SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
1



KAEDAH PENGAJARAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN


Oleh : Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid (Fakulti Pendidikan UKM)


Pendahuluan


Kepentingan al-Quran al-Karim dalam kehidupan umat Islam tidak dapat dinafikan. Ini
adalah kerana al-Quran itu merupakan sebuah kitab panduan dan pegangan hidup yang
memandu manusia ke arah mentauhidkan Allah S.W.T.. Al-Quran yang merupakan
sumber utama ajaran Islam mengandungi segala hukum-hakam serta perkara-perkara
yang berkaitan dengan aqidah, syariah dan akhlak. Setiap muslim yang beriman kepada
kitab al-Quran hendaklah mempunyai kemampuan untuk membaca al-Quran tersebut
selain dari berusaha untuk memahami dan menghayati kandungannya.


        Masalah penguasaan dalam bacaan al-Quran dalam kalangan murid sekolah di
negara ini adalah satu realiti. Ini berdasarkan kepada pengalaman penulis ketika menjadi
guru dan juga pegawai yang bertanggungjawab dalam tilawah al-Quran. Seperti yang
dipetik oleh Misnan Jemali (2005), terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan
dengan pembelajaran al-Quran di negara ini seperti Azman Wan Chik (1986),
Norkamaliah Mohamad (1987), Madihah Haji Mohamad (1992), Maimunah Ismail
(1995) dan Mohd Aderi Che Noh (2004). Pengkaji-pengkaji tersebut mendapati masih
ramai murid yang lemah dalam aspek tilawah, lemah dalam aspek tajwid, lemah dalam
aspek Makhraj huruf, bahkan terdapat juga murid yang gagal membaca potongan ayat
yang pendek (buta al-Quran). Kajian mereka juga mendapati antara faktor yang
menyebabkan pencapaian murid lemah dalam Tilawah al-Quran adalah disebabkan oleh
penggunaan kaedah dan teknik yang kurang berkesan dalam proses pengajaran yang
diamalkan oleh guru.


        Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan beberapa program dalam
mengatasi masalah kelemahan menguasai bacaan al-Quran khususnya di kalangan murid-
murid   di   sekolah   rendah.   Antara   langkah   terbaru   pihak   kementerian   ialah
2



memperkenalkan program j-QAF yang antara lain tujuannya untuk membolehkan semua
pelajar muslim khatam bacaan al-Quran sebelum mereka melangkah ke sekolah
menengah.


       Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pengajaran
al-Quran kepada murid. Faktor yang paling penting ialah pendekatan dan kaedah
pengajaran yang sesuai digunakan dalam melaksanakan pengajaran al-Quran. Kaedah
yang sesuai dan berkesan akan mempercepatkan proses pembelajaran yang akan
membantu murid menguasai bacaan al-Quran.




Adab-adab Dalam mengajar dan Mempelajari al-Quran


     Perbincangan    tentang    kaedah   pengajaran   al-Quran   tidak   lengkap   tanpa
membicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari al-Quran. Adab tersebut
sangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keberkatan dalam
mempelajari al-Quran. Kegagalan dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quran
menjadi salah satu daripada punca kepada kegagalan umat Islam dalam menguasai bacaan
al-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama’ yang menulis tentang perkara tersebut.
Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992) telah menyusun sebuah              buku
berjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur’an (‫ )اﻟﺘﺒﻴﺎن ﻓﻰ اداب ﺣﻤﻠﺔ اﻟﻘﺮءان‬dalam
membicarakan tentang adab-adab yang perlu diambil berat dalam mengajar dan
mempelajari al-Quran dan Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yang
dijelaskan oleh mereka ialah;


1.   Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran semata-mata kerana
     mencari keredhaan Allah SWT.
2.   Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran dalam
     mengajar atau mempelajari al-Quran.
3.   Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti yang mulia
     sesuai dengan kedudukan al-Quran. Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan
3



      seperti menggunting misai, memotong kuku, menguruskan janggut, membersihkan
      diri dari dari kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak memakai
      pakaian yang tidak senonoh.
4.    Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari al-Quran
      dengannya.
5.    Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta memberi
      dorongan dan motivasi kepada muridnya
6.    Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah diri. Mereka
      juga hendaklah saling berlemah-lembut antara satu sama lain.
7.    Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab yang terpuji.
      Mereka yang mengamalkan adab-adab yang terpuji akan mempunyai hati yang
      bersih dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru kepadanya.
8.    Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya. Umpamanya
      mengosongkan fikirannya dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu
      penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah mengambil berat terhadap
      pencapaian muridnya dengan memastikan murid-murid membuat ulangkaji dan
      sebagainya.
9.    Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih awal
      kepadanya.
10.   Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya meskipun orang
      tersebut mempunyai niat yang tidak baik atau belajar bukan kerana mencari
      keredhaan Allah.
11.   Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan selesa dalam
      melaksanakan pengajaran.
12.   Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum membaca al-
      Quran, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu berwudu’.
13.   Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.
14.   Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak ketawa,
      bergurau senda serta melihat sesuatu yang melalaikan.
4



Pendekatan Pengajaran al-Quran pada Zaman Rasulullah SAW


Menurut Abdul Halim al-Muhammady (1983), Rasulullah SAW, para Sahabat dan
Tabicin mengajar dan mempelajari al-Quran secara talaqqi dan musyafahah serta
menyeluruh, meliputi aspek-aspek membaca, menulis, menghafaz, memahami dan
mengamal. Kelima-lima aspek tersebut adalah merupakan pendekatan yang digunakan
oleh Jibril A.S. dalam mengajarkan al-Quran kepada Rasulullah SAW. Berdasarkan
kepada pengalaman Rasulullah SAW tersebut, maka proses pembelajaran al-Quran
hendaklah secara talaqqi dan musyafahah, iaitu secara berdepan dengan guru, di mana
guru akan memperdengarkan bacaan, mendengar bacaan muridnya di samping
memperbetulkan bacaan murid sekiranya terdapat kesalahan.


1.      Pendekatan Membaca


Pada peringkat awal al-Quran diturunkan, aspek bacaan dan penghafazan sangat dititik
beratkan. Ini adalah disebabkan pada masa tersebut, kemampuan menulis di kalangan
umat Islam adalah terhad. Jibril AS yang diperintahkan Allah SWT untuk menyampaikan
al-Quran kepada Rasulullah SAW telah mengajar baginda membaca al-Quran tersebut
secara musyafahah. Kaedah musyafahah adalah satu pendekatan di mana Jibril membaca
terlebih dahulu. Bacaan itu diulang-ulang oleh Malaikat Jibril sebanyak tiga kali,
kemudian barulah diikuti oleh Rasullah. Ini diperintahkan Allah melalui firmanNya;


                                  ١
                                      ∩⊇∇∪ …çµtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çµ≈tΡù&ts% #sŒ*sù
                                                                                  Î



Maksudnya;


        Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan
        perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu

1
    Al-Qur’an, Al-Qiyamah 75:18
5




        Di samping itu, Allah SWT juga mengingatkan Rasulullah SAW supaya tidak
tergesa-gesa dan bergopoh-gapah dalam mempelajari al-Quran. Ini berikutan dengan
keadaan Rasulullah ketika itu yang berada dalam keadaan tertekan disebabkan oleh
situasi dan pengalaman baru yang dilalui oleh baginda. Keadaan ini telah menyebabkan
baginda ”bergopoh-gapah” untuk cepat menangkap dan menghafaz apa yang
dipelajarinya daripada Jibril, untuk disampaikan pula kepada umatnya. Lantaran itu Allah
SWT telah mengingatkan baginda dengan firmanNya;


                                  ٢
                                      ∩⊇∉∪ ÿ⎯ϵÎ/ Ÿ≅yf÷èGÏ9 y7tΡ$|¡9 ⎯ϵÎ/ õ8ÌhptéB Ÿω
                                                        t          Ï


Maksudnya;


        Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz
        Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya
        (sebelum selesai dibacakan kepadamu).


Selain dari belajar membacanya, Rasulullah SAW juga menghafaz ayat-ayat yang
disampaikan oleh Jibril AS kepada baginda.


