUAN Seiring dengan kepesatan teknologi dan kemajuan sains, bidang perubatan juga tidak ketinggalan. Begitu juga dengan penyakit dimana semakin canggih alatan perubatan dan semakin moden sistem serta prosedur perubatan, semakin banyak penyakit yang dikategorikan sebagai berbahaya dan boleh membawa maut. Pelbagai kaedah rawatan, melalui peralatan dan kajian perubatan berteknologi tinggi telah dijalankan dan berjaya dicipta. Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden, pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan. Salah satu kaedah rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang terbukti berjaya merawat pesakit-pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir. Pendermaan dan pemindahan organ bermaksud suatu pembedahan dimana organ yang rosak atau gagal berfungsi pada tubuh badan seseorang dibuang dan digantikan dengan organ yang baru. Organ atau anggota badan tertentu boleh dipindahkan bagi tujuan menggantikan organ penerima yang gagal berfungsi. Organ-organ dan tisu-tisu yang boleh dipindahkan termasuklah jantung, injap jantung, hati, buah pinggang(ginjal), paru-paru, kornea mata, tulang dan kulit. Memandangkan isu pemindahan dan pendermaan organ ini ialah isu moden yang baru diperkenalkan, terdapat beberapa hal yang menjadi bualan dikalangan Muslim. Pelbagai hal dan persoalan berhubung isu-isu perubatan seperti pendermaan organ, hukum berubat dengan sesuatu yang ditegah syarak ketika darurat dan sebagainya telah menjadi perbahasan dan perbincangan para ulama Islam masa kini. Apakah hukum perdermaan dan pemindahan organ mengikut pandangan syarak?
  • 4. 3 2. HUKUM MENGENAI ISU PEMINDAHAN ORGAN (TRANSPLAN) 2.1 HUKUM TRANSPLAN BERDASARKAN KAEDAH FIQH Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ adalah HARUS. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenu hi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syariah. 2.1.1 SEGALA URUSAN MENGIKUT TUJUAN (al-Umuru bi maqasidiha) Dalam kaedah fiqh ini, sesuatu perbuatan itu dinilai berdasarkan niat dan tujuan ia dilakukan. Tujuan pemindahan organ ialah bagi menyelamatkan nyawa pesakit dan mampu mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dengan melakukan kemudaratan yang lebih ringan. Pemindahan organ tidak dilakukan dengan niat untuk menghina atau menyeksa mayat, sebaliknya ia dilakukan untuk menyelamatkan nyawa. 2.1.2 KEMUDARATAN PERLU DIHILANGKAN (al-Dharar Yuzal) Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu matlamat syariah iaitu memelihara nyawa manusia. Dibawah kaedah ini, rawatan pemindahan organ memberi pilihan untuk memilih jalan yang paling kurang mudarat. Keutamaan perlu diberikan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dengan memilih kemudaratan yang lebih kecil. Kemudaratan yang lebih besar ialah membiarkan pesakit yang memerlukan organ itu meninggal dunia. Justeru, kita perlu mengambil organ daripada penderma kepada penerima yang memerlukannya. 2.1.3 KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN(al-Masyaqqah Tajlibu al-Taisir) Pemindahan organ ialah ikhtiar dan suatu kemudahan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh pesakit-pesakit kegagalan organ peringkat akhir. Syarak memberi kelonggaran kepada orang yang berada dalam darurat dengan membenarkan perkara yang haram bagi menghilangkan kemudaratan dengan syarat tiada pilihan lain yang halal. Sehubungan dengan itu, pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit ialah rawatan pemindahan organ.
  • 5. 4 2.2 SYARAT-SYARAT PENGHARUSAN MENJALANI PEMINDAHAN ORGAN Dari sudut pandangan Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:  Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit.  Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. Kemungkinan tranplan untuk berjaya perlulah dipastikan terlebih dahulu.  Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah SWT dan bukanlah dengan niat yang tersembunyi.  Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya kerana mereka juga mempunyai hak ke atas diri penderma. 2.3 TRANSPLAN MENYIKSA MAYAT Transplan bertujuan memelihara nyawa yang merupakan salah satu daripada maqasid syariah. Ianya bukanlah dilakukan dengan niat jahat, sebaliknya merupakan pilihan terakhir bagi menyelamatkan pesakit. Larangan yang dinyatakan di dalam hadis di atas terbatal apabila wujud keperluan yang lebih utama yang mengatasi larangan tersebut iaitu bagi menyelamatkan nyawa pesakit.
  • 6. 5 2.4 JENIS-JENIS PEMINDAHAN ORGAN Berdasarkan jenis organ (foreignness):  Autograft o Autograft bermaksud pemindahan organ dari satu kawasan ke kawasan yang lain bagi individu yang sama seperti memindahkan kulit yang normal ke kawasan yang terbakal. Kaedah ini adalah yang paling selamat kerana tiada reaksi immuniti.  Isograft o Juga dikenali sebagai syngraft. Isograft bermaksud pemindahan antara dua individu yang mempunyai genetic yang sama. Contohnya, kembar seiras. Pemindahan jenis ini juga tidak menghasilkan reaksi immuniti kerana mempunyai struktur genetik yang sesuai.  Allograft o Pemindahan ini dilakukan antara dua individu yang mempunyai genetik yang yang berbeza(allogenic) dalam kalangan spesis yang sama. Kaedah ini sering berlaku penolakan dari reaksi immunity(rejection) kerana mempunyai struktur genetik yang tidak sesuai.  Xenograft o Xenograft juga dikenali sebagai heterograft. Pemindahan ini dilakukan antara penderma dan penerima daripada spesis yang berlainan. Contohnya, pemindahan organ babi kepada manusia. Namun tiada pemindahan xenograft yang direkodkan berjaya setakat ini.
