SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 40
Portugis
(1511-1641)
130 tahun
Belanda
(1641-1824)
183 tahun
British
(1824-1941)
117 tahun
Jepun
(1941-1945)
4 tahun
British
(1945-1957)
12 tahun
•untuk menguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh pedagang Islam.
•ingin mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur, menyebarkan dan mengembangkan ajaran Kristian.
•tertarik dengan Melaka kerana lokasi dan kedudukan Melaka yang strategik ditengah-tengah laluan antara India dan
China.
FAKTOR KEDATANGAN
•Portugis telah berjaya menawan Melaka dengan pimpinan Alfonso d’Albuquerque.
•Beliau telah membina kota A Famosa untuk melindungi Melaka daripada serangan terutama serangan daripada
Sultan Mahmud yang cuba mendapatkan semula Melaka.
•Portugis akhirnya tewas apabila waris kesultanan Melayu Melaka di Johor dengan bantuan Belanda berjaya
menawan Melaka pada tahun 1641.
PENJAJAHAN
•kewujudan masyarakat Serani (hasil perkahwinan antara orang Portusis dengan penduduk tempatan)
•pengenalan tulisan Rumi (Roman) dan penyerapan bahasa Portugis seperti ‘jendela’, ‘almari’, ‘tuala’, ‘garfu’, ‘palsu’
dan lain-lain dalam bahasa Melayu.
KESAN UTAMA PENINGGALAN PORTUGIS
Kapal-kapal pedagang wajib mebayar cukai 6-10% daripada hasil dagangan
Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang
Portugis memonopoli barang dagang utama (membeli barang dengan harga
rendah dan menjualnya dengan harga tinggi)
Diskriminasi terhadap pedagang Islam
• Pihak Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timut Belanda atau Vereenigde Oost-
Indische Compagnie (VOC) pada 20 Mac 1602.
• Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di Betawi (Jakarta) iaitu di Pulau Jawa
Pentadbiran Belanda:
• Belanda telah menyerang Melaka beberapa kali untuk mengatasi kuasa Portugis.
• Belanda berusaha untuk menghancurkan pelabuhan Melaka bagi menarik pedagang
asing ke Betawi serta menguasi perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.
• Belanda juga cuba untuk menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di
negeri-negeri Melayu.
Faktor penjajahan:
Tindakan Belanda menyebabkan kemasyhuran Melaka sebagai pusat dagangan terkemuka mula merosot dan para pedagang mula beralih ke Betawi.
Belanda menjadikan Melaka sebagai pengkalan untuk memaksa kapal dagang yang melalui Selat Melaka supaya berdagang di Betawi.
Belanda mendesak Johor menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka hendaklah mendapat
kebenaran daripada Belanda.
Belanda menggunakan tipu daya mereka untuk menjadi kuasa penjajah baru di Melaka selepas Portugis.
Selepas berperang selama enam bulan, akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari 1641.
Pada pertengahan tahun 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor menyerang Portugis untuk menawan Melaka
Tahun Catatan Ringkasan Pendudukan Belanda di Tanah Melayu
1639 Sultan Muzaffar Syah II (Raja Sulong) membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah
di Perak
1640 Belanda menawarkan bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor untuk
menyerang Portugis di Melaka serta menyerahkan negeri Melaka kepada Johor
1641 Belanda mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor (Belanda menipu Johor
dan menjadi penjajah baru di Melaka).
1650  Joan Truijtman menandatangani surat perjanjian dengan Sultan Muzaffar di Perak. Syarat
perjanjian:
 Perak mesti menjual timah kepada Belanda dan Aceh sahaja
 Perak tidak dibenarkan timah pada orang Eropah dan India
 Kerajaan perak hendaklah memberi tanah kepada Belanda untuk mendirikan loji.
 Bangunan Stadthuys (penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya serta sebagai
pusat pentadbiran Belanda) dibina di Melaka
1651 Belanda mendirikan loji di Tanjung Putus, Kuala Sungai Perak tetapi dibinasakan oleh orang
Melayu Perak.
1655  Joan Truijtman di hantar sekali lagi ke Perak untuk memperbaharui perjanjian pada 1650
dengan Sultan. Antara tambahan syarat perjanjian:
 Kerajaan Perak perlu membayar wang 50,000 rial kepada Belanda sebagai gantirugi loji di
Tanjung Putus yang dimusnahkan
 Belanda membuka loji sementara di Kuala Perak
1670 Belanda membina kota kayu di Pulau Pangkor
1757 Belanda mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi
1758 Perjanjian Belanda dengan orang Bugis supaya Klang, Linggi dan Rembau menjual hasil timah
ke Melaka dengan harga ditetapkan Belanda
1786 Sultan Ibrahim (Selangor) menandatangai perjanjian dengan Belanda untuk memberikan
monopoli timah di Selangor kepada Belanda
1795 Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui surat-surat Kewbagi mengelakkan semua
tanah jajahannya jatuh kepada Perancis disebabkan Perang Napoleon di Eropah
Penjajahan Belanda di Tanah Melayu berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian
London) pada 17 Mac 1824.
Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan antara Belanda
dan British di Kepulauan Melayu.
Kesan peninggalan Belanda di Tanah Melayu adalah pembinaan monumen seperti Bangunan
Stadthuys di Melaka dan Kota Belanda (Dutch Port) di Pulau Pangkor.
•British membuat persiapan untuk berdagang di Timur dengan menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) atau
East India Company (EIC).
•British ingin mencari pelabuhan baru sebagai pengkalan laut untuk kapal-kapal British yang berlayar di timur Teluk
Benggala.
•British telah mula datang ke Kepulauan Melayu pada awal abad ke-17.
•Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah untuk menguasai kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
Tahun 1600 :
•bermula dengan permohonan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan bantuan Gabenor British di
Madras, India dari ancaman Bugis melalui surat pada 1771.
•permohonan tersebut ditolak oleh British.
•Sultan Muhammad Jiwa menghantar pula seorang utusan ke Acheh bagi menemui pegawai EIC, Franchis Light untuk
menubuhkan pusat perdagangan di Kuala Kedah sekiranya British bersetuju memberi bantuan dan perlindungan
kepada Kedah.
•Franchis Light telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786 setelah memberi jaminan kosong
kepada Sultan Kedah, Sultan Abdullah kerana British tidak bersedia memberi perlindungan kepada Kedah.
Bermula Penjajahan:
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
Bil Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
1 Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka (serta semua jajahan takluknya)
kepada British
2 British mnyerahkan kepentingannya di Bangkahulu (Bengkulen) dan semua kawasan
kepunyaaan SHTI di Sumatera kepada Belanda
3 Belanda menarik balik bantahannya berhubung pendudukan Inggeris di Singapura dan
mengiktiraf British di Singapura (dengan syarat Brtish tidak meluaskan pengaruhnya ke Pulau
Karimun dan pulau-pulau di selatan Singapura).
4 Belanda berjanji tidak campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian
dengan pemerintah tempatan di Tanah Melayu.
5 British berjanji tidak campur tangan dan membuat sebarang perjanjian atau persetiaan di
Sumatera, Pulau Karimon, Kepulauan Riau-Lingga dan mana-mana bahagian di selatan
Singapura
6 British dan Belanda bersetuju bekerjasama dalam urusan perdagangan dan menghapuskan
kegiatan lanun
7 Jika mana-mana pihak mengundurkan diri daripada salah satu kawasan, maka pihak satu lagi
berhak menduduki kawasan yang ditinggalkan.
8 Pemerinah anak negeri dibenarkan membuat hubungan secara bebas dengan kedua-dua kuasa
dan sesama pemerintah tempatan
9 Hutang Belanda kepada British akibat Perang Napoleon selesai dengan pembayaran 100,000
paun (Sepanyol)
Perjanjian Inggeris–Belanda pada 17 Mac 1824 untuk menamatkan persaingan antara Belanda dan British di
Kepulauan Melayu telah memberikan peluang yang besar pada British untuk campur tangan di negeri-negeri
Melayu yang lain
KESAN-KESAN PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA
1824
 Setelah Melaka diserahkan kepada British selepas Perjanjian tersebut, British menguasai tiga tanah
jajahan di sepanjang Selat Melaka iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai di utara, Melaka di tengah
dan Singapura di selatan.
 Pada 1826, British telah menyatukan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dibawah satu unit
pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.
Persaingan kuasa antara Belanda dan British semakin sengit
British dan Belanda berselisih faham tentang butir-butir wilayah yang merujuk kepada “sebarang pulau yang terletak diselatan Singapura”
Perpecahan Empayar Johor-Riau
Singapura dan Tanah Besar Johor dibawah kuasa British Kepulauan Riau dibawah kuasa Belanda
Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh
Kawasan utara dan timur Kepulauan Melayu (termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei) dikuasai British
Belanda menguasai kawasan selatan dan barat.
NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
 Pengusaan British di Tanah Melayu bermula dengan penempatan British di
Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 dan Singapura pada 6 Februari 1819.
 British mempunyai tanah jajahannya yang ketiga apabila Belanda
menyerahkan Melaka kepada British melalui Perjanjian Inggeris Belanda pada
17 Mac 1824.
 Ketiga-tiga tanah jajahan British tersebut diletakkan di bawah satu
pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS) pada 1826.
 Pada 1832, Pusat pentadbiran NNS di Pulau Pinang dipindahkan ke Singapura.
Pentadbiran NNS ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di Calcutta,
India.
 Pentadbiran di Melaka dan Pulau Pinang diketuai oleh seorang Residen
Kaunselor yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral NNS di Singapura.
 Bermula 1 April 1867, pentadbiran NNS dipindahkan secara rasmi dari India ke
Pejabat Tanah Jajahan di London.
PERLUASAN KUASA: DASAR TIDAK CAMPUR
TANGAN
 Sejak penubuhan Negeri-negeri Selat, British tidak berminat untuk campur
tangan dalam hal ehwal negeri Melayu.
 Dasar tidak campur tangan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
British menghadapi Dahagi di
India