2.      Pendekatan Menghafaz


Sejarah menunjukkan bahawa selain dari kaedah membaca, pengajaran al-Quran kepada
generasi awal umat Islam adalah melalui pendekatan menghafaz. Ini dapat dilihat melalui
pendekatan yang digunakan oleh Jibril A.S. ketika mengajarkan al-Quran kepada
Rasulullah SAW, beliau telah mengulang-ulang bacaan dan kemudiannya diikuti oleh
Rasulullah SAW sehinggalah baginda dapat membaca dan menghafaz ayat tersebut.
Dalam menggambarkan situasi ini, Allah SWT telah berfirman;



2
    Al-Qur’an, Al-Qiyamah 75:16
6



                                 ٣
                                     ∩∉∪ #©|¤Ψs? Ÿξsù šèÎø)ãΖy™


Maksudnya;


        Kami sentiasa menjadikan Engkau (Wahai Muhammad) dapat membaca (Al-
        Quran Yang diturunkan kepadamu - Dengan perantaraan Jibril), sehingga
        Engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.




3.      Pendekatan Menulis


Selain dari membaca dan menghafaz, Rasulullah SAW juga menyuruh para sahabat yang
mampu menulis ketika itu supaya menulis ayat-ayat al-Quran yang dihafaz untuk
kegunaan mereka sendiri ataupun untuk disimpan (Abdul Halim al-Muhammady. 1990).
Aktiviti menulis ayat-ayat yang dibaca akan menguatkan lagi ingatan terhadap ayat-ayat
yang dibaca dan dihafaz. Justeru itu terdapat beberapa mashaf al-Quran yang ditulis oleh
para sahabat seperti mashaf Ibnu Mas’ud, Mashaf Uthmany dan sebagainya.


Kaedah-kaedah Pengajaran al-Quran di Malaysia.


Belajar membaca al-Quran sudah menjadi budaya dalam kehidupan umat Islam di negara
ini. Pengajian al-Quran sudah wujud dalam masyarakat Islam di negara ini sejak
kedatangan Islam lagi. Dalam proses mengajar dan belajar al-Quran, tedapat berbagai
kaedah yang digunakan. Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh
dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Namun, dewasa ini
berbagai kaedah telah wujud dan berkembang seiring dengan perkembangan dalam
bidang-bidang lain seperti sains dan teknologi.




3
    Al-Qur’an, Al-Acla 87:6
7



1.   Kaedah Baghdadiyah


Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia.
Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring
dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berbad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah
menggunakan sebuah buku yang dinamakan ”Muqaddam” yang menjadi bahan utama
pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf
Hijaiyyah, baris dan ejaan.


Walaubagaimanapun, susunan surah-surah dalam kaedah ini adalah secara menyonsang
atau terbalik, sedangkan dari segi adabnya membaca al-Quran hendaklah mengikut urutan
surah. Namun sumbangan kaedah ini terhadap perkembangan pendidikan al-Quran di
negara ini sangat banyak dan tidak boleh dinafikan.


2.   Kaedah Qira’ati


Kaedah ”Qiraati” yang bermaksud ”Bacaanku” mula diperkenalkan pada tahun 1963 di
Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan
Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia
enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan
akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah
hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf
qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih
membaca juzuk cAmma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.


Kaedah ini sangat baik kerana membolehkan murid menguasai bacaan al-Quran dengan
cepat. Bagaimanapun, ia kurang berkesan sekiranya jumlah murid dalam sesuatu kelas
terlalu ramai menyebabkan guru tidak sempat memberi bimbingan berkesan ke atas setiap
murid dalam sesuatu sesi pengajaran.
8



3.   Kaedah Iqra’


Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani. juga adalah berasal dari
Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-
Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji Ascad Humam yang telah
menyusun enam jilid buku Iqra’. Buku-buku Iqra’ sepertimana juga buku Qiraati disusun
untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan
huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum
tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap
orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi
pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra’ telah diterima
dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang Kementerian Pelajaran
Malaysia) pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.


     Seperti juga kaedah Qira’ati, kaedah ini sangat baik kerana membolehkan murid
menguasai bacaan al-Quran dengan cepat. Bagaimanapun, ia kurang berkesan sekiranya
jumlah murid dalam sesuatu kelas terlalu ramai menyebabkan guru tidak sempat memberi
bimbingan berkesan ke atas setiap murid dalam sesuatu sesi pengajaran.


4.   Kaedah Hattawiyyah


Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca al-Quran dengan
berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu
lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau
menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar
tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir
dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-
Quran.
9



Kaedah dan Pendekatan pengajaran al-Quran di Sekolah


Dalam sistem pendidikan negara, pendidikan al-Quran diwajibkan kepada semua murid
beragama Islam bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah.
Dalam usaha untuk memastikan murid boleh membaca al-Quran, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengambil beberapa langkah. Umpamanya memperkenalkan kaedah Iqra’
dan Hattawiyah bagi mempercepatkan pencapaian murid dalam bacaan al-Quran. Melalui
program j-QAF yang diperkenalkan pada tahun 2005, murid bukan sahaja wajib
mempelajari al-Quran, tetapi mereka juga dikehendaki khatam bacaan al-Quran sebelum
mereka menjejakkan kaki ke peringkat menengah.


     Kementerian pelajaran juga telah melatih guru supaya mereka menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan dalam pengajaran tilawah al-Quran dan hafazan. Justeru
itu pihak kementerian telah menyarankan beberapa pendekatan dalam proses pengajaran
Tilawah al-Quran kepada guru-guru Pendidikan Islam (GPI) untuk digunakan di dalam
P&P (Wan Bakar Wan Dagang. 1990). Antaranya;


1.   Pendekatan Mengenal


Pendekatan ini menekankan kepada proses mengenal huruf, mengenal baris, mengenal
tanda-tanda bacaan serta mengenal hukum-hakam bacaan. Murid dikehendaki mengenal
huruf-huruf hija’iyyah tunggal dan bersambung melalui teknik sebut dan tulis secara
berulang-berulang.   Dalam   hal   ini   bahan-bahan   bantu   Mengajar    hendaklah
diperbanyakkan, di samping penggunaan bahan media seperti kaset dan komputer.
Setelah murid dapat menguasai atau mengenal huruf-huruf tunggal dan bersambung,
mereka akan diperkenalkan pula dengan huruf-huruf dalam sesuatu kalimah


2.   Pendekatan Mengeja dan Membunyi


Langkah seterusnya ialah memperkenalkan murid dengan tanda-tanda baris, mengeja
mengikut tanda-tanda baris dan membunyikan huruf-huruf yang dieja. Tanda-tanda baris
10



yang diperkenalkan iaitu baris atas, baris bawah, baris depan, tanda mati, baris dua di
atas, baris dua di bawah dan baris dua di depan dilakukan secara latih tubi. Proses ini
dilakukan secara berterusan dan memakan masa yang panjang bagi memastikan murid-
murid benar-benar dapat menguasai apa yang dipelajari. Proses mengeja dan membunyi
ini hendaklah disempurnakan kepada murid-murid tahun satu


3.   Pendekatan Membaca Kalimah dan Ayat yang Mudah


Murid yang telah mengenal huruf dan tanda baris seterusnya akan dikehendaki membaca
kalimah atau ayat al-Quran yang mudah. Contohnya kalimah yang mempunyai tiga huruf
serta tidak mempunyai tanda baris mati dan juga tanda sabdu. Proses ini dilaksanakan
semasa murid berada di tahun dua. Setelah murid dapat menguasai, mereka akan mula
dikehendaki membaca ayat-ayat al-Quran seperti yang telah ditetapkan di dalam Sukatan
Pelajaran.


4.   Pendekatan Menghafaz


Bagi membolehkan murid membaca dengan lancar, pendekatan menghafaz juga
digunakan. Pendekatan ini boleh juga digunakan meskipun murid belum boleh membaca
al-Quran. Namun di dalam Sukatan Pelajaran, memang terdapat ayat-ayat atau surah
tertentu yang wajib dihafaz oleh murid-murid.


5.   Pendekatan Menulis


Guru-guru di sekolah juga dianjurkan supaya menggunakan teknik menulis ayat-ayat atau
kalimah al-Quran yang dibaca. Aktiviti membaca dan menulis dengan meletakkan tanda-
tanda bacaan pada kalimah al-Quran merupakan penggabungjalinan dua kemahiran secara
serentak. Ini boleh meransang serta mengelakkan kejemuan di kalangan murid dalam
mempelajari al-Quran. Di samping itu teknik tersebut akan mempercepatkan proses
pencapaian murid serta membantu mereka menghafaz ayat-ayat yang diajar.
11



6.      Pendekatan Membaca Mengikut Hukum Tajwid


Apabila murid berada pada Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6, mereka akan didedahkan pula
bacaan mengikut hukum Tajwid. Namun begitu, penekanan kepada istilah tidak
digalakkan pada peringkat ini. Memadai dengan memperkenalkan istilah panjang,
pendek, bacaan wajib dengung dan sebagainya. Tetapi murid yang telah menguasai
bacaan bolehlah didedahkan dengan istilah-istilah ilmu Tajwid seperti Izhar, Idgham,
Ikhfa’ dan sebagainya.


