1. Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya,perasaan kasih
sayang, tarikan asas kemesraan, dan keserasian antara peseorangan , rela berkorban untuk orang lain,
perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup dan makhluk lain. Ia dapat ditujukan
melalui perasaan,emosi,kelakuan,pemikiran,persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi,mendasari dan
menentukan pola utama hubungan antara peseorangan dan pengenalan diri.
Banyak penulis,penyair serta pengarah filem menganggunkan -angunkan atau memberi perspektif
“fairy tales” dalam hasil produk penyampaian mereka. Walaubagaimanapun, sebenarnya cinta itu
“indah khabar dari rupa”. Kasih sayang, tanggunjawab, sifat penyayang, sikap ambil berat yang
dicurahkan oleh seorang insan terhadap insan yang berlawanan seks memperangsangkan hormon
serta melahirkan satu ikatan yang erat diberikan nama sebagai cinta.
Pernahkan anda dilamun cinta? Pernahkan anda terfikir apakah faktor dominan yang menghidupkan
enjin roda cinta dalam satu hubungan yang sihat? Masih lagi terdapat segelintar pasangan diluar sana,
masih lagi kabur atau gagal mengisi ruang kosong dalam persoalan ini. Sifat hormat dalam bahasa
inggeris dikenali sebagai “Respect” merupakan faktor dominan yang wajib ada diantara pasangan yang
bercinta, atau pasangan berkahwin. Anda mungkin rasa faktor ini tidak memainkan peranan utama
dalam hidup atau hubungan anda. Namun, percayalah keruntuhan sesuatu hubungan,keluarga malah
perkahwinan bermula dari kehilangan rasa hormat antara satu sama lain.
Harga diri, layanan yang sopan, antiego, pertuturan yang baik tanpa menggunakan bahasa kesat
merupakan beberapa ramuan yang terdapat dalam hormat. Sifat-sifat ini perlu dimiliki oleh kedua dua
pihak dalam membentuk satu hubungan yang sihat. Harga diri anda adalah martabat yang tertinggi
yang perlu anda junjungi hingga ke akhir hayat. Pernahkan anda lihat seseorang kanak -kanak akan
kuat merajuk jikalau ibu bapanya menegur mereka di depan/khalak ramai? Hal ini demikian kerana,
harga diri tidak mengenali usia,jantina atau agama. Ia sesuatu yang umum yang berhak dimiliki oleh
setiap insan di muka bumi ini.
Anda mungkin merasa atau masih lagi dapat menghadam keadaan dimana pasangan anda melepasi
had berkelakuan biadap tanpa memberikan hormat terhadap anda terutamanya dalam situasi dingin.
Namun anda perlu sedar, sebelum nasi menjadi bubur anda perlu mencari jalan keluar atau solusi
dalam hubungan toksik begitu. Hal ini kerana, dimana anda kehilangkan harga diri sebenarnya disitu
berakhirnya satu hubungan yang aman dan sihat. Kelak anda akan rasa jemu untuk meneruskan
hubungan anda bersama teman hidup anda. Kebenaran pahit yang sukar diterima ialah, kehilangan
rasa hormat antara satu sama lain dapat mengalahkan perasaan cinta yang tidak ternilai itu.
NISHA AMBALAN