Bimbang timbulnya konfflik
dengan Siam yang mendakwa
Negeri-negeri Melayu di utara
adalah bawah naungannya.
British mempertahankan
prinsip berkecuali yang
dipersetujui dalam perjanjian
Inggeris-Belanda 1824
Campur tangan akan
meningkatkan kos sekiranya
berlaku peperangan
Akta Pitt yang diluluskan di
India melarang pegawai
British untuk campur tangan.
PERLUASAN KUASA: CAMPUR TANGAN BRITISH
SECARA TIDAK LANGSUNG
 British terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan terutama apabila mereka berasa
terancam dari kepentingan perdagangannya sebelum 1874.
 Antara peristiwa yang menyebabkan campur tangan British secara tidak langsung adalah:
Perebutan tahta kesultanan Johor antara Tengku Hussain dengan adiknya
Tengku Abdul Rahman
Penentangan penghulu Naning, Abdul Said (Dol Said) terhadap cukai 1/10
daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas penduduk Naning.
Naning diletak di bawah pentadbiran British selepas Melaka menjadi jajahan
British melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824.
Penentangan tersebut membawa kepada berlakunya Perang Naning pada
1831-32.
Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam pada 20
Jun 1826 yang membenarkan para pedagang British menjalankan urusannya
di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancaman Siam.
Kapal perang British membedil kubu pertahanan di Kuala Terengganu pada 4
November 1862 bagi menyekat kemaraan Siam di Terengganu dan Pahang
yang mengancam kepentingan British.
PERLUASAN KUASA: CAMPUR TANGAN BRITISH
SECARA LANGSUNG
Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah menyebabkan harga bijih timah melambung naik.
Kekayaan hasil bumi di Negeri-negeri Melayu terutamanya bijih timah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang serta emas di
Pahang.
Bimbang campur tangan kuasa Eropah yang lain seperti Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Belanda.
Pembukaan terusan Suez pada 1869 yang menghubungkan laut Merah dan Laut Mediterranean telah memendekkan perjalanan dari Britain
ke Tanah Melayu menjadi 14 400 km berbanding mengelilingi Tanjung Harapan di Selatan Afrika sejauh 22 320km.
Perubahan politik dan dasar kerajaan Britain
Desakan golongan pedagang di Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan untuk mengatasi perbalahan dalam kalangan pembesar
Melayu, pergaduhan kongsi gelap Cina dan kegiatan lanun di Selat Melaka.
 Sebab-sebab campur tangan British di Negeri-negeri Melayu adalah:
Tahun Ringkasan Perluasan Kuasa British di Tanah Melayu
1761 Sultan Ibrahim menjalin hubungan dengan pedagang British di Selangor
1771 Syarikat British, Francis Jourdain mendapat kebenaran Sultan Kedah untuk mendirikan loji
1784 Syarikat British, Thomas Forrest mendapat kebenaran untuk mendirikan lebih banyak gudang dan
loji di Kedah
1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan janji kosong kepada Sultan Kedah
1819 Stamford Raffles menduduki Singapura setelah membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul
Rahman dan menyokong Tengku Hussin sebagai Sultan Johor
1824 Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London)
1825 Persetiaan awal antara Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat Siam meluaskan
pengaruhnya di Perak dan Selangor
1826  Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam yang membenarkan para
pedagang British menjalankan urusannya di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu
tanpa ancaman Siam.
 Singapura, Pulau Pinang dan Melaka disatukan menjadi Negeri-negeri Selat
1841 James Brooke mengambil Sarawak.
1874  Perjanjian Pangkor dan campur tangan British di Perak
 Campur tangan British di Selangor
 Campur tangan British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
1875 Brunei menyerahkan Sabah kepada British
1888 Campur tangan British di Pahang
1896 Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu
1909 Perjanjian Bangkok ditandatangani. Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Perlis kepada British dan membentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
1914 Johor menerima penasihat British
SISTEM RESIDEN
 Sistem Residen mula diperkenalkan di Tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
 Perjanjian Pangkor merupakan permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri-
negeri Melayu.
 Jawatan ‘Residen’ adalah satu strategi British untuk menjaga kepentingan merekadari sudut ekonomi di
Tanah Melayu.
 Usaha ini adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu
seperti bijih timah dapat berjalan lancar.
 Perlantikan Residen juga merupakan strategi British untuk mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris dan
mengawal pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.
 Pegawai-pegawai yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai garis panduan yang rasmi dalam
menjalan tugas. Sebarang masalah yang berlaku diselesaikan mengikut kebijaksanaan dan budi bicara
mereka tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan British.
 Kemasukan Residen di Tanah Melayu pada awalnya adalah untuk membantu Sultan/Raja dan pembesar
Melayu mewujudkan keamanan akibat masalah-masalah yang berlaku seperti
 (a) perang saudara antara pembesar dalam merebut tahta dan kawasan;
 (b) pergaduhan antara kongsi gelap; dan
 (c) kegiatan lanun di Selat Melaka.
 Residen British berperanan sebagai penasihat kepada Sultan/Raja Melayu dalam urusan pentadbiran
kecuali urusan berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran
negeri dan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu
PERUBAHAN YANG BERLAKU DISEBABKAN
PERLAKSANAAN SISTEM RESIDEN
 Antara perubahan yang berlaku disebabkan perlaksanaan sistem Residen
adalah:
Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka
Sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah bagi membicarakan kesalahan yang
dilakukan oleh Penduduk Tanah Melayu
pungutan cukai dan hasil negeri yang dikuasai oleh Sultan/Raja dan pembesar tempatan diambil alih oleh British
sistem penghambaan dihapuskan
British telah membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu
RESIDEN INGGERIS DI NEGERI-NEGERI MELAYU
Tarikh Negeri Residen
November 1874 Perak J.W.W. Birch
Ogos 1874 Selangor J.G. Davidson
1874 Sungai Ujong, Negeri
Sembilan
W.I. Tatham
1888 Pahang J.P. Rodger
1895 Negeri Sembilan Martin Lister
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP KUASA BRITISH
Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan
NEGERI SEMBILAN
 Dol Said
Penentangan penghulu Naning, Abdul Said (Dol Said) terhadap
cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas
penduduk Naning membawa kepada Perang Naning pada 1831-
32.
PERAK
 Sultan Abdullah
 Dato’ Maharaja Lela
 Dato’ Sagor
 Pandak Indut
 Sepuntum
(Si Puntum)
 Sultan Abdullah dan pembesarnya seperti Dato’ Maharaja
Lela, Dato’ Sagor bermesyuarat secara sulit dan merancang
pembunuhan JWW Birch.
 Pembunuhan J.W.W Birch pada 2 November 1875 oleh
Pandak Indut dan Seputum atas arahan Dato’ Maharaja Lela.
 Pembunuhan J.W.W Birch disebabkan oleh pembaharuan
yang diperkenalkan British di Perak seperti:
a) Membatalkan hak pajakan antara Sultan Abdullah
dengan saudagar Lee Cheng dari Singapura dan Birch
menawarkan harga yang lebih tinggi kepada saudagar
tersebut
b) Menghentikan hak memungut cukai bijih timah
c) Menyusun semula sistem cukai
d) Memperkenalkan cukai yang baharu
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP KUASA BRITISH
Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan
PAHANG
 Dato’ Bahaman
 Tok Gajah,
 Mat Kilau
Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau melancarkan serangan
ke atas Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh pada 1892 dan
serangan keatas Kuala Tembeling selepas menawan kubu Jeram Ampai
pada 1894 disebabkan:
a) Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad terhadap British dan Tengku
Mahmud
b) Perasaaan tidak puas hati pembesar terhadap elaun ganti rugi atas
kehilangan kuasa apabila British melarang memungut cukai,
mengawal perhambaan, membataskan kerja-kerja kerahan dan hak
kekuasaan sebagai pentadbir keadilan bagi kes jenayah dan sivil
tetapi menerima
c) Perasaan tidak puas hati rakyat kerana dilarang memakai keris
bersama baju melayu.
KELANTAN
 Haji Mat Hassan bin
Munas (Tok Janggut)
Engku Besar Jeram bergabung dengan Tok Janggut menjalankan kempen
menentang peraturan baru British dan melancarkan serangan serta
menawan Pasir Puteh pada 29 April 1915 kerana:
a) Pengaruh Engku Besar Jeram yang cukai berasa tidak puas hati
setelah kehilangan kuasa memungut cukai dan perlu membayar cukai
kepada British
b) Pengenalan cukai tanah oleh British
Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan
TERENGGANU
 Haji Abdul Rahman
Limbong
a) Haji Abdul Rahman Limbong dan sekumpulan penduduk
pendalaman di Telemong membuka tanah dan menebas hutan
tanpa mendapat kebenaran British pada tahun 1922
b) 300 hingga 500 orang petani membersihkan tanah milik Tengku Nik
Maimunah (puteri Sultan Zainal Abidin III) setelah mendapat tahu
British akan meberi konsesi tanah kepada saudagar Cina
c) Kebangkitan petani yang digerakkan oleh Haji Abdul Rahman
Limbong berhimpun di Kuala Berang dan Kampung Pelam,
Telemong untuk mengadap Sultan Terengganu bagi memaklumkan
kesusahan mereka apabila British mengancam untuk mengambil
tindakan terhadap petani yang enggan membayar cukai.
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP KUASA BRITISH
Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan
SABAH
• Mat Salleh
• Antanom
Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu atau dikenali sebagai Mat Salleh
(pemimpin di hulu Sungai Sugut) menentang Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British (SBBU) dengan menyerang Pulau Gaya dan
memusnahkan bangunan kerajaan pada Julai 1897 kerana:
a) Pengenalan peraturan baharu oleh SBBU yang membebankan
penduduk
b) Kampung Mat Salleh di Sungai Sugut dibakar
c) Usaha untuk berunding dengan SBBU gagal
Ontoros anak lelaki Antanom atau lebih dikenali sebagai Antanom