7.      Pendekatan Memahami.


Al-Quran diturunkan bukan sahaja untuk dibaca, tetapi juga untuk difahami dan dihayati.
Oleh yang demikian, adalah wajar, pada peringkat awal lagi murid-murid perlu diberi
kefahaman terhadap apa yang mereka baca supaya apa yang dibaca itu memberi makna
dan manfaat kepada mereka.


8.      Pendekatan Membaca Secara Bertarannum.


Tarannum bermaksud kaedah melahirkan seni bunyi bacaan al-Quran dengan lebih
sempurna dan lebih cantik yang sesuai dengan mukjizat al-Quran (Nik Jaafar Nik Ismail.
1998). Bertarannum sangat digalakkan kerana ini dapat memperindahkan lagi al-Quran
(Mohd Ali Abu Bakar. 1991). Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda;


                               ٤
                                   ‫ﻨـﻲ ﺑﹺﺎﻟ ﹸﺮﺀَﺍﻥ‬‫ـﻐ‬‫ﻳﺘ‬ ‫ﻨﺒﹺـﻲ ﺃﹶﻥ‬‫ـ‬‫ﺎ ﹸﺫﻥ ﻟ‬‫ﺄﺫﻥ ﺍﷲ ﹺﺑﺸﺊ ﻣ‬‫ﻟﹶـﻢ ﻳ‬
                                    ‫ ﻘ‬‫ﱢ‬                              ‫ ﹶ‬ ‫ ﺃ‬ِ  ُ  ‫ ﹶ‬

Maksudnya;




4
    Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari : Min Kitab Fada’il al-Qur’an (3490)
12



     Allah tidak mengizinkan terhadap sesuatu sebagaimana yang diizinkan kepada
     Nabi SAW supaya berlagu ketika membaca al-Quran (Diriwayatkan oleh al-
     Bukhari)


Bagi guru yang mempunyai kemampuan dalam aspek tarannum, pendekatan mengajar
Tilawah al-Quran secara bertarannum boleh menarik minat murid dalam mempelajari al-
Quran. Guru boleh mempelbagaikan lagu-lagu yang terdapat dalam tarannum.


Kaedah Pengajaran al-Quran.


Dalam memastikan keberkesanan pengajaran al-Quran kepada murid, selain dari
pendekatan, kaedah dan teknik juga memainkan peranan yang sangat penting.
Umpamanya kajian yang dibuat oleh Nasir B. Mohamad & Rubiyah Bt. Haron (1997)
mendapati antara faktor kegagalan membaca al-Quran adalah disebabkan oleh faktor
kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran al-Quran kurang berkesan.


Terdapat banyak kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan
pengajaran al-Quran (Wan Bakar Wan Dagang. 1990). Antaranya;


1.   Kaedah Kelas (Class-Teaching)


Kaedah kelas sangat sesuai dalam pengajaran Tilawah al-Quran kerana murid boleh
menumpukan perhatian dengan mendengar dan melihat cara guru membaca ayat-ayat al-
Quran yang diajar. Namun begitu kaedah ini tidak boleh digunakan sepenuhnya ke atas
murid kerana ini akan menyebabkan wujudnya sekumpulan murid yang tertinggal dan
tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna.


2.   Kaedah Kumpulan (Group-Teaching)


Kaedah kumpulan sangat sesuai dilaksanakan bersama kaedah kelas. Murid boleh
dikelaskan kepada beberapa kumpulan mengikut kemampuan. Dalam program j-QAF,
13



kaedah ini dapat dilaksanakan dengan baik kerana terdapat lebih daripada seorang guru di
dalam kelas untuk mengendalikan pembelajaran dalam kumpulan. Dengan cara ini juga,
murid-murid yang berada dalam kumpulan lemah boleh diberi tumpuan dan latih tubi.


3.   Kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (Peer-Teaching)


Di dalam kaedah kumpulan, murid-murid yang telah dikenal pasti mahir dan menguasai
bacaan al-Quran boleh ditugaskan untuk membantu guru mengajar rakan-rakannya
membaca al-Quran. Ini boleh menjimatkan masa dan dapat meningkatkan peluang setiap
murid mendapat bimbingan.


Kaedah Pengajaran Hafazan al-Quran


Bidang hafazan al-Quran bermula semenjak penurunan ayat al-Quran yang pertama.
Ketika Rasullulah S.A.W. berumur 40 tahun dan sedang beribadat di Gua Hira’, Allah
S.W.T. telah memerintahkan Jibrail A.S. untuk mengajarkan al-Quran kepada baginda.
Ayat pertama yang dibaca adalah ‘Iqra’ yang diulang sebanyak tiga kali oleh Malaikat
Jibrail A.S. dan kemudian dibaca kembali oleh baginda secara hafazan.


       Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi
sedikit. Tentunya hal ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk
menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami
isi kandungannya. Kebiasaan tidak terburu-buru ini dikekalkan sehinggalah menjadi salah
satu kaedah atau manhaj di dalam menghafaz al-Quran.


       Seperti yang dijelaskan sebelum ini, pengajaran al-Quran yang digunakan oleh
Jibril a.s. ke atas Rasulllah S.A.W adalah secara sedikit demi sedikit. Teknik yang sama
juga digunakan oleh Rasululah SAW dalam mengajarkan al-Quran kepada para sahabat.
Caranya dengan memperdengarkan bacaannya lalu diikuti oleh sahabat sebelum
menghafaznya. Selain dari itu, baginda juga menyuruh beberapa orang sahabatnya yang
pandai agar menulis ayat-ayat suci al-Quran yang hendak dihafaz di atas kepingan batu-
14



batu, tulang-tulang dan pelepah tamar. Rasulullah S.A.W. mengajarkan al-Quran kepada
sahabat dengan cara musyafahah dan talaqi iaitu dengan membaca antara dua hingga
sepuluh ayat menurut ayat-ayat yang diturunkan (Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah et al.
2003).


         Setiap hari baginda Rasulullah S.A.W akan membaca al-Quran yang diterimanya
pada malam hari sebelumnya serta menghuraikan maksudnya. Di samping itu, baginda
menasihatkan sahabat-sahabatnya supaya menghafaz ayat-ayat yang telah dibacakan itu
dan seterusnya mengamalkan perintahnya.


         Sebaik sahaja para sahabat menerima pelajaran dari ayat atau surah, maka mereka
mengulang-ngulang secara istiqamah sehingga sebati di dalam dada mereka pada malam
harinya.


         Pembelajaran secara hafazan dilakukan dengan guru membaca ayat-ayat al-Quran
kepada pelajar (imla’) dan pelajar menulisnya di atas ‘luh’ atau papan batu. Setelah itu,
guru akan melihat tulisan pelajarnya dan membetulkan jika ada kesalahan. Seterusnya
guru membacakannya sekali lagi diikuti dengan pelajar, kemudian pelajar akan pergi ke
tempat lain dan membacanya sehingga hafaz. Apabila telah menghafaz ayat-ayat itu
dengan fasih, pelajar akan datang semula kepada guru dan membaca di depan guru
(tasmic). Jika ada kesalahan pada bacaan tersebut, guru akan membetulkannya dan jika
tiada kesalahan, maka ayat-ayat itu akan dipadam dan ditulis ayat baru untuk dihafaz.


     Daripada huraian yang dijelaskan di atas dapat disimpulkan bahawa kaedah yang
boleh digunakan dalam pengajaran hafazan al-Quran adalah seperti berikut;


1.   Mengulang-ulang bacaan ayat yang hendak dihafaz secara istiqamah
2    Menulis ayat-ayat yang hendak dibaca
3.   Menghafaz ayat sedikit demi sedikit. Umpamanya menghafal lima ayat pada sesuatu
     masa sebagaimana nabi menerima lima ayat yang pertama dari Malakat Jibril a.s.
4.   Memperdengarkan hafazan kepada guru (Tasmic)
15




Menurut Abu Mazaya al-Hafiz (2005) terdapat beberapa langkah dalam menghafaz al-
Quran supaya lebih cepat dan berkesan. Antaranya;


1.   Memilih waktu yang sesuai
2.   Menghafaz satu ayat demi satu ayat. Kemudian ayat tersebut dibaca secara
     berulang-ulang sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali.
3.   Mengenalpasti ayat-ayat atau kalimah yang sukar dibaca, kemudiannya diulang-
     ulang sehingga 40 kali. Ini bertujuan untuk melembut serta membiasakan lidah
     menyebut kalimah-kalimah tersebut.
4.   Memastikan ayat-ayat yang telah dihafaz pada hari sebelumnya diulang-ulang
     sekurang-kurang tiga kali sebelum memulakan hafazan pada ayat-ayat yang
     berikutnya. Selain itu ayat-ayat yang baru dihafaz hendaklah diulang-ulang
     sebanyak lima kali dalam tempoh 24 jam.


