1. Nabi Ayub diuji dengan berbagai cobaan seperti kehilangan harta benda, anak-anak, dan penyakit yang melandanya.
2. Meskipun diuji berat, Nabi Ayub tetap sabar dan berserah diri kepada Allah.
3. Akhirnya Allah mengembalikan segala yang hilang dan memberkati Nabi Ayub dengan kebaikan yang lebih banyak sebagai balasan atas kesabaran dan ketakwaannya.
1. KANDUNGAN CATATAN
Assalammualaikum w.b.t
Terima kasih pengacara budiman
Para hakim penegak keadilan
Qisasul anbiya’ jadi pengajaran
Ketabahan Nabi Ayub a.s
Salutasi/Pendahuluan
1.
Nabi Ayub ialah anak kepada nabi Ishak a.s, berketurunan Bani Israel.
Baginda tinggal di bumi Hauran sehingga berusia 90 tahun.
Dikurniakan rezeki melimpah ruah
Anak yang ramai diberi Allah
Suka bersedekah kuat beribadah
Seorang yang sabar lagi tabah.
Bertepatan dengan firman Allah :
َمۡعِن ۚا ٗرِباَص ُهََٰنۡدَج َو اَّنِإُدۡبَعۡٱلُهَّنِإۥٞاب َّوَأ٤٤
“Sesungguhnya kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar”
Surah As-sod,ayat 44
Kawan-kawan,
Sabar itu sebahagian daripada iman. Kesabaran rakyat Syiria di Aleppo
menghadapi dugaan peperangan dari tentera musuh patut dicontohi.
Pengenalan/ Latar
belakang
Pengajaran dan isu
semasa
2.
Iman dan sabar Ayub tiada tandingannya
Iblis dendam mahu mengujinya
Lantas iblis menghadap Allah yang Esa
Ya Tuhan, sebenarnya Ayub itu hanya berpura-pura beriman dan
beribadat kepadaMu.
Lalu iblis meminta dari Allah yang Esa untuk merosakkan iman Nabi
Ayub. Allah menyanggah tuduhan iblis itu dan mencabar iblis untuk
membuktikannya.
Ujian pertama datang menghimpit,
Kekayaan hilang sedikit demi sedikit,
Binatang peliharaan mati seolah berpenyakit,
Nabi Ayub menjadi ,miskin, papa sangatlah perit.
Isi dan huraian
KISAH NABI AYUB A.S YANG TABAH
1
2. َيِنَّسَم يِنَأُن ََٰطۡيَّشٱلٍباَذَع َو ٖب ۡصُنِب٤٤
Firman Allah:
: " Sesungguhnya Aku diganggu oleh Syaitan Dengan (hasutannya
semasa Aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
Surah Sod,ayat 41
Ya kawan-kawan, Syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan
manusia. Lihat sajalah hari ini pelbagai kes jenayah terus menjadi-jadi.
Baru-baru ini , seorang ibu di Kelantan sanggup mengelar leher
anaknya yang berumur 2 bulan. Inilah akibatnya bila syaitan
menguasai hati.
3.
Ayub diuji kali kedua,
Hancur rumahnya dilanda gempa,
Anak-anaknya mati semua,
Tinggallah Ayub dengan isterinya,
Tiada lagi zuriat baginda,
Hilang nikmat sekelip mata.
Masya Allah…
Sudah jatuh ditimpa tangga
Kini penyakit pula datang melanda
Isteri tercinta tinggalkan baginda
Diejek dicerca kaum derhaka
Iblis gembira tidak terkira
Hei…Ayub..Sia-sia sahaja engkau beribadat kepada Tuhanmu, kata
iblis yang sangat mengharapkan agar baginda berhenti beribadah.
Kasihan Nabi Ayub..Meskipun diuji begitu berat, Allah tetap di hati
baginda.
Firman Allah :
هَّبَر َٰىَدَان ۡذِإ َوبُّيَأ َو
Maksudnya : dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru
Tuhannya, sesungguhnya aku ditimpa musibah
Surah Al-Anbiya’, ayat 83
Ya kawan-kawan,
Setiap orang yang beriman akan diuji oleh Allah.Ujian banjir di Pantai
Isi dan huraian
Nasyid
Salam perpisahan
( brothers )
Sajak
Nas Al-Quran serta
terjemahan dan
2
3. Timur yang berulang kali sangat menguji keimanan mereka. Namun
sebagai orang yang beriman, kita hendaklah sentiasa redho dan
bersangka baik dengan ujian Allahnya.
sumbernya
Isu semasa berkaitan
4.
Sabarnya Ayub,
Syurga menanti
Untuk menggapai bahagia diri,
Perlu ada pengorbanan suci,
Walau dihina walau dicaci,
Tabahmu tetap menguasai diri
Tujuh tahun musibah melanda
Tubuhnya semakin lemah tak bertenaga
Tiada siapa dapat membela
Kepada Allah merayu baginda.
Firman Allah :
َيِنَّسَم يِنَأُّرُّضٱلُمَح ۡرَأ َنتَأ َوَينِمِح ََّٰٱلر٣٨
Sesungguhnya aku ditimpa penyakit. Engkau Tuhan Maha Penyayang.
Surah al-anbiya’,ayat 83
Ya kawan-kawan..
Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah kerana doa adalah
senjata orang mukmin. Kisah saudara Mohd Azarul Mukhris bin Abdul
Rahman yang hilang di Bukit Broga kemudian ditemui mengakui
bahawa dia tidak putus-putus memohon doa kepada Allah agar
diselamatkan dari ujian tersebut, oleh itu jangan lupa berdoa ya
kawan-kawan.
Isi dan huraian
Nasyid menanti
dibarzah (Far east )
Sajak
Nas Al-Quran serta
terjemahan dan
sumbernya
Pengajaran dan
Isu semasa berkaitan
5.
Sesungguhnya Allah Maha mendengar rintihan hambanya. Lalu Allah
menyuruh baginda menghentakkan kaki ke bumi.
Bila dihentak kaki ke bumi
Terbitlah air sejuk sekali
Lalu diminum serta dimandi
Tubuh badan sihat kembali
Firman Allah :
َانۡبَجَت ۡٱسَفُهَلۥِهِب اَم َانۡفَشَكَفۦّٖٖۖرُض نِم
Isi dan huraian
Nasyid
Hanya tuhan yang tahu
( unic )
3
4. maksudnya :
Lalu kami perkenankan permohonannya dan hilangkan apa yang
bahaya bagi dirinya. (surah al-anbiya’,ayat 84)
Ya kawan-kawan,
Allah Maha berkuasa di atas segalanya. Cubalah kita renungkan
sejenak. Angkuhnya kerajaan Israil telah ditundukan Allah dengan
kuasanya, menebarkan api yang menjulang-julang membakar 11
daerah di Israil. Hebatnya kuasa Allah.
Nas Al-Quran serta
terjemahan dan
sumbernya
Pengajaran
Isu semasa berkaitan
Nabi Ayub berjaya menempuhi ujian yang melanda
Derita berakhir sudah, taqwa kian bertambah
Anak isteri dikembalikan Allah
Harta diganda melimpah ruah
Syukur, Alhamdulillah.
Sekian..Wabillahi taufik wal hidayah wassalammualaikum w.b.t
Penutup
4