(ketua kaum Murut di Rundum) menentang pihak SBBU pada Jun 1914
dan menyerang Pensiangan serta pejabat pegawai daerah Rundum
pada Februari 1915 kerana:
a) Pengenalan peraturan baharu SBBU yang membebankan
penduduk
b) Orang Murut dipaksa menjadi buruh membina jalan di pedalaman
dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum
secara paksa
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP KUASA BRITISH
Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan
SARAWAK
 Rentap
 Sharif Masahor
 Datu Patinggi Abdul
Ghafur
 Rentap (ketua kaum Iban) menentang British dengan menyerang kubu Brooke
di Nanga Skrang dan membunuh Alan Lee, pegawai pasukan Brooke pada
1853 kerana:
a) British menganggap orang Iban sebagai lanun
b) British membina kubu di sungai Skrang untuk mengawasi orang Iban
c) British memusnahkan petempatan orang Iban di Sungai Skrang
 Sharif Masahor (Gabenor Sarikei di Sungai Rajang) berpakat dengan Datu
Patinggi Abdul Ghafur menyerang kubu Brooke dan membunuh dua orang
pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox pada Jun 1859 kerana :
a) James Brooke mengambil alih Sarikei daripada Sultan Brunei dan
menggugat kedudukan Syarif Masahor
b) James Brooke membina kubu di Kanowit dan Syarif Masahor menganggap
ia sebagai mengambil alih kuasa
c) James Brooke memecat Syarif Masahor pada 1855 kerana dikatakan campur
tangan dalam pertelingkahan di Mukah.
 Sharif Masahor juga menyerang Kuching pada Februari 1860 tetapi
dikalahkan oleh Charles Brooke.
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP KUASA BRITISH
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
 Kelemahan-kelemahan yang wujud dalam Sistem Residen menyebabkan British mencadangkan agar
Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pusat pemerintahan dengan corak
kerajaan berpusat.
 Rundingan untuk membentuk kerajaan pusat tersebut dilaksanakan oleh Sir Charles Mitchell dengan
Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British.
 Frank Swettenham dilantik bagi mendapatkan persetujuan daripada keempat-empat negeri tersebut.
 Pada 1 Julai 1896, Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani antara pihak Inggeris dengan Sultan/Raja
Melayu di Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan dan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(NMMB).
 Frank Swettenham dilantik sebagai Residen General yang pertama dari tahun 1896 hingga 1901.
 Residen General merupakan ketua pentadbir bagi kerajaan persekutuan dan berperanan memberi nasihat
dalam semua urusan pemerintahan kecuali urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 Sultan/Raja dianggap sebagai ketua negeri.
 Kuala Lumpur telah dipilih sebagai ibu negeri NNMB dan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
 Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu (DURBAR) antara Sultan/Raja Melayu dengan pegawai British
diperkenalkan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
 Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada 1909 untuk mengukuhkan lagi penguasaan British ke atas
NNMB.
 Pada 1910, Jawatan Ketua Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi diwujudkan bagi menggantikan jawatan
KESAN PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU
Pemusatan kuasa pentadbiran di tangan residen Jeneral di Kuala Lumpur
Kuasa sultan/raja hanya tertumpu pada urusan agama islam dan adat Istiadat Melayu
Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan untuk mengemaskini pentadbiran NNMB
Penubuhan jabatan-jabatan persekutuan menyebabkan pengambilan pegawai British bertambah
Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak jelas dan lebih memihak kepada kerajaan persekutuan
Orang Melayu tidak mendapat keuntungan dalam pembangunan ekonomi dan pentadbiran negeri sebaliknya menguntungkan pengusaha asing
DURBAR tidak berfungsi kerana nasihatnya tidak diikuti oleh residen Jeneral.
Sumber kewangan negeri berkurangan kerana hasil negeri, cukai dan urusan kewangan negeri terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
 Pada 10 Mac 1909, Pihak British dan Siam telah menandatangani satu perjanjian yang
dikenali sebagai Perjanjian Bangkok.
 Kerajaan Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis
kepada British dan membentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).
 Melalui Perjanjian Bangkok, British telah berjaya melindungi kepentingan mereka di
negeri-negeri Melayu serta menyekat perluasan kuasa Siam.
 Pembentukan NNMTB membolehkan British meletakkan seorang penasihat British di
setiap negeri berkenaan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor
Negeri-negeri Selat.
 Pada 1914, Sultan Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan British dan
bersetuju menerima penasihat British. Ini menjadikan penguasaan British keatas semua
negeri Melayu lengkap.
 Pentadbiran NNMTB berbeza dengan pentadbiran NNMB dimana Sultan/Raja bebas
dalam urusan pentadbiran, manakala penasihat British berperanan sebagai penasihat
dan bukannya sebagai pentadbir seperti di NNMB.
 British telah berusaha gigih untuk mengukuhkan kekuasaannya dengan
mempengaruhi NNMTB supaya bergabung dengan NNMB dibawah sistem
pentadbiran persekutuan tetapi gagal.
PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI
1920-1941)
Pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) bermaksud kuasa-kuasa utama berkaitan pentadbiran, sumber kewangan dan perkhidmatan yang
dikuasai oleh kerajaan pusat dikembalikan kepada kerajaan negeri masing-masing.
Desentralisasi berpunca daripada Sultan Idris dari Perak dalam Persidangan DURBAR pada 1903 menyuarakan bantahan ke atas pemusatan kuasa
Residen Jeneral dalam urusan pentadbiran kerajaan NNMB tanpa menerima pandangan Sultan/Raja dan Pembesar negeri.
Dasar pengagihan kuasa ini bertujuan melonggarkan kawalan Residen Jeneral dan kerajaan pusat ke atas Majlis Mesyuarat Negeri serta
mengembalikan setengah daripada kuasa kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
Usaha awal merombak sistem pemusatan kuasa di NNMB dibuat pada 1909 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson melalui
penubuhan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
Sultan/Raja Melayu masih tidak mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran.
PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI
1920-1941)
Sultan Idris juga telah mengemukakan isu pengembalian kuasa Sultan/Raja kepada kerajaan
British semasa lawatannya ke England pada tahun 1924.
• Akibat bantahan tersebut, kerajaan British telah memperbaiki sistem pentadbiran NNMB.
• Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Lawrence Guillmard mencadangkan penyusunan semula Majlis Mesyuarat
Perundangan Persekutuan dan mengembalikan semula kuasa kepada Sultan/Raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri.
Pada tahun 1931, Pesuruhjaya Tinggi British yang baru, Sir Cecil Clementi mencadangkan
agar persekutuan yang ada dibubarkan dan diganti dengan sebuah kesatuan yang
meggabungkan semua negeri Melayu (NNS, NMMB dan NMMTB).
• Cadangan tersebut diterima oleh sultan NNMB tetapi dibantah oleh NNMTB dan NNS serta golongan peniaga.
• Cecil Clementi juga menambahbaik desentralisasi dengan meletakkan lebih banyak jabatan kerajaan di bawah kawalan
kerajaan negeri seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.
PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI
1920-1941)
Beberapa perubahan ke atas sistem Persekutuan di Tanah Melayu seterusnya dibuat pada
tahun 1939.
• Perubahan ini adalah kesan daripada tinjauan Setiausaha Tetap di pejabat Tanah Jajahan, Brigedier Jeneral Samuel
Wilson, berkaitan pemusatan kuasa di Tanah Melayu seperti yang dilaporkan kepada kerajaan British pada 1933.
Walaupun beberapa kuasa Sultan/Raja Melayu di kembalikan melalui desentralisasi, namun
matlamat British untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu masih dikawal oleh British.
Desentralisasi merupakan salah satu strategi British untuk memudahkan penguasaan ke atas
negeri-negeri Melayu.
Rancangan desentralisasi ini tergendala apabila Tanah Melayu diserang oleh Jepun pada
tahun 1941.
 Perang Dunia Kedua bermula di Eropah apabila tentera Nazi Jerman menyerang
Poland pada bulan September 1939.
 Jerman seterusnya berjaya menakluki Belanda dan Perancis menjelang pertengahan
1940.
 Perang Dunia Kedua ini melibatkan dua negara Eropah iaitu Jerman dan Itali yang
disebuat Kuasa Paksi dengan Kuasa Berikat iaitu Britain dan Perancis.
 Amerika Syarikat dan Rusia kemudiannya menyertai peperangan ini dengan
menyebelahi pihak Berikat.
Kuasa Berikat/Bersekutu
• Britain
• Perancis
• Rusia
• Amerika Syarikat
Kuasa Paksi/Pusat
• Jerman
• Austria
• Itali
• Jepun
 Peperangan ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat menumpukan perhatian di Eropah
dan membiarkan tanah jajahan di Asia terdedah kepada serangan tentera Jepun.
8 Disember 1941
•Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu.
•Kehadiran tentera Jepun yang ramai memaksa British untuk berundur.
•Jepun bergerak menawan lapangan terbang Kota Bharu.
•Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian dan bergerak ke pantai Timur menuju Kuantan dan ke
Selatan menuju Sungai Perak.
•Pada masa yang sama Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbor di Amerika Syarikat melalui udara.
•Tentera Jepun juga mendarat di Pattani dan Singgora di Thailand dan bergerak ke bahagian barat Tanah Melayu melalui jalan darat.
9 Disember 1941
•Pihak Jepun berjaya menawan lapangan
terbang Sungai Petani dan Alor Star
10 Disember 1941
•Pertahanan laut British menjadi lemah terutamanya apabila kapal tentera laut British
iaitu HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang bertugas untuk mengawasi pantai
Timur Tanah Melayu dibom oleh tentera Jepun
•Pengeboman kapal tentera British membolehkan lebih ramai tentera Jepun tiba di
Tanah Melayu.
11 Disember 1941
• Jepun mengebom
Pulau Pinang.
12 Disember 1941
•Jitra dan Alor Star dikuasai Jepun.
•Tentera British terpaksa berundur ke
selatan.
16 Disember 1941
•Jepun menawan Miri,