Cadangan dan Rumusan


Kejayaan   generasi   muda   menguasai    bacaan    al-Quran   tidak   terletak   kepada
tanggungjawab guru semata-mata. Sehebat manapun kaedah dan teknik yang digunakan
oleh guru tidak akan berjaya sekiranya ibu bapa tidak melibatkan diri dalam memberi
penekanan pendidikan al-Quran terhadap anak-anak mereka. Ini adalah kerana masa ibu
bapa bersama anak-anak lebih banyak berbanding dengan masa yang diperuntukkan bagi
mempelajari al-Quran di sekolah.


       Selain dari itu, guru dan juga mereka yang terlibat dalam mengajar al-Quran
hendaklah berusaha menggunakan pelbagai kaedah dan juga bahan bantu mengajar yang
sesuai. Pengajaran yang membosankan, ditambah dengan tarikan perkara-perkara lain
seperti hiburan yang sememangnya menyeronokkan boleh menjauhkan lagi murid dengan
al-Quran. Justeru itu pengajaran al-Quran hendaklah diusahakan supaya lebih menarik
dan tidak membosankan.
16



       Dalam usaha menanam minat generasi muda terhadap al-Quran, budaya membaca
al-Quran hendaklah diwujudkan di pelbagai sektor samada swasta dan juga kerajaan.
Umpamanya mengadakan aktiviti membaca al-Quran setiap pagi sebelum memulakan
kerja di pejabat atau di sekolah. Aktiviti seperti ini hendaklah dilaksanakan secara
berterusan dan konsisten serta tidak terhad pada bulan-bulan tertentu seperti bulan
Ramadhan sahaja. Jika budaya ini dapat dihidupkan, mereka yang tidak boleh membaca
al-Quran akan rasa diri mereka terpinggir dan aib. Ini boleh mendorong mereka berusaha
mempelajari bacaan al-Quran.
17



Bibliografi

Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah. 2003. Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz.
      Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Abdullah al-Qari bin Haji Salleh. 1972. Kursus Qari dan Qari’ah. Kota Bharu: Pustaka
      Aman Press Sdn. Bhd.

Abu Mazaya al-Hafiz. 2005. Kaedah Mudah Dan Cepat Menghafaz al-Quran. Kuala
     Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Abdul Halim El-Muhammady. 1983. Membina Generasi Muslim, Bangi: Ikatan Studi
      Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Halim El-Muhammady. 1987. Pendidikan al-Quran di Sekolah Rendah dan
      Menengah ke Arah Pembentukan Pandangan Hidup Muslim. Jurnal Pendidikan
      Islam 2(6): 29-43.

Abdul Halim El-Muhammady. 1990. Al-Quran dan Pembelajarannya di Malaysia. Jurnal
      Pendidikan Islam 3(3): 1-12

Al-Imam an-Nawawi. 1992. At-Tibyan Fi Adab Hamalai al-Qur’an. Beirut : Dar al-Fikr
      al-Lubnani.

Misnan Jamali. 2005. Tahap Penguasaan al-Quran di Kalangan Pelajar Sekolah
      Menengah di Perak. Dlm. Kamarulzaman Abdul Ghani et al. (pnyt.). Prosiding
      Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Hlmn. 213 – 224. Bangi: Fakulti Pendidikan
      Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul Razak. 2005. Implikasi Konsep Kendiri Dan
     Persekitaran Dalam Menjana Generasi Pelajar Celik al-Quran. Dlm.
     Kamarulzaman Abdul Ghani et al. (pnyt.). Prosiding Wacana Pendidikan Islam
     (Siri 4). Hlmn. 193 – 202. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
     Malaysia.

Mohd Ali bin Abu Bakar. 1991. Seni Lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul
     Fikir.

Nasir B. Mohamad & Rubiyah Bt. Haron. 1997. Tahap penguasaan bacaan al-quran di
       kalangan Guru pelatih bukan pengkhususan pengajian agama islam. Alor Setar:
       Institut Perguruan Darul Aman.

Nik Jaafar bin Nik Ismail. 1998. Buku Qawacid at-Tarannum: Cara Berlagu. Kuala
      Lumpur: Darul Fikir.
18



Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, edisi kelapan, (Kuala Lumpur:
        Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1987).

Wan Bakar Wan Dagang. 1990. Pengajaran dan Pendidikan al-Quran Dalam Kurikulum
     Baru Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Islam 3(3): 21-31

More Related Content

What's hot

Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)Mawar Pink
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahamira nurfahmida
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahChe' Wan Azhar Shariffudin
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliFATINATUL HUSNA
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 

What's hot (20)

Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 

Viewers also liked

PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHSyaza Mohd Sabri
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Inovasi kaedah roda
Inovasi kaedah rodaInovasi kaedah roda
Inovasi kaedah rodask tambirat
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Hairul Nizam Muzahar
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Silabus Target Tahfidz oleh Beni Ardilla
Silabus Target Tahfidz oleh Beni ArdillaSilabus Target Tahfidz oleh Beni Ardilla
Silabus Target Tahfidz oleh Beni ArdillaBeniArdilla
 
Inovasi minda jawi hilir perak
Inovasi minda jawi  hilir perakInovasi minda jawi  hilir perak
Inovasi minda jawi hilir perakiDEAguruperak
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...Chitra Devaki
 
Konsep syahadah-dan-tuntutannya
Konsep syahadah-dan-tuntutannyaKonsep syahadah-dan-tuntutannya
Konsep syahadah-dan-tuntutannyaMohd Hamidi
 
Kelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.Alam
Kelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.AlamKelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.Alam
Kelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.AlamNik Azizan Al Farisi
 
14164191 metodologi-pengajaran-dan-pembelajaran-alquran-aplikasi-model-khatam...
14164191 metodologi-pengajaran-dan-pembelajaran-alquran-aplikasi-model-khatam...14164191 metodologi-pengajaran-dan-pembelajaran-alquran-aplikasi-model-khatam...
14164191 metodologi-pengajaran-dan-pembelajaran-alquran-aplikasi-model-khatam...lotpia
 
Presentación microsft access
Presentación microsft accessPresentación microsft access
Presentación microsft accessFrancismar Pineda
 
Artikel Muatan Lokal
Artikel Muatan LokalArtikel Muatan Lokal
Artikel Muatan LokalFAJAR MENTARI
 

Viewers also liked (20)

PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Formasi tarannum bayati al insan
Formasi tarannum bayati al insanFormasi tarannum bayati al insan
Formasi tarannum bayati al insan
 
Inovasi kaedah roda
Inovasi kaedah rodaInovasi kaedah roda
Inovasi kaedah roda
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Teknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quranTeknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quran
 
Silabus Target Tahfidz oleh Beni Ardilla
Silabus Target Tahfidz oleh Beni ArdillaSilabus Target Tahfidz oleh Beni Ardilla
Silabus Target Tahfidz oleh Beni Ardilla
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
Konsep Syahadah
Konsep SyahadahKonsep Syahadah
Konsep Syahadah
 
Abstrak
AbstrakAbstrak
Abstrak
 
Formasi TARANNUM BAYATI
Formasi TARANNUM BAYATI Formasi TARANNUM BAYATI
Formasi TARANNUM BAYATI
 
Inovasi minda jawi hilir perak
Inovasi minda jawi  hilir perakInovasi minda jawi  hilir perak
Inovasi minda jawi hilir perak
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
 
Asas tarannum
Asas tarannumAsas tarannum
Asas tarannum
 
Konsep syahadah-dan-tuntutannya
Konsep syahadah-dan-tuntutannyaKonsep syahadah-dan-tuntutannya
Konsep syahadah-dan-tuntutannya
 
Kelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.Alam
Kelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.AlamKelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.Alam
Kelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.Alam
 
14164191 metodologi-pengajaran-dan-pembelajaran-alquran-aplikasi-model-khatam...
14164191 metodologi-pengajaran-dan-pembelajaran-alquran-aplikasi-model-khatam...14164191 metodologi-pengajaran-dan-pembelajaran-alquran-aplikasi-model-khatam...
14164191 metodologi-pengajaran-dan-pembelajaran-alquran-aplikasi-model-khatam...
 
