2. "Bermusafirlah, kamu akan sihat dan sejahtera"
"Bermusafirlah, kamu akan sihat dan berjaya“
Adab-adab dan perkara-perkara sunat sepanjang
bermusafir.
1) Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan
sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati oleh Allah. Nabi
Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
" Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua
panji-panji, salah satu di antaranya berada di tangan malaikat
sedang yang lainnya di tangan syaitan. Maka jika keluarnya itu
untuk sesuatu urusan yang disukai Allah S.W.T, ia akan diringi
oleh malaikat dengan panji-panjinya. Demikianlah ia akan
selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali
ke rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal
yang dimurkai Allah, maka orang itu akan diiringi oleh syaitan
dengan panji-panjinya. Dan demikianlah ia akan selalu di bawah
panji- panji syaitan sampai ia pulang kembali ke rumahnya ".
( Riwayat Ahmad dan Tabrani )
3. 2) Mulakan perjalanan pada hari Khamis
Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke
Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada
Khamis.”
3) Mulakan perjalanan di malam hari
Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada
waktu malam.”
4) Berkumpulan.
Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia
mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu
mereka enggan bermusafir sendirian.”
6) Melantik seorang ketua
“Jika kamu tiga orang dalam satu-satu pelayaran, maka hendaklah kamu lantik
seorang menjadi ketua.”
7) Disunatkan juga mempunyai beg kecil yang menyimpan barang keperluan.
Rasulullah SAW sering membawa beg kecil berisi miswak, cermin, celak dan
sejenis kayu wangi yang digunakan utk menyisir rambut. (Wallahualam)
4. 8) Berdoa dalam musafir
Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa
yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang
dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”
9) Mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.
11) Membaca bismillah dan doa naik kenderaan
12)Dari Jabir r.a., katanya: "Kita semua - di waktu bepergian -apabila naik kita
bertakbir dan apabila turun kita bertasbih." (Riwayat Bukhari)
13) Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah
selesai.
Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia
tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan
nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya,
segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
14) Membawa pulang hadiah.
5. DOA KETIKA MUSAFIR
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci
Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami
sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada
Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepada-
Mu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan
yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan
pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan,
dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindungan-Mu
dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan
yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga.”
6. Setelah kembali katakanlah
“Orang-orang yang tersedar dari kelekaan, Orang-
orang yang bertaubat, orang-orang yang
menghambakan diri, kepada Tuhan kami mereka
mengucapkan puji-pujian.”
(Riwayat Muslim 2/978