Sarawak
24 Disember 1941
•Jepun menawan Kuching,
Sarawak
Januari 1942
•Tentera Jepun mula menawan beberapa bandar
utama di Sabah seperti Labuan, Beaufort, Jeselton
dan Sandakan
Pertengahan Februari 1942
•Jepun menguasai seluruh
Tanah Melayu termasuk
Singapura
Awal Mei 1942
•Seluruh negeri Sabah dikuasai
tentera Jepun
FAKTOR KEJAYAAN JEPUN
Persediaan perang yang rapi dan teratur oleh Jepun. mereka mengkaji kedudukan pertahanan tentera British di Tanah Melayu
Kelengkapan perang yang canggih disamping semangat juang tinggi untuk Maharaja Jepun
Strategi peperangan yang sesuai seperti menggunakan basikal memudahkan pergerakan
Pakatan kerjasama dengan Siam bahawa Siam tidak akan diserang memudahkan Jepun mendarat di Thailand dan
memasuki Tanah Melayu
British menyangka Jepun akan membuat serangan di Singapura sebagai pusat pertahanan utama British, sebaliknya Jepun
menyerang melalui Kota Bharu dan bahagian utara Tanah Melayu.
Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik perhatian dan sokongan penduduk Asia Tenggara seperti 'Asia untuk Asia'
Dasar
Diskriminasi
Kaum
 Jepun memberi layanan baik kepada orang Melayu sebagai usaha menarik sokongan Raja-
raja Melayu
 Pemerintah Jepun memberi peluang kepada pemimpin Melayu memegang jawatan tinggi
dalam pentadbiran Jepun.
 Jepun mengamalkan dasar anti-Cina kesan daripada Peperangan China-Jepun pada 1937.
Sikap orang Cina di Tanah Melayu pada waktu itu masih memberi taat setia kepada negara
China.
 Orang India menerima layanan baik daripada Jepun kerana kerjasama orang India
diperlukan untuk mengusir British di India.
 Dasar diskriminasi menimbulkan kebencian dan syak wasangka orang Cina kepada orang
Melayu.
Kesan Sosial  Jepun mengamalkan dasar penjajaran budaya dan memaksa penduduk tempatan
mempelajari bahasa Jepun. Bahasa Jepun dijadikan bahasa perantaraan bagi menggantikan
bahasa Inggeris.
 Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan dan menderita. Perasaan curiga antara satu satu
kaum dengan kaum yang lain timbul akibat dasar diskriminasi Jepun.
 Pemuda yang ditangkap oleh tentera Jepun dijadikan buruh paksa untuk membina landasan
keretapi merentasi hutan yang menghubungkan Siam dengan Burma. Ramai yang mati
akibat penyakit dan kebuluran.
 Negara mengalami masalah kekurangan beras disebabkan sistem perdagangan
antarabangsa yang bermasalah. Kekurangan beras menyebabkan penduduk tempatan
bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan
 Taraf kesihatan penduduk tempatan merosot dengan teruk akibat kekurangan zat makanan
dan kurang bekalan perubatan. Keadaan bertambah teruk apabila tentera Jepun merampas
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
Kesan
Ekonomi
 Pemerintah Jepun mengambil alih semua kegiatan ekonomi yang dahulunya dikuasai
pengusaha Eropah dan orang Cina
 Penduduk menderita kerana bekalan makanan yang tidak mencukupi dan harga barangan
keperluan melambung tinggi.
 Barangan utama seperti beras dikenakan kawalan yang ketat melalui permit khas.
 Perusahaan bijih timah dan getah merosot dan hampir terhenti disebabkan kerosakan dan
kemusnahan yang berlaku di lombong, ladang dan kilang.
 Nilai mata wang jatuh teruk. Mata wang ‘daun pisang’ diperkenalkan dengan banyak
menyebabkan berlaku inflasi kerana pada masa yang sama berlaku kekurangan barangan di
pasaran.
 Kegiatan ekonomi sara diri digalakkan dengan menanam bahan makanan sendiri seperti ubi
kayu dan keledek bagi menggantikan beras.
Kesan Politik  Kemerosotan ekonomi dan kekejaman Jepun menimbulkan kesedaran kepada penduduk
untuk tidak dijajah dan mencapai kemerdekaan.
 Orang Melayu yang mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran yakin
dapat mentadbir negara sendiri
 Penduduk tempatan sedar dengan kelemahan kuasa pihak British apabila dikalahkan oleh
orang Asia.
 Pendudukan Jepun menaikkan semangat nasionalisme. Pasukan Force 136 yang ditubuhkan
oleh tentera Berikat mendapat sokongan penduduk tempatan. Force 136 mendapat
kerjasama Pegawai Daerah Hulu Perak, Kapten Mohd Salleh Sulaiman di Perak dan
menamakan pasukan gerila sebagai Askar Melayu Setia (AMS). Manakala di Pahang,
Persatuan Melayu Pahang membantu Force 136 dan membentuk pasukan sulit yang
dinamakan Wataniah.
 Kaum Cina pula menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menubuhkan Malayan Peoples
Anti-Japanese Army (MPAJA) atau yang juga dikenali sebagai “Bintang Tiga” yang dianggap
sebagai gerakan yang mewakili semua kaum (melambangkan tiga kaum utama).
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
Selepas kekalahan Jerman di Eropah pada 1944, kekuatan Jepun yang menjadi sekutu Jerman mula terancam.
Amerika Syarikat dan Britain menumpukan perhatian untuk mengalahkan Jepun.
Pada pertengahan tahun 1945, Tentera Berikat bersiap sedia untuk menyerang Jepun dan mendapatkan semula
Tanah Melayu tetapi serangan tidak sempat dilakukan kerana Jepun menyerah kalah.
Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu adalah disebabkan oleh Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di
Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945 dan di Nagasaki, Jepun pada 9 Ogos 1945.
Kemusnahan negara Jepun menyebabkan Maharaja Jepun, Maharaja Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 1930 diatas arahan pertubuhan Komunis Antarabangsa yang dipengaruhi Rusia.
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk membentuk negara komunis di Tanah Melayu. PKM dikehendaki mendapatkan sokongan orang Melayu dan orang India.
Namun, PKM mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan negara China dengan Jepun. Pada masa pendudukan Jepun,
PKM menjadi kuat kerana mereka bermuafakat dengan British untuk menentang Jepun.
PKM mengatur strategi dengan menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA).
Dalam tempoh dua minggu pihak British menduduki semula Tanah Melayu selepas Jepun mengaku kalah, PKM melalui MPAJA atau Bintang Tiga telah keluar dari
tempat persembunyian mereka di hutan dan merampas senjata tentera Jepun dan Tentera Kebangsaaan India.
PKM menimbulkan huru hara dan menguasai Tanah Melayu. Mereka melakukan penyeksaan ke atas orang Melayu sebagai membalas dendam akibat layanan baik
yang diterima orang Melayu semasa pendudukan Jepun.
Pada September 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha mengawal kumpulan berideologi komunis.
Pentadbiran tentera British atau British Military Administration (BMA) ditubuhkan pada 12 Disember 1945 untuk menghentikan aktiviti MPAJA dan
memaksa pasukan tentera MPAJA tersebut dibubarkan. Namun, PKM tidak diharamkan.
PKM cuba mengukuhkan kedudukannya melalui politik dan bergerak secara terbuka. PKM menyebarkan ideologi mereka ke dalam persatuan sekerja, belia
dan penuntut sekolah serta menghasut kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menyedarkan PKM bahawa perjuangannya untuk membentuk negara komunis melalui politik tidak akan
berjaya.
Apabila Chin Peng mengambil alih pimpinan PKM, gerakan keganasan dilakukan secara terbuka.
Tentera Anti-British Penduduk Tanah Melayu (MPABA) ditubuhkan oleh PKM melancarkan pemerontakan bersenjata.
MPABA menyerang pekerja estet dan lombong, membakar rumah pekerja, membakar bas, menggelincirkan keretapi dan merosakkan jentera lombong
serta membunuh pengurus ladang dan kontraktor buruh di ladang getah.
Pada 12 Jun 1948, PKM membunuh tiga orang pemimpin Parti Kuomintang di Johor dan pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang Eropah dibunuh di Perak.
Ekoran daripada itu, darurat diisytiharkan oleh kerajaan pada 16 Jun 1948 di Johor dan Perak.
Pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Undang-undang Darurat
dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu oleh British. British turut mengharamkan PKM dan semua
pertubuhan di bawah naungannya.
PKM tetap meneruskan kegiatannya melalui gerakan gerila bawah tanah. PKM menubuhkan Min Yuen
dalam kalangan penduduk untuk mendapatkan bekalan makanan, peubatan, kewangan dan maklumat
serta membunuh sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada PKM.
PKM menubuhkan Tentera Pembebasan Bangsa-bangsa Tanah Melayu (Malayan Races Liberation Army)
untuk mendapat sokongan orang India dan Melayu dan meneruskan perjuangan mereka.
Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Namun, PKM masih melakukan pemberontakan bersenjata dengan melancarkan serangan keatas
pasukan konvoi Batalion Pertama Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, Perak pada 17 Jun 1968.
PKM juga memasuki bandar dan melakukan pelbagai kemusnahan termasuk meletupkan jentera dan kelengkapan pembinaan lebuh raya timur-barat
sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan Grik, Perak dan Pasir Putih, Kelantan.
PKM turut mengebom Tugu Negara di Kuala Lumpur dan menyerang pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 1975.
PKM bertindak kebih agresif dengan melakukan siri pembunuhan ke atas anggota pasukan keselamatan.
Perang gerila oleh PKM yang bermula pada 1968 berpanjangan selama 21 tahun.
PKM akhirnya menerima perdamaian yang ditawarkan oleh kerajaan Thailand dengan kerjasama kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989.
Berdasarkan perjanjian tersebut, PKM bersetuju menamatkan pemberontakan, memusnahkan senjata mereka dan membubarkan pasukan bersenjatanya.
PKM juga memberi jaminan untuk menghormati undang-undang kerajaan Malaysia dan Thailand.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Konflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihKonflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihTaufik Salleh
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAAishah Ali
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawakdigitalsejarah
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Amirul Ezuan
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuShahrul Zaini
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysiafiro HAR
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1SKSP
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824Mie Pa
 