Presentación microsft access
Presentación microsft accessPresentación microsft access
Presentación microsft access
 
Artikel Muatan Lokal
Artikel Muatan LokalArtikel Muatan Lokal
Artikel Muatan Lokal
 

Similar to OPTIMALKAN AL-QURAN

PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptxPROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptxMUHAMMADFAHMIBINNORD
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran  Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran MuhammadZulaziziMohd
 
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKANSTRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKANTa'allum: Jurnal Pendidikan Islam
 
5 modul pai bab 5 busana muslim
5 modul pai bab 5 busana muslim5 modul pai bab 5 busana muslim
5 modul pai bab 5 busana muslim12345caca
 
syinqith, gurun tandus yang subur penghafal al Quran.docx
syinqith, gurun tandus yang subur penghafal al Quran.docxsyinqith, gurun tandus yang subur penghafal al Quran.docx
syinqith, gurun tandus yang subur penghafal al Quran.docxMIRaudlatulJannah
 
Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaran
Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaranMetode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaran
Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaranRizal Fuadi Muhammad
 
Assignmt t.5
Assignmt t.5Assignmt t.5
Assignmt t.5sabrychek
 
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...IsroqGagah
 
Bab ii pengertian al qur'an
Bab ii pengertian al qur'anBab ii pengertian al qur'an
Bab ii pengertian al qur'anRahimantoSSosI
 
Metode pembelajaran Al qur’an.pptx
Metode pembelajaran Al qur’an.pptxMetode pembelajaran Al qur’an.pptx
Metode pembelajaran Al qur’an.pptxSuryonoMHasan
 
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word DocumentNew Microsoft Word Document
New Microsoft Word Documentfuad663329
 
NUR HANNANI BINTI SAIFULZAN (A170474) - LMCP 1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
NUR HANNANI BINTI SAIFULZAN (A170474) - LMCP 1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMNUR HANNANI BINTI SAIFULZAN (A170474) - LMCP 1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
NUR HANNANI BINTI SAIFULZAN (A170474) - LMCP 1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMNURHANNANINURHANNANI
 
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptxILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptxCorpcomRSSP
 
Projek akhir Kriteria Guru Falsafah Pendidikan Islam
Projek akhir Kriteria Guru Falsafah Pendidikan IslamProjek akhir Kriteria Guru Falsafah Pendidikan Islam
Projek akhir Kriteria Guru Falsafah Pendidikan Islamsyafarehanisa
 
Dr. Hasani Ahmad Said, m.a. Pembinaan guru bidang tartil (murottal) by dr. ...
Dr. Hasani Ahmad Said, m.a.   Pembinaan guru bidang tartil (murottal) by dr. ...Dr. Hasani Ahmad Said, m.a.   Pembinaan guru bidang tartil (murottal) by dr. ...
Dr. Hasani Ahmad Said, m.a. Pembinaan guru bidang tartil (murottal) by dr. ...Hasaniahmadsaid
 
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan IslamTugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan IslamMUHAMMADHAFIZUDDINBI8
 

Similar to OPTIMALKAN AL-QURAN (20)

PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptxPROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran  Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKANSTRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
 
makalah al barqy
makalah al barqy makalah al barqy
makalah al barqy
 
Tugasan hbis 1203
Tugasan hbis 1203Tugasan hbis 1203
Tugasan hbis 1203
 
5 modul pai bab 5 busana muslim
5 modul pai bab 5 busana muslim5 modul pai bab 5 busana muslim
5 modul pai bab 5 busana muslim
 
syinqith, gurun tandus yang subur penghafal al Quran.docx
syinqith, gurun tandus yang subur penghafal al Quran.docxsyinqith, gurun tandus yang subur penghafal al Quran.docx
syinqith, gurun tandus yang subur penghafal al Quran.docx
 
Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaran
Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaranMetode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaran
Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaran
 
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan IslamFalsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan Islam
 
Assignmt t.5
Assignmt t.5Assignmt t.5
Assignmt t.5
 
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
 
Bab ii pengertian al qur'an
Bab ii pengertian al qur'anBab ii pengertian al qur'an
Bab ii pengertian al qur'an
 
Bab satu
Bab satuBab satu
Bab satu
 
Metode pembelajaran Al qur’an.pptx
Metode pembelajaran Al qur’an.pptxMetode pembelajaran Al qur’an.pptx
Metode pembelajaran Al qur’an.pptx
 
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word DocumentNew Microsoft Word Document
New Microsoft Word Document
 
NUR HANNANI BINTI SAIFULZAN (A170474) - LMCP 1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
NUR HANNANI BINTI SAIFULZAN (A170474) - LMCP 1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMNUR HANNANI BINTI SAIFULZAN (A170474) - LMCP 1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
NUR HANNANI BINTI SAIFULZAN (A170474) - LMCP 1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
 
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptxILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
 
Projek akhir Kriteria Guru Falsafah Pendidikan Islam
Projek akhir Kriteria Guru Falsafah Pendidikan IslamProjek akhir Kriteria Guru Falsafah Pendidikan Islam
Projek akhir Kriteria Guru Falsafah Pendidikan Islam
 
Dr. Hasani Ahmad Said, m.a. Pembinaan guru bidang tartil (murottal) by dr. ...
Dr. Hasani Ahmad Said, m.a.   Pembinaan guru bidang tartil (murottal) by dr. ...Dr. Hasani Ahmad Said, m.a.   Pembinaan guru bidang tartil (murottal) by dr. ...
Dr. Hasani Ahmad Said, m.a. Pembinaan guru bidang tartil (murottal) by dr. ...
 
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan IslamTugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
 