  • 7. 6 2.5 HUKUM JUAL BELI ORGAN Kebanyak ahli fiqh telah mengHARAMkan jual beli organ atau anggota badan manusia. Hal ini adalah berdasarkan beberapa dalil/hujah:  Jasad manusia dan anggota badannya bukanlah barang jualan yang boleh dijual-beli. Ini adalah kerana kemuliaan dan kehormatan manusia sebagai makhluk terbaik ciptaan Allah yang perlu dipelihara.  Jual beli bangkai bukanlah hak milik manusia, kerana pemiliknya yang hakiki ialah penciptanya, iaitu Allah SWT.  Sekiranya penjualan organ diharuskan, hal ini akan mendorong kepada kerosakan yang besar. Manusia akan cuba berebut mendapatkan keuntungan dari urus niaga ini. Contohnya, manusia akan membunuh untuk mendapatkan organ dan seterusnya menjual organ tersebut untuk mendapatkan keuntungan. 2.6 HUKUM MENGEMBALIKAN ANGGOTA BADAN YANG TERPISAH
  • 8. 7 2.7 ISU-ISU MENGENAI TRANSPLAN Berlaku beberapa kontroversi dalam isu organ transplan. Antaranya ialah isu pemindahan organ antara orang Islam dan orang bukan Islam. Hal ini kerana, dikhuatiri sekiranya seorang non-Muslim mendermakan organnya kepada Muslim, hal ini akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan penerima seperti kesan daripada pemakanan dan cara hidup non-Muslim tersebut sebelum mendermakan organnya. Selain itu, isu pemindahan organ dari seorang Muslim kepada non-Muslim juga mendapat perhatian ramai. Hal ini kerana seorang Muslim khuatir sekiranya organ yang didermakan kepada non-Muslim akan disalahgunakan dalam menjalani kehidupan hariannya setelah menerima organ tersebut.
  • 9. 8 2.8 FATWA MENGENAI TRANSPLAN Perkembangan mengenai kaedah rawatan pemindahan organ mula dibincangkan di Malaysia sejak tahun 1960-an lagi. Hasilnya, menerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, fatwa berkenaan pemindahan organ dikeluarkan pada tahun 1970. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ini menjadi rujukan mengenai isu pemindahan dan pendermaan organ di Malaysia, dan diterima pakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai fatwa khusus mengenai pendermaan organ. Fatwa dari Dr. Yusuf al-Qaradawi Beliau menyatakan bahawa pendermaan dan pemindahan organ daripada orang hidup atau yang meninggal dunia adalah harus pada saat-saat darurat dengan syarat tidak membawa kemudaratan besar kepada penderma atau orang yang mempunyai hak ke atas dirinya. Beliau juga menegaskan bahawa harus mendermakan organ kepada orang bukan Islam, haram memperdagangkan organ, harus bagi waris dan wali menderma organ ahli keluarga yang telah meninggal dunia yang tidak berwasiat supaya organnya tidak diambil selepas meninggal dunia dan harus menerima organ dari penderma bukan Islam. *** MENGAPA KAH FATWA BERUBAH? Hukum-hukum yang terbina di atas ‘urf (keadaan & kebiasaan) akan berputar bersama masa, maka ia akan terbatal apabila kebiasaan tersebut terbatal.
  • 10. 9 3. KESIMPULAN Pemindahan organ merupakan satu kaedah perubatan moden yang dapat menyelamatkan banyak nyawa. Hukumnya adalah diHARUSkan selagi menepati kehendak syarak. Ibn Qayyim al-Jawziyyah meletakkan pengorbanan jiwa raga pada peringkat yang tertinggi daripada sepuluh jenis pengorbanan. Penderma organ boleh dikatogerikan di bawah pengorbanan jiwa raga seperti yang dinyatakan. Ini kerana mereka sanggup menderma organ kepada pesakit yang memerlukan dengan syarat-syarat yang tertentu. Menyelamatkan nyawa manusia ialah salah satu daripada tumpuan penjagaan syarak dalam Islam. Pendermaan organ juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, pangkat dan harta. “Organ yang Allah kurniakan kepada kita, boleh menjadi sumber pahala walaupun ketika jasad tidak lagi bernyawa”.
  • 11. 10 4. RUJUKAN  Shaikh Mohd Shaifudden Shaikh Mohd Salleh, Muhammad Zaki Ramli, Siti Noorzuraidawati Mihat, Nor Aryani Mansom dan Mohd Rezuan Masran (2011), Pemindahan Organ dari Perspektif Islam, Putrajaya, Kementarian Kesihatan Malaysia  Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Abu Bakar Yang dan Norkumala Awang. (2005), Persepsi dan sikap orang Islam terhadap pendermaan organ: Satu tinjauan lapangan. Laporan penyelidikan, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia  Dr. Muhammad Sulaiman Al-Ashqar (2002), Ijtihad di dalam Fiqh Perubatan, Pustaka Syuhada  Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri (2010), Pemindahan dan Pendermaan Organ, PNS Publication