Was ist angesagt? (20)

Konflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihKonflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putih
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawak
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Perkongsian
PerkongsianPerkongsian
Perkongsian
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824
 

Ähnlich wie Zaman Penjajahan Tanah Melayu

Penjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingPenjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingNajwa Norizam
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Ariff03
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELATPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELATKeningau Vocational College
 
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahanPENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahanAmin Upsi
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANFatnin Izni
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Ilyani Azmi
 
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)wansalmi
 
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI MohdIszuanMohdLehan
 
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdfsejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdfFaridah Mustapa
 
penaklukan british dan siam di kedah dan naning.pptx
penaklukan british dan siam di kedah dan naning.pptxpenaklukan british dan siam di kedah dan naning.pptx
penaklukan british dan siam di kedah dan naning.pptxezzanyariffin
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
KemerdekaanFishy Yi
 

Ähnlich wie Zaman Penjajahan Tanah Melayu (20)

Penjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingPenjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa Asing
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELATPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT
 
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahanPENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
 
cara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johorcara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johor
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
 
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
 
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
 
Sejarah tema asia
Sejarah tema asiaSejarah tema asia
Sejarah tema asia
 
Tingkatan 2
Tingkatan 2Tingkatan 2
Tingkatan 2
 
Nota sejarah f2
Nota sejarah f2Nota sejarah f2
Nota sejarah f2
 
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASINGBAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
 
Nota ringkas bab 2 ting 2
Nota ringkas bab 2 ting 2Nota ringkas bab 2 ting 2
Nota ringkas bab 2 ting 2
 
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdfsejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
 
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
 
penaklukan british dan siam di kedah dan naning.pptx
penaklukan british dan siam di kedah dan naning.pptxpenaklukan british dan siam di kedah dan naning.pptx
penaklukan british dan siam di kedah dan naning.pptx
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
Kemerdekaan
 
Tingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjhTingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjh
 

Mehr von Normurni Mohamad

Pembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarPembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarNormurni Mohamad
 
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Normurni Mohamad
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanNormurni Mohamad
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN Normurni Mohamad
 
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAANPRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAANNormurni Mohamad
 
Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan KejuruteraanWahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan KejuruteraanNormurni Mohamad
 
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islamsains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam IslamNormurni Mohamad
 

Mehr von Normurni Mohamad (20)

Penyiaran
Penyiaran Penyiaran
Penyiaran
 
Komunikasi (islam)
Komunikasi (islam)Komunikasi (islam)
Komunikasi (islam)
 
Komunikasi (barat)
Komunikasi (barat)Komunikasi (barat)
Komunikasi (barat)
 
Pembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarPembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitar
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Kontrak sosial
Kontrak sosialKontrak sosial
Kontrak sosial
 
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
 
Pengasingan kuasa
Pengasingan kuasaPengasingan kuasa
Pengasingan kuasa
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
konsep syariah
konsep syariahkonsep syariah
konsep syariah
 
konsep akidah
konsep akidahkonsep akidah
konsep akidah
 
konsep asas islam
konsep asas islamkonsep asas islam
konsep asas islam
 
Ingat Mati
Ingat MatiIngat Mati
Ingat Mati
 
Selamat Aidilfitri
Selamat Aidilfitri Selamat Aidilfitri
Selamat Aidilfitri
 
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
 
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAANPRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
 
Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan KejuruteraanWahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
 
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islamsains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
 

Kürzlich hochgeladen

PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Kürzlich hochgeladen (11)

PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Zaman Penjajahan Tanah Melayu