OPTIMALKAN AL-QURAN

  • 1. 1 KAEDAH PENGAJARAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN Oleh : Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid (Fakulti Pendidikan UKM) Pendahuluan Kepentingan al-Quran al-Karim dalam kehidupan umat Islam tidak dapat dinafikan. Ini adalah kerana al-Quran itu merupakan sebuah kitab panduan dan pegangan hidup yang memandu manusia ke arah mentauhidkan Allah S.W.T.. Al-Quran yang merupakan sumber utama ajaran Islam mengandungi segala hukum-hakam serta perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, syariah dan akhlak. Setiap muslim yang beriman kepada kitab al-Quran hendaklah mempunyai kemampuan untuk membaca al-Quran tersebut selain dari berusaha untuk memahami dan menghayati kandungannya. Masalah penguasaan dalam bacaan al-Quran dalam kalangan murid sekolah di negara ini adalah satu realiti. Ini berdasarkan kepada pengalaman penulis ketika menjadi guru dan juga pegawai yang bertanggungjawab dalam tilawah al-Quran. Seperti yang dipetik oleh Misnan Jemali (2005), terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pembelajaran al-Quran di negara ini seperti Azman Wan Chik (1986), Norkamaliah Mohamad (1987), Madihah Haji Mohamad (1992), Maimunah Ismail (1995) dan Mohd Aderi Che Noh (2004). Pengkaji-pengkaji tersebut mendapati masih ramai murid yang lemah dalam aspek tilawah, lemah dalam aspek tajwid, lemah dalam aspek Makhraj huruf, bahkan terdapat juga murid yang gagal membaca potongan ayat yang pendek (buta al-Quran). Kajian mereka juga mendapati antara faktor yang menyebabkan pencapaian murid lemah dalam Tilawah al-Quran adalah disebabkan oleh penggunaan kaedah dan teknik yang kurang berkesan dalam proses pengajaran yang diamalkan oleh guru. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan beberapa program dalam mengatasi masalah kelemahan menguasai bacaan al-Quran khususnya di kalangan murid- murid di sekolah rendah. Antara langkah terbaru pihak kementerian ialah
  • 2. 2 memperkenalkan program j-QAF yang antara lain tujuannya untuk membolehkan semua pelajar muslim khatam bacaan al-Quran sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pengajaran al-Quran kepada murid. Faktor yang paling penting ialah pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam melaksanakan pengajaran al-Quran. Kaedah yang sesuai dan berkesan akan mempercepatkan proses pembelajaran yang akan membantu murid menguasai bacaan al-Quran. Adab-adab Dalam mengajar dan Mempelajari al-Quran Perbincangan tentang kaedah pengajaran al-Quran tidak lengkap tanpa membicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari al-Quran. Adab tersebut sangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keberkatan dalam mempelajari al-Quran. Kegagalan dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quran menjadi salah satu daripada punca kepada kegagalan umat Islam dalam menguasai bacaan al-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama’ yang menulis tentang perkara tersebut. Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992) telah menyusun sebuah buku berjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur’an (‫ )اﻟﺘﺒﻴﺎن ﻓﻰ اداب ﺣﻤﻠﺔ اﻟﻘﺮءان‬dalam membicarakan tentang adab-adab yang perlu diambil berat dalam mengajar dan mempelajari al-Quran dan Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yang dijelaskan oleh mereka ialah; 1. Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT. 2. Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran dalam mengajar atau mempelajari al-Quran. 3. Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan kedudukan al-Quran. Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan
  • 3. 3 seperti menggunting misai, memotong kuku, menguruskan janggut, membersihkan diri dari dari kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak memakai pakaian yang tidak senonoh. 4. Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari al-Quran dengannya. 5. Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta memberi dorongan dan motivasi kepada muridnya 6. Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah diri. Mereka juga hendaklah saling berlemah-lembut antara satu sama lain. 7. Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab yang terpuji. Mereka yang mengamalkan adab-adab yang terpuji akan mempunyai hati yang bersih dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru kepadanya. 8. Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya. Umpamanya mengosongkan fikirannya dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah mengambil berat terhadap pencapaian muridnya dengan memastikan murid-murid membuat ulangkaji dan sebagainya. 9. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih awal kepadanya. 10. Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya meskipun orang tersebut mempunyai niat yang tidak baik atau belajar bukan kerana mencari keredhaan Allah. 11. Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan selesa dalam melaksanakan pengajaran. 12. Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum membaca al- Quran, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu berwudu’. 13. Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat. 14. Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak ketawa, bergurau senda serta melihat sesuatu yang melalaikan.
  • 4. 4 Pendekatan Pengajaran al-Quran pada Zaman Rasulullah SAW Menurut Abdul Halim al-Muhammady (1983), Rasulullah SAW, para Sahabat dan Tabicin mengajar dan mempelajari al-Quran secara talaqqi dan musyafahah serta menyeluruh, meliputi aspek-aspek membaca, menulis, menghafaz, memahami dan mengamal. Kelima-lima aspek tersebut adalah merupakan pendekatan yang digunakan oleh Jibril A.S. dalam mengajarkan al-Quran kepada Rasulullah SAW. Berdasarkan kepada pengalaman Rasulullah SAW tersebut, maka proses pembelajaran al-Quran hendaklah secara talaqqi dan musyafahah, iaitu secara berdepan dengan guru, di mana guru akan memperdengarkan bacaan, mendengar bacaan muridnya di samping memperbetulkan bacaan murid sekiranya terdapat kesalahan. 1. Pendekatan Membaca Pada peringkat awal al-Quran diturunkan, aspek bacaan dan penghafazan sangat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan pada masa tersebut, kemampuan menulis di kalangan umat Islam adalah terhad. Jibril AS yang diperintahkan Allah SWT untuk menyampaikan al-Quran kepada Rasulullah SAW telah mengajar baginda membaca al-Quran tersebut secara musyafahah. Kaedah musyafahah adalah satu pendekatan di mana Jibril membaca terlebih dahulu. Bacaan itu diulang-ulang oleh Malaikat Jibril sebanyak tiga kali, kemudian barulah diikuti oleh Rasullah. Ini diperintahkan Allah melalui firmanNya; ١ ∩⊇∇∪ …çµtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çµ≈tΡù&ts% #sŒ*sù Î Maksudnya; Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu 1 Al-Qur’an, Al-Qiyamah 75:18
  • 5. 5 Di samping itu, Allah SWT juga mengingatkan Rasulullah SAW supaya tidak tergesa-gesa dan bergopoh-gapah dalam mempelajari al-Quran. Ini berikutan dengan keadaan Rasulullah ketika itu yang berada dalam keadaan tertekan disebabkan oleh situasi dan pengalaman baru yang dilalui oleh baginda. Keadaan ini telah menyebabkan baginda ”bergopoh-gapah” untuk cepat menangkap dan menghafaz apa yang dipelajarinya daripada Jibril, untuk disampaikan pula kepada umatnya. Lantaran itu Allah SWT telah mengingatkan baginda dengan firmanNya; ٢ ∩⊇∉∪ ÿ⎯ϵÎ/ Ÿ≅yf÷èGÏ9 y7tΡ$|¡9 ⎯ϵÎ/ õ8ÌhptéB Ÿω t Ï Maksudnya; Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Selain dari belajar membacanya, Rasulullah SAW juga menghafaz ayat-ayat yang disampaikan oleh Jibril AS kepada baginda. 2. Pendekatan Menghafaz Sejarah menunjukkan bahawa selain dari kaedah membaca, pengajaran al-Quran kepada generasi awal umat Islam adalah melalui pendekatan menghafaz. Ini dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh Jibril A.S. ketika mengajarkan al-Quran kepada Rasulullah SAW, beliau telah mengulang-ulang bacaan dan kemudiannya diikuti oleh Rasulullah SAW sehinggalah baginda dapat membaca dan menghafaz ayat tersebut. Dalam menggambarkan situasi ini, Allah SWT telah berfirman; 2 Al-Qur’an, Al-Qiyamah 75:16