  • 1.
  • 2. Portugis (1511-1641) 130 tahun Belanda (1641-1824) 183 tahun British (1824-1941) 117 tahun Jepun (1941-1945) 4 tahun British (1945-1957) 12 tahun
  • 3. •untuk menguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh pedagang Islam. •ingin mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur, menyebarkan dan mengembangkan ajaran Kristian. •tertarik dengan Melaka kerana lokasi dan kedudukan Melaka yang strategik ditengah-tengah laluan antara India dan China. FAKTOR KEDATANGAN •Portugis telah berjaya menawan Melaka dengan pimpinan Alfonso d’Albuquerque. •Beliau telah membina kota A Famosa untuk melindungi Melaka daripada serangan terutama serangan daripada Sultan Mahmud yang cuba mendapatkan semula Melaka. •Portugis akhirnya tewas apabila waris kesultanan Melayu Melaka di Johor dengan bantuan Belanda berjaya menawan Melaka pada tahun 1641. PENJAJAHAN •kewujudan masyarakat Serani (hasil perkahwinan antara orang Portusis dengan penduduk tempatan) •pengenalan tulisan Rumi (Roman) dan penyerapan bahasa Portugis seperti ‘jendela’, ‘almari’, ‘tuala’, ‘garfu’, ‘palsu’ dan lain-lain dalam bahasa Melayu. KESAN UTAMA PENINGGALAN PORTUGIS
  • 4. Kapal-kapal pedagang wajib mebayar cukai 6-10% daripada hasil dagangan Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang Portugis memonopoli barang dagang utama (membeli barang dengan harga rendah dan menjualnya dengan harga tinggi) Diskriminasi terhadap pedagang Islam
  • 5. • Pihak Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timut Belanda atau Vereenigde Oost- Indische Compagnie (VOC) pada 20 Mac 1602. • Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di Betawi (Jakarta) iaitu di Pulau Jawa Pentadbiran Belanda: • Belanda telah menyerang Melaka beberapa kali untuk mengatasi kuasa Portugis. • Belanda berusaha untuk menghancurkan pelabuhan Melaka bagi menarik pedagang asing ke Betawi serta menguasi perdagangan rempah di Kepulauan Melayu. • Belanda juga cuba untuk menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Faktor penjajahan:
  • 6. Tindakan Belanda menyebabkan kemasyhuran Melaka sebagai pusat dagangan terkemuka mula merosot dan para pedagang mula beralih ke Betawi. Belanda menjadikan Melaka sebagai pengkalan untuk memaksa kapal dagang yang melalui Selat Melaka supaya berdagang di Betawi. Belanda mendesak Johor menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka hendaklah mendapat kebenaran daripada Belanda. Belanda menggunakan tipu daya mereka untuk menjadi kuasa penjajah baru di Melaka selepas Portugis. Selepas berperang selama enam bulan, akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari 1641. Pada pertengahan tahun 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor menyerang Portugis untuk menawan Melaka
  • 7. Tahun Catatan Ringkasan Pendudukan Belanda di Tanah Melayu 1639 Sultan Muzaffar Syah II (Raja Sulong) membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah di Perak 1640 Belanda menawarkan bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor untuk menyerang Portugis di Melaka serta menyerahkan negeri Melaka kepada Johor 1641 Belanda mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor (Belanda menipu Johor dan menjadi penjajah baru di Melaka). 1650  Joan Truijtman menandatangani surat perjanjian dengan Sultan Muzaffar di Perak. Syarat perjanjian:  Perak mesti menjual timah kepada Belanda dan Aceh sahaja  Perak tidak dibenarkan timah pada orang Eropah dan India  Kerajaan perak hendaklah memberi tanah kepada Belanda untuk mendirikan loji.  Bangunan Stadthuys (penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya serta sebagai pusat pentadbiran Belanda) dibina di Melaka 1651 Belanda mendirikan loji di Tanjung Putus, Kuala Sungai Perak tetapi dibinasakan oleh orang Melayu Perak. 1655  Joan Truijtman di hantar sekali lagi ke Perak untuk memperbaharui perjanjian pada 1650 dengan Sultan. Antara tambahan syarat perjanjian:  Kerajaan Perak perlu membayar wang 50,000 rial kepada Belanda sebagai gantirugi loji di Tanjung Putus yang dimusnahkan  Belanda membuka loji sementara di Kuala Perak 1670 Belanda membina kota kayu di Pulau Pangkor 1757 Belanda mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi 1758 Perjanjian Belanda dengan orang Bugis supaya Klang, Linggi dan Rembau menjual hasil timah ke Melaka dengan harga ditetapkan Belanda 1786 Sultan Ibrahim (Selangor) menandatangai perjanjian dengan Belanda untuk memberikan monopoli timah di Selangor kepada Belanda 1795 Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui surat-surat Kewbagi mengelakkan semua tanah jajahannya jatuh kepada Perancis disebabkan Perang Napoleon di Eropah
  • 8. Penjajahan Belanda di Tanah Melayu berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada 17 Mac 1824. Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu. Kesan peninggalan Belanda di Tanah Melayu adalah pembinaan monumen seperti Bangunan Stadthuys di Melaka dan Kota Belanda (Dutch Port) di Pulau Pangkor.
  • 9. •British membuat persiapan untuk berdagang di Timur dengan menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) atau East India Company (EIC). •British ingin mencari pelabuhan baru sebagai pengkalan laut untuk kapal-kapal British yang berlayar di timur Teluk Benggala. •British telah mula datang ke Kepulauan Melayu pada awal abad ke-17. •Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah untuk menguasai kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Tahun 1600 : •bermula dengan permohonan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan bantuan Gabenor British di Madras, India dari ancaman Bugis melalui surat pada 1771. •permohonan tersebut ditolak oleh British. •Sultan Muhammad Jiwa menghantar pula seorang utusan ke Acheh bagi menemui pegawai EIC, Franchis Light untuk menubuhkan pusat perdagangan di Kuala Kedah sekiranya British bersetuju memberi bantuan dan perlindungan kepada Kedah. •Franchis Light telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786 setelah memberi jaminan kosong kepada Sultan Kedah, Sultan Abdullah kerana British tidak bersedia memberi perlindungan kepada Kedah. Bermula Penjajahan:
  • 10. PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824 Bil Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 1 Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka (serta semua jajahan takluknya) kepada British 2 British mnyerahkan kepentingannya di Bangkahulu (Bengkulen) dan semua kawasan kepunyaaan SHTI di Sumatera kepada Belanda 3 Belanda menarik balik bantahannya berhubung pendudukan Inggeris di Singapura dan mengiktiraf British di Singapura (dengan syarat Brtish tidak meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatan Singapura). 4 Belanda berjanji tidak campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan di Tanah Melayu. 5 British berjanji tidak campur tangan dan membuat sebarang perjanjian atau persetiaan di Sumatera, Pulau Karimon, Kepulauan Riau-Lingga dan mana-mana bahagian di selatan Singapura 6 British dan Belanda bersetuju bekerjasama dalam urusan perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun 7 Jika mana-mana pihak mengundurkan diri daripada salah satu kawasan, maka pihak satu lagi berhak menduduki kawasan yang ditinggalkan. 8 Pemerinah anak negeri dibenarkan membuat hubungan secara bebas dengan kedua-dua kuasa dan sesama pemerintah tempatan 9 Hutang Belanda kepada British akibat Perang Napoleon selesai dengan pembayaran 100,000 paun (Sepanyol) Perjanjian Inggeris–Belanda pada 17 Mac 1824 untuk menamatkan persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu telah memberikan peluang yang besar pada British untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu yang lain
  • 11. KESAN-KESAN PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824  Setelah Melaka diserahkan kepada British selepas Perjanjian tersebut, British menguasai tiga tanah jajahan di sepanjang Selat Melaka iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai di utara, Melaka di tengah dan Singapura di selatan.  Pada 1826, British telah menyatukan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dibawah satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat. Persaingan kuasa antara Belanda dan British semakin sengit British dan Belanda berselisih faham tentang butir-butir wilayah yang merujuk kepada “sebarang pulau yang terletak diselatan Singapura” Perpecahan Empayar Johor-Riau Singapura dan Tanah Besar Johor dibawah kuasa British Kepulauan Riau dibawah kuasa Belanda Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Kawasan utara dan timur Kepulauan Melayu (termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei) dikuasai British Belanda menguasai kawasan selatan dan barat.
  • 12. NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)  Pengusaan British di Tanah Melayu bermula dengan penempatan British di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 dan Singapura pada 6 Februari 1819.  British mempunyai tanah jajahannya yang ketiga apabila Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui Perjanjian Inggeris Belanda pada 17 Mac 1824.  Ketiga-tiga tanah jajahan British tersebut diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS) pada 1826.  Pada 1832, Pusat pentadbiran NNS di Pulau Pinang dipindahkan ke Singapura. Pentadbiran NNS ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di Calcutta, India.  Pentadbiran di Melaka dan Pulau Pinang diketuai oleh seorang Residen Kaunselor yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral NNS di Singapura.  Bermula 1 April 1867, pentadbiran NNS dipindahkan secara rasmi dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
  • 13. PERLUASAN KUASA: DASAR TIDAK CAMPUR TANGAN  Sejak penubuhan Negeri-negeri Selat, British tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu.  Dasar tidak campur tangan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti: British menghadapi Dahagi di India Bimbang timbulnya konfflik dengan Siam yang mendakwa Negeri-negeri Melayu di utara adalah bawah naungannya. British mempertahankan prinsip berkecuali yang dipersetujui dalam perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Campur tangan akan meningkatkan kos sekiranya berlaku peperangan Akta Pitt yang diluluskan di India melarang pegawai British untuk campur tangan.
  • 14. PERLUASAN KUASA: CAMPUR TANGAN BRITISH SECARA TIDAK LANGSUNG  British terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan terutama apabila mereka berasa terancam dari kepentingan perdagangannya sebelum 1874.  Antara peristiwa yang menyebabkan campur tangan British secara tidak langsung adalah: Perebutan tahta kesultanan Johor antara Tengku Hussain dengan adiknya Tengku Abdul Rahman Penentangan penghulu Naning, Abdul Said (Dol Said) terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas penduduk Naning. Naning diletak di bawah pentadbiran British selepas Melaka menjadi jajahan British melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Penentangan tersebut membawa kepada berlakunya Perang Naning pada 1831-32. Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam pada 20 Jun 1826 yang membenarkan para pedagang British menjalankan urusannya di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancaman Siam. Kapal perang British membedil kubu pertahanan di Kuala Terengganu pada 4 November 1862 bagi menyekat kemaraan Siam di Terengganu dan Pahang yang mengancam kepentingan British.
  • 15. PERLUASAN KUASA: CAMPUR TANGAN BRITISH SECARA LANGSUNG Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah menyebabkan harga bijih timah melambung naik. Kekayaan hasil bumi di Negeri-negeri Melayu terutamanya bijih timah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang serta emas di Pahang. Bimbang campur tangan kuasa Eropah yang lain seperti Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Belanda. Pembukaan terusan Suez pada 1869 yang menghubungkan laut Merah dan Laut Mediterranean telah memendekkan perjalanan dari Britain ke Tanah Melayu menjadi 14 400 km berbanding mengelilingi Tanjung Harapan di Selatan Afrika sejauh 22 320km. Perubahan politik dan dasar kerajaan Britain Desakan golongan pedagang di Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan untuk mengatasi perbalahan dalam kalangan pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Cina dan kegiatan lanun di Selat Melaka.  Sebab-sebab campur tangan British di Negeri-negeri Melayu adalah:
  • 16. Tahun Ringkasan Perluasan Kuasa British di Tanah Melayu 1761 Sultan Ibrahim menjalin hubungan dengan pedagang British di Selangor 1771 Syarikat British, Francis Jourdain mendapat kebenaran Sultan Kedah untuk mendirikan loji 1784 Syarikat British, Thomas Forrest mendapat kebenaran untuk mendirikan lebih banyak gudang dan loji di Kedah 1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan janji kosong kepada Sultan Kedah 1819 Stamford Raffles menduduki Singapura setelah membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman dan menyokong Tengku Hussin sebagai Sultan Johor 1824 Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) 1825 Persetiaan awal antara Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat Siam meluaskan pengaruhnya di Perak dan Selangor 1826  Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam yang membenarkan para pedagang British menjalankan urusannya di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancaman Siam.  Singapura, Pulau Pinang dan Melaka disatukan menjadi Negeri-negeri Selat 1841 James Brooke mengambil Sarawak. 1874  Perjanjian Pangkor dan campur tangan British di Perak  Campur tangan British di Selangor  Campur tangan British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan 1875 Brunei menyerahkan Sabah kepada British 1888 Campur tangan British di Pahang 1896 Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1909 Perjanjian Bangkok ditandatangani. Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada British dan membentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 1914 Johor menerima penasihat British
  • 17. SISTEM RESIDEN  Sistem Residen mula diperkenalkan di Tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.  Perjanjian Pangkor merupakan permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri- negeri Melayu.  Jawatan ‘Residen’ adalah satu strategi British untuk menjaga kepentingan merekadari sudut ekonomi di Tanah Melayu.  Usaha ini adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu seperti bijih timah dapat berjalan lancar.  Perlantikan Residen juga merupakan strategi British untuk mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris dan mengawal pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.  Pegawai-pegawai yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai garis panduan yang rasmi dalam menjalan tugas. Sebarang masalah yang berlaku diselesaikan mengikut kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan British.  Kemasukan Residen di Tanah Melayu pada awalnya adalah untuk membantu Sultan/Raja dan pembesar Melayu mewujudkan keamanan akibat masalah-masalah yang berlaku seperti  (a) perang saudara antara pembesar dalam merebut tahta dan kawasan;  (b) pergaduhan antara kongsi gelap; dan  (c) kegiatan lanun di Selat Melaka.  Residen British berperanan sebagai penasihat kepada Sultan/Raja Melayu dalam urusan pentadbiran kecuali urusan berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.  Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri dan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu
  • 18. PERUBAHAN YANG BERLAKU DISEBABKAN PERLAKSANAAN SISTEM RESIDEN  Antara perubahan yang berlaku disebabkan perlaksanaan sistem Residen adalah: Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka Sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah bagi membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh Penduduk Tanah Melayu pungutan cukai dan hasil negeri yang dikuasai oleh Sultan/Raja dan pembesar tempatan diambil alih oleh British sistem penghambaan dihapuskan British telah membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu
  • 19. RESIDEN INGGERIS DI NEGERI-NEGERI MELAYU Tarikh Negeri Residen November 1874 Perak J.W.W. Birch Ogos 1874 Selangor J.G. Davidson 1874 Sungai Ujong, Negeri Sembilan W.I. Tatham 1888 Pahang J.P. Rodger 1895 Negeri Sembilan Martin Lister
  • 20. PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan NEGERI SEMBILAN  Dol Said Penentangan penghulu Naning, Abdul Said (Dol Said) terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas penduduk Naning membawa kepada Perang Naning pada 1831- 32. PERAK  Sultan Abdullah  Dato’ Maharaja Lela  Dato’ Sagor  Pandak Indut  Sepuntum (Si Puntum)  Sultan Abdullah dan pembesarnya seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor bermesyuarat secara sulit dan merancang pembunuhan JWW Birch.  Pembunuhan J.W.W Birch pada 2 November 1875 oleh Pandak Indut dan Seputum atas arahan Dato’ Maharaja Lela.  Pembunuhan J.W.W Birch disebabkan oleh pembaharuan yang diperkenalkan British di Perak seperti: a) Membatalkan hak pajakan antara Sultan Abdullah dengan saudagar Lee Cheng dari Singapura dan Birch menawarkan harga yang lebih tinggi kepada saudagar tersebut b) Menghentikan hak memungut cukai bijih timah c) Menyusun semula sistem cukai d) Memperkenalkan cukai yang baharu
  • 21. PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan PAHANG  Dato’ Bahaman  Tok Gajah,  Mat Kilau Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh pada 1892 dan serangan keatas Kuala Tembeling selepas menawan kubu Jeram Ampai pada 1894 disebabkan: a) Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad terhadap British dan Tengku Mahmud b) Perasaaan tidak puas hati pembesar terhadap elaun ganti rugi atas kehilangan kuasa apabila British melarang memungut cukai, mengawal perhambaan, membataskan kerja-kerja kerahan dan hak kekuasaan sebagai pentadbir keadilan bagi kes jenayah dan sivil tetapi menerima c) Perasaan tidak puas hati rakyat kerana dilarang memakai keris bersama baju melayu. KELANTAN  Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut) Engku Besar Jeram bergabung dengan Tok Janggut menjalankan kempen menentang peraturan baru British dan melancarkan serangan serta menawan Pasir Puteh pada 29 April 1915 kerana: a) Pengaruh Engku Besar Jeram yang cukai berasa tidak puas hati setelah kehilangan kuasa memungut cukai dan perlu membayar cukai kepada British b) Pengenalan cukai tanah oleh British
  • 22. Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan TERENGGANU  Haji Abdul Rahman Limbong a) Haji Abdul Rahman Limbong dan sekumpulan penduduk pendalaman di Telemong membuka tanah dan menebas hutan tanpa mendapat kebenaran British pada tahun 1922 b) 300 hingga 500 orang petani membersihkan tanah milik Tengku Nik Maimunah (puteri Sultan Zainal Abidin III) setelah mendapat tahu British akan meberi konsesi tanah kepada saudagar Cina c) Kebangkitan petani yang digerakkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong berhimpun di Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong untuk mengadap Sultan Terengganu bagi memaklumkan kesusahan mereka apabila British mengancam untuk mengambil tindakan terhadap petani yang enggan membayar cukai. PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH
  • 23. Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan SABAH • Mat Salleh • Antanom Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu atau dikenali sebagai Mat Salleh (pemimpin di hulu Sungai Sugut) menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) dengan menyerang Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan pada Julai 1897 kerana: a) Pengenalan peraturan baharu oleh SBBU yang membebankan penduduk b) Kampung Mat Salleh di Sungai Sugut dibakar c) Usaha untuk berunding dengan SBBU gagal Ontoros anak lelaki Antanom atau lebih dikenali sebagai Antanom (ketua kaum Murut di Rundum) menentang pihak SBBU pada Jun 1914 dan menyerang Pensiangan serta pejabat pegawai daerah Rundum pada Februari 1915 kerana: a) Pengenalan peraturan baharu SBBU yang membebankan penduduk b) Orang Murut dipaksa menjadi buruh membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum secara paksa PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH
  • 24. Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan SARAWAK  Rentap  Sharif Masahor  Datu Patinggi Abdul Ghafur  Rentap (ketua kaum Iban) menentang British dengan menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang dan membunuh Alan Lee, pegawai pasukan Brooke pada 1853 kerana: a) British menganggap orang Iban sebagai lanun b) British membina kubu di sungai Skrang untuk mengawasi orang Iban c) British memusnahkan petempatan orang Iban di Sungai Skrang  Sharif Masahor (Gabenor Sarikei di Sungai Rajang) berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur menyerang kubu Brooke dan membunuh dua orang pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox pada Jun 1859 kerana : a) James Brooke mengambil alih Sarikei daripada Sultan Brunei dan menggugat kedudukan Syarif Masahor b) James Brooke membina kubu di Kanowit dan Syarif Masahor menganggap ia sebagai mengambil alih kuasa c) James Brooke memecat Syarif Masahor pada 1855 kerana dikatakan campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah.  Sharif Masahor juga menyerang Kuching pada Februari 1860 tetapi dikalahkan oleh Charles Brooke. PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH
  • 25. NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)  Kelemahan-kelemahan yang wujud dalam Sistem Residen menyebabkan British mencadangkan agar Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pusat pemerintahan dengan corak kerajaan berpusat.  Rundingan untuk membentuk kerajaan pusat tersebut dilaksanakan oleh Sir Charles Mitchell dengan Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British.  Frank Swettenham dilantik bagi mendapatkan persetujuan daripada keempat-empat negeri tersebut.  Pada 1 Julai 1896, Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani antara pihak Inggeris dengan Sultan/Raja Melayu di Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan dan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMMB).  Frank Swettenham dilantik sebagai Residen General yang pertama dari tahun 1896 hingga 1901.  Residen General merupakan ketua pentadbir bagi kerajaan persekutuan dan berperanan memberi nasihat dalam semua urusan pemerintahan kecuali urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.  Sultan/Raja dianggap sebagai ketua negeri.  Kuala Lumpur telah dipilih sebagai ibu negeri NNMB dan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.  Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu (DURBAR) antara Sultan/Raja Melayu dengan pegawai British diperkenalkan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama.  Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada 1909 untuk mengukuhkan lagi penguasaan British ke atas NNMB.  Pada 1910, Jawatan Ketua Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi diwujudkan bagi menggantikan jawatan
  • 26. KESAN PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU Pemusatan kuasa pentadbiran di tangan residen Jeneral di Kuala Lumpur Kuasa sultan/raja hanya tertumpu pada urusan agama islam dan adat Istiadat Melayu Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan untuk mengemaskini pentadbiran NNMB Penubuhan jabatan-jabatan persekutuan menyebabkan pengambilan pegawai British bertambah Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak jelas dan lebih memihak kepada kerajaan persekutuan Orang Melayu tidak mendapat keuntungan dalam pembangunan ekonomi dan pentadbiran negeri sebaliknya menguntungkan pengusaha asing DURBAR tidak berfungsi kerana nasihatnya tidak diikuti oleh residen Jeneral. Sumber kewangan negeri berkurangan kerana hasil negeri, cukai dan urusan kewangan negeri terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.
  • 27. NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU  Pada 10 Mac 1909, Pihak British dan Siam telah menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Bangkok.  Kerajaan Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada British dan membentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).  Melalui Perjanjian Bangkok, British telah berjaya melindungi kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu serta menyekat perluasan kuasa Siam.  Pembentukan NNMTB membolehkan British meletakkan seorang penasihat British di setiap negeri berkenaan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor Negeri-negeri Selat.  Pada 1914, Sultan Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan British dan bersetuju menerima penasihat British. Ini menjadikan penguasaan British keatas semua negeri Melayu lengkap.  Pentadbiran NNMTB berbeza dengan pentadbiran NNMB dimana Sultan/Raja bebas dalam urusan pentadbiran, manakala penasihat British berperanan sebagai penasihat dan bukannya sebagai pentadbir seperti di NNMB.  British telah berusaha gigih untuk mengukuhkan kekuasaannya dengan mempengaruhi NNMTB supaya bergabung dengan NNMB dibawah sistem pentadbiran persekutuan tetapi gagal.
  • 28. PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI 1920-1941) Pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) bermaksud kuasa-kuasa utama berkaitan pentadbiran, sumber kewangan dan perkhidmatan yang dikuasai oleh kerajaan pusat dikembalikan kepada kerajaan negeri masing-masing. Desentralisasi berpunca daripada Sultan Idris dari Perak dalam Persidangan DURBAR pada 1903 menyuarakan bantahan ke atas pemusatan kuasa Residen Jeneral dalam urusan pentadbiran kerajaan NNMB tanpa menerima pandangan Sultan/Raja dan Pembesar negeri. Dasar pengagihan kuasa ini bertujuan melonggarkan kawalan Residen Jeneral dan kerajaan pusat ke atas Majlis Mesyuarat Negeri serta mengembalikan setengah daripada kuasa kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. Usaha awal merombak sistem pemusatan kuasa di NNMB dibuat pada 1909 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Sultan/Raja Melayu masih tidak mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran.