  • 6. 6 ٣ ∩∉∪ #©|¤Ψs? Ÿξsù šèÎø)ãΖy™ Maksudnya; Kami sentiasa menjadikan Engkau (Wahai Muhammad) dapat membaca (Al- Quran Yang diturunkan kepadamu - Dengan perantaraan Jibril), sehingga Engkau (menghafaznya dan) tidak lupa. 3. Pendekatan Menulis Selain dari membaca dan menghafaz, Rasulullah SAW juga menyuruh para sahabat yang mampu menulis ketika itu supaya menulis ayat-ayat al-Quran yang dihafaz untuk kegunaan mereka sendiri ataupun untuk disimpan (Abdul Halim al-Muhammady. 1990). Aktiviti menulis ayat-ayat yang dibaca akan menguatkan lagi ingatan terhadap ayat-ayat yang dibaca dan dihafaz. Justeru itu terdapat beberapa mashaf al-Quran yang ditulis oleh para sahabat seperti mashaf Ibnu Mas’ud, Mashaf Uthmany dan sebagainya. Kaedah-kaedah Pengajaran al-Quran di Malaysia. Belajar membaca al-Quran sudah menjadi budaya dalam kehidupan umat Islam di negara ini. Pengajian al-Quran sudah wujud dalam masyarakat Islam di negara ini sejak kedatangan Islam lagi. Dalam proses mengajar dan belajar al-Quran, tedapat berbagai kaedah yang digunakan. Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Namun, dewasa ini berbagai kaedah telah wujud dan berkembang seiring dengan perkembangan dalam bidang-bidang lain seperti sains dan teknologi. 3 Al-Qur’an, Al-Acla 87:6
  • 7. 7 1. Kaedah Baghdadiyah Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berbad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang dinamakan ”Muqaddam” yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan. Walaubagaimanapun, susunan surah-surah dalam kaedah ini adalah secara menyonsang atau terbalik, sedangkan dari segi adabnya membaca al-Quran hendaklah mengikut urutan surah. Namun sumbangan kaedah ini terhadap perkembangan pendidikan al-Quran di negara ini sangat banyak dan tidak boleh dinafikan. 2. Kaedah Qira’ati Kaedah ”Qiraati” yang bermaksud ”Bacaanku” mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk cAmma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani. Kaedah ini sangat baik kerana membolehkan murid menguasai bacaan al-Quran dengan cepat. Bagaimanapun, ia kurang berkesan sekiranya jumlah murid dalam sesuatu kelas terlalu ramai menyebabkan guru tidak sempat memberi bimbingan berkesan ke atas setiap murid dalam sesuatu sesi pengajaran.
  • 8. 8 3. Kaedah Iqra’ Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani. juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al- Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji Ascad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. Buku-buku Iqra’ sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra’ telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia) pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. Seperti juga kaedah Qira’ati, kaedah ini sangat baik kerana membolehkan murid menguasai bacaan al-Quran dengan cepat. Bagaimanapun, ia kurang berkesan sekiranya jumlah murid dalam sesuatu kelas terlalu ramai menyebabkan guru tidak sempat memberi bimbingan berkesan ke atas setiap murid dalam sesuatu sesi pengajaran. 4. Kaedah Hattawiyyah Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca al-Quran dengan berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al- Quran.
  • 9. 9 Kaedah dan Pendekatan pengajaran al-Quran di Sekolah Dalam sistem pendidikan negara, pendidikan al-Quran diwajibkan kepada semua murid beragama Islam bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Dalam usaha untuk memastikan murid boleh membaca al-Quran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah. Umpamanya memperkenalkan kaedah Iqra’ dan Hattawiyah bagi mempercepatkan pencapaian murid dalam bacaan al-Quran. Melalui program j-QAF yang diperkenalkan pada tahun 2005, murid bukan sahaja wajib mempelajari al-Quran, tetapi mereka juga dikehendaki khatam bacaan al-Quran sebelum mereka menjejakkan kaki ke peringkat menengah. Kementerian pelajaran juga telah melatih guru supaya mereka menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dalam pengajaran tilawah al-Quran dan hafazan. Justeru itu pihak kementerian telah menyarankan beberapa pendekatan dalam proses pengajaran Tilawah al-Quran kepada guru-guru Pendidikan Islam (GPI) untuk digunakan di dalam P&P (Wan Bakar Wan Dagang. 1990). Antaranya; 1. Pendekatan Mengenal Pendekatan ini menekankan kepada proses mengenal huruf, mengenal baris, mengenal tanda-tanda bacaan serta mengenal hukum-hakam bacaan. Murid dikehendaki mengenal huruf-huruf hija’iyyah tunggal dan bersambung melalui teknik sebut dan tulis secara berulang-berulang. Dalam hal ini bahan-bahan bantu Mengajar hendaklah diperbanyakkan, di samping penggunaan bahan media seperti kaset dan komputer. Setelah murid dapat menguasai atau mengenal huruf-huruf tunggal dan bersambung, mereka akan diperkenalkan pula dengan huruf-huruf dalam sesuatu kalimah 2. Pendekatan Mengeja dan Membunyi Langkah seterusnya ialah memperkenalkan murid dengan tanda-tanda baris, mengeja mengikut tanda-tanda baris dan membunyikan huruf-huruf yang dieja. Tanda-tanda baris
  • 10. 10 yang diperkenalkan iaitu baris atas, baris bawah, baris depan, tanda mati, baris dua di atas, baris dua di bawah dan baris dua di depan dilakukan secara latih tubi. Proses ini dilakukan secara berterusan dan memakan masa yang panjang bagi memastikan murid- murid benar-benar dapat menguasai apa yang dipelajari. Proses mengeja dan membunyi ini hendaklah disempurnakan kepada murid-murid tahun satu 3. Pendekatan Membaca Kalimah dan Ayat yang Mudah Murid yang telah mengenal huruf dan tanda baris seterusnya akan dikehendaki membaca kalimah atau ayat al-Quran yang mudah. Contohnya kalimah yang mempunyai tiga huruf serta tidak mempunyai tanda baris mati dan juga tanda sabdu. Proses ini dilaksanakan semasa murid berada di tahun dua. Setelah murid dapat menguasai, mereka akan mula dikehendaki membaca ayat-ayat al-Quran seperti yang telah ditetapkan di dalam Sukatan Pelajaran. 4. Pendekatan Menghafaz Bagi membolehkan murid membaca dengan lancar, pendekatan menghafaz juga digunakan. Pendekatan ini boleh juga digunakan meskipun murid belum boleh membaca al-Quran. Namun di dalam Sukatan Pelajaran, memang terdapat ayat-ayat atau surah tertentu yang wajib dihafaz oleh murid-murid. 5. Pendekatan Menulis Guru-guru di sekolah juga dianjurkan supaya menggunakan teknik menulis ayat-ayat atau kalimah al-Quran yang dibaca. Aktiviti membaca dan menulis dengan meletakkan tanda- tanda bacaan pada kalimah al-Quran merupakan penggabungjalinan dua kemahiran secara serentak. Ini boleh meransang serta mengelakkan kejemuan di kalangan murid dalam mempelajari al-Quran. Di samping itu teknik tersebut akan mempercepatkan proses pencapaian murid serta membantu mereka menghafaz ayat-ayat yang diajar.
  • 11. 11 6. Pendekatan Membaca Mengikut Hukum Tajwid Apabila murid berada pada Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6, mereka akan didedahkan pula bacaan mengikut hukum Tajwid. Namun begitu, penekanan kepada istilah tidak digalakkan pada peringkat ini. Memadai dengan memperkenalkan istilah panjang, pendek, bacaan wajib dengung dan sebagainya. Tetapi murid yang telah menguasai bacaan bolehlah didedahkan dengan istilah-istilah ilmu Tajwid seperti Izhar, Idgham, Ikhfa’ dan sebagainya. 7. Pendekatan Memahami. Al-Quran diturunkan bukan sahaja untuk dibaca, tetapi juga untuk difahami dan dihayati. Oleh yang demikian, adalah wajar, pada peringkat awal lagi murid-murid perlu diberi kefahaman terhadap apa yang mereka baca supaya apa yang dibaca itu memberi makna dan manfaat kepada mereka. 8. Pendekatan Membaca Secara Bertarannum. Tarannum bermaksud kaedah melahirkan seni bunyi bacaan al-Quran dengan lebih sempurna dan lebih cantik yang sesuai dengan mukjizat al-Quran (Nik Jaafar Nik Ismail. 1998). Bertarannum sangat digalakkan kerana ini dapat memperindahkan lagi al-Quran (Mohd Ali Abu Bakar. 1991). Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda; ٤ ‫ﻨـﻲ ﺑﹺﺎﻟ ﹸﺮﺀَﺍﻥ‬‫ـﻐ‬‫ﻳﺘ‬ ‫ﻨﺒﹺـﻲ ﺃﹶﻥ‬‫ـ‬‫ﺎ ﹸﺫﻥ ﻟ‬‫ﺄﺫﻥ ﺍﷲ ﹺﺑﺸﺊ ﻣ‬‫ﻟﹶـﻢ ﻳ‬  ‫ ﻘ‬‫ﱢ‬  ‫ ﹶ‬ ‫ ﺃ‬ِ  ُ  ‫ ﹶ‬ Maksudnya; 4 Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari : Min Kitab Fada’il al-Qur’an (3490)
  • 12. 12 Allah tidak mengizinkan terhadap sesuatu sebagaimana yang diizinkan kepada Nabi SAW supaya berlagu ketika membaca al-Quran (Diriwayatkan oleh al- Bukhari) Bagi guru yang mempunyai kemampuan dalam aspek tarannum, pendekatan mengajar Tilawah al-Quran secara bertarannum boleh menarik minat murid dalam mempelajari al- Quran. Guru boleh mempelbagaikan lagu-lagu yang terdapat dalam tarannum. Kaedah Pengajaran al-Quran. Dalam memastikan keberkesanan pengajaran al-Quran kepada murid, selain dari pendekatan, kaedah dan teknik juga memainkan peranan yang sangat penting. Umpamanya kajian yang dibuat oleh Nasir B. Mohamad & Rubiyah Bt. Haron (1997) mendapati antara faktor kegagalan membaca al-Quran adalah disebabkan oleh faktor kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran al-Quran kurang berkesan. Terdapat banyak kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran al-Quran (Wan Bakar Wan Dagang. 1990). Antaranya; 1. Kaedah Kelas (Class-Teaching) Kaedah kelas sangat sesuai dalam pengajaran Tilawah al-Quran kerana murid boleh menumpukan perhatian dengan mendengar dan melihat cara guru membaca ayat-ayat al- Quran yang diajar. Namun begitu kaedah ini tidak boleh digunakan sepenuhnya ke atas murid kerana ini akan menyebabkan wujudnya sekumpulan murid yang tertinggal dan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna. 2. Kaedah Kumpulan (Group-Teaching) Kaedah kumpulan sangat sesuai dilaksanakan bersama kaedah kelas. Murid boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan mengikut kemampuan. Dalam program j-QAF,
  • 13. 13 kaedah ini dapat dilaksanakan dengan baik kerana terdapat lebih daripada seorang guru di dalam kelas untuk mengendalikan pembelajaran dalam kumpulan. Dengan cara ini juga, murid-murid yang berada dalam kumpulan lemah boleh diberi tumpuan dan latih tubi. 3. Kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (Peer-Teaching) Di dalam kaedah kumpulan, murid-murid yang telah dikenal pasti mahir dan menguasai bacaan al-Quran boleh ditugaskan untuk membantu guru mengajar rakan-rakannya membaca al-Quran. Ini boleh menjimatkan masa dan dapat meningkatkan peluang setiap murid mendapat bimbingan. Kaedah Pengajaran Hafazan al-Quran Bidang hafazan al-Quran bermula semenjak penurunan ayat al-Quran yang pertama. Ketika Rasullulah S.A.W. berumur 40 tahun dan sedang beribadat di Gua Hira’, Allah S.W.T. telah memerintahkan Jibrail A.S. untuk mengajarkan al-Quran kepada baginda. Ayat pertama yang dibaca adalah ‘Iqra’ yang diulang sebanyak tiga kali oleh Malaikat Jibrail A.S. dan kemudian dibaca kembali oleh baginda secara hafazan. Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit. Tentunya hal ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya. Kebiasaan tidak terburu-buru ini dikekalkan sehinggalah menjadi salah satu kaedah atau manhaj di dalam menghafaz al-Quran. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, pengajaran al-Quran yang digunakan oleh Jibril a.s. ke atas Rasulllah S.A.W adalah secara sedikit demi sedikit. Teknik yang sama juga digunakan oleh Rasululah SAW dalam mengajarkan al-Quran kepada para sahabat. Caranya dengan memperdengarkan bacaannya lalu diikuti oleh sahabat sebelum menghafaznya. Selain dari itu, baginda juga menyuruh beberapa orang sahabatnya yang pandai agar menulis ayat-ayat suci al-Quran yang hendak dihafaz di atas kepingan batu-
  • 14. 14 batu, tulang-tulang dan pelepah tamar. Rasulullah S.A.W. mengajarkan al-Quran kepada sahabat dengan cara musyafahah dan talaqi iaitu dengan membaca antara dua hingga sepuluh ayat menurut ayat-ayat yang diturunkan (Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah et al. 2003). Setiap hari baginda Rasulullah S.A.W akan membaca al-Quran yang diterimanya pada malam hari sebelumnya serta menghuraikan maksudnya. Di samping itu, baginda menasihatkan sahabat-sahabatnya supaya menghafaz ayat-ayat yang telah dibacakan itu dan seterusnya mengamalkan perintahnya. Sebaik sahaja para sahabat menerima pelajaran dari ayat atau surah, maka mereka mengulang-ngulang secara istiqamah sehingga sebati di dalam dada mereka pada malam harinya. Pembelajaran secara hafazan dilakukan dengan guru membaca ayat-ayat al-Quran kepada pelajar (imla’) dan pelajar menulisnya di atas ‘luh’ atau papan batu. Setelah itu, guru akan melihat tulisan pelajarnya dan membetulkan jika ada kesalahan. Seterusnya guru membacakannya sekali lagi diikuti dengan pelajar, kemudian pelajar akan pergi ke tempat lain dan membacanya sehingga hafaz. Apabila telah menghafaz ayat-ayat itu dengan fasih, pelajar akan datang semula kepada guru dan membaca di depan guru (tasmic). Jika ada kesalahan pada bacaan tersebut, guru akan membetulkannya dan jika tiada kesalahan, maka ayat-ayat itu akan dipadam dan ditulis ayat baru untuk dihafaz. Daripada huraian yang dijelaskan di atas dapat disimpulkan bahawa kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran hafazan al-Quran adalah seperti berikut; 1. Mengulang-ulang bacaan ayat yang hendak dihafaz secara istiqamah 2 Menulis ayat-ayat yang hendak dibaca 3. Menghafaz ayat sedikit demi sedikit. Umpamanya menghafal lima ayat pada sesuatu masa sebagaimana nabi menerima lima ayat yang pertama dari Malakat Jibril a.s. 4. Memperdengarkan hafazan kepada guru (Tasmic)
  • 15. 15 Menurut Abu Mazaya al-Hafiz (2005) terdapat beberapa langkah dalam menghafaz al- Quran supaya lebih cepat dan berkesan. Antaranya; 1. Memilih waktu yang sesuai 2. Menghafaz satu ayat demi satu ayat. Kemudian ayat tersebut dibaca secara berulang-ulang sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali. 3. Mengenalpasti ayat-ayat atau kalimah yang sukar dibaca, kemudiannya diulang- ulang sehingga 40 kali. Ini bertujuan untuk melembut serta membiasakan lidah menyebut kalimah-kalimah tersebut. 4. Memastikan ayat-ayat yang telah dihafaz pada hari sebelumnya diulang-ulang sekurang-kurang tiga kali sebelum memulakan hafazan pada ayat-ayat yang berikutnya. Selain itu ayat-ayat yang baru dihafaz hendaklah diulang-ulang sebanyak lima kali dalam tempoh 24 jam. Cadangan dan Rumusan Kejayaan generasi muda menguasai bacaan al-Quran tidak terletak kepada tanggungjawab guru semata-mata. Sehebat manapun kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru tidak akan berjaya sekiranya ibu bapa tidak melibatkan diri dalam memberi penekanan pendidikan al-Quran terhadap anak-anak mereka. Ini adalah kerana masa ibu bapa bersama anak-anak lebih banyak berbanding dengan masa yang diperuntukkan bagi mempelajari al-Quran di sekolah. Selain dari itu, guru dan juga mereka yang terlibat dalam mengajar al-Quran hendaklah berusaha menggunakan pelbagai kaedah dan juga bahan bantu mengajar yang sesuai. Pengajaran yang membosankan, ditambah dengan tarikan perkara-perkara lain seperti hiburan yang sememangnya menyeronokkan boleh menjauhkan lagi murid dengan al-Quran. Justeru itu pengajaran al-Quran hendaklah diusahakan supaya lebih menarik dan tidak membosankan.
  • 16. 16 Dalam usaha menanam minat generasi muda terhadap al-Quran, budaya membaca al-Quran hendaklah diwujudkan di pelbagai sektor samada swasta dan juga kerajaan. Umpamanya mengadakan aktiviti membaca al-Quran setiap pagi sebelum memulakan kerja di pejabat atau di sekolah. Aktiviti seperti ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan konsisten serta tidak terhad pada bulan-bulan tertentu seperti bulan Ramadhan sahaja. Jika budaya ini dapat dihidupkan, mereka yang tidak boleh membaca al-Quran akan rasa diri mereka terpinggir dan aib. Ini boleh mendorong mereka berusaha mempelajari bacaan al-Quran.
  • 17. 17 Bibliografi Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah. 2003. Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Abdullah al-Qari bin Haji Salleh. 1972. Kursus Qari dan Qari’ah. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Abu Mazaya al-Hafiz. 2005. Kaedah Mudah Dan Cepat Menghafaz al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Abdul Halim El-Muhammady. 1983. Membina Generasi Muslim, Bangi: Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Halim El-Muhammady. 1987. Pendidikan al-Quran di Sekolah Rendah dan Menengah ke Arah Pembentukan Pandangan Hidup Muslim. Jurnal Pendidikan Islam 2(6): 29-43. Abdul Halim El-Muhammady. 1990. Al-Quran dan Pembelajarannya di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam 3(3): 1-12 Al-Imam an-Nawawi. 1992. At-Tibyan Fi Adab Hamalai al-Qur’an. Beirut : Dar al-Fikr al-Lubnani. Misnan Jamali. 2005. Tahap Penguasaan al-Quran di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Perak. Dlm. Kamarulzaman Abdul Ghani et al. (pnyt.). Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Hlmn. 213 – 224. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul Razak. 2005. Implikasi Konsep Kendiri Dan Persekitaran Dalam Menjana Generasi Pelajar Celik al-Quran. Dlm. Kamarulzaman Abdul Ghani et al. (pnyt.). Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Hlmn. 193 – 202. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali bin Abu Bakar. 1991. Seni Lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Nasir B. Mohamad & Rubiyah Bt. Haron. 1997. Tahap penguasaan bacaan al-quran di kalangan Guru pelatih bukan pengkhususan pengajian agama islam. Alor Setar: Institut Perguruan Darul Aman. Nik Jaafar bin Nik Ismail. 1998. Buku Qawacid at-Tarannum: Cara Berlagu. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
  • 18. 18 Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, edisi kelapan, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1987). Wan Bakar Wan Dagang. 1990. Pengajaran dan Pendidikan al-Quran Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Islam 3(3): 21-31