  • 29. PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI 1920-1941) Sultan Idris juga telah mengemukakan isu pengembalian kuasa Sultan/Raja kepada kerajaan British semasa lawatannya ke England pada tahun 1924. • Akibat bantahan tersebut, kerajaan British telah memperbaiki sistem pentadbiran NNMB. • Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Lawrence Guillmard mencadangkan penyusunan semula Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan mengembalikan semula kuasa kepada Sultan/Raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri. Pada tahun 1931, Pesuruhjaya Tinggi British yang baru, Sir Cecil Clementi mencadangkan agar persekutuan yang ada dibubarkan dan diganti dengan sebuah kesatuan yang meggabungkan semua negeri Melayu (NNS, NMMB dan NMMTB). • Cadangan tersebut diterima oleh sultan NNMB tetapi dibantah oleh NNMTB dan NNS serta golongan peniaga. • Cecil Clementi juga menambahbaik desentralisasi dengan meletakkan lebih banyak jabatan kerajaan di bawah kawalan kerajaan negeri seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.
  • 30. PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI 1920-1941) Beberapa perubahan ke atas sistem Persekutuan di Tanah Melayu seterusnya dibuat pada tahun 1939. • Perubahan ini adalah kesan daripada tinjauan Setiausaha Tetap di pejabat Tanah Jajahan, Brigedier Jeneral Samuel Wilson, berkaitan pemusatan kuasa di Tanah Melayu seperti yang dilaporkan kepada kerajaan British pada 1933. Walaupun beberapa kuasa Sultan/Raja Melayu di kembalikan melalui desentralisasi, namun matlamat British untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu masih dikawal oleh British. Desentralisasi merupakan salah satu strategi British untuk memudahkan penguasaan ke atas negeri-negeri Melayu. Rancangan desentralisasi ini tergendala apabila Tanah Melayu diserang oleh Jepun pada tahun 1941.
  • 31.  Perang Dunia Kedua bermula di Eropah apabila tentera Nazi Jerman menyerang Poland pada bulan September 1939.  Jerman seterusnya berjaya menakluki Belanda dan Perancis menjelang pertengahan 1940.  Perang Dunia Kedua ini melibatkan dua negara Eropah iaitu Jerman dan Itali yang disebuat Kuasa Paksi dengan Kuasa Berikat iaitu Britain dan Perancis.  Amerika Syarikat dan Rusia kemudiannya menyertai peperangan ini dengan menyebelahi pihak Berikat. Kuasa Berikat/Bersekutu • Britain • Perancis • Rusia • Amerika Syarikat Kuasa Paksi/Pusat • Jerman • Austria • Itali • Jepun  Peperangan ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat menumpukan perhatian di Eropah dan membiarkan tanah jajahan di Asia terdedah kepada serangan tentera Jepun.
  • 32. 8 Disember 1941 •Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu. •Kehadiran tentera Jepun yang ramai memaksa British untuk berundur. •Jepun bergerak menawan lapangan terbang Kota Bharu. •Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian dan bergerak ke pantai Timur menuju Kuantan dan ke Selatan menuju Sungai Perak. •Pada masa yang sama Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbor di Amerika Syarikat melalui udara. •Tentera Jepun juga mendarat di Pattani dan Singgora di Thailand dan bergerak ke bahagian barat Tanah Melayu melalui jalan darat. 9 Disember 1941 •Pihak Jepun berjaya menawan lapangan terbang Sungai Petani dan Alor Star 10 Disember 1941 •Pertahanan laut British menjadi lemah terutamanya apabila kapal tentera laut British iaitu HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang bertugas untuk mengawasi pantai Timur Tanah Melayu dibom oleh tentera Jepun •Pengeboman kapal tentera British membolehkan lebih ramai tentera Jepun tiba di Tanah Melayu. 11 Disember 1941 • Jepun mengebom Pulau Pinang. 12 Disember 1941 •Jitra dan Alor Star dikuasai Jepun. •Tentera British terpaksa berundur ke selatan. 16 Disember 1941 •Jepun menawan Miri, Sarawak 24 Disember 1941 •Jepun menawan Kuching, Sarawak Januari 1942 •Tentera Jepun mula menawan beberapa bandar utama di Sabah seperti Labuan, Beaufort, Jeselton dan Sandakan Pertengahan Februari 1942 •Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura Awal Mei 1942 •Seluruh negeri Sabah dikuasai tentera Jepun
  • 33. FAKTOR KEJAYAAN JEPUN Persediaan perang yang rapi dan teratur oleh Jepun. mereka mengkaji kedudukan pertahanan tentera British di Tanah Melayu Kelengkapan perang yang canggih disamping semangat juang tinggi untuk Maharaja Jepun Strategi peperangan yang sesuai seperti menggunakan basikal memudahkan pergerakan Pakatan kerjasama dengan Siam bahawa Siam tidak akan diserang memudahkan Jepun mendarat di Thailand dan memasuki Tanah Melayu British menyangka Jepun akan membuat serangan di Singapura sebagai pusat pertahanan utama British, sebaliknya Jepun menyerang melalui Kota Bharu dan bahagian utara Tanah Melayu. Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik perhatian dan sokongan penduduk Asia Tenggara seperti 'Asia untuk Asia'
  • 34. Dasar Diskriminasi Kaum  Jepun memberi layanan baik kepada orang Melayu sebagai usaha menarik sokongan Raja- raja Melayu  Pemerintah Jepun memberi peluang kepada pemimpin Melayu memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun.  Jepun mengamalkan dasar anti-Cina kesan daripada Peperangan China-Jepun pada 1937. Sikap orang Cina di Tanah Melayu pada waktu itu masih memberi taat setia kepada negara China.  Orang India menerima layanan baik daripada Jepun kerana kerjasama orang India diperlukan untuk mengusir British di India.  Dasar diskriminasi menimbulkan kebencian dan syak wasangka orang Cina kepada orang Melayu. Kesan Sosial  Jepun mengamalkan dasar penjajaran budaya dan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun. Bahasa Jepun dijadikan bahasa perantaraan bagi menggantikan bahasa Inggeris.  Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan dan menderita. Perasaan curiga antara satu satu kaum dengan kaum yang lain timbul akibat dasar diskriminasi Jepun.  Pemuda yang ditangkap oleh tentera Jepun dijadikan buruh paksa untuk membina landasan keretapi merentasi hutan yang menghubungkan Siam dengan Burma. Ramai yang mati akibat penyakit dan kebuluran.  Negara mengalami masalah kekurangan beras disebabkan sistem perdagangan antarabangsa yang bermasalah. Kekurangan beras menyebabkan penduduk tempatan bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan  Taraf kesihatan penduduk tempatan merosot dengan teruk akibat kekurangan zat makanan dan kurang bekalan perubatan. Keadaan bertambah teruk apabila tentera Jepun merampas KESAN PENDUDUKAN JEPUN
  • 35. Kesan Ekonomi  Pemerintah Jepun mengambil alih semua kegiatan ekonomi yang dahulunya dikuasai pengusaha Eropah dan orang Cina  Penduduk menderita kerana bekalan makanan yang tidak mencukupi dan harga barangan keperluan melambung tinggi.  Barangan utama seperti beras dikenakan kawalan yang ketat melalui permit khas.  Perusahaan bijih timah dan getah merosot dan hampir terhenti disebabkan kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di lombong, ladang dan kilang.  Nilai mata wang jatuh teruk. Mata wang ‘daun pisang’ diperkenalkan dengan banyak menyebabkan berlaku inflasi kerana pada masa yang sama berlaku kekurangan barangan di pasaran.  Kegiatan ekonomi sara diri digalakkan dengan menanam bahan makanan sendiri seperti ubi kayu dan keledek bagi menggantikan beras. Kesan Politik  Kemerosotan ekonomi dan kekejaman Jepun menimbulkan kesedaran kepada penduduk untuk tidak dijajah dan mencapai kemerdekaan.  Orang Melayu yang mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran yakin dapat mentadbir negara sendiri  Penduduk tempatan sedar dengan kelemahan kuasa pihak British apabila dikalahkan oleh orang Asia.  Pendudukan Jepun menaikkan semangat nasionalisme. Pasukan Force 136 yang ditubuhkan oleh tentera Berikat mendapat sokongan penduduk tempatan. Force 136 mendapat kerjasama Pegawai Daerah Hulu Perak, Kapten Mohd Salleh Sulaiman di Perak dan menamakan pasukan gerila sebagai Askar Melayu Setia (AMS). Manakala di Pahang, Persatuan Melayu Pahang membantu Force 136 dan membentuk pasukan sulit yang dinamakan Wataniah.  Kaum Cina pula menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) atau yang juga dikenali sebagai “Bintang Tiga” yang dianggap sebagai gerakan yang mewakili semua kaum (melambangkan tiga kaum utama). KESAN PENDUDUKAN JEPUN
  • 36. Selepas kekalahan Jerman di Eropah pada 1944, kekuatan Jepun yang menjadi sekutu Jerman mula terancam. Amerika Syarikat dan Britain menumpukan perhatian untuk mengalahkan Jepun. Pada pertengahan tahun 1945, Tentera Berikat bersiap sedia untuk menyerang Jepun dan mendapatkan semula Tanah Melayu tetapi serangan tidak sempat dilakukan kerana Jepun menyerah kalah. Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu adalah disebabkan oleh Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945 dan di Nagasaki, Jepun pada 9 Ogos 1945. Kemusnahan negara Jepun menyebabkan Maharaja Jepun, Maharaja Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
  • 37. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 1930 diatas arahan pertubuhan Komunis Antarabangsa yang dipengaruhi Rusia. Tujuan penubuhan PKM adalah untuk membentuk negara komunis di Tanah Melayu. PKM dikehendaki mendapatkan sokongan orang Melayu dan orang India. Namun, PKM mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan negara China dengan Jepun. Pada masa pendudukan Jepun, PKM menjadi kuat kerana mereka bermuafakat dengan British untuk menentang Jepun. PKM mengatur strategi dengan menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA). Dalam tempoh dua minggu pihak British menduduki semula Tanah Melayu selepas Jepun mengaku kalah, PKM melalui MPAJA atau Bintang Tiga telah keluar dari tempat persembunyian mereka di hutan dan merampas senjata tentera Jepun dan Tentera Kebangsaaan India. PKM menimbulkan huru hara dan menguasai Tanah Melayu. Mereka melakukan penyeksaan ke atas orang Melayu sebagai membalas dendam akibat layanan baik yang diterima orang Melayu semasa pendudukan Jepun.
  • 38. Pada September 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha mengawal kumpulan berideologi komunis. Pentadbiran tentera British atau British Military Administration (BMA) ditubuhkan pada 12 Disember 1945 untuk menghentikan aktiviti MPAJA dan memaksa pasukan tentera MPAJA tersebut dibubarkan. Namun, PKM tidak diharamkan. PKM cuba mengukuhkan kedudukannya melalui politik dan bergerak secara terbuka. PKM menyebarkan ideologi mereka ke dalam persatuan sekerja, belia dan penuntut sekolah serta menghasut kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menyedarkan PKM bahawa perjuangannya untuk membentuk negara komunis melalui politik tidak akan berjaya. Apabila Chin Peng mengambil alih pimpinan PKM, gerakan keganasan dilakukan secara terbuka. Tentera Anti-British Penduduk Tanah Melayu (MPABA) ditubuhkan oleh PKM melancarkan pemerontakan bersenjata. MPABA menyerang pekerja estet dan lombong, membakar rumah pekerja, membakar bas, menggelincirkan keretapi dan merosakkan jentera lombong serta membunuh pengurus ladang dan kontraktor buruh di ladang getah. Pada 12 Jun 1948, PKM membunuh tiga orang pemimpin Parti Kuomintang di Johor dan pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang Eropah dibunuh di Perak.
  • 39. Ekoran daripada itu, darurat diisytiharkan oleh kerajaan pada 16 Jun 1948 di Johor dan Perak. Pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu oleh British. British turut mengharamkan PKM dan semua pertubuhan di bawah naungannya. PKM tetap meneruskan kegiatannya melalui gerakan gerila bawah tanah. PKM menubuhkan Min Yuen dalam kalangan penduduk untuk mendapatkan bekalan makanan, peubatan, kewangan dan maklumat serta membunuh sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada PKM. PKM menubuhkan Tentera Pembebasan Bangsa-bangsa Tanah Melayu (Malayan Races Liberation Army) untuk mendapat sokongan orang India dan Melayu dan meneruskan perjuangan mereka.
  • 40. Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Namun, PKM masih melakukan pemberontakan bersenjata dengan melancarkan serangan keatas pasukan konvoi Batalion Pertama Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, Perak pada 17 Jun 1968. PKM juga memasuki bandar dan melakukan pelbagai kemusnahan termasuk meletupkan jentera dan kelengkapan pembinaan lebuh raya timur-barat sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan Grik, Perak dan Pasir Putih, Kelantan. PKM turut mengebom Tugu Negara di Kuala Lumpur dan menyerang pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 1975. PKM bertindak kebih agresif dengan melakukan siri pembunuhan ke atas anggota pasukan keselamatan. Perang gerila oleh PKM yang bermula pada 1968 berpanjangan selama 21 tahun. PKM akhirnya menerima perdamaian yang ditawarkan oleh kerajaan Thailand dengan kerjasama kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989. Berdasarkan perjanjian tersebut, PKM bersetuju menamatkan pemberontakan, memusnahkan senjata mereka dan membubarkan pasukan bersenjatanya. PKM juga memberi jaminan untuk menghormati undang-undang kerajaan Malaysia dan Thailand.